Bab 15 Pertumbuhanpenduduk

You might also like

You are on page 1of 35

BAB 15 PERTUMBUHAN PENDUDUK

15.1 Konsep Pertumbuhan Penduduk


1. Pertumbuhan penduduk ialah peratus perubahan penduduk tahunan sesebuah negara berdasarkan
kadar kelahiran, kadar kematian, dan migrasi bersih.

2. Kadar pertumbuhan penduduk dapat dibahagikan kepada dua jenis.

(a) Pertumbuhan bersih yang mengambil kira perbezaan nilai antara imigrasi dengan emigrasi.

(b) Pertumbuhan semula jadi penduduk atau kadar pertumbuhan kasar di sesebuah negara.

3. Pertumbuhan penduduk di sesebuah negara boleh mencatatkan pertumbuhan positif atau


pertumbuhan negatif.

4. Pertumbuhan positif melibatkan pertambahan penduduk apabila jumlah kelahiran dan migrasi
bersih melebihi jumlah kematian.

5. Pertumbuhan negatif akan menyebabkan pengurangan jumlah penduduk apabila jumlah kematian
melebihi jumlah kelahiran dan migrasi bersih.

6. Pengiraan kadar pertumbuhan penduduk digunakan mengikut formula berikut:

Kadar pertumbuhan penduduk:


r = 1/n log e (Pn/Po) x 100
r = kadar pertumbuhan
n = bilangan tahun
Pn = Penduduk tahun semasa
Po = Penduduk tahun asas

15.2 Trend Pertumbuhan Penduduk


PERTUMBUHAN PENDUDUK DUNIA

1. Jumlah penduduk dunia meningkat terutama selepas Perang Dunia Kedua kerana penurunan kadar
kematian.

2 Pada masa kini jumlah penduduk dunia semakin meningkat terutama di benua Afrika dan benua
Asia.

3 Negara-negara membangun mencatat peningkatan pertumbuhan penduduk yang tinggi berbanding


dengan negara maju.

Jadual 15.1 Anggaran penduduk dunia pada 1960-2050

Tahun Bilangan Penduduk Dunia

1960 2.97 bilion


1970 3.61 bilion
1980 4.37 bilion
1990 5.28 bilion
2000 6.25 bilion
2012 7.06 bilion
2050 9.55 bilion

1
4. Peningkatan jumlah penduduk dunia pada masa kini disebabkan oleh kemajuan dalam bidang
perubatan dan peningkatan dalam taraf kesihatan penduduk.

5. Kadar pertumbuhan penduduk dunia pula semakin menurun bermula pada 1985 hingga 2012.

Pertumbuhan Penduduk Malaysia


1. Bancian 2010 menunjukkan penduduk Malaysia adalah 28.3 juta orang berbanding 23.3 juta pada
2000.

2. Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah seba lah sebanyak 2.0 peratus untuk tempoh
2000 hingga 2010. Kadar ini lebih berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991 hingga 2000

3. Negeri yang mencatat kadar pertumbuhan yang tinggi bagi2000 hingga 2010 ialah Wilayah
Persekutuan Putrajaya iaitu 17.8 peratus, Selangor ialah 2.7 peratus, Melaka ialah 2.6 peratus dan
Sabah ialah 2.1 peratus

4. Negeri yang mengalami kadar pertumbuhan yang rendah bagi tempoh 2000 hingga 2010 ialah
negeri Terengganu iaitu1.4 peratus, Wilayah Persekutuan Labuan ialah 1.3 peratus dan negeri Perlis
ialah 1.2 peratus . negeri Perak ialah 1.4 peratus,

5. Kadar kelahiran kadar pada tahun 2010 ialah 17.2 bagi setiap 1,000 penduduk dan meningkat pada
2011 iaitu 17.6 bagi bagi setiap 1,000 penduduk.

6. Kadar kematian kasar pada 2010 ialah 4.6 bagi setiap 1,000 penduduk dan meningkat 4.7 bagi setiap
bagi setiap 1,000 penduduk pada 2011.

7. Kadar pertumbuhan semula jadi pada 2010 ialah 12.6 bagi setiap penduduk dan meningkat
kepada12.9 pada 2011.

15.3 Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Penduduk


1. Pertumbuhan penduduk di sesebuah negara dipengaruhi oleh kadar kelahiran, kadar kematian, dan
migrasi bersih.

2. Kadar kelahiran ialah jumlah kelahiran bayi bagi setiap 1,000 penduduk pada sesuatu tahun. Kadar
kelahiran dikira berdasarkan formula:

Kadar kelahiran: Jumlah kelahiran suatu tahun x 1000


Jumlah penduduk pada suatu tahun

3. Kadar kematian ialah jumlah kematian bagi setiap 1,000 penduduk pada sesuatu tahun. Kadar
kematian dikira berdasarkan formula:

Kadar kematian: Jumlah kematian suatu tahun x 1,000


Jumlah penduduk pada suatu tahun

2
4. Kadar pertambahan penduduk semula jadi ialah kadar kelahiran ditolak dengan kadar kematian
yang berlaku di sesebuah negara pada sesuatu tahun.

Kadar pertambahan penduduk semula jadi: Peratus kadar kelahiran - Peratus kadar kematian

5 Pertambahan penduduk sesebuah negara juga dipengaruhi oleh kemasukan penduduk dari luar
negara.

Kadar migrasi bersih: Migrasi masuk - Migrasi keluar

6. Kadar pertumbuhan penduduk dalam sesebuah negara dikira berdasarkan formula:

Kadar pertumbuhan penduduk: Pertumbuhan penduduk semula jadi - Migrasi bersih

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR KELAHIRAN

1. Kadar kesuburan atau kadar fertiliti

(a) Kadar kesuburan dipengaruhi oleh bilangan kelahiran hidup yang berlaku dalam tempoh tertentu.
Kesuburan wanita yang lazim ialah antara umur 15 tahun hingga 45 tahun.

(b) Kadar kesuburan dipengaruhi oleh amalan perkahwinan pada usia muda yang akan meningkatkan
kadar fertiliti penduduk.

(c) Kadar kesuburan yang tinggi kerana perkahwinan pada usia muda iaitu sekitar bawah 20 atau awal
20 tahun dan keinginan mempunyai anak yang ramai mempengaruhi kadar kelahiran yang tinggi.

(d) Kadar kelahiran yang tinggi turut dipengaruhi oleh peratusan kumpulan umur subur yang besar,
amalan pemakanan yang seimbang dan kenaikan taraf hidup penduduk.

(e) Peningkatan kesuburan menyebabkan peningkatan penduduk yang pesat di benua Afrika iaitu 36
kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk dengan peningkatan 2.5 peratus.

(f) Kadar kesuburan wanita di Malaysia adalah antara umur 15 hingga 44 tahun. Pada 2010, kadar
kelahiran kasar bagi Malaysia ialah 17.2 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk.

2. Taraf kesihatan penduduk

(a) Pertambahan semula jadi penduduk yang pesat disebabkan kadar kelahiran yang masih tinggi
berbanding dengan kematian yang semakin merosot.

(b) (Amalan menjaga kesihatan, terutama dalam kalangan ibu mengandung dapat mengurangkan
kadar kematian.

(c) Taraf kesihatan penduduk juga dikaitkan dengan peningkatan penyediaan prasarana seperti klinik
dan hospital yang mencukupi, perkhidmatan kesihatan seperti kakitangan yang terlatih, ubat-ubatan
yang berkesan, teknologi dan peralatan perubatan yang moden, dan penyebaran maklumat tentang
kesihatan.

(d) Peningkatan taraf kesihatan penduduk juga dikaitkan dengan amalan pemakanan yang baik dan
seimbang. Di samping itu, penduduk mengamalkan cara hidup sihat seperti melakukan senaman, tidak
merokok, tidak menagih dadah, menghindarkan diri daripada melakukan seks bebas dan sebagainya.

3
3. Peningkatan kemudahan kesihatan

(a) Peningkatan kemudahan kesihatan seperti kemudahan hospital, poliklinik, klinik desa, ubat dan
peralatan perubatan moden, bilangan doktor dan kakitangan perubatan terlatih. Peningkatan
kemudahan akan meningkatkan kelahiran dan jangka hayat penduduk.

(b) Peningkatan kemudahan kesihatan membolehkan penduduk terutama ibu-ibu yang mengandung
mudah mendapat rawatan bagi penyakit-penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, penyakit
jantung dan sebagainya.

4. Program perancangan keluarga

(a) Program perancangan keluarga seperti kempen pencegahan kelahiran, penggunaan kondom,
teknik AUD AUD dan lain-lain.

(b) Namun program ini gagal terutama di negara-negara membangun kerana taraf pendidikan pendu
lagi rendah dan tidak mengetahui teknik yang betul dalam amalan perancangan keluarga.

(c) Program perancangan keluarga kurang kurang berjaya kerana fahaman agama, adat resam.

(d) Di samping itu, tradisi masyarakat untuk memiliki anak yang ramai dan saiz keluarga yang besar
bagi memenuhi keperluan tenaga buruh.

(e) Halangan-halangan ini menyebabkan negara sedang membangun mengalami kadar kelahiran yang
masih tinggi

5. Pengeluaran makanan yang semakin meningkat

(a) Pertambahan penduduk yang pesat dapat ditampung dengan pengeluaran makanan yang terus
meningkat.

(b) Pertambahan pengeluaran makanan disebabkan pertambahan kawasan pertanian bahan makanan
dan peninkatan daya pengeluaran melalui kemajuan teknologi pengeluaran seperti pengunaan jentera
dan intensif buruh.

(c) Peningkatan penggunaan jentera dan teknik pertanian moden dapat meningkatkan pengeluaran
makanan yang melebihi permintaan penduduk dapat mengurangkan kebuluran dan kekurangan
makanan

6. Keamanan dan kestabilan politik

(a) Keamanan yang berterusan akan mengelakkan kematia penduduk merasa selesa tinggal di
sesebuah negara. Suasana aman akan dapat menarik migrasi masuk ke sesebuah negara

(b) Kestabilan politik dalam jangka masa panjang dapat membantu mempengaruhi pertumbuhan
penduduk.

