You are on page 1of 18

BMP3073 KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA Melayu

KUMPULAN A

ESEI SENI BAHASA DALAM NOVEL MUNAJAT DI


PERKEBUNAN KARYA OTHMAN PUTEH

NAMA -

NO MATRIK -

KOD/PROGRAM -

SEMESTER -

PENSYARAH : DR. ARIFF BIN MOHAMAD


TARIKH SERAHAN : -

1
1.0 Pendahuluan

Sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan berkeupayaan
membentuk tamadun sesuatu bangsa. Hal ini demikian kerana sastera biasanya
membincangkan pergolakan-pergolakan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat
(Hashim Awang: 1985). Sehubungan itu, komponen sastera dalam konteks pengajaran
Bahasa Melayu menggunakan karya anal yang berunsurkan keindahan dan kehalusan, sama
ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional ataupun puisi tradisional.
Tujuannya untuk mengimbangi perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani, di
samping memaparkan nilai-nilai kemanusiaan serta citra masyarakat.

Karya yang telah dipilih ialah novel yang bertajuk Munajat di Perkebunan hasil karya
Othman Puteh. Othman Puteh merupakan seorang penulis Malaysia. Othman Puteh
dilahirkan pada 5 Januari 1944 di Kampung Kuala, Kuala Sungai Baru, Melaka dan
meninggal dunia pada 19 Oktober 2003. Othman Puteh pernah mendapat pendidikan di
MPSI, Tanjung Malim 1963 - 1964. Selepas itu, beliau telah melanjutkan pendidikannya
dalam bidang bahasa di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Beliau aktif menulis dan sering menyumbang dalam majalah
bulanan seperti Dewan Pelajar selain mengarang antologi dan novel. Seperti yang
diketahui, novel ialah cerita kesusasteraan yang ditulis seseorang penulis. Novel
diterjemahkan sebagai cerita panjang atau 'cerpan'. Novel yang mudah ialah hero yang
mudah dikenali. Plotnya berdasarkan permulaan, konflik dan peleraian. Novel biasanya
mengisahkan seseorang watak dan watak sampingan dalam bentuk yang panjang. Tebal
dan panjang novel ini amat diambil kira.

2
2.0 Sinopsis

Novel yang dikaji oleh saya berjudul Munajat di Perkebunan oleh Othman Puteh
menceritakan tentang pengembaraan seorang insan yang terumbang-ambing hidupnya.
Sebelum itu, beberapa kali dia cuba mengakhiri hidupnya tetapi sia-sia. Usianya masih
panjang dan membolehkannya melakukan perjalanan ke kawasan berbukit. Ada suatu
ketika dia hampir terjatuh dan kematian menghampirinya namun tiba-tiba orang lain yang
menemui kematian. Pelik? Hakikat daripada insiden itu dia mula mengenal dirinya yang
sebenarya. Setelah itu, pengembara tersebut telah melalui kehidupan baru dengan
kesedaran penuh terhadap tanggungjawab, jujur, dan bahagia. Terdapat pelbagai halangan
dan dugaan yang perlu dihadapi oleh pengembara untuk menjadi dirinya yang baru namun
pengembara tersebut dapat menanganinya dengan jaya sekali. Hal ini kerana, kawasan
yang didiami itu nampaknya tenang tetapi ada waktunya akan bergolak di bawah
permukaan. Munajat di Perkebunan adalah novel pertama penulis yang sebelum ini
menghasilkan banyak karya sastera remaja, terutama novel dan cerpen.

