You are on page 1of 416

SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN BERTULIS DARIPADA

Y.A.B. KETUA MENTERI


I. Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
1. Ekoran daripada dua kes perkahwinan gadis di bawah umur baru-baru ini, adakah
Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan meningkatkan had umur perkahwinan kepada
18 tahun?
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Kerajaan Negeri secara dasarnya telah bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan
umur perkahwinan bagi kanak-kanak perempuan kepada 18 tahun dan bagi kanak-kanak
lelaki dikekalkan kepada 18 tahun. Tindakan susulan terhadap cadangan ini sedang
diuruskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang kerana ianya melibatkan pindaan
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam menambahkan hasilnya selain melalui cara
penambakan tanah?
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Pendapatan Kerajaan Negeri adalah daripada 3 sumber hasil iaitu Hasil Cukai, Hasil
Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Berdasarkan prestasi 3 tahun kebelakangan ini
(2015 hingga 2017), purata Hasil Cukai adalah sebanyak 14.81%, Hasil Bukan Cukai
adalah sebanyak 56.35% dan Terimaan Bukan Hasil adalah 28.84%.Oleh itu, Hasil Bukan
Cukai adalah merupakan sumber terbesar yang menyumbang kepada keseluruhan hasil
negeri. Komponen Hasil Bukan Cukai terdiri daripada Bayaran Lesen, Bayaran
Pendaftaran dan Permit, Perkhidmatan dan Bayaran Perkhidmatan Perolehan dari
jualan barang-barang, sewaan, keuntungan pembiayaan dan perolehan pelaburan serta
denda dan hukuman. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan menumpukan kepada
usaha-usaha untuk meningkatkan hasil dari sumber-sumber berkenaan.
Antara usaha dan perancangan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri
dalam meningkatkan hasil dan mengurangkan tunggakan hasil adalah melalui beberapa
pendekatan seperti berikut:
(i) Penguatkuasaan undang-undang bagi mengurangkan tunggakan hasil semasa
oleh semua Jabatan/Agensi Negeri;
(ii) Mewujudkan Pasukan Petugas Khas (Task Force) bagi menyelesaikan isu
tunggakan cukai tanah dan memberi fokus kepada hak milik tanah yang
mempunyai tunggakan yang tinggi;
(iii) Menghantar surat peringatan mulai 1 Jun setiap tahun kepada pemilik-pemilik
tanah yang masih belum membuat bayaran cukai tanah dan mempunyai
tunggakan cukai tanah;
(iv) Menyediakan risalah promosi untuk bayaran cukai tanah terutamanya
perkhidmatan bayaran cukai tanah atas talian (online) dan sentiasa membuat
semakan bayaran cukai tanah (online) dari semasa ke semasa;
(v) Mengeluarkan Notis Peringatan Bayaran Tunggakan Cukai Tanah selepas 31 Mei
setiap tahun ke atas tuan-tuan tanah yang masih belum menjelaskan bayaran
cukai tanah;
(vi) Memantau pengeluaran Notis 6A oleh Pejabat Daerah dan Tanah yang diberikan
kepada pembayar yang enggan membayar cukai tanah. Notis 6A tersebut akan
dikeluarkan bagi proses perampasan tanah oleh Kerajaan Negeri kepada tuan
tanah yang ingkar untuk membuat bayaran;
1
(vii) Memperkenalkan kaedah bayaran sewa dan caj penyelenggaraan bangunan
secara online bermula pada Julai 2018 yang diuruskan oleh Bahagian Perumahan;
dan
(viii) Kerajaan Negeri juga telah melakukan beberapa pelaburan dari lebihan
kewangan Kerajaan Negeri melalui pembelian saham, simpanan tetap dan
pelaburan oleh pengurusan dana. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan sentiasa
memilih pelaburan yang menjamin pelaburan pokok serta berisiko rendah.
Penelitian terhadap perbandingan kadar faedah tertinggi dari institusi kewangan
akan dibuat sebelum sesuatu pelaburan diteruskan. Pemantauan sentiasa dibuat
ke atas saham-saham syarikat tersiar harga bagi memastikan pulangan yang
tinggi kepada Kerajaan Negeri.
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
3. Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk memberi pengecualian
pengenaan development charges dan/atau premium kepada pemaju yang
membangunkan rumah mampu milik di Daerah Timur Laut demi mengurangkan kos
pembinaan di mana nilai tanah adalah melampau tinggi?
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Pada dasarnya terdapat tiga jenis kos yang mempengaruhi pasaran harga hartanah iaitu
kos tanah, kos pembinaan dan kos pematuhan (compliance). Namun begitu, bagi
kawasan pulau khususnya di Daerah Timur Laut dan sebahagian kawasan di Daerah Barat
Daya seperti Bayan Baru, nilai hartanah yang mahal merupakan impak langsung
daripada permintaan yang tinggi dan lokasi yang sangat strategik. Menyedari keadaan
ini, Kerajaan Negeri telah memulakan usaha dengan memperkenalkan Garis Panduan
Penyediaan 100% Rumah Mampu Milik sejak 26 Ogos 2014. Bagi menarik minat dan
penyertaan pemaju, program dirangka untuk menurunkan kos pematuhan melalui
insentif seperti berikut:
(i) Pengecualian penyediaan dan bayaran sumbangan untuk tidak membina Rumah
Kos Rendah / Kos Sederhana Rendah. Secara purata, kos pembinaan seunit
rumah kos rendah atau kos sederhana rendah boleh mencecah RM120,000 ke
RM140,000 seunit manakala bayaran sumbangan yang dikenakan kerana tidak
membina unit secara fizikal adalah RM150,000 bagi pemaju luar Pulau Pinang
dan RM120,000 bagi pemaju Pulau Pinang;
(ii) Bayaran Pemajuan (development charges) dikenakan pada kadar rata RM5.00
sekaki persegi berbanding RM15.00 sekaki persegi bagi keluasan melebihi 21,000
kaki;
(iii) Kadar tawaran sumbangan infrastruktur (peningkatan nilai tanah bagi
pelingkungan semula) ditetapkan pada kadar 12.5 peratus bagi pemaju
tempatan dan 25 peratus pemaju luar di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang
(MBPP), dan sebanyak 3.125% bagi pemaju tempatan dan 6.25 peratus bagi
pemaju luar di kawasan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP);
(iv) Perkongsian Kuota Rumah Mampu Milik bagi pemaju dan subsidiarinya bagi
pemajuan biasa yang dikenakan syarat penyediaan Unit Kawalan Harga; dan
(v) Penolak-selesaian sumbangan caruman infrastruktur juga dibenarkan untuk
pemaju-pemaju yang menyumbang terhadap pembinaan infrastruktur diluar
tapak pembinaan mereka.
Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga sentiasa membuat semakan dan
mempertimbangkan keperluan untuk meminda kadar caj-caj lain yang dikenakan
supaya selari dengan keadaan ekonomi dan usaha untuk menggalakkan lagi aktiviti
pembangunan di Pulau Pinang.
2
Ini termasuk penubuhan jawatankuasa khas yang dipengerusikan EXCO Perumahan
untuk menyemak semula semua caj-caj yang dikenakan. Jawatankuasa ini sudahpun
bersidang beberapa kali dan dijangka memuktamadkan semakan tersebut dalam masa
yang terdekat.
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
4. Masalah sosial, kemiskinan dan kebajikan amat berleluasa di kebanyakan rumah PPR
seperti Padang Tembak.
(a) Apakah rancangan proaktif baru Kerajaan Negeri untuk menangani masalah-
masalah ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Kerajaan Negeri sememangnya sedar tentang masalah sosial yang banyak berlaku di
skim-skim perumahan seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rancangan
Perumahan Awam. Dalam menangani isu ini, Kerajaan Negeri telah mengambil
pendekatan menggalakkan penyertaan penduduk tempatan dalam pelbagai aspek urus
tadbir di skim-skim perumahan yang terlibat. Bahagian Perumahan bersama-sama
Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang atauPenang Women's Development
Corporation (PWDC) pada masa ini sedang berusaha menyusun pelaksanaan program
yang dikenali sebagai Gender Responsive and Participatory Budgetting (GRPB) di
beberapa skim perumahan seliaan Kerajaan Negeri termasuk di Padang Tembak.
Objektif pelaksanaan GRPB adalah untuk memperkasa komuniti setempat melalui
perkongsian pendapat dan inisiatif mengenai cara untuk mengatasi masalah yang
dihadapi. Kaedah pelaksanaannya adalah dengan mengumpulkan data secara sistematik
bagi tujuan penganjuran sesi-sesi dialog bersama komuniti yang mewakili pelbagai
segmen seperti peringkat umur, jantina, kaum dan sebagainya. Hasil daripada sesi
dialog yang diadakan menjadi asas kepada perancangan sub-projek dan penyediaan
bajet. GRPB merupakan strategi yang sangat berkesan dalam meningkatkan rasa
tanggungjawab penduduk yang secara langsung akan membawa kepada persekitaran
tempat tinggal lebih kondusif. Projek pertama (pilot run) telah dilaksanakan dengan
jayanya di Rumah Pangsa Desa Wawasan sejak tahun 2017.
Kerajaan Negeri turut memberi perhatian kepada aspek pembangunan fizikal. Pelan
pembangunan jangka panjang yang dirangka melibatkan cadangan pembaharuan semula
Rancangan Perumahan Awam Padang Tembak, Taman Free School, Mak Mandin serta
dua lagi skim perumahan yang dibangunkan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau
Pinang di Jalan Mahsuri, Bayan Baru dan Jalan Siakap, Seberang Jaya. Pada masa ini,
kajian secara menyeluruh masih lagi dijalankan dengan memberi perhatian kepada isu
perundangan hakmilik strata, aspek teknikal dan kewangan dengan merujuk kepada
model pelaksanaan program pembaharuan semula bandar di Hong Kong dan Singapura.
Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Khas Pembaharuan Semula Bandar
yang telah ditubuhkan juga sedang merangka pelan pelaksanaan bagi keperluan
pemindahan penduduk, penyediaan reka bentuk, penentuan ketumpatan dan skop-skop
kemudahan baru yang perlu disediakan di kawasan terlibat.
Dalam pada itu, Kerajaan Negeri masih meneruskan usaha memastikan struktur dan
fasiliti di rumah pangsa Padang Tembak sentiasa dalam keadaan yang stabil dan
selamat. Pada tahun 2017 sebanyak RM1.48 juta dibelanjakan bagi kerja-kerja menaik
taraf dan membaiki kerosakan struktur di Blok E dan J. Usaha ini diteruskan lagi pada
tahun 2018 di mana kerja-kerja pembaikan struktur di tujuh (7) blok yang selebihnya,
sedang di dalam proses perancangan.

3
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
5. Untuk memastikan pelaksanaan PMPT dijalankan dengan lancar, adakah Kerajaan
Negeri akan mengambil kira social impact assessment?
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Kerajaan Negeri akan memastikan projek-projek di bawah pelaksanaan PTMP mematuhi
syarat-syarat yang diwajibkan menerusi pelbagai peruntukan undang-undang yang sedia
ada. Ini termasuk pematuhan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) yang
mewajibkan penyediaan dan pengemukaan Social Impact Assessment (SIA).
Bagi pelaksanaan PTMP fasa pertama iaitu Projek Bayan Lepas Light Rail Transit (LRT),
Projek Pan Island Link 1 (PIL 1) dan Projek Jalan-jalan Utama, SIA telah pun
dilaksanakan dan dikemukakan kepada jabatan -jabatan teknikal yang berkenaan untuk
kelulusan. Kerajaan Negeri telah pun memberi komitmen untuk melaksanakan semua
langkah-langkah mitigasi yang disarankan bagi memastikan pelaksanaan PTMP berjalan
dengan lancar.
Kerajaan Negeri telah menetapkan untuk memastikan pematuhan segala undang-
undang sedia ada bagi semua projek dibawah PTMP.
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
6. Memandangkan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan kini adalah di bawah
Pakatan Harapan, apakah rancangan dan wawasan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf
perkhidmatan dan kelengkapan semua hospital awam di Pulau Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sembilan (9) projek dengan nilai anggaran kos
RM1.62 billion bagi menaik taraf perkhidmatan kesihatan di Pulau Pinang. Daripada
jumlah tersebut empat (4) projek sedang dalam peringkat pelaksanaan, manakala
selebihnya akan dijalankan secara berperingkat. Projek-projek yang sedang dalam
pelaksanaan adalah seperti berikut:
(i) Projek naik taraf Hospital Pulau Pinang Fasa II;
(ii) Projek naik taraf Hospital Seberang Jaya;
(iii) Projek Multi Storey Block Hospital Seberang Jaya; dan
(iv) Projek naik taraf Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar Hospital Balik Pulau.
Manakala lima (5) projek yang telah diluluskan adalah seperti berikut:
(i) Menaik taraf Blok Wanita & Kanak-kanak Hospital Pulau Pinang;
(ii) Menaik taraf Perkhidmatan Transplan di Hospital Pulau Pinang termasuk
Pemindahan Sum Sum Tulang Jenis Allogenik;
(iii) Menaik taraf Sistem Penghawa Dingin Berpusat di Dewan Bedah dan Sistem
Bekalan Elektrik Hospital Bukit Mertajam;
(iv) Bina Baru Kuarters Hospital Pulau Pinang; dan
(v) Menaik taraf Blok Klinik Pakar dan Wad Hospital Pulau Pinang.
Selaras dengan pelaksanaan projek–projek fizikal yang sedang dan akan dilaksanakan,
Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri akan dari semasa ke
semasa menganalisis keperluan tenaga kerja dan bekalan perubatan mencukupi bagi
menampung keperluan hospital–hospital dan klinik–klinik kesihatan di Pulau Pinang.
Usaha–usaha ini bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan
Negeri untuk menjadikan hospital-hospital Pulau Pinang sebagai hospital rujukan utama
bagi wilayah utara di samping tidak mengabaikan keperluan masyarakat di Pulau
Pinang.

4
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
7. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan slot penerbangan terus (direct
flight) daripada bandar-bandar utama di negara-negara Asia ?
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Bermula tahun 2016, Kerajaan Negeri telah melaksanakan program pemberian insentif
kepada syarikat penerbangan yang menawarkan laluan penerbangan terus ke Pulau
Pinang tertakluk kepada syarat-syarat seperti laluan penerbangan terus yang terpilih,
tempoh aktif laluan dan kekerapan penerbangan. Kerajaan Negeri mengadakan
perbincangan dan kerjasama dengan syarikat penerbangan dan agensi pelancongan
secara berterusan bagi meningkatkan jumlah laluan penerbangan terus. Berdasarkan
perbandingan antara bulan Disember 2017 dan September 2018, jumlah penerbangan
terus dalam seminggu telah meningkat sebanyak 26% iaitu daripada 234 kepada 297
penerbangan. Selain laluan penerbangan terus, Kerajaan Negeri juga sedang memberi
fokus kepada syarikat penerbangan bagi laluan fly throughuntuk destinasi yang
mempunyai penerbangan terus ke Pulau Pinang seperti Kuala Lumpur, Singapura, Hong
Kong dan Bangkok.
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
8. Dengan tiga Link seperti Jambatan Pulau Pinang Pertama, Jambatan Pulau Pinang Kedua
dan perkhidmatan terminal feri, apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk
mengintegrasikan ketiga-tiga 'link' tersebut supaya sistem pengangkutan, lingkaran dan
connectivity Pulau Pinang akan menjadi lebih tersusun dan bersepadu?
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan perancangan pengangkutan yang
digariskan dalam Penang Transport Master Plan (PTMP) dengan mengintegerasi ketiga-
tiga Link penghubung sedia ada iaitu Jambatan Pulau Pinang Pertama, Jambatan Pulau
Pinang Kedua dan perkhidmatan feri berada.
Cadangan PTMP yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2015 merupakan pelan
induk pengangkutan yang diasaskan berdasarkan laporan kajian pengangkutan Pulau
Pinang oleh perunding Halcrow Sdn Bhd pada tahun 2011 di mana penambahbaikan telah
dilaksanakan bagi mewujudkan strategi pelan induk pengangkutan jangka panjang
bersertakan model pembiayaan yang sepadan.
Dalam PTMP ini, cadangan mod-mod pengangkutan seperti jajaran Light Rail
Transit (LRT) Bayan Lepas / Seberang Prai, laluan catamaran, bas-bas pengantaraan,
laluan Bus Rapid Transit (BRT) di kawasan Seberang Prai, Lebuhraya Pan Island Link 1
(PIL 1), Projek Jalan-Jalan Utama dan Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang, akan
diintegrasikan bersama ketiga-tiga Link dari bahagian pulau ke Seberang Perai. Selain
itu, cadangan pengangkutan yang digariskan dalam PTMP ini akan juga diintegrasikan
dengan cadangan pembinaan jajaran jalan raya dan lebuhraya oleh Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di
Pulau Pinang.
Ketiga-tiga Link penghubung sedia ada iaitu Jambatan Pulau Pinang Pertama, Jambatan
Pulau Pinang Kedua dan perkhidmatan feri berada di bawah bidang kuasa Kerajaan
Persekutuan. Namun begitu, Kerajaan Negeri tetap komited dalam perancangan untuk
mewujudkan sistem pengangkutan yang lebih mampan atau sustainable.
Secara kesimpulanya, pelaksanaan PTMP merupakan perancangan jangka panjang oleh
pihak Kerajaan Negeri bagi mengintegrasi kesemua Link penghubung di Pulau Pinang
supaya satu sistem pengangkutan yang mampan dan tersusun dapat direalisasikan.

5
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
9. Sila berikan statistik terkini bagi perkahwinan di bawah umur untuk golongan muslim
dan bukan muslim di Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2017 dan setakat Oktober 2018?
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Perkahwinan bagi orang Islam didaftarkan di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.
Berdasarkan Seksyen 8, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang)
2004, had umur berkahwin lelaki ialah 18 tahun dan ke atas manakala had umur
berkahwin perempuan ialah 16 tahun dan ke atas. Walaupun demikian, lelaki dan
perempuan boleh berkahwin di bawah umur 18 tahun dan 16 tahun dengan syarat
mereka hendaklah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu.
Statistik perkahwinan di bawah umur untuk orang Islam di Negeri Pulau Pinang bagi
tahun 2017 adalah berjumlah 48 orang manakala bagi tahun 2018 (sehingga 18 Oktober)
adalah berjumlah 32 orang.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertanggungjawab untuk mendaftar perkahwinan
bagi orang bukan Islam selaras dengan peruntukan di bawah Akta Membaharui Undang-
Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164). Akta 164 telah menggariskan
secara jelas had umur bagi pendaftaran perkahwinan orang bukan Islam seperti
berikut :-
(i) Lelaki bukan Islam haruslah berumur 18 tahun ke atas; dan
(ii) Wanita bukan Islam haruslah berumur 16 tahun ke atas.
Walau bagaimanapun, Seksyen 10 Akta 164 membenarkan perkahwinan seorang
perempuan yang telah genap umur 16 tahun tetapi di bawah 18 tahun, namun
perkahwinan tersebut haruslah memperolehi lesen yang diberi oleh Menteri Besar /
Ketua Menteri di bawah Subseksyen 21(2). Statistik bagi perkahwinan wanita berumur
genap 16 tahun tetapi di bawah 18 tahun yang telah diberikan kelulusan untuk
berkahwin dan mendaftarkan perkahwinan tersebut di JPN bagi tahun 2017 adalah
berjumlah 18 orang manakala bagi tahun 2018 (sehingga 16 Oktober) adalah berjumlah
18 orang.
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
10. Ekoran daripada perkembangan Industri 4.0 yang begitu pesat, adakah Kerajaan Negeri
bersedia untuk menubuhkan satu portfolio atau jabatan khususnya untuk pengurusan
hal ehwal digital economy dan masyarakat?
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai sebarang cadangan untuk
menubuhkan satu portfolio khusus untuk menguruskan perkembangan hal ehwal Industri
4.0 atau digital economy . Portfolio Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK)
Pembangunan Industri yang sedia ada di bawah Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) serta
agensi-agensi yang menjadi ahli jawatankuasanya boleh menyelia perkembangan
revolusi Industri 4.0 ini. Jawatankuasa MMK Pembangunan Industri telah mengadakan
program yang berteraskan Industri 4.0 iaitu Program i-Robotic Expo bersama Institut
Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas pada 6 dan 7 Oktober 2018 yang lalu. Manakala
hal ehwal berkaitan masyarakat seperti isu gejala sosial dan pembangunan masyarakat
adalah di bawah tanggungjawab Jawatankuasa MMK Kebajikan dan Masyarakat
Penyayang.

6
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
11. Apakah rancangan dan rangka kerja Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mencapai Zero
Carbon Footprint dalam tempoh masa terdekat?
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Kerajaan Negeri Pulau Pinang selaras dengan dasar Cleaner, Greener, Safer & Healthier
Penang berhasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang bersih,
mempunyai alam sekitar yang hijau dan mampan, selamat untuk didiami dan
mempunyai masyarakat serta persekitaran yang sihat. Berteraskan kepada dasar ini,
rancangan dan rangka kerja Kerajaan Negeri dalam mengurangkan "carbon footprint" di
Pulau Pinang adalah dengan memulakan proses pembangunan Agenda Hijau Pulau
Pinang (Penang Green Agenda) yang akan berperanan sebagai roadmap untuk tempoh
10 tahun bagi memacu Negeri Pulau Pinang ke arah negeri hijau dan lestari (green and
sustainable state) dari 2020 hingga 2030. Fokus Penang Green Agenda adalah untuk
memformulasikan kaedah bagi:
(a) menangani isu-isu sensitif alam sekitar berpaksikan kepada pemeliharaan,
pemuliharaan dan kawalan pencemaran ke arah kelestarian;
(b) mengenalpasti sasaran jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang
untuk meningkatkan kelestarian alam sekitar; dan
(c) merangka strategi dan pelan tindakan untuk mencapai sasaran kelestarian
alam sekitar yang telah dikenal pasti berdasarkan Sustainable Development
Goals.
Proses pembangunan Penang Green Agenda dimulakan pada tahun 2017 dan dijangka
siap sepenuhnya pada penghujung 2019. Proses ini dilaksanakan dalam tiga (3) fasa
seperti berikut:-
(a) Fasa Pertama: mengenalpasti skop, halatuju, rangka kerja, tindakan, tugas serta
tanggungjawab pihak berkepentingan;
(b) Fasa Kedua: mengenalpasti sasaran serta indikator yang perlu dicapai dan
membentuk strategi serta pelan tindakan untuk mencapai sasaran yang dikenal
pasti; dan
(c) Fasa Ketiga: pelancaran dan pelaksanaan pelan tindakan secara bersepadu.
Pada masa ini, pembangunan Penang Green Agenda berada pada peringkat Fasa Kedua.
Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah mengerakkan
inisiatif Low Carbon City Framework (LCCF) dengan kerjasama Kementerian Tenaga,
Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). Rangka kerja ini akan
membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan merangka dan merancang pembangunan
berasaskan strategi dan langkah-langkah ke arah pembangunan rendah karbon.
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
12. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memperuntukkan sebuah bangunan atau tempat khas
untuk kegunaan Klinik Kesihatan Awam di Padang Tembak?
Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) terletak di Tingkat Bawah Program Perumahan
Rakyat (PPR) Padang Tembak. Bangunan tersebut kurang sesuai disebabkan ruangan
klinik yang sempit, bumbung klinik dipenuhi dengan sampah sarap serta terdapat
kehadiran tikus/lipas serta bau busuk sampah sarap di belakang bangunan klinik. Selain
daripada itu, tempat meletak kenderaan untuk pesakit (ibu mengandung) adalah terhad
serta laluan khas untuk ambulan selalu disekat oleh kenderaan lain di kawasan
perumahan ini. Bilangan pesakit yang datang dari masa ke semasa semakin meningkat
7
untuk mendapatkan perkhidmatan. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah
Timur Laut telah mengemukakan empat (4) cadangan lokasi untuk dijadikan alternatif
untuk klinik sedia ada. Antara lokasi yang dilihat bersesuaian setelah satu lawatan
bersama diadakan adalah bangunan Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Kampung
(JKKK) Padang Tembak. Namun demikian, perkara ini perlu diperhalusi oleh
Kementerian Kesihatan sebelum sebarang tindakan selanjutnya dilaksanakan.
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
13. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menaik taraf dan/atau 'legalise' penjaja-
penjaja di sekitar Padang Tembak?
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Pada masa ini, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tiada mempunyai
perancangan untuk menaik taraf dan/atau 'legalise' penjaja-penjaja di sekitar Padang
Tembak disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
(i) Penjaja-penjaja tanpa lesen di kawasan tersebut telah mendirikan struktur
kekal di atas tanah kerajaan tanpa kelulusan;
(ii) Penjaja-penjaja tanpa lesen ini akan dipindahkan ke premis yang dikendalikan
oleh Majlis sekiranya terdapat kekosongan tempat berniaga; dan
(iii) Majlis perlu memastikan tiada halangan didirikan di tempat awam bagi
memastikan keselamatan penduduk sekitar.
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
14. Sila senaraikan jumlah penerima bantuan daripada JKM untuk: a) Kawasan Kebun Bunga
berbanding dengan seluruh Negeri Pulau Pinang untuk tahun ini 2018. b) Kawasan Kebun
Bunga untuk tahun ini 2018 berbanding dengan 2017 untuk jangkamasa yang sama.
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. (a) Jumlah keseluruhan penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) untuk kawasan Kebun Bunga adalah seramai 207 orang. Perbandingan
kawasan Kebun Bunga dengan seluruh Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2018
adalah seperti berikut:-
PENERIMA BANTUAN KAWASAN PENERIMA BANTUAN NEGERI
TAHUN
KEBUN BUNGA PULAU PINANG
2018 207 18,014

(b) Perbandingan penerima bantuan antara tahun 2017 dan 2018 untuk jangka masa
yang sama (Januari – September) adalah seperti berikut :
PENERIMA BANTUAN
Tahun
KAWASAN KEBUN BUNGA
2017 220 orang
2018 207 orang
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
15. Sila senaraikan jenis pemilikan rumah PPR Padang Tembak di Blok A sehingga Blok J.
(a) Berapa unit yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri dan/atau agensi atau badan
kerajaan?
(b) Berapa unit yang dimiliki oleh individu atau selainnya?
(c) Berapa unit yang tidak diduduki dan/atau terbiar?

8
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Rancangan Perumahan Awam Padang Tembak merupakan skim perumahan awam
Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Seksyen 2, Daerah Timur Laut yang telah siap dibina
pada tahun 1969 di atas tanah seluas 7.3 hektar (18.25 ekar). Skim perumahan ini terdiri
daripada sembilan (9) blok bangunan rumah pangsa setinggi 17 tingkat yang
menyediakan sebanyak 3,660 unit kediaman dan 62 unit kedai.
(a) Daripada jumlah keseluruhan 3,660 unit kediaman yang disediakan, sebanyak
525 unit masih lagi dimiliki Kerajaan Negeri. Agihan unit-unit ini mengikut
kegunaan adalah seperti berikut:
(i) 454 unit diperuntukkan untuk disewakan kepada warga Pulau Pinang yang
berpendapatan seisi rumah kurang daripada RM1,500.00 sebulan,
(ii) 3 unit diperuntukkan sebagai penempatan sementara mangsa bencana
untuk tempoh tidak lebih tiga bulan,
(iii) 8 unit diperuntukkan sebagai kuarters warga kerja Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Pulau Pinang; dan
(iv) 60 unit diperuntukkan kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
(PBAPP) sebagai kuarters bagi kakitangan agensi tersebut.
(b) Selain daripada unit-unit sewaan, terdapat sebanyak 3,135 lagi unit kediaman
yang telah dimiliki oleh individu melalui skim sewa-beli yang ditawarkan oleh
Kerajaan Negeri. Manakala bagi 62 unit kedai ditingkat bawah setiap blok,
kesemuanya dimiliki oleh individu melalui kaedah jual beli.
(c) Sehingga 30 September 2018, Bahagian Perumahan merekodkan terdapat
sebanyak 20 unit sewaan termasuk unit bencana yang masih kosong dan dalam
proses tawaran kepada pemohon baru. Dalam pada itu, pihak pengurusan
Rancangan Perumahan Padang Tembak turut mengesan terdapat sebanyak 66
unit milik individu yang terbiar dan tidak diduduki oleh pemilik.
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
16. Sila berikan jumlah kenderaan yang menggunakan Jalan Gottlieb di waktu-waktu
puncak.
(a) Adakah kenderaan berat akan dihalang daripada menggunakan Jalan Gottlieb
pada masa-masa tertentu untuk mengurangkan trafik?
(b) Sekiranya elevated highway dibina di Jalan Gottlieb, bagaimanakah Kerajaan
Negeri akan menangangi masalah trafik di sekitar kawasan itu?
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Jumlah kenderaan yang menggunakan Jalan Gottlieb pada waktu puncak pagi (AM Peak)
adalah sebanyak 1,635 passenger car unit per hour (pcu/hr) dua hala dan
2,200 pcu/hr pada waktu puncak petang (PM Peak) berdasarkan Kajian Impak Trafik
yang dijalankan oleh perunding trafik di kawasan ini.
(a) Buat masa ini, tiada perancangan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi
melarang kenderaan berat daripada menggunakan Jalan Gottlieb pada masa-
masa tertentu.
(b) Cadangan pembinaan lebuh raya bertingkat di Jalan Gottlieb atau lebih dikenali
sebagai Pan Island Link 1 (PIL 1) akan berjaya mengasingkan trafik serantau
(regional traffic) dan trafik setempat (local traffic). Trafik serantau dari Air
Itam ke Tanjung Bungah akan menggunakan bahagian jejambat manakala trafik
setempat akan menggunakan jalan at-grade di bahagian bawah jejambat.
Konfigurasi trafik sebegini akan mengurangkan kesesakan trafik yang tinggi di
Jalan Gottlieb terutamanya pada waktu puncak AM Peak/PM Peak, musim
9
perayaan dan hari pelepasan am. Pihak PBT juga akan mensyaratkan supaya
pihak kontraktor menyediakan Pelan Pengurusan Lalulintas atau Traffic
Management Plan (TMP) untuk menangani masalah kesesakan lalulintas semasa
kerja-kerja pembinaan dijalankan. Pasukan Kawalan Unit Kecemasan
(Emergency Response Team) dan pengawal trafik berbendera (flagman) harus
diatur oleh pihak kontraktor dan menjadi sebahagian daripada komponen TMP.
Sekiranya lencongan trafik perlu dilaksanakan, maka pelan lencongan trafik
harus disediakan oleh seorang perunding trafik yang bertauliah untuk
memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya dan pejalan kaki
sewaktu fasa pembinaan.
TMP yang dikemukakan oleh pihak kontraktor perlu dikaji dan mendapatkan kelulusan
pihak PBT terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pembinaan dibenarkan bermula di
tapak. Syarat-syarat yang lazim dikenakan oleh pihak PBT ke atas kontraktor semasa
fasa pembinaan adalah seperti pelebaran jalan sediada, penyediaan laluan alternatif
serta langkah-langkah untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya melalui
penggunaan papan tanda sementara, blinkers, pencahayaan yang cukup, membenarkan
waktu berkerja yang tertentu sahaja dan lain-lain langkah keselamatan yang
diperlukan.
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
17. Apakah penilaian Kerajaan Negeri terhadap 'Penang Wifi' dan adakah projek ini akan
diteruskan ataupun diperkembangkan lagi?
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Perkhidmatan Penang Free Wifi (PFW) pada masa ini mempunyai beberapa kekangan
seperti kualiti bandwidth dan liputan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan
sedia ada. Bagi tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan Penang Free Wifi, Kerajaan
Negeri kini sedang meneliti semula perkhidmatan ini agar dapat diteruskan dengan
kualiti bandwidth dan liputan yang lebih baik melalui perincian keperluan teknikal yang
sedang dikenalpasti oleh jabatan/agensi yang terlibat.
Penambahbaikan perkhidmatan PFW kelak adalah tidak terhad kepada penyedia
perkhidmatan sedia ada tetapi terbuka kepada mana-mana pihak yang berminat untuk
bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan kualiti perkhidmatan Penang
Free Wifi yang lebih baik di masa akan datang.
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
18. Merujuk kepada taman-taman orang awam yang dinaik taraf oleh MBPP dan Kerajaan
Negeri:-
(a) Sila senaraikan taman-taman yang telah dinaik taraf di dalam kawasan Kebun
Bunga dan juga jenis pengubahsuaian yang telah dilaksanakan?
(b) Sila senaraikan kos yang diperbelanjakan untuk menaik taraf taman-taman
tersebut?
Y.A.B. Ketua Menteri:
18. (a) Senarai taman-taman yang telah dinaik taraf di dalam Kawasan Kebun Bunga
oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Taman Botani dan Pihak Berkuasa
Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) adalah seperti di
Lampiran A.
(b) Kos bagi menaik taraf taman-taman dalam Kawasan Kebun Bunga oleh Kerajaan
Negeri melalui Jabatan Taman Botani dan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis
Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) adalah masing-masing sebanyak RM340,100.00
dan RM298,485.60. Perincian kos adalah seperti di Lampiran B.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B

10
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
19. Memandangkan Climate Change yang semakin menjadi-jadi, apakah rancangan
komprehensif dan/atau insentif yang boleh diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk
komuter selain bas 'CAT' demi mengurangkan CO2?
Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Kerajaan Negeri komited untuk melaksanakan agenda hijau termasuk mengurangkan
pelepasan gas Carbon Dioxide (CO2) terutamanya daripada kenderaan di jalan raya.
Selain daripada menyediakan perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation
Transport (CAT), rancangan jangka panjang Kerajaan Negeri adalah untuk menyediakan
rangkaian pengangkutan awam yang berkesan di Pulau Pinang melalui Pelan Induk
Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang. Hasrat Kerajaan Negeri adalah untuk meningkatkan
peratusan mod pengangkutan awam bandar kepada 40 % pada tahun 2030. Keutamaan
semasa adalah pembinaan Light Rail Transit (LRT) yang akan menghubungkan pusat
bandar iaitu KOMTAR dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Setiap
Stesen LRT yang terpilih juga akan disediakan bas pengantara (feeder).
Dengan adanya jajaran LRT ini penduduk Pulau Pinang dapat bergerak ke tempat yang
dituju dengan mudah dan pada masa sama ianya dapat mengurangkan penggunaan
kenderaan persendirian di jalan raya dan seterusnya mengawal pencemaran udara.
Di samping itu juga, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan laluan basikal (bicycle
lane) melalui Pelan Induk Laluan Basikal Pulau Pinang yang telah dibina sejak tahun
2016. Laluan basikal yang telah disiapkan sehingga kini di Bahagian Pulau dengan konsep
binaan laluan baharu adalah sepanjang 180 km dengan kos berjumlah RM34.8 juta.
Manakala di Seberang Perai, laluan basikal adalah menggunakan jalan sedia ada iaitu
berkonsepkan road sharing dan sepanjang 194.495 km dengan kos sejumlah
RM660,590.76 telah siap.
Selain itu, penggunaan bahan api bersih bagi kenderaan bermotor seperti Natural Gas
Vehicle (NGV), hybrid dan elektrik juga amat digalakkan. Kerajaan Negeri juga
menggalakkan penanaman pelbagai pokok-pokok bagi membolehkan CO2 digunakan
oleh pokok-pokok bagi menghasilkan oksigen.
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
20. Sila senaraikan jumlah peruntukan, adakah daripada Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan
Pusat ataupun mana-mana Kementerian yang diterima oleh sekolah-sekolah yang
berada di kawasan Kebun Bunga bagi tahun 2017/2018?
Y.A.B. Ketua Menteri:
20. Jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
kepada sekolah-sekolah di kawasan Kebun Bunga pada tahun 2017 dan 2018 adalah
sebanyak RM859,525.80. Perincian peruntukan yang telah diagihkan adalah seperti
di Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
21. Sila senaraikan semua projek perumahan termasuk projek kerajaan dan swasta yang
telah diluluskan dan/atau dalam proses permohonan di kawasan Kebun Bunga?
Y.A.B. Ketua Menteri:
21. Terdapat enam (6) buah projek perumahan yang telah diluluskan di kawasan Kebun
Bunga manakala satu (1) buah projek dalam proses pertimbangan. Senarai projek-

11
projek yang telah diluluskan adalah seperti di Lampiran A manakala senarai projek
yang dalam pertimbangan seperti di Lampiran B.

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.


Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
22. Adakah Kerajaan Negeri dapat memperuntukkan sebidang tanah lapang di Padang
Tembak untuk tujuan Urban Farming dan juga aktiviti-aktiviti seperti yang dijalankan
di Pusat Agro Pelancongan di Relau?
Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Kerajaan Negeri sememangnya menggalakkan syarikat swasta atau orang persendirian
untuk menjalankan aktiviti Urban Farming. Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak
mempunyai cadangan untuk memperuntukkan sebidang tanah lapang di Padang Tembak
untuk tujuan Urban Farming. Tanah lapang tersebut perlu dikekalkan sebagai tanah
lapang bagi kegunaan orang ramai khasnya penduduk berkenaan.
Konsep Urban Farming atau Pertanian Bandar tidak semestinya menggunapakai tanah
lapang untuk dilaksanakan. Pertanian Bandar boleh dilaksanakan di kawasan kediaman
kerana tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi menangani masalah tanah yang terhad.
Melalui aktiviti ini, penduduk boleh melakukan aktiviti pertanian menggunakan kaedah-
kaedah seperti fertigasi dan hidroponik. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian
Negeri Pulau Pinang sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat nasihat pertanian,
input pertanian dan bahan tanaman.
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
23. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk memperkembang serta
mempromosikan 'eco-tourism' di Pulau Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
23. Rancangan Kerajaan Negeri untuk memperkembang dan mempromosikan ecotourism di
Pulau Pinang adalah seperti berikut:
(i) Menganjurkan program-program berasaskan ecotourism untuk memberi
pendedahan dan mempromosi destinasi ecotourism.Majlis Perbandaran
Seberang Perai (MPSP) telah menganjurkan program Seberang Perai
International Conference on Ecotourism and Conservation Efforts (SPICEC
2018) pada 8 dan 9 Oktober 2018 yang telah mengumpulkan pakar-pakar alam
sekitar bagi membincangkan isu ecotourism di samping mempromosikannya di
peringkat antarabangsa. Selain itu, program Forest Bathing yang dijalankan di
taman rekreasi dan hutan lipur juga telah mempromosikan aktiviti ecotourism;
(ii) Membangunkan produk pelancongan berasaskan ecotourism dengan kerjasama
pihak swasta. Projek The Habitat di Bukit Bendera yang dibangunkan dengan
konsep ecotourism memaparkan tarikan-tarikan seperti titian silara (canopy
walk) dantree top walk telah berjaya menarik ramai pelancongan dari dalam
dan luar negara;
(iii) Menggiatkan promosi pelancongan bagi destinasi ecotourism melalui penyertaan
Kerajaan Negeri dalam pameran pelancongan dan pameran perdagangan. Di
samping itu, destinasi ecotourism Pulau Pinang juga diterbitkan dalam bentuk
risalah, peta dan dokumentari untuk edaran umum; dan
(iv) Membangunkan pesisiran pantai Teluk Air Tawar ke Kuala Muda sebagai aset eko-
pelancongan kerana lokasi tersebut mempunyai kepelbagaian biologi termasuk
kawasan benteng dan hutan bakau yang luas. Kawasan ini juga menjadi
persinggahan yang terbaik kepada burung-burung hijrah dan juga burung spesies
12
tempatan, menjadikannya kawasan yang strategik untuk aktiviti birdwatching.
Kawasan ini telah dimasukkan dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang
2030 sebagai Kawasan Pemuliharaan Paya Bakau.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga menguruskan dan menyelenggara kawasan rekreasi
hutan dan alam semulajadi melalui Jabatan Perhutanan bagi memastikan flora dan
fauna terpelihara demi perkembangan ecotourism Pulau Pinang.
Rancangan ecotourismyang lebih terperinci akan dijelaskan dalam Pelan Induk
Pelancongan Pulau Pinang yang dijangka akan siap pada tahun 2019.
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
24. Sila senaraikan semua spesis tumbuhan dan haiwan (flora dan fauna) yang terdapat di
Taman Botani?
Y.A.B. Ketua Menteri:
24. Taman Botani Pulau Pinang yang terletak di Jalan Kebun Bunga dikenali juga dengan
nama Kebun Bunga Pulau Pinang. Taman ini wujud sejak tahun 1884 di bawah
pengawasan seorang pegawai Inggeris bernama Charles Curtis. Taman Botani juga
memainkan peranan sebagai sebuah institusi botani yang penting di Malaysia dengan
keluasan 29 hektar. Ia juga menjadi tempat riadah dan rekreasi awam yang utama di
Georgetown.
Kehadiran pelancong yang semakin bertambah menjadikan taman ini dikenal pasti
untuk disenaraikan dalam sebuah buku bertajuk “1001 Taman Tercantik di Dunia”.
Setiap tahun, banyak perbelanjaan digunakan bagi tujuan penyelenggaraan taman
supaya sentiasa kelihatan bersih, terpelihara dan dapat menarik perhatian pelancong
dalam dan luar negara. Dianggarkan, sebanyak 100 ribu pengunjung melawat Taman
Botani Pulau Pinang setiap tahun.
Senarai semua spesis tumbuhan dan haiwan (flora dan fauna) yang terdapat di Taman
Botani sehingga Oktober 2018 disertakan sebagai Lampiran A dan B.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
25. Apakah tahap keberkesanan fogging dan ubat jentik-jentik dalam menangani wabak
denggi di seluruh Pulau Pinang?
(a) Sila senaraikan jadual kekerapan fogging yang dijalankan di kawasan Kebun
Bunga dan juga kes demam denggi yang dilaporkan dari Januari 2018 sehingga
masa kini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
25. Kaedah fogging adalah merupakan semburan kabus di kawasan-kawasan hot
spot denggi. Kaedah ini bukanlah strategi utama dalam kawalan denggi sebaliknya
strategi utama adalah pengurangan tempat pembiakan aedes source reduction.
Semburan fogging adalah langkah sementara bagi membunuh nyamuk-nyamuk dewasa
yang telah dijangkiti virus denggi dan keberkesanan semburan kabus adalah bergantung
kepada keadaan cuaca dan kerjasama penduduk bagi memastikan semburan dapat
dijalankan di bahagian dalam rumah. Walau bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Negeri
(JKN) sentiasa memantau aktiviti semburan kabus bagi memastikan liputan dan dos
racun yang digunakan adalah berkesan.
Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan turut bekerjasama rapat dengan JKN, terutamanya
Pejabat Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor (RKPBV) bagi membanteras
penyakit denggi. Semua kaedah, rancangan dan kajian keberkesanan dalam kawalan
wabak denggi adalah dalam pelaksanaan JKN di bawah Bahagian Kawalan Penyakit,

13
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Berdasarkan protokol kawalan KKM/MBPP,
selagi ada kes denggi yang dilaporkan di mana-mana kawasan atau lokaliti, langkah-
langkah kawalan dan pencegahan termasuk semburan kabus dan penyemburan atau
penaburan ubat jejentik perlu dilaksanakan. Semburan kabus tidak bertujuan untuk
mengurangkan populasi nyamuk tetapi hanya untuk kawalan kes sahaja.
Selain itu, bagi memastikan aktiviti larviciding yang dijalankan adalah berkesan dua (2)
jenis racun pembunuh jentik-jentik digunakan iaitu temephos dan Bacillus
Thuringiensis Israelensis(BTI). Temephos adalah racun pembunuh dalam bentuk serbuk
dan diletakkan dalam tempat tangkungan air. Manakala BTI pula adalah racun
pembunuh dalam bentuk cecair yang perlu dibancuh mengikut sukatan yang ditetapkan
dan diletakkan dalam takungan air. Setakat ini kedua-dua racun pembunuh mampu
membunuh larva tetapi tempoh masa keberkesanan adalah berbeza dan bergantung
kepada keadaan cuaca serta suhu sesuatu lokasi.
(a) Jumlah keseluruhan operasi fogging di kawasan Kebun Bunga adalah sebanyak
45 operasi dan melibatkan 31 kes yang telah dicatatkan setakat ini. Jadual
kekerapan fogging yang dijalankan di kawasan Kebun Bunga dari Januari 2018
sehingga masa kini adalah seperti berikut:-

BULAN KEKERAPAN FOGGING


Januari 5
Februari 4
Mac 6
April 4
Mei 5
Jun 4
Julai 5
Ogos 6
September 6
JUMLAH 45

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
26. Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memwujudkan satu tabung special grant
untuk membantu petani-petani yang ingin menaik taraf dan memperluaskan penanaman
pertanian mereka dan apakah syarat-syaratnya?
Y.A.B. Ketua Menteri:
26. Setiap tahun, Jabatan Perikanan menerima peruntukan untuk diagihkan kepada nelayan
seperti Bantuan Touch Point iaitu bantuan berupa barangan keselamatan nelayan dan
peralatan bagi mengeratkan aspek kesegaran ikan. Pada Tahun 2018 sebanyak
RM230,000.00 peruntukan barangan input berupa tong isulasi, baju hujan, lampu suluh
dan beg kalis air telah diberikan kepada nelayan seluruh Pulau Pinang. Selain itu,
Bantuan Agroprenurmuda diberikan iaitu berupa geran kepada pemohon yang berumur
antara 18 hingga 40 tahun. Untuk program ini, maksimum sebanyak RM 20,000.00 geran
berupa peralatan diberikan kepada usahawan akuakultur dan maksimum RM15,000.00
untuk usahawan Industri Asas Tani (IAT). Di samping itu, Jabatan Perikanan juga
menganjurkan beberapa siri kursus kepada nelayan seperti kursus enjin sangkut dan
penyelenggaraan sampan fiber. Ini dapat menjimatkan kos pembaikan enjin dan sampan
jika berlaku kerosakan. Kursus pemprosesan juga diadakan kepada isteri-isteri nelayan
seperti kursus produk berasaskan surimi sebagai nilai tambah kepada pendapatan
nelayan. Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menaikkan had umur
maksimum iaitu dari 40 tahun kepada 60 tahun. Usaha ini dibuat sejajar dengan hasrat
Kerajaan Negeri dalam membantu usahawan industri asas tani yang ingin menaiktaraf,
memperluaskan penanaman pertanian atau yang memerlukan modal pusingan.
14
Syarat-syarat utama bagi permohonan Tabung Usahawan Tani (TUT) adalah seperti
berikut:
(i) Warga Malaysia berumur 18 tahun hingga 60 tahun;
(ii) Tinggal, menetap dan mengusahakan projek di Pulau Pinang;
(iii) Merupakan usahawan tani sepenuh masa;
(iv) Mempunyai pengalaman mengusahakan perniagaan berasaskan industri asas tani
sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
(v) Mampu membayar balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan.

Perincian bagi pinjaman tersebut adalah seperti di Lampiran A.


Kerajaan Negeri komited dalam membantu petani-petani yang ingin menaik taraf atau
memperluaskan tanaman yang diusahakan. Selaras dengan usaha itu, Kerajaan Negeri
telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) pada penghujung tahun
2013 yang kini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani (TUT), khusus bagi usahawan
industri asas tani. Melalui pengenalan tabung ini, peserta yang layak akan diberikan
pinjaman mikro kredit.
Setiap tahun dalam Bajet Pembangunan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar
melaksanakan bantuan kepada semua penternak yang layak. Bagi tahun 2018, dari
peruntukan keseluruhan Bajet Pembangunan berjumlah 2.960 Juta, sebanyak RM1.125
juta diperuntukkan kepada Program Pengembangan industri dan Bantuan kepada
pemohon yang layak. Baki RM1.835 juta adalah bagi pelaksanaan program Kesihatan &
Kebajikan Haiwan dan Perkhidmatan Rawatan Klinik & Ambulatori.
Bagi Program Pengembangan dan Bantuan, sebanyak RM500,000 diperuntukkan kepada
Pembangunan Industri Ruminan untuk diagihkan kepada pemohon yang menternak
ruminan besar, ruminan kecil, pembangunan baka ternakan dan pemakanan ternakan
bagi pembelian baka ternakan yang bermutu tinggi, tambah baik infrastruktur ladang
serta melaksanakan program homeplot rumput yang berkualiti.
Naik taraf infrastruktur ladang penting untuk mengubah sistem penternakan dari tahap
tradisional kepada semi komersil untuk membolehkan penternak membesarkan lagi
bidangusaha mereka bagi menggandakan keuntungan.
Perkhidmatan regulatori veterinar memperuntukkan sebanyak RM150,000 untuk
program pengembangan dan regulatori bagi menjalankan Program Branding, Pet
Passport dan program pengembangan bagi pendedahan kepada peserta yang
berkenaan.
Pada tahun 2018 juga, sebanyak RM275,000 diperuntukkan kepada Pembangunan
Industri Nilai Tinggi yang meliputi Industri Asas Tani (IAT), Industri Burung Walit dan
Aneka Haiwan. Peruntukan berkenaan adalah bagi mengadakan pemberian bantuan,
peralatan dan mesin Program IAT dan pelaksanaan Skim Persijilan MyGAP Walit.
Selain dari itu, bantuan Ternakan Unggas sebanyak RM100,000 juga diagihkan kepada
penternak yang layak dari segi bantuan infrastruktur, pemberian peralatan dan
pembelian anak ayam berserta makanan permulaan.
Bagi meningkatkan kualiti Pembangunan Sumber Manusia (PSM) penternak, sejumlah
RM100,000 digunakan untuk memberi pendedahan latihan secara teori dan amali
mengenai semua Program Pengembangan Veterinar kepada peserta yang terlibat.
Pada tahun ini, sebanyak 2 peserta Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) telah Berjaya
mendapat pinjaman sebanyak RM6,000/ peserta iaitu bagi bidang usaha penternakan
arnab dan IAT. Bagi Program Agroprenuer Muda iaitu Bantuan Geran RM20,000 maksima,
sebanyak 6 permohonan telah dihantar untuk mendapat kelulusan Jawatankuasa
Agroprenuer Muda Peringkat MOA.
15
Secara amnya, syarat yang dikenakan adalah penternak mesti menternak di Negeri
Pulau Pinang, mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya 1 tahun serta
mempunyai kawasan yang sesuai. Kerajaan Negeri telah menyediakan Tabung
Usahawan Tani (TUT) dalam bentuk pinjaman mikro kredit. Untuk makluman, bilangan
pemohon yang diluluskan bagi sektor tanaman ialah 84 pemohon. Butiran bantuan ialah
seperti berikut:
Jumlah Jumlah
Umur Tempoh
Pembiayaan (Kali Pembiayaan Syarat Permohonan
Pemohon Pembiayaan
Pertama) (Kali Kedua)
RM10,000.00 a) Pemohon tidak
Umur 40 ke (Pemohon disenaraihitamkan
RM6,000.00 24 Bulan
bawah dikenakan dalam CRIS/CTOS
faedah 8%) b) Pemohon telah
memulakan projek
Umur 40 ke RM5,000.00 RM10,000.00 24 Bulan sekurang-kurangnya 1
atas (Pemohon tahun
dikenakan c) Permohonan disokong
faedah 8%) oleh jabatan/agensi
masing-masing
d) Anak kelahiran Negeri
Pulau Pinang atau
Pemastautin tetap

Di samping itu, Pihak Jabatan Pertanian juga menyediakan bantuan Insentif


teknologi melalui program/projek jabatan yang disalurkan terus kepada petani oleh
Kerajaan Negeri dan Persekutuan ialah melalui pelaksanaan program berikut:
(a) Peruntukan Negeri
Peruntukan Tahun
No. Projek /Program Skop Projek
2018 (RM)
Pembangunan Khidmat i. Penyediaan dan niaktaraf
1. 350,000.00
Pengembangan infrastruktur lading
Program Perkhidmatan ii. Input pertanian (baja/racun
2. 330,000.00 dsb.)
Kejenteraan
3. Pembangunan Tanaman Padi 300,000.00 iii. Jentera dan peralatan kecil
ladang
Pembangunan Tanaman Buah-
4. 300,000.00 iv. Perkhidmatan mekanisasi
Buahan
ladang.
5. Pembangunan Sayur-Sayuran 300,000.00 v. Latihan / bengkel / seminar
Program Pembangunan Petani vi. Program pengukuhan modal
6. 50,000.00
Pelapis insan untuk Kelompok
Program Pembangunan Lain- Pertanian, Kumpulan
7. 150,000.00 Pengembangan Wanita (KPW)
Lain Ekonomi
Program Pembangunan Industri dan Usahawan.
8. 150,000.00 vii. Program pemasaran dan
Pemprosesan Makanan
promosi produk
Program Pembangunan
9. 50,000.00
Kelompok Tani
Program Pembangunan Aktiviti
10. 250,000.00
Jualan Terus
11. Pembangunan Kawasan Kelapa 100,000.00
JUMLAH KESELURUHAN
PERUNTUKAN PEMBANGUNAN 2,330,000.00
NEGERI

16
(b) Peruntukan Persekutuan

PERUNTUKAN
BIL. PROJEK / PROGRAM SKOP
TAHUN 2018 (RM)
Pembangunan Kluster Tanaman i. Pembersihan
1 15,000.00
Kontan kawasan, program
2 Pembangunan Ladang Organik 75,200.00 pemulihan tanah,
Pembangunan Kluster Bunga dan penyediaan dan
3 150,000.00 naiktaraf
Tanaman Hiasan
Bantuan Peningkatan Hasil Sayur- infrastruktur ladang.
4 633,000.00 ii. Input pertanian
sayuran
(baja/racun dsb.)
5 Tanaman Semula Buah-buah Terpilih 135,500.00 termasuk
6 Pembangunan Pertanian Bandar 190,000.00 perkhidmatan
7 Pembangunan Tanah Terbiar (ACDA) 20,000.00 cantuman dewasa.
8 Pembangunan myGAP & myOrganic 210,000.00 iii. Jentera dan
9 Ladang Kontrak 121,000.00 peralatan kecil
Program Pelan Penggantian Petani, ladang.
Penternak, Nelayan Dan Pengusaha iv. Pusat pengumpulan
10 14,700.00 hasil ladang dan
IAT Golongan Generasi XY
(Agropreneur Muda) stor.
v. Latihan / bengkel /
Pembangunan Usahawan Industri
11 5,250.00 seminar
Asas Tani
vi. Pemindahan
teknologi - bahan
untuk pameran dan
NKEA EPP 1: High Value Herbal publisiti program.
12 23,400.00
Products vii. Peralatan dan mesin
IAT (geran
pemadanan)
JUMLAH KESELURUHAN
PERUNTUKAN PEMBANGUNAN 1,593,050.00
PERSEKUTUAN

Antara syarat-syarat umum bagi petani untuk mendapatkan insentif di bawah


program/projek jabatan adalah:
(i) Warganegara Malaysia berumur lebih daripada 18 tahun;
(ii) Berdaftar dengan Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang;
(iii) Pemohon telah melaksanakan projek sekurang-kurangnya 1 tahun;
(iv) Pemilikan dan penyewaan tanah yang sah;
(v) Keluasan bidang usaha melebihi satu ekar; dan
(vi) Bagi sektor tanaman padi, pemohon perlu berdaftar dan menjadi ahli kelompok
padi.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
27. Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk mewujudkan satu pusat R&D
untuk produk-produk Agro?

17
Y.A.B. Ketua Menteri:
27. Kerajaan Persekutuan melalui Malaysian Agricultural Research and Development
Institute (MARDI) telah memberikan penekanan kepada kajian dan penyelidikan kepada
produk-produk Agro yang merangkumi tanaman, ternakan dan makanan. Kerajaan
Negeri akan mempertingkatkan kerjasama dengan pihak MARDI dalam usaha
membangunkan produk-produk Agro di negeri Pulau Pinang. Sehubungan itu, Kerajaan
Negeri berpandangan tiada keperluan untuk mewujudkan pusat penyelidikan produk
Agro yang baharu buat masa ini kerana pusat sedia ada adalah mencukupi.
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
28. Apakah perancangan dan insentif Kerajaan Negeri untuk pesawah di Pulau Pinang
supaya hasil tanaman boleh dipertingkatkan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
28. Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat agar hasil tanaman bagi pesawah dapat
dipertingkatkan. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang telah
melaksanakan pelbagai inisiatif melalui projek/program pembangunan pertanian dalam
membantu mempertingkatkan hasil tanaman pesawah seperti berikut:
Projek / Program
Bil Skop Projek/Program
Pembangunan Pertanian
Pembangunan Industri i. Infrastruktur ladang;
1.
Tanaman Padi ii. Bantuan input pertanian
(baja/racun dan sebagainya;
Pembangunan Khidmat iii. Bantuan jentera dan peralatan kecil
2.
Pengembangan ladang;
iv. Perkhidmatan mekanisasi ladang;
v. Latihan/Bengkel/Seminar;
vi. Program Pengukuhan Modal Insan
3. Pembangunan Kelompok Tani
untuk Kelompok Pertanian; dan
vii. Khidmat nasihat pengembangan.

Melalui projek/program pembangunan ini, Kerajaan Negeri berharap hasil pengeluaran


padi daripada 5.8 tan metrik semusim dapat dipertingkatkan kepada 7.0 tan metrik per
hektar dalam tempoh dua (2) tahun lagi.
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
29. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina sebuah lagi 'low cost terminal' dan
apakah status terkini untuk projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau
Pinang?
(a) Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk melebihkah 'direct flight' ke Pulau
Pinang dalam masa terdekat?
Y.A.B. Ketua Menteri:
29. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) adalah di bawah bidang kuasa
Kementerian Pengangkutan dan pengurusannya dilaksanakan melalui Malaysia Airports
Holdings Berhad (MAHB). Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sedia
ada direka bentuk untuk menampung pengendalian 6.5 juta penumpang setahun.
Namun jumlah penumpang yang dikendalikan pada tahun 2017 di LTAPP telah mencapai
sebanyak 7.2 juta penumpang iaitu 111% daripada kapasiti sedia ada.

18
Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan komited untuk menyelesaikan masalah
kekurangan kapasiti di LTAPP. Kementerian Pengangkutan sedang mempertimbangkan
beberapa opsyen untuk memperbesarkan LTAPP dengan meneroka beberapa pilihan
termasuk membangunkan ruang tambahan untuk operasi syarikat penerbangan
perkhidmatan penuh dan penerbangan tambang murah di bangunan terminal sedia ada.
Pembangunan ruang tambahan ini akan meningkatkan kapasiti pengendalian terminal
LTAPP daripada 6.5 juta penumpang kepada 12 juta penumpang setahun.
Pada masa ini, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan bersama-sama
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang mengkaji model pembangunan dan
kaedah pembiayaan yang sesuai agar projek penaiktarafan ini dapat dilaksanakan
secara cost effective. Jangka masa pelaksanaan penaiktarafan LTAPP adalah tertakluk
kepada hasil perbincangan tersebut.
Terdapat lebih daripada 676 penerbangan seminggu yang masuk dan keluar dari Pulau
Pinang melibatkan pelbagai syarikat penerbangan tempatan dan syarikat penerbangan
luar negara. Sebarang rancangan untuk mewujudkan perkhidmatan penerbangan secara
terus ke Pulau Pinang adalah merupakan perancangan yang ditentukan oleh syarikat-
syarikat penerbangan di Malaysia dan syarikat penerbangan luar negara berdasarkan
kepada commercial viability sesuatu laluan.
Kementerian Pengangkutan sentiasa menggalakkan syarikat penerbangan tempatan
atau syarikat penerbangan luar negara untuk mewujudkan perkhidmatan terus diantara
mana-mana negara ke Pulau Pinang dengan mengambil langkah-langkah seperti berikut:
(i) Rundingan dua hala dengan negara-negara lain pada setiap tahun bagi mewujud
atau meningkatkan hak-hak trafik penerbangan di antara Malaysia dan negara-
negara tersebut;
(ii) Memasukkan Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi yang diliberalisasikan di
bawah ASEAN Multilateral Agreement on the Full Liberalisation of Passenger
Services. Di bawah perjanjian yang telah ditandatangani dan diratifikasi oleh
Malaysia ini, syarikat-syarikat penerbangan negara-negara ASEAN dibenarkan
untuk mengadakan penerbangan di antara mana-mana destinasi ASEAN, tanpa
had kekerapan, kapasiti dan jenis pesawat; dan
(iii) Menawarkan pelbagai insentif kepada syarikat-syarikat penerbangan daripada
luar negara yang beroperasi ke mana-mana lapangan terbang dalam negara
termasuk ke Pulau Pinang oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)
menerusi Airlines Incentives Programme.
II. Ahli Kawasan Batu Lancang (YB.Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
1. Enakmen Penjagaan Babi 2016 Pulau Pinang telah diwartakan pada 2016.
(a) Nyatakan tindakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam menguatkuasa dan
memberi khidmat nasihat kepada penternak bagi mengatasi masalah
pencemaran?
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Kerajaan Negeri telah meluluskan Enakmen Penternakan Babi pada 24 November 2016
semasa Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ketiga Belas
sebagai kaedah penyelesaian jangka panjang terhadap isu-isu yang berbangkit dari
ladang-ladang ternakan babi konvensional yang beroperasi di Pulau Pinang. Selaras
dengan keputusan ini, Kerajaan Negeri telah mewajibkan semua penternak babi untuk
menaik taraf ladang sedia ada kepada sistem ladang tertutup selewat-lewatnya pada
31 Disember 2019.
(a) Bagi penyelesaian jangka pendek dalam mengatasi masalah pencemaran ini,
Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Perkhidmatan

19
Veterinar Negeri Pulau Pinang (JPVPP) dan Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang
(JASPP) telah mengambil pendekatan-pendekatan berikut:
(i) Pemantauan secara berterusan oleh PBT di setiap ladang di kawasan
tersebut serta mengeluarkan notis dan kompaun bagi ladang yang
melanggar syarat-syarat pelesenan oleh PBT;
(ii) Penyiasatan oleh JPVPP mengenai punca buangan sisa ladang ke dalam
sungai serta mengarahkan penternak untuk menghentikan buangan sisa
secara terus (direct discharge) ke dalam sungai;
(iii) Mengarahkan supaya sisa ternakan disalirkan ke sistem kumbahan ladang
sedia ada dan dirawat dengan Effective Microbes(EM) yang dibekalkan
oleh JPVPP bagi menangani isu pencemaran bau di ladang yang dikenal
pasti oleh pihak jabatan;
(iv) Mengadakan kempen kawalan pencemaran dimana penternak
didedahkan dan dilatih dengan kaedah pengawalan pencemaran di
ladang seperti penggunaan Useful Microbes Activated Solution (UMAS),
mudball, Useful Microbes (UM) dan ‘bokashi’.
Selain itu, Kerajaan Negeri melalui JASPP, PBT dan JPVPP juga menjalankan operasi
penguatkuasaan bersepadu dan mengambil tindakan seperti berikut:
(i) Mengeluarkan notis dan kompaun;
(ii) Membatalkan lesen; dan
(iii) Mengambil tindakan mahkamah.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Nyatakan jenis bantuan yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam
pelaksanaan 'modern farming' kepada penternak sepertimana dibuat oleh negeri-negeri
lain.
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah memberikan pelbagai
jenis bantuan kepada penternak dalam membantu penternak untuk melaksanakan
konsep modern farming. Buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan
Veterinar memberikan fokus kepada dua (2) penternakan utama iaitu penternakan babi
dan unggas.
Antara bantuan lain yang diberikan kepada penternak babi adalah seperti berikut:
(a) Pengecualian kebenaran merancang kepada penternak untuk menaik taraf dari
ladang terbuka kepada konsep ladang tertutup yang memenuhi syarat-syarat
berikut:
(i) Penternak tersebut termasuk dalam senarai 182 penternak sedia ada
merangkumi kawasan Seberang Perai dan Pulau;
(ii) Penternak tidak menambah fasiliti baharu kecuali fasiliti untuk sistem
biogas;
(iii) Penternak membuat permohonan dalam tempoh pelaksanaan program
Pengecualian Kebenaran Merancang iaitu sehingga 31 Disember 2018; dan
(iv) Pemohon bukan pemilik tanah atau pemilik bangunan perlu menyediakan
perjanjian sewaan.
(b) Selain daripada pengecualian permohonan kebenaran merancang, pengecualian
juga diberikan bagi perkara-perkara berikut:
(i) Pengecualian syarat tukar guna tanah daripada pertanian kepada industri;

20
(ii) Pengecualian daripada dikenakan syarat universal design seperti
kemudahan OKU, parkir dan landskap;
(iii) “Bayaran dinaikkan” iaitu penalti terhadap pengusaha yang menaik taraf
tanpa kebenaran, tidak dikenakan terhadap pengusaha-pengusaha yang
layak; dan
(iv) Pengecualian sumbangan perparitan.
Manakala, bantuan yang diberikan kepada penternak unggas adalah seperti berikut:
(a) Pengecualian kebenaran merancang kepada penternak untuk menaik taraf dari ladang
terbuka kepada konsep ladang tertutup yang memenuhi syarat-syarat berikut:
(i) Penternak tersebut termasuk dalam senarai 345 penternak sedia ada
merangkumi kawasan Seberang Perai sahaja;
(ii) Penternak tidak menambah fasiliti baharu;
(iii) Penternak membuat permohonan dalam tempoh pelaksanaan program
Pengecualian Kebenaran Merancang iaitu sehingga 14 Ogos 2020; dan
(iv) Pemohon bukan pemilik tanah atau pemilik bangunan perlu menyediakan
perjanjian sewaan.
(b) Selain daripada pengecualian permohonan kebenaran merancang, pengecualian juga
diberikan bagi perkara-perkara berikut:
(i) Pengecualian syarat tukar guna tanah daripada pertanian kepada industri;
(ii) Pengecualian daripada dikenakan syarat universal design seperti kemudahan
OKU, parkir dan landskap;
(iii) “Bayaran dinaikkan” iaitu penalti terhadap pengusaha yang menaik taraf tanpa
kebenaran, tidak dikenakan terhadap pengusaha-pengusaha yang layak; dan
(iv) Pengecualian sumbangan perparitan.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Apakah peranan dan tindakan Jabatan Alam Sekitar terhadap aduan berkaitan dengan
pencemaran sungai dan laut di Negeri Pulau Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Jabatan Alam Sekitar (JAS) berperanan untuk menyiasat setiap aduan yang diterima
mengenai pencemaran sungai dan laut bagi mengenal pasti punca pencemaran
berlandaskan kepada punca kuasa JAS di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Tindakan yang diambil oleh JAS adalah seperti berikut :-
(a) Menjalankan siasatan menyeluruh dan terperinci ke atas semua aduan berkaitan
dengan pencemaran sungai dan laut;
(b) Meningkatkan penguatkuasaan ke kilang-kilang serta punca-punca lain yang
menyumbang kepada pencemaran sungai dan laut seperti Ioji kumbahan, hotel
dan bengkel kenderaan;
(c) Melakukan persampelan efluen terhadap punca-punca yang menghasilkan efluen
bagi pematuhan standard yang dibenarkan seperti mana yang ditetapkan dalam
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan
lain-lain peraturan yang berkaitan;
(d) Melakukan persampelan air kumbahan bagi loji-loji kumbahan Indah Water
Konsortium (IWK) dan loji-loji persendirian bagi pematuhan terhadap standard
yang dibenarkan sepertimana yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan
Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009; dan
(e) Menganjurkan program kesedaran seperti seminar, ceramah dan pameran
melibatkan pihak industri, sekolah dan pusat pengajian tinggi untuk
21
meningkatkan kesedaran berkenaan alam sekitar serta pemahaman terhadap
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan di bawahnya.
Bagi projek-projek yang tertakluk di bawah Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling
(Environmental Impact Assessment – EIA), JAS akan memastikan pemaju projek
mematuhi semua syarat-syarat kelulusan yang terkandung dalam Laporan EIA yang telah
disediakan.
Sekiranya aduan yang diterima oleh JAS berada di luar skop punca kuasa di bawah Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974, maka pihak JAS akan memanjangkan aduan tersebut
kepada agensi-agensi yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya di bawah punca kuasa
masing-masing.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Berapakah jumlah kompaun yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti
Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 sejak tahun 2010 hingga 2017?
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Jumlah kompaun yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling
(Kumbahan) 2009 sejak tahun 2010 hingga 2017 adalah sebanyak 32 kompaun dengan
perincian mengikut tahun seperti berikut:-
BILANGAN TAWARAN
TAHUN
KOMPAUN
2010 0
2011 0
2012 0
2013 4
2014 22
2015 3
2016 0
2017 3
JUMLAH 32
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Adakah Kerajaan Negeri sedang menyediakan satu Pelan Induk Pertanian dan
Penternakan bagi Negeri Pulau Pinang menjelang 2030.
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Kerajaan Negeri sedang dalam proses penyediaan Dasar Pertanian Negeri Pulau Pinang
bagi tempoh tiga (3) tahun dan dijangka siap pada penghujung tahun ini atau awal tahun
hadapan. Dasar ini turut merangkumi tiga (3) bidang utama sektor pertanian iaitu
bidang pertanian, penternakan dan perikanan serta melibatkan Jabatan/Agensi
berkaitan. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri menggunapakai Dasar Agro Makanan
sebagai teras pembangunan industri asas tani di negeri ini
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Senaraikan pelan dan projek 'Smart City' dan 'Smart Penang' yang telah dan sedang
dilaksanakan oleh semua agensi kerajaan selaras dengan Penang 2030.
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Pada ketika ini hala tuju dan koordinasi Penang 2030: Negeri Pintar, Hijau, Berteraskan
Keluarga yang Menginspirasikan Negara masih dalam perancangan oleh pihak Penang
Institute (PI).
Walaubagaimanapun, inisiatif Smart City telah dilaksanakan oleh Negeri Pulau Pinang
melalui jabatan/agensi negeri semenjak beberapa tahun yang lalu. Melalui
penubuhan Penang Smart Delivery Unit (PSDU) di bawah Bahagian Kerajaan Tempatan,
22
kesemua inisiatif dan projek berkenaan Smart City telah berjaya dikenal pasti dan
dapat dipantau dengan lebih teliti. Setakat ini sebanyak 22 projek dan inisiatif Smart
City telah dilaksanakan manakala sembilan (9) lagi projek dan inisiatif sedang dirancang
untuk dilaksanakan. Senarai projek dan inisiatif Smart City adalah seperti di Lampiran
A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Sejak Qatar Airways menjadikan Pulau Pinang sebagai hub penerbangan kedua di
Malaysia, berapakah pertambahan kemasukan pelancong dari Timur Tengah, Eropah dan
Benua Amerika ke Pulau Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Qatar Airways telah mewujudkan laluan penerbangan terus dari Doha, Qatar ke Pulau
Pinang mulai 6 Februari 2018. Di atas sambutan yang menggalakkan, kekerapan
penerbangan Doha-Pulau Pinang telah ditingkatkan kepada 4 penerbangan seminggu
mulai 1 Julai 2018, berbanding dengan 3 penerbangan seminggu pada awal
pengenalannya. Bagi tempoh Februari hingga September 2017, kemasukan pelancong
dari Timur Tengah, Eropah dan Benua Amerika adalah seramai 39,647 orang
berdasarkan statistik Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Manakala pada
tahun 2018, seramai 46,795 pelancong dicatatkan bagi tempoh yang sama. Peningkatan
pelancong antara tahun 2017 dan 2018 adalah seramai 7,148 orang atau 18% daripada
tahun sebelumnya.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Adakah Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) akan dipertingkatkan
keupayaannya memandangkan terdapat kajian pasaran oleh Syarikat Penerbangan
Antarabangsa untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai hub mereka?
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Kerja-kerja berkaitan peningkatan keupayaan atau penaiktarafan Lapangan Terbang
Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) adalah di bawah bidang kuasa Kementerian
Pengangkutan dan dilaksanakan melalui Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sedia ada direka bentuk untuk
menampung pengendalian 6.5 juta penumpang setahun. Namun, jumlah penumpang
yang dikendalikan pada tahun 2017 di LTAPP telah mencapai sebanyak 7.2 juta
penumpang iaitu 111% daripada kapasiti sedia ada. Pada masa ini, Kementerian
Pengangkutan, Kementerian Kewangan bersama-sama MAHB sedang mengkaji model
pembangunan dan kaedah pembiayaan yang sesuai agar projek penaiktarafan ini dapat
dilaksanakan secara cost effective. Jangka masa pelaksanaan penaiktarafan LTAPP
adalah tertakluk kepada hasil perbincangan tersebut.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Apakah status Pembinaan Pasar Bersepadu Jalan Perak yang akan dilaksanakan oleh
MBPP?
(a) Nyatakan pelan pelaksanaan projek.

Y.A.B. Ketua Menteri:


9. Status pembinaan Pasar Bersepadu Jalan Perak kini di peringkat penyediaan
dokumen Request For Proposal (RFP). Projek ini melibatkan pembinaan perumahan dan
pasar awam yang akan dijalankan secara serentak. Status pelan pelaksanaan projek
pembangunan Pasar Bersepadu Jalan Perak adalah seperti berikut:

23
BIL AKTIVITI TARIKH
Penyediaan dokumen RFP (termasuk kajian awal dan bengkel
1 1 Oktober 2018
perkongsian idea)
Tender iklan dikeluarkan & taklimat tapak akan dijalankan sekiranya
2 15 Januari 2019
perlu
3 Tender iklan ditutup 30 Mac 2019
4 Proses penilaian tender 30 April 2019
5 Keputusan tender 31 Mei 2019
6 Kerja-kerja perihal tanah 30 Jun 2019
7 Pembinaan dijangka boleh dimulakan 31 Julai 2019
8 Projek dijangka siap 30 Jun 2022
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah pencemaran sungai dan
banjir di KADUN Batu Lancang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar
(JAS) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah melaksanakan pelbagai usaha
bagi mengatasi isu pencemaran sungai dan banjir di KADUN Batu Lanchang.
Bagi mengatasi masalah pencemaran sungai, JPS telah melaksanakan kerja-kerja
penyelenggaraan dan pembersihan sungai termasuk kerja-kerja mengutip sampah di
dalam saluran sungai dan di perangkap sampah sebanyak tiga (3) kali setiap minggu.
Selain penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh JPS, tindakan dan perancangan oleh JAS
dalam mengatasi masalah pencemaran sungai adalah seperti berikut:-
(a) Meningkatkan penguatkuasaan ke kilang-kilang serta punca-punca lain seperti
Ioji kumbahan, hotel dan bengkel kenderaan yang tertakluk di bawah Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974;
(b) Melakukan persampelan efluen bagi punca-punca yang menghasilkan efluen bagi
pematuhan terhadap standardyang dibenarkan sepertimana yang ditetapkan
dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009
dan lain-lain peraturan yang berkaitan;
(c) Melakukan persampelan air kumbahan bagi loji-loji kumbahan IWK dan
persendirian bagi pematuhan terhadapstandard yang dibenarkan sepertimana
yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan)
2009; dan
(d) Mengadakan program kesedaran seperti seminar, ceramah dan pameran kepada
pihak industri, sekolah dan pusat pengajian tinggi untuk meningkatkan
kesedaran berkenaan alam sekitar serta pemahaman terhadap Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan di bawahnya.
Bagi mengatasi masalah banjir, Kerajaan Negeri melalui JPS menggunakan dua (2)
kaedah penyelesaian seperti berikut:
(a) Penyelesaian secara berstruktur melibatkan komponen pembinaan
kejuruteraan seperti rumah pam, barrage, ban, pintu air, kerja-kerja
pengukuhan tebing, mendalam dan melebarkan sungai, pembinaan kolam
takungan, empangan dan juga pelencongan sungai. Selain itu, setiap
permohonan pembangunan daripada pemaju dikenakan syarat supaya rizab
sungai selebar enam (6) meter di kiri dan kanan sungai dikekal dan diserahkan
kepada Kerajaan Negeri mengikut keadaan semasa. Pemaju juga dikehendaki
menaik taraf sungai mengikut kawasan yang terdedah kepada banjir serta
mewujudkan kolam takungan bagi mengelakkan aliran sungai terus ke hilir; dan

24
(b) Penyelesaian secara bukan berstruktur melalui penglibatan pelbagai agensi
berkaitan melalui pelaksanaan program-program “Cleaner, Greener, Safer &
Healthier Penang” seperti berikut:
(i) Program gotong royong bersama Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Komuniti (JKKK);
(ii) Pelaksanaan kajian dan rekabentuk terperinci bagi lokasi- lokasi yang
mengalami masalah banjir;
(iii) Penggunaan aplikasi Sistem Ramalan Awal Banjir; dan
(iv) Penempatan Semula Penduduk seperti di RTB Sungai Pinang Fasa I dan II
Selain daripada tindakan oleh JPS, pihak MBPP juga telah mengambil inisiatif
dengan menjalankan projek-projek naik taraf parit berskala kecil di dalam
kawasan KADUN Batu Lancang bagi menyelesaikan masalah banjir kilat yang
bersifat setempat (localised).
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Sila senaraikan program-program kemasyarakatan dan alam sekitar yang dilaksanakan
di bawah kempen Cleaner, Greener, Healthier dan Safer dalam KADUN Batu Lancang.
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Terdapat pelbagai program yang telah dirancang dan dilaksanakan di bawah
kempen Cleaner, Greener, Healthier dan Safer bagi KADUN Batu Lancang. Walau
bagaimanapun, bagi program kemasyarakatan dan alam sekitar kempen ini, terdapat 7
program yang telah dilaksanakan seperti di Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam meleraikan kesesakan lalu lintas antara
KADUN Sungai Pinang, KADUN Batu Lancang dan KADUN Datok Keramat?
Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Kerajaan Negeri telah merancang dan melaksanakan beberapa inisiatif bagi meleraikan
kesesakan lalu lintas di jalan-jalan utama dan perbandaran termasuk KADUN Sungai
Pinang, KADUN Batu Lancang dan KADUN Datuk Keramat. Antara pendekatan yang
diambil adalah seperti berikut:
(a) Menjalankan kajian ‘Concept Plans for Immediate Measures To Alleviate Traffic
Congestion Within George Town and its Vicinity’ untuk menyuraikan kesesakan
lalu lintas di mana cadangan penambahbaikan aliran lalu lintas ini telah
dilaksanakan secara berperingkat sejak tahun 2012 di Jalan Masjid Negeri dan
kawasan sekitarnya termasuk Jalan Ayer Itam, Jalan Scotland dan Lorong Batu
Lancang;
(b) Merancang pembinaan by-pass Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu - Ayer Itam
(Ayer Itam By-pass) dan projek ini dijangka bermula pada pertengahan tahun
2019;
(c) Merancang pembinaan Light Rail Transit (LRT) dan lebuhraya Penang Island
Link 1 (PIL1) melalui Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Negeri Pulau Pinang yang
akan memberi laluan alternatif kepada pengguna jalan raya dalam
mengurangkan kesesakan di jalan-jalan utama;
(d) Memperkenalkan Pelan Induk Basikal Pulau Pinang dengan pembinaan laluan
basikal di seluruh Pulau Pinang yang akan memberi laluan alternatif kepada
pengguna jalan raya;

25
(e) Pembinaan Pusingan 'U' di persimpangan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu / Jalan
Sungai Pinang / Lebuh Sungai Pinang dan kerja-kerja berkaitan. Projek ini telah
bermula pada 8 Oktober 2018 dan dijangka siap pada 7 Oktober 2019;
(f) Cadangan melaksanakan jalan sehala di Lintang Hijau, sebahagian Jalan Perak /
Jalan Lenggong dan sebahagian Jalan Jelutong;
(g) Melaksanakan kerja-kerja pelebaran jalan termasuk melarang pembelokan ke
kanan dan pelaksanaan jalan sehala di kawasan-kawasan yang berlaku kesesakan
seperti di persimpangan Jalan Perak / Jalan Lenggong, Jalan Sungai Pinang /
Jalan Sungai;
(h) Melaksanakan langkah-langkah pengurusan lalu lintas seperti melaksanakan
sistem jalan sehala, melarang kenderaan parkir atau menunggu serta
menyelaras lampu isyarat untuk mewujudkan green wave di jalan utama seperti
di Jalan Masjid Negeri;
(i) Memasang CCTV di kawasan pulau, Pulau Pinang. Sistem CCTV telah digunakan
dengan berkesan untuk meningkatkan keselamatan, pemantauan lalu lintas dan
mengawal kesesakan. CCTV sedia ada akan dinaik taraf dengan menggunakan
system analisis video (video analytic) untuk meningkatkan keupayaan
pengurusan lalu lintas dan meningkatkan keselamatan orang awam. Setakat ini
sebanyak 767 CCTV telah diadakan di mana 75 CCTV terletak di kawasan KADUN
Sungai Pinang, KADUN Batu Lancang dan KADUN Datuk Keramat;
(j) Mengenakan syarat pemajuan untuk kerja-kerja menaik taraf jalan seperti di
Jalan Kampung Jawa Baru, Jalan Timah, Jalan Kampung Jawa Lama, Jalan Free
School, persimpangan Jalan Free School/Jalan Perak dan persimpangan Jalan
Free School /Jalan Hamilton/Jalan Terengganu; dan
(k) Melaksanakan tindakan penguatkuasaan seperti saman, kapit dan tunda
kenderaan melalui Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang
(MBPP) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi melarang kenderaan parkir dan
menunggu di bahu jalan yang boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.
(l) Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dengan memperkenalkan
perkhidmatan bas percumaCongestion Alleviation Transport (CAT).
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Apakah kapasiti Empangan Teluk Bahang dan Air Itam? (a) Adakah empangan ini mampu
memenuhi keperluan penduduk Pulau Pinang? (b) Nyatakan pelan kontigensi Kerajaan
Negeri bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air pada masa hadapan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam, masing-masing berkapasiti 19240 juta
liter dan 2609 juta liter. Lebih daripada 80% keperluan bekalan air mentah di negeri
Pulau Pinang diperolehi daripada Sungai Muda yang dirawat di Loji Pembersihan Air
Sungai Dua.
Bagi memenuhi keperluan bekalan air negeri Pulau Pinang pada masa depan, Kerajaan
Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Kementerian Air dan Sumber Asli (KATS) telah
meningkatkan kapasiti takungan Empangan Mengkuang di Seberang Perai dari 22,000
juta liter kepada 73,500 juta liter dan penyaluran air mentah dari 300 juta liter sehari
kepada 600 juta liter dari Empangan Mengkuang ke Loji Sungai Dua. Ini merupakan
takungan strategik dan akan digunakan jika berlaku musim kemarau panjang.
Seterusnya Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) telah mengenal pasti
sumber air mentah yang baru iaitu dari Sungai Perak. Pada masa ini pihak Kerajaan
Negeri Pulau Pinang sedang menunggu pihak KATS untuk memulakan proses perundingan
antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Perak. Projek ini dikenali

26
sebagai “Skim Bekalan Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS)” dan boleh memenuhi
keperluan bekalan air negeri Pulau Pinang sehingga tahun 2050.
Projek ini telah disokong oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan KATS.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi isu penjualan arak
haram dan tiruan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi isu penjualan arak haram
dan tiruan adalah seperti berikut :
(i) Menubuhkan satu pasukan kerja ulasan liquor / arak untuk mempertimbangkan
dan mengesyorkan kepada Lembaga Pelesenan Eksais Negeri Pulau Pinang bagi
permohonan-permohonan baru dan pindaan lesen liquor / arak. Pasukan ini akan
mempertimbangkan kesesuaian sesuatu permohonan lesen liquor dan
mengemukakan ulasan bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di dalam Mesyuarat
Lembaga Pelesenan (Eksais) Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh YB
Exco Kerajaan Tempatan.
(ii) Menolak permohonan baru lesen liquor/arak yang berada di dalam radius 250
meter dengan kawasan-kawasan orang awam seperti rumah kediaman, pusat
pendidikan, rumah ibadat dan kawasan permainan.
(iii) Menolak permohonan baru bagi jualan liquor / arak secara runcit yang
mempunyai aktiviti jualan liquor / arak sedia ada.
(iv) Mengadakan penguatkuasaan bersepadu dengan agensi penguatkuasaan seperti
Jabatan Kastam dan Eksais Pulau Pinang bagi operasi pemeriksaan penjualan
liquor/arak di premis-premis perniagaan runcit.
(v) Mengetatkan syarat jualan liquor / arak secara runcit dengan memendekkan
masa jualan dari jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam kepada 10.00 pagi hingga
9.00 malam.
(vi) Mengambil tindakan pembatalan lesen terhadap premis-premis perniagaan
runcit yang gagal mematuhi syarat-syarat pelesenan.
(vii) Menambahbaik dasar kawalan lesen liquor / arak di seluruh kawasan Seberang
Perai dalam tempoh akan datang.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Berapakah jumlah Projek Perumahan Mampu Milik yang akan dilaksanakan mengikut
KADUN menjelang 2030?
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Kerajaan Negeri komited dalam memastikan agenda ‘1 keluarga 1 rumah’ tercapai.
Usaha ini jelas ditunjukkan semenjak Kerajaan Pakatan Harapan menerajui pentadbiran
Negeri Pulau Pinang melalui pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) yang mencukupi
untuk rakyat di negeri ini. Pada masa ini, komitmen Kerajaan Negeri adalah untuk
menyediakan sejumlah 75,361 unit rumah sehingga tahun 2025 dan selaras dengan
kenyataan manifesto 100 hari 'Perumahan Untuk Semua'.
Sejak 2008 hingga kini, sebanyak 28,195 unit Rumah Mampu Milik A, B dan C telah siap
dibina dan memperolehi Sijil Layak Menduduki / Perakuan Siap dan Pematuhan
(OC/CC). Manakala sebanyak 24,445 unit Rumah Mampu Milik A, B dan C sedang dalam
pembinaan dan 44,602 unit Rumah Mampu Milik A, B dan C pula telah pun mendapat
Kebenaran Merancang atau berada dalam peringkat perancangan Kerajaan Negeri dan
syarikat berkaitan Kerajaan (Goverment Link Company [GLC]). Jumlah keseluruhan unit

27
Rumah Mampu Milik yang disasarkan ini berjumlah 97,242 sekaligus melepasi angka
75,361 yang disasarkan.
Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga akan lebih giat berusaha membantu menyelaras
pembinaan Rumah Mampu Milik yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan mahupun GLC Kerajaan Persekutuan demi rakyat Pulau Pinang.
Pecahan RMM A, B dan C sejak 2008 hingga 2025 mengikut KADUN adalah
seperti Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Adakah MBPP berhasrat untuk mewujudkan Bas Elektrik bagi Perkhidmatan Bas
Pengantara (CAT) yang sedia ada? (a) Jika tiada, nyatakan sebabnya.
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah melantik Syarikat
Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid) bagi menyediakan perkhidmatan bas Central Area Transit
(CAT) di kawasan pusat bandar George Town Pulau Pinang. Pihak MBPP telah mengadakan
perbincangan bersama pihak syarikat supaya menyediakan bas elektrik bagi perkhidmatan
bas CAT ini. Pihak Rapid bersetuju dengan cadangan ini tetapi memaklumkan bahawa
perkhidmatan bas elektrik ini tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan
Persekutuan.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Berapakah sumbangan sektor perkhidmatan kepada Pendapatan Dalaman Kasar Negeri
bagi tahun 2015, 2016 dan 2017?
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negeri
Kasar (KDNK) Pulau Pinang. Pada tahun 2015 sektor perkhidmatan mencatatkan
sumbangan sebanyak 49.2% dengan nilai ditambah sebanyak RM34.3 bilion manakala
pada tahun 2016 ia mencatatkan sumbangan sebanyak 49.2% dengan nilai ditambah
sebanyak RM36.2 bilion. Pada tahun 2017 pula, sektor ini telah mencatatkan sumbangan
sebanyak 49.3% dengan nilai ditambah sebanyak RM38.3 bilion.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Berapakah sumbangan sektor pembuatan dalam pendapatan negeri?
(a) Adakah ia berkurangan sejak tahun 2015?
(b) Nyatakan Pelan Tindakan bagi memastikan sektor ini kukuh dan menyumbang
kepada pendapatan negeri.
Y.A.B. Ketua Menteri:
18. (a) Sumbangan sektor pembuatan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
Pulau Pinang sejak 2015, dan kadar pertumbuhannya adalah seperti berikut:-
Tahun 2015 2016 2017
KDNK Pembuatan
31,197 32,895 34,759
(RM juta)
Sumbangan kepada KDNK Negeri 47% 45% 45%
Kadar Pertumbuhan
6.9% 5.4% 5.7%
(pada harga malar 2010)
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

28
Meskipun sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK lebih rendah pada paras
45% bagi tahun 2016 dan 2017 berbanding 47% bagi tahun 2015, namun nilai
pelaburan kian meningkat. Sektor pembuatan di Pulau Pinang terus
menunjukkan pertumbuhan yang mapan dan disokong dengan pelaburan semula
dan baharu. Pada tahun 2017, Pulau Pinang menunjukkan prestasi cemerlang
dalam pelaburan pembuatan yang diluluskan MIDA iaitu sebagai negeri dengan
pelaburan pembuatan asing (FDI) tertinggi di Malaysia dengan nilai pelaburan
RM8.5 bilion, manakala bagi jumlah pelaburan (FDI dan pelaburan domestik),
Pulau Pinang merupakan negeri dengan pelaburan kedua tertinggi di Malaysia
dengan jumlah pelaburan RM10.8 bilion.
Perkembangan ini juga disokong oleh penambahan sektor perkhidmatan bukan
sahaja dari segi pelancongan/ pelancongan perubatan tetapi juga sektor
sokongan pembuatan seperti logistik dan pelaburan perkhidmatan perniagaan
global (GBS).
(b) Kerajaan Negeri mengambil langkah-langkah berikut bagi memastikan sektor
pembuatan terus kukuh :-
(i) Memberikan tumpuan kepada kekuatan Pulau Pinang dalam bidang
Elektronik dan Elektrikal serta kebolehan mempelbagaikan aktiviti
industry seperti pembuatan peralatan perubatan (“medical devices”),
sains kesihatan, aeroangkasa dan avionic dan teknologi LED;
(ii) Penambahbaikan infrastruktur dilaksanakan secara berterusan bagi
taman perindustrian dan memastikan infrastruktur memenuhi taraf
antarabangsa termasuk perkhidmatan jalur lebar dan utiliti seperti
elektrik dan air;
(iii) Memantapkan ekosistem perniagaan di Pulau Pinang melalui sinergi
syarikat multinasional (MNC) dan syarikat besar tempatan dengan tujuan
untuk membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS) dalam industri-
industri galakan melalui usaha-usaha berikut:-
(a) Menyediakan sistem sokongan vendor tempatan dan penganjuran
Hari Pembekal (Supplier Days) bersama syarikat MNCs yang berniat
untuk mencari pembekal tempatan;
(b) Membantu IKS melalui Penang SME Centre di Zon Perindustrian
Bayan Lepas dengan kadar sewa yang bersubsidi bagi IKS tempatan
untuk menjalankan perniagaan. SME Village Batu Kawan juga dibina
dan dijual kepada syarikat-syarikat IKS yang telah mengembangkan
kapasiti mereka. Pusat Penasihat Pasaran, Sumber dan Latihan IKS
(Pusat S.M.A.R.T.) memberi khidmat nasihat kepada syarikat-
syarikat IKS selain menyediakan seminar pembangunan kapasiti dan
direktori perniagaan online;
(c) Menyediakan Penang i4.0 Seed Fund melalui dana permulaan
berjumlah RM4 juta (USD 1 juta) untuk membantu usahawan kecil
dan syarikat-syarikat start-up yang terlibat dalam bidang teknologi
seperti sektor “Internet of Things (IoT), “e-
commerce” dan bidang-bidang berkaitan bagi mempercepatkan
dan mengembangkan pembangunan syarikat-syarikat startup di
Pulau Pinang; dan
(d) Meningkatkan usaha untuk menarik dan mengekalkan bakat dan
kemahiran di Pulau Pinang serta meningkatkan minat anak-anak
muda dalam STEM termasuk sektor vokasional dengan langkah-
langkah berikut;
(i) Mengadakan sesi dialog di antara institute pengajian
tinggi tempatan dan pelabur-pelabur untuk
29
menyelaraskan demand and supply bakat-bakat yang
diperlukan;
(ii) Melaksanakan program-program yang boleh menarik,
melatih serta mengekalkan bakat di Pulau Pinang seperti
pemberian biasiswa “Penang Future Foundation” (PFF)
dan pemberian keutamaan dalam skim perumahan mampu
milik;
(iii) Melaksanakan Program Meister Malaysia bagi
meningkatkan tahap teknikal tenaga kerja vokasional;
(iv) Memperuntukkan RM75 juta bagi @CAT Penang
(Accelerator for Creative, Analytics and Technology),
Penang Skills Development Centre (PSDC), Penang Science
Cluster (PSC), Karpal Singh Penang Learning Centre
(KSPLC), Tech Dome Penang (TDP), and Penang Digital
Library (PDL) bagi memupuk minat genererasi muda dalam
STEM; dan
(v) Meningkatkan connectivity penerbangan antarabangsa dan
pelabuhan melalui usaha-usaha berikut:
(a) Bekerjasama dengan syarikat-syarikat
penerbangan dan agensi-agensi berkaitan untuk
meningkatkan lebih banyak penerbangan
terus antarabangsa ke destinasi baharu.
(b) Bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk
memperluas dan menaik taraf Lapangan Terbang
Antarabangsa Pulau Pinang bagi memenuhi
keperluan pelabur baru dan pelabur sedia ada dari
aspek peningkatan kapasiti penumpang dan kargo
antarabangsa; dan
(c) Menjadikan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai
pelabuhan laut strategik di utara Malaysia dan
selatan Thailand serta menambah baik fasiliti
pelabuhan.
(d) Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan
pihak berkepentingan untuk menaik taraf Pulau
Pinang sebagai negeri antarabangsa yang
berteraskan konsep “work, live and play”. Ini
termasuklah peningkatan kualiti pengangkutan
awam melalui Pelan Induk Pengangkutan Awam
(termasuk laluan LRT) untuk meningkatkan kualiti
hidup;
(e) Memastikan kos menjalankan perniagaan di Pulau
Pinang terus kekal kompetitif melalui penandaan
aras secara global dan serantau; dan
(f) Melancarkan Perkhidmatan Perniagaan
Global (“GBS”) @Mayang di Bayan Baru dan@By
the Sea di Taman Perindustrian Bayan Lepas dalam
usaha merangsang pelaburan dan peluang
pekerjaan. Inisiatif ini merupakan sebahagian
daripada pelan induk pembangunan negeri yang
menawarkan ruang perniagaan kondusif dan
persekitaran kepada pelabur serta bakat sokongan
dari seluruh dunia. Ini juga selaras dengan
30
perancangan Skim Peningkatan Perniagaan
Mengikut Daerah-Business Improvement District
Scheme (BIDS).
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Adakah MBPP bercadang untuk meningkatkan fungsi pondok hentian bas seperti
mengadakan kiosk untuk membuka peluang ekonomi belia di Pulau Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Setakat ini MBPP tidak mempunyai perancangan untuk membuka kiosk di
pondok-pondok perhentian bas. Hal ini dikhuatiri terdapat kenderaan
yang diletakkan di tepi perhentian bas untuk membeli barang di kiosk dan
mengganggu aliran lalulintas. Selain itu, keadaan ini juga akan menjejaskan
keselamatan pengguna bas semasa menaiki bas di tepi jalan.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
20. Nyatakan pelan tindakan yang diambil bagi memastikan Pulau Pinang terus cemerlang
sebagai Pusat Pelancongan Perubatan di rantau Asia.
Y.A.B. Ketua Menteri:
20. Pelan tindakan Kerajaan Negeri bagi memastikan Pulau Pinang terus cemerlang sebagai
Pusat Pelancongan Perubatan di rantau Asia adalah seperti berikut:
(a) Meningkatkan daya saing hospital dalam sektor pelancongan perubatan
melalui Penang Center of Medical Tourism (PMED). Pada masa ini, PMED
mempunyai keahlian sebanyak 16 hospital dan bergiat aktif dalam pemasaran Pulau
Pinang sebagai destinasi pelancongan perubatan yang terunggul;
(b) Menggiatkan promosi dan pemasaran pelancongan perubatan melalui pameran
pelancongan dan roadshow di rantau Asia, terutamanya kepada negara yang
mempunyai penerbangan terus ke Pulau Pinang seperti Indonesia, Vietnam dan
China ;
(c) Meningkatkan laluan penerbangan terus ke Pulau Pinang melalui rundingan dan
kerjasama dengan syarikat penerbangan. Antaranya, kerjasama ini telah melihatkan
syarikat penerbangan Citilink mewujudkan laluan penerbangan terus dari Jakarta ke
Pulau Pinang mulai bulan Mac 2018 dan dari Surabaya ke Pulau Pinang mulai bulan
November 2018;
(d) Bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi pembesaran Lapangan Terbang
Antarabangsa Pulau Pinang serta meningkatkan kemudahan dan kelengkapan untuk
menerima pelancong perubatan ; dan
(e) Bekerjasama dengan pihak swasta untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam
membina baru atau menaik taraf pusat perubatan pelancongan. Pihak Island Hospital
telah membuat pelaburan dalam projek Island Medical City dengan anggaran kos
pembangunan berjumlah RM2 bilion.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
21. Senaraikan projek-projek yang akan dilaksanakan oleh MBPP mengikut analisa dari
konsep GRB dan OBB di KADUN Batu Lancang.
Y.A.B. Ketua Menteri:
21. Projek-projek yang akan dilaksanakan oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
mengikut analisa daripada konsep Gender Responsive Budget (GRB) dan Outcome Based
Budgeting (OBB) di KADUN Batu Lancang adalah seperti berikut:

31
TAHUN AKAN KONSEP GRB /
BIL. TAJUK PROJEK
DILAKSANAKAN OBB

1 Membina sebuah lampu isyarat pejalan kaki 2019 OBB


di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim
2 Menaik taraf Pasar Batu Lancang, Pulau 2018 GRB
Pinang
3 Menaik taraf Tanah Lapang Jalan Grik, Batu 2018 GRB/OBB
Lancang

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Nyatakan status pelaksanaan 'Big Data' yang melibatkan agensi Persekutuan, Negeri dan
Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Pulau Pinang.
Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Kerajaan Negeri melalui Pejabat SUK Pulau Pinang telah merangka Pelan Pembangunan
Data Raya Pentadbiran Negeri bagi tempoh 2016 hingga 2020. Status pelaksanaan
inisiatif data raya (big data) di peringkat negeri adalah seperti berikut:
(a) Antara program/aktiviti bagi menyokong pelaksanaan inisiatif data raya di
peringkat negeri yang telah dilaksanakan adalah:
(i) Bengkel Inisiatif Data Raya Pentadbiran Negeri Pulau Pinang telah diadakan
pada April 2016 dengan penyertaan peringkat pengurusan tinggi semua
jabatan/agensi negeri. Bengkel ini merupakan sesi perancangan strategik
bagi mengenal pasti business/use case dan high level business
question untuk pelaksanaan insiatif / projek Analitis Data Raya (BDA)
peringkat negeri.
(ii) Jawatankuasa Penyelarasan Data Negeri yang dipengerusikan oleh
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dengan keahlian terdiri
daripada semua Chief Information Officer (CIO) jabatan/agensi negeri
telah ditubuhkan pada 23 Januari 2017. Jawatankuasa ini berperanan
untuk menyelaras dan memantau perkongsian data dan penerbitan data
terbuka di kalangan semua jabatan/agensi negeri. Semua perkara
berkaitan dasar dan polisi data akan dibincang dan dibentang kepada
Jawatankuasa Pemandu eGG (eGood Governance) yang dipengerusikan
oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri.
(iii) Polisi Data Negeri telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
dan dikuatkuasakan melalui Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Bil
1/2017 bertarikh 30 Ogos 2017. Polisi ini menjelaskan pelaksanaan, prinsip
dan tadbir urus perkongsian data dan penerbitan data terbuka di peringkat
negeri.
(iv) Portal Data Terbuka Negeri telah dilancarkan secara rasmi semasa Seminar
Kerajaan Digital 2017 pada 12 Oktober 2017. Portal ini bertujuan untuk
menggiatkan usaha perkongsian data dikalangan jabatan/agensi negeri
serta meningkatkan ketelusan Kerajaan dalam penerbitan set-set data
terbuka untuk capaian awam. Set data terbuka daripada semua
jabatan/agensi negeri disalurkan di Portal Data Terbuka Negeri dan
seterusnya diterbitkan untuk capaian awam di Portal Portal Data Terbuka
Sektor Awam di alamat www.data.gov.my. Sebarang permohonan data
terbuka oleh individu, komuniti dan pihak swasta melalui Portal Data
Terbuka Sektor Awam akan diselaraskan oleh Pejabat SUK untuk
kesesuaian penerbitan sebagai data terbuka. Bagi tahun 2018, sehingga 22
Oktober 2018 sebanyak 136 set data terbuka jabatan/agensi negeri telah
diterbitkan di Portal Data Terbuka Sektor Awam.
32
(v) Program Pertandingan 24 Jam Hackathon Data Terbuka Negeri Pulau
Pinang telah berjaya dilaksanakan pada 29 dan 30 September 2018 dengan
penyertaan sebanyak 18 pasukan yang terdiri daripada 58 peserta.
(b) Antara projek analitis data raya yang telah dilaksanakan dan dalam perancangan
adalah seperti berikut:
(i) Proof of concept (POC) bagi 3 projek BDA (big data analytic) iaitu bagi
kluster pengangkutan(1 projek POC) dan sosio ekonomi (2 projek POC)
telah dilaksanakan dengan jayanya pada Ogos hingga Oktober 2016.
(ii) Pembangunan projek perintis Sistem Analitis Data Raya Pemilikan Rumah
Mampu Milik untuk Golongan Pertengahan telah bermula pada Jun 2017
dan siap pada April 2018.
(iii) Sistem pengurusan bencana dengan modul analitis mengenai kejadian
banjir di Pulau Pinang dan modul operasi bantuan dirancang untuk
pembangunan pada tahun 2019 dan dijadualkan siap pada Jun 2020.
Manakala status pelaksanaan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah
seperti berikut:
(a) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kini dalam peringkat pelaksanaan projek
analitis data raya bagi pengurusan trafik menggunanakan video analytics CCTV.
MBPP juga dalam usaha mengemaskini dan menyeragamkan struktur dan format
data secara dalaman ke arah memacu inisiatif analitis data raya dalam semua
bidang perkhidmatan MBPP.
(b) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kini di peringkat semakan semula dan
penyediaan perincian spesifikasi keperluan bagi projek analitis data raya
Pengurusan Sisa Pepejal. Tender projek ini dijadualkan pada bulan Mei tahun
2019 dan di jangka mengambil tempoh dua (2) tahun untuk siap.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
23. Senaraikan projek-projek oleh Kerajaan Negeri dan PBT berkaitan dengan 'Internet Of
Thing' (IOT).
Y.A.B. Ketua Menteri:
23. 'Internet of Thing' (IOT) merupakan peranti yang dihubungkan dengan internet yang
dapat menyalurkan data bagi meningkatkan produktiviti dan efisiensi. Terdapat satu
(1) projek Kerajaan Negeri dan enam (6) projek di PBT yang berkaitan dengan IoT.
Perinciannya adalah seperti berikut:
(i) Projek berkaitan IOT oleh Kerajaan Negeri
Projek Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan IOT yang diuruskan oleh MPSP
adalah projek daripada pihak Intel Microelectronic (M) Sdn. Bhd yang dibuat
secara Corporate Social Responsibility (CSR) yang dijangka siap pada Disember
2018 dengan pemasangan 32 unit CCTV dan 64 buah lampu jalan jenis LED yang
dilengkapi dengan sistem pemantauan (SCADA). Turut dipasang adalah 8 buah
skrin tv bersaiz 50 inci di bilik kawalan CCTV MPSP, 4 unit LoRa Gateway,
sensor persekitaran dan server untuk perisian Platform Amelia untuk IOT dan
analitis CCTV.
(ii) Projek berkaitan IOT di MPSP
(a) Sistem Amaran Paras Air Kawalan Banjir (SPARK)
Menggunakan teknologi berkonsepkan ultrasonik bagi mengesan paras air
di kawasan hot spot banjir dengan penyaluran data kepada pekerja
rumah pam melalui SMS yang dapat membantu proses kerja menjadi

33
lebih efektif dan mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja. Sebanyak
12 lokasi rumah pam milik MPSP telah dilengkapi dengan sistem ini.
(b) Smart Traffic Analytics & Recognition System – Stars Oleh TM One
Smart Services Untuk Alat Kawalan Lampu Isyarat
Sistem pemantauan operasi lampu isyarat yang menggunakan teknologi
daripada pihak Telekom Malaysia (TM One) yang dijangka siap
sepenuhnya pada Disember 2018. Sebanyak 100 persimpangan lampu
isyarat di seluruh Seberang Perai akan dipasang sistem ini untuk Fasa 1
yang berupaya untuk menyalurkan data secara terus daripada kotak
kawalan melalui aplikasi Telegram jika berlaku kerosakan pada sistem
lampu isyarat. Sistem ini turut menyediakan platform sistem real-time
monitoringyang boleh diakses melalui web dan telefon pintar.
(c) GPS untuk pemantauan lori compacter
Vehicle Management System yang menggunakan Global Positoning
System (GPS) yang mampu menghantar data kedudukan
kenderaan compactor milik MPSP secara real-time yang membolehkan
pemantauan dan pengurusan kenderaan bagi merancang penggunaan
secara optimum dalam pelaksanaan kutipan sampah. Ini dapat
mengurangkan aduan sampah tidak dikutip serta meningkatkan
keberkesanan perkhidmatan pembersihan.
(iii) Projek berkaitan IoT di MBPP
(a) GPS untuk Sistem Telematik, Pengauditan Kualiti Kerja dan
Pengurusan Tuntutan
Sistem Telematik, Pengauditan Kualiti Kerja dan Pengurusan Tuntutan
yang menggunakan GPS bagi memantau kenderaan dan krew secara real
time (Fleet Management) menggunakan telefon pintar. Sistem yang
telah mula digunakan pada 1 Jun 2018 ini dapat membantu MBPP
mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja dan aset secara lebih
efektif.
(b) Sistem Pengesan Paras Air
Sebanyak 10 unit alat pengesan paras air telah dipasang di dalam
longkang di kawasan hotspot banjir yang berfungsi untuk memantau
paras ketinggian air di dalam longkang dan di atas paras jalan raya.
Semasa hujan turun, paras ketinggian air di dalam longkang dapat
dipantau melalui data notifikasi dan amaran tentang ketinggian paras air
di dalam longkang yang dihantar kepada bilik kawalan MBPP. Notifikasi
ini akan turut dipapar di laman sesawang rasmi MBPP untuk makluman
awam.
(c) LinkBike
Sistem perkongsian basikal telah dipasang di sekitar kawasan George
Town yang melibatkan 29 stesen dengan kemudahan 250 buah basikal
untuk orang awam atau pelancong. Sistem ini digunakan melalui aplikasi
telefon pintar, QR Code dan kad pintar yang dapat mengesan
penggunaan basikal sebaik diambil atau diletakkan di stesen basikal
melalui sensor yang dipasang di stesen tersebut. Malah, LinkBike dapat
membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas, mengurangkan
pelepasan karbon dan menggalakkan gaya hidup yang sihat.

34
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
24. Nyatakan keberkesanan dasar perancangan (Pelan Tempatan, Pelan Khas dan Dasar
Kawalan) oleh PBT ke atas pertumbuhan ekonomi negeri dan kehormonian penduduk
Pulau Pinang.
Y.A.B. Ketua Menteri:
24. Rancangan Tempatan belum diwartakan di Negeri Pulau Pinang dan Pelan Tempatan
akan disemak semula setelah Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2030
diwartakan. Pada ketika ini, MBPP menggunapakai Pelan Dasar Perancangan dan
Kawalan Pemajuan Pelan No.:MBPP/PN-020(PL/PP) yang diluluskan pada 13 September
1996, Rancangan Kawasan Khas Geoge Town dan Rancangan Kawasan Khas Bukit
Bendera yang telah diwartakan sebagai panduan untuk kawalan dan pembangunan di
kawasan MBPP. Manakala MPSP pula menggunapakai RSNPP 2020 dan Rancangan
Tempatan Daerah SPU, SPT dan SPS sebagai panduan. Kini, MPSP sedang merangka
Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030 yang dijangka akan diwartakan pada bulan
September 2019.
Keberkesanan dasar perancangan (Pelan Tempatan, Pelan Khas dan Dasar kawalan) oleh
PBT ke atas pertumbuhan ekonomi negeri adalah seperti berikut:
(a) Mempercepatkan tempoh memproses permohonan kebenaran merancang.
Dengan ini, tempoh kelulusan pembangunan dapat disegerakan.
(b) Mengatur, mengawal dan merancang penggunaan tanah dan bangunan dalam
kawasan perbandaran / bandaraya. Dengan ini, pelabur dapat mengenalpasti
kawasan yang sesuai untuk tujuan pelaburan kerana pelan tempatan telah
menetapkan kawasan-kawasan pembangunan yang boleh dimajukan oleh
pelabur atau sebaliknya.
(c) Mengenalpasti serta meyediakan kawasan-kawasan strategik untuk pelaburan
bagi pembangunan ekonomi negeri dalam pelbagai sektor mengikut zon seperti
pertanian, perniagaan, perindustrian, pelancongan dan sebagainya. Ini akan
memudahkan pelabur memilih jenis pelaburan yang hendak dilaksanakan
berdasarkan kawasan yang ditetapkan mengikut zon.
(d) Mendorong pertumbuhan Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Negeri
Pulau Pinang yang banyak dipengaruhi oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan
terutamanya bidang elektrik dan elektronik melalui perancangan PBT.
(e) Meningkatkan kadar pengambilan pekerja melalui pembangunan baru oleh
syarikat tempatan atau pelabur asing.
(f) Membantu meningkatkan kadar pendapatan penduduk di Negeri Pulau Pinang
melalui peluang-peluang pekerjaan baru hasil daripada pembangunan yang
diluluskan.
Manakala keberkesanan dasar perancangan (Pelan Tempatan, Pelan Khas dan Dasar
kawalan) oleh PBT ke atas keharmonian penduduk Pulau Pinang adalah seperti berikut:
(a) Mengawal dan memberi penekanan terhadap kepentingan kualiti alam sekitar
dalam perancangan pembangunan bagi mewujudkan alam sekitar yang lebih
harmoni agar penduduk mendapat kualiti hidup yang lebih baik.
(b) Memberikan keutamaan yang sewajarnya terhadap keperluan kemudahan awam
di dalam kawasan perbandaran / bandar raya kerana dasar perancangan ini telah
mengambilkira pertambahan penduduk bagi penyediaan infrastruktur dan
kemudahan bandar agar penduduk menikmati kemudahan yang lebih efisien,
baik, mencukupi, berdaya huni dan selamat didiami.

35
(c) Menyediakan pembangunan mengikut perkembangan sains dan teknologi kerana
dasar perancangan yang dilaksanakan telah mengambilkira perkembangan sains
dan teknologi terkini.
(d) Menyediakan kemudahan infrastuktur dan perkhidmatan utiliti kepada orang
awam berdasarkan keperluan sebenar dengan mengoptimumkan penggunaan
tanah kerana kajian yang terperinci telah dijalankan bagi memenuhi keperluan
kemudahan infrastruktur dan utiliti di pada masa depan.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
25. Nyatakan projek yang telah dijalankan oleh PBT berkaitan dengan Kajian 'Environmental
Impact' sejak 2016.
(a) Apakah nilai tambah kepada peningkatan kualiti alam sekitar selepas projek
tersebut dilaksanakan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
25. Terdapat dua (2) buah projek Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah menjalani
Kajian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment) sejak tahun 2016 iaitu
Projek Stesen Pemindahan Sampah Batu Maung dan Projek Tapak Pelupusan Sampah
Pulau Burung.
(a) Kebaikan yang diperolehi hasil daripada pelaksanaan Kajian Impak Alam Sekitar
adalah seperti berikut:
(i) Menentukan sama ada sesuatu cadangan projek pembangunan boleh
dibangunkan atau sebaliknya ;
(ii) Memberi suatu rumusan yang tepat terhadap tindakan di dalam
perancangan pembangunan ; dan
(iii) Mengurangkan dan mencegah impak negatif kepada kawasan
persekitaran dan penduduk sekitar kawasan projek berdasarkan kaedah
mitigasi yang dicadangkan.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
26. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membuat semakan semula ke atas Pelan
Rancangan Khas Kawasan Warisan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
26. Kerajaan Negeri di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.1/2018 bertarikh
25 Januari 2018 telah memutuskan untuk mengkaji semula Rancangan Kawasan Khas Tapak
Warisan Dunia George Town (RKK TWDGT). Kajian Semula ini dilaksanakan berlandaskan
keperluan perundangan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172).
Pada masa ini, kerja-kerja awalan (peringkat mobilisasi) ke arah penyediaan Kajian Semula
RKK TWDGT sedang dilaksanakan melalui mesyuarat-mesyuarat yang dibuat secara berkala
bagi membincangkan pelbagai aspek kawalan perancangan dan garis panduan yang perlu
dilihat semula dan ditambahbaik. Lawatan tapak juga telah diadakan pada 10 Julai 2018.
Pihak PlanMalaysia@Pulau Pinang (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) dan pihak
George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) telah dipertanggungjawabkan bagi
menyediakan dokumen kajian semula ini dengan kerjasama beberapa jabatan/agensi
berkaitan termasuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
27. Penguatkuasaan ke atas Pelan Rancangan Khas Warisan telah menyebabkan banyak
pengusaha berhenti beroperasi.
(a) Nyatakan rancangan PBT untuk memastikan kawasan warisan terus hidup dan
berpenghuni.

36
Y.A.B. Ketua Menteri:
27. Antara perancangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam memastikan kawasan
warisan terus hidup ialah dengan membuat semakan semula Rancangan Kawasan Khas
Tapak Warisan Dunia George Town (RKKTWDGT) untuk menjadikan kawasan tersebut lebih
berdaya huni dan berdaya tahan. Kajian ini meliputi penambahbaikan daripada segi aktiviti
kawalan perlingkungan yang dibenarkan, garis panduan berkaitan bangunan warisan,
infrastruktur dan sebagainya untuk menjadikan (RKKTWDGT) mudah difahami oleh
semua lapisan masyarakat.
Selain itu, MBPP juga dalam perancangan melaksanakan projek penetapan semula
penduduk dalam kawasan Tapak Warisan Dunia George Town dengan memperkenalkan
konsep micro-housing di rumah kedai sedia ada dalam tapak warisan dengan menggalakkan
pemaju-pemaju untuk menggunapakai konsep tersebut. Program pemutihan hotel juga telah
dilaksanakan bagi membantu dan memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha hotel
tanpa lesen untuk mendapatkan lesen tetap. Pada masa yang sama MBPP turut aktif dalam
melaksanakan projek-projek menaiktaraf infrastruktur awam seperti pasar, kemudahan
awam, taman-taman awam, merejuvenasi lorong-lorong belakang serta mempertingkatkan
kemudahan pengangkutan di sekitar George Town bagi memastikan bandaraya
ini selamat, bersih dan mesra dengan orang awam.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
28. Apakah rancangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi mengatasi masalah ternakan
lembu dalam kawasan kediaman?
Y.A.B. Ketua Menteri:
28. Penternakan lembu adalah tidak dibenarkan di kawasan kediaman penduduk. Kerajaan
Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa memantau dan mengambil
tindakan terhadap aktiviti ini. Pelesenan ternakan lembu adalah di bawah bidang kuasa
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukannya Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan PBT
tidak pernah mengeluarkan lesen kepada penternak lembu untuk menternak di kawasan
kediaman. Sekiranya terdapat masalah lembu berkeliaran di kawasan kediaman, PBT
akan menjalankan tindakan penguatkuasaan ke atas pemilik/ pengusaha seperti
berikut:
(i) Pengeluaran notis;
(ii) Pengeluaran kompaun;
(iii) Tindakan mahkamah; dan
(iv) Sitaan
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
29. Berapakah jumlah kutipan fi lesen anjing sejak 2012 hingga 2017 oleh Jabatan
Perkhidmatan Veterinar seperti Perintah (Fi Pelesenan Anjing) Binatang 2010?
Y.A.B. Ketua Menteri:
29. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) tidak melaksanakan kutipan fi lesen anjing
seperti Perintah (Fi Pelesenan Anjing) Binatang 2010. Di negeri Pulau Pinang,
kutipan fi lesen anjing dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
memandangkan PBT telah mempunyai undang-undang bagi pelesenan anjing.
Kutipan fi lesen anjing oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di bawah Undang-
Undang Kecil (Anjing-Anjing) Majlis Perbandaran Pulau Pinang 1977 adalah seperti
berikut:
TAHUN JUMLAH KUTIPAN LESEN (RM)
2012 34,770.00
2013 25,980.00
2014 35,150.00
37
2015 40,470.00
2016 14,420.00
2017 14,660.00
JUMLAH 165,450.00
Manakala, fi lesen anjing oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di bawah
Undang-Undang Kecil Kawalan Anjing MPSP 1982 adalah seperti berikut:
TAHUN JUMLAH KUTIPAN LESEN (RM)
2012 73,270.00
2013 63,300.00
2014 72,800.00
2015 64,280.00
2016 34,260.00
2017 69,840.00
JUMLAH 377,750.00
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
30. Berapakah jumlah kes yang berjaya diselesaikan oleh Jabatan Perkhidmatan
Veterinar bagi aduan penyembelihan ayam tanpa kelulusan di bawah Kaedah-
Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009?
Y.A.B. Ketua Menteri:
30. Buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau
Pinang tidak menerima sebarang aduan berhubung penyembelihan ayam tanpa
kelulusan. Kaedah-kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan 2009) di bawah Akta
Binatang 1953 (Persekutuan) adalah untuk ternakan lembu, kambing, bebiri dan babi
sahaja.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
telah menerima tiga (3) aduan berkenaan penyembelihan ayam tanpa kelulusan
daripada tahun 2013 hingga Oktober 2018 dan kesemua aduan tersebut telah
diselesaikan.
Selain daripada itu, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) juga telah mengambil
tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Bayaran Lesen MPSP 1980 dan Akta Kerajaan
Tempatan 1976 bagi aduan yang diterima berhubung penyembelihan ayam tanpa
kelulusan. Dari tempoh 1 Januari hingga 20 September 2018, sebanyak lima (5) aduan
berhubung penyembelihan ayam tanpa kelulusan diterima oleh MPSP dan kesemua
aduan tersebut telah berjaya diselesaikan.
III. Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
1. Sila nyatakan dan senaraikan mengikut jenis dan nilai projek Kerajaan Persekutuan yang
telah diumumkan ataupun diluluskan di Pulau Pinang selepas Mei 2018.
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Senarai projek Kerajaan Persekutuan yang telah diluluskan selepas Mei 2018 di Pulau
Pinang adalah seperti di Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Pelan Induk Pesisir Utara George Town.
(a) Sila nyatakan dengan teliti komponen dan kos yang terlibat berhubung dengan
pelan induk tersebut.
(b) Apakah garis-masa (timeline) pelaksanaan pelan induk tersebut?
38
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Pelan Induk Pesisir Utara George Town (North Seafront Master Plan) merupakan inisiatif
daripada anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu George Town Conservation & Development
Corporation (GTCDC). GTCDC merupakan jalinan kerjasama antara Perbadanan Ketua
Menteri (CMI), Think City Sdn. Bhd. dan Aga Khan Cultural Services SA.
Tujuan utama Pelan Induk Pesisir Utara George Town adalah untuk menyediakan
kawasan / ruang bagi pelaksanaan aktiviti riadah / rekreasi, sosial, budaya dan sukan
oleh setiap lapisan masyarakat setempat tanpa mengira peringkat umur. Lokasi projek
bermula dari kawasan Dewan Sri Pinang sehingga ke kawasan bulatan dan menara
jam Queen Victoria.
Pelan ini juga disediakan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memastikan
penyediaan projek berimpak besar sempena sambutan ulang tahun ke-10 Pulau Pinang
menerima pengiktirafan Kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai 2008 yang
lalu.
(a) Pelaksanaan Pelan Induk ini melibatkan beberapa komponen dan peruntukan
kewangan disediakan oleh Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Pulau Pinang
(MBPP) dan Think City. Perincian mengenai komponen dan kos adalah seperti
di Lampiran A.
(b) Pelan Induk ini telah dilaksanakan sejak tahun 2016 dan pelaksanaan projek yang
dirancang dijangka siap keseleruhannya pada tahun 2021. Perincian tempoh
masa bagi setiap projek adalah seperti di Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Kawasan tanah lapang di kawasan Pulau, Pulau Pinang.
(a) Sila senaraikan kawasan tanah lapang mengikut lokasi, no. Lot, daerah
(DTL/DBD) dan keluasan di kawasan Pulau, Pulau Pinang.
(b) Apakah mekanisma atau polisi Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan untuk
menyelenggarakan kawasan tanah lapang ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. (a) Terdapat 192 kawasan tanah lapang di Daerah Timur Laut manakala di Daerah
Barat Daya pula terdapat 108 kawasan tanah lapang. Senarai kawasan tanah
lapang berdasarkan lokasi dan jumlah lot tanah lapang mengikut Daerah Timur
Laut dan Daerah Barat Daya adalah masing-masing seperti di Lampiran A dan B.
(b) Mekanisme yang digunakan untuk menyelenggara kawasan tanah lapang oleh
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) adalah seperti berikut:
(i) Melantik kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pemotongan
rumput dan pembersihan tanah lapang supaya berada dalam keadaan
bersih dan kemas;
(ii) Menyelenggara perabot taman (alat senaman, alat permainan, lampu
taman, bangku dan lain-lain) secara berjadual supaya sentiasa dalam
keadaan berfungsi, baik dan selamat untuk digunakan; dan
(iii) Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

39
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Pokok yang telah didaftarkan dibawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
(a) Sila senaraikan jumlah pokok di kawasan Pulau, Pulau Pinang yang telah
didaftarkan dibawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
(b) Sila senaraikan jumlah pokok yang telah ditanam oleh Kerajaan Negeri /
Kerajaan Tempatan sejak tahun 2008.
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. (a) Jumlah pokok yang telah didaftarkan di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang
(MBPP) sehingga 30 Oktober 2018 adalah sebanyak 10,199 pokok. Perincian
maklumat mengikut lokasi pokok ditanam dan bilangan pokok adalah seperti
berikut:
Lokasi Bilangan Pokok
Jalan Kelawai & Jalan Macalister 255
17 Jalan Utama 1,884
37 Jalan Utama & Sekunder 2,060
Jalan Sekunder, FIZ & NON-FIZ 6,000
Jumlah 10,199
(b) Jumlah pokok yang telah ditanam oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa
Tempatan sejak tahun 2008 sehingga Oktober 2018 adalah sebanyak 333,532
pokok. Perincian maklumat mengikut agensi bertanggungjawab dan jumlah
pokok adalah seperti berikut:
TAHUN KERAJAAN NEGERI MBPP MPSP JUMLAH
2008 41,224 522 7,254 49,000
2009 43,182 420 10,587 54,189
2010 51,969 86 2,777 54,832
2011 38,445 321 8,770 47,536
2012 8,902 706 6,433 16,041
2013 847 414 11,085 12,346
2014 3,842 737 8,791 13,370
2015 19,712 661 6,805 27,178
2016 5,945 892 15,796 22,633
2017 15,842 605 7,817 24,264
2018 1,181 1,176 9,786 12,143
JUMLAH BESAR 333,532
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Pembangunan Masjid dan Surau di Negeri Pulau Pinang.
(a) Sila senaraikan masjid-masjid dan surau yang telah menerima peruntukan
pembangunan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang
(JHEAIPP) sejak 2008.
(b) Sila senaraikan masjid atau surau yang telah siap dibina sejak tahun 2008
mengikut lokasi dan daerah.
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. (a) Bilangan masjid dan surau dan jumlah peruntukan Kerajaan Negeri yang diterima
dari tahun 2008 hingga 2018 adalah seperti jadual berikut:-

40
Jumlah Peruntukan
TAHUN Bil. Masjid/Surau
(RM)
2008 22 334,391.00
2009 51 1,640,273.12
2010 76 1,971,967.59
2011 62 2,302,558.67
2012 51 1,529,430.90
2013 44 1,743,620
2014 49 1,808,152.20
2015 41 2,272,475.60
2016 54 3,005,230.60
2017 32 2,237,030.85
2018 21 1,529,174.47
(b) Senarai masjid atau surau yang telah siap dibina sejak tahun 2008 mengikut
lokasi dan daerah adalah seperti berikut:
TAHUN MASJID / SURAU DAERAH
2012 Masjid Jamek Al-Munauwar Kelawei Timur laut
Masjid Jamek Tasek Gelugor Seberang Perai Utara
Masjid Baru Kg Lahar Kepar Seberang Perai Utara
Masjid Jamek Tasek Junjong, Simpang Seberang Perai Selatan
2013 Ampat
Masjid Jamek Tasek Gelugor Seberang Perai Utara
Masjid Jamek Kg Masjid,Teluk Kumbar Barat Daya
Masjid Jamek Sg Gelugor Timur laut
Masjid Qaryah Simpang Tiga,Tasek Seberang Perai Utara
Gelugor
Masjid Qaryah Lahar Tabut Seberang Perai Utara
2014 Masjid Jamek Sg Aceh Seberang Perai Selatan
Surau Ampang Jajar Seberang Perai Tengah
Surau Kg Naran Barat Daya
2015 Masjid Timah Kg Belah Dua Seberang Perai Tengah
Masjid Batu Maung Barat Daya
2016 Surau Bukit Dumbar Timur Laut
2017 Masjid Jamek Penaga Seberang Perai Selatan
2018 Masjid Kubang Ulu Seberang Perai Tengah
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011.
(a) Sejauh manakah pelaksanaan Enakmen tersebut sejak pewartaannya?
(b) Sila senaraikan tapak warisan yang telah disenaraikan dalam Daftar Warisan
Negeri mengikut Peraturan-Peraturan Warisan Negeri Pulau Pinang 2016.

Y.A.B. Ketua Menteri:


6. (a) Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang telah diwartakan pada tahun 2011.
Namun begitu, tarikh mula pelaksanaannya hanya pada 1 September 2016.
41
Penetapan pelaksanaan bagi enakmen ini turut berpandukan kepada Peraturan-
Peraturan Warisan Negeri Pulau Pinang yang diwartakan pada tahun 2016. Pada
masa ini, Kerajaan Negeri masih dalam tindakan untuk mengenal pasti calon
yang sesuai untuk dilantik sebagai Pesuruhjaya Warisan Negeri.
(b) Pada masa ini, belum ada tapak warisan yang disenaraikan dalam Daftar Warisan
Negeri mengikut Peraturan-Peraturan Warisan Negeri Pulau Pinang 2016.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
(a) Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri susulan dengan dasar
penstrukturan semula JKKK kepada MPKK yang diputuskan oleh Jemaah Menteri
pada 21 Jun 2018?
(b) Sila senaraikan jumlah perbincangan / mesyuarat berhubung dengan penubuhan
MPKK yang telah diadakan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. (a) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi negeri di bawah
pentadbiran Pakatan Harapan (PH) kini dikenali sebagai Majlis Pengurusan
Komuniti Kampung (MPKK). Kuasa dan urusan bagi pelantikan, pertukaran dan
penamatan anggota MPKK yang baru ini kekal di bawah kuasa Kerajaan Negeri
dan pentadbiran di bawahnya. Namun demikian, dalam melaksanakan kuasanya,
Kerajaan Negeri hendaklah memastikan sebarang keputusan atau hal-hal lain
berkenaan MPKK ini adalah selaras dengan tatacara pengurusan MPKK yang
ditetapkan kementerian dan dasar kerajaan pusat. MPKK yang baru ini juga akan
mempunyai 11 biro baharu termasuk Biro Pembangunan Prasarana, Keselamatan
dan Kesihatan, Pengurusan Kewangan, Ekonomi dan Keusahawanan ,
Kesejahteraan dan Keceriaan, Pendidikan dan Inovasi, Pemantapan Spiritual,
Kebajikan dan Kesukarelawan, Belia, Sukan dan NGO, Infostruktur dan
Komunikasi dan akhir sekali ialah Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.
(b) Beberapa mesyuarat telah dilaksanakan bersama parti-parti dalam Pakatan
Harapan terutamanya dalam memutuskan kuota JKKK mengikut parti. Berikut
adalah senarai Mesyuarat yang telah diadakan:-
(i) 26/6/2018 - Mesyauarat JK Pemilihan JKKK Peringkat Negeri
(ii) 4/9/2018 - Mesyuarat MMK Perhubungan Masyarakat, Pejabat TKM1
bersama Bhg. Khidmat Pengurusan.
(iii) 1/10/2018 - Mesyuarat Pembahagian Kuota MPKK
(iv) 15/10/2018 & 26/10/2018 - Perbincangan Pembahagian Kuota Parti
Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk meningkatkan jumlah MPKK kepada
350.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Fi Kerajaan Tempatan untuk penginapan.
(a) Sila senaraikan jumlah hasil kutipan Fi Kerajaan Tempatan untuk penginapan
sejak pelaksanaannya pada 1 Jun 2014.
(b) Sila senaraikan perbelanjaan hasil kutipan Fi tersebut mengikut tarikh dan kos
yang terlibat.
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. (a) Jumlah kutipan Fi Hotel (dahulunya dikenali sebagai Fi Kerajaan Tempatan) dari
tahun 2014 hingga 2018 adalah berjumlah RM37,769,528.70 seperti perincian
di Lampiran A.

42
(b) Jumlah keseluruhan perbelanjaan hasil kutipan Fi Hotel sehingga Oktober 2018
adalah RM28,172,439.32. Perincian mengikut tarikh dan kos adalah seperti
di Lampiran B.
RUJUL LAMPIRAN A DAN B.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Sistem saliran kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Clan Jetties.
(a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mewujudkan sistem saliran kumbahan
IWK di Clan Jetties?
(b) Apakah anggaran kos untuk mewujudkan sistem saliran kumbahan di kawasan
tersebut?
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. (a) Kerajaan Negeri sememangnya prihatin tentang kepentingan untuk mewujudkan
sistem saliran kumbahan yang sistematik di kawasan 'Clan Jetty' dan telah
membawa perkara ini ke perhatian pihak kementerian yang bertanggungjawab
sebelum ini, iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).
Selanjutnya pada tahun 2017, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP),
KeTTHA yang kini di bawah struktur organisasi Kementerian Air, Tanah dan
Sumber Asli (KATS) telah melantik Perunding Pinang Sdn. Bhd. untuk
menjalankan Kajian Penilaian Impak Sosial (SIA) di kawasan 'Clan Jetty' yang
bertajuk “Proposed Social Impact Assessment Study For Clan Jetty,
Georgetown, Pulau Pinang”. Pelaksanaan kajian ini menggunakan peruntukan
yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMKe-11), berjumlah
RM300,000.00.
Laporan Kajian Penilaian Impak Sosial ini telah siap sepenuhnya pada bulan April
2018, di mana dua (2) kaedah sistem rawatan kumbahan telah dicadangkan
seperti berikut:

(i) Caged-In-Situ-Septic System (CISST); dan


(ii) Vacuum Sewer System

Dalam hal ini, kedua-dua kaedah yang dicadangkan perlu diteliti semula, di
mana kaedah penggunaan system Caged-In-Situ-Septic System (CISST), iaitu
pelaksanaan prototypes telah mendatangkan persepsi negatif daripada
penduduk sekitar dan pelancong di kawasan George Town World Heritage
Site berdasarkan Kajian SIA April 2018. Manakala kaedah sistem pembetungan
vakum (Vacuum Sewer System) tidak diluluskan di bawah piawai Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Dalam masa terdekat ini, JPP, Kerajaan Negeri dan Unit Perancang Ekonomi
(EPU) akan membuat penelitian lanjut secara terperinci ke atas laporan kajian
tersebut untuk mengenal pasti kaedah sistem rawatan kumbahan yang
bersesuaian dan pelan mitigasi untuk menangani isu-isu yang dijangkakan
semasa tempoh pembinaan kelak.
(b) Anggaran kos untuk mewujudkan sistem saliran kumbahan di kawasan ‘Clan
Jetty’ hanya akan diketahui setelah kaedah sistem rawatan kumbahan
diputuskan kelak.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Penggunaan Terminal Feri Pengkalan Raja Tun Uda.
(a) Apakah kadar penggunaan perkhidmatan feri selepas Rapid Ferry Sdn Bhd
mengambil alih perkhidmatan pengangkutan tersebut sejak 1 Mei 2018?

43
(b) Sila senaraikan jumlah bilangan feri yang kini sedang berkhidmat dan juga jadual
perkhidmatan yang telah ditetapkan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. (a) Kadar penggunaan perkhidmatan feri dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu
penumpang pejalan kaki dan kenderaan. Kadar penggunaan sepanjang hari
secara purata bagi penumpang pejalan kaki adalah sebanyak 23.7% (70 orang)
berdasarkan kapasiti penuh 300 orang penumpang untuk sebuah feri. Manakala
bagi kenderaan termasuk motosikal, kereta dan lori adalah 77.3% berdasarkan
50 petak kereta yang disediakan dalam sesebuah feri. Perincian statistik jumlah
penumpang perkhidmatan feri dari bulan Mei 2018 sehingga September 2018
adalah seperti di Lampiran A.
(b) Jumlah keseluruhan feri adalah sebanyak enam (6) buah. Jumlah feri yang
beroperasi adalah sebanyak lima (5) buah iaitu Feri Pulau Pinang, Pulau Undan,
Pulau Angsa, Pulau Payar dan Pulau Kapas. Sebuah feri iaitu Feri Pulau Talang-
talang sedang dalam proses pembaikan oleh pihak Penang Port Sdn Bhd (PPSB)
dan dijangka beroperasi pada bulan Januari 2019. Buat masa ini, kekerapan feri
adalah 54 perjalanan pada hari bekerja dan 50 perjalanan sehari pada hari cuti
umum dan hujung minggu. Jadual perkhidmatan feri adalah seperti di Lampiran
B.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Projek Business Improvement District Scheme (BIDS) di Jalan Gurdwara.
(a) Sejauh manakah pelaksanaan projek BIDS di Jalan Gurdwara?
(b) Sila senaraikan perbincangan / mesyuarat yang telah diadakan berhubung
dengan projek tersebut.
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. (a) MBPP telah melantik perunding arkitek untuk menyiapkan pelan reka bentuk
projek dan dokumen tender bagi projek Business Improvement District Scheme
(BIDS) di Jalan Gurdwara. Adalah dijangka pengiklanan tender projek akan
dilaksanakan pada bulan November 2018. Kerja-kerja menaik taraf ruang awam
di sebahagian Jalan Gurdwara dijadualkan bermula pada bulan Januari 2019 dan
dijangka siap pada Julai 2019 iaitu dalam tempoh 6 bulan.
(b) Sebanyak 10 sesi mesyuarat dan perbincangan telah dijalankan oleh MBPP
dengan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam projek ini termasuk
Stakeholders dan komuniti setempat. Senarai perbincangan/mesyuarat yang
telah diadakan adalah seperti di Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Senaraikan projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya di kawasan Pulau,
Pulau Pinang pada tahun 2018 mengikut tarikh mula, jenis projek, lokasi, daerah
(DTL/DBD) dan tarikh jangka siap.
Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Senarai projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di kawasan
Pulau, Pulau Pinang pada tahun 2018 adalah seperti di Lampiran A bagi Daerah Timur
Laut (DTL) dan Lampiran B bagi Daerah Barat Daya (DBD).
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

44
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang terletak di atas tanah Kerajaan.
(a) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menjalankan proses pemutihan bagi
bangunan RIBI yang didirikan di atas tanah kerajaan?
(b) Sekiranya tidak, apakah cadangan tindakan selanjut Kerajaan Negeri terhadap
bangunan-bangunan RIBI tersebut?
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Pada masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai data yang spesifik berkenaan jumlah
Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang dibina di atas tanah Kerajaan. Sebaliknya
data Kerajaan Negeri menunjukkan jumlah 826 RIBI telah dibina dari tahun 2012 hingga
2018.
(a) Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa MMK Agama Selain Islam sedang meneliti
cadangan untuk menjalankan kerja-kerja pemutihan bagi RIBI yang terletak di
atas tanah Kerajaan Negeri berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut:
(i) usia bangunan;
(ii) bilangan penganut pada hari biasa dan hari perayaan utama;
(iii) lokasi samada berdekatan dengan parit dan jalan; dan
(iv) status hak milik tanah (tanah lapang diwartakan/ tanah kerajaan negeri)

(b) Sekiranya terdapat bangunan RIBI yang terletak di atas tanah kerajaan,
penempatan semula RIBI tersebut akan dibuat ke atas tapak RIBI lain yang
bersesuaian.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Peruntukan membina rumah baru di bawah program Bantuan Rumah MMK Pembangunan
Desa.
(a) Senaraikan unit rumah yang telah siap dibina dibawah program tersebut
mengikut lokasi dan kos pembinaan sejak tahun 2008.
(b) Apakah kriteria atau syarat permohonan untuk program tersebut?
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. (a) Senarai jumlah unit rumah yang telah siap dibina di bawah Program Pembaikan
Rumah Rakyat Termiskin (bina baru) mengikut lokasi dan kos adalah seperti
di Lampiran A.
(b) Kriteria permohonan bagi Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin adalah
seperti berikut:
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Bermastautin dan berdaftar sebagai pengundi di negeri Pulau Pinang;
(iii) Berumur 35 tahun ke atas;
(iv) Berdaftar dan disahkan dalam Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan
Daerah sebagai miskin atau berpendapatan isi rumah RM1,500.00 dan ke
bawah;
(v) Memiliki tanah sendiri dengan keluasan bersesuaian atau bagi bukan
pemilik tanah perlu mendapatkan Surat Akuan Bersumpah (AM80) dari
pemilik tanah (perlu kemukakan salinan hak milik tanah), atau pemegang
Lesen Pendudukan Sementara (perlu mengemukakan salinan kelulusan
LPS dan bayaran LPS);
(vi) Keutamaan diberikan kepada: -
(a) Keluarga/ Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan isi
rumah melebihi 5 orang.
45
(b) Warga emas (60 tahun ke atas), uzur* dan orang kelainan upaya
(OKU).
(c) Mangsa bencana alam (ribut, banjir dan kebakaran) yang tidak
mendapat bantuan lain seperti insuran.
*Perlu mendapatkan laporan kesihatan dari Klinik Kesihatan/ Hospital
Kerajaan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan
Daerah.
(vii) Permohonan bagi maksud menyiapkan mana bahagian dalam atau luar
rumah adalah TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN.
(viii) Pembaikan rumah teres, rumah ladang dan rumah bertingkat
(flat, apartment dan lain – lain) adalah TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN.
(ix) Bagi kes–kes khas (pengecualian dari kriteria yang telah ditetapkan) perlu
mendapatkan pertimbangan Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan
Daerah dan diluluskan oleh Pengerusi Jawatankuasa MMK Pembangunan
Desa.
(x) Setiap permohonan mestilah mendapatkan sokongan Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN)/ Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri
(KADUN).
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Penang Future Foundation.
(a) Senaraikan jumlah bilangan pelajar yang telah mengemukakan permohonan
kepada Penang Future Foundation sejak pelaksanaannya.
(b) Senaraikan jumlah bilangan pelajar yang telah berjaya mendapat biasiswa
tersebut mengikut tahun, jurusan dan institusi pengajian tinggi.
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. (a) Seramai 2,986 pelajar telah mengemukakan permohonan kepada Penang Future
Foundation (PFF) sejak pelaksanaannya pada tahun 2015 sehingga 2018 dengan
perincian seperti berikut:
Tahun Bilangan Pemohon
2015 886
2016 493
2017 877
2018 730
JUMLAH 2,986
(b) Bilangan pemegang biasiswa PFF mengikut tahun, jurusan dan institusi
pengajian tinggi adalah seperti di Lampiran A. Senarai pemegang biasiswa bagi
tahun 2018 masih di dalam proses dan belum dimuktamadkan.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Apakah status Suruhanjaya Siasatan mengenai kejadian tanah runtuh di tapak
projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah
yang telah diwartakan pada awal tahun ini?

46
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Kerajaan Negeri telah mentauliahkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Negeri pada 6
Disember 2017 bagi menyiasat punca insiden di tapak kerja di Tanjung Bungah.
Pertauliahan ini telah diwartakan pada 21 Disember 2017. Suruhanjaya Siasatan Negeri
kemudiannya telah mengadakan sesi pendengaran berhubung insiden tersebut bermula
pada 24 Januari 2018 sehingga 3 Jun 2018.
Pada ketika ini, Suruhanjaya Siasatan Negeri sedang mengumpulkan hujahan bertulis
daripada pihak-pihak berkepentingan sebelum laporan penuh berhubung insiden di
tapak kerja di Tanjung Bungah dapat diserahkan kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-
Pertua Negeri (T.Y.T.). Memandangkan Suruhanjaya Siasatan Negeri memerlukan
tempoh masa yang lebih untuk menyiapkan laporan siasatan termasuk terjemahannya
T.Y.T. telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penyerahan laporan siasatan
sehingga 31 Julai 2019.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Peruntukan Kerajaan Negeri untuk Ahli Dewan Undangan Negeri Pembangkang.
(a) Sila nyatakan jumlah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada
ADUN Pembangkang pada DUN penggal ke-14.
(b) Sila nyatakan jumlah peruntukan tersebut yang telah dipohon oleh ADUN
Pembangkang.
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. (a) Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan bagi tujuan pelaksanaan projek-
projek pembangunan dibawah butiran P16 (02) sejumlah RM60,000.00 kepada
ADUN Pembangkang selepas PRU ke-14.
(b) Setakat ini kelulusan melalui surat kuasa telah diberi kepada ADUN Penaga sahaja
bagi 7 projek melibatkan peruntukan berjumlah RM59,908.00 seperti di Lampiran
A manakala 2 ADUN lagi telah mengemukakan permohonan iaitu ADUN Permatang
Berangan dan Sungai Dua tetapi belum diluluskan kerana memerlukan tindakan
Penolong Jurutera untuk menyediakan anggaran kos kerja yang dipohon.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Daftar Warisan Kebangsaan.
(a) Sila senaraikan tapak atau objek warisan daripada Pulau Pinang yang telah
disenaraikan di dalam Daftar Warisan Kebangsaan.
(b) Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mendaftarkan lebih banyak tapak
atau objek sebagai sebahagian daripada Warisan Kebangsaan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
18. (a) Senarai tapak/bangunan yang disenaraikan dalam Daftar Warisan Kebangsaan
bagi Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:
(i) Gereja St. George - Warisan Kebangsaan
(ii) Masjid Melayu Lebuh Acheh - Warisan Kebangsaan
(iii) Masjid Kapitan Keling - Warisan Kebangsaan
(iv) Kota Cornwallis - Warisan Kebangsaan
(v) Leong San Tong Khoo Kongsi - Warisan Kebangsaan
(vi) ahkamah Tinggi Pulau Pinang -Warisan Kebangsaan
(vii) Penang Free School - Warisan Kebangsaan
47
(viii) Bangunan Lembaga Muzium Pulau Pinang - Warisan
(ix) Bangunan Municipal (Dewan Bandaran Pulau Pinang) - Warisan
(x) Batu Bertulis Cherok To’kun - Warisan
(xi) Makam Sheikh Omar - Warisan
(xii) Menara Jam Besar - Warisan
Manakala, warisan kebudayaan tidak ketara yang telah diberi pengiktirafan
sebagai Warisan Kebangsaan adalah Chingay dan Boria (kategori seni
persembahan) serta Char Kuay Teow (kategori makanan).
(b) Klasifikasi Warisan Kebangsaan adalah penting dalam usaha Kerajaan Negeri
memastikan warisan negeri terpelihara dan dilindungi di bawah Akta Warisan
Kebangsaan. Pada masa ini, George Town World Heritage Incorporated (GTWHI)
telah mengenal pasti sejumlah 17 tapak/bangunan di bahagian pulau yang boleh
dipertimbangkan sebagai Warisan Kebangsaan. Di Seberang Perai pula, Majlis
Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada Julai 2018 telah meluluskan sejumlah
1,096 tapak/bangunan sebagai bangunan warisan. Seterusnya, Kerajaan Negeri
akan berusaha ke arah mewartakan tapak/bangunan tersebut.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Apakah status terkini Pelan Taman Pulau Pinang susulan daripada Enakmen Perbadanan
Stadium dan Kawasan Lapang 2017 yang telah diluluskan pada Mei 2017?
Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang
2017 telah dibentang, dibahas dan diluluskan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Ketiga Belas pada 25 Mei 2017 dan diwartakan
pada 28 September 2017. Objektif utama penubuhan Perbadanan Stadium dan Kawasan
Lapang adalah untuk membangun, mengurus, mengawal dan menyelenggara stadium dan
kawasan lapang di Pulau Pinang.
Susulan itu, mantan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang melalui Ucapan Belanjawan Pulau
Pinang 2018 pada 2 November 2017 telah mengumumkan mengenai penyediaan Pelan
Taman Pulau Pinang terperinci di bawah naungan Penang Institute. Pelaksanaan Pelan
Taman Pulau Pinang oleh Penang Institute bertujuan menambahbaik pengurusan dan
menghubungkan semua taman-taman di Pulau Pinang dalam satu sesawang koridor hijau.
Pada masa ini, pihak Penang Institute masih dalam proses mengumpul data-data spatial
tanah sedia ada berkaitan taman dan tanah lapang yang terdapat di Negeri Pulau Pinang.
Skop dan halatuju Pelan Taman Pulau Pinang akan dirangka dan dibentangkan kepada
Kerajaan Negeri setelah selesai proses pengumpulan data-data spatial tanah yang sedang
dijalankan oleh Penang Institute.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
20. Sila senaraikan bangunan yang telah menerima hakmilik strata dan vacant possession
(VP) secara serentak susulan daripada pindaan Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013
[Akta A1450].
Y.A.B. Ketua Menteri:
20. Sehingga kini hanya terdapat satu skim strata di negeri Pulau Pinang yang telah
menerima Hakmilik Strata dan Vacant Possession (VP) secara serentak. Maklumat skim
tersebut adalah seperti berikut:

48
Nama
: Pangsapuri SURIA 1
Skim
Pemaju : Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
Lot PT 5257, Mukim 13, Seberang Perai Selatan / Bandar
Alamat :
Cassia, Batu Kawan Pulau Pinang

Skim ini juga merupakan projek perumahan mampu milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Hakmilik Strata Skim Pangsapuri Suria 1 telah didaftarkan pada 20 April 2018 dan Majlis
Penyerahan Hakmilik Strata Bersama Vacant Possession (VP) telah disempurnakan oleh
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang pada 10 Mac 2018. Pindaan akta ini
berkuat kuasa pada 1 Jun 2015.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
21. Penang Free WIFI.
(a) Senaraikan bilangan dan lokasi hotspot perkhidmatan tersebut yang masih aktif.
(b) Setakat kini, berapakah pengguna yang telah berdaftar untuk perkhidmatan
tersebut?
(c) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan kelajuan dan keluasan
perkhidmatan tersebut?
Y.A.B. Ketua Menteri:
21. (a) Sebanyak 1,560 Access Points (APs) di 40 KADUN Negeri Pulau Pinang telah
dipasang perkhidmatan Penang Free Wifi (PFW) dan masih aktif sehingga kini.
Senarai lokasi PFW mengikut daerah dan KADUN adalah seperti diLampiran A.
(b) Bilangan pengguna yang telah berdaftar untuk perkhidmatan PFW sehingga
bulan September 2018 adalah seramai 671,203 orang.
(c) Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk menaik taraf
perkhidmatan PFW dengan meningkatkan kelajuan dan perluasan taraf
perhidmatan bagi menambah baik komunikasi digital di seluruh Negeri Pulau
Pinang. Penambahbaikan perkhidmatan PFW ini kelak adalah tidak terhad
kepada penyedia perkhidmatan sedia ada sahaja tetapi adalah terbuka kepada
mana-mana pihak yang berminat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri
dalam memastikan kualiti perkhidmatan yang lebih baik di masa akan datang.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
(a) Sila nyatakan status terkini kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan di
Mahkamah tersebut.
(b) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membantu penyelenggaraan bangunan
tersebut memandangkan ia telah didaftarkan dalam Daftar Warisan Kebangsaan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
22. (a) Setelah membuat pemeriksaan pada bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang,
Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengemukakan cadangan naik taraf dan
pemuliharaan keseluruhan bangunan dengan anggaran kos berjumlah RM16 juta
kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Mahkamah Putrajaya pada 3
Oktober 2018. Perkara ini masih dalam pertimbangan Bahagian Hal Ehwal
Undang-Undang dan Mahkamah Putrajaya.
(b) Kerajaan Negeri melalui JKR telah membuat penyelenggaraan kecil bangunan
tersebut dari semasa ke semasa kerana bangunan tersebut dimiliki Kerajaan
49
Persekutuan. Antaranya, kerja-kerja pembaikan bumbung bocor dengan kos
RM195,000.00 pada tahun 2013, kerja-kerja pembaikan cornice dengan kos
RM10,000.00 pada tahun 2014 dan kerja-kerja pembaikan bumbung bahagian
anjung dengan kos RM300,000.00 pada tahun 2015.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
23. Ruang kerja bersama (co-working space).
(a) Sila senaraikan jumlah ruang kerja bersama di Pulau Pinang termasuk yang
disediakan melalui Kerajaan Negeri.
(b) Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk pembangunan ruang kerja bersama
ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
23. (a) Di Pulau Pinang, terdapat 10 pusat co-working space yang telah dibangunkan
iaitu satu (1) oleh Kerajaan Negeri dan selebihnya oleh pihak swasta seperti
senarai berikut:
No. Nama Ruang Kerja Sama Pemilikan
1 @CAT Penang Kerajaan Negeri
2 Bersama-Sama Co-Working Community
3 CoHere
4 Flexispace
5 Habitat Co Working
6 MSOGO Pemilikan Swasta
7 Scoopoint
8 Settlements
9 Snooze50
10 Urban CEO

(b) Untuk pembangunan co-working space, Kerajaan Negeri melalui Invest Penang
dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), telah melancarkan program
perintis pemula niaga yang dinamakan "Penang Accelerator for Creative,
Analytics & Technology (@CAT Penang)" pada 10 Oktober 2015 yang lalu di
Wisma Yeap Chor Ee (WYCE). Program @CAT Penang ini bertujuan untuk
mewujudkan satu pusat ekosistem usahawan bagi merangsangkan lebih ramai
usahawan kecil dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam bidang teknologi di
samping menjadikanya sebagai enjin baharu kepada pertumbuhan ekonomi di
Negeri Pulau Pinang.
Pembangunan co-working space adalah satu komponen dalam strategi Kerajaan
Negeri untuk membangunkan komuniti usahawan teknologi di Pulau Pinang.
Selain ruang kerja bersama, Kerajaan Negeri melalui @CAT Penang
menganjurkan pelbagai program dan latihan yang relevan untuk komuniti
usahawan teknologi. Lebih penting lagi, program ‘accelerator’ dianjurkan bagi
persediaan usahawan-usahawan untuk mengkomersialkan produk/perkhidmatan
mereka bersama dengan mentor perniagaan/teknologi dan akses kepada dana
dan pasaran. Selain itu, Kerajaan Negeri telah menubuhkan ‘Penang i4.0 Seed
Fund’ dengan dana berjumlah RM4 juta (USD1 juta) bagi membantu syarikat-
syarikat baharu (start ups) dalam bidang teknologi.

