You are on page 1of 4

[MODUL AKSES] [KSSM] [SPM]

MINGGU KE-25:
Tarikh 2 Ogos 2021 Hari ISNIN
Platform Google Meet / Telegram
Masa 10:30 pagi – 12:00 tengah hari
SK SP KT
DKSP
3.4 3.4.3 1.4.1
Tema ke-4 Bersatu Kita Teguh
Tajuk PDPR Bulat Air kerana Pembetung
Bahan Buku Teks ms 42 dan 43

MINGGU KE-25:

AKTIVITI 1:

TEMA 4 : BERSATU KITA TEGUH


1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara
bertatasusila.
Bulat Air kerana Pembetung [Hlm 42-43]
1 Berbuallah dengan rakan anda tentang aktiviti program RIMUP dan kemukakan idea
baharubagi program yang akan dilaksanakan secara bertatasusila.
Aktiviti program RIMUP
(i) Program ziarah komuniti
(ii) Pertunjukan Kebudayaan
(iii) Gotong-royong
(iii) Perkhemahan RIMUP
Idea baharu
Pertukaran murid
Permainan / pertandingan antara sekolah
2 Laksanakan simulasi mesyuarat bagi membincangkan agenda yang disediakan.
✓ Surat panggilan mesyuarat untuk semua ajk:
Mesyuarat Kali Ke-2 Tahun 2020
Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jauhari
Tarikh: 25 Mac 2000 Masa: 2:30 4:00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat
✓ Pengerusi Kelab Rukun Negara Sekokh Menengah Kebangsaan Seri Jauhari
mempengerusi mesyuarat dengan melantik setiausaha mencatat minit.
1. Ucapan alu-aluan pengerusi.
2. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat.
3. Perkara berbangkit
4. Pelaksanaan program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan.
5. Hal-hal lain.
6. Ucapan penangguhan

[©WBWH] MRSM
~1~ KTN 2021
[MODUL AKSES] [KSSM] [SPM]

Contoh Format Minit Mesyuarat (RUJUK LAMPIRAN):

Andaikan anda Setiausaha yang ditugaskan untuk mencatat minit mesyuarat.


Oleh sebab itu, anda perlu faham bahawa tugas yang diamanahkan amat penting. Jadi, terdapat
beberapa perkara tentang minit mesyuarat yang perlu ditekankan dan diambil perhatian.

Apakah Minit Mesyuarat?


Minit mesyuarat adalah satu rekod bertulis tentang perkara-perkara yang dibincangkan dalam
sesuatu kumpulan.

Jika tiada catatan, segala perbincangan tidak akan ada tindakan susulan.

Komponen Penting Dalam Minit Mesyuarat


Secara asasnya, komponen penting yang perlu dicatatkan dalam minit mesyuarat adalah:

1. Aluan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat dan Pindaan (daripada mesyuarat lalu)
3. Perkara-Perkara Berbangkit
4. Pembentangan Kertas Kerja atau Mengemukakan Laporan
5. Hal-Hal Lain
6. Penangguhan

Format
TAJUK : (Catatkan nama mesyuarat dan bilangan mesyuarat)
TARIKH :
TEMPAT :
MASA / HARI :

HADIR :
(Senaraikan nama ahli-ahli yang menghadiri mesyuarat berkenaan, bermula dengan nama
Pengerusi mesyuarat.
Susunan nama ahli-ahli mesyuarat yang hadir hendaklah mengikut kekananan.)
Setiausaha dicatat diakhir susunan.

TIDAK HADIR (DENGAN KEBENARAN / TANPA KEBENARAN):


(Senaraikan nama-nama pegawai yang bukan merupakan ahli, tetapi dijemput khas untuk
menghadiri mesyuarat atau telah turut sama menghadiri mesyuarat berkenaan.
Susunan nama hendaklah mengikut kekananan.

PENDAHULUAN/ALUAN PENGERUSI
Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkaraperkara penting yang telah dibangkitkan
oleh Pengerusi mesyuarat. Perkara-perkara penting ini tidak semestinya dibangkitkan semasa
mesyuarat Membincangkan perkaraperkara berbangkit atau semasa membincangkan
kertaskertas kerja atau di akhir mesyuarat.