3
3.0 Analisis Bahasa Figuratif

Figuratif dalam Kamus Dewan Edisi Keempat merujuk kepada penggunaan kata, frasa dan
ayat yang lebih abstrak dan imaginatif daripada makna biasa dan bersifat kiasan atau
lambang. Bahasa figuratif termasuklah penggunaan metafora, peribahasa, ironi, simile dan
personifikasi serta ungkapan-ungkapan yang menyimpang daripada makna literal
atau harfiah. Penggunaan bahasa figuratif atau bahasa kiasan dapat menimbulkan kesan
rasa dan jiwa apabila digunakan dalam persuratan, kewartawanan, konteks formal atau
tidak formal. Zurinah Hassan dalam makalah yang bertajuk Bahasa Figuratif dalam Tulisan
Kewartawanan, Dewan Sastera keluaran Oktober 2011 berpandangan bahawa bahasa
figuratif sentiasa diperlukan untuk menyampaikan maksud dengan lebih berkesan.
Terdapat empat bahasa figuratif yang dipelajari iaitu hiperbola, metafora, simile dan
personifikasi. Namun begitu, di dalam karya yang dikaji hanya terdapat tiga unsur sahaja
iaitu hiperbola dan personifikasi dan metafora.

I. Hiperbola
Hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara
berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya. Jenis gaya bahasa ini sering
digunakan untuk meluahkan perasaan mahupun tanggapan secara melampau.
Hiperbola mampu menekankan sesebuah penerangan dengan lebih mendalam.
Contoh petikan daripada novel munajat di perkebunan :
 Dalam gelap yang merabunkan ini (hlm 3)
Bagi petikan ini, pengarang cuba untuk menekankan bahawa sang maut
mengatakan kepada sang pengembara bahawa dia tidak akan dapat
dilihat oleh sang pengembara kerana waktu tersebut telah hampir senja
dan gelap. Pengarang menggunakan unsur hiperbola disini untuk
menjadikan teks itu lebih menarik dan berlebih-lebihan.

 Menghambat bayang-bayang diri (hlm 6)


Pengarang telah menggunakan unsur hiperbola untuk menjadikan suatu
kejadian itu kelihatan berlebihan seperti petikan diatas yang
menerangkan bahawa sang pengembara itu menghambat bayang-
bayangnya sendiri sehingga termengah-mengah. Seperti yang kita

4
ketahui, seorang manusia tidak akan mampu untuk menghambat
bayang-bayang sendiri kerana bayang itu sentiasa akan ada.

 Malam hadir menurunkan sayap kegelapan (hlm 11)


Seperti yang diketahui, hiperbola merupakan satu unsur perbandingan
yang melamapau. Hal ini dapat dilihat berdasarkan contoh diatas yang
mengambarkan malam yang hadir bersama sayap kegelapan. Pengarang
telah menggunakan perbandingan yang melampau kerana malam tidak
mempunyai sayap hanya binatang yang bersayap sahaja memilikinya.

 Kepiluan itu membenam ke jalur hatinya (Hlm 8)


Unsur hiperbola dikatakan disini apabila kesedihan dalam diri sang
pengembara itu dikatakan sedih yang teramat sehingga ke membenam
ke jalur hatinya.

 Tenggelam dalam jalur bayang-bayang (Hlm 5)


Petikan dalam ayat diatas adalah hiperbola kerana apa yang difikirkan
dalam diri sang pengembara yang dikatakan agak melampau sehingga
tenggelam dalam jalur bayang-bayang tersebut.

II. Personifikasi
Personifikasi ialah perlambangan sifat-sifat manusia yang diberikan kepada
benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak, contohnya emosi, hasrat,
perasaan dan pertuturan. Perkataan personifikasi (personification) sebenarnya
berasal daripada bahasa Yunani, "prosopopoeia". Contoh petikan dari novel :

 Matahari bangun bersama pagi hari (hlm 15)


Bagi unsur personifikasi pula, pengarang telah menggunakan satu sifat
manusia iaitu bangun dari tidur untuk suatu perkara yang bukan manusia
iaitu matahari. Hal ini jelas menunjukkan bahawa petikan yang dipilih
adalah unsur personifikasi untuk menghidupkan karya ini agar pembaca
lebih gembira membacanya.

