You are on page 1of 7

SOALAN LAZIM PROJEK e-TANAH

No. Soalan Lazim Jawapan


e-Tanah ini adalah projek untuk membangunkan
1. Apakah e-Tanah?
sistem pengurusan dan pentadbiran tanah yang
bersepadu melalui penggunaan komputer secara
sepenuhnya bagi mencapai hasrat kerajaan
untuk melaksanakan Kerajaan elektronik dalam
perkhidmatan awam.

e-Tanah merupakan salah satu program


Kerajaan ke arah merealisasikan Kerajaan
Elektronik dalam usaha menambahbaik kualiti
penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Visi - Ke arah mempertingkatkan ketelusan dan


integriti dalam perkhidmatan awam,
khasnya dalam urusan pentadbiran dan
pengurusan tanah.
Misi - Menambahbaik kualiti penyampaian
perkhidmatan kepada rakyat melalui
penyediaan satu sistem yang
komprehensif, mudah digunakan, selamat
dan boleh dipercayai.
Moto - Ke arah pemodenan pentadbiran tanah
Negara.
Logo -

Sistem e-Tanah bertujuan untuk menambahbaik


2. Apakah faedah utama
kualiti penyampaian perkhidmatan dan
Sistem e-Tanah?
pengurusan tanah kepada rakyat. Perkara Ini
boleh dicapai melalui:
 Perkhidmatan kaunter lebih mesra-
pelanggan – ubahsuai kaunter dan single
point of contact.
 Pelanggan boleh mendapat maklumat dan
perkhidmatan secara ‘on-line’.
 Kemudahan pelanggan membayar cukai
No. Soalan Lazim Jawapan
tanah di pusat bayaran setempat (seperti
di Pejabat Pos, Kedai Telekom),
 Bayaran cukai tanah boleh dibuat di
mana-mana pejabat tanah di dalam negeri
berkenaan dan secara on-line.
 Pelanggan mendapat khidmat lebih cepat
dan cekap.
Di pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri,
Sistem e-Tanah akan memberi faedah dalam
bentuk:
 Prosesan urusan dalaman melalui
komputer dapat dibuat dengan lebih
mudah dan cepat.
 Memudahkan proses membuat keputusan.
 Memudahkan pengawalan dan
pemantauan ke atas prosesan.
 Penguatkuasaan lebih mudah dibuat
dengan maklumat tersedia daripada
sistem.
 Penambahan hasil Negeri dan
Persekutuan.
 Urusan Permintaan Ukur dan cetakan
Pelan Akui dapat dibuat secara on-
line antara pentadbir tanah dan JUPEM.
 Ulasan Jabatan Teknikal dapat
dipercepatkan dengan bantuan MyGDI.
3. Apakah skop Sistem e- Sistem e-Tanah merangkumi sembilan (9) modul
Tanah? utama berkaitan urusan-urusan tanah seperti
berikut:
 Pendaftaran
 Hasil
 Consent
 Strata
 Pembangunan
 Penguatkuasaan
 Lelong
 Pengambilan dan Lesen
 Pelupusan

Selain daripada pembangunan 9 modul di atas,


Sistem e-Tanah juga melibatkan kerja-kerja:
No. Soalan Lazim Jawapan
 Pengurusan dan penyelenggaraan projek
 Pengurusan perkhidmatan data
 Penyediaan infrastruktur ICT
 Technology refresh
 Transfer of technology
Sistem e-Tanah mempunyai ciri-ciri utama
4. Apakah ciri-ciri sistem
seperti berikut :
aplikasi e-Tanah?
 Sistem berasaskan Teknologi Web.
 Sistem bersepadu dan seragam.
 Mengambilkira keperluan semua negeri.
 Integrasi dan adaptasi dengan sistem-
sistem sedia ada.
 Mengambilkira tahap keselamatan.
 Gabungan konsep sistem berpusat dan
teragih (Hybrid System) di antara PTD dan
PTG
 Merupakan sistem pengurusan proses
aliran kerja (Workflow System)

Memandangkan matlamat utama Sistem e-Tanah


5. Siapakah sasaran
adalah untuk menambahbaik kualiti penyampaian
utama Sistem e-Tanah?
perkhidmatan kepada rakyat. Sasaran utama
sistem ini adalah pelanggan yang berurusan
dengan Pejabat Tanah & Galian (PTG) dan
Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) di setiap
negeri. Pelanggan di PTG and PTD adalah orang
awam yang terdiri daripada pemilik tanah,
pemajak tanah, penyewa tanah persekutuan,
peguam, pemaju, jurukur dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, sebelum kualiti


perkhidmatan di PTG dan PTD dapat
ditingkatkan,Kerjaan perlu memastikan Sistem e-
Tanah yang dibangun dan dilaksanakan di
negeri-negeri yang terlibat, diterima dan
digunakan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai
yang berkenaan. Penglibatan komprehensif
bermula dari pihak pengurusan tertinggi di PTG
sehingga ke pegawai sokongan di PTD amat
diperlukan bagi memastikan Sistem e-Tanah
diterima dan digunapakai sebagai satu cara kerja
No. Soalan Lazim Jawapan
baru.

Sistem e-Tanah telah digunapakai dalam


6. Bilakah Sistem e-Tanah
Pentadbiran Tanah di Pulau Pinang mulai
mula dilaksanakan?
Oktober 2007. Pada masa ini, 6 dari 9 modul iaitu
modul Pendaftaran, Hasil, Consent, Lelong,
Pengambilan dan Strata telah digunakan secara
full-cycle (elektronik sepenuhnya).

Sementara 3 modul lain juga digunakan secara


elektronik tetapi masih mengalami masalah
change request dan teknikal (ralat) yang perlu
dimantapkan.