[©WBWH] MRSM
~2~ KTN 2021
[MODUL AKSES] [KSSM] [SPM]

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Catatan keputusan minit mesyuarat yang lepas iaitu sama ada disahkan tanpa pindaan atau
disahkan tertakluk kepada pindaan-pindaan tertentu. Jika ada pindaan, menyatakan pindaan-
pindaan berkenaan.

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam
mesyuarat yang lepas.

Tajuk utama perkara berbangkit yang dibincangkan hendaklah dicatatkan. Untuk


memudahkan rujukan dibuat, muka surat dan perenggan minit mesyuarat yang lepas yang
membincangkan perkara yang sama hendaklah dicatatkan. Jika perkara-perkara berbangkit itu
masih memerlukan tindakan, catatkan juga agensi atau pegawai yang perlu mengambil
tindakan. Semasa agenda ini dibentangkan Setiausaha hendaklah melaporkan status tindakan
berdasarkan keputusan yang telah dibuat di mesyuarat yang lepas. Setiap keputusan
mesyuarat hendaklah di’log’ dan dinyatakan status terkini (status semasa pra mesyuarat atau
semasa fail diedarkan kepada ahli) serta dimaklumkan tarikh selesai tindakan diambil. Ia
bertujuan memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa keputusan-keputusan yang telah
dibuat telah diambil tindakan dan berlaku pengesanan tindakan yang dipantau oleh urusetia
bagi setiap keputusan yang telah dibuat oleh jawatankuasa berkenaan.

• Contoh Tindakan Telah Selesai (tindakan telah selesai diambil semasa status dilaporkan
di dalam mesyuarat yang sedang berlangsung).
• Contoh Tindakan Belum Selesai (tindakan yang belum selesai diambil semasa status
dilaporkan di dalam mesyuarat yang sedang berlansung)

PERBINCANGAN KERTAS-KERTAS KERJA
Bagi mesyuarat-mesyuarat tertentu, beberapa kertas kerja dibentangkan untuk perbincangan.
Perkara-perkara yang perlu direkodkan di dalam ruangan ini ialah:
1. Tajuk kertas kerja berkenaan;
2. Tujuan utama kertas kerja berkenaan disediakan
3. Isu-isu penting yang dibangkitkan di dalam kertas kerja berkenaan;
4. Cadangan
5. Implikasi Kewangan
6. Tindakan oleh mesyuarat (mesyuarat diminta untuk mengambil
maklum/melulus/mengesah/ memperakukan permohonan)
7. Jabatan yang menyediakan kertas kerja berkenaan;
• Semasa perbincangan pandangan/komen ahli-ahli mesyuarat berkenaan isu-isu
yang dibangkitkan di dalam kertas kerja berkenaan hendaklah diminitkan.
• Keputusan mesyuarat hendaklah dicatatkan beserta dengan tindakan pihak
bertanggungjawab.

HAL-HAL LAIN
Ruangan ini merekodkan perkara-perkara lain yang dibincangkan di dalam mesyuarat, yang
pada mulanya tidak termasuk di dalam agenda mesyuarat.

PENUTUP
Ruangan ini merekodkan perkara-perkara seperti:
• Bila mesyuarat itu tamat atau ditangguhkan;
• Ucapan terima kasih daripada Pengerusi mesyuarat;

[©WBWH] MRSM
~3~ KTN 2021
[MODUL AKSES] [KSSM] [SPM]

• Catatan mengenai tarikh mesyuarat yang akan datang jika tarikhnya telah ditentukan.
Tandatangan Setiausaha (Bawah sebelah kiri): ………………………………
(minit ditandatangan pada tarikh mesyuarat berikutnya iaitu selepas disahkan)

Tandatangan Pengerusi (Bawah sebelah kanan) : ………………………………


(minit ditandatangan pada tarikh mesyuarat berikutnya iaitu selepas disahkan)

LATIHAN 1:

Teliti bahan-bahan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara
350 hingga 500 patah perkataan.

Soalan 1 : Domain Mayarakat

Dipetik dan diubahsuai daripada, Bulat Air


kerana Pembetung, Buku Teks Bahasa Melayu
Tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Petikan menggambarkan mengenai peluang murid pelbagai kaum bergaul mesra secara sedar
dan terancang menerusi pelaksanaan pelbagai aktiviti setiap tahun.

Sebagai Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Perumahan tulis minit mesyuarat langkah-
langkah memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat setempat.

[©WBWH] MRSM
~4~ KTN 2021

You might also like