You are on page 1of 2

ULASAN E-PEMBELAJARAN

Bil. Perkara Catatan


PENDIDIKAN SIVIK: MILIK SIAPA?
1. Tajuk E-
Pembelajaran :
6 November 2019
2. Tarikh E-
(2:30 Petang – 4:30 Petang)
Pembelajaran:

3. Anjuran: Kementerian Pendidikan Malaysia


Dr. Mohamed Abu Bakar (Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum)
4. Penceramah:
En.Zainal Abas (Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian) En.
Hassan Nuddin Bin Abd. Hamid ( Pengarah Bahagian Pendidikan islam)
5. Ulasan : Menjaab persoalan tajuk ini iaitu pendidikan sivik milik siapa? Dr.
Mohamed Abu Bakar menyatakan Pendidikan Sivik adalah milik semua
bukan cuma milik KPM, Sekolah atau murid-murid ia adalah milik
masyarakat dan komuniti. Pandangan En. Hassan Nuddin Pendidikan sivik
ialah milik semua orang dan semua peringkat daripada bayi sehingga
orang tua. Manakala bagi agensi pula ianya melibatkan semua agensi
kerajaan dan swasta. En. Zainal pula ialah berpendapat pendidikan sivik
ialah tanggungjawab semua dan identiti sivik perlu diterapkan dalam
kalangan masyarakat Malaysia.
Latar belakang pendidikan sivik ialah dengan merujuk kepada
keberhasilan murid. Pendidikan Sivik telah dilaksanakan di peringkat pra
sekolah, sekolah Rendah dan sekolah Menengah. Pendidikan Sivik
dilaksanakan berdasarkan pembentukan perwatakan melalui 4 nilai teras
iaitu hormat-menghormati, kerjasama, tanggungjawab dan kegembiraan.
Pendidikan sivik juga dilaksanakan melalui literasi sivik, amali
sivik,pembelajaran bersepadu dalam bilik darjah, aktiviti luar bilik darjah,
pendidikan sivik dalam mata pelajaran, pendidikan sivik melalui program
dan aktiviti. Matlamat pendidikan sivik pada akhirnya adalah untuk
melahirkan warganegara yang mengetahui hak, tanggungjawab dan
berakhlak mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat
negara dan global.

Manfaat/ Melalui penerangan yang diberikan sebagai guru saya dapat memahami
6. pengajaran yang dengan lebih lanjut berkaitan pendidikan sivik yang dilaksanakan di
diperoleh
daripada E- peringkat sekolah. Pendidikan sivik kini lebih banyak menggalakkan
Pembelajaran: penglibatan daripada agensi dan pihak luar. Lebih banyak program dan
aktiviti berkaitan sivik yang boleh dilakukan dengan melibatkan ibu bapa
dan agensi luar. Pendidikan sivik juga dapat dikaitkan dengan falsafah
pendidikan negara kerana ia melibatkan penerapan nilai-nilai murni
dalam diri murid-murid. Sivik juga sebenarnya menuntut komitmen tinggi
dalam sesi pembelajaran setiap mata pelajaran kerana diakhir
pembelajaran guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada
murid-murid. Kementerian juga telah memperluaskan penguasaan 4M
kepada murid-murid iaitu Membaca, Mengira,Menulis dan Manusiawi.
Pengamalan nilai-nilai sivik juga amat penting kerana ia menunjukkan
murid menzahirkan apa yang diperolehi dalam pembelajaran pendidikan
sivik. Kesimpulannya pendidikan sivik ialah tanggungjawab semua pihak
dan matlamat akhirnya ialah membentuk warganegara yang
mengamalkan nilai-nilai sivik.

7. Tandatangan:
….…………………………..
( Siti Zanariah Binti Md Nor)

You might also like