You are on page 1of 5

1

R: Perangsang tiroid (TSH)


T: Peluteinan (LH)
Hormon R iaitu perangsang tiroid berfungsi untuk merangsang tiroid untuk merembes
tiroksina manakala hormon T iaitu peluteinan berfungsi untuk merangsang ovulasi,
perkembangan korpus luteum dan rembesan estrogen dan progesteron serta testosteron.

Kelenjar pituitari merupakan kelenjar utama sistem endokrin kerana kelenjar ini
merembeskan hormon yang mengawal rembesan endokrin yang lain.

Namakan penyakit K:
________________________
Diabetes insipidus
Terangkan penyakit tersebut:
___________________________________________________________________
Diabetes insipidus disebabkan oleh lobus posterior kelenjar pituitari gagal merembeskan
hormon antidiuresis. Akibat pesakit akan menyingkirkan air kencing yang banyak dan
___________________________________________________________________
sentiasa berasa haus. Pesakit juga akan mengalami penyahhidratan jika tidak minum air
____________________________________________________________________
yang secukupnya setiap hari oleh sebab kuantiti air yang banyak hilang melalui air
kencing.

[ 3 markah]
2.

a) Nyatakan nama neuron dan terangkan fungsinya


Neuron P ialah Neuron Deria dan Neuron Q ialah Neuron Motor. Neuron deria berfungsi
untuk membawa impuls saraf dari reserptor organ deria ke sistem saraf pusat. Neuron motor
berfungsi untuk menerima impuls saraf dari neuron geganti sistem saraf pusat dan
menghantar impuls saraf ke efektor seperti otot atau kelenjar untuk menghasilkan gerak
balas yang sewajarnya.

b) Encik X mengalami obesiti tahap tiga. Beliau dinasihatkan untuk menjalankan


pembedahan pintasan gaster. Sebelum memulakan pembedahan, beliau disuntik dengan
sejenis dadah yang mengurangkan rasa sakit.
Rajah di bawah menunjukkan pemindahan impuls saraf.
Berdasarkan gambar di atas, terangkan bagaimana suntikan dadah itu menganggu proses
pemindahan impuls dari neuron P ke neuron R yang seterusnya dapat mengurangkan
kesakitan yang dirasai encik X.
Proses pemancaran impuls melalui sinap dilambatkan oleh dadah kerana dadah menyumbat
ruangan sinaps dan menghalang tindakan bahan pemancar sinaps. Akibatnya impuls lambat
dihantar ke neuron lain dan organ efektor maka tindakan refleks dilambatkan dan pesakit
kurang rasa sakit.

b) Dua system ini sentiasa bekerjasama.


Terangkan perbandingan system X dan system Y.
(remember, kalau soalan compare, always draw table. )

Sistem Saraf Sistem Endokrin


Terdiri daripada rangkaian berjuta-juta sel Terdiri daripada kelenjar endokrin tanpa
neuron duktus
Tempoh kesan adalah singkat Tempoh kesan adalah lama
Utusan dihantar dalam bentuk impuls Utusan diangkut oleh bahan kimia organic
elektrik melalui neuron iaitu hormone melalui aliran darah
Gerak balas saraf adalah cepat dan serta- Gerak balas adalah perlahan dan
merta berpanjangan
Kesan impuls menghasilkan gerak balas Kesan hormone menghasilkan gerak balas
satu organ terhadap beberapa organ

You might also like