You are on page 1of 31

J4012/ UNIT 2/1

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

UNIT 2

PENGENALAN KEPADA PNEUMATIK


(SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA)

OBJEKTIF

Objektif am : Mempelajari dan memahami sistem penjanaan


serta pengagihan udara.

Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

Menyatakan dan membandingkan jenis-jenis pemampat


udara
Menyatakan dan menerangkan aksesori pemampat
Menyatakan dan menerangkan penyahhidratan udara
Menyatakan dan menerangkan kesan rawatan udara
Menyatakan dan menerangkan prinsip kerja penapis,
pengatur tekanan dan pelincir udara.
J4012/ UNIT 2/2

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

INPUT

2.0 PENGENALAN

T
ahukah anda bahawa terdapat beberapa perkara yang berlaku apabila angin
dimampatkan, pertama ialah kenaikan tekanan dan kedua ialah haba yang
banyak dihasilkan. Oleh kerana haba tidak diperlukan di dalam sistem
pneumatik, ianya dikeluarkan dengan menggunakan strip penyejuk pemampat. Pada
peringkat akhir air akan terhasil, ini adalah kerana air tidak boleh dimampatkan dan
ianya diperah keluar pada peringkat mampatan.

Pada masa ini, sistem mampatan boleh didapati dikebanyakan kilang. Ianya harus
diletakkan pada kawasan yang mempunyai ventilasi yang banyak, kuasa yang
diberikan ialah antara 700 – 800 kPa.

2.1 PERSAMAAN YANG BERKAITAN DENGAN UDARA MAMPAT

Sebelum anda teruskan dengan Sistem Pneumatik, eloklah kiranya anda mengetahui
terlebih dahulu persamaan yang berkaitan dengan udara mampat, seperti yang
tersenarai di bawah.

2.1.1 Tekanan

Terdapat 3 cara untuk mengukur tekanan dalam satu sistem iaitu kPa, psi dan
bar. Kesemua udara akan kembali ke atmosfera berdasarkan persamaan unit
di bawah.

1 Atmosfera = 100 kPa (1 Pascal = 1 N/m2)


= 14.5 psi
= 1.01325 bar
J4012/ UNIT 2/3

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

2.1.2 Hukum Boyles

Seperti juga gas, udara tidak mempunyai bentuk tertentu. Jika isipadu sesuatu
jisim dikurangkan, tekanan akan bertambah kerana ianya berkadaran songsang
terhadap isipadu, iaitu jika isipadu dikurangkan sebanyak ½ kali, tekanan
akan bertambah sebanyak 2 kali seperti Gambarajah 2.1 di bawah..

Sumber:
Gambarajah 2.1 : Tekanan daya ke atas omboh SMC Pneumatic

Formula yang membuktikan teori tersebut ialah:

P1V1 = P2V2

2.1.3 Daya

Unit untuk daya ialah Newton. Formulanya ialah:

Daya = Tekanan x Keluasan

Pada masa kini dengan adanya bahan serta teknologi pembuatan silinder di
mana ianya mempunyai tahap geseran yang rendah. Formula untuk mengira
daya efektif , Feff dengan anggaran 10% kerugian ialah:

Feff = P x D2 x 7

Di mana unit daya efektif dalam Newton, unit tekanan dalam bar dan diameter
( D2 ) dalam sm2.
J4012/ UNIT 2/4

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

2.1.4 Dew Point


Wap air terdapat dalam udara sekeliling. Jumlah wap air yang ada boleh
berubah mengikut perubahan suhu. Apabila kita menyatakan bahawa udara
telah padat dengan air, ianya dikenali sebagai “Dew Point”. Jadual 2.1
menunjukkan perkadaran penyejatan air di dalam udara berbanding suhu.

