You are on page 1of 3

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SMJK SAM TET 30300 IPOH Kod Sekolah: AEB 2053

1. Nama Guru
PN. OOI LEA HUN
2. Judul PENGAJARAN TATABAHASA 3. Bidang:
BAHASA MALAYSIA PRINSIP Pengetahuan
DAN TEKNIK Profesionalisme
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis
Buku ini membantu guru BM dengan mendedahkan mereka kepada prinsip-prinsip penting dalam
pengajaran tatabahasa dan teknik-teknik yang boleh digunakan di dalam kelas. Penulis
memulakan perbincangan buku ini dengan menjelaskan kepentingan tatabahasa BM dalam
menentukan keberkesanan komunikasi dalam kalangan pengguna.Penulis juga menegaskan
kepentingan prinsip penggabungjalinan semasa pengajaran Bahasa Melayu, khasnya pengajaran
tatabahasa, pengajaran akan menjadi lebih menarik dan hidup. Bab-bab dalam buku ini
merangkumi tiga peringkat dalam proses pengajaran iaitu perancangan, penyampaian dan
penilaian. Satu kelebihan buku ini adalah untuk memudahkan pemahaman pengguna atau
pembaca buku ini, perbincangan tentang konsep sesuatu prinsip atau teknik disertakan dengan
contoh aplikasi yang sesuai iaitu contoh-contoh yang konkrit dan boleh digunakan terus oleh guru
di dalam kelas. Sebagai aktiviti susulan, penulis menyediakan soalan-soalan bagi setiap bab, dan
soalan ini boleh digunakan dalam perbincangan seluruh kelas atau kumpulan kecil.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


1. Guru mestilah mematuhi prinsip keseimbangan iaitu pengetahuan tentang selok-belok
tatabahasa BM dan juga kecekapan menggunakan pelbagai jenis kata, frasa dan ayat
dalam konteks yang betul agar menjamin keberkesanan pengajaran tatabahasa.
2. Guru BM haruslah bijak memilih dan menggunakan dan mengenal pasti bahan daripada
bermacam-macam sumber yang boleh digunakan untuk pengajaran tatabahasa.
3. Guru mestilah menyusun bahagian-bahgian pelajaran (isi pelajaran) itu umpama seorang
tukang masak menyusun bahan-bhan untuk menghasilkan sejenis makanan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Dalam perancangan untuk pengajaran tatabahasa, guru tidak harus bergantung kepada
buku teks BM semata-mata. Guru haruslah menggunakan bahan daripada berbagai-
bagai sumber di luar buku teks, dan sumber ini termasulkah buku tatabahasa, kamus dan
jurnal/majalah bahasa yang berkenaaan. Guru juga boleh memetik bahagian yang sesuai
daripada majalah ilmu, surat kahabar, dan pelbagai karya penulisan, serta mwnggunakan
rakaman audio dan VCD/DVD yang mungkin boleh dipinjam daripada institusi-institusi
tertentu.
2. Satu pendekatan yang hanya menegaskan ‘maksud’ imbuhan tidak akan mendatangkan
kesan yang memuaskan dalam pengajaran imbuhan BM terutama di peringkat sekolah
menengah. Cara mengajar yang hanya tertumpu kepada mencari dan membincangkan
maksud imbuhan cuma dapat menerangkan makna imbuhan berkenaan dan tidak
menunjukkan penggunaan perkataan berimbuhan itu. Oleh itu, pendekatan struktur-
makna (menggabungkan analisis maksud dengan analisis struktur) adalah dicadangkan
untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran imbuhan BM.
3. Proses pembelajaran bahasa memerlukan pemikiran dan juga latihan.
4. Permainan bahasa adalah satu jenis kegiatan pembelajaran bahasa yang amat digemari
dan sangat berkesan. Permaianan bahasa membolehkan pelajar belajar sesuatu dengan
menggunakan dua sifat semula jadi yang ada pada kanak-kanak/pelajar-pelajar iaitu suka
bermain dan suka bertanding.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(PN. OOI LEA HUN ) ( )
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Lampiran A
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

REKOD PENGESAHAN DAN PEMBACAAN BUKU -


LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU
NAMA SEKOLAH : ________________________________________
KOD SEKOLAH : ________________________________________
NAMA GURU : ________________________________________

TANDA
JUDUL TARIKH TANGAN
BIDANG FOKUS PENGARANG
(BIL. MUKA SURAT) PEMBACAAN PENTADB
IR
Ilmu pengetahuan pendidikan
dan mata pelajaran
Kandungan dan kaedah pedagogi
Pengetahuan
Profesionalisme
Pengurusan Kurikulum

Kreativiti dan inovasi pedagogi


Kejurulatihan
Penulisan ilmiah
Kajian dan penyelidikan
Kemahiran akademik
Profesionalisme
Kepimpinan
Pengurusan Kewangan
Pengurusan Strategik
Nilai dan etika
Amalan Dan Nilai
Profesionalisme
Komunikasi berkesan

 Dicadangkan 3 buah buku daripada Pengetahuan, 2 buah daripada Kemahiran dan 1 buah daripada Amalan & Nilai Profesinalisme.

You might also like