50
IV. Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
1. Sejauh manakah usaha Kerajaan Negeri dalam membantu social enterprise menjadi
penyelesaian masalah sosial secara inovatif?
(a) Nyatakan sumber kewangan yang disuntik oleh kerajaan atau swasta dalam
membangunkan bidang social enterprise.
(b) Bagaimana social enterprise dapat dibantu dan diperkembangkan melalui
penggubalan undang-undang yang ketinggalan masa?
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Social enterprise adalah organisasi yang menjadikan usaha kebajikan seperti
pembasmian kemiskinan atau memelihara alam sekitar sebagai misi utama dan
mengunakan model perniagaan ntuk menampung perbelanjaan syarikat.
Social enterprise adalah satu perusahaan yang masih baharu di Malaysia walaupun di
negara-negara maju ianya telah lama wujud. Kerajaan Persekutuan telah
menubuhkan Malaysia Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) untuk
mengemudi pembangunan social enterprise di Malaysia. MaGIC telah
menyediakan Malaysian Social Enterprise Blueprint 2015 – 2018 untuk merangka
pembangunan dan mempercepatkan perkembangan social enterprise di Malaysia.
Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana
pihak terutamanya social enterprise bagi mencari penyelesaian kepada masalah-
masalah di peringkat komuniti.
(a) Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM20 juta kepada MaGIC untuk
menubuhkan Social Entrepreneurship Unitbagi pembangunan dan
perkembangan social enterprise di Malaysia. Kerajaan Negeri buat masa ini
belum menyediakan peruntukan khas kepada social enterprise.
(b) Malaysian Social Enterprise Blueprint 2015-2018 telah mengenal pasti salah satu
halangan untuk social enterpriseberkembang adalah kekurangan pengiktirafan
undang-undang dan sokongan polisi. Social enterprise beroperasi berasaskan
keuntungan dan pada masa yang sama menyumbang keuntungan yang diterima
kepada usaha-usaha kebajikan. Berdasarkan perundangan semasa, social
enterprise tidak layak menerima tax benefits and government incentive yang
diterima oleh NGO dan badan-badan kebajikan. Berikutan itu, penggubalan
undang-undang yang berkaitan dengan social enterprise perlu diteliti dan dikaji
semula bagi membantu social enterprise berkembang dan memberi sumbangan
kepada masyarakat.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Senaraikan tanah-tanah reserved untuk pembinaan sekolah di seluruh Pulau Pinang
mengikut lokasi, keluasan dan status terkini.
(a) Terangkan proses kelulusan secara terperinci untuk pembinaan sebuah sekolah
kebangsaan dan jenis kebangsaan.
(b) Nyatakan status cadangan pembinaan sebuah sekolah baru jenis kebangsaan
Cina di KADUN Machang Bubuk.
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Senarai tanah yang dikhaskan untuk pembinaan sekolah di seluruh Pulau Pinang
mengikut lokasi, keluasan dan status terkini adalah seperti di Lampiran A.
(a) Proses kelulusan untuk pembinaan Sekolah Kebangsaan/Sekolah Jenis
Kebangsaan (Sekolah Kerajaan) adalah seperti berikut :
(i) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
membuat perancangan keperluan sekolah di sesebuah kawasan;
51
(ii) JPN mengemukakan cadangan perolehan tanah kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM);
(iii) Setelah tapak diperolehi dan didaftarkan di atas nama Pesuruhjaya
Tanah Persekutuan (PTP), JPN akan memohon di bawah Rancangan
Malaysia Lima Tahun (RMK); dan
(iv) Setelah diluluskan, KPM akan menyerahkan kepada Jabatan Kerja Raya
(JKR) untuk kerja-kerja pembinaan.
Proses kelulusan untuk pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan (Sekolah B
antuan Kerajaan) pula adalah seperti berikut;
(i) Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) memohon kelulusan pembinaan kepada
Pengarah Pendidikan Negeri;
(ii) Pengarah Pendidikan Negeri akan memperakukan kepada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP); dan
(iii) BPPDP KPM akan memperakukan kepada YB Menteri Pendidikan untuk
kelulusan selaras dengan peruntukan Seksyen 28, Akta Pendidikan 1996
(Akta 550) : Penubuhan dan Penyelenggaraan Sekolah Kebangsaan dan
Jenis Kebangsaan.
(b) Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) tidak menerima sebarang
permohonan berkaitan cadangan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC) baharu di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Machang Bubuk.
Walau bagaimanapun, projek blok gantian 18 bilik darjah di SJK(C) Kay Sin telah
diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 di bawah Rolling Plan Pertama.
Pihak JKR selaku agensi pelaksana telah selesai melaksanakan proses tender,
namun ditangguhkan selaras dengan surat arahan Kementerian Kewangan
Malaysia bertarikh 29 Jun 2018 yang berkaitan “Penambahbaikan Tadbir Urus
dan Pelaksana Perolehan Kerajaan”. Projek tersebut dijangka akan dimulakan
pada tahun 2019.
Buat masa ini, terdapat 3 SJK(C) di KADUN Machang Bubuk yang masih mampu
menampung keperluan persekolahan murid-murid di kawasan berkenaan iaitu SJK(C)
Sin Ya, SJK(C) Kay Sin dan SJK(C) Permatang Tinggi. Timbalan Menteri Pendidikan baru-
baru ini telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM13 juta bagi projek pembinaan
18 buah bilik darjah yang baharu untuk SJK(C) Kay Sin manakala RM10 juta bagi projek
pembinaan 12 buah bilik darjah untuk SJK(C) Permatang Tinggi. Selain itu, beliau turut
mengumumkan pembinaan sebuah SJK(C) baharu di atas tanah Perbadanan
Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seluas 6 ekar di Bandar Cassia, Batu Kawan berikutan
pertambahan bilangan penduduknya yang mencecah 250,000 orang.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Terangkan status penstrukturan semula JKKK kepada Majlis Pengurusan Komuniti
Kampung (MPKK) oleh Kerajaan Negeri?
(a) Nyatakan implikasi kewangan yang akan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan
Negeri dalam pemberian peruntukan dan elaun kepada MPKK.
(b) Apakah usaha kerajaan untuk menyediakan insuran perlindungan kepada semua
anggota MPKK yang berkhidmat untuk rakyat setempat?
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti Kampung (JKKK) telah distruktur
semula kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) pada 30 Julai 2018 yang
lalu melalui Mesyuarat Penyelarasan Antara YB. Menteri Pembangunan Luar Bandar
bersama YB. EXCO-EXCO Luar Bandar (MEXCLUB) Bil.1 Tahun 2018. Mesyuarat tersebut
telah memutuskan bahawa pelantikan Anggota MPKK bagi Penggal 1 akan berkuatkuasa

52
mulai 01 Oktober 2018 dan akan tamat pada 31 Disember 2020. Walau bagaimanapun,
di Pulau Pinang pelantikan bagi penggal berikutnya adalah ditetapkan selama dua (2)
tahun, iaitu bermula pada 01 Januari 2019 sehingga 31 Disember tahun 2020. MPKK yang
baru ini juga akan mempunyai 11 biro baharu termasuk Biro Pembangunan Prasarana,
Keselamatan dan Kesihatan, Pengurusan Kewangan, Ekonomi dan Keusahawanan,
Kesejahteraan dan Keceriaan, Pendidikan dan Inovasi, Pemantapan Spritual, Belia,
Sukan dan NGO, Infostruktur dan Komunikasi, Hal Ehwal Wanita serta Keluarga dan
Kebajikan dan Kesukarelawan. Di Pulau Pinang JKKK sedia ada akan berkuatkuasa
sehingga 31 Disember 2018 dan MPKK hanya akan diwujudkan mulai 1 Januari 2019.
Pada masa kini, Kerajaan Negeri akan mewujudkan sebanyak 350 MPKK.
(a) Implikasi kewangan yang akan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan melalui
Kementerian Pembangunan Luar Bandar merangkumi peruntukan berikut:-
(i) Pengerusi - RM500 / Sebulan
(ii) Setiausaha - RM300 / Sebulan
(iii) Elaun Kehadiran Mesyuarat bagi Ahli = RM50 (Maksima 6 kali setahun)
(iv) Elaun Pengendalian Mesyuarat = RM100 (Maksima 6 kali setahun)
Jumlah peruntukan yang digunakan bagi tujuan ini ada
sebanyak RM6,288,240.00 setahun.
(b) Pada masa kini, Kerajaan Negeri masih belum menyediakan sebarang insurans
perlindungan kepada anggota JKKK selaras dengan dasar Kerajaan Pusat
berkenaan penubuhan MPKK ini. Namun demikian, tata cara khusus dan dasar
MPKK ini masih lagi dalam proses penggubalan dan diperhalusi di peringkat
Kementerian dan pemberian insurans kepada anggota MPKK ini masih belum lagi
dapat diputuskan diperingkat negeri.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Senaraikan status projek-projek Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang selepas 9 Mei
2018 yang dikaji semula/ dibatalkan/ dilaksanakan mengikut daerah dan lokasi?
(a) Terangkan peranan Kerajaan Negeri dalam proses kajian semula dibuat oleh
Kerajaan Persekutuan.
(b) Apakah usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan projek-
projek Kerajaan Persekutuan menaik taraf hidup rakyat diteruskan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Senarai projek-projek Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang yang dikaji
semula/dibatalkan/dilaksanakan selepas 9 Mei 2018 adalah seperti di Lampiran A.
(a) Kerajaan Negeri telah mengemukakan semula senarai projek Rancangan
Malaysia Kesebelas (RMKe-11) kepada Kementerian-kementerian yang terlibat
bagi projek-projek kritikal yang memerlukan peruntukan daripada Kerajaan
Persekutuan. Dalam masa yang sama, YAB Ketua Menteri juga semasa ucapannya
di Parlimen pada 24 Julai 2018 yang lalu telah mengutarakan projek-projek
Kerajaan Negeri yang perlu diberi perhatian. Antaranya cadangan supaya
disemak semula projek Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak bagi menangani
keperluan air mentah Perak dan Pulau Pinang dan projek di bawah Pelan Induk
Pengangkutan Pulau Pinang (PIPPP) terutamanya bagi dua komponen utama
projek iaitu Projek Jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) dari George Town ke
Bayan Lepas serta Lebuhraya Penang Island Link (PIL) 1 dari Persiaran Gurney ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

53
Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan
meneliti perkhidmatan water taxi ataucatamaran dalam tempoh masa yang
terdekat dalam usaha menambah baik perkhidmatan pengangkutan air di Pulau
Pinang sebagai alternatif bagi perkhidmatan feri sedia ada.
(b) Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memastikan projek yang dimohon memenuhi
keperluan sosio ekonomi rakyat keseluruhannya. Usaha ini dapat diterjemahkan
melalui tindakan Kerajaan Negeri yang mengemukakan senarai projek yang
dimohon kepada Kementerian-kementerian yang berkenaan sama ada melalui
Kajian Semula projek atau permohonan baharu di bawah Rolling Plan Ke-4
Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11). Dalam masa yang sama kunjungan
hormat kepada YB Menteri berkenaan akan turut dilaksanakan untuk
menjelaskan keperluan sebenar sesuatu projek agar memenuhi aspek sosio
ekonomi rakyat diberi pertimbangan sewajarnya. Selain itu, Kerajaan Negeri
juga memberi kerjasama dan maklum balas kepada mana-mana Kementerian
yang memerlukan input Kerajaan Negeri mengenai sesuatu projek sebelum ianya
dilaksanakan seperti Kajian Penilaian Impak Sosial bagi Projek Pembangunan
Sistem Pembentungan di Clan Jetty.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Bandingkan indeks jenayah, laporan trafik, laporan jenayah narkotik di kawasan
Machang Bubuk bagi tahun 2017 & 2018.
(a) Nyatakan nisbah anggota polis dengan penduduk untuk Balai Polis Machang
Bubuk dan Bukit Tengah.
(b) Apakah peranan dan usaha Kerajaan Negeri dalam permohonan menaiktaraf
balai polis Machang Bubuk dari Gred C ke Gred A?
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Indeks jenayah, laporan trafik, laporan jenayah narkotik di kawasan Machang Bubuk
bagi tahun 2017 dan 2018 adalah seperti di Lampiran A.
(a) Nisbah anggota polis dengan penduduk di Balai Polis Machang Bubuk ialah : 1
polis bersamaan 1556 penduduk ( Jumlah penduduk : 63,790, anggota polis :
41). Manakala, nisbah anggota polis dengan penduduk di Balai Polis Bukit
Tengah ialah : 1 polis bersamaan 3331 penduduk ( Jumlah penduduk : 203,200,
anggota polis : 61).
(b) Pada masa kini, tiada sebarang perancangan untuk menaik taraf gred balai polis
di Machang Bubuk daripada gred C ke gred A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Terangkan secara terperinci tentang status pembinaan kolam takungan tebatan banjir
Alma dan tempoh pelaksanaan projek.
(a) Nyatakan implikasi kewangan untuk projek kolam takungan tersebut termasuk
kos pengambilan balik tanah.
(b) Sejauh manakah kolam takungan banjir dwi-fungsi dapat dilaksanakan oleh
Kerajaan Negeri agar tempat rekreasi awam dapat dibina di kawasan Alma?
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Status pembinaan kolam takungan banjir di Alma kini di peringkat penyediaan dokumen
tender dan dijangka akan diiklankan pada Disember 2018. Tempoh pelaksanaan projek
adalah selama 2 tahun dengan kerja fizikal dijangka bermula pada Mei 2019.

54
(a) Kos projek dianggarkan berjumlah RM8 juta manakala kos pengambilan balik
tanah yang terlibat adalah berjumlah RM9,157,257.35 mengambil kira syarat
keputusan rayuan bantahan mahkamah.
(b) Pembinaan fizikal kolam takungan banjir di Alma pada fasa ini melibatkan
pembinaan kolam takungan banjir dengan kapasiti 50 ARI, komponen
infrastruktur bagi penyelenggaraan jalan dan komponen keselamatan sahaja.
Keperluan rekreasi sebagai dwi fungsi tidak termasuk dalam fasa ini. Tambahan
fungsi rekreasi adalah tertakluk kepada aspek keselamatan yang perlu diteliti
lanjut dan peruntukan tambahan di masa hadapan.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Senaraikan tanah-tanah yang dimiliki oleh PDC mengikut lokasi, keluasan dan rancangan
guna tanah untuk masa depan.
(a) Nyatakan usaha Kerajaan Negeri untuk menambah keluasan tanah-tanah untuk
tujuan pembangunan untuk kepentingan orang awam.
(b) Senaraikan tanah-tanah yang diambil balik oleh Kerajaan Negeri sejak 2016
sehingga kini mengikut lokasi dan kos pengambilan tersebut.
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Senarai tanah-tanah milikan PDC dan cadangan pembangunan masa hadapan adalah
seperti di Lampiran A.
(a) Kerajaan Negeri berusaha untuk menambah keluasan tanah bagi tujuan
pembangunan untuk kepentingan awam melalui kaedah pengambilanbalik tanah
di bawah peruntukan Akta Pengambilanbalik Tanah 1960. PDC sebagai salah satu
agensi penggerak ekonomi Negeri Pulau Pinang telah memberi fokus terhadap
pembangunan di kawasan baharu iaitu koridor Daerah Selatan Pulau Pinang yang
terdiri daripada:
(i) Pembangunan Penang Science Park 2;
(ii) Pembangunan Penang Science Park 3;
(iii) Timur Batu Kawan; dan
(iv) Selatan Batu Kawan/ Byram.
Seluruh kawasan di atas merupakan kawasan pembangunan baharu PDC yang baru
sahaja selesai proses pengambilan balik tanah selain daripada Bandar Cassia. Oleh yang
demikian, bagi mencapai hasrat kerajaan negeri untuk menjaga kepentingan awam,
setiap perancangan projek pembangunan akan dinilai berdasarkan impak ke atas sosio
ekonomi, fizikal dan sosial khususnya ke atas masyarakat setempat dan seterusnya
kepada Negeri Pulau Pinang. Komponen pembangunan bagi kawasan yang tersebut di
atas adalah seperti di Lampiran B.
(b) Terdapat 2 kawasan terlibat dengan pengambilanbalik oleh Kerajaan Negeri
untuk pembangunan oleh PDC sejak 2016, iaitu Timur Batu Kawan dan Changkat
Byram. Senarai pengambilan balik tanah di bawah APT 1960 adalah seperti
jadual berikut:

55
Pengwartaan Kos Keseluruhan
Kawasan Keluasan (RM)
Seksyen 8, Akta Tahun Selesai
Bil Pengambilan
Pengambilan balik Pengambilan
Pengambilan
balik (Ekar) *Sehingga Okt
Tanah 1960
2018
Timur Batu
1 Kawan
2015 2017 562.94 767,858,490.50

2 Changkat Byram 2015 2017 777.30 519,288,400.78


Timur Batu
3 Kawan (Baki 5 lot 2016 2018 23.35 35,236,844.31
tertinggal)
4 Ladang Byram 2016 2018 10 5,737,500.00

RUJUK LAMPIRAN A DAN B.


Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Senaraikan tindakan penguatkuasaan ke atas kilang-kilang proses import sisa plastik
mengikut tarikh, nama syarikat, alamat, tindakan operasi sejak 2018.
(a) Nyatakan hasil yang dijana oleh Kerajaan Tempatan dan Negeri daripada kilang-
kilang proses import sisa plastik.
(b) Bolehkah Kerajaan Negeri laksanakan larangan kepada semua kilang proses
import sisa plastik beroperasi di Pulau Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Setakat ini, terdapat 24 buah kilang proses import sisa plastik di kawasan Majlis
Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Pada tahun ini, MPSP telah mengambil tindakan
penguatkuasaan terhadap syarikat Haina Plastic Industry Sdn. Bhd. yang terletak di
Kawasan Perindustrian Valdor, Sungai Jawi dengan mengeluarkan dua (2) kompaun iaitu
pada 4 Jun 2018 dan 2 Oktober 2018 atas kesalahan tidak mematuhi syarat perlesenan
iaitu tidak menyediakan loji rawatan air (water treatment plant).
Di kawasan pulau pula, hanya terdapat sebuah kilang proses import sisa plastik. Tiada
tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
pada tahun ini.
(a) Pendapatan yang diperolehi oleh MPSP daripada kilang-kilang proses import sisa
plastik adalah hasil bayaran lesen premis dan iklan serta cukai pintu sebanyak
RM531,350.00 setahun, manakala hasil yang dikutip oleh MBPP adalah sebanyak
RM256.68 setahun.
(b) Pada 26 Oktober 2018, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT)
melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Peringkat Menteri yang turut disertai oleh
Kementerian Air, Tanah & Sumber Asli, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi,
Alam Sekitar & Perubahan Iklim dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa &
Industri, telah bersetuju untuk menghentikan kelulusan permit import (AP) bagi
sisa plastik yang kotor.
Untuk itu, satu operasi besar-besaran bagi membasmi dan menutup kilang haram di
seluruh negara juga akan diadakan dengan kerjasama pelbagai agensi dan tindakan
tegas akan diambil terhadap pengusaha kilang-kilang haram ini, bagi memastikan
pengusaha kilang-kilang haram tidak akan menyambung operasi di masa akan datang.
Berdasarkan kepada polisi baharu yang dikeluarkan oleh pihak kementerian ini,
Kerajaan Negeri boleh melaksanakan larangan operasi kilang proses import sisa plastik
di Pulau Pinang dengan menyelaraskan polisi negeri dengan hala tuju nasional di
peringkat kementerian.

56
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Hutan Simpan Ulu Muda adalah kawasan tadahan air untuk Kedah dan Pulau Pinang.
(a) Apakah usaha & kerjasama Kerajaan Negeri dalam memastikan kawasan tadahan
air tidak tercemar?
(b) Terangkan secara terperinci tentang status pelaksanaan Projek Pemindahan
Tadahan Hujan Perak-Pulau Pinang?
(c) Sejauh manakah pengurusan air dilaksanakan dengan bijak dan efisien?
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. (a) Antara usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan kawasan tadahan air tidak
tercemar ialah :
(i) Kerajaan Negeri Kedah seharusnya mewartakan keseluruhan hutan
simpanan Ulu Muda yang merangkumi 106,103 hektar sebagai kawasan
tadahan air dan kawasan perlindungan (Northern Region Water
Catchment Area); dan
(ii) Kerajaan Persekutuan diseru untuk memberi wang pampasan kepada
Kerajaan Negeri Kedah bagi menampung kehilangan pendapatan hasil
daripada larangan aktiviti pembalakan.
(b) Status perlaksanaan projek Sungai Perak Raw Water Transfer Scheme (SPRWTS)
semasa kunjungan hormat Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada YB Menteri Air
Tanah dan Sumber Asli (KATS) pada 7 Ogos 2018 dan sesi kunjungan hormat YB
Menteri KATS kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang pada 4 September 2018,
pihak KATS akan memanggil Mesyuarat Penyelarasan antara Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUK Pulau Pinang) dan Setiausaha Kerajaan
Negeri Perak (SUK Perak) bagi membincangkan projek Sungai Perak Raw Water
Transfer (SPRWTS) seperti yang dijanjikan dalam mesyuarat pada 25 Mac 2015
dan 13 Januari 2017. YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bunga
selaku Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kerja Raya, Utiliti dan
Tebatan Banjir telah memohon kepada YB Menteri KATS supaya menyegerakan
mesyuarat tersebut melalui surat bertarikh 20 September 2018.
(c) Selaras dengan permintaan harian yang semakin meningkat serta mengambil kira
faktor air mentah dari kawasan tadahan Ulu Muda, dan juga simpanan air
mentah di empangan-empangan, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)
telah mengambil beberapa pendekatan yang efektif dalam memastikan
pengurusan bekalan air yang bijak dan efisien :-
(i) Sistem agihan bekalan air yang mantap melalui pengurusan empangan
dan bekalan utama dari loji utama Sungai Dua dengan mengambil kira
kedua-dua faktor cuaca kemarau dan hujan selaras dengan komitmen
Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya tiada sebarang catuan air di
kalangan pengguna-pengguna negeri Pulau Pinang;
(ii) Mendidik pengguna-pengguna domestik negeri Pulau Pinang supaya
sentiasa berhemah dalam penggunaan bekalan air dan menghindarkan
pembaziran melalui pendekatan “surcaj” ke atas pengguna-pengguna
domestik yang menggunakan bekalan air yang melebihi penggunaan
35,000 liter sebulan; dan
(iii) Sejak tahun 1999, PBAPP telah berjaya mempertahan dasar Negeri Pulau
Pinang “Tiada Catuan Air” sehingga hari ini dan menyediakan lebihan
kapasiti pembekalan (water reserve margin) yang tertinggi di Malaysia
iaitu 34.7%.

57
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Sejauh manakah Kerajaan Negeri berusaha untuk pastikan Akta Pencemaran Jerebu
Rentas Sempadan diluluskan dan dikuatkuasakan?
(a) Terangkan usaha dan peranan Kerajaan Negeri dalam menangani masalah jerebu
akibat daripada pembakaran terbuka di dalam negeri atau luar negara.
(b) Bagaimana keberkesanan 'low-cost sensor' untuk memantau kualiti udara dengan
penglibatan masyarakat setempat atau community based?
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Menteri-menteri Alam Sekitar Dan Ahli-ahli Majlis
Kerajaan Negeri Yang Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar yang dipengerusikan oleh
YB. Menteri Alam Sekitar telah mengutarakan isu berkaitan pencemaran jerebu rentas
sempadan ke peringkat Kerajaan Persekutuan. Namun begitu, pada masa ini tiada Akta
Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan yang telah digubal dan diluluskan oleh Parlimen
Malaysia. Dalam keadaan semasa, masalah pencemaran jerebu merentasi sempadan
dikawal selia melalui hubungan kerjasama diplomatik antara Negara-negara ASEAN yang
dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan. Isu pencemaran jerebu merentas sempadan adalah
merupakan agenda utama yang dibincangkan semasa Persidangan Menteri-menteri Alam
Sekitar ASEAN. Selain itu, Kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian “ASEAN
Agreement on Transboundry Haze Pollution” pada tahun 2002 bagi mengatasi masalah
jerebu di rantau ASEAN.
(a) Usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah
pembakaran terbuka yang menyumbang kepada berlakunya jerebu adalah dengan
mengambil langkah proaktif melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan
mengadakan rondaan secara berkala di kawasan-kawasan yang berpotensi untuk
berlaku pembakaran terbuka seperti tapak pelupusan sampah haram, tapak-tapak
pembinaan dan kawasan pertanian. Sekiranya terdapat aktiviti pembakaran terbuka
yang dikesan semasa rondaan, tindakan undang-undang sama ada kompaun atau
tindakan mahkamah akan diambil ke atas pihak yang menjalankan pembakaran
terbuka tersebut.
(b) Pemantauan bacaan kualiti udara melalui penggunaan “low-cost sensor” adalah
kurang tepat dan kurang membantu masyarakat setempat. Sebagai alternatif, JAS
menjalankan pemantauan kualiti udara melalui cerapan data daripada
stesen pemantauan udara yang terletak di empat (4) lokasi iaitu di Seberang Jaya,
Seberang Perai, Minden dan Balik Pulau. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)
dan maklumat terkini status kualiti udara boleh didapati melalui laman portal JAS di
alamat: http://apims.doe.gov.my.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Isu kesihatan mental semakin kritikal.
(a) Nyatakan bilangan kes bunuh diri di Pulau Pinang mengikut daerah, jantina,
kaum dan umur sejak 2017 sehingga kini.
(b) Apakah usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani isu ini?
(c) Adakah kerajaan akan menyediakan perkhidmatan kaunseling profesional di
setiap pusat khidmat ADUN?
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. (a) Statistik kes bunuh diri di Pulau Pinang mengikut daerah, jantina, kaum dan
umur sejak 2017 sehingga kini adalah seperti di LAMPIRAN A.
(b) Antara usaha Kerajaan Negeri dalam menangani isu bunuh diri adalah seperti:-
(i) Pada 25hb September 2018 yang lalu, satu Sesi Dialog telah diadakan di
antara I-Life Suicide Prevention Campaign & Organization dalam

58
membincangkan isu bunuh diri dan cara pencegahan terhadap kes bunuh
diri telah diadakan.
(ii) Pada 5hb Oktober 2018 yang lalu, satu Mesyuarat bersama dengan Ketua
Pengarang dan Wakil dari Media-Media di Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat
tersebut membincangkan cara pencegahan serta cara laporan dan
penerbitan yang akan mendatangkan kesan terhadap kes bunuh diri.
(iii) Kerajaan Negeri juga memberikan Outright Grant (OG) untuk Badan
Bukan Kerajaan (NGO) yang menyalurkan perkhidmatan kaunseling, sesi
pengurusan tekanan dan lain-lain.
(c) Pada masa kini, Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan perkhidmatan
khusus kaunseling NLP (Neuro-linguistic programming) untuk pegawai di setiap
pusat khidmat ADUN masing-masing.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Terangkan secara terperinci tentang keberkesanan Tribunal Pengurusan Strata dalam
menangani isu-isu pengurusan hakmilik strata.
(a) Senaraikan bangunan strata yang masih belum ada badan pengurusan bersama
(JMB) atau Management Corporation (MC) mengikut daerah, lokasi dan isu
utama.
(b) Sejauh manakah Commission of Building (COB) menangani dan menyelesaikan
masalah pengurusan hakmilik strata yang semakin mencabar?
Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Tribunal Pengurusan Strata (TPS) yang ditubuhkan di bawah Akta Pengurusan Strata
2013 [Akta 757] mula beroperasi pada 1 Julai 2015 dan dikawal selia oleh Peraturan-
Peraturan Pengurusan Strata (Tribunal Pengurusan Strata) 2015. Ibu pejabat TPS
beroperasi di Putrajaya dan mempunyai tiga buah pejabat di Zon Timur (Kuala
Terengganu), Zon Selatan (Johor Bahru) dan Zon Utara (Kepala Batas). TPS mempunyai
mahkamah tribunal di Putrajaya dan setiap pejabat zon.
Misi utama TPS adalah untuk menyelesaikan pertikaian dan mengadili tuntutan
berkaitan pengurusan strata dengan telus dan berintegriti, secara kos efektif dan dalam
tempoh yang singkat. Di dalam piagam pelanggannya, TPS meletakkan sasaran
menyelesaikan tuntutan dalam masa 60 hari dari hari pertama pendengaran.
Pada dasarnya, TPS merupakan mekanisma terbaik bagi menangani masalah pertikaian
melibatkan isu-isu strata. Namun begitu, semakan terhadap sistem aduan Kerajaan
Negeri e-PINTAS mendapati masih banyak aduan berkaitan dipanjangkan terus kepada
Bahagian Perumahan atau kedua-kedua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sehubungan
itu, sewajarnya promosi lebih meluas dibuat bagi mewar-warkan peranan TPS untuk
dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang terlibat.
Sehingga 30 September 2018, TPS Zon Utara telah mendengar dan memutuskan
sebanyak 1,224 tuntutan. Daripada jumlah ini sebanyak 1,197 (97.8%) tuntutan adalah
daripada penduduk bangunan berstrata di Pulau Pinang manakala baki 27 tuntutan
adalah daripada negeri-negeri lain seperti Kedah dan Perak.
(a) Sehingga 30 September 2018, Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) daripada
kedua-dua PBT di Pulau Pinang merekodkan sebanyak 111 skim perumahan
berstrata yang masih belum menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau
Perbadanan Pengurusan (MC). Senarai lengkap skim perumahan tersebut adalah
seperti di Lampiran A.
(b) Selain memantau dan menguatkuasakan pelaksanaan Akta Pengurusan Strata
2013 [Akta 757], COB turut aktif menjalankan pelbagai aktiviti bagi menyuntik

59
kesedaran kepada penduduk, JMB dan MC terhadap tanggungjawab bersama
dalam menyediakan persekitaran yang kondusif dan harmoni di skim perumahan
mereka. Dalam menangani dan menyelesaikan masalah pengurusan strata yang
semakin mencabar, COB turut sedar betapa perlunya JMB dan MC diperkasakan.
Sehubungan itu COB telah merangka dan melaksanakan program-program
seperti berikut:-
(i) Lawatan pemeriksaan ke skim–skim perumahan berstrata yang tidak aktif
JMB/MC;
(ii) Program outreach bersama penduduk perumahan skim strata;
(iii) Taklimat dan kempen kesedaran di skim perumahan berstrata;
(iv) Kursus intensif diberikan kepada JMB/MC yang baru ditubuhkan;
(v) Penyelarasan saluran program–program bantuan perumahan di peringkat
Kerajaan Persekutuan dan Negeri contohnya Program Penyelenggaraan
Perumahan (PPP), Tabung Penyelenggaraan Maksima 80% Pulau Pinang
(TPM80) dan Geran Badan Pengurusan JMB/MC 2018; dan
(vi) Penglibatan agensi-agensi dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam
program pendidikan dan kesedaran komuniti berstrata.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Senaraikan pencapaian Ops Penang Sihat mengikut daerah, lokasi dan tindakan yang
diambil ke atas pengendali makanan yang gagal mematuhi syarat kebersihan.
(a) Sejauhmanakah penguatkuasaan syarat kebersihan diambil ke atas penjaja
makanan jalanan?
(b) Apakah usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan pengendali
makanan dan pengusaha premis makanan mematuhi syarat kebersihan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Pencapaian Ops Penang Sihat yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui
Jabatan Kesihatan Negeri melibatkan pengendali makanan yang gagal mematuhi syarat
kebersihan. Melalui ops ini tindakan seperti mengeluarkan notis, kompaun dan arahan
penutupan premis pengendali makanan telah dilaksanakan. Pencapaian mengikut
daerah, lokasi dan tindakan adalah seperti di Lampiran A.
(a) Penguatkuasaan syarat kebersihan yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui
Pihak Berkuasa Tempatan ke atas penjaja makanan jalanan adalah seperti
berikut:-
(i) Menjalankan operasi kebersihan dengan kekerapan sebanyak dua (2) kali
seminggu;
(ii) Meningkatkan pengetahuan penjaja melalui kursus pengendalian dan
keselamatan makanan;
(iii) Memberikan khidmat nasihat secara bersemuka bagi mengatasi masalah
punca premis tidak bersih; dan
(iv) Mengambil tindakan penguatkuasaan melalui sitaan dan menghapuskan
tempat yang mendatangkan kacau ganggu.
Antara usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri melalui kedua-dua Pihak Berkuasa
Tempatan bagi memastikan penggendali makanan dan pengusaha premis makanan
mematuhi syarat kebersihan adalah seperti berikut:-
(i) Mengadakan kursus asas pengendalian makanan dan kebersihan premis setiap
minggu;
(ii) Mengenakan syarat kebersihan premis dalam kelulusan lessen;

60
(iii) Menjalankan operasi bersepadu dengan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk
mengawal aktiviti yang mendatangkan kacau ganggu kebersihan;
(iv) Mengadakan kempen kebersihan premis makanan;
(v) Mewujudkan program penggredan premis makanan; dan
Menetapkan sasaran untuk memastikan semua pasar dan kompleks makanan Pihak
Berkuasa Tempatan mencapai sekurang-kurang taraf Gred A atau B menjelang Februari
2019.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Isu caj rawatan tinggi hospital swasta.
(a) Senaraikan kadar caj rawatan hospital swasta mengikut nama hospital, lokasi
dan bilangan katil.
(b) Sejauh manakah peranan Kerajaan Negeri memastikan pesakit B40 dapat akses
kepada perkhidmatan perubatan berkualiti serta harga berpatutan?
(c) Terangkan kesan pelancongan perubatan ke atas caj rawatan hospital untuk
orang tempatan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. (a) Semua hospital swasta berlesen adalah tertakluk di bawah Peraturan-peraturan
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 2006 [P.U. (A)
138/2006]. Melalui peraturan tersebut, pengendali hospital swasta perlu
mematuhi kadar caj dan harga maksimum bagi perkhidmatan yang disediakan.
Pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat mengenai kadar caj
yang dikenakan oleh hospital-hospital swasta di Pulau Pinang.
(b) Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan subsidi kesihatan di mana semua
warganegara Malaysia termasuk golongan B40 yang mendapat rawatan di
hospital kerajaan hanya akan dikenakan caj minimum. Untuk makluman bagi
rawatan di Jabatan Pesakit Luar Am pesakit hanya akan dikenakan caj sebanyak
RM1.00 manakala untuk rawatan di Jabatan Pesakit Luar Pakar pula adalah
sebanyak RM5.00. Rawatan ini termasuk Konsultasi, Ujian Perubatan dan ubat-
ubatan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga dalam perancangan untuk
melaksanakan Program Penang Sihat di mana Kerajaan Negeri akan memberikan
subsidi sebanyak RM300.00 bagi perkhidmatan perubatan di klinik swasta yang
terpilih kepada keluarga yang berpendapatan kurang dari RM5,000.00 sebulan
dan RM150.00 kepada individu yang belum berkahwin dengan pendapatan kurang
daripada RM2,500.00 sebulan dengan had RM50.00 setiap rawatan. Namun
demikian perkara ini masih di peringkat perancangan dengan mengambilkira
implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
(c) Secara amnya, pelancongan perubatan warga asing ke Negara ini khususnya di
Pulau Pinang tidak memberikan kesan ke atas caj rawatan hospital untuk
warganegara Malaysia. Hal ini adalah kerana warganegara asing akan dikenakan
kadar caj yang berbeza dengan warganegara Malaysia.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Senaraikan aset-aset tak alih seperti tanah yang dimiliki oleh PERDA mengikut daerah,
lokasi, keluasan dan nilai semasa. (a) Nyatakan isu dan cabaran dari segi pengurusan
serta pencapaian PERDA selepas peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan. (b) Terangkan
kerjasama yang akan diadakan di antara Kerajaan Negeri dan PERDA untuk kebaikan
rakyat Pulau Pinang.

61
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Aset-aset tak alih yang dimiliki PERDA adalah seperti di Lampiran A. Keluasan aset-aset
tidak alih bagi dewan masyarakat, kilang IKS, bengkel, rumah rehat, pejabat, kedai,
rumah kedai, kedai pejabat, gerai dan ruang niaga adalah termasuk dalam keluasan
tanah sepertimana dinyatakan di lampiran tersebut. Buat masa ini, PERDA tidak
mempunyai maklumat berkenaan nilai semasa aset-aset tidak alih tersebut
memandangkan tiada perancangan pembangunan dalam masa terdekat.
(a) Terdapat isu dan cabaran dari segi pengurusan serta pencapaian PERDA selepas
peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan iaitu pertindihan program-program yang
dilaksanakan. Walau bagaimanapun, perkara ini dapat ditangani dengan
penyelarasan semula dan penglibatan bersama Kerajaan Negeri dan PERDA
dalam program-program yang bakal dilaksanakan di masa depan.
(b) Kerajaan Negeri amat berharap agar kerjasama dengan PERDA dapat
dipertingkatkan. Walau bagaimanapun, buat masa ini, PERDA masih dalam
proses perpindahan kawal selia daripada Jabatan Perdana Menteri ke
Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Antara aspek-aspek kerjasama yang
bakal dilaksanakan di masa hadapan melibatkan program-program pembangunan
usahawan, pembangunan sosial dan pelancongan luar bandar.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Nyatakan peruntukan yang diperuntukan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha menjadikan
Pulau Pinang sebagai smart city. (a) Terangkan secara terperinci tentang roadmap ke
Kerajaan Digital sepenuhnya dan Negeri Pintar? (b) Sejauh manakah Pulau Pinang
bersiap sedia dalam National Fiberisation & Connectivity Plan (NFCP) khasnya dalam
menaik taraf ke 5G?
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Setakat ini tiada peruntukan tertentu yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk
projek dan inisiatif yang berkaitan dengan Bandar Pintar kerana ianya masih di
peringkat perancangan.
(a) Namun begitu, Pelan Strategik ICT (PSICT) PSUKPP 2016-2020 adalah dokumen
strategik yang menggariskan hala tuju strategik pelaksanaan kerajaan digital di
peringkat pentadbiran negeri. Dokumen ini mengandungi 5 teras strategik, 14
strategi dan 55 projek yang dirancang dengan jumlah anggaran kos sebanyak
RM15 juta untuk tempoh 5 tahun. Sehingga 31 Disember 2017 sebanyak RM9.47
juta telah dibelanjakan dalam pelaksanaan PSICT ini. Hasil kajian semula PSICT
pada April hingga Ogos 2018 telah menggariskan semula sebanyak 43
program/projek (15 adalah projek baharu) dirancang untuk pelaksanaan bagi
tempoh 2018 hingga 2020 dengan anggaran kos RM5.7 juta.
Dokumen Roadmap Penang Towards A Smart International City merupakan
sebuah dokumentasi yang lengkap dan teratur mengenai inisiatif-inisiatif Bandar
Pintar Negeri Pulau Pinang sebagai panduan pelbagai pihak untuk tujuan rekod
dan rujukan pada masa akan datang. Kandungan dokumen ini merangkumi
pengenalan dan latar belakang, maklumat, misi, visi, hala tuju, teras strategik,
domain pintar, hasil utama, inisiatif-inisiatif dan projek-projek yang berkaitan
dengan pembangunan Bandar Pintar di Pulau Pinang.
(b) Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pihak Penang Geographic
Information System (PEGIS), setakat Julai 2018 sebanyak 50% kawasan di seluruh
Negeri Pulau Pinang telah diliputi jajaran fiber sepanjang 3,319 km dengan 600
km daripadanya adalah di jalan-jalan utama negeri. Ini bermakna, 80% jalan-
jalan utama telah diliputi fiber bagi liputan internet jalur lebar berkelajuan
tinggi. Selain itu, berdasarkan maklumat terkini daripada Suruhanjaya

62
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kadar penembusan jalur lebar
mudah alih di Pulau Pinang adalah sebanyak 122.3% berbanding 117.9% di
peringkat nasional. Bagi penembusan jalur lebar talian tetap pula, kadar
penembusan di Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 11.6% berbanding 19.8% di
peringkat nasional.
Pada masa ini, Pulau Pinang menyediakan perkhidmatan jalur lebar dan
perancangan secara terperinci telah dibuat bersama perunding bagi memenuhi
keperluan perkhidmatan 5G. Perkhidmatan tersebut masih dalam proses kajian
dan belum dimuktamadkan. Jalur spektrum untuk perkhidmatan 5G juga belum
diperuntukkan oleh pihak SKMM. Sebagai langkah-langkah persiapan, pihak
PDC Telecommunication Services Sdn Bhd (PDCTS) telah mengemukakan surat
kepada semua syarikat telekomunikasi untuk berkongsi pelan perancangan 3
hingga 5 tahun untuk menyediakan fiberisation di Negeri Pulau Pinang.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Nyatakan jumlah kedatangan pelancong ke Pulau Pinang mengikut negara sejak 2017
sehingga terkini. (a) Nyatakan jumlah bilik hotel serta occupancy rate sejak 2017
sehingga kini. (b) Terangkan isu over-supply bilik hotel di Pulau Pinang serta bagaimana
ia ditangani oleh kerajaan negeri memandangkan industri pelancongan satu
pembangunan ekonomi penting bagi negeri.
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Jumlah kedatangan pelancong ke Pulau Pinang mengikut negara diperolehi daripada
data Jabatan Imigresen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
dan Swettenham Pier Cruise Terminal seperti perincian di Lampiran A. Walau
bagaimanapun, statistik pelancong mengikut negara yang masuk ke Pulau Pinang
melalui jalan darat tidak dapat dikenal pasti.
(a) Berdasarkan rekod Pihak Berkuasa Tempatan, jumlah bilik hotel di Pulau Pinang
bagi tahun 2017 adalah 18,883 bilik. Manakala, bagi tahun 2018, sehingga bulan
September, jumlah bilik hotel adalah 19,580. Berdasarkan kepada data Tourism
Malaysia, average occupancy rate bagi tahun 2017 adalah 62.1%. Manakala, bagi
tempoh Januari hingga Mac 2018, average occupancy rate adalah 61.1%.
(b) Dengan average occupancy rate bagi penginapan hotel sekitar 60%, pembekalan
bilik hotel masih dalam keadaan terkawal. Sebenarnya isu over supply hotel
tidak berlaku di Pulau Pinang. Semasa musim off-peak, pelancongan
Meetings, Incentives, Conferencing, Exhibitions (MICE) akan memainkan
peranan di mana pelancong perniagaan ini melancong di atas akaun perniagaan
dan bukannya percutian keluarga. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah memberi
tumpuan kepada bidang pelancongan MICE dan akan menggandakan usaha untuk
membida lebih banyak program antarabangsa untuk dilaksanakan di Pulau
Pinang. Kerajaan Negeri akan menggiatkan usaha bagi menarik lebih ramai
pelancong dan menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi utama pelancong.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Senaraikan projek-projek rumah terbengkalai mengikut daerah, lokasi, pemaju dan
bilangan mangsa pembeli rumah di Pulau Pinang. (a) Apakah usaha yang diambil oleh
Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk mengaktifkan semula projek
perumahan yang terbengkalai tersebut? (b) Sejauh manakah usaha memulihkan projek
rumah terbengkalai tersebut dapat membekalkan pasaran hartanah rumah di Pulau
Pinang?

63
Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Pemantauan dan pengelasan projek perumahan terbengkalai adalah di bawah
tanggungjawab Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT). Pada dasarnya, projek terbengkalai ditakrifkan sebagai projek-
projek yang mengalami masalah seperti berikut:-
(i) Projek yang tidak siap dalam atau luar tempoh Perjanjian Jual dan Beli dan tiada
sebarang aktiviti yang ketara di tapak pembinaan selama enam (6) bulan secara
berterusan; atau
(ii) Petisyen penggulungan telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen
218 Akta Syarikat 1966; atau
(iii) Syarikat diletakkan di bawah Pegawai Penerima dan Pengurus (Receiver &
Manager); atau
(iv) Pemaju mengakui tidak berupaya secara bertulis kepada Pengawal Perumahan;
dan
(v) Disahkan projek terbengkalai oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
di bawah Seksyen 11 (1) (c) Akta 118.
Berdasarkan definisi ini, tidak ada projek perumahan yang terbengkalai di negeri Pulau
Pinang pada masa ini.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Senaraikan taklimat RSNPP2030 yang akan, telah diadakan mengikut lokasi dan jumlah
kehadiran. (a) Sejauhmanakah kaedah bottom-up planning digunapakai dalam
pembentukan Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030? (b) Terangkan usaha
kerajaan dalam mewujudkan Perancang Komuniti (Community Planner) di setiap KADUN
agar isu-isu sosio-ekonomi setempat dapat ditangani dengan baik?
Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Senarai taklimat Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2030 yang telah dan
akan diadakan adalah seperti diLampiran A.
(a) Penyediaan Draf RSNPP 2030 dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang
di bawah Seksyen 11 (1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
yang menyatakan “Sesuatu Rancangan Struktur yang telah mula berkuatkuasa
adalah tertakluk kepada kajian semula setiap lima tahun seiring dengan
penyediaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negeri. Kajian semula ini
hendaklah berkaitan dengan seluruh Negeri itu.”
Penyediaan Draf RSNPP 2030 ini juga berlandaskan kepada Seksyen 9 (1), Akta
172 yang menjelaskan tentang keperluan bagi mengadakan program publisiti
awam atau Public Engagement sebagai sebahagian daripada kaedah bottom-up
planningyang perlu dilaksanakan dalam proses penyediaan Draf RSNPP 2030.
Oleh yang demikian, dengan mengambil kira keperluan yang dinyatakan dalam
Akta 172, Kerajaan Negeri sememangnya melaksanakan kaedah bottom-up
planningdalam penyediaan draf RSNPP 2030. Antara program-program lain yang
bersifat bottom-up planning yang telah dilaksanakan adalah bengkel
pemahaman, pembentukan Jawatankuasa Bantahan Awam dan Pendengaran dan
sesi taklimat/town halluntuk orang awam dan pihak-pihak berkepentingan
(stakeholders).
(b) Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah pun melibatkan
komuniti di setiap KADUN melalui beberapa program bagi menangani isu-isu
sosio-ekonomi setempat. Antaranya adalah dengan mengadakan sesi dialog bagi
mendapatkan pandangan komuniti sebagai input dalam Ucapan Bajet PBT. Selain
itu, PBT juga bekerjasama denganPenang Women Development
Corporation (PWDC) dalam mengarusperdanakan peranan gender dalam semua
64
projek pembangunan sosio-ekonomi. Dalam masa yang sama, PBT juga turut
mengadakan sesi Focus Group Discussion (FGD) untuk projek pembangunan
bercampur seperti pasar awam, perniagaan dan perumahan dengan tujuan
mendapatkan maklumbalas daripada orang ramai berkenaan cadangan
pembangunan sebelum melaksanakan sesuatu projek.
Semua usaha ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri melibatkan rakyat di
segenap lapisan masyarakat untuk menyumbang sebarang idea dan bantahan
terhadap perancangan pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
20. Jelaskan secara terperinci tentang keberkesanan kerajaan negeri dalam usaha
pembasmian kemiskinan di setiap daerah. (a) Sejauhmanakah program Agenda Ekonomi
Saksama (AES) membantu keluarga B40 untuk keluar dari kepompong kemiskinan? (b)
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan
dalam menangani isu kemiskinan di kawasan bandar dan luar bandar?
Y.A.B. Ketua Menteri:
20. Kerajaan telah menjalankan beberapa program kebajikan dalam usaha membasmi
kemiskinan di setiap daerah sejak tahun 2008 hingga sekarang. Berikut adalah program-
program kebajikan yang telah memberikan kesan positif kepada rakyat khususnya
golongan miskin.
(i) PROGRAM AGENDA EKONOMI SAKSAMA
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Agenda Ekonomi Saksama (AES)
iaitu sebuah program pembasmian kemiskinan yang memberikan bantuan
kewangan bulanan secara top-up kepada individu/keluarga yang mempunyai
pendapatan per kapita RM220.00 ke bawah. Bantuan ini diberikan kepada
golongan miskin yang berada di bandar ataupun luar bandar tanpa mengira
kaum, jantina dan ideologi politik. Pelaksanaan program ini sejak Mac 2009 telah
memanfaatkan ramai individu/keluarga berbilang bangsa dan setakat
September 2018, seramai 1,052 orang telah menerima bantuan kewangan ini.
Kerajaan Negeri juga telah membelanjakan sebanyak RM30,569,957.00 meliputi
semua daerah di Pulau Pinang. Melalui bantuan kewangan Program AES, 1052
orang penerima telah berjaya keluar dari paras garis kemiskinan dan Kerajaan
Negeri juga telah berjaya mencapai miskin sifar sejak pelaksanaannya.
(ii) PROGRAM iSEJAHTERA
Kerajaan Negeri akan meneruskan program iSejahtera bagi menghargai dan
mengenang jasa bakti rakyat yang merangkumi warga emas, OKU, ibu tunggal,
suri rumah, pelajar dan bayi yang merangkumi program-program berikut:-
(a) Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan OKU, Program
Bantuan Ibu Tunggal, Program Ibu Emas dan Program Skim Pelajar Emas
yang dilaksanakan setiap tahun dengan sumbangan sebanyak RM100.00
seorang.
(b) Skim Pelajar Emas di mana bayaran RM100.00 secara one-off diberikan
kepada pelajar tahun 1 dan 4, tingkatan 1 dan 4 bagi meringankan beban
ibu bapa;
(c) Program Anak Emas yang merupakan program penghargaan kepada setiap
kelahiran rakyat negeri Pulau Pinang akan diberi RM200.00 secara one-
off ; dan
(d) Bantuan one-off sebanyak RM1,000.00 kepada waris warga emas, ibu
tunggal dan OKU bagi pengurusan jenazah.

65
(III) PROGRAM EKONOMI KHAS
Kerajaan Negeri akan meneruskan Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi
(Bantuan Peralatan) di bawah Projek Khas Ekonomi. Program ini memfokuskan
kepada peniaga kecil sepenuh masa termasuk golongan miskin yang telah
menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun dan berpendapatan
perniagaan kurang dari RM3,000.00 sebulan. Bantuan peralatan bertujuan bagi
membantu peniaga mengembangkan perniagaan sedia ada untuk output yang
lebih besar. Setakat kini, Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi
(Bantuan Peralatan) di bawah Projek Khas Ekonomi telah memperuntukkan
sebanyak RM1,276,922.92 kepada 580 orang rakyat miskin di semua daerah.
(IV) SKIM PINJAMAN HARAPAN (SPH) NEGERI PULAU PINANG
Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali
sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang akan
diteruskan bagi mengurangkan kemiskinan melalui Program Mikrokredit yang
memberikan pinjaman tanpa sebarang cagaran dan penjamin kepada peniaga-
peniaga kecil untuk membantu usahawan tempatan, penganggur dan golongan
miskin untuk menceburi bidang perniagaan. Bagi Skim Pinjaman Harapan (SPH)
Negeri Pulau Pinang, dana sebanyak RM11 juta telah disediakan bagi tujuan ini.
Jumlah pinjaman adalah di antara RM2,000.00 hingga maksima RM25,000.00 dan
tempoh bayaran balik adalah di antara 2 hingga 3 tahun. Sehingga kini, program
ini telah memberikan manfaat kepada seramai 2,206 orang usahawan termasuk
golongan B40.
(V) TABUNG USAHAWAN TANI (TUT)
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri
Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani Muda
(TUTM) yang memberi dorongan kepada golongan belia termasuk golongan
miskin untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan
berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan. Kerajaan Negeri juga telah
menyediakan peruntukan Program Usahawan Tani Muda sebanyak RM750,000.00
dan sehingga Jun 2018, sebanyak RM658,000.00 telah diagihkan kepada 122
orang belia yang terdiri daripada golongan B40 untuk menikmati kemudahan
kredit ini.
(VI) PENANG CAREER ASSISTANCE AND TALENT CENTRE
Kerajaan Negeri melalui Pusat CAT (Penang Career Assistance and Talent
Centre) menjalankan pemadanan jawatan kepada semua golongan pencari kerja
termasuk rakyat miskin berdasarkan penawaran oleh industri. Sejak penubuhan
Pusat CAT pada Mac 2009 sehingga 22 Oktober 2018, seramai 10,551 orang telah
berdaftar sebagai pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,445 pemadanan
jawatan telah dijalankan untuk 289 buah syarikat.
(VII) PROGRAM MEISTER MALAYSIA
Dalam membantu rakyat miskin mendapat peluang pekerjaan, Kerajaan Negeri
melalui Penang Skills Development Centre (PSDC) telah memperkenalkan
Program Meister Malaysia bagi meningkatkan bakat dalam bidang teknikal dan
vokasional selari dengan perkembangan Industri 4.0. Kerajaan Negeri telah
memperuntukkan RM6 juta untuk Program Meister Malaysia. Peserta yang
terpilih akan menjalani latihan peningkatan kemahiran dan pada masa yang
sama bekerja di kilang untuk memperoleh kemahiran pekerjaan yang sebenar.
Para peserta program ini tidak perlu membayar yuran pengajian kerana telah
dibiayai Kerajaan Negeri dan pada masa yang sama menerima gaji daripada
syarikat tersebut. Manakala bagi Program Meister Malaysia, Kerajaan Negeri
telah membiayai 162 orang temasuk golongan B40 bagi meningkatkan bakat

66
mereka dalam bidang teknikal dan vokasional selari dengan perkembangan
Industri 4.0 ini.
(a) Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) merupakan program
pembasmian kemiskinan yang memberikan bantuan kewangan bulanan
secara top-up kepada individu/keluarga yang mempunyai pendapatan
per kapita RM220.00 termasuk keluarga B40 yang mempunyai
pendapatan perkapita sedemikian dan mematuhi beberapa syarat
kelayakan yang lain. Oleh yang demikian, tidak semua keluarga B40 yang
layak untuk menerima bantuan program AES ini.
Setakat ini, Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) telah memberikan
manfaat kepada seramai 1,052 orang penerima yang masih aktif tidak
termasuk yang telah meninggal dunia dan keluar negeri. Selain daripada
bantuan kewangan, program AES turut memperkenalkan beberapa
syarat-syarat baru yang lebih ketat, antaranya ialah mensyaratkan anak-
anak penerima bantuan wajib bersekolah. Ini supaya anak-anak golongan
miskin tidak tercicir dari pelajaran dan membantu mereka sehingga ke
tahap pendidikan yang lebih tinggi. Kerajaan Negeri percaya melalui
pendidikan yang komprehensif, anak-anak dapat mendapat pekerjaan
yang baik dan membantu meningkatkan pendapatan seisi rumah.
Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (JPKPD)
memperakukan senarai nama anak-anak penerima bantuan yang
mempunyai kelayakan pendidikan dan di kemukakan kepada Jabatan
Tenaga Kerja (JTK) untuk pemadanan kerja. Selain itu, jawatankuasa ini
turut menyerahkan senarai nama anak-anak penerima bantuan lepasan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk bekerja sambil belajar ke program
latihan dan pengajian vokasional iaitu Vocational Skills Employment
Program (VSEP) kepada pelajar lepasan SPM termasuk pelajar daif di
bandar atau luar bandar dengan kerjasama Persatuan Perusahaan Kecil
dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) serta Fourier Technical
Consultants (FTC). Dalam program VSEP, pelajar diberikan biasiswa dan
juga elaun latihan vokasional. Syarat utama bagi program ini adalah
mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
keputusan peperiksaan bukanlah keutamaan.
(b) Kerajaan Negeri juga bercadang untuk mengadakan kunjungan kehormat
ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi
membincangkan mengenai beberapa dasar kemiskinan terutamanya di
kawasan bandar dan luar bandar. Kunjungan ini akan membincangkan
beberapa langkah baru membasmi kemiskinan dengan membawa konsep
Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) untuk dilaksanakan di peringkat
nasional.
(c) Selain itu, Kerajaan Negeri akan mengadakan mesyuarat bersama
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) Pulau Pinang untuk
meneliti semula kedua-dua program pembasmian kemiskinan iaitu
Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) di bawah Kerajaan Negeri
manakala Program E-Kasih di bawah Kerajaan Persekutuan. Penelitian
dan perbincangan ini perlu dilakukan bagi memastikan tidak berlakunya
penindihan bantuan antara agensi pelaksana yang terlibat serta mencari
kaedah terbaik untuk pelaksanaan program pembasmian kemiskinan di
negeri Pulau Pinang.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
21. Masalah penagihan dadah semakin serius.
(a) Apakah usaha yang diambil oleh kerajaan dan pihak polis untuk menangani isu
penagihan dadah?
67
(b) Adakah hukuman mati mandatori dimansuhkan akan menyebabkan isu
penyeludupan dadah semakin berleluasa?
(c) Sejauh manakah keberkesanan program rawatan dan pemulihan dadah
dilaksanakan di Pusat Serenti?
Y.A.B. Ketua Menteri:
21. (a) Dadah merupakan isu yang telah sekian lama menjadi barah, bukan hanya
kepada negara ini tetapi juga kepada masyarakat global. Penularan dadah jenis
baharu yang dikenali sebagai New Psychoactive Substance (NPS) menjadikan isu
tersebut semakin sukar untuk ditangani. Dadah adalah masalah utama dalam
kesihatan awam dan memberi kesan buruk secara langsung atau tidak kepada
negara. Dadah membawa pelbagai kesengsaraan kepada masyarakat. Meskipun
kerajaan membelanjakan puluhan juta ringgit setahun dalam program
pembasmian dadah, bilangan penagih dadah yang dikesan setiap tahun tidak
menunjukkan tanda-tanda penurunan. Antara usaha yang telah dilaksanakan
oleh pihak Kerajaan untuk menangani isu masalah penagihan dadah adalah :-
(i) Melancarkan operasi berterusan bersama-sama dengan pihak Polis Diraja
Malaysia (PDRM).
(ii) Mengambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 39C Akta Dadah
Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman penjara mandatori tidak
kurang daripada 5 tahun dan tidak lebih 7 tahun serta sebatan tidak lebih
daripada 3 kali sebatan.
(iii) Tindakan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas di bawah Agensi
Anti Dadah Kebangsaan (AADK), dimana penagih dadah yang ditangkap
akan ditempatkan di daerah lain selama 2 tahun untuk langkah
pencengahan dan juga pemulihan.
(iv) Gempur dan tutup pot-pot sarang penagih yang semakin bercambah dari
tahun ke tahun.
(v) Program Jihad Dadah.
(b) Hukuman mati mandatori di negara ini masih kekal dan belum dimansuhkan.
Namun begitu, cadangan untuk memansuhkan hukuman itu, tidak bermaksud
hukuman berkenaan sudah dihapuskan kerana kerajaan belum meluluskan
undang-undang berkaitan pemansuhan hukuman mati. Jika, Parlimen
memutuskan untuk menghapuskan hukuman mati mandatori ini, kebarangkalian
kegiatan penyeludupan dadah akan berleluasa adalah mustahil kerana kabinet
seterusnya akan menimbang mengenakan hukuman penjara minimum 30 tahun
jika hukuman mati mandatori ini dimansuhkan. Di samping itu juga, banyak
faktor lain yang menjadikan penyeludupan dadah semakin berleluasa seperti
harga dadah semakin tinggi, kewujudan dadah sintetik dan lain-lain lagi.
(c) Berdasarkan kepada Seksyen 6 (1)a Akta Rawatan dan Pemulihan 1983 setiap
klien perlu menjalani tempoh rawatan dalamCure & Care Rehabililitation
Center (CCRC) adalah selama 2 tahun. Dalam tempoh tersebut setiap klien akan
disediakan dengan program-program yang berstruktur bagi mengubah tingkah
laku penagihan supaya dapat kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat. Di
samping itu terdapat juga pendidikan kemahiran dengan tujuan untuk memberi
peluang kerjaya kepada mereka. Dalam tempoh tersebut, klien adalah terikat
dengan peraturan dan disiplin selaras dengan Standard Operating Procedure
(SOP) dan Arahan Ketua Pengarah yang ditetapkan. Keseluruhan klien dalam
tempoh mendapat rawatan di CCRC adalah baik dan berjaya dalam kepulihan
mereka.
Cabaran yang paling besar selepas mendapat rawatan di CCRC adalah semasa
klien kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat. Inilah masanya seluruh
anggota masyarakat perlu memainkan peranan dalam membantu menerima
bekas penagih dan membantu kepulihan mereka. Penagihan adalah penyakit

68
kronik dan mudah relapse. Justeru itu proses kepulihan mereka adalah
sepanjang hayat. Antara isu dan cabaran yang sering menghantui bekas-bekas
penagih dalam membantu proses kepulihan adalah seperti berikut;
(i) Masalah stigma dan rejeksi social masih menghantui bekas-bekas
penagih untuk memulakan semula kehidupan mereka secara normal
dalam masyarakat. Sikap sesetengah masyarakat yang berprasangka
buruk dan suka memandang serong terhadap bekas-bekas penagih
seringkali dipersepsikan sebagai memburukkan lagi tekanan psikologi dan
emosi sehingga boleh mematahkan semangat dan harapan mereka untuk
kembali sebagai anggota masyarakat yang benar-benar insaf dan bebas
dari dadah.
(ii) Masyarakat meletakkan harapan yang terlalu tinggi dan kurang realistik
terhadap keberkesanan program rawatan dan pemulihan. Rata-rata
anggota masyarakat berharap setiap penagih yang telah tamat menjalani
proses rawatan dan pemulihan tidak akan mengulangi lagi tabiat buruk
tersebut. Mereka beranggapan apabila bekas penagih dadah terlibat di
dalam kancah penagihan semula, ianya adalah satu kegagalan dalam
proses rawatan tanpa menyedari bahawa penagih merupakan penyakit
kronik yang mudah berulang dan relapse sebenarnya diiktiraf sebagai
proses untuk mencapai kepulihan dalam jangka masa panjang. Ini adalah
kerana banyak perkara yang boleh dipelajari daripada
proses relapse terutama kesesuaian program recovery yang dijalankan.
(iii) Institusi keluarga juga masih belum dapat digerakkan dan dilibatkan
secara aktif dalam membantu proses pemulihan. Kebanyakan keluarga
beranggapan bahawa rawatan dan pemulihan merupakan tugas dan
kewajipan pihak kerajaan. Lantaran itu, keluarga kurang berperanan dan
tidak dapat dilibatkan dalam menjayakan proses pemulihan sedangkan
keluarga perlu memainkan peranan dan terlibat secara langsung dalam
proses pemulihan terutama dari segi psikologi dan emosi dan juga dalam
menjayakan program pasca pemulihan selepas pemulihan di pusat
serenti.
(iv) Kemunculan designer drug seperti dadah Ampherthemin Type
Stimulant (ATS) telah membawa perubahan dan gelombang baru dalam
senario penagihan di negara ini. Pengguna dadah jenis ATS semakin
menunjukkan peningkatan yang begitu ketara sekali. Berasaskan bukti-
bukti klinikal menunjukkan bahawa penagih-penagih dadah
jenis ATS yang kronik mengalami penyakit mental seperti psikosis akibat
kerosakan otak yang teruk dan tidak boleh disembuhkan. Perubahan
profil penagihan ini tentu sekali memerlukan kajian mendalam supaya
pendekatan rawatan dan pemulihan yang bersesuaian dapat disediakan.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Sejauh manakah Pelan Induk Perparitan Seberang Perai Tengah (SPT) dilaksanakan
untuk tujuan mengawal pembangunan serta keseimbangan alam sekitar?
(a) Senaraikan kolam tadahan banjir di seluruh SPT mengikut lokasi, status dan
fungsi terkini serta masalah yang dihadapi?
(b) Berapakah peruntukan diberi untuk menaik taraf kolam tadahan banjir yang
sedia ada bagi tujuan tebatan banjir?
Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Pelan Induk Saliran dan Tebatan Banjir (DMP) bagi Daerah Seberang Perai Tengah (SPT)
telah disiapkan pada tahun 2016. DMP ini telahpun dijadikan rujukan penting bagi
semua perancangan projek pembangunan baharu atau projek pembangunan semula
yang dilaksanakan oleh agensi-agensi/jabatan-jabatan kerajaan atau pihak swasta. Bagi
69
tujuan mengawal pembangunan dan keseimbangan alam sekitar, Jabatan Pengairan Dan
Saliran (JPS) menggunakan Manual Saliran Mesra Alam (MASMA) sebagai garis panduan
untuk mempertimbangkan permohonan kelulusan pembangunan baharu di Seberang
Perai Tengah. Bagi pembangunan baharu yang melebihi keluasan tapak 1 hektar, syarat
untuk membina kolam takungan banjir akan dikenakan oleh Majlis Perbandaran
Seberang Perai (MPSP) ke atas pemaju yang terlibat. MPSP menggunapakai DMP bagi
tujuan-tujuan seperti berikut:-
(i) Mengenakan syarat pembinaan parit-parit baharu kepada pemaju selari dengan
DMP Seberang Perai Tengah (SPT); dan
(ii) Menetapkan syarat aras tanah kepada pemaju selari dengan DMP Seberang Perai
Tengah (SPT).
(a) Senarai kolam tadahan banjir di seluruh Seberang Perai Tengah mengikut lokasi,
status dan fungsi terkini adalah seperti di Lampiran A.
Secara umumnya, masalah-masalah yang dihadapi di kolam tadahan banjir di
SPT adalah seperti berikut :
(i) Pencerobohan orang awam ke dalam kawasan kolam takungan yang
mengakibatkan kerosakan pagar;
(ii) Pencerobohan orang awam ke dalam rezab kolam takungan untuk
menanam pokok-pokok dalam kawasan rezab dan menimbulkan halangan
kepada kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan; dan
(iii) Kapasiti takungan air yang tidak mencukupi.
(b) Peruntukan yang diterima oleh MPSP untuk menaik taraf kolam tadahan banjir
sedia ada bagi tujuan tebatan banjir adalah sebanyak RM150,000.00, iaitu untuk
kolam tadahan banjir Taman Kota Permai Seberang Perai Tengah. Pada masa
ini, MPSP sedang menunggu surat kebenaran daripada pihak Jabatan
Perkhidmatan Pembentungan untuk menggunakan tanah milik mereka bagi
tujuan menaik taraf kolam takungan tersebut. Setakat ini tiada peruntukan
diterima oleh JPS.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
23. Senaraikan bilangan homestay tanpa lesen di Pulau Pinang mengikut daerah, lokasi dan
bilangan rumah.
(a) Terangkan usaha Kerajaan Negeri dalam mengawal pematuhan homestay yang
dikendalikan melalui Airbnb khasnya dari segi perlesenan?
(b) Bagaimana kerajaan menangani konflik di antara tuan rumah Airbnb dengan
penduduk setempat khasnya isu kacau ganggu?
Y.A.B. Ketua Menteri:
23. Berdasarkan rekod Pihak Berkuasa Tempatan, terdapat sejumlah 229 homestay tanpa
lesen di Pulau Pinang seperti perincian di Lampiran A.
(a) Pada masa ini, Kerajaan Negeri belum mewujudkan pelesenan
untuk homestay yang dikendalikan melalui Air Bed and Breakfast (Airbnb).
Kerajaan Negeri sedang mengkaji cadangan untuk mengawal selia kediaman
yang menjalankan aktiviti short stay dan homestay.
(b) Bagi isu kacau ganggu yang terjadi di atas penggunaan Airbnb, Pihak Berkuasa
Tempatan akan menjalankan tindakan penguatkuasaan. Sekiranya pengusaha
rumah tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah, Pihak Berkuasa Tempatan
akan mengenakan tindakan kompaun kerana menjalankan aktiviti perniagaan
tanpa lesen.
RUJUK LAMPIRAN A.

70
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
24. Senaraikan pencapaian Bas Percuma CAT di Pulau Pinang mengikut laluan dan bilangan
penumpang sejak permulaan perkhidmatan tersebut.
(a) Adakah sasaran awal yang ditetapkan bagi setiap laluan telah dicapai atau
belum?
(b) Apakah usaha penambahbaikan mutu perkhidmatan khasnya dari segi
connectivity dan frequency untuk mempertingkatkan kadar penggunaan
pengangkutan awam di seluruh negeri?
Y.A.B. Ketua Menteri:
24. Perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) bagi 12 laluan di
Pulau Pinang ternyata telah diterima baik oleh penduduk setempat di setiap laluan
berdasarkan peningkatan jumlah penumpang sejak ia mula beroperasi sehingga
September 2018. Perincian bilangan penumpang bagi setiap laluan adalah seperti
di Lampiran A.
(a) Sasaran awal pelancaran bas CAT yang ditetapkan adalah untuk menyuraikan
kesesakan lalu lintas dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Buat
masa ini, tiada data yang jelas menunjukkan sasaran awal ini telah dicapai selain
daripada peningkatan jumlah penumpang. Perkhidmatan ini dikira belum
mencapai penggunaan tahap optimum dan masih belum matang memandangkan
tempoh masa pelaksanaan kurang dari setahun. Kerajaan Negeri kini masih
dalam rangka untuk mempromosi dan memantau perkhidmatan bas CAT
agar mutu perkhidmatan bas ini dapat ditingkatkan.
(b) Usaha penambahbaikan mutu perkhidmatan dari segi connectivity dan
frequency bagi mempertingkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam di
seluruh negeri adalah seperti berikut:
(i) Mengadakan sesi perbincangan bersama pihak Rapid Penang untuk
mengkaji semula bilangan bas yang diperuntukkan di setiap laluan agar
bersesuaian dengan purata bilangan penumpang pada setiap hari;
(ii) Menerima dan melaporkan semua aduan daripada penduduk setempat
kepada pihak Rapid Penang bagi mengambil tindakan segera
terutamanya aduan berkenaan frekuensi masa ketibaan bas;
(iii) Kerajaan Negeri akan meneliti dan mempertimbangkan cadangan
perubahan atau penambahan laluan bas CAT di kawasan tertentu
sekiranya terdapat keperluan dari segi mengoptimumkan kadar
penumpang;
(iv) Mengadakan sesi penglibatan bersama orang awam di kawasan terlibat
untuk mendapatkan maklumbalas atau cadangan baharu yang boleh
dipertimbangkan bagi meningkatkan kadar penggunaan bas CAT di laluan
tersebut;
(v) Bekerjasama dengan pihak Rapid Penang bagi memantau prestasi dan
melaksanakan penambahbaikan yang sewajarnya dari semasa ke semasa
seperti menghubungkan laluan bas CAT ke stesen keretapi atau terminal
bas sediada; dan
(vi) Mengadakan kempen atau program bersama agensi luar seperti sekolah,
universiti dan sebagainya untuk memberi galakan dan menerangkan
kelebihan memilih pengangkutan awam sebagai mod pengangkutan
sejajar dengan matlamat Kerajaan Negeri dalam Pelan Induk
Pengangkutan Pulau Pinang untuk mencapai 40% penggunaan
pengangkutan awam di Pulau Pinang.
RUJUK LAMPIRAN A.
71
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
25. Senaraikan kos lawatan dan tugasan rasmi Ketua Menteri dan barisan EXCO ke luar
negara sejak pembentukan Kerajaan Negeri selepas 9 Mei 2018.
(a) Terangkan hasil dan pencapaian bagi setiap lawatan rasmi yang telah dibuat.
(b) Berapakah peruntukan tahunan yang telah ditetapkan untuk lawatan rasmi sejak
2016 sehingga kini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
25. Pada bulan Mei 2018 sehingga Oktober 2018, sebanyak 24 lawatan telah dilaksanakan
dengan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan dengan melibatkan kos
berjumlah RM402,821.09. Jadual di bawah merupakan pecahan jumlah lawatan
mengikut YB. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) :-
BILANGAN KOS LAWATAN
BULAN
LAWATAN (RM)
YAB. Ketua Menteri 1 5,080.00
YB. Timbalan Ketua Menteri I - -
YB. Timbalan Ketua Menteri II 1 6,520.00
YB. Chong Eng 1 36,135.00
YB. Jagdeep Singh Deo 3 96,680.00
YB. Phee Boon Poh 1 17,020.00
YB. Dr. Afif Bin Bahardin 1 11,723.66
YB. Zairil Khir Johari 4 20,733.23
YB. Dato' Haji Abd. Halim Bin Haji
6 133,519.20
Hussain
YB. Yeoh Soon Hin 5 71,560.00
YB. Soon Lip Chee 1 3,850.00
JUMLAH 24 402,821.09
(a) Terdapat juga lawatan-lawatan rasmi yang dilakukan tersebut atas jemputan
kerajaan berkenaan dan kos penerbangan dan / atau penginapan ditanggung
sepenuhnya oleh kerajaan berkenaan.Lawatan-lawatan tersebut bertujuan
untuk mempelajari, memperoleh pengetahuan dan berkongsi idea dan pendapat
tentang sesuatu isu atau teknologi disamping mengeratkan hubungan diplomasi.
Hasil dan pencapaian yang diperolehi daripada lawatan-lawatan tersebut dapat
diukur dari beberapa aspek seperti Ekonomi dan Perhubungan Antarabangsa,
Pelancongan dan Alam Sekitar, Pendidikan & Sukan dan Teknologi &
Perindustrian.
(i) EKONOMI DAN PERHUBUNGAN ANTARABANGSA
Bagi aspek Ekonomi dan Perhubungan Antarabangsa, delegasi lawatan mendapat
pendedahan mengenai peluang untuk meningkatkan perniagaan dengan
usahawan dan pengusaha industri halal seperti di Hatyai, Thailand dan juga
pengusaha-pengusaha industri dari negara ASEAN yang mengambil bahagian
selain dapat memperkukuhkan hubungan tiga hala antara Malaysia khususnya
Pulau Pinang dengan Thailand dan Indonesia di bawah IMT-GT. Disamping itu,
pendedahan dan peluang dapat diberikan kepada syarikat-syarikat Malaysia
khususnya di Pulau Pinang untuk meneroka peluang pasaran eksport di Kawasan
BIMP-EAGA & IMT-GT. Melalui lawatan ini, pertumbuhan ekonomi jangka
panjang dan pembangunan pertanian mapan di rantau Asia Tenggara dapat
dipromosikan selain daripada pendedahan dan pemahaman yang lebih baik
berkaitan inovasi digital dalam perniagaan makanan. Lawatan ini juga
merupakan platform terbaik bagi perancangan dan penambahbaikan Fasa 2
Penginstitusian Gender Responsive and Participatory Budgeting (GRPB) di Pulau
Pinang dan Perancangan Infrastruktur yang mesra gender.

72
(ii) PELANCONGAN DAN ALAM SEKITAR
Lawatan-lawatan ini membantu dalam mempromosi Pulau Pinang sebagai
destinasi pelancongan utama melalui tarikan kepada tempat peranginan,
pelancongan eko, warisan dan kepelbagaian budaya di peringkat antarabangsa.
Selain itu dapat menambah dan meluaskan pengetahuan mengenai George Town
dalam perangkaan dasar serta strategi bagi pembangunan kebudayaan, kesenian
dan warisan masa hadapan. Melalui lawatan tersebut dapat menggalakkan dan
menyokong usaha-usaha mewujudkan penerbangan terus bagi laluan Qingdao
dan Xiamen ke Pulau Pinang dan mengeratkan jalinan dan hubungan kerjasama
strategik bersama pemain-pemain industri pelancongan di China. Lawatan yang
diadakan juga membincangkan inisiatif Sister City antara Feng Chenggang dan
Pulau Pinang bagi mewujudkan kerjasama yang lebih erat di antara kedua-dua
kerajaan dan cadangan penyertaan Kerajaan Fang Chenggang dalam World
Seafood Congress 2019 khususnya dalam membawa pemain-pemain industri
perikanan menghadiri program dan penganjuran sebuah Pasar Cina (Chinese
Market).
Program Latihan Pengurusan Biogas bagi negara-negara Asia yang dianjurkan
oleh Biogas Institute of Ministry of Agriculture (BIOMA) memberikan manfaat
latihan teknikal kepada peserta mengenai pengurusan sumber biogas sebagai
tenaga diperbaharui meliputi aplikasi dan pembangunan teknologi bergas,
pengurusan sisa buangan organic secara efisyen, proses rawatan sisa buangan
organik menggunakan mirkrob, latihan eksperimentasi di makmal dan latihan
praktikal loji biogas.
(iii) PENDIDIKAN DAN SUKAN
Penyertaan delegasi Kerajaan Negeri dalam Persidangan Sambutan Ulang Tahun
Kelahiran Tokoh-tokoh Reformasi Sosial Tamil, Periyar Ramasamy dan Arignar
Anna dan lawatan ke Vinayaka Mission’s Research Foundation (VMRF) dapat
membuka ruang untuk membina kerjasama dengan pemimpin-pemimpin dan
tetamu-tetamu kenamaan yang menghadiri persidangan dan membantu dalam
menggalakkan pelaburan seperti pelaburan VMRF di Pulau Pinang di samping
meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan di antara negeri Pulau Pinang
dengan Tamil Nadu di India. Manakala bagi aspek sukan pula, lawatan-lawatan
ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman berkaitan program
pembangunan belia dan sukan yang boleh dilaksanakan melalui jalinan
kerjasama di antara dua pihak.
(iv) TEKNOLOGI & PERINDUSTRIAN
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menghantar delegasi bagi menyertai World
Cities Summit 2018 di Marina Bay Sands, Singapura dan IoT Solutions World
Congress di Barcelona, Sepanyol dimana penyertaan ini merupakan platform
yang terbaik bagi memperkasakan pengetahuan mengenai pembangunan bandar
lestari, berdaya huni serta mampan bagi dilaksanakan di Pulau Pinang. Kerajaan
Negeri juga dapat melihat teknologi terkini yang digunakan sebagai medium
kepada pengukuhan infrastruktur telekomunikasi selain untuk melihat sendiri
solusi-solusi teknologi dan aplikasi dalam membangunkan bandar pintar untuk
dijadikan rujukan dan panduan. Di samping itu, Persidangan Pelan Pengangkutan
Bersepadu (IMT-GT) ini juga dapat menambah baik pemahaman dan
pengetahuan mengenai sistem pengangkutan yang dibangunkan di negara-
negara maju seiring dengan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang sedang
giat dilaksanakan secara holistik di Pulau Pinang.
Lawatan kerja ke CPG Corporation telah memberi peluang pembelajaran dan
percambahan idea kepada delegasi Kerajaan Negeri yang turut melibatkan ahli
Jawatankuasa MMK Kerja Raya dan Utiliti untuk memahami pelaksanaan best
practices serta teknologi terkini yang digunapakai dalam pembangunan

73
infrastruktur dan perkhidmatan pengurusan di rantau Asia Pasifik oleh CPG.
Delegasi Kerajaan Negeri telah dapat memahami kaedah dan strategi yang
digunakan oleh Singapura dalam perancangan projek infrastruktur dalam
menangani masalah banjir.
Setiap lawatan ke luar negara bertujuan membawa masuk pelaburan baharu ke
Pulau Pinang. Usaha-usaha untuk membina hubungan diplomatik dan kerjasama
ekonomi dengan negara luar ini secara tidak langsung dapat menyumbang ke
arah pembangunan Negeri Pulau Pinang.
(b) Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM280,000.00 setiap tahun
bagi lawatan ke luar negara di mana lawatan ini dicajkan di bawah Aktiviti 034
Bahagian Dewan Undangan Negeri.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
26. Senaraikan jumlah kakitangan Kerajaan Negeri mengikut komposisi kaum dan
peratusannya bagi setiap jabatan?
(a) Adakah sistem kuota mengikut kaum diamalkan dalam proses pengambilan
penjawat awam?
(b) Terangkan pendirian Kerajaan Negeri terhadap saiz perkhidmatan awam yang
sedia ada serta tahap produktif bagi kakitangan awam?
Y.A.B. Ketua Menteri:
26. Jumlah kakitangan Kerajaan Negeri mengikut komposisi kaum dan peratusannya bagi
setiap jabatan adalah seperti di Lampiran A.
(a) Proses pengambilan penjawat awam di peringkat Jabatan Negeri dilaksanakan
oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia adalah secara terbuka dan
tiada sistem kuota mengikut kaum diamalkan. Permohonan pekerjaan
dilaksanakan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan
(SPA8i) yang boleh dicapai melalui pautan http://www.spa.gov.my dan aplikasi
mudah alih mySPA8i dan mySPAv2 untuk memberi kemudahan capaian melalui
telefon pintas. Manakala bagi pengambilan di peringkat Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun, urusan pengambilan dilaksanakan oleh
PBT berkenaan. Begitu juga dengan urusan pengambilan di Badan Berkanun
Negeri dan anak syarikat diuruskan oleh mereka secara tersendiri.
Saiz perkhidmatan awam negeri yang sedia ada adalah ditahap optima
berdasarkan kepada keperluan penyampaian perkhidmatan semasa dan setakat
ini tahap produktiviti bagi kakitangan awam dalam keadaan baik dengan
berdasarkan pencapaian Star Rating dan pengiktirafan Indeks Akauntabiliti,
penerimaan anugerah dan pengiktirafan dari pelbagai pihak dari dalam negeri
dan persekutuan dan pencapaian lain seperti Persijilan ISO MS, Persijilan Amalan
Persekitaran 5S dan sebagainya.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
27. Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang. (a) Senaraikan program dan projek yang
dilaksanakan oleh jabatan mengikut peruntukan dan jumlah peserta sejak 2016
sehingga kini. (b) Nyatakan struktur organisasi serta bilangan pegawai dan kakitangan
awam di dalam Jabatan mengikut daerah. (c) Berapakah peruntukan tahunan yang
diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?

74
Y.A.B. Ketua Menteri:
27. (a) Senarai program dan projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan
Pulau Pinang mengikut peruntukan dan jumlah peserta sejak tahun 2016 adalah
seperti di Lampiran A.
(b) Carta organisasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang adalah seperti
di Lampiran B dan perincian pegawai dan kakitangan awam adalah seperti
berikut:-

Bilangan
Jawatan Dalam JBS Kumpulan Pelaksana
Pegawai

Pengarah S48 1
Timbalan Pengarah (Belia) S44 1
Penolong Pengarah (Sukan) S41 1
Cawangan Pembangunan Rakan Muda
3
(S29/32 – S38)
Pen. Pegawai Belia & Sukan
4
Unit Belia (S29/32)
Pen. Pegawai Belia & Sukan
5
Unit Sukan (S19 – S29/32)
Pembantu Tadbir
11
Unit Pengurusan Pentadbiran (Gred 11-22)
Jabatan Belia dan Sukan
Daerah Seberang Perai Tengah 1 4
(Gred 19 – 41)
Jabatan Belia dan Sukan
Daerah Seberang Perai Utara 1 4
(Gred 19 – 41)
Jabatan Belia dan Sukan
Daerah Seberang Perai Selatan 7
(Gred 11 – 38)
Jabatan Belia dan Sukan
1 5
Daerah Barat Daya (Gred 19 – 41)
Jabatan Belia dan Sukan
1 4
Daerah Timur Laut (Gred 19 – 41)
Penyelia Caw. Kompleks Belia dan Sukan
7
(KOMBES) (Gred 11 – 32)
Jumlah 7 54

(c) Peruntukan tahunan yang diterima oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau
Pinang adalah seperti berikut:-

Tahun Persekutuan / RM
2016 6,193,999.05
2017 4,257,748.03
2018 4,226,390.00

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang tidak menerima sebarang
peruntukan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2008.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

75
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
28. Terangkan status terkini tentang membaiki jalan tar dan memperkukuhkan cerun bukit
sepanjang jalan tar dari tapak Taman Eko Rimba Bukit Mertajam ke puncak bukit?
(a) Nyatakan anggaran kos pembaikan jalan dan pengukuhan cerun bukit serta siapa
yang perlu menanggung kos tersebut.
(b) Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menambah keluasan hutan simpan negeri?
Y.A.B. Ketua Menteri:
28. Status pelaksanaan kerja-kerja pembaikan jalan tar dan pengukuhan cerun bukit
sepanjang jalan tar dari tapak Taman Eko Rimba Bukit Mertajam ke puncak Bukit
Mertajam melibatkan pelaksanaan kerja jangka pendek dan panjang seperti berikut:
(i) Status Pelaksanaan Kerja-kerja Pembaikan Jangka Pendek :
Pihak Jabatan Perhutanan dan Telekom Malaysia (TM) telah selesai menjalankan
kerja-kerja pembaikan jangka pendek yang melibatkan pembersihan sisa tanah
runtuh, pokok tumbang dan pokok-pokok bahaya di sepanjang jalan 3.6 km dari
kaki bukit ke puncak Bukit Mertajam pada 12 Januari 2018 dan 12 Julai 2018,
iaitu selepas kejadian hujan lebat pada 5 November 2017 dan 29 Mei 2018. Pihak
Jabatan Perhutanan telah melantik kontraktor melalui proses sebut harga
terhad untuk menjalankan kerja-kerja memasang lapisan kanvas tarpaulin untuk
melindungi lapisan cerun yang runtuh. Kerja-kerja ini dijangka siap pada bulan
Disember 2018 dengan kos RM180,000.00.
(ii) Status Pelaksanaan Kerja-kerja Pembaikan Jangka Panjang:
Pihak TM selaku pihak yang diberi kebenaran menggunakan jalan oleh pemilik
tanah iaitu Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dari kaki bukit hingga ke puncak
Bukit Mertajam sepanjang 3.6 km, dipertanggungjawabkan untuk membaiki
kerosakan jalan dan longkang berdasarkan anggaran kos yang dikemukakan oleh
pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pulau Pinang yang berjumlah
RM1,290,850.00, dan juga untuk membaiki cerun di kawasan tanah yang
digunakan oleh TM. Sehingga kini pihak TM memaklumkan bahawa pihaknya akan
menjalankan kerja-kerja pembaikan minima sahaja. Mesyuarat jawatankuasa ini
akan diadakan pada minggu ketiga bulan November 2018 untuk susulan perkara
ini.
Manakala Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang yang
menguruskan Hutan Simpan Bukit Mertajam diberi tanggungjawab untuk
membaiki cerun runtuh yang berada di dalam kawasan Hutan Simpan Bukit
Mertajam. Pihak Jabatan Perhutanan Negeri kini dalam proses memohon
peruntukan bagi membiayai kerja-kerja kajian terperinci dan pembaikan jangka
panjang dari pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
(a) Berdasarkan penilaian daripada pihak JKR Pulau Pinang melalui Kumpulan Ikram
Sdn. Bhd. (KISB) yang telah diterima pada 5 Mac 2018, anggaran kos keseluruhan
untuk pembaikan jalan dan pengukuhan cerun yang terlibat adalah
RM17,902,850.00. Daripada jumlah tersebut, RM1,290,850.00 dianggarkan untuk
pelaksanaan kerja-kerja pembaikan jalan tar sejauh 3.6 km. Manakala anggaran
RM15,000,000.00 untuk kerja-kerja awalan dan pembaikan cerun, tidak
termasuk kos perunding, kerja penyiasatan tanah dan kerja ukur yang berjumlah
RM1,612,000.00. Perincian anggaran kos keseluruhan bagi kerja-kerja
pembaikan jalan tar dan pengukuhan cerun bukit ini adalah seperti di Lampiran
A.
Pihak Jabatan Perhutanan Negeri kini dalam proses memohon peruntukan bagi
membiayai kerja-kerja kajian terperinci dan pembaikan jangka panjang yang
berjumlah RM16,612,000.00 dari pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Manakala pihak TM bertanggungjawab untuk menanggung kos pembaikan
76
kerosakan jalan tar sejauh 3.6km berdasarkan anggaran kos yang dikemukakan
oleh pihak JKR Negeri Pulau Pinang yang berjumlah RM1,290,850.00, serta kos
untuk membaiki cerun di kawasan tanah kegunaan TM yang akan ditentukan
kelak.
(b) Dalam usaha menambah keluasan hutan simpan negeri, Kerajaan Negeri melalui
Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah mengambil tindakan untuk
mewartakan kawasan berhutan seluas 949.88 hektar di Negeri Pulau Pinang
sebagai hutan simpanan kekal di mana 664.0 hektar adalah hutan paya laut,
manakala 285.88 hektar adalah hutan bukit. Status tindakan adalah seperti
berikut:
(i) Proses mengemaskini penyediaan cadangan pelan warta kawasan hutan
paya laut dan hutan nipah untuk diwartakan sebagai hutan simpanan
kekal sedang dilaksanakan, selaras dengan keputusan Kerajaan Negeri
untuk mewartakan semua kawasan hutan paya bakau dan hutan nipah
dalam Tanah Kerajaan dan Tanah Milik Agensi Kerajaan sebagai hutan
simpanan kekal di bawah seksyen 7, Akta Perhutanan Negara 1984; dan
(ii) Urusan proses pewartaan cadangan Hutan Simpan Pulau Jerejak seluas
285.88 hektar selaras dengan keputusan Kerajaan Negeri untuk
mewartakan sebahagian Pulau Jerejak sebagai hutan simpanan kekal di
bawah seksyen 7, Akta Perhutanan Negara 1984 sedang diproses dan
dijangka akan dapat diselesaikan dalam tahun 2018.
Selain itu, pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) juga mempunyai inisiatif
untuk menambah keluasan hutan simpan negeri melalui pelaksanaan dasar-dasar dalam
Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 dan Draf Rancangan Tempatan
Seberang Perai 2030 seperti berikut:
(i) Mengekalkan dan mewartakan kawasan hutan paya bakau di persisiran pantai
dan tepian sungai sebagai Hutan Simpan Kekal;
(ii) Mewartakan kawasan berhutan hak milik kerajaan sebagai penambahan Hutan
Simpan Kekal; dan
(iii) Mewartakan kawasan hutan di Pulau Aman dan Pulau Gedung sebagai Hutan
Simpan Kekal kelas perlindungan tanah.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
29. Terangkan status terkini tentang Tapak Pelupusan Sampah Jelutong dari segi kestabilan
dan jangka masa yang boleh diguna pakai lagi. (a) Terangkan status terkini tentang
cadangan untuk mewujudkan C & D Recovery Centre di Bukit Teh. (b) Terangkan secara
terperinci tentang kajian DEIA termasuk social impact assessment (SIA) di kalangan
penduduk setempat.
Y.A.B. Ketua Menteri:
29. Berdasarkan kepada penilaian geoteknikal ke atas Tapak Pelupusan Sampah (TPS)
Jelutong didapati kawasan di tapak tersebut mengalami ketidakstabilan tanah dan tidak
selamat untuk beroperasi. Oleh itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah
mengarahkan kontraktor untuk berhenti melupuskan sisa marine clay di TPS Jelutong
mulai 24 Oktober 2018 dan mengalihkannya ke TPS Pulau Burung. MBPP sentiasa
memantau keadaan tapak di TPS Jelutong dengan menghadkan operasi mengikut
keadaan tapak.
(a) Pelaksanaan Projek Penutupan Selamat dan Pemulihan Tapak Pelupusan Sampah
Jelutong telah mensyaratkan syarikat pembida yang berjaya untuk menyediakan
satu tapak baharu bagi sisa buangan construction & demolition (C&D waste)
danmarine clay. Cadangan tapak pelupusan sisa bahan binaan di Bukit Teh telah

77
diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 1 Ogos 2018 dan
disahkan pada 15 Ogos 2018. Oleh kerana keadaan yang agak kritikal di TPS
Jelutong, proses menyediakan tapak di Bukit Teh perlu dipercepatkan.
Pelingkungan semula lot-lot yang terlibat kepada Kawasan Infrastruktur dan
Utiliti telah dilaksanakan. Syarikat PLB Eco Solution Sdn. Bhd. iaitu syarikat
pembida yang berjaya dalam tender Projek Penutupan Selamat dan Pemulihan
Tapak Pelupusan Sampah Jelutong sedang menyediakan permohonan kebenaran
merancang untuk dikemukakan kepada MPSP dan permohonan mengeluarkan
lot-lot terlibat daripada Warta Tanah Bukit kepada Pejabat Daerah dan Tanah
Seberang Perai Tengah.
(b) Laporan EIA: Terms of Reference (TOR) bagi Tapak C&D Bukit Teh telah
dikemukakan oleh Syarikat PLB Eco Solution Sdn. Bhd. kepada Jabatan Alam
Sekitar (JAS) pada 30 Ogos 2018. Pihak syarikat telah menerima ulasan daripada
JAS dan kini dalam proses pindaan TOR sebelum dikemukakan semula kepada
JAS untuk kelulusan. Bagi Social Impact Assessment(SIA) untuk Tapak C&D Bukit
Teh, dokumen sedang disediakan oleh PLB Eco Solution Sdn. Bhd. Bagi kerja-
kerja menyelaras bersama JKKK, persatuan penduduk, polis, JPJ dan
sebagainya, Pejabat Daerah diminta untuk menyelaras dengan tujuan
memastikan pelaksanaan cadangan ini berjalan lancar.
JAS telah secara prinsip memberi kebenaran untuk tapak C & D Bukit Teh digunakan
sebagai tapak sementara melalui surat bertarikh 30 Oktober 2018.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
30. Ombudsman Malaysia telah ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan.
(a) Terangkan pendirian Kerajaan Negeri terhadap penubuhan ini atas prinsip
Cekap, Akauntabiliti dan Telus.
(b) Nyatakan struktur organisasi Ombudsmen serta diketuai oleh siapa di Negeri
Pulau Pinang.
(c) Sejauh manakah Ombudsman Malaysia menyiasat dan melapor secara bebas ke
atas aduan terhadap Kerajaan Negeri?
Y.A.B. Ketua Menteri:
30. Perdana Menteri Malaysia semasa membentangkan usul mengenai Kajian Separuh
Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020 pada 18 Oktober 2018 menyatakan
bahawa ombudsman Malaysia akan ditubuhkan untuk menyiasat dan melaporkan secara
bebas aduan terhadap agensi kerajaan. Perkara ini masih dalam tindakan Kerajaan
Persekutuan.
(a) Kerajaan Negeri menyambut baik sebarang usaha ke arah meningkatkan integriti
dan akauntabiliti sejajar dengan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus.
(b) Kerajaan Negeri akan menyediakan struktur organisasi Ombudsman di Negeri
Pulau Pinang setelah mendapat dasar yang jelas daripada Kerajaan Persekutuan.
(c) Perkara ini masih dalam perancangan Kerajaan Persekutuan dan tindakan
susulan akan diteruskan oleh Kerajaan Negeri setelah dasar Kerajaan
Persekutuan tentang perkara ini ditetapkan.

78
V. Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
1. Apakah insentif yang akan diberikan kepada pemilik restoran/peniaga di Pulau Pinang
yang tidak menggunakan penyedut plastik?
(a) Apakah pendekatan penguatkuasaan dalam tempoh awal pelaksanaan oleh
Kerajaan Negeri sekiranya pemilik restoran/peniaga didapati gagal mematuhi
perlaksanaan pengharaman penggunaan penyedut plastik
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk memberikan insentif khusus
kepada pemilik restoran/peniaga yang tidak menggunakan penyedut plastik. Ini adalah
kerana pemilik restoran/peniaga juga merupakan sebahagian dari rantaian
kepenggunaan yang menyumbang kepada penggunaan penyedut plastik secara
langsung. Menyedari keburukan yang dibawa oleh penggunaan penyedut plastik, pemilik
restoran/peniaga perlu secara kolektif mempunyai tanggungjawab sosial dalam
mengurangkan penggunaan penyedut plastik bersama-sama dengan Kerajaan Negeri.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan pemberian
pengiktirafan kepada pemilik restoran yang tidak menggunakan penyedut plastik dalam
bentuk pensijilan sebagai “Rakan Hijau Kerajaan Negeri Pulau Pinang” sebagaimana
yang digunapakai dalam Kempen No Free Plastic Bag.
(a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk melaksanakan Dasar Larangan
Penggunaan Plastik Sekali Guna (No To Single-Use Plastic) bermula pada 1
Januari 2019 secara berfasa dimulakan dengan Polisi Larangan
Penggunaan Penyedut Plastik (No To Plastic Straw) secara menyeluruh di
peringkat negeri. Sehubungan itu, cadangan penguatkuasaan peringkat awal
adalah dengan mengenakan syarat tambahan permohonan baharu atau
pembaharuan lesen perniagaan di bawah peruntukan Seksyen 107 (2) Akta
Kerajaan Tempatan 1976. Melalui syarat ini, sekiranya pemilik restoran/peniaga
tidak mematuhi ketetapan bagi larangan penggunaan penyedut plastik, Pihak
Berkuasa Tempatan berhak untuk membatalkan lesen premis perniagaan sedia
ada atau tidak meluluskan pembaharuan lesen perniagaan tersebut.
Buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui Penang Green Council (PGC) telah
memulakan pendekatan soft approach dengan mendekati masyarakat serta
pemilik restoran/peniaga untuk memberikan informasi dan kesedaran supaya
menyokong dasar No To Single-Use Plastic secara amnya dan Polisi No To Plastic
Straw secara khusus.
Selain itu, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan
Iklim (MESTECC) telah memperkenalkan “Malaysia’s Roadmap Towards Zero
Single-Use Plastics 2018-2030” yang akan menjadi pelan halatuju Negara ke arah
pembasmian penggunaan plastik sekali guna. Justeru itu, perancangan Kerajaan
Negeri dalam Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna khususnya No To Plastic
Straw akan diselaraskan dengan pelan halatuju nasional tersebut.
Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Nyatakan jumlah atau stastistik bagi kes cubaan bunuh diri dan bunuh diri di Pulau
Pinang mengikut pecahan kaum, daerah, umur (60 tahun).
(a) Adakah kajian dibuat mengapa dan kesan kepada masyarakat sekitar akibat
daripada gejala ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Stastistik bagi kes cubaan bunuh diri dan bunuh diri di Pulau Pinang pada tahun 2018
(sehingga Oktober) mengikut pecahan kaum, daerah dan umur adalah seperti
di Lampiran A.
79
Daripada analisa yang dijalankan, didapati punca mangsa lebih cenderung untuk
melakukan perbuatan bunuh diri adalah disebabkan tekanan perasan, contohnya akibat
kemurungan kerana mengalami kesakitan kronik yang berpanjangan dan tiada harapan
untuk sembuh, tiada pekerjaan, pergaduhan dengan pasangan serta masalah dibebani
hutang yang banyak.
Semua punca adalah berkaitan dengan jiwa atau perasaan. Kebanyakan mangsa yang
mengambil tindakan bunuh diri adalah individu yang pendiam atau menyimpan perasaan
dan masalah secara bersendirian tanpa meluahkan perasaan mereka kepada orang lain.
Selain itu, mangsa-mangsa bunuh diri ini beranggapan bahawa mereka merupakan
individu yang memberi kesusahan dan bebanan kepada keluarga atau orang lain. Jesteru
itu, mereka mengambil tindakan untuk membunuh diri dengan harapan bebanan
tersebut akan selesai. Ini berlaku kepada mangsa-mangsa yang mengalami kesakitan
kronik berpanjangan, dibelenggu hutang dan tiada pekerjaan atau dibuang kerja.
Terdapat juga mangsa-mangsa yang berasa malu disebabkan dikaitkan dengan tekanan
dituduh melakukan curi menyebabkan mereka mengalami perasaan bersalah yang
keterlaluan dan takut dimarahi atau mencemarkan maruah keluarga menyebabkan
mangsa mengambil tindakan singkat membunuh diri untuk menyelesaikan masalah.
Mangsa-mangsa juga mengambil tindakan membunuh diri apabila mereka beranggapan
bahawa diri mereka tidak diperlukan atau tidak disayangi oleh pasangan masing-masing.
Ini terjadi kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam perselisihan faham atau
pergaduhan antara suami isteri atau pasangan dalam percintaan.
(a) Kesan Kepada Masyarakat Sekitar Akibat Tindakan Membunuh Diri.
Antara kesan yang paling ketara ialah, kehilangan ahli keluarga dalam sebuah
sistem kekeluargaan, terutama bagi diri anak-anak yang akan hilang tempat
untuk bergantung hidup dari segi sumber pendapatan, kasih sayang dan
pendidikan. Perkara ini akan berlaku kepada ibu atau ayah yang bertindak
membunuh diri sendiri dengan meninggalkan anak-anak atau isteri bersendirian.
Kesan daripada tindakan melakukan bunuh diri ini juga akan memberi satu kesan
jangka panjang serta contoh yang tidak baik kepada ahli keluarga terutama
anak-anak yang melihatkan bahawa tindakan bunuh diri adalah merupakan jalan
yang mudah untuk menyelesaikan masalah. Perkara ini akan menjadi ikutan
kepada mereka apabila mereka dewasa nanti.
Tindakan bunuh diri sebagai jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah akan
menjadikan masyarakat kehilangan jati diri, lemah dan mewujudkan satu
struktur masyarakat yang tidak teguh dari segi kejiwaan seterusnya akan
mempengaruhi kemajuan sesebuah negara.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Golongan kurang daya huni contohnya berumur <60 tahun, tidak mampu bekerja,
masalah kesihatan dan tiada waris sukar mendapat tempat dalam mana-mana institusi
kebajikan akibat daripada sekatan umur kurang 60 tahun. Mereka ini menjadikan
hospital sebagai destinasi utama dan menjadi masalah kepada pihak Hospital.
(a) Apakah solusi terbaik menangani permasalah ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan membina sebuah pusat transit
yang akan menjadi penempatan golongan gelandangan termasuk individu di bawah
umur 60 tahun yang tidak mempunyai tempat kediaman. Bangunan ini adalah bangunan
rumah kedai dua tingkat milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di lot 19, Jalan
C.Y. Choy, George Town. Pembinaan pusat transit ini dijangka siap pada tahun 2019.

80
Program ini akan menempatkan golongan ini di pusat transit tersebut selama 6 hingga
12 bulan. Pengurusan pusat transit ini dicadang diuruskan oleh pihak Pertubuhan Badan
Bukan Kerajaan (NGO) yang telah dikenal pasti oleh pihak Kerajaan Negeri melalui
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.
Sepanjang tempoh tersebut, mereka akan diberi latihan yang bersesuaian dengan
kemampuan dan minat mereka manakala bagi yang tidak produktif pula akan
didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian. Pekerja sosial atau sukarelawan
daripada NGO akan menjadi tenaga penggerak dalam program ini. Seterusnya,
kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta akan dipertingkatkan dengan menggalakkan
pihak majikan mengambil golongan ini sebagai pekerja sekiranya produktif.
Manakala bagi golongan tidak produktif seperti warga emas ataupun individu yang
mempunyai penyakit berjangkit, mereka akan ditempatkan di pusat-pusat yang
dikendalikan oleh NGO yang sedia ada secara kekal sekiranya mereka ini sebatang kara
ataupun saudara mara dan anak-anak mereka tidak dapat dikesan. Kerajaan Negeri akan
memberikan geran pentadbiran dan rangsum kepada NGO yang berkaitan.
Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah melaksanakan konsep Outcome Based Budgeting &
Gender Responsive Budgeting dalam meluluskan bajet tahunan.
(a) Sila senaraikan projek-projek berkenaan mengikut kategori bagi setiap Kawasan
Dewan Undangan Negeri sehingga tahun 2018?
(b) Sejauhmanakah keberkesanan perlaksanaannya?
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. (a) Jumlah projek berkenaan Outcome Based Budgeting (OBB) &
Gender Responsive Budgeting (GRB) di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang
(MBPP) adalah sebanyak 69 projek bagi tahun 2016, 123 projek bagi tahun 2017
dan 101 projek setakat bulan Oktober 2018. Bagi projek berkenaan OBB pula,
statistik mencatatkan sebanyak 2 projek bagi tahun 2016, 7 projek bagi tahun
2017 dan meningkat kepada 27 buah projek bagi tahun 2018 setakat bulan
Oktober. Bagi projek berkenaan GRB, pada tahun 2016 mencatatkan 4 buah
projek, 1 projek bagi tahun 2017 dan 4 buah projek bagi tahun 2018 setakat
bulan Oktober. Jumlah projek berkenaan OBB dan GRB di kawasan MBPP
mengikut kawasan DUN bagi tahun 2016 sehingga tahun 2018 adalah seperti
di Lampiran A.
(b) Keberkesanan pelaksanaan projek-projek yang berkonsepkan OBB dan GRB
adalah seperti berikut:
(i) memberikan hak kepada orang awam sebagai pembayar cukai untuk
menentukan kaedah perbelanjaan kutipan cukai.
(ii) menyediakan persekitaran yang lebih bersih, selamat dan menjamin
taraf hidup rakyat yang lebih sihat melalui program-program yang
dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi terlibat.
(iii) memberi penekanan yang lebih menyeluruh berdasarkan aspek gender
dan semua kategori dapat dititikberatkan melalui projek-projek yang
dilaksanakan dengan mengambil kira setiap keperluan penduduk
setempat.
(iv) memastikan kerosakan infrastruktur persekitaran setempat berjaya
dikesan dan dibaikpulih dengan kadar segera.
RUJUK LAMPIRAN A.

81
Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Apakah jenis tindakan penguatkuasaan terhadap perletakan kenderaan berat seperti
bas kilang, traktor, lori bersendi dan sebagainya di kawasan-kawasan perumahan yang
kini semakin meruncing?
(a) Nyatakan jumlah tindakan penguatkuasaan yang telah dibuat sejak 2016-2018
oleh pihak berautoriti terhadap jenis-jenis kenderaan ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Terdapat lima (5) agensi penguatkuasaan yang melaksanakan tindakan penguatkuasaan
terhadap kenderaan berat berdasarkan punca kuasa masing-masing iaitu Polis DiRaja
Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis
Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Perincian jenis tindakan yang diambil adalah
seperti di Lampiran A.
(a) Jumlah tindakan penguatkuasaan yang telah diambil sejak tahun 2016 hingga
September 2018 terhadap kenderaan berat adalah 5,981 dengan perincian
mengikut agensi penguatkuasaan seperti di Lampiran B.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.
Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Senaraikan program-program yang dilaksanakan oleh Jabatan Belia & Sukan dalam
pembangunan belia di Pulau Pinang sejak 2008-2018 mengikut daerah & jumlah kos yang
telah diperuntukan bagi perlaksanaan program-program tersebut?
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Senarai program yang dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri dalam
pembangunan belia sejak tahun 2008 hingga 2018 adalah seperti di Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Apakah perancangan strategik ekonomi bagi meningkatkan pelaburan dalam negeri yang
telah diusahakan oleh Invest Penang dan Penang Development Corporation sejajar
dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk meningkatkan daya saing Pulau Pinang dalam
sektor Industri Bandar, Luar Bandar & Industri Utama.
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Antara perancangan dan langkah-langkah bagi meningkatkan pelaburan dalam negeri
yang telah diusahakan oleh Invest Penang dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
(PDC) adalah seperti berikut:-
(a) Memberikan tumpuan kepada kekuatan Pulau Pinang dalam bidang Elektronik
dan Elektrikal serta kebolehan mempelbagaikan aktiviti industri seperti
pembuatan peralatan perubatan (“medical devices”), sains
kesihatan, aeroangkasa dan avionic dan teknologi LED;
(b) Penambahbaikan infrastruktur dilaksanakan secara berterusan bagi taman
perindustrian dan memastikan infrastruktur memenuhi taraf antarabangsa
termasuk perkhidmatan jalur lebar dan utiliti seperti elektrik dan air;
(c) Memantapkan ekosistem perniagaan di Pulau Pinang melalui sinergi syarikat
multinasional (MNC) dan syarikat besar tempatan dengan tujuan untuk
membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS) dalam industri-industri
galakan melalui usaha-usaha berikut:

82
(i) Menyediakan sistem sokongan vendor tempatan dan penganjuran Hari
Pembekal (Supplier Days) bersama syarikat MNC yang ingin bekerjasama
dengan pembekal tempatan;
(ii) Membantu IKS melalui Penang SME Centre di Taman Perindustrian Bayan
Lepas dengan kadar sewa bersubsidi bagi IKS tempatan untuk
menjalankan perniagaan. Seterusnya, Perkampungan IKS Batu Kawan
juga dibina dan dijual kepada syarikat-syarikat IKS yang telah
mengembangkan kapasiti mereka. Pusat Penasihat Pasaran, Sumber
dan Latihan IKS (Pusat S.M.A.R.T.) memberi khidmat nasihat kepada
syarikat- syarikat IKS selain menyediakan seminar pembangunan kapasiti
dan direktori perniagaan ‘online’; dan
(iii) Menyediakan Penang i4.0 Seed Fund dengan dana permulaan berjumlah
RM4 juta (USD 1 juta) untuk membantu usahawan kecil dan syarikat-
syarikat start-up yang terlibat dalam bidang teknologi seperti sektor
“Internet of Things (IoT), “e- commerce” dan bidang-bidang berkaitan
bagi mempercepat dan mengembangkan pembangunan syarikat-
syarikat start-up di Pulau Pinang.
(d) Meningkatkan usaha untuk menarik dan mengekalkan bakat dan kemahiran di
Pulau Pinang serta meningkatkan minat anak-anak muda dalam STEM termasuk
sektor vokasional dengan langkah-langkah berikut;
(i) Mengadakan sesi dialog di antara institut pengajian tinggi tempatan dan
pelabur-pelabur untuk menyelaraskan “demand and supply” bakat-
bakat yang diperlukan;
(ii) (ii)Melaksanakan program-program yang boleh menarik, melatih serta
mengekalkan bakat di Pulau Pinang seperti pemberian biasiswa “Penang
Future Foundation” (PFF) dan pemberian keutamaan dalam skim
perumahan mampu milik;
(iii) Melaksanakan Program Meister Malaysia bagi meningkatkan tahap
teknikal tenaga kerja vokasional; dan
(iv) Memperuntukkan RM75 juta bagi @CAT Penang (Accelerator for Creative,
Analytics and Technology), Penang Skills Development Centre (PSDC),
Penang Science Cluster (PSC), Karpal Singh Penang Learning Centre
(KSPLC), Tech Dome Penang (TDP), and Penang Digital Library (PDL) bagi
memupuk minat genererasi muda dalam STEM.
(e) Meningkatkan connectivity penerbangan antarabangsa dan pelabuhan melalui
usaha-usaha berikut:
(i) Bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan dan agensi-agensi
berkaitan untuk meningkatkan lebih banyak penerbangan terus
antarabangsa ke destinasi baharu;
(ii) Bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memperluas dan
menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi
memenuhi keperluan pelabur baru dan pelabur sedia ada dari aspek
peningkatan kapasiti penumpang dan kargo antarabangsa; dan
(iii) Menjadikan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan laut strategik di
utara Malaysia dan selatan Thailand serta menambahbaik fasiliti
pelabuhan.
(f) Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak berkepentingan untuk
menaiktaraf Pulau Pinang sebagai negeri antarabangsa yang berteraskan konsep
“work, live and play”. Ini termasuklah peningkatan kualiti pengangkutan
awam melalui Pelan Induk Pengangkutan Awam (termasuk laluan LRT) untuk
meningkatkan kualiti hidup;
83
(g) Memastikan kos menjalankan perniagaan di Pulau Pinang terus kekal kompetitif
melalui penanda aras secara global dan serantau; dan
(h) Melancarkan Perkhidmatan Perniagaan Global (“GBS”) @ Mayang di Bayan
Baru dan @ By the Sea di Taman Perindustrian Bayan Lepas dalam usaha
merangsang pelaburan dan peluang pekerjaan. Inisiatif ini
merupakan sebahagian daripada pelan induk pembangunan negeri yang
menawarkan ruang perniagaan kondusif dan persekitaran kepada pelabur serta
bakat sokongan dari seluruh dunia. Ini juga selaras dengan perancangan Skim
Peningkatan Perniagaan Mengikut Daerah - Business Improvement District
Scheme (BIDS).
Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Bagi meningkatkan tahap penganjuran sukan tahunan bertaraf antarabangsa seperti
Penang Bridge International perlunya perancangan yang teliti dan menarik minat
penyertaan dan penajaan.
(a) Nyatakan jumlah penyertaan bagi tahun 2018 berbanding 2017.
(b) Apakah pelan tindakan masa depan oleh pihak penganjur bagi mengelakkan
perkara yang berlaku pada tahun-tahun yang lalu tidak berulang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. (a) Bagi tahun 2017, seramai 34,711 peserta telah menyertai Penang Bridge
International Marathon. Manakala, bagi tahun 2018, seramai 25,286 peserta
telah berdaftar untuk acara ini. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh
pembatalan acara kategori Fun Run pada tahun 2018, di mana kategori ini
mempunyai lebih daripada 10,000 peserta pada tahun sebelumnya.
(b) Mengambil iktibar daripada pengalaman penganjuran Penang Bridge
International Marathon pada tahun-tahun sebelumnya, pelan tindakan Kerajaan
Negeri untuk menambah baik penganjuran acara ini adalah seperti berikut:
(i) Acara untuk kategori Fun Run telah dibatalkan bagi mengurangkan
kesesakan di atas jambatan;
(ii) Menggunakan khidmat sweeper sebagai penanda kepada tempoh masa
maximum larian yang melayakkan penerimaan pingat.
Kumpulan sweeper akan membawa belon bagi memudahkan peserta
untuk mengenali mereka. Semua peserta yang mendahului sweeper akan
menerima pingat dan sebaliknya;
(iii) Peserta hanya akan diberikan baju mengikut saiz yang telah ditempah
dan tiada lagi kelonggaran untuk menukar saiz baju, bagi berlaku adil
kepada peserta-peserta lain;
(iv) Tarikh tutup pendaftaran peserta adalah 3 bulan sebelum acara
berlangsung untuk memberikan masa yang mencukupi bagi persediaan
oleh pihak penganjur;
(v) Kerjasama bersama pengusaha food truck untuk memberikan lebih
banyak pilihan makanan kepada pengunjung; dan
(vi) Bekalan air minum kepada peserta akan dipastikan tidak terhad.
Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Nyatakan jumlah premis makanan, kompleks, pasar dan sebagainya yang bukan
diuruskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang tetapi diuruskan oleh Agensi Kerajaan
Persekutuan ataupun Negeri?

84
(a) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengambil alih kesemua premis-premis
ini dan diletakkan dibawah pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (MBPP &
MPSP)?
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Jumlah premis makanan, kompleks, pasar dan sebagainya di kawasan Pulau yang tidak
diuruskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) adalah sebanyak 70 buah. Senarai
mengikut agensi/jabatan adalah seperti di bawah.
BIL. AGENSI/ JABATAN JUMLAH
1 Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang 8
2 Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut 4
3 Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya 55
4 Perbadanan Ketua Menteri 1
5 Perbadanan Bukit Bendera 1
6 Uda Holding 1
Jumlah Keseluruhan 70
(a) Kerajaan Negeri sememangnya mempunyai cadangan untuk mengambil alih
premis-premis tersebut daripada jabatan/agensi berkaitan. Bagi tujuan itu,
Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah
Timur Laut telah mengadakan perbincangan bersama Pejabat Pembangunan
Persekutuan Negeri Pulau Pinang (ICU) bagi tujuan pengambilalihan premis di
bawah ICU secara berperingkat. Walau bagaimanapun, keputusan untuk
mengambil alih premis-premis tersebut adalah bergantung kepada keupayaan
kewangan dan pengurusan PBT.
Untuk makluman, Kerajaan Negeri juga mengalu-alukan pengambilalihan
kesemua premis perniagaan untuk diletakkan di bawah
pengurusan PBT memandangkan agensi tersebut mempunyai kemudahan serta
kepakaran daripada aspek kaedah pengisian peserta, penyelenggaran dan
pembaikan premis, sistem kutipan sewaan serta penguatkuasaan yang lebih
berkesan.
Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Untuk mengurangkan kesesakan jalanraya akibat lambakan kenderaan di atas jalan,
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan sistem perkongsian basikal dan membina laluan
basikal.
(a) Berapakah jumlah kemudahan tempat letak motosikal yang disediakan oleh
Pihak Berkuasa Tempatan dan swasta bagi menggalakkan penggunaan motosikal
ke tempat kerja ataupun kawasan Pusat Bandar sekaligus mengurangkan
penggunaan kereta?
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. (a) Kerajaan Negeri telah menyediakan sebanyak 7,182 petak motosikal di kawasan
Pulau dan 7,050 petak motosikal di kawasan Seberang Perai bagi menggalakkan
penggunaan motosikal ke tempat kerja selaras dengan usaha untuk
mengurangkan penggunaan kereta. Pelaksanaan langkah ini diharap akan dapat
mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandar di Negeri Pulau
Pinang.
Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Pengusaha-pengusaha beca kian kurang dilihat di Pulau Pinang kecuali di beberapa
tempat di Georgetown.
(a) Berapa ramaikah pengusaha beca di Pulau Pinang kini?

85
(b) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sebarang usaha untuk mempromosikan
industri beca yang melambangkan seni warisan Pulau Pinang kepada pengunjung
tempatan dan luar negara?
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. (a) Bilangan pengusaha beca yang berdaftar dengan Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan (EXCO) Pembangunan Pelancongan Pulau Pinang adalah seramai 279
orang.
(b) Dalam usaha mempromosikan beca sebagai ikon Pulau Pinang, Penang Global
Tourism (PGT) telah melaksanakan programPenang Trishaw Entourage pada
tahun 2015 dan 2017 dengan membawa beca sebagai bahan pameran dalam
promosi pelancongan di peringkat domestik dan antarabangsa. Selain itu, bagi
meningkatkan bilangan pengayuh beca di kawasan tumpuan pelancong, Kerajaan
Negeri telah melaksanakan pemberian insentif RM20 kepada pengayuh beca
setiap hari minggu. Insentif tambahan sebanyak RM20 turut diberikan sekiranya
pengayuh beca berkenaan hadir empat minggu berturut-turut. Inisiatif ini yang
dimulakan sejak tahun 2011 telah memanfaatkan pengayuh beca di Pulau Pinang
di mana mereka berpeluang menerima sehingga RM100 sebulan. Peruntukan
sebanyak RM12,000 disediakan pada setiap bulan bagi program ini.
Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Nyatakan hotspot yang kerap menerima aduan daripada orang awam tentang penjaga
parkir haram di kawasan pulau.
(a) Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadap penjaga
parkir haram?
Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Lokasi hotspot atendan parkir haram yang kerap dilaporkan oleh orang awam di
kawasan Pulau adalah seperti berikut:
(i) Jalan Padang Kota;
(ii) Persiaran Gurney;
(iii) Jalan Sungai Satu;
(iv) Jelutong;
(v) Jalan Sultan Ahmad Shah;
(vi) Jalan Argyll;
(vii) Lebuh Leith;
(viii) Lebuh Pantai;
(ix) Jalan Pasar Air Itam; dan
(x) Bukit Bendera;
(a) Tindakan yang boleh diambil oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
terhadap atendan parkir haram adalah seperti berikut:-
(i) Membuat pemantauan secara harian,
(ii) Membuat laporan polis jika aktiviti kutipan wang dilakukan, dan
(iii) Menjalankan operasi bersepadu bersama jabatan/agensi berkaitan
seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Sila nyatakan jumlah lesen liquor yang dikeluarkan oleh Lembaga Perlesenan Eksais
Negeri Pulau Pinang dari tahun 2008 sehingga kini mengikut KADUN di Pulau Pinang.
(a) Sejauh manakah usaha Kerajaan Negeri dalam membanteras penjualan arak
tiruan sejajar dengan kawalan pengeluaran lesen liquor?

86
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Lesen arak (liquor) yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan (Eksais) Negeri
Pulau Pinang dari tahun 2008 sehingga 31 Oktober 2018 adalah berjumlah 277 lesen dan
perincian mengikut KADUN adalah seperti di Lampiran A.
(a) Kerajaan Negeri memandang serius terhadap penjual arak terutama di negeri
ini. Oleh itu, bagi premis yang didapati melakukan kesalahan menjual arak
tiruan, pihak Lembaga Pelesenan (Eksais) Negeri Pulau Pinang akan mengambil
tindakan membatalkan lesen minuman keras premis berkenaan berdasarkan
laporan siasatan dan syor daripada pihak Kastam.
Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Cadangan penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga di setiap
KADUN merupakan satu inisiatif yang strategik untuk mencapai visi Penang 2030.
(a) Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyokong usaha tersebut?
(b) Apakah status penubuhan jawatankuasa tersebut?
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. (a) Cadangan penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga adalah
selaras dengan visi Y.A.B Ketua Menteri melalui ‘Penang 2030: A Family-Focused
Green and Smart State that Inspires the Nation’ yang menitikberatkan dan
menumpukan kepada pembangunan keluarga yang lebih menyeluruh.
Pembangunan keluarga dilihat sebagai salah satu teras utama dalam
menjayakan Penang 2030 demi kesejahteraan penduduk Pulau Pinang.
Objektif penubuhan JPWK di setiap KADUN adalah untuk merancang dan
melaksanakan program-program berteraskan pembangunan wanita dan
keluarga demi meningkatkan kesedaran dan memperkasakan wanita dan
keluarga dalam pelbagai bidang seperti hak wanita, kekeluargaan, keibubapaan,
pembangunan kanak-kanak, kesihatan, peluang menjana pendapatan dan lain-
lain lagi.
(b) Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan cadangan penubuhan JPWK dan
bagi tujuan tersebut, cadangan ini telah dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri (MMK) pada 3 Oktober 2018. MMK telah mengesyorkan agar
fungsi dan peranan JPWK dan Briged Wanita dikaji semula agar tiada pertindihan
dengan JPWK.
Sehubungan itu, satu sesi dialog akan diadakan dengan semua Ketua Briged
Wanita pada bulan November 2018 bagi mendapatkan input berkenaan
penubuhan jawatankuasa ini dan akan dibentangkan semula kepada Majlis
Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk kelulusan.
Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Apakah status terkini projek LA 21 yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di
Negeri Pulau Pinang dan hasil yang telah dicapai?
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Local Agenda 21 (LA21) ialah satu program yang melibatkan tiga (3) pihak iaitu
masyarakat, sektor swasta & Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ketiga-tiga pihak ini
seharusnya bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran ke
arah pembangunan mampan.
Status terkini dan hasil yang telah dicapai bagi projek LA 21 oleh Majlis Bandaraya Pulau
Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai bagi peringkat sekolah dan komuniti
sejak tahun 2010 adalah masing-masing seperti di Lampiran A dan Lampiran B.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

87
Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Nyatakan jumlah purata aduan yang telah diterima oleh Pihak Berkuasa Tempatan
tentang lampu jalan yang tidak berfungsi.
(a) Adakah sebarang kaedah yang dirancang untuk menyelesaikan isu lampu jalan
yang sering tidak berfungsi ini?
(b) Apakah punca utama yang mengakibatkan isu ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Jumlah aduan yang telah diterima oleh Pihak Berkuasa Tempatan mengenai lampu jalan
yang tidak berfungsi adalah berjumlah 1,507 aduan iaitu 1,285 aduan di kawasan Majlis
Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan 222 aduan di kawasan Majlis Perbandaran Seberang
Perai (MPSP).
(a) Antara langkah-langkah yang di ambil oleh MBPP dan MPSP untuk menangani
masalah kerosakan lampu jalan adalah seperti berikut:
(i) Menjalankan kerja-kerja menaik taraf kabel-kabel bawah tanah secara
berperingkat;
(ii) Menggantikan lampu jalan sedia ada High Pressure Sodium Vapour
(HPSV) kepada lampu jalan jenis Light Emitting Diode (LED);
(iii) Menggunakan kaedah System Supervisory Control and Data Acquisition
(SCADA) terhadap sistem lampu jalan sedia ada. Sistem pemantauan ini
berupaya untuk menyalurkan maklumat secara terus daripada kotak
kawalan lampu jalan jika berlaku kerosakan pada sistem lampu jalan
melalui aplikasi Telegram; dan
(iv) Menjalankan pemantuan secara berkala iaitu pada setiap tiga hari dalam
seminggu.
(b) Antara punca utama kerosakan lampu jalan adalah:
(i) Kabel bawah tanah yang telah uzur;
(ii) Kerja-kerja pelebaran dan pengorekan jalan yang menyebabkan kabel
bawah tanah rosak;
(iii) Kecurian kabel dan komponen tiang lampu jalan; dan
(iv) Gangguan bekalan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Nyatakan jumlah kompaun PTK yang telah dikeluarkan oleh kedua-dua PBT dan yang
telah dibayar untuk kesalahan pembuangan sampah-sarap di Pulau Pinang sejak tahun
2008.
(a) Apakah tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang tidak membayar
kompaun?
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) di negeri Pulau Pinang bagi kesalahan pembuangan sampah sarap adalah sebanyak
17,198 kompaun. Menurut rekod, daripada jumlah tersebut, sebanyak 4,834 kompaun
telah dijelaskan. Perincian kompaun yang telah dikeluarkan dan dibayar sejak tahun
2008 mengikut PBT adalah seperti berikut:
Jumlah Kompaun Yang Jumlah Kompaun Yang
PBT
Dikeluarkan Dibayar
MBPP 4,771 1,848
MPSP 12,427 2,986
JUMLAH 17,198 4,834

88
(a) Tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang tidak membayar kompaun
adalah seperti berikut:
(i) Mengeluarkan notis peringatan untuk membuat pembayaran kompaun; dan
(ii) Mengeluarkan notis pemberitahuan tindakan mahkamah akan diambil.
Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Apakah status terkini tentang penyelesaian sistem letak kereta di Pulau Pinang setelah
penamatan kontrak syarikat pengendali terdahulu?
(a) Apakah status terkini tentang tunggakan hutang syarikat tersebut terhadap
MBPP?
Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Setelah penamatan kontrak syarikat pengendali yang terdahulu, iaitu Syarikat
Perkhidmatan Alam Indah Sdn. Bhd., kini pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
sedang menguruskan secara menyeluruh sistem letak kereta di bahagian pulau. Dalam
pada itu, Kerajaan Negeri telah memulakan inisiatif Sistem Tempat Letak Kereta Secara
Pintar (Smart Parking) bagi kawasan MBPP dan Majlis Perbandaran Seberang Perai
(MPSP) secara Request For Proposal (RFP). Pada ketika ini, projek ini dalam proses
penilaian dokumen bagi meneliti aspek teknikal dan harga.
(a) Berkenaan penamatan kontrak Syarikat Perkhidmatan Alam Indah Sdn. Bhd.
tersebut, perkara ini adalah masih dalam peringkat tindakan mahkamah
termasuk mengenai tunggakan hutang syarikat tersebut kepada MBPP.
VI. Ahli Kawasan Air Putih (YB. Lim Guan Eng) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Apakah status kerja membaiki cerun bukit lot 1162, tanah kerjaan, Taman Cantek yang
telah diluluskan dengan kos RM129,688.00 pada tahun lepas?
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Berdasarkan rekod Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP), kerja pembaikan runtuhan
cerun di Taman Cantek (tanah kerajaan) adalah di atas Lot 1126 dan bukannya di atas
Lot 1162.
Perbadanan Pembangunan Pinang Pinang (PDC) sebagai agensi pelaksana telah melantik
KL Geotechnics Sdn. Bhd. bagi kerja-kerja reka bentuk dan pembaikan cerun yang akan
mengambil tempoh selama empat (4) bulan iaitu bermula dari 12 September 2018
sehingga 11 Januari 2019.
Kemajuan projek mengikut jadual dan tiada kelewatan iaitu di tahap 18%.
Pada masa ini, kerja penyediaan tapak sedang dijalankan untuk kerja-kerja soil nailing.
Ahli Kawasan Air Putih (YB. Lim Guan Eng) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Adakah NGO yang menentang PTMP dan PIL mewakili rakyat Pulau Pinang sungguhpun
Kerajaan Negeri telah mendengar bantahan mereka dengan teliti dan adakah PTMP dan PIL
akan dijalankan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Para NGO yang menentang Penang Transport Master Plan (PTMP) dan Pan Island
Link (PIL) tidak mewakili keseluruhan rakyat Pulau Pinang. Ramai orang awam telah
menunjukkan sokongan terhadap pelaksanaan PTMP oleh Kerajaan Negeri melalui media
sosial, e-mel, memorandum dan pelbagai penglibatan bersama pihak berkepentingan.
Kerajaan Negeri tetap akan meneruskan projek PTMP dan PIL kerana pembangunan
pengangkutan dan infrastruktur dilihat sebagai keperluan asas pembangunan ekonomi
masa depan Pulau Pinang. Kerajaan Negeri juga menetapkan dalam pelaksanaan PTMP
dan PIL pematuhan kepada segala keperluan untuk kelulusan akan dipatuhi walaupun
mengambil masa untuk kelulusan. Kerajaan yakin dan percaya bahawa projek-projek
pengangkutan boleh memberi pelbagai impak positif ke atas objektif pembangunan
89
ekonomi dan komuniti, seperti produktiviti, pekerjaan, aktiviti perniagaan, nilai
hartanah, pelaburan, hasil cukai dan lain-lain.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan meneruskan projek PTMP yang merangkumi PIL
kerana pembangunan pengangkutan dan infrastruktur dilihat sebagai keperluan asas
pembangunan ekonomi.
Kerajaan Negeri tidak menafikan impak kepada alam sekitar, tetapi impak-impak ini
dikaji secara terperinci dan langkah-langkah mitigasi yang sewajarnya telah digariskan.
Kerajaan Negeri telah pun memberi komitmen untuk melaksanakan mitigasi-mitigasi
yang dicadangkan bagi meminimakan impak kepada alam sekitar. Disamping itu,
Kerajaan Negeri juga akan memastikan pelaksanaan PTMP dan PIL akan dilakukan
setelah segala kelulusan diperolehi dan akan mematuhi kesemua syarat yang ditetapkan
oleh agensi berkenaan.
Ahli Kawasan Air Putih (YB. Lim Guan Eng) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Apakah respon terhadap perpustakaan digital sejak ia dibuka pada tahun 2016,
termasuk dibuka untuk 24 jam sejak Mei tahun 2017?
(a) Adakah ia dijadikan sebagai model untuk negara?
(b) Apakah kos untuk menambahkan bilangan perpustakaan digital di negeri?
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Sejak pembukaan Perpustakaan Digital Pulau Pinang (Penang Digital Library – PDL) pada
8 Oktober 2016, PDL telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada
pengguna di Pulau Pinang dan negeri-negeri jiran seperti Kedah dan Perlis menerusi
lawatan / kunjungan yang diadakan. Lokasi yang strategik dikelilingi oleh sekolah-
sekolah dan institusi pendidikan tinggi dalam lingkungan tiga (3) kilometer serta
dikelilingi oleh kawasan perumahan menjadikan PDL dikunjungi oleh semua lapisan
masyarakat terutamanya pelajar sekolah dan golongan muda.
Oleh kerana sambutan yang mengalakkan dan maklumbalas positif yang diterima
daripada para pengguna, Kerajaan Negeri telah mengumumkan operasi perkhidmatan
24 jam / 7 hari / 365 hari mulai 1 Mei 2017. Ini menjadikan PDL perpustakaan yang
pertama di negara ini yang memberikan perkhidmatan berkenaan. Dengan operasi 24
jam, ia menunjukkan peningkatan dari segi pengunjung dari semasa ke semasa. Statistik
jumlah pengunjung pada tahun 2016 sehingga 2018 adalah seperti berikut:
i) 2016 : 5,579 orang
ii) 2017 : 31,684 orang
iii) 2018 (sehingga 15 Oktober 2018) : 28,474 orang
(a) PDL boleh dijadikan sebagai model untuk negara bagi pembangunan
seumpamanya kerana ia merupakan perpustakaan digital sepenuhnya yang
pertama di Malaysia. PDL juga telah menerima kunjungan daripada pelbagai
agensi kerajaan dan syarikat swasta dari dalam dan luar negara sejak ia dibuka
pada Oktober 2016. Ini termasuklah lawatan rasmi oleh :
i) HRH Princess of Thailand and Consulate General of Thailand;
ii) Wakil Jakarta Digital Library;
iii) YB. Timbalan Menteri, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
Malaysia;
iv) Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia;
v) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan Smart Selangor
Delivery Unit (SSDU);
vi) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan Pembangunan Smart City
Melaka;
90
vii) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Perpustakaan KL);
viii) Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB);
ix) Khazanah Nasional; dan
x) S ekolah-sekolah / Institusi Pendidikan Tinggi di Pulau Pinang dan Kedah
seperti Universiti Teknologi MARA, KDU University College, Penang dan
MSU College Penang.
Lawatan-lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai PDL dan
akan menjadi penanda aras kepada perancangan pembangunan Perpustakaan Digital di
negara ini dan juga di luar negara.
(b) Kos untuk menambah bilangan Perpustakaan Digital adalah seperti berikut :
i. Perpustakaan Digital Pulau Pinang Fasa 2 (PDL-P2)
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM10.8 juta bagi
pembangunan PDL Fasa 2 (PDL-P2) yang sedang dibangunkan
bersebelahan dengan PDL sedia ada. PDL-P2 ini bertemakan 'Library in
the Park' untuk semua lapisan umur dan ianya telah dilancarkan pada 16
Mac 2018 dan dijangka dibuka untuk orang ramai pada Januari 2019.
ii. Butterworth Digital Library (BDL)
Kerajaan Negeri juga mengambil maklum mengenai keperluan
Perpustakaan Digital di Seberang Perai. Oleh yang demikian, Kerajaan
Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM6.6 juta bagi pembangunan
projek Butterworth Digital Library (BDL) bertempat di Dewan Ria,
Kampung Benggali, Butterworth, Pulau Pinang. Projek ini adalah
usahasama Think City, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan
Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI). Projek BDL ini dijangka
dibuka untuk orang ramai pada akhir tahun 2019.
iii. Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang (PIDL)
Kerajaan Negeri bersama dengan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
(MAINPP) akan membangunkan Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang
(PIDL) dengan anggaran kos sebanyak RM5 juta bagi menggalakkan
penduduk negeri Pulau Pinang mendapatkan maklumat mengenai bidang
pendidikan keagamaan Islam secara elektronik. Majlis pengumuman
projek PIDL telah diadakan pada 7 Mei 2018. PIDL ini akan dibangunkan
untuk kesemua lapisan masyarakat tanpa mengira batasan agama dan
dijangka dibuka kepada orang ramai pada suku ketiga tahun 2019.
VII. Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Sila nyatakan projek tebatan banjir yang telah dirancang dalam masa lima (5) tahun
yang akan datang?
(a) Sekiranya ada sila nyatakan lokasi dan kos projek masing masing.
(b) Adakah Kajian JPS di daerah SPS akan dilaksanakan berkait dengan projek
masing masing?Sekiranya ada sila beri contohnya.
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) telah merancang sejumlah 37 projek tebatan banjir bagi tempoh lima
tahun akan datang.
(a) Senarai projek, lokasi dan kos projek adalah seperti di Lampiran A.
(b) Pihak JPS akan melaksanakan kajian terperinci Rancangan Tebatan Banjir Sungai
Jawi dan kajian terperinci bagi menaik taraf kapasiti Rumah Pam Sanglang pada

91
akhir tahun 2018. Manakala kajian Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kechil pula
telah pun dilaksanakan pada tahun 2013.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Sila nyatakan kos pembelanjaan untuk penyelenggaraan Sungai Jejawi di SPS.
(a) Sila nyatakan jadual bagi setiap penyelenggaraan tahunan di Sungai Jejawi.
(b) Adakah ada rancangan oleh JPS untuk mendalamkan Sungai Jejawi di bahagian
hilir sungai yang berdekatan dengan bahagian Sungai Tengah?
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Kos penyelenggaraan untuk Sungai Jejawi di Seberang Perai Selatan (SPS) yang telah
dilaksanakan pada tahun 2017 adalah berjumlah RM772,882.00.
(a) Penyelenggaraan sungai ini dijadualkan untuk dilaksanakan setiap dua (2) tahun
sekali.
(b) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui perancangan penyelenggaraan bagi
tahun 2019, akan menjalankan kerja-kerja mendalamkan Sungai Jejawi
termasuk kawasan di bahagian hilir sungai iaitu yang berdekatan dengan Sungai
Tengah. Kos yang terlibat dianggarkan berjumlah RM1 juta.
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Sila nyatakan bilangan burung gagak dan kos yang telah ditembak di SPU, SPT dan SPS
sejak tahun 2017.
(a) Apakah rancangan oleh MPSP untuk mengurangkan pembiakan burung gagak?
(b) Apakah kiraan bayaran MPSP kepada penembak burung gagak?
(c) Adakah ia mengikut bilangan yang ditembak dan berapa harganya seekor?
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Bilangan burung gagak yang dimusnahkan dan kos yang terlibat bagi daerah Seberang
Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) bagi
tahun 2017 dan 2018 (sehingga September 2018) adalah seperti berikut:
BIL TAHUN BILANGAN BURUNG GAGAK (EKOR) JUMLAH BAYARAN
DAERAH (EKOR)

SPU SPT SPS


1. 2017 4,831 5353 3240 13,424 RM44,999.96
2. 2018* 2,083 2863 934 5880 RM22,096.74
JUMLAH 6,914 8,216 4,174 19,304 RM67,096.70
*Sehingga September 2018
(a) Rancangan MPSP untuk mengurangkan pembiakan burung gagak adalah seperti
berikut:
(i) Menambah kekerapan aktiviti menembak burung gagak kepada setiap
dua (2) minggu dengan memberi keutamaan di kawasan tumpuan burung
gagak.
(ii) Menambah perangkap burung gagak;
(iii) Memusnahkan sarang burung gagak;
(iv) Memastikan sampah atau sisa makanan dikutip mengikut jadual yang
ditetapkan; dan

92
(v) Memberi pendidikan kepada pemilik premis makanan untuk menguruskan
sisa dengan lebih teratur melalui Kempen Kerbersihan Premis Makanan.
(b) MPSP membuat bayaran kepada penembak burung gagak berdasarkan berat
burung gagak. Kiraan bayaran tersebut adalah seperti berikut:-
TAHUN KADAR SEKILOGRAM
2017
RM 10.50
(Dengan GST)
2018 sehingga 31 Mei 2018
RM11.50
(Dengan GST)
2018 (Tanpa GST) RM10.80

(c) Bayaran MPSP kepada penembak burung adalah mengikut timbangan berat gagak
yang ditembak.
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Sekiranya bencana berlaku seperti kebakaran yang merosakan rumah kediaman, adakah
Kerajaan Negeri menyediakan rumah PPR untuk mangsa kebakaran menumpang
sementara waktu sehingga kerja pembaikan rumah mangsa siap dibina semula?
(a) Sekiranya ada, sila nyatakan di kawasan mana dicadangkan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Pada masa ini, Kerajaan Negeri menyediakan sebanyak 13 unit rumah yang dilengkapi
dengan perabot asas, bekalan air dan elektrik untuk menempatkan mangsa bencana
secara sementara. Mangsa bencana yang dirujuk kepada Bahagian Perumahan akan
diberi kebenaran untuk tinggal di unit-unit ini untuk tempoh maksimum tiga (3)
bulan secara percuma.
(a) Senarai 13 unit rumah untuk penempatan mangsa bencana yang diperuntukkan
oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:-
(i) tiga (3) unit di Rumah Pangsa Padang Tembak, Daerah Timur Laut;
(ii) empat (4) unit di Pangsapuri Pelangi, Daerah Timur Laut;
(iii) empat (4) unit di Rumah Pangsa Desa Wawasan, Seberang Perai Tengah;
dan
(iv) dua (2) unit di Rumah Pangsa Jawi III, Seberang Perai Selatan.
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Adakah PDC membuat kajian TIA di kawasan Pekan Nibong Tebal sebelum Projek
pembinaan Jambatan Tanjong Berembang ke Nibong Tebal?
(a) Jikalau tidak, apakah rancangan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu Pekan
Nibong Tebal untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas? Khasnya
Nibong Tebal hanya mempunyai satu laluan keluar masuk dari jalan
persekutuan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Buat masa ini tiada Kajian Impak Trafik (Traffic Impact Assessment - TIA) dibuat di
kawasan Pekan Nibong Tebal sebelum projek pembinaan Jambatan Tanjong Berembang
ke Nibong Tebal.
(a) Rancangan Kerajaan Negeri untuk membantu Pekan Nibong Tebal bagi
mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas adalah seperti berikut:

93
(i) Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dengan menyediakan
perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) khusus
untuk mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya;
(ii) Cadangan penyediaan hub pengangkutan bersepadu Nibong Tebal dengan
kerjasama pihak Norther Corridor Implemention Authority (NCIA) bagi
meningkatkan lagi kecekapan pengangkutan awam;
(iii) Pihak JKR bercadang untuk mengadakan laluan dua (2) lorong dari Bulatan Kelip
untuk menghubungkan laluan connector jejambat dan Jalan Atas bagi
mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas; dan
(iv) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah melantik Universiti Sains
Malaysia (USM) untuk menjalankan Kajian Impak Trafik (TIA) di kawasan Nibong
Tebal iaitu di lokasi seperti berikut:
 Bulanan Pekan Nibong Tebal (Jalan Atas);
 Persimpangan Jalan Atas dengan Baru; dan
 Persimpangan Jalan Ooi Kar Seng dengan Jalan Atas.
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Sila nyatakan bilangan Permutihan Kilang Haram di seluruh daerah di Seberang Perai
yang telah berjaya dilaksanakan.
(a) Apakah tempoh penguatkuasa untuk mengambil tindakan terhadap kilang
haram?
(b) Apakah langkah oleh MPSP untuk menggalakkan kilang haram menjalankan
permutihan selain daripada Program Hari Perjumpaan Pelanggan MPSP yang
telah dianjur?
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Jumlah kilang di bawah Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran yang telah berjaya
memperolehi lesen tetap di seluruh Seberang Perai adalah sebanyak sembilan (9) buah
kilang.
(a) Tempoh tindakan yang diambil oleh MPSP apabila menerima aduan berkaitan
kilang-kilang tanpa kebenaran adalah selama tiga (3) hari tempoh berkerja.
Dalam tempoh tersebut MPSP akan menjalankan siasatan sama ada aduan
tersebut berasas atau tidak. Sekiranya aduan berasas, MPSP akan mengeluarkan
notis pemberitahuan kesalahan kepada kilang berkenaan untuk mengambil
tindakan susulan dan perkara ini akan dimaklumkan kepada pihak
pengadu.
Bagi kilang-kilang tanpa kebenaran yang disenaraikan dalam program
pemutihan, tindakan penguatkuasaan akan mula di ambil mulai 2 Januari 2019.
(b) Antara langkah-langkah yang diambil oleh MPSP bagi menggalakkan kilang-kilang
tanpa kebenaran mengikuti program pemutihan selain daripada Program Hari
Mesra Pelanggan MPSP adalah seperti berikut:
(i) Menyerahkan Borang F (Notis memanggil permohonan untuk Kebenaran
Merancang Dalam Hal Pemajuan Tanpa Kebenaran Merancang) [Kaedah
14(3)] mengikut Seksyen 27 Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976
kepada semua kilang yang ada dalam senarai pemutihan.
(ii) Mengadakan sesi Taklimat Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran
untuk membantu memperolehi lessen tetap.
(iii) Membuat hebahan dengan mengadakan sidang media mengenai Garis
Panduan Pemutihan Kilang-Kilang Tanpa Kebenaran pada 25 Januari
2018; dan

94
(iv) Mengadakan pemantauan ke atas kilang-kilang tanpa kebenaran di
kawasan Seberang Perai.
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Timbalan Menteri telah mengumumkan program i-suri bagi setiap suri rumah tangga.
(a) Adakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membuka pusat pendaftaran E-kasih
di semua daerah di Penang, disebabkan kini hanya dua tempat untuk
menjalankan pendaftaran E-kasih iaitu di Kepala Batas dan di Pulau sahaja?
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk membuka pusat pendaftaran e-Kasih di semua
daerah buat masa kini memandangkan pelaksanaan program i-Suri Fasa 1 hanya
melibatkan golongan suri rumah yang telah berdaftar dalam sistem e-Kasih sehingga 30
Jun 2018 dan tidak melibatkan kes-kes pendaftaran baharu selepas tarikh tersebut.
Walau bagaimanapun, bagi pendaftaran e-Kasih selain daripada tujuan di atas, Ketua
Isi Rumah yang berpendapatan rendah iaitu mereka yang berpendapatan di bawah
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2014, (pengukuran yang telah dikemas kini pada
tahun 2014), boleh mendaftar dengan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau
Pinang. Untuk makluman, PGK bagi kategori miskin ialah RM940 manakala bagi kategori
miskin tegar, PGK yang ditetapkan ialah RM580.
Ketua Isi Rumah yang layak boleh mendapatkan Borang Pendaftaran e-Kasih secara
percuma di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (Menara Boustead,
George Town) atau pejabat cawangan di Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara,
Kepala Batas. Borang ini juga boleh diperolehi daripada semua Pejabat Daerah & Tanah
(PDT) serta Pusat Khidmat Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam
masa terdekat.
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina satu arena untuk e-Sports di Daerah
SPS?
(a) Sila nyatakan program e-Sports yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri
sebelum ini diikuti dengan lokasi dan masa.
(b) Sila nyatakan kos pembelanjaan yang telah dibelanja untuk setiap anjuran e-
Sports.
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Kerajaan Negeri dan Perbadanaan Pembangunan Belia Negeri Pulau Pinang (PYDC)
sedang berusaha untuk mendapatkan pelaburan swasta bagi mewujudkan arena e-
Sports di Negeri Pulau Pinang dan belum menetapkan mana-mana kawasan atau daerah
bagi tujuan tersebut.
(a) dan (b) Senarai program e-Sports yang telah dianjurkan oleh PYDC dengan kerjasama
organisasi swasta dan kos yang disumbangkan oleh PYDC adalah seperti di Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Bilakah tempoh tamat untuk penternak khinzir untuk menukar kepada closehouse
system?
(a) Sila nyatakan syarat syarat yang telah dibincang oleh PBT, JPV, dan Kerajaan
Negeri untuk penternak khinzir mengubahsuai kandang mereka.
(b) Apakah tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri sekiranya penternak tidak
menukar kepada closehouse sistem sekiranya tempoh sudah tamat.

