You are on page 1of 5

ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

(a) TEORI KEDATANGAN:

Tanah Arab:

Teori mengatakan bahawa Islam berkembang ke Asia Tenggara dari semenanjung Tanah
Arab dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh intelektual tempatan, Profesor
Syed Muahammad Naquib al-Attas. Menurut Crawford, Islam berkembang ke Asia Tenggara
menerusi aktiviti para pedagang. Beliau menggunakan bukti catatan China yang
mengatakan bahawa orang arab dan parsi telah mempunyai pusat perniagaan dan
petempatan di canton atau Amoy sejak tahun 300M. Sejak awal lagi pedagang Arab ini juga
dapat menguasai perdagangan laut dari pelabuhan iskandariah di Mesir hingga ke China.
Mereka telah berdagang secara berterusan di rantau ini terutama setelah kemunculan Islam
di Makkah pada abad ketujuh Masihi.

China:

China. Pendapat ini telah dikemukakan oleh Emanuel Gandinho Eredia dan S. Q. Fatimi.
Mereka mengemukakan alasan bahawa Khan Fo atau Canton (sekarang dikenali sebagai
Guang Zhou) telah menjadi pusat perniagaan terkenal dikalangan peniaga Arab yang
beragama Islam sejak abad kesembilan Masihi. Jalinan hubungan antara peniaga ini sudah
tentu membolehkan Terdapat juga teori yang mengatakan bahawa Islam tersebar ke Asia
Tenggara menerusi Islam berkembang di kalangan peniaga China di negaranya tersendiri.
Apabila peniaga China Islam ini berdagang ke Asia Tenggara, mereka telah menyebarkan
islam kepada masyarakat Asia Tenggara.

India:

Teori yang ketiga mengatakan bahawa Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi India,
iaitu dari wilayah Gujerat dan pantai Koromandel sejak abad ke-13 M… Teori ini
dikemukakan oleh Snouck Hurgonje, sejarawan Belanda. Beliau berpendapat hubungan
perdagangan yang begitu lama wujud antara India dengan Asia Tenggara membolehkan
pedagang India Islam menyebarkan Islam ke rantau ini. Gujerat ialah pelabuhan penting
pada zaman pemerintahan Alaudin Khilji di India. Menurusi aktiviti perdagangan, pedagang
Islam telah menyebarkan Islam kepada pedagang atau masyarakat di rantau Asia Tenggara.
Selain itu, terdapat juga batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di
Gerisik, Jawa, dan batu nisan Malik Al-Salih di Pasai yang mempunyai ciri buatan India.
Dengan itu, mengikut mereka, wajarlah dikatakan Islam telah disebarkan di Kepulauan
Melayu ini oleh pedagang India Islam.

(b) KESAN DAN PENGARUH ISLAM

i) Kesan dari segi Agama dan Kepercayaan.

Kesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah dan kepercayaan.
Sebahagian daripada masyarakat melayu telah meninggalkan ajaran Hindu-Buddha dan
kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada konsep ketuhanan, hormay-menghormati
antara manusia dan menitikberatkan soal persamaan taraf. Cara kehidupan mereka juga
telah berubah kepada cara hidup beragama dengan mengamal dan menghayati ajaran
Islam dalam kehidupan mereka. Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek sosial
yang agak sukar untuk dipisahkan kerana sebahagian besar daripada kepercayaan
termasuk dalam agama. Kepercayaan masyarakat melayu pada peringkat permulaan adalah
berbentuk animisme. Dalam kepercayaan ini mereka menggangap benda-benda
mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan atau
pemyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai dan fenomena alam yang
lain. Kuasa ghaib itu ditafsirkan sebagai hantu, jembelang atau jin yang menjadi penunggu
objek tersebut (Haron Daud, 1989: 26).

ii) Kesan dari segi pendidikan

Selepas kedatangan Islam golongan bawahan menerima pendidikan yang sama


seperti golongan atasan. Sintem pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke
beberapa institusi pendidikan Islam seperti pondok dan madrasah. Tradisi keilmuan yang
ditekankan oleh Islam telah mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara
lebih tersusun. Dorongan belajar mula dengan pengajaran membaca al-Quran dan kitab-
kitab. Melalui sistem pengajian ilmu tersebut lahirnya para cendiakawan dan ulama-ulama
melayu yang menjadi pengawai [emerintah, guru-guru dan ahli agama. Antara tokoh melayu
yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah, Shiekh Wan Hasan Wan Ishak (Hashim Hj.
Musa, 2004: 46).
iii) Kesan dari segi bahasa dan kesusasteraan

Bukti keteguhan kedudukan agama Islam dapat dilihat daripada kewujudan


penggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang melayu ketika itu. Para era kerajaan melayu
melaka (1400-1500M), misalnya, bahasa melayu dijadikan lingua franca bagi lapan puluh
empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu. Tahap perkembagan
bahasa melayu daripada bahasa klasik kepada bahasa yang mempunyai nilai peradaban
yang tinggi berlaku pada dua zaman iaitu zaman peralihan (abad ke-19M) dan zaman
moden (abad ke-20M) (Mahayudin Hj. Yahya, 1988: 91). Tulisan Arab mula diperkenalkan
setelah kedatangan Islam. Dari segi bahasa perubahan besar berlaku apabila masyarakat
melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa Melayu. Perubahan ini
dipermudahkan setelah tulisan arab diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi.

