You are on page 1of 16

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN
Biodata diri ….2
1.0 konsep

1.1 takrifan
1.2 jenis bentuk & ciri ….3
1.2.1 prosa tradisional ….4
1.2.2 prosa moden ….5
1.2.3 puisi tradisional ….6 hingga 7
1.2.4 puisi moden …..7

2.0 FUNGSI SASTERA MELAYU

2.1 alat pendidikan ….7


2.2 kritik sosial ….8
2.3hiburan ….8
2.4 dakwah ….8

3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI ….9

3.1PANTUN ….9
3.2SELOKA ….10
3.3GURINDAM ….11 hingga 12
3.4 SYAIR ….13 hingga 14

4.0KESIMPULAN ….14
BIODATA DIRI
Assalamulaikum dan Salam
Sejahtera......Nama MOHAMAD
IZZUDDIN BIN AMER.Saya
merupakan anak kelahiran Negeri
Kedah ,berusia 19 tahun dan
dilahirkan pada tanggal 14
JANUARI 2004 bertempat di
Hospital Besar Alor Setar . Saya
merupakan anak kelima dari lima
orag adik neradik Saya bersekolah
rendah di Sekolah Rendah Felda
Guar Napai Kedah dan
kemudiaannya meneruskan
persekolahan di peringkat
menengah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Hosba .Setelah
mengakhiri peringkat sekolah
menengah dengan keputusan Sijil
Penilaian Sekolah Menengah yang
cemerlang saya meneruskan
pengajian saya ke peringkat
Ijazah Sarjana Muda pendidikan
Sekolah Rendah bagi subjek
Bahasa Melayu di Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan
Abdul Halim Keda

2
1.0 KONSEP

1.1 TAKRIFAN

Menurut Prof Dr Hashim Awang dalam Artikel akademik hal 2 beliau menyatakan asal usul
sastera bermula dari perkataan sanskrit iaitu sastra.kata asas “sas”yang membawa maksud
mengarahkan atau mengajarkan manakala “tra” pula merujuk atau bermaksud alat.Awalan “su”
yang ditambah membawa maksud keindahan manakala awalan “ke” dan “an” bermaksud
menyeluruh.Jika di rangkumkan secara menyeluruh perkataan kesusasteraan bermaksud
alatan yang indah untuk pengajaran dan memberikan panduan serta petunjuk .

Dalam masa yang sama dari bidang pendidikan pula kesusasteraan Melayu membawa
maksud hasil karya asal yang berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada dalam bentuk
novel, cerpen , drama,sajak , prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangkan
konsep JERI iaitu jasmani ,emosi,rohani dan intelek disamping menerapkan nilai kemanusia
dan citra manusia yang terdpat dalam bahan sastera ini.

Dari pendapat tokoh dan aspek diatas dapat kita simpulkan bahawa kesusasteraan dan
kebudayaan kebudayaan Melayu mempunyai nilai ekslusif yang penting dalam menjadikankan
identiti bagi masyarakat Melayu serta berperanan dalam membentuk jati diri dan
pengembangan amnya dalam Wilayah asia tenggara ini khususnya dalam negara kita iaitu
negara Malaysia.

3
1.2 JENIS, BENTUK DAN CIRI

Tiap-tiap sastera Melayu yang dihasilkan mempunyai jenis , bentuk dan ciri yang tertentu tidak
kira sama ada lisan mahupun bertulis.

1.2.1 PROSA TRADISIONAl

Prosa tradisional adalah sebuah jenis karya sastera yang berasal dari tradisi lisan masyarakat
suatu daerah atau negara. Prosa tradisional biasanya diceritakan secara lisan dari generasi ke
generasi dan kemudian ditulis. Prosa tradisional biasa berupa cerita rakyat, legenda, dongeng,
mitos, atau cerita hikayat yang diwariskan dari nenek moyang.