95
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Kerajaan Negeri telah meluluskan Enakmen Penternakan Babi pada November 2016.
Selaras dengan keputusan ini, Kerajaan Negeri telah mewajibkan semua penternak babi
untuk menaik taraf ladang sedia ada kepada sistem ladang tertutup selewat-lewatnya
pada 31 Disember 2019.
(a) Kerajaan Negeri telah memberikan pengecualian kebenaran merancang kepada
penternak babi untuk menaik taraf dari ladang terbuka kepada konsep ladang
tertutup. Pengecualian hanya diberikan kepada penternak yang memenuhi
syarat-syarat berikut:
(i) Pengusaha termasuk dalam senarai 182 penternak sedia ada;
(ii) Penternak tidak menambah fasiliti baharu kecuali fasiliti untuk sistem
biogas;
(iii) Penternak membuat permohonan dalam tempoh pelaksanaan program
Pengecualian Kebenaran Merancang iaitu sehingga 31 Disember 2018;
dan
(iv) Pemohon bukan pemilik tanah atau pemilik bangunan perlu menyediakan
perjanjian sewaan atau tenancy agreement.
Selain daripada pengecualian permohonan kebenaran merancang, pengecualian juga
diberikan bagi perkara-perkara berikut:
(i) Pengecualian syarat tukar guna tanah daripada pertanian kepada
industry;
(ii) Pengecualian daripada dikenakan syarat universal design seperti
kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU), parkir dan landskap;
(iii) Pengecualian penalti terhadap pengusaha yang menaiktaraf tanpa
kebenaran; dan
(iv) Pengecualian sumbangan perparitan.
(b) Tindakan yang akan diambil sekiranya ladang ternakan tidak dinaiktaraf kepada
Sistem Penternakan Tertutup adalah pemberhentian operasi ladang dan
penutupan ladang tersebut. Bagi ladang yang membuat kesalahan seperti
terkandung dalam enakmen seperti membuang atau melepaskan sisa babi,
melepaskan atau mengeluarkan bau busuk atau tidak enak dan membiak lalat,
serangga atau makhluk perosak, kompaun akan dikenakan tidak melebihi 50%
daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan tersebut. Amaun adalah
tertakluk kepada kategori kesalahan.
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Adakah rancangan oleh Kerajaan Negeri untuk membina sebuah Digital Library di daerah
SPS?
(a) Sila nyatakan kos pembelanjaan tahunan oleh Digital Library yang sedia ada.
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang cadangan untuk membangunkan
perpustakaan digital di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) buat masa ini
memandangkan konsep perpustakaan digital adalah penggunaan atau akses bahan
bacaan elektronik melalui sistem secara atas talian dari mana-mana lokasi atau
bangunan.
Setakat ini bagi kawasan Seberang Perai Kerajaan Negeri sedang membangunkan sebuah
perpustakaan digital di kawasan Butterworth, yang dikenali sebagai Butterworth Digital
Library (BDL) untuk membolehkan penduduk di kawasan Seberang Perai mendapat

96
peluang untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan digital. BDL ini dijangka siap
pada akhir tahun 2019.
(a) Kos perbelanjaan/operasi bagi Penang Digital Library (PDL) sedia ada termasuk
penggajian kakitangan, pembelian eBooks, sistem perisian PDL, bayaran utiliti,
perkhidmatan pembersihan dan kawalan keselamatan sejak tahun 2016 hingga
2018 adalah seperti berikut:
(i) Tahun 2016: RM 220,418.07 (Oktober – Disember 2016);
(ii) Tahun 2017: RM 662,921.65; dan
(iii) Tahun 2018: RM 474,297.52 (sehingga Oktober 2018)
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Setelah pelancaran Penang 2030 oleh YAB Ketua Menteri pada 29 Ogos 2018, apakah
projek yang bakal akan dijalankan di Seberang Perai Selatan, khasnya di DUN JAWI?
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Perbincangan kumpulan fokus sedang dirancang dan akan dilaksana secara berperingkat
mengikut golongan masyarakat dan profesional yang telah dikenal pasti. Perbincangan
berkenaan bertujuan untuk mengumpul cadangan-cadangan daripada pelbagai lapisan
masyarakat supaya Kerajaan Negeri dapat menjalankan projek-projek terutamanya
yang dapat meningkatkan sosioekonomi di komuniti masing-masing dengan lebih
berkesan dan efektif. DUN Jawi yang penuh dengan keistimewaaan dari segi geografi
yang sesuai untuk aktiviti penternakan dan perikanan sudah pasti akan dapat
dimanfaatkan dengan projek yang sesuai dengan Visi Penang 2030 iaitu Family-focus
Green and Smart City that inspire the nation.
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Adakah peruntukan daripada Kerajaan Negeri kepada setiap pejabat daerah untuk
menaik taraf infrastruktur?
(a) Sekiranya ada, sila nyatakan jenis peruntukan dan kosnya dalam setiap
peruntukan.
(b) Merujuk kepada PDT SPS, sila nyatakan projek yang telah dilaksanakan oleh PDT
SPS sejak 2018 hingga September diikuti setiap KADUN dan jumlah kosnya.
Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang bertaraf
antarabangsa dan pintar yang dimiliki semua lapisan masyarakat, Kerajaan Negeri telah
menyediakan secara tahunan peruntukan pembangunan bagi negeri Pulau Pinang yang
merangkumi peruntukan kepada Pejabat-Pejabat Daerah, Jabatan-jabatan dan agensi-
agensi negeri.
(a) Jenis peruntukan yang disediakan untuk tujuan naik taraf infrastruktur yang
disalurkan kepada Pejabat-Pejabat Daerah adalah seperti berikut:
Bil Nama Program Peruntukan Keseluruhan
(RM)
1 Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi 1,500,000.00
(Naik taraf Di Komplek Gerai)
2 Menaik taraf Dewan Orang Ramai 2,500,000.00
3 Menaik taraf Jalan Kampung dan longkang 2,000,000.00
4 Pembangunan Masyarakat* 120,000.00
Catatan: Pembangunan Masyarakat adalah peruntukan berjumlah RM120,000.00 bagi
setiap Ahli Dewan Undangan Negeri
Senarai projek-projek yang dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang
Perai Selatan pada tahun 2018 mengikut KADUN adalah seperti di Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
97
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Sila nyatakan status isu penempatan semula Ladang Byram ke Jalan Sungai Daun.
(a) Adakah permohonan kebenaran merancang dan pelan bangunan telah dilulus
oleh MPSP?
(b) Adakah tender terbuka telah dijalankan oleh PDC dan nyatakan jangkaan masa
untuk mula kerja dan siap kerja.
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Status terkini projek penempatan semula penduduk Ladang Byram ke Jalan Sungai Daun
adalah di peringkat penyediaan pelan pembangunan oleh pihak konsultan.
(a) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 2/2018 pada 11 Januari 2018 dan disahkan
pada 17 Januari 2018 telah memutuskan projek ini dikecualikan daripada
permohonan Kebenaran Merancang. Bagi Pelan Bangunan pula, pihak PDC akan
mengemukakan permohonan kepada MPSP selepas pelan pembangunan
penempatan semula penduduk Ladang Byram dimuktamadkan oleh Kerajaan
Negeri.
(b) Projek ini akan dijalankan secara tender terbuka oleh pihak PDC. Jangkaan
tempoh masa mula dan siap pembinaan adalah selama 18 bulan dari tarikh
milikan tapak. Panggilan tender bagi projek ini dijangka akan diadakan pada
suku pertama tahun 2019.
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Kerajaan Negeri harus mengambil serius tentang isu unit rumah kos rendah yang
terbengkalai di Seberang Perai khasnya di Kadun Jawi.
(a) Apakah tindakan dan langkah telah diambil oleh Kerajaan Negeri tentang
masalah ini?
(b) Adakah Kerajaan Negeri membuat bancian latar belakang pemilik tentang unit
terbengkalai ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. (a) Pemantauan dan pengkelasan projek perumahan terbengkalai adalah di bawah
tanggungjawab Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (KPKT). Pada dasarnya, projek terbengkalai ditakrifkan
sebagai projek-projek yang mengalami masalah seperti berikut:
(i) Projek yang tidak siap dalam atau luar tempoh Perjanjian Jual dan Beli
dan tiada sebarang aktiviti yang ketara di tapak pembinaan selama enam
(6) bulan secara berterusan; atau
(ii) Petisyen penggulungan telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi di bawah
Seksyen 218 Akta Syarikat 1966; atau
(iii) Syarikat diletakkan di bawah Pegawai Penerima dan Pengurus (Receiver
& Manager); atau
(iv) Pemaju mengakui tidak berupaya secara bertulis kepada Pengawal
Perumahan; dan
(v) Disahkan projek terbengkalai oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan di bawah Seksyen 11 (1) (c) Akta 118.
(b) Berdasarkan definisi ini, tidak ada projek perumahan yang terbengkalai di
Pulau Pinang khasnya di KADUN Jawi pada masa ini.

98
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Rapid Bus Percuma yang telah dilancar di Negeri Pulau Pinang amat dihargai.
(a) Sila nyatakan bilangan pengguna setiap bulan sejak perlancaran hingga
September 2018 di laluan Nibong Tebal.
(b) Kos dibayari kepada RAPID untuk laluan Nibong Tebal pada setiap tahun.
(c) Adakah RAPID mengkaji untuk menambah Bas Rapid khasnya di DUN Sg. Bakap
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. (a) Jumlah pengguna/penumpang perkhidmatan bas percuma Congestion
Alleviation Transport (CAT) Nibong Tebal sejak pelancaran iaitu pada 26 April
2018 hingga 30 September 2018 adalah seramai 22,638 orang. Perincian jumlah
penumpang mengikut bulan adalah seperti di Lampiran A.
(b) Kos bayaran perkhidmatan CAT Nibong Tebal sejak ianya dilancarkan pada April
2018 sehingga September 2018 adalah sebanyak RM252,800.00. Anggaran kos
perkhidmatan CAT Nibong Tebal bagi satu tahun pula adalah RM584,000.00.
(c) Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan dalam masa terdekat untuk
menambah laluan bagi perkhidmatan CAT. Walau bagaimanapun bagi kawasan
DUN Sungai Bakap, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Rapid Penang bersedia
untuk meneliti dan mempertimbangkan cadangan penambahan perkhidmatan ini
sekiranya terdapat keperluan dan memenuhi kriteria pemilihan kawasan yang
telah ditetapkan.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Adakah Kerajaan Negeri masih mengadakan program sewa beli untuk rakyat Pulau
Pinang?
(a) Sekiranya ada sila nyatakan nama projek skim sewa beli yang akan diadakan
kecuali di Sg Duri Permai.
(b) Adakah rancangan rumah PPR akan dibina di daerah SPS?
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Kerajaan Negeri sememangnya sedar skim sewa beli merupakan salah satu alternatif
yang terbaik untuk membantu pembeli yang menghadapi masalah mematuhi syarat
permohonan pinjaman yang ditetapkan oleh bank komersial. Atas alasan ini, Kerajaan
Negeri dalam pelbagai platform perbincangan bersama pihak Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sangat mengesyorkan supaya Projek Perumahan Rakyat
(PPR) di Pulau Pinang ditawarkan secara sewa beli kepada pemohon. Di peringkat
Kerajaan Negeri, Skim Perumahan Sewa Beli telah diperkenalkan semula pada tahun
2015 kepada golongan berpendapatan kurang RM2,500 untuk memiliki Rumah Mampu
Milik 'A' (Harga Maksima RM42,000).
(a) Selain daripada Taman Sungai Duri Permai, terdapat juga sebanyak 51 unit
kediaman jenis strata di Taman Seruling Emas, Seberang Perai Selatan yang
telah ditawarkan di bawah inisiatif ini. Kadar sewa yang ditetapkan adalah
sebanyak RM100 selama 15 tahun dengan caj penyelenggaraan ditetapkan pada
kadar RM20 sebulan. KPKT juga telah membangunkan PPR Tok Suboh di atas
tanah seluas 18 ekar milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).
Projek ini menyediakan sejumlah 231 unit rumah teres setingkat, dan
berkeluasan 1,300 kaki persegi. Kerja-kerja fizikal projek telah siap sepenuhnya
dan Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran
Seberang Perai (MPSP) pada 21 Disember 2017. Buat masa ini jenis sewaan yang
akan ditawarkan kepada pemohon yang layak masih belum dimuktamadkan.
Meskipun begitu, dalam beberapa sesi perbincangan yang diadakan bersama
99
pihak Kerajaan Negeri telah dipersetujui bahawa tawaran skim sewa beli
merupakan mekanisme yang paling sesuai selaras dengan jumlah permohonan
Rumah Mampu Milik ‘A’ harga maksima RM42,000 (RMM ‘A’) yang tinggi di Pulau
Pinang.
(b) Kerajaan Negeri semasa Mesyuarat YB Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan bersama EXCO-EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 4
Oktober 2018 yang lalu telah menyerahkan kepada KPKT cadangan beberapa lagi
tapak yang berpotensi untuk pembangunan PPR di lain-lain Daerah termasuk
sebidang tanah seluas 3.43 di lot 20843 & 20842, Mukim 13, Batu Kawan,
Seberang Perai Selatan. Cadangan yang dikemukakan masih dalam peringkat
pertimbangan oleh KPKT.
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Sila nyatakan kos penyelenggaraan disalurkan untuk Taman Negeri Hutan Lipur Bukit
Panchor sejak tahun 2013.
(a) Apakah rancangan oleh Kerajaan Negeri untuk memajukan Taman Negeri ini?
(b) Sila nyatakan program yang telah dijalankan di kawasan ini sejak tahun 2013.
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Kos penyelenggaraan Taman Negeri Bukit Panchor yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri
melalui peruntukan pembangunan (P09) kepada Jabatan Perhutanan Negeri bagi tahun
2013 hingga tahun 2018 adalah berjumlah RM1,570,000.00 dengan perincian mengikut
tahun seperti berikut :-
PERUNTUKAN
TAHUN
(RM)
2013 300,000.00
2014 240,000.00
2015 240,000.00
2016 200,000.00
2017 250,000.00
2018 340,000.00
JUMLAH 1,570,000.00

(a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang
menguruskan Taman Negeri Bukit Panchor berdasarkan Rancangan Pengurusan
Hutan Taman Negeri Bukit Panchor 2009-2014 dan Rancangan Pengurusan
Hutan Negeri Pulau Pinang 2010-2020 yang telah disedia dan diterima pakai bagi
memelihara dan memulihara sumber hutan di samping memberi
peluang kepada orang ramai mengunjungi taman ini dan seterusnya dapat
meningkatkan sosio ekonomi masyarakat setempat.
Rancangan Pengurusan Hutan Taman Negeri Bukit Panchor 2009-2014 telah
menggariskan kawasan taman negeri perlu dibahagi kepada zon kawasan intensif
pembangunan, zon kawasan sederhana penggunaan, zon kawasan had
penggunaan dan zon kawasan had perlindungan. Sehubungan itu, zon intensif
pembangunan yang digariskan untuk Taman Negeri Bukit Panchor adalah seluas
8 hektar yang mempunyai had daya tampung pembangunan yang tertentu. Oleh
yang demikian, pembangunan infrastruktur hanya dilaksanakan di zon intensif
pembangunan sahaja. Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang tidak bercadang
untuk meningkatkan infrastruktur yang melebihi perancangan yang ditetapkan
100
memandangkan konsep penubuhan Taman Negeri Bukit Panchor adalah
mengekalkan keunikan dan kepelbagaian biodiversiti di kawasan ini.
(b) Rancangan Pengurusan Hutan Taman Negeri Bukit Panchor merangkumi
keseluruhan perancangan bagi pengurusan hutan taman negeri melalui
pembangunan fizikal, sosio ekonomi, biodiversiti, kawasan sensitif, isu-isu
berkaitan, implikasi, 'carrying capacity' serta aktiviti penyelidikan dan
Pendidikan
Pengunjung yang datang ke Taman Negeri Bukit Panchor adalah terdiri daripada
penduduk setempat, pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, jabatan
kerajaan, badan swasta, badan berkanun dan para penyelidik.
Program yang dibenarkan dan telah dijalankan di Taman Negeri Bukit Panchor
adalah melibatkan aktiviti perkhemahan, majlis hari keluarga, sukaneka,
beriadah, kem jati diri dan program berasaskan alam sekitar. Sejak tahun 2013,
bilangan program yang dijalankan di Taman Negeri Bukit Panchor adalah seperti
berikut:-

AGENSI 2013 2014 2015 2016 2017 2018 JUMLAH


Sekolah rendah 28 24 29 18 25 20 144
Sekolah menengah 29 31 33 21 18 13 145
Institusi pengajian
17 19 14 20 16 13 99
tinggi
Syarikat
swasta/badan 15 20 28 17 23 18 121
kebajikan
Jabatan
kerajaan/badan 21 13 10 21 22 24 111
berkanun
JUMLAH 110 107 114 97 104 88 620

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Dalam Bajet 2018 pada persidangan dewan tahun lepas mengatakan Kerajaan Negeri
akan mengeluarkan kad ˜I Love Penang medical.
(a) Bilakah kad ini akan dilancarkan?
(b) Apakah syarat kepada pemegang kad ini dan berapakah jumlah nilai untuk setiap
kad?
Y.A.B. Ketua Menteri:
18. (a) Pada pembentangan Belanjawan 2018 yang lalu, Y.A.B. Ketua Menteri telah
mengumumkan akan melancarkan kad pintar bagi semua rakyat Pulau Pinang
yang dikenali sebagai kad ‘I Love Penang’. Kad ini akan menjadi medium kepada
penyaluran pelbagai kemudahan dan faedah sosial yang disediakan oleh Kerajaan
Negeri. Sebagai permulaan, kad ini akan dibangunkan untuk memberi kemudahan
perubatan kepada penerima yang layak.
Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih lagi sedang menilai dan meneliti secara
terperinci untuk pelaksanaan kad tersebut terutamanya berkaitan dengan
implikasi kewangan.
(b) Secara dasarnya cadangan penggunaan kad pintar ini akan digunakan untuk
penyaluran bantuan kesihatan menerusi Program Penang Sihat. Bagi bantuan ini,
setiap isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah akan menerima kredit RM300
setahun manakala individu tidak berkahwin dengan pendapatan kurang daripada
RM2,500 akan menerima kredit RM150 setahun. Nilai bantuan ini akan dikreditkan
101
ke dalam kad pintar ‘I Love Penang’ dan boleh digunakan untuk membayar yuran
perkhidmatan pesakit luar beserta ubat di pusat kesihatan terpilih dengan had
maksimum RM50 setiap lawatan. Syarat yang lebih terperinci akan dimaklumkan
kemudian apabila kad tersebut dilancarkan.
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Jeti Nelayan Changkat di SPS merupakan satu tempat semakin popular kebelakangan ini
dan mereka memohon bekalan elektrik untuk sambung ke kawasan ini.
(a) Adakah Kerajaan Negeri boleh memberi peruntukan untuk membekalkan
bekalan elektrik ke Jeti Nelayan Changkat?
(b) Apakah bantuan diterima oleh nelayan setiap tahun?
Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk membantu menaik taraf ekonomi nelayan.
(a) Selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri dalam membela semua golongan, pada
tahun 2018, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan dengan anggaran
berjumlah RM359,000.00 bagi kerja-kerja bekalan elektrik di Jeti Nelayan
Changkat. Bagi tujuan ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Seberang Perai
Selatan selaku agensi pelaksana sedang melaksanakan kerja tersebut serta
dijangka siap pada penghujung Disember 2018.
(b) Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan memberikan pelbagai bentuk
bantuan kepada nelayan. Antara bantuan-bantuan yang diberikan adalah seperti
berikut :
(i) Pinjaman Dana Nelayan
Pinjaman mudah bagi pembelian bot dan peralatan baru atau
meningkatkan keupayaan bot sedia ada, pinjaman modal operasi,
pinjaman kecemasan untuk nelayan dan modal pusingan pemasaran untuk
Persatuan Nelayan.
(ii) Projek Khas Perumahan Nelayan
Nelayan yang berkelayakan diberikan bantuan untuk membaik pulih dan
membina rumah baharu. Program ini dilaksanakan berdasarkan tiga (3)
kategori iaitu Baik Pulih Rumah Nelayan, Program Bina Baru dan Program
Penempatan Semula Nelayan (PSN).
(iii) Skim Insuran Nelayan
Bertujuan untuk membela nasib keluarga nelayan dan persediaan
kewangan luar jangka golongan nelayan sekiranya berlaku kejadian yang
tidak diingini atau kemalangan melibatkan nelayan.
(iv) Elaun Sara Hidup Nelayan
Membantu meringankan beban golongan nelayan yang berkelayakan.
(v) Pengurusan Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan
Membantu menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan kesan
daripada kenaikan harga pasaran minyak.
(vi) Kursus Kemahiran dan Bengkel
Memberikan kemahiran kepada nelayan dan keluarga nelayan agar
kemahiran boleh dipelbagaikan.
(vii) Sokongan dan Bantuan Kepada Kumpulan Nelayan
Sokongan dan bantuan modal serta peralatan kepada kumpulan nelayan
yang terdiri daripada Kumpulan Belia Nelayan (KUBENA) dan Kumpulan
102
Nelayan Wanita (KUNITA) bagi melaksanakan projek ekonomi mereka
seperti aktiviti jualan kraftangan, perusahaan gerai makanan, kelas
jahitan, membuat keropok lekor, kuih muih tradisional, sewaan kanopi
dan sebagainya.
(viii) Bantuan Touch Point
Nelayan diberikan bantuan-bantuan input berupa barangan keselamatan
dan peralatan nelayan seperti tong insulasi, baju hujan, lampu suluh dan
beg kalis air.
(ix) Baucar Bantuan Nelayan Pesisir Pantai
Nelayan menerima baucar dengan nilai RM400.00 untuk ditebus guna di
kedai-kedai yang telah dilantik Kerajaan Negeri.
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
20. Adakah kerajaan tempatan bercadang menguna pakai data restoran/kedai makanan
yang pernah dinilai oleh PBT/KKM dimana ia dikenakan tindakan sebagai big data untuk
diakses oleh orang awam melalui aplikasi telefon bimbit atau laman web supaya rakyat
dan pelancong dapat memilih untuk tidak mengunjung ke kedai yang kotor?
Y.A.B. Ketua Menteri:
20. Data mengenai tahap kebersihan restoran dan kedai makan di seluruh negeri Pulau Pinang
adalah berdasarkan kajian dan laporan yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pada ketika ini, laporan mengenai Gred
Kebersihan Premis Makanan dipaparkan di laman web PBT. Bagi menambah baik capaian
laporan ini, Kerajaan Negeri bercadang untuk menggunakan aplikasi QR Code bagi
mengenal pasti gred kebersihan premis makanan. Untuk makluman, Kerajaan Negeri pada
ketika ini sedang merangka Pelan Strategik Pengredan Tahap Kebersihan Pasar Awam dan
Kompleks Makanan bagi memastikan semua premis dan gerai adalah pada Gred A dan B
sahaja menjelang tahun 2019.
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
21. Pakatan Harapan mengambil kuasa di Kerajaan Persekutuan selepas PRU14, adakah
rancangan kerajaan Negeri untuk memberi peruntukan kepada sekolah agama, sekolah
kebangsaan, sekolah menengah dan kolej vokasional?
(a) Sekiranya ada, bilakah peruntukan ini dimohon?
Y.A.B. Ketua Menteri:
21. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melihat pendidikan sebagai asas kepada kemakmuran dan
kesejahteraan rakyat. Oleh itu, bantuan peruntukan dalam bentuk wang atau harta
modal telah diberikan kepada sekolah-sekolah bantuan modal atau bantuan kerajaan
mengikut keperluan sejak tahun 2009. Antara sekolah-sekolah yang menerima
peruntukan di bawah Program Bantuan Pendidikan adalah Sekolah Agama Rakyat,
Maahad Tahfiz, Sekolah Cina, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Tamil. Peruntukan bantuan
pendidikan yang disalurkan kepada sekolah-sekolah. Ini sejak tahun 2009 sehingga kini
berjumlah RM115.8 juta.
(a) Peruntukan bagi pengurusan sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan adalah di
bawah tanggungjawab pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Walau
bagaimanapun, Kerajaan Negeri baru-baru ini telah meluluskan penyaluran
peruntukan tahunan sebanyak RM3.0 juta kepada sekolah bantuan penuh
kerajaan di Negeri Pulau Pinang dan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas
Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan yang akan dipengerusikan oleh YB Prof Dr.
Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II selaku Pengerusi Jawatankuasa MMK
Pendidikan untuk menguruskan pengagihan peruntukan ini. Penyaluran
peruntukan tahunan ini akan dilaksanakan berdasarkanbottom-up approach di
mana peruntukan akan disalurkan berdasarkan keperluan dan permintaan

103
daripada sekolah bantuan penuh kerajaan melalui Jabatan Pendidikan Negeri
Pulau Pinang (JPNPP) serta selari dengan perancangan dan pembangunan
sekolah. Permohonan boleh dikemukakan kepada JPNPP mulai Januari 2019.
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Sila nyatakan semua lokasi Unipole iklan yang dimiliki oleh MBPP dan MPSP.
(a) Adakah ia disewa kepada pihak ketiga? Sekiranya ada sila nyatakan nama
syarikat, tempoh kontrak dan kos sewaan dalam tahunan sejak tahun 2013
hingga 2018.
(b) Adakah Unipole ini dibenarkan memasang alat telekomunikasi di atas papan
iklan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Tiada menara papan iklan setiang (unipole) yang dimiliki oleh Majlis Bandaraya Pulau
Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPSP). Semua unipole adalah milik
syarikat swasta. Alat telekomunikasi dibenarkan dipasang di atas papan iklan dengan
kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
23. Adakah Kerajaan Negeri rancang untuk menyediakan perkhidmatan Mini Bas atau Van
seperti Perkhidmatan Bas Rapid Percuma di kawasan Parlimen Nibong Tebal?
(a) Kalau ada, bila akan dilaksanakan?
(b) Kalau tidak, adakah Kerajaan Negeri mengkaji laluan di kawasan kampung
supaya orang kampung dapat menikmati perkhimatan bas percuma.
Y.A.B. Ketua Menteri:
23. (a) Kerajaan Negeri telah melaksanakan perkhidmatan bas Rapid percuma bagi 12
laluan di Pulau Pinang. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri tidak merancang untuk
menyediakan perkhidmatan bas mini dan van percuma di kawasan Nibong Tebal
dan juga lain-lain kawasan.
(b) Namun begitu, Kerajaan Negeri bersedia meneliti sebarang cadangan daripada
pihak-pihak bertanggungjawab untuk meningkatkan perhubungan pengangkutan
awam di kawasan kampung supaya penduduk dapat menikmati perkhidmatan
bas percuma di seluruh Pulau Pinang.
VIII. Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
1. Kenapa statistik penagih dadah semakin meningkat?
(a) Apakah tindakan PDRM membanteras gejala ini?
(b) Apakah jenis program yang telah dijalankan untuk penagih dadah?
(c) Adakah pihak berkuasa berkerjasama dengan pihak sekolah, institusi agama &
NGO?
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Statistik Penagihan di Negeri Pulau Pinang secara dasarnya telah menunjukkan
penurunan dan bukan sebaliknya. Berdasarkan perbandingan pada tahun 2017 dan 2018
sehingga September, jumlah Orang Kena Pengawasan (OKP) telah berlaku penurunan
sebanyak 25.6% iaitu 2155 bagi bulan September 2017 dan 6245 orang pada September
2018. Antara faktor-faktor masalah dadah di Pulau Pinang adalah seperti berikut:

104
(i) Pulau Pinang mempunyai sempadan laut yang luas dan terbuka. Ini membuka
peluang yang lebih tinggi untuk berlakunya penyeludupan terhadap bekalan
dadah dalam negeri.
(ii) Kemasukan melalui udara di mana terdapat aspek kawalan dan pencegahan di
pintu masuk utama perlu dipertingkatkan.
(iii) Melalui jalan darat, yang mudah dan cepat bagi penyeludupan terutama sekali
sempadan negara dengan Thailand sangat besar dan pengedar dadah yang
menggunakan peluang dalam sekelip mata sahaja dapat menyeludup masuk ke
negara ini.
(iv) Terdapat peningkatan pengunaan dadah sintetik, di mana dadah tersebut mudah
dibawa dalam pelbagai bentuk dan boleh diproses dengan begitu cepat dan
murah.
(v) Pengunaan media elektronik, aktiviti mengedar dadah dapat dijalankan dengan
lebih mudah iaitu hanya di dalam talian maya dan sukar dikesan oleh pihak
berkuasa.
(a) Pihak PDRM khasnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sentiasa
meningkatkan operasi sekaligus tangkapan ke atas pengedar dan penagih dadah.
Statistik tangkapan ke atas pengedar/penagih dadah bagi tahun 2017 dan 2018
adalah seperti di Lampiran A.
(b) Antara program rawatan dan pemulihan yang telah dijalankan kepada penagih
dadah yang sedang mendapat perkhidmatan dengan AADK adalah seperti
berikut:

(i) Kaunseling (Individu, kelompok dan keluarga)


(ii) Early Recovery.
(iii) Relapse Prevention.
(iv) Kelompok Sokong Sosial.
(v) 12 Langkah.
(vi) Psiko Pendidikan.

(vii) Keagamaan & Kerohanian.


(viii) Pendidikan Kesihatan.
(ix) Family Association.
(x) Integrasi Sosial.
(xi) Pembangunan Kerjaya.
(xii) Lawatan ke Rumah

(c) Sememangnya pihak AADK Pulau Pinang melalui dasar pendidikan pencegahan
dadah telah bekerjasama dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang
dan juga Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional bagi melaksanakan
Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR) kepada pelajar sekolah rendah dan bagi
peringkat sekolah menengah program Sayangi Hidup Elak Derita Dadah
Selamanya (SHELDS) di mana program seumpama itu menjadi pembentuk sahsiah
dan jati diri murid yang seterusnya dapat menjadikan mereka lebih bijaksana
dalam mengelakkan diri daripada terlibat dengan pengaruh dadah.

105
Pihak AADK dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan pihak sekolah juga
mengadakan program Kesedaran Antidadah di sekolah-sekolah di negeri ini.
Ceramah Kesedaran Antidadah berkaitan ‘Bahaya Dadah dan Kesannya’ telah
diadakan di sekolah yang terpilih dengan penyampaian maklumat oleh Pegawai
AADK dan perkongsian hidup oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Program
Kesedaran Antidadah ini juga turut diselitkan dengan soalan kuiz antidadah bagi
memberikan pemahaman serta menerapkan konsep dua hala melalui pertanyaan
daripada pegawai dan jawapan oleh pelajar. Program ini merupakan satu
langkah ke arah memberi pengetahuan asas tentang dadah bagi menyelesaikan
masalah pelajar daripada menghadapi tekanan yang boleh mendorong mereka
terlibat dengan penagihan dadah.
Selain daripada sekolah-sekolah, pihak AADK dengan bantuan Kerajaan Negeri
juga ada mengadakan program kesedaran kepada jemaah masjid yang diadakan
di Masjid Al Atiq, Jawi sebelum solat Jumaat. Program bermula dengan sesi
tazkirah oleh Ketua Pegawai AADK Daerah yang membawakan isu cabaran
menghadapi pengaruh dadah di kalangan masyarakat kepada hampir 200 orang
jemaah masjid yang hadir.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
2. Kerajaan harus memandang serius terhadap penjualan arak murah di kedai serbaneka
dan runcit.
(a) Apakah tindakan penguatkuasaan daripada PBT?
(b) Nyatakan statistik lesen penjualan arak yang diluluskan sejak tahun 2010 hingga
kini di KADUN Batu Uban.
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. (a) Kerajaan Negeri sememangnya memandang serius terhadap penjualan arak
murah yang dijual di kedai serbaneka dan runcit. Di antara tindakan
penguatkuasaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan terhadap penjualan arak
murah di kedai serbaneka dan runcit adalah seperti berikut :-
(i) Menjalankan operasi penguatkuasaan secara berkala dan bersepadu
bersama-sama jabatan/agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia dan
Kastam; dan
(ii) Membatalkan lesen premis yang melanggar syarat-syarat perlesenan.
(b) Sebanyak 5 lesen penjualan arak telah diluluskan sejak tahun 2010 hingga 31
Oktober 2018 di KADUN Batu Uban. Butiran pengeluaran lesen mengikut tahun
adalah seperti di bawah.
TAHUN JUMLAH
2010 0
2011 0
2012 0
2013 0
2014 1
2015 1
2016 2
2017 0
2018 1
JUMLAH 5

106
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
3. Kenapakah penganjuran Penang Global Indian Festival yang diadakan setiap tahun di
Spice Arena (PISA) dibatalkan pada tahun ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Penganjuran Penang Global Indian Festival (GIF) yang diadakan setiap tahun di SPICE
Arena (PISA) dibatalkan pada tahun ini kerana mendapat bantahan daripada Malaysian
Indian Chamber of Commerce and Industry Penang (MICCIP) dan peniaga-peniaga di
kawasan Little India. Bantahan ini dibuat kerana penganjuran GIF memberi kesan dan
menjejaskan perniagaan peniaga-peniaga di Pulau Pinang terutamanya di
kawasan Little India. Selain itu, penganjur program ini membawa masuk peniaga-
peniaga asing dan Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk membatalkan
penganjuran GIF pada tahun ini untuk menyelamatkan peniaga tempatan daripada
mengalami kerugian berterusan. Peniaga-peniaga di Pulau Pinang mendakwa bahawa
peniaga asing berkenaan meraih keuntungan besar sempena karnival itu kerana kos
mereka yang minimum dan tidak perlu membayar cukai, sewa, bil utiliti dan
kos overhead. Kerajaan Negeri akan mengkaji semula penganjuran GIF pada tahun
hadapan supaya satu kaedah penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak dapat
dicapai.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
4. Berapakah jumlah pelajar yang mengikuti kursus kemahiran di PSDC sehingga kini?
(a) Nyatakan statistik mengikut pecahan kaum.
(b) Berapakah jumlah pelajar yang berjaya ditempatkan di MNC?
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Jumlah pelajar yang mengikuti kursus kemahiran Technical and Vocational Education
and Training (TVET) di Penang Skills Development Centre (PSDC) sehingga kini adalah
seramai 5,527 pelajar.
(a) PSDC tidak menggalakkan pemantauan mengikut kaum. Oleh yang demikian,
PSDC tidak mempunyai maklumat mengikut pecahan kaum.
(b) Semua pelajar (100%) yang mengikuti kursus kemahiran TVET di PSDC mendapat
pekerjaan selepas menamatkan program masing-masing. Dianggarkan 60%
daripada pelajar-pelajar tersebut mendapat pekerjaan di syarikat tempatan
(Local Large Company dan Small and Medium Enterprise (SME)) manakala baki
40% telah mendapat pekerjaan di Multinational Corporation (MNC).
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
5. Isu perumahan Majlis Bandaraya Pulau Pinang Sungai Nibong iaitu kenaikan sewa rumah
setiap 3 tahun dan kebanyakan penghuni adalah kategori B40.
(a) Apakah cadangan MBPP menangani isu kenaikan sewa?
(b) Adakah kerajaan berhasrat menukar skim perumahan ini kepada skim sewa beli?
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Rumah pangsa MBPP di Sungai Nibong merupakan skim penyewaan awam yang
disewakan kepada orang awam dengan kadar sewa mengikut nilai pasaran. Tawaran
penyewaan juga telah ditetapkan kepada bukan golongan berpendapatan rendah.
(a) Kenaikan kadar sewa rumah pangsa Sungai Nibong mengikut amalan MBPP bagi
setiap 3 tahun adalah tidak melebihi 10%. Terkini, kadar sewa sebuah unit rumah
2 bilik adalah RM385.00 dan RM405.00 sebulan sahaja. Kadar sewaan bulanan ini
107
lebih rendah jika dibandingkan rumah kediaman yang serupa di kawasan
pulau. Kenaikan kadar sewa ini adalah bagi menampung perbelanjaan yang
semakin meningkat setiap tahun untuk kerja-kerja penyelenggaraan,
pembersihan, kawalan keselamatan dan proses menaiktaraf rumah pangsa ini.
(b) Pada masa kini Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk menukar skim penyewaan
bagi rumah pangsa ini kepada skim sewa beli.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
6. Kebajikan Pegawai Seranta ADUN.
(a) Adakah mereka akan dicarum Perkeso?
(b) Adakah mereka akan menikmati kemudahan yang sama di hospital awam dan
pinjaman bank seperti pegawai perkhidmatan tetap kerajaan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. (a) Pegawai Seranta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang di bawah
pelantikan Contract for Service tidak diperuntukkan caruman PERKESO
berikutan Pekeliling Majikan No.2 Tahun 2013 dan dibaca bersama Pekeliling
Majikan No.1 Tahun 2016 hanya menetapkan bahawa hanya semua pekerja
kerajaan di bawahContract of Service diwajibkan caruman PERKESO. Bagi
Pegawai Seranta yang di bawah Contract for Servicetidak terikat dengan
pekeliling ini.
(b) Selaras dengan Syarat-Syarat Lantikan Secara Kontrak, kemudahan-kemudahan
yang dinikmati Pegawai Seranta ADUN ialah kemudahan cuti rehat, cuti sakit
dan bayaran ganjaran kontrak tertakluk kepada tempoh perkhidmatan yang
ditawarkan manakala kemudahan hospital dan pinjaman bank tidak termasuk
dalam kemudahan yang disediakan.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
7. Apakah status pembinaan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tamil pertama?
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Kerajaan Negeri telah beberapa kali menulis surat kepada Kementerian Pendidikan bagi
permohonan pembinaan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tamil yang
pertama dalam negara di kawasan Bagan Dalam, Butterworth sebagai keperluan dan
penerusan pendidikan Bahasa Tamil bagi komuniti India di Pulau Pinang.
Maklum balas daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia melalui surat bertarikh 8
Januari 2014 menyatakan bahawa tiada peruntukan mengikut Akta Pendidikan 1996
[Akta 550] bagi membina sebuah SMJK Tamil. Surat berkenaan juga menyatakan Akta
550 hanya memperuntukkan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bagi
memenuhi keperluan pendidikan semua kaum dalam negara.
Dalam rayuan kepada Kementerian Pendidikan, Kerajaan Negeri telah menawarkan
sebidang tanah untuk mendirikan SMJK Tamil tersebut. Namun begitu, rayuan ini tidak
diberi pertimbangan oleh mantan Menteri Pendidikan. Memandangkan pembinaan
sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tamil yang pertama dalam negara
merupakan salah satu manifesto Pakatan Harapan (PH), satu jawatankuasa khas dengan
keahlian seramai lapan (8) orang yang terdiri daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) keturunan India dari Pakatan Harapan telah ditubuhkan bagi
merealisasikan janji-janji Pakatan Harapan untuk masyarakat India seperti yang
digariskan dalam manifesto.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan menganjurkan Persidangan Kebangsaan
Pendidikan Tamil di Malaysia pada 26 dan 27 November 2018 di Light Hotel, Seberang

108
Jaya. Persidangan ini bertujuan untuk menambah baik serta memudahkan
pembelajaran dan pengajaran dalam bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SJKT) dan turut akan membincangkan berkenaan pembinaan sebuah Sekolah Menengah
Jenis Kebangsaan (SMJK) Tamil yang pertama dalam negara dan masa depan Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
8. Berapakah jumlah pekerja baharu yang diambil di PBA, MBPP, MPSP, PDC dan Penang
Hill Corporation sejak tahun 2013 sehingga kini mengikut pecahan etnik, jantina dan
umur?
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Jumlah pekerja baharu yang diambil sejak tahun 2013 hingga September 2018 adalah
seperti berikut:
JABATAN / AGENSI
TAHUN
PBB MPSP MBPP PDC PBA
2013 13 100 2840 3 68
2014 10 1536 2847 9 124
2015 5 60 3106 27 63
2016 23 325 3141 0 197
2017 20 35 3082 7 77
2018 10 15 3129 0 99
JUMLAH 81 2071 18145 46 628
Perincian mengikut pecahan etnik, jantina dan umur adalah seperti di lampiran
berikut:
(a) Lampiran A - Perbadanan Bukit Bendera (PBB)
(b) Lampiran B – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)
(c) Lampiran C – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
(d) Lampiran D – Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
(e) Lampiran E – Perbadanan Bekalan Air (PBA)
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
9. Apakah program khusus untuk lepasan SPM yang tidak mendapat keputusan yang
cemerlang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak mendapat keputusan yang
cemerlang, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Penang Skills Development Center
(PSDC) dan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk meningkatkan
tahap pembangunan sumber manusia berteraskan latihan kemahiran mengikut
keperluan pasaran di Pulau Pinang selain pelaksanaan program-program bantuan.
Antara institusi-institusi yang memainkan peranan dalam memberi latihan kemahiran
adalah seperti berikut:
(i) PSDC
PSDC memainkan peranan untuk melatih sumber manusia dalam pelbagai bidang
kemahiran bagi memenuhi kehendak industri berasaskan teknologi tinggi di
negeri ini. Antara program khusus untuk lepasan SPM yang menjadi agenda
utama Kerajaan Negeri melalui PSDC ialah dalam bidang Teknologi Pemesinan
Kepersisan, Kejuruteraan (Komputer, Elektronik, Mekatronik, Telekomunikasi),
109
dan Teknologi Pembuatan (CAD/CAM). Kerajaan Negeri juga telah
membangunkan sistem pendidikan vokasional ala Negara Jerman iaitu Malaysian
Mesiter Program (MMP) di Negeri Pulau Pinang. Melalui sistem ini, pusat latihan
akan didirikan di kilang-kilang serta institusi-institusi perniagaan bagi
membolehkan pelajar mempelajari pengetahuan secara teori dan menjalani
latihan praktikal pada masa yang serentak. Sistem pendidikan vokasional ini
akan memanfaatkan ramai pelajar dan para remaja terutamanya mereka yang
kurang kemahiran dan seterusnya akan membantu untuk meningkatkan kadar
pendapatan para remaja di Negeri kita.
(ii) Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) dan Fourier
Technical Consultants (FTC)
Kerajaan Negeri turut bekerjasama dengan Persatuan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia (SAMENTA) serta Fourier Technical Consultants (FTC) dalam
menyediakan program latihan dan pengajian vokasional, (Vocational Skills
Employment Program-VSEP) buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sejajar dengan visi Kerajaan Negeri dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai
sebuah bandar pintar bertaraf antarabangsa, program VSEP melalui kolaborasi
Penang Science Cluster, SAMENTA dan FTC akan memberi penekanan terhadap
aspek adaptif kemahiran teknikal yang boleh diguna pakai dalam memenuhi visi
tersebut. Melalui program VSEP ini, pelajar bukan sahaja belajar secara teori
tetapi juga mempraktikkan kemahiran yang diajar sehingga menjadi modal insan
berkemahiran tinggi dalam bidang yang diminati. Dalam program VSEP,
kursus City & Guilds (C&G) dijalankan oleh FTC dan mereka mempunyai
rancangan untuk menambah bilangan pusat latihan sejajar dengan
perkembangan VSEP.
(iii) Pusat @CAT
Satu program baharu dinamakan Penang Accelerator for Creative, Analytics &
Technology (@CAT) telah dilancarkan bagi golongan yang ingin menceburi
bidang perniagaan sebagai perintis pemula niaga (entreprenuer). Program ini
bertujuan untuk membantu usahawan kecil yang terlibat dalam bidang animasi
kreatif, analisis dan teknologi ataupun yang terlibat dalam sektor “Internet of
Things”(IOT).
Kerajaan Negeri turut melaksanakan program-program bantuan bagi mengalakkan
keusahawanan di kalangan rakyat Pulau Pinang khususnya bagi golongan muda dan
belia. Antara program-program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
(i) Skim Pinjaman Harapan (SPH)
Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali
sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang merupakan
program mikrokredit yang memberikan pinjaman tanpa sebarang cagaran dan
penjamin kepada peniaga-peniaga kecil untuk membantu usahawan tempatan,
penganggur dan golongan rakyat berpendapatan rendah untuk menceburi bidang
perniagaan. Peruntukan dana sebanyak RM11 juta telah disediakan bagi tujuan
ini. Jumlah pinjaman adalah di antara RM2,000.00 hingga maksima RM25,000.00
dan tempoh bayaran balik adalah di antara 2 hingga 3 tahun. Sehingga bulan
Oktober 2018, sebanyak RM15.15 juta telah diagihkan kepada seramai 3,060
orang usahawan.
(ii) Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri
Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani Muda
(TUTM) yang memberi dorongan kepada golongan belia termasuk para graduan
untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi
sebagai punca pendapatan yang lumayan. Peruntukan sebanyak RM750,000.00

110
telah disediakan di mana sehingga September 2018, sebanyak RM658,000.00
telah diagihkan kepada 122 orang untuk menikmati kemudahan kredit ini.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
10. Berapakah jumlah Kuil Hindu, Tokong Cina, Gereja dan Kuil Sikh yang telah didaftarkan
di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di KADUN Batu Uban.
(a) Senaraikan mengikut nama dan alamat.
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia tidak mendaftar rumah ibadat (kuil, tokong,
gereja dan sebagainya) tetapi hanya mendaftarkan Persatuan Penganut dan
Jawatankuasa Pengurusan iaitu pertubuhan yang didaftarkan di bawah kategori
keagamaan mengikut daerah. Jumlah Persatuan Penganut dan Jawatankuasa
Pengurusan keagamaan adalah seperti berikut:
(i) Hindu – 78
(ii) Budhist – 43
(iii) Taoist - 398
(iv) Kristian – 15
(v) Sikh – 4
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
11. Berapakah jumlah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak tahun 2008
di KADUN Batu Uban mengikut:-
(a) Etnik, Jantina dan Umur.
(b) Jenis bantuan yang diterima.
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Jumlah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak tahun 2008 yang
masih aktif di KADUN Batu Uban adalah seramai 141 orang. Manakala seramai 23
penerima tidak aktif di KADUN Batu Uban adalah penerima yang meninggal dunia atau
berpindah ke luar daerah/negeri
(a) Jumlah penerima bantuan JKM di Batu Uban mengikut pecahan etnik, jantina
dan umur adalah seperti berikut:
ETNIK JANTINA
MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN LELAKI PEREMPUAN
57 66 18 0 73 68
JUMLAH 141 141

PERINGKAT UMUR BILANGAN


18-35 30
36-45 20
46-55 29
56-65 24
66-75 25
76-85 12
86-95 1
JUMLAH 141

111
(b) Jenis bantuan yang diterima adalah seperti berikut :
JUMLAH
SKIM BANTUAN
PENERIMA
BANTUAN KANAK-KANAK (BKK) 9
BANTUAN ORANG TUA (BOT) 36
BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB) 28
BANTUAN PENJAGAAN PESAKIT KRONIK/OKU
10
TERLANTAR (BPT)
ELAUN PEKERJA CACAT (EPC) 38
BANTUAN AM (BA) Negeri 20
JUMLAH 141
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
12. Adakah PDRM bercadang untuk membuat OPS Payung di kawasan-kawasan tumpuan
orang awam di Kadun Batu Uban seperti Kompleks Bukit Jambul, di hadapan Super
Tanker Food Court dan di kawasan persekolahan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Ops Payung bertindak sebagai 'balai bergerak' di mana semua elemen rondaan polis akan
menjadikannya sebagai tempat pertemuan. Pertemuan ini akan menampakkan
kehadiran anggota polis yang ramai di sesuatu lokasi. Di bawah Ops Payung, tiga anggota
polis akan bertugas mengikut syif empat jam dan mereka boleh mendirikan payung dan
meja di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai bagi memudahkan masyarakat
mendapatkan bantuan. Selain memberi akses kepada penduduk setempat
menyampaikan maklum balas kepada polis, anggota polis juga dapat mengambil
tindakan yang cepat tatkala berlaku jenayah di sekitar lokasi payung.
Bagi kawasan-kawasan yang disebutkan di atas, sehingga kini penugasan pencegahan
jenayah dibuat oleh empat (4) orang anggota Balai Polis Sungai Nibong yang keluar
meronda-ronda waktu puncak semasa orang membeli belah di kawasan-kawasan
tumpuan orang awam di KADUN Batu Uban seperti Kompleks Bukit Jambul,
hadapan Super Tanker Food Court dan di kawasan-kawasan persekolahan. Di samping
itu, penugasan rondaan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Mobile Petrol
Vehicle (MPV) Timur Laut juga ada dibuat di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun,
Ops Payung tidak dapat dilaksanakan di lokasi terbabit oleh kerana kebanyakan
peralatan sedia ada rosak dan telah memadai dengan rondaan sahaja.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
13. Berapakah peruntukan yang telah diberikan untuk RIBI bagi tahun 2018?
(a) Sila berikan maklumat mengikut tokong, kuil, gereja,dan kuil Sikh.
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) adalah
sebanyak RM2,367,036.92 bagi tahun 2018.
(a) Perincian mengenai peruntukan mengikut aktiviti keagamaan sehingga bulan
September bagi tahun 2018 adalah seperti berikut :-
PERUNTUKAN
AKTIVITI KEAGAMAAN
(RM)
TOKONG 1,279,454.12
KUIL HINDU 725,340.00
GEREJA 312,242.80
GUDWARA 50,000.00
JUMLAH 2,367,036.92

112
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
14. Pembayaran Program Skim Emas.
(a) Adakah kerajaan berhasrat untuk membuat pembayaran pada tahun 2019
menggunakan sistem pembayaran terus ke akaun penerima (EFT)?
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. (a) Kerajaan Negeri sememangnya komited untuk mempermudahkan mekanisme
pembayaran bagi semua program iSejahtera termasuk program Skim Pelajar
Emas.
Berdasarkan perancangan Kerajaan Negeri, pembayaran secara EFT Program
Skim Pelajar Emas, Program Penghargaan Warga Emas, Program Ibu Emas dan
Ibu Tunggal akan dimulakan pada tahun 2019 sebagai pilot project dan
seterusnya akan dikembangkan ke semua program iSejahtera yang lain.
Tertakluk kepada kesesuaian dan pematuhan keperluan bagi cadangan bayaran
secara EFT.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
15. Bilakah projek tebatan banjir akan dijalankan di KADUN Batu Uban?
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Projek tebatan banjir di KADUN Batu Uban yang merupakan komponen Rancangan
Tebatan Banjir (RTB) Bayan Lepas/Bayan Baru akan dilaksanakan setelah kelulusan
peruntukan diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan.
Projek RTB Bayan Lepas merupakan salah satu projek yang dimohon selepas kejadian
banjir pada 4 dan 5 November 2017, di mana Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri
Pulau Pinang telah membentangkan cadangan 13 projek RTB dengan kos keseluruhan
RM1 billion kepada Jawatankuasa Task Force menangani banjir di Pulau Pinang pada 28
Disember 2017 di JPS Malaysia. Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini projek RTB
Bayan Lepas masih belum diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dan JPS Malaysia sedang
dalam proses untuk mengangkat semula permohonan kepada Kerajaan Persekutuan.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
16. Kes orang terjun Jambatan Kedua meningkat.
(a) Apakah tindakan daripada pihak berwajib?
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Malaysia yang kini melalui arus permodenan dan masyarakatnya terdiri daripada
berbilang kaum, terdedah kepada tekanan yang tinggi dan tidak juga terlepas daripada
mengalami senario tingkah laku bunuh diri. Cara yang paling sering digunakan untuk membunuh
diri adalah dengan menggantung diri, terjun jambatan dan terjun daripada bangunan tinggi.
Kini Jambatan Kedua pula menjadi sasaran bagi golongan ini untuk menyelesaikan segala
masalah yang dihadapi dengan membunuh diri melalui terjunan dari Jambatan Kedua. Langkah-
langkah yang diambil oleh Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) pada masa kini ialah:-
(i) Rondaan oleh Polis Bantuan/ peronda bertugas;
(ii) Pemantauan melalui kamera litar tertutup;
(iii) Memberi keutamaan kepada maklumat daripada pihak awam berkaitan terjunan
dari jambatan. Disamping itu, JKSB telah mengambil langkah untuk memasang
papan tanda larangan terjun di jambatan seperti lokasi di bawah:-
(a) Lokasi km 3.0 (wb) arah dari Batu Kawan menuju Pulau;
113
(b) Lokasi km 18.0 di kedua-dua arah (Mainspan); dan
(c) Lokasi km 19.0 di kedua-dua arah (Mainspan).
(iv) Jambatan Kedua Sdn Bhd juga telah membeli peralatan tambahan bagi
menyelamat mangsa yang terjun dari jambatan seperti pelampung, tali, sarung
tangan dan jaket keselamatan; dan
(v) Jambatan Kedua Sdn Bhd dengan kerjasama pihak Akademi Bomba Kuala Kubu
Bharu akan mengadakan kursus teknik penyelamatan di air dan aras tinggi. Ini
sedikit sebanyak memberi gambaran bagaimana untuk menangani dan memberi
pertolongan awal kepada mangsa terjun dari jambatan tetapi teknik seperti ini
hanya boleh dipraktikkan jika mangsa itu sendiri memberi kerjasama dalam erti
kata yang lain mangsa ingin diselamatkan.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
17. Apakah program dan perancangan khas oleh MSN untuk mencungkil bakat atlet-atlet
muda di peringkat sekolah, kolej dan universiti untuk diserap sebagai atlet negeri?
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Setakat ini Majlis Sukan Negeri telah mempunyai Program Pelapis Negeri untuk
menjalankan program-program pembangunan sukan di negeri Pulau Pinang. Program ini
dikendalikan oleh Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) dibawah Bahagian Atlet,
Majlis Sukan Negara dan dipantau pengurusannya oleh Majlis Sukan Negeri. Ianya
bertujuan melahirkan lebih ramai atlet-atlet baru yang berumur 13 hingga 21 tahun dari
16 jenis sukan teras untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi, iaitu mewakili
negeri dan seterusnya mewakili negara. Antara sukan teras yang dibangunkan di bawah
program ini adalah ;
Akuatik – Renang & Terjun, Berbasikal, Gimnastik – Artistik & Gimrama, Lawn Bowls,
Memanah, Olahraga, Pelayaran, Skuasy, Tenpin Bowling, Tinju, Menembak &
Wushu.
Setiap sukan berikut mempunyai pusat latihan yang telah ditetapkan. Jurulatih yang
berpengalaman juga dilantik bagi melatih atlet-atlet muda dibawah program ini untuk
menjalani latihan harian.
Selain daripada menjalani latihan harian, atlet-atlet di bawah program (setiap sukan)
ini juga turut dibawa menyertai beberapa siri kejohanan yang telah ditetapkan sebagai
pengukur prestasi terkini para atlet.
Talent Identification (TID) serta Klinik Pengenalan Sukan diadakan di sekolah-sekolah
bagi mencari bakat baru diperingkat akar umbi. Kem-kem bina semangat juga turut
dilaksanakan kepada atlet-atlet.
Hasilnya, atlet yang terbaik, menunjukkan prestasi yang konsisten serta melepasi syarat
had kelayakan dalam siri kejohanan yang disertai yang ditetapkan oleh Majlis Sukan
Negeri & Persatuan Sukan Negeri akan diserap masuk ke Skuad Latihan dan akan
mewakili negeri Pulau Pinang dalam Temasya Sukan Malaysia (SUKMA).
Program & Perancangan Khas Majlis Sukan Negeri
Bermula Januari 2019, Program Pelapis Negeri akan dikendalikan sepenuhnya oleh
Majlis Sukan Negeri. Oleh yang demikian, penstrukturan semula serta penambahbaikan
akan dilakukan. Antara perancangan khas ialah :
(a) Membesarkan lagi tapak (base) atlet-atlet pembangunan (sekolah) diperingkat
negeri dengan mendapatkan data senarai pemenang-pemenang kejohanan sukan
di peringkat Zon, Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang (MSSPP) dan Majlis Sukan
sekolah Malaysia (MSSM) daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan seterusnya
akan turun ke peringkat sekolah untuk memilih atlet-atlet baru.

114
(b) Berdasarkan data yang ada, pihak Majlis Sukan Negeri akan turun mencari
pelajar-pelajar berkenaan di sekolah untuk memberi nasihat supaya dapat terus
menjalani latihan di pusat-pusat latihan Majlis Sukan Negeri.
(c) Program Klinik Pengenalan Sukan serta Talent Identification (TID) yang lebih
spesifik dengan mengaplikasikan aspek Sains Sukan juga akan terus dilaksanakan
di sekolah-sekolah.
(d) Majlis Sukan Negeri juga akan turun ke kolej-kolej & universiti-universiti
(Institut Pengajian Tinggi (IPT) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) ) di
Pulau Pinang bagi mengenal pasti dikalangan pelajar-pelajar mempunyai bakat
dalam sukan-sukan tertentu untuk diketengahkan dan seterusnya dilatih untuk
mewakili negeri Pulau Pinang.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
18. Perniagaan tanpa lesen oleh peniaga asing.
(a) Apakah tindakan daripada agensi penguatkuasaan seperti Imigresen, PBT,
Kastam dan PDRM?
(b) Nyatakan statistik tangkapan warga asing tanpa dokumen sah setakat tahun
2018.
Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Tindakan yang diambil oleh agensi penguatkuasa bagi membanteras perniagaan tanpa
lesen oleh peniaga warga negara asing adalah seperti berikut :
(a) Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil tindakan
penguatkuasaan melalui peruntukan undang-undang iaitu:
(i) Mengeluarkan Pemberitahu Tentang Kesalahan kepada pengusaha
berkenaan dengan kadar denda sebanyak RM250.00 bagi setiap satu
kesalahan;
(ii) Mengambil tindakan rampasan barangan tred bagi tujuan tindakan
mahkamah; dan
(iii) Menyita barangan tred bagi menghapus kacau ganggu awam.
Selain itu, langkah kawalan dan penguatkuasaan gerai makanan yang
dikendalikan oleh warga asing oleh MBPP adalah seperti berikut:
(i) Mengadakan operasi bersepadu bersama dengan Jabatan Imigresen bagi
memantau dan mengawal warga asing yang menyalahguna permit kerja;
(ii) Mengadakan operasi bersepadu dengan Jabatan Kesihatan Negeri bagi
penguatkuasaan Akta Makanan 1983; dan
(iii) Melaksanakan operasi penguatkuasaan rutin dua kali seminggu ke atas
premis makanan.
(b) Tindakan yang diambil oleh MPSP terhadap perniagaan tanpa yang di usahakan
oleh warga asing adalah seperti berikut:
(i) Mengambil tindakan pengeluaran Notis Menghendaki Perniagaan
dihentikan dalam tempoh tertentu yang di tetapkan. Setakat ini, MPSP
telah mengeluarkan 9 notis kepada warga asing yang menjalankan
perniagaan tanpa lesen sah;
(ii) Mengeluarkan notis tawaran mengkompaun di atas kesalahan
menjalankan perniagaan tanpa lesen atau tidak mematuhi syarat-syarat
pelesenan.Setakat ini, MPSP telah megeluarkan notis tersebut kepada
116 warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen sah;
(iii) Mengambil tindakan undang-undang di bawah Undang-undang Kecil
Bayaran Lesen, MPSP 1980 diatas kesalahan menjalankan perniagaan
115
tanpa lesen. Setakat ini,MPSP telah mengeluarkan notis tawaran
kompaun kepada 63 warga asing yang di dapati menjalankan perniagaan
tanpa lesen di bawah peruntukan undang-undang kecil tersebut;
(iv) Menjalankan operasi bersepadu bersama-sama Jabatan Imigresen Negeri
dan Jabatan Kesihatan Negeri bagi pemeriksaan pematuhan syarat lesen.
Setakat ini, MPSP telah menjalankan 7 operasi bersepadu bersama
dengan Jabatan Imigresen Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri; dan
(v) Menjalankan operasi sitaan barang niaga perniagaan yang dikendalikan
oleh penjaja asing dirumah kediaman yang menimbulkan kacau ganggu.
Setakat ini, MPSP telah menjalankan 5 operasi sitaan barangan niaga
perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing.
Tidak ada tindakan daripada pihak Polis dan Jabatan Kastam kerana perkara ini di luar
bidang kuasa jabatan tersebut.
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang telah mengambil tindakan terhadap
warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen /dokumen yang sah dengan
tindakan penangkapan bagi tempoh 1 Januari 2018 sehingga 30 September 2018 seperti
dibawah :
TIADA PAS/DOKUMEN
WARGANEGARA
[SEK.6(1)(C)]
Bangladesh 461
Indonesia 316
Myanmar 427
Nepal 106
Thailand 42
Vietnam 19
India 57
Pakistan 27
Laos 0
Cambodia 3
China PRC 3
Filipina 9
Syria 7
Britain 0
Yemen 7
Lain-Lain 9
JUMLAH 1,493
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
19. Nyatakan projek-projek infrastruktur dan pembangunan dalam perancangan Jabatan
Kerja Raya di KADUN Batu Uban?
Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya Negeri telah menyediakan perancangan
bagi melaksanakan projek-projek infrastruktur dan pembangunan di KADUN Batu Uban.
Senarai projek dalam perancangan Jabatan Kerja Raya di KADUN Batu Uban adalah
seperti berikut :
(a) Menaik taraf jalan dan bahu jalan di Bukit Gambir (berhampiran Taman Bukit
Jambul);
(b) Menaik taraf jalan dan bahu jalan di Jalan Kampung Relau, Sungai Nibong;
(c) Menaik taraf jalan dan longkang di Jalan Pekaka dan jalan-jalan sekitarnya,
Taman Pekaka;
116
(d) Menaik taraf jalan dan longkang di Lebuh Nipah dan jalan-jalan di sekitarnya,
Taman Lip Sin; dan
(e) Menaik taraf jalan dan bahu jalan di Jalan Sungai Dua.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
20. Industri pelancongan di Pulau Pinang.
(a) Nyatakan jumlah pelancong dalam negeri dan luar negara dari bulan Januari
hingga Oktober 2018.
(b) Apakah perancangan untuk mempromosi Pulau Pinang sebagai destinasi
pelancongan nombor 1 di Malaysia?
(c) Apakah bantuan dan insentif untuk membantu mereka yang terlibat dalam
industri pelancongan tempatan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
20. (a) Statistik jumlah pelancong dalam negeri dan luar negara yang melawat Pulau
Pinang dari bulan Januari hingga September 2018 diperolehi daripada data
kemasukan pelancong melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
seperti di Lampiran A. Dalam tempoh tersebut, sejumlah 2,835,347 pelancong
dicatatkan yang terdiri daripada 1,538,189 pelancong dalam negeri (domestik)
dan 1,297,158 pelancong luar negara (antarabangsa). Data bagi bulan Oktober
2018 masih belum dikeluarkan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad. Walau
bagaimanapun, statistik pelancong yang masuk ke Pulau Pinang melalui jalan
darat tidak dapat dikenal pasti.
(b) Kerajaan Negeri melalui Penang Global Tourism akan terus berusaha untuk
mempromosi Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan nombor 1 di Malaysia
melalui perancangan berikut:
(i) Menggiatkan penganjuran jelajah tradeshows dan penyertaan dalam
pameran-pameran pelancongan di luar negara seperti South Asia’s
Leading Travel Show (SATTE), World Travel Mart (WTM), ITB Berlin,
Arabian Travel Market Dubai, JATA Japan, Shanghai World Travel
Fair dan lain-lain melalui kerjasama rapat dengan Tourism Malaysia,
syarikat penerbangan, ejen pelancongan dan penggiat industri
pelancongan;
(ii) Melaksanakan kempen taktikal dengan kerjasama bersama agensi
pelancongan online dan syarikat penerbangan untuk menarik lebih ramai
pelancong ke Pulau Pinang. Penjualan bilik hotel dapat dipantau secara
terus melalui sistem-sistem agensi pelancongan dan syarikat
penerbangan; dan
(iii) Meningkatkan penglibatan pelancong (consumer engagement) dalam
media sosial atau media digital supaya maklumat pelancongan Pulau
Pinang dapat disalurkan terus kepada pelancong.
(c) Kerajaan Negeri telah melaksanakan pemberian insentif RM20 kepada pengayuh
beca setiap minggu. Insentif tambahan sebanyak RM20 turut diberikan sekiranya
pengayuh beca berkenaan hadir empat minggu berturut-turut. Inisiatif ini yang
dimulakan sejak tahun 2011 telah memanfaatkan pengayuh beca di Pulau Pinang
di mana mereka berpeluang menerima sehingga RM100 sebulan. Peruntukan
sebanyak RM12,000 disediakan pada setiap bulan bagi program ini. Bagi
pengusaha homestay pula, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dalam penganjuran kursus untuk
meningkatkan taraf perkhidmatan homestay dari semasa ke semasa.
RUJUK LAMPIRAN A.
117
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
21. Projek pembentungan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan di KADUN Batu Uban.
(a) Bilakah projek ini akan siap sepenuhnya?
(b) Adakah kontraktor akan diambil tindakan LED kerana gagal melaksanakan projek
dalam tempoh masa yang ditetapkan?
(c) Siapakah yang akan memantau tentang isu keselamatan dan lalu lintas
Y.A.B. Ketua Menteri:
21. (a) Pelaksanaan projek rangkaian paip pembetungan di Bayan Baru, KADUN Batu
Uban yang telah bermula pada 9 Oktober 2015 dijadualkan siap pada 8 Oktober
2018. Walau bagaimanapun, projek ini telah diberikan lanjutan masa pertama
(EOT 1) sebanyak 131 hari, bermula 9 Oktober 2018 sehingga 17 Februari 2019
atas faktor keterlibatan perubahan jajaran paip pembetungan. Projek ini
dijangka akan diberi lanjutan masa tambahan berikutan terdapat beberapa isu
di tapak, iaitu penemuan kabel utiliti di Jalan Sungai Dua, Jalan Pekaka dan
Jalan Bukit Gambir yang memerlukan kerja-kerja pengalihan utiliti tersebut
diselesaikan terlebih dahulu bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan paip
pembetungan di tapak dapat diteruskan.
(b) Kontraktor projek ini akan dikenakan tindakan denda Liquidated Ascertained
Damages (LAD) sebanyak RM32,152.42/hari, sekiranya gagal menyiapkan kerja
dalam tempoh masa yang ditetapkan, berdasarkan kontrak yang ditandatangani
antara pihak Kerajaan dan pihak kontraktor.
(c) Pemantauan ke atas isu keselamatan di tapak projek ini adalah di bawah
tanggungjawab pihak kontraktor yang telah dipertanggungjawabkan untuk
melantik Safety and Health Officer bertauliah, yang akan memastikan semua isu
keselamatan dan kesihatan di tapak dapat ditangani. Di samping itu, pihak JPP
dan Perunding juga menjalankan pemantauan keselamatan ketika projek
dilaksanakan. Berkenaan dengan isu lalulintas, pihak kontraktor, melalui
Perunding Pengurusan Lalulintas yang dilantik akan mengemukakan Pelan
Pengurusan Trafik (TMP) termasuk aspek pengurusan lalu lintas kepada Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mendapatkan kelulusan permit sebelum kerja-
kerja pemasangan paip boleh dilaksanakan di tapak. Pematuhan kepada TMP
dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT kelak akan memastikan pelaksanaan
projek ini tidak mengganggu lalulintas.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
22. Astaka Jalan Permai yang kurang berpontensi.
(a) Apakah cadangan daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Antara cadangan MBPP bagi meningkatkan potensi Astaka Jalan Permai adalah seperti
berikut:
(i) Mengkaji semula jenis aktiviti perniagaan penjaja di astaka tersebut;
(ii) Memberikan khidmat nasihat kepada peniaga untuk meningkatkan promosi
jualan di astaka tersebut;
(iii) Menjalankan kajian bagi cadangan menswastakan astaka tersebut bagi
mempelbagaikan aktiviti di kawasan berkenaan; dan
(iv) Menjalankan kajian kesesuaian pasaran mengikut demografi penduduk sekitar
kawasan Jalan Permai.
118
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
23. Jeti Nelayan Batu Uban.
(a) Adakah kerajaan mempunyai cadangan untuk menaik taraf kemudahan jeti?
(b) Apakah jenis bantuan yang diberikan untuk meningkatkan ekonomi nelayan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
23. (a) Buat masa ini, kerajaan tidak mempunyai cadangan untuk menaik taraf
kemudahan jeti di Batu Uban memandangkan jeti tersebut telah dinaik taraf
pada tahun 2015 dan 2017. Pada tahun 2015, kerajaan melalui Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah membelanjakan sejumlah RM199,950.00
bagi kerja-kerja memasang dan menyiapkan jeti terapung serta kerja-kerja
berkaitan di Jeti Nelayan Batu Uban. Manakala pada tahun 2017, sejumlah
RM114,730.00 dibelanjakan bagi kerja-kerja membina dan menyiapkan struktur
tambahan pontoon serta kerja-kerja berkaitan.
(b) Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah menyediakan pelbagai bantuan
bagi meningkatkan ekonomi nelayan. Antara bantuan yang diberikan ialah :
(i) Pinjaman Dana Nelayan
Pinjaman mudah bagi pembelian bot dan peralatan baru atau
meningkatkan keupayaan bot sedia ada, pinjaman modal operasi,
pinjaman kecemasan untuk nelayan dan modal pusingan pemasaran
untuk Persatuan Nelayan.
(ii) Projek Khas Perumahan Nelayan
Nelayan yang berkelayakan diberikan bantuan untuk membaik pulih dan
membina rumah baharu. Program ini dilaksanakan berdasarkan tiga (3)
kategori iaitu Baik Pulih Rumah Nelayan, Program Bina Baru dan Program
Penempatan Semula Nelayan (PSN).
(iii) Skim Insuran Nelayan
Bertujuan untuk membela nasib keluarga nelayan dan persediaan
kewangan luar jangka golongan nelayan sekiranya berlaku kejadian yang
tidak diingini atau kemalangan melibatkan nelayan.
(iv) Elaun Sara Hidup Nelayan
Membantu meringankan beban golongan nelayan yang berkelayakan.
(v) Pengurusan Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan
Membantu menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan kesan
daripada kenaikan harga pasaran minyak.
(vi) Kursus Kemahiran dan Bengkel
Memberikan kemahiran kepada nelayan dan keluarga nelayan agar
kemahiran boleh dipelbagaikan.
(vii) Sokongan dan Bantuan Kepada Kumpulan Nelayan
Sokongan dan bantuan modal serta peralatan kepada Kumpulan Nelayan
yang terdiri daripada Kumpulan Belia Nelayan (KUBENA) dan Kumpulan
Nelayan Wanita (KUNITA) bagi melaksanakan projek ekonomi mereka
seperti aktiviti jualan kraftangan, perusahaan gerai makanan, kelas
jahitan, membuat keropok lekor, kuih muih tradisional, sewaan kanopi
dan sebagainya.

119
(viii) Bantuan Touch Point
Nelayan diberikan bantuan-bantuan input berupa barangan keselamatan
dan peralatan nelayan seperti tong insulasi, baju hujan, lampu suluh dan
beg kalis air.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
24. Apakah persiapan Kerajaan Negeri menghadapi Revolusi Industri 4.0?
Y.A.B. Ketua Menteri:
24. Tidak dapat dinafikan bahawa Revolusi Industri akan memberi impak besar dalam
pelbagai aspek kehidupan termasuklah dalam pekerjaan. Persediaan dan perancangan
yang rapi sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri untuk menghadapi Revolusi Industri
4.0 adalah seperti berikut:-
(i) Memberi tumpuan kepada Pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering
and Maths) bagi memastikan Pulau Pinang menjadi pusat kecemerlangan sains
dan teknologi melalui penubuhan Tech Dome Penang, Penang Science Cluster,
Pusat @CAT dan Penang Math Platform.
(ii) Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Penang Skills Development Center (PSDC)
dan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk meningkatkan
tahap pembangunan sumber manusia berteraskan latihan kemahiran mengikut
keperluan pasaran di Pulau Pinang. Semua pelajar (100%) yang mengikuti kursus
kemahiran (TVET) di PSDC mendapat pekerjaan selepas menamatkan program
masing-masing. Dianggarkan 60% daripada pelajar-pelajar tersebut mendapat
pekerjaan di syarikat tempatan (Local Large Companydan SME) manakala baki
40% telah mendapat pekerjaan di MNC.
(iii) Menubuhkan Penang Digital Library (PDL), Butterworth
Digital Library, Penang Islamic Digital Library juga merupakan inisiatif
Kerajaan Negeri dalam menuju Revolusi Industri 4.0 yang memberi fokus kepada
Pendidikan ESTEEMA (English, Science, Technology, Engineering, Entrepreneur,
Mathematics, Arts).
(iv) Mewujudkan Penang i4.0 Seed Fund melalui dana permulaan berjumlah RM4.0
juta (USD1 juta) untuk membantu usahawan kecil dan syarikat-syarikat start-
up yang terlibat dalam bidang teknologi seperti ‘IoT’, ‘e-commerce’ dan bidang
berkaitan bagi mempercepatkan dan mengembangkan pembangunan syarikat-
syarikat start-up di Pulau Pinang.
(v) Membangunkan Konsep Bandar Pintar di Negeri Pulau Pinang dengan
mengutamakan infrastruktur ICT(Information and Communication
Technology) sebagai kemudahan asas bandar dalam menuju era Revolusi
Industri 4.0.
(vi) Bekerjasama dengan agensi-agensi seperti MIDA dan organisasi antarabangsa
seperti SEMI (Badan Peralatan dan Bahan Semikonduktor Antarabangsa
(Semiconductor Equipment and Materials International) bagi menganjurkan
seminar-seminar berkaitan inovasi dan proses dalam Industri 4.0.
(vii) Seminar Kerajaan Digital dianjurkan secara tahunan dengan pembentangan dan
sesi forum khusus berkaitan bidang-bidang Industri 4.0 seperti IoT, big
data, blockchain, machine learning dan lain-lain.
(viii) Menganjurkan Program Hackaton Data Terbuka untuk mencetus dan
menggalakkan penggunaan data terbuka kerajaan dalam kalangan rakyat,
pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), organisasi dan individu yang berbakat
dalam menghasilkan produk data yang inovatif.

120
(ix) Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga akan menubuhkan
Jawatankuasa Industri 4.0 (Fourth Industrial Revolution Committee) yang
mengandungi masyarakat setempat, Ahli Majlis, pegawai kerajaan dan sektor
swasta. Jawatankuasa ini akan membincangkan polisi berkaitan industri 4.0 dan
cara pelaksanaannya dengan mengambil manfaat teknologi seperti Internet of
Things (IoT), Big Data dan wireless communication ke arah mencapai bandar
rendah karbon.
(x) Pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menggunakan pemantauan operasi lampu
isyarat dan lampu jalan secara pintar.
(xi) Membangunkan sistem Smart Traffic Analytics & Recognation System untuk alat
kawalan lampu isyarat.
Malah menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk Penjawat Awam di bawah Kerajaan
Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Negeri, Syarikat Kerajaan
Negeri dan lain-lain diberi pendedahan dan pemahaman tentang Revolusi
Industri 4.0 ini melalui latihan, seminar,kursus dan lain-lain pendedahan yang
dianjurkan sama ada oleh kerajaan atau pihak swasta.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
25. Program Bantuan Penyelenggaran Pulau Pinang (HAPPY).
(a) Nyatakan jumlah projek dan peruntukan yang diluluskan di KADUN Batu Uban.
Y.A.B. Ketua Menteri:
25. (a) Sejak program Housing Assistance Programme Of Penang, YES!(HAPPY!)
diperkenalkan pada tahun 2013, jumlah peruntukan yang diluluskan mengikut
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan tahun pelaksanaannya adalah seperti
berikut:-
PIHAK BERKUASA
BIL. TAHUN BILANGAN LULUS AMAUN
TEMPATAN
MBPP 1 RM9,610.00
1 2013
MPSP 2 RM458,361.00
MBPP 10 RM1,290,620.00
2 2014
MPSP 3 RM1,122,000.00
MBPP 6 RM1,148,155.55
3 2015
MPSP 6 RM1,124,000.00
JUMLAH 28 RM5,152,746.55

Daripada 17 permohonan yang diluluskan bagi skim perumahan di bawah MBPP, tiada
yang direkodkan daripada KADUN Batu Uban.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
26. Apakah status hotel yang dijadikan sebagai hostel pekerja di Alora Hotel.
(a) Adakah telah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri dan Majlis
Bandaraya Pulau Pinang?
(b) Apakah garis panduan untuk hostel pekerja?
Y.A.B. Ketua Menteri:
26. (a) Kerajaan Negeri tidak memberikan sebarang kelulusan kepada Hotel Alora
untuk dijadikan sebagai hostel pekerja. Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang
(MBPP) juga tidak menerima sebarang Permohonan Kebenaran Merancang (PKM)
bagi cadangan menukar kegunaan bangunan daripada pangsapuri perkhidmatan
121
kepada hostel pekerja. Sebaliknya pihak Hotel Alora telah diambil tindakan
Mahkamah pada 12 Jun 2018 dan telah disabitkan kerana tidak mengemukakan
permohonan tukar syarat daripada pangsapuri perkhidmatan kepada hostel
pekerja. Dakwaan berkenaan adalah atas kesalahan di bawah Seksyen 28 (9)
Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 dengan denda RM20,000 atau penjara 1
bulan jika gagal menjelaskan denda. Pihak Hotel Alora telah menjelaskan denda
tersebut.
(b) Kerajaan Negeri telah meluluskan Garis Panduan Perancangan Pembinaan
Asrama Pekerja di Negeri Pulau Pinang dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Perancang Negeri (JPN) pada 21 November 2017. Garis Panduan ini disediakan
bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),
Jabatan-jabatan Teknikal, pemaju, pelabur perindustrian, pihak pengurusan
asrama pekerja dan perunding bagi merancang pemajuan, pembangunan,
pengurusan, pelaksanaan dan penguatkuasaan pembinaan asrama pekerja di
Pulau Pinang.
Garis Panduan ini telah dibuat pindaan semula bagi memastikan ianya sesuai
dilaksanakan. Pindaan ini juga dibuat untuk meningkatkan tanggungjawab
kepada pemilik industri supaya menyediakan kemudahan asrama termasuk
kemudahan asrama kepada pekerja tempatan. Justeru, Mesyuarat JPN pada 15
Mac 2018 telah meluluskan dan mengesahkan pindaan Garis Panduan tersebut
untuk diimplementasikan di negeri Pulau Pinang. Garis Panduan Perancangan
Pembinaan Asrama Pekerja di Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
27. Adakah kerajaan bercadang menggazetkan Masjid Jamek Batu Uban iaitu masjid yang
terawal di Pulau Pinang.sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO?
Y.A.B. Ketua Menteri:
27. Kerajaan Negeri melalui George Town World Heritage Incorporated (GTWHI)
sememangnya bercadang untuk mewartakan Masjid Jamek Batu Uban sebagai Tapak
Warisan Dunia UNESCO. Perbincangan bersama kariah Masjid Jamek Batu Uban, Majlis
Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Jabatan Warisan Negara mendapati masjid ini mempunyai
sumbangan tersendiri dalam membentuk identiti Negeri Pulau Pinang pada hari ini di
mana masjid yang diasaskan oleh Tuan Haji Mohamad Saleh atau Nakhoda Nan Intan
pada tahun 1734 telah membuka penempatan Kampung Batu Uban yang merupakan
penempatan terawal di Negeri Pulau Pinang.
Pada ketika ini, Jabatan Warisan Negara sedang dalam proses menetapkan Masjid
Jamek Batu Uban sebagai tapak warisan kebangsaan terlebih dahulu dan
mewartakannya di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Status tindakan terkini
adalah di peringkat Notis Niat dan seterusnya Siaran Akhbar. Pencalonan sebagai Tapak
Warisan Dunia UNESCO akan dilaksanakan selepas Masjid Jamek Batu Uban didaftarkan
sebagai tapak warisan kebangsaan.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
28. Penubuhan Koperasi di Pulau Pinang.
(a) Berapakah jumlah Koperasi yang telah ditubuhkan sejak tahun 2008?
(b) Apakah jenis bantuan yang diberikan?

122
Y.A.B. Ketua Menteri:
28. (a) Sejak 2008 sebanyak 428 koperasi baharu telah ditubuhkan di Pulau Pinang dan
didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), menjadikan jumlahnya
sehingga September 2018 adalah 724 buah.
(b) SKM menyediakan Geran Bantuan Pembangunan kepada koperasi yang berdaftar
dan diagihkan selaras dengan Bidang Keberhasilan Ekonomi Koperasi iaitu:
(i) Sektor Perkhidmatan Kewangan;
(ii) Sektor Pemborongan dan Peruncitan;
(iii) Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan;
(iv) Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani;
(v) Sektor Perladangan; dan
(vi) Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Pembinaan.
Terdapat dua (2) jenis bantuan di bawah Geran Bantuan Pembangunan seperti berikut:
 Bantuan Pembangunan Perniagaan yang terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu:
(a) START-UP
(i) Bantuan Perniagaan Koperasi
(ii) Bantuan Pembangunan Fizikal
(iii) Had maksimum sehingga RM50,000.00
(b) SCALING-UP
(i) Bantuan Pengukuhan/Pemantapan Perniagaan
(ii) Bantuan Pemasaran/Perkhidmatan
(iii) Had maksimum sehingga RM150,000.00
(c) ADVANCE
(i) Bantuan Pembangunan Industri Huluan & Hiliran/Inklusiviti
(ii) Had maksimum sehingga RM300,000.00
 Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi;
Pihak koperasi boleh memohon sekiranya koperasi mengalami bencana alam
termasuk banjir, ribut, kilat, tanah runtuh, puting beliung, gempa bumi dan
bencana alam yang lain; serta faktor luar kawalan meliputi serangan ke atas
tanaman, penyakit kaki dan mulut, penyakit-penyakit lain yang boleh
merosakkan tanaman atau haiwan, renjatan elektrik dan kebakaran. Had
maksimum sehingga RM30,000.00.
Selain itu, pihak SKM juga menyediakan pembiayaan Tabung Modal Pusingan
(TMP-JPK) kepada koperasi yang layak dan memenuhi syarat tidak melebihi
RM10 juta untuk setiap koperasi melaksanakan aktiviti perniagaan selaras
dengan Dasar Koperasi Negara 2011-2020.
Bagi memastikan tadbir urus koperasi menjadi lebih berkesan, Maktab Koperasi
Malaysia (MKM) menawarkan latihan dan kursus wajib kepada koperasi yang
berdaftar di bawah SKM.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
29. Berapakah jumlah kos untuk penganjuran Sukan Asia Pacific Master Games 2018?
(a) Bagaimanakah sambutan sukan tersebut daripada masyarakat dan atlet?
(b) Badan atau organisasi manakah yang diberi tanggungjawab untuk promosi dan
penganjuran sukan tersebut?

123
Y.A.B. Ketua Menteri:
29. Jumlah kos penganjuran Asia Pacific Masters Games (APMG) Penang 2018
adalah sebanyak RM10,235,789.32 setakat 7hb November 2018. Keseluruhan jumlah kos
penganjuran hanya dapat disahkan pada penutupan tahun fiskal iaitu pada hujung bulan
Disember tahun 2018.
(a) Kejohanan APMG Penang 2018 telah mendapat sambutan yang amat
menggalakkan daripada masyarakat setempat dan juga atlet. Seramai 5,269
peserta dari 65 negara telah menyertai 22 jenis sukan di Kejohanan APMG
Penang 2018.
(b) Kerajaan Negeri telah menubuhkan sebuah Special Purpose Vehicle (SPV) iaitu
Penang Asia Pacific Masters Games (PAPMG) Sdn. Bhd. yang berperanan untuk
menguruskan penganjuran APMG Penang 2018.
PAPMG telah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia, Penang
Global Tourism (PGT) dan Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATTA) untuk
mempromosikan Kejohanan APMG Penang 2018 di dalam dan juga luar negara.
Selain itu, kerjasama juga dilaksanakan bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang
(MBPP) dan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) untuk
menganjurkan Larian Obor APMG Penang 2018 yang telah berlangsung dari 28
April hingga 8 September 2018 sebagai salah satu program mempromosikan
Kejohanan APMG Penang 2018 di seluruh Malaysia.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
30. Apakah program-program untuk membantu usahawan Industri Perusahaan Kecil &
Sederhana (IKS)?
(a) Berapakah usahawan tempatan yang berjaya mempromosi produk keluaran
mereka di pasaran antarabangsa?
Y.A.B. Ketua Menteri:
30. (a) Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan
InvestPenang melaksanakan pelbagai program untuk membantu pembangunan
usahawan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) di Pulau Pinang seperti berikut:
(i) Menyediakan ruang operasi kepada PKS di Penang SME Centre, Taman
Perindustrian Bayan Lepas dan SMEVillage di Taman Perindustrian Batu
Kawan. Usahawan tempatan boleh menyewa/membeli ruang industri
dalam projek-projek tersebut dengan kadar subsidi dan beroperasi
berdekatan dengan syarikat luar negara supaya servis dan produk mereka
dapat dibekalkan dalam tempoh masa atau jarak yang singkat;
(ii) Menganjurkan sesi-sesi pemadanan perniagaan dan peluang pemasaran;
(iii) Menjalinkan kerjasama dengan kilang pelaburan asing;
(iv) Menganjurkan Hari Pembekal dan memperkenalkan pelabur baharu
kepada syarikat tempatan yang berpotensi menjadi
pembekal/vendor kepada pelabur asing;
(v) Membentuk Kluster Automasi Penang atau Penang Automation
Cluster (PAC) di Kawasan Perindustrian Batu Kawan yang akan mula
beroperasi pada tahun 2019;
(vi) Menawarkan Penang i4.0 Seed Fund berjumlah RM4 juta untuk
membantu usahawan-usahawan baharu dalam bidang berasaskan
teknologi (technopreneur) yang berpotensi untuk mencapai
pengkomersialan. Penang i4.0 Seed Fund ini diuruskan
oleh InvestPenang di bawah Creative, Analytics, Technology (@CAT);

124
(vii) Membekalkan ruang operasi kepada technopreneur dengan kadar sewa
yang bersubsidi di @CAT dan menganjur pelbagai program pembangunan
keusahawan untuk membantu mereka; dan
(viii) Menganjurkan sesi dialog dengan agensi persekutuan yang mempunyai
dana dan bajet kepada usahawan yang ingin menaiktarafkan sistem
mereka dalam Industri 4.0.
Di peringkat Persekutuan pula, berdasarkan laporan dalam Pelan Tindakan Bersepadu
PKS (SMEIPA), pada tahun 2018 sebanyak 151 program pembangunan keusahawanan dan
PKS dijalankan oleh pelbagai kementerian dan agensi seperti Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI), Malaysia External Trade Development
Corporation (MATRADE) dan SME Corporation Malaysia melibatkan jumlah anggaran
dana sebanyak RM12.89 bilion yang akan memberi manfaat kepada 613,576 PKS.
Berdasarkan rekod Matrade, dari tahun 2014 hingga Oktober 2018, sebanyak 803
syarikat/usahawan tempatan di Malaysia termasuk Pulau Pinang yang berjaya menyertai
promosi perdagangan antarabangsa MATRADE di pelbagai negara.
MMK Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa telah membawa beberapa usahawan
untuk menyertai rombongan perdagangan dan pelaburan ke negara-negara berikut bagi
tujuan promosi dan pemadanan perniagaan (business matching):
(i) Pada 12-15 Julai 2018; seramai 6 usahawan Pulau Pinang menyertai
Expo World HAPEX 2018 di Songkla, Thailand; dan
(ii) Pada 22-27 Oktober 2018; seramai 13 usahawan Pulau Pinang
menyertai Trade Expo Indonesia di Banten dan Bandung, Indonesia.
Selain itu usahawan Pulau Pinang turut mempromosi barangan mereka dengan
menyertai expo antarabangsa secara persendirian yang tidak melibatkan Kerajaan
Negeri secara langsung.
IX. Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
1. Adakah Kerajaan Negeri telah mengadakan kerjasama dengan Kerajaan
Persekutuan untuk memperkenalkan kawasan-kawasan baru bagi menambahkan
produk pelancongan di Pulau Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam
membangunkan sektor pelancongan Pulau Pinang khususnya dalam memperkenalkan
kawasan pelancongan baharu dan menambahkan produk pelancongan. Antaranya,
kerjasama Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan melalui Northern Corridor
Implementation Authority (NCIA) telah memudahcara pelaksanaan projek Angsana
Teluk Bahang yang akan dilengkapi dengan hotel, suites dan Wellness Centre. Hotel ini
merupakan satu-satunya hotel bertaraf 5 bintang di kawasan Teluk Bahang.
Kerajaan Negeri juga berkerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam menambah
baik infrastruktur dan akses ke kawasan tarikan pelancong, seterusnya membuka ruang
untuk penerokaan kawasan baharu. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya telah meluluskan Projek Menaiktaraf Bypath E, F, G, H,
I dan J di Bukit Bendera dan Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan di Sungai
Tukun, Taman Negara Pulau Pinang.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni
dan Budaya dan Tourism Malaysia dalam pameran pelancongan di bawah pavilion
Malaysia. Kerjasama ini telah terjalin dalam pameran pelancongan seperti Thailand
International Travel Fair, International Travel EXPO Hong Kong, International Travel
EXPO Ho Chi Minh City Vietnam dan Internationale Tourismus-Borse (ITB) Asia
Singapura.
125
Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Adakah Kerajaan Negeri akan menambah peruntukan khas melalui Pihak
Berkuasa Tempatan bagi pengindahan dan naik taraf landskap di sepanjang
Jalan Negeri terutamanya di kawasan Seberang Perai?
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Kerajaan Negeri hanya menyalurkan peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalanraya
Malaysia (MARRIS) kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi tujuan penyenggaraan jalan
yang mematuhi garis panduan MARRIS. Kerja penyenggaraan jalan negeri ini
merangkumi kerja penyenggaraan bahu jalan, kerja-kerja pemotongan
rumput/landskap, kerja menyenggara pokok-pokok di bahu jalan dan lain-lain. Bagi
tahun 2018, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan MARRIS sejumlah RM30 juta
kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan RM20 juta kepada Majils
Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi tujuan penyenggaraan jalan negeri termasuk kerja-
kerja landskap yang mematuhi garis panduan MARRIS.
Bagi kawasan Seberang Perai, Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan khas
kepada MPSP bagi kerja-kerja pengindahan dan naik taraf landskap di Jalan Negeri.
Walau bagaimanapun, kerja-kerja tersebut tetap dilaksanakan di peringkat MPSP
melalui kaedah-kaedah berikut:-
(i) Kerja-kerja naik taraf landskap perbandaran dilaksanakan oleh MPSP dengan
menggunakan peruntukan bajet tahunan ataupun wang sumbangan;
(ii) Kerja-kerja pengindahan dan penanaman pokok-pokok teduhan dilaksanakan
oleh JKR melalui projek naik taraf jalan-jalan utama; dan
(iii) Kerja-kerja naik taraf pengindahan landskap di jalan-jalan utama dilaksanakan
melalui Program “People, Public, Private, Philantrophy, Philosopher, Planet,
Partnership” (7P’s) oleh pihak penaja yang berminat.
Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Berapa lamakah tempoh yang diambil bagi sesuatu permohonan di bawah Program
Agenda Ekonomi Saksama (AES) dari mula dipohon hingga pemohon menerima bantuan?
(a) Bantuan kewangan bulanan.
(b) Bantuan baiki rumah.
(c) Bantuan bina baru rumah
(d) Bantuan peralatan perniagaan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) dan Projek Khas Ekonomi adalah dua (2)
program yang berlainan dan berbeza pelaksanaannya. Program Agenda Ekonomi
Saksama adalah bantuan kewangan bulanan secara top-up kepada individu/keluarga
yang mempunyai pendapatan perkapita di bawah RM220 manakala Projek Khas Ekonomi
adalah meliputi bantuan baiki dan bina baru rumah serta bantuan peralatan kepada
mereka yang kurang berkemampuan. Tempoh masa yang diambil dari mula permohonan
sehingga terima bantuan bagi setiap bantuan adalah seperti berikut:-
(a) PROGRAM AGENDA EKONOMI SAKSAMA
Tempoh yang diambil bagi sesuatu permohonan dari mula dimohon sehingga
pemohon menerima bantuan Program AES adalah 30-36 hari sekiranya borang
dan dokumen sokongan lengkap. Mengikut norma kerja, sekiranya permohonan
diterima pada awal bulan, kes-kes boleh dibentangkan pada bulan berkenaan
dan bayaran kewangan akan dibuat pada bulan berikutnya. Tempoh ini meliputi
proses pendaftaran, siasatan ke rumah, hasil mesyuarat hingga selesai
pembayaran.
126
(b) BANTUAN BAIKI RUMAH
Tempoh yang diambil bagi sesuatu permohonan dari mula dimohon sehingga
pemohon menerima bantuan baiki rumah adalah tiga (3) hingga empat (4) bulan.
Tempoh ini meliputi proses pendaftaran, siasatan ke rumah, hasil mesyuarat
hingga selesai pembayaran.
(c) BANTUAN BINA BARU RUMAH
Tempoh keseluruhan yang diambil bagi sesuatu permohonan dari mula dimohon
sehingga pemohon menerima bantuan baiki rumah adalah tiga (3) hingga empat
(4) bulan. Tempoh ini meliputi proses pendaftaran, siasatan ke rumah, hasil
mesyuarat hingga selesai pembayaran.
(d) BANTUAN PERALATAN
Tempoh keseluruhan yang diambil bagi sesuatu permohonan dari mula dimohon
sehingga pemohon menerima bantuan peralatan adalah tiga (3) bulan. Tempoh
ini meliputi proses pendaftaran, siasatan ke rumah, hasil mesyuarat hingga
selesai pembayaran.
Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Berapakah keluasan keseluruhan tanah yang berstatus pertanian di seluruh Pulau Pinang
mengikut daerah?
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Keluasan keseluruhan tanah berstatus pertanian di Pulau Pinang adalah 1,897.20 hektar
dan perincian mengikut daerah adalah seperti berikut:
DAERAH KELUASAN (HEKTAR)
BARAT DAYA 128.87
TIMUR LAUT 3.66
SEBERANG PERAI SELATAN 229.61
SEBERANG PERAI TENGAH 465.46
SEBERANG PERAI UTARA 1,051.60
JUMLAH 1,879.20
Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk melakukan penambahbaikan di sekitar
kawasan USM Transkrian agar kawasan tersebut dapat dijadikan sebagai pusat ilmu di
kawasan Sungai Acheh dan Seberang Perai Selatan amnya?
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Perancangan Kerajaan Negeri untuk melakukan penambahbaikkan di sekitar kawasan
Universiti Sains Malaysia (USM) Transkrian agar kawasan tersebut dapat dijadikan
sebagai pusat ilmu di kawasan Sungai Acheh dan Seberang Perai Selatan mengikut
Rancangan Struktur Negeri 2030 adalah berdasarkan kepada Dasar Perancangan Utama
(DPU 2.2) iaitu meningkatkan pembangunan modal insan melalui penyediaan prasarana
yang bersesuaian. Manakala, dasar strategik pelaksanaan dan langkah-langkah untuk
mencapai Dasar Perancangan Utama adalah mempertingkatkan penyediaan kemudahan
pendidikan dari peringkat asas sehingga ke peringkat tertiary selaras dengan falsafah
pendidikan sepanjang hayat.
Mengikut Draf Rancangan Tempatan Daerah Seberang Perai Selatan, Strategi
Pembangunan dan Kemudahan Masyarakat 2020 menyatakan untuk menjadikan Sri
Ampangan (Transkrian) sebagai Penang Cyber City 4 (PCC4) dan Zon Institusi dan
Penyelidikan. Bagaimanapun, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sedang
menyediakan kajian Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030 dan perkara ini
akan diambil kira oleh pihak MPSP.

127
Untuk perancangan di sekitar Kawasan USM Transkrian agar kawasan tersebut dapat
dijadikan sebagai pusat ilmu, antara tindakan yang diambil oleh MPSP adalah :
(i) Mencadangkan Kawasan Rekreasi Ampang Jajar ditingkatkan atau dinaik taraf
untuk tujuan riadah dan rekreasi bagi pelajar dan penduduk tempatan;
(ii) Untuk Kawasan sekitar Tanjung Berembang dan Teluk Ipil akan ditingkatkan
aktiviti, program untuk penanaman pokok api – api yang mempunyai nilai
persekitaran yang tinggi untuk tujuan pembelajaran;
(iii) Kawasan kediaman dan perniagaan diwujudkan bagi menyediakan kemudahan
penempatan dan kemudahan yang mencukupi di sekitar Kawasan USM Transkrian
dan kawasan perumahan seperti Taman Ilmu dan Taman Pekaka; dan
(iv) Menyediakan pusat-pusat pembelajaran berbentuk kemahiran seperti kursus
masakan, kraftangan, jahitan, pendawaian, pendingan dan sejuk beku dan
sebagainya;
Kemudahan di atas yang telah dirancangkan akan melengkapkan kemudahan pusat ilmu
sedia ada seperti berikut:
(i) USM Kampus Kejuruteraan;
(ii) Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal;
(iii) Maktab Rendah Sains Mara;
(iv) Institut Latihan Kemahiran MARA;
(v) Giat Mara;
(vi) Kolej Komuniti;
(vii) Kolej Vokasional; dan
(viii) Lain-lain institusi yang dimajukan oleh pihak swasta.
Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Adakah Kerajaan Negeri ingin mengesyorkan kepada Kerajaan Pusat melalui tanah JKP
untuk mewujudkan terminal pengangkutan awam di Seberang Perai Selatan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Kerajaan Negeri setakat ini tidak bercadang untuk mengesyorkan kepada Kerajaan
Pusat bagi mewujudkan terminal pengangkutan awam di kawasan Seberang Perai
Selatan di atas tanah milik JKP Sdn. Bhd. Ini adalah kerana Kerajaan Negeri sedang
berusaha bersama pihak Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) bagi
cadangan pembinaan satu hub pengangkutan awam di atas tanah milik Railway Aset
Corporation (RAC) bersebelahan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Nibong
Tebal. Tapak ini didapati lebih sesuai kerana dapat menghubungkan pengguna kereta
api dan pengangkutan awam lain.
Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengurangkan pencemaran dengan
menggalakkan penggunaan basikal bateri atau elektrik di kawasan tumpuan pelancong
dan melarang penggunaan motosikal di kawasan tersebut?
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri berbasikal
untuk mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor dan seterusnya mengurangkan
pencemaran udara. Sehubungan itu, stesen-stesen Link Bike, infrastruktur dan
kemudahan laluan basikal telah disediakan di kawasan-kawasan tumpuan untuk
kegunaan pelancong serta penduduk setempat.

128
Kebanyakan basikal yang digunakan di Pulau Pinang adalah jenis konvensional manakala
basikal bateri atau basikal elektrik masih kurang digunakan. Sememangnya Kerajaan
Negeri menggalakkan penggunaan basikal tetapi penggunaan basikal elektrik perlu
dikaji dari segi keselamatan memandangkan kelajuan yang lebih tinggi dapat dicapai
dengan menggunakan basikal elektrik. Selain itu, peraturan dan garis panduan
penggunaan basikal elektrik di laluan basikal perlu ditetapkan demi kepentingan dan
keselesaan pengguna basikal konvensional serta pejalan kaki.
Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan juga mengambil tindakan-tindakan
untuk melarang penggunaan motosikal di laluan basikal dan pejalan kaki dengan
memasang papan tanda larangan dan nasihat serta mengadakan struktur-struktur fizikal
yang menghalang motosikal daripada memasuki laluan basikal. Di samping itu, operasi
bersepadu melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis dan Pihak Berkuasa
Tempatan juga dijalankan dan akan diteruskan untuk mengambil tindakan
penguatkuasaan serta memberi kesedaran kepada orang awam mengenai tatacara
penggunaan laluan basikal sewajarnya.
X. Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Adakah perpustakaan-perpustakaan di sekitar Negeri Pulau Pinang akan dinaiktaraf?
(a) Adakah kakitangan perpustakaan akan ditambah?
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Terdapat sejumlah 68 buah perpustakaan dari pelbagai kategori yang diurus tadbir oleh
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) seperti di Lampiran A. Kesemua
perpustakaan ini sentiasa melalui proses naik taraf dari semasa ke semasa secara
berperingkat. Proses naik taraf ini dilakukan berdasarkan pemantauan, kajian serta
maklum balas daripada masyarakat. Jumlah perpustakaan yang telah dinaik taraf
mengikut tahun dan jumlah peruntukan adalah seperti di Lampiran B.
(a) Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) tidak berhasrat untuk
menambah jumlah kakitangan sedia ada buat masa ini memandangkan jumlah
kakitangan sedia ada mencukupi untuk memastikan perkhidmatan perpustakaan
dapat beroperasi sewajarnya.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.
Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Apakah pelan atau rancangan Kerajaan Negeri untuk projek perumahan mampu milik di
Daerah Timur Laut Pulau Pinang pada tahun ini dan tahun depan untuk membantu
rakyat Pulau Pinang yang berpendapatan rendah ataupun sederhana?
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Kerajaan Negeri telah merancang pelaksanaan lapan belas (18) projek yang bakal
menyediakan sebanyak 27,080 unit Rumah Mampu Milik (RMM) iaitu 717 unit RMM 'A'
(harga maksima RM42,000), 9,283 unit RMM 'B' (harga maksima RM72,500) dan 17,080
unit RMM 'C' (harga maksima RM300,000). Daripada jumlah ini, terdapat enam (6) projek
yang dirancang untuk dilaksanakan di Daerah Timur Laut dan bakal menyediakan
sebanyak 7,318 unit kediaman terdiri daripada 2,844 unit RMM 'B' dan 4,474 unit RMM
'C'. Perancangan projek-projek ini merupakan tindakan progresif Kerajaan Negeri bagi
mengimbangi sejumlah 23,382 permohonan dalam senarai menunggu RMM pelbagai
jenis di Daerah Timur Laut.
Pada masa ini, kerja-kerja fizikal bagi tiga (3) daripada projek tersebut telah pun
dimulakan iaitu projek The Rise di Jalan SP Chelliah, Sandiland Foreshore di Jalan CY
Choy dan Grace Harmony di Jelutong. Manakala baki tiga (3) lagi projek masih dalam
peringkat perancangan dan disasarkan bermula pada tahun 2019 iaitu di Cecil Street,
Kota Giam dan Jalan Perak.

129
Senarai terperinci projek-projek RMM Kerajaan Negeri di Daerah Timur Laut adalah
seperti di Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Bagaimana dan apa rancangan kerajaan untuk mengawal pencemaran udara?
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) berasaskan kepada punca kuasa di
bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) telah merancang dan
melaksanakan tindakan untuk mengawal pencemaran udara seperti berikut:- .
(a) Menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan secara berkala ke atas premis
perindustrian yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Udara Bersih) 2014 bagi memastikan pelepasan dari premis tersebut
mematuhi had-had yang ditetapkan dalam peraturan. Premis-premis yang gagal
mematuhi had pelepasan yang ditetapkan akan dikenakan tindakan perundangan
termasuk kompaun dan tindakan mahkamah di samping diberi notis supaya
meningkatkan kecekapan alat kawalan pencemaran udara masing-masing supaya
mematuhi had-had yang ditetapkan;
(b) Menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan secara bersepadu dengan agensi-
agensi termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) ke atas kenderaan-kenderaan yang tertakluk di bawah Peraturan-
Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel)
1996 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan
Daripada Enjin Petrol) 1996 bagi memastikan pelepasan asap dan gas daripada
kenderaan tersebut mematuhi had-had yang ditetapkan dalam peraturan.
Kenderaan-kenderaan yang gagal mematuhi had pelepasan yang ditetapkan akan
dikenakan tindakan perundangan termasuk kompaun dan tindakan mahkamah di
samping diberi notis supaya meningkatkan kecekapan alat kawalan pencemaran
udara kenderaan supaya dapat mematuhi had-had yang ditetapkan;
(c) Penguatkuasaan supaya industri melantik individu berwibawa (competent
person) bagi memastikan operasi sistem kawalan pencemaran udara di premis
industri berkenaan sentiasa dipantau dan diselenggara melalui kaedah self
regualtiondi samping pelepasan setiap punca mematuhi AKAS 1974;
(d) Mengawal pencemaran udara yang berpunca daripada projek-projek
pembangunan yang diluluskan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling
(EIA) yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 melalui
penguatkuasaan secara berkala ke atas setiap projek supaya mematuhi semua
syarat-syarat kelulusan yang ditetapkan dalam laporan EIA; dan
(e) Melaksanakan penguatkuasaan secara Guided Self Regulation (GSR) kepada
semua pihak industri bagi menanam sikap pemilikan alam
sekitar (environmental ownership) yang mampu membawa kepada
kecemerlangan serta komitmen terhadap aspek penjagaan alam sekitar dan
pematuhan undang-undang alam sekitar.
Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Bulan November 2017 adalah tarikh terakhir kemaskini yang dilakukan pada aplikasi
PiTTS di GooglePlay yang dikeluarkan oleh Bahagian Kerajaan Tempatan Pulau Pinang.
(a) Apakah pelan kerajaan untuk menambah baik dan membangunkan interaktiviti
aplikasi mobile yang sedia ada?

130
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Aplikasi PiTTs buat masa ini sedang menjalani proses peralihan data kepada vendor baru
oleh Rapid Penang Sdn Bhd. Pengguna tidak dapat mengakses aplikasi tersebut sehingga
proses peralihan data selesai yang dijangka pada suku kedua tahun 2019.
Cadangan penambahbaikan aplikasi PiTTs adalah untuk diintegrasikan dengan sistem Bus
Information System Rapid Penang sedia ada. Dalam masa yang sama, integrasi PiTTs
dengan mod pengangkutan lain seperti feri, KTM dan Kapal Terbang masih dalam
perancangan awal Kerajaan Negeri.
Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Apakah pelan Kerajaan Negeri bagi tawaran pertama untuk membeli rumah mampu
milik kepada kategori bujang berusia melebihi 30 tahun?
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Kerajaan Negeri buat masa ini tidak menetapkan sebarang dasar yang khusus untuk
membantu pemohon-pemohon bujang daripada kategori umur tertentu dalam memperolehi
unit Rumah Mampu Milik (RMM). Ini kerana dasar sedia ada adalah untuk memastikan unit-
unit kediaman dengan harga berpatutan ini dibekalkan kepada rakyat Pulau Pinang yang
berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengira peringkat usia. Kerajaan Negeri
mendapati kegagalan golongan muda memiliki rumah lebih disebabkan kegagalan mendapat
pinjaman dari institusi kewangan akibat pendapatan bersih yang rendah.
Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Bagaimanakah Kerajaan Negeri mengawal jumlah penggunaan kenderaan persendirian
dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam?
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Kerajaan Negeri komited dalam penambahbaikkan sistem pengangkutan awam dan
perkhidmatannya dalam usaha mengawal jumlah kenderaan persendirian dan
menggalakkan penggunaan pengangkutan awam oleh rakyat Pulau Pinang. Antara
langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:
(a) Menyediakan perkhidmatan Bas Shuttle percuma dalam pusat bandar George
Town sejak Februari tahun 2009 sehingga kini. Perkhidmatan Bas Shuttle
percuma atau lebih dikenali sebagai perkhidmatan Bas Central Area
Transit (CAT) adalah langkah awal dan strategi Kerajaan Negeri untuk
meningkat dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di bahagian
pulau, Pulau Pinang. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menambah
bilangan bas perkhidmatan Bas Shuttle percuma daripada 3 buah bas kepada 5
buah bas bermula November 2014 memandangkan permintaan pengguna Bas CAT
telah meningkat. Perselangan masa perjalanan telah dikurangkan daripada 20
minit kepada 10 minit. Kos perkhidmatan Bas CAT yang ditanggung oleh MBPP
adalah sebanyak RM1,234,800.00 setiap tahun. Pada masa ini, lebih kurang
4,700 orang awam menggunakan perkhidmatan Bas CAT setiap hari di mana
bancian MBPP menunjukkan bahawa 40% daripada pengguna perkhidmatan Bas
Shuttle percuma ini mempunyai kenderaan persendirian;
(b) Menyediakan perkhidmatan Bas Park and Ride (P&R) dari Seberang Perai ke Zon
Perindustrian Bebas Bayan Lepas mulai 1 Mac 2011. Perkhidmatan P&R bermula
dari kawasan Seberang Perai iaitu di kawasan Pasaraya Sunway, Seberang Jaya.
Tujuan projek ini adalah untuk mengurangkan penggunaan kenderaan
persendirian di Jambatan Pulau Pinang dan Zon Perindustrian Bayan Lepas di
mana kesesakan lalulintas berlaku pada waktu puncak lalulintas. Perkhidmatan
ini dikenali sebagai Bridge Express Shuttle Transit (BEST) FIZ. Di samping ini
juga, perkhidmatan BEST KOMTAR telah diwujudkan mulai 3 Disember 2012
untuk penjawat awam yang bertugas di KOMTAR. Perkhidmatan BEST KOMTAR

131
beroperasi dari Balik Pulau, Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya dan Bertam,
Kepala Batas ke KOMTAR pada waktu pagi dan sebaliknya;
(c) Melancarkan perkhidmatan bas percuma menerusi sistem Pengangkutan
Pengurangan Kesesakan (Congestion Alleviation Transport, CAT). Sebanyak
enam (6) laluan telah disediakan iaitu CAT George Town 2, CAT Ayer Itam, CAT
Bayan Baru, CAT Balik Pulau, CAT Sungai Dua dan CAT Pulau Tikus / Tanjung
Tokong bagi kawasan pulau dan sebanyak enam (6) laluan juga telah disediakan
bagi kawasan Seberang Perai iaitu CAT Bertam, CAT Seberang Jaya, CAT Bukit
Mertajam, CAT Batu Kawan, CAT Nibong Tebal dan CAT Alma;
(d) Melancarkan Perkhidmatan Bas Hop On Hop Off pada 16 November 2014 di
bahagian pulau, Pulau Pinang. Perkhidmatan ini telah membantu mengurangkan
penggunaan kenderaan persendirian dan kenderaan sewa. Perkhidmatan ini
dijalankan secara bersepadu dengan perkhidmatan bas berhenti-henti dan dapat
menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam. Pelancong juga
mempunyai satu lagi pilihan atau alternatif untuk memudahkan perjalanan
mereka ke tempat-tempat tarikan pelancong;
(e) Menyediakan peruntukan setiap tahun untuk pembinaan dan penyelenggaraan
kemudahan pengangkutan awam seperti pondok bas, papan tanda perhentian
dan sebagainya oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Perhentian-perhentian bas
berbumbung baru dibina setiap tahun melalui peruntukan kerajaan dan
penajaan daripada pihak swasta. Di samping ini juga, Syarikat Rapid Bus Sdn.
Bhd. dengan kerjasama MBPP telah mendirikan papan tanda elektronik yang
mempunyai paparan maklumat ketibaan bas di pondok perhentian bas di
kawasan pulau, Pulau Pinang. Sebanyak 42 buah papan tanda elektronik ini telah
didirikan di pondok-pondok perhentian bas yang telah dikenal pasti di kawasan-
kawasan yang mempunyai bilangan pengguna bas yang banyak dan penduduk
berkepadatan tinggi; dan
(f) Meningkatkan kerjasama antara MBPP dan Rapid Penang Sdn. Bhd. untuk
menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam dengan meningkatkan
efisiensi, keselesaan dan menaik taraf kemudahan infrastruktur. Terminal, hub
dan perhentian bas berbumbung baru telah diadakan serta yang sedia ada
sedang dinaik taraf secara berperingkat. Terminal A Rapid Penang di Pengkalan
Weld telah dinaik taraf dan terminal tambahan iaitu Terminal B telah siap dibina
pada 16 Disember 2014 untuk menampung permintaan dan peningkatan bilangan
bas yang beroperasi. Hub-hub bas baru juga telah dibina di Bayan Baru, Bandar
Baru Air Hitam dan Teluk Bahang. Di samping ini, Kerajaan Negeri telah
membenarkan Rapid Penang menggunakan tanah yang lebih luas untuk depo dan
tempat simpan bas (holding area) mereka di Sungai Nibong memandangkan
bilangan bas yang menyediakan perkhidmatan telah bertambah lebih dua kali
ganda. Pada masa sekarang, Rapid Penang mempunyai 400 buah bas yang
beroperasi di Pulau Pinang.
Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Berapakah jumlah atau kapasiti tapak untuk meletak kenderaan kerajaan yang akan
dibina dan disiapkan pada tahun 2019?
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menjangkakan sejumlah 3874 tapak parkir akan
disediakan pada tahun 2019. Manakala MPSP merancang untuk membina 40 tempat
kereta melibatkan:
(i) Jalan susur Jalan Bagan Ajam - 10 petak; dan
(ii) Lorong Sepakat 1, Taman Bandaraya - 30 petak.

132
Di samping itu, Jabatan Kerja Raya akan bertanggungjawab untuk membina Depo
Kenderaan Jabatan Negeri Pulau Pinang di Kompleks Masyarakat Penyayang bagi
mengisikan Depo kenderaan semasa di Lebuh Peel. Parkir tersebut adalah seperti
berikut:
(i) Parkir kereta – 126 buah;
(ii) Parkir kereta OKU – 2 buah;
(iii) Parkir motosikal – 36 buah; dan
(iv) Parkir bas – 4 buah.
Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Kempen kitar semula telah dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum ini, namun
kesedaran untuk mengitar semula barang-barang terpakai dan bahan mentah masih
tidak menunjukkan perkembangan yang positif.
(a) Apakah cara yang lebih berkesan untuk menangani bahan-bahan terbuang
dengan lebih proaktif?
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Dasar Pengasingan Sisa di Punca telah dilancarkan pada 1 Jun 2016. Melalui pelaksanaan
dasar tersebut, kadar kitar semula di Negeri Pulau Pinang telah meningkat kepada 39% pada
tahun 2017 berbanding 32% sebelum pelaksanaan dasar pada tahun 2014. Ini menunjukkan
peningkatan positif kesedaran kitar semula dalam kalangan penduduk Pulau Pinang.
(a) Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani sisa dengan lebih
berkesan adalah seperti berikut:
(i) Membudayakan amalan kitar semula melalui pendekatan kreatif dan
inovatif di peringkat sekolah sebagai pendedahan dan pendidikan awal untuk
masyarakat masa depan;
(ii) Mengadakan program-program seperti Karnival Upcycle, Karnival 8R dan
program-program pengkomposan bagi memperkasakan program kitar
semula;
(iii) Menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Pengasingan Sampah Dan
Pelesenan Perkhidmatan Pemungutan Sampah Yang Boleh Dikitar Semula
(MBPP/MPSP) 2016 mengikut kategori seperti Badan Pengurusan Bersama
(1 September 2017), Komersial/Industri (1 Januari 2018) dan kediaman
bertanah (1 Januari 2019);
(iv) Memperkenalkan insentif penganugerahan kepada komuniti selain daripada
komuniti sekolah;
(v) Mengoptimumkan penggunaan tanah lapang dan bangunan terbiar Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) untuk dijadikan sebagai Environmental
Resources Recovery Center (ERRC) dan Recycling Community
Center (RCC) dengan usahasama penglibatan persatuan penduduk atau
pertubuhan bukan kerajaan; dan
(vi) Menyediakan Material Recovery Facility (MRF) di Tapak Pelupusan Sampah
Pulau Burung.
Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Barangan kitar semula masih banyak yang menimbun di pusat-pusat kitar semula.
(a) Bagaimana kerajaan menangani perkara ini?
(b) Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk meletakkan mesin layan diri kitar
semula di negeri ini?

133
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. (a) Bagi mengatasi masalah lambakan barangan kitar semula di pusat-pusat kitar
semula, Kerajaan Negeri telah menguatkuasakan Undang-Undang Kecil
Pengasingan Sampah dan Pelesenan Perkhidmatan Pemungutan Sampah Yang
Boleh Dikitar Semula (Majlis Bandaraya Pulau Pinang/Majlis Perbandaran
Seberang Perai) 2016.
Mengikut peruntukan undang-undang kecil tersebut, Badan Pengurusan Bersama
perlu menyediakan kemudahan pengurusan sampah kitar semula yang
mencukupi, tersusun dan tidak tercemar. Ini termasuk melantik ejen
perkhidmatan pemungutan sampah kitar semula yang dilesenkan oleh Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT). Selain itu, ejen perkhidmatan pemungutan sampah
kitar semula yang dilesenkan perlu mematuhi syarat-syarat pelesenan seperti
berikut:
(i) Menjalankan perkhidmatan pemungutan sampah yang boleh dikitar
semula mengikut apa-apa cara yang meminimumkan kebisingan, kacau
ganggu dan gangguan kepada pemunya, penghuni atau mana-mana
orang;
(ii) Memastikan bahawa tiada tumpahan sampah yang boleh dikitar semula
atau bahan larut resap semasa proses pengangkutan; dan
(iii) Melupuskan apa-apa baki sampah yang tidak boleh dikitar semula atau
sampah kitar semula yang tidak mempunyai sebarang nilai.
(b) Kerajaan Negeri bersedia untuk mempertimbangkan cadangan untuk
meletakkan mesin layan diri kitar semula di negeri ini. Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti berikut:-
(i) aspek kos pelaburan ;
(ii) kos pengoperasian serta penyelenggaraan ;
(iii) pulangan modal ; dan
(iv) persaingan harga kutipan barangan kitar semula konvensional berbanding
dengan kutipan menggunakan mesin.
Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Adakah kerajaan bersedia mempertimbangkan kaedah elektronik iaitu sistem kitar
semula menggunakan mesin dan kad elektronik di Pulau Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Kerajaan Negeri bersedia untuk mempertimbangkan cadangan pelaksanaan sistem kitar
semula menggunakan kaedah elektronik di negeri ini. Walau bagaimanapun, sebarang
bentuk pelaksanaan kitar semula menggunakan mesin dan kad elektronik memerlukan
kajian yang lanjut kerana terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti
berikut:-
(i) aspek kos pelaburan ;
(ii) kos pengoperasian serta penyelenggaraan ;
(iii) pulangan modal ; dan
(iv) persaingan harga kutipan barangan kitar semula konvensional berbanding
dengan kutipan menggunakan mesin.
Untuk makluman, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah melaksanakan projek
perintis kitar semula dengan menggunakan sistem QR code melalui usahasama dengan
pihak I-CYCLE Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan bagi barangan kitar semula am (tidak
termasuk sisa elektronik) di kawasan kediaman bertingkat seperti Desa Golf
Condominium, Bukit Jambul (140 unit) dan Eden Seaview Condominium, Batu Feringghi
(45 unit).
134
Kajian impak yang dijalankan mendapati penduduk/penghuni telah memberikan
kerjasama yang baik dengan menjalankan pengasingan sampah yang boleh dikitar
semula. Selain itu, kajian juga mendapati pengumpulan bahan kitar semula yang
mempunyai nilai komersial seperti kertas semakin meningkat.
Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Isu gelandangan sedikit sebanyak memberi kesan kepada industri pelancongan negeri,
oleh itu bagaimanakah isu ini ditangani oleh pihak Kerajaan Negeri?
(a) Adakah usaha-usaha tersebut berkesan dan efektif dalam menangani isu
gelandangan dalam bandar?
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Kerajaan Negeri sememangnya memandang serius mengenai isu gelandangan dan
telahpun merangka beberapa langkah bagi mengatasi perkara ini. Antara langkah yang
diambil adalah seperti berikut:-
(i) PUSAT TRANSIT GELANDANGAN DAN WARGA EMAS
Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan membina sebuah pusat transit yang akan
menjadi penempatan gelandangan dan juga turut bertindak sebagai pusat
aktiviti warga emas di lot 19, Jalan C.Y. Choy, Georgetown. Bangunan ini adalah
bangunan rumah kedai dua tingkat milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Pembinaan pusat transit ini dijangka siap pada tahun 2019.
Program ini akan menempatkan gelandangan di pusat transit tersebut selama 6
hingga 12 bulan manakala bagi warga emas mereka dibenarkan tinggal di situ
selama beberapa jam sahaja. Pengurusan pusat transit ini dicadang diuruskan
oleh pihak Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah dikenal pasti
oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau
Pinang.
Sepanjang tempoh tersebut, gelandangan akan diberi latihan yang bersesuaian
dengan kemampuan dan minat mereka manakala bagi warga emas pula akan
didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian. Pekerja sosial atau
sukarelawan daripada NGO akan menjadi tenaga penggerak dalam program ini.
Seterusnya, kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta akan dipertingkatkan
dengan menggalakkan pihak majikan mengambil golongan ini sebagai pekerja.
Manakala bagi gelandangan yang tidak produktif seperti warga emas ataupun
mereka yang mempunyai penyakit berjangkit, mereka akan ditempatkan di
pusat-pusat yang dikendalikan oleh NGO yang sedia ada secara kekal sekiranya
mereka ini sebatang kara ataupun saudara mara dan anak-anak mereka tidak
dapat dikesan. Kerajaan Negeri akan memberikan geran pentadbiran dan
rangsum kepada NGO yang berkaitan.
Buat sementara waktu, gelandangan akan ditempatkan di Anjung Singgah Pulau
Pinang iaitu pusat transit gelandangan milik Kerajaan Persekutuan di lot No.53,
Lebuh Chulia, Pulau Pinang yang beroperasi sejak 9 Jun 2014. Anjung Singgah
juga bekerjasama dengan Kerajaan Negeri, NGO dan swasta bagi memberi
penempatan dan perlindungan kepada gelandangan.
(ii) PROFILING GELANDANGAN
Selain itu, Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia juga sedang membangunkan sistem profiling gelandangan
dan telah memilih Pulau Pinang sebagai pilot project. Sistem ini akan
merekodkan maklumat-maklumat berkaitan gelandangan yang diselamatkan
melalui aplikasi telefon pintar atau komputer dan membantu pegawai
penguatkuasa mengenal pasti gelandangan samada kes baharu atau berulang.
Dengan adanya sistem profiling ini, ianya dapat membantu agensi kerajaan yang

135
berkaitan dalam merangka strategi yang bersesuaian untuk membantu golongan
gelandangan.
(iii) OPERASI BERSEPADU BERSAMA AGENSI KERAJAAN/SWASTA/NGO
Bagi tempoh Januari hingga Jun 2018, sebanyak 28 kali operasi bersepadu bagi
menyelamatkan gelandangan telah dilaksanakan di sekitar Pulau Pinang.
Gelandangan berumur 60 tahun ke atas yang diselamatkan akan ditempatkan di
Rumah Seri Kenangan (Bedong, Taiping, Tanjung Rambutan atau Kangar)
manakala yang berumur 60 tahun ke bawah akan ditempatkan di Desa Bina Diri
(Mersing atau Jerantut). Terdapat juga gelandangan yang ditempatkan di pusat
jagaan NGO sekitar Pulau Pinang. Operasi menyelamat ini adalah berdasarkan
Akta Orang Papa 1977 dan standard operating procedure (SOP) JKM yang
mensasarkan golongan orang papa dan pengemis, termasuk gelandangan.
(iv) KEMPEN ''BIJAK MEMBANTU, ELAK TERTIPU”
Meneruskan kempen sedia ada iaitu ''Bijak Membantu, Elak Tertipu” yang
dilancarkan pada 27 November 2017 bagi mendidik masyarakat berkaitan isu
gelandangan melalui pengiklanan di billboard di sekitar KOMTAR. Kempen ini
juga dilakukan di beberapa pusat membeli belah seperti Pasaraya Mydin, Tesco,
Stesen Keretapi Butterworth, Terminal Feri Pulau Pinang, Padang Kota, sekitar
masjid-masjid, pasar-pasar malam dan program-program jabatan seperti
Program Kembara Kebajikan.
(v) PROGRAM ADVOKASI
Mengadakan program advokasi yang berterusan kepada jabatan kerajaan, pihak
swasta, NGO, Institut Pengajian Tinggi dan orang ramai berkenaan isu
gelandangan.
(vi) MESYUARAT PENYELARASAN BERSAMA AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA
Mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama agensi kerajaan dan swasta bagi
membincang dan menyelesaikan isu-isu berbangkit mengenai isu gelandangan.
Setakat ini, JKM telah mengadakan sebanyak lima kali mesyuarat penyelarasan
di peringkat daerah dan dua kali di peringkat negeri.
(a) Kerajaan Negeri komited untuk meneruskan dan menambah baik usaha-usaha
menangani isu gelandangan dalam bandar walaupun buat masa ini tiada kajian
yang telah dilaksanakan untuk mengukur keberkesanan program-program yang
telah dilaksanakan.
Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Skim Program Pelajar Emas bagi semua pelajar anak Negeri Pulau Pulau Pinang telah
dilaksanakan dengan jayanya. Namun begitu, apakah pelan terbaru kerajaan dalam
menyediakan bantuan kepada kumpulan sasaran iaitu pelajar yang daripada keluarga
daif, miskin bandar dan miskin luar bandar?
Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Skim Program Pelajar Emas merupakan bantuan RM100 secara one-off kepada pelajar
darjah 1, darjah 4, tingkatan 1 dan tingkatan 4 yang bersekolah di Pulau Pinang atau
sekolah bersempadanan.
Setakat ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai perancangan untuk menyediakan
bantuan kepada pelajar daif, miskin bandar dan luar bandar. Walau bagaimanapun,
bantuan sedia ada untuk membantu golongan ini adalah seperti berikut:-
(i) Bantuan kewangan bulanan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan
melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);

136
(ii) Bantuan i-Bita iaitu sumbangan RM1,000 secara one-off kepada setiap
mahasiswa yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih.
(iii) Menyediakan program latihan dan pengajian vokasional seperti Vocational Skills
Employment Program (VSEP) kepada pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia
(SPM) termasuk pelajar daif di bandar atau luar bandar dengan kerjasama
Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) serta Fourier
Technical Consultants (FTC). Dalam program VSEP, pelajar diberikan biasiswa
dan juga elaun latihan vokasional. Syarat utama bagi program ini adalah
mempunyai sekurang-kurangnya (SPM) dan keputusan peperiksaan bukanlah
keutamaan.
Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Pihak kami juga dimaklumkan sekolah-sekolah di sekitar Daerah Timur Laut amat
memerlukan bantuan untuk dibaik pulih dan diselenggara bangunan sekolah.
(a) Berapa jumlah sekolah rendah kerajaan dan sekolah menengah kerajaan di
Negeri Pulau Pinang (mengikut jenis) akan dipertimbangkan untuk diberi
bantuan atau peruntukan baik pulih bagi tahun 2019?
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Terdapat sebanyak 381 buah sekolah rendah kerajaan dan sekolah menengah kerajaan
di Pulau Pinang. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Pendidikan
Negeri Pulau Pinang (JPNPP), unjuran keperluan peruntukan bagi kerja-kerja
penyelenggaraan secara preventive bagi setiap sekolah di negeri Pulau Pinang adalah
sebanyak RM20,000.00 yang disediakan kepada semua sekolah di Pulau Pinang setiap
tahun manakala keperluan bagi kerja-kerja pembaikan secara corrective adalah
mengikut keperluan sebenar dan bergantung kepada jenis kerosakan.
Kerajaan Negeri baru-baru ini telah meluluskan penyaluran peruntukan tahunan
sebanyak RM3.0 juta kepada sekolah bantuan penuh kerajaan di Negeri Pulau Pinang
dan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan untuk
menguruskan pengagihan peruntukan ini. Penyaluran peruntukan tahunan ini akan
dilaksanakan berdasarkan bottom-up approach di mana peruntukan akan disalurkan
berdasarkan keperluan dan permintaan daripada sekolah bantuan penuh kerajaan
melalui JPNPP serta selari dengan perancangan dan pembangunan sekolah. Kerajaan
Negeri akan menyalurkan peruntukan kepada sekolah-sekolah yang telah diluluskan oleh
Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan melalui pemberian secara
‘outright grant’ bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan
mengikut peraturan perolehan semasa.Permohonan boleh dikemukakan kepada JPNPP
mulai Januari 2019.
Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Pencemaran alam dengan kehadiran sampah sarap yang terapung di permukaan laut
dan yang terdampar di pesisiran pantai boleh menjejaskan imej negeri yang menjadi
kunjungan para pelancong dari dalam dan luar negara.
(a) Apakah komitmen dan usaha yang akan diambil oleh kerajaan bagi permasalahan
sampah di kawasan terbuka khususnya di laut dan pesisiran pantai?
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Kerajaan Negeri sememangnya komited dalam memastikan masalah sampah di kawasan
terbuka khususnya di laut dan persisiran pantai ditangani dengan sebaik mungkin oleh
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Antara usaha-usaha yang dijalankan oleh kedua-dua
PBT adalah seperti berikut:
(i) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengambil inisiatif menyediakan
perkhidmatan pungutan atau pembersihan sisa khususnya bagi semua akses
137
pantai di bahagian pulau Negeri Pulau Pinang. Perkhidmatan ini dilaksanakan
oleh anggota MBPP dan pihak swasta. Kewujudan sistem pungutan sampah ini
merupakan satu pendekatan penyampaian perkhidmatan untuk menangani
masalah sampah terbiar di pantai sama ada dibuang oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab atau dibawa arus.
Kawasan perkhidmatan adalah ditetapkan mengikut pembahagian dan
jajaran pantai seperti berikut:
Tenaga
Pakej Kawasan Jajaran
Pekerja
Pantai Keracut hingga ke Pantai
1A 3 7
Bayview
1B Teluk Pajuh hingga Gertak Sanggul 3 7
Fort Auchery hingga Pantai berhadapan
2 14 23
No 1 Persiaran Gurney
Pantai berhadapan No 8 Persiaran
3 Gurney hingga Muara Sungai, Sungai 5 11
Gelugor
Muara Sungai, Sungai Gelugor hingga
4 7 16
LTAB Pulau Pinang
Bagi kawasan pantai Batu Feringghi, kerja-kerja pembersihan
dilaksanakan sepenuhnya oleh anggota MBPP termasuk menyediakan
khidmat pembersihan pantai secara mekanikal.
Bagi kawasan Padang Kota dan Persiaran Karpal Singh, pembersihan
sampah terapung di laut juga dilaksanakan dengan menggunakan kaedah
pengutipan secara katamaran.
Beratan sampah yang dipungut bagi perkhidmatan pembersihan ini adalah
seperti berikut:
Tahun Beratan
2017 936,070 kg
2018
589,690 kg
(sehingga Ogos)
(ii) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pula membuat kerja-kerja
pembersihan setiap 3 kali seminggu untuk mengatasi permasalahan sampah di
tempat yang terbuka khususnya di kawasan pesisir pantai. Kawasan pesisir
pantai yang terlibat adalah Pantai Bersih, Pantai Robina, Pantai Kuala Muda dan
Pulau Aman. Walau bagaimanapun MPSP tidak menjalankan kerja-kerja
pembersihan di kawasan laut.
Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Kita sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri telah menyediakan perkhidmatan bas
percuma buat warga Pulau Pinang. Namun, jadual ketibaan bas agak mengecewakan
para penumpang.
(a) Adakah pihak berkaitan atau Kerajaan Negeri dapat membantu bagi mengatasi
aduan penumpang berkenaan tahap perkhidmatan pengangkutan awam yang
disediakan Kerajaan Negeri?
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Kerajaan Negeri melalui Rapid Penang sentiasa memastikan pelepasan dan bilangan bas
dari hub/terminal mengikut jadual yang ditetapkan dan dipersetujui oleh Kerajaan
Negeri. Walau bagaimanapun, ketibaan di setiap hentian bas bergantung kepada
keadaan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak dan juga keadaan perubahan cuaca
pada ketika itu.
138
(a) Kerajaan Negeri bersama Rapid Penang sentiasa memantau tahap perkhidmatan
pengangkutan awam di Pulau Pinang. Kajian berkenaan keberkesanan dan
kepuasan pengguna bagi setiap laluan bas percuma sedang dirangka dan akan
dilaksanakan bersama pihak Rapid Penang bagi mengatasi setiap aduan yang
diterima seterusnya mengoptimumkan kadar penumpang bas.
Rapid Penang telah membentangkan kepada Kerajaan Negeri akan cadangan
untuk membangunkan sistem yang dinamakan Bus Integrated System (BIS).
Sistem BIS merupakan satu sistem yang akan memberikan manfaat kepada
rakyat dalam merancang perjalanan untuk mengetahui jadual perjalanan bas,
tambang bas dan berkongsi maklumat melalui aplikasi Journey Planner yang
dimuat turun dari platform Android atau Apple. Sistem ini dijangka dapat
meningkatkan tahap perkhidmatan pengangkutan awam di seluruh Pulau
Pinang. Sistem BIS ini masih dalam peringkat pembangunan oleh Rapid
Penang dan dijangka akan disiapkan pada suku kedua tahun 2019.
Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak PBT terhadap mereka yang
meletakkan kerusi dan sebagainya di tempat-tempat letak kereta yang disediakan PBT
untuk kegunaan peribadi?
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
terhadap mereka yang meletakkan kerusi dan sebagainya di tempat-tempat letak
kereta yang disediakan PBT untuk kegunaan peribadi adalah seperti berikut:
(i) Memberi amaran dan nasihat;
(ii) Mengeluarkan notis memindahkan halangan;
(iii) Mengeluarkan kompaun jika masih lagi berulang selepas amaran diberikan; dan
(iv) Tindakan rampasan serta merta dilakukan jika keadaan tersebut masih berulang.
Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Sejak kebelakangan ini, terdapat lagi kes-kes sampah sarap yang tidak dipungut.
(a) Bila dan berapa kerap MBPP dan MPSP membuat tinjuan ke lokasi perkhidmatan
pembersihan kawasan oleh kontraktor dan pekerja PBT?
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Bagi perkhidmatan pungutan sampah domestik (sampah baki) yang dilaksanakan oleh
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), pemantauan dibuat secara ronda selia pada
waktu operasi pungutan. Kekerapan bagi setiap satu zon perkhidmatan adalah
dijadualkan selama seminggu dan seterusnya operasi ronda selia bergerak ke zon lain
mengikut pusingan rondaan. Khidmat skuad peronda adalah seramai enam (6) orang.
Untuk perkhidmatan pembersihan awam yang diswastakan, MBPP akan membuat
pemantauan pada setiap hari iaitu pada waktu bekerja kecuali pada waktu operasi
penguatkuasaan premis dijalankan oleh penyelia berkenaan. Pemantauan yang
dijalankan adalah berdasarkan kepada jadual operasi dan senarai semak yang
disediakan.
Bagi perkhidmatan pembersihan awam yang dilaksanakan oleh pekerja MBPP,
pemantauan dibuat pada setiap hari iaitu pada waktu kerja oleh pembantu penyelia
(mandor). MBPP juga menggunakan kenderaan bermotosikal sebagai pick-up
team untuk mengutip sarap haram (sampah baki) yang dilonggok sepanjang masa.
Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pula membuat pemantauan secara harian
bagi semua kerja-kerja kutipan sampah dan pembersihan awam berdasarkan prosedur
ISO yang ditetapkan. Bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan sisa pepejal, MPSP
139
telah memasang sistem global positioning system (GPS) di semua lori kompaktor dan
sistem ini akan digunakan sepenuhnya pada November 2018.
Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Ada laporan banyak premis perniagaan makanan tidak berlesen yang diuruskan oleh
warga asing di negeri ini.
(a) Apakah tindakan-tindakan yang PBT-PBT kita boleh ambil?
Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Tindakan ke atas premis-premis perniagaan makanan tidak berlesen yang diuruskan oleh
warga asing boleh diambil berdasarkan kepada Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta
Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Undang-
Undang Kecil (Tred, Perniagaan dan Perindustrian) dan Undang-Undang Kecil
(EstablishmentsMakanan) seperti berikut:
(i) Mengeluarkan Notis Pemberitahu Tentang Kesalahan dan kompaun kepada
pengusaha berkenaan yang mana kadar denda sebanyak RM250.00 bagi setiap
satu kesalahan.
(ii) Mengambil tindakan rampasan barangan tred bagi tujuan tindakan mahkamah.
(iii) Menyita barangan perniagaan.
(iv) Mengadakan operasi bersepadu bersama dengan Jabatan Imigresen bagi
memantau dan mengawal warga asing yang menyalah guna permit kerja.
(v) Mengadakan operasi bersepadu dengan Jabatan Kesihatan Negeri bagi
penguatkuasaan Akta Makanan 1983.
(vi) Melaksanakan operasi penguatkuasaan 2 kali seminggu ke atas premis makanan.
Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Amalan sewa atas sewa sering berlaku ke atas penyewaan premis-premis kerajaan oleh
penyewa sah.
(a) Bagaimanakah pihak PBT ingin mengawal aktiviti-aktiviti sewa atas sewa yang
dilakukan antara pihak penyewa sah dengan orang luar?
Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Antara tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mengawal aktiviti sewa atas
sewa premis PBT yang dilakukan antara pihak penyewa sah dengan orang luar adalah
seperti berikut:
(i) Membuat pemeriksaan berkala ke atas premis-premis PBT yang disewakan.
(ii) Melaksanakan pemantauan secara mengejut berdasarkan maklumat yang
diterima oleh PBT ke atas premis-premis yang disyaki terlibat dengan aktiviti
penyewaan kecil.
(iii) Memperketatkan syarat-syarat sewaan PBT dengan memasukkan klausa " Sewaan
boleh ditamatkan, jika didapati penyewa asal menyewa kecilkan premis kepada
pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis daripada PBT".
(iv) Membatalkan penyewaan premis PBT dikuatkuasakan jika siasatan mendapati
aktiviti sewaan kecil dijalankan oleh penyewa premis.

140
XI. Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
1. Bagaimanakah langkah Kerajaan Negeri terus menjadikan Pulau Mutiara sebagai negeri
yang terus maju dan berdaya saing dalam sektor industri?
(a) Sila nyatakan jumlah kilang-kilang yang ada pada tahun 2008 dibandingkan
ketika sekarang serta jumlah tenaga kerja yang terlibat.
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Kerajaan Negeri mengambil langkah-langkah berikut bagi memastikan sektor industri di
Pulau Pinang terus maju dan berdaya saing :-
(i) Memberikan tumpuan kepada kekuatan Pulau Pinang dalam bidang elektronik
dan elektrikal serta kebolehan mempelbagaikan aktiviti industri seperti
pembuatan peralatan perubatan (medical devices), sains kesihatan,
aeroangkasa dan avionic dan teknologi Light Emitting Diode (LED);
(ii) Penambahbaikan infrastruktur dilaksanakan secara berterusan bagi taman
perindustrian dan memastikan infrastruktur memenuhi taraf antarabangsa
termasuk perkhidmatan jalur lebar dan utiliti seperti elektrik dan air;
(iii) Memantapkan ekosistem perniagaan di Pulau Pinang melalui sinergi syarikat
multinasional (MNC) dan syarikat besar tempatan dengan tujuan untuk
membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam industri-industri
galakan melalui usaha-usaha berikut :-
 Menyediakan fasilitasi dalam peningkatan ekosistem seperti sistem
sokongan vendor tempatan dan penganjuran Hari Pembekal (Supplier Days)
bersama syarikat MNC yang berniat untuk mencari pembekal tempatan;
 Membantu IKS melalui Penang SME Centre di Taman Perindustrian Bayan
Lepas dengan kadar sewa yang bersubsidi bagi IKS tempatan untuk
menjalankan perniagaan. SME Village Batu Kawan juga dibina dan dijual
kepada syarikat-syarikat IKS yang telah mengembangkan kapasiti mereka.
Pusat Penasihat Pasaran, Sumber dan Latihan IKS (Pusat S.M.A.R.T.)
memberi khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat IKS selain menyediakan
seminar pembangunan kapasiti dan direktori perniagaan ‘online’; dan
 Penang i4.0 Seed Fund dengan dana permulaan berjumlah RM4 juta (USD 1
juta) untuk membantu usahawan kecil dan syarikat-syarikat start-up yang
terlibat dalam bidang teknologi seperti sektor Internet of Things (IoT), e-
commerce dan bidang-bidang berkaitan bagi mempercepatkan dan
mengembangkan pembangunan syarikat-syarikat start-up di Pulau Pinang.
(iv) Meningkatkan usaha untuk menarik dan mengekalkan bakat dan kemahiran di
Pulau Pinang dan meningkatkan minat anak-anak muda dalam Science,
Technology, Engineering and Mathematics (STEM) termasuk sektor vokasional
dengan langkah-langkah berikut;
 Mengadakan sesi dialog di antara institut pengajian tinggi tempatan dan
pelabur-pelabur untuk menyelaraskan demand and supply bakat- bakat
yang diperlukan;
 Melaksanakan program-program yang boleh menarik, melatih serta
mengekalkan bakat di Pulau Pinang seperti pemberian biasiswa Penang
Future Foundation (PFF) dan pemberian keutamaan dalam skim
perumahan mampu milik;
 Melaksanakan Program Meister Malaysia bagi meningkatkan tahap
teknikal tenaga kerja vokasional; dan
 Memperuntukkan RM75 juta bagi @CAT Penang (Accelerator for
Creative,Analytics and Technology), Penang Skills Development
Centre (PSDC), Penang Science Cluster (PSC),Karpal Singh Penang
141
Learning Centre (KSPLC), Tech Dome Penang (TDP), and Penang Digital
Library (PDL) bagi memupuk minat generasi muda dalam STEM.
(v) Meningkatkan connectivity penerbangan antarabangsa dan pelabuhan melalui
usaha-usaha berikut:
 Bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan dan agensi-agensi
berkaitan untuk meningkatkan lebih banyak penerbangan terus
antarabangsa ke destinasi baharu;
 Bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memperluas dan
menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi
memenuhi keperluan pelabur baru dan pelabur sedia ada dari aspek
peningkatan kapasiti penumpang dan kargo antarabangsa; dan
 Menjadikan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan laut strategik di
utara Malaysia dan selatan Thailand serta menambah baik fasiliti
pelabuhan.
(vi) Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak berkepentingan untuk
menaik taraf Pulau Pinang sebagai negeri antarabangsa yang berteraskan
konsep work, live and play. Ini termasuklah peningkatan kualiti pengangkutan
awam melalui Pelan Induk Pengangkutan Awam (termasuk laluan LRT) untuk
meningkatkan kualiti hidup;
(vii) Memastikan kos menjalankan perniagaan di Pulau Pinang terus kekal kompetitif
melalui penanda aras secara global dan serantau; dan
(viii) Melancarkan Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) @ Mayang di Bayan
Baru dan @ By the Sea di Taman Perindustrian Bayan Lepas dalam usaha
merangsang pelaburan dan peluang pekerjaan. Inisiatif ini merupakan
sebahagian daripada pelan induk pembangunan negeri yang menawarkan ruang
perniagaan kondusif dan persekitaran kepada pelabur serta bakat sokongan dari
seluruh dunia. Ini juga selaras dengan perancangan Skim Peningkatan
Perniagaan Mengikut Daerah - Business Improvement District Scheme (BIDS).
(a) Sehingga Oktober 2018, terdapat sebanyak 3305 buah kilang yang beroperasi di
seluruh Negeri Pulau Pinang. Daripada jumlah tersebut, 496 buah kilang
beroperasi di Free Industrial Zone (FIZ) Bayan Lepas, manakala 2,809 buah
kilang beroperasi di Seberang Perai.
Statistik pelaburan pembuatan yang diluluskan Malaysian Investment
Development Authority (MIDA) dan pekerjaan yang diwujudkan dari tahun 2008
hingga Mac 2018 adalah seperti jadual di bawah :
PELABURAN PELABURAN JUMLAH
PEKERJAAN
TAHUN DOMESTIK ASING PELABURAN
DIWUJUDKAN
(RM juta) (RM juta) (RM juta)
2008 22,215 5,068.72 5,088.00 10,156.30
2009 8,696 716.74 1,449.00 2,165.24
2010 21,618 1,786.85 10,451.00 12,237.96
2011 14,293 1,960.40 7,146.00 9,106.01
2012 10,359 1,344.90 1,126.55 2,471.46
2013 14,515 2,117.86 1,794.39 3,912.26
2014 17,896 3,048.78 5,113.59 8,162.37
2015 18,725 2,225.60 4,498.70 6,724.30
2016 10,816 1,237.00 3,057.00 4,294.00
2017 13,553 2,271.39 8,540.49 10,811.88
Jan-Mar
996 438.86 580.47 1,019.33
2018

142
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
2. Selain sektor perkilangan yang menyumbang kepada ekonomi negeri. Berapakah nilai
pendapatan bagi sektor lain pada tahun 2017 seperti;
(a) Sektor pertanian
(b) Sektor pelancongan
(c) Sektor perkhidmatan
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, sektor
pembuatan/perkilangan di Pulau Pinang telah menyumbang sebanyak RM34.8 bilion
iaitu 44.8% daripada jumlah keseluruhan pendapatan sebanyak RM77.6 bilion pada
tahun 2017. Nilai pendapatan bagi sektor-sektor lain adalah seperti berikut :
(a) Sektor Pertanian : RM1.54 bilion (1.98%)
(b) Sektor Pelancongan : RM21.1 bilion (27.19%)
(c) Sektor Perkhidmatan : RM38.3 bilion (49.35%)
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
3. Berapakah jumlah kutipan Kerajaan Negeri daripada premium tanah, kutipan cukai
pintu dan bayaran berkaitan premis perniagaan sejak 2008 hingga kini?
(a) Adakah kutipan bertambah atau berkurang dalam tempoh berkenaan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Jumlah hasil premium tanah yang dikutip oleh Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah
dan Tanah bagi tempoh dari 2008 hingga September 2018 adalah seperti di Lampiran
A. Manakala jumlah hasil cukai pintu dan bayaran berkaitan premis perniagaan yang
dikutip oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang
(MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) adalah seperti di Lampiran B.
(a) Berdasarkan maklumat hasil premium tanah yang dikutip oleh Kerajaan Negeri seperti
di Lampiran A, menunjukkan hasil premium tanah meningkat dari tahun 2008 hingga
2015 manakala terdapat penurunan pada tahun 2016 dan 2017.
Berdasarkan maklumat kutipan cukai pintu premis perniagaan yang dikutip oleh PBT
melalui MBPP dan MPSP menunjukkan kutipan cukai pintu perniagaan terus meningkat
dari tahun 2008 hingga 2017.
Berdasarkan maklumat kutipan bayaran berkaitan premis perniagaan oleh PBT melalui
MBPP dan MPSP pula, menunjukkantrend yang sama iaitu kutipan terus meningkat dari
tahun 2008 hingga 2017.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
4. Apakah pendirian Kerajaan Negeri mengenai gejala LGBT?
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Kerajaan Negeri Pulau Pinang memegang teguh terhadap prinsip yang digariskan dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Artikel 8 (1) yang menegaskan semua
rakyat Malaysia adalah sama rata di sisi undang-undang “equal before the law” dan
berhak menerima perlindungan yang sama rata termasuk bagi golongan LGBT. Kerajaan
Negeri menghormati akan keperluan golongan ini tetapi tidak akan terlibat dalam
promosi kegiatan kumpulan LGBT. Kerajaan Negeri juga berpendirian bahawa golongan
143
LGBT tidak harus menjadi mangsa diskriminasi terutamanya keganasan dalam lokap dan
menghadapi masalah untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital.
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
5. Bayan Lepas akan terlibat dengan projek penambakan laut. Dalam jangka masa panjang
Kerajaan Negeri akan memperolehi manfaat yang mana tanah berkenaan akan berada
dalam pentadbiran Kerajaan Negeri secara tidak langsung akan menjana pendapatan
kerajaan. Para nelayan akan melihat perkara ini sebagai sengsara berpanjangan.
(a) Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk manfaat jangka masa panjang bagi
golongan tersebut?
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Projek tambakan laut di kawasan Bayan Lepas ini merujuk kepada Projek Penambakan
Laut Pulau Pinang Selatan atau Penang South Reclamation (PSR). Projek ini perlu
dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan ekonomi Negeri Pulau Pinang di masa akan
datang. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri amat memahami kegusaran komuniti
nelayan. Antara inisiatif yang dicadangkan bagi memberi manfaat kepada komuniti
nelayan dan rakyat tempatan adalah seperti berikut:
(a) Menaik taraf Kemudahan Nelayan
Infrastruktur seperti jeti dan dermaga baharu di selatan Pulau Pinang akan
dibina untuk memudahkan nelayan. Selain itu, saluran navigasi selebar 250m di
antara pulau-pulau tambakan dan perairan selatan Pulau Pinang turut
disediakan untuk laluan bot nelayan dan didalamkan kepada kedalaman -2m
CD untuk membolehkan pergerakan keluar masuk nelayan 24 jam.
(b) Inisiatif Ekologi (Program Offset)
Bagi memperbaiki dan mewujudkan habitat laut, langkah-langkah ecological
enhancement yang dicadangkan adalah seperti:
(i) Pelabuhan tukun tiruan di tempat-tempat strategik seperti di Pulau
Kendi;
(ii) Pemasangan unjam atau Fish Aggregating Device (FAD);
(iii) Penanaman semula bakau;
(iv) Pelepasan benih ikan/udang ke laut;
(v) Peruntukan geran penyelidikan/pemeliharaan hidupan marin dan;
(vi) Pemasangan infrastruktur memperkaya habitat sebagai sebahagian
daripada struktur pulau buatan PSR.
(c) Peluang Pekerjaan Semasa Pembinaan
Tanah yang akan ditebus guna bakal menghasilkan pulangan ekonomi dan sosial
yang tinggi dan juga menyediakan peluang-peluang pekerjaan jangka panjang
kepada penduduk tempatan. Jangkaan peluang pekerjaan semasa penambakan
adalah sebanyak 1,100 pekerjaan. Peruntukan 30% kerja-kerja sewaktu
pembinaan akan mengutamakan rakyat tempatan seperti golongan komuniti dan
keluarga nelayan tempatan termasuk latihan.
Malahan sewaktu topside development dianggarkan sebanyak 12,500 peluang
pekerjaan bakal diwujudkan, sementara di peringkat operasi anggaran 300,000
peluang pekerjaan akan terjana menerusi pelaburan dalam sektor pembuatan
dan perkhidmatan.

