You are on page 1of 2

Pada era globalisasi isu berkaitan pencemaran

plastik semakin hangat diperdebatkan oleh semua


masyarakat. Hal ini terbukti kerana banyak hidupan laut
mati akibat termakan plastik. Oleh itu kita perlulah
berusaha untuk mengurangkan pencemaran plastik
kerana jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya. Persoalannya apakah langkah-langkah
mengatasi masalah pencemaran plastik?
Pada pendapat saya, langkah-langkah mengatasi
masalah pencemaran plastik ialah mengadakan kempen
bebas plastik. Contohnya membuat satu hari tanpa beg
plastik pasar raya dan kedai runcit. selain itu pihak kedai
juga boleh mengenakan cas bagi setiap beg plastik yang
digunakan oleh pelanggan. Kesannya masyarakat akan
lebih prihatin dan membawa beg sendiri ketika
berbelanja. Jelaslah langkah-langkah mengatasi masalah
pencemaran plastik ialah mengadakan kempen bebas
plastik.
Seterusnya kitar semula juga merupakan langkah-
langkah mengatasi masalah pencemaran plastik . Hal ini
dikatakan demikian kerana kitar semula adalah proses
menukar bahan buangan menjadi bahan dan objek
baharu. Oleh itu bahan buangan plastik akan berkurang
sekali gus akan mengurangkan pencemaran plastic.
Sudah terang lagi bersuluh kitar semula juga merupakan
langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran plastik.
Kesimpulannya terdapat banyak langkah yang boleh
dilakukan untuk mengatasi masalah pencemaran plastik.
Oleh itu kita mestilah mengamalkan langkah-langkah ini
supaya bumi kita bersih lagi terjaga.
(190 patah perkataan)

You might also like