You are on page 1of 1

KARANGAN C

Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia kepada pasukan
Singapura serta tumbangnya jagoan badminton negara Datuk Lee Chong Wei, dalam Kejohanan
Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin
merudum. Hal ini belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras yang lain seperti hoki, olahraga,
renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada
peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam
kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama
sendiri sehingga mewajarkan gelaran jaguh kampung, ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila
bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa-apapun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah
konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara,

You might also like