144
(d) Inisiatif Pekerjaan Lain
Pekerjaan alternatif telah dicadangkan untuk membolehkan nelayan-nelayan
yang ingin mencari peluang lain memilih pekerjaan sesuai untuk mereka.
Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan dan agensi-agensi yang
terlibat untuk menjayakan inisiatif tersebut. Antara alternatif yang dicadangkan
adalah:
(i) akuakultur;
(ii) perikanan laut dalam;
(iii) perikanan rekreasi;
(iv) water taxi; dan
(v) industri berkaitan pemprosesan ikan, penyelenggaraan bot/enjin,
keusahawanan dan lain-lain.
(e) Inisiatif Pendidikan Termasuk Skim Latihan, Biaisiswa dan Tuisyen
Inisiatif pembangunan modal insan ini bertujuan untuk menambah baik
pendidikan dan kemahiran untuk rakyat tempatan, nelayan dan anak-anak
mereka. Usaha-usaha ini bertujuan untuk menyediakan penduduk tempatan
dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan supaya mereka dapat
meraih peluang pekerjaan dan peluang yang dihasilkan oleh projek ini serta
melahirkan tenaga kerja berkemahiran untuk memenuhi keperluan industri kini
dan pada masa hadapan.
(f) Inisiatif Perumahan
Selaras dengan objektif projek yang membolehkan Kerajaan Negeri membina
rumah berkualiti untuk semua lapisan masyarakat seiring dengan pertumbuhan
populasi negeri, sebanyak 30% perumahan awam akan diperuntukkan di pulau-
pulau tambakan dan keutamaan diberikan kepada para nelayan yang layak.
(g) Inisiatif Penambahbaikan Infrastruktur Sedia Ada
Pelbagai program penambahbaikan infrastruktur telah dirancang bagi selatan
Pulau Pinang untuk dilaksanakan sebagai sebahagian daripada projek ini
termasuklah:
(i) Program tebatan banjir;
(ii) Program peningkatan mutu air sungai;
(iii) Pengindahan dan pengukuhan kawasan pesisir pantai; dan
(iv) Program penambahbaikan dan pemuliharaan kampung dan kerja-kerja
jalan raya
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
6. Dalam sesi yang lepas saya telah bangkitkan cadangan untuk Kerajaan Negeri
menambahkan elaun/saguhati kepada tenaga pengajar KAFA.
(a) Bagaimanakah pandangan dan keputusan Kerajaan Negeri?
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. (a) Kerajaan Negeri amat prihatin dengan kebajikan dan masa hadapan guru Kelas
Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA). di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri melalui
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) sedang dalam peringkat
penelitian dan kajian bagi menambah pembayaran ex-gratia kepada mereka
tertakluk kepada kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

145
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
7. Dalam manifesto Pilihanraya Ke-14 telah ditawarkan 68 janji untuk ditunaikan kepada
rakyat Pulau Pinang jika kerajaan sedia kembali memerintah.
(a) Sehingga sekarang berapakah janji yang telah ditunaikan? Senaraikan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan semua pihak termasuk Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan Tempatan, Agensi Kerajaan dan pihak swasta untuk
memastikan janji Manifesto Pakatan Harapan peringkat negeri dipenuhi. Terdapat
janji-janji yang terdapat pada Manifesto yang telah dipenuhi. Manakala sebahagian lagi
janji tersebut masih lagi dalam peringkat perancangan. Di samping itu, terdapat 4 janji
yang memerlukan kelulusan Kerajaan Pusat bagi merealisasikan pencapaiannya. Status
terkini pencapaian Manifesto Kerajaan Negeri Pakatan Harapan adalah seperti
di Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
8. Bilakah Hospital Islam seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini akan siap di Bayan
Baru?
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Projek pembangunan Hospital Islam akan di laksanakan di atas tanah HSM 1139, Lot PT
3096, Mukim 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang dengan keluasan 2.84 ekar milik
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Projek yang dilaksanakan secara
"private funding initiative" dengan anggaran kos berjumlah RM215 juta ini dijangka akan
bermula pada 1 Disember 2018 dan tempoh pelaksanaan projek adalah selama 36 bulan.
Status semasa adalah diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan untuk memberi kelulusan
untuk memulakan kerja di tapak (COW).
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
9. Sejak tahun 2009 hingga sekarang seramai 660 orang huffaz telah mendapat
pengikhtirafan Kerajaan Negeri dengan memberi saguhati setiap tahun.
(a) Nyatakan jumlah bayaran yang telah diberi setiap tahun sehingga tahun 2018.
(b) Nyatakan komitmen Kerajaan Negeri untuk membantu mereka mendapatkan
kerja yang yang sesuai di masjid, jabatan-jabatan dan juga pusat pendidikan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. (a) Jumlah saguhati yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri kepada para
huffaz mengikut tahun, bilangan penerima dan jumlah bayaran dari tahun 2008
hingga 2018 adalah seperti jadual berikut :
BILANGAN JUMLAH BAYARAN JUMLAH KESELURUHAN
BIL TAHUN
PENERIMA (RM) (RM)
1 2008 103 orang 300.00 30,900.00
2 2009 137 orang 500.00 68,500.00
3 2010 180 orang 500.00 90,000.00
4 2011 260 orang 500.00 130,000.00
5 2012 350 orang 500.00 175,000.00
6 2013 405 orang 500.00 202,500.00
7 2014 471 orang 500.00 235,500.00
8 2015 520 orang 500.00 260,000.00
9 2016 551 orang 500.00 275,500.00
10 2017 600 orang 500.00 300,000.00
11 2018 660 orang 500.00 330,000.00

(b) Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi di bawahnya sentiasa berusaha


menyediakan peluang kerjaya kepada lepasan huffaz dengan mengadakan
program-program kerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi yang
146
menawarkan pengajian Al-Quran seperti Kolej Islam Teknologi Antarabangsa
(KITAB), Darul Quran, Maahad Tahfiz dan sekolah agama rakyat (SAR). Selain itu,
program ini turut melibatkan agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM), badan-badan berkanun seperti Majlis Agama Islam Negeri dan
Lembaga Tabung Haji dan syarikat-syarikat swasta yang terlibat dengan
peranan huffaz untuk menjalani latihan amali bagi mempersiapkan mereka
dengan kemahiran yang bersesuaian. Memandangkan para huffaz yang tidak
mempunyai sijil akademik seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), peluang untuk
melayakkan mereka mendapat pekerjaan di agensi samada kerajaan atau badan
berkanun khususnya, adalah terhad.
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
10. Gejala golongan muda yang terlibat dengan arak murah mahupun yang mahal agak
menjadi-jadi ketika ini.
(a) Bolehkah kerajaan mengharamkan jualan arak di kedai serbaneka yang terlalu
bebas menjual arak supaya pelajar atau golongan muda tidak terpengaruh untuk
membeli dan mencuba?
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. (a) Pada masa ini Kerajaan Negeri tidak dapat mengharamkan jualan arak di kedai
serbaneka kerana Akta Eksais 1976 membenarkan penjualan minuman arak jenis
bir tanpa perlu dilesenkan berbanding penjualan arak jenis liquor yang
hendaklah dilesenkan.
Namun begitu sebagai sebahagian usaha untuk tidak menggalakkan penjualan
dan meminum arak ini, Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) 2016, Akta
Makanan 1983, telah meminda had umur penjualan minuman keras dari orang
yang berumur 18 tahun ke atas kepada umur 21 tahun ke atas. Meningkatkan
had umur ini dianggap mereka yang membeli arak ini adalah lebih matang dan
dapat menilai keburukan minuman ini.
Kerajaan Negeri juga ambil serius isu penjualan arak murah/tiruan dan sedang
mengkaji bagaimana dapat menghalang penjualannya memandangkan kes-kes
kematian di Selangor baru-baru ini.
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
11. Pulau Pinang adalah yang teristimewa kerana mempunyai 2 buah jambatan sebagai
penghubung tanah besar dengan pulau. Urusan seharian menjadikan kawasan pulau
sebagai tumpuan pentadbiran dan juga sektor pekerjaan. Janji Pakatan Harapan untuk
mansuhkan tol masih lagi kabur.
(a) Sebagai kerajaan rakyat, bolehkah Kerajaan Negeri mendesak Kerajaan Pusat
supaya tol motosikal di jambatan dihapuskan terlebih dahulu?
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Pada 2 November 2018, semasa pembentangan Belanjawan 2019 di Parlimen, YB
Menteri Kewangan Malaysia telah membuat pengumuman bahawa mulai 1 Januari 2019,
tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan
Kedua di Johor akan dimansuhkan. Implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta
setahun.
Walaupun dalam manifesto Piliharaya Umum ke-14, Pakatan Harapan memang ingin
memansuhkan tol untuk semua kenderaan di Jambatan Pertama Pulau Pinang yang telah
sekian lama telah mendapat kembali kos pelaburan tersebut, namun Kerajaan Pakatan
Harapan yang baru di peringkat Persekutuan memang tidak menjangka pimpinan
Kerajaan Barisan Nasional yang dilabelkan “Kleptokrasi” oleh Amerika Syarikat telah

147
berhutang sebangak RM 1 trilion. Hutang negara ini menjadikan janji pemansuhan tol
untuk semua kenderaan di Jambatan Pertama Pulau Pinang susah untuk ditunaikan buat
masa ini, kerana tumpuan negara adalah diberikan untuk mengurangkan hutang negara.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkeyakinan bahawa setelah
keadaan kewangan negara menjadi stabil dalam masa akan datang, maka Kerajaan
Persekutuan akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan janji untuk memansuhkan tol
Jambatan Pertama Pulau Pinang.
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
12. Kenapakah tiada cadangan LRT atau lebuhraya dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau
Pinang antara jajaran lapangan terbang, Teluk Kumbar ke Balik Pulau?
(a) Adakah laluan berkenaan boleh dimasukkan dalam rancangan pelan induk yang
sedia ada?
Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Jajaran Light Rail Transit (LRT) pada masa ini tidak disarankan ke Teluk Kumbar
dan Balik Pulau kerana unjuran jumlah penumpang di kawasan-kawasan ini tidak
memenuhi syarat kapasiti yang diperlukan untuk sesuatu tapak stesen LRT.
Walau bagaimanapun, apabila LRT Bayan Lepas beroperasi, perkhidmatan bas
pengantara (feeder bus) akan disediakan di Teluk Kumbar dan Balik Pulau ke
stesen LRT terdekat di Penang South Reclaim (PSR)
Bagi pelan jajaran lebuh raya pula, terdapat perancangan dalam fasa
susulan Penang Transport Master Plan (PTMP) di mana Balik Pulau akan
disambungkan sepenuhnya apabila Pan Island Link (PIL) 2 yang dicadangkan
dibina untuk sambungan ke PIL 1. PIL 2 yang dicadangkan akan menghubungkan
persimpangan Jalan Teluk Kumbar sekitar bangunan Puspakom dengan
Persimpangan Relau di PIL 1. Persimpangan di Jalan Teluk Kumbar ini akan
menjaringkan sambungan jajaran ke kawasan Balik Pulau.
Pada masa akan datang, apabila permintaan unjuran penumpang merangkumi
penduduk kawasan tersebut dan permintaan dari sektor pelancongan mencapai
kapasiti yang diperlukan, sistem pengangkutan yang sesuai boleh
dipertimbangkan untuk Balik Pulau dan juga Teluk Kumbar.
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
13. Sejauh mana Kerajaan Negeri bersedia menghadapi bencana alam seperti banjir?
(a) Selepas banjir teruk pada November dan September 2017 bagaimanakah tahap
kesiapsiagaan untuk menghadapi musibah tersebut?
(b) Apakah kelengkapan yang telah diadakan atau dibeli?
(c) Berapakah peruntukan yang disediakan bagi tujuan tersebut?
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. (a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah pun meningkatkan kesiapsiagaan untuk
menghadapi bencana sekiranya ianya berlaku. Jabatan Meteorologi
akan menyalurkan maklumat berkenaan ramalan dan amaran cuaca buruk
kepada agensi-agensi pengurusan bencana melalui faks, e-mel dan SMS.
Manakala penyebaran amaran cuaca kepada orang awam adalah melalui laman
web: www.met.gov.my, siaran televisyen (TV), Crawler TV, media sosial
(facebook: malaysiamet, twitter: @malaysianmet dan Whatsapp) dan Hotline di
talian 1 300 22 1MET(1638). Di samping itu, program Civil Defense Emergency
Response Team Community (CDERT-C) yang diterajui oleh Angkatan Pertahanan

148
Awam Malaysia akan diperluas ke semua Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK). Peningkatan fungsi dan penyaluran maklumat
melalui sistem Penang Alert yang lebih konsisten dan juga melibatkan data-data
daripada agensi/jabatan yang berkaitan. Pada masa kini, Jabatan Meteorologi,
Jabatan Alam Sekitar, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT-MBPP dan MPSP), kelima-
lima Pejabat Dearah dan Tanah kerap memaklumkan isu-isu berkaitan dengan
bencana di Portal tersebut. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana juga
diadakan secara berkala bagi perkongsian maklumat antara agensi dan
kesiapsiagaan yang lebih menyeluruh. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga
telah melancarkan Portal Penang Alert pada 7 Mac 2017 yang lalu. Fungsi
utama Penang Alert adalah bagi hebahan berhubung insiden, kejadian dan apa
jua informasi yang melibatkan situasi yang boleh menjejaskan atau mengganggu
perancangan serta membantu memudahkan persediaan orang awam di Negeri
Pulau Pinang. Pendek kata, Penang Alert membantu orang awam untuk lebih
bersedia dalam menghadapi situasi bencana ataupun meminima/mengelak
impak bencana/situasi kecemasan/ halangan.
(b) Pihak Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan pelbagai jabatan lain dalam
memperkuatkan lagi kelengkapan asas untuk atau semasa menghadapi krisis
bencana. Pihak Angkatan Pertahanan Awam telah dibekalkan dengan 7 buah lori
lima tan dan 5 buah bot yang baru bagi memantapkan lagi kecekapan
pengoperasian dalam menghadapi bencana alam. Selain itu, kelengkapan asas
kepada mangsa bencana yang telah disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) bagi menghadapi bencana alam seperti banjir adalah Hygiene Kit keluarga
(ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, syampu, sikat rambut, sabun dan berus
pakaian). Disamping itu juga, pihak JKM telah membuat perolehan kepada
keperluan asas lain iaitu tikar, selimut, kain pelikat, kain batik, tuala dan toto
(comforter) kepada mangsa bencana banjir yang di tempat ke Pusat
Pemindahan.
(c) Peruntukan jabatan-jabatan yang terlibat dengan Kerajaan Negeri dalam
Jawatankuasa Menangani Bencana adalah tertakluk kepada peruntukan yang
disediakan oleh pihak kementerian masing-masing dan berbeza-beza dari tahun
ke tahun dan dari negeri ke negeri. Namun, JKM melalui Kerajaan Negeri telah
diberi peruntukan sebanyak RM75,000.00 bagi tahun 2018 untuk pembelian
keperluan asas bekalan bencana.
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
14. Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi mengurangkan kes demam denggi selain daripada
'fogging', gotong royong dan kompaun yang dikenakan oleh Kementerian Kesihatan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Langkah-langkah Kerajaan Negeri selain fogging, gotong royong dan kompaun bagi
mengurangkan kes demam denggi adalah seperti berikut:-
(i) Meningkatkan penglibatan komuniti dengan penubuhan pasukan-pasukan
baru Communication for Behavioural Impact(COMBI) dan mengaktifkan pasukan-
pasukan COMBI yang lama. Karnival Kesedaran Denggi Bersama dengan
Konvensyen COMBI akan diadakan pada 17 November 2018 bertempat di Tech
Dome Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) untuk memberikan pendedahan
kepada komuniti tentang pencegahan denggi dan membolehkan perkongsian
pengalaman pasukan COMBI dalam menangani denggi;
(ii) Meningkatkan promosi penggunaan repellent terutamanya di lokasi wabak bagi
mengekang penularan denggi;

149
(iii) Menjalankan kerja-kerja menjaga kebersihan sekitar melalui kutipan sampah
dan pembersihan parit longkang secara berjadual agar mengurangkan risiko
pembiakan nyamuk aedes;
(iv) Mengambil tindakan pantas menjalankan kerja pembersihan sekitar jika
terdapat amaran awal yang menunjukan tanda-tanda sesuatu lokasi itu akan
menjadi wabak setelah di kesan oleh sistem amaran awal Artificial Intelligence
Medical Epidemiology(AIME) yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang;
(v) Menjalankan kajian kebersihan premis di lokasi kes dan wabak agar memastikan
individu premis menjaga kebersihan persendirian bebas dari pembiakan nyamuk
aedes;
(vi) Menjalankan pemeriksaan di premis berisiko secara berjadual dan kerap bagi
premis yang mempunyai indeks aedes yang tinggi seperti tapak binaan, kilang,
premis perniagaan barang lusuh dan premis semak samun serta kotor;
(vii) Menjalankan operasi pengurangan di punca apabila terdapat lokasi yang
mempunyai indeks aedes yang tinggi seperti semburan jentik-jentik, cari dan
musnah di tempat pembiakan;
(viii) Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan seperti mengedar risalah, poster,
pameran, edaran ubat jentik-jentik percuma (abate) dan ceramah berkaitan
dengan bahaya denggi kepada penduduk;
(ix) Menyediakan sistem aduan melalui panggilan hotline. Aduan orang ramai
menjadi pantas dan berkesan jika terdapat aduan lokasi premis yang menjadi
pembiakan nyamuk. Orang ramai boleh membuat aduan secara talian kepada
Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan tindakan pembersihan segera
boleh diambil; dan
(x) Menjalankan kempen kitar semula dan pengasingan di punca agar masyarakat
dapat mengasingkan bekas-bekas yang boleh membiak nyamuk dijadikan bahan
kitar semula.
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
15. Kerajaan Pusat menyatakan akan membina 200 000 buah Rumah Mampu Milik dalam
masa 2 tahun.
(a) Apakah pula sasaran Kerajaan Negeri?
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah merancang
pembinaan sebanyak 18 projek yang bakal menyediakan sejumlah 27,080 unit Rumah
Mampu Milik menjelang tahun 2025. Projek-projek ini akan menyediakan seperti
berikut:
(i) 717 unit RMM 'A' (harga maksima RM42,000);
(ii) 9,283 unit RMM 'B' (harga maksima 72,500); dan
(iii) 17,080 unit RMM 'C' (harga maksima RM300,000).
Setakat ini, projek Bandar Cassia Fasa 1 yang mengandungi 520 unit rumah (149 RMM B
dan 371 RMM C ) telah pun siap dibina dan memperolehi Perakuan Siap dan Pematuhan
(CCC) pada 22 Februari 2018. Tujuh (7) projek lagi yang bakal menyediakan 80 unit RMM
A, 2,100 unit RMM B dan 2,951 unit RMM C masih dalam peringkat pembinaan iaitu
projek di Kampung Kepala Gajah SPS, Permatang Tok Suboh SPT, Dua Residensi di Teluk
Kumbar DBD, Jiran Residensi di Kampung Jawa, Butterworth SPU dan The Rise, SP
Chelliah DTL. Kerja-kerja tanah juga telah dimulakan di tapak Sandiland Foreshore dan
Jelutong, Daerah Timur Laut.
150
Senarai baki 10 projek melibatkan penyediaan sebanyak 21,429 unit RMM dalam
peringkat perancangan adalah seperti di Lampiran A.
Selain daripada Kerajaan Negeri, usaha pembekalan Rumah Mampu Milik A, B dan C ini
akan melibatkan pihak swasta dan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Kerajaan
Persekutuan dimana secara keseluruhannya 28,195 telah dibina, 24,445 sedang dibina
dan 44,602 telah diluluskan Pelan Kebenaran Merancang atau dalam perancangan GLC
berkaitan dan ini membawa kepada angka 97,242 unit rumah mampu milik seperti
di Lampiran B.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
16. Apakah yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri ketika ini masih ada lagi surau dan
masjid yang masih tidak seiring dengan dasar Kerajaan Negeri termasuk menyediakan
ruang-ruang khutbah dan kuliah yang menghentam Kerajaan Negeri dan Pusat?
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Kerajaan Negeri melaksanakan dasar terbuka dalam konteks majlis ilmu di Pulau
Pinang. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan masjid dan surau adalah tertakluk
kepada Garis Panduan Khatib Jemputan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam
Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada tahun 2010 manakala para penceramah pula
tertakluk kepada keperluan mendapatkan tauliah pengajaran agama Negeri Pulau
Pinang.
Bagi kes-kes yang bersifat menghentam dan memaki hamun di dalam masjid dan
surau, pihak kerajaan melalui Jabatan Agama Islam akan mengambil tindakan
berdasarkan aduan yang dikemukakan. Pihak Kerajaan Negeri tidak akan bertolak
ansur dengan perbuatan yang menghina kesucian masjid dan surau.
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
17. Apakah peranan sebenar Penang Insititute?
(a) Berapakah peruntukan tahunan yang disediakan?
(b) Apakah kejayaan yang telah dicapai?
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Penang Institute merupakan sebuah badan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang
berperanan sebagai institut penyelidikan dan memberi perkhidmatan perundingan
berasaskan kajian.
Penyelidikan yang dijalankan oleh Penang Institute tertumpu di peringkat tempatan
dan nasional dalam bidang pembangunan ekonomi, pembangunan bandar,
pembangunan politik dan sosial, sejarah negeri Pulau Pinang dan serantau serta
berkaitan nusantara. Selain menjalankan penyelidikan dan membantu dalam
pelaksanaan polisi baharu melalui hasil penyelidikan, Penang Institute juga
melaksanakan program-program intelektual untuk penyertaan orang ramai seperti
seminar Malaysia Economic Monitor: Navigating Change, forum nusantara, dan
pelancaran buku.
(a) Peruntukan tahunan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri
kepada Penang Institute sejak tahun 2011 hingga 2018 adalah seperti
perincian berikut:
Tahun Jumlah Peruntukan (RM)
2011 1,500,000.00
2012 3,000,000.00

151
2013 3,000,000.00
2014 3,000,000.00
2015 3,000,000.00
2016 3,000,000.00
2017 3,750,000.00
2018 4,500,000.00
JUMLAH 24,750,000.00
(b) Antara kejayaan yang telah dicapai oleh Penang Institute adalah seperti berikut:
(i) Menerbitkan majalah bulanan Penang Monthly, sejak tahun 2009. Sejak
tahun 2009 sehingga bulan Oktober 2018, sebanyak 107 edisi
majalah Penang Monthly telah diterbitkan oleh Penang Institute.
(ii) Menerbitkan laporan atas talian, Issues, pada bulan Jun 2017. Sehingga
bulan Oktober 2018, sejumlah 26 laporan telah diterbitkan.
(iii) Menyediakan pelan hala tuju seperti Penang Paradigm, Penang2030,
Penang Youth Blueprint, Penang Agriculture Masterplan, dan Penang
Skilled Labour Workforce Study untuk Kerajaan Negeri.
(iv) Menghasilkan laporan melalui kajian dan penyelidikan. Sejak tahun 1997
sehingga bulan Oktober 2018, sejumlah 211 laporan telah disediakan
oleh Penang Institute. Kesemua laporan tersebut boleh didapati di Pusat
Sumber Kajian Pulau Pinang di Penang Institute. Pusat sumber ini juga
menyediakan koleksi buku dan laporan kajian yang berdasarkan Negeri
Pulau Pinang.
(v) Menganjurkan program-program intelektual seperti Penang in Asia
Lecture Series yang dapat memberi peluang kepada rakyat negeri Pulau
Pinang untuk belajar dan mengambil bahagian dalam perdebatan tentang
isu-isu antarabangsa yang berkait rapat dengan pembangunan Negeri
Pulau Pinang. Tokoh-tokoh yang pernah diundang adalah seperti
Professor James Mirrlees (University of Cambridge), Professor Jeffrey
Sachs (Columbia University), Professor Kiyohiko Nishimura (University of
Tokyo), Professor Tariq Ramadan (University of Oxford), Professor
Kishore Mahbubani (National University of Singapore/ Bekas Menteri Luar
Negara Singapore) dan lain-lain. Topik-topik yang pernah dibincangkan
termasuk pembangunan ekonomi, pengajaran Islam dan pembangunan
mampan. Terdapat juga siri Forum Nusantara yang memberi tumpuan
khas kepada sejarah dan perkembangan kebudayaan Melayu dan Pulau
Pinang. Selain itu, Penang Institute juga menganjurkan forum atau
seminar yang berasaskan kajian-kajian yang telah dijalankan seperti
Forum Goods and Services Tax (GST and You) yang menghuraikan impak
perlaksanaan GST kepada orang ramai dan Forum Affordable
Housing yang memberi penekanan kepada faktor kekurangan perumahan
mampu milik.
(vi) Bekerjasama dengan institusi antarabangsa dan institusi tempatan dalam
projek-projek tertentu seperti berikut:-
(a) Kumpulan Think Tank : Institute for Democracy and Economic
Affairs (IDEAS), Institut Darul Ehsan, Institut Darul Ridzuan,
Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development, Jeffrey
Cheah Institute on Southeast Asia, & Institute of Southeast Asian
Studies (ISEAS) Yusof Ishak Institute (Singapore), Singapore
Institute of International Affairs (Singapore);
(b) Universiti: Universiti Sains Malaysia (USM), Sunway
University, Monash University (Australia), University of
California Davis (US), University of Albany, Rockefeller
152
College (US), Columbia University (US), Shueyan
University (Hong Kong), Indonesian Institute of
Sciences (Indonesia), Wenzao Ursuline University (Taiwan)
& College of Liberal and Social Sciences, City University (Hong
Kong);
(c) Pejabat Kedutaan dan Pesuruhjaya Tinggi: China, Thailand,
Japan, German, Norwegian, Singapore, United States, Swedish,
Dutch, EU Commission; dan
(d) Organisasi Antarabangsa: The Roundtable Commonwealth
Journal of International Affairs (UK), Friedrich Ebert Stiftung
(German), Konrad Adenauer Foundation (German), Temasek
Foundation International (Singapore), Civil Service College
(Singapore), WorldBank, UN-Habitat, dan United Nations
Development Programme (UNDP).
(vii) Menyertai wacana awam melalui rencana pengarang opposite the
editorial page or opinion editorial (op-ed) atau kolum. Antara media
massa yang menerbitkan rencana pengarang op-ed atau kolum hasil
penulisan penyelidik Penang Institute adalah seperti The Edge, Oriental
Daily, The Malaysian Insider, New York Times, Nikkei Asia dan lain-lain.
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
18. Bagaimanakah perjalanan Perpustakaan Digital sejak ia beroperasi?
(a) Nyatakan jumlah pengunjung yang telah hadir.
(b) Beban kos yang ditanggung.
Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Sejak pembukaan Perpustakaan Digital Pulau Pinang (Penang Digital Library – PDL) pada
8 Oktober 2016, PDL telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada
pengguna di Pulau Pinang dan negeri-negeri jiran seperti Kedah dan Perlis menerusi
lawatan / kunjungan yang diadakan. Lokasi yang strategik dikelilingi oleh sekolah-
sekolah dan institusi pendidikan tinggi dalam lingkungan tiga (3) kilometer serta
dikelilingi oleh kawasan perumahan menjadikan PDL dikunjungi oleh semua lapisan
masyarakat terutamanya pelajar sekolah dan golongan muda.
Oleh kerana sambutan yang menggalakkan dan maklumbalas positif yang diterima
daripada para pengguna, Kerajaan Negeri telah mengumumkan operasi perkhidmatan
24 jam / 7 hari / 365 hari mulai 1 Mei 2017.
(a) Jumlah pengunjung ke PDL sejak tahun 2016 sehingga 2018 adalah seperti
berikut:
Bil. Tahun Jumlah Pengunjung
1 2016 5,579
2 2017 31,684
2018
3 28,474
(15 Oktober 2018)

(b) Kos perbelanjaan/operasi PDL termasuk penggajian kakitangan, pembelian


eBooks, sistem perisian PDL, bayaran utiliti, perkhidmatan pembersihan dan
kawalan keselamatan sejak tahun 2016 hingga 2018 adalah seperti berikut :
(i) Tahun 2016 : RM220,418.07 (Oktober – Disember 2016)
153
(ii) Tahun 2017 : RM662,921.65
(iii) Tahun 2018 : RM474,297.52 (Sehingga Oktober 2018)
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
19. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan khas untuk sekolah agama rakyat,
sekolah tahfiz yang berdaftar dan sekolah agama berasrama penuh?
(a) Jika ada sila nyatakan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Kerajaan Negeri ada menyediakan peruntukan bagi Institusi Pendidikan Islam termasuk
sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz yang berdaftar. Manakala sekolah agama
berasrama penuh yang ada di Pulau Pinang merupakan sekolah bantuan penuh Kerajaan
Persekutuan yang diselia oleh Kementerian Pendidikan.
(a) Kategori institusi Pendidikan Islam yang menerima peruntukan yang disediakan
oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:-
(i) Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR);
(ii) Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR);
(iii) Tadika Islam;
(iv) Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA);
(v) Sekolah Pondok;
(vi) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK); dan
(vii) Pusat Tahfiz
Peruntukan bagi Institusi Pendidikan Islam ini adalah dalam bentuk bantuan
kewangan secara one-off bagi kegunaan pengurusan am sekolah-sekolah
tersebut. Jumlah peruntukan yang telah disalurkan dari tahun 2009 sehingga
2017 adalah seperti jadual berikut :-
Tahun Jumlah Peruntukan (RM juta)
2009 1.5
2010 1.75
2011 1.75
2012 1.75
2013 1.75
2014 1.75
2015 1.75
2016 1.75
2017 1.75
JUMLAH
15.5
KESELURUHAN
Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan pembangunan yang
disalurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP)
untuk kerja-kerja pembaikan, naik taraf dan membina baharu bagi sekolah-
sekolah agama rakyat mengikut keutamaan dan keperluan. Peruntukan
pembangunan sekolah-sekolah agama rakyat bagi tahun 2017 dan 2018 masing-
masing berjumlah RM2.15 juta dan RM2.8 juta.

154
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
20. Masalah banjir kilat masih lagi tidak dapat diselesaikan walaupun telah setahun banjir
besar berlaku.
(a) Apakah projek tebatan banjir yang telah dilaksanakan dalam DUN Bayan Lepas?
(b) Apakah projek yang telah diluluskan tetapi masih tidak dilaksanakan?
(c) Bagaimanakah impak kewangan bagi melaksanakan projek tebatan tersebut?
Y.A.B. Ketua Menteri:
20. Kerajaan Negeri menumpukan usaha untuk mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang
melalui perancangan dan pelaksanaan projek tebatan banjir jangka masa pendek dan
jangka masa panjang mengikut keperluan sesuatu kawasan. Bagi penyelesaian jangka
masa pendek untuk mengatasi banjir kilat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan
Lepas, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaksanakan penyelenggaraan sungai
secara berkala untuk mengelakkan sebarang halangan kepada sistem saliran. Kerja-
kerja pengorekan sungai juga dilakukan sebanyak dua (2) kali setahun di samping
membina struktur penahan tebing dan ban untuk mengelakkan air sungai daripada
melimpah. Manakala bagi penyelesaian jangka masa panjang, Kerajaan Negeri juga
telah meluluskan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bayan Lepas yang akan
melibatkan skop kerja menaik taraf Sg. Bayan Lepas sepanjang 600 meter, pembinaan
rumah pam baharu berkapasiti 2m3/s dan menaik taraf jambatan sedia ada. Selain itu,
Projek Tebatan Banjir (RTB) Teluk Kumbar yang akan menggunakan peruntukan
persekutuan juga merupakan langkah penyelesaian jangka panjang bagi mengurangkan
masalah banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas, dengan pembinaan
rumah pam baharu berkapasiti 9m3/s. Dengan pelaksanaan langkah-langkah
penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang ini, Kerajaan Negeri mensasarkan
masalah banjir di negeri ini, khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas
dapat diatasi.
(a) Sebanyak lima (5) Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) telah selesai
dilaksanakan dalam DUN Bayan Lepas, manakala satu (1) projek lagi sedang
dilaksanakan. Perincian Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang telah dan
sedang dijalankan adalah seperti di Lampiran A.
(b) Sebanyak dua (2) Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang telah diluluskan
tetapi masih belum dilaksanakan adalah seperti berikut:
(i) RTB Bayan Lepas - masih dalam peringkat kajian; dan
(ii) RTB Teluk Kumbar - menunggu keputusan daripada Bahagian Libat Urus,
Pejabat Perbelanjaan Kementerian Kewangan.
(c) RTB Bayan Lepas akan melibatkan perbelanjaan dalam anggaran RM
4,000,000.00, manakala RTB Teluk Kumbar pula akan melibatkan perbelanjaan
sebanyak RM 10,000,000.00.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
21. Biasiswa Kecil Pulau Pinang.
(a) Berapa ramaikah pelajar yang telah dan sedang menerima biasiswa tersebut
sejak 2018?
(b) Bolehkah Kerajaan Negeri meluaskan biasiswa tersebut kepada pelajar sekolah
rendah?

155
Y.A.B. Ketua Menteri:
21. Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan di bawah Enakmen Kumpulan Wang
Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang 1960 dengan tujuan untuk memberi biasiswa kepada
pelajar-pelajar sekolah menengah di negeri ini. Ia dikendalikan melalui Tabung
Kumpulan Wang Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang.
(a) Bagi tahun 2018, seramai 2,711 orang pelajar sekolah menengah yang layak
telah menerima Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang melibatkan keseluruhan
perbelanjaan berjumlah RM1,965,480.00.
(b) Berdasarkan Subseksyen 8(1) Enakmen Kumpulan Wang Biasiswa Kecil Negeri
Pulau Pinang 1960 dan Seksyen 2 Akta Pendidikan 1996, kemudahan biasiswa
kecil ini boleh diperluaskan kepada pelajar sekolah rendah. Walau
bagaimanapun, Kerajaan Negeri perlu meneliti cadangan ini dengan mengambil
kira kedudukan kewangan semasa dan implikasi kewangan yang akan terlibat.
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
22. Perumahan rakyat di bawah pembangunan desa, Daerah Barat Daya bermasalah
pembinaan semula rumah.
(a) Apakah cukup peruntukan RM 40,000 untuk membina rumah 3 bilik?
(b) Adakah Pejabat Daerah wajib mengikuti garis panduan JKR?
(c) Bagaimana garis panduan Kementerian Luar Bandar jika dibandingkan dalam isu
plan dan kos bina rumah?
Y.A.B. Ketua Menteri:
22. (a) Bagi tahun 2018, kos maksimum pembinaan sebuah rumah di bawah Program
Pembaikan Rakyat Termiskin (Bina Baru) telah dinaikkan dari RM40,000.00
kepada RM42,000.00 selari dengan harga sebuah unit rumah mampu milik jenis
A. Kos pembinaan ini dilihat masih kompetitif untuk pembinaan rumah tiga (3)
bilik.
(b) Garis panduan yang digunapakai di bawah Program Pembaikan Rumah Rakyat
Termiskin telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada
16 Disember 2015 dan dikuatkuasakan bermula tahun 2016. Garis panduan ini
juga adalah hasil daripada empat (4) siri perbincangan yang diadakan bersama
Pejabat–Pejabat Daerah sebelum dikemukakan kepada MMKN untuk diluluskan
pemakaiannya. Pihak JKR membantu Kerajaan Negeri menyediakan cadangan
pelan rumah dalam program ini.Walau bagaimanapun dengan kos cadangan
pelan rumah yang melebihi peruntukan maksimum sebuah rumah, Kerajaan
Negeri melalui MMK Pembangunan Desa telah memberi kebenaran untuk
menggunakan pelan sedia ada di peringkat daerah yang digunapakai sebelum ini.
(c) Bermula tahun 2017 Kementerian Kemajuan Luar Bandar yang sekarang dikenali
sebagai Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah mengeluarkan satu
garis panduan baharu bagi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di
bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang menetapkan kadar
baharu bagi pembinaan rumah di bawah program berkenaan meliputi dua (2)
skop sahaja iaitu jenis rumah tiga (3) bilik bagi kawasan Semenanjung Malaysia
dan rumah jenis tiga (3) bilik / rumah panjang bagi kawasan Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala kadar bantuan telah dinaikkan dari
RM40,000.00 kepada RM56,000.00 sebuah rumah dengan keluasan 660 kaki
persegi. Manakala di bawah Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin ( Bina
Baharu ) oleh Kerajaan Negeri tiga (3) jenis rumah tiga (3) bilik disediakan
dengan keluasan yang berbeza iaitu 550 kaki persegi , 600 kaki persegi dan 650
kaki persegi dengan kos maksimum RM42,000.00. Perbandingan pelan lantai bagi
kedua-dua program tidak dapat dibuat dengan mengambilkira keluasan rumah
156
dan kerja-kerja kemasan rumah seperti pintu, dinding, bumbung, tingkap dan
lain-lain adalah berbeza.
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
23. Apakah peranan Yayasan Islam Pulau Pinang?
(a) Sila senaraikan jawatankuasa yang terlibat dan berapakah peruntukan yang
Kerajaan Negeri salurkan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
23. Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) ditubuhkan sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri
dalam usaha untuk memperkasakan Islam di Pulau Pinang. YIPP berperanan sebagai
pelengkap (complimentary role) kepada jabatan dan agensi yang sedia ada. Visi YIPP
adalah merealisasikan agenda pembangunan ummah melalui pengurusan yang cekap
dan berkualiti berlandaskan syariat Islam manakala Misi YIPP adalah menjadi organisasi
dalam memperkasakan pembangunan ummah dan syiar Islam di Pulau Pinang.
(a) YIPP memfokuskan kepada empat jawatankuasa yang menjadi teras utama
dalam melaksanakan agendanya, iaitu :
(i) Pembangunan Hartanah;
(ii) Pembangunan Kesihatan;
(iii) Pendidikan dan Dakwah; dan
(iv) Pelancongan Islam
Status terkini Ahli Lembaga Pengarah (ALP) YIPP adalah berdasarkan kepada keputusan
Mesyuarat ALP Bil. 2/2018 bertarikh 24 September 2018 yang bersetuju untuk
menerima perletakan jawatan YB Dato’ Haji Mohd Rashid Bin Hasnon dan YB. Dato' Dr
Mujahid Bin Yusof dan mengekalkan ALP sedia ada seperti berikut :-
(i) YB Dato’ Mansor bin Othman (Pengerusi)
(ii) YBhg. Dato’ Haji Abdul Malik bin Abul Kassim
(iv) YBhg. Dato’ Haji Mohd. Salleh Bin Man
(v) Zainudin Bin Deni
Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan dalam bentuk geran tahunan
berjumlah RM800,000.00 kepada YIPP.
XII. Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Unit-unit flat kos rendah yang terbiar menjadi tempat pembuangan sampah dan tempat
pembiakan nyamuk. MPSP tidak dapat menghubungi tuan milik tersebut.
(a) Apakah tindakan undang-undang boleh diambil untuk melindungi penduduk-
penduduk lain?
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. (a) Tindakan undang-undang yang boleh diambil untuk melindungi penduduk-
penduduk adalah berdasarkan kepada peruntukan di bawah Seksyen 82 (3)(4),
Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171), seksyen ini adalah berkaitan jika pemilik
yang membuat kacau ganggu (menjadi tempat pembuangan sampah dan tempat
pembiakan nyamuk) tidak dapat dihubungi atau dijumpai, MPSP boleh
menghapuskan kacau ganggu dengan membersihkan tempat tersebut dan
menuntut kos perbelanjaan pembersihan daripada pemunya (pemilik
petak/badan pengurusan).
Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Memandangkan flat kos rendah menghadapi pelbagai masalah terutamanya di Seberang
Perai dan kebanyakan disebabkan tiada penubuhan MC.
157
(a) Adakah undang-undang yang sedia ada membolehkan tindakan diambil ke atas
pemilik-pemilik flat yang ingkar untuk menubuhkan MC?
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Undang-undang sedia ada tidak memperuntukkan sebarang tindakan penguatkuasaan
untuk dikenakan ke atas pemilik petak kediaman yang enggan atau ingkar untuk
menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC).
Berdasarkan Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757], penubuhan JMB dan MC
merupakan tanggungjawab pemaju yang mana perlu menganjurkan Mesyuarat Agung
Tahunan (AGM) dalam suatu tempoh yang ditetapkan.
Sekiranya JMB atau MC tidak dapat ditubuhkan atau tidak aktif, Pesuruhjaya Bangunan
(COB) boleh melantik ejen pengurusan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 86
Akta 757. Walau bagaimanapun, COB sering berdepan dengan masalah untuk
mendapatkan ejen pengurusan terutama bagi skim-skim perumahan kos rendah. Dalam
keadaan ini, langkah untuk menubuhkan JMB/MC melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa
(EGM) akan dimulakan semula.
Setakat ini, COB telah melantik ejen pengurusan bagi sembilan (9) skim perumahan di
Bahagian Pulau menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 86 Akta 757. Satu
daripadanya telah pun berjaya menubuhkan MC. Manakala baki lapan (8) skim
perumahan masih diuruskan oleh ejen pengurusan yang dilantik COB. Buat masa ini,
masih tiada tindakan diambil menggunakan peruntukan Seksyen 86 Akta 757 bagi
JMB/MC yang tidak aktif di Bahagian Seberang Perai.
Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Sila jelaskan status Rukun Tertangga pada masa kini.
(a) Sila berikan perbezaan fungsi di antara RT, RA dan JKKK?
(b) Dari manakah datangnya sumber kewangan mereka?
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. (a) Kawasan Rukun Tetangga atau KRT adalah sebuah pertubuhan kerajaan yang
diwujudkan melalui Akta Rukun Tetangga 2012 yang mula berkuatkuasa selepas
kelulusan Parlimen pada 22 Jun 2012, bagi mengantikan Peraturan-Peraturan
Perlu Rukun Tetangga 1975 yang dibubarkan pada akhir Tahun 2011. Fungsi atau
tugas utama Jawatankuasa Rukun Tetangga ialah:
(i) Menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan
semangat kejiranan, perpaduan, keharmonian, keselesaan,
kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di kalangan masyarakat;
(ii) Untuk menerima maklumat, memerhati, menyiasat semua isu mengenai
konflik masyarakat di dalam KRT dan melaporkannya kepada Pengarah
PERPADUAN Pulau Pinang;
(iii) Untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar bagi
membolehkan komuniti RT hidup selesa dan dilindungi dari jenayah atau
bencana;
(iv) Untuk menyediakan mediator komuniti bagi maksud pendamaian atau
menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan anggota
masyarakat; dan
(v) Menjalankan apa-apa fungsi yang di arahkan oleh Ketua Pengarah
PERPADUAN dari masa ke semasa.
Manakala Residence Association (RA) atau dikenali dengan Persatuan Penduduk
adalah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia (ROS) iaitu sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. RA
didaftarkan di bawah kategori Sosial dan Sub kategori Penduduk dan perlu
158
mematuhi Akta Pertubuhan 1966 serta Perlembagaan Pertubuhan. RA
ditubuhkan oleh komuniti setempat di sesuatu kawasan tempat tinggal untuk
manfaat dan faedah penduduk di kawasan tersebut. Ianya dianggotai oleh
sekurang-kurangnya tujuh (7) orang ahli jawatankuasa utama dimana keahlian
yang lain adalah terdiri daripada penduduk, penghuni ataupun pemilik kediaman
tersebut. RA juga boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil bagi menjalankan
aktiviti-aktiviti ataupun program-program yang dipersetujui di dalam mesyuarat
persatuan.
Antara matlamat RA ialah :
(i) Mewujudkan perpaduan di antara penduduk yang terdiri daripada
pelbagai kaum, agama dan bangsa;
(ii) Mengeratkan perasaan muhibah dan saling hormat menghormati serta
mengembangkan persefahaman dan pergaulan di antara masyarakat
berbilang kaum;
(iii) Membolehkan penduduk kenal antara satu sama lain serta memupuk
semangat kejiranan dan persahabatan;
(iv) Menjaga keselamatan dan harta benda penduduk setempat;
(v) Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasaskan pendidikan, kebudayaan,
sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat;
(vi) Memupuk dan menggalakkan gaya hidup sihat bagi penduduk setempat;
(vii) Mempertingkatkan kesedaran di kalangan penduduk tentang pentingnya
peranan mereka dalam mencegah kegiatan tidak sihat seperti jenayah,
gejala sosial serta memupuk sifat-sifat tanggungjawab dan displin di
kalangan mereka; dan
(viii) Menjadi pengantara di antara penduduk dengan pemaju dan pihak yang
berkuasa mengenai masalah penduduk.
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) pula merupakan satu
institusi yang menjadi sebahagian daripada jentera pentadbiran Kerajaan Negeri
di peringkat yang paling bawah, iaitu paling hampir dengan kelompok komuniti
masyarakat. Penubuhan JKKK ini selaras dengan konsep pengwujudan
pengurusan yang telus di mana idea-idea konstruktif di peringkat akar umbi
dapat disalurkan ke Daerah dan Negeri. Antara peranan JKKK adalah:
(i) Mengumpul dan mengemaskinikan maklumat-maklumat asas kelompok
komuniti perumahan dalam sesuatu kawasan;
(ii) Mengenalpasti program-program atau projek-projek dari segi
pelaksanaan dan keperluan peruntukan;
(iii) Bertindak sebagai perantaraan utama bagi rakyat dan agensi Kerajaan
Negeri; dan
(iv) Mengerakkan semua penduduk untuk lebih berdikari supaya tenaga
penduduk digembelengkan secara bersepadu.
(b) Sumber kewangan KRT datangnya dari Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional
Pulau Pinang yang menerima agihan peruntukan dari Kerajaan Pusat. Setiap
tahun bagi KRT yang bergerak aktif akan menerima Geran Tahunan sebanyak
RM6,000.00 setahun, untuk kegunaan pengurusan KRT dan juga aktiviti KRT .
Lebih dari 80% KRT di Pulau Pinang bergerak aktif dan menerima Geran
RM6,000.00 ini. KRT yang tidak bergerak aktif tidak akan diberi Geran Tahunan
dan di beri masa dua tahun untuk tujuan permulihan. Sekiranya gagal, KRT
tersebut akan dibatalkan.

159
Manakala sumber kewangan RA adalah daripada hasil yang dipungut daripada
ahli persatuan sendiri yang terdiri daripada yuran masuk, yuran tahunan /
bulanan, yuran seumur hidup ataupun yuran khas yang dikenakan atas
persetujuan bersama ahli-ahli. Selain itu, RA juga boleh menerima sumbangan
daripada pihak luar bagi menampung perbelanjaan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan. Hal ehwal kewangan RA adalah tertakluk kepada perlembagaan
persatuan masing-masing.
Sumber kewangan bagi JKKK pula adalah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri
sendiri.
Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Nyatakan jumlah CCTV di setiap daerah dengan lebih terperinci.
(a) Bagaimanakah Kerajaan Negeri mampu mencapai manifesto Kerajaan PH iaitu
memasang 2000 CCTV?
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Jumlah keseluruhan CCTV di seluruh negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 897 unit.
Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:
Daerah Bilangan CCTV
DTL 567
DBD 200
SPU 55
SPT 47
SPS 28
Jumlah 897
(a) Manifesto Pakatan Harapan semasa PRU Ke 14 adalah untuk mencapai bilangan
CCTV sebanyak 1,000 unit. CCTV yang telah dipasang di seluruh Negeri Pulau
Pinang sehingga kini berjumlah 897 unit. Bagi memastikan sasaran 1,000 unit CCTV
tercapai, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan memasang tambahan
sebanyak 150 unit CCTV pada pertengahan tahun 2019. Pertambahan unit CCTV ini
akan menjadikan jumlah keseluruhan CCTV di Pulau Pinang sebanyak 1,047 unit dan
seterusnya memenuhi manifesto Pakatan Harapan dalam PRU Ke 14.
Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Memperbanyakkan perpustakaan digital merupakan salah satu Manifesto Pakatan
Harapan Pulau Pinang pada PRU14.
(a) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan untuk membina perpustakaan digital
di Bukit Mertajam?
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. (a) Kerajaan Negeri tidak mempunyai cadangan untuk membangunkan perpustakaan
digital di Bukit Mertajam buat masa ini memandangkan konsep perpustakaan
digital adalah penggunaan atau akses bahan bacaan elektronik secara atas talian
dari mana-mana lokasi atau bangunan.
Bagi kawasan Seberang Perai, Kerajaan Negeri sedang membangunkan sebuah
perpustakaan digital di kawasan Butterworth yang dikenali sebagai Butterworth
Digital Library (BDL) untuk membolehkan penduduk di kawasan Seberang Perai
mendapat peluang untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan digital. BDL
ini dijangka siap pada akhir tahun 2019.
Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Apakah Pelan Induk Pelancongan Negeri Pulau Pinang?
(a) Adakah sistem pengangkutan awam dan jaringan jalan raya diambil kira dalam
pelan ini?
160
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang merupakan sebuah pelan komprehensif Kerajaan
Negeri untuk membangunkan pelancongan di seluruh negeri Pulau Pinang serta
mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan utama. Pelan ini
akan dihasilkan dengan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan supaya
rancangan yang dihasilkan dapat memberi manfaat yang maksimum kepada rakyat.
Matlamat pelan ini adalah untuk menetapkan hala tuju strategik pembangunan
pelancongan Pulau Pinang bagi tempoh sehingga 2030. Dalam hal ini, sistem
pengangkutan awam dan jaringan jalan raya akan diambil kira dalam pelan ini. Pelan
ini dijangka hanya dapat disiapkan pada tahun 2019 selepas segala rumusan,
pandangan, polisi dan input diambil kira, dipertimbangkan dan diputuskan.
Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Selain daripada pelancongan perubatan, pelayaran dan MICE, apakah pelan baru untuk
diversity produk pelancongan Negeri Pulau Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Selain daripada pelancongan perubatan, pelayaran dan MICE, rancangan Kerajaan
Negeri untuk mempelbagai produk pelancongan Pulau Pinang adalah seperti berikut:
(i) Memberi tumpuan kepada bidang pelancongan eko (ecotourism) di mana Pulau
Pinang kaya dengan aset-aset semula jadi seperti kawasan pelancongan eko di
Bukit Bendera, Pesisiran Pantai Teluk Air Tawar - Kuala Muda, Hutan Pendidikan
Air Hitam Dalam, Bukit Juru dan Cherok Tokun;
(ii) Membangunkan Projek Penang Art District untuk menarik pelancong-pelancong
yang meminati bidang industri kreatif ke Pulau Pinang. Penang Art District akan
menempatkan koleksi terbesar galeri seni, muzium budaya, ruang pameran,
studio seni dan muzik, sekolah seni dan bengkel seni di Malaysia. Penang Art
District akan meningkatkan nilai seni dan budaya Pulau Pinang melalui
penglibatan artis, tukang seni, pendidik dan masyarakat umum dari dalam dan
luar negara;
(iii) Membangunkan pelancongan pendidikan dengan matlamat untuk menjadikan
Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Bagi tujuan ini, Kerajaan
Negeri telah menubuhkan StudyPENANG yang terdiri daripada 19 institusi
pendidikan termasuk universiti dan kolej swasta. StudyPENANG berfungsi untuk
mempromosi insitusi-institusi pendidikan Pulau Pinang kepada pasaran luar
negara bagi menarik lebih ramai pelajar melanjutkan pengajian di Pulau Pinang;
dan
(iv) Kerajaan Negeri juga memberikan tumpuan dalam mempromosikan
kepelbagaian kebudayaan yang ada di dalam Negeri Pulau Pinang untuk menarik
pelancong luar negeri dan menikmati keunikan kebudayaan seperti perayaan
keagamaan, warisan tarian, dan lain-lain.
Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Nyatakan usaha yang telah dijalankan dan pelan yang akan dijalankan untuk menaik
taraf MPSP ke status bandar raya.
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Mengikut Seksyen 4(2) AKT 1976, Pihak Berkuasa Negeri dengan berunding dengan
Menteri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), boleh, melalui pemberitahuan dalam
warta menukar taraf sesuatu kawasan PBT.
Bagi permohonan untuk menukar taraf Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)
kepada status Majlis Bandar Raya, berikut adalah tatacara proses permohonan menukar
taraf PBT mengikut Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT) Bilangan 4/2008:
161
(i) Mendapatkan persetujuan Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan
Negeri (MMK);
(ii) Kerajaan Negeri mengemukakan cadangan kertas permohonan kepada KPKT;
(iii) KPKT memproses cadangan kertas permohonan dan kemudian
mengemukakannya untuk ulasan Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA), Unit
Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU) dan Kementerian
Kewangan;
(iv) Cadangan kertas permohonan akan dibentangkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Pemandu Saiz Perkhidmatan Awam (JPSPA);
(v) Sekiranya dipersetujui oleh Mesyuarat JPSPA, cadangan kertas permohonan
seterusnya diangkat kepada Mesyuarat Jemaah Menteri; dan
(vi) Setelah mendapat persetujuan Jemaah Menteri, perisytiharan status bandar
raya akan dipekenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Majlis Penuh MPSP Ke-524 pada 22 Februari 2018 telah meluluskan permohonan menaik
taraf status MPSP kepada bandar raya. MPSP didapati telah memenuhi kriteria-kriteria
sebagai bandar raya seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan
Tempatan (MNKT) ke-60 pada 3 Jun 2018. Kriteria-kriteria kelayakan bagi sesuatu PBT
untuk dinaik taraf ke status bandar raya adalah seperti berikut :
(i) PBT harus meliputi kawasan pusat pentadbiran sesebuah negeri;
(ii) Jumlah penduduk tidak kurang daripada 500,000 orang;
(iii) Pendapatan dari sumber kewangan yang mapan tidak kurang dari RM100 juta
setahun;
(iv) Perkhidmatan pada tahap yang tinggi;
(v) Pembangunan bandar yang menekan kepada pembangunan mampan;
(vi) Pembentukan imej bandar ataupun identiti yang bersesuaian;
(vii) Pusat perindustrian, institusi kewangan dan kemudahan menjalankan
perniagaan dan perdagangan;
(viii) Institusi pendidikan dan perubatan;
(ix) Pusat kebudayaan, sukan dan riadah serta konvesyen;
(x) Kemudahan infrastruktur, utiliti dan taman-taman awam; dan
(xi) Pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sejajar dengan taraf
sebagai sebuah bandaraya.
Berdasarkan kelulusan Majlis Penuh tersebut, pihak MPSP telah mengemukakan
permohonan untuk menukar taraf bagi pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa
Negeri (PBN). Permohonan MPSP untuk menukar taraf kepada status bandar raya telah
diluluskan oleh PBN pada 7 November 2018.
Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Apakah peranan pemuda dalam Misi 2030?
(a) Bagaimanakah untuk mencapainya?
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Penang 2030 merupakan visi baharu untuk Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan
Y.A.B. Ketua Menteri, Tuan Chow Kon Yeow. Namun, visi Penang 2030 sebenarnya tidak
bercanggah dengan mana-mana perancangan, blueprint mahupun kempen yang telah
dilancarkan sebelum ini. Penang 2030 merupakan konsep yang perlu diasimilasikan
dalam pelaksanaan pelan-pelan perancangan atau blueprint terdahulu sepertiPenang
Youth Blueprint dengan memberi penekanan kepada keluarga, hijau dan pintar.
162
Sebenarnya, semua lapisan masyarakat memainkan peranan penting dalam keempat-
empat teras utama Penang 2030 iaitu meningkatkan daya huni untuk meningkatkan
kualiti kehidupan (increase liveability to enhance quality of life),menaik taraf ekonomi
dengan meningkatkan pendapatan isi rumah (upgrade economy to raise household
income), memperkasakan rakyat untuk meningkatkan penyertaan
masyarakat (empower people to strengthen civic participation), melabur dalam
persekitaran infrastruktur dan kemudahan awam untuk meningkatkan daya tahan dalam
pelbagai keadaan (invest in built environment to improve resilience). Secara
khususnya, antara peranan golongan belia untuk mencapai Penang 2030 adalah seperti
yang dipetik dari Penang Youth Blueprintseperti kategori di bawah:-
(i) Sosial:
 Golongan belia perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti
pembinaan dan pembangunan masyarakat dan negeri (meningkatkan
daya huni);
 Golongan belia yang berpencapaian tinggi dan/atau yang telah
bermanfaat dari program-program mentorshipharus memainkan peranan
sebagai mentor kepada golongan belia yang lain, terutamanya golongan
belia kumpulan B40 dengan taraf sosioekonomi yang lebih rendah
(meningkatkan daya huni, menaik taraf ekonomi dan memperkasakan
rakyat); dan
 Golongan belia perlu mengiktirafkan kepentingan kesaksamaan dan
pemberdayaan gender (gender equality and empowerment) dalam
memperkasakan rakyat.
(ii) Ekonomi:
 Golongan belia perlu memberi tumpuan kepada peningkatan diri dan
pembangunan kendiri dari segi kemahiran dan pengetahuan praktikal,
untuk meningkatkan kebolehdayaan belia dalam peluang pekerjaan. Ini
akan membolehkan mereka menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
negeri secara positif (menaik taraf ekonomi); dan
 Golongan belia harus melibatkan diri secara aktif dalam bidang
keusahawanan dan industri kreatif untuk menyumbang kepada
penciptaan pasaran baru dalam ekonomi (menaik taraf ekonomi &
meningkatkan daya huni).
(iii) Politik dan Kepimpinan
 Golongan belia perlu mengambil inisiatif dan diberikan peluang untuk
memainkan peranan sebagai pemimpin dalam masyarakat secara aktif
dan melibatkan diri dalam proses membuat keputusan (memperkasakan
rakyat).
Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Bilakah pembayaran program i-Sejahtera dapat digantikan kepada pembayaran EFT
sepenuhnya?
(a) Apakah masalah yang dihadapi?
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Pembayaran program iSejahtera secara Electronic Fund Transfer (EFT) akan
dilaksanakan secara berfasa mulai tahun 2019. Pada peringkat awal pelaksanaan,
Program Skim Pelajar Emas, Program Penghargaan Warga Emas, Program Ibu Tunggal
dan Program Ibu Emas akan dibuat bayaran secara EFT.
(a) Antara isu/masalah yang perlu ditangani terlebih dahulu agar pelaksanaan
pembayaran secara EFT berjalan lancar adalah seperti berikut:-

163
(i) Isu berkaitan mekanisme pembayaran melalui sistem kewangan negeri
perlu disemak dan diteliti agar mematuhi tatacara kewangan dan
mematuhi penilaian audit; dan
(ii) Pelaksanaan bayaran secara EFT turut melibatkan beberapa perubahan
pada proses pendaftaran, pengesahan permohonan dan pengesahan
pembayaran. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri sedang mengkaji
kaedah yang terbaik dan sesuai dipraktikkan untuk semua agensi
pelaksana.
Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Perlaksanaan pungutan sisa akan dilaksanakan dengan denda oleh MPSP pada 1 Januari
2019.
(a) Apakah usaha yang telah dijalankan untuk menjayakan polisi ini?
(b) Sila nyatakan secara terperinci.
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Pelaksanaan Dasar Pengasingan Sisa di Punca (PSP) di seluruh negeri Pulau Pinang telah
bermula pada 1 Jun 2016. Penguatkuasaan PSP bagi kediaman bertingkat /strata telah
dimulakan pada 1 September 2017 manakala penguatkuasaan PSP terhadap premis
kediaman bertanah pula akan bermula pada 1 Januari 2019.
Untuk itu, pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah giat menjalankan
pelbagai program dan aktiviti promosi yang bertujuan untuk memberikan kesedaran dan
juga pemahaman mengenai dasar ini kepada masyarakat di seluruh Seberang Perai.
Antara usaha-usaha yang telah dijalankan adalah seperti berikut :
(i) Mengedarkan risalah mengenai Dasar Pengasingan Sisa di Punca dari rumah ke
rumah.
(ii) Mengadakan taklimat untuk menerangkan Dasar Pengasingan Sisa di Punca
kepada penduduk / penghuni di taman perumahan, bangunan bertingkat,
kompleks membeli-belah, hotel, kilang dan institusi.
(iii) Menjalankan promosi mengenai Dasar Pengasingan Sisa di Punca melalui
pemasangan 'banner', 'streamer' dan 'billboard'. Selain itu, promosi juga
diadakan dengan mengiklankan Dasar Pengasingan Sisa di Punca di 'facebook',
bil cukai pintu, pelekat kereta, pelekat tong sampah dan 'fridge magnet'.
Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Nyatakan perbelanjaan perkhidmatan Bas CAT di Seberang Perai.
(a) Adakah ia telah mencapai sasaran matlamat yang telah ditetapkan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Perbelanjaan Kerajaan Negeri bagi perkhidmatan Bas Congestion Alleviation
Transport (CAT) di setiap laluan Seberang Perai sehingga 30 September 2018 adalah
seperti jadual berikut :
Laluan Bas CAT
Tarikh Bil. Hari Hingga Harga Sebuah
No. Bil. Bas Jumlah (RM)
Seberang Perai Pelancaran 30/09/2018 Bas / Hari (RM)

1 Bukit Mertajam 4/10/2018 4 174 800.00 556,800.00


2 Nibong Tebal 26/4/2018 2 158 800.00 252,800.00
3 Batu Kawan 6/7/2018 4 87 800.00 278,400.00
4 Bertam 13/7/2018 4 80 800.00 256,000.00
5 Alma 22/7/2018 4 71 800.00 227,200.00
6 Seberang Jaya 8/3/2018 6 59 800.00 283,200.00
Jumlah 24 1,854,400.00

164
(a) Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih melakukan aktiviti promosi dan memantau
perkhidmatan Bas CAT. Kerajaan Negeri akan menjalankan kajian keberkesanan
bersama dengan Rapid Penang untuk menambah baik perkhidmatan Bas CAT agar
ianya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan iaitu mempromosikan
penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan kenderaan persendirian di
atas jalan raya.
Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Pekan Bukit Mertajam penuh dengan warga asing terutamanya pada hari cuti dan
menyebabkan orang tempatan jarang melawat pekan.
(a) Apakah usaha yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan peniaga warga
asing?
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Kerajaan Negeri sedang meneliti dan berusaha untuk mengurangkan peniaga warga
negara asing di Negeri Pulau Pinang. Antara usaha-usaha yang dijalankan oleh Kerajaan
Negeri adalah seperti berikut :-
(i) Menjalankan operasi penguatkuasaan bersama jabatan / agensi penguatkuasaan
lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kesihatan Negeri dan Polis Diraja
Malaysia (PDRM) di Pekan Bukit Mertajam;
(ii) Menetapkan syarat pelesenan premis iaitu premis perniagaan perlu mempunyai
sekurang-kurangnya 30 peratus warganegara tempatan sepanjang masa operasi
perniagaan;
(iii) Membatalkan lesen perniagaan yang telah disalahgunakan atau disewakan atau
tidak mematuhi syarat-syarat pelesenan bagi perniagaan yang dikendalikan oleh
warga negara asing; dan
(iv) Mengadakan tindakan rampasan bagi aktiviti penjajaan yang dijalankan oleh
warga negara asing melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Selain itu, Kerajaan Negeri telah menjalankan dua (2) operasi penguatkuasaan pada
tahun 2018 di Pekan Bukit Mertajam iaitu pada 28 Jun 2018 dan 7 Ogos 2018. Hasil
daripada operasi penguatkuasaan tersebut adalah seperti berikut :
(i) Sebanyak empat (4) lesen perniagaan telah dibatalkan atas kesalahan salah guna
atau menyewakan premis kepada warga negara asing, dan
(ii) Sebanyak empat (4) tindakan rampasan dijalankan ke atas penjaja warga
negara asing.
Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Sila jelaskan peranan Program Food Bank dan golongan yang dimanfaatkan untuk
program ini.
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Program Mutiara Food Bank adalah satu inisiatif kesinambungan program-program
kebajikan kepada rakyat Pulau Pinang iaitu Program Agenda Ekonomi Saksama (AES)
dan Program iSejahtera yang telah memberikan impak yang tinggi di kalangan rakyat.
Konsep program ini adalah untuk menyelamatkan lebihan makanan yang masih
berkualiti dan tidak tercemar seperti makanan bermasak, makanan mentah, makanan
kering, makanan dalam tin atau makanan pra-pek hasil sumbangan
daripada hypermarket, pasar raya, hotel, restoran pasar borong basah dan kering serta
syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan makanan.

165
Terdapat tiga (3) komponen utama program ini iaitu penyumbang, penggerak dan
penerima.
(i) Penyumbang
Pada ketika ini, penyumbang utama program ini adalah pasaraya Tesco yang
membekalkan makanan kering seperti roti serta makanan basah seperti sayur-
sayuran dan buah-buahan. Selain itu, Persatuan Hotel Pulau Pinang dan
Persatuan Chef Pulau Pinang turut menyatakan hasrat untuk menyumbang
kepada Mutiara Food Bank setelah selesai pembinaan central kitchen Mutiara
Foodbank yang dijangka siap pada 31 Oktober 2018.
(ii) Penggerak
Penggerak utama adalah Jawatankuasa Induk yang terdiri daripada Y.A.B. Ketua
Menteri sebagai Penaung, YB. Dato' Seri Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai
penasihat, YB. Pengerusi MMK Kebajikan dan Masyarakat Penyayang sebagai
pengerusi Mutiara Food Bank. Sebelum ini, jawatankuasa ini dipengerusikan oleh
Pegawai Penasihat Strategik Y.A.B. Ketua Menteri yang sekarang ini telah
menjadi Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP). Di samping itu, terdapat beberapa penggerak utama yang
telah dicadangkan dalam program ini antaranya
(a) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)/Pegawai Penyelaras KADUN (PPK);
(b) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK);
(c) Sukarelawan;
(d) Ahli Jawatankuasa Masjid; dan
(e) Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Namun demikian, buat masa sekarang hanya JKKK menjadi penggerak utama di
peringkat komuniti memandangkan operasi program ini dijalankan dalam skala
kecil tetapi menjelang tahun 2019, semua penggerak yang dicadangkan akan
mula turut membantu program ini.
(iii) Penerima
Antara penerima yang mendapat manfaat daripada program ini adalah seperti
berikut:-
(a) Golongan miskin;
(b) Pusat Kebajikan seperti rumah orang tua atau anak yatim;
(c) Institusi pendidikan;
(d) Ibu Tunggal;
(e) Orang Kurang Upaya (OKU);
(f) Warga Emas; dan
(g) Lain-lain.
Setakat ini, program ini telah menyelamatkan 227 tan makanan dan memberikan
manfaat kepada 35,108 orang di sekitar Pulau Pinang. Pihak KPDNHEP juga telah
berhasrat untuk menubuhkan Yayasan Foodbank Negara dan menjadikan Mutiara Food
Bank sebagai rujukan utama disebabkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah
merupakan Kerajaan Negeri yang pertama melaksanakan program ini dan Mutiara Food
Bank adalah merupakan projek perintis.
Selain itu, Y.A.B Perdana Menteri akan hadir merasmikan central kitchen dan pejabat
rasmi Mutiara Food Bank serta melancarkan Yayasan Food Bank Negara di Kompleks
Masyarakat Penyayang pada Disember 2018 nanti.

166
Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Nyatakan perkembangan sistem tempat letak kereta yang baru oleh kedua-dua Kerajaan
Tempatan.
(a) Berapakah kos yang akan ditanggung oleh kerajaan?.
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjadikan Pulau
Pinang sebagai sebuah Bandar Pintar Bertaraf Antarabangsa, Kerajaan Negeri, melalui
pendekatan inisiatif pintar telah melaksanakan projek pengurusan tempat letak kereta
secara pintar melalui Request for Proposal (RFP).
Cadangan RFP untuk projek Sistem Pengurusan Tempat Letak Kereta Secara
Pintar (Smart Parking) ini telah dibuka kepada syarikat-syarikat yang berminat dan
berkebolehan untuk membangun dan menguruskan Sistem Smart Parking bagiMajlis
Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di kawasan Pulau dan Majlis Perbandaran Seberang
Perai (MPSP) di kawasan Seberang Perai. Dokumen RFP tersebut telah mula diiklankan
pada 12 Julai 2018 sehingga 3 September 2018. Pada ketika ini, projek RFP ini adalah
dalam proses penilaian dokumen bagi meneliti aspek teknikal dan harga oleh
Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Harga RFP Smart Parking.
(a) Kos yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri masih belum dapat
dimuktamadkan kerana kos tersebut bergantung kepada tawaran daripada
syarikat pembida yang berjaya dan persetujuan serta rundingan bersama dengan
Kerajaan Negeri kelak.
Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Pasukan Bomba Sukarelawan selalu aktif melibatkan diri mereka semasa banjir berlaku.
(a) Adakah kerajaan ada pelan untuk memberikan kelas menguasai renang kepada
mereka?
(b) Bagaimanakah cara untuk mempertingkatkan keselamatan mereka?
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Penubuhan Pasukan Bomba Sukarela adalah di bawah peruntukan seksyen 62(1)(Ca)
Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan tertakluk kepada kawalan Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia dan penubuhannya tidak akan melibatkan implikasi kewangan
terhadap kerajaan. Penubuhannya dilihat berjaya dalam membantu Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan tugas kebombaan termasuk pemadaman
kebakaran serta keselamatan dengan lebih berkesan. Malah, pasukan ini juga dilihat
berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan JBPM dengan rakyat dalam usaha
memupuk kesedaran kepada orang awam tentang pentingnya mencegah kebakaran.
Sehingga kini terdapat sejumlah 353 pasukan bomba sukarela dengan keahlian 13,779
sukarelawan di seluruh negara.
(a) Sehingga kini Pasukan Bomba Sukarela (PBS) hanya membantu dalam operasi
menyelamat banjir dengan memindahkan mangsa ke tempat selamat sahaja dan
tiada perancangan untuk kelas menguasai renang. Namun demikian, JBPM sering
menyarankan semua pasukan bomba sukarela supaya saling merujuk kepada
JBPM sama ada di peringkat negeri mahu pun daerah untuk melaksanakan
program-program bersepadu yang lebih berkesan terutama sekali latihan asas
dan lain-lain latihan terkini yang dikendalikan pihak JBPM agar anggota-anggota
bomba sukarela akan dapat menangani insiden-insiden kebakaran secara lebih
profesional.
(b) Pihak JBPM amat mengharapkan pasukan-pasukan bomba sukarela dapat
melaksanakan tugas mereka dengan sebaik mungkin dan mematuhi segala
peraturan yang ditetapkan oleh JBPM dalam penggunaan, pengendalian,

167
pemanduan dan penyelenggaraan aset-aset kerajaan yang telah diberikan. JBPM
juga sentiasa memastikan setiap Pasukan Bomba Sukarela di setiap negeri dan
daerah meningkatkan kesedaran keselamatan anggota masing-masing ketika
melakukan operasi dan akan membekalkan pasukan sukarelawan ini dengan alat
perlindungan diri yang berkualiti tinggi dan juga memastikan setiap sukarelawan
menjalankan pemeriksaan kesihatan yang sepatutnya mengikut jadual
sepertimana anggota JBPM sendiri. Disamping itu juga, pihak JBPM
sentiasa menggalakkan ahli-ahli Pasukan Bomba Sukarela menjalani latihan
bersama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkaitan operasi
banjir agar kemahiran dan kepekaan mereka dalam menangani bencana ini
dapat dihadapi dengan tenang dan berkesan.
Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Kerajaan Negeri telah melaburkan jumlah RM 6 juta untuk Kelas Koding.
(a) Nyatakan jumlah pelajar dan sekolah yang telah didaftarkan dengan terperinci
serta cara untuk memohon.
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM6 juta kepada Penang Science Cluster (PSC)
bagi tempoh 3 tahun iaitu 2018 hingga 2020 untuk menganjurkan Kelas Koding dengan
sasaran 100,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang menjelang tahun
2020.
Bagi mencapai sasaran tersebut,PSC telah melaksanakan program-program di bawah
inisiatifCoding For All (CFA). Perincian program adalah seperti di jadual berikut :
Bil. Program Bilangan Penyertaan Cara Permohonan
Code on Wheels
Pelajar : 17,901 Melalui laman web
1 Program pengajaran Koding
Sekolah : 32 http://bit.ly/psccodeonwheels
kepada pelajar
Guru : 707
Program Latihan Guru
Pelajar : 41,580
2 Program memberi latihan Melalui laman web http://bit.ly/pscldp
kepada guru untuk mengajar Sekolah Menengah : 120
pelajar membuat Koding.
Sekolah Rendah : 270
Program Tech Mentor Coding
Pelajar : 800 Melalui laman web
3 Program penerangan kepada
Sekolah : 58 https://goo.gl/forms/fmqqSgoywLtPktuv2
pelajar berkenaan Koding
Permohonan dikemukakan kepada urusetia
PSC melalui
4 Coding for Communities Pelajar : 20
emelsteam.ed@pscpen.com ataucoding@ps
cpen.com
Permohonan dikemukakan kepada urusetia
PSC melalui
5 Public Coding Events Pelajar : 150
emelsteam.ed@pscpen.com ataucoding@ps
cpen.com

Selain itu, Penang Science Cluster akan menganjurkan Penang International Science Fair
pada 10 dan 11 November 2018 di The SPICE, Penang di mana seramai 60,000
pengunjung dijangka akan hadir ke program ini. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan
semasa program ini ialah bengkel dan pertandingan koding untuk sekolah.

168
XIII. Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Apakah dasar Kerajaan Negeri untuk membela penduduk setinggan setelah tanah yang
diduduki dijual oleh pembeli tanah?
(a) Adakah benar kampung warisan/kampung tradisional telah dihapuskan atau
terhapus dengan sendiri kesan program pembangunan oleh Kerajaan Negeri?
(b) Senaraikan kampung warisan/kampung tradisional yang ada di Pulau Pinang?
(c) Senaraikan langkah yang diambil Kerajaan Negeri bagi mengekalkan kampung
warisan/kampung tradisional di Pulau Pinang.
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Pemilik tanah berdaftar mempunyai hak untuk menjalankan sebarang urusniaga atas
tanah milikan termasuk menjual atau membangunkan tanah tersebut untuk menikmati
hasil. Apabila sesuatu pemajuan berlaku di atas tanah yang mempunyai penduduk
setinggan pemilik tanah berhak untuk membuat keputusan berhubung tawaran
pampasan,
Dalam hal ini, Kerajaan Negeri akan mengenakan syarat supaya pemaju menyelesaikan
isu setinggan terlebih dahulu dengan mengambil kira pemberian pampasan atau
penempatan semula setinggan agar nasib mereka terbela. Syarat yang dikenakan ini
akan dimasukkan semasa permohonan kelulusan Pelan Kebenaran Merancang (PKM) di
peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pihak pemaju dan setinggan perlu
menandatangani Perjanjian Pampasan mengikut terma atau kaedah mereka sendiri
sebelum kelulusan Kebenaran Merancang diberikan.
(a) Sehingga kini, tidak wujud penghapusan kampung tradisional. Kerajaan Negeri
akan sentiasa mengambil langkah untuk mengekalkan kampung tradisional
berdasarkan kepada Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2020 iaitu
Dasar Sosial (DS) 33 Perkampungan Tradisional dan Perkampungan Dalam Bandar
Akan Dikekal Dan Prasarana Dinaik Taraf. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah
menerima pakai Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara (DPF Desa) 2030 yang
merupakan dasar pembangunan desa pertama yang disediakan oleh Kerajaan
Persekutuan pada tahun 2017. Di dalam DPF Desa 2030 telah menggariskan dua
isu utama kampung iaitu:-
(i) Pembangunan infrastruktur kampung di kawasan yang mundur; dan
(ii) Rebakan bandar yang mempengaruhi kampung di kawasan yang maju.
DPF Desa 2030 ini akan dijadikan rujukan bagi menangani rebakan bandar yang
mempengaruhi kewujudan kampung-kampung.
(b) Dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2020, dinyatakan
terdapat sebanyak 47 kampung warisan yang telah ditetapkan untuk dikekalkan
seperti di Lampiran A. Walau bagaimanapun, dalam DPF Desa 2030 dinyatakan
kriteria kampung warisan adalah dari segi tokoh, aktiviti harian penduduk,
makanan, sejarah dan lain-lain yang yang dikenalpasti mempunyai nilai warisan.
Sehubungan itu, senarai kategori kampung-kampung di Negeri Pulau Pinang akan
diteliti dan disemak semula mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan untuk
diklasifikasikan sebagai kampung warisan yang sebenar berdasarkan DPF Desa
2030.
(c) Antara langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi
mengekalkan kampung warisan/tradisional adalah seperti berikut:-
(i) Menyediakan satu Dasar Khusus dalam Draf Rancangan Struktur Negeri
Pulau Pinang (RSNPP) 2030;
 Dasar Khusus (DK) 6.2 : Pemuliharaan dan Pembangunan Kampung

169
 Dasar Khusus (DK) 6.2.1 : Merancang dan Membangunkan Guna Tanah
Kampung Secara Holistik dengan 5 Langkah Pelaksanaan
 Dasar Khusus (DK) 6.2.2 : Memulihara Keserasian Identiti dan
Karektor Kampung Dengan Persekitaran Terutamanya Kampung
Bercirikan Warisan dengan 3 Langkah Pelaksanaan
 Dasar Khusus (DK) 6.2.3 : Menggalakkan Aktiviti Ekonomi Untuk
Menyokong Industri Pelancongan Desan dengan 2 Langkah
Pelaksanaan
(ii) Menjalankan Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung 2018 dan
mengenalpasti kampung-kampung yang berpotensi untuk didokumenkan
dan dicadangkan mendapat pengiktirafan sebagai Kampung Warisan;
(iii) Menjalankan Kajian Pelan Induk Pembangunan dan Pemuliharaan
Kampung-Kampung Warisan Pulau Pinang;
(iv) Mendokumentasikan maklumat Kampung Warisan untuk mendapat
pengiktirafan dari pihak yang diberi tanggungjawab dan merangka
program Kampung Warisan setelah mendapat pengiktirafan;
(v) Menyediakan Garis Panduan bagi pemajuan dan penyusunan semula
kampung-kampung tradisional dan kampung-kampung dalam bandar
sehingga membolehkan pengeluaran hak milik berasingan tertakluk
kepada pematuhan undang-undang tanah dan perancangan; dan
(vi) Merangka program pelancongan berasaskan Community Based
Tourism (CBT) khususnya program Homestay bagi mengekalkan ciri-ciri
kampung warisan/tradisional untuk diperkenalkan kepada pelancong.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
2. Senaraikan fatwa yang telah diputuskan sejak tahun 2009 hingga kini dan fatwa yang
belum diwartakan.
(a) Mengapa berlakunya kelewatan dalam urusan pewartaan ini? Mohon penjelasan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Terdapat sejumlah 445 fatwa yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa
Fatwa Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2009 hingga 2018. Daripada jumlah tersebut, 65
fatwa yang telah diputuskan perlu dibuat pewartaan. Sejumlah 51 fatwa telah
sempurna diwartakan manakala 14 fatwa dalam proses akhir pewartaan.
(a) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Mufti bertanggung jawab untuk memastikan
proses pewartaan sesuatu fatwa itu dibuat secara teratur sepertimana yang
dikehendaki oleh prosedur undang-undang sedia ada. Fatwa yang hendak
diwartakan perlu dikemaskinikan sighah pewartaannya agar menepati dan
selaras dengan kehendak undang-undang serta keperluan
semasa dan seterusnya mendapat pengesahan Jawatankuasa Fatwa Negeri
Pulau Pinang. Fatwa berkenaan kemudiannya akan diangkat kepada Penasihat
Undang-undang Negeri untuk semakan akhir sebelum diwartakan.
Fatwa-Fatwa yang telah diwartakan sehingga Ogos 2018 adalah seperti di
Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.

170
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
3. Benarkah Pihak Berkuasa Tempatan akan mengenakan kompaun kepada pemilik rumah
bermula 2019 kerana tidak mengasingkan bahan buangan/sampah mereka?
(a) Apakah Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan pengasingan di setiap
kawasan perumahan untuk kemudahan penduduk?
(b) Adakah pihak penduduk telah diberikan penerangan/makluman berkaitan
kaedah dan konsep ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)
akan mengenakan kompaun kepada pemilik rumah bertanah mulai 1 Januari 2019
sekiranya pihak penghuni rumah gagal mengasingkan bahan / sampah mereka.
(a) Kerajaan Negeri tidak menyediakan kemudahan pengasingan di kawasan-
kawasan perumahan. Undang-undang kecil pengasingan sampah dan pelesenan
perkhidmatan pemungutan sampah yang boleh di kitar semula memperuntukkan
tanggung-jawab pemunya dan penghuni premis serta Badan Pengurusan Bersama
bagi bangunan untuk menyediakan kemudahan pengurusan sampah yang akan
dikitar semula. Kaedah pelaksanaan pengasingan sisa mengikut premis adalah
seperti berikut:
(i) Pelaksanaan pengasingan sisa di kawasan taman perumahan bertanah
adalah melalui kaedah dua aliran iaitu sisa baki dimasukkan ke dalam
tong sampah biasa manakala sisa yang boleh dikitar semula hanya perlu
dimasukkan ke dalam apa-apa bekas yang bersesuaian dan diletakkan
bersebelahan tong sampah. Kutipan bahan kitar semula akan dibuat oleh
pihak Pihak Berkuasa Tempatan pada setiap hari Sabtu bermula jam 8.00
pagi hingga 4.00 petang.
(ii) Bagi pelaksanaan pengasingan sisa di kompleks kediaman bertingkat pula
Badan Pengurusan BersamaManagement Corporation (MC) adalah
bertanggungjawab menyediakan ruang dan sangkar kitar semula untuk
kemudahan penghuni.
(iii) Bagi pelaksanaan pengasingan sisa di kawasan kampung, Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) diminta menyediakan
sangkar/bekas kitar semula dan menguruskan kutipan dan penjualan
barang kitar semula di kawasan pejabat masing-masing.
(b) Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah memberikan
penerangan kepada penduduk di Pulau Pinang berhubung Dasar Pengasingan Sisa
di Punca bermula 1 Jun 2016. Antara program / tindakan yang telah dijalankan
bagi menyampaikan maklumat kepada penduduk adalah:
(i) Mengedarkan risalah mengenai Dasar Pengasingan Sisa di Punca dari
rumah ke rumah.
(ii) Memasang iklan berkaitan Dasar Pengasingan Sisa di Punca di banner,
streamer, billboard.
(iii) Mempromosikan Dasar Pengasingan Sisa di Punca di media sosial
seperti facebook.
(iv) Meletakkan iklan tentang Dasar Pengasingan Sisa di Punca di perhentian
bas.
(v) Memaklumkan Dasar Pengasingan Sisa di Punca di dalam bil cukai pintu.
(vi) Menyiarkan Dasar Pengasingan Sisa di Punca di laman web MBPP, MPSP,
Penang Green Council dan Kerajaan Negeri.
171
(vii) Melekatkan iklan Dasar Pengasingan Sisa di Punca di pintu lif bangunan
awam.
(viii) Mengedarkan pelekat kereta Pengasingan Sisa Di Punca kepada orang
awam.
(ix) Mengedarkan pelekat tong sampah Pengasingan Sisa Di Punca bagi premis
kediaman.
(x) Mempromosikan Dasar Pengasingan Sisa di Punca dengan
mengedarkan fridge magnet Pengasingan Sisa Di Punca.
(xi) Mengadakan taklimat Pengasingan Sisa Di Punca secara berterusan.
Setakat ini, MPSP telah mengedarkan 462,375 risalah pengasingan sisa di punca dari
rumah ke rumah manakala MBPP telah mengadakan 46 sesi penerangan pengasingan sisa
semenjak tahun 2016.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
4. Senaraikan peruntukan untuk SAR bagi tahun 2009-2017.
(a) Senaraikan peruntukan untuk sekolah mubaligh, SJK (T), SJK (C) swasta, tokong
cina & india bagi tahun 2009 - 2017
(b) Adakah peruntukan yang disalurkan mengikut kuota atau pecahan kaum di Pulau
Pinang?
(c) Mengapa terdapat perbezaan antara SAR dengan sekolah lain?
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk Sekolah Agama Rakyat
dari tahun 2009 hingga 2017 adalah seperti perincian diLampiran A.
(a) Jumlah peruntukan untuk Sekolah Mubaligh, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SJKT), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Persendirian dari tahun 2009
hingga 2017 adalah seperti perincian di Lampiran B.
Manakala peruntukan Kerajaan Negeri untuk membaik pulih dan menyelenggara
rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di Pulau Pinang menggunakan Tabung Amanah
RIBI bagi tahun 2016 dan 2017 adalah seperti di Lampiran C. Sebelum
penubuhan Tabung Amanah RIBI, peruntukan yang disalurkan kepada rumah
ibadat bukan Islam adalah berdasarkan peruntukan di bawah Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) kawasan masing-masing.
(b) Peruntukan yang disalurkan adalah berdasarkan permintaan dan keperluan
sekolah dan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI). Penyaluran peruntukan ini tidak
mengikut kuota atau pecahan kaum di Pulau Pinang.
(c) Terdapat perbezaan antara Sekolah Agama Rakyat (SAR) dengan sekolah-sekolah
lain kerana SAR adalah sekolah yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam dan
tertakluk kepada Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama 1989. SAR
beroperasi dengan yuran murid, derma dan hasil wakaf.
RUJUK LAMPIRAN A, B DAN C.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
5. Sila bentangkan pencapaian perlaksanaan kad I Love Penang secara terperinci sehingga
September 2018.
(a) Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Penang Institute sehingga
September 2018?

172
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Pada pembentangan Belanjawan 2018 yang lalu, Y.A.B. Ketua Menteri telah
mengumumkan akan melancarkan kad pintar bagi semua rakyat Pulau Pinang yang
dikenali sebagai kad I Love Penang. Kad ini akan menjadi medium kepada penyaluran
pelbagai kemudahan dan faedah sosial yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Sebagai
permulaan, kad ini akan dibangunkan untuk memberi kemudahan perubatan kepada
penerima yang layak.
Bagi tujuan pelaksanaan program ini, Kerajaan Negeri sedang menilai dan meneliti
untuk pelaksanaan kad tersebut terutamanya berkaitan dengan implikasi kewangan.
Penang Institute telah melantik Syarikat Aristal Solution Sdn Bhd sebagai perunding
pada 1 Mac 2018 untuk menyediakan kajian awal terhadap pelaksanaan projek ini.
Sejumlah RM333,616.24 telah dibelanjakan sebagai bayaran kepada pihak perunding
untuk penyediaan kajian awal tersebut.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
6. Bajet 2018 menyebut berkaitan pembangunan seimbang antara Seberang Perai dan
Pulau Pinang. Sejak 2008 sebanyak RM2.3 billion (70%) telah dibelanjakan untuk projek
infrastruktur di Seberang Perai.
(a) Senaraikan projek-projek tersebut dengan nilai RM2.3 billion.
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Sejak tahun 2008 sehingga 2016, 70% daripada peruntukan pembangunan Kerajaan
Negeri, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Perbadanan Pembangunan
Negeri Pulau Pinang (PDC) telah ditumpukan kepada pelaksanaan projek infrastruktur
di kawasan Seberang Perai demi mencapai pembangunan seimbang dan mampan di
antara kawasan Pulau dan Seberang Perai. Perincian jumlah perbelanjaan bagi
pelaksanaan sejumlah 1,901 buah projek infrastruktur yang terlibat di Seberang Perai
adalah seperti di Lampiran A.
(a) Antara skop kerja yang terlibat dalam projek-projek berkenaan di kawasan
Seberang Perai adalah pembinaan jalan, jambatan, sistem perparitan, longkang
dan laluan pejalan kaki, pembinaan bangunan, rumah pam, membaik pulih
bangunan, menaik taraf jalan, pemasangan lampu isyarat, menaik taraf rumah
pam, stesen hidrologi, penggantian paip-paip simen asbestos ke HDPE,
pengalihan paip, pembinaan desalination plant dan pembinaan kolam air
konkrit.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
7. RM 7.7 billion jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun 2017.
(a) Senaraikan pelabur-pelabur tersebut dan berapa banyak pelaburan yang
diperolehi hasil dari rombongan & lawatan ke luar negara.
(b) Berapa banyak pula yang diperolehi melalui MIDA?
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Jumlah pelaburan sebanyak RM7.7 bilion yang diluluskan itu adalah bagi tempoh Januari
hingga Jun 2017. Jumlah pelaburan bagi sektor pembuatan yang diluluskan MIDA bagi
Negeri Pulau PInang pada tahun 2017 adalah RM10.8 bilion di mana RM8.5 bilion adalah
pelaburan langsung asing (FDI) manakala RM2.3 bilion adalah pelaburan domestik. Pulau
Pinang mencatatkan rekod memberansangkan sebagai negeri dengan pelaburan FDI

173
tertinggi di Malaysia dan negeri dengan jumlah pelaburan kedua tertinggi bagi sektor
pembuatan di Malaysia pada 2017.
(a) Pelaburan dalam sektor pembuatan yang diluluskan oleh MIDA bagi Negeri Pulau
Pinang berdasarkan industri pada tahun 2017 adalah seperti di Lampiran
A. Walau bagaimanapun, data pelabur adalah sulit di peringkat MIDA. Misi
promosi pelaburan Kerajaan Negeri ke luar negara adalah bertujuan untuk
mempromosikan Negeri Pulau Pinang sebagai pusat pelaburan dan perdagangan
kepada para pelabur di negara yang dilawati. Kebanyakan hasil yang diperolehi
adalah 'potential investment' yang belum diambil kira dalam laporan MIDA.
(b) Kerajaan Negeri melalui InvestPenang, badan promosi pelaburan negeri
bekerjasama erat dengan MIDA bagi mewujudkan sinergi kerjasama
Persekutuan-Negeri yang membawa manfaat kepada negara dan Negeri Pulau
Pinang. Bagi pertanyaan pelaburan yang melalui InvestPenang, terdapat juga
proses seperti permohonan lesen dan insentif yang perlu melalui MIDA, dan bagi
pertanyaan melalui MIDA, terdapat juga proses seperti permohonan tanah
industri/pencarian pejabat berstatus MSC yang melalui agensi-agensi Kerajaan
Negeri. Bagi tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat trend InvestPenang sebagai
'point of contact' pertama bagi pelabur baharu dan pelabur yang ingin membuat
pelaburan semula.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
8. Kerajaan Negeri belanjakan RM 21 juta sejak 2008 untuk projek CAT (bas).
(a) Adakah projek ini berjaya dan senaraikan kejayaannya?
(b) Apakah terdapat peningkatan bilangan bas dan kawasan pengendalian seperti
yang dicadangkan? jika ya senaraikan.
(c) Apakah kelemahan projek CAT (bas), senaraikan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM21 juta sejak tahun 2008 untuk
menyediakan perkhidmatan bas percuma Central Area Transit (CAT) di kawasan George
Town dan Bridge Express Shuttle Transit (BEST).
(a) Kedua-dua projek ini dilancarkan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas
di Negeri Pulau Pinang. Senarai kejayaan projek CAT adalah seperti berikut:
(i) Mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian;
(ii) Mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida daripada kenderaan
bermotor;
(iii) Menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam;
(iv) Mengurangkan bebanan perbelanjaan seharian memandangkan
perkhidmatan ini adalah percuma;
(v) Membantu dalam menarik pelancong di pusat bandar George Town
kerana meliputi lokasi-lokasi tarikan pelancongan;
(vi) Peralihan mod pengangkutan daripada kenderaan persendirian kepada
pengangkutan awam; dan
(vii) Mewujudkan sistem pengangkutan baru di kawasan atau laluan yang
tiada perkhidmatan bas sebelum ini.
(b) Terdapat peningkatan bilangan bas Central Area Transit iaitu daripada tiga (3)
buah bas kepada lima (5) buah bas bermula November 2014 atas permintaan dan
sambutan yang menyakinkan.
174
Perkhidmatan BEST pula dikategorikan kepada dua (2) perkhidmatan iaitu BEST
FIZ dan BEST KOMTAR. Terdapat pengurangan bilangan bas bagi BEST FIZ iaitu
daripada 13 buah bas kepada 10 buah bas memandangkan kajian semula
menunjukkan bilangan penumpang adalah statik sejak lima (5) tahun
pelaksanaan perkhidmatan ini. Manakala BEST KOMTAR yang bermula dengan
dua (2) buah bas pada November 2012 telah ditambah kepada lapan (8) bas
setakat ini memandangkan sambutan yang amat menggalakkan.
Perkhidmatan Congestion Alleviation Transport (CAT) pula merupakan
perkhidmatan yang baru diperkenalkan dan setakat ini sebanyak 52 buah bas
digunakan. Bilangan bas yang beroperasi di kawasan-kawasan yang dikenal pasti
adalah seperti jadual berikut:
BIL PROJEK TAHUN BILANGAN KAWASAN YANG
PELAKSANAAN BAS DIKENDALIKAN
1 Central Area 2009 - Oktober 2014 3 George Town
Transit November 2014 - 5
2018
2 BEST FIZ Mac 2011 – Jun 2016 13 Seberang Jaya - FIZ
Julai 2016 - 2018 10 Seberang Jaya - FIZ
3 BEST KOMTAR November 2012 - 2 Seberang Jaya - KOMTAR
2013
2014 - 2015 3 Bertam dan Seberang Jaya ke
KOMTAR
2016 - 2017 6 Bertam, Seberang Jaya dan
Jawi ke KOMTAR
2017 - 2018 8 Bertam, Seberang Jaya, Jawi
dan Balik Pulau ke KOMTAR
4 Congestion 2018 52 12 laluan iaitu Air Itam, Balik
Alleviation Pulau, Tanjung Tokong,
Transport Georgetown, Bayan Baru,
Sungai Dua, Bukit Mertajam,
Nibong Tebal, Batu Kawan,
Bertam, Alma dan Seberang
Jaya)
(c) Beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:
(i) Frekuensi masa perjalanan bas kurang memuaskan apabila berlaku
kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak;
(ii) Jumlah penumpang berlebihan ketika waktu puncak atau hari cuti
menyebabkan masa perjalanan bas meningkat;
(iii) Waktu ketibaan bas tidak tepat disebabkan masalah kesesakan lalu lintas
atau laluan terhalang oleh kerja-kerja penyelenggaraan jalan atau
kemalangan;
(iv) Kekurangan penumpang di beberapa laluan dan kawasan yang baharu
sahaja diwujudkan pengangkutan bas atau kekurangan penduduk serta
aktiviti perniagaan.
(v) Bagi mengatasi kelemahan ini Kerajaan Negeri sentiasa berhubung serta
berbincang dengan pihak Rapid Penang untuk mencari jalan penyelesaian
dan mengambil tindakan segera seperti mempercepatkan jadual
perjalanan bas atau menambah bilangan bas pada waktu puncak.

175
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
9. Adakah Pihak Berkuasa Tempatan mengeluarkan lesen kepada peniaga bangsa asing
(kedai makan)?
(a) Adakah lesen ini boleh disewa kepada orang lain atau bangsa asing?
(b) Apakah tindakan penguatkuasaan yang telah diambil dan berapa kes yang
terlibat?
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tidak mengeluarkan lesen kepada
peniaga warganegara asing kerana warganegara asing tidak dibenarkan untuk membuat
pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah
peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 atau pendaftaran perkongsian liabiliti
terhad di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012. Walau bagaimanapun, Majlis
Perbandaran Seberang Perai (MPSP) membenarkan pengeluaran lesen perniagaan
kepada warganegara asing yang mempunyai syarikat yang didaftarkan sebagai Sendirian
Berhad sahaja.
(a) Lesen perniagaan kedai makan tidak dibenarkan diserah milik, disewa, dijual
atau dipajak kepada orang lain termasuk warganegara asing tanpa kelulusan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
(b) Tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh kedua-dua PBT adalah seperti
berikut:
BIL. TINDAKAN PENGUATKUASAAN MBPP MPSP
1 Pengeluaran kompaun di atas kesalahan tidak mematuhi 4 117
syarat-syarat perlesenan dan pendakwaan di mahkamah
2 Rampasan dan sitaan barang 6 23
Jumlah keseluruhan kes 10 140
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
10. Pelan Induk Laluan Basikal Pulau Pinang telah dibina sejak 2016.
(a) Berapakah panjang laluan yang telah disiapkan hingga kini dan kos terlibat? Sila
pecahkan sumbangan dari swasta dan kerajaan.
Y.A.B. Ketua Menteri:

10. Laluan basikal yang telah disiapkan sehingga kini di Bahagian Pulau dengan konsep
binaan laluan baru adalah sepanjang 180 km dengan kos berjumlah RM34.8 juta.
Manakala di Seberang Perai, laluan basikal adalah menggunakan jalan sedia ada iaitu
berkonsepkan road sharing dan sepanjang 194.495 km dengan kos sejumlah
RM660,590.76 telah siap. Pecahan sumbangan dari pihak swasta dan kerajaan adalah
seperti berikut:

Jadual : Pecahan Sumbangan dari Swasta dan Kerajaan

Bahagian Pulau (RM) Seberang Perai (RM)


Konsep Binaan Laluan Baru Sedia ada (road sharing)
Panjang (km) 180 194.495

176
Bahagian Pulau (RM) Seberang Perai (RM)
Swasta Kerajaan Swasta Kerajaan
Sumbangan (RM)
14.3 juta 20.5 juta 191,855.00 468,735.76
Jumlah 34.8 juta 660,590.76

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
11. RM 275 juta bagi pembinaan 82 gelanggang badminton baru & 4 kolam renang.
(a) Berapakah jumlah gelanggang yang telah dibina & jumlah peruntukan yang
dibelanjakan hingga 2018?
(b) Senaraikan gelanggang yang telah siap dibina dan jumlah perbelanjaannya
hingga 2018? (c) Dimanakan kompleks sukan baru yang akan dibina dengan
peruntukan RM 60 juta & status pembinaannya?
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan bajet berjumlah RM275 juta bagi pembangunan
infrastruktur sukan tidak terhad kepada pembinaan 82 gelanggang badminton dan 4
kolam renang. Ia termasuk pembinaan Stadium Hoki baharu di Jalan Betek bernilai RM7
juta, menaik taraf stadium mini Permatang Rawa dengan kos RM2.5 juta dan sebuah
kompleks sukan baru di Batu Uban yang akan disumbang oleh sektor swasta.
(a) Buat masa ini, Kerajaan Negeri sedang menyelaras semula semua infrastruktur
sukan yang terdapat di Negeri Pulau Pinang supaya penggunaannya lebih
optimum. 10 gelanggang badminton dan 1 kolam renang di Kompleks Sukan
Relau telah siap dibina dengan kos RM21.4 juta.
(b) Setakat ini, hanya Kompleks Sukan Relau di bawah Majlis Bandaraya Pulau
Pinang (MBPP) yang mengandungi 10 gelanggang badminton dan sebuah kolam
renang bersaiz Olimpik telah siap dibina dengan kos sebanyak RM21.4 juta.
Selain itu, terdapat sebuah Akademi badminton yang mempunyai 6 gelangang
badminton telah siap dibina di Bukit Gelugor, Daerah Timur Laut. Projek ini
merupakan projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh pihak swasta
dengan kos projek sebanyak RM4 juta.
(c) Cadangan projek pembinaan sebuah kompleks sukan dengan peruntukan RM60
juta di Butterworth telah dipertanggungjawabkan kepada Perbadanan
Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PDC). Kompleks sukan ini akan dibina di
Ampang Jajar. Kerajaan Negeri bercadang untuk membina kompleks sukan
badminton dan kolam Renang di atas tapak seluas 10.09 ekar. Di samping itu,
kemudahan-kemudahan seperti hotel dan ruang komersil juga akan disediakan
secara bersepadu. Pelaksanaan projek ini adalah melalui Request For
Proposal (RFP) dan pada masa kini, pihak Kerajaan Negeri dan PDC masih dalam
proses untuk memuktamadkan brief reka bentuk.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
12. Sila senaraikan secara terperinci projek-projek naiktaraf prasarana sukan dalam
komuniti yang telah dibuat hingga September 2018 dan jumlah belanja yang terlibat.
(a) Syarikat manakah yang akan membina 1 kompleks sukan baru di Pantai Jerejak
(b) Sila huraikan konsep perlaksanaan projek samada turnkey atau usahasama
dengan Kerajaan Negeri.
(c) Sila bentangkan status perlaksanaan.

177
Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Kerajaan Negeri melalui agensi-agensinya seperti Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa
Tempatan dan Jabatan Kerja Raya sentiasa melaksanakan kerja-kerja baik pulih dan
menaik taraf prasarana sukan berdasarkan keperluan. Senarai terperinci projek-projek
naik taraf prasarana sukan dalam komuniti mengikut jabatan pelaksana adalah
seperti Lampiran A.
(a) Pembinaan kompleks sukan baharu di Pantai Jerejak akan dilaksanakan oleh
Ideal Gim Ventures Sdn. Bhd.
(b) Projek yang dilaksanakan oleh Ideal Gim Ventures Sdn Bhd adalah projek
pertukaran tanah (land swap) dengan Kerajaan Negeri berdasarkan perjanjian
yang telah ditandatangani pada 28 Jun 2016. Pihak pemaju menyerahkan tanah
miliknya seluas 11.74 ekar di Lot 15739, Mukim 13 kepada Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri memberikan hak kepada pemaju untuk menebus guna tanah di
Persiaran Bayan Indah, Daerah Barat Daya yang jumlah keluasannya 24.79 ekar
dengan syarat hanya 11.74 ekar untuk tujuan pembangunan pemaju dan 13.05
ekar perlu diserah balik kepada Kerajaan Negeri. Pemaju juga disyaratkan untuk
menyediakan kompleks sukan, tapak sekolah, promenade dan jalan untuk
Kerajaan Negeri.
(c) Kompleks sukan yang dicadangkan masih dalam peringkat perancangan untuk
memuktamadkan skop dan spesifikasi dan pembinaannya dijangka akan
dimulakan pada pertengahan tahun 2019.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
13. Adakah bayaran One Off kepada pelajar sekolah vokasional tempatan telah
dilaksanakan pada tahun 2018?
(a) Berapakah bilangan pelajar terlibat dan jumlah yang telah dibelanjakan
daripada peruntukan RM 2 juta.
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Bayaran “one off” kepada pelajar sekolah vokasional tempatan telah ditukarkan
kepada Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi pelajar
politeknik Malaysia di mana bantuan ini telah dibuka kepada 36 buah politeknik
Malaysia. Bayaran ini telah dilaksanakan semasa Majlis Penyampaian Bantuan
Pendaftaran Pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pada 21 September 2018 di
Dewan Millenium, Kepala Batas.
(a) Bagi permohonan Jun 2018, seramai 425 orang pelajar politeknik Malaysia telah
menerima bayaran “one off” sebanyak RM300 dengan jumlah keseluruhan
RM127,500.00 dibelanjakan daripada peruntukan RM2 juta.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
14. Selain daripada Program Smart (Nasihat dan Latihan PKS), Apakah program lain yang
dilaksanakan oleh PDC dan Invest Penang dalam pembangunan PKS di Pulau Pinang.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Pelaburan Sumber Tempatan dan
Perkhidmatan Perangkaian untuk PKS yang dilaksanakan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Selain daripada Program Smart (Nasihat dan Latihan PKS), program-program lain yang
dilaksanakan olehPenang Development Centre (PDC) dan Invest Penang dalam
pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Pulau Pinang adalah seperti
berikut:
178
(i) Menyediakan ruang operasi kepada PKS di Penang SME Centre, Taman
Perindustrian Bayan Lepas dan SME Village di Taman Perindustrian Batu Kawan.
Usahawan tempatan boleh menyewa/membeli ruang industri dalam projek-
projek tersebut dengan kadar subsidi dan beroperasi berdekatan dengan syarikat
luar negara supaya servis dan produk mereka dapat dibekalkan dalam tempoh
masa atau jarak yang singkat;
(ii) Menganjurkan sesi-sesi pemadanan perniagaan dan peluang pemasaran;
(iii) Menjalinkan kerjasama dengan kilang pelaburan asing;
(iv) Menganjurkan Hari Pembekal dan memperkenalkan pelabur baharu kepada
syarikat tempatan yang berpotensi menjadi pembekal/vendor kepada pelabur
asing;
(v) Membentuk Kluster Automasi Penang atau Penang Automation Cluster (PAC) di
Kawasan Perindustrian Batu Kawan yang akan mula beroperasi pada tahun 2019;
(vi) Menawarkan Penang i4.0 Seed Fund berjumlah RM4 juta untuk membantu
usahawan-usahawan baharu dalam bidang berasaskan teknologi (technopreneur)
yang berpotensi untuk mencapai pengkomersialan. Penang i4.0 Seed Fund ini
diuruskan oleh Invest Penang di bawah @CAT;
(vii) Membekalkan ruang operasi kepada technopreneur dengan kadar sewa yang
bersubsidi di @CAT dan meganjur pelbagai program pembangunan keusahawan
untuk membantu mereka; dan
(viii) Menganjurkan sesi dialog dengan agensi Persekutuan yang mempunyai dana dan
bajet untuk usahawan yang ingin menaiktarafkan sistem mereka dalam Industri
4.0.
(a) Pelaburan sumber tempatan (domestic investment) bermaksud pelaburan yang
dibuat oleh syarikat-syarikat tempatan. Manakala Perkhidmatan Perangkaian
untuk PKS bermaksud Sesi Pemadanan Perniagaan (business matching).
SME Corp. menganjurkan Sesi Pemadanan Perniagaan yang diadakan semasa
minggu PKS di negeri-negeri di seluruh Malaysia bagi membolehkan usahawan
PKS memperluaskan pasaran di pasar raya besar asing dan pasar raya besar
tempatan. Sejak dimulakan pada tahun 2014, sejumlah RM230.4 juta potensi
jualan telah dijana melalui Sesi Pemadanan Perniagaan semasa minggu PKS yang
melibatkan 737 PKS.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
15. Peruntukan yang banyak diperuntukkan untuk Program Stem iaitu RM 57 juta bagi tahun
2018.
(a) Bagaimana kaedah memilih peserta dibuat?
(b) Adakah melibatkan pelajar sekolah menengah kebangsaan dan juga sekolah di
luar bandar?
(c) Senaraikan program yang telah dibuat dan peruntukan yang telah dibelanjakan
hingga September 2018.
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Seperti yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2018, Kerajaan Negeri telah
memperuntukkan sebanyak RM62 juta untuk pelbagai program Science, Technology,
Engineering and Mathematics (STEM) termasuk Pusat Pembelajaran Karpal
Singh, Penang Tech Dome, Perpustakaan Digital Pulau Pinang, Penang Science Cafe dan
Pameran Sains Antarabangsa Pulau Pinang. Selain itu, terdapat penambahan
peruntukan sebanyak RM2 juta untuk kelas pengekodan dan RM10.8 juta untuk

179
pembinaan Perpustakaan Digital Pulau Pinang 2 yang baharu menjadikan jumlah yang
diperuntukkan untuk pendidikan STEM adalah sebanyak RM74.8 juta.
(a) Pemilihan peserta adalah bergantung kepada program yang dilaksanakan.
Program-program yang dibuka untuk orang awam adalah berdasarkan kepada
pendaftaran melalui laman web Penang STEM(www.penangstem.com) manakala
terdapat juga permohonan daripada sekolah rendah dan sekolah menengah serta
individu untuk melaksanakan program. Selain itu, tumpuan juga diberikan
kepada sekolah-sekolah di luar bandar.
(b) Senarai program yang telah dilaksanakan dan peruntukan yang dibelanjakan
pada tahun 2018 (sehingga Oktober) adalah seperti di Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
16. Sila perincikan perkembangan Pembangunan Daerah Seni di Gat Lebuh Maccallum.
(a) Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan sehingga 2018?
(b) Apakah perkembangan program kotak yang dicadangkan pembangunan di
persiaran karpal singh dengan peruntukan RM 4 juta. huraikan.
(c) Senaraikan bentuk festival/sambutan warisan dalam usaha memulihara warisan
di Pulau Pinang serta berapakah perbelanjaan sehingga 2018 mengikut program.
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Pembangunan Daerah Seni di Gat Lebuh Macallum atau lebih dikenali sebagai Penang
Art District oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) kini dalam proses untuk
mendapatkan kelulusan pelan bangunan sebelum pembinaan dapat dijalankan. Pihak
perunding telah mengemukakan pelan bangunan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang
(MBPP) pada Mei 2018 untuk pertimbangan kelulusan. Pelan bangunan ini melibatkan
jajaran Light Railway Transit (LRT) yang melalui tapak projek dan belum
dimuktamadkan. Oleh itu, jajaran LRT sedang dimuktamadkan terlebih dahulu sebelum
pelan bangunan dapat dipertimbangkan. MBPP dalam proses untuk melihat semula reka
bentuk jajaran LRT dan akan membuat pengubahsuaian sekiranya perlu bagi
mengurangkan impak ke atas projek ini.
(a) Sehingga 19 Oktober 2018, peruntukan yang telah dibelanjakan bagi
projek Penang Art District adalah RM122,155.50 yang merangkumi yuran
memproses permohonan pelan kebenaran merancang (MBPP), bayaran [Indah
Water Konsortium (IWK)] dan lantikan perunding bagi kerja tanah.
(b) Pembangunan An Outdoor Community Street Mall For Arts & Culture (KOTAK)
telah diumumkan pelaksanaannya dalam ucapan Belanjawan Pulau Pinang 2018
(Belanjawan Marhaen) pada 2 November 2017. Anggaran kos bagi projek
pembangunan pusat komersial An Outdoor Community Street Mall For Arts &
Culture atau KOTAK tersebut adalah berjumlah RM4 juta. Projek ini melibatkan
pembangunan di atas tanah milik Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI)
di PT. 214, Seksyen 8, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Pada masa ini, Kerajaan
Negeri sedang mengkaji semula cadangan oleh pihak swasta berhubung tempoh
pajakan dan pulangan kepada Kerajaan Negeri. Beberapa isi kandungan telah
diedarkan dan dijangka dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat dengan
membawa keuntungan kepada kedua-dua pihak.
(c) Dalam usaha memulihara warisan di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah
menjalankan beberapa festival/sambutan warisan. Antaranya adalah Perayaan
Warisan George Town (George Town Heritage Celebrations) yang bertujuan
meraikan pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada
7 Julai 2008. Bagi tempoh tahun 2014 hingga 2018, peruntukan sebanyak

180
RM1,667,727.01 telah dibelanjakan bagi perayaan tersebut. Selain itu, Kerajaan
Negeri melalui George Town Heritage Celebrations(GTWHI) juga
menganjurkan George Town Festival yang merupakan perayaan seni, budaya
dan warisan untuk mempromosikan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town.
Bagi tempoh tahun 2011 hingga 2018, peruntukan sebanyak RM25,850,000.00
telah dibelanjakan bagi festival tersebut.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
17. Bagaimana Kerajaan Negeri berjaya mencatatkan lebihan belanjawan setiap tahun
selama 9 tahun? sila jelaskan.
(a) Senaraikan secara terperinci kaedah Kerajaan Negeri mengurangkan hutang
negeri dengan Kerajaan Pusat tanpa selindung.
(b) Adakah ianya melalui penjimatan belanja mengurus dan pembangunan atau
peningkatan kepada hasil negeri?
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. (a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan pada setiap
tahun kerana berjaya menguruskan kewangan negeri dengan cemerlang melalui
prinsip "Cekap, Akauntabiliti dan Telus" (CAT).
Kerajaan Negeri berjaya membuat bayaran balik hutang kepada Kerajaan
Persekutuan mengikut Jadual Bayaran Balik yang ditetapkan. Kerajaan Negeri
memastikan peruntukan bagi bayaran balik pinjaman dibajetkan setiap tahun
mengikut amaun sebenar anuiti agar tiada tunggakan berlaku.
(b) Kerajaan Negeri mencatatkan lebihan belanjawan melalui kaedah-kaedah
seperti berikut :
(i) Dasar penjimatan dan kawalan perbelanjaan mengurus yang diamalkan
Kerajaan Negeri melalui Surat Pekeliling Kerajaan Negeri Bil. 11 Tahun
2008 yang menggariskan beberapa aspek penjimatan, perbelanjaan
berhemah dan kawalan dalaman yang perlu dilaksanakan bagi
mengurangkan kos serta mengelakkan pembaziran.
(ii) Bagi perbelanjaan pembangunan, Kerajaan Negeri menekankan supaya
perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan dibuat
mengikut keutamaan dan secara telus serta tender terbuka agar
memberi pulangan yang lebih optimum kepada kumpulan sasar dan
rakyat.
(iii) Selaras dengan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), kaedah
perolehan yang diamalkan secara telus telah memberi nilai optimum
kepada Kerajaan Negeri.
(iv) Pelbagai langkah berterusan diambil Kerajaan Negeri untuk
meningkatkan hasil negeri dan mengurangkan tunggakan hasil negeri.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
18. Pihak Berkuasa Tempatan MPSP/MBPP telah kehilangan pendapatan sebanyak RM 14.9
juta apabila pengecualian cukai pintu dilaksanakan pada tahun 2018. Disamping itu
terdapat cukai tertunggak bagi kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan.
(a) Bagaimana Pihak Berkuasa Tempatan mengatasi masalah kekurangan
pendapatan dan cukai tertunggak ini.
(b) Senaraikan langkah yang akan diambil.

181
Y.A.B. Ketua Menteri:
18. (a) Bagi mengatasi masalah kekurangan pendapatan dan cukai tertunggak, Majlis
Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merancang untuk menjalankan kerja-kerja
penilaian semula cukai taksiran untuk dikuatkuasakan mulai tahun 2020
manakala Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pula telah mula
melaksanakan perbelanjaan secara berhemah bagi mengatasi kekurangan
pendapatan.
(b) Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh MBPP untuk mengutip tunggakan
cukai taksiran adalah seperti berikut:
(i) Menghantar Surat Pemberitahuan Tunggakan Cukai Taksiran kepada pemilik-
pemilik premis yang mempunyai tunggakan cukai taksiran,
(ii) Mengambil tindakan untuk menuntut tunggakan di bawah Seksyen 148, Akta
Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171):
“Untuk menuntut sesuatu tunggakan,Pihak berkuasa tempatan boleh
mengeluarkan suatu waran tahanan dalam Borang F dalam Jadual Pertama
kepada Akta ini dan boleh menyita menurut waran itu apa-apa harta alih
kepunyaan pemunya atau penduduk yang bertanggungan membayarnya, yang
dijumpai dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu dan juga boleh menyita
apa-apa harta alih kepunyaan sesiapa jua pun yang dijumpai pada pegangan
yang mengenainya tunggakkan itu kena bayar.”
(iii) Menghantar kes-kes yang mempunyai tunggakan cukai taksiran yang tidak
berjaya dikutip ke Unit Undang-Undang Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk
tindakan mahkamah, dan
(iv) Melantik agen kutipan untuk mengutip tunggakan cukai taksiran.
Langkah-langkah yang diambil oleh MPSP untuk meningkatkan kutipan tunggakan
cukai taksiran pula adalah seperti berikut:
 Penyerahan Notis E Cukai Taksiran (selepas tempoh bayaran bil telah
tamat),
 Penyerahan Notis Pemberitahuan Tunggakan Cukai Untuk Dirujuk ke
Mahkamah (Peringatan Selepas Tempoh Notis E),
 Serahan Waran Tahanan,
 Penyerahan Notis Pemberitahuan Kes Tunggakan Cukai Untuk Tindakan
Mahkamah (Selepas Waran),
 Sitaan Harta Mudah Alih,
 Lelongan Harta Mudah Alih,
 Serahan Kes Kepada Pasukan Khas, Debt Collector dan Panel Peguam,
 Promosi Bayaran Cukai Pintu & Cabutan Bertuah,
 Pemantauan Kes-Kes Tunggakan Cukai Khas oleh Unit Operasi,
 Klinik Tunggakan Cukai,
 Semakan Kes Dengan Insolvensi, Liquidator & Receivership,
 Pengedaran Poster Serta Hebahan Tanggungjawab Membayar Cukai
Taksiran, dan
 Kad Pemberitahuan Tunggakan Cukai bagi kes tunggakan rumah strata
(rumah pangsa / kondominium / apartment).
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
19. Berapakah peruntukan untuk Projek Tebatan Banjir bagi tahun 2018 di Negeri Pulau
Pinang dan kawasan yang terlibat?

182
(a) Laporkan secara terperinci perlaksanaan projek tebatan banjir tahun 2017 dan
peruntukan RM 220 juta, Kerajaan Negeri- RM150 juta / PBAPP – RM 50 juta /
2 PBT – RM 20 juta.
(b) Adakah Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan untuk kerja-kerja
tebatan banjir di Sungai Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Sejumlah RM33,212,260.31 telah diperuntukkan melalui Peruntukan Pembangunan
Kerajaan Negeri dan Peruntukan Caruman Perparitan, bagi pelaksanaan Projek
Tebatan Banjir di Negeri Pulau Pinang pada tahun 2018. Pecahan peruntukan kepada
agensi-agensi pelaksana dan senarai projek yang terlibat adalah seperti di Lampiran A.
(a) Sejumlah 25 buah projek tebatan banjir telah dilaksanakan pada
tahun 2017 menggunakan peruntukan Kerajaan Negeridan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) dengan kos keseluruhan
sebanyak RM173,261,346.06. Laporan terperinci pelaksanaan projek tebatan
banjir oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan kedua-dua PBT di bawah
peruntukan Kerajaan Negeri bagi tahun 2017 adalah seperti di Lampiran B.
Manakala cadangan projek penyaluran air mentah dari Empangan Air Itam ke
Empangan Teluk Bahang dengan menggunakan peruntukan RM50 juta melalui
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah digantikan dengan projek
menaik taraf Loji Rawatan Air Itam sebagai penyelesaian alternatif, di mana
kapasiti loji yang dinaik taraf adalah bersamaan dengan jumlah kapasiti
pengepaman ke Teluk Bahang. Tender menaik taraf loji ini telah ditutup pada
16 Ogos 2018 dan akan dibentangkan di Mesyuarat Lembaga Tender PBAPP.
(b) Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM150 juta untuk
pelaksanaan projek-projek tebatan banjir di Sungai Pinang, iaitu di bawah
Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang. Tender terbuka telah pun
dijalankan untuk perlantikan perunding, seterusnya reka bentuk terperinci akan
dilaksanakan sebelum tender terbuka untuk perlantikan kontraktor. Kerja-kerja
pembinaan dijangka bermula pada akhir 2019 atau awal 2020.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
20. Sila senaraikan jalan-jalan dan perbelanjaan yang telah dibuat sehingga September
2018 dengan peruntukan RM 61.2 juta kepada Jabatan Kerja Raya.
(a) Adakah Peruntukan MARRIS boleh digunakan untuk membina jalan-jalan
kampung, parit buang/longkang dan jalan-jalan ladang? Nyatakan.
(b) Apakah Kerajaan Negeri bercadang membina dan menaik taraf parit-parit tepi
jalan di kawasan Sungai Dua?
Y.A.B. Ketua Menteri:
20. Setakat September 2018, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membelanjakan sejumlah
RM43,380,549.07 daripada RM61.2 juta yang diperuntukkan untuk projek-projek
penyelenggaraan jalan dan perparitan di Pulau Pinang. Senarai jalan-jalan yang telah
diselenggara dan perbelanjaannya mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A.
(a) Peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) hanya
boleh digunakan untuk penyelenggaraan jalan sedia ada. Manakala peruntukan
pembangunan Kerajaan Negeri yang dimohon melalui Bahagian Perancang
Ekonomi Negeri boleh digunakan untuk membina atau menaik taraf jalan
kampung, parit buang dan longkang. Di samping itu, peruntukan pembangunan
di bawah Kementerian Pertanian yang dimohon melalui Bahagian Pengairan dan

183
Saliran, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) boleh digunakan untuk membina
dan menaik taraf jalan-jalan ladang.
(b) Kerja-kerja penaiktarafan atau pembinaan parit tepi jalan di kawasan Sungai
Dua adalah di bawah bidang kuasa pihak JKR. Pada masa ini, pihak JKR belum
ada perancangan untuk menaik taraf atau membina parit tepi jalan di kawasan
Sungai Dua.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
21. Senaraikan pecahan perbelanjaan Hal Ehwal Agama Islam yang disediakan setiap tahun,
contoh RM 53 juta bagi tahun 2018 dari segi mengurus dan pembangunan bagi tahun
2017 & 2018.
(a) Berapakah jumlah peruntukan yang diterima oleh Sekolah Agama Rakyat
daripada Kerajaan Negeri sahaja bagi tahun 2017 & 2018?
Y.A.B. Ketua Menteri:
21. Jumlah peruntukan bagi Hal Ehwal Agama Islam yang disediakan bagi tahun 2017 dan
2018 masing-masing adalah RM45,946,700.00 dan 48,956,020.00. Perinciannya adalah
seperti di Lampiran A.
(a) Sekolah Agama Rakyat menerima peruntukan pembangunan berjumlah RM2.15
juta pada tahun 2017 dan RM2.8 juta pada 2018 bagi melaksanakan kerja-kerja
menaik taraf, membaiki dan membina baru bangunan sekolah. Selain itu, pada
tahun 2017 dan 2018 Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan
kewangan berbentuk one off sebanyak RM1.75 juta setahun untuk diagihkan
kepada sekolah agama rakyat bagi perbelanjaan pengurusan sekolah.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
22. Senaraikan sekolah tahfiz yang terdapat di Pulau Pinang.
(a) Berapakah yang didaftarkan dengan MAINPP?
(b) Apakah bentuk bantuan yang disalurkan kepada sekolah tahfiz ini? huraikan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
22. (a) Bilangan sekolah tahfiz yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Pulau
Pinang berjumlah 74 buah dan perincian mengikut daerah adalah seperti
berikut:
DAERAH
PUSAT PENGAJIAN BARAT TIMUR JUMLAH
SPU SPT SPS
DAYA LAUT
TAHFIZ TETAP 5 5 5 12 - 27
TAHFIZ SEMENTARA 1 3 10 1 2 17
TAHFIZ SRI/SMI TAHFIZ - 1 5 1 - 7

PUSAT PENGAJIAN
4 12 5 3 - 24
AL-QURAN
JUMLAH 10 21 25 17 2 75

184
(b) Kerajaan Negeri menyediakan bantuan kewangan dalam
bentuk grant secara one-off bagi membiayai belanja pengurusan am sekolah-
sekolah tahfiz berkenaan. Pada tahun 2018 sejumlah RM168,584.00 disediakan
khusus untuk diagihkan kepada sekolah tahfiz mengikut keperluan.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
23. Ternakan khinzir di kawasan Kampung Selamat masih menjadi kawasan ternakan khinzir
yang terbesar dan terus mencemarkan sungai-sungai sekitar.
(a) Apakah tindakan yang telah diambil oleh JAS, MPSP dan Jabatan Veterinar dalam
menyelesaikan masalah ini. Huraikan.
(b) Apakah perkembangan dalam perlaksanaan kandang tertutup atau penternakan
berpusat khinzir? Jelaskan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
23. Kerajaan Negeri memberi perhatian yang serius mengenai sensitiviti terhadap isu
ternakan khinzir di Pulau Pinang. Justeru itu, Kerajaan Negeri telah mengambil
tindakan dengan meluluskan Enakmen Penternakan Babi Negeri Pulau Pinang pada 24
November 2016 semasa Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri
Ketiga Belas sebagai kaedah penyelesaian jangka panjang terhadap isu-isu yang
berbangkit dari ladang-ladang ternakan khinzir konvensional yang beroperasi di Pulau
Pinang. Enakmen ini adalah untuk mewajibkan para penternak mengamalkan Amalan
Perladangan Yang Baik (GAHP) dan tukar guna/menaik taraf ke konsep ladang tertutup
demi memastikan isu-isu semasa seperti pencemaran dan kawalan penyakit dapat
diatasi serta meningkatkan tahap bio-security.
(a) Bagi penyelesaian jangka pendek, khususnya bagi isu pelepasan najis khinzir ke
sungai di Kampung Selamat, Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan-
pendekatan berikut:
(i) pemantauan secara berterusan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai
(MPSP) di setiap ladang di kawasan tersebut serta mengeluarkan notis
dan kompaun bagi ladang yang melanggar syarat-syarat pelesenan oleh
MPSP;
(ii) penyiasatan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPVPP) mengenai
punca buangan sisa ladang ke dalam sungai serta mengarahkan penternak
untuk menghentikan buangan sisa secara terus (direct discharge) ke
dalam sungai; dan
(iii) mengarahkan supaya sisa ternakan disalirkan ke sistem kumbahan ladang
sedia ada dan dirawat dengan Effective Microbes (EM) yang dibekalkan
oleh JPVPP bagi menangani isu pencemaran bau di ladang yang
dikenalpasti oleh pihak jabatan.
Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS), MPSP dan JPVPP juga
menjalankan operasi bersepadu dan mengambil tindakan seperti berikut:
(i) Mengeluarkan notis dan kompaun;
(ii) Membatalkan lesen; dan
(iii) Mengambil tindakan mahkamah.
(b) Sehingga 18 Oktober 2018, MPSP telah menerima dua (2) permohonan rasmi
Pelan Bangunan untuk pelaksanaan sistem ladang babi tertutup dan permohonan
ini masih dalam peringkat semakan pihak MPSP. Walau bagaimanapun,
pemantauan yang dijalankan oleh JPV mendapati terdapat 42 buah ladang yang
sedang dalam proses dinaiktaraf ke sistem ladang tertutup. Sehingga hari ini,
sejumlah 174 masih beroperasi daripada sejumlah 182 buah ladang babi di

185
seluruh negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri melalui MPSP juga telah
menyediakan beberapa pengecualian dan kemudahan khas untuk penternak-
penternak babi yang layak bagi menaiktaraf kepada ladang tertutup seperti
berikut:
(i) Pengecualian Kebenaran Merancang bagi penternak babi menaiktaraf
ladang sedia ada kepada ladang tertutup;
(ii) Pengecualian syarat tukar guna tanah daripada pertanian kepada
industri;
(iii) Pengecualian daripada dikenakan syarat universal design seperti
kemudahan OKU, parkir dan landskap;
(iv) Pengecualian penalti terhadap pengusaha yang menaiktaraf tanpa
kebenaran;
(v) Pengecualian sumbangan perparitan; dan
(vi) Pembukaan kaunter khas di Urusetia Pusat Setempat atau One Stop
Center (OSC) khusus untuk menerima Permohonan Pelan Bangunan bagi
Ladang Babi Tertutup
Kesemua pengecualian dan kemudahan khas ini disediakan bagi menggalakkan
penternak babi untuk menaiktaraf ladang terbuka kepada konsep ladang babi tertutup.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
24. Projek Usahawan Kecil
(a) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai data usahawan kecil bersama produk yang
diusahakan yang ada dalam Negeri Pulau Pinang?
(b) Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi membantu memasarkan dan
meningkatkan kualiti produk serta pembungkusan dalam industri ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
24. (a) Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
mempunyai data usahawan kecil bersama produk masing-masing yang
diusahakan. Sehingga Oktober 2018, seramai 1,181 usahawan kecil yang aktif
telah direkodkan bersama produk masing-masing yang diusahakan di Pulau
Pinang seperti di Lampiran A.
Sementara itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pembangunan Usahawan juga
telah mendapat persetujuan agensi-agensi Kerajaan Pusat yang mempelopori
pembangunan keusahawanan untuk berkongsi data usahawan sedia ada, agar
sebaran maklumat program pembangunan usahawan dapat disalurkan kepada
para usahawan.
(b) Kerajaan Negeri melalui PDC telah melaksanakan kursus pemasaran e-dagang (e-
commerce) pada 3 Mei 2018 dan Kursus Pembungkusan, Pelabelan dan
Penjenamaan pada 7 Ogos 2018 untuk membantu usahawan memasarkan dan
meningkatkan kualiti produk serta pembungkusan dalam Industri Kecil dan
Sederhana (IKS).
Selain itu, Kerajaan Negeri sedang bekerjasama dengan Perbadanan Ekonomi
Digital Malaysia (MDEC) untuk menghasilkan usahawan berkemahiran digital
untuk menjalankan perniagaan yang menggunakan teknologi digital bagi
memasarkan produk mereka.
Kerajaan Negeri melalui PDC merancang untuk menganjurkan lebih banyak
program-program yang berkaitan dengan pemasaran, kualiti produk dan
pembungkusan pada masa akan datang.
RUJUK LAMPIRAN A.
186
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
25. Sehingga kini berapakah jumlah terkumpul kutipan dalam Kempen RM 0.20 beg plastik
dan nyatakan perbelanjaannya secara terperinci?
(a) Berapakah jumlah kutipan parkir yang dikutip oleh Kerajaan Negeri /Pihak
Berkuasa Tempatan sejak tahun 2013 hingga kini dan jelaskan perbelanjaannya?
Y.A.B. Ketua Menteri:
25. Jumlah kutipan yang diperolehi sempena Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma sejak
tahun 2009 hingga Oktober 2018 adalah sebanyak RM8,281,325.16. Semua kutipan ini
dimasukkan ke dalam Akaun Bendahari Negeri Pulau Pinang dan digunakan hanya untuk
program Agenda Ekonomi Saksama (AES) dalam bentuk bantuan kewangan bulanan
kepada golongan miskin di samping meningkatkan taraf hidup rakyat dan membasmi
kemiskinan di seluruh Negeri Pulau Pinang. Sejak 2009 hingga September 2018, program
ini telah memberi manfaat kepada 1,052 orang penerima AES sedia ada tidak termasuk
yang telah meninggal dunia dan yang telah berjaya keluar daripada paras kemiskinan.
Jumlah perbelanjaan Program AES sejak tahun 2009 hingga kini adalah sebanyak
RM30,569,957.00 yang turut meliputi peruntukan daripada kutipan Kempen Hari Tanpa
Beg Plastik Percuma.
(a) Jumlah hasil parkir yang dikutip oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan
Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dari tahun 2013 sehingga September
2018 adalah seperti berikut:
Pendapatan (RM) Pendapatan (RM)
Tahun
MBPP MPSP
2013 2,590,786.93 3,226,092.00
2014 5,086,676.29 3,933,861.00
2015 4,214,809.07 4,886,676.00
2016 9,230,602.22 5,096,930.00
2017 5,560,908.58 6,127,200.00
2018
5,128,656.35 4,014,657.00
(setakat September)
Jumlah 31,812,439.44 27,285,416.00

Pihak MBPP membelanjakan hasil kutipan bayaran parkir untuk membuat papan tanda
waktu kawalan dan mencetak kupon untuk orang awam. Selain itu, semua petak -petak
letak kereta yang pudar akan dicat semula. Bagi MPSP pula, hasil kutipan parkir
digunakan untuk menampung kos bagi kerja-kerja penyelenggaraan tempat letak
kereta, kerja-kerja menurap tempat letak kereta, percetakan tiket berkupon, bayaran
cukai perkhidmatan jualan petak letak kereta, komisen kepada wakil penjual kupon
letak kereta dan lain-lain kos yang berkaitan.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
26. Adakah pihak MPSP mempunyai cadangan untuk membangunkan kawasan lapang di
taman perumahan dalam DUN Sungai Dua?
(a) Terdapat kawasan taman yang tidak mempunyai kawasan riadah & taman
permainan yang sempurna.
187
(b) Adakah pembaikan/naik taraf akan dilaksanakan oleh MPSP? jika ada senaraikan
dari tahun 2013 - 2018.
Y.A.B. Ketua Menteri:
26. (a) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mempunyai cadangan untuk
membangunkan / menaik taraf kawasan lapang di taman perumahan dalam
KADUN Sungai Dua dengan menyediakan laluan berbasikal dari kawasan lapang
Lorong 10, Taman Sungai Dua Utama hingga ke Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam,
Seberang Perai Utara. Projek ini dijadualkan pada 2019.
(b) MPSP telah melaksanakan 20 projek pembaikan dan tiga (3) projek menaik taraf
kawasan riadah serta taman permainan dari tahun 2013 hingga 2018. Perincian
adalah seperti di Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
27. Berapa banyakkah gerai-gerai yang dibina oleh MPSP dalam DUN Sungai Dua?
Senaraikan.
(a) Berapa banyakkah yang terbengkalai tiada penyewa?
(b) Apakah usaha yang dibuat oleh MPSP untuk pastikan gerai-gerai ini disewa?
(c) Adakah MPSP mempunyai cadangan baru untuk pembinaan gerai, jika ada
dimana?
Y.A.B. Ketua Menteri:
27. Sebanyak 108 buah gerai telah dibina oleh pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai
(MPSP) di dalam kawasan KADUN Sungai Dua iaitu 60 buah gerai di Pasar Awam Sungai
Dua, 42 buah gerai di Kompleks Makanan Taman Desa Murni dan 6 buah gerai di Pasar
Awam Jalan Sungai Lokan 2/2. Senarai gerai-gerai adalah seperti di Lampiran A.
(a) Untuk makluman, terdapat 5 buah gerai kosong yang tiada penyewa di Pasar
Awam Sungai Dua dan pihak MPSP telah mengiklankan kekosongan tersebut
kepada orang ramai. Selain itu, kesemua 6 buah gerai di Pasar Awam Jalan
Sungai Lokan 2/2 juga tidak mempunyai penyewa dan terbengkalai. Pihak MPSP
dalam usaha untuk menyerahkan pasar awam tersebut kepada pihak pemaju.
(b) Antara usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak MPSP untuk memastikan
gerai-gerai ini disewa adalah seperti berikut:
(i) Menghebahkan maklumat tentang gerai-gerai untuk di sewa
melalui laman sesawang MPSP.
(ii) Menggantung sepanduk (banner) hebahan tentang cadangan pengurusan
/ sewaan di tapak gerai.
(iii) Menawarkan penggunaan kepada pihak JKKK / Persatuan Penduduk /
Rukun Tetangga (RT)
(c) Setakat ini, MPSP mempunyai cadangan untuk menyediakan 25 petak tapak
penjaja terbuka di Taman Seri Murni, Sungai Dua.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
28. Berapakah bilangan kakitangan Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP?
(a) Adakah jumlah ini dapat menampung seluruh operasi?

188
(b) Jelaskan SOP yang digunakan dalam tangkapan kes khalwat dan senaraikan kes
khalwat dari tahun 2016 - 2018.
(c) Adakah terdapat ajaran sesat sekarang ini di Pulau Pinang?nyatakan nama ajaran
dan tempat serta langkah/tindakan yang telah dan akan diambil.
Y.A.B. Ketua Menteri:
28. Jumlah perjawatan di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau
Pinang (JHEAIPP) adalah seramai 61orang diketuai oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa
Agama (KPPA) Gred 48 dan dibantu oleh tiga (3) orang pegawai dan 57 kakitangan
kumpulan pelaksana. Terdapat dua kekosongan jawatan masing-masing seorang
pegawai Gred S29 dan S19 yang belum diisi di bahagian ini.
(a) Setakat ini, dengan kekuatan bilangan pegawai dan kakitangan sedia ada,
Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP boleh beroperasi dengan lancar dan
memenuhi sasaran kerja yang ditetapkan.
(b) Setiap tindakan dalam menjalankan proses penguatkuasaan di bawah kesalahan
jenayah syariah termasuk kesalahan khalwat di Negeri Pulau Pinang adalah
merujuk kepada prosedur yang terkandung di dalam Enakmen Tatacara Jenayah
Syariah Negeri Pulau Pinang 2004. Di samping itu, Pegawai Penguatkuasa Agama
(PPA) turut merujuk kepada prosedur yang ditetapkan di dalam Arahan Tetap
Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) Tahun 2007.
Jumlah kes bagi kesalahan Khalwat di bawah Seksyen 27: Enakmen Kesalahan
Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 pada tahun 2016 hingga 2018 adalah
seperti jadual berikut:-
TAHUN JUMLAH KES
2016 835
2017 497
2018 (sehingga September) 444
JUMLAH 1,776

(c) Terdapat dua kes ajaran sesat baharu yang sedang disiasat oleh Bahagian
Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang seperti berikut:-
BIL NAMA AJARAN TEMPAT TINDAKAN
1 Ajaran Syiah Teluk Air Tawar, Kes masih dalam siasatan dan
Seberang Perai Utara. pemantauan merujuk kepada Fatwa
Ajaran Syiah yang diwartakan sesat
Kampung Selamat, pada 27 Mac 2014.
Seberang Perai Utara
Telah membuat kolaborasi bersama
pihak PDRM dan KDN bagi
mendapatkan maklumat lanjut.

2 Tok Mat Kampung Seberang Tok Kes masih dalam siasatan dan
Janggut Doi, Seberang Perai Utara pemantauan.
Risikan dan siasatan telah dijalankan
secara bersepadu bersama PDRM dari
semasa ke semasa

189
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
29. Nyatakan berapakah hasil pendapatan MAINPP dari hasil kutipan sewa bangunan dan
tanah dari tahun 2016 - 2018 dan ke manakah pendapatan ini dibelanjakan? Jelaskan.
(a) Adakah MAINPP membeli serta meluaskan lagi tanah-tanah wakaf atau sekadar
menunggu orang ramai mewakafkan tanah?
(b) Jika ada, senaraikan tanah-tanah yang dibeli daripada tahun 2016 - 2018.
Y.A.B. Ketua Menteri:
29. Pendapatan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dari hasil
kutipan sewaan aset yang terdiri daripada tapak tanah dan bangunan
kediaman dan komersial dari tahun 2016 hingga 2018 adalah berjumlah
RM10,207,046.11.
Pendapatan tersebut dibelanjakan mengikut agihan yang ditetapkan
berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang
Bil. 5/2009 bertarikh 22 Oktober 2009 seperti berikut:-
(i) 20% untuk upah pengurusan sebagai Mutawalli;
(ii) 40% diperuntukkan bagi tujuan pelaksanaan amanah faedah wakaf 40%;
(iii) 20% untuk pengurusan & penyelenggaraan aset 20%; dan
(iv) 20% untuk rezab pembangunan masa hadapan.
(a) Secara umumnya, MAINPP memperolehi tanah bagi tujuan wakaf melalui kaedah
pemberimilikan tanah kerajaan, serahan daripada pihak pemaju dan
permohonan mewakafkan tanah daripada individu. Di samping itu, dalam
keadaan tertentu, MAINPP juga memperolehi tanah melalui pembelian bagi
tujuan wakaf untuk pembesaran masjid atau tapak perkuburan, institusi
pendidikan Islam dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam. Pembelian tanah bagi
tujuan wakaf juga boleh berlaku melalui proses istibdal tanah wakaf.
(b) Sejak tahun 2016 hingga 2018, MAINPP telah membeli empat (4) lot
tanah bagi tujuan wakaf seperti di LAMPIRAN A
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
30. Senaraikan syarikat tempatan, jenis perusahaan & perkhidmatan yang diperolehi
daripada PDC/Invest Penang tahun 2017-2018.
(a) RM26 juta diperuntukkan dalam bajet 2018 bagi membantu PKS. Huraikan
program yang dilaksanakan secara terperinci dengan peruntukan yang
disediakan.
(b) Mengikut kaum berapa ramaikah pengurus tempatan daripada industri yang
terlibat dalam program latihan semula. Senaraikan program & kes terlibat.
Y.A.B. Ketua Menteri:
30. Sejak tahun 2017 sehingga Oktober 2018, sebanyak 37 buah kilang tempatan telah
membeli tanah perindustrian PDC seperti diLampiran A dan 12 buah syarikat Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan telah membeli/menyewa kilang siap bina PDC
seperti di Lampiran B.
Manakala Pusat SMART telah memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada 315
syarikat. Maklumat berkenaan senarai syarikat dan jenis perkhidmatan yang diperolehi
daripada Invest Penang dan tidak dapat dikemukakan memandangkan Non Disclose
Agreement (NDA) antara Invest Penang dan syarikat.
190
(a) Sepertimana yang diumumkan oleh mantan YAB Ketua Menteri, sebanyak RM26
juta diperuntukkan dalam bajet 2018 bagi membantu PKS iaitu untuk SME Centre
di Zon Perindustrian Bayan Lepas yang menawarkan sewa bersubsidi kepada IKS.
Walau bagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan dan pelan
pelaksanaan masih belum dimuktamadkan secara terperinci.
(b) Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat berkaitan bilangan pengurus
tempatan mengikut kaum dan industri yang terlibat dalam program latihan
semula.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.
XIV. Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Status Pembinaan Masjid Jamek Kampung Banggol:
(a) Sejak bilakah ia diluluskan dan berapakah kos untuk projek pembinaan masjid
tersebut?
(b) Siapakah kontraktor yang dilantik dan apakah progres pembinaan masjid
tersebut selepas ia diluluskan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. (a) Projek pembinaan Masjid Jamek Kampung Banggol merupakan projek
perkongsian pembiayaan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan
dengan nisbah 30:70. Projek ini telah diluluskan pada 2017 dan Jabatan Kerja
Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana. Anggaran kos keseluruhan pembinaan
adalah sebanyak RM4,682,637.50.
(b) Kontraktor yang dilantik bagi projek ini ialah Syarikat Fajar Eratimur Sdn. Bhd.
Tarikh milik tapak adalah pada 6 April 2018 dan tarikh jangka siap adalah pada
6 Disember 2019. Kemajuan projek setakat ini adalah pada tahap 21% siap dan
mengikut jadual.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
2. Masjid, Surau & Rumah Ibadat:
(a) Sila perincikan maklumat masjid, surau serta rumah ibadat (Cina, India & Lain-
lain agama) yang terdapat dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor dan KADUN
Permatang Berangan.
(b) Bagaimana Kerajaan Negeri membantu dan adakah sebarang dana disalurkan
kepada masjid, surau dan rumah-rumah ibadat ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. (a) Maklumat masjid, surau serta rumah ibadat bukan Islam (RIBI) yang terdapat di
kawasan Parlimen Tasek Gelugor dan KADUN Permatang Berangan adalah seperti
jadual berikut:
Parlimen Tasek Kadun Permatang
Bil Rumah Ibadat
Gelugor Berangan
1 Masjid 50 13
2 Surau 41 18
3 Gereja 1 1
4 Tokong 2 -
5 Kuil 1 -
Sumber : Gunatanah 2017 Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Pulau Pinang

191
(b) Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
menyediakan peruntukan sebanyak RM4,000.00 setahun kepada setiap masjid
kariah. Jumlah ini merangkumi saguhati tahunan kepada 4 orang ahli
jawatankuasa utama masjid berjumlah RM2,000.00 dan saguhati kehadiran
mesyuarat ahli jawatankuasa kariah berjumlah RM2,000.00.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan bagi kerja-kerja
pembaikan dan naik taraf masjid melalui peruntukan pembangunan yang
disalurkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Pada
tahun 2018, sejumlah RM4.65 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja pembaikan
dan naik taraf masjid dan surau.
Manakala bagi rumah ibadat bukan Islam, Kerajaan Negeri telah mewujudkan
Tabung Amanah Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang diselia oleh Jabatan
Perancang Bandar dan Desa (JBPD). Tabung RIBI disediakan bagi pembinaan
baharu dan kerja-kerja pembaikan RIBI. Jumlah sumbangan yang boleh dimohon
adalah RM50,000.00 bagi setiap kali permohonan.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
3. Statistik Kepadatan Penduduk:
(a) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat penuh tentang statistik jumlah
penduduk mengikut kategori kaum, umur, gender dan sektor pekerjaan di
kawasan Tasek Gelugor? Mohon senaraikan secara terperinci mengikut KADUN.
(b) Bagaimanakah Kerajaan Negeri mengenal pasti dan memastikan keperluan
rakyat pelbagai kaum dan peringkat umur dapat dipenuhi dan ditambahbaik?
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. (a) Berdasarkan kepada Unjuran Penduduk (Semakan Semula) Banci Penduduk
dan Perumahan Malaysia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2018,
jumlah penduduk bagi kawasan Tasek Gelugor adalah seramai 103,700 orang
yang terdiri daripada 51,400 orang lelaki dan 52,300 orang perempuan. Data
berkenaan pecahan umur, kaum dan sektor pekerjaan hanya tersedia bagi
daerah pentadbiran sahaja dan tidak mengikut kawasan Parlimen. Pecahan
penduduk mengikut kawasan DUN di Tasek Gelugor adalah seperti di Lampiran
A.
(b) Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai kaedah untuk mengenal pasti dan
memastikan keperluan rakyat menerusi kajian soal selidik, sesi dialog bajet yang
diadakan secara tahunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang turut
melibatkan Ahli Majlis, agensi awam, sektor swasta, Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan Komuniti (JKKK) dan penduduk setempat. Selain itu, Kerajaan
Negeri juga mendapatkan pandangan stakeholder bagi pembangunan projek-
projek kemudahan awam. Dalam masa yang sama, aduan dan isu-isu yang
dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin tempatan turut diberi perhatian bagi
menangani permasalahan yang timbul.
Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2030 juga telah menggariskan
beberapa dasar khusus bagi memastikan keperluan rakyat pelbagai kaum dan
peringkat umur dapat dipenuhi dan ditambah baik iaitu:-
(i) Dasar Sektoral (DS) 6
Pembangunan Modal Insan Yang Berpengetahuan, Berpendidikan,
Berkemahiran Dan Lebih Berdaya Saing Akan Dipertingkatkan.
(ii) Dasar Sektoral (DS) 7
Program Pembasmian Kemiskinan Dan Peningkatan Taraf Kehidupan Yang
Lebih Berkualiti Akan Diteruskan Bagi Mencapai Sasaran Miskin Sifar
192
(iii) Dasar Sektoral (DS) 10
Ekonomi Berasaskan Pembuatan (P-ekonomi) Akan Dikembangkan
Kepada Ekonomi Berasaskan Pengetahuan (K-Ekonomi)
Kesemua dasar-dasar ini juga akan diperkemaskan dan diteliti dalam penyediaan
Rancangan Tempatan bagi bahagian Pulau dan Seberang Perai.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
4. Industri Kecil Dan Sederhana:
(a) IKS merupakan antara sumber pendapatan penduduk. Adakah Kerajaan Negeri
mempunyai data berkaitan pengusaha IKS di Tasek Gelugor? Sila perincikan
mengikut kaum, jenis perusahaan dan tempat perniagaan yang dijalankan.
(b) Adakah tapak-tapak baru disediakan kepada pengusaha yang belum mempunyai
tempat berniaga selain di tepi jalan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. (a) Data pengusaha di IKS Tasek Gelugor mengikut pecahan kaum, jenis perusahaan
dan tempat perniagaan yang dijalankan di bawah seliaan Majlis Perbandaran
Seberang Perai (MPSP) dan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara
adalah masing-masing seperti di Lampiran A dan B. Jumlah pengusaha IKS yang
direkodkan di Tasek Gelugor adalah sebanyak 30 orang.
(b) Kerajaan Negeri melalui MPSP menyediakan tapak-tapak baharu kepada
pengusaha yang belum mempunyai tempat berniaga di Seberang Perai seperti
berikut :-
(i) Kompleks Makanan Mekar Sari, Bertam, Seberang Perai Utara (22 Unit);
dan
(ii) Kompleks Makanan Industri Ringan Asas Jaya, Permatang Tinggi,
Seberang Perai Tengah (52 Unit)
Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai
Utara (PDTSPU) turut menyediakan dua (2) buah gerai/tapak sedia ada untuk
pengusaha kecil di Parlimen Tasek Gelugor untuk menjalankan perniagaan
iaitu:-
(i) Gerai Labuh Banting (5 buah gerai); dan
(ii) Gerai Jalan Pokok Sena (10 buah gerai).
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
5. Pusat Pendidikan:
(a) Sila senaraikan mengikut KADUN data IPTA/IPTS, Sekolah Kebangsaan, SRJK (C)
dan SRJK (T), Sekolah Menengah, Sekolah Agama Rakyat/Pondok, Sekolah
TADIKA KEMAS/TASKA/TASKI/Perpaduan dan lain-lain institusi yang terdapat di
Tasek Gelugor.
(b) Adakah Kerajaan menyalurkan dana kepada pusat-pusat pendidikan ini dan
berapakah sumbangan yang disalurkan dari 2008 hingga kini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. (a) Senarai pusat pendidikan yang terdapat di Tasek Gelugor mengikut Kawasan Ahli
Dewan Undangan Negeri (KADUN) adalah seperti di Lampiran A.
193
(b) Kerajaan sememangnya menyalurkan peruntukan kepada pusat-pusat
pendidikan di Tasek Gelugor. Kerajaan Negeri bermula pada tahun 2008 telah
menyediakan peruntukan tahunan di bawah Program Bantuan Pendidikan kepada
Sekolah-sekolah Bantuan Modal termasuk Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Cina
dan Sekolah Persendirian Cina, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil (SJKT). Perincian peruntukan yang disalurkan kepada sekolah-sekolah
tersebut adalah seperti perincian di Lampiran B.
Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat peruntukan yang disalurkan kepada
Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Menengah, Sekolah Taman Didikan Kanak-kanak Jabatan
Kemajuan Masyarakat (TADIKA KEMAS) / Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) / Taman
Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI)dan Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA)
Perpaduan kerana ia adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
6. Pusat Perubatan:
(a) Berapakah jumlah klinik yang terdapat di Tasek Gelugor? Sila senaraikan jumlah
klinik kesihatan, klinik desa dan klinik swasta mengikut KADUN.
(b) Apakah SOP/garis panduan bagi memastikan perkhidmatan segera diberikan
ketika berlaku kecemasan?
(c) Bagaimanakah pemantauan kesihatan dilakukan untuk menjaga tahap kesihatan
penduduk?
(d) Sila perincikan perancangan dan bagaimanakah perlaksanaannya?
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. (a) Jumlah klinik yang terdapat di kawasan Tasek Gelugor adalah sebanyak sembilan
(9) buah klinik. Jumlah tersebut merangkumi sebuah Klinik Kesihatan, empat (4)
buah Klinik Desa dan empat (4) Klinik Swasta. Senarai klinik–klinik tersebut
adalah seperti berikut:
Jenis Klinik Nama Klinik
Klinik Kesihatan i. Klinik Kesihatan Tasek Gelugor
i. Padang Menora,
ii. Pinang Tunggal,
Klinik Desa
iii. Kampong Selamat,
iv. Tok Bedu
i. Inthira/Joe Fernandez
ii. Shan
Klinik Swasta
iii. Bersatu
iv. Dr. Azhar dan rakan-rakan

(b) Dalam memastikan tindakan segera diambil ketika berlakunya kecemasan,


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerbitkan buku garis panduan
mengenai Perkhidmatan Kecemasan dan Ambulan di Fasiliti Kesihatan Primer
yang diguna pakai dalam mengendalikan kes–kes kecemasan. Walau
bagaimanapun perlaksanaan garis panduan ini perlu mengambil kira keupayaan
sesebuah klinik dari segi kemudahan prasarana, peralatan, bilangan ambulan
serta anggota kesihatan yang sedia ada. Dalam masa yang sama, pihak KKM juga
memantau tempoh respon yang diambil bagi kes–kes kecemasan, tahap
kompetensi kakitangan yang bertugas di unit kecemasan dan kemudahan
peralatan yang mencukupi.