5
 Rentung dimamah lidah api (hlm 52)
Lidah merupakan satu sifat yang terdapat pada diri manusia untuk
merasa manakala api pula merupakan satu sifat atau benda yang tidak
bernyawa. Jelas disini terdapat unsur personifikasi yang digunakan oleh
pengarang dalam karya ini yang cuba menyampaikan maksud bahawa
surau yang dibakar oleh manusia tidak bertanggungjawap telah rentung
dengan kuat sekali di makan oleh api yang sengaja dilemparkan oleh
manusia durjana.

 Diintai gelisah (Hlm 16)


Didalam karya ini ada disebut berkenaan hati yang diintai gelisah.
Seperti yang diketahui gelisah adalah sifat manusia namun diberikan
oleh hati yang tidak bernyawa.

III. Metafora

 Peluh dingin (hlm 4)

Metafora pula ialah bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata-kata


bandingan. Metafora bersifat konkrit dan abstrak. Dalam petikan diatas
peluh adalah bersifat konkrit dan dingin itu adalah abstrak kerana tidak
dapat dilihat oleh mata kasar. Pengarang menggunakan unsur metafora
untuk memberikan karya itu lebih menarik untuk dibaca.

 Ketenangan yang cukup jernih dan menyegarkan (hlm 6)

Dikatakan metafora kerana ketenangan tidak dapat dilihat dengan mata


kasar manusia tetapi jernih pula boleh dilihat berdasarkan warnanya.
Jadi petikan diatas telah menggunakan unsur gaya bahasa metafora.

6
4.0 Analisis Bahasa Emotif

Bahasa emotif adalah berhubung dengan emosi yang bersifat menimbulkan atau
membangkitkan emosi. Kosa kata emotif adalah perbendaharaan kata yang berkaitan
dengan emosi dan perasaan yang boleh membuat orang emosi apabila mendengar atau
membaca. Emosi yang dihasilkan oleh perbendaharaan kata emotif biasanya emosi
positif, seperti menjadi gembira atau bermotivasi. Perbendaharaan kata emotif itu
sendiri boleh didapati dalam contoh ucapan, contoh ayat, atau perbualan harian.
Berdasarkan novel yang telah dikaji oleh saya, terdapat pelbagai unsur bahasa emotif
dalam karya ini yang akan dibincangkan seperti gembira, sedih, terkejut dan
sebagainya. Berikut merupakan contoh petikan unsur bahasa emotif dalam novel
Munajat di Perkebunan :

 Dia menyusuri lorong di pinggir perbukitan ini dengan mengheret


duka abadinya (hlm 1)
Bahasa emotif yang ditekankan disini ialah berkaitan dengan kesedihan
iaitu duka yang dihadapi oleh sang pengembara yang dibawa bersama-
sama olehnya ketika menjelajah untuk mencari dirinya yang sebenar.
Pengarang memberikan unsur kesedihan dalam karya ini untuk
memberikan pembaca lebih menghayati novel tersebut.

 Bunyi lolong-lotong yang terkejut disergah makhluk yang


mengancam (hlm 2)
Unsur terkejut digunakan oleh pengarang untuk menunjukkan bahawa
terdapat sesorang yang terkejut kerana telah disergah oleh makhluk yang
berbahaya yang didengari oleh sang pengembara ketika dia mengembara
di perbukitan. Unsur terkejut digunakan juga adalah untuk
menambahkan saspen dalam karya tersebut.

7
 Dia mendengar semacam ilai ketawa yang gamat memanjang
(hlm 4)
Di dalam karya ini unsur gembira itu di gambarkan oleh watak sang
maut yang ketawa apabila dirinya ditanya oleh sang pengembara siapa
dirinya tetapi tidak dijawap kerana untuk menguji sang pengembara
tersebut. Unsur gembira dibawa untuk menyerikan karya bagi
memastikan semua unsur emotif ada dalam karya ini.

 Hiba dan kesalan yang berjela (hlm 6)


Perasaan hiba dan kesalan ini dibawa oleh watak sang pengembara yang
berasa sayu dan sedih kemudian menangis kerana menyesali
perbuatannya sebelum ini yang cuba untuk mengakhiri hidupnya kerana
tidak menghargai apa yang ada pada dirinya. Pengarang memberikan
unsur kesedihan kepada sang pengembara agar dirinya tidak terus
hanyut dalam dunianya sendiri.