(c) Kestabilan politik akan menarik kedatangan pelabur dan membuka peluang pekerjaan kepada
penduduk yang seterusnya meningkatkan pendapatan penduduk.

(d) Peningkatan pendapatan akan meningkatkan daya tampung keluarga dan cenderung mempunyai
anak yang ramai. kematian dan negara.

4
7. Dasar kerajaan

(a) Dasar kerajaan mempengaruhi pertambahan dan penguranganpenduduk. Contohnya, negara


Malaysia yang mengamalkan prinsip menggalakkan kadar kelahiran melalui dasar 70 juta penduduk
menjelang 2100.

(b) Galakan kelahiran ini dijalankan melalui peningkatan jumlah pengeluaran makanan, kemudahan
cuti bersalin, kemudan rawatan percuma, rebat cukai pendapatan dan lain-lain.

(c) Terdapat negara yang menialankan dasar saiz keluarga yang kecil iaitu satu keluarga satu anak.
Contohnya, negara China. Langkah-langkah yang ketat dikenakan untuk menjayakan rancangan ini
seperti cukai dan denda yang tinggi, menarik balik kemudahan kerajaan dan lain-lain.

8. Taraf Pendidikan

(a) Penduduk yang berpendidikan tinggi dan berkerjaya akan cenderung untuk memiliki bilangan anak
yang kecil. Mereka lebih mementingkan kerjaya dan terdedah kepada program perancangan keluarga.

(b) Penduduk yang mementingkan pendidikan dan kerjaya akan berkahwin lewat atau tidak berkahwin
menyebabkan kesuburan adalah rendah.

(c) Pada pertengahan 2012 kadar kelahiran negara-negara maju jalah 11 orang bagi setiap 1,000
penduduk dengan pertumbuhan ialah peningkatan sebanyak 0.1 peratus. Manakala negara-negara
membangun ialah 22 orang bagi setiap 1,000 penduduk dengan peningkatan ialah 1.4 peratus.

d) Penduduk yang berpendidikan rendah akan mencatat kelahiran yang tinggi kerana penduduk akan
berkahwin pada usia muda, tidak terdedah dengan perancangan keluarga serta tidak terikat agama,
adat, dan keperluan buruh keluarga.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR KEMATIAN

1. Taraf kesihatan penduduk

(a) Taraf kesihatan penduduk mempengaruhi kadar kematian sesebuah negara. Negara-negara maju
yang mempunyai taraf kesihatan penduduk yang tinggi akan menyebabkan kadar kemaatian yang
rendah manakala negara-negara membangun atau negara mundur akan mengalami kadar kematian
yang yinggi kerana taraf kesihatan yang rendah.

(b) Taraf kesihatan penduduk dikaitkan peningkatan kemudahan kesihatan yang moden seperti
kemudahan hospital, ubat dan peralatan moden, doktor dan kakitangan perubatan yang mahir dan
terlatih.

(c) Bagi negara maju dan membangun, kadar kematian bayi yang dilahirkan semakin berkurangan
kerana bayi yang baru lahir akan diberi suntikan pelalian seperti Hepatitis B dan sumber makanan yang
berzat.

d) Penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar juga akan mudah mendapat rawatan kerana
terdapatnya klinik-klinik desa yang mempunyai pegawai dan kakitangan terlatih.

(e) Kesedaran tentang penjagaan kesihatan seperti penjagaan kesihatan fizikal dan kesihatan mental
akan mengurangkan kadar kematian.

5
(f) Contohnya, sehingga pertengahan 2012, kadar kematian bayi bagi 1,000 penduduk Amerika Utara
dan Asia ialah 8 orang! dan 7 orang bagi 1,000 penduduk berbanding Afrika Tengah iaitu 15 orang bagi
1,000 penduduk.

2. Pemakanan yang mencukupi, berzat, dan seimbang

(a) Peningkatan teknologi dalam sektor pertanian dan peningkatan kawasan pertanian akan dapat
membekalkan makanan yang mencukupi kepada penduduk dan dapat menampung keperluan
penduduk negara lain. Kematian akibat kebuluran kan dapat dikurangkan terutama di negara-negara
mundur,

(b) Amalan pemakanan yang seimbang dan berzat akan membantu tumbesaran dan dapat
mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya. Kemampuan
penduduk mengambil makanan tambahan yang mengandungi vitamin C, Vitamin E, kalsium, zink dan
sebagainya dapat meningkatkan daya tahan penyakit dalam kalangan penduduk.

3. Kemudahan kesihatan

(a) Pertambahan kemudahan kesihatan seperti kemudahan hospital dan klinik, pertambahan bilangan
doktor dan jururawat akan mengurangkan kadar kematian.

(b) Negara-negara yang mundur dan kekurangan kemudahan kesihatan menyebabkan kadar kematian
masih lagi tinggi.

(c) Contohnya, negara-negara Afrika Tengah seperti Afrika Tengah, Chad, dan Republik Demokratik
Congo.

(d) Di Malaysia, peningkatan hospital pakar kerajaan dan swasta seperti hospital besar, hospital
universiti , Institut Jantung Negara, hospital pakar, serta perkhidmatan kesihatan akan mengurangkan
kadar kematian.

4. Bencana alam

(a) Kekerapan bencana alam seperti gempa bumi dan gunung berapi akan meningkatkan kadar
kematian.

(b) Contohnya, Indonesia, yang sering berlaku letusan gunung berapi dan negara China yang sering
berlaku kejadian banjir akan meningkatkan kadar kematian.

(c) Masalah kemarau yang berpanjangan akan akan menyebabkan kebuluran seperti di Somalia dan
Ethiopia akan juga meningkatkan kadar kematian.

5. Kestabilan politik

(a) Negara-negara yang aman dan politik yang stabil dalam jangka panjang akan menikmati
kemakmuran dan mengurangkan kadar kematian.

(b) Penduduk akan merasa selesa dan dapat menikmati kemakmuran ekonomi yang lebih baik.

6
(c) Negara-negara yang sering berlaku kekacauan dan pergolakan seperti pergolakan politik dan etnik
akan meningkatkan kadar kematian.

(d) Peningkatan kadar kematian berlaku di negara Myammar dan Republik Demokratik Congo akibat
pergolakan etnik dan agama.

MIGRASI

1. Migrasi bersih akan mempengaruhi pertumbuhan penduduk dalam sesebuah negara atau kawasan.

2. Migrasi berlaku sama ada migrasi antarabangsa atau migrasi dalaman.

3 Migrasi berlaku disebabkan faktor ekonomi, sosial, dan politik.

15.4 KONSEP KEPENDUDUKKAN

1. Kadar pertumbuhan penduduk ialah satu angka yang menunjukkan aras pertambahan penduduk di
sesebuah negara pada satu tempoh tertentu.

2. Kadar ini dapat menunjukkan sama ada sesebuah negara mengalami pertambahan penduduk secara
pesat, perlahan, statik, atau berkurang.

3. Angka ini diukur dalam unit peratus atau per seribu orang. Sebagai contohnya:

Kadar pertumbuhan penduduk Malaysia pada tahun 2010 adalah 1.3% per 1000 = 13 orang/1000
(Pertambahan sebanyak 13 orang bagi setiap 1000 orang penduduk).

4. Kadar pertumbuhan penduduk dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

(a) pertumbuhan semula jadi atau kadar pertumbuhan kasar

(b) pertumbuhan bersih yang mengambil kira perbezaan nilai antara imigrasi dengan emigrasi

Kaedah Pengiraan Kadar Pertumbuhan Penduduk

1 Purata kadar pertumbuhan tahunan penduduk wilayah dunia dan Malaysia dikira berdasarkan
formula berikut:

Formula purata kadar pertumbuhan tahunan penduduk:

r= 1/n Log e(P/P) x 100 di mana;


r = kadar pertumbuhan purata tahunan
n = bilangan tahun antara Pn dengan Po
P = penduduk tahun semasa
Pn = penduduk tahun asas atau sebelumnya Log e = (Logaritma asli/Log to based e)

Contoh Pengiraan

Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2010 ialah 28 334 135 orang manakala jumlah penduduk
Malaysia pada tahun 2000 ialah 23 274.000 orang. Kira purata Kadar pertumbuhan tahunan penduduk
Malaysia antara tahun 2000 hingga 2010.

7
Maklumat

P =28324 135 orang

Pn =23 274 090 orang

N = 10 tahun (2010 - 2000)

Aplikasi Formula

r =1/n Log e[Pn/Po x 100

r = 1/10 Log e[28 334 135 /23 274 690] x 100

r = 1/10 Log e [1.2174] x 100

Lihat log to base e bagi 1.2174= 0.2070

r = 1/10 [10. 2070] x 100

r =[0.2070/10] = 0.0207

r = 0.0207 x 100 = 2.07%

Oleh itu, kadar pertumbuhan purata tahunan penduduk di Malaysia antara tahun 2000 hingga tahun
2010 ialah sebanyak 2.07% setahun.

2. Purata kadar pertumbuhan antara tahun 2000 hingga 2010 adalah lebih rendah berbanding dengan
tempoh 1991 hingga 2000, iaitu 2.6% setahun. Rujuk Graf 14.4

Kadar Purata Pertambahan Penduduk Malaysia,

A Graf 14.4. Purata kadar pertumbuhan penduduk Malaysia antara tahun 1980 hingga 2010

3. Dalam tempoh 30 tahun, kadar pertumbuhan purata tahunan penduduk di Malaysia dilihat
mengalami penurunan.

4. Negeri-negeri yang mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi bagi tempoh 2000 hingga 2010 ialah
W.P. Putrajaya (17.8%), Selangor (2.7%), Melaka (2.6%), dan Sabah (2.1%).

