You are on page 1of 2

- Company letterhead -

XX NOVEMBER 2020 (Each group should have your own date-immediately after the
company agreed to join the CIP Project)

DR. AHMAD FAREED ISMAIL


Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan,
Fakulti Sains dan Teknologi Makanan,
Universiti Putra Malaysia,
43400, Serdang,
SELANGOR, MALAYSIA

Tuan,
PERSETUJUAN MENYERTAI PROGRAM COMMUNITY INTERNET PROJECT-UNIVERSITI
PUTRA MALAYSIA (CIP-UPM) 2020/2021 – BAGI KUMPULAN PELAJAR YANG MENGAMBIL
KURSUS SISTEM MAKLUMAT DALAM INDUSTRI MAKANAN (FSM 4401), SEMESTER 1, SESI
2020/2021

Kami dengan sukacitanya bersetuju untuk memberikan kerjasama kepada para pelajar Dr.
Ahmad Fareed Ismail bagi membantu kami menganalisa aktiviti Pemasaran Internet/
Internet Marketing semasa yang telah kami NAMA SYARIKAT laksanakan dan juga suasana
pemasaran Internet yang berkaitan dengan syarikat kami. Kami juga bersetuju untuk
membenarkan mereka membangunkan laman sesawang rasmi, syarikat kami menggunakan
aplikasi Wix.com. Sehubungan dengan itu, pihak syarikat kami akan memberikan kerjasama
diperlukan para pelajar berkenaan dalam usaha mereka membantu kami membangunkan
laman sesawang berkenaan. Pihak kami juga amat berbesar hati untuk membenarkan para
pelajar terbabit membantu kami untuk membangunkan laman web syarikat kami dengan
tujuan bagi memberikan pendedahan industri kepada mereka secara sukarela.

Kami telah dimaklumkan bahawa para pelajar berkenaan akan memberikan pembentangan
cadangan prototaip laman sesawang syarikat kami sebelum 27 Disember 2020 secara atas
talian. Justeru, kami akan memberikan peluang kepada mereka untuk melaksanakan
pembentangan tersebut dan bersedia memberikan pemarkahan dan maklumbalas
sewajarnya kepada usaha mereka ini. Selain itu, kami yakin peluang yang diberikan kepada
para pelajar ini memberikan mereka peluang untuk meningkatkan keupayaan berinteraksi

1
dengan baik dan yang paling utama mempraktikkan ilmu yang mereka timba kepada
komuniti.
Akhirnya, kami sangat teruja untuk merealisasikan kerjasama ini dan akan terus berhubung
dengan Dr. Fareed atau wakilnya dalam usaha-usaha penambahbaikan laman web
berkenaan atau apa juga berkaitan pemasaran Internet secara lestari diantara kedua-dua
pihak. Kami juga mengambil maklum bahawa satu sesi penerangan dan pendedahan
(sebelum 24 Januari 2021) untuk penggunaan berkesan laman sesawang yang telah
dibangunkan itu nanti akan juga para pelajar ini adakan untuk membantu kami memastikan
keberlangsungan laman sesawang rasmi kami seprti yang kami harapkan. Kerjasama antara
Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM dengan NAMA SYARIKAT ini menerusi program
CIP-UPM kelolaan dan dibawah seliaan Dr. Ahmad Fareed Ismail ini, amatlah diharapkan
akan berterusan pada masa yang akan datang demi kebaikan kita bersama.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

Tanda Tangan

Nama CEO/Pegawai Terbabit

Jawatan,

alamat

Email: email@gmail.com

No.hubungan:

You might also like