You are on page 1of 14

PEPERIKSAANPERCUBAAN2020PEPERIKSAANPERCUBAAN2020PEPERIKSA

942/2
PEPERIKSAANPERCUBAAN2020PEPERIKSAANPERCUBAAN2020PEPERIKSA STPM 2020
PEPERIKSAANPERCUBAAN2020PEPERIKSAANPERCUBAAN2020PEPERIKSA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2020PEPERIKSAANPERCUBAAN2020PEPERIKSA
GEOGRAFI
PEPERIKSAANPERCUBAAN2020PEPERIKSAANPERCUBAAN2020PEPERIKSA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2020PEPERIKSAANPERCUBAAN2020PEPERIKSA
KERTAS 2
PEPERIKSAANPERCUBAAN2020PEPERIKSAANPERCUBAAN2020PEPERIKSA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2020PEPERIKSAANPERCUBAAN2020PEPERIKSA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2020PEPERIKSAANPERCUBAAN2020PEPERIKSA
( Dua Jam)
PEPERIKSAANPERCUBAAN2020PEPERIKSAANPERCUBAAN2020PEPERIKSA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2020PEPERIKSAANPERCUBAAN2020PEPERIKSA

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK


GEOGRAFI STPM

SKEMA PEMARKAHAN

Kertas soalan ini terdiri daripada 14 halaman bercetak.


© Modul Peningkatan Akademik Geografi STPM 2020.

STPM 942/2 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
1
Bahagian A : (Alam Sekitar Fizikal)
(40 markah)

SKEMA JAWAPAN
Soalan Struktur
Arahan : Jawab Semua soalan.

1. (a) Huraikan konsep imbangan bahangan? [3 markah]

Imbangan bahangan merujuk kepada keseimbangan yang berlaku antara jumlah


bahangan matahari yang masuk ke sistem bumi (1m) (atmosfera) adalah sama (1m)
dengan jumlah bahangan bumi yang dibebaskan semula ke angkasa (1m)

(b) Huraikan dua proses pemindahan haba dari atmosfera ke permukaan bumi.
[4 markah]

Haba yang dipindahkan oleh matahari ke atmosfera bumi dalam bentuk bahangan dan
gelombang elektromagnetik /gelombang pendek akan melalui proses-proses berikut:

b1 Proses Serakan - Bahangan matahari akan diserak oleh partikel-partikel yang


terdapat di atmosfera secara mendatar
b2 Proses Serapan - Apabila menerima bahangan suria partikel-partikel
akan menjalani proses serapan.
b3 Proses Pantulan- Bahangan matahari apabila terkena partikel-partikel
sebahagiannya akan dipantulkan semula ke angkasa secara
menegak
b4 Proses Albedo - Sebahagian haba matahari akan di pantulkan pula oleh
permukaan bumi secara langsung .

Pilih 2 sahaja ( 2m x 2 = 4m)

(c ) Jelaskan dua aktiviti manusia yang menyebabkan peningkatan bahangan bumi di


bandar utama di Malaysia. [4 markah]

c1. Aktiviti perindustrian / kilang – sektor pembuatan dan pemprosesan banyak


membebaskan gas-gas rumah hijau spt Co2, Co3, dan sulfur dioksida yang
mampu memerangkap bahangan bumi yang menyebabkan kesan rumah hijau.
Gas-gas rumah hijau yang terkumpul dalam ruang udara bandar bertindak lutsinar
terhadap bahangan matahari tetapi legap terhadap bahangan bumi. Bahangan
bumi terperangkap dan tidak dapat keluar ke angkasa pada waktu malam
menyebabkan peningkatan bahangan di bandar-bandar utama seperti Kuala
Lumpur.

c2. Aktiviti pengangkutan/kenderaan – meliputi kenderaan bermotor yang


merupakan sumber utama pembebasan gas rumah hijau di bandar,Ekzos kereta
mengeluarkan gas-gas pencemar spt plumbum dan hidrokarbon hasil
pembakaran bahan api fosil yang tidak lengkap terutama minyak diesel dan petrol
berplumbum.

