Professional Documents
Culture Documents
1 Peraturan Pertandingan Online Mssns 2021 Ubah Lepas Meeting
1 Peraturan Pertandingan Online Mssns 2021 Ubah Lepas Meeting
SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH
NEGERI SEMBILAN
( Negeri Sembilan Schools Sport Council )
JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN
SUKAN DAN PERMAINAN
2021
SEPAK TAKRAW
PERATURAN PERTANDINGAN
1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
1.1. Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang PSM (Persatuan Sepak
takraw Malaysia) yang dikuatkuasakan pada masa ini dan peraturan Am Majlis
Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).
1.2. Kejohanan ini dinamakan :
2. JENIS PERTANDINGAN
2.1. Pertandingan dijalankan secara atas talian di mana setiap penyertaan
MENGHANTAR RAKAMAN VIDEO tanpa edit melakukan TIGA aktiviti
kemahiran sepak takraw.
2.2. Setiap penyertaan melakukan TIGA kemahiran sepak takraw:
2.2.1. Kawalan Sepak Sila secara berselang seli – kiri & kanan @ kanan kiri
2.2.2. Kawalan Sepak Sila gabungan beberapa kemahiran
2.2.3. Melakukan salah satu dari tiga kemahiran di bawah
i. Tekong - Lakuan servis Kuda atau servis Spin
ii. Perejam - Lakuan rejaman secara Gunting & Gulung
iii. Pengumpan - Lakuan menghantar bola kesasaran
2
3.2. Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun semasa pertandingan.
3.3. Pengiraan umur berdasarkan pada 1.1.2021
3.3.1. Bawah 12 tahun dan ke bawah ( lahir pada / selepas 1.1.2009 )
3.3.2. Bawah 15 tahun dan ke bawah ( lahir pada / selepas 1.1.2006 )
3.3.3. Bawah 18 tahun dan ke bawah ( lahir pada / selepas 1.1.2003 )
3.4 Bagi kategori Bawah 18 Tahun - Bukan Melayu (lahir pada / selepas 1.1.2003)
4.1. Setiap penyertaan peringkat umur 12, 15, dan 18 tahun ke bawah lelaki, terdiri
daripada 5 penyertaan berdaftar bagi setiap kategori umur.
4.5. Hanya pemain yang didaftarkan dan diakui sah layak mengambil bahagian.
4.7. Pertukaran pemain yang telah didaftarkan itu boleh dibuat semasa Mesyuarat
Pengurus-Pengurus Pasukan yang akan diadakan sebelum kejohanan bermula.
5. PERLAKSANAAN PERTANDINGAN
5.4. AKTIVITI 1 - Kawalan Sepak Sila secara berselang seli – kiri & kanan @ kanan
kiri
i. Video lakuan kemahiran asas sepak takraw – sepak sila menggunakan
kaki kanan dan kaki kiri secara berselang
ii. Kawalan adalah bebas tetapi kiraan mata dikira gabungan kawalan sepak
sila kanan dan kiri atau kiri dan kanan sahaja.
• Kiri & Kanan ( 1 mata )
• Kanan & kiri ( 1 mata )
iii. Ketinggian bola semasa aktiviti kawalan adalah bebas
iv. Masa video berdurasi 1 minit dengan 1 jatuhan tanpa diedit.
v. Jika bola terjatuh semasa kawalan, peserta boleh menyambung cubaan
kedua jika masa yang ditetapkan 1 minit belum tamat.
3
vi. Jumlah mata dalam 1 minit akan direkodkan.
5.6. AKTIVITI 3 – Melakukan salah satu Lakuan Kemahiran Asas mengikut Posisi
i. Melakukan salah satu dari tiga kemahiran di bawah :
a. Tekong - Lakuan servis Kuda atau servis Spin
b. Perejam - Lakuan rejaman secara Kilas/Gunting atau Gulung
c. Pengumpan - Lakuan menghantar bola kesasaran
ii. Setiap peserta melakukan aktiviti split terlebih dahulu dalam tempoh
masa 20 saat sebelum melakukankan aktiviti. Hasil lakuan split adalah
salah satu aspek penilaian dalam pemberian mata aktiviti 3.
iii. Masa video berdurasi 1 minit tanpa diedit.
iv. Jumlah mata dalam 1 minit akan direkodkan
4
Jarak kaki yang tidak melakukan servis (kaki penyokong)
dan bola yang digantung adalah bebas.
Selepas melakukan aktiviti peserta hendaklah menghentikan
bola yang telah di sepak dan kembali ke posisi semula untuk
meneruskan ulangan lakuan sehingga tempoh 1 minit tamat.
iii. Mata akan diberikan oleh panel dan juri berdasarkan perlakuan
ansur maju dan fasa lakuan yang lancar dan sempurna.
iv. Semakin lancar ansur maju yang dapat ditunjukkan semakin
tinggi mata yang akan diperolehi.
v. Mata Tambahan akan diberikan jika pelajar berupaya membuat
sepakmula dengan kedua-dua kaedah dengan berkesan.
vi. Masa video berdurasi 1 minit tanpa diedit.
vii. Jumlah mata dalam 1 minit akan direkodkan
5
iii. Perlaksanaan Aktiviti & Teknikal :–
Hanya satu bola sahaja yang dibenarkan sepanjang aktiviti.
Jarak peserta dan sasaran (bekas diameter bulatan) adalah
sekurang-kurangnya 2 meter mengikut kesesuaian.
