You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

SEMPENA
BULAN SAINS DAN
MATEMATIK SMK
PANDAN INDAH
AMPANG
SELANGOR
2010.
1.0 Tajuk Kertas kerja:
Kertas kerja sempena Bulan Sains dan Matematik 2010, anjuran Bidang Sains
Matematik, SMKPI.

2.0 Pengenalan :
Bulan Sains dan Matematik diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid SMKPI
agar lebih mendekati bidang ini secara mesra pengguna. Bidang ini biasanya dilabel
sebagai bidang abstrak yang hanya mereka yang mempunyai IQ tertentu sahaja yang
mampu menguasainya. Ini berpunca daripada ketiadaaan kemahiran atau keupayaan
berfikir dalam kalangan majoriti murid.

Justeru, bagi ‘memanggil’ semua lapisan murid mendekati bidang ini dengan lebih mesra,
Bulan Sains dan Matematik diadakan. Harapan program ini agar murid-murid akan
bersedia membuka minda dan menerima pengajaran dan pemelajaran Sains Matematik
dengan lebnih baik daripada sebelumnya.
Tema bulan Sains dan Matematik untuk tahun ini adalah “JOM BELAJAR SAINS DAN
MATEMATIK!”

3.0 Objektif Program :

3.1 Membuka minda murid bahawa Sains adalah fenomena yang berlaku di sekeliling
mereka.

3.2 Menyedarkan murid bahawa Sains dan Matematik adalah pelajaran yang
menyeronokkan di samping mencabar minda.

3.3 Mencungkil bakat kepantasan menyelesaikan masalah semasa pertandingan.

3.4 Menarik minat murid supaya memberi lebih tumpuan semasa P&P Sains dan
Matematik di dalam kelas.

3.5 Membuka peluang meneroka alam Sains dan Matematik di luar bilik darjah
melalui pertandingan dan permainan.

3.6 Melatih murid-murid mencari informasi berguna semasa lawatan ke pameran-


pameran yang dianjurkan.

3.7 Melatih murid-murid memberi tumpuan secara pendengaran melalui radio sains.

4.0 Tarikh Aktiviti :


5 April 2010 hingga 30 April 2010

5.0 Masa Aktiviti :


Rujuk jadual aktiviti.
6.0 Tempat Aktiviti :
Rujuk jadual aktiviti

7.0 Senarai AJK Pengelola :


Penaung : Puan A-Inah binti Bahrom
Penasihat : PK Akademik, Pn Siti Eshah binti Salleh
: PK HEM, Tn Hj Mohd Hatta bin Abu Bakar
: PK Kokurikulum, Tn Hj Arifin bin Ba’ada
: PK Petang, Puan Noorziah binti Kaliman
Pengerusi : Datin Rohayah binti Ab Rahman
Penyelaras : Puan Shamihah binti Ahmad

Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana


Ahli Jawatan Guru Bertugas Perincian tugas
kuasa
Perasmian En Parameswaran 1. Merancang acara yang akan
En Sahful Bahri Johar semasa perasmian.
Cik Noraniza Ahmad(petang) 2. Menyediakan peralatan perasmian.
Pn Noriza bt Nawi(petang) 3. Menguruskan perjalanan majlis
perasmian semasa perhimpunan.
Pengacara Majlis Pn Ma Sirajul Bariah Mengacarakan majlis Perasmian dan
Pn Fazilah Manaf (petang) Penutup.
Backdrop Pn Noraini Sadrek 1. Menyediakan backdrop yang
Pn Norhayati Saharin (petang) sesuai semasa perasmian
Buku/Risalah Atur Pn Salmi Hashim 1. Menyediakan buku atur cara
cara Pn Lee Shu Chuen sebelum perasmian.
Pn Juriah Ahmad 2. mengedarkan bukur atur cara
semasa perasmian
Banner/Bahan Pn Asliza Arif Menempah dan menggantung banner
perasmian En Azimin Abd Hamid untuk bulan Sains dan Matematik.
Dokumentasi/Foto Pn Wan Razanah W Mohd Zain 1. Mengambil gambar-gambar
grafi Pn Masitah Mustafa(petang) aktiviti.
2. Menyiapkan dokumentasi bagi
program ini.
Sijil Pn Wan NorFazliatul Wahida Menyediakan sijil-sijil untuk
pemenang.
Hadiah/ Pn Tahiah Abd Rahman 1. Menyediakan semua hadiah untuk
Cenderamata Pn Chow pemenang,
Pn Marjasni M Jamil(petang) 2. Menguruskan penyampaian
Ck Izzatul Nadhirah M Zain (ptg) hadiah semasa majlis penutup.
Penajaan Datih Rohayah Ab Rahman Mendapatkan penaja untuk hadiah
Pn Ma Sirajul Bariah pemenang bagi program ini.
Siaraya/Iklan En Mohd Salmee Mohd Salleh 1. Menyediakan iklan dan promosi
En Mohd Warid (petang) bagi keseluruhan program
2. Menguruskan PA system pada
hari perasmian dan Penutup
Majlis Penutup Pn Siti Hanisah Mat Johar Menguruskan perjalanan majlis
Pn Norlizah Zainudin penutup dan penyampaian hadiah.
En Nagamurthy
Cik Noorazah Ab Rahman