Mitos Cerita Mitos dianggap benar-benar terjadi


serta dianggap sebagai peristiwa aneh
tetapi penting serta dianggap keramat dan
memberi kesan kepada masyarakat serta
berlaku pada zaman lampau . cerita mitos
ini juga di sampaikan secara turun
temurun.tetapi kini tidak dianggap mitos
apabila ada tokok tambah berdasarkan
agama yang atau kepercayaan yang dianut.
Lagenda Cerita lagenda dipercayai benar-benar
berlaku tetapi tidak dianggap suci .lagenda
dianggap merupakan komunikasi lisan
bercorak kisah -kisah tokoh atau kisah
pahlawan .
Cerita Rakyat Cerita rakyat merupakan cerita berbentuk
prosa dan tidak dianggap sebagai benar
berlaku di dunia sebenar. Namun cerita
rakyat biasanya mempunyai nilai imaginasi
serta magis .cerita rakyat ini juga diselitkan
beberapa hiburan berbentuk puisi atau lagu
.ploy cerita rakyat lebih kepada bersifat
kronologi .

4
1.2.2 PROSA MODEN

Prosa moden adalah sebuah jenis karya sastera yang berkembang pada masa modern
atau kontemporeri atau masa kini. Prosa moden biasanya ditulis menggunakan bahasa yang
lebih formal, memiliki struktur yang kompleks dan cenderung memperlihatkan eksperimental
dalam penulisan. Jenis prosa ini muncul pada awal abad ke-20 dan giat berkembang secara
signifikan selepasnya.

Cerpen Cerpen merupakan akronim gabungan


perkataan cerita dan pendek . cerpen
menggambarkan sikap, perasaan
,pandangan ,pandangan dan fikiran
pengarang malah memberi gambaran
tentang masalah sosial , politik atau
ekonomi .dari bentuk perwatakan ,cerpen
terdapat perkembangan plot perwatakan .
Novel Novel pula merupakan prosa rekaan
panjang di dalam yang di muatkan sebagai
buku daripada sebuah kehidupan .istilah
novel berasal daripada istilah yang
berasal daripada bahasa itali aiatu novella
yang membwa istilah sebagai benda kecil
yang baru.
Drama Drama adalah sebuah karya sastera yang
ditulis dalam bentuk dialog dan boleh
dipentaskan di atas panggung. Drama
sering juga disebut sebagai teater, dan
dapat dimainkan sebagai sebuah
pertunjukan atau pementasan yang dihadiri
oleh penonton.

5
1.2.3 PUISI TRADISIONAL

Pantun Pantun adalah salah satu bentuk puisi


tradisional yang banyak ditemukan di
negara Indonesia, Malaysia, dan Brunei.
Pantun biasanya terdiri daripada empat
baris dengan pola a-b-a-b . Setiap baris
pada pantun biasanya terdiri dari 8 atau 12
suku kata. Pantun juga seringkali
menggunakan gaya bahasa berupa figuratif
seperti perbandingan, metafora, atau
simile, yang memperindah atau
menghidupkan isi pantun tersebut.
Syair Syair memiliki pola rima yang khas,
biasanya terdiri dari empat baris dengan
pola a-b-a-b atau a-a-b-b.Syair juga
menggunakan bahasa yang indah dan kaya
akan kata-kata yang berima dan berirama,
sehingga memiliki bunyi yang harmonis dan
enak untuk didengar.Isi syair biasanya
berkaitan tentang cinta, keindahan alam,
nasihat, atau pengalaman hidup.Syair
biasanya diungkapkan dengan nada yang
khas, seperti halus, lembut, atau merdu,
dan seringkali dinyanyikan atau diiringi
dengan alat musik tradisional.
Seloka Seloka terdiri dari empat baris dalam satu
bait, dan biasanya terdiri dari beberapa
bait. Seloka memiliki irama dan nada yang
khas, serta mudah diingat dan diucapkan.
Mengandung sindiran atau kritik sosial yang
halus, humor, dan kebijaksanaan.
Tidak terikat pada tema tertentu, tetapi
sering kali menggambarkan kehidupan

6
seharian.
Gurindam Gurindam adalah jenis puisi atau sastera
Melayu yang terdiri dari sepasang bait
dengan rima akhir yang sama pada setiap
baitnya. Biasanya, gurindam ditulis dalam
bahasa Melayu klasik dan mengandung
nasihat, hikmah, atau nilai-nilai
kebijaksanaan yang bertujuan untuk
memberikan motivasi atau memberikan
petunjuk dalam kehidupan.