Jadual 2.1 : Penyejatan air di dalam udara Sumber:


SMC Pneumatic

Untuk mendapatkan kandungan air dalam udara, lakarkan garisan oC kepada


lengkung dan tudingkan (ukuran kedua ialah kepada bahagian kiri graf iaitu
turus gH20/m3 untuk mendapatkan nilai air yang maksimum. Kelembapan
bandingan ( Relative Humudity) adalah penyukatan peratus air dalam satu
isipadu angin/udara, berbanding dengan nilai maksimum udara berdasarkan
suhu tertentu. Garisan melengkung pada Gambarajah 2.2 mewakili garisan
Dew Point atau 100% RH, untuk julat suhu tertentu.

Rajah 2.2 : Garis lengkung Dew Point Sumber:


SMC Pneumatic
J4012/ UNIT 2/5

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

AKTIVITI 2a

Soalan 2a-1

Isikan tempat kosong di bawah:-


1. Sistem mampatan boleh didapati dikebanyakkan kilang berkuasa di antara
_______hingga_______kPa
2. Terdapat 3 cara untuk mengukur tekanan iaitu ___________, _________ dan
___________
3. Bagi nilai tekanan,1 atm adalah bersamaan dengan ___________bar.
4. Hukum Boyles menyatakan bahawa jika isipadu suatu jisim dikurangkan, tekanan
akan __________
5. Unit untuk daya ialah___________

Soalan 2a-2
Sila isikan rumus yang berkaitan pada ruang yang disediakan di bawah.

PERKARA RUMUS

1. Hukum Boyles

2. Daya

3. Daya Efektif
J4012/ UNIT 2/6

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI

Jawapan 2a-1

1. 700,800
2. kPa,psi dan bar
3. 1.035
4. bertambah
5. Newton

Jawapan 2a-2

1. P1V1 = P2V2
2. Daya = Tekanan x Keluasan
3. Feff = P x D2 x 7
J4012/ UNIT 2/7

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

INPUT

2.2 PEMAMPAT UDARA

Pemampat udara memampatkan udara dari tekanan atmosfera ke satu tekanan yang
lebih tinggi. Ini dilakukan oleh pemampat iaitu dengan mengurangkan isipadu udara
itu. Bagi kiraan udara dianggap sebagai mengalami satu proses politropik.

Udara yang dibekalkan mestilah bersih daripada minyak dan bahan cemar. Keadaan
seumpama ini amat penting dalam memproses makanan dan penyenggaraan
peralatan. Udara dimampatkan supaya boleh disimpan dan digunakan untuk
membekalkan tenaga yang berkesan kepada kendalian mesin. Kegunaan udara
termampat adalah seperti di bawah;

Mengendalikan alatan salingan contohnya penukul ribet, penukul menyerpih,


pengorek, pemecah konkrit dan sebagainya.
Mengendalikan alatan berputar contohnya motor udara, pencanai, gerudi, reamer,
pam kendalian udara, wrenches dan sebagainya.
Menyembur cat, minyak, racun serangga dan sebagainya.
Mengendalikan omboh-omboh udara untuk alat penekan, pembuka pintu,
pengangkat, pencengkam dan sebagainya.
Semburan udara untuk tujuan pembersihan.
Mengembangkan tayar kenderaan.
Memulakan enjin diesel yang besar
Mengendalikan alatan kawalan, injap dan sebagainya.

Udara ialah gabungan dari beberapa jenis gas yang menyelubungi bumi sehingga
ketinggian 50,000 meter dari aras laut. Tekanan udara berkadar songsang dengan
altitud atau tinggi, iaitu tekanan udara akan berkurangan pada altitud yang tinggi.
Titik rujukan ialah aras laut di mana tekanan udara (atmosfera) ialah 1.01325 bar
(101.325 kPa). Pada aras 100 meter di atas permukaan laut, tekanan udara ialah 1.00
bar (100 kPa) bagi setiap 100 meter. Apabila pemampat udara dikendalikan pada
altitud tinggi, kecekapannya akan berkurangan.
J4012/ UNIT 2/8

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

2.3 JENIS-JENIS PEMAMPAT

Pemampat udara boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama seperti di
bawah.