8.0 Penyertaan :
Terbuka kepada semua murid Tg1 – Tg 5, SMKPI.

9.0 Cara Aktiviti dijalankan :

9.1 Pameran
Pameran-pameran daripada pihak luar akan diadakan di Dewan Sekolah. Pihak yang
terlibat adalah MPAJ – Pameran Kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan
Sains UKM dan Institut Kimia Malaysia. Jadual giliran lawatan akan dibuat supaya
semua murid berpeluang menyaksikan pameran-pameran ini.

9.2 Pertandingan
Pertandingan-pertandingan akan dijalankan selepas waktu persekolahan. Pertandingan
akan diwar-warkan semasa perhimpunan atau melalui pengumuman waktu rehat. AJK
murid tertentu akan mengumpul penyertaan bagi pertandingan tertentu. (Rujuk jadual
program)

10.0 Anggaran Perbelanjaan :

Tempat Tempat Tempat BIL


Bil PERKARA 1 2 3 HARGA KATEGORI JUMLAH
1 Pertandingan peta konsep Sains 10 15 20 45 1 45
2 Pertandingan peta konsep Kimia 10 15 20 45 1 45
3 Pertandingan peta konsep Fizik 10 15 20 45 1 45
4 Pertandingan peta konsep Biologi 10 15 20 45 1 45
5 Pertandingan periodic table 10 15 20 45 1 45
6 Pertandingan Buku skrap Sains 10 15 20 45 1 45
7 Kuiz Terkumpul Info Sains 10 15 20 45 1 45
8 Teka Silangkata Matematik 10 15 20 45 1 45
9 Teka Berat 10 15 20 45 1 45
10 Kuiz Bijak Sifir 10 15 20 45 2 90
11 Pertandingan MathGenius 10 15 20 45 1 45
12 Pertandingan Payung Terjun 10 15 20 45 1 45
13 Congkak 10 15 20 45 2 90
14 Pertandingan melukis poster 10 15 20 45 1 45
15 Pertandingan Rubik's Cube 10 15 20 45 2 90
16 Amazing Race 10 15 20 45 1 45
17 Pertandingan Sponge Box 10 15 20 45 1 45
18 Plastic Laminate       30 1 30
19 Banner       50 1 50
Alatan Perasmian - Belon dan
20 Riben       50 1 50
  JUMLAH BESAR           1030
11.0 Penutup
Bulan Sains dan Matematik ini diharapkan tidak akan berhenti bersama majlis penutup.
Kami akan berusaha supaya aktiviti-aktiviti sepanjang bulan ini akan memberi kesan
positif di dalam diri murid-murid yang aktif mengambil bahagian dan juga yang memberi
khidmat bersama guru-guru. Dengan sokongan dan sumbangan pihak pentadbir kami
berharap prestasi Sains dan Matematik sekolah ini akan meningkat dengan lebih baik
lagi.

You might also like