194
(c) Klinik Kesihatan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif
secara bersepadu di mana perlaksanaannya menggunakan pendekatan holistik
meliputi aspek promotif, pencegahan, rawatan penyakit akut dan kronik,
penyakit berjangkit dan tidak berjangkit serta rehabilitasi yang berkesan,
efisien dan berkualiti bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat yang
merangkumi semua peringkat umur dari dalam kandungan hingga ke akhir hayat
(From Womb To Tomb).
(d) Asas perlaksanaan perkhidmatan di Klinik Kesihatan berkonsepkan integrasi dan
dilaksanakan secara bersepadu untuk mewujudkan perkhidmatan yang seragam
di seluruh Malaysia. Elemen utama dalam perlaksanaan perkhidmatan secara
berintergrasi ini adalah;
(i) Skop perkhidmatan kesihatan merangkumi Wellness, Illness, Emergency
And Support yang dilaksanakan secara bersepadu.
(ii) Perkhidmatan Wellness dan Illness digabungkan dalam satu pakej bagi
setiap pelanggan berbentuk Person Focused Management untuk
menghasilkan penjagaan kesihatan secara holistik.
(iii) Pengesanan awal risiko penyakit dan pelaksanaan intervensi secara mudah
laksana dilakukan di peringkat awal. Pengurusan penyakit kronik lebih
efektif termasuk pengesanan dan pencegahan komplikasi di peringkat
awal.
(iv) Perkongsian sumber menghasilkan perkhidmatan bersepadu bertujuan
mengoptimakan penggunaan semua sumber sedia ada.
Semua perkhidmatan di Klinik Kesihatan diintegrasikan bertujuan untuk menghasilkan
impak yang lebih berkesan kepada pelanggan dan mensasarkan kesihatan populasi.
Selain itu, bagi memperkasakan peranan komuniti setempat, KKM telah melancarkan
program Komuniti Sihat Pembina Negaraatau KOSPEN. Ia merupakan inisiatif untuk
memperkasakan rakyat Malaysia dalam penjagaan kendiri bagi mengurangkan beban
penyakit tidak berjangkit di Malaysia.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
7. Penjagaan Kesihatan:
(a) Bagaimanakah Kerajaan/Jabatan Kesihatan meletakkan SOP penjagaan
kesihatan kepada penduduk di negeri ini?
(b) Sila perincikan program kesihatan yang dijalankan mengikut kategori kanak-
kanak, wanita, dewasa, warga emas dan OKU?
(c) Bagaimanakah kerja kempen cegah denggi dilaksanakan di kawasan penempatan
penduduk selain menggalakkan penjagaan kebersihan/gotong-royong dilakukan
sendiri oleh penduduk?
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Penjagaan Kesihatan di Malaysia terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan
Malaysia. Namun, Kerajaan Negeri turut membantu urusan penjagaan kesihatan di
negeri ini agar kesejahteraan rakyat dapat dipertingkatkan.
(a) Prosedur Operasi Piawai atau Standard Operating Procedure (SOP) penjagaan
kesihatan di negeri ini dikelaskan kepada tiga tahap iaitu penjagaan primer,
sekunder dan tertiary. Penjagaan primer bermaksud penjagaan kesihatan di
peringkat pertama atau asas. Penjagaan primer ini diberikan di semua klinik
kesihatan. Penjagaan ini merupakan penjagaan yang berisiko rendah dan tidak
menyebabkan ancaman merbahaya kepada kesihatan. Penjagaan sekunder dan
tertiary pula bermaksud penjagaan kesihatan dan perubatan di hospital

195
termasuk perkhidmatan kepakaran, sub kepakaran dan perkhidmatan pemulihan
(rehabilitasi). Penjagaan kesihatan di peringkat sekunder dan tertiary ini lebih
rumit dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Secara ringkas, penjagaan
kesihatan kepada penduduk di negeri ini disediakan melalui penjagaan kesihatan
yang menyeluruh iaitu daripada ‘womb to tomb’.
(b) Program-program kesihatan yang dijalankan mengikut kategori adalah seperti
berikut:
(i) Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak
(ii) Program ini dijalankan di Klinik Kesihatan (KK), Klinik Desa (KD) dan
Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA). Perkhidmatan yang disediakan
adalah ‘Pre-Pregnancy Care (PPC) iaitu penjagaan sebelum hamil,
penjagaan semasa hamil (antenatal) dan penjagaan selepas bersalin
(postnatal).
(iii) Penjagaan Kesihatan Kanak-kanak
(iv) Program ini meliputi pemeriksaan kanak-kanak di klinik, pemantauan
perkembangan kanak-kanak (growth development) dan pemberian
imunisasi.
(v) Penjagaan Kesihatan Dewasa
(vi) Program ini terbuka kepada lelaki dan wanita meliputi saringan
kesihatan, pemeriksaan dan rawatan lelaki dan wanita dewasa di klinik-
klinik kesihatan dan klinik komuniti. Antara perkhidmatan yang
disediakan adalah seperti pemeriksaan pap smear, pemeriksaan payu
dara, saringan kanser kolon, perkhidmatan klinik berhenti merokok dan
perkhidmatan domisiliari (lawatan dan pemeriksaan pesakit terlantar di
rumah).
(vii) Penjagaan Kesihatan Warga Emas
(viii) Program ini meliputi pemeriksaan warga emas di institusi warga emas di
seluruh negeri Pulau Pinang. Warga emas akan diberikan saringan dan
rawatan berdasarkan kepada keperluan.
(ix) Perkhidmatan Kesihatan Orang Kelainan Upaya (OKU)
Program ini merangkumi pemeriksaan, rawatan dan rehabilitasi kanak-
kanak OKU di Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK).
(c) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah
mengambil pelbagai langkah dalam mencegah penularan wabak denggi. Selain
daripada menggalakkan penjagaan kebersihan dan gotong royong oleh
penduduk, Jabatan telah melaksanakan tindakan-tindakan berikut:
(i) Hebahan awam di lokaliti wabak oleh Unit Bergerak Promosi Kesihatan
melalui sistem audio kenderaan;
(ii) Mengadakan pameran mini (Pondok Panas) di lokaliti wabak;
(iii) Penyampaian maklumat di media massa (radio, surat khabar);
(iv) Hebahan infografik di media sosial seperti di Facebook, Portal Jabatan
Kesihatan dan WhatsApps;
(v) Edaran risalah kepada para penduduk di lokaliti wabak
(vi) Menampal poster dan menggantung banting di tempat-tempat strategik
di lokaliti wabak;

196
(vii) Mewujudkan Jawatankuasa Communication for Behavioural
Impact (COMBI) yang bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat
kepada penduduk dan melaksanakan aktiviti cari dan musnah tempat-
tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan kediaman mereka; dan
(viii) Mengadakan kolaborasi dengan agensi kerajaan, bukan kerajaan dan
persatuan penduduk untuk bersama-sama mengawal dan mencegah
penyakit demam denggi.
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri telah mengguna pakai pelbagai
kaedah dalam meningkatkan kesedaran penduduk dalam memerangi denggi. Walau
bagaimanapun, komuniti perlulah memainkan peranan dengan memberikan kerjasama
terutamanya semasa aktiviti pencegahan dan kawalan denggi dilaksanakan.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
8. Pengangkutan Awam:
(a) Bagaimanakah Kerajaan memperkasakan kemudahan pengangkutan awam
seperti bas awam CAT kepada penduduk-penduduk mengikut daerah atau
KADUN?
(b) Berapakah jumlah/unit bas awam CAT yang disediakan untuk kemudahan
pengangkutan awam di setiap daerah?
(c) Sila perincikan penyediaan kemudahan bas tersebut kepada penduduk di dalam
kawasan Tasek Gelugor mengikut setiap KADUN.
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. (a) Kerajaan Negeri telah menjalankan pelbagai usaha dalam memperkasakan
kemudahan pengangkutan awam seperti memperkenalkan perkhidmatan bas
percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) ke seluruh daerah di Pulau
Pinang. Bagi mempromosikan perkhidmatan ini kepada penduduk Pulau Pinang,
Kerajaan Negeri telah melaksanakan langkah-langkah seperti berikut:
i. Pengedaran risalah/brosur di Pusat Khidmat ADUN,Jabatan Kerajaan,
Universiti, Sekolah, dan kawasan penduduk setempat;
ii. Bekerjasama dengan pihak Rapid Penang untuk mengiklankan maklumat
berkenaan perkhidmatan bas melalui media sosial
seperti Facebook dan Instagram serta menampal poster-poster di semua
perhentian bas yang terlibat;
iii. Membuat hebahan di dalam portal rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang;
iv. Mengadakan pameran di program-program rasmi Kerajaan Negeri seperti
di Fiesta Seberang Perai 2018 pada 26 September hingga 30 September
2018 dan Pesta Pulau Pinang pada 24 November 2018 hingga 1 Januari
2019 yang akan datang.
(b) Sejumlah 52 bas CAT telah disediakan dan perincian mengikut daerah adalah
seperti di Lampiran A.
(c) Setakat ini, tiada perkhidmatan bas percuma CAT yang disediakan di kawasan
Tasek Gelugor. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri kini masih dalam tempoh
untuk mengkaji dan meneliti semula cadangan-cadangan penambahbaikan
perkhidmatan ini agar dapat memenuhi keperluan penduduk setempat termasuk
mempertimbangkan penambahan laluan-laluan baharu sekiranya kawasan
tersebut memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
(i) Kawasan berdensiti tinggi, padat dengan kawasan
perumahan/perindustrian/perniagaan;

197
(ii) Kawasan yang mengalami kadar kesesakan trafik yang tinggi;
(iii) Kawasan yang perlu dinaiktaraf sistem pengangkutan awam termasuk
infrastruktur;
(iv) Kawasan yang mempunyai banyak aktiviti harian/perniagaan dan lain-
lain; dan
(v) Kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan bas sebelum ini.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
9. Bantuan JKM:
(a) Apakah syarat kelayakan/kategori yang membolehkan pemohon menerima
bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat?
(b) Berapakah jumlah keseluruhan penerima mengikut kategori dan berapakah
jumlah yang diperuntukkan secara bulanan bagi tujuan tersebut?
(c) Sila perincikan jumlah penerima bantuan bulanan dalam KADUN Permatang
Berangan mengikut gender/kaum dan kategori bantuan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. (a) Terdapat dua (2) jenis bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu daripada peruntukan Kerajaan Negeri dan
Kerajaan Persekutuan. Syarat kelayakan bagi bantuan tersebut adalah
seperti diLampiran A.
(b) Jumlah peruntukan yang dibelanjakan sebulan bagi bantuan kewangan
bulanan JKM adalah sebanyakRM6,084,545.00. Perincian jumlah peruntukan
dan jumlah penerima mengikut kategori adalah seperti berikut:-
JENIS BANTUAN JUMLAH PENERIMA JUMLAH BANTUAN
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 1,801 458,500.00
Bantuan Orang Tua (BOT) 5,366 1,859,200.00
Elaun Pekerja Cacat (EPC) 5,449 2,179,600.00
Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB) 2,598 649,500.00
Bantuan Pesakit Terlantar (BPT) 935 331,800.00
Bantuan Am (BA) 1,865 605,945.00
JUMLAH KESELURUHAN 18,014 6,084,545.00

(c) Perincian jumlah penerima bantuan bulanan dalam Kawasan Ahli Dewan
Undangan Negeri (KADUN) Permatang Berangan mengikut gender/kaum dan
kategori bantuan adalah seperti berikut:
Jenis Bantuan Jantina Kaum
Lelaki Wanita Melayu Cina India Lain-Lain
Bantuan Am 29 45 57 5 11 1
(negeri)
Bantuan Kanak- 16 58 48 - 9 1
Kanak (BKK)

198
Bantuan Orang Tua 43 77 99 9 12 -
(BOT)
Bantuan Penjagaan 10 27 32 2 3 -
Pesakit Kronik/OKU
Terlantar (BPT)
Elaun Pekerja 110 62 15 11 9 2
Cacat (EPC)
Bantuan OKU Tidak 53 34 74 7 6 -
Berupaya Bekerja
(BTB)
JUMLAH 261 303 325 34 50 4

RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
10. Banjir & Pencemaran Sungai:
(a) Sungai penting sebagai sumber air dan saliran bagi mengelakkan banjir. Apakah
usaha Kerajaan bagi mengatasi masalah bencana banjir di daerah Seberang Perai
Utara?
(b) Apakah tindakan Kerajaan Negeri ke atas pihak-pihak yang melakukan
pembuangan najis khinzir sehingga menyebabkan pencemaran sungai dan
saliran?
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. (a) Bagi mengatasi masalah banjir di daerah Seberang Perai Utara (SPU), Jabatan
Pengairan dan Saliran (JPS) melalui peruntukan Kerajaan Negeri telah
menjalankan projek berimpak tinggi yang bernilai RM40 juta di kawasan
tersebut. Skop projek ini melibatkan kerja-kerja melebar dan mendalamkan
Sungai Mak Mandin, menaik taraf sistem saliran parit monsun, menaik taraf
sistem perparitan di Taman Bayan dan Taman Cantik serta membina sebuah
rumah pam saliran banjir di Sungai Mak Mandin.
Di samping itu, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) juga menjalankan
usaha-usaha untuk menangani masalah banjir di daerah SPU seperti berikut:
(i) Melaksanakan projek-projek mitigasi banjir khususnya di kawasan taman
perumahan. Senarai projek-projek tersebut adalah seperti di Lampiran
A;
(ii) Menaik taraf dan membaiki parit-parit lama yang mengalami kerosakan
serta menjalankan kerja-kerja membersih parit monsun dan kolam
takungan supaya air dapat mengalir dengan lancar hingga ke parit
buangan terakhir. Senarai projek-projek tersebut adalah seperti
di Lampiran B;
(iii) Mewajibkan setiap pemaju untuk membina kolam takungan bagi
pembangunan/pemajuan baru yang melibatkan keluasan tapak
pembangunan yang melebihi 1 hektar;
(iv) Menjalankan kerja-kerja pembersihan parit dalam taman perumahan
secara berkala iaitu seminggu sekali; dan
(v) Menjalankan kerja-kerja pembersihan di setiap perangkap sampah
secara berkala iaitu seminggu sekali dan juga setiap kali berlaku hujan.

199
(b) Sebagai usaha menangani pencemaran sungai dan saliran yang disebabkan oleh
pembuangan najis khinzir, Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan seperti
berikut:
(i) Tindakan penguatkuasaan oleh MPSP ke atas pihak yang melakukan
pembuangan najis khinzir dengan mengeluarkan notis dan kompaun,
membatalkan lesen dan tindakan mahkamah. Statistik tindakan
penguatkuasaan MPSP ke atas ladang babi di Seberang Perai bagi tahun
2016 hingga September 2108 adalah seperti berikut:
Tindakan
Tahun Notis Kompaun Batal Lesen
Mahkamah
2016 12 27 3 1
2017 1 34 4 0
2018 0 10 9 2
(ii) Tindakan penguatkuasaan dan mengeluarkan kompaun ke atas ladang
babi yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan
Penternakan Babi di bawah Jabatan Veterinar pula akan dilaksanakan
setelah ianya berkuatkuasa. Pada masa ini, peraturan tersebut masih
dalam peringkat semakan; dan
(iii) Jabatan Veterinar turut membuat lawatan pemantauan ke ladang-ladang
babi yang berkenaan untuk memberikan khidmat nasihat berkaitan
penggunaan Useful Microbes (UM) dalam penternakan yang dapat
mengawal pencemaran dan bau. Jabatan Veterinar juga mengadakan
kempen kawalan pencemaran di setiap daerah di Negeri Pulau Pinang
untuk meningkatkan tahap kesedaran pengusaha ladang babi di negeri
ini.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
11. Jejantas Pejalan Kaki:
(a) Jejantas pejalan kaki di laluan jalanraya yang sibuk dapat membantu
mengurangkan kemalangan. Berapakah peruntukan kewangan yang diberikan
oleh Kerajaan Negeri bagi membina jejantas pejalan kaki?
(b) Senaraikan mengikut KADUN pembinaan jejantas pejalan kaki yang telah dibina.
(c) Adakah terdapat cadangan membina jejantas di SK Tasek Gelugor?
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. (a) Pembinaan jejantas pejalan kaki dilaksanakan oleh agensi-agensi pelaksana atau
pemaju swasta berdasarkan bidang kuasa masing-masing seperti berikut:
(i) Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi jejantas pejalan kaki di Jalan Persekutuan
atau Jalan Negeri;
(ii) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) atau Majlis Perbandaran Seberang
Perai (MPSP) di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT);
(iii) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melalui syarikat konsesi jika
jejantas tersebut terletak atas lebuhraya;
(iv) Pemaju atas sebab keselamatan pejalan kaki dan keperluan kemajuan
seperti yang disyaratkan dalam pelan kebenaran merancang; dan
(v) Corporate Social Resposibility (CSR) oleh syarikat swasta.

200
Kerajaan Negeri melalui MBPP telah memperuntukkan RM12.684 juta bagi
pembinaan jejantas untuk tempoh 2013 hingga 2018. Bagi pembinaan jejantas
pejalan kaki di bawah peruntukan JKR, pembinaan jejantas adalah termasuk
dalam kos projek-projek pelebaran jalan.
(b) Senarai jejantas pejalan kaki mengikut KADUN adalah seperti di Lampiran A.
(c) Pada masa ini, tiada perancangan untuk membina jejantas pejalan kaki di SK
Tasek Gelugor kerana tiada rezab jalan yang mencukupi. Sesebuah jejantas
pejalan kaki biasanya dilaksanakan apabila projek jalan dinaik taraf dari single
carriageway ke dual carriageway yang melibatkan pelebaran jalan yang lebih
besar di mana ia meningkatkan risiko pejalan kaki di kawasan orang ramai. Jalan
SK Tasek Gelugor kini terdapat lampu isyarat pejalan kaki bagi mengawal lalu
lintas.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
12. Kadar Bayaran Perubatan Pesakit Luar:
(a) Adakah Kerajaan Negeri akan mengekalkan atau mengkaji semula kadar
bayaran/caj perubatan yang dikenakan kepada pesakit di klinik sebanyak
RM1.00 dan pesakit luar hospital sebanyak RM5.00?
(b) Apakah usaha/perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan kesejahteraan
rakyat dijaga melalui penjagaan kesihatan dengan kos khidmat nasihat/rawatan
yang rendah?
Y.A.B. Ketua Menteri:
12. (a) Bidang kuasa kesihatan adalah terletak di bawah Kerajaan Persekutuan.
Penetapan caj dan kadar bayaran adalah mengikut Akta Fi 1952, Perintah Fi
(Perubatan)1982, (Pindaan 1994, 2003, 2014 dan 2017) yang dilaksanakan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia dan tertakluk kepada keputusan Kabinet.
(b) Kerajaan Negeri sedang dalam proses untuk memuktamadkan kerjasama dengan
pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi
pelaksanaan Program Saringan Mammogram Percuma atau Mammo-Penang.
Melalui kerjasama ini, akses wanita Pulau Pinang terhadap ujian pemeriksaan
mammogram akan dapat ditambahbaik. Langkah ini merupakan sebahagian
daripada perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kesejahteraan
rakyat Pulau Pinang khususnya golongan wanita.
Kerajaan Negeri juga dalam perancangan untuk melaksanakan Program Penang
Sihat di mana subsidi sebanyak RM300.00 bagi perkhidmatan perubatan di klinik
swasta yang terpilih kepada keluarga yang berpendapatan kurang dari
RM5000.00 sebulan dan RM150.00 kepada individu yang belum berkahwin dengan
pendapatan kurang daripada RM2,500.00 sebulan dengan had RM50.00 setiap
rawatan. Namun demikian perkara ini masih di peringkat perancangan dengan
mengambilkira implikasi kewangan negeri Pulau Pinang.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
13. Anggota Keselamatan:
(a) Anggota keselamatan (polis/tentera) bertugas menjaga keamanan negara.
Berapakah jumlah anggota keselamatan di kawasan Tasek Gelugor?
(b) Berapakah nisbah penduduk bagi setiap anggota polis yang berkhidmat dalam
kawasan Tasek Gelugor khasnya KADUN Permatang Berangan?

201
(c) Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi memastikan keselamatan
penduduk Pulau Pinang terpelihara?
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. (a) Jumlah keanggotaan terkini bagi Balai Polis Tasek Gelugor adalah seramai 33
orang anggota yang siap sedia untuk berkhidmat menjaga keamanan negara
terutama sekali ketenteraman awam di Tasek Gelugor itu sendiri. Manakala
Ketua Balai Polis Tasek Gelugor adalah berpangkat Inspektor.
(b) Daripada statistik yang diperolehi dari Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah
penduduk Tasek Gelugor adalah seramai 53,462 orang. Oleh yang demikian,
nisbah anggota polis dengan penduduk adalah bersamaan 1:1620
(c) Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri dan pihak PDRM
dalam memastikan keselamatan penduduk Pulau Pinang adalah terpelihara.
Diantara langkah-langkah berkenaan adalah seperti berikut:-
(i) Rondaan berkala dengan Skim Rondaan Sukarela (SRS)/ Kawasan Rukun
Tetangga (KRT)
(ii) Rondaan MPV/URB di kawasan hotspot;
(iii) High Profile Policing (HPP) di mana pegawai-pegawai kanan PDRM dan
anggota lain turun padang untuk menemui masyarakat supaya interaksi
bersemuka secara konstruktif antara polis dan masyarakat tercapai di
samping perhubungan polis dengan masyarakat dapat didekatkan;
(iv) Program Walkabout, yang juga melibatkan pihak dari jabatan lain
seperti Jabatan Pertahanan Awam dan RELA, di mana kehadiran anggota
keselamatan ini di kawasan-kawasan pedalaman dapat maklum balas
yang positif dari masyarakat dan juga mengurangkan sekaligus kadar
jenayah; dan
(v) Perjumpaan dengan Komuniti seperti Hari Bertemu Pelanggan, Talk To
Us, dan juga menempatkan Pegawai Perhubungan Masjid (PPM) bagi
memudahkan orang awam mendekati pihak berkuasa dalam usaha
memerangi jenayah dengan efisyen dan pantas
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
14. Kakitangan Awam:
(a) Berapakah jumlah pegawai dan kakitangan awam yang bertugas dalam agensi
Kerajaan Negeri secara tetap mahupun kontrak?
(b) Berapakah jumlah pegawai dan kakitangan awam negeri yang terlibat dengan
penamatan kontrak selepas pertukaran Kerajaan Persekutuan pada 9/5/2018?
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. (a) Jumlah pegawai dan kakitangan awam yang bertugas dalam agensi Kerajaan
Negeri sehingga 19 Oktober 2018 adalah seramai 8358 (Tetap) dan 3193
(Kontrak). Perincian adalah seperti di Lampiran A.
(b) Tiada pegawai dan kakitangan awam negeri yang terlibat dengan penamatan
kontrak selepas pertukaran Kerajaan Persekutuan pada 9/5/2018. Begitu juga
dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang
(MBPP), tiada kakitangan kontrak yang ditamatkan perkhidmatan. Walau
bagaimanapun, seramai 42 orang kakitangan kontrak Majlis Perbandaran
Seberang Perai (MPSP) dari kumpulan pelaksana telah ditamatkan kontrak
disebabkan isu-isu disiplin, tatatertib dan prestasi kerja yang tidak memuaskan.
RUJUK LAMPIRAN A.

202
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
15. Pusat Hiburan/Perjudian Siber:
(a) Kewujudan pusat hiburan/perjudian siber boleh menyebabkan kelalaian dan
masalah sosial khasnya melibatkan golongan remaja. Bagaimanakah langkah
penguatkuasaan bagi mengawal gejala sosial dan unsur jenayah yang melibatkan
pusat-pusat hiburan/perjudian siber ini?
(b) Berapakah jumlah pusat hiburan/judi berkenaan dalam KADUN Permatang
Berangan? Sila nyatakan nama dan alamat premisnya.
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. (a) Langkah-langkah penguatkuasaan yang dijalankan bagi mengawal gejala sosial
dan unsur jenayah yang melibatkan pusat-pusat hiburan/perjudian siber adalah
seperti berikut:
(i) Mengenakan syarat had umur kepada pelanggan-pelanggan yang
mengunjungi pusat hiburan iaitu 21 tahun ke atas bagi pusat hiburan dan
18 tahun ke atas bagi pusat internet;
(ii) Melarang semua aktiviti tidak bermoral seperti melayari portal
lucah/unsur perjudian dalam pusat internet;
(iii) Membuat kawalan masa beroperasi di semua pusat internet;
(iv) Menjalankan operasi pemantauan dan pemeriksaan secara bersepadu di
antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan Polis Diraja Malaysia
(PDRM);
(v) Mengenakan syarat-syarat pelesenan bagi setiap lesen yang dikeluarkan
kepada pusat hiburan/pusat internet untuk menghalang daripada aktiviti
tidak bermoral dijalankan;
(vi) Membatalkan lesen perniagaan yang telah disahkan oleh PDRM sekiranya
didapati terlibat dengan aktiviti perjudian serta menyebabkan isu gejala
sosial dan jenayah;
(vii) Mengambil tindakan mahkamah terhadap aktiviti perniagaan pusat
hiburan/pusat internet yang dijalankan tanpa lesen perniagaan yang sah
daripada PBT;
(viii) Mengadakan operasi seperti serbuan, tangkapan, pemotongan bekalan
elektrik dan juga tindakan di bawah undang-undang pencegahan; dan
(ix) Memastikan semua permohonan pusat hiburan dirujuk kepada Pejabat
Daerah dan Tanah bagi mendapatkan ulasan berkenaan aspek sosial
dalam komuniti.
(b) Terdapat 3 buah pusat hiburan / perjudian di KADUN Permatang Berangan
seperti jadual di bawah :

Bil Nama Pusat Hiburan Alamat

1 Temanku Snooker Centre 2992, Jalan Hashim Awang, Taman Gelugor


Indah, 13300 Tasek Gelugor

2 Wild Wild West Dart Sport No. 48 & 50 Jalan Sena Jaya, Taman Sena
Station Jaya, 13200 Kepala Batas

3 Rest & Relax Joyful No. 3036 Jalan Hashim Awang, Taman
Gelugor Indah, 13300 Tasek Gelugor

203
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
16. Kedudukan Projek Perumahan Yang Dirancang Oleh PERDA Dan JKP Sdn. Bhd.
(a) Apakah kedudukan terkini Pelan Kebenaran Merancang (PKM) yang telah dipohon
oleh PERDA dan JKPSB?
(b) Bagaimanakah pula kedudukan agensi/anak syarikat milik penuh PERDA dan
JKPSB dalam Kerajaan Negeri?
(c) Apakah status perjawatan pegawai dan kakitangan dalam agensi/syarikat
tersebut?
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Semua Pelan Kebenaran Merancang (PKM) yang dikemukakan oleh Penang Regional
Development Authority (PERDA) dan JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) boleh dikemukakan terus
kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan untuk kelulusan.
(a) Terdapat 8 projek perumahan yang dikemukakan oleh PERDA. Kedudukan terkini
adalah seperti berikut:-

Bil. Peringkat/Status Daerah


Permohonan Perlingkungan Semula - 1 projek Barat Daya
1
dalam peringkat kelulusan Jawatankuasa
Perancang Negeri (JPN)
Permohonan Pelan Kebenaran Merancang – 5 Seberang Perai
2
projek dalam pertimbangan PBT Utara
Lulus One Stop Centre (OSC) – 2 projek Seberang Perai
3
Utara
Manakala terdapat dua (2) projek perumahan di daerah Seberang Perai Tengah
oleh JKPSB yang sedang menunggu kelulusan OSC di Majlis Perbandaran Seberang
Perai (MPSP).
(b) PERDA merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang diwujudkan
melalui Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1983 (Akta 282) yang
beroperasi di Negeri Pulau Pinang. Dari segi pemantauan dan kawal selia PERDA
ianya adalah tertakluk kepada Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun,
dalam melaksanakan operasi PERDA di Pulau Pinang, semua peraturan dan
undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) akan dipatuhi sepenuhnya oleh pihak PERDA.
Manakala anak syarikat PERDA pula didaftarkan melalui Akta Syarikat dan
dimiliki sepenuhnya oleh PERDA. Dalam melaksanakan operasinya anak syarikat
PERDA hendaklah mendapat kelulusan Lembaga Pengarah PERDA terlebih
dahulu.
JKPSB pula adalah Syarikat Milik Penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.
(c) Status pegawai dan kakitangan di PERDA adalah penjawat awam Badan Berkanun
dan waran perjawatannya diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Manakala status pegawai dan kakitangan anak syarikat PERDA pula merupakan
pekerja syarikat swasta yang tidak tertakluk kepada waran perjawatan JPA.
JKPSB pula menggunakan gred perjawatan dan skala gaji berdasarkan terma dan
syarat perkhidmatan yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah JKPSB.
RUJUK LAMPIRAN.

204
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
17. Masalah Gelandangan:
(a) Kumpulan gelandangan dapat dilihat berkeliaran di sekitar lokasi stesen bas di
Penang Sentral dan KOMTAR. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi menangani
lambakan gelandangan yang menjadi antara masalah sosial di Pulau Pinang?
(b) Sila nyatakan statistik gelandangan dari tahun 2008-2017 mengikut setiap
daerah dan pecahan kaum.
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. (a) Kerajaan Negeri sememangnya memandang serius mengenai isu gelandangan
dan telahpun merangka beberapa langkah bagi mengatasi perkara ini. Antara
langkah yang diambil adalah seperti berikut:-
(i) PUSAT TRANSIT GELANDANGAN DAN WARGA EMAS
Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan membina sebuah pusat transit
yang akan menjadi penempatan gelandangan dan juga turut bertindak
sebagai pusat aktiviti warga emas di lot 19, Jalan C.Y. Choy,
Georgetown. Bangunan ini adalah bangunan rumah kedai dua tingkat
milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Pembinaan pusat transit ini
dijangka siap pada tahun 2019.
Program ini akan menempatkan gelandangan di pusat transit tersebut
selama 6 hingga 12 bulan manakala bagi warga emas mereka dibenarkan
tinggal di situ selama beberapa jam sahaja. Pengurusan pusat transit ini
dicadang diuruskan oleh pihak Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
yang telah dikenalpasti oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan
Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.
Sepanjang tempoh tersebut, gelandangan akan diberi latihan yang
bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka manakala bagi warga
emas pula akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
Pekerja sosial atau sukarelawan daripada NGO akan menjadi tenaga
penggerak dalam program ini. Seterusnya, kerjasama dengan syarikat-
syarikat swasta akan dipertingkatkan dengan menggalakkan pihak
majikan mengambil golongan ini sebagai pekerja.
Manakala bagi gelandangan yang tidak produktif seperti warga emas
ataupun mereka yang mempunyai penyakit berjangkit, mereka akan
ditempatkan di pusat-pusat yang dikendalikan oleh NGO yang sedia ada
secara kekal sekiranya mereka ini sebatang kara ataupun saudara mara
dan anak-anak mereka tidak dapat dikesan. Kerajaan Negeri akan
memberikan geran pentadbiran dan rangsum kepada NGO yang
berkaitan.
Buat sementara waktu, gelandangan akan ditempatkan di Anjung Singgah
Pulau Pinang iaitu pusat transit gelandangan milik Kerajaan Persekutuan
di lot No.53, Lebuh Chulia, Pulau Pinang yang beroperasi sejak 9 Jun
2014. Anjung Singgah juga bekerjasama dengan Kerajaan Negeri, NGO
dan swasta bagi memberi penempatan dan perlindungan kepada
gelandangan.
(ii) PROFILING GELANDANGAN
Selain itu, Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Jabatan
Kebajikan Masyarakat Malaysia juga sedang membangunkan sistem
profiling gelandangan dan telah memilih Pulau Pinang sebagai pilot
project. Sistem ini akan merekodkan maklumat-maklumat berkaitan

205
gelandangan yang diselamatkan melalui aplikasi telefon pintar atau
komputer dan membantu pegawai penguatkuasa mengenalpasti
gelandangan samada kes baharu atau berulang. Dengan adanya sistem
profiling ini, ianya dapat membantu agensi kerajaan yang berkaitan
dalam merangka strategi yang bersesuaian untuk membantu golongan
gelandangan.
(iii) OPERASI BERSEPADU BERSAMA AGENSI KERAJAAN / SWASTA / NGO
Bagi tempoh Januari hingga Jun 2018, sebanyak 28 kali operasi bersepadu
bagi menyelamatkan gelandangan telah dilaksanakan di sekitar Pulau
Pinang. Gelandangan berumur 60 tahun ke atas yang diselamatkan akan
ditempatkan di Rumah Seri Kenangan (Bedong, Taiping, Tanjung
Rambutan atau Kangar) manakala yang berumur 60 tahun ke bawah akan
ditempatkan di Desa Bina Diri (Mersing atau Jerantut). Terdapat juga
gelandangan yang ditempatkan di pusat jagaan NGO sekitar Pulau
Pinang. Operasi menyelamat ini adalah berdasarkan Akta Orang Papa
1977 dan standard operating procedure (SOP) JKM yang mensasarkan
golongan orang papa dan pengemis, termasuk gelandangan.
(iv) KEMPEN ''BIJAK MEMBANTU, ELAK TERTIPU”
Meneruskan kempen sedia ada iaitu ''Bijak Membantu, Elak Tertipu” yang
dilancarkan pada 27 November 2017 bagi mendidik masyarakat berkaitan
isu gelandangan melalui pengiklanan di billboard di sekitar KOMTAR.
Kempen ini juga dilakukan di beberapa pusat membeli belah seperti
Pasaraya Mydin, Tesco, Stesen Keretapi Butterworth, Terminal Feri Pulau
Pinang, Padang Kota, sekitar masjid-masjid, pasar-pasar malam dan
program-program jabatan seperti Program Kembara Kebajikan.
(v) PROGRAM ADVOKASI
Mengadakan program advokasi yang berterusan kepada jabatan
kerajaan, pihak swasta, NGO, Institut Pengajian Tinggi dan orang ramai
berkenaan isu gelandangan.
(vi) MESYUARAT PENYELARASAN BERSAMA AGENSI KERAJAAN DAN
SWASTA
Mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama agensi kerajaan dan
swasta bagi membincang dan menyelesaikan isu-isu berbangkit mengenai
isu gelandangan. Setakat ini, JKM telah mengadakan sebanyak lima kali
mesyuarat penyelarasan di peringkat daerah dan dua kali di peringkat
negeri.
(b) Statistik gelandangan dari tahun 2013 sehingga 2017 mengikut daerah dan
pecahan kaum adalah seperti di Lampiran A. Jabatan Kebajikan Masyarakat
tidak mempunyai data bagi tempoh 2008 hingga 2012.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
18. Anak Tidak Sah Taraf:
(a) Sejak 2008 hingga kini, berapakah statistik anak tidak sah taraf/luar nikah yang
direkodkan mengikut kaum dan daerah?
(b) Bagaimanakah MAINPP/JAIPPP bertindak bagi menangani masalah ini?
(c) Apakah program/aktiviti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan bagi
mengurangkan gejala sosial yang menyebabkan kelambakan anak tidak sah
taraf?

206
Y.A.B. Ketua Menteri:
18. (a) Istilah anak tidak sah taraf yang digunakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
adalah merujuk kepada kanak-kanak yang dilahirkan oleh:-
(i) Pasangan tidak berkahwin: atau
(ii) Pasangan tidak mendaftarkan perkahwinan mengikut peraturan dan undang-
undang yang berkuat kuasa di Malaysia.
Merujuk kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003, bagi
pasangan beragama Islam, anak yang dilahirkan tidak mencukupi enam bulan
Qamariah dan dua lahzah daripada tarikh perkahwinan juga dikategorikan sebagai
anak tak sah taraf.
Jumlah kelahiran yang didaftarkan sebagai anak tidak sah taraf bagi tahun 2008
hingga 30 September 2018 adalah sebanyak 16,955 orang. Pendaftaran anak tidak
sah taraf boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu:
(i) Didaftarkan di bawah Seksyen 13 iaitu ibu dan orang yang mengaku sebagai
bapa membuat perakuan secara bersama di hadapan Pendaftar bagi
mengesahkan bahawa seseorang kanak-kanak itu anak mereka. Perincian
pendaftaran mengikut tahun adalah seperti di Lampiran A;dan
(ii) Didaftarkan sebagai ibu tunggal tanpa maklumat bapa. Perincian pendaftaran
mengikut tahun adalah seperti di Lampiran B.
(b) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) selaku badan yang
bertanggungjawab dalam hal ehwal masyarakat Islam sentiasa prihatin dan
memandang berat masalah sosial yang melanda terutamanya isu kelahiran anak
tidak sah taraf. Antara tindakan yang diambil bagi menangani masalah ini adalah
seperti berikut :
(i) Memberikan penjelasan tentang ajaran Islam yang menyeluruh kepada
semua lapisan masyarakat terutamanya di peringkat Sekolah Tadika Islam,
Sekolah-Sekolah KAFA, khutbah Jumaat, syarahan di masjid dan surau;
(ii) Menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah dengan membuat
pemeriksaan bagi kesalahan khalwat seterusnya di ambil tindakan melalui
Mahkamah Syariah;
(iii) Mengadakan program bersasar kepada golongan pelajar di peringkat sekolah
rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi; dan
(iv) Mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan pelbagai agensi dan
jabatan yang berkaitan.
(c) Program/aktiviti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan bagi mengurangkan
gejala sosial yang menyebabkan kelambakan anak tidak sah taraf ialah :
(i) Mengadakan mesyuarat isu kelahiran bayi tanpa nikah;
(ii) Memberikan kesedaran dan penjelasan kepada masyarakat melalui
pelaksanaan Kursus PraPerkahwinan Islam;
(iii) Melaksanakan Program Pusat Khidmat Keluarga, Sosial Dan Komuniti
(PKKSK) di hospital dan klinik kesihatan di Negeri Pulau Pinang;
(iv) Melaksanakan program celik Undang-Undang Keluarga Islam Dan Masjid
Terbuka di Masjid Sungai Bakap Baru Daerah Seberang Perai Selatan, Masjid
Alma Jaya Daerah Seberang Perai Tengah dan Masjid Bayan Baru Daerah
Barat Daya, Pulau Pinang;
(v) Pendedahan maklumat melalui khidmat rundingcara/ kaunseling melalui
Kursus Kaunseling Maqasid Al-Syariah kepada pegawai khidmat nasihat;

207
(vi) Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan, Kesejahteraan Keluarga
Dan Hal Ehwal Wanita;
(vii) Mengadakan Seminar Peradaban Dan Kecelaruan Gaya Hidup
Kontemporari;
(viii) Mengadakan Seminar Keluarga Bahagia; dan
(ix) Mengadakan program outreach ziarah Mahabbah di bawah Jawatankuasa
Kebajikan, Kesejahteraan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita ke Wisma Anak
Yatim Pulau Pinang dan Rumah Teduh Perlis.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
19. Rumah Mampu Milik Jenis A & B:
(a) Senaraikan kedudukan projek pembinaan RMM A & B sedia ada yang telah siap
dilaksanakan, sedang dibina dan masih di peringkat Pelan Kebenaran Merancang
(PKM).
(b) Nyatakan perancangan projek baru untuk RMM A & B mengikut daerah.
Y.A.B. Ketua Menteri:
19. (a) Sejak tahun 2008 hingga kini, terdapat sebanyak 119 projek yang menyediakan
sejumlah 27,065 unit Rumah Mampu Milik (RMM) 'A' dan 'B' telah siap dibina dan
memperolehi Sijil Layak Menduduki (OC) atau Perakuan Siap dan Pematuhan
(CCC). Selain itu, terdapat sebanyak 21 projek melibatkan penyediaan
sejumlah 6,960 unit RMM 'A' dan 'B' kini berada dalam peringkat pembinaan.
Manakala di peringkat perancangan, terdapat sebanyak 25 lagi projek dengan
tambahan sejumlah 9,317 unit RMM 'A' dan 'B' telah pun mendapat Pelan
Kebenaran Merancang (PKM). Senarai projek RMM 'A' dan 'B' mengikut lokasi dan
status pelaksanaan adalah seperti di Lampiran A.
(b) Kerajaan Negeri sendiri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
sedang merancang pelaksanaan sebanyak 10 lagi projek RMM 'A' dan 'B' yang
mana akan menyediakan sebanyak 7,671 unit kediaman dari kedua-dua kategori
tersebut. Senarai projek mengikut lokasi dan daerah adalah seperti di Lampiran
B.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
20. Penjagaan Parit/Longkang Dan Saliran:
(a) Sila nyatakan jumlah dan perincikan parit/longkang dan saliran dalam KADUN
Permatang Berangan yang dikawal selia oleh MPSP, JPS dan Pejabat Daerah SPU.
(b) Siapakah yang bertanggungjawab untuk membersihkan kawasan tersebut?
Adakah agensi atau syarikat dilantik yang dipertanggunjawab melakukan
pembersihan?
(c) Berapakah kekerapan cucian di kawasan berkenaan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
20. (a) Secara keseluruhannya terdapat 64 tali air, 69 parit (tanah) dan 5 sungai yang
dikawal selia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di KADUN Permatang
Berangan. Manakala terdapat 80 longkang dan 122 parit tepi jalan negeri dan
jalan bandaran yang diselenggara oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai
(MPSP). Bagi Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara (PDTSPU) kerja-

208
kerja penyelenggaraan parit/longkang/saliran bukanlah terletak di bawah
bidang tugas pentadbiran tersebut.
(b) Pihak JPS kebiasaannya akan menawarkan kerja-kerja penyelenggaraan
parit/longkang/saliran kepada kontraktor yang berjaya melalui sebut harga
terbuka. Manakala bagi pihak MPSP, kerja-kerja pembersihan kawasan dibuat
oleh MPSP sendiri dan juga kontraktor-kontraktor yang telah dilantik.
(c) Kekerapan cucian kawasan bagi setiap parit/tali air/sungai yang dilaksanakan
oleh pihak JPS akan dibuat sebanyak 5 kali setahun. Manakala bagi kawasan parit
monsun dan parit tepi jalan negeri dan bandaran yang dikawal selia oleh MPSP
kekerapan cucian adalah sekali sebulan dan sekali seminggu.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
21. Perkhidmatan Feri:
(a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam usaha mengekalkan perkhidmatan
feri sebagai trade mark pengangkutan air berprestij di Pulau Pinang?
(b) Adakah Kerajaan Negeri akan menaik taraf perkhidmatan feri untuk dijadikan
salah satu sumber pelancongan penting di Pulau Pinang?
(c) Adakah kewujudan water taxi akan menamatkan perkhidmatan feri sedia ada?
Y.A.B. Ketua Menteri:
21. (a) Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dalam usaha meningkatkan penggunaan
pengangkutan awam termasuk pengangkutan air menggunakan feri. Perkhidmatan
feri Pulau Pinang telah diambil alih oleh pihak Prasarana melalui Syarikat Rapid Ferry
Sdn Bhd pada 1 Mei 2018 bertujuan untuk memastikan perkhidmatan feri kekal
sebagai pengangkutan air berprestij di Pulau Pinang. Setelah perkhidmatan feri
diambil alih, frekuensi perkhidmatan feri terutama pada waktu puncak adalah lebih
baik dengan waktu pelepasan setiap 20 minit.
(b) Perkhidmatan feri merupakan ikon pelancongan negeri Pulau Pinang. Kerajaan
Negeri sentiasa bekerjasama dengan Rapid Ferry Sdn Bhd untuk memastikan
perkhidmatan feri berjalan dengan lancar. Antara perancangan Kerajaan Negeri untuk
menaik taraf perkhidmatan feri Pulau Pinang untuk dijadikan sebagai salah satu
sumber pelancongan penting di Pulau Pinang adalah seperti berikut:
(i) Menggunakan vessel passenger untuk mengangkut penumpang pejalan kaki
seperti water taxi dan catamaran; dan
(ii) Mencadangkan laluan baru selain daripada laluan sedia ada iaitu laluan ke
Straits Quay dan Queensbay seperti yang terkandung dalam Penang
Transport Master Plan (PTMP).
(c) Cadangan untuk mewujudkan perkhidmatan water taxi tidak akan menamatkan
perkhidmatan feri sedia ada sebaliknya kedua-dua perkhidmatan ini akan saling
melengkapi antara satu sama lain. Water taxi dan feri merupakan dua (2)
perkhidmatan yang berbeza di mana water taxi khusus untuk penumpang pejalan
kaki manakala perkhidmatan feri sedia ada boleh mengangkut kenderaan
dan penumpang pejalan kaki dalam masa yang sama.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
22. Status Perlaksanaan Manifesto 100 Hari PH:
(a) Sejauh manakah Kerajaan Negeri telah menyahut seruan Kerajaan Persekutuan
untuk memenuhi Manifesto PH dalam tempoh 100 hari?
(b) Apakah pencapaian prestasi Kerajaan Negeri yang telah memenuhi janji-janji
PRU-14? Sila senaraikan.

209
(c) Apakah janji-janji Manifesto PH Pulau Pinang yang masih belum terlaksana?
Nyatakan dengan terperinci.
Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan semua pihak termasuk Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan Tempatan, Agensi Kerajaan dan pihak swasta untuk
memastikan janji Manifesto Pakatan Harapan peringkat negeri dipenuhi. Terdapat
janji-janji yang terdapat pada Manifesto yang telah dipenuhi. Manakala sebahagian lagi
janji tersebut masih lagi dalam peringkat perancangan. Di samping itu, terdapat 4 janji
yang memerlukan kelulusan Kerajaan Pusat bagi merealisasikan pencapaiannya. Status
terkini pencapaian Manifesto Kerajaan Negeri Pakatan Harapan adalah seperti
di LAMPIRAN A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
23. Kes Penderaan Kanak-Kanak:
(a) Bagaimanakah Kerajaan Negeri mengambil langkah pro-aktif dalam menangani
masalah penderaan kanak-kanak?
(b) Senaraikan kriteria atau kelayakan sebagai pengasuh kanak-kanak di pusat
asuhan kanak-kanak.
(c) Bagaimanakah Kerajaan Negeri memantau dan mengenal pasti permasalahan
berkaitan penderaan yang melibatkan pengasuh yang tidak berdaftar dan
menjalankan asuhan di rumah persendirian?
Y.A.B. Ketua Menteri:
23. (a) Tindakan dan usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah
penderaan kanak-kanak adalah seperti berikut:
(i) Menjalankan program 'Outreach' yang melibatkan golongan dewasa,
remaja dan juga kanak-kanak untuk meningkatkan kesedaran berkenaan
isu keganasan dan kesaksamaan gender. Program khusus untuk golongan
remaja lelaki serta kanak-kanak lelaki juga diadakan;
(ii) Menganjurkan kempen ‘Penang Goes Orange’ (PGO) sejak tahun 2015.
Kempen PGO merupakan kempen awam yang bertujuan untuk
meningkatkan kesedaran orang awam berkenaan pelbagai isu keganasan
berasaskan gender (Gender Based Violence) dan usaha untuk
menghentikan keganasan ini;
(iii) Menubuhkan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak dan Pasukan Kebajikan
Kanak-kanak di setiap daerah. Melalui program ini pelbagai aktiviti
pencegahan diterapkan di kalangan kanak-kanak, keluarga dan komuniti.
Antaranya adalah seperti Program Safe and Protect, Sahabat Bijak Di
Sekolah, Kempen Hak Kanak-kanak dan Kempen Sentuhan Selamat Dan
Tidak Selamat; dan
(iv) Menubuhkan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak di semua daerah yang menjadi
tempat untuk kanak-kanak menjalankan aktiviti pada masa lapang dan
dapat mengelakkan mereka daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak
sihat.
(b) Kriteria atau kelayakan sebagai pengasuh kanak-kanak di Pusat Asuhan Kanak-
Kanak adalah seperti berikut:
(i) Merupakan warganegara Malaysia;
(ii) Berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas;

210
(iii) Telah lulus Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA; dan
(iv) Berdaftar sebagai pengasuh kanak-kanak berdaftar di bawah peraturan
16, Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.
(c) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memastikan
semua TASKA di rumah berdaftar. JKM akan membuat pemantauan berkala
setiap 4 bulan sekali terhadap semua TASKA yang berdaftar. Manakala untuk
TASKA yang tidak berdaftar, Bahagian Penguatkuasaan JKM akan menjalankan
tindakan penguatkuasaan untuk memastikan TASKA tersebut dijalankan
mengikut Akta TASKA 1984 (Pindaan) 2007 dan Peraturan TASKA 2012. Ini adalah
untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak di
TASKA terjamin.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
24. Status Pekerja Industri Dan Swasta:
(a) Sejauh manakah tertunainya janji Kerajaan Negeri dalam membuka peluang
pekerjaan kepada penduduk tempatan dalam sektor perindustrian dan swasta
sejak 2008?
(b) Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam mengawal kemasukan lambakan warga
asing yang semakin hari dilihat memonopoli majoriti sektor perindustrian dan
tenaga buruh di Pulau Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
24. (a) Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan
kemasukan pelaburan baharu dan pelaburan semula di Pulau Pinang untuk
mewujudkan peluang pekerjaan. Pada tahun 2017, Pulau Pinang mencatatkan
Rekod Pelaburan Asing (FDI) tertinggi dalam bidang pembuatan berbanding
negeri-negeri lain di Malaysia, dengan nilai FDI RM8.5 bilion. Bagi jumlah
pelaburan (pelaburan asing dan pelaburan domestik) pula, Pulau Pinang
mencatatkan rekod sebagai negeri dengan jumlah pelaburan kedua tertinggi
dalam bidang pembuatan, dengan nilai sebanyak RM10.8 bilion. Jumlah
pelaburan dalam sektor pembuatan yang diluluskan olehMalaysian Investment
Development Authority (MIDA) dan bilangan pekerjaan yang diwujudkan sejak
2008 sehingga Mac 2018 adalah seperti di Lampiran A.
Sejak 2008 sehingga akhir 2017, pelbagai peluang pekerjaan telah diwujudkan
dengan mencatatkan jumlah melebihi 15,000 kekosongan secara purata pada
setiap tahun.
Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Pusat CAT (Penang Career Assistance and
Talent Centre) juga menjalankan pemadanan jawatan kepada semua golongan
pencari kerja dengan yang ditawarkan oleh industri. Sejak penubuhan Pusat CAT
pada Mac 2009 sehingga 22 Oktober 2018, seramai 10,551 orang telah berdaftar
sebagai pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,445 pemadanan jawatan telah
dijalankan untuk 289 buah syarikat.
(b) Dasar kemasukan pekerja asing tertakluk di bawah peraturan dan dasar yang
telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Dalam
Negeri. Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengawal pertambahan
pesat jumlah pekerja asing dalam sektor perindustrian dan tenaga buruh.
Kerajaan Persekutuan kini sedang mengkaji polisi yang lebih sistematik dalam
pengambilan pekerja asing bagi kepentingan semua pihak terutamanya majikan
yang memerlukan tenaga kerja asing berkemahiran rendah. Antara perkara yang
sedang dikaji ialah jumlah bayaran levi dan pengurangan insentif untuk
pelaburan yang mempunyai keperluan tinggi terhadap kumpulan pekerja asing
berkemahiran rendah ini.

211
Kemasukan pekerja asing juga dapat dikawal melalui agensi-agensi kerajaan
yang lain seperti Malaysian investment Development Authority (MIDA)
dan Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) menerusi kelulusan yang
diberi kepada syarikat-syarikat yang memohon insentif kerajaan melalui agensi-
agensi ini. Permohonan insentif daripada syarikat-syarikat ini akan melalui
proses penilaian dan pertimbangan bagi bilangan pekerja asing dan kelulusan
daripada MIDA dan MDEC hanya akan diberikan untuk syarikat-syarikat yang
mempunyai keperluan tertentu untuk membawa masuk pekerja asing. Ini
merupakan salah satu langkah bagi memastikan pekerja tempatan diberi
keutamaan dalam bidang pekerjaan yang disediakan.
Menerusi Industry 4.0, kebanyakan pekerjaan konvensional akan digantikan
dengan automasi terutamanya kerja-kerja konvensional yang biasanya dilakukan
oleh pekerja asing. Justeru, melalui revolusi Industry 4.0 penggunaan teknologi
yang canggih dan berkemahiran tinggi akan dapat mengawal permintaan untuk
pekerja asing di dalam industri.
Selain itu, program untuk mengasah kemahiran berkaitan automasi, robotik, dan
proses pengurusan data bagi meningkatkan kemahiran dalam sektor pembuatan
turut dilaksanakan oleh Malaysian Meister Program (MMP). Pekerja yang terlibat
dalam sektor pembuatan dapat menambah baik kemahiran yang sedia ada dalam
bidang kejuruteraan, automasi, robotik dan analisis data.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
25. Kawasan Wi-Fi Percuma / Liputan Internet Jalur Lebar:
(a) Sila senaraikan mengikut daerah dan KADUN yang menerima perkhidmatan wi-fi
percuma dan liputan internet jalur lebar berkelajuan tinggi.
(b) Sejauhmanakah Kerajaan Negeri berusaha menyediakan perkhidmatan internet
berkelajuan tinggi dengan harga yang berpatutan? Sila perincikan cadangan
penambahbaikan perkhidmatan khasnya di kawasan desa.
Y.A.B. Ketua Menteri:
25. (a) Sebanyak 1,560 Access Points (APs) di 40 KADUN Negeri Pulau Pinang telah
dipasang perkhidmatan Penang Free Wi-fi (PFW) dan masih aktif sehingga kini.
Senarai lokasi Penang Free Wi-fi mengikut daerah dan KADUN adalah seperti
di Lampiran A.
Berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi daripada pihak PEGIS, 50%
kawasan di seluruh Negeri Pulau Pinang telah diliputi jajaran kabel fibre
optic sepanjang 3,226 km dengan 600 km daripadanya adalah di jalan-jalan
utama negeri. Ini bermakna, 80% jalan-jalan utama telah diliputi
rangkaian kabel fibre optic bagi liputan internet jalur lebar berkelajuan
tinggi. Senarai kawasan yang mempunyai internet jalur lebar yang
menggunakan fibre optic mengikut daerah dan lokasi adalah seperti
di Lampiran B.
(b) Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan internet
berkelajuan tinggi pada harga yang berpatutan untuk seluruh rakyat Negeri
Pulau Pinang melalui pelaksanaan Fiber Forward Penang (FFP) yang telah
diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada 27 Mei 2015. Penetapan One Dig
Policy kepada semua syarikat telekomunikasi dengan menandatangani Non-
Disclosure Agreement (NDA) adalah untuk menggalakkan syarikat-syarikat
telekomunikasi memasang dan berkongsi fiber optik bagi tujuan penjimatan kos
dengan menggantikan rangkaian kuprum. Malah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang
juga mengamalkan Dasar Pintu Terbuka tanpa monopoli kepada mana-mana

212
syarikat telekomunikasi yang ingin menyediakan infrastruktur telekomunikasi di
Negeri Pulau Pinang. Persaingan sesama syarikat ini akan memberikan potensi
perkhidmatan internet yang lebih berkualiti dengan harga yang berpatutan.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah
Utara, Negeri Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang menyediakan
infrastruktur dan perkhidmatan internet yang terbaik di Malaysia. Namun
begitu, kawasan-kawasan luar bandar yang mempunyai limitasi akses akan
ditambah baik liputan selular dari 2G kepada 3G dan LTE dengan perkhidmatan
jalur lebar mudah alih yang lebih pantas dan berkualiti. Selain itu, infrastruktur
jalur lebar talian tetap turut giat diperluaskan kawasan tersebut melalui Projek
Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi / High Speed Broadband (HSBB) dan juga projek
Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) yang dilaksanakan dengan kerjasama syarikat
Telekom Malaysia (TM). Kerajaan Negeri amat komited dalam memastikan
liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar di negeri Pulau Pinang
dipertingkatkan dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan ekonomi
dan pembangunan yang semakin pesat agar tiada rakyat di negeri ini yang
ketinggalan.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
26. Status Projek Pembinaan Masjid Yang Telah Diluluskan Sebelum Pru-14:
(a) Sila perincikan mengikut daerah atau KADUN senarai projek pembinaan masjid
yang telah diluluskan sebelum PRU-14.
(b) Berdasarkan senarai itu, sila nyatakan projek masjid manakah yang telah
diteruskan pembinaan, berapakah yang dibatalkan dan berapakah pula projek
yang ditangguhkan. Nyatakan sebab pembatalan/penangguhannya.
Y.A.B. Ketua Menteri:

26. Senarai projek pembinaan masjid yang telah diluluskan sebelum PRU-14 mengikut
daerah dan KADUN adalah seperti berikut:-

Bil. Masjid Daerah KADUN Status

1 Masjid Jamek Penaga SPU Penaga Siap


2 Masjid Seri Serdang SPU Bertam Siap
3 Masjid Kampung Banggol SPU Sungai Dua Dalam pembinaan
4 Masjid Jamek Padang Benggali SPU Teluk Air Tawar Dalam pembinaan
5 Masjid Jamek Kubang Ulu SPT Penanti Siap
6 Masjid Jamek Perai SPT Perai Tangguh
7 Masjid Bandar Tasek Mutiara SPS Sungai Bakap Tangguh
8 Masjid Jamek Kampung Rawa DTL Dato Keramat Dalam pembinaan

9 Masjid Sungai Nibong Besar DTL Pantai Jerejak Tangguh


Masjid Al Qahhar, Permatang Damar
10 DBD Batu Maung Tangguh
Laut
11 Masjid Umar Abdul Aziz DBD Batu Maung Siap

213
Daripada senarai yang tersebut di atas, keseluruhannya terdapat sebelas (11) projek
pembinaan masjid yang telah diluluskan sebelum PRU-14. Kesemua projek tersebut
mendapat pembiayaan daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan yang disalurkan
melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (PPPNPP) dan juga
peruntukan Kerajaan Negeri. Empat daripadanya telah siap dan tiga projek masih dalam
pembinaan. Manakala empat lagi projek ditangguhkan atas kekangan kewangan
Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, peruntukan Kerajaan Negeri juga tidak dapat
dibelanjakan. Susulan daripada itu, Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan
dengan pihak PPPNPP untuk memohon semula peruntukan bagi projek-projek yang telah
ditangguhkan. Isu ini juga akan dijadikan salah satu agenda di dalam Mesyuarat
Pembangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang akan
diadakan pada November 2018 yang mana pihak PPPNPP telah dijemput untuk
menghadiri mesyuarat tersebut.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
27. Bantuan Kepada Petani, Peladang, Nelayan Dan Pesawah:
(a) Berapakah peruntukan tahunan yang diberi oleh Kerajaan untuk membantu
golongan petani, peladang, nelayan dan pesawah?
(b) Apakah jenis dan bentuk bantuan pertanian yang boleh diterima oleh petani,
peladang, nelayan dan pesawah ini?
(c) Adakah bantuan akan diteruskan kepada golongan ini seperti sebelumnya?
Y.A.B. Ketua Menteri:
27. (a) Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan pelbagai
peruntukan untuk membantu golongan petani,peladang, nelayan dan pesawah
di negeri ini.
Bagi tahun 2018, jumlah peruntukan yang telah disalurkan mengikut
Jabatan/Agensi yang terlibat adalah seperti berikut:

JABATAN KUMPULAN SASARAN JUMLAH (RM)

Jabatan Pertanian Negeri Pulau Petani, Peladang dan 2,330,000.00


Pinang Pesawah

Jabatan Perikanan Negeri Pulau Nelayan 230,000.00


Pinang

Lembaga Kemajuan Ikan Nelayan dan Pertubuhan 8,988,442.90


Malaysia (LKIM) Negeri Pulau Nelayan
Pinang

(b) Bantuan yang diberikan kepada golongan petani, peladang dan pesawah adalah
seperti berikut:
(i) Bantuan infrastruktur ladang;
(ii) Bantuan input pertanian (baja/racun dan lain-lain);
(iii) Bantuan jentera dan peralatan kecil ladang;
(iv) Perkhidmatan mekanisasi ladang;
(v) Bantuan kemahiran melalui Latihan/Bengkel/Seminar;
(vi) Bantuan pengukuhan modal insan untuk Kelompok Pertanian, Kumpulan
Pengembangan Wanita (KPW) dan Usahawan;

214
(vii) Bantuan pemasaran dan promosi produk; dan
(viii) Pinjaman Mikrokredit Tabung Usahawan Tani (TUT).
Manakala, bantuan yang diberikan kepada golongan nelayan adalah seperti berikut:
(i) Pinjaman Dana Nelayan;
(ii) Projek Khas Perumahan Nelayan;
(iii) Skim Insuran Nelayan;
(iv) Elaun Sara Hidup Nelayan;
(v) Pengurusan Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan;
(vi) Kursus Kemahiran dan Bengkel;
(vii) Sokongan dan Bantuan Kepada Kumpulan Nelayan;
(viii) Sokongan pemasaran dengan pembangunan Pasar Nelayan;
(ix) Bantuan Touch Point; dan
(x) Baucar Bantuan Nelayan Pesisir Pantai.
(c) Buat masa ini, bantuan-bantuan yang diberikan akan diteruskan kepada
golongan petani, peladang, pesawah dan nelayan yang layak dan memenuhi
kriteria yang ditetapkan. Keputusan untuk meneruskan atau menghentikan
sebarang bantuan adalah berdasarkan kepada impak dan kesan kepada
perkembangan industri asas tani di negeri ini.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
28. Cadangan Pembinaan Lampu Isyarat:
(a) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina lampu isyarat di Simpang
Tiga Thai Tong Tasek Gelugor?
(b) Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memasang lampu
isyarat di persimpangan antara Jalan Padang Menora ke arah Penanti menuju ke
Jalan Air Itam Dalam?
Y.A.B. Ketua Menteri:
28. (a) Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Jabatan
Kerja Raya (JKR) telah bersetuju bahawa terdapat keperluan pemasangan lampu
isyarat di Simpang Tiga Thai Tong, Tasek Gelugor. Sehubungan itu, perancangan
sedang dilakukan untuk melaksanakan pemasangan lampu isyarat di kawasan
tersebut.
(b) Setakat ini, Kerajaan Negeri masih belum mempunyai perancangan untuk
memasang lampu isyarat di kawasan Jalan Padang Menora ke arah Penanti
menuju ke Jalan Air Itam Dalam.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
29. Tapak Pertanian Dan Tanaman:
(a) Adakah Kerajaan Negeri mengambil kira keperluan untuk menyediakan tapak
pertanian dan tanaman di mana-mana kawasan tertentu sebagai kawasan
pertanian komersial berpusat?
(b) Apakah strategi, perancangan dan kaedah yang dicadangkan oleh Kerajaan
Negeri untuk mengekalkan kawasan pertanian sebagai kawasan hijau yang wajar
dipelihara kehijauan dan keasliannya?
Y.A.B. Ketua Menteri:
215
29. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk meningkatkan hasil pertanian dan memelihara
kawasan-kawasan pertanian sedia ada.
(a) Kerajaan Negeri telah menyediakan tapak pertanian dan tanaman sebagai
kawasan pertanian komersial berpusat. Kerjasama strategik di antara Kerajaan
Negeri melalui Jabatan Pertanian dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
(PERDA) telah dilaksanakan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Ara
Kuda dan TKPM Mayfield. Kerajaan Negeri juga telah menyediakan kawasan
pertanian berpusat seperti Batu Kawan Agro Park, Juru dan Permatang Pauh
Agro Park.
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri komited untuk memastikan kawasan
pertanian di negeri ini dikekalkan sebagai kawasan hijau. Dalam usaha ini, Kerajaan
Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri sentiasa tidak menyokong sebarang
pembangunan di atas tanah pertanian khususnya kawasan jelapang padi.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
30. Bidang Kuasa Penguatkuasa MAINPP/JHEAIPP:
(a) Nyatakan senarai jawatan dan bidang kuasa pegawai dan penguatkuasa dalam
MAINPP dan JHEAIPP.
(b) Apakah bidang kuasa dan skop perlaksanaan perundangan syariah yang
dilaksanakan melalui Mahkamah Syariah?
(c) Apakah bidang kuasa Mahkamah Syariah bagi pengurusan kes-kes melibatkan
pendakwaan ke atas orang Islam dan bukan Islam?
Y.A.B. Ketua Menteri:
30. (a) Jumlah perjawatan di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Pulau Pinang (JHEAIPP) adalah seramai 61 orang diketuai oleh Ketua Pegawai
Penguatkuasa Agama (KPPA) Gred 48 dan dibantu oleh tiga (3) orang pegawai
dan 57 kakitangan kumpulan pelaksana. Bahagian Penguatkuasaan terbahagi
kepada empat (4) unit, iaitu Unit Operasi; Unit Siasatan; Unit Akidah; dan Unit
Pentadbiran. Bidangkuasa Unit Operasi, Siasatan dan Akidah adalah seperti
di Lampiran A.
(b) Bidang kuasa dan skop pelaksanaan perundangan syariah yang dilaksanakan
melalui Mahkamah Syariah telah diperuntukkan dalam Jadual 9 Senarai II
Perlembagaan Persekutuan yang meliputi perkara mal dan jenayah Syariah.
Peruntukan ini diperincikan melalui Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri
Pulau Pinang) 2004 yang memperuntukkan bidangkuasa mal iaitu mendengar dan
memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak adalah orang Islam.
Manakala dalam bidangkuasa jenayah ialah membicarakan apa-apa kesalahan
yang dilakukan oleh orang Islam dan boleh dihukum di bawah enakmen ini dan
enakmen bertulis yang lain.
(c) Bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya melibatkan pendakwaan ke atas orang
Islam sahaja sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 9 Senarai II
Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan pewujudan dan
penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam
terhadap perintah agama itu. Di Negeri Pulau Pinang khususnya, undang-undang
yang digunapakai bagi kesalahan jenayah syariah ialah Enakmen Kesalahan
Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 yang terpakai untuk orang Islam
sahaja.
RUJUK LAMPIRAN A.

216
XV. Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
1. Apakah status projek pelebaran jalan dari Titi Merdeka ke Kampung Permatang Pak
Elong? Terdapat aduan bahawa projek ini sedang berjalan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Projek pelebaran jalan dari dua (2) lorong ke empat (4) lorong dari Permatang Tok Elong
hingga Jambatan Merdeka sedang dilaksanakan bermula dari tarikh milik tapak oleh
kontraktor pada 19 Disember 2017 dan dijangka siap pada 18 Disember 2020. Peratus
kemajuan kerja fizikal sehingga 30 Oktober 2018 adalah sebanyak 7% berbanding 5%
yang dijadualkan. Sebagai makluman, penilaian semula pelaksanaan projek ini di
peringkat Kementerian Kewangan telah memutuskan agar pelaksanaan projek ini
diteruskan.
Bagi makluman, lawatan tapak oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kerja
Raya, Utiliti & Tebatan Banjir telah dilakukan pada 22 Oktober 2018 bersama dengan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bertam, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR),
Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), kontraktor dan perunding projek bagi
membincangkan perkara-perkara berbangkit. Antaranya adalah penyelarasan bagi
memastikan penaiktarafan jalan tersebut boleh merangkumi kerja-kerja penaiktarafan
sistem perparitan agar dapat mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut.
Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meletakkan kawasan industri di kawasan
Bertam supaya lebih nampak sistematik. Di Bertam terdapat kilang papan yang terletak
di kawasan pinggiran bandar Kepala Batas
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sedang
membangunkan tanah perindustrian yang lebih tertumpu di kawasan Taman
Perindustrian Batu Kawan, Penang Science Park (PSP1) dan Utara Penang Science Park
(PSP2). Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang perancangan untuk
membangunkan kawasan Bertam sebagai kawasan perindustrian dan PDC tidak
mempunyai tanah di kawasan itu untuk dibangunkan sebagai tapak industri.
Selain itu, sebelum sebarang pembangunan perindustrian di sesebuah kawasan
dilaksanakan, perbincangan lanjut bersama agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan
perlu diadakan terlebih dahulu bagi memastikan pembangunan di kawasan tersebut
dapat dimajukan dengan terancang di samping mampu menjana pertumbuhan ekonomi
dan mewujudkan peluang pekerjaan. Kilang papan yang terdapat di kawasan pinggiran
Kepala Batas adalah perusahaan yang telah sekian lama beroperasi. Oleh itu,
pemeriksaan terhadap kilang berkenaan dibuat secara berkala bagi memastikan ia
mematuhi segala keperluan undang-undang.
Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mencantikan dan mengindahkan kawasan
Hub Makanan di Bandar Bertam Perdana (Kiosk Bertam)?
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Kerajaan Negeri sememangnya mengambil perhatian berkenaan aspek pengindahan
kawasan hub makanan di Kiosk Bertam, Bandar Bertam Perdana. Ini adalah bagi
memastikan kawasan tersebut boleh dijadikan tempat tarikan para pengunjung dan
sekaligus membantu meningkatkan pendapatan peniaga disitu.
Untuk itu, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah
memastikan supaya pihak Bertam Properties Sdn. Bhd. iaitu pemaju Bandar Bertam
217
Perdana bertanggungjawab untuk menyediakan Pelan Landskap semasa mengemukakan
Pelan Kebenaran Merancang.
Selain itu, pihak Bertam Properties Sdn. Bhd. juga telah menaik taraf kawasan hub
makanan di Kiosk Bertam, Bandar Bertam Perdana pada tahun 2012 dengan
penambahan elemen pencahayaan di kawasan tersebut.
Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
4. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menempatkan penjaja penjaja kecil di
kawasan Bertam yang berniaga di tepi tepi jalan? Pihak saya mencadangkan agar satu
kawasan khas di Bertam di gezetkan sebagai kawasan jualan untuk penjaja kecil .
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sememangnya
mempunyai perancangan untuk menempatkan penjaja-penjaja kecil yang berniaga di
tepi jalan di kawasan Bertam di kawasan khas penjaja. Kawasan yang telah dikenalpasti
untuk program penempatan penjaja ini adalah di kawasan Taman Seri Serdang.
Sebanyak 25 buah petak telah diperuntukkan untuk penjaja dan projek ini akan
dilaksanakan pada bulan November 2018.
Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
5. Apakah status stadium hoki MPSP dan padang boling padang di Kompleks Sukan MPSP
Bertam?
(a) Adakah projek baik pulih akan dijalankan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Stadium hoki Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Kompleks Sukan MPSP Bertam
telah ditutup untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan manakala gelanggang boling
padang di Kompleks Sukan tersebut masih boleh digunakan.
(a) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meluluskan peruntukan sejumlah
RM4,950,000.00 bagi cadangan menaik taraf padang dan lain-lain kerja yang
berkaitan di Stadium Hoki MPSP. Status terkini projek tersebut adalah seperti
berikut:
(i) Pihak perunding telah dilantik untuk menyediakan dokumen tender pada
awal tahun 2017 dan dokumen tender telah dimuktamadkan;
(ii) Iklan tender telah dikeluarkan pada 25 Oktober 2018 dan lawatan tapak
akan diadakan pada 8 November 2018; dan
(iii) Kerja-kerja di tapak dijangka akan bermula pada Januari 2019 dan
disiapkan dalam tempoh masa setahun.
Manakala projek baik pulih kecil bagi gelanggang boling padang Kompleks Sukan MPSP
Bertam akan dijalankan dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan. Setakat ini,
tiada perancangan untuk membaik pulih secara keseluruhan.
Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
6. Apakah perancangan Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan untuk
memastikan TIADA belukar atau hutan yang terbiar di sepanjang jalan utama di Bertam?
Ini adalah kerana hutan belukar yang terbiar akan mencacatkan pemandangan sekitar.
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan sememangnya melaksanakan
tindakan-tindakan berikut dibawah peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 bagi

218
memastikan tiada belukar atau hutan yang terbiar disepanjang jalan utama di Bertam
seperti berikut:
(i) Mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan notis kepada
pemilik-pemilik tanah supaya menyelenggara kebersihan tanah masing-masing
daripada longgokan sampah haram, pembiakan nyamuk dan semak samun.
(ii) Mengenakan caj pembersihan sekiranya terdapat aduan kacau ganggu berkaitan
belukar/semak samun di atas tanah yang dimiliki orang perseorangan.
(iii) Pemilik tanah yang mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang atau
Pelan Bangunan akan disyaratkan supaya memagari tanah pemajuan dan tanah
simpanan untuk pemajuan masa hadapan serta mengambil langkah-langkah
untuk memastikan tanah berkenaan bebas dari semak samun dan belukar.
Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
7. Apakah perancangan penguatkuasaan Kerajaan Negeri melalui agensi seperti Jabatan
Imigresen untuk memastikan kawasan pantai di Padang Benggali BEBAS dari nelayan
asing dan pekerja asing yang menggunakan bot untuk menangkap ikan ditepi pantai?
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk memastikan sumber perikanan di negeri ini sentiasa
terpelihara dan bebas daripada sebarang pencerobohan nelayan asing atau pekerja asing
tidak sah. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan sedia bekerjasama dengan agensi-
agensi penguatkuasaan termasuklah Jabatan Imigresen bagi memastikan perairan negeri
Pulau Pinang tidak diceroboh oleh mana-mana pihak yang tidak sah. Bagi mengatasi
masalah ini, Kerajaan Negeri perlu mengadakan perbincangan lanjut melibatkan Jabatan
Perikanan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Marin, pihak
Maritim, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara serta pihak-pihak yang berkenaan
bagi memastikan perkara ini ditangani sewajarnya.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
8. Adakah peruntukan untuk projek projek di bawah P016, 02 dan 03 akan ditambah
mengikut keperluan kawasan DUN? (a) Jika ada, bagaimanakah peruntukan ini boleh
dimohon?
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. (a) Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk pelaksanaan
projek-projek pembangunan masyarakat dan projek-projek khas/latihan
khas/bekalan mengikut Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) di bawah
Maksud Pembangunan P.16 Butiran 02 dan 03. Agihan untuk P16 (02) dan (03)
ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut keperluan pada tahun
berkaitan.
Selain peruntukan P16 yang disalurkan oleh Jabatan Kewangan Negeri kepada
Pejabat Daerah, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan pembangunan
lain di bawah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Jabatan Kerja Raya
(JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan jabatan-jabatan lain mengikut
keperluan di KADUN masing-masing. Peruntukan MARRIS turut disediakan bagi
kerja-kerja penyelenggaraan jalan negeri di semua KADUN.
Peruntukan bagi projek-projek yang baharu boleh dipohon melalui Pejabat-
pejabat Daerah semasa pemeriksaan dan penyediaan belanjawan bagi tahun
yang berikutnya.
Peruntukan tambahan mengikut keperluan KADUN adalah tertakluk kepada
kelulusan Pihak Berkuasa Negeri semasa penyediaan Belanjawan.
219
Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
9. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengambil alih Abedeen Resort melalui
mana-mana anak syarikat untuk dimajukan? Kawasan ini terbiar begitu lama dan
menjadi sarang binatang liar dan pastinya ianya mengundang bahaya kepada penduduk
yang tinggal berhampiran.
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Pada masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan untuk mengambil alih
Abedeen Resort di Bertam, Kepala Batas memandangkan tanah tersebut adalah milik
persendirian dan melibatkan beberapa isu lain yang perlu diselesaikan.
Walau bagaimanapun, bagi memastikan keselamatan penduduk setempat terpelihara,
pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengambil tindakan
penguatkuasaan terhadap pemilik Abedeen Resort seperti berikut:-
MPSP telah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 pada
19 Julai 2018 untuk menghapuskan kacau ganggu dengan memastikan premis bersih dan
bebas pembiakan nyamuk dan haiwan liar. Pemantauan semula telah dilaksanakan pada
bulan Ogos 2018 dan didapati tindakan pembersihan telah dijalankan oleh pemilik.
MPSP akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan
persekitaran premis berkeadaan bersih.
Selain itu, pemilik Abedeen Resort juga telah melantik kontraktor untuk menyelenggara
kawasan tersebut dua kali setahun.
Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
10. Adakah Kerajaan Negeri akan membuat persempadanan semula kawasan untuk
pentadbiran JKKK?
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau ringkasnya JKKK adalah
sebuah institusi kepimpinan di peringkat akar umbi yang diwujudkan untuk
membangunkan sektor luar bandar. Penubuhan JKKK adalah untuk mewujudkan ruang
dan memberikan peluang kepada pihak rakyat melibatkan diri dalam proses
pembangunan di peringkat kampung. JKKK adalah badan yang bertindak sebagai agen
perubahan dan penghubung penting antara pihak kerajaan dan rakyat.
Setakat Oktober 2018 ini, jumlah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung/Komuniti (JKKK) di negeri Pulau Pinang adalah 300. Walau bagaimanapun,
Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Pusat (JKKKP) mulai pada 24 Mei
2018 yang lalu dan digantikan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang
mempunyai 11 biro baharu termasuk Biro Pembangunan Prasarana, Keselamatan dan
Kesihatan, Pengurusan Kewangan, Ekonomi dan Keusahawanan , Kesejahteraan dan
Keceriaan, Pendidikan dan Inovasi, Pemantapan Spiritual, Kebajikan dan
Kesukarelawan, Belia, Sukan dan Non-Governmental Organization (NGO), Infostruktur
dan Komunikasi dan akhir sekali ialah Hal Ehwal Wanita dan Keluarga. Maka pada masa
kini Kerajaan Negeri sedang dalam proses membuat persempadanan semula kawasan
untuk pentadbiran MPKK sebelum berkuatkuasa sepenuhnya bermula 1 Januari 2019.

220
XVI. Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
1. Adakah PDC atau PLUS akan meneruskan cadangan pemindahan tol Lebuhraya Utara
Selatan (arah selatan) dan jelaskan:-
(a) Perkembangan pengambilan balik tanah di Jalan Paboi.
(b) Jika tidak, apakah cadangan untuk menangani kesesakan lalu lintas di tol
berkenaan.
(c) Bilakah lebuh raya dari Tol Juru ke Persimpangan Bandar Cassia dinaik taraf
kepada tiga laluan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Pada masa ini, pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)/Projek Lebuhraya Utara
Selatan Berhad (PLUS) tidak mempunyai cadangan untuk memindahkan plaza tol di
Bukit Tambun (arah selatan). Walau bagaimanapun, terdapat cadangan pembinaan
sebuah persimpangan baru jenis trumpet interchange di lokasi antara Persimpangan
Bukit Tambun dan Persimpangan Bandar Cassia, Lebuhraya Utara Selatan. Cadangan
tersebut kini masih di peringkat perancangan pelaksanaan oleh pihak Penang
Development Centre PDC.
(a) Pengambilan Tanah di Jalan Paboi bagi tujuan awam iaitu di bawah Seksyen
3(1)(a), Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 telah diwartakan di bawah Seksyen
4, APT pada 28 April 2018 bagi tujuan pembinaan jalan dan persimpangan
bertingkat. Pewartaan pengambilan ini di bawah Seksyen 4, APT adalah sah
sehingga 27 April 2019 iaitu untuk membolehkan kajian dan kerja ukur
dijalankan di kawasan tanah yang terlibat.
(b) Pihak LLM sentiasa bekerjasama dengan pihak Majlis Perbandaran Seberang
Perai (MPSP) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi melaksanakan inisiatif yang
bersesuaian untuk membantu melancarkan pergerakan trafik di kawasan
tersebut antaranya melalui cadangan pelarasan fasa lampu isyarat serta
cadangan melebarkan susur keluar dan masuk ke plaza tol.
(c) Pada masa ini LLM/PLUS tiada rancangan untuk menaiktaraf laluan di antara
Juru dan Bandar Cassia kepada 3 lorong.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Masalah laluan air (berbentuk terowong) merentasi Lebuhraya Utara Selatan masih
berlanjutan.
(a) Bilakah PLUS akan membersihkan halangan dan mendapan dalam laluan air di
bawah Jejambat Bukit Tambun.
(b) Siapakah di peringkat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab untuk memantau
tindakan PLUS.
(c) Adakah terdapat perancangan untuk menaik taraf terowong air kepada parit
konkrit berjambatan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. (a) Pihak PLUS telah mengambil tindakan membersihkan halangan dan mendapan
dalam laluan air di bawah Jejambat Bukit Tambun dan kerja pembersihan ini
dijadualkan sebagai kerja penyelenggaraan rutin pada setiap bulan.
(b) Pemantauan prestasi dan perkhidmatan syarikat konsesi PLUS adalah terletak di
bawah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melalui Pejabat Wilayah Utara yang
beroperasi di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, pihak LLM sentiasa
bekerjasama dengan Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dan
Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) sekiranya terdapat keperluan

221
tindakan ke atas aduan yang diterima oleh Kerajaan Negeri berkaitan lebuhraya
ini. Selain itu, pihak Jabatan Pengairan Saliran (JPS) juga bertanggungjawab
memantau tindakan di kawasan yang terlibat sekiranya melibatkan laluan sungai
dan sistem perparitan untuk pengairan sawah padi.
(c) Pada masa ini, pihak LLM/PLUS tidak mempunyai sebarang perancangan untuk
menaiktaraf terowong air kepada parit konkrit berjambatan di kawasan
tersebut.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Kerja pembersihan saliran dan pemotongan rumput di sepanjang laluan kereta api tidak
terurus.
(a) Siapakah kontraktor bertanggungjawab dan jadual kerja berkaitan.
(b) Kekerapan KTM/RAC membersihkan halangan dan mendapan dalam laluan air
merentasi laluan kereta api.
(c) Siapakah di peringkat Kerajaan Negeri bertanggungjawab memantau tindakan
KTM/RAC.
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Penyelenggaraan di sepanjang laluan keretapi, termasuk kerja pembersihan saliran
dan pemotongan rumput adalah di bawah bidang kuasa pihak Keretapi Tanah Melayu
Berhad (KTMB) bersama Perbadanan Aset Keretapi (RAC) iaitu di bawah Kementerian
Pengangkutan.
(a) KTMB dengan kerjasama RAC berusaha sebaik mungkin untuk menjalankan kerja-
kerja pembersihan di sepanjang laluan kereta api secara berkala, iaitu setiap
empat puluh lima (45) hari sekali. Namun begitu, terdapat kekangan dari segi
kewangan di kedua-dua belah pihak (KTMB dan RAC) untuk menjalankan kerja-
kerja pembersihan tersebut yang melibatkan keluasan jajaran kereta api yang
terlalu luas dan panjang di seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, pihak RAC dan
KTMB mengambil inisiatif dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan secara
berperingkat (case by case basis) mengikut aduan yang diterima daripada orang
awam dan mengikut keperluan semasa. Pada masa ini, kerja-kerja
penyelenggaraan di sepanjang laluan keretapi dilaksanakan oleh kakitangan
pihak KTMB. KTMB sedang dalam peringkat penyediaan dokumen tender bagi
melantik kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan di kawasan
landasan.
(b) Jadual kekerapan pihak KTMB dan RAC untuk membersihkan halangan dan
mendapan dalam laluan air merentasi laluan kereta api adalah setiap sebulan
sekali, di mana kerja-kerja ini memerlukan khidmat bantuan daripada pihak
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengikut daerah yang terjejas. Ini adalah
kerana kerja-kerja ini melibatkan kepakaran pihak JPS kerana saliran tersebut
disalirkan untuk kegunaan awam seperti kawasan perumahan dan industri bagi
merentasi kawasan kereta api.
(c) Pihak Kerajaan Negeri tidak melaksanakan pemantauan ke atas operasi dan
tindakan KTMB/RAC, yang mana merupakan agensi di bawah Kerajaan
Persekutuan. Namun, agensi-agensi dari Kerajaan Negeri seperti JPS dan Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) akan saling berhubung dengan pihak KTMB/RAC bagi
membangkitkan keadaan semasa yang memerlukan tindakan, hasil daripada
tinjauan tapak dan aduan daripada pihak ADUN atau penduduk setempat.

222
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Sila huraikan masalah kerja-kerja pembinaan jalan dan jambatan di Jalan Batu Kawan,
Jalan Perusahaan Valdor dan Tanjung Berembang.
(a) Nyatakan nama kontraktor dan jumlah keseluruhan kos pembinaan setiap
projek.
(b) Nyatakan tempoh kelewatan dan tarikh siap bina yang muktamad.
(c) Apakah tindakan yang telah diambil terhadap kontraktor-kontraktor berkenaan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan kerja-kerja pembinaan jalan dan jambatan
di Jalan Batu Kawan, Jalan Perusahaan Valdor dan Tanjung Berembang adalah seperti
berikut:

Bil. Projek Isu/Masalah yang dihadapi

i. Pelebaran Jalan Batu Kawan Pengalihan kabel TNB 11k

ii. Jambatan Jalan Batu Kawan Pengalihan kabel TNB 33kv

iii. Jalan & Jambatan untuk Jalan Pengalihan kabel TNB 11kv serta isu
Perusahaan Valdor ketinggian yang selamat bagi
kabel transmission TNB yang sediada.

iv. Jalan & Jambatan Tanjung Pengambilan balik tanah yang terlibat
Berembang serta kelewatan dalam pengalihan kabel
TNB 11kv, kabel TM dan paip PBAPP.

(a) Senarai nama kontraktor yang terlibat dan jumlah keseluruhan kos pembinaan
bagi setiap projek tersebut adalah seperti berikut:

Bil. Projek Kontraktor Kos Projek (RM)

i. Pelebaran Jalan Batu Kawan Image Façade 26,211,966.80


Construction Sdn.
Bhd.

ii. Jambatan Jalan Batu Kawan Zibina Jaya Sdn. 33,513,138.93


Bhd.

iii. Jalan & Jambatan untuk Jalan Image Façade 28,326,475.08


Perusahaan Valdor Construction Sdn.
Bhd.

iv. Jalan & Jambatan Tanjung Image Façade 25,811,943.87


Berembang Construction Sdn.
Bhd.

(b) Tarikh siap bina dan tempoh kelewatan yang dialami bagi projek tersebut
adalah seperti berikut:

223
Bil. Projek Tarikh Tarikh siap Tempoh Tarikh Extension
mula (asal) kelewatan jangka siap of
Projek sebelum Time(EOT)
lanjutan
masa

1. Pelebaran 26/5/15 26/5/2016 53 hari 31/12/2018 31/12/2018


Jalan Batu
Kawan

2. Jambatan 3/5/17 2/5/2019 364 hari 31/4/2020 -


Jalan Batu
Kawan

3. Jalan & 18/1/2016 17/1/2018 244 hari 31/12/2019 21/2/2019


Jambatan
Perusahaan
Valdor

4. Jalan & 18/1/2016 17/1/2019 88 hari 17/1/2019 17/1/2019


Jambatan
Tanjung
Berembang

(c) Setakat ini, tiada sebarang tindakan yang telah diambil ke atas kontraktor-
kontraktor berkenaan oleh kerana kelewatan projek bukan disebabkan oleh
masalah kontraktor.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Sila nyatakan keluasan tanah industri di Batu Kawan yang belum dijual.
(a) Apakah jenis industri yang sesuai untuk baki plot-plot industri tersebut.
(b) Berapakah plot tanah industri yang telah dijual tetapi masih tidak dibangunkan
dan jumlah keluasannya.
(c) Huraikan jumlah kilang yang telah beroperasi, bilangan pekerja tempatan dan
pekerja asing.
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Sehingga Oktober 2018, terdapat seluas 461 ekar tanah industri di Taman Perindustrian
Batu Kawan (BKIP) yang belum dijual atau masih dalam proses penawaran.
(a) Baki tanah di BKIP adalah sesuai untuk perusahaan promoted
industry seperti Electrical & Electronics (E&E), Electronics Manufacturing
Services (EMS), Light Emitting Diodes (LED), Medical Devices, Aerospace,
Semiconductor, Automotive’ dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.
(b) Sebanyak 123 plot tanah industri dengan keluasan 633 ekar telah dijual sejak
tahun 2008 tetapi masih belum dibangunkan.
(c) Terdapat sebanyak 21 buah kilang yang telah beroperasi di BKIP sehingga kini.
Jumlah bilangan pekerja asing dan tempatan adalah sebanyak 8,700 orang yang
terdiri daripada pelbagai peringkat pekerjaan.

224
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Sejauh manakah penglibatan Kerajaan Negeri dalam bidang sukan di SMK Mutiara
Impian, Simpang Ampat?
(a) Apakah acara sukan yang dititikberatkan di sekolah tersebut dan mekanisma
pengambilan pelajar?
(b) Siapakah yang bertanggungjawab menyelenggara gelanggang dan kemudahan
sukan berkaitan dan jumlah peruntukan tahunan.
(c) Adakah kerajaan akan menaiktarafkan kemudahan sukan di sekolah berkenaan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian yang terletak di Simpang Ampat telah
ditubuhkan pada 2001 dan diberi status Pusat Sukan Negeri Pulau Pinang pada tahun
2002. Manakala pada tahun 2008, SMK Mutiara Impian telah diiktiraf oleh Jabatan
Pendidikan Negeri sebagai Sekolah Sukan Negeri di mana ia telah dilengkapi dengan
kemudahan trek sintetik, padang bola sepak, turf hoki, gelanggang serbaguna,
gimnasium dan gelanggang terbuka.
Sebagai satu-satunya Sekolah Sukan Negeri di Pulau Pinang, SMK Mutiara Impian telah
melahirkan ramai jaguh sukan yang mengharumkan nama negeri dan nama negara. Oleh
kerana sekolah ini merupakan sebuah institusi yang menjurus kepada pembangunan
dalam bidang sukan, maka Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
(MSNPP) dan beberapa Persatuan Sukan Negeri telah menjalin hubungan kerjasama
untuk pembangunan sukan negeri khususnya dalam sukan hoki, sepak takraw, olahraga,
bola jaring, memanah dan bola sepak.
Kerajaan Negeri melalui MSNPP dan Institut Sukan Negara Pulau Pinang kerap
melaksanakan ujian serta latihan kecergasan ke atas atlet-atlet sekolah tersebut bagi
memastikan pelajarnya sentiasa berada dalam tahap kecergasan yang tinggi dan
konsisten prestasinya pada setiap masa.
Seterusnya, atlet-atlet yang berpontensi dan telah dikenal pasti akan diserap untuk
mengikuti program latihan untuk pelapis Sukan Malaysia (SUKMA) di bawah pemantauan
Jurulatih Sukan Negeri. Terdapat juga beberapa Jurulatih Sukan dari SMK Mutiara
Impian yang turut dilantik oleh MSNPP untuk menyandang jawatan sebagai Jurulatih
Sukan Negeri bagi persediaan menghadapi Kejohanan SUKMA.
Selain itu, MSNPP turut mengundang jurulatih sukan serta pembimbing sukan dari SMK
Mutiara Impian untuk menghadiri bengkel dan seminar-seminar pembangunan sukan
yang dianjurkan di peringkat negeri melalui permohonan pelepasan dari Unit Sukan,
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
(a) SMK Mutiara Impian menawarkan 6 jenis sukan yang dikategori sebagai sukan
berprestasi tinggi iaitu bolasepak, sepak takraw, bola jaring, hoki, olahraga dan
memanah. Pengambilan pelajar adalah berdasarkan dua (2) saluran yang
terbuka kepada pelajar lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan juga
pengambilan secara khas. Perincian kaedah pengambilan adalah seperti jadual
di bawah.

KAEDAH BUTIRAN SYARAT KELAYAKAN

A Memenuhi Syarat- i) Lulus UPSR


Syarat Umum
ii) Melepasi ujian antropometri dan
Kemasukan ke
ujian spesifik sukan.
Sekolah Sukan
Negeri. Murid akan melalui dua sesi
pemilihan iaitu:-

225
i. Ujian antropometri bertujuan
melihat tahap kecergasan
calon; dan
ii. Ujian spesifik sukan bertujuan
melihat kemahiran calon
dalam sukan yang dipiilh.

B Pengambilan khas Jurulatih Sukan dari Sekolah Sukan


pula bagi pelajar- Negeri akan mengenalpasti dan
pelajar yang memberi surat tawaran kemasukan
sedang belajar di kepada atlet/pelajar yang
sekolah biasa dan berpotensi. Walau bagaimanapun,
menunjukkan tawaran hanya diberi sekiranya
kecemerlangan terdapat kekosongan dalam sukan
dalam sukan. berkenaan dan kemudahan asrama.

(b) SMK Mutiara Impian (Sekolah Sukan Negeri) mendapat peruntukan untuk
penyelenggaraan prasarana sukan daripada Bahagian Sukan, Kementerian
Pendidikan Malaysia dan peruntukan daripada Pejabat Pendidikan Daerah
Seberang Perai Selatan untuk penyelenggaraan kemudahan sekolah. Pada tahun
2017, peruntukan berjumlah RM14,000.00 telah disalurkan kepada SMK Mutiara
Impian untuk menyelenggara 3 buah prasarana sukan yang melibatkan 3 jenis
sukan. Manakala pada tahun ini, peruntukan penyelenggaraan yang
diperuntukkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan
berjumlah RM18,000 adalah untuk kerja-kerja penyelenggaraan kecil
melibatkan pembaikan pagar sekolah, asrama serta baik pulih dan
penyelenggaraan padang. Selain itu, peruntukan sebanyak RM6,500 dari Unit
Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) juga diterima bagi menyelenggara dan membaik
pulih bumbung gelanggang.
(c) Kerajaan Negeri akan sentiasa memantau serta memberi perhatian terhadap
keadaan semasa prasarana sukan yang terdapat di SMK Mutiara Impian. Antara
langkah-langkah yang diambil untuk memastikan kemudahan sukan di sekolah
ini dipertingkatkan adalah seperti berikut:-
(i) Memberi bantuan kewangan untuk membeli peralatan sukan untuk
digunakan oleh atlet-atlet sekolah berkenaan. Kerajaan Negeri melalui
peruntukan Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Belia dan
Sukan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan sejumlah RM7,297.00
untuk pembekalan peralatan sukan olahraga dan juga peralatan sukan
sepak takraw pada awal bulan Oktober 2018; dan
(ii) Mencari rakan strategik dari pihak swasta untuk memberi sumbangan
menaik taraf dan menaja pasukan SMK Mutiara Impian.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Siapakah pemilik tanah bekas klinik awam dan pasar awam Simpang Ampat?
(a) Apakah perancangan ke atas kedua-dua tanah ini.
(b) Apakah perancangan terhadap jalan di antara laluan keretapi dengan bekas
tapak pasar yang terputus akibat pembinaan jejambat.
(c) Adakah JKR bercadang membuka akses terus ke Jalan Persekutuan dari Taman
Simpang Ampat.
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Berdasarkan rekod Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan (PDTSPS) dan
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), tanah bekas Klinik Awam Simpang
226
Ampat yang dimaksudkan adalah merujuk kepada Lot 1073 dan Lot 1051, Mukim 15,
Daerah Seberang Perai Selatan (SPS). Kedua-dua lot tanah ini merupakan tanah milik
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) yang dahulunya digunakan sebagai tapak Dom
Midwife Training Centre dan Pusat Kesihatan Simpang Ampat. Manakala tanah bekas
Pasar Awam Simpang Ampat iaitu Lot 7520 Mukim 15, dimiliki oleh Majlis Perbandaran
Seberang Perai (MPSP).
(a) Kedua-dua tanah milik PTP tersebut telah terlibat dengan Projek Pengambilan
Balik Tanah bagi Projek Menaik taraf Laluan Persekutuan 149 dari Simpang
Ampat ke Plaza Tol Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan Pulau Pinang.
Sebahagian lot berkenaan telah menjadi persimpangan jalan raya Bukit Tambun.
Permohonan penyerahan balik sebahagian tanah bagi kedua-dua lot tersebut
telah dikemukakan kepada Ibu Pejabat JKPTG, Bahagian Penguatkuasa dan Hasil
Persekutuan dan masih dalam kelulusan untuk diserahkan bagi maksud jalan.
Manakala berkenaan lot tanah milik MPSP, MPSP mempunyai perancangan untuk
membina Depo Stor Sitaan Direktorat Penguatkuasaan di atas tapak pasar awam
lama ini. Pembinaan depo ini dijangka akan dilaksanakan pada Mei tahun 2019.
(b) MPSP merancang untuk menggunakan jalan di antara laluan keretapi dengan
bekas tapak pasar awam yang terputus akibat pembinaan jejambat sebagai
laluan akses ke tapak Depo Stor Sitaan Direktorat MPSP yang baru dibina kelak.
(c) Pada masa ini Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak mempunyai cadangan untuk
membuka akses ke laluan persekutuan dari Taman Simpang Ampat.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Sila senaraikan kilang tanpa kebenaran di DUN Bukit Tambun.
(a) Jumlah kilang yang tersenarai dalam program pemutihan dan bilangan yang
telah kemukakan permohonan rezoning, kebenaran merancang dan pelan
bangunan.
(b) Apakah kelonggaran atau insentif yang diberi kepada pemohon?
(c) Terdapatkah cadangan mewujudkan kawasan perindustrian baru untuk
penempatan kilang-kilang yang ditolak permohonan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Terdapat 20 buah kilang tanpa kebenaran di DUN Bukit Tambun. Senarai kilang-kilang
tersebut adalah seperti diLampiran A.
(a) Jumlah kilang yang tersenarai dalam program pemutihan adalah sebanyak 20
buah kilang dan hanya sebuah kilang sahaja yang telah mengemukakan
permohonan kebenaran merancang.
(b) Kelonggaran atau insentif yang diberi kepada pemohon adalah seperti
di Lampiran B.
(c) Sehingga kini, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis
Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak ada cadangan mewujudkan kawasan
perindustrian baru untuk menempatkan kilang-kilang yang gagal dalam
permohonan rezoning / kebenaran merancang dan pelan bangunan.
Walau bagaimanapun, terdapat kawasan yang telah dizonkan sebagai kawasan industri
yang boleh menempatkan kilang-kilang yang gagal dalam permohonan seperti Kawasan
Industri Bukit Minyak, Kawasan Industri Permatang Tinggi, Kawasan Industri Simpang
Ampat, Kawasan Industri Val Dor dan sebagainya.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

227
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Bagaimanakah sambutan penduduk setempat terhadap Penang CAT sehingga 30
September 2018.
(a) Pihak manakah yang memantau projek ini dan jumlah perbelanjaan yang telah
dibiayai oleh Kerajaan Negeri.
(b) Apakah tindakan untuk menggalakkan penggunaan penduduk setempat?
(c) Adakah penukaran laluan bas akan dibuat di kawasan tertentu?
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Sambutan penduduk setempat terhadap perkhidmatan Penang bas percuma Congestion
Alleviation Transport (CAT) adalah amat menggalakkan. Sejak dilancarkan pada bulan
April 2018 sehingga 30 September 2018, seramai 1.85 juta penumpang telah
menggunakan perkhidmatan Penang CAT di kesemua 12 laluan.
(a) Kerajaan Negeri telah melantik Rapid Bus Sdn Bhd sebagai operator untuk
pelaksanaan projek ini dan dipantau oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Pulau Pinang di bawah Seksyen Pengangkutan. Segala perbelanjaan bagi Penang
CAT di 12 laluan sehingga 30 September 2018 adalah berjumlah RM 4.55 juta.
(b) Antara tindakan promosi yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi
menggalakkan penggunaan penduduk setempat menggunakan pekhidmatan bas
CAT ini adalah seperti berikut:-
(i) Pengedaran risalah/brosur di pusat khidmat ADUN, pasar raya, sekolah-
sekolah, universiti, jabatan-jabatan kerajaan dan kawasan penduduk
setempat;
(ii) Menyediakan pameran di Pesta Seberang Jaya pada 26 September 2018
sehingga 30 September 2018. Satu (1) pameran berkenaan Bas
Percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) akan diadakan di Pesta
Pulau Pinang pada 24 November 2018 sehingga 1 Januari 2018;
(iii) Hebahan dalam Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang; dan
(iv) Kerjasama berterusan dengan pihak Rapid. Setiap hebahan
maklumat berkenaan Penang CAT dibuat melalui social
media seperti Instagram dan Facebook.
(c) Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih melaksanakan promosi dan memantau
perkhidmatan bas CAT. Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan cadangan
penukaran laluan bas ini di kawasan tertentu sekiranya terdapat keperluan dari
segi mengoptimumkan kadar penumpang yang menggunakan bas Penang CAT.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Kilang kitar semula plastik tanpa kebenaran masih berleluasa di Seberang Perai?
(a) Apakah tindakan yang telah dibuat oleh MPSP dan JAS?
(b) Bilakah tindakan penguatkuasaan bersepadu seperti di Selangor akan diambil
terhadap kilang-kilang ini?
(c) Apakah arahan yang telah diberi oleh KPKT dan Kementerian Alam Sekitar?
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. (a) Tindakan yang telah dijalankan terhadap kilang kitar semula plastik tanpa
kebenaran di seluruh Seberang Perai adalah seperti berikut :
(i) Mengenakan kompaun ke atas kesalahan menjalankan perniaggan tanpa
lesen.
(ii) Memberi notis Borang F di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa.

228
(iii) Memberi notis meruntuh di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
(iv) Tindakan undang-undang di Mahkamah di bawah Akta Perancangan
Bandar dan Desa dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
(b) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sentiasa menjalankan tindakan
penguatkuasaan secara bersepadu bersama Jabatan Alam Sekitar terhadap
kilang-kilang kitar semula plastik tanpa kebenaran. Tindakan penguatkuasaan
bersepadu ini akan diketuai oleh MPSP.
(c) Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar
(MESTECC) telah mengeluarkan arahan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tidak
mengeluarkan sebarang sokongan kepada kilang kitar semula plastik yang
baharu berkuatkuasa 10 Oktober 2018. Namun begitu setakat ini tiada sebarang
arahan daripada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada
Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan perkara ini.
RUJUK LAMPIRAN.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Apakah status cadangan tapak pelupusan sisa bahan binaan di Jalan Bukit Teh?
(a) Sudahkah permohonan kebenaran merancang, TIA dan SIA telah dibuat?
(b) Jumlah lori yang bakal melalui Jalan Bukit Tambun dan Jalan Tasek setiap hari?
(c) Siapakah bertanggungjawab menaik taraf dan menyelenggara jalan-jalan
tersebut?.
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Cadangan tapak pelupusan sisa bahan binaan di Jalan Bukit Teh telah diluluskan oleh
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 1 Ogos 2018 dan disahkan pada 15 Ogos
2018.
(a) Sehingga kini, pihak syarikat PLB masih belum mengemukakan Pelan Kebenaran
Merancang (PKM), Traffic Impact Assesment (TIA) dan Social Impact
Assessment (SIA) kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Namun demikian Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah baru-baru ini memberi
kebenaran untuk tapak Bukit Teh digunakan secara sementara.
(b) Dianggarkan sebanyak 150 buah hingga 200 buah lori daripada MBPP dan 25 buah
hingga 30 buah lori daripada MPSP yang bakal melalui Jalan Bukit Tambun dan
Jalan Tasek setiap hari.
(c) Agensi yang bertanggungjawab dalam menaiktaraf dan menyelenggara Jalan
Bukit Tambun dan Jalan Tasek adalah Jabatan Kerja Raya (JKR).
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Sila huraikan prestasi Pengasingan Sisa Di Punca di Seberang Perai mengikut kategori
kilang, perniagaan, kediaman hakmilik berstrata, kediaman biasa serta kompaun yang
telah dikeluarkan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Pemeriksaan pelaksanaan Pengasingan Sisa di Punca (PSP) di premis perniagaan/kilang
bermula pada tahun 2018. Pada tahun tersebut, sebanyak 9,839 pemeriksaan telah
dijalankan dan daripada jumlah tersebut didapati sebanyak 5,769 premis telah
melaksanakan PSP, 2,851 premis didapati melaksanakan PSP secara kurang tepat dan
1,219 premis didapati tidak melaksanakan PSP. Sebanyak 377 kompaun telah
dikeluarkan ke atas premis perniagaan/kilang yang tidak melaksanakan PSP pada tahun
2018. Prestasi pelaksanaan PSP bagi kategori peniagaan/kilang adalah seperti di
Jadual 1 di Lampiran A.

229
Prestasi pemeriksaan pelaksanaan PSP untuk kategori Kediaman Hakmilik Strata pula,
sebanyak 370 pemeriksaan telah diadakan pada tahun 2017 manakala 675
pemeriksaan telah diadakan pada tahun 2018. Statistik tahun 2017 menunjukkan
sebanyak 204 premis telah melaksanakan PSP dan sebanyak 166 premis lagi didapati
tidak melaksanakan PSP. tahun 2018 pula, sebanyak 303 premis telah melaksanakan
PSP, 72 premis telah melaksanakan PSP dengan kurang tepat dan 300 premis didapati
tidak melaksanakan PSP. Sebanyak 25 notis telah dikeluarkan untuk kesalahan tidak
mengamalkan PSP oleh MPSP pada tahun 2017 manakala tiada notis dikeluarkan
pada tahun 2018 untuk premis Kediaman Hakmilik Strata. Prestasi pelaksanaan
PSP untuk kategori Kediaman Hakmilik Strata adalah seperti di Jadual 2 di Lampiran
A.
Pemeriksaan pelaksanaan PSP untuk kategori Kediaman
(bertanah) telah bermula sejak tahun 2016 lagi dan sebanyak 45,179 premis
telah diperiksa. Berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan pada tahun tersebut,
sebanyak 18,004 premis didapati telah melaksanakan PSP manakala sebanyak 14,901
premis telah melaksanakan PSP dengan kurang tepat dan sebanyak 12,274 premis
didapati tidak melaksanakan PSP. Pada tahun 2017, sebanyak 63,186 premis telah di
periksa dan daripada jumlah tersebut didapati sebanyak 25,713 premis telah
melaksanakan PSP, 19,084 premis telah melaksanakan PSP dengan kurang tepat dan
sebanyak 18,384 premis didapati tidak melaksanakan PSP. Pada tahun 2018, sebanyak
43,115 premis telah di periksa dan daripada jumlah tersebut didapati sebanyak 17,131
premis telah melaksanakan PSP, 14,736 premis telah melaksanakan PSP dengan tidak
tepat dan 11,248 premis didapati tidak melaksanakan PSP. Prestasi pelaksanaan
PSP untuk kategori Kediaman (bertanah) adalah seperti di Jadual 3 diLampiran A.
Statistik pengeluaran notis kompaun untuk kesalahan tidak mengamalkan PSP adalah di
Jadual 4 di Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Apakah status cadangan untuk MPSP menyelenggara kebersihan keseluruhan kawasan
Seberang Perai termasuk kawasan kampung?
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)
sememangnya bertanggungjawab untuk menyelenggara kebersihan di jalan-jalan negeri
dan jalan-jalan perbandaran di seluruh kawasan Seberang Perai. Bagi jalan di kawasan
kampung pula, MPSP telah memberi perkhidmatan kepada jalan-jalan di tujuh (7) lokasi
seperti berikut :
Daerah Lokasi Jalan-Jalan Kampung
SPU Kepala Batas 26
Bagan Lalang 6
Ampang Jajar 25
SPT Berapit 2
Padang Lalang 3
Indrawasih 6
SPS Jawi 58
Jumlah Jalan Kampung 126

Perincian mengenai jalan-jalan kampung yang di selenggara oleh MPSP adalah seperti
di Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
230
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Sila huraikan permohonan kebenaran merancang yang telah dikemukakan kepada MPSP
mengikut daerah dan kategori pemajuan pada tahun 2018.
(a) Jumlah permohonan yang telah diluluskan dan ditolak.
(b) Jumlah pemajuan yang mendapat COW pada 2018.
(c) Jumlah pemajuan yang mendapat CCC pada 2018.
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Jumlah keseluruhan permohonan Kebenaran Merancang yang telah dikemukakan kepada
Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bagi tahun 2018 adalah sebanyak177
permohonan. Maklumat permohonan Kebenaran Merancang mengikut kategori
pemajuan dan daerah adalah seperti berikut :
SEBERANG SEBERANG
KATEGORI SEBERANG
BIL PERAI PERAI JUMLAH
PEMAJUAN PERAI UTARA
TENGAH SELATAN
1 Kediaman 7 10 6 23
Perniagaan &
2 14 31 21 66
Perkhidmatan
3 Industri 2 14 15 31
Pembangunan
4 5 8 5 18
Bercampur
Institusi &
5 Kemudahan 11 13 4 28
Masyarakat
6 Pengangkutan 0 1 2 3
7 Infrastruktur & Utiliti 3 4 1 8
JUMLAH BESAR 42 81 54 177
(a) Jumlah permohonan Kebenaran Merancang yang telah diluluskan adalah
sebanyak 77 permohonan manakala yang ditolak adalah sebanyak 17
permohonan. Perincian mengikut daerah adalah seperti berikut:
DAERAH SPU SPT SPS JUMLAH
Pelan Kebenaran Merancang Lulus 17 39 21 77
Pelan Kebenaran Merancang Tolak 3 10 4 17
JUMLAH BESAR 20 49 25 94
Sebaliknya baki 83 permohonan Kebenaran Merancang iaitu sebanyak 13
permohonan telah dibatalkan dan 70 permohonan masih dalam proses MPSP.
(b) Hanya dua (2) pemajuan yang telah memperolehi Commencement of
Work (COW) bagi 2018 iaitu di daerah Seberang Perai Tengah (SPT).
(c) Hanya satu (1) pemajuan yang telah memperolehi Certificate Completion and
Compliance (CCC) bagi 2018 iaitu di daerah Seberang Perai Tengah (SPT).
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Dalam sesi perbahasan Sidang Dewan yang lalu, Y.A.B. Ketua Menteri telah
mengarahkan agar sebarang pemajuan di dahului dengan permohonan kebenaran
merancang dan disusuli dengan permohonan terhadap perihal tanah. Apakah status
ajian kemungkinan tersebut?
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Kajian mengenai perkara ini telah dilakukan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG)
Negeri Pulau Pinang pada tahun 2010. Melalui kajian tersebut, satu surat pemakluman
kepada Pentadbir Tanah berkaitan Pelaksanaan Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC)

231
Yang Berkaitan Dengan Permohonan Serentak Mengikut Seksyen 124A dan 204D telah
diedarkan pada 9 Ogos 2010. Surat makluman tersebut menyatakan bahawa bagi
permohonan perihal tanah yang melibatkan OSC hanyalah berkenaan permohonan
serentak bagi tujuan pecah sempadan dan pengubahan syarat, sekatan, serta kategori
tanah di bawah Seksyen 124A dan permohonan penyerahan balik dan pemberi milikan
semula tanah di bawah Seksyen 204D sahaja.
Pada 28 Mei 2012 Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri telah bersetuju untuk mengkaji
semula konsep proses permohonan perihal tanah melibatkan OSC. Seterusnya pada 18
Julai 2012 pekeliling berkenaan dibatalkan dan digantikan dengan Pekeliling Pengarah
Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang Bilangan 3/2012 iaitu Permohonan Perihal Tanah
yang melibatkan OSC. Pekeliling tersebut menyatakan, bagi sebarang cadangan
pemajuan, pemilik/pemaju perlu mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang
kepada Pihak Berkuasa Tempatan (MBPP/MPSP) melalui One Stop Centre (OSC).
Namun begitu, sebelum permohonan cadangan pemajuan dikemukakan kepada OSC,
pemohon perlu memastikan bahawa perihal tanah seperti:
(i) Akta Pemuliharaan Tanah 1967
(ii) Kawasan Pengairan/ Ordinan Tali Air Yang Diwartakan
(iii) Syarat Nyata dan Sekatan KepentinganTanah
(iv) Enakmen Air 1967
di selesaikan terlebih dahulu di Pejabat Tanah berkaitan dan telah mendapatkan
kelulusan Pihak Berkuasa Negeri sekiranya tanah-tanah yang terlibat mempunyai
sekatan-sekatan seperti yang telah dinyatakan.
Namun begitu, bagi permohonan secara serentak untuk Pecah Sempadan dan Mengubah
Syarat, Sekatan Kepentingan dan Kategori Tanah di bawah Sekyen 124A Kanun Tanah
Negara 1965 dan permohonan Penyerahan Balik dan Pemberi-Milikan Semula di bawah
Sekyen 204D Kanun Tanah Negara 1965, pemohon boleh mengemukakan permohonan
ke OSC dan sekiranya memenuhi syarat, pemohonan akan diberikan kelulusan
bersyarat. Selepas menerima kelulusan bersyarat tersebut, pemohon perlu
mengemukakan permohonan-permohonan tersebut ke Pejabat Tanah berkaitan untuk
mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
Sehingga kini, pihak PTG masih mengkaji arahan oleh Y.A.B. Ketua Menteri bersama
dengan jabatan-jabatan yang terlibat bagi tujuan penambahbaikan pekeliling sedia ada
dan kesesuaian penggunaannya.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Apakah status loji kumbahan najis khinzir berpusat yang dicadangkan di Perkampungan
Valdor?
(a) Apakah mekanisma sedia ada sementara menunggu pelaksanaan loji tersebut?
(b) Apakah tindakan terhadap penternak yang masih mengeluarkan sisa kumbahan
terus ke parit dan sungai?
(c) Bilangan permohonan pelan bangunan penternakan tertutup yang diterima oleh
MPSP.
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Loji kumbahan najis khinzir atau babi berpusat yang dimaksudkan adalah merujuk
kepada cadangan Projek Stesen Janakuasa 1 Megawatt Elektrik Berasaskan Biogas Sisa
Ternakan di Kampung Valdor, Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang. Cadangan
projek masih dalam peringkat mendapatkan kelulusan penilaian Environmental Impact
Assessment (EIA) dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan dijangka beroperasi sepenuhnya
pada April 2019 tertakluk kepada pematuhan semua syarat yang ditetapkan.
232
(a) Sementara menunggu pelaksanaan loji ini direalisasikan oleh Kerajaan Negeri
melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sentiasa menjalankan
pemeriksaan berkala secara bulanan di ladang penternakan babi bagi
memastikan pematuhan syarat-syarat perlesenan yang ditetapkan.
(b) Tindakan yang diambil oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) terhadap
penternak yang mengeluarkan sisa kumbahan secara terus ke parit dan sungai
adalah seperti berikut:
(i) Mengeluarkan notis dan kompaun;
(ii) Membatalkan lessen; dan
(iii) Mengambil tindakan mahkamah.
Sehingga 18 Oktober 2018, MPSP telah menerima dua (2) permohonan pelan bangunan
penternakan babi tertutup.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Sila huraikan fungsi dan kuasa penguatkuasaan antara Jabatan Perikanan, Jabatan Laut
dan Pasukan Polis Marin.
(a) Jumlah kakitangan mengikut bahagian dalam Jabatan Perikanan Negeri.
(b) Jumlah unit bot yang dimiliki Jabatan Perikanan Negeri.
(c) Adakah Jabatan Perikanan Negeri berhasrat menambah bilangan bot dan
peruntukan yang diperlukan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Secara amnya, Jabatan Perikanan bertanggungjawab untuk mengurus sumber perikanan
secara mampan, melindungi sumber perikanan negara supaya cukup dan terpelihara
untuk kegunaan masa sekarang dan generasi yang akan datang, serta menjaga
dan melindungi kepentingan nelayan. Fungsi dan kuasa Jabatan Perikanan adalah
seperti berikut:
(i) Menguatkuasakan Akta Perikanan 1985;
(ii) Melaksanakan pemeriksaan vesel penangkapan ikan atau fishing vessel di laut
dan darat;
(iii) Pemantauan vessel penangkapan ikan tidak sah (Unreported and
Unregulated IUU);
(iv) Pelupusan barang rampasan;
(v) Menjalankan pemeriksaan premis ikan hiasan di bawah Akta The Convention on
International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES); dan
Melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasa lain
seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin, Jabatan
Imigresen dan lain-lain.
Manakala Jabatan Laut pula mempunyai fungsi dan kuasa yang lebih tertumpu kepada
kapal-kapal kargo dan kapal-kapal penumpang serta pengurusan trafik. Perincian bagi
fungsi Jabatan Laut adalah seperti di Lampiran A.
Polis Marin pula menjalankan penguatkuasaan di perairan negara berdasarkan bidang
kuasa yang ditetapkan. Fungsi dan kuasa bahagian penguatkuasaan Polis Marin
merangkumi konteks yang luas dan memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan
dan tindakan pencegahan sebarang ancaman atau jenayah di perairan
negara. Perincian bagi fungsi dan kuasa Polis Marin adalah seperti di Lampiran B.
Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang mempunyai sejumlah 80 Pegawai seperti
perincian berikut:

233
Bahagian Jumlah Kakitangan
Pejabat Perikanan Negeri 1
Cawangan Perancang dan Pembangunan 3
Cawangan Akuakultur 7
Cawangan Pengembangan dan Pemindahan Teknologi 7
Cawangan Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber 5
Unit Perlindungan Sumber 19
Cawangan Biosekuriti 6
Pejabat Daerah Barat Daya/ Timur Laut 5
Pejabat Daerah Seberang Perai 8
Unit Kejuruteraan 2
Unit Kewangan 4
Unit Pentadbiran 13
Jumlah Keseluruhan 80
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Jumlah tukun tiruan yang telah diletak di sekitar perairan selatan Pulau Pinang.
(a) Apakah jenis hidupan laut yang terdapat di perairan tersebut?
(b) Apakah impaknya sekiranya projek tambakan laut SRS diteruskan?
(c) Apakah bantuan yang bakal diberi kepada para nelayan pada ketika projek
tambakan laut dijalankan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Kerajaan Negeri dan Jabatan Perikanan Pulau Pinang telah melaksanakan beberapa siri
program melabuhkan tukun tiruan di negeri ini. Tujuan inisiatif ini dilaksanakan adalah
bagi meningkatkan sumber perikanan di perairan negeri ini. Sejak tahun 2008 hingga
2018 sebanyak 1,173 biji tukun terdiri daripada pelbagai jenis dan saiz telah dilabuhkan
di perairan Pulau Kendi. Perincian adalah seperti di Lampiran A.
(a) Berdasarkan kepada Laporan Impak Perikanan (FIA) yang telah disediakan oleh
Fanli Marine and Consultancy Sdn. Bhd., kajian garis dasar (baseline) ke atas
hidupan laut telah dilaksanakan. Kajian ini merangkumi spesis akuatik,
produktiviti biologi (biological productivity), terumbu karang (coral reefs) dan
penyu. Maklumat berkenaan jenis-jenis hidupan laut yang terdapat di perairan
selatan Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran B.
(b) Berdasarkan kepada Laporan Penilaian Kesan Impak Alam Sekitar (EIA), 2017,
didapati bahawa potensi impak sekiranya projek tambakan laut diteruskan dan
langkah- langkah mitigasi telah dinyatakan dengan terperinci. Butiran
berkenaan potensi impak dan langkah kawalan yang telah dikenalpasti adalah
seperti di Lampiran C.
(c) Kerajaan Negeri amat memahami cabaran-cabaran yang dihadapi oleh komuniti
nelayan pada masa kini dan kegusaran komuniti nelayan mengenai kesan projek
terhadap mata pencarian. Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk
mempertingkatkan mutu hidup komuniti nelayan dan generasi akan datang
melalui Projek Penang South Reclamation (PSR). Oleh itu, antara bantuan
yang dicadangkan bagi memberi manfaat kepada komuniti nelayan dan rakyat
tempatan adalah seperti berikut:
(i) Menaiktaraf Kemudahan Nelayan
Infrastruktur seperti jeti dan dermaga baharu di selatan Pulau Pinang
akan dibina untuk memudahkan nelayan. Selain itu, saluran navigasi
selebar 250m di antara pulau-pulau tambakan dan perairan selatan
Pulau Pinang turut disediakan untuk laluan bot nelayan dan didalamkan

234
kepada kedalaman -2m CD untuk membolehkan pergerakan keluar
masuk nelayan 24 jam.
(ii) Inisiatif Ekologi (Program Offset)
Bagi memperbaiki dan mewujudkan habitat laut, langkah-
langkah ecological enhancement yang dicadangkan adalah seperti:
 Pelabuhan tukun tiruan di tempat-tempat strategik seperti di Pulau
Kendi;
 Pemasangan unjam atau Fish Aggregating Device (FAD);
 Penanaman semula bakau;
 Pelepasan benih ikan/udang ke laut;
 Peruntukan geran penyelidikan/pemeliharaan hidupan marin; dan
 Pemasangan infrastruktur memperkaya habitat sebagai sebahagian
daripada struktur pulau buatan PSR.
(iii) Peluang Pekerjaan Semasa Pembinaan
Tanah yang akan ditebusguna bakal menghasilkan pulangan ekonomi dan
sosial yang tinggi dan juga menyediakan peluang-peluang pekerjaan
jangka panjang kepada penduduk tempatan. Jangkaan peluang
pekerjaan semasa penambakan adalah sebanyak 1,100 pekerjaan.
Peruntukan 30% kerja-kerja sewaktu pembinaan akan mengutamakan
rakyat tempatan seperti golongan komuniti dan keluarga nelayan
tempatan termasuk latihan.
Malahan sewaktu topside development dianggarkan sebanyak 12,500
peluang pekerjaan bakal diwujudkan, sementara di peringkat operasi
anggaran 300,000 peluang pekerjaan akan terjana menerusi pelaburan
dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
(iv) Inisiatif Pekerjaan Lain
Pekerjaan alternatif telah dicadangkan untuk membolehkan nelayan-
nelayan yang ingin mencari peluang lain memilih pekerjaan sesuai untuk
mereka. Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan dan agensi-
agensi yang terlibat untuk menjayakan inisiatif tersebut. Antara
alternatif yang dicadangkan adalah:
 akuakultur;
 perikanan laut dalam;
 perikanan rekreasi;
 water taxi; dan
 industri berkaitan pemprosesan ikan, penyelenggaraan bot/enjin,
keusahawanan dan lain-lain.
(v) Inisiatif Pendidikan Termasuk Skim Latihan, Biaisiswa dan Tuisyen
Inisiatif pembangunan modal insan ini bertujuan untuk menambahbaik
pendidikan dan kemahiran untuk rakyat tempatan, nelayan dan anak-
anak mereka. Usaha-usaha ini bertujuan untuk menyediakan penduduk
tempatan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan supaya
mereka dapat meraih peluang pekerjaan dan peluang yang dihasilkan
oleh projek ini serta melahirkan tenaga kerja berkemahiran untuk
memenuhi keperluan industri kini dan pada masa hadapan.

235
(vi) Inisiatif Perumahan
Selaras dengan objektif projek yang membolehkan Kerajaan Negeri
membina rumah berkualiti untuk semua lapisan masyarakat seiring
dengan pertumbuhan populasi negeri, sebanyak 30% perumahan
awam akan diperuntukkan di pulau-pulau tambakan dan keutamaan
diberikan kepada para nelayan yang layak.
(vii) Inisiatif Penambahbaikan Infrastruktur Sedia Ada
Pelbagai program penambahbaikan infrastruktur telah dirancang bagi
selatan Pulau Pinang untuk dilaksanakan sebagai sebahagian daripada
projek ini termasuklah:
 Program tebatan banjir;
 Program peningkatan mutu air sungai;
 Pengindahan dan pengukuhan kawasan pesisir pantai; dan
 Program penambahbaikan dan pemuliharaan kampung dan kerja-
kerja jalan raya.
RUJUK LAMPIRAN A, B DAN C.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Apakah status penubuhan Perbadanan Pengurusan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau
Pinang?
(a) Apakah rancangan untuk meningkatkan tahap penggunaan Stadium Batu Kawan
dan pembangunan keseluruhan kompleks sukan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Perbadanan Pengurusan Stadium dan Kawasan Lapang sedang dalam proses penubuhan.
Pengiklanan jawatan kosong melalui media massa akan diadakan dalam bulan November
2018. Pelantikan Chief Executive Officer (CEO) dan pegawai-pegawai lain dijangka akan
beroperasi mulai Januari 2019.
(a) Pada masa kini, pengurusan dan penyelenggaraan Stadium Batu Kawan
adalah di bawah tanggungjawab Perbadanan Pembangunan Negeri Pulau
Pinang (PDC) melalui anak syarikatnya, PDC Setia Urus Sdn Bhd. Walau
bagaimanapun, Stadium Batu Kawan dicadangkan untuk diserahkan
kepada Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang setelah
Perbadanan beroperasi. Antara perancangan untuk meningkatkan
tahap penggunaan Stadium Batu Kawan dan
pembangunan keseluruhan kompleks sukan adalah:
(i) Stadium dicadangkan dijadikan pejabat Perbadanan;
(ii) Menyediakan dan melengkapkan stadium dengan kemudahan dan
kelengkapan sukan yang terkini;
(iii) Mempromosikan stadium di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
sebagai suatu tempat serbaguna untuk acara sukan, rekreasi,
kebudayaan, pendidikan, komersial dan hiburan;
(iv) Meningkatkan penggunaan padang dan trek dengan mensasarkan
kelab bola sepak tempatan dan Persatuan Sukan Negeri; dan
(v) Menjadikan stadium sebagai hub sukan petmotoran.
Di samping itu, pihak PDC juga sedang dalam proses perbincangan dan
perancangan bersama Penang Global Tourism untuk menganjurkan konsert-
konsert di dalam stadium.

236
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
20. Penduduk setempat sentiasa membuat aduan tentang 11 lampu isyarat di Jalan
Persekutuan dari Balai Polis Simpang Ampat hingga Kompleks V3.
(a) Bilakah sesetengah lampu isyarat akan ditutup dan diganti dengan sistem U-
turn.?
(b) Adakah sistem greenwave akan diperkenalkan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
20. (a) Jabatan Kerja Raya (JKR) bertanggungjawab terhadap perancangan lalu lintas
dan menaik taraf laluan persekutuan FT001 bagi Fasa 5 dan Fasa 6 termasuk
lampu isyarat dari Balai Polis Simpang Ampat sehingga Kompleks V3. Di laluan
tersebut, terdapat 10 persimpangan lampu isyarat di mana dua (2) daripadanya
dalam perancangan untuk ditutup iaitu lampu isyarat di persimpangan Star
Avenue dan persimpangan Hijauan Valdor.
Lampu isyarat di persimpangan Star Avenue akan ditutup semasa Fasa 5 dan
dijangka siap pada bulan Disember 2020. Manakala, lampu isyarat di
persimpangan Hijauan Valdor akan ditutup semasa Fasa 6 yang masih dalam
perancangan. Sistem U-turn akan disediakan di persimpangan sedia ada.
(b) JKR akan memperkenalkan sistem greenwave di laluan Persekutuan dari Balai
Polis Simpang Ampat sehingga Kompleks V3 ia akan dilaksanakan sebaik sahaja
siap projek naik taraf Fasa 5, Jalan FT001 pada Disember 2020 kerana skop
melaksanakan sistem greenwave adalah di dalam kontrak naik taraf jalan FT001
dan sistemgreenwave adalah untuk kesemua 11 lampu isyarat.
(c) Berdasarkan kepada penilaian JKR, anggaran kos yang diperlukan untuk
menggantikan sistem lampu isyarat sedia ada kepada sistem greenwave
(wireless RF Module) adalah tidak melebihi RM50,000.00 bagi satu
persimpangan.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
21. Penduduk di kejiranan JKKK Sungai Bakap Utara (Taman Bakap Indah, Gamelan,
Gamelan Indah, Sungai Bakap Permai, Ketitir) semakin ramai di mana pengundi telah
mencecah 5,000.
(a) Adakah kerajaan bercadang membina sebuah gelanggang berbumbung dan
menaik taraf kawasan lapang sedia ada kepada taman rekreasi di Lorong
Gamelan Indah 3?
Y.A.B. Ketua Menteri:
22. (a) Pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menyediakan sebuah
gelanggang serba guna di Lorong Gamelan Indah 3 untuk kegunaan masyarakat
setempat. MPSP tiada cadangan untuk menaik taraf gelanggang tersebut kepada
gelanggang berbumbung. Walau bagaimanapun, cadangan naik taraf tersebut
boleh dimajukan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan
(PDTSPS) untuk penilaian kesesuaian projek.
Bagi cadangan naik taraf kawasan lapang sedia ada di Lorong Gamelan Indah 3
kepada taman rekreasi, MPSP bercadang untuk menaik taraf kawasan tersebut
pada tahun hadapan.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Sila senaraikan destinasi penerbangan terus dari/ke Lapangan Terbang Antarabangsa
Pulau Pinang.
(a) Jumlah pelancong yang memasuki Pulau Pinang melalui Lapangan Terbang pada
2018.

237
(b) Apakah perancangan untuk meningkatkan kemasukan pelancong asing melalui
udara?
(c) Bilakah Lapangan Terbang ini akan dinaiktaraf?
Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Setakat September 2018, terdapat 17 destinasi penerbangan terus dari/ke Lapangan
Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Senarai destinasi tersebut adalah seperti
di Lampiran A.
(a) Berdasarkan data Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), jumlah pelancong
yang memasuki Pulau Pinang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau
Pinang pada tahun 2018 (Januari hingga September) adalah seramai 2,835,347
orang.
(b) Bagi meningkatkan kemasukan pelancong asing melalui udara, Kerajaan Negeri
telah melaksanakan program pemberian insentif kepada syarikat penerbangan
yang menawarkan laluan penerbangan terus ke Pulau Pinang tertakluk kepada
syarat-syarat seperti laluan penerbangan terus yang terpilih, tempoh aktif
laluan dan kekerapan penerbangan. Kerajaan Negeri juga mengadakan
perbincangan dan kerjasama dengan syarikat penerbangan dan agensi
pelancongan secara berterusan bagi meningkatkan jumlah laluan penerbangan
terus dan kekerapan penerbangan. Berdasarkan perbandingan antara bulan
Disember 2017 dan Oktober 2018, jumlah penerbangan terus dalam seminggu
telah meningkat sebanyak 26% iaitu daripada 232 kepada 293 penerbangan.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga memberi fokus kepada syarikat penerbangan
bagi laluan fly through untuk meningkatkan kemasukan pelancong asing melalui
udara.
(c) Penaiktarafan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) adalah di
bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan dan dilaksanakan melalui
MAHB. Pada masa ini, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan
bersama-sama MAHB sedang mengkaji model pembangunan dan kaedah
pembiayaan yang sesuai agar projek pembesaran ini dapat dilaksanakan dengan
cara yang cost effective. Jangka masa pelaksanaan penaiktarafan LTAPP adalah
tertakluk kepada hasil perbincangan tersebut.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
23. Apakah status kerja ukur dan penilaian ke atas ternakan ikan dalam sangkar di SPS?
(a) Berapakah jumlah penternak yang berlesen dan keluasan kawasan ternakan?
(b) Adakah kadar tol ternakan ikan dalam sangkar akan dikaji semula?
(c) Adakah kerajaan berhasrat menambah kawasan ternakan di perairan Pulau
Aman, Pulau Gedung dan Pulau Jerejak?
Y.A.B. Ketua Menteri:
23. Kerja-kerja ukur dan penilaian ke atas ternakan ikan dalam sangkar di Daerah Seberang
Perai Selatan (SPS) telah pun selesai.
(a) Terdapat sejumlah 182 orang penternak berlesen yang mengusahakan ternakan
ikan sangkar di daerah SPS dan keluasan kawasan yang terlibat adalah 69.23
hektar.
(b) Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai cadangan untuk melaksanakan
kajian semula kadar bagi Lesen Pendudukan Sementara (LPS) atau Temporary
Occupancy License (TOL). Kadar yang diguna pakai sekarang adalah berdasarkan
kepada Kaedah-kaedah Tanah Pulau Pinang (Pindaan) 2013 yang dikuatkuasa
mulai 1 Februari 2014.
238
(c) Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk menambah kawasan ternakan di
Pulau Pinang. Pada masa kini, jumlah keluasan penternakan ikan dalam sangkar
di Pulau Aman, Pulau Gedung dan Pulau Jerjak masih belum mencapai keluasan
maksimum bagi keseluruhan zon akuakultur yang ditetapkan di kawasan ini.
Sehubungan itu, sekiranya terdapat permohonan Lesen Pendudukan Sementara
bagi tujuan penternakan ikan dalam sangkar atau pun kerang, permohonan
tersebut boleh dihantar ke Pejabat Daerah dan Tanah untuk diproses sebelum
dipertimbangkan Pihak Berkuasa Negeri.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
24. Adakah Penang Free WIFI masih berfungsi?
(a) Sila huraikan proses pelaksanaan projek ini, maklumat terperinci syarikat
pelaksana dan kos projek.
(b) Sila senaraikan kesemua access point, kadar penggunaannya dan kos
penyelenggaraan bulanan.
(c) Nyatakan kelajuannya dan tindakan penambahbaikan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
24. Setakat ini, perkhidmatan Penang Free WiFi (PFW) masih berfungsi dengan
jumlah Access Point (AP) sebanyak 1,560 Aps di 40 buah KADUN di seluruh negeri Pulau
Pinang.
(a) Projek PFW dilancarkan pada 26 Mac 2009 sebagai satu inisiatif Penang State
Government’s Groundbreaking Wireless@Penang oleh pihak REDtone
International Berhad (REDtone) sebagai syarikat penyedia perkhidmatan
secara percuma kepada orang awam. Pemasangan fasa 1 PFW bagi 750 APs
secara percuma adalah pada tahun 2009 dan fasa 2 sebanyak 750 APs berbayar
pada tahun 2011. Setiap AP dicaj sebanyak RM100. Manakala 50 APs tambahan
dipasang percuma oleh REDTone dan 10 APs lagi dibiayai secara CSR oleh PDCTS.
Kesemua APs siap dipasang sepenuhnya pada tahun 2012
dengan bandwidthsetiap AP sebanyak 516Kbps dan
keseluruhan bandwidth adalah sebanyak 50 Mbps. Pada 10 April 2014, pihak
REDTone telah menambah peruntukan keseluruhan bandwidth sebanyak 25 Mbps
menjadikannya 75 Mbps dan pada 16 Februari 2015, Kerajaan Negeri bersetuju
untuk menambah peruntukan bandwidth sebanyak 300Mbps dengan kos
tambahan RM25,000 setiap bulan menjadikan jumlah
keseluruhan bandwidth 375Mbps.
(b) Senarai lokasi Penang Free Wifi mengikut daerah dan KADUN adalah seperti
di Lampiran A. Kadar penggunaan PFW berdasarkan bilangan log in pada bulan
September 2018 adalah sebanyak 350,208. Kos penyelenggaraan bulanan bagi
760 APs yang dibiayai Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM101,000.00 (tanpa
cukai 6%).
(c) Mulai 16 Februari 2015, Kerajaan Negeri telah menambah
peruntukan bandwidth (kelajuan) PFW sebanyak 300Mbps menjadikan jumlah
keseluruhan bandwidth adalah 375Mbps. Walaubagaimanapun,
perkhidmatan Penang Free Wifi (PFW) pada masa ini mempunyai beberapa
kekangan seperti kualiti bandwidth dan liputan. Sehubungan dengan itu,
Kerajaan Negeri kini sedang meneliti semula perkhidmatan ini agar
kesinambungan perkhidmatan ini memberikan impak yang tinggi dan berkualiti
kepada rakyat dengan implikasi kos yang lebih rendah kepada Kerajaan
Negeri. Malah, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk menaik taraf Penang Free
Wifi (PFW) bagi menambah baik komunikasi digital di seluruh Negeri Pulau
Pinang dengan memperincikan keperluan teknikal yang lebih baik.
Penambahbaikan perkhidmatan PFW kelak adalah tidak terhad kepada penyedia
perkhidmatan sedia ada sahaja tetapi adalah terbuka kepada mana-mana pihak
239
yang berminat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam memastikan
kualiti perkhidmatan yang lebih baik di masa akan datang.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
25. Batu Kawan terdiri daripada 3 kejiranan iaitu Perkampungan asal, Perumahan PDC dan
Bandar Cassia.
(a) Adakah kerajaan berhasrat menubuhkan 3 JKKK berlainan?
(b) Apakah hasil penilaian Pejabat Daerah terhadap JKKK dalam DUN Bukit Tambun?
(c) Adakah kerajaan membuat ketetapan wajib agar setiap JKKK merangkumi
keahlian pelbagai parti, kaum dan jantina?
Y.A.B. Ketua Menteri:
25. (a) Kerajaan tidak berhasrat untuk mewujudkan kawasan Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan Komuniti (JKKK) mengikut kejiranan iaitu perkampungan asal,
perumahan Penang Development Corporation (PDC) dan Bandar Cassia kerana
telah ada JKKK di kawasan-kawasan tersebut. Walau bagaimanpun, jika ada
keperluan untuk menubuhkan JKKK baharu dikawasan tersebut disebabkan oleh
penambahan dan keselamatan penduduk, Kerajaan Negeri boleh
mempertimbangkan permohonan tersebut. Kementerian Pembangunan Luar
Bandar telah bersetuju untuk JKKK ditukarkan kepada Majlis Pengurusan
Komuniti Kampung (MPKK).
(b) Pejabat Daerah berpandangan bahawa 10 JKKK dalam DUN Bukit Tambun adalah
dikategorikan aktif di mana mesyuarat bulanan JKKK dijalankan dan minit
dikemukakan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan
(PDTSPS). Selain itu, kerjasama Penghulu Kawasan serta JKKK adalah pada tahap
baik. Walau bagaimanapun, terdapat 2 Pengerusi JKKK yang didapati kurang
penglibatan dengan masyarakat serta agensi kerajaan. Secara keseluruhannya,
penglibatan JKKK boleh dipertingkatkan melalui penganjuran lebih banyak
program-program kemasyarakatan di peringkat kampung.
(c) Pada masa kini, belum ada ketetapan yang merangkumi keahlian pelbagai parti
dan kaum. Namun Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah mensyaratkan
bagi pelantikan anggota Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang
baharu mestilah terdiri sekurang-kurangnya 30% wanita bagi setiap MPKK.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
26. Sila jelaskan jabatan yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan jalan dan parit
serta pemotongan rumput di luar kawasan Perkampungan Valdor iaitu Jalan 13 hingga
Jalan 20.
(a) Bolehkah Pejabat Daerah, JKR dan MPSP mendapat peruntukan daripada
kementerian masing-masing unruk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan.
(b) Apakah tindakan jangka pendek oleh Kerajaan Negeri untuk menangani isu ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
26. Penyelenggaraan jalan dan parit Perkampungan Valdor (Jalan 14-20) adalah di bawah
tanggungjawab Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan (PDTSPS). Manakala
pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Seberang Perai Selatan (JPS SPS) turut
menyelenggara parit dan menjalankan pemotongan rumput di Jalan 16 dan Jalan 17.
Sebagai makluman, Jalan 13 tidak wujud.
(a) PDTSPS menggunakan peruntukan MARRIS untuk melaksanakan kerja-kerja
penyelenggaraan jalan ini. PDTSPS telah mendaftarkan Jalan 14 sehingga Jalan
20 di Perkampungan Valdor ke dalam sistem MARRIS dan kerja-kerja pembaikan

240
atau penaiktarafan jalan tersebut dilaksanakan secara berfasa serta mengikut
keutamaan. Manakala bagi tujuan pembaikan atau penaiktarafan parit, PDTSPS
akan memohon peruntukan daripada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri.
Manakala JPS memohon peruntukan Kerajaan Negeri di bawah Wang Caruman
Saliran dan Perparitan di bawah Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir untuk
menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan parit dan pemotongan rumput di
Jalan 16 dan Jalan 17. Tertakluk kepada kelulusan peruntukan, kerja-kerja
penyelenggaraan dilaksanakan secara berfasa, mengikut keutamaan keperluan
yang kritikal. Pada masa ini, tiada peruntukan khusus bagi tujuan pemotongan
rumput dan pembersihan longkang kampung untuk dilaksanakan oleh PDTSPS.
(b) Bagi penyelesaian jangka pendek, kerja menyelenggara jalan dan parit serta
memotong rumput di jalan-jalan ini boleh dibuat melalui peruntukan YB. ADUN
Kawasan. Bagi perancangan tahun 2019, PDTSPS akan memohon peruntukan
khusus untuk kerja-kerja penyelenggaraan pemotongan rumput dan
pembersihan longkang kampung daripada Jabatan Kewangan Negeri. Manakala
JPS telah diluluskan peruntukan Kerajaan Negeri (Peruntukan Caruman
Peparitan) di bawah Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir sebanyak RM150 ribu
pada tahun ini untuk kerja-kerja penyelenggaraan parit dan pemotongan rumput
di Jalan 16 dan Jalan 17 yang kini sedang dalam pelaksanaan.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
27. Sila nyatakan pemilik tanah dan bangunan bagi Balai Raya Bukit Tambun.
(a) Sila huraikan Perpustakaan Desa Bukit Tambun dari pengurusan, bahan bacaan
dan sambutan pengunjung.
(b) Apakah perancangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang terhadap
perpustakaan ini?
(c) Adakah PWDC berminat menggunakan baki ruang dewan ini untuk aktiviti wanita
dan keluarga?
Y.A.B. Ketua Menteri:
27. Balai Raya Bukit Tambun terletak di atas tanah Lot 8569 Mukim 14 didaftarkan atas
nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan bangunan dimiliki oleh Kementerian
Pendidikan.
(a) Perpustakaan Desa Siber Ilmu Bukit Tambun di bawah pengurusan Perbadanan
Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) telah mula beroperasi pada Julai
tahun 2011 dan dirasmikan pada 11 Ogos 2011. Sehingga kini jumlah bahan
bacaan adalah sebanyak 6,540 naskah. Perincian penggunaan dan pinjaman di
perpustakaan tersebut adalah seperti di Lampiran A.
(b) PPAPP akan menaiktarafkan perpustakaan ini agar lebih kondusif kepada
pengguna, menambah baik koleksi-koleksi bacaan sedia ada serta meningkatkan
kelajuan capaian Internet dan merancang aktiviti-aktiviti berteraskan Science,
Technology, Engineering, and Mathematics (S.T.E.M.)
(c) Penang Women's Development Corporation (PWDC) berhasrat untuk
bekerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun untuk
melaksanakan Program Bajet Penyertaan Rakyat – ‘Duit Kita, Hak Kita’ dalam
masa terdekat. Sehubungan itu, Balai Raya Bukit Tambun akan dipertimbangkan
untuk digunakan bagi aktiviti dan program komuniti.
RUJUK LAMPIRAN A.

