You are on page 1of 1

Legenda

Dalam aspek kesusasteraan melayu secara amnya legenda merupakan sebuah naratif
tradisional yang dianggap sebagai fakta sejarah dan dianggap benar berlaku oleh penutur
sesebuah kisah legenda tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi legenda
ialah cerita dongeng yang bersangkutan dengan kisah kisah yang bersejarah. Ianya
merupakan sastera yang berkembang di kalangan rakyat dan cara penyebarannya melalui
pertuturan iaitu dari mulut ke mulut daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
Legenda menggambarkan sesuatu peristiwa atau lokasi sebenar yang mempunyai asas fakta
dalam legenda. Kandungan cerita legenda berkaitan dengan tokoh tokoh terkenal yang
dipercayai wujud suatu ketika dahulu dan sering dikaitkan dengan sifat kepahlawanan yang
menjadi kebanggaan masyarakat setempat.

You might also like