2
c3 Aktiviti pembinaan – Aktiviti ini akan membebaskan habuk, debu yang boleh
memerangkap bahangan menyebabkan suhu persekitaran bandar menjadi panas.
Selain itu aktiviti pembinaan bangunan yang berstruktur tinggi, bahan binaan yang
menyerap dan membalikkan haba seperti bangunan konkrit dan bercermin,
struktur jalanraya yang berturap boleh meningkatkan penyerapan bahangan.

c4 Pembakaran secara terbuka – pembakaran di kawasan pelupusan sampah yang


selalunya di sediakan di pinggir bandar boleh memberi kesan perebakan asap dan
habuk ke kawasan Bandar dan seterusnya meningkatkan suhu persekitaran.

Pilih dua jawapan sahaja (2m x 2 = 4m)

(d ) Cadangkan dua langkah bukan perundangan bagi mengurangkan peningkatan


bahangan. [4 markah]

d1 Menanam lebih banyak pokok di kawasan bandar terutama yang berdaun lebar
Ini dapat membantu menyederhanakan suhu melalui proses sejatpeluhan .

d2. Menggiatkan dan menggalakkan kempen seperti kongsi kereta dan


mengunakan pengangkutan awam .

d3 Mengalakkan dan mempertingkatkan penggunaan petrol tanpa plumbum .


Ini boleh membantu mengurangkan pembebasan gas-gas karbon yang menjadi
punca peningkatan suhu.

d4 Meningkatkan kesedaran dikalangan penduduk tentang amalan Kitar semula

d5 Mengurangkan pembakaran terbuka seperti menggunakan pembakaran


melalui insinerator.

d6 Memperbanyakan badan-badan air seperti tasik buatan, kolam yang membantu


meningkatkan proses sejatan bagi menyerderhanakan suhu persekitaran.

d7 Meningkatkan penerapan pendidikan alam sekitar di semua peringkat samada


di sekolah, institusi pendididkan tinggi ataupun kepada orang awam agar tidak
melakukan perkara-perkara yang boleh meningkatkan suhu.

Pilih dua sahaja. (2m x 2 = 4m)

2 a) Jelaskan punca yang mempengaruhi kesan rumah hijau. [12 markah]

3
Faktor fizikal

aF1 Kekurangan tumbuh-tumbuhan - menyebabkan berlaku pertambahan


gas karbon dioksida di udara. Ini disebabkan gangguan terhadap proses
fotosintesis telah berlaku. Komponen ini akan membentuk lapisan penebat
di atmosfera dengan membenarkan kemasukan bahangan matahari terus
menerus ke permukaan bumi dan sebaliknya menghalang bahang bumi
dikembalikan ke angkasa.

aF2 Aktiviti (letusan) gunung berapi – membebaskan gas sulfur dioksida dan
karbon dioksida serta asap dan habuk di ruang udara dalam tempoh yang
tertentu. Komponen ini akan membentuk lapisan penebat di atmosfera
dengan membenarkan kemasukan bahangan matahari terus menerus ke
permukaan bumi dan sebaliknya menghalang bahang bumi dikembalikan
ke angkasa. Kesan suhu berhampiran permukaan bumi meningkat.

aF3 Kebakaran Hutan semulajadi – hutan yang terbakar secara semulajadi


akibat kemarau/ el nino menyebabkan kepekatan karbon dioksida meningkat di
udara. Komponen ini akan membentuk lapisan penebat di atmosfera
dengan membenarkan kemasukan bahangan matahari terus menerus ke
permukaan bumi dan sebaliknya menghalang bahang bumi dikembalikan
ke angkasa. Kesan suhu berhampiran permukaan bumi meningkat.

Faktor aktiviti manusia

aM3 Penggunaan bahan api fosil dalam kenderaan bermotor dan sektor
perkilangan sebagai bahan bakar dalam bas, kereta, lori dan motorsikal akan
membebaskan gas karbon dioksida, karbon monoksida hidrokarbon dan sulphur
dioksida ke udara. Komponen ini akan membentuk lapisan penebat di
atmosfera dengan membenarkan kemasukan bahangan matahari terus
menerus ke permukaan bumi dan sebaliknya menghalang bahang bumi
dikembalikan ke angkasa. Kesan suhu berhampiran permukaan bumi
meningkat.

aM4 Kegiatan pembakaran secara terbuka di tempat pelupusan sampah dan


domestik serta pembakaran sisa pertanian - seperti jerami padi, daun tebu dan
sisa buangan kelapa sawit turut membebaskan karbon dioksida, sulphur
dioksida dan metana ke udara. Komponen ini akan membentuk lapisan
penebat di atmosfera dengan membenarkan kemasukan bahangan
matahari terus menerus ke permukaan bumi dan sebaliknya menghalang
bahang bumi dikembalikan ke angkasa. Kesan suhu berhampiran
permukaan bumi meningkat.

