You are on page 1of 7

Institut Kemahiran MARA

Kota Kinabalu, Sabah

INFORMATION SHEET

COURSE : DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF (4WD)


SESSION : JAN - JUN 2022 SEMESTER : 3
NYV 3083 PNEUMATIC AND
CODE/SUBJECT : SHEET NO : 1
HYDRAULIC SYSTEM
LECTURER : AWANG ARDIME BIN AWANG MASLEE WEEK : 1

TOPIC : 1.0 INTRODUCTION TO PNEUMATIC SYSTEM

1.1 Fundamentals of pneumatics


SUB-TOPIC :
1.2 Physical of air

LEARNING Setelah mempelajari bab ini, para pelajar akan dapat menggambarkan
OUTCOME : asas-asas sistem pneumatik.

SPECIFIC OBJECTIVES

Setelah mempelajari bab ini, para pelajar sepatutnya boleh:


1.) Menerangkan kandungan udara yang terkandung di atmosfera dan asas-asas fizikal
udara.
2.) Menerangkan ciri-ciri udara dalam bentuk tekanan dan isipadu.

Page - 1 - of 7
PENGENALAN:

1.1 Asas kepada Pneumatik

Sebaik sahaja sistem pneumatik diperkenalkan di Amerika Syarikat, ia mengambil


masa yang agak lama untuk diperkenalkan kepada negara-negara lain
terutamanya Eropah.

Pneumatik telah pun digunakan secara meluas di Amerika Syarikat iaitu sebelum
Perang Dunia II. Jenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah
jenis ‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus. Selepas itu
‘plane slide valve’ diperkenalkan, di mana angin ekzos petunjuk dikeluarkan
melalui sebuah solenoid valve 2/2 yang kecil. Pada kedua-dua perkara yang
disebut di atas, pengawalan adalah menggunakan elektrik dengan litar relay.
Dengan adanya ramai juru elektrik, tidaklah menjadi masalah untuk membina
kabinet kawalan yang agak baik.

Di Eropah, pneumatik hanya diperkenalkan selepas Perang Dunia II, di mana


pada masa tersebut Eropah mengalami zaman kemelesetan. Dengan ini, ia tidak
mempunyai teknologi yang tinggi untuk pembuatan injap tanpa ‘seal’, seperti yang
digunakan di Amerika Syarikat sebelum perang berlaku.

Dengan itu pengeluaran yang pertamanya adalah agak mudah dan injap ‘poppet’
banyak dikeluarkan. Injap kuasa poppet hanya boleh beroperasi dengan piston
pneumatik. Untuk mengatasi daya operasi angin yang tinggi, kawalan pneumatik
dimajukan. Selain daripada itu, pemanduan solenoid pada masa itu tidaklah
mempunyai ‘reliability’ yang baik.

Untuk mengelakkan penyambungan lemah di antara kawalan elektrik dan kuasa


pneumatik, kawalan pneumatik sahaja dimajukan ke tahap yang lebih tinggi di
Eropah, menggantikan operasi pemanduan solenoid dan kawalan elektrik.

Page - 2 - of 7
Pada tahun 1960-an, teknologi baru dari Amerika Syarikat diperkenalkan pada
semua negara perindustrian di dunia iaitu “Fluidics” dan teknologi pneumatik
switching (tanpa alatan bergerak). Kedua-dua prinsip utama ini, yang diasaskan
dari “Wall Attachment” (Coanda Effect) dan “Turbulence Amplifiers”, lenyap
sebaik sahaja ia diperkenalkan tanpa mendapat peranan yang agak popular.
Salah satu sebab kejatuhan projek ini ialah kos kawalan elektrik pada masa itu
sangat tinggi. Selain daripada itu, pengetahuan dan komponen adalah
berkurangan untuk membina bekalan ‘fluidics’ yang sesuai. Pada masa sekarang,
solenoid yang beroperasi mempunyai reliability yang tinggi dan tahan lama.

Kelebihan sistem pneumatik

Secara asasnya terdapat tiga kaedah untuk menyampaikan kuasa: elektrik,


mekanikal dan kuasa bendalir. Walau bagaimanapun, sistem kuasa bendalir
mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Berikut adalah kelebihan sistem kuasa
bendalir:

 Mudah dan tepat bila dikawal.


Hanya dengan menggunakan tuil yang mudah dan butang tekan operator
dengan mudah dapat memulakan, menghentikan, menambah atau
mengurangkan kelajuan sistem kuasa bendalir. Sebagai contoh gear
pendaratan kapal terbang; juruterbang hanya perlu menekan butang untuk
menggerakkan sistem hidraulik bagi mengeluarkan tayar pesawat semasa
pendaratan.

 Boleh meningkatkan daya.


Sistem kuasa bendalir, tanpa menggunakan gear, takal atau tuil boleh
rneningkatkan daya tindakan dari 1 N contohnya ke beberapa kali ganda. Ini
dapat dilihat pada pengangkat hidraulik.