5. Negeri yang mengalami kadar pertumbuhan yang rendah pula ialah Terengganu (1.49), Perak
(1.4%), W.P. Labuan (1.3%) dan Perlis (1.2%).

Konsep Lebihan Penduduk

8
1. Lebihan penduduk ialah jumlah penduduk melebihi kemampuan penawaran sumber yang ada
dalam sesebuah negara.

2. Lebihan penduduk terbahagi kepada dua iaitu:

(a) Lebihan relatif

(i) Lebihan relatif dialami oleh negara-negara sedang membangun seperti Indonesia, Filipina,
Myanmar, Vietnam, Laos, China, India dan Bangladesh

(ii) Lebihan relatif bermaksud sumber di dalam sesebuah negara masih banyak tetapi tahap
teknologinya rendah dan tidak dapat membangunkan sumber berkenaan

(iii) Hal ini menyebabkan sumber alam di negara berkenaan kekal stok sumber

(iv) Kesannya penduduk terus miskin dait, mundur, dan taraf dan hidupnya rendah.

(b) Lebihan mutlak

(i) Lebihan mutlak dialami oleh negara-negara seperti Ethopia, Sudan dan Afrika Utara

(ii) Lebihan relatif bermaksud sumber-sumber pengeluaran tidak ada atau tidak mencukupi untuk
menampung keperluan asas penduduk.

(iii) Negara berkenaan menghadapi masalah kebuluran, kelaparan, kemiskinan yang ganas, dan
kemelaratan hidup (kemiskinan mutlak)

Sebab-Sebab Berlakunya Lebihan Penduduk: Kajian Kes Negara di Asia Tenggara: Indonesia

1. Pada tahun 2000, jumlah penduduk Indonesia lebih daripada 213 juta orang. Jumlah ini meningkat
lebih daripada 239 juta orang pada tahun 2010.

2. Purata perubahan penduduk di Indonesia lebih daripada 2 juta orang setiap tahun dan kadar
pertumbuhan penduduknya ialah 1.085 setahun.

3. Purata kadar kelahiran di Indonesia antara tahun 2005 hingga 2010 ialah 19.1 kelahiran per 1000
orang penduduk.

4. Kadar kelahiran yang tinggi berpunca daripada:

(a) Peningkatan taraf kesihatan penduduk

(b) Sistem dan kaedah perubatan moden yang mampu meningkatkan kelahiran hidup

(c) Kegagalan program kawalan penduduk (amalan perangan keluarga)

5. Amalan perancangan keluarga di negara ini gagal kerana tahap Pendidikan penduduknya yang

6. Kadar fertiliti yang tinggi pada usia muda menyebabkan peningkatan kadar kelahiran apabila
penduduk berkahwin pada usia muda.

7. Jumlah penduduk yang banyak dalam komposisi umur subur (antara 15 hingga 44 tahun) membantu
meningkatkan kadar kelahiran lagi.

8. Peningkatan kadar kelahiran juga disebabkan faktor agama (agama Islam, adat sikap dan status quo
masyarakat.

9
9. Lebihan penduduk di Indonesia juga berpunca daripada penurunan kadar kematian iaitu daripada
10.0 per 1000 penduduk pada tahun 1980 kepada penduduk pada tahun 2010

10. Penurunan kadar kematian disebabkan:

a) kemajuan dalam bidang perubatan moden yang mampu mengawal pelbagai penyakit
berbahaya

b) kemudahan kesihatan dan bilangan doktor yang semakin bertambah

(c) amalan pemakanan seimbang yang mampu meningkatkan jangka hayat penduduk

11. Lebihan penduduk juga berpunca daripada daya tampung sumber alam yang terhad dan
kemunduran teknologi untuk membangunkan sumber yang ada.

12. Di Indonesia, sumber tanah yang subur sedikit jika dibandingkan dengan jumlah penduduknya
yang ramai.

13. Kebanyakan tanah yang subur hanya terdapat di lereng-lereng gunung berapi di sekitar Pulau
Jawa.

14. Oleh sebab itu, Pulau Jawa menjadi tumpuan penduduk dan akhirnya berlebihan penduduk

16. Teknologi yang mundur pula menyebabkan pembangunan sumber alam tidak cekap dan terbiar
membazir, contoh sumber maritim, sumber ekologi, dan sumber tenaga

16. Sumber-sumber ini tinggal sebagai stok sumber dan tidak dapat dimanfaatkan untuk menampung
keperluan penduduk yang ramai.

17. Kesannya daya tampung sumber alam menjadi rendah dan tidak mampu memenuhi permintaan
daripada penduduk yang kian bertambah.

Langkah-langkah Untuk Mengurangkan Masalah Lebihan Penduduk

1. Melaksanakan dasar saiz keluarga kecil

(a) Dasar saiz keluarga kecil ialah langkah untuk mengawal kadar kelahiran. Salah satu dasar
ini ialah Polisi Satu Keluarga Satu Anak di China.

(b) Polisi ini mengehadkan satu pasangan hanya boleh memiliki seorang anak.

(c) Antara tindakan yang diambil jika pasangan melanggar polisi ini ialah:
(i) Menaikkan cukai pendapatan isi rumah
(ii) Tidak memberikan taraf kewarganegaraan
(iii) Menarik balik kemudahan pendidikan rendah dan kesihatan percuma

(d) Untuk menggalakkan pasangan memiliki hanya seorang anak, pelbagai insentif diberikan kepada
mereka. Antaranya seperti:
(i) Diberikan keutamaan untuk memiliki rumah
(ii) Pemberian biasiswa dan pendidikan percuma
(iii) Pemberian kemudahan dan subsidi rawatan perubatan

10
(e) Kesan positif dasar ini dibuktikan apabila kadar kelahiran di Beijing dan Shanghai pada tahun 1998
adalah "Zero Population Growth".

(f) Polisi yang hampir sama dilaksanakan di Singapura pada tahun 1980-an, iaitu Polisi Satu Keluarga
Dua Anak.

2. Melaksanakan amalan perancangan keluarga

(a) Amalan perancangan keluarga dapat mengurangkan kadar kelahiran melalui:

(i) pencegahan kehamilan


(ii) penggunaan pil perancang
(iii) penggunaan kondom
(iv) penjarakan kelahiran
(v) meningkatkan had umur perkahwinan

(b) Namun begitu, amalan ini kurang berkesan di Indonesia, India, dan China disebabkan halangan
agama, adat, dan taraf pendidikan penduduk yang rendah.

3. Mempelbagaikan sektor ekonomi

(a) Sektor ekonomi negara dipelbagaikan dan dimajukan agar tidak terlalu bergantung kepada sektor
pertanian semata-mata.

(b) Bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah maka sektor ekonomi moden, iaitu
sektor sekunder. tertier, kuarterner, dan kuiner perlu dibangunkan.

(e) Sebagai contohnya, sektor perindustrian, pembinaan perkhidmatan perniagaan, perdagangan,


pelancongan, dan R&D.

(d) Kemajuan sektor ekonomi moden membuka banyak peluang pekerjaan bahan yang dapat
menampung keperluan penduduk yang ramai.

(e) Hal ini seterusnya dapat mengelakkan masalah lebihan penduduk khususnya pengangguran.

4. Melalui peningkatan teknologi pengeluaran dan R&D, banyak sumber alam dapat dieksploitasi dan
dibangunkan bagi menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.

5. Secara tak langsung akan membuka peluang perkerjaan dan dapat menambahkan pendapatan
perkapita penduduk. Keadaan ini sekaligus dapat menampung saiz keluarga yang besar.

6. Menggalakkan migrasi dan melaksanakan transmigrasi penduduk

(a) Sebagai contohnya, Indonesia tidak menghalang rakyatnya untuk berhijrah dan berkerja di
Malaysia

(b) Indonesia juga menjalankan program transmigrasi bagi mengurangkan tekanan penduduk di Pulau
Jawa.

(c) Penduduk di Pulau Jawa dipindahkan ke Kalimantan, Sulawesi, serta Sumatera .

(d) Kawasan yang dituju oleh migran dibangunkan dengan kemudahan asas dan dimajukan sektor
pertanian.

11
Penduduk Kurangan

1. Penduduk kurangan bermaksud sesebuah negara mempunyai bilangan penduduk yang kurang
berbanding dengan daya tampung sumber alam.

2. Jumlah penduduk yang kurang menyebabkan sumber alam tidak dapat dieksploitasi dan
dibangunkan secara sepenuhnya.

3. Antara negara yang berpenduduk kurang adalah seperti Malaysia, Brunei, dan Australia.

4. Ciri-ciri kependudukan sesebuah negara bergantung kepada tahap kemajuan ekonomi dan sosial
yang dicapai.

5. Ciri-ciri kependudukan di negara sedang membangun (Malaysia) adalah seperti:

(a) tahap teknologi yang rendah atau sederhana


(b) sumber alam yang masih banyak dan terbiar
(c) tenaga kerja yang kurang khususnya dalam sektor perladangan dan saiz pasaran yang masih kecil

6 Ciri-ciri kependudukan di negara maju (Australia) adalah seperti:

(a) komposisi umur penduduk dewasa dan tua yang ramai relatif dengan kompisi umur penduduk
muda
(b) menghadapi krisis bekalan tenaga buruh tempatan pada masa hadapan
(c) jangka hayat penduduk yang tinggi
(d) teknologi tinggi
(e) kualiti dan taraf hidup tinggi
(f) sumber alam banyak untuk dijadikan khazanah dan tidak diteroka atau dieksploitasi

7. Perbezaan antara konsep lebihan penduduk dengan kurangan penduduk

12
Perbezaan lebihan penduduk dan kurangan penduduk

Lebihan Penduduk Kurangan Penduduk

1. Sumber alam kurang dan tidak 1. Sumber alam yang kaya dan
bernilai bernilai
2. Keadaan fizikal yang negatif - tanh 2. Keadaan fizikal baik - tanah subur,
kasap, berbatu dan tidak subur iklim sesuai
3. Sumber ekonomi tidak terbangun 3. Tingkat pembangunan ekonomi
4. Penduduk kurang mahir tinggi
5. teknologi rendah/kurang 4. Teknologi tinggi/maju
6. Daya pengeluaran rendah 5. Penduduk mahir, berpengetahuan
dan lain-lain

Sebab-sebab Berlakunya Penduduk kurangan

1. Kesan pelaksanaan polisi saiz keluarga kecil

(a) Walaupun polisi saiz keluarga kecil dapat mengurangkan jumlah penduduk, namun dalam jangka
panjang negara akan menghadapi masalah kurang penduduk.