aM5 Penggunaan CFC dalam alat semburan serangga, minyak wangi, industri
pembaikan pendingin hawa dan industri foam juga membebaskan unsur-unsur

4
karbon ke udara. Komponen ini akan membentuk lapisan penebat di
atmosfera dengan membenarkan kemasukan bahangan matahari terus
menerus ke permukaan bumi dan sebaliknya menghalang bahang bumi
dikembalikan ke angkasa. Kesan suhu berhampiran permukaan bumi
meningkat.

aM6 - Aktiviti pembalakan – penebangan pokok untuk tujuan industry perabot


dan petempatan meningkatkan kepekatan gas karbon dioksida di atmosfera
bumi akibat kurang berlaku proses fotosintesis. Komponen ini akan
membentuk lapisan penebat di atmosfera dengan membenarkan
kemasukan bahangan matahari terus menerus ke permukaan bumi dan
sebaliknya menghalang bahang bumi dikembalikan ke angkasa. Kesan
suhu berhampiran permukaan bumi meningkat.

aM7 – Aktiviti pertanian – penyemburan racun serangga serta pembakaran


sisa pertanian telah membebaskan gas karbon dioksida dan metana yang
berlebihan di udara. Gas ini membentuk lapisan penebat di atmosfera bumi lalu
menghalang bahang bumi daripada keluar ke ruang angkasa..

(Mana-mana 6 isi x 2 markah = 12 markah)

Bincangkan langkah yang boleh diambil bagi mengatasi kesan rumah


b)
hijau. [13 markah]

Langkah Perundangan
b1 –memperkasa / memperketat dan melaksanakan undang-undang dan
peraturan sedia ada seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1976 seperti
meningkatkan kadar denda, kompaun , menyita premis kepada individu /
syarikat yang membalak hutan secara haram / membakar hutan / sampah
secara sengaja untuk mengawal peningkatan kepekatan karbon dioksida di
udara.

b3 – Meningkatkan aktiviti pemantauan oleh pihak berkuasa – JAS & PBT


perlu meningkatkan rondaan dan pengawalseliaan secara berkala agar aktiviti
yang menjadi penyebab kesan rumah hijau dapat dikesan dengan lebih cepat
dan langkah mengatasinya juga dapat diambil dengan cepat juga.

b4 Mewartakan Hutan Simpan dengan lebih banyak – Lebih banyak hutan


simpan yang diwartakan untuk tujuan mengurangkan kepekatan karbon
dioksida di udara melalui proses fotosintesis.

Langkah bukan perundangan

5
b5 Mengekal dan menanam semula hutan dengan lebih giat – akan
meningkatkan proses fotosintesis dan mengurangkan kepekatan gas karbon
dioksida di udara.

b6 Menggunakan bahan api yang mesra alam - tenaga suria, elektrik,


biomas, angin dan ombak dapat mengurangkan pembebasan gas karbon
dioksida di udara seterusnya mewujudkan udara yang lebih bersih, suhu yang
stabil dan mewujudkan bandar hijau.

b7 Memberi pendidikan formal dan tidak formal – kurikulum Geografi, Sains,


Pendidikan Alam Sekitar di sekolah dan pusat pengajian tinggi. Pelajar
didedahkan tentang impak buruk kesan rumah hijau terhadap ASF dan ASM.
Program seperti STEM meningkatkan keupayaan pelajar mencipta Bandar hijau
bermula di bangku sekolah lagi.

b8 Meningkatkan Kempen kesedaran dengan lebih berkesan – dilakukan


melalui media massa atau mengedar risalah. Dilakukan oleh pihak kerajaan dan
badan bukan kerajaan – contoh kempen kurangkan pembakaran terbuka, sifar
pernggunaan polisterina sbg pembungkus makanan melalui media cetak dan
media elektronik seperti aplikasi wassup, telegram, facebook.

bx Kesimpulan – isi disenaraikan semula dan memberi sedikit kesimpulan


kecil.

