You are on page 1of 6

MISSION 100, DPUKM METERAI MoU

LINDUNGI USAHAWAN TEMPATAN

Misinya mahu melahirkan 1,000 orang usahawan dan 100 jutawan menjelang 2018.
Visinya pula mahu melihat seluruh rakyat Malaysia khususnya peniaga tempatan
dilindungi sepenuhnya di bawah skim perlindungan DPUKM IKHTIARI,

Begitulah hasrat yang diluahkan oleh Ketua Pegawai Agensi MCIS dan Presiden
Mission 100, Encik S.Vasudevan pada sidang media di majlis sambutan Hari Raya
Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) di bawah kepimpinan
Presidennya, Datuk Seri Hj Abu Hassan Mohd Nor.

Turut hadir bersama Mr Piet Craven, Ketua Pegawai Pemasaran dan Penjualan MCIS
Insurance Berhad.

Majlis yang berlangsung di sCebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya menyaksikan


Memorandum Persefahaman dimeterai antara Mission 100 dan Dewan Perniagaan
Usahawan Kecil Malaysia yang mempunyai keahlian kira-kira 15,000 seluruh Malaysia.

Kak Fas antara pihak media dan blogger yang sempat dijemput khas untuk
menyaksikan kerjasama tersebut yang turut dihadiri pihak MCIS Insurance Berhad
selaku penanggung insurans program DPUKM IKHTIARI.... majlis yang boleh
diibaratkan sebagai 'menyelam sambil minum air".I

Iya lah maksud Kak Fas sambil ahli-ahli mengeratkan silaturrahim sempena majlis
sambutan Hari Raya, mereka turut diperkenalkan kepada sebuah skim yang
bermanfaat seumur hidup malah mampu menjana pendapatan sampingan.

Pun begitu, barangkali ada sebahagian daripada ahli atau khalayak seperti Kak Fas
yang pada mulanya agak blur dengan apa sebenarnya Mission 100 dalam menjalin
kerjasama dengan DPUKM?

"Mission 100 bertujuan mengumpul dan melahirkan 1,000 usahawan tempatan


khususnya ahli-ahli Dewan untuk menikmati perlindungan insurans yang komprehensif
melalui penyertaan dalam skim insurans DPKUM IKHTIARI," jelas Encik S. Vasudevan
yang lebih mesra disapa Vasu sahaja.

Melalui penerangannya yang ringkas itu dapatlah Kak Fas bayangkan tujuan, misi dan
visi Mission 100 malah seperti syarikat penerbangan Air Asia yang popular dengan
taglinenya "Now Everyone can Fly" maka tidak kurang sama juga harapan Mission 100
untuk Kak Fas labelkan misinya sebagai 'sekarang semua usahawan boleh dilindungi."
atau dskim alam Bahasa Inggeris yang ringkasnya boleh berbunyi "Now Every
Entreprenuer can be Insured' .

Tak gitu Encik Vasu hihi....walaupun 'flying the eagle' (terbang burung helang) sudah
menjadi tema IKHTIARI waima 'burung helang' pun ibarat 'pesawat' jugalah
kan....huhu...

Ok 'jokes aside' kata orang putih........kembali pada ceritanya ya....

Dengan hanya serendah RM3.33 sehari atau RM100 sebulan di bawah skim DPKUM
IKHTIARI, para peniaga kecil mahu pun besar mampu dilindungi dengan jaminan
kewangan sehingga RM200,000.
Nak tahu lebih jelas lagi... jom dengar apa kata Dato Seri Abu Hassan:

"Semua sedia maklum dunia perniagaan semakin hari semakin komplek dan mencabar.
Kita semua begitu sibuk memikirkan untuk menambahkan keuntungan namun dalam
proses itu kita mungkin terlepas pandang tanggungjawab terhadap kebajikan diri dan
keluarga serta risiko yang bakal di hadapi.

"Jadi dengan usahasama Mission 100 dan MCIS Insurance Berhad melalui IKHTIARI,
satu program yang eksklusif disediakan kepada ahli usahawan bagi melindungi risiko
seperti kematian biasa dan kamalangan, hilang upaya kekal disebabkan sakit atau
kemalangan, pampasan perlindungan penyakit berbahaya, faedah hospital, khairat
kematian dan faedah persaraan boleh dinikmati."