 Dia menekup mukanya dengan kedua-dua belah telapak tangan


lalu menangis teresak-esak (hlm 17)
Dia merujuk kepada isteri sang pengembara setelah kematian suaminya
yang terdahulu akibat jatuh dari bukit. Bahasa emotif disini ialah dia
yang menangis teresak-esak kerana sedih apabila sang pengembara
mengatakan bahawa dirinya ingin meneruskan perjalanan mengembara.
Pada ketika itu, mereka belum berkahwin dan dia amat sedih
memikirkan bahawa dirinya telah kematian suami kemudian sang
pengembara pula ingin meninggalkannya.

 Sugul berkabung (Hlm 14)


Bahasa emotif yang menunjukkan kesedihan iaitu sugul yang
menerangkan gambaran wajah oleh isteri yang pengembara ketika
kematian suaminya dahulu.

8
5.0 Analisis Bahasa Sensori

Sensori di dalam bahasa melayu bermaksud deria. Deria manusia terdiri daripada lima
bahagian iaitu sentuhan (tactile), penglihatan (visual), pendengaran (auditory),
menghidu bau-bauan (olfactory) dan merasa (gustatory). Juga terdapat dua deria
tambahan iaitu, pergerakan otot dan sendi (proprioceptive) dan juga keseimbangan
badan (vestibular). Berdasarkan novel Munajat di Perkebunan karya Othman Puteh
hanya terdapat empat unsur bahasa sensori yang telah dikaji iaitu :

I. Pendengaran (Auditori)
 Kicau burung yang riang, desir angin yang lembut (hlm 6)
Bunyi kicaun burung serta desir angin yang didengar oleh sang
pengembara telah menyebabkan dirinya terbangun daripada
kedunguannya. Pendengaran disini apabila sang pengembara itu
mendengar bunyi-bunyi tersebut yang menyedarkannya ke alam sedar.

 Dengkurnya sederhana, kadangkala kedengaran seni (hlm 11)


Deria pendengaran disini didengar oleh bunyi dengkur yang dikeluarkan
oleh sang pengembara apabila dirinya tidur yang berbunyi seakan-akan
satu seni. Pengarang mengetengahkan bunyi ini untuk memastikan
karyanya lebih menarik.

 Tangisan yang amat kuat (Hlm 6)


Tangisan yang didengari sang pengembara adalah unsur sensori yang
didengari oleh telinga merupakan unsur pendengaran dalam karya ini.

 Bisikan merdu (Hlm 25)


Bisikan adalah satu unsur yang boleh didengari oleh manusia oleh itu
bisikan merdu dalam karya ini adalah unsur pendengaran yang
diterangkan oleh watak sang isteri yang membisikan ke telinga sang
pengembara.

9
II. Sentuhan (Taktil)

 Dia mengenggam erat kedua-kedua belah tangannya (hlm17)


Di dalam novel ini, sang pengembara telah mengenggam kedua-dua
belah tangannya untuk mencari kekuatan diri apabila dirinya ditengking
oleh sang isterinya ketika mereka belum berkahwin. Pengarang telah
menggunakan sentuhan bagi diri sang pengembara itu sendiri untuk
menghadirkan satu kekuatan dalam dirinya.

 Memegang kedua-kedua belah bahu isterinya (hlm 41)


Unsur sentuhan berlaku apabila sang pengembara telah memegang bahu
isterinya menggunakan tangannya kerana terharu apabila mengetahui
isterinya hamil anak mereka. Sentuhan berlaku antara mereka kerana
hadirnya satu perasaan gembira mendengar perkhabaran tersebut.
Pengarang melahirkan unsur sentuhan dalam karyanya untuk
menghidupkan suasana tersebut.

 Ku pungut dan ku himpun (Hlm 3)


Terdapat unsur sensori apabila ku pungut itu merupakan satu perbuatan
yang memunggut sesuatu yang terdapat unsur sentuhan ketika
memunggutnya.