(b) Sebagai contohnya, kini Singapura mengalami masalah kekurangan tenaga kerja kesan daripada
pelaksanaan polisi ini sekitar tahun 1980-an.

(c) Polisi ini menjadikan setiap pasangan cenderung untuk memiliki satu atau dua orang anak sahaja.

(d) Penduduk Singapura juga cenderung untuk memiliki saiz keluarga kecil berikutan kos sara hidup
yang tinggi.

2. Kepentingan kerjaya, gaya hidup bebas, dan status quo

(a) Faktor sosial seperti kepentingan kerjaya, gaya hidup bebas, dan status quo dalam kalangan
penduduk khususnya di negara maju.

(b) Kepentingan kerjaya mendorong penduduk berkahwin pada usia lewat (lebih daripada usia 30
tahun).

(c) Hal ini mengakibatkan kadar kesuburan penduduk menurun dan mengurangkan kadar kelahiran.

(d) Penduduk yang berkerjaya juga beranggapan yang anak yang ramai akan menyekat
kebebasan hidup dan kecemerlangan kerjaya mereka.

13
3. Sejarah demografi (peperangan dan wabak penyakit)

(a) Sesetengah negara pernah mengalami peperangan dan wabak sejarah perkembangan negara
berkenaan.

(b) Hal ini menyebabkan komposisi penduduk muda yang terdapat di negara tersebut berkurangan.

(e) Masa yang lama diperlukan untuk memulih atau mengimbangkan Kembali komposisi penduduk.

Kesan-kesan Positif Penduduk Kurangan

1. Sumber alam yang banyak

(a) Negara yang kurang penduduk mempunyai sumber alam yang banyak.

(b) Hasil pengeluaran negara bukan sahaja dapat menampung keperluan penduduk malah dapat
dieksport ke luar negara.

2. Kadar pengangguran rendah

(a) kadar pengangguran rendah kerana negara kurang penduduk mempunyai banyak peluang
pekerjaan dengan kadar upah yang tinggi.

3. Tempat tinggal yang selesa

(a) Penduduk di negara kurang penduduk dapat memiliki rumah yang besar lengkap.

(b) Hal ini demikian kerana mereka mempunyai tanah yang luas dan ahli keluarga yang kecil.

4. Kualiti hidup yang tinggi

(a) Kerajaan menyediakan prasarana pendidikan yang lengkap untuk penduduknya.

(b) Hal ini membolehkan kebanyakannya penduduknya berkelulusan Kolej atau universiti

5. Sistem perubatan moden

(a) Negara kurang penduduk mempunyai perkhidmatan kesihatan yang baik dan pelbagai peralatan
perubatan moden.

(b) Hal ini menyebabkan kadar kematian penduduk di negara tersebut rendah.

Masalah yang Dihadapi Akibat daripada Penduduk Kurangan

1. kurang tenaga kerja

(a)Kurang tenaga kerja merupakan masalah yang berlaku di negara berpenduduk kurang (Singapura).

(b) Krisis tenaga kerja berlaku dalam pelbagai sektor seperti pembinaan perindustrian, dan
perkhidmatan.

(c) Akibatnya ekonomi dan sumber jaya lambat untuk dibangunkan.

(d) Sumber tenaga kerja dari negara asing diperlukan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja.

14
(e) Sebagai contohnya, Singapura terpaksa bergantung kepada tenaga buruh dari Malaysia dan
Indonesia untuk menggerak sektor perindustrian di negara, berkenaan.

(f) Kemasukan tenaga kerja luar menimbulkan kesan sampingan kepada negara seperti:
(i) aliran keluar wang negara
(ii) masalah sosial (jenayah dan wabak penyakit

2. Ketidakseimbangan komposisi penduduk

(a) Komposisi penduduk di negara kurang tidak seimbang, iaitu penduduk tua melebihi penduduk
muda yang produktif.

(b) Peningkatan jumlah penduduk tua membebankankerajaan kerana perlu

(i) memperuntukkan bayaran pencen


(ii) menyediakan rawatan percuma
(iii) membina rumah-rumah kebajikan untuk penjagaan
(iv) menyediakan perkhidmatan pengangkutan

(c ) Terdapat juga sesetengah negara yang terpaksa melanjutkan umur bersara untuk mengelakkan
beban kerajaan tersebut.

3. Saiz pasaran domestik kecil dan kuasa beli penduduk rendah


a) Saiz pasaran domestik kecil disebabkan kekurangan jumlah penduduk.

(b) Kuasa beli penduduk juga semakin rendah apabila sebahagian besar tenaga kerja bersara.

(c) Hal ini akan mengakibatkan daya pasaran dalam sesebuah negara menjadi semakin lemah.

Langkah-langkah untuk Mengatasi Masalah Penduduk Kurangan

1. Meningkatkan kadar kelahiran

(a) Kerajaan perlu memperkenalkan dasar baharu atau mengubah polisi yang berkaitan dengan
kependudukan untuk meningkatkan kadar kelahiran.

(b) Sebagai contohnya, Singapura telah memansuhkan polisi Satu Keluarga Dua Anak supaya kadar
kelahiran di negara tersebut dapat ditingkatkan

(c) Insentif diberikan kepada penduduk untuk meningkatkan kelahiran. Antaranya •

(i) memberikan kemudahan cuti bersalin (3 bulan )


(ii) Pengurangan dan rebat cukai pendapatan untuk anak
(iii) kemudahan rawatan percuma kepada bakal ibu
(iv) hadiah kelahiran

15
2. Mengurangkan had umur boleh kahwin
(a) Umur perkahwinan berkait rapat dengan tahap kesuburan wanita.

(b) Perkahwinan pada usia lewat akan mengurangkan kadar kelahiran kerana penurunan kadar
kesuburan.

(c) Oleh itu, had umur boleh kahwin patut diturunkan, iaitu dari usia 30-an kepada usia 20-an.

(d) Langkah ini akan menggalakkan perkahwinan pada usia muda dan kemampuan untuk melahirkan
anak yang ramai akan meningkat.

3. Meningkatkan pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk

(a) Pendapatan perkapita yang tinggi penting untuk membolehkan pasangan menampung saiz
keluarga yang besar setelah penambahan anak.

(b) Peruntukan perbelanjaan yang tinggi diperlukan untuk:

(i) menyediakan rumah yang selesa


(ii) memberikan pendidikan yang sempurna
(iii) memberikan rawatan perubatan yang terbaik

(c) Oleh itu, pendapatan penduduk perlu ditingkatkan sama ada dengan:

(i) meningkatkan gaji minimum

(ii) memberikan bonus yang lebih

(iii) mengurangkan cukai pendapatan

(iv) mengurangkan kadar faedah pinjaman perumahan, kenderaan, dan pendidikan

(v) mengurangkan caj-caj perkhidmatan

Penduduk Optimum
1. Penduduk optimum bermaksud jumlah penduduk seimbang dengan daya tampung sumber alam
semasa berbanding dengan tempoh sebelum atau selepas mencapai penduduk optimum.

2. keadaan optimum berlaku apabila bilangan penduduk sepadan dengan sumber dan negara memiliki
tahap teknologi yang tinggi.

3. Sumber alam, sumber manusia, sumber ekonomi, modal dan teknologi sepenuhnya untuk mencapai
tahap pembangunan sosioekonomi yang tinggi.

4. Keadaan ini membolehkan penduduk mencapai taraf hidup dan kualiti tinggi berbanding dengan
keadaan sebelumnya.

5. Antara ciri kependudukan dan pembangunan sosioekonomi bagi berpenduduk optima adalah
seperti:

(a) kadar kelahiran yang rendah


(b) jangka hayat yang tinggi
(c) kualiti hidup yang tinggi
(d) pendapatan perkapita yang tinggi.

16
(e) kuasa beli yang tinggi
(f) tingkat teknologi yang tinggi
(g) pemuliharaan alam sekitar yang baik

6. Contoh negara yang mencapai tahap penduduk optimum ialah Jepun dan Sweden

7. Aras penduduk optimum (jumlah penduduk seimbang dengan kemampuan sumber) tidak tetap
dalam jangka panjang.

8. Pada masa hadapan, sesebuah negara yang sudah mencapai penduduk optimum boleh mengalami
lebihan penduduk atau penduduk kurangan.

9. Perubahan ini bergantung kepada keadaan seperti:

(a) kadar dan trend pertumbuhan penduduk semasa


(b) tahap teknologi dan pembangunan ekonomi semasa
(c) kemampuan negara menyediakan peluang pekerjaan
(d) kemudahan hidup yang berkualiti tinggi
(e) kualiti pendidikan dan tahap kesihatan penduduk

Kesan-kesan Penduduk Optimum

1 Taraf hidup penduduk tinggi

(a) Taraf hidup penduduk tinggi disebabkan perkembangan pesat ekonomi.

(b) Sebagai contohnya, kegiatan ekonomi seperti perindustrian dan perkhidmatan menawarkan
pekerjaan dengan gaji yang lumayan.

(c) Hal ini dapat meningkatkan pendapatan per kapita dan taraf hidup penduduk.

2. Tiada pengangguran

(a) Kemajuan ekonomi menyebabkan banyak peluang pekerjaan ditawarkan kepada penduduk

(b) Keadaan ini membolehkan semua penduduk memiliki kerjaya dan pengangguran tidak berlaku.

