You are on page 1of 14

3.

0 KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN SEJARAH

Bil  Senarai semak Tugasan Aktiviti/ Tindakan


1. Perancangan
1.1 Tajuk Menyediakan perancangan yang lengkap, tepat dan
1.2 Jadual Kerja / Senarai realistik serta menunjukkan kesungguhan.
Semak (08 Markah)
1.3 Objektif Kajian
1.4 Kaedah Kajian
2. Proses Awal Mengumpul maklumat yang sangat lengkap, tepat dan
2.1 Mengumpul maklumat sangat sesuai dengan tugasan daripada pelbagai
berdasarkan pelbagai sumber.                                
sumber rujukan ( 10 Markah)

2.2 Menyediakan Menyediakan kerangka penulisan yang sangat lengkap,


kerangka kasar penulisan. tepat dan realistik serta menunjukkan kesungguhan.
( 10 Markah)

3. Pelaporan Menulis pengenalan yang sangat sesuai dengan tugasan


3.1 Kronologi bendahara – dan mengambarkan keseluruhan kandungan hasil
bendahara yang pernah penulisan
berkhidmat di zaman ( 05 Markah)
Kesultanan Melayu
Melaka
3.2 Latar belakang dan Menjelaskan sejarah latar belakang dan
kehebatan Bendahara yang kemasyhuran/kehebatan/kegemilangan sumbangan
dikagumi zaman yang dibuatseorang Bendahara semasa
Kesultanan Melayu pemerintahannya 
Melaka ( 20 Markah)

3.3 Persamaan dan Menghuraikan ciri-ciri persamaan dan perbezaan yang


perbezaan yang wujud wujud antara kedua jawatan ini 
antara jawatan Bendahara ( 15 Markah)
dan Perdana Menteri kini 
3.4 Sikap peribadi yang Memberikan hujah sebab yang wajar mencontohi 3
dimiliki dan berikan hujah sikap yang baik yang dimiliki Bendahara berkenaan .
keperluan mencontohi ( 20 Markah)
sikap berkenaan

4 4.0 Rumusan Rumusan yang merangkumi kepentingan  menghargai


( Pengetahuan / Nilai / kepimpinan pentadbiran Kerajaan Melaka kepada diri
Unsur Patriotisme dan sendiri, keluarga,masyarakat dan negara.
harapan. ( 05 Markah)

5 5.0 Rujukan Sumber rujukan Autentik, Relevan dan pelbagai.


( 05 Markah)
6 6.0 Penilaian umum Kemas, tersusun, dan penggunaan bahasa yang
gramatis.
( 02 Markah)

Nama penulis :TASHA A/P RAVIENDRAN


No kad pengenalan :050212-10-1168
Kelas :4 SAPPHIRE

Kemashyuran Kepimpinan Bendahara Tun


Perak Membawa Kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka

 
 

1.2 JADUAL KERJA

BIL TARIKH PERKARA


1. Mendengar taklimat daripada guru subjek Sejarah Pn
Rozarina Bukhari tentang proses kerja Kajian kes 
2. Mencari bahan maklumat berkaitan tajuk dalam internet  
3. Berbincang secara maya iaitu online seperti wasapp dengan
rakan sekelas tentang beberapa perkara berkaitan tajuk
kajian
4 Mendapatkan bahan dan memfotostet bahan dari buku teks
dan bahan tambahan
5. Membuat tajuk, objektif dan kaedah kajian

6.     Menulis pelaporan kronologi Bendahara yang pernah


berkhidmat di Zaman Kesultanan Melayu Melaka

1.3 OBJEKTIF KAJIAN (MUKA SURAT LAIN)

Dalam membuat kajian kes ini beberapa objektif cuba dicapai.Antaranya ialah

1.Saya dapat mengenalpasti sumbangan yang dibuat oleh Bendahara Tun Perak
sehingga membawa kepada kegemilangan Zaman Kesultanan Melayu Melaka  
( Pengetahuan)
2. Saya juga dapat merasionalkan kepentingan menghargai sumbangan
Bendahara sehingga membawa kepada kegemilangan Kesultanan Melaka dalam
aspek politik, ekonomi dan sosial sehingga masa kini ( Kemahiran ) 
3. Saya juga dapat mempelajari bahawa sikap berpandangan jauh yang
ditunjukkan oleh Bendahara Tun Perak sewaktu menghadapi ancaman dan
serangan Siam telah berjaya mengekalkan kedaulatan kerajaan Melaka . (Nilai)
  