 Mengusung jenazah (Hlm 15)


Apabila jenazah diusung itu menandakan terdapatnya satu sentuhan
antara orang mengusung dan jenazah yang diusung, ditunjukkan apabila
jenazah arwah suami kepada isteri sang pengembara diusung untuk ke
tanah perkuburan.

10
III. Penglihatan (Visual)

 Secara kebetulan aku melihatmu (hlm 3)


Aku melihatmu itu merupakan satu unsur sensori penglihatan kerana
aku iaitu sang maut melihat atau berjumpa dengan sang pengembara
adalah dengan kerelaan hatinya apabila ditanya oleh sang pengembara
siapa yang mengutuskannya. Unsur sensori ini digunakan oleh sang
pengarang dalam karyanya untuk memperlihatkan sang maut dengan
sang pengembara.

 Sang pengembara menyaksikan kerja-kerja asas membina saliran


dan tapak masjid ( hlm 46)
Unsur sensori penglihatan yang seterusnya ialah meyaksikan kerja asas
membina dan tapak masjid oleh sang pengembara terhadap pekerja
bangunan yang diberi gaji untuk membina kemudahan tersebut untuk
orang kampung. Unsur penglihatan adalah apabila sang pengembara
yang melihat kerja-kerja tersebut dengan matanya sendiri.

 Kehijaun belantara (Hlm 6)


Pemandangan yang dilihat oleh sang pengembara ketika melihat di
perbukitan ladang teh itu dilihatnya adalah hijau. Ini menunjukkan
sensori penglihatan yang dilihat oleh sang pengembara.

 Berpaling ke kiri untuk melihat (Hlm 2)


Sang pengembara telah berpaling kekiri untuk melihat sang maut yang
dilihatnya menghampiri ketika cuba untuk menamatkan riwayat
hidupnya.

11
IV. Bau (Olfaktori)

 Bau tanah perbukitan kebun teh tersebar menerawang (hlm 25)


Sensori bau dalam karya ini adalah berkaitan dengan bau tanah di
perbukitan yang telah tersebar sehingga boleh dibau oleh segenap ruang
yang akhirnya dibau oleh sang pengembara.

 Nyaman yang berbau dengan keharuman bau tanah (hlm 26)


Bau keharuman tanah merupakan satu bahasa sensori bau yang
memperlihatkan bahawa bau tanah itu yang harum yang telah dibau oleh
sang pengembara ketika dia berjalan-jalan di perbukitan kebun teh milik
isterinya.

 Berbau dengan ubat-ubatan (Hlm 24)


Sang pengembara berbau ubat-ubatan apabila dia sedar dari
pembaringannya dan kemudian menyedari bahawa dia berada di
hospital. Unsur bau ubat itu adalah sensori bau yang dihidu oleh sang
pengembara.

 Keharuman sisa-sisa daun (Hlm 25)


Sang pengembara telah menghidu bau sisa-sisa daun teh yang gugur
ditanah yang merupakan satu unsur sensori bau.

12
6.0 ANALISIS PERIBAHASA

Karya yang dikaji iaitu Munajat Di Perkebunan tidak mempunyai unsur


peribahasa.

7.0 Analisis Unsur Gaya Bahasa

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), gaya bahasa merujuk kepada pemilihan kata,
frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang bagi menyampaikan ceritanya. Gaya
bahasa bukanlah apa yang ditulis oleh pengarang, tetapi bagaimana pengarang menulis
dan mempersembahkan ceritanya. Gaya bahasa melibatkan tanda baca, rima tona,
pengulangan, tekanan dan sebagainya yang juga ada kaitan dengan ciri-ciri linguistik
dan juga semantik bahasa. Dalam hal ini, pengarang bebas memanipulasi diksi, struktur
ayat, memilih frasa, membina dialog dan aspek bahasa yang lain untuk menimbulkan
gaya atau mood. Gaya bahasa yang digunakan oleh seseorang pengarang merupakan
identiti dan gaya yang unik bagi pengarang itu sendiri sehingga membezakannya
daripada pengarang yang lain. Terdapat pelbagai unsur gaya bahasa iaitu pengulangan,
perbandingan, pertatutan, pertentangan dan penyirnaan yang dipelajari. Namun di
dalam yang dikaji hanya terdapat satu unsur gaya bahasa sahaja iaitu pengulangan.