1.2.4 puisi moden

sajak Sajak berbentuk bebas dan tidak terikat .hujung


akhir pada tiap-tiap baris sajak juga bebas . tiada
had perkataan untuk setiap baris .

2.0 fungsi sastera melayu


2.1 alat pendidikan
Kebanyakkan hasil karya Kesusasteraan Melayu banyak memaparkan dan memberikan
pengajaran serta nasihat atau pesanan kepada masyarakat. Karya-karya sastera yang
dihasilkan sarat dan penuh dengan mesej untuk memberikan kesedaran yang kompleks
kepada masyarakat bagi bertujuan mengubah pemikiran masyarakat Melayu serta
memberi ruang untuk masyarakat menyerap nilai-nilai murni yang dibawa oleh karya
sastera. Sebagai contohnya, cerita binatang Sang Kancil dengan buaya yang bertujuan
memberi mesej kepada masyarakat supaya jagangan mudah tertipu dan tidak sesekali
mempunyai sifat tamak didalam diri.

7
2.2 kritikal sosial

Kesusasteraan Melayu yang terhasil pada masa dahulu adalah sedikit sebanyak sebagai
teguran serta kritikan terhadap masyarakat supaya jagan lah bersikap sebagaimana yang
digambarkan dalam watak sesebuah karya sastera tersebut . Peradaban Melayu juga sangat
menjaga peradaban masyarakat terdahulu. Sikap-sikap yang tidak baik akan ditegur dengan
sopan dan berkias tidak secara berterus-terang dan menyinggung perasaan. Hal ini bagi
membendung tindakan serta menegur malahan menjaga tatasusila masyarakat supaya kaya
dengan adab dan kebijaksanaan. Contohnya, Seloka Pak Pandir yang banyak memberikan
kritikan kepada masyarakat supaya tidak melakukan perkara yang sia-sia serta perlu berfikir
sebelum bertindak.

2.3Hiburan

Kebanyakkan Karya sastera turut membawa kepada unsur keseronokan yang indah dan
menghiburkan . Keindahan ini dapat dilihat melalui kata-kata yang diungkapkan dan irama serta
rentak yang telah disusun dalam sebuah karya sastera . Karya sastera ini juga berperanan
serta mampu untuk membelai emosi pendengar dengan menyajikan unsur-unsur kelucuan dan
sebagainya. Contohnya, karya sastera seperti pantun jenaka dan pantun teka-teki yang banyak
memberikan unsur-unsur hiburan dan lucu bagi bertujuan menghiburkan masyarakat Melayu
pada zaman dahulu dahulu.

2.4 Dakwah

Dalam hasil kesusasteraan Melayu pada zaman dahulu eleman dakwah dapat diterapkan
dalam kesusasteraan Melayu. Proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia tentu
sahaja disampaikan melalui medium atau saranan yang difahami sebagai objek atau ejen
dakwah. Islam sangat menjunjung tinggi nilai-nilai kesusasteraan dengan dasar nilai islam
sebagai agama suci. Hal ini dapat dilihat dalam syair perahu yang mana mengambarkan
masyarakat dahulu supaya berpegang teguh terhadap pegangan agama. Oleh sebab itu,
bahasa dakwah dalam sastera amat penting agar dapat menyatukan dan menghiburkan
masyarakat .

8
3.0 MANIFESTAS AKAL BUDI

Manifestasi akal budi merupakan salah satu aspek penting dalam bagi mengungkapkan serta
menterjmehkan pemikiran dan akal budi bagi masyarakat orang Melayu pada zaman
dahulu.Penggunaan ini berlaku sejak dari zaman dahulu melalui pengamatan yang cukup tinggi
terhdap beberapa aspek misalnya persekitaran sekeliling , tingkah laku , gaya atau norma hidup
serta adat dan budaya. Oleh itu akal budi ini dikategorikan dalam 4 aspek iaitu pemikiran ,gaya
hidup, pertuturan serta tingkah laku yang menggambarkan keadaan masyarakat Melayu zaman
dahulu.

