You are on page 1of 1

Syarahan Mengurangkan Penggunaan Beg Plastik

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang


bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi.
Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya ialah
“Mengurangkan Penggunaan Beg Plastik”.

Hadirin yang dihormati,

Kempen tanpa beg plastik pada setiap hari Sabtu telah


dilancarkan oleh pihak kerajaan. Kebanyakan pasar raya
besar telah menyahut seruan tersebut.

Pengguna digalakkan membawa beg sendiri semasa


membeli-belah. Cara ini perlu dijadikan sebagai satu amalan
untuk mengurangkan penggunaan beg plastik.

Hadirin sekalian,

Kini, terdapanya beg hijau yang lebih mesra alam. Beg


ini mudah terurai apabila dilupuskan. Oleh itu, penggunaan
beg hijau ini amat digalakkan semasa membeli-belah.

Amalan membawa bakul ke pasar juga harus


dipraktikkan semula. Kaedah ini telah diamalkan oleh orang-
orang dahulu. Kita boleh meletakkan barangan di dalam
bakul sahaja.

Kesimpulannya, masyarakat haruslah menolak


penggunaan beg plastik. Dengan ini, pengurangan
penggunaan beg plastik diharap dapat melestarikan alam.
Sekian, terima kasih.

You might also like