You are on page 1of 1

Plastic bags should be completely banned

Beg plastik merupakan tempat penyimpanan barang yang sering digunakan oleh
masyarakat masa kini. Corak, warna dan teksturnya yang ringan senang dibawa kemana
sahaja menjadi faktor kenapa ramai pengguna memilih untuk menggunakan beg plastik
berbanding beg yang lain. Selain itu, hampir ke semua pasaraya ataupun kedai yang ada di
Malaysia ini membekalkan beg plastik kepada pengguna atau pembeli. Ini secara tidak
langsung, menggalakkan penggunaan beg plastik secara meluas.

Saya bersetuju sekiranya penggunaan beg plastik ini diharamkan. Walaupun beg
plastik ini mudah di dapati, namun ia banyak mendatangkan kesan buruk seperti boleh
menyebabkan pencemaran, boleh mengakibatkan kematian, sukar dilupuskan serta
mengandungi bahan toksik yang boleh membahayakan kesihatan manusia. Bagaimana beg
plastik boleh mengakibatkan pencemaran ? Biasanya beg plastik yang ada dipasaran atau
yang sering digunakan oleh peniaga adalah beg plastik yang tidak tahan lasak. Ini dapat
dilihat apablia kita membeli barangan seperti beras, sabun, botol kicap, sos dan pelbagai lagi
barangan yang berat, peniaga akan menggandakan plastik yang digunakan supaya tidak bocor.
Ini bermaksud setiap pembeli atau pengguna akan dapat lebih daripada sehelai plastik ketika
berbelanja. Pengguna yang kurang kesedaran akan membuang beg plastik yang koyak di
merata – rata tempat. Keadaan ini akan menyebabkan persekitaran tercemar dan kotor.

Seterusnya, isu pencemaran itu juga berkait rapat dengan isu pelupusan sampah. Ini
kerana beg plastik yang digunakan sukar dilupuskan. Beg plastik tidak seperti beg kertas yang
boleh dilupuskan dengan mudah. Beg plastik yang ada dipasaran adalah beg plastik yang
tidak boleh dikitar semula.

You might also like