Pemampat

Jenis Anjakan Positif Jenis Dinamik


i. Jenis salingan i. Jenis aliran jejari
ii. Jenis putaran ii. Jenis aliran paksi

2.3.1 Pemampat Jenis Anjakan Positif

Pemampat udara anjakan positif merupakan mesin dengan sekumpulan


isipadu udara atau gas yang diletakkan di dalam bekas tertutup kerana
tekanan akan meningkat apabila isipadu tersebut dikurangkan. Pemampat
udara anjakan positif biasa digunakan di dalam loji-loji pemampat udara
untuk kawalan pneumatik. Pemampat ini terdiri dari dua jenis yang utama
iaitu jenis salingan dan berputar.

Pemampat jenis anjakan positif terbahagi kepada dua kategori iaitu :-


1. Pemampat jenis salingan
2. Pemampat jenis putaran

2.3.1.1 Pemampat Jenis Salingan


Pemampat jenis salingan terbahagi kepada dua :-
1. pemampat omboh satu peringkat dan dua peringkat
2. pemampat jenis gegendang

 Pemampat omboh satu dan dua peringkat


Pemampat jenis ini menggunakan gerakan piston dalam silinder
untuk memampatkan udara. Biasanya udara termampat
dihasilkan melalui proses mampatan dalam satu atau beberapa
peringkat. Pemampat salingan satu peringkat menghasilkan
J4012/ UNIT 2/9

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

tekanan udara yang lebih rendah daripada pemampat salingan


dua peringkat.

Pemampat salingan satu peringkat memampatkan udara dalam


silinder dengan menggunakan satu piston sahaja. Piston
digerakkan ke bawah dan udara atmosfera disedut masuk ke
ruang silinder melalui liang sedutan seperti rajah 2.3(a).
Apabila injap sedutan terbuka, injap hantaran adalah dalam
keadaan tertutup. Selepas itu proses hantaran bermula dengan
piston bergerak ke atas, injap hantaran terbuka dan injap
sedutan tertutup. Udara dalam ruang atas piston dalam silinder
akan ditolak keluar melalui liang hantaran ke penerima seperti
rajah 2.3(b). Proses ini memampatkan udara sehingga ke suatu
tekanan yang telah dilaraskan.
Injap Injap hantaran
sedutan
Liang Liang hantaran
sedutan
Omboh

Sumber :
Pneumatic Control for
Industrial Automation,
AE Press, 1987
(a) Proses Sedutan (b)Proses Hantaran
Rajah 2.3 : Keratan rentas dan proses pemampat salingan satu peringkat.

Sumber :
SMC Pneumatic

Gambarajah 2.4 : Pemampat salingan satu peringkat


J4012/ UNIT 2/10

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Pemampat salingan dua peringkat memampatkan udara dengan


menggunakan dua piston. Udara disedut ke dalam ruang atas
piston dalam silinder pertama dan dihantar dengan satu tekanan
ke ruang atas piston dalam silinder kedua untuk dimampatkan
ke tekanan yang lebih tinggi. Proses mampatan pada silinder
pertama menghasilkan udara bersuhu tinggi. Penyejuk-antara
digunakan untuk memindahkan haba sebelum udara itu
memasuki silinder kedua.

Liang Sedutan Liang Hantaran


Udara masuk
Silinder Pertama

Silinder Kedua

Omboh Pertama Omboh Kedua

Saluran Udara
Termampat

Air Penyejuk Keluar Air Penyejuk Masuk


Sumber:
Pneumatic Control for
Industrial Automation,
Penyejuk Antara AE Press, 1987.

Rajah 2.5 : Keratan rentas dan operasi pemampat dua peringkat

Sumber :
SMC Pneumatic

Gambarajah 2.6 : Pemampat dua peringkat


J4012/ UNIT 2/11

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

 Pemampat jenis gegendang

Merujuk kepada rajah 2.7, ianya adalah sama seperti pemampat


berpiston tetapi piston digantikan dengan pemasangan cakera
dan gegendang. Gegendang disambungkan dengan cakera dan
dinding silinder. Udara hanya masuk dan keluar setakat ruang
di dalam gegendang sahaja.