3. Pembangunan yang mapan

a) Kemajuan ekonomi juga membolehkan pembangunan ekonomi dijalankan dengan mapan.

(b) Semua program pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan dapat
dinikmati oleh semua penduduk.

4. Penggunaan sumber alam yang wajar

(a) Sumber alam dapat dimaju dan dimanfaat dengan sepenuhnya untuk memenuhi keperluan
penduduk.

(b) Pada masa yang sama terdapat usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sumber supaya
sumber tidak habis.

5. Struktur demografi yang seimbang. Sebagai contohnya, pertumbuhan penduduk kekal pada paras
pergantian semula populasi.

17
Konsep Arah Alir Pertumbuhan Penduduk, Konsep Ledakan Penduduk, dan Konsep Pertumbuhan
Penduduk Sifar

1. Konsep arah alir pertumbuhan penduduk

(a) Konsep arah alir pertumbuhan penduduk terbahagi kepada empat keadaan iaitu:

(i) pertumbuhan negatif (apabila kadar kematian melebihi kadar kelahiran)

(ii) pertumbuhan sifar (apabila kadar kematian hampir sama dengan kadar kelahiran)

(iii) pertumbuhan positif (apabila kadar kelahiran melebihi kadar kematian)

(iv) pertumbuhan abnormal (kadar kelahiran dan kadar kematian terganggu disebabkan
peperangan.

(b) Arah alir pertumbuhan penduduk dapat ditunjukkan melalui tiga keadaan iaitu :-

(i) pertumbuhan mendadak atau pesat

(ii) pertumbuhan mendatar atau stabil

(iii) pertumbuhan gradual atau perlahan-lahan

2. Konsep ledakan penduduk

(a) Konsep ledakan penduduk (population bomb) berkait rapat dengan pertumbuhan secara
mendadak yang menunjukkan peningkatan secara besar-besaran.

(b) Peningkatan yang berlaku ini adalah di luar daripada perancangan dan ramalan.

(c) Sebagai contohnya, pertumbuhan penduduk dunia pada abad ke-20 lebih pesat berbanding dengan
abad sebelumnya.

(d) Pada awal abad ke-20 (1950-an) penduduk dunia dianggarkan berjumlah 2.5 bilion. Jumlah ini
bertambah kepada 4.07 bilion pada tahun 1975.

(e) Jumlah penduduk dunia terus meningkat kepada 6.3 bilion pada awal abad ke-21 (2000) dan
dijangka meningkat kepada 10.1 bilion menjelang akhir abad ke-21.

(f) Pada masa kini, penduduk dunia bertambah lebih daripada 250 000 orang setiap hari, 7.5 juta orang
setiap bulan , dan antara 90 juta hingga 100 juta dan seter orang setiap tahun.

(g) Ledakan penduduk dunia paling ketara berlaku di benua Asia. Pada tahun 2000, lebih daripada 3.7
bilion penduduk dunia adalah daripada benua Asia.

(h) Pada tahun 2050, penduduk dunia dianggarkan akan mencapai 9 bilion orang. 5.2 bilion daripada
jumlah ini adalah penduduk benua Asia.

3. Konsep pertumbuhan penduduk sifar

(a) Pertumbuhan penduduk sifar merujuk kepada arah alir pertumbuhan penduduk secara mendatar,
stabil, dan kadar pertumbuhan penduduk 0.0%.

(b) Keadaan ini berlaku apabila jumlah kelahiran dan emigrasi penduduk adalah sama dengan jumlah
kematian dan imigrasi penduduk.

18
(c) Sebagai contohnya, bandar raya Beijing di China pernah mencapai aras zero population growth
pada tahun 1998 hasil daripada polisi Satu Keluarga Satu Anak yang dilaksanakannya.

(d) Pencapaian aras sifar pertumbuhan penduduk menunjukkan kesedaran dan komitmen kerajaan
sesebuah negara untuk mengatasi masalah ledkan penduduk

15.5 Kesan Pertumbuhan Penduduk yang Pesat terhadap Sumber Alam


KESAN POSITIF

1 Pembangunan sumber alam meningkat

(a) Kawasan yang mempunyai pertumbuhan penduduk yang pesat akan menyebabkan sumber alam
tidak terbiar membazir seperti sumber tanah dan sumber hutan.

(b) Sumber akan dimajukan sepenuhnya kerana penduduk yang ramai akan membekalkan tenaga
kerja atau buruh yang mencukupi untuk menjana dan membangunkan sumber alam.

(c) Sumber alam akan dimajukan dengan peningkatan kemajuan teknologi.

2. Peningkatan permintaan terhadap sumber alam

a) Semakin ramai penduduk sesebuah negara, permintaan berhadap sumber alam akan semakin
meningkat.

(b) Sumber alam akan dijana bagi menampung permintaan yang semakin meningkat dan produk
sumber alam akan dipelbagaikan bagi memenuhi pasaran yang luas.

(c ) Negara China, India dan Indonesia yang pertumbuhan penduduknya adalah pesat, sumber akan
dijana sepenuhnya untuk menampung keperluan penduduk.

KESAN NEGATIF

1. Tekanan terhadap sumber tanah

Negara atau kawasan berpenduduk yang ramai akan mewujudkan persaingan guna tanah untuk
petempatan, perindustrian, pembandaran, infrastruktur, dan pertanian.

b) Tekanan terhadap guna tanah menyebabkan saiz tanah secara relatifnya menjadi semakin
meningkat.

c) Ruang tanah menjadi semakin padat dan tepu bina dan harganya semakin mahal.

d) Contohnya, harga tanah di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Georgetown dan Ipoh
menjadi semakin mahal akibat pembandaran yang pesat.

19
2. Kepupusan atau kehabisan sumber alam
(a) Pertambahan bilangan penduduk akan menyebabkan eksploitasi berlebihan boleh menyebabkan
kehabisan atau kepupusan sumber terutamanya sumber yang tidak boleh diperolehi seperti sumber
mineral iaitu bijih timah, bijih besi, emas dan lain-lain.

(b) Peningkatan penduduk juga menyebabkan kepupusan sumber hutan yang akan menyebabkan
kepupusan sumber kepelbagaian biologi seperti flora dan fauna.

(c) Sumber marin juga akan semakin pupus akibat eksploitasi yang berlebihan bagi menampung jumlah
penduduk yang semakin meningkat.

(d) Tanih juga akan semakin tandus akibat kemerosotan kualiti tanih atau tanih menjadi semakin tidak
subur akibat eksploitasi yang meningkat.

3. Kualiti sumber alam semakin menurun

(a) Kepadatan penduduk yang semakin meningkat akan menyebabkan penggunaan kenderaan,
peningkatan jumlah peindustrian akan menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya berlaku
jerebu.

(b) Pencemaran air akibat pembuangan sisa toksik dan pembuangan sisa kumbahan dan sampah
sarap.

(c) Pencemaran bau dan bunyi terutama di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru
dan Ipoh akibat peningkatan bilangan kenderaan dan pertambahan Kawasan industri.

4. Kerosakan dan kemusnahan sumber alam

a) Peningkatan kepadatan penduduk akan menyebabkan berlakunya tanah mendap, hakisan tanah
dan tanah runtuh terutamanya di kawasan tanah tinggi. Kesan-kesan alam sekitar berkenaan akibat
pembinaan lebuh raya, dan bangunan petempatan.

(b) Penduduk yang padat juga boleh menyebabkan kemusnahan kawasan tadahan, banjir kilat dan
banjir lumpur

(c) Kepadatan penduduk juga akan menyebabkan kerosakan ekosistem daratan dan akuatik seperti
kemusnahan habitat dan rantaian makanan.

15.5 Kesan Pertumbuhan Penduduk yang Pesat terhadap Demografi dan Sosioekonomi
KESAN POSITIF

1. Sumber tenaga buruh

(a) Pertumbuhan penduduk yang pesat akan dapat menyediakan bekalan tenaga buruh yang ramai
dan dapat menggerakkan ekonomi sesebuah negara.

(b) Sektor ekonomi seperti pertanian, perindustrian dan perkhidmatan akan berkembang dengan
pesat kerana buruh yang ramai dan kos buruh akan menjadi murah.

20
(c) Bilangan buruh yang ramai dan murah dapat menarik pelabur asing melabur dalam sesebuah
negara.

(d) Pada 2012, negara China yang mempunyai penduduk 1.35 bilion dan negara India yang mempunyai
penduduk 1.26 bilion dapat menyediakan tenaga buruh yang ramai dan murah bagi meningkatkan
sektor ekonomi negara berkenaan.

(e) Manakala negara Malaysia terpaksa mengimport buruh dari negara Indonesia, China, Pakistan dan
Bangladesh untuk memajukan sektor pertanian, pembinaan, dan perkhidmatan.

2. Meluaskan pasaran domestik

(a) Negara atau wilayah yang mempunyai penduduk yang ramai akan meningkatkan saiz pasaran dan
kuasa beli dalam negara. Hasil sektor ekonomi seperti pertanian dan perindustrian akan mendapat
permintaan yang tinggi dalam kalangan penduduk tempatan.

(b) Pertumbuhan penduduk yang pesat juga akan dapat menarik kedatangan pelabur asing melabur ke
sesebuah negara kerana hasil industri akan mendapat permintaan yang tinggi dan akan meningkatkan
keuntungan.

(c) Contohnya, negara China mempunyai penduduk lebih 1.35 bilion, negara India yang mempunyai
penduduk 1.26 bilion, negara Indonesia berjumlah 241 juta orang pada 2012 menyediakan pasaran
yang besar untuk hasil keluaran sektor ekonomi.

3. Peningkatan kuantiti dan kualiti pasukan keselamatan

(a) Pertumbuhan penduduk yang pesat akan dapat menyediakan pasukan keselamatan yang ramai
bagi menjamin keselamatan negara.