Jarak sekurang-kurangnya 2 meter antara pelaku dan
sasaran hendaklah ditandakan dan dilihat jelas dalam
rakaman.
Mengawal sila dan mengumpan / menghantar ke sasaran
yang disediakan.
Selepas melakukan aktiviti peserta hendaklah mengambil
semula bola dan kembali ke posisi semula untuk
meneruskan ulangan lakuan sehingga tempoh 1 minit tamat.
iv. Mata akan diberikan oleh panel dan juri berdasarkan ketinggian
dan ketepatan bola ke sasaran.
v. Semakin lancar ansur maju yang dapat ditunjukkan semakin
tinggi mata yang akan diperolehi.
vi. Jumlah mata dalam 1 minit akan direkodkan
6. PENGURUSAN MASA
6.1. Perserta dikehendaki merakamkan 1 klip video untuk setiap aktiviti.
6.2. Semua peserta kategori Bawah 12 , 15 dan 18 tahun dikehendaki
merakamkan Aktiviti 1, Aktiviti 2 dan Aktiviti 3 mengikut turutan secara
berasingan . Ini bermaksud setiap peserta merakam 3 klip video.
6.2. Masa rakaman bermula dari sesi pengenalan profil peserta selama 30 saat.
▪ Perkara yang perlu disebut semasa sesi pengenalan profil peserta ;
1. Nama penuh
2. Sekolah
3. Daerah / Negeri
4. Kategori yang disertai
▪ Selepas sesi memperkenalkan diri dalam tempoh 30 saat peserta
meneruskan rakaman Aktiviti 1 selama 1 minit.
▪ Urutan Klip video rakaman :-
1. Klip video 1 Sesi Pengenalan diri - 30 saat
Aktiviti 1 - 1 minit
2. Klip video 2 Aktiviti 2 - 1 minit
3. Klip video 3 Lakuan Split - 30 saat
Aktiviti 3 - 1 minit
6.3. Mata akan diberikan dalam tempoh 1 minit yang ditetapkan bagi ketiga-tiga
aktiviti sahaja. Mata tidak akan diberikan untuk aktiviti yang melebihi dari masa
yang ditetapkan.
6
7. SISTEM PENJURIAN DAN PEMARKAHAN
7.1. Semua rakaman video penyertaan setiap kategori yang pertandingan akan
dinilai oleh Juri dan Urusetia Pertandingan yang dilantik oleh Jawatankuasa
Teknik & Pertandingan Sepak Takraw MSSNS.
7.2. Jumlah mata keseluruhan individu adalah menjadi penilaian utama penjurian
selain profil peserta.
7.3. Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Teknik Kejohanan
adalah muktamad.
7.4. Sebarang perlanggaran peraturan yang telah ditetapkan boleh menjejaskan
penyertaan pemain.
7.5. Semua video/rakaman penyertaan akan menjadi hak milik MSSNS
8. MENENTUKAN KEPUTUSAN
8.1. Pemenang semua kategori pertandingan akan ditentukan oleh Juri dan Urusetia
Pertandingan.
8.2. Jika terdapat dua peserta atau lebih yang memperolehi keseluruhan mata yang
sama banyak. Pihak panel pengadil mempunyai kuasa mutlak untuk
menentukan peserta mana yang menang berdasarkan elemen kemahiran yang
dipersembahkan. Keputusan Juri adalah muktamad.
7
e. Tempat Kelima.
9.2. Sijil Pemenang akan diberi bagi setiap pemenang kategori iaitu ;
SIJIL
BIL B12 B15 B18 B18(BM) JUM
PEMENANG
1 JOHAN 1 1 1 1 4
2 NAIB JOHAN 1 1 1 1 4
3 KETIGA 1 1 1 1 4
4 KEEMPAT 1 1 1 1 4
5 KELIMA 1 1 1 1 4
JUMLAH 5 5 5 5 20
9.3. Sijil Penyertaan akan diberi bagi setiap peserta yang mengambil bahagian.
Jumlah sijil adalah seperti berikut;
BIL PERKARA B12 B15 B18 B18(BM) JUM
SIJIL
1 35 35 35 35 140
PENYERTAAN
10. PAKAIAN
10.1. Semua pemain yang beragama Islam dikehendaki memakai pakaian menutup
aurat (seluar pendek adalah digalakkan menggunakan 'tight' di bahagian dalam
paras lutut dan ke bawah).
12.2 NEGERI
12.2.2. Lima ( 5 ) pemenang di peringkat daerah bagi setiap kategori dan
peringkat umur sahaja yang akan mewakilli daerah masing-masing ke
peringkat Negeri.
12.2.2. Wakil dari setiap daerah dikehendaki terdiri sekurang-kurangnya
seorang peserta bagi setiap posisi untuk setiap kategori.
12.3 KEBANGSAAN
12.3.1. Lima ( 5 ) pemenang bagi setiap kategori di peringkat Negeri akan
dipilih untuk dipertandingkan di peringkat kebangsaan
12.3.2. Wakil dari setiap negeri dikehendaki terdiri sekurang-kurangnya
seorang peserta bagi setiap posisi untuk setiap kategori.
DISEDIAKAN OLEH;
JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN SEPAK TAKRAW
MAJLIS SUKAN SEKOLAH – SEKOLAH NEGERI SEMBILAN ( MSSNS) 2021
10