Mana-mana 6 isi x 2m + kesimpulan (1m ) = 13 markah

3 (a) Bincangkan faktor yang mempengaruhi edaran air tanih. [13 markah]

6
a1 Kadar hujan - Hujan yang lebat akan membekalkan isipadu larian air permukaan yang
tinggi khususnya di permukaan tanah yang terdedah kepada jatuhan langsung air hujan. Hujan
yang kurang lebat tetapi berpanjangan juga akan meningkatkan proses resapan dan seterusnya
meningkatkan isipadu simpanan air bawah tanah.

a2 Litupan tumbuhan – litupan tumbuhan yang padat di sesuatu kawasan akan


meningkatkan proses resapan dan aliran air bawah tanah. Kawasan yang tiada litupan
tumbuhan pula akan meningkatkan proses larian air permukaan.

a3 Sifat batuan – batuan yang keras seperti batuan igneus akan meningkatkan proses larian
air permukaan dan mengurangkan proses resapan. Batuan yang lembut seperti batuan enapan
akan meningkatkan proses resapan dan aliran air bawah tanah.

a4 Sifat tanih – tanih yang mempunyai keliangan yang tinggi seperti batu pasir akan
meningkatkan proses resapan dan simpanan air tanih. Tanih yang padat seperti tanah liat pula
mengurangkan proses resapan dan simpanan air tanih.

a5 Aktiviti haiwan – tindakan cacing, tikus dan cengkerik yang membuat lubang dan sarang
di dalam tanah akan meningkatkan keliangan dalam tanih. Tanih menjadi longgar dan ini akan
meningkatkan proses resapan dan simpanan air tanih. (akuifer)

a6 Kecerunan – kawasan bercerun curam akan meningkatkan proses larian air permukaan
kerana dipengaruhi tarikan graviti yang tinggi. Kawasan bercerun landai pula, akan meningkatkan
proses resapan dan airan air bawah tanah.

a7 Aktiviti manusia – aktiviti penebangan pokok akan mendedahkan permukaan tanah


terhadap jatuhan langsung air hujan. Keadaan ini akan meningkatkan proses larian air
permukaan dan mengurangkan proses resapan. Aktiviti penghutanan semula pula akan
membentuk lapisan pelindung permukaan tanah , akan meningkatkan proses resapan dan
mengurangkan larian air permukaan.

ax kesimpulan – rumuskan empat daripada enam isi di atas. (1m)

Mana-mana 6 x 2m = 12m + 1m ( kesimpulan )

3 (b) Huraikan pengaruh lebihan air terhadap aktiviti manusia di Kawasan Tropika

7
Lembap. [12 markah]

Pengaruh positif

b1 Pertanian boleh dijalankan- lebihan air/banjir akan menyebabkan berlakunya


pemendapan tanah lanar/aluvium yang subur untuk pertanian padi sawah- dataran banjir /tebing
sungai Kelantan.

b2 Perniagaan/penjaja kecil berlaku - bagi sesetengah Kawasan contohnya di Kelantan,


banjir/lebihan air akan meningkatkan perniagaan makanan berbungkus. Penduduk yang tinggal
di Kawasan yang tinggi akan menyediakan makanan/minuman untuk dijual kepada penduduk
di Kawasan yang terlibat dengan banjir.

Pengaruh negatif

b3 Pertanian terjejas - banjir akan menyebabkan Kawasan tanaman seperti padi sawah
ditenggelami air-pokok padi akan mati dan petani mengalami kerugian.

b4 Pengangkutan terganggu- banjir akan menyebabkan jalan raya/keretapi ditenggelami


air/jambatan runtuh -perhubungan antara kawasan terputus- pergerakan barangan dan manusia
terjejas.

b5. Akuakultur terjejas- limpahan air banjir akan menenggelamkan Kawasan ternakan ikan-
ikan terlepas- kerugian kepada pengusaha akuakultur ikan air tawar.

b6. Aktiviti sosial terjejas- limpahan air banjir akan menyebabkan jalan perhubungan
terputus-aktiviti riadah/sekolah terpaksa dihentikan kerana hujan lebat dan Kawasan rekreasi
/sekolah ditenggelami air.

b7. Aktiviti IKS terjejas- hujan lebat yang berterusan akan menyebabkan kelembapan udara
tinggi dan bahangan kurang- aktiviti pengeringan batik/keropok terhenti dan jika berlaku banjir
aktiviti ini terhenti.

b8. Aktiviti perniagaan terjejas- hujan lebat yang berterusan akan menyebabkan
banjir/limpahan air yang akan menenggelamkan pusat-pusat perniagaan-kerugian kepada
peniaga.