(b) Bilangan penduduk yang ramai memberi peluang kepada negara berkenaan memilih anggota
keselamatan yang berkualiti.

(c) Pasukan keselamatan yang ramai dan berkualiti akan menjamin pertahanan negara lebih kukuh dan
selamat.

(d) Contohnya, negara China, India dan Indonesia yang berpenduduk yang ramai memiliki pasukan
keselamatan yang ramai dan berkualiti.

KESAN NEGATIF

1. Peningkatan pengangguran

(a) Pertumbuhan penduduk yang pesat dan tidak disertai dengan perkembangan ekonomi yang
sewajarnya akan menyebabkan ningkatan kadar pengangguran.

(b) Pertambahan penduduk akan menyebabkan persaingan pekerjaan dalam sektor ekonomi seperti
pertanian dan perindustrian.

(c) Kadar pengangguran akan semakin meningkat apabila peluang pekerjaan adalah kurang berbanding
bilangan penduduk yang semakin ramai.

21
2. Kemiskinan

(a) Kadar kemiskinan akan semakin meningkat apabila pertumbuhan penduduk yang pesat kerana
nisbah tanggungan akan semakin meningkat.

(b) Apabila semakin ramai golongan yang tidak produktif terutama di negara-negara sedang
membangun, taraf kemiskinan akan turut meningkat.

(c ) Kadar pengangguran yang tinggi dan peluang pekerjaan yang tidak berkembang akan
meningkatkan kemiskinan terutama di kawasan bandar.

3. Kekurangan kemudahan asas

(a) Peningkatan jumlah penduduk akan menyebabkan kekurangan kemudahan asas seperti
kemudahan perumahan, utiliti, jaringan pengangkutan, dan perhubungan.

(b) Di negara sedang membangun, perbelanjaan yang besar perlu diperuntukkan kepada keperluan
asas penduduk seperti pendidikan dan perubatan percuma menyebabkan sebahagian kecil
diperuntukan untuk pembangunan infrastruktur.

4. Masalah sosial

(a) Peningkatan bilangan penduduk yang tidak selari dengan peluang pekerjaan akan menyebabkan
berlaku pengangguran dan seterusnya mewujudkan masalah sosial.

(b) Kadar kemiskinan yang tinggi dan taraf hidup yang rendah akan menyebabkan penduduk
cenderung untuk melakukan jenayah seperti rompak, samun, curi dan pelacuran untuk menampung
kehidupan.

5. Kualiti hidup rendah

(a) Pertumbuhan penduduk yang pesat di sesebuah negara akan menyebabkan bebanan ekonomi
negara berkenaan semakin meningkat.

(b) Kekurangan peluang pekerjaan, kemudahan asas seperti kemudahan pendidikan, kesihatan akan
menyebabkan kualiti hidup penduduk akan menurun.

c) Pertambahan bilangan penduduk dan kekurangan kemudahan padu pendidikan akan menyebabkan
berlaku persaingan dalam mendapat pendidikan dan boleh menyebabkan masalah keciciran,
peningkatan kadar buta huruf dan kadar celik ICT adalah rendah.

(d) Pendapatan yang berkurangan akibat pertambahan bilangan penduduk akan menyebabkan
masalah kekurangan kemudahan petempatan, bekalan makanan dan kesihatan seperti hospital,
bekalan ubat, dan pegawai perubatan.

(e) Kekurangan perumahan yang selesa mewujudkan petempatan setinggan yang padat dan sesak.
Kawasan setinggan berlaku rebakan penyakit berjangkit kerana kekurangan kemudahan asas yang
sempurna seperti sistem perparitan yang tersumbat dan pengurusan kumbahan yang lemah

22
(f) Kekurangan peluang pekerjaan akan menyebabkan pendapatan per kapita semakin berkurangan
dan kuasa beli penduduk menjadi rendah seterusnya mereka gagal untuk mendapat barang dan
perkhidmatan yang berkualiti.

15.6 Program Kawalan Penduduk dan Langkah-langkah untuk Mengatasi Masalah Akibat daripada
kadar Pertumbuhan Penduduk yang Pesat

Program Kawalan Penduduk: Satu Penilaian

a. Program kawalan penduduk merupakan langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kelahiran atau
kadar pertumbuhan semula jadi penduduk.

b. Langkah-langkah ini melibatkan kaedah moden dan kaedah tradisional.

c. Pelaksanaan program kawalan penduduk ini ada yang mencapai kejayaan dan ada yang gagal.

1. Program perancangan keluarga

(a) Program ini menggunakan kaedah pencegahan kehamilan melalui:


(i) penggunaan pil perancang
(ii) penggunaan kondom
(iii) penjarakan kelahiran

b) Langkah ini berjaya di Sweden, Norway, Switzerland, dan Belanda apabila negara-negara ini
mencapai pertumbuhan penduduk sifar sekitar tahun 1970-an.

c) Program ini berjaya dilaksanakan di negara-negara tersebut disebabkan

(i) taraf pendidikan penduduk yang tinggi

(ii) dasar liberalisasi masyarakat yang mudah menerima program yang dirancangkan oleh kerajaan

(d) Kejayaan program ini juga disebabkan peningkatan kos sara hidup, gaya hidup bebas, dan
kepentingan kerjaya.

2. Dasar saiz keluarga kecil

(a) Dasar ini adalah polisi untuk mengehadkan bilangan anak yang boleh dimiliki oleh sesebuah
keluarga sama ada seorang atau dua orang sahaja.

(b) Langkah ini melibatkan peruntukan undang-undang akta, dan denda.

(c) Sebagai contohnya, untuk memastikan kejayaan Polisi Dua Anak Satu Keluarga, kerajaan Singapura
telah mengambil langkah yang berikut:

(i) Penjawat awam tidak dibayar gaji untuk cuti bersalin bagi kelahiran anak ketiga dan seterusnya

(ii) Hospital bersalin mengenakan yuran yang lebih tinggi untuk penambahan bilangan anak

(iii) Mereka yang melakukan pemandulan secara suka rela akan:

- Dibayar gaji untuk cuti sakit selama tujuh hari - Diberikan keutamaan untuk mendapatkan
kemudahan awam seperti perumahan dan pendidikan

(iv) Potongan cukai pendapatan

23
(d) Pelaksanaan polisi ini mencapai kejayaan apabila kadar kesuburan penduduk menurun kepada
1.006 pada tahun 1975.

(e) Walau bagaimanapun langkah ini mengakibatkan kesan sampingan kepada Singapura dalam jangka
panjang.

(f) Kini Singapura menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh hingga terpaksa membenarkan
kemasukan tenaga buruh asing.

3. Menaikkan had umur boleh kahwin

(a) Menaikkan had umur minima berkahwin dari belasan tahun kepada umur 20-an atau 30-an dan ke
atas.

(b) Langkah ini dapat mengurangkan kadar fertiliti wanita kerana semakin berusia seorang wanita,
kadar kesuburannya semakin menurun.

(c) Hal seterusnya dapat mengurangkan kadar kelahiran dan pertumbuhan semula jadi penduduk.

4. Program kebajikan keluarga

(a) Program kebajikan keluarga bertujuan untuk mengubah minda masyarakat agar memiliki keluarga
yang sihat, bersaiz sederhana, dan seimbang dengan kemampuan.

(b) Sesebuah keluarga akan diberikan khidmat nasihat berkaitan dengan:


(i) pengurusan dan penjagaan keluarga (ii) insentif kekeluargaan
(iii) perancangan kehamilan dan kelahiran

(c) Di Malaysia, langkah ini dijalankan oleh pihak kerajaan seperti Lembaga Perancangan Penduduk
dan Keluarga Negara (LPPKN).

Langkah-langkah Lain untuk Mengatasi Masalah Pertumbuhan Penduduk yang Pesat

1. Masalah lebihan penduduk akan berlaku sekiranya sumber negara tidak mampu untuk menampung
jumlah penduduk yang terus bertambah.

2. Hal ini menyebabkan sesetengah negara mengambil langkah melaksanakan kaedah seperti:
(a) memperluas pembangunan sumber ekonomi
(b) meningkatkan kualiti sumber manusia

3. Perluasan pembangunan sumber ekonomi


(a) Program perluasan pembangunan sumber ekonomi khususnya sumber alam.

(b) Walaupun di Malaysia tidak berlaku masalah lebihan penduduk, namun kerajaan mengambil
langkah awal untuk menghadapi masalah ini menjelang tahun 2020

(c) Antara langkah yang dilaksanakan seperti:


(i) memajukan dan memperluaskan sektor ekonomi moden
(ii) perancangan penyelerakan industri ke desa
(iii) menubuhkan koridor industri negara
(iv) mengembangkan industri kecil dan sederhana (IKS)

24
4. Meningkatkan kualiti sumber manusia

(a) Peningkatan kualiti sumber manusia melibatkan aspek pendidikan dan kemahiran.

(b) Pelbagai usaha dilakukan untuk tujuan tersebut. Antaranya seperti:


(i) program latihan dan pendidikan yang berterusan
(ii) penyelidikan dan pembangunan sumber manusia
(iii) meningkatkan kemahiran teknikal
(iv) meningkatkan produktiviti setiap sektor ekonomi

(c) Langkah ini seterusnya dapat meningkatkan pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk.

(d) Peningkatan pendapatan membolehkan penduduk menampung kos dan keperluan hidup semasa.

(e) Sekiranya kualiti sumber manusia dapat ditingkatkan dengan cepat, masalah lebihan penduduk
akan dapat dikurangkan dengan segera.

15.7 Dasar Kependudukan Malaysia: Ke Arah 70 Juta Penduduk Menjelang Tahun 2100

1. Matlamat kependudukan 70 juta penduduk disarankan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad pada
tahun 1982.

2. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta.

3. Matlamat kependudukan ini diharapkan dapat dicapai dalam tempoh antara 115 hingga 120 tahun.

Rasional Pelaksanaan Dasar 70 Juta Penduduk

Jumlah penduduk Malaysia masih kecil jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Rujuk Jadual
15.2.

