You are on page 1of 9

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

No, 3673 Jalan Rash Jaya, 6/6 Taman Rash Jaya.


70300 Seremban Negeri Sembilan

KOD DAN NAMA PROGRAM

MC-101-2-2015

PLASTIC INJECTION MOULDING OPERATION START-UP

KOD UNIT

MC-101-2-2015-CO5

INJECTION MOULDING MOULD PREPARATION

(PENILAIAN KERJA KURSUS)

KERTAS LAIN-LAIN

LAPORAN

TAJUK :

KOMPONEN SISTEM PNEUMATIC

NAMA: CHE MUHAMAD DASUQI BIN CHE RANI

NO K/P: 060413100013

BATCH: CAMELIA

NAMA PENGAJAR:
BIL PERKARA M/S

1
1. PENGENALAN SISTEM PNEUMATIK

2. KOMPONEN DAN FUNGSI SISTEM PNEUMATIK

3. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

4. KELEBIHAN DAN KEKURANGAN SISTEM PNEUMATIK

5. KESIMPULAN

ISI KANDUNGAN
PENGENALAN

Sistem pneumatik adalah sistem yang menggunakan gas termampat yang


lazimnya udara sebagai media pemindahan kuasa. ‘pneuma’ bermaksud
angin manakala ‘matik’ bermaksud kuasa gerkan. Sistem pnuematik telah
lama memainkan pernan penting sebagai pemangkin prestasi teknologi kerja
mekanikal. Ia juga digunakan dalam pembangunan teknologi automasi.

Dalam industri pengacuanan sutikan masa kini, udara pemampat untuk


memindahkan tenaga kepada pengerakan sering digunakan. Udara sekeliling
dimampatkan dengan menggunakan pemampat udara kendalian motor
elektrik.

Dalam sistem pneumatik terdapat komponen-komponen yang terlibat dan


mempunyai fungsinya yang tersendiri. Sistem pneumatik juga mempunyai
kelebihan serta kekurangan apabila menggunakanny a.
KOMPONEN DAN FUNGSI SISTEM PNEUMATIK

BIL. KOMPONEN FUNGSI


Kompressor
1. Udara yang diambil pada tekanan atmosfera,
dimampatkan dan dihantar pada tekanan yang lebih
tinggi ke dalam sistem pneumatik. la dengan demikian
menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik.

Motor elektrik
2.
Membekalkan kuasa mekanikal kepada kompressor. la
menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal.

Suis tekanan Mengawal motor elektrik dengan mengesan tekanan di


3.
dalam tangki. ia disediakan kepada tekanan maksima
dalam mana ia memberhentikan motor, dan juga
tekanan minima, di mana ia memulakan motor sekali
lagi.
Check valve
4. Membenarkan angin mampat daripada kompressor
mengalir masuk ke dalam tangki, dan mencegahnya
daripada mengalir balik apabila kompressor
diberhentikan.
BIL. KOMPONEN FUNGSI

Tangki
Menyimpan angin mampat. Saiznya disesuaikan dengan
kemampuan kompressor. Lebih besar daripada
5.
isipadunya, semakin lama masa di antara perjalanan
diantara kompressor

Pressure gauge
6.
Menunjukkan tekanan di dalam tangki.

Auto drain

7. Mengeluarkan ke semua Pengetalan air di dalam tangki.

Safety valve
Meniupkan angin mampat keluar, jika tekanan di dalam
8.
tangki dinaikkan lebih
daripada tekanan yang dibenarkan.

Refrigerated air dryer Menyejukkan angin mampat kepada beberapa darjah


lebih daripada tahap pembekuan yang mengentalkan

9. kebanyakan daripada kelembapan udara. Ini mencegah


daripada terjadi cecair atau air mengalir kepada sistem
aliran selepas ini

Line filter
Ia berada dalam paip yang utama. Filter ini mestilah
mempunyai kejatuhan tekanan yang minima, dan

10. berupaya mengeluarkan kabus minyak. Ia juga


menolong untuk meresap habuk, debu dan air daripada
paip.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Diantara langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi ialah:

i) Jangan menggunakan udara bertekanan tinggi untuk membersihkan tubuh


badan dan pakaian.
ii) Jangan sesekali membaikpulih kebocoran semasa udara masih dalam
keadaan bertekanan tinggi. Sentiasa meletakkan tag BAHAYA pada alatan
yang sedang dalam pembaikan.
iii) Elakkan haba yang panas terkena pada sistem saliran paip atau
komponen dan elakkan mengalirkan udara yang bertekanan tinggi pada
paip secara mendadak.
iv) Elakkan membuka injap dangan cepat . haba yang terhasil daripada
tekanan yang mendadak pada saliran paip kosong boleh menyebabkan
berlakunya letupan jika terdapat minyak di dalam saliran paip. Injap
sepatutnya dibuka perlahan-lahan sehinggalah tekanan dikedua-dua belah
bahagian seimbang. Nilai purata tekanan udara sepatutnya dikekalkan
pada 200 psi persaat jika boleh. Selepas itu barulah injap dibuka
sepenuhnya.
v) Jangan sesekali menyuntik gas nitrogen dengan banyak secara mendadak
ruang yang kosong.
vi) Jangan sesekali meletakkan selinder gas yang bertekanan tinggi pada
suhu melebihi 130°F.
KELEBIHAN SISTEM PNEUMATIK
Pneumatik banyak digunakan kerana mempunyai kelebihan. Di antara kelebihan
menggunakan pnuematik ialah:

i) sistem pneumatik dapat dikerjakan dan dipraktikkan. Kecekapannya tinggi


pada suhu bawah 120°c.
ii) Sistem ini bersih dan selamat, jika berlaku kebocoran paip, ia tidak
menimbulkan masalah pencemaran alam kerana ia hanya menggunakan
udara.
iii) Pergerakan linear (linear actuator) dapat beroperasi dalam kelajuan yang
tinggi.
iv) Injap pneumatik sesuai untuk fungsi logik dan digunakan untuk turutan
yang kompleks dan kombinasi mesin.
v) Elemen-elemen dan perkakasnya mudah dan ini menjadikannya ia murah.
vi) Mudah untuk diselenggarakan.
KEKURANGAN SISTEM PNEUMATIK
Namun begitu pnuematik mempunyai kekurangan. Di antara kelemahan sistem
peumatik ialah:

i) Memerlukan kos yang tinggi untuk menghasilkannya.

ii) Memerlukan pembersihan udara.

iii) Daya angkatan yang rendah iaitu 25 kN.

iv) Kedudukan perantaraan yang susah untuk diubah.

v) Pencemaran bunyi dan memerlukan penyerap bunyi.


KESIMPULAN
Kesimpulan yang saya dapat pelajari ialah dapat mempelajari tentang komponen-
komponen yang ada pada sistem pneumatik.saya juga dapat memahami tentang
langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi ketika bekerja supaya dapat
mengelakkan daripada terjadi kemalangan.

Sistem pneumatik ini merupakan salah satu media pindahan kuasa yang terbaik dan
dapat mengurangkan penggunaan pekerja di dalam sesebuah industri. Ianya juga
menjimatkan pengeluaran kos bulanan dan menjimatkan masa dalam melakukan
sesuatu pemprosesan. Oleh itu sistem pneumatik ini haruslah digunakan dalam
industri kerana sistem ini mempunyai banyak kelebihan berbanding kekurangan.

You might also like