1.4 KAEDAH KAJIAN (MUKA SURAT LAIN)

1) Dalam usaha menyiapkan kajian ini saya telah menggunakan beberapa


kaedah.Antaranya ialah kaedah melayari internet.Saya telah
menghabiskan masa selama sejam untuk mencari bahan yang berkaitan
dengan tajuk.Antara laman web yang saya layari dan dapatkan info ialah
https://slideplayer.info/slide/14913508/ dan https://m-
update.com/2019/01/15/tun-perak/ yang memerihalkan bendahara-
bendahara Melaka serta kewibawaanya.

2) Saya juga telah memuat turun jurnal – jurnal yang ditulis oleh Halim
A., Malik A., dengan tajuk “Ciri-ciri Bijaksana Bendahara Tun Perak
dalam Pembentukan Model Kepimpinan Berintegriti ,”PENDETA
Journal of Malay Language, Education and Literature Jilid 12 No.1,
2021 / ISSN 1823-6812 (26-39), Muhd Yusof Ibrahim., dengaan jurnal
bertajuk “Tun Perak Pencetus Wawasan Empayar Melaka”, Kuala
Lumpur: TINTA Publishers serta Mohd Yusoff Hashim. Dengan jurnal
bertajuk “Tun Perak Dalam Sejarah dan Dinamisme Ketamadunan
Bangsa. Melaka, “ Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.

3) Kaedah ketiga ialah kaedah pandang dengar yang merupakan kaedah


utama seiring dengan perkembangan sains dan teknologi.. Saya telah
menonton you tube bertajuk “ Tun Perka Bendahara Gemilang” yang
saya tonton pada https://youtu.be/eimIMh_deKc . Kaedah ini menarik
kerana ada visual yang dapat kita lihat dan kaji
.

4) Tambahan pula, saya juga berkesempatan membuat perbincangan secara


berkumpulan dengan rakan-rakan melalui “google meet” mengenai topik
folio yang dijalankan supaya kerja kursus ini dapat disiapkan pada masa
yang telah ditetapkan.
3.0 PELAPORAN

3.1 Kronologi bendahara –bendahara yang pernah berkhidmat di zaman


Kesultanan Melayu Melaka

Bendahara Melaka merupakan satu jawatan pemerintahan zaman Kesultanan


Melayu Melaka yang hampir sama taraf dengan Perdana Menteri kini.
Bendahara merupakan ketua semua pembesar Melaka dan ketua kerajaan yang
membuatkan jawatan ini kedua terpenting selepas raja Melaka. Bendahara
diberikan kuasa untuk menjaga keselamatan Melaka secara keseluruhannya.

Selain itu, bendahara turut menjalankan undang-undang Melaka yang terdiri


daripada Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Hal ini
membuatkan bendahara turut berperanan sebagai hakim dan mempunyai
mahkamah sendiri yang dinamakan Balai Bendahara. Kuasa kehakiman bendara
meliputi semua kes jenayah kecuali hukuman bunuh yang hanya boleh
dilaksanaan oleh raja.

Bendahara turut mempunyai pengaruh yang besar hinggakan perlantikan raja


yang baru turut dijalankan oleh bendahara. Sebagai penasihat raja, bendahara
bertanggungjawab untuk menjaga hubungan antara Melaka dan negara asing.
Bendahara juga harus memasikan kesetiaan rakyat kepada raja Melaka adalah
tidak berbelah bahagi dan mengelakkan dari sebarang penderhakaan dan
pemberontakan.
Berdasarkan sumber
http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/bendahara-melaka-
johor--pahang-lama.html menyenaraikan bendahara - Kesultanan Melayu
Melaka seperti berikut:
Bendahara-Bendahara Melaka