Negara Jumlah Penduduk (juta orang) Keluasan (km)


Malaysia 23 334 000
Thailand 50 514 000
Indonesia 150 2 027 087
Jadual 15.2 Perbezaan jumlah penduduk antara Malaysia, Thailand, dan Indonesia.

2. Dasar ini bermatlamat untuk menyediakan asas permintaan dan pasaran bagi keluaran tempatan.

3. Hal ini seterusnya dapat mewujudkan persaingan pasaran eksport dan meninggikan daya dan mutu
pengeluaran.

4. Pertumbuhan penduduk juga dianggap sebagai modal untuk memajukan ekonomi dan sosial
sesebuah negara.

5 Oleh itu, perancangan pembangunan perlu mengambil kira angkubah demografi ini sepaya
kemajuan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan berterusan.

25
6. Malaysia pada masa kini mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang sederhana. iaitu antara
2.3% hingga 2.5% setahun.

7. Arah alir pertumbuhan penduduk Malaysia adalah meningkat secara “gradual" (perlahan-lahan)
dengan kadar yang sederhana.

8. Justeru itu untuk mencapai matlamat 70 juta penduduk trend ini perlu dipertingkatkan

9. Kerajaan telah memperkenalkan beberapa Langkah untuk mencapai matlamat 70 juta penduduk.
Antara Langkah-langkah tersebut ialah :

(a) Dasar percukaian dan faedah-faedah bersalin yang memberikan manfaat kepada keluarga beranak
lima

(b) Mengkaji semula dan menyelaraskan fungsi dan peranan Kependudukan dan Pembangunan
Keluarga Negara (LPPKN).

(c) Mempastikan LPPKN memainkan peranan yang penting dalam mencapai matlamat dasar ini.

15.8 Kesan yang Dijangkakan Akibat daripada Dasar 70 Juta Penduduk

1. Bekalan makanan

(a) Kerajaan terpaksa mengimport sebahagian besar barang makanan.

(b) Hal ini seterusnya menimbulkan masalah jaminan makanan dan pertukaran asing.

(c) Oleh itu, kajian mengenai keupayaan guna tanah dan penggunaan sumber-sumber lain perlu
dilakukan

2. Perumahan

(a) Untuk menampung tambahan penduduk sebanyak 50 juta, sebanyak 10 juta unit perumahan perlu
dibina.

(b) Proses ini akan mengambil masa selama 100 tahun jika berdasarkan kadar pembinaan pada tahun
1985

3 Pekerjaan

(a) Mewujudkan lebih daripada 20 juta peluang pekerjaan baharu.

(b) Oleh itu, mutu tenaga buruh perlu ditingkatkan supaya lebih berdisiplin. bermotivasi, produktif,
dan berdaya saing tinggi.

4. Kesihatan

(a) Untuk mencapai matlamat 2 buah katil hospital bagi tiap 1000 penduduk. bilangan katil hospital
perlu ditambah kepada 140 000 buah.

(b) Bilangan doktor juga pula perlu ditambah kepada lebih daripada 30 000 orang.

26
5. Pelajaran

(a) Kerajaan perlu menyediakan tempat belajar kepada lebih daripada 15 juta murid.

(b) Kerajaan juga perlu menyediakan sekurang-kurangnya 4 juta guru.

6. Bekalan air

(a) Penggunaan air oleh penduduk dijangkakan akan meningkat sebanyak 15.6 bilion meter padu.

(b) Kekurangan air yang berlaku pada tahun 2000 telah dijangkakan apabila jumlah penduduk
mencapai 21 juta orang.

7. Penggunaan tenaga

(a) Peningkatan sebanyak 4 atau 5 kali ganda penggunaan tenaga.

(b) Ekonomi perindustrian meningkatkan penggunaan tenaga lagi.

(c) Masalah ini dijangkakan bertambah rumit kerana Malaysia akan mengalami kehabisan minyak dan
gas semasa matlamat 70 juta penduduk dicapai.

15.9 Hubung kait Dasar-Dasar Negara untuk Menghadapi Kesan daripada Dasar 70 Juta Penduduk

1. Dasar pembangunan ekonomi

(a) Dasar ini perlu mengambil kira hubungan antara pembangunan dengan aras kesuburan (fertiliti),
kematian, dan penghijrahan penduduk.

(b) Pembangunan juga perlu dihubungkaitkan dengan kadar pertumbuhan, komposi dan taburan
penduduk serta peningkatan pendapatan daya pengeluaran

2. Dasar tenaga manusia

(a) Dasar ini perlu mengambil kira perkara-perkara yang berikut:

(i) kadar pertumbuhan tenaga buruh

(ii) perubahan kadar penyertaan tenaga buruh mengikut jantina

(iii) keperluan buruh mahir yang meningkat untuk menguasai teknologi yang termaju seperti ICT

(b) Kerangka dan program pembangunan modal insan perlu diberikan perhatian serius serta
berterusan.

3. Dasar sosial

(a) Dasar sosial perlu memberikan tumpuan kepada aspek-aspek seperti:


(i) kesihatan
(ii) pelajaran
(iii) perumahan
(iv) pembangunan keluarga (termasuk perancangan keluarga)
(v) peningkatan kebudayaan
(vi) keseimbangan sosial dari segi kumpulan etnik dan jantina
(vii) kebajikan kanak-kanak dan orang-orang tua
(viii) peningkatan jangka hayat (gaya hidup sihat)

27
(b) Kesemua aspek-aspek ini akan dipengaruhi oleh arus pembangunan kerajaa sosioekonomi,
pertumbuhan, dan taburan penduduk.

4. Dasar makanan, air, dan pertanian

(a) Dasar ini perlu memberikan penekanan terhadap kecukupan taburan, perubahan akan di corak
penggunaan, dan peningkatan cara-cara penghasilan.

(b) Konsep daya tampung yang berterusan perlu dilaksanakan agar aras penduduk pada tempoh-
tempoh tertentu tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan makan makanan.

(c) Mengembangluaskan teknologi baharu sektor pertanian seperti bioteknologi dan teknologi nano.

5. Dasar tenaga

(a) Melalui dasar ini sumber-sumber tenaga baharu perlu dikenal pasti dan dijana.

(b) Mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga konvensional khususnya petroleum dan
gas asli

(c) Menjanakan dan memajukan sumber-sumber tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektrik, tenaga
solar, dan tenaga biomas.

6. Dasar alam sekitar

(a) Dasar ini perlu mengambil kira risiko akibat daripada kerosakan ekosistem yang disebabkan
perkembangan dan pertumbuhan penduduk yang pesat.

(b) Pembangunan lestari (pembangunan berterusan) perlu dirancang dengan teliti dan diamalkan
sepenuhnya.

(c) Pembangunan lestari akan menjamin kesejahteraan dan keberterusan sumber alam serta
menjamin "hidup yang berkualiti dalam kalangan penduduk Malaysia

(d) Pembangunan ekonomi perlu bergerak seiringan dengan kesejahteraan alam sekitar.

(e) Polisi-polisi alam sekitar perlu digubal dengan mantap untuk diterapkan dalam pembangunan
sosioekonomi negara.

15.9 Proses Penuaan/Peningkatan Jangka Hayat


MAKSUD JANGKA HAYAT PENDUDUK

1. Jangka hayat merujuk kepada jangkaan purata umur boleh/ usia kematian penduduk bermula lahir
hingga mati di sesebuah negara.

2. Jangka hayat merujuk kepada proses penuaan penduduk yang melebihi umur 60 tahun. Contoh
jangka hayat penduduk Malau pada 2010 adalah antara 70 hingga 76 tahun.

28
FAKTOR PENINGKATAN JANGKA HAYAT PENDUDUK

1. Penurunan kadar kematian

(a) Kadar kematian yang semakin menurun menyebabkan jangka hayat penduduk semakin meningkat.

(b) Peningkatan jangka hayat disebabkan oleh penambahbaikan dalam kesihatan kanak-kanak dan
warga tua.

(c) Kemudahan dan akses kesihatan yang moden seperti hospital. poliklinik, klinik desa, peningkatan
jumlah pegawai perubatan dan jururawat akan memudahkan penduduk mendapat rawatan dengan
cepat dan berkesan.

2. Kemajuan teknologi perubatan moden

(a) Kemajuan teknologi perubatan moden mampu mengawal pelbagai jenis penyakit kronik seperti
jantung, barah, darah tinggi, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain. Dalam kalangan orang dewasa
atau tua.

(b) Kemajuan kesihatan berlaku apabila pertambahan bilangan doktor biasa, doktor pakar, jururawat
dan kakitangan sokongan yang terlatih untuk merawat pelbagai penyakit kronik.

(c) Peningkatan kemudahan hospital pakar seperti Institut Jantung Negara, Pusat Perubatan Universiti
Malaya, Hospital Putrajaya, Hospital Universiti Sains Malaysia, dan lain-lain serta hospital-hospital
swasta mampu memberi kemudahan perubatan kepada penduduk untuk mendapat tempat rawatan
yang terbaik.

(d) Kerajaan juga memperkenal program warga sihat seperti perkhidmatan kesihatan percuma kepada
warga emas.

3. Keberkesanan kawalan penyakit

(a) Peningkatan jangka hayat penduduk juga disebabkan keberkesanan pihak yang bertanggungjawab
terhadap kesihatan di sesebuah negara. Misalnya, Kementerian Kesihatan Malaysia berjaya mengawal
pelbagai wabak penyakit berbahaya yang boleh membawa maut seperti denggi, taun, cirit-birit, SARS,
kencing tikus, selsema burung dan lain-lain.

b) Kawalan dijalankan melalui kaedah pencegahan, pembasmian dan rawatan epidemiologi/rebakan


semasa sesuatu penyakit. Unit kawalan peringkat kebangsaan, negeri dan daerah berfungsi dengan
cekap untuk memantau, diagnosis, pencegahan, perkhidmatan pencegahan rawatan dan
penguatkuasaan undang-undang.

