You are on page 1of 1

Salin semula nota ini ke dalam buku tulis

Jumaat PK 28.5.2021

Penyakit berjangkit

1. Penyakit berjangkit merupakan penyakit bawaan agen jangkitan atau


vektor.

2. Contoh penyakit berjangkit ialah:


o Demam campak
o Cacar air
o Rubela
o Beguk
o Covid-19

3. Penyakit berjangkit boleh dirawat atau dicegah dengan cara:


o vaksin
o jaga kebersihan

4. Vaksin ialah sediaan bakteria, virus dan lain-lain yang sudah mati atau
dilemahkan untuk disuntik atau ditanam ke dalam badan supaya badan
dapat menghasilkan daya tahan terhadap penyakit tertentu.

5. Pelbagai jenis vaksin yang kita terima untuk kita kekal sihat. Antaranya:
i. Vaksin Mumps, Measles, Rubella (MMR)
Vaksin ini digunakan untuk melindungi tubuh daripada tiga
jenis penyakit, iaitu demam campak, beguk dan rubela.
Suntikan vaksin ini diberikan dua kali iaitu ketika bagi berusia
9 bulan dan 12 bulan.

ii. Vaksin varisela


Suntikan vaksin ini dapat mencegah cacar air atau chickenpox.
Penyakit ini lebih banyak dialami oleh kanak-kanak namun ada
juga melibatkan orang dewasa.

iii. Vaksin untuk penyakit covid-19


Ada beberapa vaksin yang kita amat biasa dengar sekarang
untuk mencegah pandemik ini. Antaranya pfizer, sinovac dan
astrazeneca.

You might also like