Mana-mana (6 X 2m = 12m)

Bahagian B : (Alam Sekitar Manusia)


8
( 40 markah )

Jawab soalan 4 dan satu soalan lain sama ada soalan 5 atau soalan 6

4 a) Huraikan satu aspek saling bergantung dalam konteks kerjasama ASEAN?


[3 markah]

a1 Bahan mentah – Negara-negara ASEAN dapat manfaat dari negara lain untuk
mendapatkan bekalan bahan mentah

a2 Modal – Negara anggota memperolehi keuntungan melalui perkongsian modal /


pelaburan

a3 Buruh – Negara anggota yang mempunyai kekurangan tenaga buruh dan


kepakaran dapat diatasi oleh negara yang mempunyai lebihan tenaga buruh dan
kepakaran.

a4 Pasaran – jumlah penduduk ASEAN yang ramai akan dapat meluaskan pasaran
negara anggota kerana boleh dijual keseluruh Negara ASEAN.

a5 Teknologi – perluasan kemajuan teknologi negara anggota boleh dimanfaatkan


oleh negara-negara lain dan saling menguntungkan negara anggota.

Mana-mana 1 isi x 3m = 3m

b) Jelaskan tiga peranan IMT-GT dalam memajukan wilayah berkenaan. [6 markah]

b1 Pertanian – projek perladangan getah dan kelapa sawit di Sumetra Utara

b2 Perlancongan – aktiviti pelancongan di pantai dan pulau seperti Pulau Langkawi


dan Puket

b3 Pengangkutan – perkhidmatan feri dari Langkawi - Puket - Medan

b4 Perindustrian – aktiviti memproses sumber hutan

b5 Perkhidmatan telekomunikasi – projek internet ASEAN (Thailand sebagai


pusatnya)

b6 Perdagangan – perdagangan bebas cukai seperti Pulau Langkawi

b7 Perlombongan – aktiviti perlombongan seperti mencari gali gas asli di Perairan


Kelantan (projek usahasama Malaysia dengan Negara Thailand)

Mana-mana 3 isi x 2m = 6m

c) Jelaskan tiga halangan yang dihadapi Segi Tiga Pertumbuhan Asean dalam
9
menjayakan kerjasama ekonomi serantau. [6 markah]

c1 Perbezaan taraf ekonomi antara negara anggota seperti nilai mata wang yang
berbeza

c2 Konflik kepentingan – persaingan antara kepentingan negara dengan


kepentingan serantau

c3 Keupayaan melaksanakan program di bawah projek kerjasama serantau

c4 Konflik politik wilayah dalam negara anggota dan sesama anggota

c5 Isu pencemaran alam yang meretasi sempadan antara negara

c6 Isu keselamatan dalaman dan luaran negara anggota

Mana-mana 3 isi x 2m = 6m

5 a) Huraikan enam kepentingan perikanan laut dalam kepada pembangunan ekonomi


negara [12 markah]

a1 Keluaran Dalam Negara Kasar [KDNK] – pendapatan negara – mengeksport


hasil perikanan ke luar negara

a2 Peluang pekerjaan – nelayan, pegawai pemasaran, penyelidik

a3 Kesan pengganda – industri hiliran seperti pembuatan bot, pemprosesan


keropok, ikan kering

a4 Perkembangan teknologi moden – alat dingin beku, echo-sounder

a5 Pembangunan kawasan setempat – pelabuhan, jaringan pengangkutan

a6 Perluasan pasaran – eksport hasil tangkapan ke luar negara

a7 Pelaburan asing/swasta – koperasi nelayan

Mana-mana 6 isi x 2m = 12m

b) Bincangkan enam masalah yang dihadapi dalam memajukan sektor perikanan

10
di Malaysia. [13 markah]

b1 Masalah kekurangan modal - terutamanya nelayan pinggir pantai yang miskin -


keupayaan modal terhad -tidak mampu memiliki bot besar, pukat dan peralatan
moden.

b2 Masalah kekurangan teknologi - kekurangan modal menghalang nelayan


memiliki teknologi dan kelengkapan tangkapan moden.-hasil tangkapan sedikit.