(c ) Kesannya kadar mortaliti dan kematian penduduk akibat wabak penyakit boleh dibendung dan
seterusnya akan meningkatkan jangka hayat penduduk.

4. Amalan pemakanan berzat dan seimbang

(a) Pengetahuan/ kempen diet seimbang dalam kalangan warga emas mengenai diet pemakanan,
jenis dan menu makanan semakin bertambah kerana penyebaran maklumat yang jalankan melalui
media massa, media elektronik dan penerangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

29
(b) Keadaan tersebut mendorong penduduk untuk melakukan amalan pemakanan yang berzat, makan
makanan yang kurang bergaram, kurang berlemak, dan kurang gula.

(c) Pengetahuan tentang pemakanan seimbang untuk kanak-kanak semakin meningkat seperti nutrisi
daripada karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral, dan gentian. dapat dipastikan sama ada
kanak

(d) Amalan pemakanan yang betul tersebut mampu mengurang dan mencegah penduduk daripada
mengidap obesiti, kencing manis, serangan jantung, darah tinggi dan sebagainya.

5. Kesedaran penjagaan kesihatan

(a) Kempen kesedaran dan pendidikan tentang penjagaan kesihatan menyebabkan kesihatan
penduduk semakin meningkat.

(b) Peningkatan kesedaran juga berlaku dalam penjagaan kesihatan fizikal seperti amalan gaya hidup
sihat dengan aktiviti bersenam atau bersukan, tidak merokok, penjagaan jantung, mengurangkan
makanan bergula, dan berkolestrol.

(c) Peningkatan kesedaran penjagaan kesihatan mental seperti mengurangkan tekanan, rehat atau
riadah yang cukup, hubungan kekeluargaan yang erat dan lain-lain.

(d) Kesedaran pelancongan kesihatan semakin bertambah untuk mendapat rawatan terbaik di negara-
negara yang mempunyai kemudahan perubatan terbaik dan moden.

6. Peningkatan kualiti hidup

(a) Peningkatan kualiti hidup penduduk kerana pendapatan per kapita semakin bertambah
menyebabkan penduduk mampu memperolehi perkhidmatan kesihatan yang terbaik di dalam dan luar
negara seperti perkhidmatan perubatan di hospital swasta.

(b) Peningkatan tahap pendidikan penduduk dengan mengambil insurans kesihatan untuk mendapat
rawatan terbaik.

(c) Kerajaan juga menyediakan pelan kebajikan sosial yang baik seperti rumah kebajikan untuk
keselesaan warga emas, bayaran pencen dan bayaran kebajikan.

7. Persekitaran yang kondusif dan selesa

a) Persekitaran yang lestari seperti udara, air yang bersih dan segar menjamin kualiti hidup yang sihat.

(b) Kawasan kediaman yang selesa dan persekitaran yang bersih serta tidak mengalami pencemaran
akan meningkat kualiti hidup.

(c) Kerajaan juga memberi tumpuan kepada persekitaran yang bersih bagi membantu meningkatkan
kualiti hidup melalui kempen, gotong-royong dan pengurusan sisa yang cekap.

(d) Persekitaran yang bersih dapat mengelakkan risiko penyakit radang kulit, kanser, asma dan
jangkitan penyakit lain terutama penyakit yang mudah menyerang warga tua.

30
8. Kestabilan politik

(a) Kestabilan politik dan tiada sengketa peperangan menjamin sesebuah negara berada dalam
keadaan aman. Suasana negara yang aman membolehkan penduduk hidup selesa dan seterusnya
meningkatkan jangka hayat.

(b) Manakala jangka hayat penduduk menurun jika negara berada dalam kekacauan politik dan
peperangan. Misalnya, jangka hayat penduduk di Myanmar, Palestin, dan Syria berlaku penurunan
kerana berada dalam suasana perang.

9. Bebas daripada bencana alam

(a) Negara-negara yang tiada bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, gunung berapi akan
mengurangkan kematian.

(b) Negara yang bebas dari bencana alam yang dahsyat seperti Malaysia, Brunei Darussalam, Australia
dan Singapura mempunyai jangka hayat penduduk yang tinggi.

(c) Manakala negara yang sering berlaku gempa bumi, gunung berapi, taufan dan banjir akan
menyebabkan peningkatan kematian dan penurunan jangka hayat. Contohnya, negara Indonesia,
China, dan Bangladesh.

15.10 Kesan Penuaan Penduduk


1. Peningkatan nisbah tanggungan

(a) Peningkatan golongan tua menyebabkan golongan muda terpaksa menanggung atau menjaga
golongan tua.

(b) Kos yang ditanggung melibatkan kos makanan, kos ubat ubatan dan penjagaan kesihatan dan
sebagainya.

2. Peningkatan kos rawatan

(a) Golongan tua merupakan golongan yang berisiko menghidapi dan dijangkiti dengan pelbagai jenis
penyakit. Antaranya, serangan jantung, darah tinggi, barah atau kanser dan sebagainya.

(b) Kos rawatan di hospital kerajaan semakin meningkat bagi setiap rawatan yang diberikan kepada
golongan tua.

3. Peningkatan tanggungan kerajaan

(a) Kerajaan terpaksa memberi peruntukan yang tinggi terhadap golongan tua seperti penyediaan
rumah kebajikan warga tua bagi golongan yang tidak mempunyai anak.

(b) Kerajaan juga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi bagi bayaran pencen, tambang
pengangkutan awam dan subsidi makanan.

31
4. Kemerosotan nilai-nilai kemanusiaan

(a) Nilai dalam sebuah kekeluargaan akan merosot apabila ramai anak-anak menghantar orang tuanya
ke rumah penjagaan orang tua.

(b) Hal ini, akan memutuskan hubungan silaturahim dan ikatan kasih sayang dalam sesebuah
kekeluargaan.

5. Tenaga kerja mahir

(a) Pertambahan golongan tua dalam masyarakat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja mahir
dalam bidang tertentu .

(b) Golongan tua yang terdiri daripada bekas tenaga kerja mahir seperti hakim, peguam, doktor pakar
dan sebagainya.

RUMUSAN BAB 15
* Konsep pertumbuhan penduduk salah peratus perubahan penduduk tahunan sesebuah negara
berdasarkan kadar kelahiran dan kematian dan migrasi bersih

*Trend pertumbuhan penduduk dunia berubah dari setahun ke setahun. Perubahan penduduk dunia
berbeza antara negara. Perbezaan tersebut disebabkan faktor kemajuan kesihatan sumber alam kualiti
hidup dan sebagainya

*Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran ialah kadar kesuburan atau kadar tertiliti,tarat
kesihatan penduduk ningkatan kemudahan kesihatan, program perancangan keluarga dan lain-lain

*Manakala faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian ialah taraf kesihatan penduduk, amalan
pemakanan yang baik, kemudahan kesihatan dan lain-lain

*Proses penuaan merujuk kepada jangkaan purata umur boleh hidup. Peningkatan langka hayat pula
merujuk kepada proses penuaan penduduk yang melebihi umur 60 tahun.

32
Praktis Pengukuhan STPM 1

Soalan Struktur

1 Takrifkan maksud kadar pertumbuhan penduduk. [2]

..................................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................................

2. Jadual di bawah ini menunjukkan jumlah penduduk di empat buah negeri terpilih di Malaysia pada
tahun 1990 dan tahun 2010

Negeri Jumlah Penduduk (orang)


1990 2010

Kedah 1 304 800 1910 174

Selangor 2 289 236 6 885 615

Terengganu 770 931 1 168 259

Sabah 1 736 902 3 516 931

Formula kadar pertumbuhan tahunan: r = 1/n Log e(P./P) x 100

di mana:

r = kadar pertumbuhan tahunan (%)


n = bilangan tahun yang dikira (tahun akhir tahun awal)
P = penduduk tahun akhir
Pn = penduduk tahun awal
Log e = nilai logarithma to base e.
Berdasarkan jadual, Kira kadar pertumbuhan purata tahunan penduduk bagi empat buah negeri
terpilih di Malaysia tersebut. Tunjukkan pengiraan anda dan nyatakan jawapan dalam peratus.

(a) Kedah: .....................................................................................................................................

(b) Selangor ..................................................................................................................................

(c) Terengganu: ............................................................................................................................

(d) Sabah: .....................................................................................................................................

3. Takrifkan konsep-konsep yang berikut:

(a) Penduduk optimum. [2]

.................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

33
(b) Penduduk lebihan. [2]

....................................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................................

4. Berikan tiga sebab Dasar 70 Juta Penduduk menjelang tahun 2100 perlu dijalankan Malaysia. [3]

i).................................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................................

ii)................................................................................................................................................................

....................................................................................................................................................................

iii)................................................................................................................................................................

....................................................................................................................................................................

Soalan Esei

1. (a) Susun secara hierarki dari tertinggi ke terendah, tiga buah negara Asia yang mempunyai jumlah
penduduk paling ramai pada masa kini. [3]

(b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kepesatan pertumbuhan penduduk di sesetengah


negara Asia [12]

(c) Cadang langkah-langkah untuk mengurangkan masalah lebihan penduduk di negara-negara Asia.
[10]

34
Praktis Pengukuhan STPM 2
Soalan Struktur

1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan penuaan penduduk? [3]

..................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

(b) Jelaskan dua kesan penuaan penduduk terhadap sosioekonomi Malaysia. [4]

..................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

(c) Terangkan dua faktor yang menyebabkan peningkatan trend jangka hayat penduduk di Malaysia.
[4]

..................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

(d) Jelaskan dua ciri demografi penduduk di negara sedang membangun. [4]

..................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

Soalan Esei

2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pertumbuhan penduduk? [5]

(b) Senaraikan lima faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk di Malaysia. [10]

c) Jelaskan kesan pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap sesebuah negara. [10]

35

You might also like