You are on page 1of 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

KOD SEKOLAH BBB7303 NAMA SEKOLAH SK 1 KUALA AMPANG

1. NAMA GURU MOHD HAFIDZUDDIN BIN MOHD MAAROF

2. JUDUL ILMU PENGAKAP 3. BIDANG KOKURIKULUM

4. TARIKH PEMBENTANGAN 00/02/2020 5. MASA 1.30 – 3.30 PTG

6. TEMPAT PEMBENTANGAN DEWAN SK 1 KUALA AMPANG

7. SINOPSIS

Buku ini disusun oleh salah seorang veteran dalam Pergerakan Pengakap di Malaysia iaitu Tuan Andu;
Halim Abdul Rahim. Buku ini menghuraikan 4 perkara utama dalam dunia Pengakap iaitu Unit-unit Pengakap
dalam Persekutuan Pengakap Malaysia, Kaedah penubuhan kumpulan pengakap di sekolah, Uniform dan
lencana wajib pada uniform pengakap dan Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak.

Buku ini juga menghuraikan beberapa instrumen dalam Skim Lencana Keahlian Pengakap iaitu Persetiaan
Pengakap, Lambang Pengakap Sedunia dan Malaysia dan Rukun Negara Malaysia. Buku ini turut
menghuraikan sedikit berkatan Skim Lencana Wajib Ahli Penunggang Basikal.

Selain daripada memfokuskan kepada Skim Latihan, ia turut menghuraikan jenis-jenis ikatan dan simpulan
asas yang wajib dipelajari dan dikuasi oleh setiap ahli Pengakap. Terdapat juga huraian berkaitan dengan
persiapan perkhemahan yang memfokuskan pengurusan perkhemahan, permainan dalam Pengakap dan
aktiviti malam kebudayaan.

8. NILAI PENGETAHUAN / PENGAJARAN

Buku ini memberi pendedahan kepada para pemimpin dan penolong pemimpin bahawa setiap kumpulan
Pengakap wajib berdaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia. Ahli-ahli pengakap hendaklah
dibimbing untuk mempelajarai dan menguasai kemahiran Pegakap sebagaimana yang telah digariskan
dalam Skim Latihan Pengakap mengikut unit Pengakap. Setiap Pemimpin dan Ahli Pengakap wajib
mengetahui dan memahami Skim Latihan yang telah ditetapkan dan mematuhi kaedah pemakaian unifrom
yang telah ditetapkan.

9. APLIKASI ILMU DALAM ORGANISASI / P&P

Menerusi buku ini, saya dan para pemimpin Pengakap di sekolah telah mendapat pendedahan :
1. jenis unit-unit pengakap yang boleh ditubuhkan di peringkat sekolah rendah
2. kepentingan penubuhan kumpulan pengakap mengikut prosedur yang ditetapkan
3. kepentingan tauliah pemimpin
4. jenis-jenis permainan yang boleh digunakan dalam aktiviti perjumpaan kokurikulum mingguan

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

MOHD HAFIDZUDDIN BIN MOHD MAAROF

You might also like