Injap

Gegendang

Sumber:
Pneumatic Control for
Industrial Automation,
AE Press, 1987.

Rajah 2.7 : Pemampat salingan jenis gegendang

2.3.1.2 Pemampat Jenis Putaran


Pemampat Jenis Putaran terbahagi kepada dua iaitu :-
1. Pemampat Jenis Ram Gelangsar
2. Pemampat Jenis Skru

 Pemampat Ram Gelangsar


Pemampat ini padat, berkelajuan tinggi, bebas dari pencemaran
pelincir dan selalunya mempunyai kecekapan yang lebih tinggi
dari pemampat jenis emparan tetapi tidaklah setinggi kecekapan
pemampat jenis salingan.Pemampat jenis putaran boleh
menghasilkan tekanan antara 400 kN/m – 800 kN/m.
Keupayaannya boleh mencapai 100 m/min. Unsur asasnya ialah
J4012/ UNIT 2/12

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

pemutar dan beberapa keping ram yang bebas melunsur secara


jejarian di dalam satu selongsong seperti gambarajah 2.8 di bawah.

(a) (b)
Sumber :
SMC Pneumatic

Gambarajah 2.8 : Menunjukkan (a) ram gelangsar dan


(b) keratan rentas ram gelangsar

 Pemampat Jenis Skru


Pemampat jenis skru menggunakan minyak pelincir sebagai
pelindung daripada kebocoran. Ianya sesuai digunakan jika beban
yang dikenakan padanya tidak berubah. Masalah pemampat jenis
skru ialah angin mampat yang dihasilkan mempunyai kandungan
minyak, oleh itu ianya memerlukan penapis minyak yang dipasang
secara siri dibahagian keluaran.

Putaran

Sumber:
Pneumatic Control for
Industrial Automation,
AE Press, 1987.
Keluaran Masukan

Gambarajah 2.9 : Pemampat Udara Jenis Skru


J4012/ UNIT 2/13

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

2.3.2 Pemampat Jenis Dinamik

Udara atau gas yang dimampatkan melalui gerakan dinamik ram yang
berputar menghasilkan halaju dan tekanan kepada udara atau gas yang
mengalir. Aliran udara di dalam aliran paksi adalah sama arah dengan
gerakan gandar, manakala di dalam pemampat emparan, pengaliran udara
adalah sama arah dengan putaran jejarinya. Kadangkala pemampat
emparan disebut sebagai penghembus atau peniup bergantung kepada
bagaiman dinamiknya gerakan udara. Pemampat jenis ini digunakan
apabila kadar aliran dan isipadu yang tinggi diperlukan.

Pemampat jenis dinamik biasanya tidak dapat menghasilkan tekanan yang


tinggi oleh itu ia tidak digunakan sebagai pemampat kepada sistem
pneumatik. Walaupun ia dapat menghasilkan kuantiti udara yang tinggi
tetapi ia hanya berfungsi sebagai kipas atau penghembus.

Sumber:
Pneumatic Control for
Industrial Automation,
AE Press, 1987.
(a) (b)

Gambarajah 2.10 : (a) Jenis Aliran Paksi, dan (b) Jenis Aliran Jejari
J4012/ UNIT 2/14

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

2.4 PENGHASILAN UDARA BEBAS

Penghantaran udara bebas ditakrifkan sebagai penghantaran udara pada keadaan


tekanan atmosfera adalah berbeza dari tempat ke tempat maka suatu piawai udara
selalu digunakan dan dikenali sebagai udara bebas piawai. Bagi udara bebas piawai
tekanan diambil sebagai 1.010 bar dan suhu 00 C.

2.4.1 Kelengkapan Sistem Mampatan udara

Sistem mampatan udara memerlukan kelengkapan tertentu bagi memastikan


kerja pemampatan dapat dilaksanakan dengan baik. Di antara kelengkapan
sistem mampatan udara adalah seperti berikut :-

Turus Sedutan dan Penyenyap


Tabung Udara
Injap Pelega
Unit Servis atau Unit Khidmat

Gambarajah 2.11, menunjukkan susunan loji dan unit-unit utama pemampat


udara.