Menurut Datuk Seri, program sedemikian dilihat amat relevan dengan persekitaran
semasa kesihatan rakyat Malaysia yang agak membimbangkan di mana 17.5%
antaranya adalah penghidap diabetis, 30% hipertensi dan 47.7% mempunyai paras
kolestrol tinggi.

Selain itu, kajian daripada 'National Health & Morbidity 2015' menunjukkan dalam
tempoh 2011-2017, sebanyak 103,507 kes kanser baharu dicatatan malah 24.7%
penyebab kematian nombor 1 di hospital kerajaan dan swasta sejak 2017 adalah
disebabkan penyakit kardiovascular (serangan jantung dan strok).
Wah! statistik kematian yang dicatatkan daripada database Health & National
Cardiovascular 2014 ini ternyata membimbangkan dan kerana itu juga kata Dato Seri
Abu Hassan 'menjadi tanggungjawab DPUKM untuk menawarkan program IKHTIARI
kepada semua usahawan dan ahlinya.'

Beliau menyeru semua ahli mahu pun usahawan kecil atau besar yang masih belum
mempuyai skim perlindungan diri agar mendaftar dengan DPUKM IKHTIAR untuk
memperoleh faedah jaminan kewangan daripada 36 jenis penyakit kritikal yang
dilindungi.
Sehungan itu, sambung Vasu, pihaknya turut menawarkan peluang pada individu yang
berhasrat menjadi ejen Mission 100 di mana mereka boleh mendapat keuntungan
selamanya.

"Mereka cuma perlu berdaftar sebagai ahli DPUKM sebanyak RM150 setahun dan
RM100 sebulan untuk layak dilindungi di bawah IKHTIARI," sambung Vasu.

Katanya, had usia kelayakan skim bermula daripada usia 6 hingga 65 tahun malah ahli
yang sudah mencapai usia warga emas pun masih boleh mendaftar.

"Malah ahli juga akan memperoleh faedah kematangan apabila polisi ahli mencapai
tempoh matang," tambah Vasu sambil memberi jaminan program yang mendapat
kerjasama dengan MCIS Insurance Berhad tidak perlu dikhuatiri memandangkan
syarikat gergasi insurans itu adalah yang terbesar di Malaysia sejak 1954.

Melalui skim ini, ahli juga boleh membuat pengeluaran sebanyak 70% daripada nilai
tabungan selepas 5 tahun polisi berkuatkuasa.

Banyak lagi faedah sebenarnya yang boleh anda peroleh. Pada ruang yang kecil ini
tidak dapatlah Kak Fas catatkan satu persatu nanti panjang dan bosan pulak ko orang
membacanya kan ...jadi untuk info lanjut apa kata menghubungi penyelaras Mission
100 di talian +603-227 66 999 atau cawangan DPUKM terdekat di.kawasan kediaman
anda yang berada di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Pada 27 hingga 29 Oktober ini, Mission 100 dan DPUKM akan mengadakan
perhimpunan yang lebih besar di puncak Genting Highlands bagi menjelaskan lebih
lanjut berhubung peluang perniagaan serta IKHTIARI yang sudah diperkenalkan sejak
2010.

Terdahulu, Mission 100 telah pun mengadakan kersama dengan anggota Majlis
Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAM Malaysia) di bawah
Jabatan Perdana Menteri dengan skim MAKSAK IKHTIARI dengan misi untuk
melindungi kira-kira 1.6 juta kakitangan Kerajaan.

Pendekatan ini merupakan satu visi 'gelombang biru' yang akan terus memberikan
perlindungan hayat dengan bayaran mampu beli agar gelombang hidup anda sendiri
tidak akan terumbang ambing di landa ombak ganas.

Jadi mulalah melindungi diri dan keluarga tersayang anda sekarang! Malah untuk
jangka panjang boleh juga mendaftar sebagai ejen Mission 100 dengan peluang
pulangan keuntungan seumur hidup.

Majlis Hari Raya DPUKM diteruskan sehingga lewat malam dengan persembahan
nyanyian lagu-lagu Raya yang didahului oleh Datuk Seri Abu Hassan diikuti
pertandingan karoake mahu pun cabutan bertuah.

You might also like