You are on page 1of 3

1.

3 HALA TUJU PROGRAM TS25

TOOLKIT 1.3.2

JURNAL REFLEKSI PROGRAM TS25


(Program Strategik KPM yang meningkat dan menyokong akauntabiliti)

Jurnal untuk kegunaan Pengetua/Guru Besar 

Beberapa soalan di bawah dapat membantu staf anda


memberi sumbangan dalam perbincangan ke arah
menghayati hala tuju Program TS25.

Tuliskan respon anda dalam jurnal ini dan kumpulkan semua


pernyataan di bawah. Sila bawa hasil aktiviti ini semasa sesi
e-tutorial yang akan dijadualkan oleh JPN.

Beberapa kepercayaan asas yang saya pegang terhadap murid-murid:

Saya percaya murid-murid saya boleh mencapai kejayaan yang cemerlang


dalam bidang kurikulum , kokurikulum dan memiliki sahsiah terpuji melalui
program TS25 yang dilaksanakan

Beberapa kepercayaan asas yang saya pegang terhadap pembelajaran:

Kepercayaan yang saya pegang terhadap pembelajaran termasuk seorang guru


adalah sebagai pemudahcara dan perlu mengalakkan pelajar menjadi pelajar
yang boleh berdikari di dalam kelas

Kepercayaan asas yang saya pegang terhadap peranan saya sebagai pendidik
termasuk membangunkan potensi setiap murid dan memberi peluang
kepada semua murid memperagakan bakat yang pelbagai serta serta
memiliki sahsiah terpuji pada masa hadapan

Tiga perkara yang ingin saya lihat setiap pelajar capai ialah:
1. Murid yang dididik berjaya meraih kejayaan dan mampu bersaing , berdikari dan
berwawasan.
2. Murid berupaya untuk berfikir secara rasional untuk menyelesaikan masalah.
3. Cemerlang dalam akademik,kokurikulum dan mempunyai sahsiah terpuji
Saya berharap untuk berjaya dalam mendidik pelajar melalui bimbingan secara
berterusan tanpa mengira latar belakang agar pelajar saya mampu menjadi
pewaris kepimpinan negara yang berpengetahuan, kemahiran berfikir,
mengamalkan nilai-nilai murni serta bersedia dalam menghadapi cabaran
masa akan datang.

Komuniti 

Sejarah dan tradisi sekolah kami termasuk .


Sekolah Kebangsaan Sungai Sentebu Sarikei diasaskan oleh Undong anak
Adau. Sekolah ini merupakan SKM A, sekolah berasrama harian paling dekat
dengan bandar Sarikei dan terletak di luar bandar dan jarak sekolah ini dari
pusat bandar ialah 7 kilometer. Keluasan sekolah ini ialah 7.12 ekar 2.88
hektar. Sejarah awal sekolah ini dibina berdekatan tebingan Sungai Sentebu.
Pada tahun 1987, sekolah ini telah dipindahkan ke tapak yang baharu iaitu di
Jalan Meruton Baji. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang
Murid.Murid-murid di sekolah ini kebanyakannya terdiri daripada kaum iban
daripada rumah panjang yang berhampiran iaitu Rumah Naning, Rumah King,
Rumah Medan, Rumah Sigat dan lain-lain.Sejak penubuhan sekolah pada
01.01.1976 seramai 5 orang Guru Besar telah berkhidmat di sekolah ini.Tradisi
sekolah ini adalah dalam apa jua kerja melibatkan komitmen ibu bapa bersama
sekolah kehadiran tidak pernah kurang dari 97% sejak saya menjadi Guru
Besar sekolah ini pada tahun 2018.

Ciri-ciri unik komuniti yang menjadi pelanggan kami ...


1 Komuniti sangat memberikan kerjasama yang terbaik setiap masa
2. Komuniti juga sentiasa peka dengan perkembangan semasa berkaitan
sekolah,mentiasa memberikan maklumbalas positif
3. Aktif dan sangat komited terhadap perkembangan anak serta
perkembangan semasa sekolah.

Perubahan Utama dalam Pengajaran 

Metodologi pengajaran berubah dalam beberapa cara dan antaranya...


Satu ketika dahulu pembelajaran konvensional dipraktik dimana pelajar lebih
banyak mendengarkan penjelasan guru di depan kelas dan melaksanakan
tugas bila guru memberikan latihan soal-soal.Seiring dengan peredaran
masa ,pembelajaran masa kini adalah berkonsepkan pembelajaran abad 21

Masyarakat telah berubah dalam beberapa aspek termasuk semakin bersikap


lebih terbuka terhadap perubahan pendidikan sejajar dengan peredaran masa.
Masyarakat sentiasa memberikan kerjasama dengan sekolah seperti
menyalurkan derma untuk tujuan pembangunan sekolah dan gotong-royong
adalah salah satu sumbangan tenaga masyarakat untuk sekolah

Harapan terhadap diri saya sebagai pendidik telah berubah dan antaranya:
Harapan & hasrat kerajaan…  menjadikan sistem pendidikan di Malaysia
bertaraf dunia dan menghasilkan pemimpin masa hadapan yang menjadi
contoh kepada generasi seterusnya dan melahirkan pelajar yang mempunyai
daya fikir kritis, kreatif dan inovatif.

Harapan & hasrat ibu bapa…  mengharapkan anak-anak mereka cemerlang


dalam akademik, memiliki sahsiah dan disiplin terpuji, kukuh pegangan agama
dan mampu berdikari dalam dunia yang sangat mencabar .

Harapan & hasrat pelajar…  berjaya dalam pelajaran , mampu bersaing seiring


dengan murid lain dan bersedia menjadi pemimpin bagi diri, keluarga,
organisasi serta negara, seterusnya bersaing di persada antarabangsa.

Harapan & hasrat rakan sejawat…  menjadikan anak murid mampu bersaing di


peringkat global , berani meneroka pelbagai cabang ilmu untuk
mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran berkesan dan mempamerkan
cara bekerja dan mengajar era digital

Saya percaya bahawa peranan saya sebagai pendidik akan berubah pada masa
hadapan dalam aspek berikut…
Kemahiran pedagogi bersifat holistik, cara pengajaran yang lebih menyeluruh
dan berfokus kepada murid, kesediaan untuk menjadikan kemahiran ICT
sebagai amalan terbaik dalam pedagogi serta mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat agar tidak ketinggalan

You might also like