You are on page 1of 8

PENCEGAH KEBAKARAN

1.0 Faktor-Faktor Yang Mesti Ada Bagi Mewujudkan Kebakaran


Api adalah sumber tenaga yang sangat diperlukan oleh manusia dalam kehidupan harian.
Malangnya api itu mestilah dikawal atau di awasi, jika tidak, ia boleh merupakan salah satu
punca kebakaran atau malapetaka kepada manusia.
Kebakaran boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu:-
(a) Letupan (reaksi yang pantas)
(b) Api biasa
(c) Kebakaran secara meresap

Ketiga-tiga jenis kebakaran ini boleh berlaku dimana-mana sahaja dan terpulang kepada
keadaan dan sifat bahan yang terlibat. Factor-faktor yang mesti ada pada permulaan satu-satu
kebakaran ialah:

(a) Haba (heat)


(b) Oksigen (oxygen) dan
(c) Bahan-bahan (fuel) yang boleh terbakar

Ketiadaan salah satu ketiga-tiga bahan tersebut di atas, akan menjauhkan kejadian
kebakaran. Pengertian mengenai campuran ketiga-tiga bahan ini adalah penting bagi diketahui
bagi mencegah kebakaran daripada berlaku dan menerangkan prinsip-prinsip untuk
memadam satu-satu kebakaran. Prinsip utama bagi mencegah kebakaran ialah ‘jangan
membenarkan ketiga-tiga bahan tersebut di atas, iaitu adanya haba yang sesuai, oksigen dan
bahan yang boleh terbakar berada bersama-sama pada satu ketika”.

2.0 Kelas Kebakaran


Kebakaran-kebakarn ini semua boleh diketogorikan kepada empat kelas iaitu:-
(i) Kelas A – Kebakaran benda-benda pepejal yang bisanya berasal daripada
(component) karbon. Api jenis ini menghasilkan bara yang banyak.
Papan, kertas, kain, pokok-pokok kering dan karpet adalah contoh-
contoh bahan di dalam katogori ini.

(ii) Kelas B – Api kelas ini ialah api cecair seperti minyak petrol, diesel, cat,
alcohol, karbon sulfite dan sebagainya.
Api kelas ini boleh dipadamkan secara menyelimut dengan air
sabun yang halus atau menggunakan buih atau debu kering.

(iii) Kelas C – Api ini adalah api gas atau gas cecair yang boleh terbakar.

Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 Page 1
Kumpulan C – Caw. Kej. Mekanikal IPJKR
Misalnya, gas-gas yang dipadatkan kedalam tabung atau silinder
seperti gas petrol(L.P.G), methane, butane, hydrogen, ammonia dan
sebagainya.
Buih dan debu kering boleh digunakan untuk mengawal api yang
melibatkan penumpahan cecair gas yang kecil, Semburan
digunakan untu menyejukkan tabung gas itu.

(iv) Kelas D – Api yang melibatkan logam-logam seperti magnesium, sodium dan
potassium. Penggunaan air untuk memadam setengah api kelas D
ini tidak berkesan malah boleh mendatangkan bahaya tindakbalas.
Sebenarnya sebelum ada pemadam api yang benar-benar sesuai
untuk memadam api logam. Debu timah, ‘powdered graphite’,
habuk soda, habuk simen kering dan alat pemadam jenis debu yang
diberinama ‘Tannery eutectic chloride’ atau pasir kering dianggap
boleh digunakan untuk memadam api kelas D ini.

(v) Kelas E - Percikan api dari punca elektrik

3.0 Alat-alat Pemadam Api (Fire Extinguishers )

1. Air/Soda Acid Memadam Api Kelas A

2. Buih (Foam) Memadam Api Kelas B

3. CO2 Memadam Api Kelas F

4. Debu Kering (Dry Poweder) Memadam Api Kelas A, B and C

4.0 Sistem Mencegah Kebakaran Yang Ada Di Dalam Bangunan


Pemasangan alat mencegah kebakaran di dalam bangunan boleh dibahagikan kepada tiga
kumpulan:-
(i) Alat pasangan tetap
(ii) Alat pasangan tidak tetap
(iii) Alat-alat lain untuk isyarat-isyarat, pengesan asap, haba dan menyelamat
Pemasangan alat-alat ini adalah tertakluk kepada undang-undang atau peraturan atau
berpandukan kepada ‘code of practice’ dan spesifikasi. Ini bererti alat-alat yang dipasangkan
itu hendaklah diluluskan terlebih dahulu supaya alat-alat itu dapat memberi perkhidmatan atau
tindakan yang berkesan dan tidak membahayakan penggunanya.

Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 Page 2
Kumpulan C – Caw. Kej. Mekanikal IPJKR
4.1 Jenis Alat-alat Pasangan Tetap:
Alat pasangan tetap ini dimaksudkan alat yang di pasangkan dengan tetap pada
bangunan-bangunan. Pemasangan alat-alat itu tidak boleh di ubah-ubah seperti yang
dilakukan kepada alat pemadam api jenis buih, debu kering dan sebagainya.
Jenis alat-alat pasangan tetap adalah seperti berikut:-
(i) Sistem pancur kering (Dry powder)
(ii) Sistem pancur basah (wet riser)
(iii) Alat bantu mula gelung hos (hose reel)
(iv) Sistem sembur ‘sprinkler’ (sprinklers system)
(v) Alat pasangan tetap
(vi) Penggera kebakaran untuk mengesan haba (heat detectors)
(vii) Penggera kebakaran untuk mengesan asap (smoke detectors)
(viii) Lampu-lampu insyarat kecemasan (emergency lighting)
(ix) Tanda pintu keluar (exit signs)
(x) Lif bomba (fireman lift)
(xi) Sistem pengawalan asap bagi tangga (stairwell pressurization system)
(xii) Sistem pengawalan asap bagi lobi (lobby pressurization system)
(xiii) Telefon bomba (fireman intercommunication)
(xiv) Alat-alat pembesar suara (public address system)

4.2 Pancur kering


Pancur kering adalah sejenis paip yang dipasangkan turus menegak dari tingkat bawh
ke tingkat atas satu-satu bangunan tinggi. Biasa bangunan tinggi yang lebih daripada
60 kaki (5 tingkat) dan tidak lebih daripada 100 kaki adalah hendak dipasang dengan
sistem pancur kering. Saiz paip adalah 4 inci garis pusat bagi tnggi tidak melebihi 75
kaki dan 6 inci garispusat bangunan. Tingginya tidak melebihi 75 kaki (kurang
daripada 100 kaki). Paip itu biasanya dipasang pada bahagian tangga atau kaki lima
digunakan oleh ahli bomba. Sistem ini mempunyai bahagian-bahagian berikut:-
(a) Injab untuk menerima air (breeching inlet valve) yang dipasangkan
dibawah tingkat bangunan dan biasanya mempunyai dua muncung
(bagi paip 4"Ø) yang dilengkapkan dengan injap jenis ‘non return’ (two-
way breeching inlet). Saiz tiap-tiap muncung itu ialah 2½ inci garis
pusat. Bagi paip yang 6 inci garis pusatnya, muncung ‘inlet’ ialah empat.
Pemasangan muncung ini dilengkapkan denagn sejenis peti yang
ditanda dengan perkataan ‘Injap masuk Pancur Kering’ atau ‘dry riser
inlet’.
(b) Injap untuk membuang air (drain valve ) yang juga dipasangkan
bersama-sama di dalam peti itu adalah untuk mengeluarkan air dari
paip sistem itu setelah sistem itu digunakan.

Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 Page 3
Kumpulan C – Caw. Kej. Mekanikal IPJKR
(c) Paip sistem itu dipasangkan menegak dari tingkat atas sekali. Tiap-tiap
tingkat bangunan paip ini di lengkapkan dengan injap untuk air keluar
(landing valve) dimana hos bomba disambungkan. Dihujung paip itu
dipasangkan pada satu injap angin.
(d) Injap air keluar (landing valve) yang dipasangkan lebih kurang 3 kaki
tinggi dari paras muaka lantai di tiap-tiap tingkat bangunan ialah untuk
menyambungkan hos bomba (2½"Ø canvas hose).
(e) Injap udara (air release valve). Injap ini ialah untuk membuangkan angin
apabila sistem itu digunakan tanpa injap pengaliran air di dalam paip
akan terganggu.

Cara-cara Menggunakan Sistem Pancur Kering.


Sistem ini dapat membekalkan air daripada pam itu biasanya menyedut air daripada pili bomba
yang ada berdekatan di situ. Air itu di alirkan melalui hos muncung air masuk (inlet valve) lalu air
itu ditolakkan oleh kuasa pam dalam paip itu. Angin dalam sistem itu akan keluar melalui injap
angin tetapi injap ini akan tertutup apabial air sampai ke injap.

Ujian Haiderostatik
Paip-paip pancur basah hendaklah diuji dengan tekanan 200 psig selama dua jam.

Pemasangan.
Pancur kering mesti di dirikan setingkat demi setingkat supaya dapat memberi perlindungan
semasa pembinaan. Bagi bangunan yang melebihi 100 kaki tingginya, pancur kering hendaklah di
pasang apabila bangunan sampai ke tinggi melebihi 60 kaki.