3.1 manifestasi akal budi dalam pantun.

Puas sudah menanam ubi,

Nanas juga dipandang orang,

Puas sudah menanam budi,

Emas juga di pandang orang.

Manifestasi akal budi yang terdapat daripada pantun diatas ialah aspek pemikiran .Secara
tersiratnya pada dua pembayang pantun diatas aspek alam iaitu ubi dan nanas dibanding
bezakan . Ubi diibarat sebagai budi manakala Nanas pula diibaratkan sebagai emas .hal ini
menggmabarkan pemikiran sekaligus perlakuan masyarakat Melayu pada Zaman dahulu lebih
melihat serta berfikiran emas adalah lebih penting dari segala-galanya.

Hal ini juga dapat kita kaitkan bahawa sifat orang berbudi yang diibaratkan sebagai ubi yang
kian berisi didalam tanah dan hal ini juga menjadi salah satu manifestasi akal budi dari segi
pemikiran masyarakat zaman dahulu yang berfikiran tidak suka menunjuk-nunjuk apabila
melakukan sesuatu kebaikan.

Justeru itu, akal budi yang terdapat dalam pantun ini mendidik serta mengajar masyarakat
dahulu jangan bersifat tamak dengan mengejar sesuatu yang nampak istimewa dari segi
luaran semata-mata dan lebih mengutamakan sifat atau nilai berbudi dan merendah diri .

9
3.2 manifestasi akal budi dalam Seloka

Baik budi Emak Si Randang,

Dagang lalu ditanakkan

Tiada kayu rumah diruntuhkan,

Anak pulang kelaparan,

Anak di pangku diletakkan,

Kera di hutan disusui,

Dagang pergi awak terhutang,

Beras habis padi tak jadi.

Md. Ali Bachik (Penyelenggara)

Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Manifestasi akal budi yang terdapat dalam seloka Emak Si Randang ini ialah manifestasi akal
budi dalam aspek perlakuan Masyarakat Melayu. Dalam seloka ini mencerita kan perbuatan
emak si Randang yang mengutamakan tetamu atau pedagang lebih daripada anaknya sendiri
yang pada akhirnya tidak memberikan apa-apa faedah kepadanya. Oleh hal yang
demikian ,disebabkan ini lah aspek manifestasi akal budi perlakuan yang mencerminkan
sekaligus menyindir masyarakat Melayu dahulu yang lebih mementingkan tetamu daripada
anak sendiri , meskipun kelihatan sopan tetapi perkara tersebut tidak sepatutnya tidak
keterlaluan sehinggakan berhutang dan membiarkan anaknya kelaparan dan hal keterlaluan in
jugalah diterjemahkan didalam seloka Emak Si Randang ini.

oleh itu, Kesimpulannya masyarkat zaman dahulu tidak seharusnya keterlaluan dalam berbuaik
baik dan menyisihkan anak-anak mereka kerana bak kata pepatah buat baik berpada-pada
buat jahat jagan sekali.

10
3.3 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM GURINDAM

GURINDAM DUA BELAS FASAL TIGA

Apabila terpelihara mata,

Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpihara kuping,

Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,

Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,

Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,

Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,

Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.

11
Secara rangkuman menyeluruh Gurindam Dua Belas Fasal Tiga ini mecakupi manifestasi akal
budi dari segi perlakuan hal ini dibuktikan melalui kesemua ragkap yang melibatkan penjgaan
anggota tubuh daripada melakukan sesuatu perkara yang buruk. Manifestasi akal budi
perlakuan dalam gurindam ini menggambarkan masyarakat zaman dahulu yang sentiasa
menjaga anggota tubuh agar tidak melakukan sesuatu perkara yang tidak baik agar tidak
berlaku perkara yang tidak mereka ingini.Misalnya rangkap dua mengingatkan serta
menggmabrkan masyarakat zaman dahulu agar memelihara kuping atau telinga agar tidak
mendegar khabar atau berita yang tidak baik atau perkara yang jahat .

