You are on page 1of 1

Persekutuan Pengakap Malaysia

Sejarah Kepengakapan di Malaysia


Persekutuan Pengakap Malaysia ialah organisasi belia yang terbesar di Malaysia dan juga ahli dalam
Pertubuhan Pergerakan Pengakap Dunia (WOSM).

Kepengakapan di Malaysia mula-mulanya diperkenalkan di Pulau Pinang pada tahun 1908 sebagai
satu kumpulan percubaan dalam Pertubuhan Belia Pemuda
Kristian (YMCA) sebelum aktiviti ini tersebar ke seluruh Tanah
Melayu. Kumpulan percubaan juga didirikan di Selangor pada
tahun 1909. Namun, kedua-dua percubaan ini mendapat
kegagalan. Pasukan pertama pengakap diasaskan di Singapura
di mana pengasasnya ialah Sir Frank Cooper Sands seorang
peneroka British. Untuk masa seterusnya, pergerakan
pengakap mula berkembang pesat di seluruh Tanah Melayu
dan juga di Borneo di mana sekurang-kurangnya satu pasukan
pengakap ditubuhkan di setiap negeri.

Selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Malaysia


Persekutuan Pengakap Malaysia di Pulau Pinang.
disusun semula sebagai Persekutuan Budak Pengakap Tanah
Melayu. Pada 1 September 1957, persekutuan ini menjadi ahli
penuh dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Perubahan pergerakan pengakap berlaku lagi ekoran
penggabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia. Hasilnya,
Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan.

Logo Persekutuan Pengakap Malaysia


Pertama sekali, lingkaran tali pada bahagian terluar logo tersebut melambangkan persaudaraan
pengakap sedunia dan juga perpaduan rakyat Malaysia. Selain itu, simbol utama bagi logo tersebut
iaitu pecahan tiga kelompak membawa maksud tiga Persetiaan Pengakap iaitu Taat kepada Tuhan,
Raja dan Negara, Menolong Orang Setiap Masa, serta Menurut Undang-
undang Pengakap.

Seterusnya, bulan sabit yang terletak di bawah pecahan tiga kelompak


pula melambangkan agama rasmi Malaysia iaitu agama Islam.
Seterusnya, terdapat satu bintang pecah 14 yang terletak di tengah
pecahan tiga kelompak. Bintang ini merupakan lambang bagi 13 buah
negeri dan kerajaan persekutuan di Malaysia. Di samping itu, kedua-dua
Logo Persekutuan Pengakap
bintang pecah lima melambangkan sepuluh Undang-undang Pengakap.
Malaysia.
Lebih-lebih lagi, warna-warna yang digunakan dalam logo ini juga
membawa erti tersendiri. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang pecah 14 adalah
melambangkan warna diraja bagi Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Warna merah, hijau dan kuning
yang terdapat dalam logo juga menandakan ketiga-tiga unit pengakap, iaitu warna kuning bagi
pengakap kanak-kanak, warna hijau bagi pengakap muda, dan warna merah bagi pengakap remaja.

You might also like