1.Bendahara Seri Wak Raja I, Tun Perpatih Permuka Berjajar, Radin Bagus

2.Bendahara Seri Amar Di Raja, Radin Anum


3.Bendahara Seri Wak Raja II, Tun Perpatih Sedang Bin Tun Perpatih Permuka
Berjajar
4.Bendahara Seri Nara Di Raja, Tun Ali Bin Raja Benua Kaling Mani Purindam
5.Bendahara Seri Paduka Raja, Tun Perak Bin Tun Perpatih Sedang
6.Tun Perpatih Putih Bin Tun Perpatih Sedang
7.Bendahara Seri Tun Mutahir Bin Tun Ali
8.Bendahara Seri Paduka Tuan, "Bendahara Tepok"

3.2 Latar belakang dan kehebatan Bendahara yang dikagumi zaman


Kesultanan Melayu Melaka
Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang ialah
Bendahara Melaka yang ke-5 adalah Bendahara yang termasyhur antara semua
bendahara Melaka. Pangkat ini yang membawa gelaran “Bendahara Paduka
Raja” dalam Kesultanan Melayu Melaka adalah setanding dengan Perdana
Menteri moden. Tun Perak ialah anak Bendahara Seri Wak Raja dan beliau
telah menjadi Penghulu Kelang dari tahun 1445 ketika berlangsungnya
permusuhan antara kerajaan Siam dan Melaka. (Mohd Yusoff Hashim, 2008) .
Tun Perak membawa bersam kaum perempuan dan memberi alasan bahawa
kedatangan perempuan adalah supaya lelaki akan berperang lebih bersungguh-
sungguh untuk melindungi anak dan isteri mereka. (Ghazali Taib & Abdul
Halim Ali, 2018)

Setelah menewaskan percubaan Siam untuk menakluk Melaka pada tahun 1446,
beliau dilantik oleh baginda Sultan Muzaffar Syah sebagai Bentara. Setelah Tun
Perak menjadi Bentara, beliau tidak digemari oleh Tun Ali, iaitu Bendahara
Melaka ketika itu. Tun Ali yang berketurunan Tamil Muslim ketika itu
sudahpun lanjut usianya. Perkara tersebut mengkhuatirkan sultan yang hendak
melantik Tun Perak sebagai pengganti Tun Ali. Disebabkan risau dengan
perbalahan antara pembesar yang memungkinkan kejatuhan pentadbiran negara,
baginda mengahwinkan Tun Ali dengan Tun Kudu Tun Perpatih Sedang, iaitu
kakak kepada Tun Perak dan isteri baginda sendiri. Baginda yang sanggup
menceraikan Tun Kudu menerima keputusan yang dijangkakan bahawa Tun Ali
sudahpun berbaik dengan Tun Perak.

Kemudian, baginda melantik Tun Perak sebagai Bendahara yang bergelar


Paduka Raja pada tahun 1456 sementara Tun Ali, Bendahara keempat, dilantik
sebagai Penghulu Bendahari dengan gelaran Seri Nara Diraja. Ketika Tun Perak
menjawat jawatan Bendahara, beliau telah menakluk negeri-negeri di pantai
Selat Melaka seperti Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di pulau Sumatera
serta Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak yang menjadikan semua
negeri ini sebagai jajahan takluk Melaka manakala Kedah pula menjadi negeri
naungan Melaka. Dengan ini, Melaka telah menjadi sebuah empayar yang
besar. Tun Seri Lanang pengarang Sejarah Melayu menyebutkan seperti yang
berikut;
`Adapun, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana,
kerana pada zaman itutiga buah negeri yang sama besarnya; pertama
Majapahit; kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, tiga
orang yang bijaksana, di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada namanya; dan
di Pasai, Orang Kaya Kenayan namanya, di Melaka, Bendahara Paduka
Raja namanya`.
(Mohammad Hj.Salleh, 2009)
Muhd Yusof Ibrahim (2008) mendeskripsi kehebatan dan kebijaksanaan Tun
Perak dengan panjang lebar dan meletakkan Tun Perak sebagai tokoh pencetus
wawasan empayar Melaka. Tidak kurang juga bagi aspek lain apabila Melaka
membangun sehingga mencapai kekuatan dari segi politik, sosial, dan
ekonominya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik banyak
pedagang asing dari China, India, Timur Tengah, serta negara-negara jiran yang
lain. Sejarah telah mengiktiraf Melaka sebagai sebuah kerajaan yang terkenal
dengan aktiviti perdagangan dan tentu sekali sultan memberi kepercayaan
penuh terhadap Tun Perak dalam mengendalikan segala urusan berkaitan
perdagangan pedagang asing.
Berdasarkan analisis data dalam teks Sejarah Melayu kajian Muhammad
Hj.Salleh dan juga buku `Tun Perak Pencetus Wawasan Empayar Melaka karya
Muhd Yusof Ibrahim, kajian ini dapat mengenal pasti nilai pandai atau cerdik
yang ada pada Tun Perak pada beberapa situasi dan peristiwa. Antara ciri
kepandaiannya ialah seperti yang berikut;