Gambarajah 2.11 : Loji Pemampat Udara


J4012/ UNIT 2/15

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

2.4.1.1 Turas Sedutan dan Penyenyap

Setiap sistem pemampat memerlukan turas sedutan untuk mengeluarkan


zarah-zarah kotoran sebelum udara memasuki liang masuk. Turas ini
biasanya jenis kubang minyak atau elemen kertas yang memerlukan
senggaraan atau gantian dari masa ke semasa.

Satu penyenyap adakalanya diperlukan bagi melenyapkan kebisingan


udara yang memasuki pemampat. Ia boleh dipasang sebelum atau selepas
turas bergantung kepada kesan penyenyap yang diperlukan.

2.4.1.2 Tabung Udara

Pemampat sama ada yang besar atau kecil selalunya dilengkapkan dengan
satu penerima udara. Penerima hanyalah sebuah takungan atau tangki
yang dapat diisikan dengan udara termampat.

Fungsi Tabung Udara adalah seperti berikut :-

Menapis udara yang masuk ke dalam sistem utama (Penapis Masukan)


Menyimpan udara termampat bagi mengelakkan pemampat beroperasi
secara berterusan.
Meredan denyutan tekanan yang datang daripada pemampat atau
sistem pneumatik.
Memindah haba bagi menyejukkan udara termampat bagi
menggalakkan peluwap menitis ke bawah takungan sebelum udara
disalurkan ke sistem pneumatik.
Mengumpul peluwap dan cemaran daripada udara.
Injap pelega yang berada dibahagian atas tabung udara berfungsi untuk
mengawal tekanan yang berlebihan.
J4012/ UNIT 2/16

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Injap
Pelega

Keluaran

Masukan

Injap
Pelepasan
Sumber:
SMC Pneumatic

Gambarajah 2.12 : Tabung Udara dan Simbol Piawainya

2.4.1.3 Injap Pelega

Alat ini merupakan penerima udara yang dipasang di tempat perantaraan


untuk menyamankan tekanan yang berubah-ubah di dalam sistem dan
memastikan tekanan kendalian sentiasa malar. Penumpuk perantaraan
hendaklah dipasang pada tiap-tiap loji yang menggunakan bekalan pusat
udara termampat. Dengan kewujudan penumpuk di dalam susunan loji,
tekanan dalam talian panjang terpampas menyusut dan halaju aliran dalam
saluran dapat disenggarakan dengan mudah.

2.4.1.4 Unit Servis atau Unit Khidmat

Alat ini merupakan satu pakej yang mengandungi turas udara, pengatur
tekanan dan pelincir seperti gambarajah 2.13 di bawah.
J4012/ UNIT 2/17

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Sumber:
Pneumatic Control for
Industrial Automation,
AE Press, 1987.

PENAPIS PENGATUR
UDARA PELINCIR
TEKANAN

Gambarajah 2.13 : Unit Servis

Penapis udara - penapis udara digunakan untuk


membersihkan udara termampat
daripada segala kekotoran dan
juga air terpeluwap yang
Sumber : terkumpul.
SMC Pneumatic

Gambarajah 2.14: Penapis udara

Pengatur Tekanan- Pengatur tekanan merupakan injap


penurun yang memastikan
tekanan kerja yang besar
berkeadaan malar walaupun
terdapat ketidakseimbangan
dalam tekanan udara utama dan
kadar penggunaan udara. Tekanan
Sumber : masukan hendaklah sentiasa lebih
SMC Pneumatic
tinggi daripada tekanan keluaran.