241
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
28. Sila huraikan jumlah kilang di Penang Science Park (PSP) dan baki keluasan yang belum
dijual atau dibangunkan.
(a) Status kawasan perindustrian di utara PSP.
(b) Status kawasan yang diambil balik oleh PDC di selatan PSP.
(c) Status jalan antara PSP dengan Jalan Kebun Baru.
Y.A.B. Ketua Menteri:
28. Sehingga Oktober 2018, sebanyak 68 buah kilang telah membeli tanah industri di Penang
Science Park (PSP1) dan hanya sebanyak 22 ekar yang belum dijual atau masih dalam
proses penawaran. Butiran terperinci bagi senarai syarikat di PSP1 adalah seperti
di Lampiran A.
(a) Kawasan perindustrian di utara Penang Science Park (PSP2) iaitu seluas 298 ekar
telah mula dijual sejak dari tahun 2015. Kawasan seluas 98 ekar telah dizonkan
sebagai kawasan ‘Halal Park’ dan selebihnya adalah diperuntukkan untuk
perusahaan promoted industry seperti Electrical & Electronics (E&E),
Electronics Manufacturing Services (EMS), Light Emitting Diodes (LED), Medical
Devices, Aerospace, Semiconductor, Automotive dan aktiviti-aktiviti lain yang
berkaitan termasuklah industri am. Sehingga kini, sebanyak 34 plot telah dijual.
(b) Status proses pengambilan tanah oleh PDC di selatan PSP dengan keluasan kasar
173.97 ekar untuk tujuan tanah perindustrian telah selesai dan kini dalam proses
penyediaan pelan induk sebelum kerja-kerja tanah dan infra dilaksanakan.
(c) Pembinaan jalan di antara PSP dengan Jalan Kebun Baru adalah 85% siap dan
mengikut jadual. Pembinaan ini dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2019
memandangkan terdapat kerja-kerja pengalihan utiliti sedia ada yang terdiri
daripada pengalihan kabel dan H-Pole Tenaga Nasional Berhad (TNB), pengalihan
kabel Telekom Malaysia Berhad (TM), pengalihan paip Perbadanan Bekalan Air
(PBA) masih belum selesai serta penebangan dan ubah tanam pokok-pokok sedia
ada di Jalan Estate.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
29. Sila senaraikan nelayan berlesen di Bukit Tambun.
(a) Nyatakan jumlah dan jenis bot nelayan.
(b) Sila senaraikan jeti sedia ada dan pihak yang menyelenggara.
(c) Adakah LKIM bercadang membina sebuah stesen minyak di Bagan Bukit Tambun.
Y.A.B. Ketua Menteri:
29. Berdasarkan semakan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang, jumlah nelayan berlesen
di Bukit Tambun terdiri daripada 79 orang pemilik vesel dan 42 orang awak-awak seperti
di Lampiran A.
(a) Jumlah keseluruhan bot di kawasan Bukit Tambun ialah 81 buah dan kesemua
bot ini daripada jenis gentian kaca (fibre glass).
(b) Terdapat sejumlah 35 buah jeti di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM) Negeri Pulau Pinang. Penyelenggaraan akan dilaksanakan oleh
pihak LKIM berdasarkan kelulusan Ibu Pejabat LKIM dan bergantung kepada
keperluan. Senarai jeti tersebut seperti di Lampiran B.
Buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui LKIM tidak mempunyai sebarang cadangan untuk
membina stesen minyak di Bagan Bukit Tambun bagi kegunaan nelayan.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.
242
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
30. Sila senaraikan kesemua kuari batu, pasir dan tanah di Pulau Pinang.
(a) Huraikan garis panduan pemutihan kuari batu sedia ada dan garis panduan untuk
permohonan baru.
(b) Apakah zoning yang dibenarkan untuk kuari batu?
(c) Adakah kuari dibenarkan pada paras 76 meter ke atas?
Y.A.B. Ketua Menteri:
30. Senarai kuari batu, pasir dan tanah yang beroperasi di Pulau Pinang adalah seperti
di Lampiran A.
(a) Kerajaan Negeri belum mengeluarkan garis panduan berkenaan pemutihan kuari
batu buat masa ini. Bagi permohonan baharu untuk kuari batu, pemohon
hendaklah mengemukakan Permohonan Permit 4C bagi tanah milik dan Permit
4B bagi tanah Kerajaan dan disertakan dengan dokumen pelan,
kapasiti primary crusher machine, kelulusan permohonan kebenaran merancang
dan kerja tanah sebelum permohonan tersebut boleh diproses dan diangkat
untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
(b) Bagi tujuan operasi kuari, selain tanah berstatus First Grade, condition
A dan B, tanah yang mempunyai kategori industri sahaja yang dibenarkan untuk
beroperasi. Sekiranya tanah dalam kategori lain ingin menjalankan operasi
kuari, tukar syarat tanah perlulah dilakukan.
(c) Operasi kuari tidak dibenarkan untuk dilaksanakan pada paras 76 meter ke atas.
Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
RUJUK LAMPIRAN A.
XVII. Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya
kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Seringkali penerima manfaat i-Sejahtera datang untuk semakan bayaran khairat
kematian dan di peringkat pusat khidmat mendapati tidak dapat buat semakan dalam
sistem i-Sejahtera.
(a) Sila beri penjelasan masalah ini.
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. (a) Kerajaan Negeri sememangnya komited untuk memudahkan mekanisma
permohonan dan pembayaran program iSejahtera setiap tahun. Status bayaran
penerima Program Sumbangan Pengurusan Jenazah boleh disemak melalui
sistem i-Sejahtera. Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan
Pusat Khidmat Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) sebagai agensi pelaksana telah
diberikan akses untuk menyemak status bayaran di Sistem iSejahtera. Antara
masalah yang dikenalpasti di peringkat Pusat Khidmat ADUN dan PPK adalah
pegawai yang ditugaskan kurang mahir mengenai proses semakan dalam sistem
iSejahtera. Walau bagaimanapun, latihan dan khidmat nasihat sentiasa
diberikan kepada semua pengguna sistem iSejahtera di Pusat Khidmat ADUN dan
PPK. Sekiranya terdapat sebarang masalah untuk membuat semakan dalam
sistem iSejahtera, maka boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Pejabat
Daerah dan Tanah atau hubungi nombor telefon pentadbir sistem seperti mana
yang tertera di laman sesawang iSejahtera.
Selain itu, Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk membenarkan waris
penerima bagi Program Sumbangan Pengurusan Jenazah menyemak status
bayaran di laman sesawang iSejahtera dan applikasi AppSejahtera tanpa perlu
hadir ke Pusat Khidmat ADUN//PPK atau Pejabat Daerah dan Tanah. Kemudahan
ini dijangka siap dan mula digunakan pada Disember 2018.
243
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Apabila penerima anak emas i-Sejahtera datang ke pusat khidmat untuk semakan
bayaran maka pejabat tidak dapat memperolehi maklumat status bayaran dalam sistem
i-Sejahtera.
(a) Sila huraikan kaedah semakan dalam sistem tentang perkara ini.
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. (a) Terdapat dua (2) kaedah untuk melaksanakan semakan bayaran penerima
iSejahtera termasuk program anak emas iseperti berikut:-
(i) Semakan status melalui sistem iSejahtera
Status bayaran penerima Program Anak Emas boleh disemak melalui
sistem i-Sejahtera, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
dan Pusat Khidmat Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) sebagai agensi
pelaksana telah diberikan akses untuk menyemak status bayaran di
Sistem iSejahtera. Antara masalah yang dikenalpasti di peringkat Pusat
Khidmat ADUN dan PPK adalah pegawai yang ditugaskan kurang mahir
mengenai proses semakan tersebut. Walau bagaimanapun, latihan dan
khidmat nasihat sentiasa diberikan kepada semua pengguna sistem
iSejahtera di Pusat Khidmat ADUN dan PPK. Selain itu, melalui sistem ini,
penerima juga boleh menyemak sendiri status bayaran di dalam laman
sesawang iSejahtera. Pemohon tidak perlu hadir ke pusat khidmat untuk
membuat semakan, sebaliknya boleh mengakses sistem iSejahtera ini
dimana sahaja.
Sekiranya terdapat sebarang masalah untuk membuat semakan dalam
sistem iSejahtera, maka boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada
Pejabat Daerah dan Tanah atau hubungi nombor telefon pentadbir sistem
seperti mana yang tertera di laman sesawang iSejahtera.
(ii) Semakan melalui aplikasi “APPSEJAHTERA”
AppSejahtera merupakan sebuah aplikasi mudah alih yang di inovasikan
dari versi web (http://isejahtera.penang.gov.my) sebagai satu
kemudahan saluran perkhidmatan kerajaan dalam meningkatkan sistem
penyampaian kerajaan untuk rakyat khususnya pengguna negeri Pulau
Pinang. Semakan status permohonan atau bayaran penerima juga boleh
disemak dalam AppSejahtera. Selain itu, AppSejahtera turut
menyediakan kemudahan khas mendaftar Anak Emas secara mobile yang
lebih mudah dan cepat untuk mendaftar anak yang baru lahir bagi
mendapatkan sumbangan bayaran RM200 one off.
Oleh yang demikian, seharusnya tiada isu berbangkit berkaitan perkara
ini kerana melalui kemudahan-kemudahan sedia ada ini, ianya telah
memudahkan agensi pelaksana ataupun penerima untuk membuat
sebarang kemaskini atau semakan bayaran.
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Pusat Khidmat tidak boleh mengetahui fasa bayaran bagi seseorang penerima i-
Sejahtera. Ini menyebabkan tiada jawapan dapat diberikan kepada penerima melainkan
menyuruh mereka menunggu surat rasmi.
(a) Apakah syor Kerajaan Negeri untuk masalah ini?

244
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Setiap program iSejahtera mempunyai dua (2) atau tiga (3) fasa pembayaran setiap
tahun. Fasa pertama adalah untuk penerima yang telah berdaftar dalam sistem
iSejahtera manakala fasa kedua adalah untuk penerima baharu bagi tahun semasa dan
fasa ketiga adalah untuk penerima yang gagal hadir menuntut wang sumbangan bayaran
fasa pertama dan kedua.
(a) Antara syor dan tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri berhubung
masalah ini adalah seperti berikut:
(i) Pengedaran jadual tarikh bayaran (takwim) kepada semua Pusat Khidmat
ADUN/PPK selepas mesyuarat ketetapan tarikh bayaran Program iSejahtera
diadakan pada awal tahun untuk makluman awal. Oleh yang demikian, Pusat
Khidmat ADUN/PPK boleh mengetahui fasa pembayaran bagi seseorang
penerima;
(ii) Memaparkan jadual bayaran (takwim) setiap fasa pembayaran sepanjang tahun
dalam sistem iSejahtera bermula Januari 2019. Walau bagaimanapun, tarikh
bayaran sesuatu program yang dinyatakan adalah tertakluk kepada kemampuan
agensi pelaksana atau keadaan semasa; dan
(iii) Pejabat Daerah dan Tanah akan mengemukakan senarai penerima yang telah
disahkan untuk menerima pembayaran kepada Pusat Khidmat ADUN/PPK dalam
tempoh satu atau dua minggu sebelum tarikh pembayaran. Pusat Khidmat
ADUN/PPK akan menghubungi semua penerima di kawasan masing-masing untuk
hadir menerima sumbangan.
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Kaunter i-Sejahtera bagi Daerah Barat Daya terletak di Balik Pulau. Ini menyebabkan
kesukaran pada golongan tertentu dari Bayan Baru untuk berurusan ke Balik Pulau.
(a) Apakah ada perancangan untuk membuka kaunter bergerak i-Sejahtera DBD di
Bayan Baru?
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai sebarang rancangan untuk membuka
kaunter bergerak i-Sejahtera di Bayan Baru. Cadangan tersebut boleh dipertimbangkan
untuk penelitian lanjut dengan mengambil kira sumber Kerajaan Negeri termasuk
kewangan, keselamatan dan kakitangan.
Walau bagaimanapun, sebagai usaha untuk memudahkan penerimaan bayaran kepada
pemohon, pembayaran program i-Sejahtera akan dilaksanakan secara Electronic
Fund Transfer (EFT) mulai tahun 2019 untuk Program Skim Pelajar Emas, Program
Penghargaan Warga Emas, Program Ibu Tunggal dan Program Ibu Emas sebagai pilot
projectbagi melihat keberkesananya sebelum diperluaskan kepada program i-Sejahtera
yang lain.
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Sila jelaskan status skim kad perubatan seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan
tahun lepas ?
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Pada pembentangan Belanjawan 2018 yang lalu, Y.A.B. Ketua Menteri telah
mengumumkan akan melancarkan kad pintar bagi semua rakyat Pulau Pinang yang
dikenali sebagai kad ‘I Love Penang’. Kad ini akan menjadi medium kepada penyaluran
pelbagai kemudahan dan faedah sosial yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Sebagai

245
permulaan, kad ini akan dibangunkan untuk memberi kemudahan perubatan kepada
penerima yang layak.
Bagi tujuan pelaksanaan program ini, Kerajaan Negeri masih lagi sedang menilai dan
meneliti cadangan ini terutamanya berkaitan dengan implikasi kewangan.
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Pada masa kini, Pusat Khidmat tidak boleh membuat semakan dalam sistem i-Sejahtera
bagi status bayaran penerima RM 100 OKU. Keadaan ini menyukarkan golongan OKU bila
datang buat semakan di Pusat Khidmat dan kebanyakan mereka ada masalah
pengangkutan jauh ke pejabat JKM di Balik Pulau.
(a) Sila jelaskan cadangan penyelesaian masalah ini.
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. (a) Terdapat dua (2) kaedah untuk melakukan semakan bayaran termasuk Program
Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) seperti berikut:-
(i) Semakan Status melalui Sistem iSejahtera
Status bayaran penerima Program Bantuan OKU boleh disemak melalui
sistem i-Sejahtera, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
dan Pusat Khidmat Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) sebagai agensi
pelaksana telah diberikan akses untuk menyemak status bayaran di
Sistem iSejahtera. Antara masalah yang dikenalpasti di peringkat Pusat
Khidmat ADUN dan PPK adalah pegawai yang ditugaskan kurang mahir
mengenai proses semakan di dalam sistem iSejahtera. YB. ADUN/PPK
perlu mewajibkan kakitangan yang terlibat untuk hadir ke
bengkel/kursus sistem iSejahtera yang sering dianjurkan Kerajaan
Negeri.
Sekiranya terdapat sebarang masalah untuk membuat semakan dalam
sistem iSejahtera, maka boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) atau hubungi nombor
telefon pentadbir sistem seperti mana yang tertera di laman sesawang
iSejahtera
(ii) Semakan melalui aplikasi APPSEJAHTERA
AppSejahtera merupakan sebuah aplikasi mudah alih yang diinovasikan
dari versi web (http://isejahtera.penang.gov.my. sebagai satu
kemudahan saluran perkhidmatan kerajaan dalam meningkatkan sistem
penyampaian kerajaan untuk rakyat khususnya pengguna Negeri Pulau
Pinang. Semakan status permohonan atau bayaran penerima juga boleh
disemak dalam AppSejahtera.
Selain itu, melalui kedua-dua kaedah ini, pemohon tidak perlu hadir ke
pusat khidmat untuk membuat semakan, sebaliknya boleh mengakses
sistem iSejahtera atau aplikasi AppSejahtera ini dimana sahaja.
Oleh yang demikian, seharusnya tiada isu berbangkit berkaitan perkara
ini kerana melalui kemudahan-kemudahan sedia ada ini, ianya telah
memudahkan agensi pelaksana ataupun penerima untuk membuat
sebarang kemaskini atau semakan bayaran.
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Sila jelaskan statistik penerima AES peringkat dearah termasuk bantuan bina rumah,
baiki bumbung dan lain -lain berkaitan.

246
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Jumlah keseluruhan penerima program Agenda Ekonomi Saksama (AES), Bantuan Bina
Rumah, Bantuan Baiki Rumah dan Bantuan Peralatan sejak tahun 2008 hingga 2018
adalah seperti berikut:
JUMLAH PENERIMA
BIL PROGRAM
(ORANG)
1 Program Agenda Ekonomi Saksama 1,052
2 Bantuan Bina Baru Rumah 166
3 Bantuan Baiki Rumah 1,069
4 Bantuan Peralatan 580
JUMLAH KESELURUHAN 2,867

Perincian penerima program Agenda Ekonomi Saksama (AES), Bantuan Bina Rumah,
Bantuan Baiki Rumah dan Bantuan Peralatan sejak tahun 2008 hingga 2018 mengikut
daerah adalah seperti di bawah.

DAERAH JUMLAH PENERIMA


BIL
PROGRAM BINA BAIKI PERALATAN
AES BARU RUMAH
1 DTL 154 9 39 43
2 DBD 161 19 154 155
3 SPU 383 67 217 91
4 SPT 268 47 330 98
5 SPS 86 24 329 193
JUMLAH 1,052 166 1,069 580
KESELURUHAN
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya
kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu JKR bagi permohonan-permohonan
peruntukan segera daripada Kementerian Kerja Raya untuk menangani masalah infra di
kawasan Bayan Baru terutamanya penambahbaikan segera bagi menghentikan
kemalangan di jalan raya?
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Kerajaan Negeri sentiasa mengambil peluang mengemukakan cadangan untuk
menangani masalah infrastruktur di negeri ini kepada Kerajaan Persekutuan dalam
pelbagai platform agar Kerajaan Persekutuan dapat memberi perhatian dan
pertimbangan sewajarnya ke atas setiap permohonan peruntukan yang dibuat oleh
Jabatan Kerajaan Negeri termasuklah Jabatan Kerja Raya (JKR). Selain daripada
membawa isu-isu berkaitan ke Persidangan Dewan Rakyat, perkara sebegini juga dibawa
ke perhatian pihak Kementerian, termasuklah melalui mesyuarat-mesyuarat yang
berkaitan yang diwakili oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, bersama Pejabat
Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (ICU) dan Agensi Pelaksanaan Koridor
Utara (Northern Corridor Implementation Agency). Dalam mesyuarat-mesyuarat di
peringkat persekutuan, isu yang berkaitan akan dibangkitkan kepada kementerian-
kementerian berkenaan, termasuklah Unit Perancang Ekonomi (UPU).
Di samping itu, Kerajaan Negeri turut mengambil inisiatif mengemukakan permohonan
peruntukan terus kepada Menteri Kewangan berhubung kerja-kerja kecemasan yang
247
diperlukan untuk mengatasi masalah keselamatan jalan raya, berdasarkan kajian dan
penilaian pihak JKR. Isu-isu tersebut juga dimaklumkan semasa pertemuan EXCO Kerja
Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir dengan Menteri Kerja Raya semasa lawatan beliau ke
Pulau Pinang pada Julai yang lalu. Susulan daripada itu, segala permohonan peruntukan
yang dikemukakan oleh pihak JKR akan disalinkan kepada EXCO Kerja Raya, Utiliti dan
Tebatan Banjir agar dapat disusul lanjut dengan pihak Kementerian.
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Kawasan perumahan rumah kos rendah yang terdiri banyak blok seperti di rumah pangsa
Jalan Tengah seringkali menghadapi wabak denggi. Ini kerana kepadatan penduduk dan
terlalu ramai penempatan warga asing.
(a) Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membantu menangani masalah wabak
denggi di kawasan berkaitan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Kawasan perumahan rumah kos rendah merupakan salah satu kawasan hot spot denggi
yang sering mencatatkan bilangan kes tertinggi. Selain kepadatan penduduk, masalah
utama adalah berkait rapat dengan isu kebersihan. Berikut merupakan antara punca
permasalahan wabak denggi di kawasan perumahan kos rendah:
(i) Tahap kebersihan di kawasan perumahan kos rendah adalah tidak memuaskan di
mana terdapat sampah atau bekas-bekas yang dibuang di merata-rata tempat;
(ii) Penduduk enggan membuat pembayaran yuran penyelenggaraan bangunan
menyebabkan isu atau masalah yang timbul seperti masalah sistem perparitan
dan rubbish chute yang memerlukan penyelenggaraan oleh pihak pengurusan
tidak dapat dilaksanakan; dan
(iii) Binaan struktur bangunan yang menyumbang kepada berlakunya takungan air
turut menjadi punca berlakunya pembiakan nyamuk dan seterusnya menjadi
wabak denggi.
Antara tindakan Kerajaan Negeri untuk membantu menangani masalah wabak denggi di
kawasan berikut adalah:-
(i) Menjalankan siasatan kes yang dilaporkan oleh fasiliti kesihatan dan
mengenalpasti punca jangkitan;
(ii) Meningkatkan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan aedes atau Search and
Destroy. Kerajaan Negeri telah mengerakkan Jawatankuasa Pasukan Petugas
Khas Denggi Peringkat Negeri bagi mengukuhkan kerjasama antara agensi-agensi
yang terlibat untuk memastikan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan dapat
diselaraskan.
(iii) Menjalankan aktiviti larviciding menggunakan BTI atau Emephos (pembunuh
jentik-jentik) serta semburan kabus ULV di lokaliti-lokaliti sensitif bagi
mengurangkan kepadatan nyamuk;
(iv) Meningkatkan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan dengan memberikan notis
pembersihan, kompaun, atau tindakan mahkamah bagi yang melakukan
kesalahan berulang;
(v) Meningkatkan aktiviti pendidikan kesihatan untuk pembasmian tempat
pembiakan aedes kepada masyarakat;
(vi) Jabatan Kesihatan Negeri juga telah mempergiatkan aktiviti gotong-royong
dengan kerjasama wakil masyarakat. Sehingga September 2018, sebanyak 201
aktiviti gotong-royong telah dilaksanakan. Program Gotong-royong Mega pula
akan diadakan dalam tempoh terdekat sekali lagi pada tahun ini; dan

248
(vii) Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengeluarkan surat
kepada Joint Management Body (JMB) /Management Corporation (MC) yang
terletak di Jalan Tengah untuk membuat pemeriksaan dan menghapuskan
tempat-tempat yang berpotensi bagi pembiakan nyamuk.
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Isu kemalangan di jalanraya antara dari Jalan Aziz Ibrahim ke persimpangan masuk
perumahan kawasan Jalan Pantai Jerejak.
(a) Apakah syor MBPP untuk permasalahan ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Bagi menyelesaikan isu kemalangan di jalan raya antara dari Jalan Aziz Ibrahim ke
persimpangan masuk perumahan kawasan Jalan Pantai Jerejak, pihak Majlis Bandaraya
Pulau Pinang (MBPP) telah meneliti dan mengesyorkan inisiatif berikut:
(i) Melaksanakan larangan belokan kanan untuk kenderaan dari Jalan Pantai
Jerejak 4 ke Jalan Aziz Ibrahim bagi mengurangkan konflik lalu lintas di
persimpangan ini; dan
(ii) Mewujudkan aliran lalu lintas sehala di jalan khidmat Jalan Aziz Ibrahim dari
Jalan Pantai Jerejak 4 ke Jalan Pantai Jerejak 15.
(iii) Kesemua syor yang dicadangkan oleh MBPP akan dilaksanakan pada penghujung
bulan November 2018.
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Laluan hijau merupakan satu langkah boleh mengurangkan kesesakan trafik
terutamanya di bulatan Bayan Baru. Misalnya dari Lebuhraya Lim Chong Eu ke
persimpangan Jalan Tengah.
(a) Apakah syor dan cadangan MBPP untuk cadangan laluan hijau?
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengesyorkan
beberapa cadangan bagi melaksanakan aliran laluan hijau yang boleh mengurangkan
kesesakan trafik terutamanya di bulatan Bayan Baru termasuk lingkungan laluan yang
melibatkan lebuh raya Tun Dr. Lim Chong Eu ke persimpangan Jalan Tengah. Antara
langkah-langkah yang dicadangkan dan telah dilaksanakan adalah:
(a) Menyelaras lampu isyarat dari persimpangan Jalan Tun Dr Awang / Jalan Dato'
Ismail Hashim hingga ke lampu isyarat bulatan Bayan Baru pada waktu puncak
dari jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi untuk mewujudkan aliran laluan hijau
kepada kenderaan dari arah persimpangan Jalan Dato' Ismail Hashim ke arah
bulatan Bayan Baru; dan
(b) Menyelaras lampu isyarat di sepanjang Jalan Mahsuri dari persimpangan Jalan
Tun Dr Awang / Jalan Mahsuri hingga ke persimpangan Jalan Mahsuri / Jalan
Sultan Azlan Shah pada waktu puncak dari jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi bagi
mewujudkan aliran laluan hijau di kawasan tersebut.
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Bagaimanakah Kerajaan Negeri melalui agensi membantu qariah masjid untuk
permohonan peruntukan di peringkat persekutuan bagi naik taraf masjid yang
mengalami masalah keluasan yang kecil seperti Masjid Sungai Nibong Besar?

249
Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Bagi membantu qariah masjid untuk permohonan peruntukan di peringkat persekutuan
bagi naik taraf masjid atau membina semula masjid-masjid yang mengalami masalah
keluasan yang kecil seperti Masjid Sungai Nibong Besar, Kerajaan Negeri melalui
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Majlis Agama Islam Negeri
Pulau Pinang (MAINPP) bersama pengurusan qariah sentiasa mengadakan sesi libat urus
dengan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (PPPNPP) untuk
mencari penyelesaian. Pada dasarnya, pembinaan baharu masjid qariah menggunakan
pakai konsep 70:30 iaitu 70% pembiayaan dari Kerajaan Persekutuan dan 30% dibiaya
oleh Kerajaan Negeri yang termasuk juga sumbangan dari pihak qariah atau orang ramai
sendiri.
Kerajaan Persekutuan telah memberi persetujuan untuk meneruskan projek membina
semula Masjid Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang. Anggaran kos pembinaan Masjid
Sungai Nibong berjumlah RM7.32 juta. Pecahan peruntukan Persekutuan yang diluluskan
adalah berjumlah RM1.82 juta, manakala Kerajaan Negeri dan pihak qariah masing-
masing menyumbang RM1.5 juta dan RM5 juta. Mengikut perancangan, projek ini
dijangka akan bermula pada Mac 2019 dan dijangka siap pada Mac 2021.
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Banjir di jalan raya yang berlaku pada waktu siang memberi kesan kerosakan kenderaan
orang awam.
(a) Bagaimanakah pengurusan krisis bencana khususnya banjir di jalan raya seperti
di persimpangan Giant, Bayan Baru?
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Kejadian banjir akan menyebabkan beberapa gangguan perkhidmatan termasuk
kerosakan infrastruktur dan harta benda yang lain. Lantaran itu, komitmen dalam
mengatur langkah keselamatan pada peringkat persediaan amatlah penting bagi
memastikan bahawa sumber-sumber yang diperlukan ada sewaktu diperlukan.
Antara tindakan proaktif Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menangani isu ini apabila
berlakunya banjir di seluruh negeri Pulau Pinang termasuklah kawasan hotspot banjir
iaitu di persimpangan Giant, Bayan Baru adalah dengan memberikan makluman awal
dan juga amaran kepada semua pengguna jalan raya melalui portal penang
alert (www.alert.penang.gov.my). Melalui maklumat ini, semua pengguna jalan raya
dapat mengelakkan dari mengguna jalan persimpangan tersebut dan menggunakan
jalan alternatif lain.
Selain itu juga, makluman dan perkongsian maklumat antara agensi melalui bilik
gerakan dan whatsapp group khas untuk Jawatankuasa Bencana juga telah diwujudkan
bagi tindakan segera penutupan atau lencongan laluan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia
(PDRM) dan skuad pantas Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Kerajaan Negeri juga melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melantik
kontraktor Lumson Bina Engineering Sdn Bhd untuk melaksanakan projek Rancangan
Tebatan Banjir Bayan Baru dengan kos RM 20.2 juta yang telah bermula pada 5 Oktober
2018 dan dijangka siap mengikut perancangan pada 4 Oktober 2020.
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Seringkali ada aduan masalah kualiti pembersihan parit dan longkang di kawasan
perumahan Jalan Pantai Jerejak, Kampung Jawa dan Mayang Pasir.
(a) Bagaimanakah MBPP memantau permasalahan ini ?

250
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Bagi kawasan perumahan Jalan Pantai Jerejak, Kampung Jawa dan Mayang Pasir, Majlis
Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) melaksanakan kerja-kerja pemantauan keatas kerja-
kerja pembersihan parit dan longkang melalui kaedah seperti berikut :
(i) Menempatkan seorang penyelia di setiap kawasan untuk memantau kerja-kerja
pembersihan parit dan longkang;
(ii) Membuat rondaan kawasan berdasarkan kepada jadual kerja;
(iii) Merekodkan pemantauan harian berdasarkan kepada skop dan kawasan yang
dilawati dalam buku log kerja;
(iv) Memuat naik maklumat mengenai keadaan sesuatu kawasan dan tindakan
melalui whatsapp group;
(v) Mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis dan denda kepada mana-mana
kontraktor yang tidak menjalankan kerja dengan baik;
(vi) Mengambil tindakan ke atas aduan perkhidmatan dalam tempoh segera bagi
pembersihan Kawasan; dan
(vii) Mengambil tindakan terhadap kontraktor dengan mengenakan Liquidated
Ascertained Damages (LAD) sekiranya perkhidmatan yang diberikan tidak
menepati standard yang ditetapkan.
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Adakala binaan haram di kawasan perumahan menyebabkan takungan pembiakan
nyamuk Aedes dan ada di antara telah dikesan oleh Jabatan Kesihatan seperti di Lot
8471, Mayang Pasir.
(a) Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu segerakan tindakan diambil untuk
menyelesaikan masalah wabak denggi?
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Binaan haram yang tidak dijaga tidak dapat dinafikan adalah diantara penyebab yang
boleh menyebabkan ia menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes.
(a) Tindakan Kerajaan Negeri dalam membantu untuk menyegerakan tindakan
diambil untuk menyelesaikan masalah wabak denggi adalah seperti berikut:-
Tindakan Jangka Pendek
Jabatan Kesihatan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bersama-sama
mengambil langkah berikut:
(i) Pengasapan (fogging) di lokasi wabak;
(ii) Pemeriksaan premis bagi menjalankan kajian aedes di lokasi wabak;
(iii) Mengedarkan poster, risalah berkaitan denggi kepada penduduk;
(iv) Menjalankan gotong royong bersama penduduk;
(v) Menjalankan penguatkuasaan undang-undang kepada pesalah membiak
aedes di dalam premis;
(vi) Menjalankan aktiviti anti larva (ubat jentik jentik) di lokasi wabak;
(vii) Menjalankan aktiviti cari dan musnah tempat tempat pembiakan nyamuk
aedes;
(viii) Mengadakan pemberian abate (ubat jentik-jentik) percuma kepada
penduduk;
(ix) Mengadakan pameran denggi di lokasi wabak; dan
251
(x) Mengambil tindakan pembersihan sekitar lokasi wabak secara aktif dan
proaktif terhadap segala aduan berkaitan kebersihan persekitaran.
Tindakan Jangka Panjang
Bagi binaan haram di kawasan perumahan menyebabkan takungan pembiakan
nyamuk aedes, pihak Jabatan Kesihatan Negeri akan panjangkan aduan kepada
pihak berkaitan untuk tindakan perobohan.
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Masalah pokok yang mudah tumbang ketika hujan lebat dan menyebabkan kerosakan
besar kepada kenderaan.
(a) Bagaimanakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan permasalahan ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Kerajaan Negeri mengambil perhatian berkenaan masalah isu pokok yang mudah
tumbang ketika hujan lebat. Kerajaan Negeri juga telah berusaha untuk menyelenggara
pokok-pokok yang mudah tumbang untuk mengurangkan permasalahan pokok yang
mudah tumbang ketika hujan lebat. Antara tindakan yang diambil adalah seperti
berikut:
(i) Melakukan kerja-kerja pemangkasan bagi pokok-pokok teduhan yang telah
matang/besar dan terlalu tinggi ;
(ii) Menjalankan kerja-kerja penebangan ke atas pokok-pokok yang telah tua, rosak
dan reput ; dan
(iii) Memastikan penanaman pokok-pokok baru dibuat dengan hanya memilih pokok-
pokok yang mempunyai sistem pengakaran yang kukuh dan stabil untuk di tanam
di bahu jalan dan ruang hijau yang berhampiran dengan premis kediaman.
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Kuliah kesihatan manusia dan wabak denggi di masjid -masjid boleh memberi kesedaran
para jemaah.
(a) Apakah ada perancangan di peringkat Kerajaan Negeri untuk syor ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Kerajaan Negeri sememangnya komited dalam usaha membasmi wabak denggi dan
meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) sentiasa bekerjasama dengan Jabatan
Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dari semasa ke semasa untuk menyampaikan
maklumat atau info kesihatan kepada jemaah masjid termasuklah isu wabak denggi.
Info ini disampaikan sama ada melalui khutbah Jumaat atau hebahan umum oleh pihak
masjid dari semasa ke semasa. Sebagai contohnya, teks hebahan mengenai pencegahan
penyakit demam denggi telah diedarkan kepada semua masjid untuk disampaikan
kepada jemaah dan juga dipanjangkan kepada surau-surau di bawah kariah masjid pada
10 Ogos 2018 yang lalu. Selain itu, JAIPP dan JKNPP sentiasa mengingatkan pihak masjid
untuk mempelbagaikan topik ceramah di masjid dengan merangkumi isu penjagaan
kesihatan dan pencegahan wabak denggi.
Pihak JKNPP juga telah menghantar surat beserta dengan skrip hebahan awam berkaitan
dengan penyakit demam denggi untuk dibaca sebelum solat fardhu maghrib/isyak.
JKNPP juga telah mewujudkan Program Masjid Sejahtera di Masjid Negeri yang
bertujuan untuk mempromosi cara hidup sihat. Dalam program ini, topik berkaitan
pencegahan penyakit demam denggi juga difokuskan.

252
(a) Antara inisiatif lain yang telah diambil oleh pihak pejabat Exco Kesihatan ialah
dengan mengadakan tazkirah Jumaat berkenaan kesedaran kesihatan di masjid-
masjid sekitar Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan usahasama
pihak kumpulan Heart Save Penang telah memasang mesin Automated External
Defibrillator (AED) di Masjid Sungai Gelugor. Seramai 100 ahli kariah
masjid diberikan pendedahan dan diberikan latihan
mengenai Cardiopulmonaryresuscitation (CPR).
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Aktiviti kesukanan dan keramaian komuniti di kawasan perumahan amat tinggi
permintaan khususnya di Bayan Baru. Dengan itu ada keperluan pemaju membina
gelanggang kesukanan dan dewan komuniti bagi setiap perancangan perumahan.
(a) Apakah pelan tindakan Kerajaan Negeri untuk perkara ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang
(MBPP) mempunyai ‘Garis Panduan Untuk Penyediaan Kemudahan Masyarakat Di
Kawasan Pemajuan Perumahan Baru 1989’. Garis panduan tersebut adalah untuk
rujukan kepada pemaju bagi menyediakan keperluan kemudahan masyarakat apabila
mengemukakan pelan permohonan merancang kepada Majlis. Walau bagaimanapun,
keperluan kemudahan masyarakat secara spesifik untuk gelanggang kesukanan tidak
terkandung dalam garis panduan tersebut.
Berdasarkan garis panduan tersebut, piawaian keperluan kemudahan masyarakat terdiri
daripada Kategori I dan Kategori II. Untuk piawaian Kategori I, tapak/ruang kemudahan
masyarakat yang perlu disediakan oleh pemaju berdasarkan bilangan penduduk dan
keluasan tapak yang diperlukan mengikut formula seperti di Lampiran A.
Keperluan piawaian kemudahan masyarakat Kategori II adalah untuk skala pemajuan
yang mencapai 1 tahap kejiranan (5,000 penduduk) ataupun tapak-tapak tersebut telah
dikenalpasti dalam perancangan untuk tujuan tersebut oleh jabatan berkenaan.
Salinan piawaian kemudahan masyarakat Kategori I dan Kategori II di Lampiran B.
Senarai gelanggang dan dewan komuniti yang sedia ada di Parlimen Bayan Baru adalah
seperti di Lampiran C. Untuk makluman, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah
Tanah Barat Daya (PDTDBD) akan memohon peruntukan dari Jabatan Kewangan Negeri
sekiranya memperoleh permohonan dan cadangan tapak daripada YB. ADUN Kawasan.
Sehingga kini tiada permohonan diterima dan tiada lokasi bersesuaian dikenal pasti.
Manakala bagi pihak MBPP tiada cadangan untuk membina gelanggang kesukanan dan
dewan komuniti termasuk di kawasan Bayan Baru pada masa ini.
RUJUK LAMPIRAN A, B DAN C.
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Kejadian ragut merupakan ancaman khususnya di kawasan rumah pangsa kos rendah
yang didiami ramai warga asing.
(a) Bagaimanakah kerjasama Kerajaan Negeri dengan pihak polis akan isu ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Jenayah ragut kini semakin berleluasa di mana sahaja, tidak kira di bandar mahu pun
di kampung. Agak sukar sebenarnya untuk membanteras jenayah ragut ini kerana kita
tidak tahu bila ia akan berlaku dan siapa yang akan melakukannya. Saban hari kita
dikejutkan dengan insiden ragut sehingga mencetuskan kebimbangan di kalangan
penduduk setempat. Ada yang mula berfikir dua kali sebelum menjejakkan kaki keluar
dari rumah mereka terutamanya pada waktu malam. Dalam usaha untuk mengurangkan

253
kadar jenayah ini Negeri Pulau Pinang dan juga kes-kes lain yang mendatangkan
kegusaran kepada semua pihak seperti samun dan pecah rumah, pihak polis bersama
agensi-agensi Kerajaan Negeri yang lain telah mengambil beberapa langkah agar
keselamatan dan keselesaan orang ramai terus terjamin. Langkah – langkah yang
diambil adalah seperti berikut:
(i) Semua Ketua Polis Daerah telah diarah untuk mempertingkatkan pencegahan
jenayah dengan menambahkan kehadiran anggota polis beruniform
(Omnipresent), membuat rondaan bit jalan kaki dan Unit Rondaan
Bermotosikal (URB), rondaan kereta peronda dan operasi-operasi berkala
seperti Ops Lusuh, Ops Rentap, Ops Lejang, Ops Cegah Jenayah dan
OpsUtama Perdana (NKRA). Kesemua penugasan ini ditumpukan ke atas
tempat-tempat sasaran yang menghadapi peningkatan jenayah indeks;
(ii) Tindakan proaktif juga diambil bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan
yang lain dan NGO-NGO bagi menerangkan dan menghebahkan maklumat dari
segi menjaga harta benda dan nyawa. Ini termasuklah mengadakan kempen,
ceramah dan penubuhan Rakan Cops untuk menyedarkan masyarakat betapa
pentingnya mengawal harta benda dan nyawa sendiri;
(iii) Jenayah-jenayah yang menjadi penyumbang utama kes misalnya samun, curi
motosikal, pecah rumah dan ragut akan ditangani secara lebih berkesan dengan
penwujudan Task Force khususnya di peringkat daerah dalam usaha menangani
jenayah tersebut;
(iv) Pihak polis akan meningkatkan rondaan dan meletakkan anggota polis
berpakaian biasa di ‘lokasi panas’ untuk membantu menahan peragut di tempat
kejadian;
(v) Langkah proaktif dengan memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV)
di kawasan yang sering menjadi sasaran peragut termasuk di kawasan rekreasi
atau laluan yang sering digunakan oleh pejalan kaki;
(vi) Pihak polis dan Kerajaan Negeri akan sentiasa menekankan bahawa kes ragut
adalah jenayah kesempatan atau peluang dan akan sentiasa mengingatkan
masyarakat dan orang ramai untuk tidak membuka ruang kepada penjenayah
atau pencuri ini melakukan jenayah; dan
(vii) Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan akan cuba melaksanakan
garis panduan di bawah konsep bandar selamat dengan menyediakan ciri-ciri
keselamatan seperti membina penghadang untuk memisahkan laluan pejalan
kaki dengan jalan raya.
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
20. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memantau tindakan susulan agensi-agensi kerajaan
terhadap soalan-soalan DUN dan ucapan perbahasan ADUN di dalam sidang DUN?
Y.A.B. Ketua Menteri:
20. Kerajaan Negeri memantau tindakan susulan agensi-agensi kerajaan terhadap soalan-soalan
Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ucapan perbahasan Ahli Dewan Undangan Negeri (
ADUN) di dalam sidang Dun melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Majlis Kerajaan
Negeri (MMK), Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan dan Mesyuarat Pengurusan
di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Disamping itu, ketua-ketua jabatan berkenaan akan
menyusuli dengan dasar selaras dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan bagi portfolio
berkenaan. Melalui mesyuarat-mesyuarat serta penyelarasan ini, perkembangan setiap
tindakan agensi dalam melaksanakan tugas seperti di dalam jawapan soalan DUN dapat
dipantau dan tindakan pembetulan dapat diambil jika terdapat sebarang masalah.

254
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
21. Masalah sisa-sisa sampah kerapkali terjadi di persisiran pantai Queensbay, tempat
riadah orang awam.
(a) Apakah tindakan MBPP terhadap isu ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
21. Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memandang serius terhadap kebersihan di
kawasan pesisiran pantai terutamanya di kawasan riadah orang awam. Masalah
pembuangan sampah di kawasan Queensbay adalah akibat daripada kurangnya
kesedaran sivik di kalangan orang ramai yang mengunjungi kawasan tersebut.
Sehubungan itu, pihak MBPP telah mengambil beberapa tindakan seperti berikut :
(i) Menjalankan pembersihan di kawasan tempat awam khususnya di pesisiran
pantai dan ditempat tumpuan pelancongan pada setiap hari;
(ii) Menjalankan operasi anti litter sebagai langkah penguatkuasaan untuk
membendung aktiviti pembuangan sampah di kawasan tempat tumpuan
pelancongan secara berjadual. Setakat ini, 14 operasi sedemikian telah berjaya
dijalankan di kawasan ini. Sebanyak 40 Pemberitahu Tentang Kesalahan (PTK)
di bawah Seksyen 47,Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 telah dikeluarkan
kepada orang-orang awam yang melakukan kesalahan membuang sampah di
tempat awam; dan
(iii) Menyediakan kemudahan tong sampah (litter bin) di kawasan pesisiran pantai
dan di tempat tumpuan pelancong.
(iv) Melaksanakan program plog clean di kawasan tersebut.
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Apakah jenis -jenis sumbangan Pusat Urus Zakat dan seharusnya ada sesi penerangan
kepada pejabat-pejabat ADUN untuk perkara ini.
Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Asnaf yang layak untuk menerima bantuan zakat terdiri daripada :-
(i) Fakir
(ii) Miskin
(iii) Amil
(iv) Muallaf
(v) Ghorimin
(vi) Ibnu Sabil
(vii) Ar-Riqab
Jenis- jenis sumbangan/ bantuan yang diagihkan oleh Zakat Pulau Pinang MAINPP
kepada Asnaf adalah seperti berikut:
Bil Jenis Bantuan Asnaf
1 Saguhati hari raya Fakir/ Miskin
2 Pendidikan - persekolahan Fakir/ Miskin
3 Pendidikan - bantuan pakaian seragam Fakir/ Miskin
4 Sarahidup - bantuan kewangan bulanan Fakir/ Miskin
5 Sarahidup - bantuan makanan bulanan Fakir/ Miskin
6 Sarahidup- bantuan kewangan secara sekaligus Fakir/ Miskin
7 Kesihatan - bantuan perubatan ringan Fakir/ Miskin

255
Fakir/ Miskin/
8 Bantuan rawatan / pembedahan
Ghorimin
9 Bantuan rumah - baik pulih rumah Fakir/ Miskin
10 Bantuan bina - bina baharu rumah Miskin
11 Peningkatan taraf hidup - bencana alam Fakir/ Miskin
12 Peningkatan taraf hidup - bantuan modal perniagaan Fakir/ Miskin
13 Biasiswa pelajar sekolah menengah agama rakyat Miskin
14 Bantuan Permulaan ke IPT (dlm negeri) Fakir/ Miskin
15 Bantuan permulaan ke IPT (luar negara ) Ibnu Sabil
16 Bantuan Pengajian IPT Miskin
17 Tajaan Pelajar di Pusat Kemahiran Miskin
18 Bantuan kecemasan Fakir/ Miskin
19 Bantuan kepada orang yang kesusahan berat Ghorimin
20 Musafir putus belanja Fisabilillah
21 Saguhati guru-guru agama sukarela Fisabilillah
22 Saguhati guru quran sukarela Fisabilillah
23 Saguhati jawatan kuasa qaryah Fisabilillah
24 Sumbangan kpd aktiviti keagamaan Fisabilillah
25 Peralatan dan buku ibadat utk surau / masjid / sekolah Fisabilillah
Zakat Pulau Pinang (ZPP) dari semasa ke semasa mengadakan program taklimat dan
penerangan kepada pelbagai pihak seperti syarikat-syarikat swasta, Badan Bukan
Kerajaan (NGO), qariah masjid dan sebagainya berkenaan program agihan zakat yang
disediakan oleh ZPP. Selain itu, ZPP juga membuka kaunter zakat bergerak di masjid-
masjid, pejabat-pejabat kerajaan dan kawasan tumpuan masyarakat Islam. Sekiranya
ada keperluan dan permintaan, ZPP bersedia untuk mengadakan sesi taklimat dan
penerangan di mana-mana pejabat ADUN kawasan. Di samping itu, orang ramai juga
boleh berkunjung ke pejabat Zakat Pulau Pinang serta cawangannya di setiap daerah
untuk membuat permohonan zakat atau melaporkan mana-mana asnaf yang layak untuk
mendapat bantuan zakat.
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
23. Bagaimanakah usaha Kerajaan Negeri supaya fungsi, peranan dan skim-skim bantuan
jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan diketahui oleh pejabat-pejabat ADUN?
Y.A.B. Ketua Menteri:
23. Kerajaan Negeri melalui kelima-lima Pejabat Daerah dan Tanah pada masa ini telah dan
sedang menyelaras penyampaian maklumat berhubung fungsi, peranan dan skim-skim
bantuan jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan kepada semua ADUN kawasan melalui
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah (JKTD) yang bersidang setiap bulan.
Ahli-ahli tetap JKTD terdiri daripada semua ADUN dan Ahli Parlimen di semua daerah
serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan peringkat daerah. Jabatan
Persekutuan yang bukan merupakan ahli tetap JKTD juga turut dijemput mengikut
keperluan.
Selain itu, setiap Pejabat Daerah dan Tanah juga akan mengadakan sesi taklimat
berkenaan program-program bantuan di bawah Jabatan/Agensi Persekutuan kepada
ADUN dan Ahli Parlimen. Dalam masa yang sama, pemakluman melalui surat rasmi juga
akan disampaikan mengenai bantuan-bantuan di bawah Jabatan/Agensi Persekutuan.
ADUN/Ahli Parlimen/wakil juga boleh berhubung terus dengan pegawai di setiap
Pejabat Daerah dan Tanah bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan bantuan
yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

256
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
24. Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menunaikan 68 janji manifesto Pakatan Harapan
peringkat negeri?
Y.A.B. Ketua Menteri:
24. Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan semua pihak termasuk Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan Tempatan, Agensi Kerajaan dan pihak swasta untuk memastikan
janji manifesto Pakatan Harapan peringkat negeri dipenuhi. Terdapat janji-janji yang
terdapat pada manifesto yang telah dipenuhi. Manakala sebahagian lagi janji tersebut
masih lagi dalam peringkat perancangan. Di samping itu, terdapat empat (4) janji yang
memerlukan kelulusan Kerajaan Pusat bagi merealisasikan pencapaiannya. Status
terkini pencapaian Manifesto Kerajaan Negeri Pakatan Harapan adalah seperti
di Lampiran 'A'.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
25. Apakah dasar dan polisi Kerajaan Negeri mengenai perancangan pemajuan perumahan
yang seimbang antara jenis rumah kos rendah dengan kos mewah di kawasan
pembangunan pesat seperti di Bandar Bayan Baru?

Y.A.B. Ketua Menteri:


25. Kerajaan Negeri sememangnya menyedari bahawa pemaju terutama di kawasan pesat
membangun seperti di Bandar Bayan Baru cenderung untuk membina kediaman mewah
berikutan peningkatan nilai hartanah serta terdapat banyaknya permintaan pembeli
daripada segmen tersebut pada masa ini. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri merangka
pelbagai strategi untuk mengimbangi jenis-jenis kediaman yang dibekalkan.
Sehingga kini, Kerajaan Negeri masih menguatkuasakan Dasar Penyediaan Rumah Kos
Rendah/Rumah Sederhana Rendah di mana setiap pemajuan yang menyediakan 99 unit
kediaman atau lebih di kawasan bandar dan 149 unit kediaman atau lebih di kawasan
luar bandar akan dikenakan syarat membina sebanyak 30% Rumah Mampu Milik (RMM)
jenis 'A' (harga maksima RM42,000.00) atau Rumah Mampu Milik (RMM) jenis 'B' (harga
maksima RM72,500.00) atau kombinasi keduanya. Dasar ini akan terus dilaksanakan
supaya keperluan perumahan bagi kelompok B40 sentiasa dapat dipenuhi.
Kerajaan Negeri turut memperkenalkan beberapa dasar baru yang bertujuan
menyediakan bekalan perumahan bagi kelompok M40. Sebagai contoh, pemajuan yang
menggunakan Garis Panduan Peningkatan Ketumpatan dan Nisbah Plot 87 unit per ekar
didalam kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) disyaratkan untuk menyediakan
sebanyak 25% unit kawalan harga. Unit-unit kediaman ini akan dijual pada harga lebih
rendah berbanding unit-unit lain dalam spesifikasi yang sama iaitu pada harga
RM200,000.00, RM300,000.00 dan seterusnya juga dikehendaki menyediakan 30% unit
Rumah Kos Sederhana Rendah yang dikawal harga pada RM72,500.00.
Selain itu, Garis Panduan Perumahan Mampu Milik 100% yang diperkenalkan pada tahun
2016 memberi pelbagai insentif dan pengecualian untuk menarik minat pemaju swasta
membekalkan RMM ‘C’ (harga maksima RM300,000.00 di bahagian pulau dan
RM250,000.00 di Seberang Perai). Pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini memberi lebih
banyak pilihan kepada golongan M40 dan memberi saingan langsung kepada segmen
hartanah berstrata kategori mewah.
Dasar-dasar perumahan yang dilaksanakan ini dijangka berupaya untuk menyejukkan
keadaan pasaran di Pulau Pinang yang mana kini merupakan destinasi pilihan bagi urus
niaga dan pemilikan hartanah di rantau ini.

257
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
26. Jumlah pelaburan ke Pulau Pinang bagi suku tahun pertama 2018 adalah 1 billion dengan
didominasi sektor industri elektrik dan elektronik. \
(a) Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk meningkat kegiatan ekonomi bagi sektor
pertanian?
Y.A.B. Ketua Menteri:
26. Sektor pertanian merupakan sektor yang sangat penting di negeri Pulau Pinang.
Meskipun sektor ini bukan penyumbang terbesar pelaburan di negeri ini jika
dibandingkan dengan industri-industri lain, namun sektor ini penting dalam menjamin
keselamatan makanan.
(a) Dalam usaha untuk mempertingkatkan dan menggalakkan kegiatan ekonomi
khususnya sektor pertanian ini, Kerajaan Negeri dengan kerjasama jabatan dan
agensi terlibat telah merencanakan pelbagai program dalam membawa sektor
pertanian selangkah ke hadapan. Antara usaha-usaha yang dilaksanakan oleh
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian adalah seperti berikut:
(i) Pembangunan Industri Tanaman Padi;
(ii) Pembangunan Industri Tanaman Buah-buahan;
(iii) Pembangunan Industri Tanaman Sayur-sayuran;
(iv) Pembangunan Industri Pemprosesan Makanan;
(v) Pembangunan Tanaman Kelapa;
(vi) Pembangunan Tanaman Lain-lain Ekonomi;
(vii) Pembangunan Pelapis Petani;
(viii) Program Khidmat Pengembangan;
(ix) Program Khidmat Kejenteraan;
(x) Pembangunan Kelompok Tani; dan
(xi) Program Aktiviti Jualan Terus.
Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian juga sedang berusaha
untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi daripada 5.8 metrik tan per hektar
kepada 7.0 metrik tan per hektar dalam tempoh dua tahun akan datang. Jabatan
Pertanian Negeri juga mensasarkan peningkatan hasil pengeluaran tanaman
selain padi sebanyak 10% setiap tahun supaya objektif pelaksanaan projek
pembangunan pertanian tercapai.
Kerajaan Negeri juga telah sekali lagi menganjurkan program Seberang Perai
Fiesta 2018 pada 26 hingga 30 September 2018 lalu. Seramai 38,246 orang
pengunjung berbayar telah menghadiri program ini. Melalui program seumpama
ini, pelbagai produk pertanian telah berjaya dipamerkan dan seterusnya
mempromosikan sektor pertanian ini sebagai kerjaya pilihan.
Kerajaan Negeri juga menyediakan Tabung Usahawan Tani (TUT) yang
merupakan pinjaman mikrokredit kepada usahawan Industri Asas Tani (IAT) di
negeri ini. Pinjaman ini merupakan usaha Kerajaan Negeri dalam membantu
para petani untuk melaksanakan projek dan seterusnya meningkatkan ekonomi
setempat.
Bagi industri penternakan pula, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan
Veterinar (JPV) sedang berusaha untuk menggalakkan pengusaha untuk bergerak
ke arah semi-komersil dan komersil. Inisiatif ini dibuat sebagai usaha untuk

258
memberi pulangan ekonomi tinggi kepada penternak dan mendorong mereka
untuk bergiat sepenuh masa.
Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha untuk meningkat dan
memperkembangkan industri perikanan di negeri ini. Antara usaha Kerajaan
Negeri ialah membuka zon akuakultur di darat seperti di Taman Kekal
Pengeluaran Makanan (TKPM) Juru. Kerajaan Negeri juga telah meluluskan Lesen
Pendudukan Sementara (LPS) kepada penternak-penternak ikan sangkar di
Daerah Barat Daya, Daerah Timur Laut dan Daerah Seberang Perai Selatan
dengan jumlah keluasan 97.97 hektar. Usaha-usaha ini dilaksanakan untuk
meningkatkan produktiviti industri perikanan di negeri ini.
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
27. Bagaimanakah usaha penambahan ex-gratia (bayaran) kepada Guru-guru Kelas Al-Quran
dan Fardhu Ain (KAFA) di negeri ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
27. Kerajaan Negeri amat prihatin dengan kebajikan dan masa hadapan guru Kelas Al-Quran
dan Fardhu Ain (KAFA) dan sedang meneliti cadangan untuk menambah pembayaran ex-
gratia kepada mereka tertakluk kepada kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.
Buat masa ini guru KAFA menerima elaun berjumlah RM900 sebulan dari Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri menyumbang ex-gratia berjumlah RM50.
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
28. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memantau harga rumah turun setelah hapus GST di
negeri ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
28. Pada dasarnya, pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh Kerajaan
Persekutuan sejak tahun 2015 dilihat tidak memberi kesan kepada harga asas kategori-
kategori rumah yang dikawal oleh Kerajaan Negeri seperti berikut:
(i) Rumah Kos Rendah atau kini dikenali sebagai Rumah Mampu Milik (RMM) 'A' dijual
pada harga maksima RM42,000 (luas 650 k.p.)
(ii) Rumah Kos Sederhana Rendah atau kini dikenali sebagai RMM 'B' dijual pada
harga maksima RM72,500 (luas 700 k.p.);
(iii) Unit RMM 'C' daripada pemajuan yang menggunakan Garis Panduan 100% Rumah
Mampu Milik, dijual pada harga RM150,000 (luas 750 k.p. tanpa kemasan),
RM200,000 (luas 750 k.p. dengan kemasan) dan RM300,000 (luas 850 k.p.); dan
(iv) Unit Kawalan Harga (UKH) daripada pemajuan yang menggunakan Garis Panduan
87 Unit/Ekar, dijual pada harga RM200,000 (luas 750 k.p.), RM300,000 (luas 850
k.p.) dan RM400,000 (900 k.p.).
Namun demikian, memandangkan GST terpakai terhadap bahan binaan, maka
sememangnya ia ada impak terhadap harga rumah yang mana harganya tidak terkawal.
Dengan penggantian GST dengan SST, memandangkan SST tidak terpakai terhadap
bahan pembinaan, maka adalah dijangkakan harga perumahan terutamanya yang mana
harganya tidak terkawal akan turun. Real Estate & Housing Developers’ Association
Malaysia (REHDA) Malaysia juga telah memberi komitmen ini akan berlaku.

259
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
29. Peningkatan jumlah pelaburan khususnya pada suku tahun pertama 2018 dan apakah
impaknya terhadap peningkatan peluang pekerjaan khususnya di kawasan FIZ Bayan
Baru?
(a) Sila huraikan penambahan jenis industri di kawasan FIZ Bayan Baru pada suku
tahun pertama 2018.
Y.A.B. Ketua Menteri:
29. Pelaburan pembuatan yang diluluskan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
(MIDA) serta pekerjaan diwujudkan di kawasan FIZ Bayan Lepas pada tahun 2017 dan
suku pertama 2018 adalah seperti berikut:
PEKERJAAN PELABURAN DOMESTIK PELABURAN ASING JUMLAH PELABURAN
TAHUN
DIWUJUDKAN (RM juta) (RM juta) (RM juta)
2017 6,049 1,081.28 5,407.56 6,488.84
Jan-Mar 2018 210 151.10 108.59 259.68
Kerajaan Negeri melalui InvestPenang tidak dapat membuat perbandingan Januari
hingga Mac 2018 dan Januari hingga Mac 2017 kerana data suku pertama tidak
dikeluarkan oleh MIDA pada tahun 2017. Walaupun demikian, impak pelaburan terhadap
peluang pekerjaan adalah positif di mana setiap pelaburan yang diluluskan akan
mewujudkan peluang-peluang pekerjaan termasuk industri sokongan/hiliran.
(a) MIDA tidak mengeluarkan data mengikut pecahan industri bagi kawasan-kawasan
tertentu termasuk FIZ Bayan Lepas di Pulau Pinang. Pelaburan bagi industri-
industri utama bagi Jan hingga Mac 2018 bagi seluruh Negeri Pulau Pinang adalah
seperti berikut:
Pelaburan Pelaburan Jumlah Pelaburan
Industri Domestik Asing Pembuatan
(RM juta) (RM juta) (RM juta)
Mesin dan Peralatan 365.75 210.46 576.216
Produk Plastik 4.10 289.91 294.01
E&E 0 80.10 80.10
Lain-lain 69.01 0 69.01
Jumlah 438.86 580.47 1,019.34
Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
30. Apakah cadangan Kerajaan Negeri untuk pembentangan kemaskini RMK-11 di Parlimen
pada 19/10/2018?
Y.A.B. Ketua Menteri:
30. Kerajaan Negeri telah mengemukakan semula senarai projek Rancangan Malaysia
Kesebelas (RMKe-11) kepada Kementerian-kementerian yang terlibat bagi projek-
projek kritikal yang memerlukan peruntukan daripada Kementerian. Dalam masa yang
sama, YAB Ketua Menteri juga semasa ucapannya di Parlimen pada 24 Julai 2018 yang
lalu telah mengutarakan projek-projek Kerajaan Negeri yang perlu diberi perhatian.
Antaranya cadangan supaya disemak semula projek Skim Penyaluran Air Mentah Sungai
Perak bagi menangani keperluan air mentah Perak dan Pulau Pinang dan projek di
bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPPP) terutamanya bagi dua komponen
utama projek iaitu Projek Jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) dari George Town ke
Bayan Lepas serta Lebuhraya Penang Island Link (PIL) 1 dari Persiaran Gurney ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan
meneliti perkhidmatan water taxi ataucatamaran dalam tempoh masa yang terdekat

260
dalam usaha menambah baik perkhidmatan pengangkutan air di Pulau Pinang sebagai
alternatif bagi perkhidmatan feri sedia ada.
XVIII. Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
1. Rumah Pam Mak Sulong (RM 67juta) dan Empangan Mengkuang.
(a) Apakah langkah-langkah terperinci yang telah dan sedang dilaksanakan supaya
projek RM 1.2bilion ini tidak jadi gajah putih?
(b) Kenapakah 10 syarat PBA tidak diselesaikan awal-awal supaya serahan tidak
tertangguh sejak siap projek 10/2017?
(c) CEO PBA cadangkan JPS buat lencongan Sg.Mengkuang ke laut. Bolehkah?
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. (a) Hasil dari sesi kunjungan hormat Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada YB.
Menteri Air Tanah dan Sumber Asli (KATS) pada 7 Ogos 2018 dan sesi kunjungan
hormat YB. Menteri KATS kepada Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang pada 4
September 2018 beberapa keputusan telah dicapai dan tindakan susulan oleh
KATS adalah seperti berikut:
Bil. Perkara Tindakan Kementerian
1. Kerja-kerja pembaikan 23 cerun Kerja pembaikan cerun runtuh dan
runtuh di Empangan Mengkuang. hakisan permukaan sedang dalam
proses perolehan dan dijangka siap
pada 30 April 2019.
2. Pengoperasian Rumah Pam Mak Bahagian Bekalan Air (BBA) KATS
Sulong. sedang menjalankan operasi
pengepaman selama 30 hari mulai
dari 16 Oktober 2018.
3. Fasa 2B: Kerja-kerja Proses perbicaraan pengambilan
pemasangan paip Mild Steel tanah di jangka selesai pada
bergaris pusat 1.6m sepanjang Disember 2018. Projek pemasangan
6.85km dari Rumah Pam Mak paip dijangka siap pada tahun 2020.
Sulong ke Terusan Sungai Dua.

(b) 10 syarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dipersetujui oleh pihak
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA) semasa
mesyuarat yang berlangsung di ibu pejabat KeTTHA, Putrajaya pada 2 April
2018. Syarat-syarat ini amat diperlukan bagi memastikan kesemua komponen
Projek Pembesaran Empangan Mengkuang akan disiapkan dengan memuaskan
dan memenuhi keperluan teknikal dan keselamatan struktur mengikut piawaian
yang digunapakai dalam pembinaan empangan dan kerja-kerja kejuruteraan.
(c) Adalah didapati bahawa semasa musim hujan, paras Sungai Kulim adalah lebih
tinggi dari paras Sungai Mengkuang. Dengan itu, kesemua pintu air Jabatan
Pengairan dan Saliran (JPS) ditutup bagi menghalang air dari Sungai Kulim
daripada membanjiri kawasan rendah di kiri dan kanan Sungai Kulim.
Cadangan untuk membina terusan atau lencongan secara langsung dari Sg
Mengkuang ke laut tidak begitu praktikal, namun kaedah perlu dicari untuk
menyalurkan keluar air banjir dari kawasan rendah Mengkuang dan Penanti.

261
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
2. Sejak 2008, 22,000 (72%) penduduk Penanti tinggal di 33 kampung tidak mendapat
perkhidmatan Pembersihan Awam.
(a) Bolehkah PDT, Jabatan Kesihatan, MPSP menyelesaikan masalah (selain suruh
penduduk buat gotong-royong) kes Tanah Lapang Terbiar yang jadi semak-samun
di tanah-tanah persendirian dalam kawasan kampung kerana membahayakan
penduduk berhampiran dengan pembiakan ular, aedes, babi hutan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Tugas untuk menjaga dan menyenggara tanah persendirian adalah di bawah
tanggungjawab pemilik tanah tersebut. Bagi kes tanah persendirian yang terbiar
sehingga menjadi kawasan semak samun, kacau ganggu dan sebagainya, pihak Pejabat
Daerah dan Tanah, Seberang Perai Tengah (PDTSPT) akan membantu untuk mengenal
pasti pemilik tanah tersebut. Pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)
kemudiannya boleh mengeluarkan notis pembersihan dan nasihat kepada pemilik tanah
yang berkenaan di bawah peruntukan Seksyen 74, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Walau
bagaimanapun bagi kes-kes kecemasan, pihak MPSP akan membantu menjalankan
kerja-kerja pembersihan.
Bagi kawasan yang mempunyai kes demam denggi, Pejabat Kesihatan Daerah akan
menjalankan pemeriksaan tempat pembiakan aedes di kawasan tersebut. Pihak Pejabat
Kesihatan Daerah seterusnya akan menjalankan prosedur pengeluaran notis Seksyen 8
di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi tujuan pembersihan
dan pemusnahan serangga pembawa penyakit.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
3. Apakah penyelesaian untuk atasi masalah kesesakan lalu lintas waktu puncak dan kadar
kemalangan juga tinggi di:
(a) Laluan utama Persimpangan Kampung Mengkuang, dari arah Kulim dan Berapit?
(b) Jalan utama di Persimpangan Masjid Kubang Semang di mana qariah masjid dan
pelajar SAR susah dan bahaya untuk melintas jalan kerana dua lampu isyarat
berlainan
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Cadangan penyelesaian untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas waktu puncak
dan kadar kemalangan tinggi di laluan utama Persimpangan Kampung Mengkuang dan
Persimpangan Masjid Kubang Semang adalah seperti berikut:
(a) Bagi laluan utama persimpangan Kampung Mengkuang dari arah Kulim dan
Berapit, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mensyaratkan kepada
pemaju iaitu Waz Lian Holding Sdn Bhd untuk melebarkan persimpangan Jalan
Berapit dan Jalan Sungai Lembu.
(b) Bagi jalan utama di Persimpangan Masjid Kubang Semang di mana qariah masjid
dan pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang mengalami kesukaran untuk
melintas dan mendatangkan bahaya kepada keselamatan disebabkan oleh dua
lampu isyarat yang berlainan, qariah dan pelajar SAR boleh menggunakan
kemudahan push button sedia ada di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Penanti
dengan jarak lebih kurang 200 meter. Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) juga telah
memperkenalkan Yellow Transverse Bar untuk memperlahankan kenderaan
berat dan juga Yellow Box bagi memudahkan kenderaan keluar masuk ke SAR.

262
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
4. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu ADUN dan JKKK Kubang Ulu dan Tanah
Liat untuk membina Dewan Serbaguna kerana ia memainkan peranan dan fungsi penting
dalam menjayakan program-program JKKK.
(a) Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk bina Dewan Serbaguna untuk JKKK yang
tiada Dewan Serbaguna memandangkan peruntukan KPLB RM10,000/MPKK
setahun tak cukup?
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Keperluan Dewan Serbaguna di sesuatu kawasan adalah sangat penting dalam
merencanakan aktiviti dan program kemasyarakatan, memastikan aspek keselamatan
terpelihara serta perancangan pembangunan sosio-ekonomi dan fizikal sesebuah
kampung.
Sehingga kini, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah masih belum menerima
sebarang permohonan daripada JKKK Kubang Ulu dan Tanah Liat untuk membina Dewan
Serbaguna. Namun demikian, terdapat beberapa kemudahan dewan termasuk dewan
sekolah berdekatan yang boleh digunakan sementara bagi tujuan aktiviti JKKK ini
sehingga dewan milik sendiri didirikan.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
5. Apakah penyelesaian terkini Jawatankuasa Lalulintas setelah mesyuarat JKTD 27/9/18
untuk memudahkan qariah Masjid, murid Sekolah Agama Rakyat dan penduduk kampung
untuk melintas jalan utama Jalan Kubang Semang dengan selamat setelah
Jawatankuasa Lalulintas menolak cadangan memasang butang (Push-Button) di lampu
isyarat sedia ada di persimpangan jalan Masjid Kubang ke kubur dan kampung Kubang
Semang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Antara penyelesaian terkini yang dicadangkan Jawatankuasa Lalu Lintas bagi
memudahkan qariah Masjid, murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan penduduk kampung
untuk melintas jalan utama Jalan Kubang Semang dengan selamat adalah seperti
berikut:
(i) Yellow Transverse Bar dan Yellow Box telah diperkenalkan untuk membantu
memperlahankan kenderaan dan memudahkan kenderaan keluar masuk ke SAR;
dan
(ii) Melaksanakan kajian kebolehlaksanaan pembinaan jejantas dengan
mengambilkira keperluan penduduk dan kos pembinaan sekiranya perlu.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
6. Apakah status dua permohonan yang disoal berkali-kali dalam Soalan DUN:
(a) Menaik taraf padang bola kepada mini-stadium dan bina dewan serbaguna di
kampung Mengkuang Titi yang dipohon sejak 2016?
(b) Baiki/naik taraf padang bola rosak berlubang di tanah lapang Taman Guar
Perahu yang dipetisyen 99 belia kepada Ketua Menteri masa Majlis Pecah Tanah?
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. (a) Secara umumnya, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi pembinaan
baharu dan penyelenggaraan dewan orang ramai di bawah peruntukan
pembangunan. Senarai projek yang diluluskan adalah mengikut keutamaan
keperluan projek bagi penduduk setempat dan juga mengambil kira kedudukan

263
kewangan Kerajaan Negeri. Sehubungan dengan itu, cadangan projek menaik
taraf padang bola, membina mini Grand Stand dan sebuah dewan di Mengkuang
Titi dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM1,900,000.00 telah
disenaraikan dalam permohonan peruntukan pembangunan dalam belanjawan
bagi tahun 2019 dan pelaksanaan projek ini tertakluk kepada kelulusan
peruntukan pembangunan berkenaan.
(b) Tanah lapang yang dimaksudkan adalah kawasan takungan (retention pond) yang
diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 dan bukan
merupakan padang bola. Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menaik taraf
kawasan tersebut sebagai padang bola kerana reka bentuknya adalah untuk
kawasan takungan dengan mengambil kira tujuan perwartaan dan tujuannya
untuk takungan air hujan bagi mengelak bencana banjir di kawasan sekitar.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
7. Golongan wanita yang tidak berkahwin sering terpinggir dari bantuan dan skim
perumahan kerana tidak dapat memenuhi syarat anak kecuali bila usia emas ada BOT
(JKM) dan RM100 setahun. Mereka tiada anak yang menjaga dan bagi tumpang rumah
kecuali ada adik-beradik yang tolong.
(a) Apakah langkah-langkah keprihatinan Kerajaan Negeri untuk bantu mereka?
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Kerajaan Negeri buat masa ini tidak menetapkan sebarang dasar atau perancangan yang
khusus untuk membantu golongan wanita yang tidak berkahwin dalam memperolehi unit
Rumah Mampu Milik (RMM). Ini kerana dasar sedia ada adalah untuk memastikan unit-
unit kediaman dengan harga berpatutan ini dibekalkan kepada semua rakyat Pulau
Pinang yang berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengira status perkahwinan.
Meskipun begitu, permohonan wanita warga emas yang berseorangan untuk tinggal di
unit-unit PPR boleh dipertimbangkan secara pentadbiran atas dasar case-by-case.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menyediakan bantuan-bantuan lain kepada
wanita yang tidak berkahwin seperti berikut:
(i) Skim Pinjaman Harapan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah
menyediakan kemudahan pinjaman mikro kredit melalui Skim Pinjaman Harapan
(SPH) yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) bagi
membantu mewujudkan satu sistem penyaluran modal tambahan yang mudah
dan tidak membebankan peniaga kecil. Pemberian kemudahan pinjaman mikro
kredit ini meliputi semua golongan peniaga termasuklah wanita yang tidak
berkahwin berdasarkan perniagaan masing-masing. Pinjaman ini disalurkan
tanpa sebarang cagaran dan penjamin dengan jumlah pinjaman antara RM1,000
hingga maksima RM20,000. Tempoh bayaran balik adalah antara 1 hingga 2
tahun.
(ii) Program-program keusahawanan
Kerajaan Negeri melalui PDC juga telah melaksanakan program-program
keusahawanan kepada semua golongan usahawan termasuk usahawan di
kalangan wanita yang tidak berkahwin seperti bengkel, seminar dan kursus
pembudayaan dan motivasi bagi memperkasakan ilmu pengetahuan, kemahiran
dan kefahaman usahawan dalam bidang pengurusan perniagaan supaya menjadi
usahawan yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.
(iii) Projek Transformasi Ekonomi Komuniti (CET)
Kerajaan Negeri melalui Penang Women’s Development Corporation (PWDC)
telah memperkenalkan Projek Transformasi Ekonomi Komuniti (CET) di bawah

264
Program Pemerkasaan Ekonomi Wanita (WEE). Ia merupakan sebuah projek yang
direka khusus untuk membantu penduduk, termasuk wanita yang tidak
berkahwin untuk menjana pendapatan. Sebagai projek perintis, PWDC telah
mengadakan dialog untuk memperkenalkan program ini kepada penduduk PPR
Desa Wawasan pada bulan Februari 2018 dan seterusnya mengedarkan soal
selidik untuk mendapat maklumat terperinci yang mana akan membantu PWDC
membuat analisis keperluan penduduk PPR Desa Wawasan. Hasil analisis soal
selidik menunjukkan 37.4% responden memilih kraftangan sebagai aktiviti CET.
Satu siri bengkel membuat kraf kertas dan kraf plastik telah dikendalikan untuk
penduduk yang berminat. Kini, hasil kraftangan telah mula mendapat tempahan
dan menghasilkan pendapatan kepada penduduk. Sehingga September 2018,
sebanyak 700 produk kraftangan telah dihasilkan dan dijual.
(iv) Program Agenda Ekonomi Saksama
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Agenda Ekonomi Saksama (AES)
iaitu sebuah program pembasmian kemiskinan yang memberikan bantuan
kewangan bulanan secara top-up kepada individu/keluarga yang mempunyai
pendapatan per kapita RM220 termasuk wanita yang tidak berkahwin.
(v) Program iSejahtera
Kerajaan Negeri akan meneruskan program iSejahtera bagi menghargai dan
mengenang jasa bakti rakyat yang merangkumi warga emas, oku, ibu tunggal,
suri rumah, pelajar, dan bayi. Sekiranya wanita yang belum berkahwin
mencecah usia 60 tahun, beliau layak untuk memohon sumbangan Program
Penghargaan Warga Emas iaitu bantuan sebanyak RM130 secaraone-off setiap
tahun. Selain itu, sekiranya wanita belum berkahwin tersebut daripada kalangan
Orang Kurang Upaya (OKU), beliau layak untuk menerima Program Bantuan OKU
RM130 secara one-off setiap tahun.
(vi) Program Ekonomi Khas
Kerajaan Negeri akan meneruskan Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi
(Bantuan Peralatan) di bawah Projek Khas Ekonomi. Program ini memfokuskan
kepada peniaga kecil sepenuh masa termasuk golongan wanita yang belum
berkahwin yang telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun dan
berpendapatan perniagaan kurang dari RM3,000.00 sebulan. Bantuan peralatan
adalah bertujuan bagi membantu peniaga mengembangkan perniagaan sedia ada
untuk output yang lebih besar.
(vii) Tabung Usahawan Tani (TUT)
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri
Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani Muda
(TUTM) yang memberi dorongan kepada golongan belia termasuk golongan
wanita yang tidak berkahwin untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai
kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan.
(viii) Penang Career Assistance And Talent Centre
Kerajaan Negeri melalui Penang Career Assistance and Talent Centre (CAT)
menjalankan pemadanan jawatan kepada semua golongan pencari kerja
termasuk wanita belum berkahwin berdasarkan penawaran oleh industri.
(ix) Program Meister Malaysia
Dalam membantu rakyat mendapat peluang pekerjaan termasuk golongan
wanita yang tidak berkahwin, Kerajaan Negeri melalui Penang Skills
Development Centre (PSDC) telah memperkenalkan Program Meister Malaysia
bagi meningkatkan bakat dalam bidang teknikal dan vokasional selari dengan
perkembangan Industri 4.0. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM6 juta
untuk Program Meister Malaysia. Peserta yang terpilih akan menjalani latihan
265
peningkatan kemahiran dan pada masa yang sama bekerja di kilang untuk
memperoleh kemahiran pekerjaan yang sebenar. Para peserta program ini tidak
perlu membayar yuran pengajian kerana telah dibiayai Kerajaan Negeri dan
pada masa yang sama menerima gaji daripada syarikat tersebut.
(x) Tabung Bantuan Segera
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan
tabung bantuan segera dengan kadar bantuan maksimum sebanyak RM500
kepada mereka yang hilang punca pendapatan termasuk wanita yang belum
berkahwin. Jumlah kadar bantuan dan kelulusan permohonan adalah
berdasarkan pertimbangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah masing-
masing.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
8. Bolehkah Kerajaan Negeri minta KPLB untuk membuka peluang penyeliaan dan
pekerjaan sebagai guru Tadika dan Tabika KEMAS kepada Briged Wanita yang layak
untuk memastikan sistem pembelajaran disemak semula dan dibersihkan dari unsur-
unsur (influence) parti terdahulu sebelum peralihan kuasa dari masih diserapkan dalam
KEMAS walaupun kakitangan KEMAS terdiri dari pegawai kerajaan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Jabatan KEMAS tidak membuat pengambilan untuk guru Tadika dan Tabika tetapi
sebaliknya membuat tawaran untuk mengikuti kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak
selama 3 bulan di Institut / Pusat Latihan KEMAS di Semenanjung Malaysia. Setelah
tamat kursus dengan jayanya pihak KEMAS akan menawarkan jawatan Pekerja Sambilan
Harian terlebih dahulu sebelum dilantik sebagai Pemaju Masyarakat. Kursus ini bukanlah
satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak KEMAS. Sekiranya
dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri.
Tawaran tersebut akan hanya dikeluarkan oleh pihak KEMAS Ibu Pejabat.
Syarat permohonan mengikuti kursus yang ditawarkan oleh KEMAS adalah seperti
berikut:
(a) Calon hendaklah memiliki kelayakan berikut:
(i) warganegara Malaysia;
(ii) berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
(iii) diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; dan
(iv) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
(b) Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan;
(c) Telah menamatkan pengajian dan mempunyai diploma serta transkrip;
(d) Nilai CGPA 2.70 ke atas; dan
(e) Tidak berkhidmat sebagai kakitangan tetap kerajaan.
Sehubungan itu, Briged Wanita yang menepati syarat seperti di atas boleh
mengemukakan permohonan untuk mengikuti kursus yang ditawarkan oleh KEMAS untuk
menjadi guru Tadika dan Tabika.
Sistem pembelajaran KEMAS juga disemak dari masa ke semasa supaya sentiasa
mengikut perkembangan semasa. Di samping itu, sistem pembelajaran yang ditawarkan
oleh Tadika dan Tabika KEMAS mengikuti sepenuhnya Kurikulum Sepadu Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

266
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
9. Bolehkah kerajaan buat:
(a) jogging trek disepanjang tepi Sungai Kulim dari Jambatan kereta api Kuala Mengkuang
sehingga Pintu Air Mak Sulong?
(b) Bina Jeti untuk sukan berkayak di Sungai Kulim antara Jambatan kereta api Kuala
Mengkuang hingga Pintu Air Mak Sulong?
(c) Tinggikan jambatan-jambatan JPS di Sungai Perai untuk laluan Bot Nelayan-Pelancong
masa air pasang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Pada masa ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai sebarang perancangan untuk
pembinaan trek joging di sepanjang tepi Sungai Kulim dari Jambatan kereta api Kuala
Mengkuang ke Pintu Air Mak Sulung begitu juga bagi cadangan jeti bagi kegiatan kayak
di Sungai Kulim antara Jambatan kereta api Kuala Mengkuang hingga pintu Air Mak
Sulung. Namun demikian perkara ini boleh dipertimbangkan pada masa hadapan dengan
mengambilkira hala tuju pembangunan sukan di negeri Pulau Pinang dan kedudukan
kewangan Kerajaan Negeri.
Pada tahun ini Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) sedang menjalankan kajian
Intergrated River Basin Management(IRBM) bagi penyelesaian yang menyeluruh untuk
Lembangan Sungai Perai yang merangkumi aspek kelestarian pembangunan Sungai Perai
termasuk jambatan – jambatan JPS di Sungai Perai dan kajian tersebut dijangka siap
pada bulan Disember 2018.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
10. Untuk penambahan Program Warga Emas RM100, mamogram, kad kesihatan, bolehkah
Kerajaan Negeri usahakan dengan Kerajaan Pusat untuk permudahkan perkhidmatan
pemeriksaan kesihatan warga emas dan pesakit paliatif secara bergerak diseluruh
kampung/taman sebulan sekali untuk periksa tahap kesihatan, bagi ubat-ubatan dan
bimbingan jagaan warga emas dan pesakit paliatif tanpa perlu ke hospital?
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan warga emas dan pesakit terlantar dijalankan oleh
semua klinik kesihatan di seluruh daerah di Pulau Pinang. Setakat ini, Kerajaan
Persekutuan tiada perancangan untuk menjalankan perkhidmatan pemeriksaan warga
emas dan pesakit paliatif secara bergerak di kampung dan taman kerana ianya
mempunyai implikasi kos. Kos tambahan perlu diteliti secara terperinci.
Jabatan Kesihatan telah memperkenalkan Perkhidmatan Dormisiliari bagi menangani
pesakit terlantar termasuk warga emas terlantar. Melalui perkhidmatan ini, penjaga
(caretaker) pesakit terlantar dilatih untuk menjaga pesakit terlantar. Lawatan ke
rumah dijalankan selama 3 hingga 6 bulan sehingga penjaga mahir.
Selain itu, Jabatan Kesihatan juga membuat lawatan berkala di institusi yang menjaga
warga emas bagi memberi khidmat nasihat kesihatan dan perubatan yang menyeluruh.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
11. JKKK Kuala Mengkuang telah lama mohon kepada MPSP agar Pasar Malam Kuala
Mengkuang di jalan utama Kampung Kuala Mengkuang dipindahkan kerana menghalang
bomba dan ambulan dan kemalangan jiwa. Tapak Pasar Malam Taman Seri Akasia
berpotensi menggantikan Tapak Pasar Malam Kuala Mengkuang kerana lokasi
berdekatan.
(a) Bolehkah MPSP percepatkan perpindahan demi keselamatan?

267
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Cadangan pemindahan Pasar Malam Kuala Mengkuang pernah dibincangkan dalam
Mesyuarat Sehenti Pasar Malam Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada 29 Mac
2016 untuk memindahkan pasar malam Jalan Kampung Kuala Mengkuang ke satu lokasi
berhampiran jejantas (fly over) Butterworth Kulim Expressway (BKE) Mengkuang.
Mesyuarat memutuskan menolak permohonan ini atas faktor berikut:
(i) Pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) tidak menyokong permohonan ini
kerana menjejaskan laluan trafik serta memberi risiko kepada pengguna
lebuhraya secara amnya.
(ii) Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kejuruteraan juga berpendapat
bahawa kewujudan pasar malam di kawasan tersebut akan mengakibatkan
masalah tempat letak kereta dan faktor keselamatan pengunjung harus diambil
kira.
(iii) Selain itu, pihak JKKK Kuala Mengkuang juga melalui surat bertarikh 27 Julai
2017 telah memaklumkan untuk menangguhkan permohonan pemindahan lokasi
Pasar Malam Kampung Kuala Mengkuang sehingga diberitahu kelak.
(iv) Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri melalui MPSP akan mengadakan
perbincangan semula bersama-sama dengan penganjur dan pihak-pihak yang
berkaitan bagi mengkaji dan membincangkan secara terperinci cadangan
pemindahan Pasar Malam Kuala Mengkuang ke lokasi Taman Seri Akasia seperti
yang dicadangkan.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
12. Kontrak pembersihan am MPSP: Mesin rumput, pembersihan dan cuci longkang diseluruh
Penanti. MPSP dulu melaksanakan kerja-kerja pembersihan am dengan lebih baik
berbanding kontrak pembersihan am. Ini membabitkan imej MPSP/kerajaan/ADUN.
(a) Apakah punca prestasi Kontraktor MPSP lebih rendah dari pekerja MPSP?
(b) Tindakan jangka pendek dan panjang?
(c) Apakah jadual kekerapan dalam perjanjian kontrak?
Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Pada ketika ini, kerja-kerja pembersihan am di kawasan Majlis Perbandaran Seberang
Perai (MPSP) dijalankan oleh pihak kontraktor pembersihan. Pihak MPSP sememangnya
sentiasa memantau kualiti kerja pihak kontraktor secara berkala memandangkan
terdapat aduan mengenai mutu pembersihan oleh pihak kontraktor dibeberapa
kawasan.
(a) Antara punca prestasi kualiti kerja pembersihan oleh pihak kontraktor lebih
rendah daripada pekerja MPSP ialah:
(i) Kekurangan tenaga pekerja.
(ii) ‘Turn over’ yang tinggi di mana kadar pekerja berhenti kerja adalah
tinggi.
(iii) Pekerja kurang berpengalaman.

(b) Tindakan jangka pendek yang diambil oleh MPSP ialah:


(i) Mengenakan penalti dan pemotongan bayaran terhadap kontraktor.
(ii) Memberikan surat amaran kepada kontraktor.
(iii) Jika kontraktor gagal menjalankan kerja-kerja pembersihan setelah
surat amaran diberikan, MPSP akan menjalankan kerja pembersihan bagi
kawasan tersebut dan kos pembersihan akan dikenakan kepada
kontraktor.

268
Tindakan jangka panjang yang diambil oleh MPSP ialah:
(i) Melantik kontraktor baru bagi menggantikan kontraktor lama yang
bermasalah.
(ii) Mengecilkan kawasan pembersihan mengikut dun/zon memandangkan
kawasan parlimen adalah terlalu luas untuk diuruskan oleh satu syarikat
kontraktor.
(c) Jadual kekerapan dalam perjanjian kontrak seperti di Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
13. Saya seringkali sarankan dalam Dialog Bajet MPSP, Forum Pengurusan Sisa, Perbahasan
Sidang DUN agar MPSP, EXCO, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan TNB atau lain-lain
untuk ambil air sampah (leachate) yang mencemar laut untuk jana eletrik dan bagi
pendapatan kepada MPSP.
(a) Adakah saranan saya dipertimbangkan dan disusuli tindakan oleh MPSP dan
EXCO?
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengambil tindakan susulan terhadap
saranan menggunakan air larut resap (leachate) untuk menjana elektrik dengan
menjalankan perbincangan bersama-sama pihak juruperunding syarikat konsesi yang
menguruskan Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung. Pihak juruperunding telah
memaklumkan bahawa air larut resap (leachate) di Tapak Pelupusan Pulau Burung
mengandungi tahap kepekatanChemical Oxygen Demand (COD) antara 3,000 ppm
hingga 15,000 ppm. Tahap kepekatan tersebut adalah terlalu rendah untuk
menghasilkan gas-bio metana bagi tujuan penjanaan elektrik kerana tahap kepekatan
yang diperlukan adalah perlu melebih 50,000 ppm.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
14. Bantuan JKM Persekutuan: Kanak-kanak RM100-400 Orang tua RM350 Penjagaan pesakit
kronik/OKU terlantar RM350 OKU tidak berupaya bekerja RM250 Elaun pekerja cacat
RM400 Bantuan JKM Negeri Bantuan am RM220-770.
(a) Selain di atas, apakah perancangan baru?
(b) Berapa bilangan penerima dan jumlah peruntukan mengikut jenis bantuan di
Penanti (dan setiap KADUN) setiap tahun?
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Perancangan baharu bagi Program Kebajikan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
adalah seperti berikut:
(i) Program i-Suri (Program Kerajaan Persekutuan)
Program Sukarela Insentif ini merupakan caruman sukarela Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) bersama insentif khas Kerajaan yang dikhususkan buat
suri rumah yang telah mendaftar dalam sistem e-Kasih. Sistem e-Kasih ini
menyimpan maklumat mengenai kemiskinan individu, termasuk profil peribadi,
bantuan yang telah diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dari agensi yang
memberi bantuan serta keberkesanan program/bantuan yang diterima. Jumlah
bayaran caruman suri rumah setiap bulan hanya sebanyak RM5.00 dan pihak
kerajaan pula akan membuat sumbangan caruman sebanyak RM40.00 sebulan.
Pihak kerajaan akan turut membuat sumbangan terhadap caruman KWSP ini ke
akaun pencarum sehingga RM200.00 kepada yang benar–benar layak (tertakluk
kepada syarat–syarat yang telah ditetapkan) bagi tempoh Ogos hingga Disember

269
2018. Pada tahun berikutnya, sumbangan kerajaan kepada pencarum akan
meningkat sehingga RM480.00 setahun.
Sebagai ahli dan juga pencarum KWSP, setiap ahli layak menerima manfaat
seperti dividen tahunan, bantuan hilang upaya, bantuan khairat kematian,
pengeluaran simpanan dan juga pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat–syarat
yang telah ditetapkan)
Individu yang layak mencarum adalah golongan suri rumah yang telah berdaftar
dengan sistem e-Kasih sehingga 30 Jun 2018, termasuk:
(i) Isteri kepada ketua keluarga atau Ketua Isi Rumah (KIR)
(ii) Ketua Isi Rumah (KIR) Wanita yang terdiri daripada balu, bujang atau
bercerai
(iii) Merupakan warganegara Malaysia
(iv) Berumur 60 tahun ke bawah
(v) Mencarum sekurang–kurangnya RM5.00 sebulan atau RM60.00 setahun
Bermula 15 Ogos 2018, ahli KWSP atau i-Suri yang layak boleh membuat
pendaftaran di mana–mana cawangan kaunter KWSP yang berdekatan.
(ii) Program Penang Sihat (Kerajaan Negeri)
Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk melaksanakan Program Penang Sihat
di mana Kerajaan Negeri akan memberikan subsidi sebanyak RM300.00 bagi
perkhidmatan perubatan di klinik swasta yang terpilih melalui kad “I Love
Penang” kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM5,000.00
sebulan dan RM150.00 kepada individu yang tidak berkahwin dengan pendapatan
kurang daripada RM2,500.00 dengan had RM50.00 setiap lawatan.
(iii) Program i-Sejahtera (Kerajaan Negeri)
Kerajaan Negeri masih dalam kajian implikasi kewangan terhadap cadangan
kenaikan sumbangan Program Penghargaan Warga Emas dan Bantuan OKU serta
pembayaran akan dilakukan secara electronic fund transfer kepada akaun
penerima.
(b) Bilangan penerima dan jumlah peruntukan mengikut jenis bantuan daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Penanti (dan setiap KADUN) pada tahun
2017 hingga 2018 adalah seperti diLampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
15. Taklimat Briged Wanita di Komtar mengangkat BW jadi satu badan baru JKPW bukan
dibawah JKKK.
(a) Bilakah perlaksanaannya?
(b) Bolehkah peruntukan RM30,000 untuk 11 pasukan Briged Wanita Penanti
diteruskan dan tidak di kurangkan kepada RM10,000/11 pasukan BW
Penanti/KADUN kerana jika dibandingkan dengan JKKK/MPKK, setiap 12
JKKK/MPKK diperuntukkan RM10,000/mpkk/tahun dan bukan RM10,000/12
mpkk/tahun?
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. (a) Cadangan penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK)
telah dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 3
Oktober 2018. Walau bagaimanapun, MMK telah mengesyorkan agar fungsi dan
peranan JPWK dan Briged Wanita (BW) di kaji semula agar tiada pertindihan.

270
Sehubungan itu, satu sesi dialog akan diadakan dengan semua Ketua Briged
Wanita pada bulan November 2018 bagi mendapatkan input berkenaan
penubuhan Jawatankuasa ini dan akan dibentangkan semula kepada MMK untuk
kelulusan.
(b) Mulai tahun 2016, jumlah peruntukan untuk Briged Wanita bagi setiap KADUN
adalah sebanyak RM30,000.00 setahun dan disalurkan melalui peruntukan khas
bantuan segera KADUN yang diuruskan oleh ADUN masing-masing. Sehingga kini,
jumlah RM30,000.00 bagi setiap KADUN adalah dikekalkan.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
16. Ulasan ADUN kepada JPBD untuk tukar syarat tanah untuk pembangunan:
(a) Bolehkah JPBD Email/WhatsApp surat kerana kerapkali surat melalui Pos
sampai, tarikh akhir tinggal 2 hari atau selepas deadline?
(b) Bolehkah keputusan diberitahu kepada ADUN selepas Jawatankuasa putuskan?
(c) Apakah keputusan pembangunan perumahan RM200,000-450,000 di 83 ekar
berhadapan Empangan Mengkuang yang sensitif banjir?
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. (a) PlanMalaysia@Pulau Pinang tiada halangan untuk menggunakan mekanisme
penghantaran dokumen melalui emel untuk mendapatkan ulasan daripada YB
ADUN/Penyelaras KADUN bagi menggantikan penghantaran dokumen melalui
surat. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan membincangkan semula dan
membuat ketetapan berhubung mekanisme penghantaran dokumen-dokumen
lain yang diuruskan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pejabat Daerah dan
Tanah, dan jabatan-jabatan lain bagi memudahkan urusan pentadbiran Kerajaan
Negeri agar seiring dengan Revolusi Industri 4.0.
(b) Berdasarkan prosedur semasa, keputusan Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)
hanya disampaikan kepada pemohon, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi
yang terlibat memandangkan keputusan JPN bertaraf Sulit.
(c) Permohonan dari Tetuan Concrete Gold (M) Sdn. Bhd. iaitu Permohonan
Perlingkungan Semula Dari Kawasan ‘Pertanian’ kepada Kawasan ‘Pembangunan
Sedia Ada (Kediaman)’ di atas lot 226, 227, 229, 233, 234, 908, 970, 971, 972,
973, 974 dan 975 Mukim 19, Daerah Seberang Perai Tengah dan Permohonan
Perlingkungan Semula Dari Kawasan ‘Hutan’ kepada Kawasan ‘Pembangunan
Sedia Ada (Kediaman dan Perniagaan)’ di atas lot 1045 Mukim 18, Seberang Perai
Tengah akan dibentang dan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Teknikal Negeri pada November 2018 dan seterusnya akan dibentangkan dalam
Jawatankuasa Perancang Negeri untuk keputusan.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
17. Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang di Kampung Terus.
(a) Apakah perancangan dan pelaksanaan yang telah/sedang diusahakan Kerajaan
Negeri bersama-sama Kerajaan Persekutuan untuk menyokong usaha ADUN,
Jawatankuasa Pesta Padi, Arca Padi, pesawah, Bot nelayan/pelancongan untuk
memesatkan Pelancongan AgroPadi di 173 hektar warisan Padi tertua sejak 1800
di Kampung Terus dan Guar Jering?
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Secara umumnya, Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan
menyokong usaha-usaha mempertingkatkan pelancongan agropadi di Kampung Terus
dan Guar Jering yang dilihat mampu menarik kehadiran lebih ramai pelancong di

271
samping memanfaatkan ekonomi penduduk tempatan. Kerajaan Negeri telah
menyokong program Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang yang telah diadakan pada
11 dan 12 Ogos 2018 di Kampung Terus dan menyediakan peruntukan sebanyak
RM10,000.00 bagi program tersebut. Pada masa ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai
rancangan khusus untuk membangunkan program pelancongan agropadi di Kampung
Terus atau Guar Jering dan mengalu-alukan cadangan bagi program seumpama ini.
Selain itu, pelancongan agropadi juga akan diteliti dengan lebih lanjut semasa
penyediaan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang yang dijangka akan disiapkan pada
tahun 2019.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
18. Semasa ucapan Perasmian Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang, Pengarah Warisan
MPSP dan Timbalan Menteri Pelancongan mencadangkan agar tanah warisan Padi tertua
di Seberang Perai sejak tahun 1800 diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan.
(a) Apakah langkah-langkah susulan Jabatan/Agensi dan MPSP untuk mewartakan
sebahagian 173 hektar Warisan Padi di Kampung Terus dan Guar Jering?
Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Berdasarkan Akta Warisan Negara 2005 (Akta 645), kawasan tersebut boleh diwartakan
di bawah kategori warisan kebudayaan. Kerajaan Negeri melalui MPSP akan membuat
kajian secara teliti dan mendapatkan maklumat lengkap bagi mengenalpasti keperluan
pewartaan kawasan tersebut. Tempoh kajian dijangka akan mengambil masa selama 6
bulan. Sekiranya dipersetujui untuk pewartaan, permohonan akan diangkat kepada
Jabatan Warisan Negara untuk pertimbangan kelulusan.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
19. Penanti River Run untuk Pelancongan Sungai:
(a) Apakah langkah-langkah terperinci yang sedang/telah dirancang dilaksanakan
oleh Kerajaan Negeri dengan sokongan Kerajaan Persekutuan dan organisasi-
organisai lain untuk menyokong usaha ADUN bersama-sama JPS, JKKK, kelab-
kelab tempatan Utara Runnaz, Guar Perahu Bikers, Briged Wanita untuk
meneruskan dan meningkatkannya sebagai acara tahunan dan ke peringkat
antarabangsa?
Y.A.B. Ketua Menteri:
19. (a) Kerajaan Negeri menyokong acara pelancongan sungai seperti Penanti River
Run yang dapat mempamerkan keindahan kawasan perkampungan dan
seterusnya dipromosikan sebagai tempat tarikan pelancong. Kerajaan Negeri
akan memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan secara berkala di
kawasan Sungai Perai yang juga merupakan lokasi acara ini. Skop
penyelenggaraan meliputi kerja-kerja penyelenggaraan sungai dan jalan ladang.
Penanti River Run juga boleh dimasukkan dalam kalendar pelancongan Pulau
Pinang sekiranya dapat dianjurkan secara tetap setiap tahun. Kerajaan Negeri
juga mengalu-alukan cadangan bagi membangunkan acara ini ke peringkat
antarabangsa. Malah Kerajaan Negeri juga terbuka bagi perbincangan di
peringkat MMK Pelancongan bagi memperluaskan skop aktiviti ini.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
20. Bagaimanakah Kerajaan Negeri bersama-sama Kerajaan pusat boleh bantu ADUN untuk
merealisasikan visi pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi dengan menghidupkan
Aset Semulajadi Sungai Perai, Sungai Kulim, bukit, Empangan Mengkuang dan Empangan
British Bukit Seraya, Warisan Padi Kampung Terus, 2 Desa Lestari, 33 kampung tradisi
dan tersusun seperti kampung-kampung Germany yang GDP tinggi?
272
Y.A.B. Ketua Menteri:
20. Kerajaan Negeri bersama-sama Kerajaan Pusat sentiasa menyokong usaha-usaha untuk
membangunkan ekonomi berpendapatan tinggi khususnya dalam memajukan sumber-
sumber kekayaan baharu seperti Pelancongan Desa dengan menggilap potensi dan
menghidupkan aset-aset semulajadi di sesuatu lokaliti. Peranan ADUN juga digalakkan
sebagai penggerak utama dalam mengarusperdanakan masyarakat setempat supaya
terlibat aktif dalam proses pembangunan dan mengeksploitasi manfaat tersebut. Bagi
menghidupkan aset semulajadi negeri secara mampan, Kerajaan akan melaksanakan
pemantauan berkala terhadap sebarang aktiviti pencerobohan rizab sungai dan aktiviti
penambunan sawah padi secara haram serta melaksanakan tindakan penguatkuasaan.
Kerajaan Negeri bersedia mempertimbangkan sebarang cadangan yang turut
disertakan ‘cost and benefit analysis’ demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
21. Selain Jawapan Soalan Bertulis pada Sidang DUN 5/2018 yang menjawab adanya
Perpustakaan baru di Perai, apakah langkah-langkah konkrit yang boleh diberi oleh
Kerajaan Negeri untuk bantu merealisasikan tujuan pembinaan Dewan Serbaguna Guar
Perahu yang siap 10/2018 mengikut spesifikasi dan rekabentuk Penang Sains Cafe untuk
tingkatkan pembelajaran STEM di kawasan kampung?
Y.A.B. Ketua Menteri:
21. Pembelajaran Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) di kawasan luar
bandar dapat dipertingkatkan dengan penganjuran bengkel–bengkel sains, program–
program robotik dan pengajaran Coding . Program–program ini diselaraskan
oleh Penang Science Cluster iaitu satu badan bukan berasaskan keuntungan yang
mendapat bantuan kewangan melalui sumbangan oleh syarikat awam atau swasta,
derma, dan juga secara Corporate Social Responsibilty (CSR) dalam menjalankan
aktiviti berkaitan dengan STEM. Oleh yang demikian dengan siapnya Dewan Serbaguna
Guar Perahu, pihak yang menguruskan dewan tersebut boleh bekerjasama
denganPenang Science Cluster untuk menjalankan aktiviti – aktiviti pembelajaran
STEM.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
22. Perkampungan Sungai Lembu:
(a) Bolehkah PDC atau Kerajaan Negeri bina rumah mampu milik di tanah TOL untuk
keluarga muda dan golongan muda?
(b) Apakah tindakan PDT/PBT, penguatkuasaan setelah disyorkan Pengarah Jabatan
Kesihatan dalam JKTD 27/9/18 ditutup Ternakan Ayam di tanah TOL berikutan
siasatan aduan wartawan bukti video lalat teruk semasa Makan Malam SRJK
Y.A.B. Ketua Menteri:
22. (a) Secara dasarnya, tanah yang dikeluarkan Lesen Pendudukan Sementara (LPS)
atau Temporary Occupation License (TOL) adalah tanah milik kerajaan yang
diberi hak kepada pemegang LPS untuk tempoh seperti yang ditetapkan dalam
kelulusan. Pihak Berkuasa Negeri berhak untuk membuat keputusan sama ada
untuk diberi milik kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) atau
lain-lain agensi kerajaan untuk pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) setelah
LPS tamat. Namun begitu, Kerajaan Negeri setakat ini tiada sebarang
perancangan untuk membina RMM di Perkampungan Sungai Lembu. Namun
begitu, cadangan ini boleh dipertimbangkan dengan sewajarnya setelah kajian
sebenar keperluan perumahan tersebut dilakukan.
Dalam pada itu, Kerajaan Negeri buat masa ini tidak menetapkan sebarang dasar
yang khusus untuk membantu pemohon-pemohon muda atau daripada kategori
273
umur tertentu dalam memperolehi unit Rumah Mampu Milik (RMM). Ini kerana,
dasar sedia ada adalah untuk memastikan unit-unit kediaman dengan harga
berpatutan ini dibekalkan kepada rakyat Pulau Pinang yang berpendapatan
rendah dan sederhana tanpa mengira peringkat usia.
(b) Berdasarkan rekod Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) terdapat 17 ladang
ternakan ayam di sekitar Perkampungan Sungai Lembu. Pemantauan
dilaksanakan dengan tegas dan konsisten untuk memastikan ladang-ladang ini
mematuhi syarat pelesenan MPSP. Setakat ini kompaun telah dikenakan kepada
dua ladang ternakan ayam berlesen iaitu Ladang Boon Sim Fah (90/44-2/189)
dan Ladang Lee Seng Kean ( 90/44-2/62). Selain itu, MPSP turut membuat
semburan racun lalat pada 4 Oktober 2018 di sekitar kawasan tokong dan sekolah
dalam usaha mengurangkan densiti lalat di sekitar kawasan tersebut.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
23. Bolehkah MAINPP bantu merealisasikan cadangan ADUN untuk menaiktaraf Pondok
pengajian Islam yang popular di kalangan warga emas Muslim tanpa stigma rumah orang-
orang tua untuk jadi Pusat Warga Emas dan Jagaan Paliatif kepada mereka yang tidak
boleh urus diri dengan beri perkhidmatan kesihatan, makan-minum, tukar pampers,
jagaan paliatif kepada pesakit paliatif?
Y.A.B. Ketua Menteri:
23. Setakat ini Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
tidak bercadang untuk membuat ketetapan kepada mana-mana pengusaha sekolah
pondok pengajian Islam untuk meluaskan operasi mereka dengan menyediakan
perkhidmatan seperti yang dinyatakan termasuk jagaan paliatif khususnya kepada
warga emas.
Walau bagaimanapun, MAINPP sentiasa menyokong pihak-pihak yang berminat untuk
menyediakan pondok pengajian Islam yang menjadi kecenderungan di kalangan warga
emas pada ketika ini sebagai mana yang dinyatakan dan MAINPP tidak berhasrat untuk
mewujudkan sendiri pusat berkenaan.
Pihak MAINPP bersedia untuk menjadi pemudah cara dalam mewujudkan pusat-pusat
pengajian sebegini seperti dalam urusan pewakafan tanah-tanah yang terlibat bagi
maksud menjalankan aktiviti sedemikian.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
24. Infrastruktur sekolah yang dhaif:
(a) Adakah proses permohonan dan peruntukan e-sumbangan kepada Sekolah
Kebangsaan sama seperti Sekolah China dan Mubaligh?
(b) Bolehkah sistem e-sumbangan dibuka kepada SAR dan Pusat Tahfiz atau sistem
yang sama digunapakai oleh Pejabat Agama/JAINPP dengan penambahan
peruntukan yang mencukupi?
(c) Apakah perancangan untuk membaikpulih SAR Haji Saad Tanah Liat?
Y.A.B. Ketua Menteri:
24. (a) Sekolah Kebangsaan tidak mengguna pakai sistem e-sumbangan sepertimana
yang digunakan oleh Sekolah Cina dan Mubaligh. Bagi sebarang
permohonan peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan
infrastruktur preventive atau corrective, pihak sekolah perlu mengemukakan
permohonan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebelum permohonan ini
dipanjangkan ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk pertimbangan
selanjutnya.

274
(b) Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan untuk
memperluaskan penggunaan sistem e-sumbangan kepada Sekolah Agama Rakyat
(SAR), Pusat Tahfiz dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang
(JHEAIPP). Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri melalui JHEAIPP telah
memperuntukkan sebanyak RM2.8 juta bagi tujuan membina dan menaiktaraf
sekolah agama rakyat di negeri Pulau Pinang. Selain itu, Kerajaan Negeri juga
telah meluluskan peruntukan tahunan sebanyak RM3.0 juta kepada Sekolah
Bantuan Penuh Kerajaan di Negeri Pulau Pinang dan penubuhan sebuah
Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan untuk menguruskan
pengagihan peruntukan ini. Penyaluran peruntukan tahunan ini akan
dilaksanakan berdasarkan bottom-up approach di mana peruntukan akan
disalurkan berdasarkan keperluan dan permintaan daripada sekolah bantuan
penuh kerajaan melalui Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP). Dalam
hal ini, Kerajaan Negeri akan menyalurkan peruntukan kepada sekolah-sekolah
yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan
melalui pemberian secara ‘outright grant’ bagi melaksanakan kerja-kerja
pembaikan dan penyelenggaraan mengikut kaedah perolehan yang
berkuatkuasa. Bermula Januari 2019, sekolah-sekolah yang terlibat boleh
mengemukakan permohonan kepada JPNPP.
(c) Sehingga kini, Kerajaan Negeri belum menerima sebarang permohonan bagi
kerja-kerja baik pulih Sekolah Agama Rakyat Haji Saad Tanah Liat. Walau
bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkannya permohonan ini
mengikut senarai keutamaan projek-projek yang diluluskan.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
25. Pembangunan sukan bolasepak melalui Klinik Bola komuniti percuma dan Kelab
komuniti DNA Penanti untuk melatih anak-anak kampung/tempatan dan kerjaya
bolasepak:
(a) Apakah langkah-langkah konkrit dan peruntukan yang boleh diberi oleh Kerajaan
Negeri untuk menyokong usaha ADUN, jurulatih-jurulatih profesional dan
tempatan sehingga pasukan Sekolah Taiwan datang untuk lawan, menang 4
kejuaraan U12-U8?
Y.A.B. Ketua Menteri:
25. Kerajaan Negeri senantiasa memberi perhatian kepada pembangunan sukan di negeri
ini termasuklah sukan bola sepak. Bagi melahirkan generasi pemain bola sepak yang
unggul dan berkebolehan tinggi dalam arena bola sepak negara, pendedahan awal
mengenai teknik-teknik permainan bola sepak perlu diberikan kepada kanak-kanak.
Oleh itu, Kerajaan Negeri mengambil maklum dan mengiktiraf usaha yang dilaksanakan
oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (YB. ADUN) Penanti dalam
mengadakan Klinik Bola Komuniti percuma dan Kelab Komuniti DNA Penanti.
Pada masa kini, Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan khas untuk tujuan
tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya ADUN ingin menganjurkan sebarang
pertandingan bola sepak, Kerajaan Negeri melalui
Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan(MMK) Belia dan Sukan bersedia memberi
sumbangan berdasarkan peruntukan sedia ada.
Selain itu, YB. ADUN juga disaran untuk mendapatkan tajaan daripada pihak luar bagi
menampung perbelanjaan program. Tajaan daripada pihak luar dengan menjadikan
Kelab Komuniti sebagai 'anak angkat' mereka juga dilihat dapat membantu menambah
sumber kewangan.
Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Pulau
Pinang (FAP) dalam usaha memberi sokongan kepada komuniti bagi melatih dan
mencungkil bakat di kalangan anak-anak kampung.
275
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
26. Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh tingkatkan usaha ADUN bersama pakar-pakar
mentor dan agensi bantuan kewangan untuk bantu usahawan wanita, yang berniaga di
rumah dan belia dengan mengguna penyelesaian inovasi teknologi dan otomasi untuk
tingkatkan volume pengeluaran, packaging yang tahan lama, tingkatkan pasaran,
kurangkan pekerja dan kos untuk tingkatkan perniagaan dan pendapatan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
26. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) membantu
usahawan wanita dan belia bagi mempertingkatkan pengeluaran, pasaran dan
seterusnya meningkatkan perniagaan dan pendapatan mereka menerusi usaha-usaha
seperti berikut:-
(a) Kemudahan pinjaman mikro kredit yang dikenali sebagai Skim Pinjaman Harapan
(SPH) Negeri Pulau Pinang, yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian
Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang. Skim ini diwujudkan dengan
matlamat untuk membantu mewujudkan modal tambahan kepada usahawan
termasuk wanita dan belia di Negeri Pulau Pinang. Pinjaman SPH ini disalurkan
tanpa sebarang cagaran dan penjamin dengan jumlah pinjaman antara
RM2,000.00 hingga maksimum RM25,000.00 untuk mereka yang berumur dari 18
hingga 60 tahun dengan tempoh bayaran balik antara 2 hingga 3 tahun. Sejak
tahun 2009 hingga Oktober 2018 seramai 1,739 usahawan wanita dan 1,987
golongan belia telah menikmati pinjaman ini;
(b) Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) Negeri Pulau Pinang dilaksanakan di bawah
Jawatankuasa MMK Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan
Kesihatan Negeri Pulau Pinang bersama PDC dengan kerjasama Jabatan
Pertanian Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Perikanan
Negeri Pulau Pinang. PDC telah bertindak bagi pihak Kerajaan Negeri sebagai
pemberi pinjaman, pengutip dan pentadbir. Program ini diwujudkan untuk
memberi dorongan kepada golongan belia untuk menjadikan sektor industri asas
tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan.
Peruntukan sebanyak RM750,000.00 setakat Jun 2018 telah disalurkan oleh
Kerajaan Negeri kepada PDC untuk mengendalikan proses pinjaman mikro
kredit. Pinjaman sebanyak RM5,000.00 seorang telah diberikan kepada
peminjam pertama bagi tempoh bayaran balik selama 2 tahun tanpa faedah.
Bagi pinjaman seterusnya, faedah 8% setahun dikenakan kepada peminjam dan
tempoh bayaran balik selama 2 tahun. Sejak tahun 2015 hingga Oktober 2018,
seramai 88 orang (80%) usahawan lelaki telah menikmati pinjaman ini dengan
jumlah pinjaman yang dikeluarkan sebanyak RM464,000.00. Manakala 22 orang
(20%) usahawan wanita telah menikmati kemudahan pinjaman ini dengan jumlah
pinjaman yang dikeluarkan sebanyak RM118,000.00;
(c) Melaksanakan program-program latihan keusahawanan seperti bengkel, seminar
dan motivasi kepada usahawan-usahawan Pulau Pinang bagi memperkasakan
ilmu pengetahuan, kemahiran dan kefahaman keusahawanan dalam bidang
pengurusan perniagaan supaya menjadi usahawan yang berdaya maju, berdaya
saing dan berdaya tahan. Sejak tahun 2008 hingga Oktober 2018, terdapat
sebanyak 100 program latihan keusahawanan telah diadakan dengan penyertaan
seramai 4,126 orang usahawan termasuk wanita dan belia;
(d) Program latihan keusahawanan seperti Kursus Pemasaran e-commerce telah
diadakan pada 3 Mei 2018, Kursus Pengurusan Kewangan pada 5 Julai 2018 dan
Kursus Pembungkusan, Pelabelan dan Penjenamaan pada 7 Ogos 2018; dan
(e) Bekerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk
menghasilkan usahawan wanita dan belia berkemahiran digital untuk
menjalankan perniagaan yang menggunakan teknologi digital bagi memasarkan
276
produk mereka sejajar dengan perkembangan dan trend dunia perniagaan kini
yang pesat dan dinamik terutama di alam maya.
Di peringkat persekutuan pula, Matrade mempunyai program Women Exporters
Development Programme (WEDP) dan Youth Exporters Development
Programme (YEDP) dan menyediakan geran sehingga RM100,000.00 setahun bagi wanita
dan belia yang bersedia serta berpotensi untuk eksport (export ready).
Selain itu, terdapat program khas untuk usahawan wanita yang dilaksanakan oleh
pelbagai Kementerian dan agensi termasuk:
(i) Keusahawanan untuk Ibu Tunggal oleh Kementerian Pembangunan Wanita,
Komuniti dan Masyarakat (KPWKM);
(ii) Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) oleh KPWKM;
(iii) Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNITA) oleh KPWKM;
(iv) Program Pembiayaan Usahawan Wanita oleh SME Bank; dan
(v) Skim Pembiayaan Ikhtiar oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Usahawan wanita, turut mendapat manfaat daripada pelbagai program yang ditawarkan
oleh SME Corp. Malaysia. Sehingga September 2018, seramai 3,927 usahawan wanita
telah menerima bantuan kewangan sejumlah RM229.92 juta melalui program tersebut.
Pada tahun 2018 Kerajaan Negeri melalui MMK Pembangunan Usahawan telah dan akan
mengadakan beberapa persidangan dan seminar yang turut melibatkan wanita,
antaranya ialah:
(a) Program Insentif dan Memperkasa Usahawan pada 17 September 2018;
(b) Persidangan Wanita Dalam Ekonomi dengan kerjasama Penang Women
Development Corporation (PWDC) dari 24 hingga 25 September 2018;
(c) Program Mendaya Usahawan dengan kerjasama Perdasama pada 29 September
2018;
(d) Program Pemantapan Usahawan (PDC) pada 13 Oktober 2018;
(e) Karnival Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu P. Pinang dari 17 hinga 8 November
2018; dan
(f) Program Tunas Niaga (PROTune 2018) Pulau Pinang pada 22 November 2018
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
27. Dalam ekonomi di mana syarikat mengurangkan pekerja, gaji tak naik, sukar dapat
pekerjaan, menjadi usahawan/IKS boleh jana pendapatan keluarga tetapi premis
perniagaan terhad. (
a) Bolehkah Kerajaan Negeri ambil alih bangunan-bangunan terbiar seperti Perda
City Mall dan bangunan lama hadapan sebagai Pusat Pemasaran dan rejuvenasi
Tapak Expo Seberang Jaya seperti Pasar Borong Selangor?
Y.A.B. Ketua Menteri:
27. Kerajaan Negeri ada menyediakan sebilangan gerai untuk disewa pada kumpulan
sasaran tertentu tetapi bilangannya adalah terhad. Para peniaga/usahawan/bakal
usahawan adalah digalakkan untuk memanfaatkan teknologi digital/internet untuk
mengurangkan kebergantungan kepada premis perniagaan.
(a) Berkaitan syor agar Kerajaan Negeri mengambil alih bangunan terbiar seperti
Perda City Mall dan rejuvenasi Tapak Ekspo Seberang Jaya memerlukan kajian
kebolehlaksanaan dan cost benefit analysis supaya pelaksanaannya berdaya
maju dan berdaya tahan serta memberi manfaat secara optimum kepada
kumpulan sasaran. Setakat ini Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk
mengambil alih bangunan-bangunan milik swasta yang terbiar.
Selain itu, Tapak Ekspo juga merupakan kawasan yang strategik dan bernilai
tinggi dan sebarang perubahan atau pembangunan di kawasan ini perlu dikaji

277
secara terperinci sebelum dilaksanakan. Kerajaan Negeri mengambil maklum
cadangan ini bagi mewujudkan lebih banyak premis perniagaan pada masa akan
datang.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
28. Cadangan membangun premis perniagaan dan latihan di atas tanah wakaf Kuala
Mengkuang menjawab yang Kajian PDC terhadap Tanah Wakaf Sekolah Masriyah masih
dilakukan.
(a) Apakah keputusan dan hasil Kajian PDC?
(b) Bagaimanakah ia dapat manfaat penduduk kampung Kuala Mengkuang dan
JKKK?
Y.A.B. Ketua Menteri:
28. (a) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah mengemukakan surat
pertama pada 8 Mac 2017 dan 27 Mac 2017 bagi memohon Perbadanan
Pembangunan Pulau Pinang (PDC) membuat kajian kedayahidupan ke atas
beberapa lot MAINPP termasuk tanah wakaf Sekolah Masriyah samada tanah-
tanah ini berpotensi dimajukan.
PDC walau bagaimanapun memaklumkan pihaknya sukar untuk membuat
penilaian kerana terdapat banyak percanggahan input seperti kadar nilaian
tanah semasa, cara pengiraan fisibiliti seperti keluasan unit, harga jualan, pelan
tata atur yang tidak memberi dapatan yang membolehkan penggunaan tanah
secara optima dan sebagainya. Selain itu, PDC juga menyatakan bahawa mereka
mempunyai kekangan tenaga profesional untuk kerja-kerja pemantauan dan
pengurusan projek. Di atas faktor-faktor tersebut PDC
menolak perlantikan sebagai Penyelaras Pengurusan Projek (PMC) bagi pihak
MAINPP.
Oleh yang demikian MAINPP sedang meneliti untuk membuka semula Request
For Proposal (RFP) bagi cadangan pemajuan di atas tanah seperti yang
dinyatakan.
XIX. Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
1. Kerajaaan Negeri telah memulakan kempen 'Say No To Straw'
(a) Adakah kempen kesedaran diberikan liputan luas serta pendidikan kepada
peniaga minuman?
(b) Apakah tindakan yang akan diambil terhadap peniaga minuman yang tidak
memberi kerjasama?
(c) Apakah alternatif yang akan mengganti penyedut minuman plastik yang lebih
mesra alam sekitar? Huraikan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. (a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk melaksanakan Dasar Larangan
Penggunaan Plastik Sekali Guna (No To Single-Use Plastic) bermula pada 1
Januari 2019 secara berfasa dimulakan dengan Polisi Larangan
PenggunaanPenyedut Plastik (No To Plastic Straw) secara menyeluruh di
peringkat negeri. Ke arah matlamat tersebut, Kerajaan Negeri telah
melaksanakan pendekatan soft approach melalui kempen-kempen kesedaran
seperti berikut:
(i) Mengedarkan poster “Larangan Penggunaan Penyedut Plastik” ke gerai-
gerai di sekitar kawasan KOMTAR untuk memberikan makluman awal
kepada peniaga makanan dan minuman mengenai hala tuju Negeri Pulau
278
Pinang ke arah larangan sepenuhnya penggunaan penyedut plastik dan
menggalakkan peniaga untuk mengurangkan penggunaannya;
(ii) Menjalankan kaji selidik mengenai “Penggunaan Plastik Sekali Guna” di
premis-premis makanan dan minuman di Pulau Pinang untuk
mendapatkan persepsi peniaga mengenai penggunaan plastik sekali
guna. Kaji selidik ini sekarang berada dalam peringkat penganalisisan
data dan laporan penuh kajian dijangka siap pada bulan Disember 2018;
dan
(iii) Melaksanakan sesi penerangan “Larangan Penggunaan Penyedut Plastik”
secara berperingkat kepada pengusaha-pengusaha premis makanan dan
minuman. Sesi penerangan pertama yang diadakan oleh Majlis Bandaraya
Pulau Pinang (MBPP) telah dihadiri oleh seramai 70 orang peserta.
(b) Cadangan tindakan penguatkuasaan peringkat awal adalah dengan mengenakan
syarat tambahan permohonan baharu atau pembaharuan lesen perniagaan di
bawah peruntukan Seksyen 107 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Melalui syarat
ini, sekiranya pemilik restoran/peniaga tidak mematuhi ketetapan bagi larangan
penggunaan penyedut plastik, Pihak Berkuasa Tempatan berhak untuk
membatalkan lesen premis perniagaan sedia ada atau tidak meluluskan
pembaharuan lesen perniagaan tersebut.
Selain itu, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan
Iklim (MESTECC) telah memperkenalkan Malaysia’s Roadmap Towards Zero
Singe-Use Plastics 2018-2030 yang akan menjadi pelan hala tuju negara ke arah
pembasmian penggunaan plastik sekali guna. Justeru itu, perancangan Kerajaan
Negeri dalam Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna khususnya No To Plastic
Straw akan diselaraskan dengan pelan hala tuju nasional tersebut.
(c) Pelbagai alternatif boleh digunakan untuk menggantikan penyedut minuman
plastik kepada produk yang lebih mesra alam. Antaranya termasuklah penyedut
minuman yang diperbuat daripada gelas, keluli tahan karat (stainless
steel),kertas, serai dan buluh. Penggunaan penyedut alternatif eco-
friendly sebagai pengganti penyedut plastik pada masa yang sama akan dapat
mengembangkan sektor ekonomi hijau (green economy) di Pulau Pinang.
Pengguna juga boleh membawa botol air minuman dilengkapi penyedut
minuman yang boleh dibasuh bagi mengurangkan penggunaaan penyedut
minuman plastik. Selain itu, cara yang paling mudah adalah penggunaan cawan
atau gelas tanpa menggunakan penyedut minuman. Ia tidak begitu sukar
sekiranya dijadikan kebiasaan dalam kehidupan harian di samping dapat
mengurangkan kos kepada peniaga.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Berbagai inisiatif atau kegiatan boleh dilakukan untuk menyahut 'Misi Pulau Pinang
2030'.
(a) Apakah kempen untuk menggalakkan pengguna membawa bekas makanan
sendiri telah/akan giat dianjurkan? Jelaskan.
(b) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memberi insentif kepada peniaga yang
mengambil bahagian dalam kempen ini misalnya gred premis perniagaan
berstatus hijau? Sila huraikan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. (a) Kerajaan Negeri telah memperkenalkan “Kempen Menggalakkan Orang Awam
Membawa Bekas Makanan Sendiri(Bring Your Own Container and Cutlery)” pada
tahun 2013 bagi mengurangkan sisa buangan melibatkan pembungkus dan
peralatan makanan sekali guna di samping pada masa yang sama mengelakkan
pembaziran makanan. KempenBring Your Own Container and Cutlery
279
(BYOC) yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan
pengguna membawa bekas makanan sendiri adalah seperti berikut:
(i) Mengadakan ceramah, road show dan showcase bagi memberikan
informasi kepada masyarakat mengenai kepentingan membawa bekas
makanan sendiri dan impak positif yang dibawa kepada alam sekitar;
(ii) Memperkenalkan trend untuk membawa bekas makanan sendiri semasa
hari terbuka Kerajaan Negeri sempena sambutan perayaan-perayaan
utama;
(iii) Bekerjasama dengan penganjur-penganjur program seperti Penang
Street Food Festival untuk meminta pengunjung membawa bekas
makanan sendiri dan pada masa yang sama menggalakkan peniaga hanya
membekalkan pembungkus makanan sekiranya perlu sahaja;
(iv) Menyediakan insentif dalam bentuk kupon diskaun makanan kepada
orang ramai yang membawa bekas makanan sendiri ke program-program
festival anjuran Kerajaan Negeri;
(v) Memberi cenderahati berupa bekas makanan, kutleri
(sudu/garfu/chopstick) dan penyedut minuman keluli tahan karat
sebagai galakan kepada pengunjung untuk memulakan inisiatif membawa
bekas makan sendiri;
(vi) Membekalkan bekas minuman kepada kakitangan Pengurusan Kanan di
pentadbiran Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi
mengurangkan penggunaan botol minuman plastik sekali guna dan pada
masa yang sama dapat menjadi contoh kepada masyarakat; dan
(vii) Menyiarkan hebahan melalui media sosial seperti Facebook secara
berkala bagi memberi kesedaran dan menggalakkan pengguna untuk
sama-sama menyokong inisiatif membawa bekas makanan sendiri.
(b) Pada masa ini, Kerajaan Negeri masih belum memutuskan untuk menyediakan
insentif kepada pengusaha premis makanan yang menyokong inisiatif kempen
membawa bekas makanan sendiri. Namun begitu, cadangan untuk pemberian
insentif dalam bentuk pengiktirafan sebagai “Premis Perniagaan Berstatus
Hijau” boleh dipertimbangkan untuk pelaksanaan di masa hadapan.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Masalah dan fenomena 'Mat Lajak' semakin berleluasa di Pulau Pinang. Seringkali boleh
nampak Mat Lajak ini berlumba haram di Jalan Ahmad Nor, Jelutong dan lain-lain
tempat lagi.
(a) Apakah tindakan yang telah dan akan diambil untuk mencegah kegiatan
perlumbaan haram oleh kumpulan berbasikal 'Mat Lajak'? Sila huraikan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. ‘Mat Lajak’ atau basikal nyamuk adalah fenomena baru dimana kumpulan remaja
berusia 10 hingga 12 tahun menunggang basikal yang diubah suai secara ekstrem. Mereka bukan
saja berkumpul pada hujung minggu seperti geng mat rempit, malah ada kalanya berlumba
sesama sendiri di laluan yang digunakan orang awam.
(a) Bagi kes-kes lumba haram, pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) boleh mengambil
tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa seperti berikut:
(i) Kaedah 42(1)(a) Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959 - kesalahan tiada brek
(basikal).
(ii) Kaedah 42(1) (b) Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959 - Menunggang secara meniarap
tidak bercelapak di atas pelana basikal.

280
(iii) Antara tindakan yang telah / akan diambil oleh pihak PDRM adalah:

Menjalankan beberapa
operasi basikal lajak dan
statistik operasi ini daripada
TimurLaut S/PraiUtara S/PraiTengah S/PraiSelatan BaratDaya Jumlah
bulan Januari hingga 30
September 2018 adalah
seperti berikut:Perkara
Jumlah Operasi ‘Mat Lajak’ 3 8 7 4 8 30
Jumlah Adovakasi
24 60 35 15 75 209
(Penjaga/remaja)
Jumlah saman di keluarkan 0 0 0 0 10 10
Jumlah Sita Basikal 0 19 4 0 10 33

Operasi ini akan sentiasa dijalankan secara berkala oleh pihak PDRM
(b) Sentiasa memberi nasihat kepada penjaga yang terlibat dalam kumpulan
berbasikal ‘Mat Lajak’ tentang bahaya aktiviti ini yang biasanya terdiri daripada
golongan remaja yang terdiri daripada pelajar sekolah.
Melalui kempen yang di jalankan oleh pihak PDRM Jabatan Siasatan dan
Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di sekolah rendah di seluruh Negeri Pulau Pinang
telah memberi penerangan berkaitan kesan / akibat gelaja basikal lajak ini.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Apakah tindakan bagi memastikan prestasi Jabatan Lanskap MBPP berada dalam tahap
terbaik agar perkhidmatan atau tanggungjawab yang digalas dapat dilaksanakan?
Huraikan.
(a) Senaraikan tanggungjawab Jabatan secara khusus dan jumlah tenaga kerja
Jabatan.
(b) Senaraikan jumlah yang telah dibelanjakan sejak 2013 hingga kini dan jumlah
yang diperuntukan bagi tahun 2019.
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Bagi memastikan prestasi Jabatan Landskap MBPP berada di tahap terbaik agar
perkhidmatan atau tanggungjawab yang digalas dapat dilaksanakan, MBPP akan
melaksanakan perkara-perkara berikut:
(i) mengkaji semula kakitangan sedia ada;
(ii) menghantar kakitangan untuk hadir latihan / kursus bagi meningkatkan prestasi
dan kemahiran kakitangan; serta
(iii) memperkasakan Unit Arboris / Pokok di Jabatan Landskap agar visi Kerajaan
Negeri untuk mencapai negeri yang lebih bersih, hijau, selamat dan sihat akan
terlaksana.
(a) Jabatan Landskap MBPP mempunyai seramai 265 orang tenaga kerja yang terdiri
daripada 200 orang kakitangan tetap, 52 orang kakitangan kontrak dan 13 orang
kakitangan sambilan dibawah empat (4) bahagian iaitu:
(i) Bahagian Dasar Dan Pembangunan
(ii) Bahagian Kawalan Penyelenggaraan
(iii) Unit Arboris/Pokok
(iv) Bahagian Projek
Senarai tanggungjawab setiap bahagian adalah seperti di Lampiran A.
(b) Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Jabatan Landskap MBPP sejak
tahun 2013 hingga bulan Oktober tahun 2018 adalah sebanyak RM107,304,760.76
281
dan perinciannya adalah seperti di Lampiran B. Bagi tahun 2019, sebanyak
RM26,827,437.00 telah diperuntukkan kepada Jabatan Landskap MBPP.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Nyatakan jumlah bilangan pemegang lesen bot nelayan pantai dan jumlah
bilangan/peratusan keluar menangkap ikan serta jumlah tan metrik bagi setiap kawasan
nelayan pantai?
(a) Nyatakan juga jenis tangkapan?
(b) Apakah langkah-langkah proaktif yang dirancang oleh Kerajaan Negeri untuk
membantu para nelayan ? Huraikan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Berdasarkan rekod Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang, jumlah nelayan pesisir
pantai berlesen di seluruh Negeri Pulau Pinang ialah 4,356 orang. Walau bagaimanapun,
daripada jumlah tersebut, hanya 61.23 % atau 2,667 orang nelayan sahaja yang
berstatus aktif berdasarkan rekod Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Pulau
Pinang. Status aktif ini merujuk kepada nelayan yang melakukan pendaratan ikan dan
menerima elaun sara hidup. Pada tahun 2017, jumlah tangkapan ikan adalah 51,184.65
tan metrik. Perincian jumlah tangkapan mengikut kawasan adalah seperti di Lampiran
A.
(a) Berdasarkan rekod Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang, pada tahun 2017,
hasil tangkapan yang tertinggi adalah Ikan Baja dan Temenong. Perincian bagi
tangkapan ikan pada tahun tersebut adalah seperti di Lampiran B.
(b) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang dan LKIMNPP
sememangnya telah melaksanakan langkah-langkah proaktif untuk membantu
golongan nelayan dan buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk
memperkenalkan bantuan baharu untuk nelayan. Langkah-langkah proaktif yang
telah diambil adalah seperti berikut :
(i) Agropreneur Muda
Bantuan geran diberikan kepada pemohon yang berumur antara 18 hingga
40 tahun. Untuk program ini, geran dengan nilai maksimum sebanyak
RM20,000.00 berupa peralatan diberikan kepada usahawan akuakultur
dan maksimum RM15,000.00 untuk Usahawan Industri Asas Tani (IAT).
(ii) Kursus dan Demo In-Situ
Kursus ini lebih menumpukan kepada kemahiran teknikal seperti
pembaikan enjin sangkut, pemprosesan dan
pembuatan/penyelenggaraan sampan fiber.
(iii) Pinjaman Dana Nelayan
Pinjaman mudah bagi pembelian bot dan peralatan baharu atau
meningkatkan keupayaan bot sedia ada, pinjaman modal operasi,
pinjaman kecemasan untuk nelayan dan modal pusingan pemasaran
untuk Persatuan Nelayan.
(iv) Elaun Sara Hidup Nelayan
Membantu meringankan beban golongan nelayan yang berkelayakan.
Elaun yang diberikan berjumlah antara RM250.00 ke RM300.00 sebulan
kepada nelayan yang layak.
(v) Pengurusan Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan
Membantu menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan kesan
daripada kenaikan harga pasaran minyak.
282
(vi) Insentif Pendaratan Ikan
Insentif ini diberikan kepada nelayan yang mendaratkan ikan di jeti-jeti
yang diwartakan LKIMNPP dengan nilai RM0.10 bagi setiap kilogram
tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
(vii) Program Tukun Tiruan
Sejak tahun 2008 hingga 2018, sejumlah 1,173 tukun tiruan yang terdiri
daripada pelbagai jenis dan saiz telah dilabuhkan di perairan Pulau Kendi
dan Pulau Aman.
(viii) Program Baucar Nelayan Pesisir Pantai
Pemberian baucar bernilai RM400.00 bagi setiap nelayan yang layak.
Baucar ini kemudiannya digunakan oleh nelayan untuk pembelian
peralatan menangkap ikan daripada kedai-kedai yang dikenal pasti oleh
Kerajaan Negeri.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Nyatakan jumlah tangkapan pencerobohan laut oleh nelayan asing dan nelayan
tempatan terhadap zon yang dibenarkan.
(a) Huraikan tahap pengaruhan negatif akibat pencerobohan tersebut.
(b) Nyatakan tindakan/hukuman yang dikenakan terhadap kesalahan ini.
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi terhadap sebarang pencerobohan laut oleh
nelayan asing dan nelayan tempatan di zon perikanan yang ditetapkan. Berdasarkan
rekod Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang, bagi tahun 2018 iaitu sehingga bulan
Oktober, terdapat 48 aduan berhubung pencerobohan zon perikanan oleh nelayan asing
dan nelayan tempatan. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang
telah menjalankan 93 tangkapan merangkumi kes pukat tunda, pukat hanyut, kenka
dua bot dan bubu naga berdasarkan aduan dan operasi yang dilaksanakan. Bagi
kesalahan ini, kesemua nelayan terlibat dikenakan kompaun dan sehingga Oktober
2018, jumlah kompaun yang berjaya dikutip adalah berjumlah RM41,400.00.
(a) Kegiatan pencerobohan zon perikanan oleh nelayan asing atau nelayan tempatan
ini sudah semestinya memberikan kesan negatif kepada sumber perikanan yang
seterusnya memberi impak negatif terhadap hasil tangkapan ikan dan
pendapatan nelayan pesisir pantai atau nelayan tradisi di zon A iaitu perairan
dalam lingkungan 8 batu nautika dari pantai terjejas. Selain itu, aktiviti tidak
bermoral ini turut menyebabkan berlakunya isu sosial lain seperti pergaduhan di
antara nelayan yang melaksanakan aktiviti tangkapan ikan secara sah dengan
nelayan yang menjalankan aktiviti tangkapan ikan secara tidak sah.
(b) Hukuman yang dikenakan terhadap nelayan yang melakukan pencerobohan zon
perikanan adalah berbeza mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.
Berdasarkan Dasar dan Prosedur Baru Perlesanan Jabatan Perikanan (Pekeliling
Bil 10/2014), kadar hukuman bagi pengusaha vesel pukat tunda yang
menceroboh kawasan di bawah zon perikanan yang ditetapkan adalah seperti
berikut:
Muatan Vesel
Bilangan Kesalahan
<40GRT 40<70GRT >70GRT
i.Kompaun
i.Kompaun RM6,000 i.Kompaun RM12,000
RM3,000
Pertama
ii. Gantung lesen setahun (12 bulan);
dan
iii. Peralatan pukat tunda dirampas;
Kedua
iv. Pindah milik lesen tidak dibenarkan selama lima (5) tahun; dan
v. Wang lelong ikan dirampas
Ketiga Tindakan mahkamah

283
Jenis hukuman adalah berbeza mengikut kekerapan kesalahan, jarak dan kawasan yang
diceroboh. Nelayan yang ditahan atas kesalahan pencerobohan juga tertakluk kepada
hukuman lain sekiranya didapati turut melakukan kesalahan yang lain berdasarkan Akta
Perikanan 1985.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Gejala bunuh diri makin serius di kalangan masyarakat.
(a) Senaraikan statistik kes bunuh diri mengikut kategori bangsa, jantina dan umur.
(b) Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya kes-kes bunuh diri?
Sila huraikan.
Y.A.B. Ketua Menteri:

7. (a) Statistik kes bunuh diri mengikut kaum bagi tahun 2018 (Jan – Sept) bagi Negeri
Pulau Pinang adalah seperti berikut:

KAUM LELAKI PEREMPUAN JUMLAH


Melayu 2 1 3
Cina 2 3 5
India 3 2 5
Warganegara Filipina - 1 1
JUMLAH KESELURUHAN 7 7 14

Statistik kes bunuh diri mengikut Umur bagi tahun 2018 (Jan – Sept) bagi Negeri
Pulau Pinang adalah:
21 TAHUN 22 – 40 41 – 59 60 TAHUN
JUMLAH
KAUM/UMUR KEBAWAH TAHUN TAHUN KE ATAS
L P L P L P L P L P
Melayu - - 2 1 - - - - 2 1
Cina - 1 1 1 - 1 1 - 2 3
India - 2 2 - 1 - - - 3 2
Warganegara Filipina - - - 1 - - - - - 1
0 3 5 3 1 1 1 0 7 7
JUMLAH KESELURUHAN
3 8 2 1 14

Statistik kes bunuh diri mengikut Punca Kejadian bagi tahun 2018 (Jan – Sept) bagi Negeri
Pulau Pinang adalah:
PUNCA KEJADIAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
Kemurungan 1 2 3
Mengalami Penyakit Kritikal 2 - 2
Tekanan Tiada Pekerjaan 2 - 2
Selisih Faham Dalam Percintaan 1 - 1
Tekanan Kerana Ditangkap Polis 1 - 1

284
Halunisasi/Nampak Mahluk Halus - 1 1
Tekanan Kerana Dituduh Mencuri - 1 1
Pengambilan Ubat Berlebihan - 1 1
Masalah Hutang - 1 1
Perselisihan Faham Dengan Suami - 1 1
JUMLAH KESELURUHAN 7 7 14

Statistik kes bunuh diri mengikut Cara Tindakan bagi Tahun 2018 (Jan – Sept) bagi
Negeri Pulau Pinang pula adalah:
CARA TINDAKAN BUNUH DIRI LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
Terjun Bangunan 3 2 5
Terjun Jambatan 1 2 3
Gantung Diri 1 1 2
Kelar Pergelangan Tangan 1 - 1
Tikam Leher 1 - 1
Potong Tangan - 1 1
Hidu Asap Arang - 1 1
JUMLAH KESELURUHAN 7 7 14

(b) Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada gejala bunuh diri:

(i) Berdasarkan analisa yang dijalankan, mendapati mangsa lebih cenderung


untuk melakukan perbuatan bunuh diri disebabkan tekanan perasan.
Sebagai contoh, akibat kemurungan kerana mengalami kesakitan kronik
yang berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh, tiada pekerjaan,
pergaduhan dengan pasangan serta masalah dibebani hutang yang banyak;
(ii) Semua punca adalah berkaitan dengan jiwa atau perasaan. Kebanyakan
mangsa yang mengambil tindakan bunuh diri adalah individu yang
pendiam atau menyimpan perasaan dan masalah secara bersendirian
tanpa meluahkan perasaan mereka kepada orang lain;
(iii) Selain itu, mangsa-mangsa bunuh diri ini beranggapan bahawa mereka
merupakan individu yang memberi kesusahan dan bebanan kepada
keluarga atau orang lain. Jesteru itu, mereka mengambil tindakan untuk
membunuh diri dengan harapan bebanan tersebut akan selesai. Ini
berlaku kepada mangsa-mangsa yang mengalami kesakitan kronik
berpanjangan, dibelenggu hutang dan tiada pekerjaan atau dibuang
kerja;
(iv) Terdapat juga mangsa-mangsa yang berasa malu disebabkan dikaitkan
dengan tekanan dituduh melakukan curi menyebabkan mereka mengalami
perasaan bersalah yang keterlaluan dan takut dimarahi atau
mencemarkaan maruaah keluarga menyebabkan mangsa mengambil
tindakan singkat membunuh diri untuk menyellesaikan masalah; dan
Mangsa-mangsa juga mengambil tindakan membunuh diri apabila mereka
beranggapan bahawa diri mereka tidak diperlukan atau tidak disayangi oleh
285
pasangan masing-masing. Ini terjadi kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam
perselisihan faham atau pergaduhan antara suami isteri atau pasangan dalam
percintaan.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Kemahiran pengurusan stress dan menyelesaikan masalah peribadi perlu dijadikan salah
satu komponen penting dalam pendidikan negara.
(a) Apakah langkah atau tindakan yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri
untuk membendung gejala bunuh ini daripada berleluasa? Sila huraikan dengan
terperinci.
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap
sebarang perubahan atau tuntutan yang diterima. Terdapat dua faktor utama yang
menyebabkan berlakunya stres. Iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor luaran
adalah seperti tempat belajar, keluarga, persekitaran dan masyarakat. Manakala faktor
dalaman pula ialah seperti imej diri dan pengurusan diri. Walau bagaimanapun,
penerimaan seseorang terhadap stres adalah berbeza-beza. Perkara yang menimbulkan
stres pada seseorang pula dianggap biasa oleh seseorang yang lain. Antara tindakan
Kerajaan Negeri dalam menangani isu bunuh diri akibat stres adalah seperti berikut:-
(i) Mengadakan sesi dialog seperti yang berlangsung pada 25 September 2018 yang
lalu, di antara I-Life Suicide Prevention Campaign & Organization dalam
membincangkan isu bunuh diri dan cara pencegahan terhadap kes bunuh diri
telah diadakan.
(ii) Pada 5 Oktober 2018 yang lalu, satu mesyuarat bersama dengan Ketua
Pengarang dan Wakil dari Media-Media di Negeri Pulau Pinang telah
membincangkan cara pencegahan serta cara laporan dan penerbitan yang akan
mendatangkan kesan terhadap kes bunuh diri.
(iii) Kerajaan Negeri juga memberikan Outright Grant (OG) untuk badan bukan
kerajaan (NGO) yang menyalurkan perkhidmatan kaunseling, sesi pengurusan
tekanan dan lain-lain.
(iv) Pihak berkuasa negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan atau setempat, disaran
untuk menganjurkan dan memperbanyakkan program-program keagamaan yang
boleh memberi penerangan mengenai hukum hakam agama serta tanggungjawap
antara ahli keluarga. Ini akan mewujudkan satu kekuatan jiwa kepada semua
orang untuk menghargai nyawa masing-masing serta meningkatkan rasa kasih
sayang dan hormat menghormati dalam institusi sesebuah keluarga yang secara
tidak langsung akan menjadi ikatan kekeluargaan dan saling bertanggungjawap
antara satu sama lain akan menghakis segala kemurungan atau kekecewaan yang
wujud dalam diri masing-masing.
(v) Menganjurkan program yang bermanfaat untuk remaja bagi mengelakkan
pembaziran masa seperti kem motivasi, sebagainya. Ini mampu mengelakkan
remaja dari memikirkan perkara-perkara yang boleh menjerumuskan mereka
kepada perkara negatif.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Apakah statistik terbaru mengenai jumlah pelarian Rohingya yang memegang kad
UNHCR dan tidak ada kad yang berada di Pulau Pinang setakat ini?
(a) Adakah jumlah ini semakin bertambah dengan kelahiran anak hasil daripada
perkahwinan?
(b) Siapa yang dipertanggungjawabkan ke atas kehidupan harian dan kebajikan
mereka?

286
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Projek Perintis Kebenaran Bekerja untuk pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan
Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) dari etnik Rohingya bermula secara rasmi sejak
1 Mac 2017. Projek perintis itu akan membolehkan 300 pemegang kad UNHCR etnik
Rohingya yang melepasi tapisan keselamatan dan saringan kesihatan untuk bekerja.
Kesemua mereka akan ditempatkan di syarikat-syarikat terpilih dalam sektor
perladangan dan pengilangan bertujuan memberikan kemahiran dan sumber kewangan
untuk membina kehidupan sebelum ditempatkan semula ke negara ketiga. Berdasarkan
kepada maklumat dari Pejabat UNHCR di Kuala Lumpur sehingga bulan Februari 2018,
terdapat kira-kira 13,278 orang pelarian Rohingya yang berada di Pulau Pinang.
(a) Terdapat kemungkinan peningkatan jumlah pelarian Rohingya di Pulau Pinang
sejak Februari 2018. Dalam hal ini, sebarang kelahiran anak Rohingya hasil
perkahwinan sesama Rohingya atau dengan warga tempatan atau warga asing
seperti Indonesia, ianya perlu didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN) Pulau Pinang.
(b) Dasar sedia ada tidak membenarkan pelarian yang memegang kad UNHCR
bekerja secara formal. Ini kerana kad UNHCR bukanlah dokumen pengenalan diri
yang membolehkan pelarian bekerja secara formal seperti mana pekerja asing
yang bekerja secara sah. Walau bagaimanapun, bagi tujuan menyara hidup
semasa pelarian ini tinggal sementara di Malaysia, pelarian ini bekerja sendiri
untuk menyara hidup. Pihak kerajaan juga sedang melaksanakan Projek Perintis
Kebenaran Bekerja kepada pelarian Rohingya di sektor pekilangan dan
perladangan. Namun demikian, sambutan yang diberikan adalah amat rendah
dan kerajaan sedang meneliti semula pelaksanaan projek tersebut.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Senaraikan secara terperinci (nama, k/p dan alamat) penerima-penerima Program
Agenda Ekonomi Saksama (AES) di kawasan DUN Sungai Pinang mengikut pecahan tahun
sejak program AES diperkenalkan.
(a) Senaraikan jumlah bilangan dan sebab penerima AES yang telah ditamatkan
bantuan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Senarai terperinci 26 orang penerima Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) di
kawasan DUN Sungai Pinang mengikut tahun adalah seperti diLampiran A.
(a) Proses pemutihan terjadual yang melalui temuduga dan siasatan, jumlah
penerima yang telah ditamatkan bantuan adalah seramai 10 orang. Antara
sebab-sebab penerima AES yang ditamatkan adalah pendapatan yang melebihi
paras garis kemiskinan, dokumen-dokumen tidak lengkap yang menyebabkan
proses pengesahan tidak dapat disempurnakan.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Lebuh Bakau merupakan tanah Kerajaan Negeri yang diberikan kelulusan LPS kepada
penghuni/pengusaha IKS sejak 70 tahun yang lalu. Kini struktur di Lebuh Bakau semakin
usang dan mengancam keselamatan.
(a) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memajukan kawasan tersebut dengan
pembangunan IKS serentak dengan perancangan pembangunan perumahan di lot
bersebelahan iaitu Lot 10042/43/44/45? (b) Huraikan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan sebanyak 36 Lesen Pendudukan Sementara
(LPS) bagi tujuan pembinaan rumah dan bengkel di kawasan Lebuh Bakau. Sehingga

287
kini, Pentadbir Tanah Daerah Timur Laut masih lagi menerima dan memproses
permohonan LPS di kawasan tersebut.
Buat masa ini, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada pembangunan kawasan
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sedia ada di SME Village Batu Kawan dan Penang SME
Centre di Bayan Lepas dan tiada perancangan untuk membangunkan kawasan Lebuh
Bakau sebagai kawasan IKS.
(a) Bagi Lot 10042 dan Lot 10043, Seksyen 1, Bandar Jelutong, Daerah TImur Laut,
tanah tersebut adalah merupakan tanah milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan
Pulau Pinang (SSI) dan dalam perancangan untuk pembangunan Projek
Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT). Manakala bagi Lot 10044 dan Lot 10045, tanah tersebut
adalah hakmilik persendirian.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Senaraikan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh Jabatan Alam Sekitar
sejak tahun 2011 dengan huraian jenis kesalahan dan amaun penalti.
(a) Berapakah kes yang telah dibawa ke mahkamah dan dihukum kerana disabit
kesalahan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974 [Akta 127]. Sehubungan itu, setiap tindakan penguatkuasaan yang
diambil oleh JAS adalah berlandaskan kepada peruntukan Akta tersebut. Mana-mana
premis yang gagal mematuhi Akta 127 akan dikenakan tindakan perundangan termasuk
kompaun, notis arahan dan tindakan mahkamah. Statistik tindakan penguatkuasaan
yang telah dilaksanakan oleh JAS Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2011 hingga Oktober
2018 adalah seperti di Lampiran A dengan kesalahan-kesalahan di bawah peruntukan
Akta 127 seperti berikut:
(i) Seksyen 25(1) - pencemaran perairan daratan;
(ii) Seksyen 22(1) - pencemaran udara;
(iii) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005;
(iv) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009; dan
(v) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.
(a) Sebanyak 192 kes di Negeri Pulau Pinang telah dibawa ke mahkamah dan dihukum
kerana disabit kesalahan di bawah Akta 127 dari tahun 2011 hingga Oktober
2018.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Huraikan dengan terperinci kronologi tindakan yang telah diambil terhadap Kilang
Santan Agus Food Industries S/B yang beroperasi di unit kedai Rumah Pangsa Medan
Tengku Blok 3.
(a) Apakah rintangan yang dihadapi oleh PBT dalam menyelesaikan masalah seperti
ini yang sudah berlarutan sekian lama ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menerima aduan ke atas Kilang Santan Agus Food
Industries Sdn. Bhd. yang beroperasi di unit kedai Rumah Pangsa Medan Tengku Blok 3
pada 9 Mac 2017. Hasil siasatan mendapati kilang tersebut melakukan dua (2) kesalahan
iaitu menjalankan aktiviti perniagaan kategori industri ringan dikawasan yang tidak
dibenarkan dan menjalankan aktiviti tanpa kebenaran oleh pihak MBPP. Kronologi
tindakan yang telah diambil oleh MBPP ke atas kilang tersebut adalah seperti
di Lampiran A.
288
(a) Rintangan yang dihadapi oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam
menyelesaikan masalah adalah pemilik premis tidak mematuhi notis yang
dikeluarkan oleh pihak MBPP dan pemilik premis masih meneruskan perniagaan
walaupun mereka telah didakwa dan mahkamah menjatuhkan hukuman denda.
MBPP kini dalam proses mengambil tindakan mahkamah kali kedua bagi
mendapatkan perintah mahkamah mandatori untuk menghentikan aktiviti
perniagaan.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
14. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan lonjakan industri kecil dan
sederhana bagi jangka pendek dan jangka panjang di kawasan DUN Sungai Pinang?
(a) Apakah insentif yang disediakan untuk membantu pengasas industri kecil?
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. (a) Kerajaan Negeri melalui Penang Development Corporation (PDC) dan Invest
Penang merancang untuk membantu pengasas Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
bagi memastikan lonjakan IKS dapat dinikmati oleh semua usahawan IKS di
seluruh Negeri Pulau Pinang termasuk di kawasan DUN Sungai Pinang, dengan
menyediakan insentif seperti berikut:
(i) Menyediakan ruang operasi kepada Perbadanan Perusahaan Kecil
dan Sederhana (PKS) di Penang SME Centre, Taman Perindustrian Bayan Lepas
dan SME Village di Taman Perindustrian Batu Kawan. Usahawan tempatan boleh
menyewa/membeli ruang industri dalam projek-projek tersebut dengan kadar
subsidi dan beroperasi berdekatan dengan syarikat luar negara supaya servis dan
produk mereka dapat dibekalkan dalam tempoh masa atau jarak yang singkat;
(ii) Menganjurkan sesi-sesi pemadanan perniagaan dan peluang pemasaran;
(iii) Menjalinkan kerjasama dengan kilang pelaburan asing;
(iv) Menganjurkan Hari Pembekal dan memperkenalkan pelabur baru kepada
syarikat tempatan yang berpotensi menjadi pembekal/vendor kepada pelabur
asing;
(v) Membentuk Kluster Automasi Penang atau Penang Automation Cluster (PAC) di
Kawasan Perindustrian Batu Kawan yang akan mula beroperasi pada tahun 2019;
(vi) Menawarkan Penang i4.0 Seed Fund berjumlah RM4 juta untuk membantu
usahawan-usahawan baharu dalam bidang berasaskan teknologi (technopreneur)
yang berpotensi untuk mencapai pengkomersialan. Penang i4.0 Seed Fund ini
diuruskan oleh Invest Penang di bawah (Accelerator for Creative Analytics
Technology) @CAT;
(vii) Membekalkan ruang operasi kepada technopreneur dengan kadar sewa yang
bersubsidi di (Accelerator for Creative Analytics Technology) @CAT dan
menganjur pelbagai program pembangunan keusahawanan untuk membantu
mereka; dan Menganjurkan sesi dialog dengan agensi persekutuan yang
mempunyai dana dan bajet kepada usahawan yang ingin menaiktarafkan sistem
mereka dalam Industri 4.0.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Kempen 'Pedestrian Is King' telah diterajui oleh MBPP pada tahun 2015 dan video
berkaitan telah memenangi anugerah 'The Best Broadcast' di Korea.
(a) Apakah pencapaian kesedaran 'Kempen Pedestrian Is King' di kalangan rakyat
Pulau Pinang?
(b) Apakah status terkini kempen tersebut ? Sila huraikan dengan terperinci.