a. Mengatur strategik perang


Mengatur Strategik Perang Salah satu kepandaian Tun Perak ialah mengatur
strategi perang, terutamanya perang dengan Siam. Dalam perang pertama
Melaka dengan Siam Tun Perak berjawatan sebagai Penghulu di Klang. Setelah
dititah untuk membantu Melaka berdepan dengan Siam, Tun Perak telah pergi
ke Melaka dan dengan titah yang diberikan sultan, Tun Perak telah
mengumpulkan orang-orangnya bagi menentang Siam.
b. Mentadbir
Hasil analisis juga mendapati nilai pandai atau cerdik Tun Perak tergambar
dalam tugasnya sebagai pentadbir dalam politik pemimpin tentera. Sewaktu
berada di Klang, Nama Tun Perak sudah dikenali ramai. Kedatangannya ke
Klang sangat dialu-alukan oleh penduduk Klang, malah mereka bermesyuarat
dan berpakat untuk melantik Tun Perak sebagai pemimpin yang baharu.
Keadaan Klang yang tidak berubah dan tidak banyak berlaku perdagangan
memerlukan pemimpin baharu. Kepimpinanan baharu sudah pasti boleh
memberikan nafas baharu dan suntikan yang padu bagi menghembuskan angin
perubahan itu (Muhd Yusof Ibrahim, 2008).

c. Menasihat sultan
Tun Perak menjadi bendahara dalam empat zaman pemerintahan sultan iaitu
Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alaudin Ria’ayat Syah dan
Sultan Mahmud Syah. Beliau yang diberi gelaran Paduka Raja. Gelaran Paduka
Raja menunjukkan dekatnya hubungan sultan dengan Bendahara Tun Perak.
Bukan sahaja dalam hal ehwal pentadbiran dalam negeri, Tun Perak juga bijak
memberi nasihat kepada sultan bagi perluasan kuasa di negeri-negeri yang
belum menjadi jajahan Melaka. Kepandaian Tun Perak memberi nasihat tentang
cara memperluaskan kuasa amat disenangi sultan. Pandangan Tun Perak yang
memberi cadangan kaedah memerluaskan kuasa dengan cara halus dan
berlembut itu dapat diterima sultan seperti dirakamkan dalam buku Tun Perak
pencetus Wawasan Empayar Melaka dan buku Sulalat al-Salatin yang
dikaji dan diperkenalkan oleh Muhammad Haji Salleh,

d. Memajukan perdagangan dan hubungan diplomatik

Tun Perak memikirkan kesenangan buat Kerajaan Melaka pada masa akan
datang iaitu dengan menjalinkan hubungan diplomatik bersama kerajaan-
kerajaan besar dunia seperti China, Turki Uthmaniah, Arab Saudi, Rom dan
banyak lagi. Bahkan, Tun Perak mencadangkan kepada sultan supaya
melakukan pendamaian dengan Kerajaan Siam untuk manfaat bersama. Perkara
itu dipersetujui oleh Kerajaan Siam berikutan Melaka diiktiraf sebagai sebuah
kerajaan dibawah jagaan Kerajaan China. Maka, bermula hubungan diplomatik
secara profesional antara Kerajaan Siam dan Melaka, serta mereka mula
bergantung antara satu sama lain dalam membentuk keamanan dan
keharmonian dalam sebarang kegiatan yang dilakukan bersama.

e. Perlantikan raja
Sebagai Bendahara Melaka yang berpengaruh, Tun Perak mempunyai kuasa
untuk melantik raja Melaka. Lazimnya, beliau akan memilih raja yang
mempunyai pertalian persaudaraan dengannya. Sebagai contoh, Sultan
Alauddin Riayat Syah yang dilantik sebagai Sultan Melaka merupakan anak
saudara beliau. Tun Perak juga telah meletakkan Raja Muhammad, putera
sulung Sultan Mansor Syah menjadi Raja Pahang tetapi bukan sebagai Sultan
Melaka..