Gambarajah 2.15: Pengatur tekanan


J4012/ UNIT 2/18

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Pelincir - Bekalan pelincir yang mencukupi


diperlukan untuk peralatan
pneumatik. Pemasangan saluran
dibuat secara perpaipan. Paip
diperbuat daripada getah, plastik
ataupun logam. Paip yang
Sumber : digunakan sebagai saluran gas tidak
SMC Pneumatic boleh digunakan sama sekali.
Perkara-perkara penting yang mesti
diperhatikan dalam pemasangan
Gambarajah 2.16: Pelincir saluran paip ialah halaju aliran dan
susutan tekanan dalam paip dan
sendi di sepanjang perpaipan utama.
J4012/ UNIT 2/19

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

AKTIVITI 2b

Soalan 2b-1
Isikan tempat kosong di bawah.

Pemampat

1.____________________ 2.___________________
i.________________________ i. ________________________
ii________________________ ii.________________________

Soalan 2b-2
Nyatakan empat kelengkapan sistem mampatan
1._____________________________________
2._____________________________________
3._____________________________________
4._____________________________________

Soalan 2b-3
Unit servis terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
1.______________________________
2.______________________________
3._______________________________
J4012/ UNIT 2/20

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 2b

Jawapan 2b-1

Pemampat

1. Jenis Anjakan Positif 2. Jenis Dinamik


i. Jenis salingan i. Jenis aliran jejari
ii. Jenis putaran ii. Jenis aliran paksi

Jawapan 2b-2
1. Turus sedutan dan penyenyap
2. Tabung Udara
3. Injap pelega
4. Unit servis atau unit khidmat

Jawapan 2b-3
1. Penapis Udara
2. Pengatur tekanan
3. Pelincir
J4012/ UNIT 2/21

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

2.4 PENYAHIDRATAN UDARA

Fungsi proses penyahidratan udara ialah untuk menurunkan suhu dan


mengeringkan udara selepas proses pemampatan. Proses penyahidratan udara
boleh dibahagikan kepada dua bahagian seperti di bawah;

 Pendingin Lanjutan
 Pengering Udara

2.4.1 Pendingin lanjutan

Pendingin lanjutan juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu;

Dingin Udara – Proses penyejukan dilakukan dengan menggunakan


udara.
Dingin Air – Proses penyejukan dilakukan dengan menggunakan air
sebagai bahantara.

Sumber : Sumber :
Pneumatic Control for SMC Pneumatic
Industrial Automation,
AE Press, 1987.

Gambarajah 2.17 : Unit Dingin Udara


J4012/ UNIT 2/22

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Sumber :
Pneumatic Control for
Industrial Automation, Sumber:
AE Press, 1987. SMC Pneumatic

Gambarajah 2.18 : Unit Dingin Air

2.5.2 Pengering Udara

Pengering udara boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang utama iaitu:-
 Jenis Serapan
 Jenis Jerapan
 Jenis Bahan Pendingin

2.5.2.1 Pengering Jenis Resapan

Pengering jenis resapan menggunakan kimia jenis kelembapcairan


bagi menyerap air daripada udara. Setelah menyerap air kimia ini
akan menjadi cecair. Diantara kimia yang selalu digunakan adalah
urea, lithium dan kalsium klorida. Gambarajah Unit Pengering Jenis
Resapan adalah gambarajah 2.19 di bawah.

Sumber :
SMC Pneumatic

Gambarajah 2.19 :Unit Pengering Jenis Resapan


J4012/ UNIT 2/23

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Silinder penakung dibina untuk menyimpan bahan kimia penyerap


dalam jumlah yang banyak. Udara yang dimampat mengalir masuk
daripada bahagian bawah silinder penakung dan mengalir ke aras atas
menerusi bahan penyerap sebelum udara kering dialirkan keluar.
Bahan kimia yang menyerap lembapan dari udara akan menjadi
lembap dan cair lalu menitik ke bawah. Bahan kimia di dalam
penakung akan berkurangan dan perlu ditambah dari masa ke semasa
melalui ruang menambah di bahagian atas penakung.