289
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah melaksanakan Kempen Pedestrian is King
sejak bulan April 2016 dan menjalankan projek kaki lima bebas halangan di kawasan
tapak warisan George Town. Tujuan utama projek ini adalah untuk mengalakkan lebih
ramai orang berjalan kaki di laluan kaki lima yang disediakan dengan menyediakan
laluan mesra pejalan kaki.
(a) Pelaksanaan Kempen Pedestrian is King di kalangan rakyat Pulau Pinang telah
berjaya meningkatkan kesedaran dan mendidik orang awam terutamanya
pemandu kenderaan supaya memberi perhatian yang khusus ke atas
keselamatan dan keselesaan pejalan kaki.
(b) Perincian status terkini tentang Kempen Pedestrian is King adalah seperti
berikut:
(i) Menggalakkan penggunaan laluan pejalan kaki serta mewujudkan laluan
pejalan kaki yang berterusan dan selamat. Kawasan Lebuh Chulia telah
dipilih sebagai projek perintis bagi projek ini.
(ii) Menganjurkan sesi dialog bersama dengan pemilik-pemilik premis di
Lebuh Chulia bagi menerangkan kepentingan laluan pejalan kaki bebas
halangan.
(iii) Mengeluarkan sebanyak 64 buah halangan tetap di laluan pejalan kaki
sepanjang Lebuh Chulia, seterusnya meneruskan projek kaki lima bebas
halangan di kawasan warisan sebanyak 40 buah halangan tetap telah
dikeluarkan.
(iv) Mengedarkan risalah mengenai kempen ini untuk memberi kesedaran
kepada pemilik-pemilik premis untuk menyediakan kaki lima bebas dari
halangan.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Pelancongan merupakan sumber pendapatan utama negeri dan juga membawa manfaat
kepada rakyat Pulau Pinang.
(a) Apakah tindakan bagi memastikan rakyat tempatan tidak diketepikan dalam
sektor perkhidmatan pelancongan yang kelihatan bakal dimonopoli oleh warga
asing terutamanya di kawasan-kawasan pelancongan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. (a) Bagi memastikan rakyat tempatan tidak diketepikan dalam sektor perkhidmatan
pelancongan, Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan-tindakan berikut:
(i) Mengawal pengeluaran lesen perniagaan kepada warga asing khususnya
di kawasan-kawasan tumpuan pelancong serta memberi keutamaan
kepada rakyat tempatan. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah
menguatkuasakan Garis Panduan Kawalan Aktiviti Perniagaan Untuk
Pengusaha Warganegara Asing yang bertujuan untuk mengawal aktiviti
perniagaan yang diusahakan oleh syarikat milikan warganegara asing agar
tidak mengambil kesempatan dan peluang perniagaan rakyat tempatan;
(ii) Bagi perkhidmatan penyediaan makanan, MBPP telah mengeluarkan
arahan Larangan Tukang Masak Warga Asing Memasak Masakan Tempatan
Pulau Pinang bagi mengekalkan keaslian masakan tempatan yang
menjadi tarikan pelancong ke Pulau Pinang; dan
(iii) Melibatkan rakyat tempatan dalam pembangunan sektor perkhidmatan
pelancongan berasaskan Community Based Tourism (CBT). Sebagai
contoh, melalui program homestay, pengusaha-pengusaha tempatan
berpeluang melibatkan diri dalam menyediakan penginapan kepada

290
pelancong. Selain itu, mereka dapat memberikan perkhidmatan
tambahan kepada pelancong melalui aktiviti jejak kampung, masakan
tradisional, lawatan ke sawah padi, lawatan ke kolam udang,
penangkapan ketam di jeti nelayan dan permainan tradisional. Aktiviti-
aktiviti tersebut akan menyumbang kepada peningkatan peluang
pekerjaan dan perniagaan serta pertumbuhan ekonomi yang
membolehkan rakyat tempatan menambah pendapatan mereka. Pulau
Pinang kini mempunyai 11 kluster homestay yang terdapat di seluruh
negeri.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Study Penang (dulu dikenali sebagai Penang Tourism Education Centre) (PCET) bercita-
cita untuk menubuhkan Pulau Pinang sebagai hab pendidikan bertaraf dunia.
(a) Sila huraikan dengan terperinci prestasi pencapaian serta manfaat yang
diperolehi sejak dilancarkan sehingga kini.
(b) Apakah rancangan masa depan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Study Penang yang sebelum ini dikenali sebagai Penang Centre of Education
Tourism ditubuhkan dengan objektif untuk mempromosi dan memperkenalkan Pulau
Pinang sebagai destinasi pendidikan di Malaysia. Study Penang kini mempunyai
sebanyak 14 ahli yang terdiri daripada kolej dan universiti swasta di Pulau Pinang.
Antara program-program dan aktiviti yang berjaya dilaksanakan oleh Study
Penang adalah seperti berikut :
(a) Lawatan ke sekolah tinggi di Mandalay, Myanmar bersama kolej-kolej swasta
untuk memberi taklimat kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan
akhir sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Pemberian taklimat seperti
ini dijangka akan memanfaatkan Kerajaan Negeri dengan menarik lebih ramai
pelajar daripada negara Myanmar untuk datang belajar di Pulau Pinang.
(b) Menyertai pameran pendidikan antarabangsa di negara jiran seperti Medan,
Jakarta, Hatyai dan Phuket bagi mempromosikan kolej-kolej dan universiti
swasta yang beroperasi di Pulau Pinang. Aktiviti promosi ini sedikit sebanyak
akan memperkenalkan Pulau Pinang sebagai hab pendidikan di mana kos untuk
belajar di Pulau Pinang adalah lebih rendah berbanding dengan Kuala Lumpur,
Johor dan Singapura. Penyertaan dalam pameran pendidikan antarabangsa akan
memanfaatkan Kerajaan Negeri melalui aktiviti mempromosi kolej-kolej di
Pulau Pinang di mana ia akan meningkatkan kemasukan pelajar-pelajar dari luar
negara di kolej-kolej tersebut dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan
ekonomi di Pulau Pinang.
(c) Menganjurkan ASEAN Australia Education Dialogue pada Mac 2018 di mana
seramai 150 orang delegasi dari negara-negara ASEAN dan Australia telah
mengambil bahagian dalam program ini. Study Penang telah menyokong dan
menaja program ini dengan bantuan Kerajaan Negeri. Program ini telah
memperkenalkan Pulau Pinang sebagai sebuah hab pendidikan antarabangsa
kepada 150 delegasi tersebut. Perwakilan yang hadir di program ini telah
membincangkan pelbagai isu, cabaran, dan peluang masa depan dalam bidang
pendidikan. Program ini telah menghasilkan beberapa inisiatif dan perkongsian
dasar antara pelbagai organisasi berteraskan pendidikan dari negara-negara
ASEAN dan Australia. Selain itu, program ini juga telah mengeratkan hubungan
di antara negara Australia dan negara-negara ASEAN terutamanya negeri Pulau
Pinang sebagai tuan rumah kepada program ini.

291
Perancangan masa hadapan Study Penang adalah seperti berikut :
(a) Mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Negeri dan Kementerian Pendidikan
Malaysia supaya membantu mendapat pengiktirafan dari Kementerian
Pendidikan Negara China untuk mengiktiraf kolej-kolej di Pulau Pinang;
(b) Meneruskan aktiviti mempromosi Pulau Pinang sebagai hab pendidikan di negara
jiran iaitu Thailand, Myanmar, Indonesia, Vietnam dan juga negara India;
(c) Memainkan peranan untuk membantu mempromosi kolej-kolej di Pulau Pinang
di persada antarabangsa dengan bantuan Kerajaan Negeri untuk menarik lebih
ramai pelajar asing belajar di Pulau Pinang; dan
(d) Memastikan kolej-kolej di Pulau Pinang sentiasa meningkatkan mutu pendidikan
supaya dapat bersaing dengan negara-negara jiran khususnya Singapura.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Pada November 2017, bencana banjir telah mengakibatkan kehilangan harta benda
rakyat Pulau Pinang.
(a) Apakah rancangan pengurusan bencana yang telah diwujudkan untuk menangani
sebarang bencana masa depan?
(b) Apakah latihan pengurusan bencana yang telah dan akan dianjurkan untuk
pegawai kerajaan, pihak swasta, NGO, komuniti dan lain-lain?
(c) Sila huraikan dengan terperinci.
Y.A.B. Ketua Menteri:
18. (a) Kerajaan Negeri melalui Penang Green Council (PGC) telah memulakan fasa
kedua membangunkan Agenda Hijau Pulau Pinang 2030 (AHPP) yang bertujuan
untuk menghasilkan satu pelan hala tuju yang dapat mencapai matlamat
pembangunan mampan menjelang 2030 dan salah satu fokus pelan ini adalah
Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana. Di bawah forum ini, Kerajaan
Negeri bersama-sama agensi/ jabatan lain seperti Majlis Bandaraya Pulau Pinang
(MBPP), Mercy Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Majlis Perbandaran
Seberang Perai (MPSP), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Pengurusan
Bencana Negara (NADMA), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti
(JKKK) Lahar Yooi, ADUN Seri Delima, dan Tzu Chi Dialysis Centre turut serta
memberi input di dalam Pelan Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana ini.
Portal Penang Alert yang telah dilancarkan pada 7 Mac 2018 merupakan fasa
pertama kepada usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan penyaluran
infomasi awal berkaitan bencana mahu pun perkara-perkara yang akan
mengganggu urusan/perjalanan harian rakyat seperti penutupan jalan-jalan
utama, tanah runtuh, pokok tumbang dan sebagainya. Untuk fasa kedua Penang
Alert pada tahun ini, Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan
fungsi Penang Alert dengan penambahan saluran melalui aplikasi mudah alih
(mobile apps) dan memperluaskan kolaborasi perkongsian data dengan
jabatan/agensi kerajaan seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan dan Jabatan
Meteorologi supaya maklumat seperti air pasang surut dan keadaan cuaca serta
info penutupan jalan daripada kedua Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPSP) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat
disampaikan dengan lebih cepat dan tepat kepada rakyat.
(b) Antara rancangan pengurusan bencana yang telah diwujudkan untuk menangani
sebarang bencana masa depan adalah:-

292
(i) Bengkel Pengurusan Pengoperasian Bencana telah diadakan pada 27
hingga 28 September 2018 di mana bengkel ini adalah usaha sama di
antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama Agensi
Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Peserta adalah terdiri
agensi/jabatan yang terlibat dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana
Negeri/Daerah di mana antara objektif bengkel ini adalah bagi
meningkatkan persefahaman serta meningkatkan penyelarasan
maklumat antara agensi-agensi yang terlibat. Di samping itu, ianya dapat
memantapkan peranan dan tanggungjawab jabatan serta agensi dalam
menghadapi bencana.
(ii) Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan daerah juga
diadakan secara berkala.
(iii) Latihan simulasi di pusat-pusat pemindahan juga diadakan secara berkala
di setiap daerah.
(c) Antara latihan yang telah diadakan adalah Penang Disaster Management
Workshop yang dianjurkan oleh Tzu Chi Dialysis Centre dengan kerjasama
Penang Green Council. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi mengenal pasti
cabaran dalam peluang kerjasama sesama kerajaan dan badan bukan kerajaan
dalam isu menangani bencana dan juga kesannya terhadap kecekapan dan
penggunaan sumber. Bengkel ini akan menghasilkan satu set cadangan kepada
Kerajaan Negeri dan Kebangsaan tentang proses pembentukan sistem yang
berkesan untuk penglibatan badan bukan kerajaan dalam isu bencana.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Senaraikan Pusat-pusat Jagaan Warga Tua dibawah milikan Kerajaan Negeri/ swasta
serta jumlah bilangan warga tua di pusat-pusat jagaan ini mengikut daerah.
(a) Nyatakan usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan pusat jagaan beroperasi
mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
(b) Apakah tindakan Kerajaan Negeri jika pusat jagaan gagal mematuhi garis
panduan kerajaan? Huraikan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Setakat ini, terdapat 67 buah Pusat Jagaan Warga Emas di Pulau Pinang, 14 buah pusat
jagaan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) manakala 53 buah tidak
berdaftar dengan JKM. Senarai Pusat-pusat Jagaan Warga Tua di bawah milikan
Kerajaan Negeri/ swasta serta jumlah bilangan warga tua di pusat-pusat jagaan ini
mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A.
(a) Antara usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan pusat jagaan beroperasi
mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
(i) Mengadakan pemeriksaan berkala ke atas setiap premis sebanyak dua (2)
kali setahun bagi pusat jagaan yang berdaftar. Pemeriksaan ini adalah
bagi memastikan pusat-pusat jagaan mematuhi Akta Pusat Jagaan 1993
dan peraturan yang termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan
1994.
(ii) Kerajaan Negeri melalui JKM melaksanakan program pemutihan Pusat
Jagaan dan TASKA tidak berdaftar di seluruh negeri Pulau Pinang. Melalui
program ini, pihak JKM telah mengesan pusat-pusat jagaan tidak
berdaftar dan berusaha memberi khidmat nasihat kepada para
pengendali pusat jagaan mengenai proses pendaftaran. Para pengendali
pusat jagaan tersebut juga didedahkan dengan pengetahuan tentang
keselamatan kebakaran dan keselamatan pemakanan melalui ceramah-
ceramah oleh agensi berkaitan.

293
(iii) Pemberian 90% diskaun ke atas bayaran kemajuan infrastruktur untuk
permohonan tukar guna bangunan kediaman kepada Pusat Jagaan dan
Taska di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tempoh bermula
15 September 2017 hingga 31 Mac 2019.
(iv) Mengadakan kempen seperti Program Jom Daftar TASKA & Pusat Jagaan
dengan objektif memberi kesedaran kepada setiap pengendali pusat
jagaan supaya mengambil inisiatif mendaftarkan pusat-pusat mereka.
Program ini melibatkan agensi-agensi seperti Jabatan Perancang
Pembangunan MBPP, Jabatan Kesihatan MBPP, Jabatan Perlesenan MBPP,
Jabatan BOMBA dan Penyelamat.
(v) Mesyuarat penyelarasan antara agensi seperti MBPP, MPSP, BOMBA,
Jabatan Pendidikan Negeri, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pendaftaran
Pertubuhan Pulau Pinang dan Jabatan Kesihatan Negeri bagi menyelaras
isu-isu pendaftaran pusat jagaan.
(b) Antara tindakan Kerajaan Negeri kepada pusat jagaan yang gagal mematuhi garis
panduan kerajaan adalah seperti berikut:-
(i) Arahan bertulis akan diberikan kepada pusat jagaan berdaftar yang gagal
mematuhi garis panduan yang termaktub di dalam Peraturan-Peraturan
Pusat Jagaan 1994. Pusat jagaan yang dikenakan arahan bertulis perlu
membaiki kesalahan yang dilakukan dalam suatu tempoh yang ditetapkan
oleh pihak JKM. Sekiranya gagal mereka boleh dikenakan arahan
penutupan sementara premis.
(ii) Penutupan Pusat Jagaan atas arahan Ketua Pengarah JKM sehingga
sesuatu tempoh sekiranya terdapat sebarang bahaya atau kemungkinan
bahaya kepada penghuni.
(iii) Tindakan seal boleh dikenakan kepada mana-mana premis pusat jagaan
yang tidak berdaftar dengan JKM.
(iv) Kompaun Pusat-pusat jagaan yang melanggar Akta Pusat Jagaan 1993
seperti tidak berdaftar dengan JKM boleh dikenakan denda sehingga
RM5,000. Pusat-pusat jagaan berdaftar dengan JKM yang tidak mematuhi
peraturan-peraturan seperti di dalam Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan
1994 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000.
(v) Pendakwaan pusat-pusat jagaan yang melanggar Akta Pusat Jagaan 1993
boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak
melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan berterusan,
boleh dikenakan denda RM1,000 sehari bagi tiap-tiap hari sesuatu
kesalahan berterusan. atau dipenjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-
duanya sekali.
(vi) Pusat jagaan yang berdaftar dengan JKM boleh dibatalkan pendaftaran
sekiranya berlaku pelanggaran atau ketidakpatuhan apa-apa peraturan
yang ditetapkan didalam Akta Pusat Jagaan 1993.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
20. Pengusaha barangan kitar semula tidak berlesen di kawasan perumahan telah membawa
kacau ganggu, ancaman kebersihan dan kesihatan ke penduduk setempat.
(a) Senaraikan semua pengusaha barangan kitar semula yang berlesen.
(b) Apakah garis panduan dan tindakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan
aktiviti barangan kitar semula tidak mengancam ketenteraman kehidupan
penduduk setempat?

294
Y.A.B. Ketua Menteri:
20. (a) Terdapat sebanyak 156 pengusaha barang kitar semula berlesen di negeri Pulau
Pinang. Seramai 24 pengusaha tersebut berada di kawasan Majlis Bandaraya
Pulau Pinang (MBPP) manakala 132 pengusaha berada di kawasan Majlis
Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Senarai semua pengusaha barangan kitar semula yang berlesen di negeri adalah
seperti di Lampiran A.
(b) Garis panduan dan tindakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan aktiviti
barangan kitar semula tidak mengancam ketenteraman kehidupan penduduk
setempat adalah seperti berikut:
(i) Mensyaratkan premis kitar semula perlu mendapat sokongan dan ulasan
daripada Jabatan Alam Sekitar terlebih dahulu sebelum lesen premis
dikeluarkan;
(ii) Memastikan premis kitar semula tidak mempunyai isu tukar guna
bangunan atau pembinaan haram;
(iii) Memantau dan mengambil tindakan pengeluaran Notis Kacau Ganggu
kepada pemilik kitar semula yang menyebabkan kacau ganggu kepada
penduduk setempat;
(iv) Membatalkan lesen premis kitar semula jika tidak mematuhi syarat-
syarat pelesenan;
(v) Menghapuskan kacau ganggu (rampasan / sitaan) barang-barang
berkaitan sekiranya pemilik premis gagal mematuhi arahan notis yang
dikeluarkan;
(vi) Mengambil tindakan perundangan dengan membawa kes berkaitan untuk
tindakan mahkamah; dan
(vii) Mengambil tindakan penguatkuasaan bersepadu Pihak Berkuasa
Tempatan dengan agensi penguatkuasaan lain seperti pihak Polis dan
Jabatan Kesihatan Negeri untuk memastikan tiada pelanggaran dari
aspek kesihatan dan pembiakan vektor, aktiviti tanpa lesen dan
ketiadaan permit pihak keselamatan untuk menjalankan aktiviti barang
lusuh.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
21. Kawasan Kampung Rawa terletak di KADUN Sungai Pinang yang juga merupakan satu
tanah majlis dan kawasan 'hot-spot' banjir.
(a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri ke atas kampung tersebut seperti
pembangunan perumahan yang lebih tersusun, bebas daripada ancaman banjir
dan sebagainya? Sila nyatakan dengan terperinci.
Y.A.B. Ketua Menteri:
21. (a) Perancangan Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk
membantu mengurangkan impak dan frekuensi banjir di sekitar Kampung Rawa
adalah dengan menaik taraf sistem saliran di sekitar kampung
tersebut. Sehubungan itu, peruntukkan sebanyak RM500,000.00 telah dipohon
untuk tahun 2019. Pada ketika ini, projek tersebut di dalam fasa rekabentuk dan
penyediaan dokumen tender. Proses lantikan kontraktor dijangka akan dibuat
pada awal tahun 2019. Projek dijangka bermula pada suku kedua tahun 2019
dan dijangka disiapkan dalam tempoh enam (6) bulan.

295
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh PBT dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk
memastikan kebersihan semua tempat makanan sentiasa terjamin?
(a) Adakah pemasangan dan penyelenggaraan perangkap gris di semua tempat
makanan sentiasa dipantau dan mengikut garis panduan yang ditetapkan?
(b) Jika tidak, apakah tindakan yang diambil? Huraikan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Langkah-langkah yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan
Kesihatan Negeri untuk memastikan kebersihan semua tempat makanan sentiasa
terjamin adalah seperti berikut:
(a) Langkah-langkah yang diambil oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)
adalah seperti berikut:
(i) Mengenakan syarat-syarat pelesenan berkaitan aspek kebersihan kepada
pemegang lesen.
(ii) Mengadakan operasi pemantauan dan penguatkuasaan bersepadu di
premis-premis makanan bersama jabatan / agensi luar seperti Jabatan
Kesihatan Negeri.
(iii) Mengeluarkan tawaran kompaun dan notis bagi kesalahan-kesalahan yang
melibatkan ketidakpatuhan syarat-syarat pelesenan.
(iv) Menyekat pembaharuan lesen perniagaan bagi premis yang mencapai
gred kebersihan C dan ke bawah.
(v) Membatalkan lesen perniagaan bagi premis perniagaan yang tidak
menepati dan mematuhi syarat-syarat oleh jabatan / agensi
penguatkuasaan yang melibatkan aspek kebersihan.
(b) Langkah-langkah yang diambil oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP)
adalah seperti berikut:
(i) Menyalurkan pendidikan kesihatan kepada pengusaha premis dan
pengendali makanan berkaitan kepentingan tatacara pengurusan premis
yang mematuhi Garis Panduan Kebersihan Makanan serta memastikan
keselamatan makanan yang dijual.
(ii) Mempertingkatkan serta mengekalkan tahap kebersihan premis makanan,
seterusnya menjamin keselamatan makanan yang dijual untuk
mengelakkan kejadian kes pencemaran dan keracunan makanan.
(iii) Memberi kesedaran kepada pengguna mengenai kepentingan aspek
kebersihan premis dan keselamatan makanan ketika memilih untuk makan
di luar.
(iv) Mengurangkan kejadian insiden dan prevalen kes penyakit penyakit
bawaan makanan dan air seperti keracunan makanan, typhoid, taun dan
sebagainya melalui pemeriksaan premis.
(v) Menjalankan aktiviti pengredan premis makanan setiap tahun. Notis
penutupan premis akan dikeluarkan kepada pengusaha yang tidak
mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan
(c) Langkah-langkah yang diambil oleh Jabatan Kesihatan Negeri adalah seperti
berikut:
(i) Menjalankan aktiviti pemeriksaan premis makanan secara berkala
dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis berikut :
 Premis makanan yang tidak berlesen
 Premis makanan yang beroperasi 24 jam

296
 Premis makanan yang menjadi tumpuan ramai
(ii) Mengenakan kompaun atas kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun
serta menutup premis yang tidak bersih.
(iii) Mengadakan program promosi kebersihan makanan untuk mendidik
pengusaha dan pekerja dipremis makanan.
Pemantauan terhadap perangkap minyak dan gris sentiasa dibuat ketika pemantauan
dan pemeriksaan dijalankan di premis-premis perniagaan. Ini merupakan prosedur
operasi standard untuk memastikan perangkap minyak dan gris yang dipasang
menepati standard dan garis panduan yang telah ditetapkan.
Tindakan yang diambil bagi perangkap minyak dan gris yang tidak dipasang dan
diselenggara adalah seperti berikut:
(i) Mengeluarkan tawaran kompaun.
(ii) Mengambil tindakan pembatalan lesen premis perniagaan.
(iii) Tidak mengeluarkan lesen premis jika perangkap gris tidak dipasang bagi premis
makanan.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
23. Banyak persatuan sosial tradisional khususnya 'guilds/clans' biasanya menganjurkan
aktiviti nyanyian/senaman/jamuan makan perayaan ulangtahun sahaja.
(a) Adakah Kerajaan Negeri memberi galakkan/bekerjasama dengan persatuan-
persatuan ini supaya merancang aktiviti yang merangkumi pembelajaran
Internet, penggunaan telefon pintar dan sebagainya untuk warga-warga tua?
(b) Apakah insentif/ganjaran daripada Kerajaan Negeri kepada persatuan-persatuan
yang memberi perkhidmatan kebajikan kepada rakyat jelata?
Y.A.B. Ketua Menteri:
23. (a) Kerajaan Negeri sememangnya komited dalam membantu persatuan-persatuan
yang berteraskan kebajikan. Setakat ini Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama
dan memberi galakan kepada mana-mana persatuan kebajikan yang
mengemukakan permohonan untuk memohon sumbangan atau kerjasama
daripada Kerajaan Negeri termasuk persatuan yang ingin mengadakan
pembelajaran internet dan penggunaan telefon pintar untuk warga emas.
(b) Kerajaan Negeri sentiasa memberikan bantuan kepada persatuan-persatuan
yang menjalankan aktiviti/program kebajikan khususnya bantuan kewangan
kepada persatuan yang membuat permohonan. Selain itu, Kerajaan Negeri turut
menyediakan beberapa bantuan geran sama ada geran rangsum atau geran
pentadbiran bagi mana-mana persatuan yang terlibat dalam sesuatu program
atau projek kebajikan. Contohnya, persatuan yang terlibat dalam pelaksanaan
Pusat Transit Gelandangan yang akan dibina nanti.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
24. Jalan yang tidak rata di jalan utama Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan lain-lain jalan
telah mengakibatkan kerosakan tayar kereta selain daripada menyebabkan kemalangan
jalan raya terhadap penunggang motosikal.
(a) Apakah tindakan proaktif daripada jabatan MBPP dan JKR untuk membuat
pemantauan jalan raya dan bertindak segera setiap hari untuk keselamatan
pengguna jalan raya?
Y.A.B. Ketua Menteri:
24. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Kerja Raya
(JKR) sentiasa memantau dan memastikan keselamatan serta keselesaan kepada

297
pengguna jalan raya setiap hari, terutamanya terhadap penunggang motosikal dengan
menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan mengikut tiga (3) kategori penyelenggaraan
iaitu penyelenggaraan rutin, penyelenggaraan berkala dan kerja-kerja kecemasan.
Antara tindakan proaktif yang telah diambil oleh kedua-dua jabatan dalam membuat
pemantauan di jalan utama Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu adalah seperti berikut:-
(i) Setiap jabatan mempunyai pasukan penyelenggaraan jalan yang akan melakukan
rondaan harian. Pasukan rondaan akan mengambil tindakan dalam tempoh 24
jam berdasarkan hasil pemantauan dan aduan awam bagi menampal jalan dan
membaik pulih kerosakan jalan yang berskala kecil seperti lopak jalan;
(ii) Mewujudkan jadual perancangan dan pemantauan audit berkala bagi
memastikan kakitangan penyelenggaraan mengenal pasti kerosakan jalan yang
berlaku agar kerja-kerja pembaikan dapat dilakukan dengan segera atau berkala
mengikut jenis kerosakan;
(iii) Mewujudkan WhatsApp Group bagi memudahkan komunikasi dan penyampaian
maklumat di antara kakitangan dapat disalurkan dengan cepat dan mudah
sekiranya terdapat sebarang isu atau masalah di jalan raya;
(iv) Bagi memastikan kualiti turapan pula, pihak jabatan telah mewajibkan supaya
bekalan premix hanya boleh dibekalkan dari loji premix yang mendapat
kelulusan mengikut spesifikasi yang ditetapkan sebelum kerja-kerja penurapan
dilaksanakan; dan
(v) Pemasangan sistem CCTV yang digunakan dengan berkesan untuk meningkatkan
keselamatan, pemantauan lalu lintas dan mengawal kesesakan lalu lintas
disamping memastikan juga pemantauan terhadap kerosakan jalan raya dapat
di selenggara dengan segera.
Pihak MBPP dan JKR juga sedang meneliti kaedah pembaikan jangka masa
panjang bagi pembaikan mendapan jalan di Persimpangan Gat Lebuh Macallum
dan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu yang telah dicadangkan oleh pihak IJM
Land. Kaedah pembaikan yang akan diputuskan kelak akan dilaksanakan oleh
pihak IJM Land sebagai tanggungjawab korporat sosial (CSR) syarikat berkenaan.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
25. Lapangan Terbang Subang membenarkan Grab 'pick up' dan taxi bermeter untuk
mengambil penumpang.
(a) Adakah Kerajaan Negeri dan Kementerian Pengangkutan akan menyelaraskan
dengan membenarkan taxi bermeter dan Grab untuk mengambil penumpang dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
25. Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang berada di bawah bidang
kuasa Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan
(MOT) akan menyelaras perkhidmatan teksi dan e-Hailing di kesemua lapangan terbang
seperti berikut:
(i) Perkhidmatan teksi bermeter dibenarkan beroperasi di lapangan terbang, dan
tertakluk kepada syarat-syarat operasi bagi lapangan terbang tersebut; dan
(ii) Bagi perkhidmatan e-Hailing seperti GRAB, Pemegang Lesen Perniagaan
Pengantaraan (LPP – Syarikat e-Hailing) hendaklah memastikan pemandu-
pemandunya mengambil dan menurunkan penumpang di lokasi khas yang
disediakan oleh pihak pengurusan terminal lapangan terbang serta mematuhi
syarat-syarat operasi di lapangan terbang tersebut.
Kerajaan Negeri akan menyokong keputusan yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan
dan akan membantu dari segi penyelarasan sekiranya perlu.

298
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
26. Permodenisasi lif telah dijalankan di Flat PPR Jalan Sungai, malangnya kerosakan sering
berlaku disebabkan vandalisme.
(a) Adakah Pihak PBT akan memperketatkan lagi syarat penyewaan dan tindakan
tegas diambil misalnya batalkan kontrak penyewaan unit PPR ke atas individu
yang merosakkan harta benda awam?
(b) Apakah langkah-langkah keselamatan yang akan dipertingkatkan oleh PBT untuk
mengurangkan kegiatan vandalisme?
Y.A.B. Ketua Menteri:
26. Perkhidmatan lif di Program Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Sungai telah dinaik taraf
pada tahun 2017 dengan kos sebanyak RM795,000.00 oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang
(MBPP). Malangnya, perkhidmatan lif ini seringkali mengalami kerosakan akibat aktiviti
vandalisme.
(a) Pihak MBPP memandang serius terhadap kerosakan lif yang berlaku akibat
aktiviti vandalisme. Untuk itu, sekiranya didapati mana-mana penyewa premis
MBPP yang terbukti telah melakukan vandalisme ke atas harta milik MBPP,
tindakan undang-undang boleh diambil dengan menamatkan penyewaan premis
berkenaan dan penyewa dikehendaki membayar kos pembaikan tersebut.
(b) Langkah-langkah yang diambil oleh pihak MBPP untuk mengekang kegiatan
vandalisme adalah:
(i) Menambah lokasi pemasangan Litar Kamera Tertutup (CCTV) untuk
membolehkan pemantauan dibuat secara lebih menyeluruh;
(ii) Meletakkan pengawal keselamatan untuk memantau dan melaporkan
kepada MBPP sekiranya berlakunya vandalisme; dan
(iii) Menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Penduduk dan Penang
Women’s Development Centre (PWDC) dalam memberi pendidikan
kepada penduduk untuk menjaga harta awam.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
27. Apakah tahap kualiti air di Sungai Pinang selepas tamatnya kontrak penggunaan
teknologi IQPR?
(a) Huraikan secara terperinci perbezaan tahap kualiti air tanpa dan selepas
penggunaan teknologi IQPR.
(b) Apakah keberkesanan tindakan oleh pasukan Task Force yang ditubuhkan untuk
mengatasi isu-isu pencemaran sungai dan berkaitannya?
(c) Adakah tindakan penguatkuasaan diperketatkan lagi? Jelaskan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
27. Tahap kualiti air di Sungai Pinang setelah tamat tempoh projek penggunaan
teknologi Infinitesimal Quantum Persistent Reflection (IQPR) pada tahun 2017 adalah
Kelas II (Bersih).
(a) Sebelum penggunaan IQPR, kualiti air Sungai Pinang pada tahun 1998 berada di
Kelas IV iaitu kotor, dengan Kualiti Indeks Air (WQI) pada julat 31.0 - 51.9 dan
bacaan parameter Keperluan Oksigen Biokimia (BOD) pada julat 6-12mg/l.
Namun selepas penggunaan teknologi IQPR, kualiti air Sungai Pinang telah
meningkat ke Kelas II iaitu bersih, dengan WQI pada julat 76.2 - 92.7 dan BOD
pada 1-3 mg/l. Kerjasama agensi kerajaan dan swasta di samping penggunaan
teknologi IQPR merupakan penyumbang kepada pemulihan kualiti air Sungai
Pinang.

299
(b) Pasukan Task Force yang ditubuhkan untuk mengatasi isu pencemaran Sungai
Pinang pada tahun 2014 telah menggembleng tindakan dan kerjasama di antara
agensi kerajaan dan juga agensi swasta dalam meningkatkan kualiti air Sungai
Pinang. Hasil penglibatan dan komitmen kesemua agensi dalam menjalankan
tugas di bawah task force ini merupakan salah satu faktor penyumbang kepada
peningkatan kualiti air Sungai Pinang ke kelas II pada tahun 2017. Tindakan yang
diambil di bawah Task Force ini adalah seperti berikut:
(i) Mewujudkan kerjasama antara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Alam Sekitar (JAS)
dan Indah Water Konsortium Berhad (IWK) dalam mengambil tindakan
terhadap pembuangan sisa penyembelihan ke dalam Sungai Pinang;
(ii) Mewujudkan kerjasama di antara JPS dengan Pejabat Daerah dan Tanah
Daerah Timur Laut (PDTDTL) dalam pewujudan rizab sungai bagi
membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan sungai dapat dilaksanakan;
(iii) Pemantauan berkala oleh JPS yang bertujuan menghalang pencerobohan
rizab sungai dan pembuangan sampah haram. JPS akan bekerjasama
dengan agensi yang mempunyai bahagian penguatkuasaan iaitu PDTDTL
dan MPSP untuk tindakan penguatkuasaan ke atas pencerobohan rizab
sungai dan pembuangan sampah haram;
(iv) Mengenakan had standard yang lebih ketat oleh pihak JAS bagi pelepasan
kumbahan daripada projek-projek yang tertakluk kepada Laporan
Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan terletak di kawasan
yang menjadi tumpuan orang awam untuk aktiviti rekreasi serta pantai-
pantai peranginan kepada Standard A, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Kumbahan) 2009 berbanding Standard B sebelum ini;
(v) Mewajibkan setiap premis melantik individu yang berwibawa (competent
person) yang ditauliah oleh Jabatan Alam Sekitar dan telah melalui
program pensijilan kompetensi untuk mengendalikan sistem
pengolahan efluen di premis masing-masing bagi memastikan
pelepasan efluen daripada kilang-kilang sentiasa mematuhi had piawai
yang ditetapkan;
(vi) Pemantauan kualiti air sungai secara berkala oleh Jabatan Alam
Sekitar(JAS) bagi memastikan tindakan segera dapat diambil ke atas
punca-punca pencemaran jika bacaan parameter kualiti air yang dikesan
melebihi piawai yang ditetapkan;
(vii) Pelaksanaan kempen kesedaran berhubung kepentingan memelihara
sungai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS); Majlis Bandaraya Pulau
Pinang (MBPP); dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Badan-
badan Bukan Kerajaan di kawasan Sungai Pinang;
(viii) Pelaksanaan kerja-kerja pembersihan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang
(MBPP) yang melibatkan sebanyak 161 premis dan struktur bangunan di
tepi Sungai Pinang; dan
(ix) Pada masa yang sama, kesemua agensi yang berkenaan juga akan
memastikan permohonan pemajuan berkaitan Sungai Pinang mematuhi
garis-garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran
(JPS), iaitu Manual Saliran Mesra Alam, Erosion and Sediment Control
Plan (ESCP) dan garis panduan pembangunan berhadapan sungai, serta
mengikut garis panduan dan undang-undang yang tertakluk di bawah JAS.
Pelaksanaan kempen kesedaran berhubung kepentingan memelihara
sungai oleh JPS, MBPP dan JAS di bawah task force ini, dengan kerjasama
Badan-badan Bukan Kerajaan di kawasan Sungai Pinang juga
menyumbang kepada peningkatan kualiti air di Sungai Pinang; dan

300
(x) Penguatkuasaan oleh jabatan-jabatan yang berkaitan melalui punca
kuasa masing-masing.
(c) Tindakan penguatkuasaan akan dipergiat dan diperketatkan oleh
Jabatan/Agensi yang terlibat iaitu JAS, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MBPP
dan PDT DTL ke atas setiap kesalahan di bawah undang-undang masing-masing
bagi memastikan kualiti air Sungai Pinang ini tidak akan merosot, sebaliknya
bertambah baik. Berikut merupakan statistik tindakan penguatkuasaan di
kawasan Sungai Pinang bagi tahun 2014 sehingga kini berdasarkan rekod JAS dan
PDTDTL:
Tahun Statistik Tindakan penguatkuasaan
Bilangan Bilangan Bilangan Tindakan di
Kompaun Notis Tindakan bawah Seksyen 425 Kanun
Arahan Mahkamah Tanah Negara ke atas
Seksyen binaan haram atas tanah
31&37 AKAS Kerajaan Negeri
1974 (Perobohan)
2014 8 1 0
2015 9 18 3
2016 29 0 0 1
2017 4 0 4 1
2018 1 6 2
Antara tindakan penguatkuasaan yang diambil termasuklah di bawah peraturan-
peraturan berikut:
(i) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 – tawaran
Kompaun RM 2,000.00 atau Seksyen 34B AKAS 1974; denda RM 500,000.00 dan
Penjara 5 tahun;
(ii) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 - tawaran
Kompaun RM 2,000.00 atau Seksyen 25 AKAS 1974; denda RM 100,000.00 atau
Penjara 5 tahun;
(iii) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian) 2009 -
tawaran Kompaun RM 2,000;
(iv) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 - tawaran
Kompaun RM 2,000.00 atau Seksyen 22 AKAS 1974; denda RM 100,000.00 atau
Penjara 5 tahun; dan
(v) Tindakan penguatkuasaan ke atas binaan haram yang dibina di atas tanah milik
kerajaan negeri tanpa mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri
terlebih dahulu di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
28. Apakah perkembangan dan status terkini premis Hospital Bersalin Pulau Pinang?
(a) Apakah permasalahan dihadapi Hospital Besar Pulau Pinang dari segi kekangan
peruntukan bajet untuk bekalan perubatan, alat perubatan, tenaga kerja atau
pakar perubatan dan sebagainya?
(b) Jika ya, apakah langkah yang akan diambil? Huraikan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
28. Kementerian Kesihatan Malaysia akan menggantikan bangunan Blok Wanita & Kanak-
Kanak Hospital Pulau Pinang yang akan dilengkapi dengan 329 buah katil pesakit dan 3
dewan bedah, Unit Kecemasan dan Trauma Kanak-Kanak dan Obsterik, Ginekologi,
Pergigian Pediatrik dan lain-lain perkhidmatan sokongan. Projek ini telah diluluskan

301
dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua skop perkhidmatan untuk blok baru ini
telah dimuktamadkan.
Projek ini telah ditender pada awalnya pada 4 Oktober 2016. Walau bagaimanapun,
pihak Kementerian Kewangan Malaysia telah mengarahkan agar ianya ditender semula.
Pada masa ini, pihak Cawangan Kerja Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (CKK, JKR) telah
mengeluarkan tentatif jadual pelaksanaan projek yang dijangka akan ditender semula
pada 12 Disember 2018.
(a) Hospital Pulau Pinang telah mengalami pengurangan peruntukan sebanyak lebih
kurang 10% pada tahun 2018. Tambahan pula, beban kerja telah meningkat
berikutan peningkatan bilangan pesakit di wad sebanyak 3% dan pesakit luar
telah meningkat sekitar 6%.
(b) Bagi mengatasi cabaran ini, Work Process Re-engineering telah dilaksanakan
untuk meningkatkan efisiensi penyampaian perkhidmatan rawatan. Hospital
Pulau Pinang telah melaksanakan Projek Lean Healthcare untuk meningkatkan
efisiensi dalam penyampaian perkhidmatan perubatan kepada masyarakat. Pada
masa ini, Jabatan Kecemasan Dan Trauma serta Jabatan Perubatan Am terlibat
dalam projek tersebut dan akan dan diperluaskan ke jabatan-jabatan lain.
Selain itu, konsep Hospital Kluster juga bakal dilaksanakan. Melalui konsep ini semua
sumber sedia ada seperti perkhidmatan kepakaran, peralatan, sumber manusia serta
kemahiran akan dapat digemblengkan untuk semua hospital yang terdapat dalam
kluster ini. Berikutan pelancaran konsep kluster ini, penyediaan perkhidmatan
khususnya kepakaran perubatan dan perubatan kecemasan telah dapat dipertingkatkan.
Manakala penambahan bekalan ubat-ubatan akan dipertimbangkan di peringkat
Kerajaan Persekutuan.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
29. Huraikan dengan terperinci permasalahan di Projek Turnkey Taman Sri Pinang, Sungai
Pinang.
(a) Huraikan dengan kronologi terperinci prestasi dan kesahan status Perbadanan
Pengurusan, permasalahan penyelenggaraan yang dihadapi penghuni dan
tindakan sewajar yang perlu diambil?
(b) Berapakah jumlah unit kedai yang masih terbengkalai dan penyelesaiannya?
Y.A.B. Ketua Menteri:
29. Perbadanan Pengurusan (MC) Taman Sri Pinang telah ditubuhkan semasa Mesyuarat
Agung Tahunan (AGM) yang pertama pada 12 Oktober 2008 dengan perlantikan seramai
lima (5) orang pemilik petak sebagai ahli jawatankuasa. Selanjutnya, pembubaran dan
pelantikan ahli jawatankuasa MC yang baru telah diadakan dalam Mesyuarat Agung Luar
Biasa (EGM) dan AGM pada tarikh-tarikh berikut:-
(i) EGM 1 Mac 2009, pelantikan tujuh (7) ahli jawatankuasa
(ii) AGM ke 2 pada 18 November 2011 melantik sebelas (11) ahli jawatankuasa
(iii) AGM ke 3 pada 14 Julai 2013 melantik sepuluh (10) ahli jawatankuasa
(iv) AGM ke 4 pada 8 Februari 2015 melantik sepuluh (10) ahli jawatankuasa
(v) AGM ke 5 pada 3 September 2016 melantik tujuh (7) ahli jawatankuasa; dan
(vi) AGM ke 6 pada 8 Julai 2018 melantik sebelas (11) ahli jawatankuasa.
Permasalahan timbul selepas AGM ke 6 apabila terdapat pertikaian berhubung
pelantikan pengerusi, setiausaha dan bendahari yang bercanggah dengan Jadual Kedua,
Perkara 2(5) Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] yang menyatakan:
“Hendaklah terdapat seorang Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang semuanya
hendaklah merupakan orang sebenar, yang akan dipilih oleh Jawatankuasa Pengurusan
302
daripada kalangan anggotanya sebaik selepas berakhirnya mesyuarat agung tetapi
tiada Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari boleh memegang jawatan melebihi dua
tahun berturut-turut.”
Pada masa ini, perkara ini berada dalam perhatian Jabatan Pesuruhjaya Bangunan
(COB) dan tindakan pembetulan secara pentadbiran akan dilaksanakan.
(a) Secara keseluruhannya, MC telah melaksanakan peranannya pada tahap yang
memuaskan. Pretasi ini boleh ditambah baik dengan komitmen ahli-ahli
jawatankuasa yang baru dilantik dan pada dasarnya secara sah semasa AGM ke
6 yang lalu. Perkara utama yang perlu diselesaikan adalah masalah kebersihan
dan vandalisme yang lazim dihadapi di skim-skim perumahan berstrata. Selain
itu, skim perumahan Taman Sri Pinang juga pada masa ini menghadapi
kebocoran antara tingkat di banyak lokasi.
Masalah-masalah ini boleh ditangani dengan melaksanakan beberapa inisiatif
antaranya pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan kawalan akses
keluar masuk bagi memudahkan urusan pemantauan keselamatan dan
kebersihan. Manakala bagi isu kebocoran, pihak MC disyorkan supaya
menyediakan senarai unit yang terlibat dan melantik perunding bagi mengenal
pasti punca kerosakan ini berlaku.
(b) Setakat ini terdapat sebanyak 207 unit kedai milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
yang masih kosong iaitu masing-masing 114 unit di Blok 1 dan 93 unit di Blok 2. MBPP
bercadang untuk bekerjasama dengan pihak MC dan Perbadanan Pembangunan Wanita
Pulau Pinang (PWDC) bagi melaksanakan program Gender Responsive Participatory
Budgetting (GRPB) yang mana dilihat sangat berpotensi untuk menjadi jalan
penyelesaian kepada masalah ini.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
30. Huraikan statistik bilangan pengangguran di kalangan remaja mengikut kategori umur,
jantina dan kaum di kadun sungai pinang serta punca utama pengangguran.
(a) Apakah rancangan konkrit kerajaan negeri dan kerajaan pusat untuk membantu
golongan remaja tersebut dan sebarang pencapaian sehingga setakat ini?
Huraikan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
30. (a) Kerajaan Negeri tidak mempunyai statistik bilangan penganggur dalam kalangan
remaja mengikut kumpulan etnik utama dan jantina di KADUN Sungai Pinang.
Walau bagaimanapun, berdasarkan statistik daripada Jabatan Perangkaan
Malaysia, bilangan penganggur di kalangan belia berumur 15 hingga 24 tahun
mengikut kumpulan etnik utama dan jantina di Pulau Pinang bagi tahun 2017
adalah seperti Jadual 1 di bawah:
Jadual 1 : Bilangan Penganggur Belia Berumur 15-24 tahun di Pulau Pinang
mengikut Kumpulan Etnik dan Jantina 2017
Bilangan Penganggur ('000)
Kumpulan Etnik Belia
Jumlah
(15-24 tahun)
Bumiputera 9.5 5.5
Cina 4.2 1.5
India 2.6 1.5
Jantina
Lelaki 10.1 5.4
Wanita 7.2 3.8

303
Faktor utama yang menyebabkan berlakunya pengangguran adalah kerana
keadaan ekonomi yang kurang baik hingga menyebabkan penutupan syarikat
atau pembuangan pekerja ekoran kejatuhan nilai ringgit serta kejatuhan harga
minyak di luar jangkaan kebelakangan ini. Keadaan ekonomi negara yang kurang
baik ini membawa kesan kepada rakyat dimana majikan mula mengambil
langkah pengurangan kos dengan mengurangkan bilangan pekerja.
(a) Usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan
remaja yang masih menganggur adalah seperti berikut :
(i) Meningkatkan Pelaburan
Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah proaktif bagi
memastikan kemasukan pelaburan baharu dan pelaburan semula
di Pulau Pinang yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dalam
pelbagai sektor. Pada tahun 2017, Pulau Pinang mencatatkan
rekod pelaburan asing (FDI) tertinggi dalam bidang pembuatan
antara negeri-negeri di Malaysia, dengan nilai FDI RM8.5 bilion.
Bagi jumlah pelaburan (pelaburan asing dan pelaburan domestik)
pula, Pulau Pinang mencatatkan rekod sebagai negeri dengan
jumlah pelaburan kedua tertinggi dalam bidang pembuatan,
dengan nilai RM10.8 bilion. Jumlah peluang pekerjaan yang
diwujudkan sejak 2017 hingga Mac 2018 adalah sebanyak 14,549.
Kadar pengangguran di Pulau Pinang kekal stabil pada 2.1%,
kedua terendah antara negeri-negeri di Malaysia.
(ii) Mempelbagaikan Jenis Pekerjaan
Di samping meningkatkan jumlah pelaburan, langkah-langkah
strategik juga diambil untuk mempelbagaikan jenis pekerjaan,
terutamanya pekerjaan bernilai tinggi (high value jobs)
seperti advanced manufacturing dalam sektor pembuatan, reka
bentuk dan pembangunan. Dari segi perniagaan, sektor
Perkhidmatan Perniagaan Global (Global Business
Services) seperti kewangan, perkhidmatan penyumberan luar,
teknologi maklumat dan sumber manusia merupakan sektor
baharu yang diperkenalkan.
(iii) Memperkenalkan Program Penang @CAT
Satu program baharu dinamakan “Penang Accelerator for
Creative, Analytics & Technology (@CAT)” telah dilancarkan bagi
golongan yang ingin menceburi bidang perniagaan sebagai
perintis pemula niaga (entreprenuer). Program ini bertujuan
untuk membantu usahawan kecil yang terlibat di dalam bidang
animasi kreatif, analisis dan teknologi ataupun yang terlibat di
dalam sektor “Internet of Things”(IOT).
(iv) Menawarkan kursus kemahiran
Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Penang Skills Development
Center (PSDC) dan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan
swasta untuk meningkatkan tahap pembangunan sumber manusia
berteraskan latihan kemahiran mengikut keperluan pasaran di
Pulau Pinang. Semua pelajar (100%) yang mengikuti kursus
kemahiran (TVET) di PSDC mendapat pekerjaan selepas
menamatkan program masing-masing. Dianggarkan 60% daripada
pelajar-pelajar tersebut mendapat pekerjaan di syarikat
tempatan (Local Large Company dan SME) manakala baki 40%
telah mendapat pekerjaan di MNC.

304
Kerajaan Negeri turut melaksanakan program-program bantuan bagi
mengalakkan keusahawanan dalam kalangan rakyat Pulau Pinang khususnya bagi
golongan muda dan belia. Antara program-program yang dilaksanakan adalah
seperti berikut :
(i) Skim Pinjaman Harapan (SPH)
Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang yang dahulunya
dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau
Pinang. Program ini merupakan program mikrokredit yang memberikan
pinjaman tanpa sebarang cagaran dan penjamin kepada peniaga-peniaga
kecil untuk menggalakkan usahawan tempatan, penganggur dan golongan
rakyat berpendapatan rendah untuk menceburi bidang
perniagaan. Peruntukan dana sebanyak RM11 juta telah disediakan bagi
tujuan ini. Jumlah pinjaman adalah di antara RM2,000 hingga maksima
RM25,000 dan tempoh bayaran balik adalah di antara 2 hingga 3 tahun.
Sehingga bulan Oktober 2018, sebanyak RM15.15 juta telah diagihkan
kepada seramai 3,060 orang usahawan.
(ii) Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT)
Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan
Tani Muda (TUTM) yang memberi bantuan kepada golongan belia
termasuk para graduan untuk menjadikan sektor industri asas tani
sebagai kerjaya yang berpotensi menjana pendapatan yang lumayan.
Peruntukan sebanyak RM750,000 telah disediakan di mana sehingga
September 2018, sebanyak RM658,000 telah diagihkan kepada 122 orang
untuk menikmati kemudahan kredit ini.
(b) Kerajaan Negeri melalui Pusat CAT (Penang Career Assistance and Talent
Centre) menjalankan pemadanan jawatan kepada semua golongan pencari kerja
dengan yang ditawarkan oleh industri. Sejak penubuhan Pusat CAT pada Mac
2009 sehingga 22 Oktober 2018, seramai 10,551 orang telah berdaftar sebagai
pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,445 pemadanan jawatan telah berjaya
dijalankan untuk 289 buah syarikat.
XX. Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
1. Apakah perkembangan projek Penang Transport Master Plan yang terkini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Penang Transport Master Plan (PTMP) atau Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang
merangkumi beberapa komponen projek seperti Projek Bayan Lepas Light Rail
Transit (LRT), Projek Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) dan Projek Jalan-Jalan Utama
dan Terowong. Status pelaksanaan projek-projek tersebut adalah seperti berikut:
(a) Projek Bayan Lepas LRT
Projek Bayan Lepas LRT masih menunggu kelulusan daripada Kerajaan
Persekutuan untuk Environmental Impact Assessment (EIA – Jadual Kedua) dan
Skim Rel. EIA telah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 31 Mei
2017 untuk pertimbangan kelulusan. Manakala, Skim Rel (Rail Scheme) pula
telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang
kini dikenali sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada 29 Mac
2016. Pihak APAD sedang meneliti semula laporan tersebut dan telah memohon
Kerajaan Negeri untuk mengkaji tapak cadangan depot LRT samada boleh
ditempatkan di kawasan tanah yang sedia ada berbanding di kawasan pulau yang
akan ditebus guna kelak. Pihak rakan pelaksana projek (PDP) sedang

305
menyediakan kajian cadangan yang munasabah sebelum dibentangkan semula
kepada APAD sebelum akhir November 2018.
(b) Projek Lebuhraya PIL 1
Environmental Impact Assessment (EIA-Jadual Kedua) bagi PIL 1 telah
dikemukakan kepada JAS untuk pertimbangan pada 7 Mei 2018. Lanjutan
daripada itu, pihak JAS telah meminta Kerajaan Negeri untuk mengadakan satu
sesi Town Hall bersama orang awam di mana sesi tersebut telah dilaksanakan
pada 20 September 2018 yang lalu. Kini, pihak perunding dalam proses
penyediaan maklum balas terhadap ulasan-ulasan yang diterima sewaktu
pameran awam EIA serta ulasan yang diperolehi daripada sesi Town Hall. EIA
dijangka akan dikemukakan semula kepada pihak JAS sebelum akhir bulan
Disember 2018.
(c) Projek Jalan-Jalan Utama dan Terowong
Bagi Projek Jalan-Jalan Utama, kelulusan wajib yang diperlukan dalam
pelaksanaan projek ini adalah kelulusanEnvironmental Impact Assessment (EIA-
Jadual Kedua). EIA bagi projek ini telah dikemukakan kepada JAS pada 21 April
2017 dan telah mendapat kelulusan bersyarat pada 7 November 2017. Kerajaan
Negeri kini dalam proses memuktamadkan reka bentuk terperinci bersama pihak
kontraktor dan pihak Independent Checking Engineer (ICE) yang dijangka siap
sebelum akhir Disember 2018. Fasa pembinaan bagi Pakej 2 iaitu Air
Itam Bypass ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dijangka akan bermula pada
Mac 2019. Manakala pembinaan bagi Pakej 1 iaitu Laluan Berkembar Persisiran
Pantai Utara dan Pakej 3 iaitu Gurney Bypass ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong
Eu akan ditentukan oleh Kerajaan Negeri kelak. Pelaksanaan Projek Terowong
Bawah Dasar Laut pula masih di peringkat kajian kebolehlaksanaan dengan
status kajian telah mencapai kemajuan sebanyak 96% dan dijangka akan
dimuktamadkan pada Disember 2018. Pelaksanaan fasa seterusnya iaitu reka
bentuk terperinci dan pembinaan terowong adalah tertakluk kepada keputusan
laporan kajian kebolehlaksanaan.
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
2. Berapa banyakkah tukun tiruan yang dilepaskan dan sila beri statistik mengenai
pelepasan anak ikan di kawasan PSR dan pertambahan ikan akibat daripada pelepasan
ini.
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Kerajaan Negeri dan Jabatan Perikanan Pulau Pinang telah melaksanakan beberapa siri
program melabuhkan tukun tiruan di negeri ini. Tujuan inisiatif ini dilaksanakan adalah
bagi meningkatkan sumber perikanan di perairan negeri. Sejak tahun 2008 hingga 2018,
sebanyak 1,173 tukun tiruan terdiri daripada pelbagai jenis dan saiz telah dilabuhkan
di perairan Pulau Kendi dan Pulau Aman. Perincian adalah seperti di Lampiran A.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah melaksanakan pelepasan anak ikan dan udang
di kawasan selatan Pulau Pinang (Tanjung Asam) pada 30 April 2017. Sebanyak 500,000
anak udang dan 40,000 anak ikan (ikan siakap dan ikan merah) telah dilepaskan.
Buat masa ini, tiada kajian spesifik dijalankan bagi mengkaji keberkesanan program-
program yang telah dilaksanakan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui
Jabatan Perikanan menerima maklumbalas positif berkenaan pertambahan hasil
tangkapan terutamanya daripada nelayan pesisir pantai kesan daripada program-
program yang telah dijalankan. Kerajaan Negeri dan Jabatan Perikanan juga
mempunyai perancangan untuk mengadakan kajian keberkesanan tukun tiruan yang
telah dilabuhkan melalui pakar tukun jabatan iaitu Institut Sumber Marin Asia Tenggara
(ISMAT), Terengganu.
RUJUK LAMPIRAN A.
306
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
3. Sila sebutkan angka senarai pemohon menunggu rumah LC, LMC dan berapa banyak yang
telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Sehingga 30 September 2018, Sistem Maklumat Perumahan Kerajaan Negeri (SMP) telah
mendaftarkan sebanyak 71,504 pemohon Rumah Mampu Milik (RMM) di Pulau Pinang
bagi kedua-dua kategori iaitu rumah kos rendah atau kini dikenali sebagai RMM 'A' (harga
maksima RM42,000.00) dan kos sederhana rendah atau kini dikenali sebagai RMM 'B'
(harga maksima RM72,500.00). Setelah melalui proses semakan dan kelulusan, Kerajaan
Negeri telah mengeluarkan sejumlah 90,255 surat tawaran termasuk tawaran ulangan
kepada pemohon untuk projek perumahan lain. Daripada jumlah ini, seramai 20,707
pemohon telah menerima tawaran dan menandatangani perjanjian dengan pemaju.
Pada masa ini, masih terdapat sebanyak 30,726 permohonan yang masih aktif dan
diletakkan di bawah kategori 'senarai menunggu' untuk dipertimbangkan semasa proses
tawaran seterusnya.
Statistik daftar permohonan dan tawaran mengikut kategori RMM adalah seperti
dijadual berikut:

Kategori RMM 'A' RMM 'B' Jumlah

Permohonan Berdaftar 39,375 32,129 71,504

Surat Tawaran Dikeluarkan 52,364 37,891 90,255

Terima Tawaran 12,034 8,673 20,707

Senarai Menunggu 13,180 17,546 30,726

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
4. Untuk rumah PPRT, mengikut agensi seperti PERDA dan Kerajaan Negeri, berapa banyak
rumah yang telah dibina dan senarai menunggu hingga kini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Pada tahun 1994, pihak Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) telah membina 102
unit rumah melalui peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan
Kerajaan Negeri di bawah Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS) iaitu
PPRT Sungai Chenaam. Manakala pada tahun 2004, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau
Pinang (PERDA) telah membina sebanyak 60 unit rumah di Indera Timbalan, Kepala
Gajah, DUN Sungai Bakap melalui peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah (KKLW). Kedua-dua projek diuruskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang
Perai Selatan. Buat masa sekarang, keseluruhan unit rumah bagi kedua-dua projek
perumahan tersebut telah disi dan tiada senarai menunggu.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan peruntukan di bawah Program
Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin (Bina Baru) yang melibatkan golongan sasar iaitu
mereka yang berpendapatan bawah RM1,500.00 dan memiliki tanah sendiri. Sejak tahun
2008 sehingga kini, sejumlah 166 unit rumah telah dibina di seluruh negeri Pulau Pinang.
Setakat ini tiada senarai menunggu di bawah program tersebut.
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
5. Di bawah skim Tabung Penyelengaraan Malaysia, berapa banyak projek penyelengaraan
lif dan tangga secara keseluruhan yang telah dijalankan?
307
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) telah diperkenalkan oleh Kerajaan
Persekutuan pada tahun 2013 bagi membantu membiayai kos pembaikan bangunan
skim-skim perumahan berstrata di seluruh negara melalui konsep perkongsian. Dalam
tempoh tiga tahun pelaksanaannya di Pulau Pinang, sejumlah RM1,455,860.00 telah
disalurkan untuk membiayai 10 projek penyelenggaraan lif dan tangga. Namun begitu,
tiada lagi peruntukan TP1M disalurkan kepada skim perumahan di Pulau Pinang bermula
tahun 2016.
Statistik bilangan dan kos projek penyelenggaraan lif dan tangga TP1M mengikut
kawasan Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti di jadual berikut :-

Bil. Projek MBPP MPSP

Bil. Projek Kos (RM) Bil. Projek Kos (RM)

1. Penyelenggaraan Lif 2 448,800.00 2 590,000.00

Penyelenggaraan
2. 3 63,880.00 3 353,180.00
Tangga

JUMLAH 5 512,680.00 5 943,180.00

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
6. Berapa banyak peruntukan yang disediakan kepada Penang Institute dan berapakah
hasil kajian serta dan jurnal yang telah diterbitkan berkaitan dengan ekonomi Pulau
Pinang.
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Peruntukan yang disediakan kepada Penang Institute untuk tahun 2018 oleh Kerajaan
Negeri adalah berjumlah RM4.5 juta.
Antara artikel, kajian serta jurnal yang telah diterbitkan oleh Penang Institute adalah
seperti berikut:
(i) Majalah berkala Penang Monthly diterbitkan pada setiap bulan sejak tahun 2009
dengan kandungan sekurang-kurangnya 15 artikel bagi setiap terbitan. Sejak
tahun 2009 sehingga bulan Oktober 2018, terdapat 107 buah majalah Penang
Monthly yang telah diterbitkan oleh Penang Institute;
(ii) Terbitan berkala Issues yang bermula pada Jun 2017 dan telah diterbitkan
sebanyak 26 kali sehingga Oktober 2018;
(iii) Penerbitan 3 kertas konsep berkaitan Penang Paradigm;
(iv) Sejak tahun 1997 sehingga Oktober 2018, terdapat sejumlah 211 laporan yang
telah disediakan oleh Penang Institute. Daripada 211 laporan tersebut, terdapat
sekurang-kurangnya 45 laporan ekonomi dan 21 laporan berbentuk statistik; dan
(v) Penerbitan 29 artikel/laporan atas talian online.
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
7. Adakah sebarang perancangan untuk menaik taraf bahu jalan untuk penjaja- penjaja
seperti yang di buat di Hospital Besar Pulau Pinang dan melesenkan penjaja
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tiada
perancangan untuk menaik taraf bahu jalan bagi tujuan penjaja kecil di bahu jalan.
308
Sebaliknya, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)
mempunyai perancangan untuk menaik taraf bahu jalan bagi menempatkan penjaja-
penjaja dengan menyediakan petak terbuka di lokasi-lokasi berikut :-
(i) Sebahagian bahu jalan di Taman Sri Serdang, Seberang Perai Utara (SPU).
(ii) Sebahagian bahu jalan di Taman Pauh Indah, Seberang Perai Tengah (SPT).
(iii) Sebahagian bahu jalan di Taman Alma Jaya, Seberang Perai Tengah (SPT).
Untuk maklumat, MPSP telah menyiapkan petak terbuka untuk penjaja di Jalan Bukit
Panchor 2, Seberang Perai Selatan (SPS).
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
8. Adakah sebarang rancangan pendidikan kepada peniaga gerai, kedai makanan untuk
mencapai standard kesihatan dan bangunan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Setiap pemunya premis dan pengendali makanan adalah diwajibkan untuk menghadiri
Latihan Pengendali Makanan di Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini merupakan syarat wajib semasa mendapatkan
lesen perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan.
Latihan ini akan dijalankan selama 3 jam dengan yuran sebanyak RM50.00 seorang.
Ujian Pre dan Post akan dibuat kepada setiap peserta dan sijil diberikan kepada
peserta. Sijil tersebut yang sah untuk seumur hidup akan disemak semasa Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan Negeri (KKM) menjalankan operasi dan
pemeriksaan.
Skop latihan pengusaha makanan yang disediakan adalah merangkumi perkara-perkara
seperti berikut:
(i) Kebersihan diri pengendali makanan.
(ii) Kebersihan Premis makanan.
(iii) Punca-punca boleh berlaku pencemaran makanan.
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
9. Adakan sebarang SOP pihak berkuasa:
(a) Dalam menjalankan lawatan pemeriksaan kedai/gerai makanan, tempuh
sebelum pemeriksaan.
(b) Adakan pekedai dimaklumkan SOP ini.
(c) Adakah sebarang senarai semak (check list) yang diedarkan kepada pengusaha
kedai makanan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. (a) Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai Standard Operating Procedure atau
Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam melaksanakan penguatkuasaan,
pemeriksaan premis/gerai makanan. SOP ini selaras dengan Pekeliling yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan. Pihak Berkuasa Tempatan tidak mempunyai tempoh yang khusus
sebelum pemeriksaan kerana tindakan pemeriksaan adalah dilaksanakan sebagai
salah satu tugas harian pegawai di Jabatan Pelesenan.
(b) Pihak Berkuasa Tempatan hanya memaklumkan SOP penguatkuasaan secara lisan
kepada pengusaha kedai makanan. Ini kerana SOP merupakan dokumen yang
menerangkan secara spesifik dalam melaksanakan sesuatu kerja oleh sesebuah

309
organisasi. Walau bagaimanapun, semua syarat-syarat yang perlu dipatuhi telah
dimaklumkan semasa permohonan lesen perniagaan dibuat.
(c) Pihak Berkuasa Tempatan tidak mengedarkan senarai semak pemeriksaan
kebersihan premis dan pengredan premis makanan kepada pengusaha kedai
makanan. Senarai semak pemeriksaan kebersihan premis dan pengusaha premis
makanan adalah spesifikasi daripada syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan telah
dimaklumkan semasa permohonan lesen perniagaan dibuat. Walau
bagaimanapun, Pihak Berkuasa Tempatan boleh memaklumkan senarai semak
tersebut kepada pengusaha kedai makanan sekiranya terdapat permintaan.
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
10. Sila senaraikan, jika ada:
(a) Usahasama usahawan antara kaum dan rancangan kerajaan untuk menggalakkan
lagi perkara ini.
(b) Kegiatan perkongsian usahawan antara kaum di Pulau Pinang
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum ada program khusus untuk usahasama antara
kaum. Bagaimanapun Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan tersebut dan sentiasa
menggalakkan usahasama/perkongsian antara kaum di Pulau Pinang, lebih-lebih lagi
inisiatif secara persendirian.
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
11. Adakah kerajaan mendedahkan halatuju negeri dan fokus bidang kerjaya kepada pelajar
sekolah menengah dan waris, supaya pelajar dan waris mereka dapat memilih bidang
pelajaran/kemahiran selari dengan halatuju pembangunan negeri.
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Pada masa ini, fokus Kerajaan Negeri adalah untuk memperkasakan
pembelajaran Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) di negeri Pulau
Pinang seiring dengan perkembangan revolusi Industri 4.0. Justeru, pendedahan kepada
pelajar dan waris juga menjurus ke arah pembelajaran dalam bidang STEM. Sehubungan
itu, Kerajaan Negeri memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk memupuk
minat dan kesedaran pelajar sekolah menengah terutamanya dalam arus perkembangan
dunia semasa agar tidak ketinggalan. Untuk memupuk minat terhadap pembelajaran
STEM, Kerajaan Negeri telah merangka beberapa inisiatif seperti berikut :
(i) Menubuhkan Penang Science Cluster (PSC) untuk orang awam belajar,
berinteraksi dan menjalankan aktiviti berkaitan dengan bidang sains. PSC
menganjurkan Penang International Science Fair (PISF) yang merupakan acara
tahunan sejak tahun 2011 dan melaksanakan bengkel sains dan teknologi kepada
pelajar dan orang awam. Sehingga kini, tiga buah Science Cafe telah dibuka iaitu
di Krystal Point, Wisma Yeap Chor Ee dan di Pusat Perniagaan Alma;
(ii) Menubuhkan Creative Animation Trigger (@CAT) untuk mempromosikan bidang
sains, teknologi dan animasi kreatif di negeri ini. @CAT bertempat di Wisma
Yeap Chor Ee dan berfungsi mempercepatkan penubuhan serta pertumbuhan
syarikat-syarikat permulaan kreatif berasaskan teknologi, memupuk bakat-
bakat baru dalam bidangcloud computing, aplikasi teknologi, big data
analytics (BDA) dan internet of things (IOT);
(iii) Menubuhkan Karpal Singh Penang Learning Centre (KSPLC) yang menumpukan
kepada STEM. KSPLC bekerjasama dengan organisasi seperti Penang Skills
Development Centre (PSDC), PSC, Tech Dome Penang (TDP) dan @CAT dalam
memupuk dan melibatkan golongan muda menghadapi Revolusi Industri 4.0;
310
(iv) Menubuhkan Tech Dome Penang (TDP) di Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR)
bagi memupuk minat dalam bidang sains, inovasi teknologi dan keusahawanan.
TDP menyediakan platform kepada semua lapisan masyarakat untuk menerokai
keajaiban sains dan teknologi dan menganjurkan program-program seperti kem
sains, bengkel pendidikan, seminar, team building, dan pameran sains yang
melibatkan pelbagai lapisan masyarakat; dan
(v) Menubuhkan Perpustakaan Digital Pulau Pinang (PDL) pada Oktober 2016.
Berikutan sambutan yang menggalakkan, Kerajaan Negeri akan menubuhkan
Perpustakaan Digital Pulau Pinang Fasa 2 (PDL-P2) di bangunan kuarters
Kerajaan Negeri di Jalan Masjid Negeri yang dijangka mula beroperasi pada
Januari 2019.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan membangunkan Butterworth Digital Library (BDL)
di kawasan Seberang Perai yang dijangka siap untuk dirasmikan pada akhir tahun 2019
dan akan menubuhkan Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang (PIDL) pada suku ketiga
tahun 2019 untuk menggalakkan penduduk negeri Pulau Pinang mengharungi semua
bidang keagamaan Islam secara elektronik.
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
12. Adakah kerajaan bercadang untuk membantu meningkatkan taraf sekolah dan pelajar
Tahfiz dalam bidang kemahiran.
Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Bagi membantu meningkatkan taraf sekolah dan pelajar Tahfiz dalam bidang
kemahiran, Kerajaan Persekutuan mulai tahun 2017 telah memperkenalkan bantuan
kemahiran kepada maahad-maahad tahfiz melalui kerjasama dengan agensi seperti
Giatmara dan Kolej Komuniti. Pelbagai bidang kemahiran ditawarkan oleh agensi
tersebut, antaranya pendawaian, kulinari, penghawa dingin, pertukangan kayu,
mekanik kereta dan penulisan khat. Di Negeri Pulau Pinang, terdapat 12 buah maahad
tahfiz telah menyertai program tersebut dan melaksanakan kelas-kelas kemahiran.
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
13. Berapakah jumlah lesen penjaja dan tapak berlesen yang telah dikeluarkan.
(a) Sila nyatakan yang aktif dan tidak aktif mengikut daerah.
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Jumlah keseluruhan lesen penjaja di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
adalah sebanyak 5,366 dan lokasi tapak penjaja berlesen sebanyak 5,366. Di kawasan
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPSP) pula sebanyak 6,416 lesen penjaja telah
dikeluarkan dan lokasi tapak berlesen adalah sebanyak 5,485.
(a) Bilangan lesen yang aktif adalah sebanyak 11,782 manakala lesen tidak aktif
adalah sebanyak 9,566. Perincian mengikut daerah adalah seperti di bawah.

Jumlah
Daerah Lesen Aktif Lesen Tidak Aktif
Keseluruhan
DTL 4,306 435 4,741
DBD 1,060 121 1,181
DSPU 2,136 3,251 5,387
DSPT 3,062 4,063 7,125
DSPS 1,218 1,696 2,914
Jumlah 11,782 9,566 21,348

311
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
14. Berapakah bilangan sekolah agama swasta di Pulau Pinang.
(a) Berapakah pula yang memenuhi piawaian keselamatan yang telah ditetapkan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Terdapat sejumlah 92 buah sekolah agama swasta di seluruh Negeri Pulau Pinang.
Bilangan dan kategori sekolah agama swasta mengikut daerah diperincikan seperti
jadual berikut:
DAERAH
PUSAT PENGAJIAN Barat Timur JUMLAH
SPU SPT SPS
Daya Laut
Sekolah Rendah Agama
1. 2 1 2 3 1 9
Rakyat (SRAR)
Sekolah Menengah Agama
2. 1 - 1 3 4 9
Rakyat (SMAR)
3. Tahfiz Tahfiz Tetap 5 5 5 12 - 27
Tahfiz Sementara - 3 10 1 2 16
SRI/SMI Tahfiz - 1 5 1 - 7
Pusat Pengajian
4 12 5 3 - 24
Al-Quran
JUMLAH BESAR 12 22 28 23 7 92
(a) Sehingga Oktober 2018, sejumlah 42 buah sekolah agama swasta telah
memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia (JBPM).
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
15. Apakah langkah kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan pengoperasian
sekolah agama
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Sekolah Agama Rakyat (SAR) berada di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri melalui
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) danBahagian Pendidikan, Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Bagi memastikan SAR mempunyai
keupayaan untuk beroperasi dengan baik, Kerajaan Negeri telah menetapkan syarat-
syarat yang perlu dipatuhi oleh setiap SAR seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen
14, Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Pulau Pinang) 1989 seperti
berikut:-
(i) Mempunyai bangunan yang sesuai bagi memenuhi keperluan keselamatan dan
kesihatan;
(ii) Kemampuan ahli jemaah / jawatankuasa yang mentadbir sekolah;
(iii) Kemampuan sumber kewangan untuk mengurus sekolah;
(iv) Keperluan mengikut permintaan sesuatu tempat / kawasan;
(v) Guru yang mengajar tahfiz perlulah menghafaz Al-Quran;
(vi) Melantik mudir/pengetua dari lepasan Tahfiz Al-Quran bagi pendaftaran tahfiz;
dan
(vii) Lain-lain syarat seperti kurikulum, tenaga pengajar, kemudahan tambahan dan
lain-lain yang menyumbang kepada kejayaan dan prestasi baik sesebuah
sekolah.

312
Bahagian Pendidikan, JHEAIPP dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan
Pendidikan Negeri dari semasa ke semasa mengadakan naziran ke SAR bagi memastikan
syarat-syarat pendaftaran untuk beroperasi sentiasa dipatuhi dan kokurikulum yang
digunapakai tiada unsur-unsur yang bertentangan dengan kokurikulum yang
ditetapkan.
Di samping itu, mesyuarat secara berkala juga diadakan dengan pihak
pengurusan sekolah antara lainnya bertujuan untuk mengenalpasti guru-guru yang
berpotensi dan menghantar mereka untuk mengikuti kursus-kursus jangka pendek dan
panjang di peringkat sijil dan diploma bagi meningkatkan kualiti pendidikan SAR.
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
16. Mohon statistik yang terkini jumlah perniagaan yang berkaitan dengan pelancongan
yang terdapat di Pulau Pinang.
(a) Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri untuk
meningkatkan lagi perniagaan yang berkaitan dengan pelancongan ini.
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Statistik perniagaan berlesen yang berkaitan dengan pelancongan di Pulau Pinang
adalah seperti di bawah.
Bil. Jenis Perniagaan Jumlah Pengusaha
1. Hotel dan Rumah Tumpangan 239
2. Kedai Jualan Cenderahati 15
3. Premis makanan 3,313
4. Aktiviti Sukan Air 23
5. Penyewaan Basikal 15
6. Agensi Pelancongan (Travel Agency) 123
7. Galeri Seni (Muzium) 16
Jumlah Besar 3,744

(a) Langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan
lagi perniagaan yang berkaitan dengan pelancongan adalah seperti berikut:
(i) Membantu dan menyegerakan kelulusan lesen perniagaan;
(ii) Memudahkan permohonan lesen melalui penggunaan sistem e-Lesen;
(iii) Mempromosikan premis perniagaan melalui penyediaan papan-papan
tanda jalan;
(iv) Membangunkan kawasan baharu sebagai tempat tarikan pelancong;
(v) Pemberian bantuan dan insentif kepada perniagaan seperti penganjuran
kursus-kursus pembangunan usahawan; dan
(vi) Mempelbagaikan acara tahunan bagi menggalakkan aktiviti sokongan
kepada industri pelancongan.
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
17. Penyalahgunaan dadah di DUN Telok Bahang semakin membimbangkan.
(a) Berapakah tangkapan yang telah dilakukan dalam isu penyalahgunaan dadah
khususnya di DUN Telok Bahang?
(b) Kempen-kempen yang dijalankan oleh agensi berkaitan.
(c) Statistik mereka-mereka yang telah kembali ke kehidupan normal

313
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. (a) Laporan Tangkapan Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN) di Kawasan Telok
Bahang, Pulau Pinang yang melibatkan dadah adalah seperti berikut:-
Bil. Jenis Tangkapan Seksyen Terlibat Tahun 2017 Tahun 2018
Tangkapan Bekalan Seksyen 39B ADB, Seksyen
1 10 20
39A(2) ADB
Seksyen 12(3) ADB, Seksyen
Tangkapan Memiliki
2 6 ADB & Seksyen 30(3) Akta 31 26
Racun)
Tangkapan Urin 15(1)(a) ADB & Seksyen 3(1)
3 34 7
APD
Jumlah Tangkapan 75 53

(b) Program dan kempen yang dilaksanakan oleh pihak Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang di DUN Teluk Bahang dalam tahun 2018.
BIL. Program/Kempen Lokasi Tarikh Jumlah
Penglibatan
1. Saringan Urin/Ceramah SMK Telok Bahang 9.1.2018 21 orang
2. Saringan Urin/Ceramah Balai Bomba Telok 29.1.2018 18 orang
Bahang
3. Pameran Minggu Antidadah SK Telok Bahang 24.4.2018 23 orang
4. Jabatan Perhilitan
Saringan Urin/Ceramah 24.4.2018 24 Orang
Telok Bahang
5. Saringan Urin/Ceramah SMK Telok Bahang 16.7.2018 21 Orang
Orang Kena Pengawasan (OKP) bermaksud penagih dadah yang telah diperintahkan
menjalani pengawasan mahkamah mengikut seksyen 6(1)(a), 6(1)(b) Akta Penagih
Dadah 1983 dan seksyen 38B(1) Akta Berbahaya 1952. OKP diletakkan di bawah
pengawasan seorang pegawai di tempat yang ditetapkan dalam perintah selama tempoh
tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun.
Pemulihan penagihan dadah memerlukan usaha sepanjang hayat kerana penagihan
dadah adalah satu penyakit kronik yang mudah berulang (Chronic Relapsing
Disease) dan berpanjangan. Ini bermakna, penagihan dadah ini akan kekal dengan
individu yang menyalahgunakannya pada masa yang panjang, di mana terdapat individu
yang bergantung dengan dadah untuk hidup. Namun, individu yang terlibat dalam
penagihan dadah ini boleh dipulihkan dan mampu berhenti menggunakan dadah
sekiranya individu tersebut tekad dengan usahanya dalam mendapatkan rawatan dan
pemulihan dadah yang meliputi keperluan fizikal, mental, sosial, dan spiritual.

Setelah tamat pengawasan adalah menjadi tanggungjawab keluarga dan masyarakat


setempat untuk membantu bekas OKP supaya dapat kembali ke kehidupan normal dan
berfungsi semula di dalam masyarakat. Kejayaan pengekalan kepulihan bergantung
kepada OKP itu sendiri. Seperti yang telah dinyatakan di atas, masalah penagihan
merupakan penyakit kronik yang mudah berulang. Justeru itu, pihak AADK sentiasa
mengalu-alukan bekas OKP yang memerlukan khidmat bimbingan/kaunseling
permasalahan dadah.

314
(c) Statistik mereka-mereka yang telah kembali ke kehidupan normal/ tamat
pengawasan:
Seksyen
Bulan 6(1) (a) 6(1) (b) 38B
JAN 2 7 2
FEB - 1 3
MAC 1 10 5
APR - 2 3
MEI - - 2
JUN - 2 4
JULAI - - 4
OGOS - - 5
SEPT - - 5
**Jumlah OKP Teluk Bahang Belum Tamat Pengawasan Sehingga September 2018
= 107 Orang
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
18. Apakah projek-projek yang akan dilaksanakan di Parlimen Balik Pulau susulan banjir
besar yang melibatkan terutamanya di kawasan Taman Manggis dan banyak kawasan
lain pada bulan Mei yang lalu.
(a) Sila perincikan mengikut DUN yang terdapat di Parlimen Balik Pulau.
Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Susulan kejadian banjir di kawasan Taman Manggis dan kawasan lain di Parlimen Balik
Pulau pada Mei 2018, projek-projek infrastruktur yang dirancang, sedang dan telah
dilaksanakan mengikut KADUN di Parlimen Balik Pulau adalah seperti di Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
19. Sila nyatakan hasil pendapatan yang dijana oleh Kerajaan Negeri dan pecahan yang
dibelanjakan kembali kepada rakyat Pulau Pinang secara keseluruhan bermula dari
tahun 2013 hingga September 2018.
Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Kerajaan Negeri telah berjaya menjana dan mengutip hasil pendapatan yang mencukupi
bagi menampung perbelanjaan Kerajaan Negeri serta berupaya mengekalkan lebihan
belanjawan sejak tahun 2008 hingga kini. Jumlah hasil dan perbelanjaan Kerajaan
Negeri dari tahun 2013 hingga 2018 (setakat 30 September 2018) adalah seperti
di Lampiran A.
Kerajaan Negeri sentiasa memberi keutamaan untuk memastikan hasil yang dikutip
dibelanjakan kembali untuk manfaat dan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.
Perbelanjaan utama yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri adalah merangkumi
perbelanjaan seperti berikut iaitu:
(a) Perbelanjaan untuk projek-projek pembangunan yang berjaya meningkatkan
kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat Negeri Pulau Pinang. Peruntukan yang
dibelanjakan untuk projek-projek pembangunan dari tahun 2013 hingga 2018
adalah seperti di Lampiran B.
(b) Pembiayaan bantuan kebajikan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang melalui
Program i-Sejahtera seperti berikut:-
(i) Program Warga Emas - RM130 setahun;

315
(ii) Program Waris Warga Emas - RM1,000 one-off;
(iii) Program Ibu Tunggal - RM100 setahun;
(iv) Program Waris Ibu Tunggal - RM1,000 one-off;
(v) Program Warga Orang Kelainan Upaya (OKU) - RM130 setahun;
(vi) Program Waris Orang Kelainan Upaya (OKU) - RM1,000 one-off;
(vii) Program Ibu Emas - RM100 setahun;
(viii) Program Anak Emas - RM200 one-off; dan
(ix) Program Pelajar Emas - RM100 setahun
(c) Pembiayaan untuk program-program bantuan sosial yang memberi manfaat
kepada pelbagai lapisan masyarakat seperti berikut:-
(i) Bantuan kemasukan pelajar ke IPTA/IPTS;
(ii) Bantuan pukat nelayan – RM400 setahun;
(iii) Bayaran subsidi kepada Pusat Dialisis CAT;
(iv) Program mammogram percuma;
(v) Elaun pemandu teksi dan bas sekolah - RM600 setahun;
(vi) Elaun penarik beca - RM100 sebulan;
(vii) Bantuan untuk penduduk miskin tegar ;
(viii) Perkhidmatan bas BEST KOMTAR dan BEST FIZ; dan
(ix) Lain-lain program yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. (RM1,000
untuk IPTA/IPTS di Semenanjung Malaysia, RM1,200 untuk IPTA/IPTS di
Sabah & Sarawak dan RM300 untuk kemasukan ke Politeknik)
(d) Perbelanjaan mengurus untuk jabatan-jabatan kerajaan negeri selaku jentera
kerajaan (government machinery) untuk memberikan perkhidmatan yang efisien
dan efektif kepada rakyat Negeri Pulau Pinang.
Berdasarkan butiran perbelanjaan yang dilakukan, adalah terbukti hasil yang
diterima oleh Kerajaan Negeri dibelanjakan kembali untuk manfaat rakyat
Negeri Pulau Pinang.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
20. Kesesakan lalu lintas masih berlaku di Pulau Pinang walaupun beberapa pelebaran
jalan, penambahbaikan dan juga flyover telah dibina.
(a) Apakah langkah seterusnya yang Kerajaan Negeri akan ambil untuk mengatasi
masalah ini.
Y.A.B. Ketua Menteri:
20. Selain daripada menaiktaraf infrastruktur dan pelebaran jalan, Kerajaan Negeri telah
mengambil beberapa langkah bagi mengatasi masalah lalu lintas di Pulau Pinang iaitu:
(i) Meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam dengan
memperkenalkan beberapa inisiatif pengangkutan awam secara percuma atau
dengan bayaran bulanan yang minima. Antaranya adalah perkhidmatan Bridge
Express Shuttle Transit (BEST), Central Area Transit (CAT) dan terbaru bas
percuma Congestion Alleviation Transport (CAT);
(ii) Menambah baik frekuensi perkhidmatan bas awam demi meningkatkan
penggunaan pengangkutan awam terutama pada waktu puncak;
316
(iii) Menjalankan kajian ‘Concept Plans for Immediate Measures To Alleviate Traffic
Congestion Within George Town and its Vicinity’ untuk menyuraikan kesesakan
lalu lintas secara berperingkat sejak tahun 2012;
(iv) Melaksanakan langkah-langkah pengurusan lalu lintas seperti melaksanakan
sistem jalan sehala, melarang kenderaan parkir atau menunggu di bahu jalan
serta menyelaras lampu isyarat untuk mewujudkan green wave bagi
melancarkan pergerakan aliran lalulintas terutama di kawasan tumpuan dan
pada puncak;
(v) Memasang CCTV di kawasan strategik secara berkesan untuk meningkatkan
keselamatan, pemantauan lalu lintas dan mengawal kesesakan lalu lintas.
menggunakan sistem analisis video atau video analytic untuk meningkatkan
keupayaan pengurusan lalu lintas dan meningkatkan keselamatan orang awam;
(vi) Memperkenalkan Pelan Induk Basikal Pulau Pinang dan Seberang Perai pada
tahun 2010 dengan pembinaan laluan basikal di seluruh Pulau Pinang yang akan
memberi laluan alternatif kepada pengguna jalan raya. Di samping itu, satu
usaha telah diambil pada tahun 2016 untuk wemujudkan sistem perkongsian
basikal yang lebih dikenali sebagai Link Bike di kawasan George Town;
(vii) Mengenakan syarat pemajuan untuk kerja-kerja menaiktaraf jalan termasuk
menjalankan kajian impak lalu lintas atau Traffic Impact Assesment (TIA) dan
melaksanakan penambahbaikan jajaran laluan bagi jalan raya sedia ada;
(viii) Melaksanakan tindakan penguatkuasaan seperti saman, kapit dan tunda
kenderaan melalui agensi penguatkuasaan bagi melarang kenderaan parkir atau
menunggu di bahu jalan termasuk kenderaan berat seperti bas dan lori yang
boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku;dan
(ix) Melaksanakan projek masa hadapan melalui Pelan Induk Pengangkutan Pulau
Pinang (PIP) dengan pembinaan sistem LRT dari pusat bandar George Town ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta menyediakan sistem
monorel atau LRT dari pusat bandar George Town ke Ayer Itam dan Tanjong
Tokong bagi mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian selepas
mendapat kelulusan daripada semua pihak yang berkaitan.
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
21. JKKK adalah penghubung utama kerajaan dan komuniti.
(a) Apakah cadangan Kerajaan Negeri untuk memantapkan lagi institusi tersebut?.
(b) Berapakah perbelanjaan pengurusan untuk keseluruhan JKKK di Pulau Pinang?.
(c) Tindakan disiplin atau JKKK yang bermasalah mengikut aduan di Parlimen Balik
Pulau dari tahun 2013 - 2018 dan prestasi masing-masing.
Y.A.B. Ketua Menteri:
21. (a) Antara cadangan Kerajaan Negeri untuk memantapkan lagi institusi JKKK adalah
seperti berikut:
(i) Memastikan setiap JKKK memiliki Manual Prosedur Kerja (MPK) JKKK terkini yang
disediakan oleh Kerajaan Negeri dan membuat pemantauan bagi memastikan
pematuhan MPK yang dikeluarkan.
(ii) Membuka ruang kepada pimpinan JKKK untuk berdialog dengan Agensi Kerajaan
Negeri bagi memperbaiki sebarang bentuk kelemahan dari segi pentadbiran dan
pengurusan di peringkat JKKK.

317
(iii) Mengadakan seminar dan kursus sepanjang tahun dalam bertujuan
memberi kefahaman kepada pimpinan JKKK supaya lebih fokus dalam
memperkasakan masyarakat luar bandar bagi menggalakkan mereka
turut serta dalam sebarang perancangan dan perubahan yang bakal
diperkenalkan Kerajaan Negeri; dan
(iv) Menganjurkan Kursus Tadbir Urus JKKK yang dikendalikan oleh Pejabat
Daerah dan Tanah.
(b) Perbelanjaan pengurusan keseluruhan JKKK sehingga bulan Oktober 2018 di
Pulau Pinang adalah sebanyak RM5,240,200.00.
(c) Terdapat satu aduan mengenai salah laku JKKK KADUN Pantai Jerejak di bawah
Parlimen Balik Pulau iaitu JKKK Sungai Nibong Kecil dan JKKK Sungai Nibong
Pantai yang diterima pada 24 Julai 2018. Siasatan oleh Pejabat Daerah dan
Tanah, Daerah Barat Daya mendapati didapati aduan tersebut adalah tidak
berasas. Namun, sekiranya aduan yang didapati mempunyai merit yang berasas
akan diambil tindakan disiplin yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan Negeri.
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
22. Apakah projek-projek atau pelan penambahbaikan yang akan dilakukan oleh Kerajaan
Negeri terhadap jalan yang menghubungkan antara Balik Pulau dan Telok Bahang?
Dikhuatiri sesuatu yang buruk akan berlaku jika terdapatnya hujan lebat dan ribut yang
berpanjangan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa melaksanakan pemantauan
dan penyenggaraan ke atas jalan FR6 yang menghubungkan Balik Pulau dan Teluk
Bahang; serta kawasan bercerun di sepanjang jajaran ini.
Pihak JKR akan memastikan penyenggaraan rutin dilaksanakan oleh syarikat konsesi
yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan seperti kerja-kerja crack sealing bagi
lokasi jalan yang terdapat rekahan serta pembersihan longkang dan pembentungan.

Begitu juga pemantauan terhadap lokasi yang mempunyai risiko tanah runtuh di mana
pihak JKR telah mengemukakan perancangan dan permohonan peruntukan untuk kerja-
kerja mambaik pulih tanah runtuh kepada Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat
JKR Malaysia. Selain itu, pihak Kerajaan Negeri bersama JKR juga melaksanakan
pemeriksaan mengejut (spot check) di kawasan pembinaan yang melibatkan
pemotongan cerun untuk memastikan kontraktor yang terlibat mematuhi pelan kawalan
hakisan dan kelodak (ESCP) yang telah diluluskan.
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
23. Pertanian merupakan salah satu cabang ekonomi penduduk DUN Teluk Bahang.
(a) Statistik jumlah petani yang mengusahakan pertanian sebagai sumber
pendapatan.
(b) Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan
golongan ini sentiasa diberi perhatian.
(c) Insentif daripada agensi yang terlibat untuk memajukan lagi pertanian yang
mereka usahakan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
23. (a) Terdapat seramai 365 orang petani di DUN Teluk Bahang yang mengusahakan
pertanian sebagai sumber pendapatan. Perincian seperti di jadual berikut:

318
Luas
Bil. Pengeluaran Nilai Pengeluaran
Kategori Tanaman Bertanam
Petani (mtan) Bersih (RM)
(CHE)
Florikultur 1 0.20 0.41 430.50
Herba Dan Rempah
21 11.26 82.57 183,937.06
Ratus
Sayur-sayuran 10 4.50 35.93 76,452.10
Tanaman Buah-buahan 323 389.87 2,782.58 18,660,973.64
Tanaman Industri 3 2.60 9.33 68,439.00
Tanaman
Ladang/Tanaman 7 4.10 36.25 29,928.36
Kontan
JUMLAH 365 412.53 2,947.08 19,020,160.66

(b) Dalam memastikan golongan petani ini sentiasa diberikan perhatian yang
sewajarnya, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian telah mengambil
langkah-langkah seperti berikut:
(i) Meningkatkan produktiviti pengeluaran hasil pertanian dan
meningkatkan pendapatan petani/usahawan tani melalui bantuan
khidmat nasihat, input pertanian, jentera dan mekanisasi ladang, latihan
dan sebagainya;
(ii) Menggalakkan para petani / usahawan tani agar mendapatkan pensijilan
Halal, MeSTI, Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP), myGAP dan
myOrganic untuk produk-produk keluaran pertanian supaya produk-
produk yang dihasilkan lebih mudah dipasarkan;
(iii) Meningkatkan penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian dan
industri asas tani melalui program-program di peringkat negeri; dan
(iv) Meningkatkan produktiviti dan kualiti produk industri asas tani melalui
promosi di dalam dan luar Negeri Pulau Pinang.
(c) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian menyediakan pelbagai bentuk
insentif kepada petani. Antara insentif yang diberikan adalah seperti berikut:
(i) Infrastruktur ladang;
(ii) Input pertanian (baja/racun dan lain-lain);
(iii) Jentera dan peralatan kecil ladang;
(iv) Perkhidmatan mekanisasi ladang;
(v) Latihan/Bengkel/Seminar;
(vi) Program pengukuhan modal insan untuk Kelompok Pertanian,
Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) dan Usahawan;
(vii) Program pemasaran dan promosi produk; dan
(viii) Pinjaman mikrokredit Tabung Usahawan Tani (TUT)
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
24. Sila nyatakan insentif- insentif yang sedang atau cadangan untuk diberikan kepada
nelayan sepenuh masa oleh agensi-agensi yang berkaitan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
24. Terdapat pelbagai bentuk insentif yang disediakan kepada nelayan sepenuh masa yang
layak seperti berikut:
319
(a) Insentif daripada Jabatan Perikanan
(i) Agropreneur Muda
Bantuan geran diberikan kepada pemohon yang berumur antara 18 hingga
40 tahun. Untuk program ini, geran dengan nilai maksimum sebanyak
RM20,000.00 berupa peralatan diberikan kepada usahawan akuakultur
dan maksimum RM15,000.00 untuk usahawan Industri Asas Tani (IAT).
(ii) Kursus dan demo in-situ
Kursus ini lebih menumpukan kepada kemahiran teknikal seperti
pembaikan enjin sangkut, pemprosesan dan
pembuatan/penyelenggaraan sampan fiber.
(iii) Bantuan Touch Point
Nelayan diberikan bantuan-bantuan input berupa barangan keselamatan
dan peralatan nelayan seperti tong insulasi, baju hujan, lampu suluh dan
beg kalis air.
(b) Insentif daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
(i) Pinjaman Dana Nelayan
Pinjaman mudah bagi pembelian bot dan peralatan baru atau
meningkatkan keupayaan bot sedia ada, pinjaman modal operasi,
pinjaman kecemasan untuk nelayan dan modal pusingan pemasaran
untuk Persatuan Nelayan.
(ii) Projek Khas Perumahan Nelayan
Nelayan yang berkelayakan diberikan bantuan untuk membaikpulih dan
membina baharu rumah. Program ini dilaksanakan berdasarkan tiga (3)
kategori iaitu Baik Pulih Rumah Nelayan, Program Bina Baru dan Program
Penempatan Semula Nelayan (PSN).
(iii) Skim Insuran Nelayan
Bertujuan untuk membela nasib keluarga nelayan dan persediaan
kewangan luar jangka golongan nelayan sekiranya berlaku kejadian yang
tidak diingini atau kemalangan melibatkan nelayan.
(iv) Elaun Sara Hidup Nelayan
Membantu meringankan beban golongan nelayan yang berkelayakan.
(v) Pengurusan Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan
Membantu menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan kesan
daripada kenaikan harga pasaran minyak.
(vi) Insentif Pendaratan Ikan
Insentif ini diberikan kepada nelayan yang mendaratkan ikan di jeti-jeti
yang diwartakan LKIM.
(c) Insentif daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang
(i) Baucar Bantuan Nelayan Pesisir Pantai
Bantuan ini diberikan kepada nelayan pesisir pantai dengan nilai
RM400.00 setahun untuk pembelian peralatan menangkap ikan daripada
kedai-kedai yang dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri.
(ii) Pinjaman Mikrokredit Tabung Usahawan Tani (TUT)
Bantuan pinjaman mikrokredit kepada nelayan yang mengusahakan
perniagaan berasaskan industri asas tani termasuklah perikanan.

320
Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai cadangan bagi pemberian insentif
baharu untuk nelayan sepenuh masa di negeri ini.
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
25. Telok Bahang adalah destinasi pelancongan.
(a) Mengapakah jumlah pelancong jauh masih rendah ke Telok Bahang masih
rendah?
(b) Apakah kempen berterusan dijalankan untuk menjadikan Telok Bahang menjadi
destinasi wajib bagi setiap pelancong yang datang ke Pulau Pinang?
(c) Jumlah mereka yang menjadikan Taman Negara sebagai destinasi lawatan
mereka ke Pulau Pinang.
Y.A.B. Ketua Menteri:
25. (a) Jumlah kemasukan pelancong ke Negeri Pulau Pinang telah meningkat setiap
tahun. Bagi salah satu destinasi pelancongan di Telok Bahang iaitu Taman Negara
Pulau Pinang, jumlah pelawat juga menunjukkan peningkatan di mana sebanyak
108,276 pelawat dicatatkan pada tahun 2012, manakala pada tahun 2017
sebanyak 157,232 pelawat dicatatkan. Peningkatan sebanyak 45% dalam masa
lima (5) tahun menunjukkan bahawa Telok Bahang turut menikmati manfaat
daripada pembangunan pelancongan Negeri Pulau Pinang. Sekiranya dibuat
perbandingan antara George Town dan Telok Bahang, sudah tentu lebih ramai
pelancong melawat George Town berikutan akses yang lebih mudah dan
mempunyai status Tapak Warisan Dunia The United Nations Educational,
Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Telok Bahang mempunyai
tarikan pelancong tersendiri seperti Entopia, Escape Theme Park dan Taman
Negara Pulau Pinang. Oleh itu, sasaran pelancong ke Telok Bahang adalah
pelancong yang meminati alam semula jadi dan pengembaraan, berbeza dengan
pelancong George Town yang lebih bersifat santai.
(b) Kerajaan Negeri melalui Penang Global Tourism (PGT) secara berterusan
menjalankan kempen mempromosikan destinasi Telok Bahang kepada pelancong
dalam kategori ‘Nature & Adventure’. Tarikan-tarikan pelancong di Telok
Bahang seperti Entopiadan Escape Theme Park sentiasa dipromosikan dalam
kempen pelancongan di luar negara seperti Penang Entourage Campaign,
Singapore Outdoor Campaign (Bus), Hong Kong Outdoor Campaign (Tram),
Penang Seminar dan acara tradeshow. Selain itu, PGT juga menjalankan
kempen e-coupon di mana pelancong boleh memuat turun baucar diskaun dan
menikmati promosi yang ditawarkan oleh pengusaha tarikan pelancong.
(c) Jumlah pelancong yang menjadikan Taman Negara Pulau Pinang sebagai
destinasi lawatan mereka ke Pulau Pinang boleh dilihat berdasarkan statistik
jumlah pelawat Taman Negara Pulau Pinang. Bagi tempoh Januari hingga
September 2018, jumlah pelawat yang berkunjung ke Taman Negara Pulau
Pinang adalah sebanyak 108,749 orang yang merangkumi 56,032 pelawat dalam
negara dan 52,717 pelawat dari luar negara.
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
26. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengekalkan Balik
Pulau sebagai satu kawasan yang hijau keseluruhannya tanpa dipinggirkan dalam aspek-
aspek pembangunan yang lain?

321
Y.A.B. Ketua Menteri:
26. Bagi memastikan Balik Pulau terus menikmati arus pembangunan tanpa menjejaskan
keadaan alam sekitar di kawasan tersebut, Kerajaan Negeri telah melaksanakan
langkah-langkah berikut:
(i) Meletakkan kawasan Balik Pulau dalam kawasan Koridor Pembangunan Sekunder
Balik Pulau - Genting - Air Putih;
(ii) Menyelaraskan Pelan Dasar Perancangan dan Kawalan Pemajuan MBPP seperti
yang telah diluluskan pada 13 September 1996 dengan Gambarajah Utama
RSNPP 2020 di mana 46% daripada keseluruhan Balik Pulau kekal sebagai
kawasan hijau;
(iii) Mengiklankan aktiviti-aktiviti pelancongan terhad atau eko pelancongan,
perdagangan terhad, industri asas tani, industri kraftangan serta pembangunan
berimpak rendah yang berkonsepkan low rise, low density(berparas rendah
berkepadatan rendah) untuk mendapat tarikan pelancong;
(iv) Mengekalkan dan menaiktaraf perkampungan tradisional seperti Kampung
Sungai Rusa, Kampung Telok Bahang, kampung-kampung nelayan di Balik Pulau,
Kampung Sungai Batu, Kampung Titi Teras, Kampung Perlis, Kampung Pondok
Upeh, Kampung Kuala Sungai Pinang, Kampung Pantai
Acheh, Kampung Sungai Pinang, Kampung Kuala Jalan Bharu, Kampung Sungai
Korok, Kampung Genting dan Kampung Terang;
(v) Memelihara alam semula jadi dan pertanian terutama tanaman padi di Balik
Pulau yang terletak di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA)
Sungai Burung kerana tanaman padi merupakan antara penyumbang kepada
sumber ekonomi berasaskan pertanian; dan
(vi) Memulihara dan mewartakan kawasan-kawasan hutan sebagai sumber eko
pelancongan dan hutan simpan kekal di Balik Pulau seperti Hutan Simpan Telok
Bahang, Taman Negara Pulau Pinang, Hutan Paya Laut Pantai Acheh, Hutan Paya
Laut Kuala Sungai Burung dan Hutan Simpan Kekal Balik Pulau.
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
27. Tanah wakaf dan baitulmal yang terdapat di Pulau Pinang.
(a) Senaraikan lot-lot tanah, keluasan dan lokasi tanah-tanah wakaf tersebut.
(b) Apakah pembangunan yang dijalankan di tanah-tanah tersebut?
(c) Senaraikan tanah-tanah wakaf dan Baitulmal yang terdapat di Telok Bahang.
Y.A.B. Ketua Menteri:
27. Keseluruhannya terdapat sejumlah 1,271 lot dengan jumlah keluasan 1,272.12 ekar
tanah wakaf dan baitulmal di Pulau Pinang.
(a) Senarai lot tanah, status, lokasi dan keluasan mengikut daerah adalah seperti
di Lampiran A.
(b) Pada masa ini, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melalui anak
syarikatnya iaitu Wakaf Pulau Pinang Sdn Bhd telah membangunkan sejumlah
469 unit kediaman dan komersial di seluruh Negeri Pulau Pinang. Bagi tahun
2018 sahaja, MAINPP telah berjaya menyempurnakan dua (2) projek perumahan
iaitu 68 unit rumah Pangsapuri Wakaf Muhamed Hashim di Seberang Jaya dan 77
unit rumah dan 4 unit komersial Pangsapuri Siti dan Hajjah Norijah di Sg. Nibong.
Di samping itu, terdapat juga projek perumahan yang sedang dalam pembinaan
dan dalam perancangan untuk dibangunkan oleh MAINPP yang melibatkan

322
sejumlah 4,450 unit rumah dan 181 unit komersial. Perinciannya adalah seperti
di Lampiran B.
(c) Terdapat sejumlah 25 lot tanah wakaf dan baitulmal di kawasan Telok
Bahang. Senarai lot tanah, status, lokasi dan keluasannya diperincikan seperti
di Lampiran C.
RUJUK LAMPIRAN A, B DAN C.
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
28. Berapakah pertumbuhan ekonomi per GDP , peratusan tingkat hutang negeri dan asset
negeri sejak tahun 2008 sehingga Jun 2018
Y.A.B. Ketua Menteri:
28. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK / GDP) bagi Negeri Pulau Pinang menunjukkan
trend peningkatan bermula pada tahun 2008 sehinggalah 2017 seperti ditunjukkan
di Lampiran A. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, data KDNK terkini mengikut
negeri adalah sehingga 2017 sahaja. Data bagi tahun 2018 akan dikeluarkan pada tahun
berikutnya.
(a) Sehingga Jun 2018, peratusan hutang Kerajaan Negeri dengan Kerajaan
Persekutuan berkurangan sebanyak 90.2% menjadi RM61,224,547.50 berbanding
tahun 2008 iaitu sebanyak RM625,442,355.90. Ini bermakna, tiada peningkatan
hutang, memandangkan semua bayaran balik dibuat mengikut jadual dan tiada
tunggakan setakat ini. Perincian adalah seperti di Lampiran B.
(b) Bagi peratusan aset cair dalam bentuk Simpanan Tetap, terdapat peningkatan
sebanyak 78.3% sehingga Jun 2018 iaitu sebanyak RM1,759,000,000.00,
berbanding hanya RM986,500,000.00 pada tahun 2008. Perincian adalah seperti
di Lampiran C1.
Manakala bagi aset tetap (aset tak alih) seperti tanah, bangunan, kerja & infra,
peralatan dan aset tak ketara adalah seperti di Lampiran C2. Untuk makluman,
maklumat ini tidak berubah daripada tahun 2015 sehingga 2018 (tiada rekod rasmi
sebelum tahun 2015 kerana pengumpulan data dimulakan pada tahun 2015).
RUJUK LAMPIRAN A, B DAN C.
Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
29. Jelaskan dengan terperinci mengenai langkah-langkah kawalan dalam membangunkan
sesuatu kawasan untuk pemajuan dalam mengelakkan banjir yang mungkin berlaku atas
sebab pembangunan tersebut.
Y.A.B. Ketua Menteri:
29. Pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah mewajibkan
semua pembangunaan baru atau pembangunan semula perlu mematuhi beberapa garis
panduan seperti berikut:
(a) Garis Panduan Manual Saliran Mesra Alam Edisi ke-2 (MSMA);
(b) Malaysian Standard for Urban Storm Water Mangement MS2526 (keluaran
SIRIM);
(c) Garis Panduan JPS: Pembangunan melibatkan sungai dan rezab sungai;
(d) Garis Panduan Konsep Pembangunan Berhadapan Sungai, Pelan Induk Saliran
Mesra Alam, Garis Panduan JPS 1/97; dan
(e) Kawalan Hakisan Berikutan Dari Pembangunan Di Kawasan Pantai dan sebagainya
termasuk arahan-arahan semasa yang dikeluarkan melalui Pekeliling-Pekeliling
JPS.
323
Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah
menetapkan supaya, semua Permohonan Kebenaran Merancang yang dikemukakan
kepada Majlis perlu dirujuk kepada jabatan teknikal dalaman dan luaran untuk
mendapatkan ulasan sebelum sebarang pelaksanaan projek pembangunan.
Syarat-syarat teknikal untuk mengatasi masalah banjir dikawal melalui syarat Jabatan
Pengairan Saliran (JPS) dan Jabatan Kejuruteraan MBPP. Syarat-syarat jabatan teknikal
tersebut akan dijadikan syarat dalam kebenaran merancang, pelan bangunan dan juga
pelan jalan dan parit seperti berikut:
(i) Sistem pemaritan hendaklah dibaik pulih dan disediakan dengan sempurna
sebelum, semasa dan selepas pembinaan dijalankan bagi mengatasi masalah
banjir di kawasan sekitar tapak pemajuan; dan
(ii) Kerja-kerja sistem pemaritan/saliran, kestabilan cerun/lereng, pemotongan
cerun/lereng, pembinaan jalan dan penyediaan langkah-langkah keselamatan di
tapak hendaklah disempurnakan terlebih dahulu sebelum Sijil Kebenaran Mula
Kerja (COW) bangunan dikeluarkan.
Bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pula, langkah-langkah kawalan dalam
membangunkan sesuatu kawasan untuk pemajuan bagi mengelakkan banjir yang
mungkin berlaku atas sebab pembangunan adalah seperti berikut:
 Pelan Induk Tebatan Banjir dan Sistem Saliran yang disediakan oleh JPS
digunakan sebagai panduan didalam merancang pembinan parit-parit baru.
Pelan induk ini juga disyarat kepada pemaju perumahan bagi membina parit
utama mengikut pelan induk tersebut;
 Memastikan pemaju mematuhi pelan kawalan hakisan dan kelodak tanah yang
telah diluluskan di peringkat kerja tanah agar isu banjir lumpur tidak berlaku
ditapak-tapak pembangunan baharu;
 Memastikan pemaju menyediakan kolam takungan berdasarkan kehendak-
kehendak Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) di dalam pembangunan mereka
bagi kawalan air larian di dalam tapak pembangunan mereka sebelum dialirkan
ke parit utama/sungai;
 Memastikan pemaju mereka bentuk sistem pemaritan dalam pembangunan
mereka berdasarkan kehendak-kehendak MSMA;
 Mengenakan syarat tambunan minima 2.13m atau lebih dengan memastikan
paras selamat dari banjir bagi pembangunan baharu. Manakala bagi kawasan
pembangunan di daerah Seberang Perai Tengah, paras tambunan
tanah/platform level hendaklah mematuhi paras yang telah ditetapkan di dalam
pelan induk tebatan peparitan Seberang Perai Tengah yang telah digunapakai;
dan
 Membuat pemantauan ke atas projek pembangunan dijalankan dari masa ke
semasa bagi memastikan pemaju mengikut spesifikasi Pelan Jalan dan Parit yang
ditetapkan terutama dari segi penyediaan kolam takungan dan penyelenggaraan
parit-parit dalam kawasan pembangunan yang sedang dilaksanakan.
XXI. Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan usaha yang diambil untuk meningkatkan taraf
kebersihan premis makanan dari C ke B dan seterusnya A dalam keadaan masih terdapat
ramai pekerja asing yang menguasai perniagaan tersebut di mana kebersihan di
kalangan pekerja asing agak kritikal?

324
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Antara usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa
Tempatan bagi meningkatkan taraf premis makanan dari Gred C Ke Gred B dan
seterusnya Gred A adalah seperti berikut:
(i) Membuat Kajian Penggredan Semula Tahap Kebersihan Pasar Awam di Negeri
Pulau Pinang supaya semua pasar awam mencapai sekurang-kurangnya Gred A
dan B sahaja.
(ii) Menjalankan pemeriksaan dan pemantauan berjadual.
(iii) Memberikan khidmat nasihat kepada pengusaha untuk meningkatkan kualiti dan
kebersihan premis.
(iv) Menyemak semula silibus bagi kursus pengendali makanan.
(v) Menjalankan operasi bersepadu bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri dan
Jabatan Imigresen bagi premis yang diusahakan warganegara asing.
(vi) Mengedarkan bahan rujukan dan poster kebersihan kepada agen pekerja warga
negara asing yang terlibat dengan sektor pengendalian makanan.
(vii) Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik premis makanan
berkaitan ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat pelesenan daripada aspek
kebersihan yang ditetapkan dan notis berkaitan kebersihan.
(viii) Membatalkan atau tidak memperbaharui lesen perniagaan bagi premis
perniagaan yang gagal menaik taraf kebersihan seperti mana yang telah
ditetapkan dalam syarat pelesenan.
Selain itu, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) turut menganjurkan kempen dan
pertandingan kebersihan premis makanan setiap tahun sempena Sambutan Hari Penjaja
dan Komuniti Peniaga MBPP.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
2. Apakah langkah yang diambil Kerajaan Negeri untuk membatalkan secara pesona non
grata pemilik lesen premis perniagaan makanan yang menyerah hak (assign) perniagaan
kepada warga asing?
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas pemilik lesen premis
perniagaan makanan yang dilabelkan sebagai persona non grata kerana menyerah hak
(assign) perniagaan kepada warga asing adalah seperti berikut:
(i) Membatalkan lesen premis perniagaan yang telah dikeluarkan;
(ii) Meneruskan tindakan mahkamah bagi kesalahan memajak perniagaan kepada
warganegara;
(iii) Mengeluarkan kompaun di atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen;
(iv) Membangunkan sistem sekatan / menyenaraihitamkan syarikat dan nama individu
yang menyerah hak lesen kepada warganegara; dan
(v) Menjalankan operasi penguatkuasaan bersama jabatan / agensi peguatkuasaan lain
seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kesihatan Negeri dan Polis Diraja Malaysia
(PDRM).
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
3. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan jumlah Rumah Mampu Milik A dan B sejak skim
tersebut diperkenalkan di Pulau Pinang sehingga September 2018?

325
(a) Berapakah perbelanjaan yang telah ditanggung Kerajaan Pulau Pinang untuk
skim Rumah Mampu Milik A dan B bagi tempoh diperkenalkan sehingga
September 2018?
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Rumah Mampu Milik (RMM) ‘A’ dan ‘B’ merujuk kepada skim-skim perumahan yang
sebelum ini dikenali dengan pelbagai nama seperti rumah murah, rumah kos rendah dan
rumah kos sederhana rendah. Pada dasarnya skim perumahan ini mula diperkenalkan
dan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri untuk menyediakan bekalan perumahan kepada
golongan berpendapatan rendah.
Antara skim terawal yang dibina adalah Rancangan Perumahan Awam Padang Tembak
telah siap dibina pada tahun 1969 di atas tanah seluas 7.3 hektar (18.25 ekar). Skim
perumahan ini terdiri daripada sembilan (9) blok bangunan rumah pangsa setinggi 17
tingkat yang menyediakan sebanyak 3,660 unit kediaman dan 62 unit kedai. Jumlah
bekalan unit kediaman kategori ini dipertingkatkan lagi melalui pelbagai usaha kerajaan
termasuk melalui pelaksanaan dasar syarat penyediaan 30% RMM ‘A’ dan ‘B’ ke atas
setiap pemajuan perumahan swasta di Pulau Pinang.
Setakat ini tiada sebarang kajian dijalankan di peringkat Kerajaan Negeri untuk
mengenalpasti jumlah RMM ‘A’ dan ‘B’ yang terdapat di Pulau Pinang. Namun begitu,
dalam laporan yang disediakan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara dinyatakan
bahawa sehingga suku kedua tahun 2018, terdapat sebanyak 80,388 unit RMM ‘A’ terdiri
daripada 62,545 kediaman berstrata dan 17,843 kediaman yang dijual pada harga asal
tidak melebihi RM42,000/unit. Laporan ini walau bagaimanapun tidak memperincikan
jumlah unit RMM ‘B’ (harga maksima RM72,500). Ringkasan statistik stok RMM ‘A’
mengikut daerah dan jenis rumah di Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran A.
Berdasarkan rekod yang dikumpul, sejak 2008 sehingga September 2018 terdapat
sebanyak 119 projek yang menyediakan sejumlah 27,065 unit RMM 'A' (15,288) dan RMM
'B' (11,777). Senarai Projek RMM 'A' dan 'B' Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran B.
(a) Pada masa ini Kerajaan Negeri masih menjalankan tanggungjawab
menyelenggara sejumlah 50 skim perumahan awam yang boleh dikategorikan
sebagai RMM ‘A’. Berdasarkan perbelanjaan sebenar yang direkodkan bagi
tempoh lima tahun bermula 2013 hingga 2017, secara purata Kerajaan Negeri
membelanjakan sebanyak RM18,548,270.00 setiap tahun untuk mengurus dan
menyelenggara skim-skim perumahan awam ini. Manakala sehingga September
2018, sebanyak RM10,049,485.00 telah dibelanjakan untuk maksud tersebut.
Bagi projek-projek RMM 'A' dan 'B' yang dibangunkan oleh pemaju swasta pula,
kos mengurus dan menyelenggara bangunan adalah di bawah
tanggungjawab pemaju, Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan
Pengurusan (MC) sebagaimana ditetapkan Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta
757].
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
4. Berapakah jumlah Rumah Mampu Milik A dan B yang sedang dalam pembinaan?
(a) Adakah Kerajaan Negeri meningkatkan pendapatan isi rumah minima bagi tujuan
permohonan Rumah Mampu Milik A dan B?
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Terdapat sejumlah 35 projek pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) 'A' dan 'B' yang
sedang dalam peringkat pembinaan pada masa ini melibatkan penyediaan
sejumlah 7,094 unit kediaman di seluruh Pulau Pinang. Taburan projek mengikut
daerah adalah seperti di jadual berikut:

326
Bil. Daerah Jumlah Projek Unit RMM 'A' Unit RMM 'B'

1. Timur Laut 10 742 2568

2. Barat Daya 7 297 934

3. Seberang Perai Tengah 6 796 556

4. Seberang Perai Utara 7 663 0

5. Seberang Perai Selatan 5 453 85

Jumlah 35 2,951 4,143

(a) Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk meningkatkan had
pendapatan isi rumah untuk proses permohonan RMM 'A' dan 'B'. Ini kerana
sehingga kini terdapat ramai lagi pemohon dalam julat pendapatan tidak lebih
RM2,500 untuk RMM 'A' dan RM3,500 untuk RMM 'B' yang berada dalam kategori
'senarai menunggu'. Namun begitu, rayuan boleh dipertimbangkan atas
dasar case-by-case dengan mengambil kira tanggungan dan komitmen semasa
pemohon.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
5. Mohon Kerajaan Pulau Pinang nyatakan sama ada berhasrat untuk membaik pulih
infrastuktur dan keadaan sekitar rumah pangsapuri PPR Ampang Jajar kepada keadaan
lebih baik?
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk menyediakan kediaman dan persekitaran
yang selesa dan kondusif, keperluan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan dan naik
taraf skim-skim perumahan awam sentiasa diberi perhatian. Atas dasar ini, Kerajaan
Negeri pada tahun 2017 telah membelanjakan sejumlah RM12.49 juta untuk menaik
taraf bangunan kediaman, menyelenggara kawasan dan kemudahan guna sama yang
secara langsung memberi manfaat kepada semua 13,288 keluarga/isi rumah di 28
Rancangan Perumahan Awam yang terlibat. Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.62 juta
telah dibelanjakan bagi kerja-kerja menaik taraf dan menyelenggara Rumah
Pangsa Ampang Jajar.
Usaha ini diteruskan pada tahun 2018 apabila Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan
sebanyak RM11.8 juta. Dari jumlah tersebut, RM1.13 juta daripadanya telah
dibelanjakan bagi kerja-kerja menaik taraf dan menyelenggara Rumah Pangsa Ampang
Jajar. Secara ringkas, agihan peruntukan ini adalah untuk membiayai kerja-kerja
seperti di jadual berikut:
BIL. TAJUK PROJEK AMAUN STATUS
Projek Sambungan
1 Kerja-kerja Menggantikan Lif Yang RM30,000.00 Siap Dilaksanakan
Telah Rosak Untuk Blok B&C (4 unit)
Serta Kerja Berkaitan di PPR
Ampang Jajar.
Projek Baharu
2 Kerja-kerja Menggantikan Lif Yang RM400,000.00 Dalam peringkat
Telah Rosak Untuk Blok A (2 unit) pelantikan kontraktor

327
Dan Kerja Berkaitan di PPR Ampang
Jajar.
3 Kerja-kerja Membina Imprint Di RM200,000.00 Dalam peringkat
Ruang Koridor Blok Dan Kerja-kerja pelaksanaan
Berkaitan di PPR Ampang Jajar.
4 Kerja-kerja Waterproofing Di RM300,000.00 Dalam peringkat
Bumbung Blok Dan Kerja-kerja pelantikan kontraktor
Berkaitan Di PPR Ampang Jajar.
5 Kerja-kerja Membina Pondok RM200,000.00 Siap Dilaksanakan
Kawalan Dan Kerja Berkaitan di PPR
Ampang Jajar.
JUMLAH RM1,130,000,000

Selanjutnya untuk tahun 2019, Bahagian Perumahan telah mengemukakan permohonan


peruntukan sebanyak RM6.5 juta bagi menjalankan kerja-kerja naiktaraf dan
penyelenggaraan di semua skim perumahan awam Kerajaan Negeri termasuk RM570,000
yang akan diperuntukkan bagi usaha membaik pulih infrastuktur dan keadaan
sekitar Rumah Pangsa Ampang Jajar. Kerja-kerja yang dicadangkan adalah penggantian
lif Blok A, pembinaan tempat letak kereta yang baru dan lain-lain kerja berkaitan
dengan kos yang dianggarkan sebanyak RM570,000.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
6. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan cadangan projek tebatan banjir bagi
kawasan di Seberang Perai Utara yang melibatkan jaringan/daerah aliran sungai bagi
Sungai Perai, Sungai Dua dan Sungai Jarak?
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Cadangan projek tebatan banjir bagi kawasan di Seberang Perai Utara yang melibatkan
jaringan/daerah aliran sungai bagi Sungai Perai, Sungai Dua dan Sungai Jarak adalah
seperti berikut:
(i) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Perai bagi lembangan Sungai Perai yang
melibatkan penaiktarafan ban sepanjang 30km dan penaiktarafan 10
struktur outlet;
(ii) RTB Sungai Jarak bagi Lembangan Sungai Jarak yang melibatkan pembinaan
rumah pam dan lain-lain komponen Mekanikal dan Elektrikal;
(iii) RTB Tasek Gelugor yang melibatkan Sungai Dua seperti berikut:
(a) Pakej 1: Menaik taraf sistem saliran di Pekan Sungai Dua yang telah siap
pada Februari 2015; dan
(b) Pakej 4: Pembinaan Rumah Pam di Sungai Pengkalan Machang yang telah
siap pada Mei 2017.
Sebagai makluman tambahan, Pakej 2 dan 3 tidak melibatkan Sungai Dua, di mana ianya
melibatkan kawasan Tasek Gelugor.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
7. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan sama ada kedudukan YB TKM 1 sebagai EXCO yang
bertanggungjawab ke atas portfolio Hal Ehwal Agama Islam mempunyai percanggahan
kepentingan dengan jawatan Timbalan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang?
(a) Jika ya, apakah langkah akan diambil selaras dengan prinsip CAT?

328
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Kedudukan YB. Timbalan Ketua Menteri 1 sebagai EXCO Hal Ehwal Agama Islam dan
dalam masa yang sama memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam
Pulau Pinang (MAINPP) tidak menimbulkan sebarang percanggahan kepentingan kerana
Timbalan YDP MAINPP tidak bertanggungjawab terus kepada Exco Agama.
Pelantikan Timbalan YDP MAINPP adalah perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agung manakala lantikan Timbalan Ketua Menteri I merangkap
Exco Agama adalah dilantik oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri atas
nasihat Ketua Menteri.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
8. Mohon Kerajaan Pulau Pinang nyatakan sama ada terdapat cadangan bagi menyiarkan
kepada umum laporan kewangan/audit Pusat Zakat Pulau Pinang bagi menjadikan
prinsip CAT dilihat benar-benar dilaksanakan?
(a) Berapakah lebihan wang zakat akaun berakhir December 2017?
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Laporan kewangan Zakat Pulau Pinang (ZPP) mengenai kutipan dan
agihan sememangnya dipaparkan untuk perhatian umum melalui pelbagai saluran
media seperti laman web ZPP, terbitan Info Zakat dan baru-baru ini, laporan
kewangan bagi agihan yang khusus seperti bantuan pendidikan telah disiarkan di Buletin
Mutiara. Laporan kewangan mengenai kutipan dan agihan di laman web ZPP adalah yang
terkini kerana ianya dikemaskini setiap hari. Selain daripada itu, maklumat kutipan dan
agihan zakat juga disiarkan di surat khabar, billboard, “Display Panel Board” di masjid-
masjid seluruh Pulau Pinang. Ini menunjukkan maklumat mengenai kutipan dan agihan
zakat ZPP disiarkan secara telus kepada umum.
(a) Bagi tahun 2017, jumlah kutipan zakat adalah sebanyak RM101,454,432.72 juta
dan agihan adalah sebanyak RM99,782,721.01 juta menjadikan lebihan wang
zakat tahun 2017 sebanyak RM1,671,711.71juta.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
9. Mohon Kerajaan Pulau Pinang nyatakan sama ada terdapat apa-apa langkah diambil
bersama Kerajaan Persekutuan untuk menghapuskan bayaran tol Jambatan Pulau
Pinang sebanyak RM2 bagi pengguna motorsikal?
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Pada 2 November 2018, semasa pembentangan Belanjawan 2019 di Parlimen, YB
Menteri Kewangan Malaysia telah membuat pengumuman bahawa mulai 1 Januari 2019
tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan
Kedua di Johor akan dimansuhkan. Implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta
setahun.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
10 . Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan berapakah kelulusan permohonan tukar
syarat kegunaan tanah daripada pertanian kepada kediaman dan industri?
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Secara keseluruhannya, dari tahun 2017 hingga 30 September 2018 Kerajaan Negeri
telah meluluskan 32 permohonan tukar syarat kegunaan tanah daripada pertanian
kepada bangunan dan industri. Perinciannya adalah seperti berikut:

329
Bilangan Permohonan
Bil. Jenis Permohonan
2017 2018
1 Pertanian kepada bangunan 14 5
2 Pertanian kepada industri 9 4
Jumlah 23 9

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
11. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk
mempromosikan sukan e-Sports?
(a) Berapakah perbelanjaan yang telah dikeluarkan sepanjang tahun 2018 bagi
menjalankan aktiviti sukan e-Sports?
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Belia Negeri Pulau Pinang
(PYDC) telah memperkenalkan inisiatif bertema "e-SportsPG" bagi mempromosi dan
membangunkan sukan eletroknik (e-Sports) di Pulau Pinang. Langkah-langkah yang
diambil adalah seperti berikut:
(i) Pengenalan e-Sports PG ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta di
Negeri Pulau Pinang. Seramai 371 orang pelajar dari 8 IPT di Negeri Pulau Pinang
telah turut serta dalam program e-Sports Campus Roadshow ini;
(ii) Mewujudkan Pusat e-Sports Pulau Pinang dengan kerjasama awam swasta. PYDC
sedang berusaha untuk menarik pelabur swasta untuk mewujudkan Pusat
e-Sports yang pertama di Negeri Pulau Pinang;
(iii) Menganjurkan pertandingan dan pameran bersifat pengalaman (Experience &
Exposure). Esport Experience telah diadakan pada bulan April 2018 yang lepas
dan telah menarik seramai 10,000 orang pengunjung;
(iv) Pengenalan peluang pekerjaan yang pelbagai dan berpotensi yang dapat
disediakan oleh industri e-Sports kepada orang awam.Bidang pembangunan
permainan (Games Development) dan industri e-Sports menyediakan platform
untuk belia membina kerjaya mereka. Selain pemain sukan sepenuh masa
(Professional Gamer), peluang pekerjaan yang lain seperti pengulas
sukan, programmer, video editor, pereka cipta permainan (Games
Developer), Games tester, Games Consultant dan sebagainya akan disediakan
oleh Industri e-Sports ini.
(v) Menubuhkan Pasukan e-Sports Negeri Pulau Pinang. PYDC juga sedang
melaksanakan kolaborasi dengan beberapa persatuan sukan elektronik tempatan
dalam menubuhkan pasukan negeri dan pasukan jurulatih e-Sports Pulau Pinang.
Ianya merupakan salah satu inisiatif PYDC untuk menyediakan sebuah pasukan
e-Sports negeri yang akan mewakili negeri Pulau Pinang ke pertandingan e-
Sports di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.
(a) PYDC telah membelanjakan sejumlah RM131,425.00 bagi program-program e-
Sports anjuran bersama organisasi swasta bagi tahun 2018 seperti perincian
berikut:

Bil Nama Program Kos

1 ASUS ROG OPEN CATOGERY & UNIVERSITY RM 20,000.00

330
2 League of Makers RM 1,200.00

3 ESPORTS EXPERIENCE RM100,000.00

4 ESPORTS CAMPUS ROADSHOW RM1,000.00

5 SEGI CARNIVAL RM 2,000.00

6 USM THE DOTA 2 RM 2,000.00

7 Kejohanan Mobile Legends Bang Bang PSDC RM 225.00

8 ANSARA Esports Malaysia Championship 2018 RM 5,000.00

Jumlah RM131,425.00

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
12. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan sama ada terdapat cadangan untuk mengenakan caj
kepada warga asing yang menggunakan bas percuma CAT Pulau Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Perkhidmatan Bas CAT disediakan secara percuma oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang
kepada semua lapisan masyarakat termasuk warga asing. Buat masa ini, Kerajaan Negeri
Pulau Pinang tidak bercadang untuk mengenakan caj atau bayaran kepada warga asing
yang menggunakan perkhidmatan ini.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
13. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan rancangan meningkatkan pembangunan di Permatang
Pasir dalam Rancangan Struktur Pulau Pinang 2030?
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Dalam draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2030, dinyatakan cadangan
pembangunan secara umum bagi kawasan Permatang Pasir masih kekal dengan guna
tanah sedia ada dan kawasan pertanian terutamanya kawasan padi. Walau
bagaimanapun, Kubang Semang dijangka akan menjadi pusat pertumbuhan aktif dan
kawasan kampung disyor untuk dikekalkan.
Perancangan terperinci bagi kawasan Permatang Pasir akan diambil kira dalam
penyediaan Rancangan Tempatan Seberang Perai (RTSP) yang sedang dilaksanakan oleh
pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
14. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan sama ada terdapat apa-apa perancangan untuk
mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan dari tol Sungai Dua ke tol Juru?
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Sebagai langkah mengatasi kesesakan di laluan antara Sg. Dua dan Juru di Lebuhraya
Utara Selatan, pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melaksanakan tindakan
seperti berikut:
(i) Menambah kapasiti laluan melalui penjajaran semula lorong;

331
(ii) Mengemaskini maklumat trafik untuk panduan pengguna melalui hebahan
maklumat di paparan VMS serta saluran radio dan aplikasi twitter; dan
(iii) Menggalakkan pengguna untuk mengggunakan laluan alternatif di Lebuhraya
Lingkaran Luar Butterworth (BORR) sekiranya bersesuaian dengan keperluan
perjalanan mereka.
Terdapat juga cadangan untuk membina laluan baru di antara Sg. Dua dan Juru di mana
cadangan ini masih di peringkat penelitian lanjut di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
15. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan perancangan bagi menjamin bekalan air
bersih (water security) di Seberang Perai selain bekalan daripada sumber Sungai Muda?
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP)
telah meminta Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk membangunkan sumber air mentah
kedua untuk Pulau Pinang pada abad ke-21.
Pada tahun 2009, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau
Pinang Sdn Bhd (PBAPP) telah mengenal pasti sumber bekalan air mentah alternatif dari
Sungai Perak melalui skim “Sungai Perak Raw Water Transfer Scheme” (SPRWTS).
Seterusnya melalui sesi kunjungan hormat Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada YB.
Menteri Air Tanah dan Sumber Asli (KATS) yang telah berlangsung pada 7 Ogos 2018 dan
sesi kunjungan hormat YB Menteri KATS kepada Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang pada
4 September 2018, pihak KATS telah bersetuju untuk memanggil Mesyuarat
Penyelarasan antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUK Pulau
Pinang) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK Perak) bagi membincangkan projek
Sungai Perak Raw Water Transfer (SPRWTS) seperti yang dijanjikan dalam mesyuarat
pada 25 Mac 2015 dan 13 Januari 2017. YB. Zairil Khir Johari, ADUN Tanjong Bunga
selaku Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bagi Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan
Banjir telah memohon kepada YB. Menteri KATS supaya menyegerakan mesyuarat
tersebut melalui surat bertarikh 20 September 2018.
Seandainya skim ini direalisasikan ianya dapat menjamin bekalan air bersih (water
security) bukan sahaja untuk kawasan Seberang Perai malah bagi seluruh Negeri Pulau
Pinang sehingga tahun 2050.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
16. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan langkah-langkah yang akan diambil bagi
menggalakkan aktiviti kelab-kelab bolasepak tempatan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) sentiasa memberi
sokongan dan galakan kepada aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab bola sepak
tempatan yang bernaung di bawah Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP). Antara
aktiviti yang dijalankan adalah:
(a) Penganjuran kejohanan Liga Bola Sepak Daerah yang dikelolakan oleh badan
gabungan dan kelab-kelab di bawah naungan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang.
Kejohanan ini telah disertai oleh kelab-kelab bola sepak tempatan di Negeri
Pulau Pinang;
(b) Memberi sokongan kepada penganjuran Liga Akademi Bolasepak Pulau Pinang
(LABPP) yang bertujuan mencungkil bakat-bakat baru pemain muda negeri Pulau
Pinang. Pertandingan ini disertai oleh akademi-akademi bolasepak di Negeri
Pulau Pinang; dan

332
(c) Memberi sokongan dan galakan kepada penubuhan kelab-kelab bola sepak
tempatan. Pada bulan September 2018, pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
telah menyokong penubuhan Akademi Bolasepak Wira Muda yang beroperasi
di daerah Seberang Perai Selatan (Padang Awam Jawi, Nibong
Tebal). Akademi bolasepak ini telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Oktober
2018 oleh Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), YB. Dr. Amar
Pritpal Bin Abdullah.
Selain itu, penyaluran sumbangan penaja oleh syarikat/organisasi melalui FAP dan
MSNPP kepada kelab-kelab bola sepak tempatan layak diberi pengecualian cukai.
Di samping itu, di bawah pimpinan presiden baharu, pembangunan bola sepak di setiap
daerah telah dirancang dan akan mulai tahun 2019 seperti berikut:
(i) pengambilan jurulatih tempatan untuk setiap daerah;
(ii) setiap daerah akan mengadakan akademi sendiri;
(iii) setiap daerah harus mengadakan liga daerah masing-masing; dan
(iv) pertandingan peringkat daerah.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
17. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan perancangan penggunaan Stadium Batu Kawan setelah
Stadium Bandaraya digunakan semula?
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Stadium Negeri Batu Kawan akan terus beroperasi meskipun Stadium Bandaraya akan
digunakan semula.
Perbadanan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PDC) telah mengambil alih pengurusan
dan penyelenggaraan stadium ini sejak Mei 2014.
Walau bagaimanapun, Stadium Batu Kawan dicadangkan untuk diserahkan kepada
Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang setelah Perbadanan beroperasi. Antara
perancangan untuk meningkatkan tahap penggunaan Stadium Batu Kawan dan
pembangunan keseluruhan kompleks sukan adalah:
(i) Stadium dicadangkan dijadikan pejabat Perbadanan;
(ii) Menyediakan dan melengkapkan stadium dengan kemudahan dan kelengkapan
sukan yang terkini;
(iii) Mempromosikan stadium di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai
suatu tempat serbaguna untuk acara sukan, rekreasi, kebudayaan, pendidikan,
komersial dan hiburan;
(iv) Meningkatkan penggunaan padang dan trek dengan mensasarkan kelab bola
sepak tempatan dan Persatuan Sukan Negeri; dan
(v) Menjadikan stadium sebagi hub sukan pemotoran.
Di samping itu, pihak PDC juga sedang dalam proses perbincangan dan perancangan
bersama Penang Global Tourism untuk menganjurkan konsert-konsert di dalam stadium.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
18. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan sama ada akan mengambil langkah yang sama dengan
Kerajaan Persekutuan yang bercadang mengambil guru KAFA sebagai kakitangan tetap?
Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Kerajaan Negeri melalui Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau
Pinang sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan dan usaha Kerajaan
Persekutuan untuk mengambil guru-guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA) sebagai

333
kakitangan tetap. Cadangan ini masih di peringkat perbincangan dan penelitian Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
19. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan apakah perancangan pemulihan Kolej
Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) bagi berdaya saing setaraf kolej-kolej Islam lain
di Malaysia?
Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) sedang membangunkan "Blue Print KITAB
2019-2029" yang akan menjadi kerangka panduan pembangunan KITAB yang
komprehensif untuk tempoh 10 tahun akan datang.
Di samping itu, buat masa ini KITAB sedang melaksanakan perancangan yang telah
disusun dalam misi meletakkan KITAB pada tahap kualiti yang berdaya saing setaraf
dengan kolej-kolej Islam lain di Malaysia dan dinaik taraf ke tahap Kolej Universiti. Di
antara usaha-usaha yang sedang dilaksanakan ke arah itu adalah seperti berikut:
(a) Mewujudkan program-program pengajian baharu dan mengubah suai beberapa
program sedia ada;
(b) Melaksanakan kajian di lapangan bagi mendapat input serta pandangan dari
masyarakat umum berkaitan program-program pengajian yang diperlukan pada
November 2018 kepada 800 responden yang terdiri dari ibu bapa, remaja,
pegawai-pegawai sektor awam dan swasta supaya program-program pengajian
yang ditawarkan di KITAB adalah relevan serta memenuhi permintaan
masyarakat yang menjadi pelanggan KITAB;
(c) Menawarkan program pengajian sepenuh masa yang lebih fleksibel iaitu secara
harian, hujung minggu dan atas talian (internet based) dengan kadar 60% dan
40% secara bersemuka;
(d) Menambah program-program pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana
(M.A) serta Diploma Pasca Siswazah dengan melaksanakan kerjasama secara
inklusif dengan institusi-institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara;
(e) Menjadikan program-program pengajian di KITAB bertaraf antarabangsa dengan
menjalankan aktiviti pengajaran dan proses penilaian di tiga tempat yang telah
dikenal pasti iaitu di Krabi, Narathiwat dan Songkhla Thailand untuk peringkat
permulaan. Dijangka program seumpama ini dapat dilaksanakan pada Mei 2019;
(f) Meningkatkan fleksibiliti graduan KITAB dari segi pengetahuan dan kemahiran
supaya lebih relevan dengan permintaan pasaran kerjaya masa kini dengan
menawarkan program di peringkat sijil kemahiran yang akan dilaksanakan mulai
semester Mei 2019. Program ini mendapat kerjasama dengan Kolej Komuniti dan
Universiti Teknologi Mara. Kursus-kursus kemahiran yang dirancang pada
peringkat awal adalah jahitan, masakan dan pastri. Kursus-kursus kemahiran ini
beserta dengan pengurusan keusahawanan dapat menyediakan graduan KITAB
untuk lebih berdikari dan kreatif seterusnya menjadi muslim yang produktif.
(g) Manakala dari aspek pembangunan infrastruktur dan modal insan, KITAB sedang
melaksanakan perancangan berikut:
(i) Menambah baik kualiti kemudahan bilik-bilik kuliah, perpustakaan,
makmal komputer, asrama, pengangkutan, dewan, cafe, kemudahan
bersukan dan lain-lain kemudahan yang sesuai bagi sebuah institusi
pendidikan tinggi;
(ii) Menambah bilangan staf akademik dan pentadbiran serta merancang
pembangunan kerjaya mereka; dan

334
(iii) Mengambil tenaga pengajar asing bagi memenuhi keperluan program
pengajian yang dibuka kepada pelajar antarabangsa.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
20. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan sama ada wujud kes perkahwinan bawah
umur orang Islam sepanjang tahun 2018?
(a) Bilakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat meminda Enakmen Undang-
undang Keluarga Islam untuk meningkatkan umur minimum perempuan dari 16
ke 18 tahun?
Y.A.B. Ketua Menteri:
20. Berdasarkan Seksyen 8, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang)
2004, had umur berkahwin lelaki ialah 18 tahun dan ke atas manakala had umur
berkahwin perempuan ialah 16 tahun dan ke atas. Walaupun demikian, lelaki dan
perempuan boleh berkahwin di bawah umur 18 tahun dan 16 tahun dengan syarat
mereka hendaklah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu.
Sehingga Oktober 2018, terdapat sejumlah 32 permohonan untuk berkahwin di bawah
umur, masing-masing 19 pemohon lelaki dan 13 pemohon perempuan. Daripada jumlah
ini, sembilan (9) permohonan telah diluluskan iaitu tujuh (7) bagi lelaki dan dua (2) bagi
perempuan. Setakat ini, tiada kes yang melibatkan perkahwinan bawah umur pasangan
Islam tanpa kebenaran sepanjang tahun 2018.
(a) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang
(JHEAIPP) dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengambil
maklum akan saranan Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan had umur
berkahwin bagi perempuan dari umur 16 tahun kepada 18 tahun dan perkara ini
sedang dalam proses kajian untuk meminda peruntukan di bawah Enakmen
berkaitan pada tahun ini.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
21. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan langkah-langkah yang diambil bagi membantu
pengusaha kecil kolam ikan air tawar?
Y.A.B. Ketua Menteri:
21. Kerajaan Negeri tidak menyediakan bantuan spesifik bagi pengusaha kecil kolam ikan
air tawar. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Perikanan
menyediakan khidmat nasihat teknikal, kursus-kursus teknikal akuakultur, bantuan
benih kali pertama kepada pengusaha baharu, bantuan input peralatan akuakultur
kepada pengusaha yang berpotensi dan bantuan di bawah Program Agropreneur Muda
bagi pengusaha di bawah umur 40 tahun.

Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan bantuan pinjaman
mikrokredit kepada pengusaha yang layak melalui Tabung Usahawan Tani (TUT). Syarat-
syarat asas bagi permohonan Tabung Usahawan Tani (TUT) adalah seperti berikut:
(i) Warga Malaysia berumur 18 tahun hingga 60 tahun;
(ii) Tinggal, menetap dan mengusahakan projek di Pulau Pinang;
(iii) Merupakan usahawan industri asas tani yang merangkumi industri penternakan
ikan sepenuh masa;
(iv) Mempunyai pengalaman mengusahakan perniagaan berasaskan industri asas tani
sekurang-kurangnya satu (1) tahun;

335
(v) Mendapat sokongan daripada jabatan pengelola iaitu Jabatan Pertanian,
Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau Jabatan Perikanan; dan
(vi) Mampu membayar balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
22. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan pengawalan atau kuatkuasakan individu,
pertubuhan NGO yang meminta derma tanpa kelulusan MAINPP?
Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
melaksanakan pengawalan dan penguatkuasaan terhadap individu atau pertubuhan
yang meminta derma tanpa kelulusan MAINPP berdasarkan Seksyen 106 Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004 yang antara lain memperuntukan perkara
seperti berikut:
(a) Majlis boleh memungut atau, dengan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh
Majlis, membenarkan mana-mana orang atau kumpulan orang, dengan apa-apa
terma yang difikirkan patut oleh Majlis, memungut wang atau sumbangan-
sumbangan lain bagi apa-apa maksud khairat bagi menyokong dan memajukan
agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak.
(b) Penerima kebenaran itu dan semua orang lain yang dibenarkan melaluinya untuk
memungut wang atau sumbangan lain hendaklah mematuhi syarat-syarat
berikut:
(i) Mengeluarkan berkenaan dengan tiap-tiap jumlah wang dipungut itu,
suatu resit mengikut nombor siri dalam bentuk yang ditetapkan;
(ii) Menyimpan akaun-akaun yang benar dan lengkap bagi semua jumlah
wang dipungut dan tentang pelupusannya, dengan semua baucar yang
sepatutnya;
(iii) Apabila dituntut, hendaklah mengemukakan potongan resit dan semua
akaun serta baucar itu bagi pemeriksaan dan pengauditan oleh MAINPP;
dan
(iv) Menggunakan dan melupuskan semua jumlah wang yang dipungut
mengikut terma kebenaran itu atau jika tiada cara untuk melupuskan
wang itu, membayar dan mengakaunkannya kepada Baitulmal.
(c) Wang yang dipungut menurut seksyen ini bolehlah digunakan bagi apa-apa
maksud yang dinyatakan oleh MAINPP, dan jika tiada maksud dinyatakan
sedemikian, hendaklah menjadi sebahagian daripada Baitulmal.
(d) Tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil bahagian dalam apa-apa
pungutan wang bagi apa-apa maksud lain kecuali dengan kebenaran nyata
daripada MAINPP atau menurut kuasa surat kebenaran yang dikeluarkan.
(e) Mana-mana orang yang melanggar syarat-syarat seperti yang tersebut di atas,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi satu ribu ringgit (RM1,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
23. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan pengawalan atau kuatkuasakan sistem-sistem tauliah
bagi penceramah agama di Pulau Pinang?

336
Y.A.B. Ketua Menteri:
23. Kawalan dan penguatkuasaan tauliah bagi penceramah-penceramah di Negeri Pulau
Pinang adalah tertakluk kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau
Pinang) 2004 dan Kaedah-kaedah Pentadbiran Aktiviti Yang Berkaitan Dengan
Pengajaran Agama (Negeri Pulau Pinang) 1998. Prosedur bagi permohonan mendapatkan
tauliah mengajar adalah seperti berikut:
(i) Individu yang beragama Islam yang berhasrat untuk menjalankan aktiviti
pengajaran agama Islam hendaklah mengemukakan permohonan kepada Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP);
(ii) Setelah disemak dan dinilai kelayakan pemohon oleh pihak urus setia
Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam, pemohon akan dipanggil
untuk menghadiri sesi temuduga tauliah yang dipengerusikan oleh Sahibus
Samahah Mufti Negeri Pulau Pinang;
(iii) Senarai pemohon yang lulus dalam temuduga tauliah berkenaan akan diangkat
ke Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) untuk mendapat
kelulusan; dan
(iv) JHEAIPP akan mengeluarkan sijil tauliah mengajar agama kepada pemohon-
pemohon yang telah mendapat kelulusan melalui Mesyuarat MAINPP.
Pihak MAINPP berhak untuk menarik balik tauliah mengajar yang diberikan sekiranya
pemegang-pemegang tauliah tidak mematuhi syarat-syarat tauliah yang telah
ditetapkan.
Tindakan juga diambil di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri
Pulau Pinang) Tahun 2004 dan Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri
Pulau Pinang) 1996, iaitu 'Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau apa-apa
aspek tentang agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah Seksyen 118 adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-
duanya.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
24. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan persediaan 'Penang Free Wifi' di kawasan
Permatang Pasir dan meningkatkan kelajuan wifi?
Y.A.B. Ketua Menteri:
24. Perkhidmatan Penang Free Wifi (PFW) sememangnya telah disediakan di
kawasan Permatang Pasir sejak tahun 2011 denganAccess Point (AP) sebanyak 25 APs.
Kelajuan (bandwidth) perkhidmatan PFW di kawasan Permatang Pasir adalah 7Mbps.
Perkhidmatan Penang Free Wifi pada masa ini mempunyai beberapa kekangan seperti
kualiti bandwidth dan liputan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan sedia ada.
Bagi tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan Penang Free Wifi, Kerajaan Negeri kini
sedang meneliti semula perkhidmatan ini agar dapat diteruskan dengan
kualiti bandwidth dan liputan yang lebih baik melalui perincian keperluan teknikal yang
sedang dikenal pasti oleh jabatan/agensi yang terlibat.
Penambahbaikan perkhidmatan PFW kelak adalah tidak terhad kepada penyedia
perkhidmatan sedia ada tetapi terbuka kepada mana-mana pihak yang berminat untuk
bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan kualiti perkhidmatan Penang
Free Wifi yang lebih baik di masa akan datang.

