You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PERLANTIKAN AJK MASJID NURUL HUDA

KG TENGKURUS SESI 2011/2013

Tarikh : 03 / 02 / 2011 (MALAM JUMAAT)

Masa : 7.00 MALAM

Tempat : MASJID NURUL HUDA KG TENGKURUS

KEHADIRAN

1. 1.Hj Salim Sitoh (Imam Kariah/Penasihat Masjid 2010)


2. Abdul Aziz Epoom
3. Asik @ Hasim Sitoh
4. Sidin Gintua
5. Redzuan Miun
6. Abdul Rashid Malun
7. Ust Zuhaili Bin Hamzah
8. Aspee Baratun
9. Kumilai Katud
10.Antoni @ Mohd Khairuddin Satu
11.Safiq Aspee
12.Hj Anjul Gononop
01.UCAPAN PENASIHAT MASJID/IMAM KARIAH

Haji salim sitoh selaku imam kariah Kg.Tengkurus terlebih dahulu mengucapkan salam
keagamaan dan terima kasih di atas kehadiran jemaah masjid terutama sekali menunaikan
tugas kepada Allah s.w.t iaitu solat fardu magribh dan isyak.Ada pun kehadiran para jemaah
pada masa yang ditetapkan ini ialah semata-mata membuat Perlantikan Ajk Masjid Nurul Huda
Kg Tengkurus dan Membuat Perancangan tahunan 2011-2013. Ini bertujuan agar program-
program yang dirancang berjalan dengan baik mengikut kesatuan ajk yang baru.

1. AGENDA MESYUARAT

1.1 Pembubaran dan perlantikan AJK Masjid Sesi 2011/2013

1.2 Pemantapan Akidah

1.3 Kawasan Kuburan Kg Tengkurus

1.4 Hal-Hal Lain

1.1 PEMBUBARAN DAN PERLANTIKAN AJK MASJID NURUL HUDA SESI 2011/2013
Mesyuarat memutuskan dan mengambil makluman perkara-perkara berikut :

PENASIHAT : Al Fadhil Samal Bin Munji

PENGERUSI : Tuan Hj Salim Sitoh (Imam Kariah)

T/PENGERUSI : Aspel Hj Baratun

SETIAUSAHA : Cikgu Affendy Awang

T/SETIAUSAHA : Abd.Aziz @ Bongik Epoom

BENDAHARI : Abd Rashid Malun

AJK

1. BIRO PENDIDIKAN : Ustaz Zuhaili Hamzah

2. BIRO PEMBANGUNAN : Itom Simpuk

3. BIRO PERALATAN : Kumilai Katut

4. BIRO PENERANGAN : WKAN Asik sitoh

5. BIRO PERKUBURAN : Sayar Ampat

6. BIRO KEBERSIHAN : Mohd Azni Sulaiman

7. BIRO KESELAMATAN : Tolud@Abd .Rahim

8. BIRO HAL EHWAL ISLAM : Anggor@Mohd Yusuf

9. BIRO KEBAJIKAN : Hj Anjul Gononop

JURU AUDIT

1. Jeffry Taim
2. Zainal Miun
1.2 PEMANTAPAN AKIDAH

Hj salim selaku Imam Kariah di Kg Tengkurus menyentuh perkara mengenai pemantapan


akidah kerana ramai ahli-ahli kariah tengkurus/kariah Gandukut/kariah penempatan wariu dan
kariah nahaba yang belum memahami tentang pemantapan akidah dan seterusnya fardu
ain/fardu kifayah.Mudah-mudahan dengan kerjasama yang padu kepada Ajk dan jemaah masjid
untuk melaksanakan program ini,maka sedikit sebanyak meringankan bebanan ahli-ahli kariah
dalam memahami agama islam yang sebenarnya,terutama sekali memohon bantuan
penceramah daripada badan dakwah JHEAINS daerah Kota Belud.

1.3 KAWASAN PERKUBURAN ISLAM KG TENGKURUS KOTA BELUD


Hj.salim menekankan betapa pentingnya kawasan ini diambil berat oleh jemaah islam
kampung ini untuk diawasi agar kawasan ini dalam keadaan yang tidak diceroboh oleh
binatang-binatang seperti kuda,kerbau dan lembu.Diminta agar ahli kariah islam kg.Tengkurus
jangan membiarkan atau melepaskan binatang berkeliaran di kawasan kuburan,kerana
kawasan ini belum lagi mendapat peruntukan pemagaran dari pihak jabatan yang
berkenaan.Semua jemaah bersetuju dan membuat rancangan pada masa-masa akan datang
untuk membuat gotong royong membersih dan memotong kayu-kayu kecil di kawasan tersebut.

1.4 HAL-HAL LAIN

✔ Mohd Redzuan Miun - mantan pengerusi masjid 2006/2008 menyokong penuh di atas
perancangan ini demi kebaikan dan perpaduan islam muallaf di kampung ini,tetapi
walau bagaimanapun tanpa kerjasama,perancangan ini sukar di laksanakan.

✔ Asik@Hasim sitoh - mencadangkan agar membuat stor tempat alat-alat dapur di dalam
dewan madrasah

✔ Antoni@Mohd khairuddin - mencadangkan agar Ajk yang baru dapat mempamerkan


setiap program yang dirancang, terutamanya senarai Ajk masjid yang baru untuk diambil
pengenalan yang lebih dekat lagi oleh jemaah(pamer di dinding hadapan). selaku
bendahari masjid 2006/2008,beliau berundur dan mencadangkan Abd.Rashid
dipersetujui oleh jemaah dilantik sebagai bendahari sesi 2011-2013.Baki kewangan
yang lalu akan diesrah kepada bendahari yang baru.

✔ Ustaz Zuhaili - mencadangkan agar Ajk hendaklah berkerjasama demi kelancaran


setiap program. Tegur -menegur dengan cara yang bersopan tanpa mengira siapa dan
apa jawatannya.

✔ Abdul Rashid Malun - mengucapkan syabas dan terima kasih kerana perjalanan
masyuarat malam ini begitu baik.(jemaah)

✔ Sidin Gintua - mencadangkan agar jemaah memberitahu kepada ahli kariah agar
datang solat jemaah di masjid.
Mesyuarat ditangguh pada jam 8.05 malam. Hidangan jamuan ringan disediakan oleh Hj Salim.
Solat Isyak berjemaah-8:30 malam

Dicatat Oleh : Di sahkan Oleh :

_____________ _____________

(Pen. Setiausaha) ( Pengerusi )

Di Cadang Oleh :___________________________________

Di Sokong Oleh :___________________________________

S.K

Pegawai Tadbir Agama

Kota Belud.

Semua JKMKGT / Kota Belud.

Fail.

You might also like