2.5.2.2 Pengering Jenis Jerapan (Adsorption )

Pengering jenis ini menggunakan kaedah kimia bagi mengeringkan


udara. Kaedah jerapan bermakna air daripada udara akan melekat
pada permukaan kimia pengering yang digunakan.Bahan pengering
ini biasanya terdiri daripada jel silika dan alumina teraktif yang
diisikan ke dalam silinder. Gambarajah Unit Pengering Jenis Jerapan
adalah seperti di bawah :-

Sumber :
SMC Pneumatic
Gambarajah 2.20 : Unit Pengering Jenis Jerapan

Udara basah akan masuk dari bahagian bawah dan keluar sebagai
udara kering di bahagian atas. Sekiranya udara yang lebih kering
J4012/ UNIT 2/24

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

diperlukan, udara akan dialirkan semula ke silinder kedua dan


dikeluarkan di bahagian bawah silinder kedua.

2.5.2.3 Pengering Bahan Pendingin

Udara yang telah dimampatkan kira-kira pada suhu 44oC masuk


melalui salur masuk melalui paip. Udara basah mengalir terus melalui
penyejuk udara ke udara dan terus ke pemisah air. Pada pemisah air,
air yang terkumpul akan menitik ke bawah. Udara yang separuh
kering dan sejuk dialirkan terus ke penyejuk “ udara ke bahan
penyejuk” dan keluar ke pemisah air kedua di mana air yang
terkumpul akan menitik ke bawah. Udara yang telah kering dan sejuk
dialirkan pula ke penyejuk “udara ke udara” sebelum udara dialirkan
ke sistem. Udara yang keluar dari Pengering Penyejuk merupakan
udara kering dan sejuk. Suhu yang keluar lebih kurang 2oC.
Gambarajah 2.21 di bawah menunjukkan unit pengering bahan
pendingin.

Gambarajah 2.21 : Unit Pengering Bahan Pendingin


J4012/ UNIT 2/25

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

AKTIVITI 2c

Soalan 2c-1
Sila isikan jawapan anda pada ruang kosong yang disediakan ;

a. Mengikut Hukum Boyle, apabila isipadu jisim ……………….. tekanan udara


akan bertambah.

b. Unit …………… digunakan untuk mengukur daya.

c. Mengikut Hukum Dew Point jumlah ………………. boleh berubah mengikut


perubahan suhu.

d. Penyukat peratus air dalam satu isipadu udara dipanggil ……………………

e. Udara yang dibekalkan kepada sistem pneumatik mestilah bersih daripada


……………….. dan ………………..

f. Titik rujukan aras laut dimana tekanan udara ialah bersamaan ………………. bar.

g. Jenis pemampat boleh dibahagikan kepada dua iaitu ………………… dan


………………..
h. Pemampat jenis ………………. menggunakan minyak pelincir sebagai pelindung
daripada kebocoran.

i. Tabung udara digunakan untuk …………………………

j. Fungsi proses penyahidratan udara ialah untuk menurunkan suhu dan


…………………

k. Dingin ……………… merupakan proses penyejukkan yang dilakukan dengan


menggunakan udara.

l. Pengering jenis …………………. menggunakan bahan kimia untuk menyerap


udara lembab daripada udara disekeliling.
J4012/ UNIT 2/26

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Soalan 2c-2
Sila pilih dan padankan maklumat pada senarai 1 dengan item pada senarai 2.
Senarai 1 Senarai 2
i. Mempunyai satu piston sahaja yang a. Pemampat jenis skru
digerakkan ke atas dan ke bawah

ii. Mempunyai dua piston, satu b. Pemampat salingan satu


bertekanan rendah dan satu peringkat.
bertekanan tinggi.

iii. Berputar dengan kelajuan tinggi c. Pemampat salingan dua


dan bebas dari pencemaran pelincir. peringkat.

iv. Menggunakan minyak pelincir d. Pemampat jenis pump


sebagai pelindung daripada gelansar.
kebocoran.

e. Pemampat aliran paksi.