Setelah lebih kurang sepuluh tahun Tun Perak memegang jawatan


sebagai bendahara Melaka dibawah Sultan Mahmud, iaitu setelah berkhidmat
kepada empat orang sultan Melaka. Pada tahun 1498, Tun Perak telah
meninggal dunia dalam usia yang lanjut. Dibawah pentadbiran Tun Perak,
empayar Melaka telah berkembang dengan pesat sehingga beliau dianggap
sebagai ‘Pembina Empayar’. Pelbagai perubahan dan pembaharuan telah
dilakukan oleh Tun Perak utuk memastikan Melaka muncul sebagai sebuah
kuasa yang besar dan disanjungi hingga keseluruh pelusuk dunia.
Kewibawaannya sebagai seorang pemimpin amatlah dikagumi hingga ke hari
ini kerana kebijaksanaannya dalam mengatur pelbagai strategi telah
menyebabkan Melaka dapat meluaskan pengaruhnya hingga ke luar
semenanjung Tanah Melayu.

3.3 Persamaan dan perbezaan yang wujud antara jawatan Bendahara dan
Perdana Menteri kini

 Bendahara memegang amanah serta tanggungjawab yang paling berat dalam


menjadi orang kanan terpenting memastikan kelancaran perjalanan kerajaan
tersebut. Sebagai contohnya, antara tugas bendahara adalah menjadi penasihat
raja dalam pentadbiran dan juga menteri utama.
Sama seperti kerajaan Malaysia pada hari ini yang mana tugas mentadbir negara
diamanahkan kepada Perdana Menteri yang dibantu oleh kabinet-kabinetnya.
Bendahara Melaka serta Perdana Menteri memegang tanggungjawab yang sama
dalam memastikan pentadbiran negara berjalan dengan lancar.
Jika pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, bendahara dibantu oleh
pembesar-pembesar lain iaitu pembesar berlapan, pembesar berenam belas dan
bertiga puluh dua. Maka itu, perdana Menteri pada hari sebagai ketua Jemaah
menteri  dibantu oleh ahli-ahli Jemaah menteri lain dalam memastikan
pentadbiran negara dapat bergerak seiring dengan pembangunan negara. Hal ini
dapat dilihat melalui tugas Perdana Menteri yang menjadi ketua pentadbir
utama negara dan pegawai diplomat utama negara.
Sama seperti zaman kesultanan Melayu Melaka, teori pengasingan kuasa
dilaksanakan untuk memastikan tidak wujudnya pemdominasian kuasa antara
satu sama lain. Namun begitu, setiap pembesar sebagai jentera penggerak
negara haruslah bergantung antara satu sama lain dalam mentadbir negara
kerana badan-badan pentabir tersebut adalah berkaitan antara satu sama lain.
Walaupun tugas dan tanggungjawab bendahari agak serupa dengan tugas
perdana menteri, kedua kedudukan ini tidak dapat disamakan. Satu perbezaan
yang sangat jelas adalah berat kuasa yang dipegang oleh kedua-dua jawatan ini.
Pada masa lalu, biasanya bendahara adalah pegawai negeri tertinggi di bawah
sultan. Walaupun bendahara yang mentadbir kerajaan negeri, pihak berkuasa
tertinggi tetap berada di tangan sultan. Kini Perdana Menteri lebih berkuasa
dalam pentadbiran kerajaan.
Keadaan ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Malaysia dengan kerajaan
Melayu Melaka pada zaman dahulu kongsi ciri-ciri yang sama jika dilihat
secara kasarnya. Cuma yang membezakan di sini hanyalah cara pentadbiran
dilaksanakan terutamanya dalam aspek kuasa Sultan yang berkuasa mutlak. 
Pada hari ini, kuasa mutlak raja telah dikurangkan dengan wujudnya hak-hak
seperti hak manusia dan sebagai. Kesimpulannya, zaman Kesultanan Melayu
Melaka telah menjadi asas kepada pentabiran Malaysia sehingga ke hari ini
3.4 Sikap peribadi yang dimiliki dan berikan hujah keperluan mencontohi
sikap berkenaan
Bijak Dan Berhemah Dalam Berkata-Kata
Bijak dan berhemah dalam berkata-kata merupakan salah satu ciri bijaksana
Tun Perak. Sikap ini dapat dikesan dalam banyak situasi dan peristiwa. Dalam
situasi yang memerlukan pertimbangan akal yang lebih Tun Perak sangat
berhemah memberi jawapan. Misalnya, sewaktu beliau ditanya oleh Sang
Naweng yang ingin tahu berkaitan penglibatan ayahanda Tun Perak dalam
melanggar istana bersama dengan gerombolan. Tun Perak menjawab tenang
dengan megatakan bahawa ayahandanya dipaksa berbuat demikian seperti
dicatakan oleh Muhd Yusof Ibrahim, 2008) Dengan jawapan berhemah, Tun
Perak berjaya mengelak diri dari terjebak dalam sangkaan dan fitnah. Kerana
itu, beliau bertutur kata dengan lemah lembut.