 Daya kilas atau daya yang seragam.


Hanya sistem kuasa bendalir sahaja yang dapat menghasilkan daya atau
daya kilas yang seragam walaupun kelajuannya berubah-ubah.

Page - 3 - of 7
 Mudah, selamat, dan ekonomik.
Secara umumnya sistem kuasa bendalir menggunakan sedikit bahagian
yang bergerak berbanding dengan sistem mekanikal atau elektrik. Oleh itu,
sistem kuasa bendalir mudah diselenggara dan dikendalikan. Seterusnya
sistem kuasa bendalir akan dapat memaksimumkan aspek keselamatan,
kepadatan sistem dan ketahanannya.

1.2 Fizikal Udara

Udara adalah hasil gabungan gas yang terjadi dengan campuran berikut:
 Nitrogen = ± 78%
 Oksigen = ± 21%
Ia juga mengandungi pelbagai gas-gas lain seperti karbon dioksida, argon,
hidrogen, neon, helium kripton dan xenon.
Untuk lebih mengenali ciri-ciri udara dengan lebih lanjut, lebih baik dimulakan
dengan mengetahui asas-asas dimensi fizikal yang akan digunakan nanti seperti
yang ditunjukkan dalam jadual 1.1 da 1.2 di sebelah. Data-data ini adalah
berpandukan kepada ‘International System of Units’ ataupun unit SI.

UNIT ASAS
Kuantiti Simbol Unit
Panjang L Meter (m)
Jisim m Kilogram (kg)
Masa t Saat (s)
Suhu T Kelvin (K, 0°C = 273.15 K)

Jadual 1.2.1: Unit Asas

Page - 4 - of 7
UNIT GABUNGAN
Kuantiti Simbol Unit
Daya F Newton (N) = 1 kg x m/s2
Luas A Meter persegi (m2)
Isipadu V Meter padu (m3)
Kadar alir qv (m3/s)
Tekanan p Pascal (Pa)
1 Pa = 1 N/m2
1 bar = 105 Pa

Jadual 1.2.2: Unit Gabungan

Hukum Newton:
Daya = Jisim x Pecutan
F = ma di mana, a digantikan kepada pecutan graviti iaitu g = 9.81 m/s2.

Tekanan:
1 Pascal adalah bersamaan dengan tekanan malar di atas permukaan yang
mempunyai luas 1 m2 dikenakan arah daya menegak 1 Newton.

Tekanan yang mendesak ke permukaan bumi dikenali sebagai tekanan atmosfera


(pamb). Tekanan ini juga dikenali sebagai tekanan rujukan. Tekanan yang
terbentuk lebih tinggi dari tekanan ini dikenali sebagai kawasan bertekanan tinggi
(pexcess > 0), manakala tekanan yang lebih rendah daripada tekanan atmosfera ini
dikenali sebagai kawasan hampagas (vakum) iaitu (pexcess < 0).

Jadi, perbezaan tekanan atmosfera pe dikira berdasarkan formula:


pe  pabs  pamb

Page - 5 - of 7
Ini boleh digambarkan dengan gambarajah 1.1 di bawah:

P kPa (bar)

Pabs, 1
pe, 1>0

Fluctuating
atmospheric Pamb ≈ 100 kPa (I bar)
pressure
Pe, 2<0)

pamb PABS, 2
0 Pabs = 0 kPa

Gambarajah 1.2.1: Tekanan Udara

Tekanan atmosfera adalah tidak mempunyai tekanan yang tetap. Ia berubah


bergantung kepada bentuk geografi muka bumi sesuatu kawasan tersebut dan
cuacanya.

Tekanan mutlak pabs adalah nilai yang terjadi di antara tekanan Zero –Vacuum. Ia
adalah bersamaan dengan jumlah tekanan atmosfera dan lebihan tekanan atau
vakum. Secara amali, tolok tekanan yang hanya digunakan adalah untuk
mengukur lebihan tekanan (tekanan tinggi). Tetapi nilai bagi tekanan mutlak pabs
adalah lebih kurang 100 kPa (1 bar) lebih tinggi.

Secara umumnya, setiap data yang mengandungi kuantiti udara adalah merujuk
kepada keadaan piawai. Menurut DIN 1343, keadaan piawai bermaksud status
keadaan bahan itu samada berbentuk pepejal, cecair atau gas bergantung
kepada keadaan suhu dan tekanan yang piawai.
 Suhu piawai = Tn = 273.15 K, Tn = 0° C
 Tekanan piawai = pn = 101325 Pa = 1.01325 bar.

Page - 6 - of 7
REFERENCES:

1) Pneumatics, Basic Level TP, 101 Textbook, by FESTO DIDACTIC.


2) KUASA BENDALIR, Khairul Rijal, UTM.

Page - 7 - of 7

You might also like