Anafora

 Alangkah dinginnya! Alangkah lembutnya! (hlm 12)


Anafora adalah pengulangan kata atau ungkapan pada awal baris. Dapat
dilihat dalam baris diatas diulang perkataan alangkah untuk menekankan
perkataan tersebut diawal baris yang digunakan oleh pengarang untuk
menarikkan karyanya,

 Ladang kenikmatanku, ladang kebahagianku. (hlm 35)


Pengulangan bagi contoh ini pula adalah ladang yang digambarkan
isterinya yang merupakan kenikmatan dan kebahagian dalam dirinya
yang sebesar ladang.

 Entah masih tidur, entah sudah bangun (Hlm 30)

13
Unsur pengulangan disini ialah anafora iaitu entah diawal baris. Kata ini
dilihat oleh perbuatan sang pengembara yang bertanya dalam dirinya
sendiri samada isterinya sudah bangun atau belum.

8.0 Kesesuaian Karya dalam Pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah

Kesesuaian karya munajat di perkebunan dalam karya bahasa melayu disekolah ialah
terdapatnya nilai-nilai murni dalam karya tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana
dalam sesebuah karya yang hendak dijadikan sebagai pengajaran bagi sekolah haruslah
mempunyai nilai pengajaran agar murid-murid sekolah dapat belajar sesuatu yang
boleh diapliksikan dalam kehidupan mereka melalui apa yang mereka belajar
disekolah. Ini bermakna karya ini amat sesuai untuk di jadikan pengajaran disekolah
terutama sekali bagi bahasa melayu yang seharusnya diterapkan dengan nilai-nilai
tersebut agar martabat melayu dapat terjaga. Unsur nilai-nilai murni boleh dilihat
berdasarkan unsur bahasa yang terdapat dalam karya ini seperti bahasa figuratif yang
banyak memberikan satu unsur atau kata-kata yang boleh merangsang otak murid-
murid ketika belajar karya ini.

Bahasa melayu juga merupakan satu subjek wajib disekolah hinggalah ke


peringkat yang tinggi kerana bahasa melayu merupakan satu bahasa komunikasi yang
penting di negara ini. Bahasa melayu dan sastera mempunyai perkaitan yang kuat antara
satu sama lain kerana di dalam bahasa melayu kini telah diserapkan unsur-unsur sastera
yang telah disebut sebagai komsas yang harus dipelajari oleh pelajar sekolah yang telah
dikeluarkan oleh pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pada tahun 1988. Kesesuaian
karya yang boleh dikaitkan disini ialah mempunyai unsur sastera yang dipelajari oleh
murid sekolah pada masa kini yang dikenali sebagai komsas. Hal ini bermaksud, di
dalam karya munajat di perkebunan terdapat unsur-unsur sastera seperti unsur emotif
yang menjadikan seseorang pelajar lebih cenderung untuk menghayati sesebuah karya
yang dipelajari yang juga merupakan satu unsur yang ditekankan dalam pengajaran
bahasa melayu. Secara kesimpulannya karya ini amat sesuai untuk pelajari dalam
bahasa melayu.