Pada masa yang sama dalam Gurindam 12 fasal 3 ini juga mencerita kan pemikiran
masyarakat zaman dahulu agar sentiasa berhati-hati serta manjaga anggota badan dan hal ini
boleh dikaitkan dengan akal budi pemikiran misalnya pada rangkkap ke 6 gurindam ini
mennyatakan untuk menjaga anggota tengah iaitu hati kerana masyarakat zaman dahulu
berfikir hati ini memudahkan seseorang menjadi lemah serta hilang semanngat. Berdasarkan
ketujuh-tujuh rangakap gurindam yang dipaparkan kita dapat lihat manifestasi akal budi
perlakuan dan pemikiran masyarakat dahulu serta gambaran peringatan dan nasihat yang
diberikan melalui gurindam tersebut terhadap masyarakat ketika itu agar sentiasa menjaga
pelakusn mereka agar terus menjaga sopan santun dan bertatasusila.

12
3.4 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SYAIR

Bermula warkah surat rencana,


Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna.

Gerangan sungguh amatlah leta,


Perinya akal gelap-gelita,
Hemat pun rendah daif berserta,
Tambahan badan miskin dan nasta.

Beribu ampun kiranya tuan,


Atasnya hulu fakir nistawan,
Daripada masyghul gundah merawan.
Terperilah madah patik nin tuan.

Dituliskan sahifah supaya nyata,


Barang yang ghairah di dalam cinta,
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.

Sudahlah nasib untung yang malang,


Mengambah tautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang.

Hanyutlah badan ke sana ke mari,


Segenap pesisir desa negeri,
Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Santap nan tidak minum pun kari.

Bangun terjunun badan suatu,


Gundahlah fikir tiada tertentu,
Laksana cermin jatuh ke batu,
Remuk dan redam hancur di situ.

Remuk dan redam rasanya hati,


Lenyaplah fikir budi pekerti,
Jikalau kiranya hamba turuti,
Daripada hidup sebaiknya mati.

Syair Burung Nuri


Mohd Yusof Md Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh.
Puisi Melayu Tradisi, 1996

13
Dalam Syair Burung Nuri ini terdapat aspek gaya hidup masyarakat yang dapat kita kaitkan dengan akal
budi gaya hidup .Perkara ini dapat kita nilai serta terjemahkan melalui syair ini yang mana di dalamnya
terdapa terdapat aspek adab dalam kehidupan masyarakat Melayu. Misalnya pada rangakap ketiga syair
tersebut penulis meminta maaf sekiranya penulisannya tidaklah begitu menrik serta menggunakan
beberapa perkataan yang kurang sopan . Hal ini kita dapat liht bahawa syair ini turut menggambarkan
masyarakat zaman dahulu yang berbudi bahasa dengan memohon maaf akan setiap kesalahan yang
mereka lakukan.

Dari kaca mata lainnya Syair Burung Nuri ini juga turut memperlihatkan akal budi dari aspek pemikiran
kerana syair ini turut memaparkan masyarakat yang tidak mudah berputus asa misalnya pada rangkap
ke tujuh syair ini memperlihatkan serta menggambarkan masyarakat zaman dahulu yang sedar dan
tidak berguna hidup dalam kekecewa yang boleh menghancurkan kehidupan mereka .Kesimpulannya
syair Burung Nuri ini dapat menggambarkan kepada kita akal budi masyarakat zaman dahulu dari aspek
gaya hidup serta pemikiran .

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya kesusateraan Melayu padat dengan kandungan yang menyentuh perkara seperti konsep
kesusateraan melayu yang menggunakan bahan yang indah sebagai wadah atau altan untuk
menyampaikan ajaran atau petunjung disamping dalam masa yang sama memperlihatkan gaya hidup
masyarakat zaman dahulu yang mana menjadi asbab lahirnya amanifestasi akal budi yang juga
merangkumi dari aspek pertuturan perlakuan serta pemikiran yang mana memberikan mamfaat serta
peringatan terhadap masyarakat Melayu pada masa tersebut sehingga kedepannnya.

14

You might also like