b3 Masalah kekurangan buruh - terutamanya perikanan laut dalam - golongan muda


lebih berminat sektor ekonomi lain seperti perindustrian - perikanan tidak
menjanjikan pendapatan lumayan - terpaksa menggunakan tenaga buruh asing.

b4 Masalah pasaran - kebergantungan kepada orang tengah dengan sistem hutang


yang berpanjangan-orang tengah membeli hasil tangkapan dengan harga yang
murah - nelayan terus miskin.

b5 Masalah keselamatan nelayan - ancaman lanun di perairan antarabangsa dan


pencerobohan nelayan asing- nelayan tidak berani meneroka perikanan laut
dalam kerana jaminan keselamatan di perairan antarabangsa yang sentiasa
diancam lanun.

b6 Masalah ancaman fizikal - khususnya nelayan pinggir pantai di pantai timur


Semenanjung Malaysia yang dilanda musim tengkujuh, hujan lebat, angin
kencang dan laut bergelora - aktiviti perikanan akan tergendala.

b7 Masalah kepupusan sumber perikanan - eksploitasi sumber perikanan yang


berlebihan terutamanya menggunakan pukat tunda - kemusnahan habitat dan
pencemaran air laut.

Mana-mana 6 isi x 2m + 1m (kesimpulan) = 13m

11
6. Jadual di bawah menunjukkan eksport negara Malaysia (RM Ribu Juta) dengan
negara-negara terpilih pada Januari hingga Jun 2019.

a) Hitung peratusan bagi eksport Malaysia ke negara-negara Asia Tenggara pada


Januari hingga Jun 2019 [5 markah]

Negara (RM Ribu Juta) Peratus Sudut

Indonesia 4.81 4.3 15

Thailand 29.34 26.1 94

Singapura 65.89 58.5 211

Filipina 8.66 7.7 28


Negara-negara Asean lain 3.85 3.4 12
JUMLAH 112.55 100 360

b) Lukis carta pai untuk menunjukkan nilai eksport Malaysia ke negara-negara


Asia Tenggara pada Januari hingga Jun 2019. [8 markah]

Tajuk : 1m
Jejari : 1m
Petunjuk : 1m
Plotan : 5m

(Rujuk Carta Pai)

12
Eksport Malaysia ke Negara Asia Tenggara Pada Januari
hingga Jun 2019
4.3% 3.4%

7.7%

58.5%
26.1%

Singapura
Thailand
Filipina
Indonesia
Negara ASEAN Lain

c) Mengapakah Malaysia memerlukan ekonomi luaran untuk kemajuan ekonomi


negara. [12 markah]
13
c1 Meluaskan pasaran • Malaysia dapat memasarkan barangan dan
perkhidmatannya ke negara lain
• saiz pasaran luar lebih besar- pengeluaran
akan lebih banyak- pengusaha akan
memperolehi kecekapan dalam pengeluaran

c2 Menampung • kekurangan modal tempatan akan ditampung


kekurangan modal oleh modal asing yang mengalir masuk dari
tempatan negara maju seperti Jepun
• pemodal asing akan melabur dalam sektor
berteknologi tinggi dan berintensifkan modal

c3 Meningkatkan • usaha bersaing dalam pasaran luar akan


teknologi dan membolehkan pengusaha tempatan
inovasi memperbaiki kualiti barangan melalui
pembaikan dan peningkatan tahap teknologi
pengeluaran
• berlaku pertambahan dalam pengeluaran dan
memiliki kualiti yang lebih baik

c4 Menampung • sebahagian bahan mentah termasuk bahan


kekurangan bahan mentah diperolehi dari negara luar spt beras
mentah yang diimport dari Thailand
• ini dapat mengatasi kekurangan bekalan
makanan dalam negara

c5 Meningkatkan • ekonomi luaran menyediakan saiz pasaran


pendapatan negara yang lebih besar berbanding ekonomi domestik
• negara akan menambah pendapatan melalui
cukai eksport dan dapat menyeimbangkan
imbangan dagangan
c6 Memajukan sektor • kemajuan dalam sektor eksport memberi
tertier faedah kepada sektor perkhidmatan spt
perkapalan, perbankan, insuran dan pelabuhan
akan berkembang.

6 isi x 2m = 12m

SKEMA PEMARKAHAN TAMAT

14

You might also like