Sistem e-Tanah telah diperluaskan ke negeri lain


iaitu Negeri Sembilan dan Melaka. Di Melaka,
sistem ini telah mula digunakan secara
berperingkat pada [ ]. Manakala
di Negeri Sembilan, pembangunan sistem masih
dilaksanakan oleh syarikat/kontraktor yang
dilantik. Ianya dijangka dilaksanakan pada suku
ke-tiga tahun ini.
Fasa kedua perluasan Sistem e-Tanah telah
mendapat kelulusan Kabinet pada 2014 di mana
9 negeri (Wilayah Persekutuan, Kedah, Perlis,
Perak, Selangor, Johor, Pahang, Kelantan dan
Terengganu) akan dapat menggunakan Sistem
e-Tanah secara berperingkat. Negeri pertama
yang akan mengalami perubahan tersebut
adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(WPKL). Pembangunan Sistem e-Tanah di
WPKL telah bermula semenjak September 2014
dan dijangka akan dimula digunakan pada 19
Jun 2017
Strategi yang telah digunakan oleh Kerajaan
7. Bagaimanakah Sistem
dalam membangun dan melaksanakan Sistem e-
e-Tanah dibangun dan
Tanah berbeza-beza mengikut negeri, keadaan
dilaksanakan di negeri
dan masa.
yang terlibat?

Di Pulau Pinang model out-right-purchase telah


digunakan di mana Kerajaan telah menyediakan
No. Soalan Lazim Jawapan
sejumlah peruntukan pembangunan dan
syarikat/kontraktor yang dilantik perlu
membangun dan menyiapkan projek
berdasarkan perjanjian yang telah
ditandatangani. Syarikat/kontraktor akan dibayar
berperingkat mengikut terma-terma kontrak.
Model pembangunan ini juga digunakan di
Negeri Sembilan dan Melaka.

Bagi fasa ke-2 perluasan e-Tanah ke 9 negeri,


syarikat/kontraktor yang dilantik akan
membangun, melaksana dan menyenggara
sistem e-Tanah secara Public Private Partnership
(PPP). Projek ini menggunakan model bisnes
berdasarkan model Build, Maintain dan Transfer
(BMT) di mana kontraktor yang dilantik akan
membangun, melaksana dan menyenggara
sistem e-Tanah bagi tempoh konsesi selama 14
tahun dan kemudian memindahkan pemilikan
kepada pihak Kerajaan pada akhir tempoh
konsesi.

Di bawah PPP, kontraktor yang dilantik akan


menjana dananya sendiri untuk membiayai
keseluruhan projek seterusnya memberikan
perkhidmatan kepada kesemua Pejabat Tanah &
Galian (PTG) Negeri termasuk Pejabat Tanah
dan Daerah (PTD) berdasarkan tahap prestasi
yang telah dipersetujui. Sebagai balasan, pihak
Kerajaan membuat bayaran kepada kontraktor
yang dilantik untuk perkhidmatan tersebut.

Pelaksanaan Sistem e-Tanah di negeri-negeri


8. Bagaimanakah pihak
yang terlibat telah dipantau melalui jawatankuasa
Kerajaan memantau
yang dibentuk seperti berikut:
kerja-kerja yang
dilaksanakan oleh  Jawatankuasa Pemandu – Pengerusi:
pihak kontraktor? KSU
 Mesyuarat Jawatankuasa Perundangan –
Pengerusi KPTG.
 Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu
Peringkat Negeri – Pengerusi Bersama
No. Soalan Lazim Jawapan
Pengarah PTG dan TKPTG
 Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal –
Pengerusi Pengarah PTG
9. Sejauh manakah Setelah Sistem e-Tanah perintis pulau pinang
kejayaan yang telah dilaksanakan, Sistem e-Tanah telah dipeluaskan
dicapai semenjak ke Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala
Sistem e-Tanah perintis Lumpur.
dilancarkan di negeri
dengan Pulau Pinang?

10. Apakah cabaran- Antara cabaran yang dihadapi adalah seperti


cabaran yang dihadapi berikut:
dalam membangunkan 1. Sistem e-Tanah perlu memenuhi sepenuhnya
Sistem e-Tanah? kehendak peundangan seperti Kanun Tanah
Negara dan Akta Hakmilik Strata.
2. Perlu menyelaraskan aliran kerja yang
berbeza antara daerah kepada satu aliran
kerja yang seragam merentas negeri.
3. Terdapat data-data dari sistem legasi yang
bermasalah dan perlu dibetulkan terlebih
dahulu sebelum dimigrasikan kepada Sistem
e-Tanah.
4. Perlu menyediakan semula pelan-pelan B1
yang rosak atau tiada tandatangan Pengarah
Ukur.
5. Perlu menyelaraskan kod bandar, pekan,
mukim yang berbeza. Kod sepaturnya
digunakan adalah kod yang disediakan oleh
MacGDI.
6. Sesi pengujian yang panjang kerananya ianya
melibatkan lebih empat ratus urusan dan lebih
dari tiga ribu (3000) scenario dalam
pentadbiran tanah.
7. Berlaku pertukaran pegawai di pentadbiran
tanah semasa tempoh kajian keperluan
pengguna, pembangunan sistem dan
pengujian menyebabkan perubahan terhadap
aliran kerja kesan dari pandangan yang
No. Soalan Lazim Jawapan
berbeza dari kakitangan baru.
8. Pengguna telah selesai dengan sistem sedia
ada iaitu SPTB menyebabkan pengguna
sukar untuk beralih kepada sistem e-Tanah.
9. Tiada projek seumpama Sistem e-Tanah di
dunia menyebabkan rujukan tidak dapat
dibuat.

You might also like