You are on page 1of 2

SSQL1113

Statistik untuk Sains Sosial

TUGASAN INDIVIDU

Berikut adalah data mentah satu kajian tinjauan terhadap markah peperiksaan akhir
tahun bagi kertas Bahasa Malaysia I. Seramai 50 orang murid Tahun 5 di Sekolah
Kebangsaan Bagan Ajam (SKBA) telah dipilih sebagai responden kajian. Keseluruhan
murid Tahun 5 di sekolah tersebut ialah 165 orang. Jumlah murid Bumiputera yang
direkodkan markah peperiksaan mereka seramai 28 orang manakala selebihnya adalah
terdiri daripada murid bukan Bumiputera.

88 85 95 89 91

87 72 75 75 86

87 94 93 86 74

92 77 88 88 80

84 80 83 91 82

70 71 72 82 85

91 83 90 75 91

90 80 74 86 76

93 89 95 86 88

77 75 70 88 89

Sila jawab SEMUA soalan berikut berdasarkan taburan data di atas:

1) Berapakah bilangan populasi murid Tahun 5 di SKBA?


2) Berapakah bilangan sampel yang dipilih?
3) Apakah pembolehubah terikat dalam kajian di atas?
4) Nyatakan bentuk pembolehubah terikat tersebut.
5) Nyatakan jenis skala pengukuran bagi pembolehubah terikat tersebut.
6) Apakah pembolehubah bebas dalam taburan di atas.
7) Nyatakan bentuk pembolehubah bebas tersebut.
8) Nyatakan jenis skala pengukuran bagi pembolehubah bebas tersebut.
9) Apakah jenis skala pengukuran yang TIDAK TERLIBAT dalam kajian di atas?
10) Apakah nisbah bilangan murid bukan Bumiputera terhadap bilangan murid
Bumiputera yang direkodkan markah peperiksaan mereka?
SSQL1113
Statistik untuk Sains Sosial

11) Bina gambarajah nilai asas dan nilai hujung (stem and leaf) bagi data tersebut.
12) Dengan menggunakan formula taburan data tidak terkumpul (tertabur), kirakan nilai
statistik ukuran kecenderungan memusat berikut:
i) Min
ii) Median
iii) Mod
13) Apakah simbol parameter bagi min?
14) Apakah simbol statistik bagi min?
15) Kirakan nilai statistik ukuran serakan berikut:
i) Julat
ii) Varians
iii) Sisihan piawai
16) Apakah simbol parameter bagi varians?
17) Apakah simbol statistik bagi varians?
18) Bina jadual taburan kekerapan berdasarkan data mentah markah peperiksaan murid
Tahun 5 di SKBA. Jadual tersebut perlulah mempunyai lajur-lajur seperti berikut:
i) Kelas ii) Had sebenar (Xr) iii) Nilai titik tengah (X) iv) Kekerapan (K)
v) Peratus kekerapan (%K) vi) Kekerapan kumulatif (KK)
vii) Peratus kekerapan kumulatif (%KK)
*** Sila gunakan nilai yang paling rendah sebagai skor permulaan iaitu markah 70.***
19) Kirakan statistik deskriptif berikut berdasarkan jadual taburan kekerapan yang telah
anda bina di soalan 18.
i) Min ii) Median iii) Mod
iv) Julat v) Varians vi) Sisihan piawai
20) Nyatakan bentuk kelok taburan yang terhasil. Jelaskan jawapan anda.
21) Dapatkan nilai bagi persentil 68 (P68) dan interpretasikan maknanya.
22) Dapatkan nilai bagi pangkat persentil 81 (PP81) dan interpretasikan maknanya.
23) Bina carta bar yang mempersembahkan bilangan murid Tahun 5 yang direkodkan
markah peperiksaan mereka mengikut kategori Bumiputera dan bukan Bumiputera.
24) Bina carta palang bagi pelajar yang mendapat gred A dan gred B dalam peperiksaan
akhir tersebut. Gred A adalah bagi pelajar yang mendapat markah 85 dan ke atas.
25) Bina carta pai bagi peratusan bilangan murid Tahun 5 yang mencapai markah
peperiksaan dalam kelompok rendah (≤ 80), sederhana dan tinggi (≥ 90).
26) Bina graf ogif berdasarkan jadual taburan kekerapan tersebut. Pelajar WAJIB
menggunakan kertas graf bagi menjawab soalan ini.
27) Bina gambarajah histogram yang menggambarkan taburan data yang ditunjukkan.
Pelajar WAJIB menggunakan kertas graf bagi menjawab soalan ini.
28) Dengan menggunakan gambarajah histogram yang sama pada soalan 26, lukiskan
poligon kekerapan.
29) Adakah taburan data yang ditunjukkan mempunyai data outlier? Jelaskan mengapa.
30) Berdasarkan kefahaman anda, senaraikan DUA (2) pembolehubah lain yang boleh
digunakan dalam konteks kajian ini.

- Tugasan tamat -

You might also like