4.3 Pancur Basah (Wet Riser)


Sistem pancur basah ini ialah sejenis paip yang dipasangkan lurus menegak seperti pancur kering
juga, tetapi paipnya biasanya 6 inci adalah sentiasa berisi air yang mempunyai tekanan. Sistem ini
sentiasa dipasangkan kapada bangunan yang lebih daripada 100 kaki tinggi.
Bekalan air bagi sistem pancur basah biasanya dengan mengunakan pam-pam dan tangki air
sebesar 10,000 gallon. Tekanan bagi injab air keluar tertinggi sekali ialah 4 bar (60 psi) dan aliran
sebanyak 1500 dm³/min (300IGPM), sebanyak 2 pam digunakan, satu merupakan ‘standby’. Pam-
pam tersebut biasanya satu pam elektrik dan satu pam injin diesel. Dua pam elektrik boleh
digunakan sekiranya terdapat bekalan kuasa ‘standby generator’ bagi bangunan.
Injap air keluar (landing valve) bagi sistem pancur basah ialah jenis ‘Pressure Reducing’. Injap-
injap ini dipasangkan dengan injab butterfly yang boleh diubah supaya dapat mengawal tekanan di
hos bomba (canvas hose) tidak melebihi 100 psig. Biasanya injap air dikeluar dikawal tidak
melebihi 75 psi. injap ini disambungkan kepada satu paip 4" garis pusat yang disambungkan balik
ke tangki air. Paip ini adalah paip air kembali ke tangki.

4.4 Alat Bantu Mula Gelong Hos (Hose Reel First Aid System)
Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 Page 4
Kumpulan C – Caw. Kej. Mekanikal IPJKR
Sistem gelong hos terdiri daripada satu dram keluli dimana satu tiub getah bersaiz ¾ atau 1 inci
dililitkan. Getah ini keras, panjangnya ialah kurang 100 kaki dan dihujungnya dipasangkan nozel
(nozzle).
Sistem ini mendapat bekalan air dari satu set pam dan tangki air minima 2000 gallon, 2400 gallon
(biasanya) maksima 3200 gallon. Kadangkala bekalan air didapati dari sistem pancur basah
dengan mengunakan valve pengurangan tekanan(pressure reducing valve). Paip system ini
biasanya sebesar 2"Ø dan tekanan digelung tertinggi sekali ialah 30 psig dan aliran 5 igpm.
Gelung hos dipasangkan pada tiap-tiap tingkat dan digunakan oleh penghuni-penghuni bangunan.
Drum dipasangkan 3 kaki dari paras lantai.

4.5 Sistem Semburan Automatik (Sprinkler system)


Sistem paip ini mempunyai satu paip air pembekal, satu kumpulan injap-injap, saluran paip-paip air
pembahgi (distribution pipe) dan kepala-kepala sprinkler. Kepala sprinkler ini ialah dimana tempat
air akan menyembur, adalah dipasang pada saluran-saluran paip pembahagi.
Fungsi-fungsi Sistem Sprinkler Adalah Seperti Berikut:-
1. Mengesan api.
2. Mempunyai loceng isyarat.
3. Bertindak dengan sendirinya untuk memadamkan kebakaran sebelum api itu
membesar.
4. Mencegah perebakan api.
Pamasangan sistem ini adalah berpandukan kepada ‘piawaian’ sama ada yang diterbitkan oleh
British, Amerika atau lain-lain negara. Kebiasaan digunakan kod-kod amali yang ditentukan oleh
‘Loss Prevention Council (LPC)’, England atau pun kapada peraturan yang dikeluarkan oleh
Notional Fire Protection Associate (NFPA). Peraturan-peraturan yang dibuat oleh badan ini
berubah sedikit dari masa ke semasa di mana perlu supaya mendapat taraf yang lebih cekap
mengikut peralihan masa.

Kepala Sprinkler
Kepala sprinkler ini dipasangkan dengan jarak yang tertentu diantara satu dengan yang lain,
berdasarkan kepada jenis-jenis bahaya yang ada pada lantai yang dilindunginya.
Kepala sprinkler adalah dua jenis:-
1. jenis logam yang mudah cair (fusible link).
2. sejenis bulb (mentol) yang berisi dengan sejenis cecair yang mudah mengembang
(quartzoid bulb).
Kegunaan kepala sprinkler ialah untuk menahan tekanan air yang ada pada paip-paip itu. Apabila
ianya kena kapada haba, mengikut suhu darjah yang ditentukan. Logam atau mentol itu akan
putus atau pecah dan membuatkan air menyebur keluar untuk memberi perlindunagan kepada
lantai dibawahnya. Kepala sprinkler jenis logam mudah berkarat dan dengan ini kepala jenis
mentol menjadi lebih terkenal. Tiap-tiap kepala sprinkler ini di berikan warna tertentu bagi
menandakan peringkat-peringtkat suhu tiap-tiap satu akan bertindak. Warna-warnanya ialah:-

Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 Page 5
Kumpulan C – Caw. Kej. Mekanikal IPJKR
Kepala Sprinkler Jenis Logam Suhu Bertindak
Tiada warna 68-74°C
Putih 93-100°C
Biru 141°C
Kuninig 182°C
Merah 227°C

Warna Kepada Sprinkler Jenis Mentol


(quartzoid Bulb) Suhu Bertindak
Oren 57°C
Merah 68°C
Kuning 79°C
Hijau 73°C
Biru 141°C
Menine (Mauve) 182°C
Hitam 204-260°C

Bekalan Air
Sistem ini hendaklah mendapatkan bekalan air daripada salah asatu punca atau kombinasi
daripada punca-punca berikut:-

1. Saluran air JKR (Town Main)


2. Dari tangki air yang dipasang khas di tempat yang tinggi (elevated) iaitu denagn
menggunakan kuasa gravity.
3. Tangki khas yang dikenakan tekanan (pressure tank)
4. Pam khas yang bertindak secara automatik.
5. Kolam khas yang dibina ditempat tinggi.
Kuantiti-kuantiti air, kuasa pam, besar saluran-saluran paip, kesan geseran hendaklah dihitung
dengan teliti supaya menentukan sistem ini benar-benar memberi tindakbalas semasa kebakaran.
Pemasangan sprinkler ini bergantung kepada jenis-jenis bahaya yang ada pada satu-satu tempat
dan jenis-jenis bahaya boleh dibahagikan kepada tiga katagori:

a) Sistem bagi bahaya-bahaya sederhana (extra light hazard) – seperti hotel, hospital,
muzium, sekolah dan pusat pengajian, penjara dan sebagainya. Tiap-tiap kepala sprinkler
memberi perlindungan seluas 21 m² dan jarak antara tiap satu kepala sprinkler ialah tidak
melebihi 4.6 m.

Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 Page 6
Kumpulan C – Caw. Kej. Mekanikal IPJKR
b) Sistem bagi bahaya-bahaya biasa (ordinary hazard) seperti di bangunan perusahaan.
Bahaya biasa dibahgikan kepada empat kumpulan iaitu:-
Kumpulan I - Bahaya biasa taraf ringan seperti restoran, kilang simen, kilang
gelas, kilang ais.
Kumpulan II - Bahaya biasa taraf sederhana seperti bengkel injin kapal terbang,
perusahaan dobi, kilang teh, kerja-kerja kejuruteraan, kilang
biskut, garaj membaiki kereta dan sebagainya.
Kumpulan III - Bahaya biasa taraf tinggi biasanya kilang kasut, kilang kain,
kilang plastik dan sebagainya.
Kumpulan IV - Bahaya dalam kumpulan ini seperti studio filem dan televisen,
kilang mancis, kilang penapis minyak.

Tiap-tiap kepala sprinkler memberi perlindungan 12 m² dan jarak antara tiap-tiap satu kepala
sprinkler ialah tidak melebihi 4 m.

c) Sistem bagi bahaya tinggi (Extra High Hazard) seperti kilang bunga api tempat tambunan
bahan-bahan yang berlapis-lapis, bahaya-bahaya didalam katagori ini boleh dibahagikan
kepada dua jenis iaitu:-
(i) Tempat perusahaan
(ii) Tempat-tempat dimana bahan-bahan ditimbunkan denagn secara berlapis-
lapis.

Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 Page 7
Kumpulan C – Caw. Kej. Mekanikal IPJKR
1. GELUNG HOS ( HOSE REEL)
- Sistem manual untuk pertolongan awal.
- Bagi api yang kecil, mencegah dari merebak.
- Sistem paip bersama dua pam.

2. PANCUR KERING (DRY RISER)


- Untuk bangunan 60’ – 100’
- Paip lurus menegak dengan injap (landing valve) pada tiap-tiap tingkat.
- Injab menerima air (inlet breeching valve) pada tingkat bawah untuk bomba.

3. SISTEM PANCUR BASAH ( WET RISER)


- Untuk bangunan tinggi > 1001
- Serupa dengan pancur kering tetapi mempunyai dua pam dan tangki air yang
khas.

4. SISTEM SEMBURAN (SPRINKLER)


- Lebih mahal tapi automatik
- Bagi bangunan tinggi di mana bahaya api lebih ketara
- Actirated 60-90°C, biasa 70°C

5. CARBON DIOXIDE (CO2)

- untuk menjaga peralatan yang mahal seperti computer/pencawang letrik dimana


bahaya api dari punca kuasa elektrik.

Kursus Pemantapan Kemahiran Teknikal Juruteknik pada 18-25 April 2004 Page 8
Kumpulan C – Caw. Kej. Mekanikal IPJKR

You might also like