J4012/ UNIT 2/27

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 2c

Soalan 2c-1

a. Berkurangan g. Anjakan positif, dinamik


b. Newton h. Skru
c. Wap air i. Udara
d. Kelembapan bandingan j. Pengeringan udara
e. Minyak, bahan cemar k. Udara
f. 1.013 bar l. Penyerapan

Soalan 2c-2
Senarai 1 Senarai 2
i. Mempunyai satu piston sahaja yang a. Pemampat jenis skru
digerakkan ke atas dan ke bawah

ii. Mempunyai dua piston, satu b. Pemampat salingan satu


bertekana rendah dan satu peringkat.
bertekanan tinggi.

iii. Berputar dengan kelajuan tinggi c. Pemampat aliran paksi.


dan bebas dari pencemaran pelincir.

iv. Menggunakan minyak pelincir d. Pemampat jenis pump


sebagai pelindung daripada gelansar.
kebocoran.

e. Pemampat salingan dua


peringkat.
J4012/ UNIT 2/29

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

PENILAIAN KENDIRI

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA…!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.

1. Nyatakan DUA kumpulan utama Pemampat Udara


2. Berikan Definasi Penghantaran Udara
3. Senaraikan LIMA kelengkapan system mampatan udara bagi memastikan kerja
pemampatan udara dapat dilaksanakan dengan baik.
4. Dengan bantuan gambarajah, terangkan bagaimana pengering jenis jerapan berfungsi.
5. Terangkan dengan ringkas prinsip kerja pemampat anjakan positif dan anjakan
dinamik.

SELAMAT MENCUBA….
J4012/ UNIT 2/30

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

MAKLUM BALAS KEPADA


PENILAIAN KENDIRI

Jawapan 1
DUA kumpulan utama Pemampat Udara:-

a) Jenis Anjakan Positif


b) Jenis Anjakan Dinamik

Jawapan 2
Definasi penghantaran udara bebas ditakrif sebagai penghantaran udara pada keadaan
atmosfera berbaza dari tempat ke tempat, maka suhu piawai udara selalu digunakan dan
dikenali sebagai Udara bebas piawai. Bagi udara piawai, tekanan diambil 1.010 bar
dan suhu 0° C.

Jawapan 3
Lima kelengkapan sistem mampatan ialah:-

a) Turus sedutan dan penyeyap


b) Penerima udara
c) Penumpuk udara
d) Unit servis atau unit khidmat
e) Pengering dan penyejuk
J4012/ UNIT 2/31

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Jawapan 4

Unit Pengering Jenis Rejapan menggunakan kaedah kimia bagi mengeringkan udara.
Kaedah jerapan bermakna air daripada udara akan melekat pada permukaan kimia
pengering yang digunakan.Bahan pengering ini biasanya terdiri daripada jel silika dan
alumina teraktif yang diisikan ke dalam silinder.

Udara basah akan masuk dari bahagian bawah dan keluar sebagai udara kering di
bahagian atas. Sekiranya udara yang lebih kering diperlukan, udara akan dialirkan
semula ke silinder kedua dan dikeluarkan di bahagian bawah silinder kedua.

Jawapan 5

5a. Pemampat Udara Anjakan Positif

Pemampat udara anjakan positif merupakan mesin dengan sekumpulan isipadu udara
atau gas yang diletakkan di dalam bekas tertutup kerana tekanan akan meningkat
apabila isipadu tersebut dikurangkan. Pemampat udara anjakan positif biasa
digunakan di dalam loji-loji pemampat udara untuk kawalan pneumatik. Pemampat
ini terdiri dari dua jenis yang utama iaitu jenis salingan dan berputar.
J4012/ UNIT 2/32

SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

5b. Pemampat Udara Anjakan Dinamik

Udara atau gas yang dimampatkan melaui gerakan dinamik ram yang berputar
menghasilkan halaju dan tekanan kepada udara atau gas yang mangalir. Aliran udara
di dalam aliran paksi adalah sama arah dengan gerakan gandar, manakala di dalam
pemampat emparan, pengaliran udara adalah sama arah dengan putaran jejarinya.
Kadangkala pemampat emparan disebut sebagai penghembus atau peniup bergantung
kepada bagaiman dinamiknya gerakan udara. Pemampat jenis ini digunakan apabila
kadar aliran dan isipadu yang tinggi diperlukan.

You might also like