iv) Kesan dari segi Politik dan pemerintahan

Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Contohnya,


agama islam telah diistiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. Beberapa institusi Islam
didirikan bagi mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Setelah Islam datang
dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik dan pentadbiran masyarakat melayu telah
berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam. Gelaran raja bertukar menjadi sultan dan
disamakan dengan khalifah seperti yang diperkenalkan dalam sistem politik Islam. Dengan
kedatangan Islam juga, terdapat suatu unsur kekuasaan rakyat dalam menentukan
penubuhan sistem beraja. Rakyat boleh mengubah perjanjian jika syarat-syarat
dilonggarkan oleh raja.

v) Kesan dari segi kekeluargaan

Kedatangan Islam telah memantapkan lagi sistem kekeluargaan masyarakat melayu. Dalam
masyarakat melayu, pembentukan jati diri dan peribadi melayu yang baik, beragama,
berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan. Sistem kekeluargaan masyarakat melayu
berteraskan Islam dan adat. Sejak lahir lagi seseorang itu dididik berteraskan Islam dan adat
sehinggalah mereka dewasa. Seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi diajar konsep-konsep
dosa, pahala dan sebagainya. Setelah meningkat umur lima tahun diajar bersembahyang,
berpuasa dan lain-lain. Selain itu, mereka juga diajar supaya hormat-menghormati, bertolak
ansur dalam kehidupan seharian.
(C) PEMBINAAN DAN PERANAN ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

i) PERANAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Kedatangan Islam ke Malaysia telah banyak mencorak kehidupan masyarakat


serantau. Salah satu kesannya kepada Malaysia sebagai sebuah Negara yang
bermasyarakat majmuk adalah pada teras undang-undang, iaitu Perlembagaan Malaysia itu
sendiri. Kenyaataan pengaruh Islam terhadap Malaysia jelas termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 1, Perkara 3 mengenai Ugama bagi Persekutuan.
Contohnya Perkara 3(1): “Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
”Perkara tersebut bermaksud agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tetapi pada
masa yang sama, sifat Islam yang mulia membentuk perlembagaan dan Negara Malaysia
supaya mengizinkan hak-hak orang bukan Islam untuk mengamalkan agama masing-
masing. Peruntukan ini bukan sahaja mengakui agama Islam sebagai agama yang agong,
tapi juga memberi ruang dan kebebasan kepada rakyat berbilang kaum untuk mengamalkan
agama masing-masing di Negara ini.

Selain daripada penetapan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan,


terdapat juga peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah menyatakan
bahawa Yang Di-Pertuan Agong merupakan Ketua Agama di Malaysia dan kerajaan
haruslah mengadakan peraturan mengenai hal ehwal agama Islam dan menubuhkan
sebuah Majlis untuk memberi nasihat kepada Yang Di-Pertuan Agong mengenai perkara-
perkara yang berhubung kait dengan agama Islam. Perkara 3 (5), Perlembagaan
Persekutuan: “Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang Di-Pertuan Agong
hendaklah menjai Ketua Agama Islam dalam Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh dengan undang-undang
membuat peruntukan-peruntukan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihatkan Yang
Di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan agama Islam.”

ii) PERANAN DAN PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Kedatangan Islam ke Malaysia telah membawa impak yang amat besar kepada
pendidikan di Negara ini. Pengaruh Islam bukan sahaja boleh dilihat pada institusi
pendidikan dan strukturnya seperti madrasah, sekolah agama, universiti teras Islam dan
sebagainya di Negara ini, malah, juga boleh dilihat dari segi aspek ilmu yang diajar seperti
ilmu syariah yang meliputi bidang seperti usuluddin, fiqah dan tasawuf, serta guru-guru dan
murid-murid yang menuntut ilmu agama Islam, di mana guru-guru pada zaman kedatangan
Islam di tanah Melayu kebanyakan terdiri daripada bangsa Arab, Turki, India dan
sebagainya. Manakal murid-murid yang menuntut pula meliputi segenap lapisan
masyarakat, dari raja-raja sehingga ke rakyat jelata. Berkat perkembangan pesat dan
pengaruh mendalam agama Islam dari segi pendidikan di Tanah Melayu, maka lahirlah
ulama berbangsa Melayu seperti Nuruddin al-Raniri dengan kitabnya Hidayah al-Iman dan
Sirat al-Mustaqim. Sistem pendidikan Islam di Malaysia merangkumi pendidikan formal dan
pendidikan tidak formal. Pendidikan formal adalah pendidikan yang didapati dari institusi
pendidikan agama seperti sekolah, surau, madrasah dan sebagainyASistem pendidikan
formal berasaskan bidang pengajian Islam sepeti fiqah, tafsir, sejarah Islam, tauhid dan
akhlak.

You might also like