You are on page 1of 3

‫سکوله منڠه ساءين س ݢواموسڠ‬

SEKOLAH MENENGAH SAINS GUA MUSANG


18300 GUA MUSANG, KELANTAN
Telefon :09-9123698
Faks: 09-9122497
Emel:pengetua.smsgm@moe.gov.my

Ruj.Kami:
SMSGM.700-1/1/1( )
Tarikh : 8 Januari
2022

Kepada :

Ibu bapa /Penjaga Pelajar


Sekolah Menengah Sains Gua Musang

Tuan /puan

JADUAL PENGAMBILAN BARANG / BUKU DI ASRAMA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah Menengah Sains Gua Musang


membenarkan murid untk mengambil barang di asrama dan kelas mengikut
ketetapan tarikh, masa dan giliran yang telah ditetapkan seperti dalam lampiran.

3. Justeru itu pihak sekolah memohon agar pihak tuan / puan dapat mematuhi
jadual dan SOP yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan mengenai perkara
tersebut boleh menghubungi En. Hafizee bin Hashim ( Penolong Kanan HEM) di talian
013 -8754730

4. Kerjasama Tuan/Puan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan amanah,

HAFIZEE BIN HASHIM


Penolong Kanan HEM
SM Sains Gua Musang
NOTIS PEMBERITAHUAN
JADUAL PENGILIRAN PENGAMBILAN BARANG
(Urusan pengambilan barang di asrama adalah secara sukarela / tiada
paksaan )

TARIKH HARI KAWASAN MASA TINGKATAN


14/1 -15/1 JUMAAT & SABTU KELANTAN
9.00 PG – 4.30 PTG TING 1, 2, & 3
16/1/2022 AHAD SELAIN KELANTAN

GARIS PANDUAN MENGAMBIL BARANG DI ASRAMA


SEKOLAH MENENGAH SAINS GUA MUSANG

1. Sila patuhi jadual yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang


kesesakan di asrama, blok kelas dan lalu lintas.

2. Murid bersama SEORANG ibu ATAU bapa ATAU penjaga SAHAJA


dikehendaki melapor kehadiran dipondok pengawal. Mereka yang hadir
DIKEHENDAKI mengimbas QR Code yang disediakan dan SARINGAN SUHU
BADAN akan dijalankan.

3. DILARANG masuk bagi sesiapa yang bergejala dan mempunyai suhu


yang melebihi 37.5.

4. Hanya MURID SAHAJA dibenarkan masuk ke asrama. Ahli/waris


keluarga lain dimohon berada di dalam kenderaan di tempat parkir. Tidak
dibenarkan menunggu di kantin.

5. PENJARAKAN FIZIKAL diutamakan. MURID DIKEHENDAKI mengekalkan jarak


1 meter antara satu sama lain di dalam kawasan sekolah dan asrama.
Amalkan 3W (Wash, Wear, Warn) dan Elakkan 3S (Sesak, Sempit, Sembang
dekat).

6. Ibu/Bapa/Penjaga/Murid diingatkan untuk MEMAKAI PELITUP MUKA


sepanjang berada di sekolah & asrama semasa tempoh pengambilan
barang.

7. Ibu/Bapa/Penjaga DILARANG membawa anak jagaan yang disyak /


disahkan tidak sihat atau sakit semasa mengambil barang.

8. Jika ada anak lebh daripada seorang berlainan tingkatan di GUAMSS,


dimohon untuk memilih mana-mana sesi yang bersesuaian.

9. PASTIKAN SAMPAH DI BUANG DI DALAM TONG SAMPAH.

10. Masa yang ditetapkan adalah 20 MINIT SAHAJA di asrama bagi setiap
orang.
11. DILARANG BERHIMPUN di dalam DORM . Elakkan berbual kosong
sebaliknya anda perlu menyelesaikan urusan/tugasan pengambilan barang
anda dengan SEGERA.

12. DILARANG berkumpul/berbincang dengan rakan-rakan ibu bapa lain


semasa dalam kawasan sekolah dan asrama. Segera meninggalkan sekolah
apabila selesai urusan.

13. DIlarang bersalaman atau bersentuhan antara rakan-rakan.

14. Gunakan hand sanitizer sebelum dan selepas masuk asrama atau
sekolah.

15. DILARANG MENGAMBIL BARANG YANG BUKAN HAK MILIK SENDIRI.

Pihak sekolah mohon agar SOP ini dipatuhi oleh Ibu/Bapa/Penjaga/Murid dan
semua pihak bertanggungjawab serta memberi kerjasama yang terbaik.

SAMA-SAMA KITA MENCEGAH PENULARAN COVID – 19.

Arahan
PENGURUSAN SEKOLAH
SM SAINS GUA MUSANG

You might also like