14
Seterusnya, kesesuaian karya ini dalam pengajaran bahasa melayu ialah
penggunaan teks yang mampu menaikkan semangat atau sikap suka membaca dalam
kalangan pelajar. Melalui novel munajat di perkebunan pelajar dapat mengembangkan
dan meningkatkan daya intelek mereka dengan lebih kreatif dan kritis. Melalui
pembacaan novel munajat di perkebunan pelajar akan dapat mengalakkan diri mereka
untuk berfikir dengan lebih mendalam apa yang pengarang ingin sampaikan dalam
novel tersebut. Hal ini demikian kerana melalui karya ini pengarang telah
mengutarakan pelbagai pemikiran dan bahan sastera yang terkandung dalam teks juga
banyak mengemukakan persoalan tentang kehidupan manusia dan pergolakan
masyarakat yang dipenuhi unsur-unsur estetik yang sesuai untuk digunakan dalam
pengajaran Bahasa melayu. Hal sebegini dikatakan sesuai juga adalah kerana karya ini
diterapkan dengan bahasa sensori yang bagus untuk pelajar ketahuinya ketika mereka
belajar. Unsur sensori adalah satu unsur yang dekat dengan pelajar kerana unsur ini
juga terdapat di persekitaran mereka. Jadi karya ini amatlah sesuai untuk digunakan di
dalam pengajaran Bahasa melayu disekolah.

Akhir sekali, pemilihan teks yang sesuai juga merupakan salah satu perkara
yang menjadi kesesuai dalam pengajaran Bahasa melayu. Hal ini demikian kerana teks
yang dipilih sesuai dan memberikan kesan kepada pengajaran Bahasa melayu. Bahasa
melayu bukan hanya mengajar tentang tatabahasa dan melahirkan pelajar yang dapat
menggunakan bahasa dengan baik tetapi bahasa melayu juga harus diterapkan dengan
unsur nilai dan pemikiran kepada murid. Karya othman puteh yang berjudul munajat di
perkebunan amat sesuai digunakan dalam bahasa melayu kerana karya ini memenuhi
kriteria yang perlu digariskan yang dapat memberikan manfaat kepada pelajar serta teks
yang dihuraikan. Aspek pemikiran yang dibawakan dalam novel ini mempunyai bahasa
yang gramatis dan indah yang dapat membentuk sesuatu ilmu yang baik dan seterusnya
kearah pembentukkan dan pemantapan nilai. Penggunaan teks yang sesuai juga
diselangkan dengan unsur gaya bahasa yang menarik seperti pengulangan anafora yang
sesuai untuk diajar di sekolah kerana pelajar tidak hanya dapat belajar tentang

15
tatabahasa tetapi pelajar juga boleh belajar berkenaan unsur gaya bahasa. Jelaslah
bahawa ini merupakan kesesuaian karya ini dalam pengajaran bahasa melayu.

9.0 Penutup

terdapat pelbagai bentuk bahasa dalam novel yang dikaji iaitu novel Munjat di Perkebunan
karya Othman Puteh iaitu bahasa figuratif yang terdiri daripada personifikasi dan hiperbola
dan metafora. Selain itu terdapat juga bahasa emotif yang membangkitkan emosi pembaca
dalam sesebuah karya. Bahasa emotif terdiri daripada perasaan sedih, kecewa, terkejut dan
sebagainya. Bahasa yang seterusnya ialah bahasa sensori yang yang merupakan deria
manusia yang terdiri daripada pendengaran, sentuhan, penglihatan dan bau. Akhir sekali,
bahasa yang terdapat dalam novel yang dikaji ialah unsur gaya bahasa pengulangan. Fungsi
bahasa-bahasa ini dalam karya munajat di perkebunan adalah untuk membuktikan bahawa
unsur-unsur tersebut merupakan kaedah, gaya dan kebijaksanaan pengarang untuk
melontarkan idea dalam penulisannya. Oleh itu, sesuatu perkara yang hendak disampaikan,
difikirkan atau dirasakan oleh pengarang dapat memberikan impak yang tinggi kepada para
pembaca. Penggunaan bahasa figuratif, emotif, sensori dan gaya bahasa juga untuk
menjadikan bahasa dalam sesebuah karya lebih puitis dan kreatif.

16
10.0 Rujukan

Othman Puteh. (2010). Munajat di Perkebunan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ariff Mohamad. (2019). Kesusasteraan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu.
Perak: Muhibbah Publication.

http://chiakisarb.blogspot.com/2015/05/bahasa-figuratif.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hiperbola

17
11.0 Lampiran

Novel yang digunakan

18

You might also like