Kita haruslah bijak dan berhemah dalam kata – kata kerana pengunaan gaya
pertuturan yang betul dan kata –kata yang betul boleh mengelkkan sebarang
masalah dan pergduhan yang tidak diingini.

Pandai atau cerdik


Berdasarkan analisis data dalam teks Sejarah Melayu kajian Muhammad
Hj.Salleh dan juga buku `Tun Perak Pencetus Wawasan Empayar Melaka`
PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature Jilid 12 No.1,
2021 / ISSN 1823-6812 (26-39) 33 karya Muhd Yusof Ibrahim, kajian ini dapat
mengenal pasti nilai pandai atau cerdik yang ada pada Tun Perak pada beberapa
situasi dan peristiwa. Antara ciri kepandaiannya ialah seperti yang berikut;
a. Mengatur strategik perang
b. Mentadbir
c. Menasihat sultan
d. Memajukan perdagangan
Ciri pandai dan cerdik dalam mengendalikan sebarang perkara merupakan ciri
yang penting kerana is membolehkan seseorang membuat keputusan yang tepat
mengikut situasi yang dihadapinya.

Patuh / Taat kepada agama


Agama Islam diletakkan sebagai puncak kepada segala tindak tanduk Tun Perak
dalam pentadbiran, yang kemudiannya diterjemahkan menjadi nasihat-nasihat
kepimpinan yang ditujukan kepada rakyat yang dipimpin, sultan yang
didaulatkan dan diri sendiri sendiri sebagai khalifah Allah di muka bumi
Melaka

Ciri patuh dan taat kepada agama amat penting menyebabkan seseorang itu
akan rasional apabila mebut keputusan dan akan bersikap adil dan rasional serta
membuat keputusan yang jujur berdasarkan agam dan kepercayaan tanpa
sebarang penyelewengan.

Rujukan:

5) https://slideplayer.info/slide/14913508/
6) https://m-update.com/2019/01/15/tun-perak/
7) Halim A., Malik A.,“Ciri-ciri Bijaksana Bendahara Tun Perak dalam
Pembentukan Model Kepimpinan Berintegriti ,”PENDETA Journal of
Malay Language, Education and Literature Jilid 12 No.1, 2021 / ISSN
1823-6812 (26-39)
8) Muhd Yusof Ibrahim. (2009). Tun Perak Pencetus Wawasan Empayar
Melaka. Kuala Lumpur: TINTA Publishers.
9) Mohd Yusoff Hashim. (2008). Tun Perak Dalam Sejarah dan Dinamisme
Ketamadunan Bangsa. Melaka. Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme
Malaysia.
10) Ghazali Taib & Abdul Halim Ali (2018) `Analisis Persejarahan
Baharu Dalam Novel `1515`, Jurnal Peradaban Melayu, Jilid 13, 2018,
42-57
11) Muhammad Haji Salleh. (2009). Sulalat al Salatin ya’ni Perteturun
Segala Raja-Raja (Sejarah Melayu Karangan Tun Seri Lanang. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
12) http://kurikulumsejarah.blogspot.com/2013/09/soalan-1-kumpulan-2.html

You might also like