337
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
25. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan berapakah jumlah permohonan AES untuk skim
pembinaan rumah di kawasan Permatang Pasir yang telah ditolak?
(a) Apakah alasan penolakan permohonan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
25. Dari tahun 2013 sehingga kini,seramai 12 orang daripada penerima bantuan Program
Agenda Ekonomi Saksama (AES) telah memohon untuk bantuan bina baru rumah di
bawah Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin. Daripada jumlah tersebut seramai
lapan (8) orang telah diluluskan permohonan untuk pembinaan rumah. Manakala empat
(4) lagi permohonan telah ditolak.
(a) Daripada empat (4) permohonan yang ditolak, dua (2) daripadanya adalah
disebabkan pemohon telah berpindah ke tempat lain. Manakala seorang
pemohon telah mendapat bantuan bina rumah oleh pihak Tenaga Nasional
Berhad (TNB) dan seorang lagi tidak berminat untuk meneruskan permohonan
tersebut dan telah memohon rumah di bawah Program Rumah Mesra Rakyat.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
26. Bilakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menguatkuasakan pengharaman penggunaan
straw plastik di Pulau Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
26. Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk melaksanakan Dasar Larangan
Penggunaan Plastik Sekali Guna (No To Single-Use Plastic) bermula pada 1 Januari 2019
secara berfasa dimulakan dengan Polisi Larangan Penggunaan Penyedut Plastik (No To
Plastic Straw) secara menyeluruh di peringkat negeri.
Ke arah matlamat tersebut, Kerajaan Negeri pada masa ini melalui Penang Green
Council (PGC) telah memulakan pendekatan soft approach dengan mendekati
masyarakat serta pemilik restoran/peniaga untuk memberikan informasi dan kesedaran
supaya menyokong dasar No To Single-Use Plasticsecara amnya dan Polisi No To Plastic
Straw secara khusus.
Selain itu, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
(MESTECC) juga telah memperkenalkan Malaysia’s Roadmap Towards Zero Single-Use
Plastics 2018-2030 yang akan menjadi pelan halatuju Negara ke arah pembasmian
penggunaan plastik sekali guna. Justeru itu, perancangan Kerajaan Negeri dalam
Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna khususnya No To Plastic Straw akan
diselaraskan dengan pelan halatuju nasional tersebut.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
27. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan apakah langkah yang diambil untuk meningkatkan
jumlah perkhidmatan teksi E-Hailing
Y.A.B. Ketua Menteri:
27. Sistem e-Hailing merupakan inisiatif syarikat swasta yang menjadikan sistem
pengangkutan awam di negara ini menjadi lebih menarik dan digemari oleh para
pengguna. Kawal selia perkhidmatan e-Hailing terletak di bawah bidang kuasa Agensi
Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia. Kerajaan
Negeri tidak mempunyai sebarang perancangan untuk meningkatkan jumlah
perkhidmatan teksi e-Hailing di Pulau Pinang kerana tiada kuasa kawalannya.

338
MAKLUMAT TAMBAHAN
Kerajaan Persekutuan melalui SPAD telah memperkenalkan 11 langkah melalui Pelan
Transformasi Industri Teksi (TITP) untuk menambahbaik industri teksi Negara. Salah
satu tujuan langkah tersebut dihasilkan adalah untuk menjaga kepentingan pengguna
terutama dari segi keselamatan dan keselesaan. Antara langkah-langkah yang sedang
dan akan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna adalah
seperti berikut:
(i) Mengawal selia perkhidmatan e-hailing iaitu sistem aplikasi telefon pintar dan
komputer melalui syarat operasi yang seimbang dengan perkhidmatan teksi.
Syarat-syarat tersebut merangkumi pemeriksaan rekod jenayah pemandu,
pendaftaran pemandu dan kenderaan, pemeriksaan kenderaan berkala di Pusat
Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer(PUSPAKOM), keperluan penyediaan
insurans yang melindungi pemandu, penumpang, kenderaan dan pihak ketiga;
(ii) Kenderaan-kenderaan yang hendak digunakan sebagai teksi atau e-Hailing perlu
mencapai penarafan keselamatan 3-bintang di bawah Program Penilaian Kereta
Baharu ASEAN (NCAP) atau setaraf telah diluluskan;
(iii) Menjalankan proses saringan yang lebih komprehensif dan menyeluruh terhadap
semua pemandu teksi dan e-hailing bagi meningkatkan mutu perkhidmatan
kepada pengguna;
(iv) Memperkenalkan modul latihan baharu bagi meningkatkan kualiti dan prestasi
pemandu teksi dan e-Hailing menjadi lebih cekap dan berdaya saing;
(v) Melaksanakan Piawaian Perkhidmatan yang menggunakan
sistem merit dan demerit. Menerusi sistem ini, semua perkhidmatan teksi
dan e-Hailing akan dinilai dan tindakan akan diambil terhadap pengendali yang
mencatatkan rekoddemerit untuk memastikan mereka sentiasa menyediakan
perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna;dan
(vi) Memperkenalkan Key Performance Indicator (KPI) wajib ke atas syarikat
pengendali teksi dan penyedia perkhidmatan e-Hailingbagi melindungi
kepentingan dan kebajikan pemandu teksi dan pemandu e-Hailing.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
28. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memajukan
industri kraftangan tempatan sebagai satu produk tarikan pelancongan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
28. Industri kraftangan tempatan dilihat mempunyai potensi yang tinggi dan Kerajaan
Negeri akan berusaha memajukan industri kraftangan sebagai satu produk tarikan
pelancong. Bagi menggerakkan industri kraftangan sebagai salah satu sumber
pendapatan rakyat tempatan, Kerajaan Negeri melalui Penang Women’s Development
Corporation (PWDC) telah memperkenalkan Projek Transformasi Ekonomi Komuniti
(CET). Di bawah projek ini, PWDC telah mengendalikan bengkel membuat kraf kertas
dan kraf plastik untuk penduduk di PPR Desa Wawasan. Hasil kraftangan telah mendapat
sambutan tinggi dan sehingga September 2018, sebanyak 700 produk kraftangan telah
berjaya dijual. Selain itu, Kerajaan Negeri juga menggalakkan pembuatan produk
kraftangan melalui kaedah up-cycle. Kerajaan Negeri juga menyokong industri
kraftangan dengan menggunakan produk kraftangan sebagai cenderahati dalam
program-program Kerajaan. Kerajaan Negeri mengalu-alukan cadangan daripada
penggiat tempatan bagi memajukan industri kraftangan tempatan sebagai satu produk
tarikan pelancongan di Pulau Pinang.

339
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
29. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan sama ada Kerajaan Negeri akan memperluaskan sistem
pengasingan sampah sisa pepejal dan sampah kitar semula ke atas seluruh pasar malam
seluruh Pulau Pinang?
(a) Jika ya, bilakah garis masa perlaksanaan sistem tersebut?
Y.A.B. Ketua Menteri:
29. (a) Pada ketika ini, pelaksanaan Dasar Pengasingan Sisa di Punca sedang ditumpukan
kepada kumpulan-kumpulan sasar tertentu seperti penghuni perumahan
bertingkat dan bertanah serta di bangunan-bangunan komersial/institusi.
Kerajaan Negeri akan memperluaskan Dasar Pengasingan Sisa di Punca di
kawasan-kawasan pasar malam pada masa hadapan setelah dasar ini dapat
diterima dengan meluas oleh kumpulan sasar. Walau bagaimanapun, program-
program pendidikan dan kesedaran mengenai pengasingan sisa di punca
menerusi sesi taklimat kepada peniaga dan penganjur pasar malam diadakan
secara berkala.
(b) Sehingga kini, masih belum terdapat garis masa yang ditetapkan bagi
pelaksanaan Dasar Pengasingan Sisa di Punca di kawasan-kawasan pasar malam.
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
30. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan sejauh manakah projek industri halal hub
antarabangsa di Pulau Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
30. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bersama Penang
International Halal Hub (PIHH) telah mewujudkan Taman Hub Halal atau Halal
Park dalam kawasan perindustrian PDC. Kawasan ini menempatkan industri makanan
yang mempunyai sijil Halal di samping memberi peluang kepada para pelabur untuk
menikmati kemudahan insentif yang ditawarkan oleh Halal Development
Corporation (HDC). Langkah ini adalah selaras dengan permintaan pesat dalam sektor
industri makanan dan mewujudkan peluang kepada pelabur untuk bersaing di peringkat
global.
Tapak pertama yang dikenal pasti oleh PDC untuk tujuan pembangunan Taman Hub
Halal adalah di Penang Science Park (PSP Fasa 1) dengan kawasan seluas 52 ekar.
Keseluruhan tapak telah habis dijual kepada 10 buah syarikat dengan nilai pelaburan
berjumlah RM484 juta. Sehingga kini, 4 syarikat telah beroperasi sepenuhnya.
Kawasan pembangunan Taman Hub Halal kedua adalah di Utara Penang Science
Park (PSP Fasa 2 – Zon Makanan) yang berkeluasan 98 ekar dan telah mula dijual sejak
tahun 2015. Sehingga Oktober 2018, sebanyak 20 buah syarikat telah membeli tanah
industri daripada PDC iaitu kawasan seluas 42 ekar dengan nilai pelaburan sebanyak
RM242.78 juta untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka.
Kedua-dua kawasan PSP1 dan PSP2 juga telah memperoleh pengiktirafan sijil Halmas
daripada HDC bagi melayakkan para pelabur untuk menikmati insentif termasuk
pengecualian cukai dan duti import bahan mentah bagi pengeluaran produk mereka.
Selain itu, dalam usaha menarik pelabur dan memantapkan Pulau Pinang sebagai lokasi
perdagangan dalam industri halal di Asia Tenggara, pelbagai inisiatif telah dijalankan
oleh Penang International Halal Hub (PIHH) seperti berikut:-

340
(a) Menyertai pameran perdagangan seperti WORLD-HAPEX 2018 dan 4th IMT-GT &
BIMP-EAGA Trade Fair 2018 di Universiti Prince Songkhla,
Thailand, International Halal Lifestyle Conference & Business Forum di Jakarta,
Indonesia dan 33rd Trade Expo Indonesia di Tangerang, Indonesia. Penyertaan
Halal Penang dalam pameran perdagangan ini bertujuan untuk mengukuhkan
jalinan perdagangan dan pelaburan halal di rantau IMT-GT dan BIMP-EAGA;
(b) Menjalinkan hubungan kerjasama dengan delegasi Republik Zimbabwe bagi
menarik pelaburan dan perdagangan halal, import dan eksport serta
mendapatkan khidmat nasihat dalam membangunkan industri halal khususnya
mengenai pensijilan halal Malaysia dalam Sesi Pemadanan Perniagaan (Business
Matching) yang telah diadakan pada Oktober 2018;
(c) Menjadikan Pulau Pinang sebagai Hub OEM halal bagi tujuan mengukuhkan
jalinan dagangan domestik dan antarabangsa serta menarik pelaburan asing dan
domestik. Bagi mengerakkan inisiatif ini, perjumpaan bersama syarikat OEM
halal telah diadakan sebagai langkah pertama untuk mengenal pasti dan
mempromosikan pengusaha OEM halal di Pulau Pinang;
(d) Mewujudkan sektor francais premis makanan halal bertujuan untuk membantu
usahawan khususnya IKS, mewujudkan peluang pekerjaan di kalangan
belia dan sekaligus mengukuhkan rantaian di antara
industri francais dan francaisorterutamanya dalam pengurusan rantaian
bekalan yang bermula daripada bahan mentah, pemprosesan makanan,
pengeluaran dan penghantaran produk siap kepada pelanggan;
(e) Bekerjasama dengan platform e-dagang bagi membantu IKS dan golongan belia
menceburi sektor eUsahawan dalam memasarkan produk mereka ke peringkat
global di samping untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak (stakeholder) yang
relevan dalam bidang teknologi bagi usaha memaksimumkan kecekapan dan
produktiviti untuk pertumbuhan industri Halal; dan
(f) Berkerjasama dengan Halal Informatics (HOLISTICS) Lab Sdn Bhd, Universiti
Teknologi Malaysia, Halal International Selangordan Global Haltech Sdn
Bhd untuk menjana tenaga kepakaran halal yang menjadi satu keperluan dalam
industri halal.
XXII. Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
1. Apakah kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk golongan yang
meminati bidang e-sukan?
(a) Adakah terdapat bajet yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi pihak yang
ingin menganjurkan pertandingan e-sukan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah
memperkenalkan inisiatif bertema "e-SportsPG” dalam usaha membangunkan dan
menyediakan kemudahan sukan eletroknik (E-Sports) di Pulau Pinang. Antara usaha
yang sedang dilaksanakan oleh PYDC adalah seperti berikut:
(i) Mewujudkan Pusat e-Sports Pulau Pinang dengan kerjasama awam swasta. PYDC
sedang berusaha untuk menarik pelabur swasta untuk mewujudkan Pusat e-
Sports yang pertama di Negeri Pulau Pinang;
(ii) Pengenalan e-SportsPG ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta di
Negeri Pulau Pinang. Seramai 371 orang pelajar dari 8 IPT di Negeri Pulau Pinang
telah turut serta dalam program e-Sports Campus Roadshow ini;

341
(iii) Menganjurkan pertandingan dan pameran bersifat pengalaman (Experience &
Exposure). e-Sports Experience yang telah diadakan pada bulan April tahun ini
telah berjaya menarik seramai 10,000 orang pengunjung;
(iv) Pengenalan peluang pekerjaan yang pelbagai dan berpotensi yang dapat
disediakan oleh industri e-Sports kepada orang awam.Bidang pembangunan
permainan (Games Development) dan industri e-Sports menyediakan platform
untuk belia membina kerjaya mereka. Selain pemain sukan sepenuh masa
(Professional Gamer), peluang pekerjaan yang lain seperti pengulas
sukan,programmer, video editor, pereka cipta permainan (Games
Developer), Games tester, Games Consultant dan sebagainya akan disediakan
oleh Industri e-Sports ini.
(v) Menubuhkan Pasukan e-Sports Negeri Pulau Pinang. PYDC juga sedang
melaksanakan kolaborasi dengan beberapa persatuan sukan elektronik tempatan
dalam menubuhkan pasukan negeri dan pasukan jurulatih e-Sports Pulau Pinang.
Ianya merupakan salah satu inisiatif PYDC untuk menyediakan sebuah pasukan e-
Sports negeri yang akan mewakili negeri Pulau Pinang ke pertandingan e-
Sports di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.
(a) Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1 juta di bawah
initiatif e-Sports kepada PYDC. Cadangan penganjuran pertandingan e-
Sports boleh dikemukakan kepada pihak PYDC untuk permohonan peruntukan
bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh PYDC.
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Berapakah jumlah orang yang hendak atau telah bunuh diri di jambatan Pulau Pinang?
(a) Nyatakan bilangan mengikut bangsa dan punca berlaku.
(b) Apakah tindakan kerajaan dalam mengurangkan permasalahan ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. (a) Sepanjang tahun 2018 (Jan –Sept), sebanyak (14) kes cubaan membunuh diri
telah dilaporkan di Kontinjen Pulau Pinang. Dari (14) kes tersebut, sebanyak (3)
kes melibatkan kes cubaan bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang seperti di jadual
berikut:

CARA TINDAKAN BUNUH DIRI LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

Lain-Lain 6 5 11

Terjun Jambatan 1 2 3

JUMLAH KESELURUHAN 7 7 14

Manakala statistik kes bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang tahun 2018 (Jan –
Sept) bagi Negeri Pulau Pinang berdasarkan pecahan mengikut bangsa dan
jantina adalah:

PECAHAN KAUM LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

Cina 1 1 2

Melayu - 1 1

JUMLAH KESELURUHAN 1 2 3

342
Daripada (3) kes yang dilaporkan tersebut, seramai (2) orang mangsa adalah dari
kaum Cina melibatkan (1) lelaki berumur 37 tahun dan (1) perempuan berumur
49 tahun. Manakala (1) lagi adalah perempuan berbangsa Melayu berumur 27
tahun.
Statistik kes bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang Tahun 2018 (Jan – Sept) bagi
Negeri Pulau Pinang berdasarkan rekod punca kejadian:

PUNCA KEJADIAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

Tekanan Dalam Pembelajaran - 1 1

Tekanan Tiada Pekerjaan 1 - 1

Perselisihan Faham Dengan Suami - 1 1

JUMLAH KESELURUHAN 1 2 3

(b) Antara tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani isu Bunuh diri adalah
seperti:-
(i) Mengadakan sesi dialog seperti yang berlangsung pada pada 25hb
September 2018 yang lalu, di antara I-Life Suicide Prevention Campaign
& Organization dalam membincangkan isu bunuh diri dan cara
pencegahan terhadap kes bunuh diri telah diadakan.
(ii) Mengadakan mesyuarat bersama dengan Ketua Pengarang dan Wakil dari
Media-Media di Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat tersebut membincangkan
cara pencegahan serta cara laporan dan penerbitan yang akan
mendatangkan kesan terhadap kes bunuh diri.
(iii) Kerajaan Negeri juga memberikan Outright Grant (OG) untuk badan
bukan kerajaan (NGO) yang menyalurkan perkhidmatan kaunseling, sesi
pengurusan tekanan dan lain-lain.
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Senaraikan kawasan-kawasan Warisan di Pulau Pinang.
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Kawasan-kawasan warisan di Pulau Pinang adalah termasuk:
(i) Bandar Warisan Dunia George Town yang berkeluasan 259.42 hektar (zon teras
seluas 109.38 hektar dan zon penampan seluas 150.04 hektar);
(ii) Tapak/bangunan yang telah diwartakan sebagai warisan iaitu Gereja St. George,
Masjid Melayu Lebuh Acheh, Masjid Kapitan Keling, Kota Cornwallis, Leong San
Tong Khoo Kongsi, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Penang Free School,
Bangunan Lembaga Muzium Pulau Pinang, Bangunan Municipal, Batu Bertulis
Cherok To’kun, Makam Sheikh Omar dan Menara Jam Besar;
(iii) Tapak/bangunan yang dikenalpasti berkepentingan warisan dan telah
dimasukkan dalam senarai inventori Jabatan Warisan Negara untuk kajian lanjut
seperti senarai di Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
4. SUKMA seterusnya akan berlangsung di Pulau Pinang.
(a) Apakah target Pulau Pinang yang hendak dicapai untuk SUKMA kali ini
memandangkan Pulau Pinang sebagai tuan rumah?

343
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Sukan Malaysia (SUKMA) yang ke-20 akan berlangsung pada tahun 2020 dan
penganjurnya adalah negeri Johor Darul Takzim.
(a) Penilaian serta penetapan sasaran pungutan pingat masih tidak dapat
dilaksanakan buat masa ini berikutan daripada ketidakpastian acara sukan yang
akan dipertandingkan di Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan datang. Secara
amnya, berdasarkan kepada rekod serta prestasi terkini atlet-atlet, Kontinjen
Negeri Pulau Pinang mensasarkan kedudukan 5 terbaik (Top 5) di SUKMA 2020
Johor kelak. Malah pencapaian Pulau Pinang di SUKMA Perak 2018 adalah lebih
baik berbanding SUKMA Sarawak 2016.
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Rakyat terpaksa menghadapi banjir semasa menanti peruntukan pusat dan tebatan
banjir siap dibina.
(a) Apakah bantuan yang disediakan oleh kerajaan dari sudut peralatan, makanan,
kewangan dan sebagainya semasa banjir melanda sementara menunggu tebatan
banjir siap?
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. (a) Selain pihak Kerajaan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui
Arahan No. 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN), merupakan agensi utama yang
terlibat dengan bantuan dan pemulihan kepada mangsa bencana. Antara
bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dan pihak JKM semasa berlakunya
kejadian banjir kepada mangsa adalah seperti:
(i) Membuka pusat pemindahan banjir yang senantiasa siap sedia bagi
mangsa-mangsa yang memerlukan tempat tinggal sementara;
(ii) Peralatan - Pihak JKM menyediakan keperluan asas kepada mangsa
bencana banjir iaitu hygiene kitkeluarga (ubat gigi, berus gigi, sabun
mandi, syampu, sikat rambut, sabun dan berus pakaian). Selain itu,
keperluan asas lain iaitu tikar, selimut, kain pelikat, kain batik, tuala
dan toto (comforter) kepada mangsa bencana banjir yang di tempat ke
Pusat Pemindahan;
(iii) Makanan - Bantuan serta merta berupa makanan / minuman dan lain-lain
keperluan asas adalah dibekalkan kepada setiap keluarga mangsa
bencana dan kadar maksima adalah RM15.00 sehari bagi seorang mangsa
dan kadar maksima RM7.50 bagi setiap bungkusan makanan/minuman.
Pemberian ini adalah tertakluk kepada keadaan keperluan mangsa-
mangsa berkenaan;
(iv) Kewangan - Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kewangan Negeri (JKN)
telah menyediakan bantuan wang tunai one-off kepada Ketua Isi Rumah
(KIR) mangsa banjir terlibat. Contoh: Bantuan Kecemasan RM700.00One-
Off Penang Bangkit.
(v) Kemudahan pengangkutan untuk berpindah ke pusat pemindahan;
(vi) Kemudahan pemeriksaan kesihatan dan bekalan ubat bagi memerlukan;
dan
(vii) Menyelaras bantuan-bantuan kemanusian daripada Non-Governmental
Organization (NGO), syarikat swasta, agensi kerajaan dan orang awam.
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap peruntukan pembangunan masjid-masjid
yang tertangguh?

344
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Berikutan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan projek-projek yang
berstatus belum mula termasuk projek-projek pembinaan masjid, Kerajaan Negeri telah
mengadakan perbincangan dengan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau
Pinang (PPPNPP) . Hasil perbincangan tersebut, Kerajaan Negeri telah mengambil
maklum bahawa PPPNP telah mengemukakan semula permohonan peruntukan khas bagi
projek-projek pembangunan masjid yang mempunyai justifikasi untuk diteruskan. Di
antara projek yang dimohon untuk diteruskan adalah seperti berikut :-
(i) Membina baru Masjid Qariah Bandar Tasek Mutiara, Nibong Tebal, Seberang
Perai Selatan;
(ii) Pembinaan semula Masjid Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang ; dan
(iii) Pembinaan Masjid Perai, Pulau Pinang.
Setakat itu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pembinaan semula Masjid Sungai
Nibong Besar, Pulau Pinang. Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) akan
membuat susulan dengan pihak PPPNPP mengenai kedudukan dua (2) lagi masjid yang
masih dalam pertimbangan Kerajaan Persekutuan.
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Sejarah Revolusi Industri memberi impak kepada ramai orang dan akan menghadapi
masalah pengangguran.
(a) Apakah persediaan kerajaan dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0?
(b) Apakah usaha kerajaan supaya anak tempatan mempunyai peluang pekerjaan
yang lebih baik di Pulau Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. (a) Tidak dapat dinafikan bahawa Revolusi Industri akan memberi impak besar
dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah dalam pekerjaan. Persediaan dan
perancangan yang rapi sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri untuk
menghadapi Revolusi Industri 4.0 adalah seperti berikut:
(i) Memberi tumpuan kepada Pendidikan STEM (Science, Technology,
Engineering and Maths) bagi memastikan Pulau Pinang menjadi pusat
kecemerlangan sains dan teknologi melalui penubuhan Tech Dome
Penang, Penang Science Cluster, Pusat @CAT dan Penang Math Platform;
(ii) Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Penang Skills Development
Center (PSDC) dan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta
untuk meningkatkan tahap pembangunan sumber manusia berteraskan
latihan kemahiran mengikut keperluan pasaran di Pulau Pinang. Semua
pelajar (100%) yang mengikuti kursus kemahiran Technical and
Vocational Education and Training (TVET) di PSDC mendapat pekerjaan
selepas menamatkan program masing-masing. Dianggarkan 60% daripada
pelajar-pelajar tersebut mendapat pekerjaan di syarikat tempatan(Local
Large Company dan SME) manakala baki 40% telah mendapat pekerjaan
di Multinational Corporation(MNC);
(iii) Menubuhkan Penang Digital Library (PDL), Butterworth Digital
Library, Penang Islamic Digital Library juga merupakan inisiatif Kerajaan
Negeri dalam menuju Revolusi Industri 4.0 yang memberi fokus kepada
PendidikanESTEEMA (English, Science, Technology, Engineering,
Entrepreneur, Mathematics, Arts);
(iv) Mewujudkan Penang i4.0 Seed Fund melalui dana permulaan berjumlah
RM4.0 juta (USD1 juta) untuk membantu usahawan kecil dan syarikat-
syarikat start-up yang terlibat dalam bidang teknologi seperti IoT

345
(Internet of Things),e-commerce dan bidang berkaitan bagi
mempercepatkan dan mengembangkan pembangunan syarikat-
syarikatstart-up di Pulau Pinang;
(v) Membangunkan Konsep Bandar Pintar di Negeri Pulau Pinang dengan
mengutamakan infrastruktur ICT(Information and Communication
Technology) sebagai kemudahan asas bandar dalam menuju era Revolusi
Industri 4.0;
(vi) Bekerjasama dengan agensi-agensi seperti Malaysian Investment
Development Authority (MIDA) dan organisasi antarabangsa seperti SEMI
(Badan Peralatan dan Bahan Semikonduktor Antarabangsa
(Semiconductor Equipment and Materials International) bagi
menganjurkan seminar-seminar berkaitan inovasi dan proses dalam
Industri 4.0;
(vii) Seminar Kerajaan Digital dianjurkan secara tahunan dengan
pembentangan dan sesi forum khusus berkaitan bidang-bidang Industri
4.0 seperti IoT, big data, blockchain, machine learning dan lain-lain;
(viii) Menganjurkan Program Hackaton Data Terbuka untuk mencetus dan
menggalakkan penggunaan data terbuka kerajaan dalam kalangan
rakyat, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), organisasi dan individu
yang berbakat dalam menghasilkan produk data yang inovatif;
(ix) Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga akan
menubuhkan Jawatankuasa Industri 4.0 (Fourth Industrial Revolution
Committee) yang mengandungi masyarakat setempat, Ahli Majlis,
pegawai kerajaan dan sektor swasta. Jawatankuasa ini akan
membincangkan polisi berkaitan industri 4.0 dan cara pelaksanaannya
dengan mengambil manfaat teknologi seperti Internet of
Things (IoT), Big Data dan wireless communication ke arah mencapai
bandar rendah karbon;
(x) Pihak PBT menggunakan pemantauan operasi lampu isyarat dan lampu
jalan secara pintar; dan
(xi) Membangunkan sistem Smart Traffic Analytics & Recognation
System untuk alat kawalan lampu isyarat.
(b) Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif dalam membantu rakyat
tempatan mendapat peluang pekerjaan di negeri ini. Perkara ini dapat
dibuktikan melalui pelbagai peluang pekerjaan telah diwujudkan sejak tahun
2008 sehingga akhir tahun 2017 yang mencatatkan lebih 15,000 kekosongan
secara purata pada setiap tahun.
Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah dengan
menubuhkan Pusat CAT (Penang Career Assistance and Talent Centre) yang
menjalankan pemadanan jawatan kepada semua golongan pencari kerja dengan
pihak industri. Sejak penubuhan Pusat CAT pada Mac 2009 sehingga 22 Oktober
2018, seramai 10,551 orang telah berdaftar sebagai pemohon pekerjaan di mana
sebanyak 6,445 pemadanan jawatan telah dijalankan untuk 289 buah syarikat.
Selain itu, program mengasah kemahiran berkaitan automasi, robotik, dan
proses pengurusan data bagi meningkatkan kemahiran dalam sektor pembuatan
turut dilaksanakan oleh Malaysian Meister Program (MMP). Pekerja yang terlibat
dalam sektor pembuatan dapat menambahbaik kemahiran yang sedia ada dalam
bidang kejuruteraan, automasi, robotik dan analisis data.
Di samping itu, langkah-langkah strategik juga diambil oleh Kerajaan Negeri
untuk mempelbagaikan jenis pekerjaan, terutamanya pekerjaan bernilai tinggi
(high value jobs) seperti advanced manufacturing dalam sektor pembuatan,

346
reka bentuk dan pembangunan. Dari segi perniagaan, sektor Perkhidmatan
Perniagaan Global (Global Business Services) seperti kewangan, perkhidmatan
penyumberan luar, teknologi maklumat dan sumber manusia merupakan sektor
baharu yang turut diperkenalkan.
Dalam masa yang sama, satu program baharu dinamakan “Penang Accelerator
for Creative, Analytics & Technology (@CAT)” telah dilancarkan bagi golongan
yang ingin menceburi bidang perniagaan sebagai perintis pemula niaga
(entreprenuer). Program ini bertujuan untuk membantu usahawan kecil yang
terlibat di dalam bidang animasi kreatif, analisis dan teknologi ataupun yang
terlibat di dalam sektor Internet of Things(IOT).
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Senaraikan pusat-pusat pemulihan akhlak di Pulau Pinang.
(a) Nyatakan pembahagian dari sudut bangsa, jantina dan umur mereka yang masuk
pusat tersebut.
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Terdapat dua (2) buah pusat pemulihan akhlak di Pulau Pinang iaitu Asrama Akhlak Paya
Terubong dan Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar. Kebanyakan penghuni di Asrama
Akhlak Paya Terubong adalah terdiri kes reman Polis yang akan menghuni dalam tempoh
setahun manakala penghuni Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar tertakluk kepada kes
masing-masing.
(a) Perincian mengikut pecahan bangsa, jantina dan umur penghuni bagi tahun 2018
di pusat tersebut adalah seperti berikut:
(i) Asrama Akhlak Paya Terubong
Tahun Bangsa Jantina Umur
Melayu 1 10 - 11 0
L 1
Cina 0 12 - 13 1
Jan 2018 – Ogos India 0 14 - 15 0
2018 16 - 17 0
P 0
Lain-lain 0 18 tahun ke
0
atas
Jumlah
1 1 1
Keseluruhan
(ii) Sekolah Asrama Tunas Bakti Teluk Air Tawar
Tahun Bangsa Jantina Umur
Melayu 165 10 - 11 0
L 169
Cina 0 12 - 13 6
Jan 2018 – Ogos India 4 14 - 15 67
2018
P 0 16 - 17 96
Lain-lain 0
18 tahun ke atas 0
Jumlah
169 169 169
Keseluruhan
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Arak adalah benda yang sensitif kepada umat Islam di negara kita.
(a) Berapakah jumlah premis kedai arak yang terdapat di Pulau Pinang?

347
(b) Apakah syarat yang dibenarkan kepada peniaga-peniaga yang meletak
'signboard' arak seperti Carlbergs di kedai mereka?
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. (a) Jumlah premis kedai arak yang terdapat di Pulau Pinang adalah sebanyak 464
buah premis.
(b) Syarat-syarat kepada peniaga yang meletak signboard arak di premis perniagaan
adalah seperti berikut:
(i) Memastikan imej syarikat pengeluar arak tidak boleh dipamerkan lebih
20% daripada saiz papan iklan.
(ii) Memasang notis amaran ”Minuman keras adalah haram disisi agama
ISLAM” pada premis yang menjual minuman keras.
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Industri perikanan ikan tuna sudah bertapak di Pulau Pinang.
(a) Berapakah jumlah bot ikan tuna?
(b) Berapakah jumlah tan ikan tuna yang berjaya didaratkan?
(c) Apakah hal-hal lain berkenaan pendaratan ikan tuna yang disediakan oleh pihak
kerajaan dan berapakah jumlah tenaga pekerja tempatan dan warga asing?
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. (a) Berdasarkan rekod Jabatan Perikanan Malaysia, terdapat sejumlah 20 buah
bot/vesel penangkapan tuna berlesen.
(b) Jumlah pendaratan ikan tuna bagi tahun 2017 dan sehingga Oktober 2018 adalah
sebanyak 4,982 tan metrik.
(c) Pada tahun 2018, Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan
platform pendaratan tuna mudah alih di Pelabuhan Pulau Pinang. Kemudahan
ini disediakan bagi memudahkan bot/vesel penangkapan tuna untuk
mendaratkan tangkapan tuna.
Secara amnya, tiada tenaga kerja tempatan yang bekerja di atas bot/vesel tuna
yang dilesenkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Majoriti tenaga kerja adalah
warganegara Indonesia manakala golongan minoriti terdiri daripada
warganegara China dan Taiwan yang bertugas sebagai tekong bot. Secara
purata, 15 orang tenaga kerja/kru bekerja di atas setiap bot/vesel. Walau
bagaimanapun, semua pemilik bot/vesel adalah rakyat tempatan. Faktor-faktor
yang menyebabkan dominasi pekerja asing dalam industri perikanan ikan tuna
ini adalah seperti berikut:
(i) Tenaga kerja mahir terhad;
(ii) Kurang ketahanan mental dan fizikal di kalangan orang tempatan untuk
berada di laut bagi tempoh masa yang lama;
(iii) Pekerjaan ini tidak dianggap sebagai kerjaya yang baik berbanding
pekerjaan lain;
(iv) Persekitaran kerja yang berisiko tinggi iaitu terdedah kepada cuaca yang
tidak menentu, ancaman lanun, peralatan yang berisiko; dan
(v) Tiada kemudahan yang selesa disediakan di bot/vesel semasa pelayaran
bagi tempoh masa yang lama seperti komunikasi yang terhad, tiada
hiburan dan rekreasi serta tempat berehat yang tidak selesa.
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Data paras air laut meningkat secara purata 10 sentimeter setiap tahun.
348
(a) Adakah Pulau Pinang berada di paras laut dan akan hadapi masalah ancaman
banjir dan alam sekitar? Jelaskan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. (a) Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan melalui Institut
Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sedang giat mengkaji dan
menyelidik kesan kenaikan aras laut serta langkah berjaga-jaga bagi mengatasi
masalah bandar-bandar yang akan ditenggelami akibat dari kenaikan aras laut
kesan daripada pemanasan global.
Intergovernmental Panel on Climate Change - Fifth Assessment Report (IPCC-
AR5, 2015) meramalkan bahawa kenaikan aras laut global pada tahun 1990-
2100 ialah antara 2.8 mm/tahun hingga 3.6 mm/tahun. Kajian NAHRIM (2017)
pula mendapati kadar kenaikan aras laut berdasarkan analisa dari 20 stesen
tolok pasang surut Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) di sepanjang
pesisir pantai Malaysia adalah antara 2.2 hingga 5.3 mm/tahun bagi tempoh
tahun 1993 hingga 2015 (22 tahun). Kadar kenaikan ini adalah berbeza dari satu
tempat ke satu tempat yang lain bergantung kepada pelbagai factor antaranya
perubahan suhu, tekanan atmosfera, angin dan peredaran arus laut di lokasi
tersebut. Sehubungan itu, kenyataan bahawa data paras air laut meningkat
secara purata 10 sentimeter setiap tahun adalah tidak tepat.
Kadar kenaikan aras laut yang diramal antara 2.8 mm/tahun hingga 3.6
mm/tahun wujud sekiranya tindakan mitigasi untuk menangani fenomena
perubahan iklim tidak dilaksanakan dengan sewajarnya. Tindakan mitigasi ini
perlu dilaksanakan di peringkat domestik dan melalui pendekatan pelbagai hala
(multilateralism) di peringkat antarabangsa. Negeri Pulau Pinang tidak berada
di paras laut, namun masalah ancaman banjir dan alam sekitar bergantung
kepada pelbagai faktor terutama di kawasan yang mempunyai topografi yang
rendah sahaja. Kedudukan kawasan-kawsan rendah (low laying area) di Pulau
Pinang hanya terdedah kepada kejadian banjir kilat apabila berlakunya hujan
lebat melebihi 30-60mm/jam dan menjadi lebih serius apabila ianya berlaku
ketika fenomena air laut pasang.
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Sila nyatakan langkah-langkah awal yang perlu diambil oleh Kerajaan Negeri dalam
persiapan penyediaan sistem maklumat awal kepada penduduk Pulau Pinang seperti
mengesan Tsunami, banjir kilat, tanah runtuh dan apa saja bentuk bencana alam.

Y.A.B. Ketua Menteri:


12. Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bekerjasama dengan Kementerian Tenaga,
Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melalui agensi pelaksana
Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) dalam menyalurkan maklumat berkenaan ramalan
dan amaran cuaca buruk kepada agensi-agensi pengurusan bencana melalui faksimile,
e-mel dan Short Message Service (SMS). Manakala penyebaran amaran cuaca kepada
orang awam adalah melalui laman web:www.met.gov.my, siaran televisyen
(TV), Crawler TV, media sosial (facebook: malaysiamet, twitter:@malaysianmet
dan Whatsapp) dan Hotline di talian 1-300-22-1MET(1638).
MMD juga telah mengadaptasi inovasi aplikasi mobil dengan membangunkan
aplikasi myCuaca versi 2.0 yang dapat memberikan maklumat cuaca dan gempa bumi
untuk diakses pada bila-bila masa oleh orang ramai. Aplikasi myCuaca boleh dimuat
turun melalui Google Play Store dan Apple App Store. MMD turut melaksanakan
RakanMET iaitu medium interaksi dua hala antara MMD dan orang awam bagi
perkongsian maklumat sahih mengenai perkembangan cuaca semasa di Negara.

349
Di Pulau Pinang, amaran cuaca buruk bagi ribut petir dan hujan lebat yang boleh
menyebabkan banjir, tanah runtuh dan kerosakan harta benda dihantar
dengan faksimile oleh Pejabat Meteorologi Pulau Pinang kepada Stesen Radio Mutiara
FM (Radio Malaysia Pulau Pinang) untuk dihebahkan kepada orang awam melalui siaran
radio. Maklumat amaran hujan lebat ini merupakan amaran awal bagi kemungkinan
berlakunya banjir disebabkan oleh hujan lebat terutama bagi orang awam yang tinggal
di kawasan yang kerap kali mengalami banjir kilat.
Maklumat amaran cuaca buruk ini juga dihantar dengan faksimile kepada Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, semua Pejabat Daerah di Negeri Pulau Pinang,
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang dan agensi yang terlibat dalam
pengurusan bencana dan keselamatan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Negeri Pulau
Pinang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang, Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pulau
Pinang. Di samping itu, maklumat amaran cuaca buruk ini turut dimaklumkan oleh
Pengarah Meteorologi Pulau Pinang kepada ahli-ahli kumpulan pengurusan bencana
peringkat negeri dan daerah menerusi aplikasiWhatsapp.
Pada masa kini, Malaysia telah mempunyai sistem pemantauan tsunami yang
merangkumi rangkaian tolok pasang surut iaitu alat yang mengukur perubahan paras air
laut, kamera pantai untuk memantau keadaan laut dan siren tsunami untuk
menghebahkan maklumat waspada / nasihat dan amaran tsunami kepada orang awam
yang terdedah kepada bahaya tsunami. Rangkaian tolok pasang surut, kamera pantai
dan siren tsunami ini telah dipasang di persisiran pantai. Untuk makluman ahli yang
berhormat, kini terdapat sebanyak satu (1) tolok pasang surut, tiga (3) kamera pantai
dan 12 siren tsunami telah pun dipasang di kawasan yang berisiko berlaku tsunami di
Pulau Pinang.
Selain daripada itu, pada 7 Mac 2018 yang lalu, Kerajaan Negeri juga telah
melancarkan Portal Penang Alert yang berfungsi memberi hebahan berhubung insiden,
kejadian dan apa jua informasi yang melibatkan situasi yang boleh menjejaskan atau
mengganggu perancangan serta membantu memudahkan persediaan orang awam di
Negeri Pulau Pinang. Pendek kata, Penang Alert membantu orang awam untuk lebih
bersedia dalam menghadapi situasi bencana ataupun meminima / mengelak impak
bencana / situasi kecemasan / halangan. Portal Penang Alert ini mengandungi
informasi-informasi terkini mengenai paras air sungai, taburan air hujan, banjir, banjir
kilat, tsunami, kebakaran besar, penutupan jalan-jalan utama, tanah runtuh, ribut dan
lain-lain makluman yang perlu diwar-warkan kepada orang awam.
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Nyatakan anggaran jumlah bayaran Cukai Perkhidmatan Kerajaan kepada Cukai
Perkhidmatan dan Jualan (SST) oleh rakyat Pulau Pinang setelah dilaksanakan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Berdasar anggaran oleh Bahagian Cukai Dalam Negeri (SST) Jabatan Kastam Pulau
Pinang, kutipan Cukai Perkhidmatan bagi Negeri Pulau Pinang sehingga 31 Disember
2018 ialah RM38 juta.
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Jelaskan produk pelancongan yang terdapat di daerah Seberang Perai Utara dan sejauh
manakah kerajaan membantu meningkatkan ekonomi produk pelancongan disini serta
berapakah peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Produk-produk pelancongan yang terdapat di Seberang Perai Utara adalah seperti
berikut:
(i) Homestay Lahar Yooi dan Homestay Kota Aur;

350
(ii) Pasar Bisik;
(iii) Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam;
(iv) Persisiran Pantai Teluk Air Tawar - Kuala Muda; dan
(v) Lembah Makanan Sungai Dua.
Kerajaan Negeri membantu meningkatkan ekonomi produk pelancongan di Seberang
Perai Utara melalui inisiatif-inisiatif berikut:
(i) Homestay dipromosikan melalui risalah Penang Homestay dan turut
mengandungi cadangan aktiviti harian. Risalah-risalah pelancongan lain
seperti Seberang Perai Tourist Map dan Seberang Perai Street Food turut
mempromosikan produk pelancongan di Seberang Perai Utara dan menarik
kehadiran lebih ramai pelancong;
(ii) Memberikan kursus kepada pengusaha tempatan, contohnya Kursus Pengenalan
Aktiviti Birdwatching yang memberi pendedahan kepada pengurus pelancong
untuk mendalami aktiviti Birdwatching;
(iii) Menyediakan papan tanda arah ke tempat tarikan pelancong untuk
meningkatkan kehadiran pelancong; dan
(iv) Menganjurkan program pelancongan seperti program RM2 Mini Food
Festival yang diadakan di Butterworth Artwalk pada April 2018.
Melalui kemasukan lebih ramai pelancong, industri-industri berkaitan pelancongan
seperti perhotelan, pengangkutan, kawasan-kawasan tarikan pelancong, kraftangan,
makanan dan sebagainya akan berkembang pesat. Seterusnya, ia akan menyumbang
kepada peningkatan peluang pekerjaan dan perniagaan serta pertumbuhan ekonomi
negeri yang akan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Bagi tahun 2018, Kerajaan Negeri melalui MPSP telah menyediakan peruntukan
sebanyak RM100,000.00 bagi tujuan pelancongan eko di Seberang Perai. Selain itu,
Jabatan Perhutanan telah diperuntukan RM230,000.00 dalam tempoh tahun 2016 hingga
2018 untuk menaiktaraf kemudahan rekreasi di Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam.
Kerajaan Negeri juga telah membantu penganjuran program-program pelancongan di
Seberang Perai Utara seperti Fiesta Sungai Perai, Pertandingan Memasak Tradisi Melayu,
Karnival Pesta Tanglung dan lain-lain program dengan jumlah peruntukan sebanyak
RM167,000.00 bagi tempoh tahun 2017 hingga 2018.
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
15. Nyatakan statistik PBT dan PDRM terkini mengenai kedai-kedai Judi Siber dan Nombor
Ekor tanpa lesen yang beroperasi berleluasa.
(a) Apakah tindakan yang diambil oleh penguatkuasa terhadap kedai-kedai tersebut
di seluruh Pulau Pinang yang tumbuh seperti cendawan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Statistik terkini mengenai premis mesin perjudian dan aktiviti nombor ekor haram di
Pulau Pinang, bagi tahun 2018 adalah seperti berikut

PERKARA JUMLAH PREMIS

PREMIS MESIN PERJUDIAN 0

AKTIVITI NOMBOR EKOR 720

(a) Tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Pihak PDRM terhadap penganjur
aktiviti haram ini ialah melalui serbuan, tangkapan dan pertuduhan di

351
Mahkamah serta tindakan dibawah undang-undang pencegahan. Melalui
tindakan penguatkuasaan yang diambil, sebanyak 923 serbuan telah dijalankan
mulai Januari sehingga September tahun 2018. Hasil daripada serbuan tersebut
sebanyak 952 tangkapan telah dibuat dan tujuh (7) penganjur aktiviti haram
ini diambil tindakan dibawah Akta Pencegehan Jenayah 1959.
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Apakah langkah dan tindakan Kerajaan Negeri bagi mengawal dan menangani gejala
sosial melalui PBT dan PDRM?
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Pada era globalisasi ini, masalah gejala sosial semakin meningkat dari semasa ke
semasa. Hal ini mendatangkan kebimbangan banyak pihak antaranya ibu bapa
khususnya. Masalah sosial seperti gejala melepak, lumba haram, buli dan sebagainya
semakin hangat diperkatakan dari buah mulut masyarakat malah menjadi isu yang serius
dipaparkan di dada-dada akhbar kebelakangan ini.
Antara langkah dan tindakan Kerajaan Negeri bagi mengawal dan menangani gejala
sosial melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) adalah
seperti:
(i) Pemasangan Closed Circuit Television (CCTV), untuk pemantauan bandar
selamat. Sehingga kini sebanyak 345 buah CCTV telah di pasang di seluruh negeri
Pulau Pinang yang dipantau oleh PDRM bersama MBPP/ MPSP;
(ii) Program Crime Awareness anjuran bersama PDRM dan kerajaan tempatan
dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara, agensi- agensi kerajaan dan Non-
Governmental Organisation (NGO) seperti Malaysia Crime Prevention
Foundation (MCPF), Lions Club dan lain-lain lagi;
(iii) Pemasangan lampu-lampu (straight Lighting) di tempat-tempat awam bagi
tujuan pencerahan selaras dengan tujuan untuk pencegahan jenayah;
(iv) Pemasangan besi penghadang di antara yang memisahkan antara tempat pejalan
kaki dengan jalan raya untuk tujuan pencegahan jenayah. Lokasi dikenal pasti
dengan kerjasama PBT dan PDRM;
(v) Pihak PBT telah meletakkan pelbagai syarat ke atas pemegang lesen tempat-
tempat hiburan iaitu pusat snooker, karaoke, pub dan internet kafe dengan
memastikan bahawa tiada pertaruhan /perjudian dijalankan dalam tempat
hiburan. Memastikan bahawa pelaku-pelaku dalam tempat hiburan berpakaian
sopan. Memastikan kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah hendaklah
disertai seorang dewasa semasa memasuki tempat hiburan. Memastikan tiada
hiburan yang berunsur lucah di tempat hiburan dan juga pusat-pusat tersebut
beroperasi dalam masa yang dibenarkan; dan
(vi) Pihak PBT juga membuat pemeriksaan dan pemantauan di tempat-tempat
hiburan dengan mengenakan syarat had umur iaitu remaja di bawah umur 21
tahun adalah tidak dibenarkan dalam premis hiburan (Pub,Disko). Tidak
membenarkan aktiviti hiburan selepas jam 3.00 pagi dan juga mengawal aktiviti
pusat hiburan dari mengadakan aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
17. Apakah tindakan Kerajaan Negeri melalui PBT ke atas pemilik premis perniagaan yang
menyewa premis mereka untuk kegiatan haram ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Antara tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) ke atas pemilik premis perniagaan yang menyewa premis mereka untuk kegiatan

352
haram adalah dengan membatalkan lesen premis perniagaan. Disamping sekiranya
terdapat aktiviti-aktiviti yang membabitkan perbuatan jenayah ianya akan
dirujuk kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau agensi penguatkuasa yang lain
untuk tindakan bersama.
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Berapakah jumlah koperasi yang aktif di Negeri Pulau Pinang setakat 2018?
(a) Apakah usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang merancakkan ekonomi setempat
seperti mewujudkan Koperasi JKKK atau Koperasi Masjid seumpamanya?
Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Sehingga September 2018, sebanyak 724 koperasi telah ditubuhkan di Pulau Pinang dan
didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Daripada jumlah tersebut, 503
koperasi adalah aktif iaitu terdiri daripada 373 koperasi dewasa dan 130 koperasi
sekolah.
(a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa memberi galakan kepada Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Kariah Masjid untuk
menubuhkan koperasi bagi membudayakan gerakan koperasi di Pulau Pinang dan
mewujudkan peluang perniagaan demi memperkasa ekonomi rakyat. Sehingga
September 2018, sebanyak 33 Koperasi Kariah Masjid dan 2 Koperasi JKKK telah
ditubuhkan dan didaftarkan oleh SKM di Negeri Pulau Pinang.
Koperasi Kariah Masjid dan JKKK yang berdaftar dengan SKM berpeluang untuk
mendapatkan bantuan yang disediakan seperti berikut:
(i) Bimbingan dan khidmat nasihat perakaunan bagi memastikan tadbir urus
koperasi lebih cekap;
(ii) Pembiayaan melalui Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) kepada koperasi
yang layak dan memenuhi syarat tidak melebihi RM10 juta untuk setiap
koperasi melaksanakan aktiviti perniagaan selaras dengan Dasar Koperasi
Negara 2011-2020;
(iii) Bantuan Pembangunan Koperasi berdasarkan permohonan oleh koperasi
untuk menjalankan aktiviti yang berdaya maju, tertakluk kepada
peruntukan kewangan yang sedia ada; dan
(iv) Latihan dan kursus wajib melalui Maktab Koperasi Malaysia (MKM) bagi
memastikan tadbir urus koperasi menjadi lebih berkesan.
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Berapakah perbezaan pelaburan (FDI) di Negeri Pulau Pinang antara tahun 2015 dan
sehingga kini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Pulau Pinang sentiasa menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam menarik
pelaburan asing Foreign Direct Investment(FDI) di Malaysia. Perincian pelaburan FDI di
Negeri Pulau Pinang dari tahun 2015 hingga Mac 2018 adalah seperti berikut:-
Pelaburan Pembuatan Diluluskan Pulau Pinang
(RM Juta)
Tempoh Jumlah Pelaburan Kedudukan (bagi
Pelaburan
(FDI + Pelaburan FDI) antara negeri
FDI
Domestik) di Malaysia
Jan-Mar 2018 1,019.33 580.47 3
2017 10,811,88 8,540.49 1
2016 4,293.89 3,056.92 3
2015 6,724.34 4,498.73 1

353
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
20. Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membina masjid yang uzur
dan bantuan kepada sekolah tahfiz bagi tahun 2018?
Y.A.B. Ketua Menteri:
20. Bagi tahun 2018, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM4,650,000.00
untuk tujuan membaiki, menaik taraf dan membina semula masjid yang uzur. Bagi
sekolah agama rakyat pula, sejumlah RM2,800,000.00 telah diperuntukkan pada tahun
ini untuk tujuan yang sama.
Selain itu, sejumlah RM168,584.00 juga telah disalurkan kepada 37 buah maahad tahfiz
yang berdaftar di Pulau Pinang. Bantuan ini bertujuan meringankan beban bayaran bil
utiliti seperti elektrik dan air di maahad-maahad tahfiz tersebut.
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
21. Berapakah jumlah pekerja yang telah diberhentikan dan dibuang dari sektor industri
perkilangan bagi tahun 2015 hingga setakat ini di Pulau Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
21. Berdasarkan statistik daripada Jabatan Tenaga Kerja Pulau Pinang, seramai 9,390 orang
pekerja dalam sektor perkilangan telah diberhentikan kerja dari tahun 2015 sehingga
September 2018 dengan perincian seperti jadual berikut:
2018 (sehingga JUMLAH
TAHUN 2015 2016 2017 bulan
September) KESELURUHAN
JUMLAH PEKERJA YANG
1,609 4,923 1,215 1,643 9,390
TERLIBAT

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Berapakah jumlah kakitangan kontrak di MPSP, PBA dan MBPP?
(a) Apakah pelan penyerapan mereka sebagai kakitangan tetap?
Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Jumlah kakitangan kontrak yang terdapat di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP),
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Perbadanan Bekalan Air (PBA) adalah seperti
berikut:
AGENSI BIL. KAKITANGAN KONTRAK
1. MPSP 2416
2. MBPP 150
3. PBA 127
JUMLAH 2693
(a) Perancangan yang dilaksanakan terhadap kakitangan kontrak di bawah MPSP
untuk dilantik tetap adalah tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan oleh
skim perkhidmatan jawatan serta kakitangan kontrak tersebut perlu mempunyai
prestasi dan disiplin yang memuaskan .Bagi MBPP pula adalah melalui
permohonan pewujudan jawatan tetap baru dikemukakan kepada Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) dan keutamaan pengisian diberi kepada kakitangan
kontrak.

354
Manakala di PBA, penilaian prestasi akan dijalankan terhadap pegawai kontrak
dengan sekurang-kurangnya pencapaian laporan penilaian mereka
ditahap 70% sebelum diserap sebagai kakitangan tetap.
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
23. Apakah jenis peruntukan untuk pembangunan industri tani di Pulau Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
23. Kerajaan Negeri menyediakan 11 jenis peruntukan untuk pembangunan industri
pertanian di negeri ini. Jenis-jenis peruntukan adalah seperti berikut:
Bil. Jenis Peruntukan Skop Projek/Program
Pembangunan Industri Tanaman i. Infrastruktur ladang;
1.
Padi ii. Input pertanian (baja/racun dan
lain-lain)
Pembangunan Industri Tanaman iii. Jentera dan peralatan kecil ladang;
2.
Sayur-sayuran iv. Perkhidmatan mekanisasi ladang;
Pembangunan Industri Tanaman v. Latihan/Bengkel/Seminar;
3. vi. Program pengukuhan modal insan
Buah-buahan
untuk Kelompok Pertanian,
Pembangunan Industri Kumpulan Pengembangan Wanita
4. (KPW) dan Usahawan; dan
Pemprosesan Makanan
vii. Program pemasaran dan promosi
5. Pembangunan Tanaman Kelapa produk
6. Pembangunan Lain-lain Ekonomi

7. Pembangunan Pelapis Petani

8. Program Khidmat Pengembangan

9. Program Khidmat Kejenteraan

10. Pembangunan Kelompok Tani

11. Program Aktiviti Jualan Terus


Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
24. Apakah pelan pembangunan Rumah Mampu Milik di negeri Pulau Pinang bagi membantu
golongan muda?
Y.A.B. Ketua Menteri:
24. Kerajaan Negeri buat masa ini tidak menetapkan sebarang dasar atau perancangan yang
khusus untuk membantu golongan muda dalam memperolehi unit Rumah Mampu Milik
(RMM). Ini kerana dasar sedia ada adalah untuk memastikan unit-unit kediaman dengan
harga berpatutan ini dibekalkan kepada rakyat Pulau Pinang yang berpendapatan
rendah dan sederhana tanpa mengira peringkat usia. Kerajaan Negeri mendapati
kegagalan golongan muda untuk membeli rumah disebabkan sumber kewangan yang
tidak mencukupi bagi memperoleh pinjaman dari institusi kewangan.
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
25. Di pekan Penaga mengalami masalah kesesakan lalu lintas yang teruk, laluan sempit
dan mengganggu laluan penduduk jika ada kecemasan.
(a) Apakah pelan MPSP bagi penstrukturan semula penjaja dan peniaga pasar
minggu di pekan Penaga?
Y.A.B. Ketua Menteri:
355
25. Masalah kesesakan lalu lintas di Pekan Penaga telah dibincangkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Perlesenan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada bulan
September 2018 yang lepas. Menurut laporan yang dikemukakan, kesesakan lalu lintas
terhadap perjalanan kenderaan yang melepasi Pekan Penaga pada hari minggu adalah
5 hingga 10 minit.
(a) Pihak MPSP bercadang untuk menyusun semula jajaran penjaja dan peniaga
pasar minggu di Pekan Penaga pada tahun 2019. Penstrukturan semula ini dibuat
bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas sehingga mengganggu laluan
penduduk sekitar di kawasan tersebut.
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
26. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam mengatasi projek terbengkalai dan bangunan
yang tidak digunakan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
26. Pemantauan dan pengkelasan projek perumahan swasta terbengkalai adalah di bawah
tanggungjawab Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT). Pada dasarnya, projek terbengkalai ditakrifkan sebagai projek-
projek yang mengalami masalah seperti berikut:
(i) Projek yang tidak siap dalam atau luar tempoh Perjanjian Jual dan Beli dan tiada
sebarang aktiviti yang ketara di tapak pembinaan selama enam (6) bulan secara
berterusan; atau
(ii) Petisyen penggulungan telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen
218 Akta Syarikat 1966; atau
(iii) Syarikat diletakkan di bawah Pegawai Penerima dan Pengurus (Receiver &
Manager); atau
(iv) Pemaju mengakui tidak berupaya secara bertulis kepada Pengawal Perumahan;
dan
(v) Disahkan projek terbengkalai oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
di bawah Seksyen 11 (1) (c) Akta 118.
Berdasarkan definisi tersebut, setakat ini tidak ada projek perumahan yang
terbengkalai di negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk
membantu KPKT mengatasi masalah berkaitan projek perumahan terbengkalai
sebagaimana yang pernah berlaku dahulu.
Selain itu, masalah bangunan terbiar dan tidak digunakan pada masa ini dilihat berada
dalam keadaan terkawal memandangkan iklim pasaran hartanah yang masih lagi aktif
di Pulau Pinang.
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
27. Berapakah jumlah sekolah SAR, Tahfiz, SRJK(C) dan SRJK(T) yang diberi bantuan oleh
Kerajaan Negeri?
(a) Berapakah peruntukan kepada sekolah tersebut bagi tahun 2015 hingga 2018?
Y.A.B. Ketua Menteri:
27. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM30.532 juta bagi Sekolah Agama
Rakyat (SAR), Tahfiz, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT) dari tahun 2015 hingga 2018. Bilangan sekolah yang menerima
bantuan dan jumlah peruntukan yang disalurkan adalah seperti perincian di bawah.

356
Sekolah Agama Rakyat Sekolah Jenis Sekolah Jenis Jumlah
(SAR)/Tahfiz Kebangsaan Cina Kebangsaan Tamil
Tahun
Bilangan (RM juta) Bilangan (RM juta) Bilangan (RM juta)
Sekolah Sekolah Sekolah

2015 174 buah 1.75 85 buah 4.235 28 buah 1.75

2016 180 buah 1.75 85 buah 4.055 28 buah 1.75

2017 183 buah 1.75 85 buah 4.092 28 buah 1.75

2018 196 buah 1.75 89 buah 4.150 28 buah 1.75

Jumlah 7.00 16.532 7.00 30.532

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
28. Nyatakan pendapatan Kerajaan Negeri daripada 3 sumber hasil iaitu hasil cukai, hasil
bukan hasil dan terimaan bukan hasil bagi tahun 2013, 2014, 2015, 2016, 2017 & 2018?
Y.A.B. Ketua Menteri:
28. Jumlah pendapatan Kerajaan Negeri daripada 3 sumber hasil iaitu cukai, hasil bukan
cukai dan terimaan bukan hasil dari tahun 2013 hingga September 2018 adalah seperti
di Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
29. Nyatakan kategori rumah mengikut harga di Pulau Pinang.
(a) Berapa jumlah rumah yang ada untuk setiap kategori tersebut?
(b) Berapakah jumlah dan peratus bilangan pemilikan rumah di Pulau Pinang
mengikut kaum berdasarkan kategori tersebut?
Y.A.B. Ketua Menteri:
29. (a) Kajian yang dijalankan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara melaporkan
bahawa untuk suku kedua tahun 2018, terdapat sejumlah 502,886 unit kediaman
pelbagai jenis di Pulau Pinang. Daripada jumlah ini, sebanyak 62,545 kediaman
berstrata dan 17,843 kediaman bukan strata merupakan unit rumah kos rendah
atau Rumah Mampu Milik (RMM) 'A' yang dijual pada harga tidak melebihi
RM42,000/unit. Kajian ini walau bagaimanapun tidak memperincikan harga bagi
jenis-jenis kediaman lain yang dilaporkan. Ringkasan statistik stok kediaman
mengikut daerah dan jenis rumah di Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran A.
(b) Selaras dengan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSN) 2020, tawaran
unit-unit RMM 'A' dibuat mengikut dasar pengagihan kuota 50% kepada pembeli
Bumiputera, 15% kepada pembeli India dan 35% kepada pembeli Cina dan lain-
lain. Manakala bagi unit-unit RMM 'B' (harga maksima RM72,500) dan RMM 'C'
(harga maksima RM300,000), pengagihan kuota adalah 30% Bumiputera, 15%
India dan 55% Cina dan lain-lain. Buat masa ini masih tiada sebarang kajian yang
dijalankan untuk mengenal pasti jumlah dan peratus pemilikan mengikut kaum
atau jenis dan harga kediaman di Pulau Pinang. Bagaimanapun, rekod lengkap
sejak 2008 hingga Oktober 2018 sebanyak 28,195 RMM A, B dan C telah siap
dibina, 24,445 sedang dibina dan 44,602 telah diluluskan Pelan Kebenaran
Merancang atau berada di peringkat perancangan Kerajaan Negeri dan juga
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti di Lampiran B.
RUJUK LAMPIRAN A DAN B.

357
Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
30 . Nyatakan jumlah rakyat negeri ini yang menganggur mengikut tahap umur, bangsa dan
taraf pendidikan bagi tahun 2015 hingga 2018.
(a) Apakah usaha kerajaan untuk membimbing golongan ini supaya dapat menjalani
kehidupan dengan baik dan sejauh mana tahap hasil usaha-usaha yang telah
dilakukan sebelum ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
30. Berdasarkan statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan rakyat negeri
Pulau Pinang yang menganggur mengikut kumpulan umur, kumpulan etnik utama dan
taraf pendidikan di Pulau Pinang dari tahun 2015 hingga 2017 masing-masing adalah
seperti Jadual 1, 2 dan 3 di bawah :
Jadual 1 : Bilangan Penganggur Mengikut Kumpulan Umur, Pulau Pinang 2015-2017
Tahun Kumpulan Umur Bilangan Penganggur ('000)
15-24 7.0
25-34 3.6
2015
35-44 2.3
45-64 1.1
15-24 7.4
25-34 6.6
2016
35-44 2.4
45-64 1.7
15-24 9.1
25-34 4.9
2017
35-44 1.8
45-64 1.3

Jadual 2 : Bilangan Penganggur Mengikut Kumpulan Etnik Utama, Pulau Pinang 2015-
2017
Kumpulan Etnik/Tahun 2015 2016 2017
Bumiputra 6,000 7,800 9,500
Cina 4,600 6,300 4,200
India 2,800 2,200 2,600
JUMLAH 13,400 16,300 16,300

Jadual 3 : Bilangan Penganggur Mengikut Taraf Pendidikan, Pulau Pinang 2015-2017


Menengah Tertiari
Tahun Tiada Pendidikan Rasmi Rendah
('000) ('000)
2015 - - 8.9 4.9
2016 - - 10.5 7.3
2017 - - 9.1 7.6
Nota:
Statistik tidak diterbitkan bagi kategori tiada pendidikan rasmi dan rendah kerana
mempunyai ralat piawai relatif yang terlalu tinggi
Kerajaan Negeri tidak mempunyai statistik bagi tahun 2018. Statistik pengangguran bagi
tahun 2018 hanya akan diterbitkan pada tahun 2019.
(a) Usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan yang
masih menganggur dan hasil yang tercapai adalah seperti berikut:
358
(i) Meningkatkan Pelaburan
Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan
perkembangan pelaburan baharu dan pelaburan semula di Pulau Pinang
yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor. Pada
tahun 2017, Pulau Pinang mencatatkan rekod pelaburan asing (FDI)
tertinggi dalam bidang pembuatan antara negeri-negeri di Malaysia,
dengan nilai FDI RM8.5 bilion. Bagi jumlah pelaburan (pelaburan asing
dan pelaburan domestik) pula, Pulau Pinang mencatatkan rekod sebagai
negeri dengan jumlah pelaburan kedua tertinggi dalam bidang
pembuatan, dengan nilai RM10.8 bilion.
Hasil daripada pelaburan baharu dan pelaburan semula, sebanyak 14,549
pekerjaan telah diwujudkan sejak 2017 hingga Mac 2018 hasil daripada
pelaburan baharu dan pelaburan semula. Kadar pengangguran di Pulau
Pinang kekal stabil pada 2.1%, kedua terendah antara negeri-negeri di
Malaysia.
(ii) Mempelbagaikan Jenis Pekerjaan
Di samping meningkatkan jumlah pelaburan, langkah-langkah strategik
juga diambil untuk mempelbagaikan jenis pekerjaan, terutamanya
pekerjaan bernilai tinggi (high value jobs) seperti advanced
manufacturing dalam sektor pembuatan, reka bentuk dan pembangunan.
Dari segi perniagaan, sektor Perkhidmatan Perniagaan Global
(GlobalBusiness Services) seperti kewangan, perkhidmatan
penyumberan luar, teknologi maklumat dan sumber manusia merupakan
sektor baharu yang diperkenalkan. Antara pekerjaan baharu yang
diwujudkan dalam sektor pembuatan di Pulau Pinang ialah seperti saintis
data/maklumat (Data Scientist) dan jurutera robotik.

(iii) Memperkenalkan Program Penang @CAT


Satu program baharu dinamakan “Penang Accelerator for Creative,
Analytics & Technology (@CAT)” telah dilancarkan bagi golongan yang
ingin menceburi bidang perniagaan sebagai perintis pemula niaga
(entreprenuer). Program ini bertujuan untuk membantu usahawan kecil
yang terlibat di dalam bidang animasi kreatif, analisis dan teknologi
ataupun yang terlibat di dalam sektor “Internet of Things”(IOT). Melalui
@CAT, pelbagai aktiviti/program telah dilaksanakan untuk melahirkan
usahawan dalam bidang teknologi (technopreneurs). Di antaranya
ialah Artificial Intelligence Workshop, Alibaba Northern Region
Workshop, YouthCoLab : Penang dan Google Analytics Workshop.
(iv) Menawarkan kursus kemahiran
Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Penang Skills Development Center
(PSDC) dan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk
meningkatkan tahap pembangunan sumber manusia berteraskan latihan
kemahiran mengikut keperluan pasaran di Pulau Pinang. Semua pelajar
(100%) yang mengikuti kursus kemahiran (TVET) di PSDC telah mendapat
pekerjaan selepas menamatkan program masing-masing. Dianggarkan
60% daripada pelajar-pelajar tersebut mendapat pekerjaan di syarikat
tempatan (Local Large Company dan SME) manakala baki 40% telah
mendapat pekerjaan di MNC.
Kerajaan Negeri turut melaksanakan program-program bantuan bagi
menggalakkan keusahawanan dalam kalangan rakyat Pulau Pinang khususnya
bagi golongan muda dan belia. Antara program-program yang dilaksanakan
adalah seperti berikut :
359
(i) Skim Pinjaman Harapan (SPH)
Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang yang dahulunya
dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau
Pinang. Program ini merupakan program mikrokredit yang memberi
pinjaman tanpa sebarang cagaran dan penjamin kepada peniaga-peniaga
kecil untuk menggalakkan usahawan tempatan, penganggur dan golongan
rakyat berpendapatan rendah untuk menceburi bidang perniagaan.
Peruntukan dana sebanyak RM11 juta telah disediakan bagi tujuan ini.
Jumlah pinjaman adalah di antara RM2,000 hingga maksima RM25,000
dan tempoh bayaran balik adalah di antara 2 hingga 3 tahun. Sehingga
bulan Oktober 2018, sebanyak RM15.15 juta telah diagihkan kepada
seramai 3,060 orang usahawan.
(ii) Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT)
Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan
Tani Muda (TUTM) yang memberi bantuan kepada golongan belia
termasuk para graduan untuk menjadikan sektor industri asas tani
sebagai kerjaya yang berpotensi menjana pendapatan yang lumayan.
Peruntukan sebanyak RM750,000 telah disediakan di mana sehingga
September 2018, sebanyak RM658,000 telah diagihkan kepada 122 orang
untuk menikmati kemudahan kredit ini.
Kerajaan Negeri melalui Pusat CAT (Penang Career Assistance and Talent
Centre) menjalankan pemadanan jawatan kepada semua golongan pencari kerja
dengan yang ditawarkan oleh industri. Sejak penubuhan Pusat CAT pada Mac
2009 sehingga 22 Oktober 2018, seramai 10,551 orang telah berdaftar sebagai
pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,445 pemadanan jawatan telah berjaya
dijalankan untuk 289 buah syarikat.
XXIII. Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Nyatakan peruntukkan yang akan disediakan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha
penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem perparitan dan longkang bagi keselesaan
penduduk dalam KADUN Telok Ayer Tawar.
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Jabatan
Pengairan dan Saliran (JPS) bagi tahun 2019 telah menyediakan peruntukan sebanyak
RM672,833.14 dalam usaha penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem perparitan
dan longkang bagi keselesaan penduduk di KADUN Telok Air Tawar. Perincian
peruntukan adalah seperti di bawah.
BIL SKOP KERJA AGENSI PELAKSANA PERUNTUKAN
(RM)
1 Penyelenggaraan Struktur MPSP 300,000.00
Parit Di Dalam Taman
Perumahan.
2 Penyelenggaraan Dan MPSP 9,392.76
Pembersihan Kolam
Takungan.
3 Penyelenggaraan Dan MPSP 105,288.00
Pembersihan Parit Monsun.
4 Kerja-Kerja Penyelenggaran JPS 71,532.03
Parit Dan Taliair Blok M3B(2)
Di Skim Pengairan Sungai
Muda Daerah Seberang Perai
Utara

360
5 Kerja-Kerja Penyelenggaran JPS 83,109.35
Parit Dan Taliair Blok M3B(1)
Di Skim Pengairan Sungai
Muda Daerah Seberang Perai
Utara
6 Kerja-Kerja Penyelenggaran JPS 103,511.00
Parit Dan Taliair Blok M5B Di
Skim Pengairan Sungai Muda
Daerah Seberang Perai Utara
672,833.14
JUMLAH

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh MPSP dalam usaha menghalang pertumbuhan
gerai dan kedai haram yang beroperasi dalam KADUN Telok Ayer Tawar?
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak MPSP dalam usaha menghalang
pertumbuhan gerai dan kedai haram yang beroperasi dalam KADUN Telok Ayer Tawar
adalah seperti berikut:
(i) Mengeluarkan notis dan tawaran kompaun atas kesalahan menjalankan aktiviti
penjajaan / perniagaan tanpa lesen;
(ii) Merampas / menyita alatan niaga ke atas gerai yang beroperasi tanpa lesen;
(iii) Mewujudkan Garis Panduan Kaedah Penjajaan Secara Mudah Alih dan Garis
Panduan Kaedah Perniagaan Berkonsepkan Trak Makanan & Trak Perkhidmatan
untuk memudahkan kelulusan lesen kepada penjaja warga tempatan; dan
(iv) Membuka kekosongan dan membuat pengisian kekosongan ruang niaga MPSP
pada setiap bulan.
Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
3. Mohon pencerahan Kerajaan Negeri mengenai Sijil Layak Menduduki bagi status
kesemua projek ini dalam KADUN Telok Air Tawar.
(a) Kedai dan pejabat 2 tingkat 8 unit di Taman Sejahtera Indah.
(b) Surau satu tingkat di Taman Sejahtera Indah.
(c) Tadika satu tingkat di Taman Sejahtera Indah.
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Status Sijil Kelayakan Menduduki (CCC/OC) bagi projek Taman Sejahtera di dalam
KADUN Teluk Air Tawar adalah seperti berikut:
(a) Pelan Bangunan bagi 8 unit kedai dan pejabat 2 tingkat di Taman Sejahtera Indah
telah diluluskan pada 12 Januari 1996. Sehingga kini pihak arkitek masih belum
mengemukakan permohonan pengeluaran Perakuan Siap Dan Pematuhan (OC).
(b) Pelan Bangunan bagi 1 unit surau satu tingkat di Taman Sejahtera Indah telah
diluluskan pada 30 Mei 2011 dan pihak Principal Submitting Person (PSP) masih
belum mengeluarkan Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC) sehingga kini.
(c) Pelan Bangunan bagi 1 unit tadika satu tingkat di Taman Sejahtera Indah telah
diluluskan pada 30 Mei 2011. Pihak Principal Submitting Person (PSP) sehingga
kini masih belum mengeluarkan Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC).

361
Oleh kerana Pelan Bangunan berkenaan diluluskan sebelum tahun 2007, maka ianya
terikat dengan syarat-syarat Perakuan Siap Dan Pematuhan (OC).
Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengadakan satu mesyuarat mengenai
status Sijil kelayakan Menduduki (CCC/OC) bagi projek Taman Sejahtera di dalam
KADUN Teluk Air Tawar bersama pihak pemaju iaitu Syarikat Perumahan Negara Berhad
(SPNB) dan perunding pada 2 Oktober 2018. Tujuan mesyuarat diadakan untuk
membantu pihak perunding untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh jabatan
teknikal. Susulan daripada mesyuarat tersebut, MPSP telah memberikan tempoh selama
dua (2) bulan untuk membolehkan pihak perunding mengambil tindakan selanjutnya
bagi mematuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh jabatan teknikal.
Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
4. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi JMB yang tidak
aktif?
(a) Berapa banyakkah JMB yang telah diambil tindakkan selaras dengan seksyen
86(1)?
(b) Akta 757 di bawah Pesuruhjaya Bangunan (COB).
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Dalam keadaan di mana Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan
(MC) tidak aktif, Pesuruhjaya Bangunan (COB) yang bertanggungjawab
menguatkuasakan Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] akan mengeluarkan dan
menampal notis di skim perumahan yang terlibat bagi mendapatkan kerjasama mana-
mana pemilik petak untuk dilantik sebagai penganjur Mesyuarat Agung Luar Biasa
(EGM). Tujuan EGM ini adalah untuk memilih ahli jawatankuasa JMB/MC yang baru.
Dalam pada itu, COB akan memainkan peranan membantu dan memberikan panduan
kepada pemilik petak yang berminat untuk bekerjasama dalam urusan pengeluaran
notis dan pematuhan peraturan-peraturan mesyuarat.
COB selanjutnya akan membuat pemantauan semasa EGM dan akan mengaktifkan
semula JMB/MC sekiranya ahli jawatankuasa pengurusan yang baru berjaya dilantik.
Namun sekiranya perlantikan tidak dapat dibuat, COB akan melantik ejen pengurusan
selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 86, Akta 757. Dalam melaksanakan
peruntukan ini, COB walau bagaimanapun berdepan dengan masalah untuk
mendapatkan ejen pengurusan terutama untuk skim-skim perumahan kos rendah.
Sehubungan itu, langkah untuk menubuhkan JMB/MC melalui EGM akan dimulakan
semula.
(a) Setakat ini, tindakan telah diambil ke atas sembilan (9) skim perumahan di
Bahagian Pulau menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 86 Akta 757. Satu
daripadanya telah pun berjaya menubuhkan MC dan baki lapan (8) skim
perumahan masih diuruskan oleh ejen pengurusan yang dilantik COB. Buat masa
ini, masih tiada tindakan diambil menggunakan peruntukan Seksyen 86 Akta 757
bagi JMB/MC yang tidak aktif di Bahagian Seberang Perai.
Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
5. Sila nyatakan berapakah dewan orang ramai miolik kerajaan terdahulu yang belum
diambil alih oleh Kerajaan Negeri dalam KADUN Telok Ayer Tawar?
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Mengikut senarai yang terdapat di Pejabat Daerah dan Tanah, Seberang Perai Utara
(PDT SPU) kini terdapat hanya 7 (tujuh) buah dewan sahaja yang dibina atas tanah
kerajaan yang belum diambil alih oleh Kerajaan Negeri dalam KADUN Telok Air Tawar.
Dewan-dewan tersebut adalah seperti berikut :-

362
(i) Dewan Orang Ramai Shaik Madar
Tiada permohonan untuk mengambil alih daripada pihak JKKK Permatang
Kuching. Pihak JKKK menggunakan Dewan Telok Air Tawar Indah sebagai
pejabat pengurusan dan aktiviti.
(ii) Dewan Orang Ramai Taman Melati
Dalam proses pengambilalihan untuk diserah kepada JKKK Permatang Kuching.
(iii) Dewan Orang Ramai Kampung Setol
Tiada permohonan untuk mengambil alih daripada pihak JKKK Permatang
Kuching.
(iv) Pusat Aktiviti Orang Ramai Pekan Baru
Tiada Permohonan untuk mengambil alih daripada pihak JKKK Permatang
Kuching.
(v) Dewan Kelab Sukan Komuniti Telok Air Tawar, Taman Senangan
Dalam proses pengambilalihan untuk diserah kepada JKKK Taman Senangan
setelah dimohon oleh ADUN Telok Air Tawar.
(vi) Gimnasium Taman Wira
Dalam proses pengambilalihan bersama YB Soon Lip Chee, Exco Belia dan Sukan;
dan
(vii) Pusat Aktiviti GDW Kampung Contoh
Tiada permohonan untuk mengambil alih daripada pihak JKKK Bagan Ajam. Pihak
JKKK mempunyai Dewan JKKK sebagai pejabat pengurusan dan aktiviti.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
6. Sila nyatakan berapa banyakkah dewan yang digunakan oleh KEMAS dan aktiviti yang
dijalankan bagi menjalan dan meningkatkan aktiviti masyarakat dalam DUN Telok Ayer
Tawar.
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) merupakan salah satu Jabatan di bawah
Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Secara keseluruhan, di DUN Teluk Ayer Tawar,
KEMAS beroperasi di pelbagai kemudahan termasuklah dewan, kem Tentera Udara
Malaysia (TUDM) dan bengkel. Aktiviti utama yang dijalankan oleh KEMAS ialah Taman
Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA). Dalam aspek
meningkatkan aktiviti masyarakat di DUN Teluk Ayer Tawar, KEMAS turut menjalankan
aktiviti-aktiviti masyarakat lain seperti kelas masakan dan kelas jahitan. Kesemua
aktiviti ini dijalankan di 15 buah dewan dan 5 buah kemudahan lain. Perincian bagi
aktiviti dan lokasi yang dijalankan KEMAS di DUN Teluk Ayer Tawar adalah seperti
di Lampiran A.
Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
7. Nyatakan langkah yang diambil bagi meningkatkan sumber pendapatan kaum nelayan
di Negeri Pulau Pinang.
(a) Adakah kerajaan bercadang untuk menambah baikkan jeti yang sedia ada bagi
membantu nelayan?
(b) Membaiki rumah api sebagai panduan
363
(c) Adakah bantuan pukat 2 kali dalam setahun di teruskan oleh kerajaan dan
nyatakan bila bantuan tersebut dilaksanakan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Kerajaan Negeri dan agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Perikanan Negeri Pulau
Pinang dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Pulau Pinang telah
mengambil pelbagai langkah bagi meningkatkan sumber pendapatan kaum nelayan di
negeri ini dengan insentif dan bantuan seperti berikut:
(i) Program Agropreneur Muda
Bantuan geran diberikan kepada pemohon yang berumur antara 18 hingga 40
tahun. Untuk program ini, geran dengan nilai maksimum sebanyak RM20,000.00
berupa peralatan diberikan kepada usahawan akuakultur dan maksimum
RM15,000.00 untuk usahawan Industri Asas Tani (IAT).
(ii) Kursus dan demo in-situ
Kursus ini lebih menumpukan kepada kemahiran teknikal seperti pembaikan
enjin sangkut, pemprosesan dan pembuatan/penyelenggaraan sampan fiber.
(iii) Pinjaman Dana Nelayan
Pinjaman mudah bagi pembelian bot dan peralatan baru atau meningkatkan
keupayaan bot sedia ada, pinjaman modal operasi, pinjaman kecemasan untuk
nelayan dan modal pusingan pemasaran untuk Persatuan Nelayan.
(iv) Elaun Sara Hidup Nelayan
Membantu meringankan beban golongan nelayan yang berkelayakan dengan
jumlah antara RM250.00 hingga RM300.00 bergantung kepada kriteria yang
ditetapkan.
(v) Pengurusan Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan
Membantu menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan kesan daripada
kenaikan harga pasaran minyak.
(vi) Insentif Pendaratan Ikan
Insentif ini diberikan kepada nelayan yang mendaratkan ikan di jeti-jeti yang
diwartakan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
(vii) Program Tukun Tiruan
Sejak tahun 2008 hingga 2018, sejumlah 1,173 tukun tiruan yang terdiri daripada
pelbagai jenis dan saiz telah dilabuhkan di perairan Pulau Kendi dan Pulau Aman
bagi menambah populasi ikan.
(a) Kerajaan Negeri melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Pulau
Pinang bersedia membantu menyelenggara dan menaiktaraf jeti-jeti sedia ada.
Buat masa ini, LKIM selaku agensi bertanggungjawab ke atas jeti-jeti yang
diwartakan akan bekerjasama dengan Persatuan Nelayan Negeri/ Kawasan
dalam mengenalpasti keperluan penyelenggaraan dan naiktaraf di jeti-jeti
tersebut.

(b) Jabatan Laut Malaysia merupakan agensi bertanggungjawab bagi menjalankan


pemeriksaan dan pemantauan ke atas peralatan bantuan pelayaran secara
berkala bagi kapal-kapal yang memasuki Had Pelabuhan Pulau Pinang di bawah
Akta Dius Api Persekutuan 1953. Terdapat tiga (3) rumah api yang diselia
Jabatan Laut Malaysia di Pulau Pinang iaitu Rumah Api Muka Head, Rumah Api
Fort Cornwallis dan Rumah Api Pulau Rimau yang diselenggara Jabatan secara
berkala. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan di rumah api tersebut, laporan
boleh dibuat kepada pihak Jabatan Laut Malaysia. Dalam masa yang sama,

364
Jabatan juga bertanggungjawab untuk menyelenggara 18 unit Tandarah Suar
dan 34 unit Pelampung Pandu di Pulau Pinang.
(c) Bantuan pukat kepada nelayan pesisir pantai telah digantikan dengan kaedah
bantuan baharu iaitu melalui pemberian baucar bernilai RM400.00 bagi setiap
nelayan. Baucar ini kemudiannya digunakan oleh nelayan untuk pembelian
peralatan menangkap ikan daripada kedai-kedai yang dikenalpasti oleh Kerajaan
Negeri. Pada tahun 2017 dan 2018, Kerajaan Negeri telah memutuskan agar
bantuan ini diserahkan dalam satu (1) kali pemberian baucar bernilai RM400.00
pada 4 Disember 2017 dan 26 Februari 2018.
Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih lagi bercadang untuk meneruskan program ini.
Walau bagaimanapun, keputusan ini tertakluk kepada impak dan keberkesanan program
ini kepada perkembangan industri asas tani di negeri ini.
Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
8. Mohon nyatakan jumlah hektar rezab hutan yang masih belum ditebus guna oleh
Kerajaan Negeri.
(a) Berapa hektarkah rezab hutan yang masih kekal disepanjang pantai untuk
dijadikan sebagai Eko-Pelancongan?
(b) Adakah Kerajaan Negeri bercadang bagi penanam pokok bakau disepanjang
pantai bagi mengelak hakisan dan kejadian tsunami. Sila nyatakan dikawasan
mana projek sedang dijalankan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Terdapat 16 Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Negeri Pulau Pinang dengan jumlah
keluasan seluas 5,100.93 hektar. Keluasan HSK tersebut tidak berubah sejak tahun
2008 sehingga kini.
(a) Terdapat dua (2) Hutan Simpanan Kekal (HSK) jenis hutan paya laut yang
terletak di kawasan pantai dengan jumlah keluasan 381.04 hektar di Negeri
Pulau Pinang iaitu Hutan Simpan Balik Pulau (166.38 hektar) dan Hutan Simpan
Byram (214.66 hektar). Kedua-dua kawasan HSK ini berpotensi dan sesuai untuk
dijadikan sebagai kawasan tarikan eko pelancongan.
(b) Selepas kejadian tsunami pada Disember 2004, Jabatan Perhutanan Negeri Pulau
Pinang secara berterusan telah melaksanakan usaha penanaman semula pokok
bakau dan spesies yang sesuai di pesisir pantai bermula dari tahun 2005 sehingga
kini. Program pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan hutan paya laut dan
pesisir pantai yang merangkumi hutan simpan dan tanah Kerajaan ini
dilaksanakan melalui peruntukan pembangunan yang disalurkan oleh Kerajaan
Negeri dan Kerajaan Persekutuan di bawah Program Penanaman Pokok Bakau
dan Spesies-Spesies yang sesuai di Pesisiran Pantai Negara. Program ini
dilaksanakan bertujuan untuk memelihara dan memulihara hutan paya laut di
samping mengawal hakisan pantai, memelihara ekosistem dan sebagai benteng
semulajadi daripada pukulan ombak besar tsunami. Maklumat penanaman pokok
bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai Negeri Pulau Pinang
bagi tahun 2008 hingga 2018 adalah seperti di Lampiran A
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
9. Setakat ini berapa banyakkah sekolah rendah dan menengah yang terlibat dalam projek
'recycle' dalam KADUN Telok Ayer Tawar.
(a) Apakah langkah pemantauan yang diambil dan kejayaan program yang dilaksana
di sekolah yang terlibat?
365
(b) Adakah program ini akan diperluaskan diseluruh sekolah di Pulau Pinang bagi
meningkatkan kesedaran dikalangan pelajar
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Setakat ini terdapat tiga (3) buah sekolah rendah dan tiga (3) buah sekolah menengah
yang terlibat dalam projek recycle di KADUN Telok Air Tawar. Senarai sekolah-sekolah
tersebut adalah seperti berikut:
(i) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn
(ii) Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Air Tawar
(iii) Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mark
(iv) Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Aik Keow
(v) Sekolah Kebangsaan Taman Senangan
(vi) Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Li Hwa
(a) Langkah-langkah pemantauan yang diambil terhadap sekolah yang terlibat
dalam projek recycle adalah:
(i) Taklimat dan lawatan berkala ke sekolah.
(ii) Laporan beratan barangan kitar semula yang dijana dan dilaporkan
kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada setiap bulan.
Projek recycle ini menampakkan kejayaan apabila sekolah-sekolah berkenaan
menunjukkan peningkatan kutipan barang kitar semula sebanyak 7,813.8 kg
pada tahun 2018 (sehingga September) berbanding 950 kg barang kitar semula
pada tahun 2017.
(b) Program ini telah pun diperluaskan ke sekolah di seluruh negeri Pulau Pinang
dengan melibatkan 218 sekolah di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang
(MBPP) dan 162 sekolah di kawasan MPSP.
Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
10. Nyatakan langkah-langkah jangka pendek dan panjang yang diambil oleh Kerajaan
Negeri bagi menangani musibah banjir dan becana alam yang sering berlaku dalam
negeri ini.
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa komited dalam mengambil langkah-langkah bagi
menangani kejadian bencana termasuk banjir di negeri ini. Sehubungan dengan itu,
penyampaian info awal bencana dan kejadian kecemasan yang memberi kesan langsung
kepada rakyat haruslah diurus tadbir dengan cekap, teratur dan berkesan. Kerajaan
Negeri telah melancarkan sistem Portal Penang Alert pada 7 Mac 2018 yang lalu di mana
fungsi utama Portal Penang Alert adalah untuk membuat hebahan berhubung insiden,
kejadian dan apa jua informasi yang melibatkan situasi yang boleh menjejaskan atau
mengganggu perancangan, di samping membantu memudahkan persediaan orang awam
di Negeri Pulau Pinang dalam menghadapi kemungkinan bencana. Portal Penang Alert
ini mengandungi informasi terkini mengenai paras air sungai, taburan air hujan, banjir,
banjir kilat, tsunami, kebakaran besar, penutupan jalan-jalan utama, tanah runtuh,
ribut dan lain-lain makluman yang perlu diuar-uarkan kepada orang awam. Portal ini
turut menyediakan maklumat rujukan berkaitan pusat pemindahan, agensi bantuan,
pembekal dan pegawai bertugas. Portal ini boleh dilayari melalui alamat url
http://alert.penang.gov.my/ atau dicapai di laman utama Portal Rasmi Kerajaan
Negeri di alamat www.penang.gov.my.

366
Kerajaan Negeri melalui Penang Green Council (PGC) juga telah memulakan fasa kedua
membangunkan Agenda Hijau Pulau Pinang 2030 (AHPP) yang bertujuan untuk
menghasilkan satu pelan hala tuju yang dapat mencapai matlamat pembangunan
mampan menjelang 2030 dan salah satu fokus pelan ini adalah Pengurangan dan
Pengurusan Risiko Bencana.
Manakala bagi menangani masalah banjir, langkah penyelesaian dibahagikan kepada
jangka masa pendek, sederhana dan panjang seperti berikut:
(a) Penyelesaian jangkamasa pendek
Melalui pelaksanaan kerja-kerja menyelenggara sungai dan parit utama di
kawasan yang sering dilanda banjir kilat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran
(JPS) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan menggunakan peruntukan
pembangunan negeri dan caruman perparitan. Antara kerja yang sering
dilaksanakan adalah seperti mengorek, mendalam, memperbaiki tebing / ban
sungai serta menaiktaraf parit-parit utama;
(b) Penyelesaian jangkamasa sederhana
Melalui pelaksanaan projek berskala sederhana bagi mengurangkan risiko banjir
dengan menggunakan peruntukan Caruman Perparitan Negeri. Antaranya adalah
melalui pembinaan parit lencongan serta pembentungan dan juga kerja-kerja
menaiktaraf rumah pam; dan
(c) Penyelesaian Jangkamasa Panjang
Melalui pelantikan perunding untuk membuat kajian-kajian di kawasan yang
sering mengalami banjir sebelum pelaksanaan projek-projek tebatan banjir yang
bersesuaian. Antara kajian-kajian pelan induk yang telah dan sedang disediakan
adalah:
(i) Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Dan Sistem Saliran Mesra Alam Bagi
Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang – Siap pada Disember
2017;
(ii) Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Dan Sistem Saliran Mesra Alam Bagi
Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang – Dalam penyediaan
dan dijangka siap pada Disember 2018;
(iii) Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Dan Sistem Saliran Mesra Alam Bagi
Daerah Timur Laut (DTL), Pulau Pinang - Siap pada Ogos 2018;
(iv) Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Dan Sistem Saliran Mesra Alam Bagi
Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Pulau Pinang – Siap pada April 2016;
dan
(v) Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Dan Sistem Saliran Mesra Alam Bagi
Daerah Barat Daya (DBD), Pulau Pinang – Siap pada November 2014.
Antara projek-projek tebatan banjir yang sedang dilaksanakan di bawah Projek-Projek
Berimpak Tinggi berdasarkan kajian-kajian yang dilaksanakan ini dengan peruntukan
Kerajaan Negeri adalah :
(i) Projek Tebatan Banjir Sungai Permatang Rawa di Kampung Tanah Liat,
Taman Guru, Padang Lalang dan Kampung Permatang Rawa, SPT;
(ii) Projek Tebatan Banjir Sungai Nipah di Taman Iping, DBD;
(iii) Projek Tebatan Banjir di Bayan Baru, DBD;
(iv) Projek Tebatan Banjir Parit 5 di Taman Mangga dan Jalan Juru, SPT;
(v) Projek Tebatan Banjir Parit 4 di Bukit Tengah, Taman Desa Damai, SPT;
dan
(vi) Projek Tebatan Banjir Mak Mandin, SPU.
367
Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
11. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam usaha membaik pulih sistem
perparitan dan longkang dalam kawasan Hot Spot dalam KADUN Telok Ayer Tawar.
(a) Kawasan perumahan seperti Taman Berlian,Taman Perkasa & Jalan Tunku Putra
(b) Kawasan pertanian sawah padi di Pekan Darat, Permatang Binjai, Permatang
Benuan dan sekitarnya yang sering berlaku banjir
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. (a) Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah
mengambil beberapa inisiatif dalam usaha membaik pulih sistem perparitan dan
longkang di kawasan hot spot dalam Kawasan ADUN Telok Ayer Tawar seperti di
kawasan perumahan di Taman Berlian, Taman Perkasa dan Jalan Tunku Putra.
Perincian mengenai inisiatif yang telah dilaksanakan adalah seperti di bawah.

BIL LOKASI LANGKAH


1 Jalan Berlian 1, Taman Berlian, i. Kerja-kerja pembaikan struktur
Jalan Meranti, Taman Meranti / parit / longkang lama.
Taman Perkasa
2 Taman Berlian dan Taman i. Ketika lawatan tapak bersama YB.
Perkasa EXCO Kerja Raya dan Utiliti pada
20/10/2017, MPSP telah mengenal
pasti keperluan untuk menaik taraf/
membina satu pembentung baru di
Jalan Teluk Air Tawar, berhadapan
dengan SMK Datuk Onn. Kerja naik
taraf/pembinaan ini perlu
dilaksanakan oleh pihak JKR
Persekutuan. Susulan itu, MPSP
telah mengemukakan satu surat
kepada pihak JKR pada 22/06/2018
berhubung cadangan naik taraf
tersebut.
3 Jalan Tunku Putra i. Pembaikan pintu air.
ii. Penyelenggaraan parit monsun
secara berkala, iaitu dua (2) bulan
sekali bagi memastikan air tidak
bertakung di dalam parit bagi
mengurangkan masalah banjir di
kawasan tersebut.
(b) Kawasan pertanian sawah padi di Pekan Darat, Permatang Binjai, Permatang
Benuan dan sekitarnya merupakan parit buang bagi skim pengairan sawah padi
di mana kerja-kerja cucian akan dilaksanakan mengikut musim tanaman padi.
Dalam perkara ini, ‘final discharge’ parit buang adalah di Sungai Puyu Kiri dan
Sungai Maklom yang akan menyebabkan berlakunya pasang surut dan memberi
kesan kepada kelancaran air di parit-parit berkenaan. Oleh yang demikian,
untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut, pihak Jabatan Pengairan
dan Saliran (JPS) akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pencucian
parit secara berkala di kawasan Pekan Darat, Permatang Binjai dan Permatang
Benuan.

368
Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
12. Apakah tindakan penguatkuasaan majlis tempatan ke atas restoran yang baru dibina di
kawasan Bagan Belat yang menjual arak secara berleluasa.
(a) Penjualan arak dikawasan kampung dan berhampiran kawasan surau dan masjid
serta berdekatan dengan Pusat Tahfiz mendapat bantahan daripada penduduk
tempatan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mendapati restoran yang baru dibina di
kawasan Bagan Belat adalah struktur binaan yang dibina tanpa kebenaran. MPSP boleh
mengambil tindakan ke atas restoran tersebut seperti berikut:
(i) Mengeluarkan Notis Binaan Tanpa Kebenaran kepada pemilik struktur / restoran
yang baru dibina supaya meruntuhkan binaan haram tersebut;
(ii) Memaklumkan kepada Pentadbir Tanah Daerah Seberang Perai Utara
(SPU) berkaitan binaan haram tersebut yang terlibat dengan tanah kerajaan/
rezab pantai untuk tindakan selanjutnya, dan;
(iii) Merancang operasi bersepadu bersama pihak Kastam, Kementerian Kesihatan,
dan Jabatan Dalaman MPSP untuk aktiviti jualan arak.
Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
13. Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi membantu golongan orang upaya.
(a) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina bengkel bagi melatih orang
kurang upaya contohnya latihan kraftangan dan sebagainya bagi mereka hidup
berdikari tanpa kebergantungan golongan ini kepada kerajaan,
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan
OKU adalah dari segi bantuan kewangan dan bantuan peralatan, kemahiran dan
peningkatan ekonomi. Perincian bantuan-bantuan tersebut adalah seperti berikut:-
(A) BANTUAN KEWANGAN
(i) Bantuan kewangan RM130.00 setahun melalui Program Bantuan OKU dan
Sumbangan Pengurusan Jenazah, RM1,000.00;
(ii) Melaksanakan Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) bagi membantu
OKU yang mempunyai pendapatan perkapita di bawah RM220.00 melalui
bantuan kewangan bulanan secara top up;
(iii) Elaun Pekerja Cacat (EPC) bagi OKU yang berpendapatan tidak melebihi
RM1,200.00 sebulan;
(iv) Bantuan Penjagaan OKU Terlantar /Pesakit Terlantar (BPT) sebanyak
RM300.00 kepada OKU yang terlantar dan diuruskan oleh ahli
keluarga/penjaga 24 jam sehari; dan
(v) Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) sebanyak RM200.00 kepada
OKU berusia 59 tahun ke bawah yang tidak berupaya bekerja dan
mempunyai sumber pendapatan tidak melebihi RM720.00 sebulan;
(B) BANTUAN PERALATAN, KEMAHIRAN DAN PENINGKATAN EKONOMI
(i) Memberikan bimbingan kerjaya kepada OKU melalui Penang Career
Assistance and Talent Centre (PenangCAT) untuk mencari pekerjaan
yang bersesuaian;

369
(ii) Menyediakan peruntukan bagi Program Peningkatan dan Pemulihan
Ekonomi yang memfokuskan kepada peniaga-peniaga kecil termasuk
golongan OKU yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dan
telah beroperasi sekurang-kurangnya setahun . Bantuan peralatan bagi
perniagaan sedia ada bertujuan bagi meningkatkan kapasiti/output
perniagaan;
(iii) Mengadakan Karnival Pekerjaan OKU, seperti “OKU Career Fair” yang
telah diadakan di Sunway Carnival Convention Center pada Februari 2017
bagi memastikan golongan OKU lebih berdikari dan berdaya maju dalam
arus pembangunan masa kini;
(iv) Menganjurkan kempen pendaftaran OKU di pameran kerajaan digital
Pulau Pinang yang bertujuan untuk:
 Memberi pendedahan kategori baru OKU kepada masyarakat
setempat setiap daerah;
 Menambahkan bilangan pendaftaran OKU melalui SMOKU; dan
 Meningkatkan jaringan kerjasama dengan komuniti masyarakat
berhubung dengan pendaftaran OKU; dan
(v) Penyediaan tempat letak khas parkir kenderaan untuk OKU oleh Pihak
Berkuasa Tempatan terutamanya di kawasan bank.
(a) Setakat ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai cadangan untuk membina
sebuah bengkel yang khusus melatih OKU. Walau bagaimanapun, Kerajaan
Negeri melalui JKM sentiasa mengenalpasti OKU yang layak untuk diserap masuk
ke dalam perkhidmatan latihan dan kemahiran pekerjaan di Bengkel Terlindung
dan Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian OKU serta Program Penempatan
Pekerjaan (Job Coach) dengan kerjasama Jabatan Tenaga Manusia yang
merangkumi pelbagai bidang termasuk pengendalian makanan, pembuatan alat
prostetik dan orthotik, elektrik dan elektronik, kraftangan, mencanting batik
dan lain-lain.
Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
14. Nyatakan berapa hektarkah tanah-tanah kepunyaan PERDA yang masih belum
dibangunkan dan sedang dibangunkan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Jumlah keluasan tanah milik PERDA di Negeri Pulau Pinang yang sedang dibangunkan
adalah 1,019.6 hektar manakala yang masih belum dibangunkan adalah 78.22 hektar.
Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:
Bil Daerah Tanah Sedang Tanah Belum
Dibangunkan Dibangunkan
(Hektar) (Hektar)
1 Seberang Perai Utara 981.99 60.87
2 Seberang Perai Tengah - 13.46
3 Seberang Perai Selatan 10.69 1.09
4 Daerah Barat Daya 26.92 2.80
JUMLAH 1,019.6 78.22
Daerah Timur Laut tidak termasuk dalam kawasan operasi PERDA.

370
Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
15. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri dan agensi yang terlibat dalam
usaha membatalkan sebarang perjanjian membangunkan tanah PERDA yang gagal
dibangunkan sehingga tamat tempoh perjanjian contohnya dikawasan bandar PERDA
Seberang Perai Tengah.
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Tempoh tamat perjanjian antara pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
(PERDA) dan pemaju berkenaan bagi membangunkan kawasan bandar PERDA Seberang
Perai Tengah (SPT) adalah pada 14 November 2018. Perjanjian bagi membangunkan
kawasan ini melibatkan seluas 456 ekar. Daripada jumlah tersebut seluas 46 ekar masih
tidak terdapat sebarang perancangan pembangunan. Selepas tempoh perjanjian ini
tamat pada 14 November 2018, tanah yang tidak dibangunkan oleh pemaju berkenaan
di bandar PERDA akan dikembalikan kepada pihak PERDA.
Tindakan membatalkan atau melanjutkan sebarang perjanjian untuk membangunkan
tanah PERDA tersebut adalah diluar bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sebarang keputusan
mengenai pembangunan tanah PERDA atau perjanjian dengan pemaju berkenaan adalah
tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengarah PERDA untuk memutuskannya.
Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
16. Apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang majlis tempatan dan agensi yang
berkaitan dalam usaha memaju dan mengembangkan perniagaan di medan selera
Taman Tun Dr Awang yang kini semakin sepi dan ramai peniaga yang akan gulung tikar.
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Pihak Kerajaan Negeri sememangnya prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh
peniaga di Medan Selera Taman Tun Dr Awang. Oleh itu pada tahun 2018, Kerajaan
Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menghadkan waktu
perniagaan pada sebelah pagi sahaja memandangkan tiada sambutan di sebelah petang
dan malam di kalangan pengunjung. Penetapan ini telah meningkatkan jumlah peniaga
di Medan Selera Taman Tun Dr Awang daripada 5 orang pada tahun 2007 kepada 28
orang pada tahun 2018.
Bagi memastikan kebajikan para peniaga di Medan Selera Taman Tun Dr Awang terus
terjaga, pihak MPSP telah menyediakan rancangan jangka pendek dan jangka
panjang dalam usaha memaju dan mengembangkan perniagaan di Medan Selera Taman
Tun Dr Awang seperti berikut:
(A) Rancangan Jangka Pendek
(i) Mengiklankan kekosongan dan membuat pengisian kekosongan ruang
niaga MPSP pada setiap bulan bagi ruang niaga MPSP khususnya di
Kompleks Makanan Taman Tun Dr Awang.
(ii) Memperbaiki kerosakan-kerosakan kecil yang berlaku di Kompleks
Makanan Taman Tun Dr Awang.
(B) Rancangan Jangka Panjang
(i) Menimbang dan meluluskan aktiviti karnival / ekspo jualan berhampiran
Tapak Letak Kereta (TLK) berhampiran bagi memberi sokongan kepada
aktiviti Kompleks Makanan Taman Tun Dr Awang.
(ii) Menjalankan kajian bagi cadangan untuk menukar guna jenis jualan
kepada jenis jualan yang bersesuaian dengan trend semasa.

371
Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
17. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengwujudkan mini stadium untuk permainan
e-Sport Mobile Legend di Pulau Pinang seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Belia
& Sukan dalam menjadikan sukan ini sukan yang baru di Malaysia dengan penganjuran
program Major Dota 2 pertama di Malaysia
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Kerajaan Negeri memahami dan memberi perhatian yang serius terhadap masa depan e-
Sports yang cerah dan semakin diminati oleh pelbagai pihak terutamanya golongan
muda. Berikutan itu Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah
diberikan tanggungjawab bagi promosi dan pembangunan e-Sports di Pulau Pinang.
Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk mewujudkan Pusat e-Sports Pulau
Pinang dengan kerjasama awam swasta dan PYDC sedang berusaha untuk menarik
pelabur swasta bagi tujuan tersebut.
Defense of the Ancients 2 (Dota 2) merupakan permainan Multiplayer Online Battle
Arena (MOBA) yang direka untuk platform Microsoft Windows, OS X, dan Linux.
Oleh itu, kedua-dua permainan elektronik ini adalah berbeza, maka keperluan tapak
dan platform kedua-dua permainan ini tidak dapat dibandingkan. Bagi Mobile Legend,
ia tidak memerlukan tempat yang luas memandangkan ia hanya dimainkan
menggunakan telefon pintar masing-masing manakala bagi Dota 2, spesifikasi untuk
penganjuran program amat tinggi dan memerlukan tapak dan gaming computer yang
canggih.
Dalam pada itu, Kerajaan Negeri dan PYDC sedang berusaha untuk mendapatkan
pelaburan dari pihak swasta untuk mewujudkan satu Arena E-Sports dalam negeri.
Walau bagaimanapun, bagi memastikan operasi Arena tersebut adalah secara
berterusan (sustainable) dan efektif, kajian menyeluruh perlu dilakukan dari segi
kewangan, teknikal dan penyelenggaraan.
Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
18. Apakah kriteria pelantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kelab Rukun Tetangga
(KRT) yang berada di bawah naungan KADUN.
(a) Adakah perlantikan ini perlu mendapat pandangan KADUN di dalam kawasan
ADUN masing-masing?
(b) Adakah kuasa pelantikan KRT di bawah kuasa Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional tanpa merujuk kepada ADUN kawasan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu
dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Program Rukun Tetangga (KRT)
ini telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada asalnya untuk menjamin keselamatan
penduduk setempat. Peranan utama Rukun Tetangga (KRT) ialah menganjurkan
kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan
kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan dan anggota kumpulan rondaan ini
biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut sendiri.
Pelantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga (KRT) dibuat berdasarkan
peraturan-peraturan yang terdapat dalam Akta Rukun Tetangga 2012 (AKTA 751) iaitu:

372
Seksyen 7(1) :
(i) Pemastautin;
(ii) Orang yang mempunyai kepentingan dalam kawasan (KRT);
(iii) Orang lain sebagaimana diluluskan oleh Pengarah (Rukun Tetangga);
Seksyen 7(3) :-
(i) Berumur 18 tahun dan ke atas;
(ii) Tidak bankrap belum lepas;
(iii) Tidak disabitkan atas suatu kesalahan dan dihukum dengan pemenjaraan
selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang
daripada dua ribu ringgit atau kedua-duanya;
(iv) Warganegara atau pemastautin tetap;
(v) Sempurna akal atau berupaya untuk melaksanakan kewajipannya.
(a) Pelantikan Pengerusi atau Ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) tidak perlu
dirujuk atau mendapat pandangan mana-mana Kawasan Ahli Dewan Undangan
Negeri (KADUN), Namun sebarang pelantikan pengerusi dan ahli KRT haruslah
mendapat pengesahan dari pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional terlebih dahulu dan juga akan dirujuk kepada pihak Polis untuk tujuan
tapisan keselamatan.
(b) Kesedaran masyarakat mengenai kepentingan bersama menjaga keselamatan
tempat kediaman menerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), secara tidak
langsung mewujudkan suasana harmoni dalam kawasan komuniti masing-masing.
Kuasa pelantikan ahli-ahli KRT adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional sebagaimana termaktub di bawah Seksyen 7(1)
dan Seksyen 7(2) Akta Rukun Tetangga 2012 tanpa melibatkan rujukan atau
pandangan dari mana-mana pihak lain yang tidak berkepentingan dalam
penubuhan KRT tersebut.
Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
19. Nyatakan jumlah bantuan rumah untuk golongan asnaf yang diberikan oleh Pusat Zakat
dalam kawasan DUN Telok Ayer Tawar sejak tahun 2008 hingga 2018.
Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Mengikut rekod Zakat Pulau Pinang, jumlah bantuan rumah untuk golongan asnaf yang
telah diberikan dalam kawasan DUN Telok Ayer Tawar sejak tahun 2008 hingga 2018
adalah berjumlah RM381,500.00 dan melibatkan sebanyak 12 buah rumah.
Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
20. Nyatakan jumlah keseluruhan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Pusat Zakat bagi
membina rumah untuk golongan asnaf dan jumlah kontraktor yang terlibat dalam
pembinaan tersebut.
Y.A.B. Ketua Menteri:
20. Berdasarkan rekod Zakat Pulau Pinang, jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh
Zakat Pulau Pinang bagi membina rumah untuk golongan asnaf bagi tahun 2008 sehingga
2018 adalah seperti berikut:
Tahun Perbelanjaan (RM) Bil Rumah Bil Kontraktor
2008 1,649,102.00 65 23

373
2009 684,660.00 23 16
2010 955,156.00 30 19
2011 1,080,000.00 34 23
2012 1,164,173.00 35 18
2013 466,700.00 14 11
2014 1,056,900.00 30 14
2015 1,361,000.00 37 16
2016 1,391,000.00 32 16
2017 811,000.00 19 16
Jumlah 10,619,691.00 319 172

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
21. Nyatakan jumlah kontraktor MARRIS yang dilantik oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis
Kerajaan Tempatan bagi pembersihan dalam DUN Telok Ayer Tawar.
(a) Nyatakan keberkesanan kerja-kerja yang diberikan dan keseluruhan nilai
kontrak yang diberikan kepada kontraktor berkenaan.
(b) Apakah pihak majlis tempatan melakukan pemantauan diatas kerja-kerja yang
dilaksanakan dan apakah tindakan yang diambil sekiranya kontraktor ini
melanggar perjanjian diatas kerja-kerja yang berikan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
21. Kontraktor MARRIS sedia ada yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai
(MPSP) bagi kerja-kerja pembersihan adalah mengikut kawasan parlimen dan bukannya
mengikut kawasan DUN. Bagi Parlimen Tasek Gelugor hanya satu kontraktor sahaja yang
dilantik iaitu Syarikat Majujaya Utama Sdn. Bhd. untuk urusan kerja-kerja pembersihan.
(a) Tahap keberkesanan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor adalah
kurang memuaskan disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
(i) Kekurangan tenaga pekerja;
(ii) Kadar pusing ganti (turn over) pekerja yang tinggi;
(iii) Pekerja kurang pengalaman; dan
(iv) Tempoh masa yang ditawarkan adalah satu (1) tahun dan pihak kontraktor
sukar membuat pelaburan bagi peralatan, jentera serta pengambilan
pekerja.
Nilai keseluruhan kontrak yang diberikan kepada Syarikat Majujaya
Utama Sdn. Bhd. adalah sebanyak RM257,845.00 sebulan bagi
keseluruhan Parlimen Tasek Gelugor.
(b) Pihak MPSP melaksanakan pemantauan secara harian ke atas kerja-kerja yang
dilaksanakan oleh pihak kontraktor. Tindakan yang diambil oleh MPSP sekiranya
pihak kontraktor melanggar perjanjian di atas kerja-kerja yang diberikan adalah
seperti berikut:
(i) Mengenakan penalti dan pemotongan bayaran terhadap kontraktor;
(ii) Memberikan surat amaran kepada kontraktor; dan

374
(iii) Sekiranya kontraktor gagal menjalankan kerja-kerja pembersihan setelah
surat amaran diberikan, MPSP akan menjalankan kerja pembersihan bagi
kawasan tersebut dan kos pembersihan akan dikenakan kepada
kontraktor.
Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
22. Adakah pihak majlis tempatan mempunyai rancangan membina gerai atau pasar terbuka
di dalam KADUN Telok Ayer Tawar dalam usaha menempatkan perniaga-peniaga kecil
yang berselerak di dalam kawasan DUN Telok Ayer Tawar.
Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak mempunyai perancangan bagi
membina gerai atau pasar terbuka diKawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN)
Telok Ayer Tawar pada masa ini. Walau bagaimanapun, terdapat usaha-usaha yang telah
diambil oleh pihak MPSP bagi menempatkan peniaga-peniaga kecil yang berselerak di
dalam kawasan KADUN Telok Ayer Tawar. Antara usaha-usaha yang telah diambil oleh
pihak MPSP adalah seperti berikut:
(i) Mewujudkan Garis Panduan Kaedah Penjajaan Secara Mudah Alih dan Garis
Panduan Kaedah Perniagaan Berkonsepkan Trak Makanan dan Trak
Perkhidmatan untuk memudahkan kelulusan lesen kepada penjaja tempatan
yang berniaga sekitar KADUN Telok Ayer Tawar;
(ii) Menimbang serta meluluskan aktiviti penjajaan secara penganjuran oleh pihak
penganjur (pasar malam / pasar pagi) dalam KADUN Telok Ayer Tawar di lokasi-
lokasi yang bersesuaian dengan sokongan agensi teknikal seperti Polis Diraja
Malaysia (PDRM), pejabat daerah dan tanah serta jabatan dalaman MPSP; dan
(iii) Mengiklankan kekosongan dan membuat pengisian kekosongan ruang niaga MPSP
pada setiap bulan bagi ruang niaga MPSP di bawah KADUN Telok Ayer Tawar.
Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
23. Nyatakan status terkini projek menaik taraf medan selera kawasan Taman Telok Ayer
Tawar Indah yang dirancangkan lebih daripada 2 tahun oleh pihak Majlis Kerajaan
Tempatan.
(a) Nyatakan kedudukan projek tersebut dan bila ianya akan dilaksanakan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
23. Projek menaik taraf Medan Selera Taman Telok Ayer Tawar Indah telah ditangguhkan
pelaksanaannya kerana masih terdapat kekosongan ruang niaga Majlis Perbandaran
Seberang Perai (MPSP) di Kompleks Tun Dr Awang dan Kompleks Pantai Robina. Didapati
ruang niaga di kedua-dua kompleks makanan tersebut belum diisi sepenuhnya kerana
kurang mendapat sambutan peniaga di KADUN Telok Ayer Tawar. Selain itu, Pasar Awam
Bayu Aman pula didapati tidak mendapat sambutan dan telah ditukar status kepada
pasar tidak aktif.
(a) Pihak MPSP akan mempertimbangkan semula pelaksanaan kerja-kerja menaik
taraf di lokasi tersebut sekiranya terdapat keperluan mendesak di masa
hadapan.

375
XXIV. Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan perhubungan 'connectivity'
pengangkutan awam seperti laluan dan perkhidmatan bas awam ke Kuala Juru dari
Penang Sentral dan kawasan pulau? Jika ada, berikan perincian rancangan itu.

Y.A.B. Ketua Menteri:


1. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai perancangan mengenai perkara
tersebut. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri bersedia meneliti sebarang
cadangan daripada pihak-pihak bertangungjawab untuk meningkatkan
perhubungan connectivity pengangkutan awam ke Kuala Juru dari Penang Sentral dan
kawasan pulau yang dapat memberi manfaat kepada penduduk di Pulau Pinang.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Apakah dasar dan program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk
mempromosikan dan membangunkan pertanian organik di Negeri Pulau Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai dasar yang khusus untuk mempromosi
dan membangunkan pertanian organik. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedar
akan peningkatan permintaan produk-produk pertanian berasaskan organik. Menyedari
hal ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian telah melaksanakan beberapa
program Pembangunan Ladang Organik. Pada tahun 2018 sahaja, sebanyak empat (4)
projek dibangunkan dengan tumpuan di Pusat Kecemerlangan Ladang Organik Kampung
Pelet, Daerah Seberang Perai Tengah, Agropark Permatang Pauh, Daerah Seberang
Perai Tengah dan projek berskala kecil di Balik Pulau, Daerah Barat Daya dan di Penaga,
Daerah Seberang Perai Utara.
Selain itu, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan pensijilan myOrganic iaitu
penjenamaan semula Skim Organik Malaysia (SOM) dalam usaha untuk memberi
pengiktirafan kepada ladang yang diusahakan secara organik berpandukan Malaysian
Standard MS1529:2015 Plant-based organically produced food-requirements for
production, processing, handling, labelling and marketing (First Revision). Melalui
pensijilan ini, ianya akan membantu mempromosikan pertanian organik untuk diceburi
oleh petani-petani sedia ada dan baharu. Kerajaan Negeri juga berharap pertumbuhan
aktiviti pertanian organik ini dapat dirangsang dan seterusnya memberikan nilai tambah
kepada tanaman yang diusahakan.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Bagaimanakah Kerajaan Negeri akan membantu menangani kekurangan jururawat di
Klinik Kesihatan Bukit Minyak yang juga bertanggungjawab untuk perkhidmatan
kesihatan untuk klinik-klinik desa dan 1Malaysia dalam kawasan jagaannya?
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Pada masa ini, terdapat 26 perjawatan Jururawat yang telah diisi sepenuhnya di Klinik
Kesihatan Bukit Minyak dan sekiranya terdapat jururawat berkursus atau bercuti,
pengganti dari klinik-klinik kesihatan berdekatan di daerah Seberang Perai Tengah akan
diminta untuk menggantikan mereka di Klinik Kesihatan Bukit Minyak. Setiap Klinik Desa
dan Klinik Komuniti mempunyai di antara 4 hingga 8 perjawatan Jururawat yang telah
diisi sepenuhnya.
Namun begitu Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri dari semasa
ke semasa akan memantau dan menganalisis keperluan bagi memastikan
penambahbaikan dapat dibuat sama ada dari segi perjawatan, kawasan liputan dan
sebagainya mengikut keperluan sesebuah klinik.

376
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Apakah peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh jawatan EXCO kesihatan dan
nyatakan program-program kesihatan yang dilaksanakan oleh jabatannya untuk
kawasan Bukit Tengah dari 2013 - 2018.
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) Kesihatan memainkan peranan yang besar dalam
perkhidmatan kesihatan di negeri ini. Secara amnya, EXCO Kesihatan bertanggungjawab
dalam memastikan penduduk Pulau Pinang menerima perkhidmatan kesihatan yang
sepatutnya berdasarkan perkhidmatan yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dan berperanan dalam menerajui dasar dan program kesihatan di
peringkat negeri. Antara dasar dan program tersebut ialah program pemeriksaan
mammogram percuma, program subsidi rawatan dialisis dan langganan sistem Crush
Aedes Totally (CAT).
Dalam aspek memerangi wabak denggi, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Mesyuarat
Kerajaan (MMK) Kesihatan juga bertanggungjawab untuk mempengerusikan Mesyuarat
Petugas Khas Denggi yang diadakan khusus dalam mengawal wabak denggi di negeri ini.
EXCO Kesihatan turut memainkan peranan dalam kawalan Non-Communicable
Disease (NCD) atau Penyakit Tidak Berjangkit. Bagi tujuan ini, EXCO Kesihatan telah
menubuhkan Jawatankuasa NCD bagi membincangkan isu-isu berkenaan NCD dan
tindakan-tindakan kawalan yang boleh dilaksanakan di negeri bagi mengawal penyakit
ini.
Di samping itu, EXCO Kesihatan juga memainkan peranan yang penting dalam
mewujudkan hubungan kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Hospis Pulau Pinang, St. John Ambulance Malaysia
Negeri Pulau Pinang, Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Negeri Pulau Pinang, Lions
Club of Georgetown Central dan lain-lain. Melalui kerjasama dengan pihak NGO,
Kerajaan Negeri melalui EXCO Kesihatan telah menggerakkan Penang Heart Safe
Programme di mana kawasan-kawasan awam telah mula dipasang dengan
peralatan Automated External Defibrillator (AED). Secara keseluruhan, sebanyak 40
unit AED telah dipasang di tempat-tempat awam hasil sumbangan orang awam dan
Kerajaan Negeri.
EXCO Kesihatan turut menjalankan tanggungjawab dalam memantau projek-projek
infrastruktur kesihatan di negeri ini di mana Jawatankuasa Pemantauan Projek-Projek
Infrastruktur Kesihatan telah diwujudkan bagi memastikan projek-projek yang
dilaksanakan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
Terdapat pelbagai program telah dilaksanakan di kawasan Bukit Tengah sejak tahun
2013 hingga 2018. Program-program tersebut adalah seperti berikut:
(a) Program jelajah sekolah secara tahunan bagi meningkat kesedaran kesihatan
murid dan pelajar iaitu Program Ganyang Aedes di Sekolah Rendah dan Program
Kesedaran HIV/AIDS di Sekolah Menengah;
(b) Program Jelajah Sihat di Perkampungan Juru pada tahun 2013;
(c) Penubuhan tiga (3) pasukan sukarelawan Communication for Behaviourial
Impact (COMBI) di kawasan Bukit Tengah iaitu COMBI Taman Jambu, COMBI
Taman Seri Delima dan COMBI Taman Sukun yang berperanan dalam
menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan denggi di peringkat komuniti;
Berdasarkan rekod Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, terdapat 24 episod wabak
denggi berlaku di kawasan Bukit Tengah. Oleh yang demikian, Pejabat Kesihatan Daerah
Seberang Perai Tengah telah melaksanakan beberapa siri program kesedaran denggi di
semua kawasan terlibat. Program ini dilaksanakan di lokasi seperti berikut:

377
Tahun Lokasi
2014 i. Taman Pelangi
i. Taman Limau Manis;
ii. Taman Permai Jaya;
2015 iii. Kampung Kebun Sireh; dan
iv. Taman Pelangi
v.
i. Pangsapuri Delima Intan;
2016 ii. Taman Pelangi; dan
iii. Kampung Permatang Batu
i. Taman Perindustrian Beringin;
2017 ii. Pangsapuri Delima Indah; dan
iii. Taman Pelangi
i. Pangsapuri Idaman;
ii. Taman Perwira Indah;
iii. Kampung Tok Panjang;
2018 iv. Taman Perwira;
v. Perkampungan Juru;
vi. Pangsapuri Delima Intan; dan
vii. Ladang Chip Joo
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Apakah fungsi dan siapakah ahli-ahli dalam "Focus Group Discussion" yang ditubuhkan
susulan taklimat Kerajaan Negeri kepada KPKT bertarikh 7.6.2018 mengenai Pilihanraya
Kerajaan Tempatan dan berapa kalikah kumpulan ini telah bermesyuarat dan apakah
hasil daripada mesyuarat-mesyuarat tersebut?
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Cadangan pelaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan adalah merupakan Janji 25
seperti mana terkandung dalam Buku Harapan, Membina Negara Memenuhi Harapan
dengan memperkukuhkan peranan dan kuasa Pihak Berkuasa Tempatan melalui
demokrasi setempat. Sehubungan itu, pada 7 Jun 2018 Jabatan Kerajaan Tempatan
(PBT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengadakan Mesyuarat
Cadangan Pelaksanaan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan dan telah memutuskan
supaya satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji secara komprehensif peruntukan
perundangan, mekanisme pelaksanaan dan kos pelaksanaan pilihan raya.
Terdapat dua (2) bengkel telah diadakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan bagi membincangkan secara khusus cadangan pelaksanaan Pilihan Raya
Kerajaan Tempatan. Bengkel Siri 1/2018 telah diadakan pada 12 Julai 2018 manakala
bengkel Siri 2/2018 telah diadakan pada 8 Oktober 2018. Bengkel-bengkel ini telah
dihadiri oleh pelbagai wakil agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan
Bukan Kerajaan seperti berikut:
(i) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR);
(ii) Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP);
(iii) Penasihat Undang-Undang (PUU KPKT);
(iv) SUK Negeri Pulau Pinang;
(v) SUK Negeri Selangor;
(vi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL);
(vii) Majlis Bandaraya Pulau Pinang;
(viii) Majlis Bandaraya Petaling Jaya;
(ix) Majlis Bandaraya Ipoh;
(x) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ);
(xi) Wakil Penang Institute – YBrs. Dr. Wong Chin Huat;
(xii) Wakil NGO (Bersih) – YB. Puan Maria Chin Abdullah; dan
(xiii) Wakil NGO (Petaling Jaya Coalition) – Encik Derek Fernandez
Bengkel Siri 1/2018 bagi Jawatankuasa Kluster Pilihan Raya Kerajaan Tempatan yang
diadakan pada 12 Julai 2018 telah membincangkan kerangka asas dan hala tuju
378
pelaksanaan pilihan raya. Peserta bengkel bersetuju untuk menjurus kepada 3 skop
yang utama seperti berikut:
(a) Aspek Perundangan
Mengenal pasti peruntukan perundangan yang perlu dikaji dan dipinda bagi
membolehkan pelaksanaan pilihan raya PBT dilaksanakan:

Bil. Punca Kuasa Catatan

a. Akta Kerajaan Tempatan Seskyen 10: Datuk Bandar dan Yang


1976 [Akta 171] Dipertua dipilih oleh Pihak Berkuasa
Negeri perlu dipinda melalui pilihan
raya Kerajaan Tempatan
Seksyen 15 (1): Penggantungan pilihan
raya Kerajaan Tempatan

b. Akta Ibukota Persekutuan Pindaan dengan menambah


1960 [Akta 190] peruntukan berkaitan pilihan raya

c. Akta Pilihan Raya Perlu diaktifkan semula


Kerajaan Tempatan 1960

d. Akta Pilihan Raya, 1958 Kajian mendalam untuk memasukkan


peraturan baharu berkaitan pilihan
(Akta 19);
raya Kerajaan Tempatan

(b) Mekanisme Pelaksanaan Terdapat tiga cadangan kaedah pemilihan calon yang
akan dipertandingkan pada pilihan raya PBT seperti berikut:
(i) Pemilihan Datuk Bandar / dan Ahli Majlis melalui kaedah undi popular di
mana calon Datuk Bandar / dan Ahli Majlis dipilih secara langsung oleh
penduduk dalam pilihanraya;
(ii) Pemilihan Yang Dipertua dipilih dalam kalangan dan oleh Ahli Majlis
(Majlis Perbandaran/Majlis Daerah) yang memenangi pilihanraya; dan
(iii) Mix system (Datuk Bandar / Yang Dipertua dipilih melalui pilihan raya /
Sebahagian Ahli Majlis dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri)
Kaedah pengundian di semua 149 PBT dicadangkan secara manual sepertimana
praktis semasa dalam pilihan raya. Selain itu, mesyuarat juga mencadangkan
supaya Pihak Berkuasa Negeri diberi kuasa boleh mengecualikan mana-mana PBT
mengikut budi bicaranya daripada melaksanakan pilihan raya berdasarkan
kaedah-kaedah yang ditetapkan. Tempoh bagi satu penggal pilihan raya
dicadangkan 4 tahun dan bagi memastikan jawatan Datuk Bandar sentiasa
dinamik dan lebih berintegiriti, Datuk Bandar tidak boleh menyandang melebihi
tempoh 2 penggal.
(c) Implikasi Kewangan
Semakan kos dengan wakil Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mendapati bahawa
anggaran kos bagi pilihan raya kecil adalah antara RM1.2 juta hingga RM1.5 juta.
Memandangkan anggaran kos adalah tinggi maka jawatankuasa ini
mencadangkan kos pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan ditanggung
sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan seperti mana pilihan raya umum.
Bengkel Siri 2/2018 pula telah diadakan pada 8 Oktober 2018 membincangkan
komponen perundangan dan punca kuasa bagi pelaksanaan pilihan raya Pihak
Berkuasa Tempatan yang serta tindakan-tindakan susulan yang akan
379
dilaksanakan. Perbincangan Bengkel Siri 2/2018 bertujuan untuk menentukan
punca kuasa pelaksanaan pilihan raya dan perundangan yang terlibat untuk
membolehkan pilihan raya dilaksanakan seperti pindaan Akta Kerajaan
Tempatan 1976, Akta Ibu Kota Persekutuan 1960, Akta Pilihan Raya Kerajaan
Tempatan 1960, Akta Pilihan Raya 1958 dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya.
Antara perkara yang dibincangkan dalam bengkel ini adalah mengenai punca
kuasa pilihan raya. Menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (4),
Undang-undang Persekutuan atau Negeri boleh memberi kuasa kepada
Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menjalankan pilihan raya selain pilihan raya
yang disebut dalam Fasa (1) iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.
Walau bagaimanapun, bengkel berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk
meminda akta-akta seperti berikut:

Akta Perkara

1 Akta Ibu Kota Persekutuan Perlantikan Datuk Bandar,


1960 [Akta 190] Seksyen pemecatan dan kuasa melaksanakan
4(2,4 & 7) fungsi tugas

2 Akta Pilihan Raya, 1958 [Akta 19]

Seksyen 2 Tafsiran

Bahagian II Penyeliaan Pilihan Raya

Bahagian III Bahagian Pilihan Raya

Bahagian IV Pendaftaran Pemilih

Seksyen 16 Kuasa Membuat Peraturan


Perjalanan Pilihan Raya
Penyeliaan Pilihan Raya

3 Akta Pilihan Raya Kerajaan Melaksanakan Pilihan Raya Kerajaan


Tempatan 1960, (Pindaan Tempatan
1991)

4 Meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]

Seksyen 9(2) Kuasa mendapatkan maklumat harta


dan aktiviti PBT

Seksyen 10(1) dan (7)  Perlantikan Datuk Bandar dan


Ahli Majlis oleh PBN; dan
 Kuasa PBN membuat
keputusan ke atas PBT jika
berlaku perselisihan antara
Datuk Bandar dan Ahli Majlis

380
Seksyen 15(1) Peruntukan berhubung pilihan raya
PBT terhenti

5 Peraturan-peraturan Pilihan Raya

Penjalanan Pilihan Raya,  Penamaan


1981
 Pilihan Raya Yang
Dipertandingkan
 Pengundian Awal

Pendaftaran Pemilih, 2002  Registration area and


registration units
 Entitlement to vote
 Alteration of boundries and
constituencies
 Electoral roll for the purpose
of GE or by elections
 Public inquiry

Pengundian Pos, 2003  Persons entitled to vote as


postal voters
 Any person who has
registered as a Parliamentary
or State elector under the
Elections (Registration of
Electors) Regulations 2002 –
perlu pindaan
Bengkel juga mencadangkan supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi
kuasa (partial autonomous) bersifat operasi seperti cukai taksiran dan lain-lain dengan
tertakluk kepada persetujuan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Kerajaan Persekutuan
dan PBN meneruskan pemberian bantuan kewangan kepada PBT.
Susulan daripada Bengkel Siri 2/2018, pihak Kementerian akan mewujudkan
jawatankuasa kerja yang dianggotai oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,
Suruhanjaya Pilihan Raya dan Bahagian Undang-Undang Kementerian Perumahan Kajian
Tempatan (KPKT) bagi membincangkan dengan lebih lanjut cadangan pembahagian
kuasa (rasionalisasi) PBN dan PBT, sistem dan kaedah pelaksanaan pilihan raya PBT.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Bagaimanakah dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri
untuk membantu mengurangkan masa tunggu pesakit mendapat rawatan perubatan di
Klinik Kesihatan Bukit Minyak?
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Langkah-langkah yang telah diambil bagi mengurangkan masa menunggu mendapatkan
rawatan perubatan di Klinik Kesihatan Bukit Minyak adalah seperti berikut:
(i) Mengadakan sistem temujanji berjumpa doktor secara berperingkat. Pesakit
boleh memilih masa yang sesuai untuk berjumpa dengan Pegawai Perubatan. Ia
bertujuan mengurangkan kesesakan di klinik serta mengurangkan masa
menunggu.

381
(ii) Menambahkan bilangan Pegawai Perubatan dari jumlah 7 orang kepada 14 orang.
Namun begitu, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri dari
semasa ke semasa akan memantau dan menganalisis keadaan dan tempoh menunggu
bagi memastikan penambahbaikan dapat dibuat mengikut keperluan.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Dengan cara bagaimana Rancangan Struktur Pulau Pinang 2030 merancang untuk
mewujudkan satu negeri atau bandar yang mesra warga tua "elderly-friendly city" untuk
membolehkan mereka menikmati tahun-tahun keemasan mereka dengan rahmat dan
martabat?
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2030 adalah merupakan satu
dokumen perancangan berbentuk penyataan bertulis yang mengandungi Dasar-Dasar
dan Polisi Perancangan dan disokong dengan Gambar Rajah Utama / Peta Cadangan
Guna Tanah Negeri Pulau Pinang sehingga tahun 2030. Ia juga merupakan hasil kajian
semula terhadap RSNPP 2020yang telah diwartakan pada tahun 2007.
Bagi mewujudkan satu negeri atau bandar mesra warga tua, dalam Draf RSNPP 2030,
perkara ini dinyatakan di Teras 2 iaitu Modal Insan yang Kreatif dan Inovatif, di bawah
Dasar Perancangan Utama 2.3 iaitu Menyediakan Kemudahan Masyarakat yang
Mencukupi, Berkualiti, Berteknologi Pintar dan Mudah Sampai Kepada Semua Lapisan
Masyarakat. Antara dasar strategik pelaksanaan dan langkah-langkah adalah:
(i) Menyediakan kemudahan kesihatan yang mencukupi dan berkualiti termasuk
perkhidmatan pakar akan disediakan berdasarkan piawaian dan keperluan
penduduk; dan
(ii) Menyediakan kemudahan kebajikan masyarakat mengikut keperluan kumpulan
sasar.
Dasar ini juga akan diperkemaskan dan dijelaskan dengan lebih teliti dalam penyediaan
kedua-dua Rancangan Tempatan bagi bahagian Pulau dan Seberang Perai.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan sentiasa memperkemaskan dasar-dasar sedia ada
agar memenuhi keperluan setiap lapisan masyarakat terutamanya warga emas.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Dengan cara apakah rancangan Rancangan Struktur Pulau Pinang 2030 akan
menggalakkan pemuliharaan sungai dan menjaga kualiti sungai dan alam sekitar secara
menyeluruh di Pulau Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Draf Rancangan Struktur Pulau Pinang (RSNPP) 2030 merupakan satu dokumen
perancangan berbentuk penyataan bertulis yang mengandungi Dasar-dasar dan Polisi
Perancangan dan disokong dengan Gambar Rajah Utama/Peta Cadangan Guna Tanah
Negeri Pulau Pinang sehingga tahun 2030. Draf RSNPP 2030 ini juga adalah hasil kajian
semula terhadap RSNPP 2020 yang telah diwartakan pada tahun 2007.
Perkara-perkara utama yang terkandung dalam RSNPP 2020 turut diambil kira dalam
penyediaan Draf RSNPP 2030 termasuklah mengenai dasar yang berkaitan dengan aspek
pemuliharaan dan penjagaan sungai iaitu melalui:-
Dasar Sektoral (DS) 48 : Langkah-langkah Jangka Panjang dan Jangka Pendek yang Akan
Diambil untuk Mengatasi atau Mengurangkan Masalah Saliran, Perparitan dan Banjir.

382
Langkah 1 Menyediakan sistem pam dan kolam takungan di
kawasan-kawasan rendah bagi menyimpan air
semasa hujan lebat dan mengepamnya semula ke
sungai setelah air sungai surut serta melaksanakan
projek pengindahan dan pemeliharaan sungai-
sungai.

Langkah 15 Membaik pulih dan mempertingkatkan kualiti air


sungai yang digunakan untuk bekalan air seperti
Sungai Kereh.

Langkah 18 Menyediakan program kesedaran sivik kepada


masyarakat setempat tentang kebersihan dan
kepentingan sungai.

Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang (JPSPP) juga turut memberi
penekanan kepada pematuhan beberapa garis panduan yang sedang diguna pakai
seperti Garis Panduan Manual Saliran Mesra Alam Edisi 2 (MSMA), MalaysianStandard for
Urban Storm Water Management MS2526 (keluaran Standard and Industrial Research
Institute of Malaysia (SIRIM)), Garis Panduan JPSPP : Pembangunan melibatkan sungai
dan rezab sungai, Garis Panduan Konsep Pembangunan Berhadapan Sungai, Pelan Induk
Saliran Mesra Alam dan sebagainya termasuk arahan-arahan semasa yang dikeluarkan
melalui Pekeliling-Pekeliling JPSPP.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Bagaimanakah kerajaan akan selesaikan aduan berulang penduduk Tambun Royale City
mengenai bau busuk kimia yang kuat dari Sg Junjung disyaki dari pembuangan bahan-
bahan kimia dari kilang-kilang bersekitaran yang sehingga kini masih berlanjutan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Kerajaan Negeri sememangnya komited dalam mengatasi isu-isu pencemaran di Negeri
Pulau Pinang. Berdasarkan rekod, terdapat lebih 300 premis perindustrian di kawasan
Perindustrian Bukit Minyak, Seberang Perai Tengah yang terletak berhampiran dengan
kawasan perumahan Tambun Royale City, Simpang Ampat, Seberang Perai Tengah. Oleh
itu, pencemaran bau ini adalah sukar untuk dikenalpasti memandangkan kawasan
perumahan Tambun Royale City terletak dalam lingkungan jarak 80 meter dari kawasan
industri tersebut. Bau busuk yang diadu merupakan bau persekitaran (ambient) yang
mana ianya boleh berpunca daripada pelbagai sumber bergantung kepada arah tiupan
angin dan keadaan cuaca.
Namun begitu, bagi mengatasi isu-isu pencemaran khususnya bau yang berlaku di
Tambun Royale City, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis
Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah melaksanakan perkara-perkara berikut:-
(a) Menjalankan siasatan dan tindakan ke atas premis-premis industri yang
beroperasi di sekitar kawasan tersebut bagi memastikan pematuhan terhadap
Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974;
(b) Menjalankan operasi pemeriksaan bersepadu ke atas premis-premis yang disyaki
melakukan kesalahan dan melanggar perundangan yang telah ditetapkan;
(c) Menubuhkan Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh MPSP bagi memantau
dan melaksana langkah-langkah mitigasi terhadap aduan penduduk;
(d) Mengaktifkan pasukan pemantau pencemar yang membuat rondaan di kawasan-
kawasan berkaitan terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum bagi
memastikan premis-premis sentiasa mematuhi ketetapan AKAS 1974; dan

383
(e) Penyelarasan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk
penyelenggaraan Sungai Junjung yang berdekatan dengan kawasan perumahan
berkenaan bagi melancarkan aliran air sungai tersebut.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Apakah hasil siasatan Kerajaan Negeri mengenai penerokaan hutan bakau di Juru, Bukit
Tengah baru-baru ini yang melibatkan lebih daripada 1 ekar tanah dan sama ada
tindakan undang-undang telah diambil terhadap dalang yang bertanggungjawab untuk
pencerobohan tersebut.
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) telah
menerima aduan awam mengenai pencerobohan yang didakwa berlaku di Hutan Simpan
Bukit Juru dan telah membuat semakan di lapangan pada 17 Oktober 2018. Hasil
pemeriksaan yang dijalankan mendapati kawasan yang diteroka terletak berhampiran
dengan Kuala Sungai Jawi berstatus tanah Kerajaan dan berada di luar Hutan Simpan
Bukit Juru dengan keluasan lebih kurang satu (1) ekar. Pemeriksaan dan siasatan JPNPP
mendapati pokok-pokok daripada spesies api-api yang terdapat di kawasan tersebut
telah dimusnahkan. Pada masa yang sama tiada kesan menunjukkan pokok-pokok
tersebut dipindah keluar bagi tujuan komersial. Semasa pemeriksaan dijalankan oleh
pegawai penguatkuasa JPNPP, didapati tiada individu yang berjaya dikesan
menjalankan penerokaan di kawasan tersebut.
Pihak JPNPP akan menguatkuasakan Akta Perhutanan Negeri 1984 ke atas individu yang
didapati melakukan sebarang penebangan pokok bakau ini di atas tanah Kerajaan dan
boleh disabitkan di bawah seksyen 15, Akta Perhutanan Negara 1984 iaitu larangan
mengambil hasil hutan dari mana-mana hutan simpan kekal atau tanah Kerajaan yang
boleh didenda sehingga RM500,000.00 dan penjara selama satu (1) hingga dua puluh
(20) tahun.
Berikutan kejadian ini, JPNPP akan melaksanakan kerja-kerja pemantauan agar tidak
berlaku lagi sebarang penerokaan hutan paya laut di kawasan berkenaan. Selain itu,
Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT) telah meletakkan Notis
Pencerobohan Tanah Kerajaan Negeri di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965
di kawasan tersebut pada 19 Oktober 2018. Pihak JPNPP telah mengadakan
perbincangan bersama PDTSPT pada 23 Oktober 2018 dan merancang untuk
mengadakan program memulihkan semula kawasan tersebut dengan menanam spesies
pokok yang sesuai pada tahun ini.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk mewartakan hutan bakau di
sepanjang pantai Juru Bukit Tengah sebagai hutan simpan untuk melindungi hutan
bakau, dan jika tidak, mengapa?
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bermesyuarat pada 19 Disember 2007 telah
bersetuju dengan Pewartaan Semua Kawasan Hutan Bakau dan Hutan Nipah dalam
Tanah Kerajaan dan Tanah Milik Agensi Kerajaan sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK).
Lanjutan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) telah mengenal pasti
kawasan hutan paya bakau seluas 560 hektar di sepanjang persisiran pantai Seberang
Perai, Negeri Pulau Pinang untuk pertimbangan bagi pewartaan sebagai HSK meliputi
kawasan Penaga (Seberang Perai Utara), Air Hitam Dalam (Seberang Perai Utara),
Sungai Kerian (Seberang Perai Selatan), Sungai Chenaam (Seberang Perai Selatan),
Sungai Udang (Seberang Perai Selatan), Sungai Perai (Seberang Perai Tengah) dan
termasuk kawasan paya laut antara Sungai Jawi (Seberang Perai Tengah) dengan
Sungai Juru, Bukit Tengah (Seberang Perai Tengah).

384
Pada masa ini, JPNPP melalui “Jawatankuasa Kecil Pewartaan Semua Hutan Bakau dan
Hutan Nipah Dalam Tanah Milik Agensi Kerajaan Sebagai Hutan Simpan Kekal” yang
dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa MMK Kebajikan, Masyarakat Penyayang
dan Alam Sekitar sedang dalam tindakan pemurnian penyediaan pelan warta kawasan
berkenaan.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Apakah tindakan susulan yang diambil Kerajaan Negeri selepas PRU14 untuk menggesa
Kerajaan Persekutuan bertindak balas usul Kerajaan Negeri bertarikh 22.2.2017 untuk
mengkaji semula dan atau meminda undang-undang sedia ada untuk mengelakkan harta
kediaman kos rendah dan sederhana disewakan kepada pihak ketiga dan atau pekerja
warga asing.
Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Kerajaan Negeri dalam usul bertarikh 22 Februari 2017 yang ditandatangani bersama
Ketua Menteri dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri pada ketika itu telah
menggesa Kerajaan Persekutuan supaya perundangan sedia ada disemak dan/atau
dipinda untuk menangani masalah penyewaan unit kediaman kos rendah dan sederhana
rendah kepada pihak ketiga. Usaha ini telah menunjukkan perkembangan yang positif
susulan perubahan tampuk kepimpinan Kerajaan Persekutuan selepas Pilihanraya Umum
Ke-14 dan sedang diberi perhatian oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT).
Perkara ini juga telah dibincang antara EXCO Perumahan Negeri Pulau Pinang dan
Menteri Perumahan didalam perjumpaan pada 4 Jun 2018 selepas PRU14.
Pada 26 Jun 2018, KPKT telah mengatur sesi perbincangan bersama bersama wakil-wakil
daripada Bahagian dan Agensi Perumahan di peringkat Kerajaan Negeri. Objektif
mesyuarat adalah untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan perumahan termasuk
berkaitan masalah penyewaan unit kediaman Rumah Mampu Milik (RMM) kepada pihak
ketiga. Di peringkat awal, terdapat cadangan supaya Jadual G dan H dokumen piawai
perjanjian jual-beli di dalam Akta 118 dipinda bagi menghalang pemilik daripada
menyewakan unit kediaman mereka.
Selain daripada ini, KPKT mengatur perbincangan lanjut secara khusus bagi merangka
inisiatif lain yang selari dengan aspek perundangan untuk menangani isu ini. Antara
langkah yang akan diteliti termasuk pendekatan yang telah pun diambil oleh Kerajaan
Pulau Pinang di mana klausa akujanji menduduki sendiri unit yang ditawarkan telah
dimasukkan di dalam akuan berkanun pada borang permohonan Rumah Mampu Milik
Kerajaan negeri Pulau Pinang (PN1).
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Apakah langkah-langkah dan rancangan bersepadu yang akan diambil oleh Kerajaan
Negeri untuk menguruskan lembangan Sungai Juru bagi memulihara dan mengekalkan
kesihatan sungai untuk jangka masa lama?
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Kerajaan Negeri mengambil langkah-langkah untuk memulihara dan mengekalkan
kesihatan lembangan Sungai Juru bagi jangka masa panjang melalui tindakan bersepadu
pengurusan lembangan sungai yang diurus oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
bersama Jabatan-jabatan /agensi-agensi yang berkepentingan iaitu Majlis Perbandaran
Seberang Perai (MPSP), Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT),
Jabatan Alam Sekitar (JAS) , Jabatan Veterinar, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
(PBA) , Indah Water Konsortium (IWK) dan lain-lain agensi berkenaan di bawah
jawatankuasa Task Force Pencemaran Sungai dan Laut. Melalui pemantauan berkala
oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang bertujuan menghalang pencerobohan
rizab sungai dan pembuangan sampah haram, JPS akan bekerjasama dengan agensi yang
mempunyai punca kuasa penguatkuasaan iaitu PDTSPT dan MPSP untuk tindakan

385
penguatkuasaan jika berlaku pencerobohan rizab dan pembuangan sampah haram.
Pihak JAS turut memainkan peranan dalam memantau kualiti air sungai terutamanya
dari punca pelepasan efluen kilang-kilang yang berada di sekitar kawasan sungai ini.
Tindakan penguatkuasaan juga diambil oleh JAS susulan kepada ketidakpatuhan industri
yang menyumbang kepada effluen yang tidak mematuhi parameter yang ditetapkan
oleh JAS. Setiap agensi termasuklah PBA dan IWK melaksanakan program dan kempen
kesedaran kepada orang awam tentang tanggungjawab memelihara dan memulihara
sungai. Selain itu, Pihak JPS mempunyai rancangan pemantauan kualiti air ke atas
sungai-sungai yang kritikal di Seberang Perai Tengah untuk mengekalkan tahap kualiti
air yang baik. Pihak JPS telah merancang untuk memohon peruntukan tahun 2019 bagi
pemuliharaan Sungai Juru di bawah peruntukan persekutuan.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani
kebimbangan penduduk di Juru mengenai rancangan untuk membina asrama pekerja
asing di kawasan tersebut?
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa langkah bagi menangani isu-isu
berbangkit berkaitan pembinaan asrama pekerja di kawasan Juru, Bukit Mertajam.
Antaranya, Kerajaan Negeri telah mengadakan taklimat dan sesi dialog bersama Ahli
Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan dan penduduk setempat pada
9 Januari 2017. Sesi dialog ini turut melibatkan pemaju projek iaitu Tetuan Westlite
Dormitory, Tetuan Architect T.Y.AU, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Minyak (pemilik lot berjiran), Pengerusi JKKK
Perkampungan Baru Bukit Minyak dan pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
(PDC).
Selain itu, di peringkat Permohonan Kebenaran Merancang (PKM), Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) telah mengemukakan Notis Lot Berjiran mengikut Subseksyen 21 (6),
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172 dan turut mengadakan mesyuarat
pendengaran awam mengikut Subseksyen 21 (7), Akta 172 bagi tujuan mendengar
bantahan dan pandangan penduduk. Semua bantahan dan pandangan ini telah
dipertimbangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) PBT.
Dalam masa yang sama, pembinaan asrama pekerja ini juga perlu mematuhi Garis
Panduan Pembinaan Asrama Pekerja Negeri Pulau Pinang 2018 yang telah diluluskan
oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.3/2018 bertarikh 15 Mac 2018. Garis
Panduan ini disediakan bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri, (PBT), jabatan-jabatan
teknikal, pemaju, pelabur industri, pihak pengurusan asrama pekerja dan perunding
bagi merancang pemajuan, pembangunan, pengurusan, pelaksanaan dan
penguatkuasaan pembinaan asrama pekerja di Negeri Pulau Pinang.
Garis Panduan ini juga akan memudahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan
terhadap pemilik unit perumahan dan pemilik industri yang menyewakan unit-unit
kediaman kepada pekerja asing yang mahir dan tidak mahir terutamanya perumahan
bertingkat seperti Rumah Kos Rendah (LC) dan Rumah Kos Sederhana Rendah (LMC).
Pembinaan asrama pekerja ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang
membolehkan pemantauan pergerakan pekerja bagi mengelakkan berlakunya kejadian
yang tidak diingini.
Di samping itu, Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk melebarkan Jalan Juru
daripada dua (2) lorong kepada empat (4) lorong bermula dari persimpangan Jalan Tok
Kangar sehingga persimpangan Jalan Permatang Tinggi bagi mengurangkan kesesakan
lalu lintas yang menjadi salah satu isu yang dibangkitkan oleh penduduk setempat.

386
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Apakah kos, skop kerja perincian dan status kemajuan projek JKR untuk menaik taraf
jalan tunggal 2 lorong kepada jalan berkembar 4 lorong dari Permatang Tinggi ke Sungai
Juru, dan bilakah projek tersebut dijangka siap?
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Berdasarkan rekod Jabatan Kerja Raya (JKR), projek menaik taraf jalan tunggal dua (2)
lorong kepada jalan berkembar empat (4) lorong dari Permatang Tinggi ke Sungai Juru
tiada dalam senarai projek yang diluluskan untuk dilaksanakan oleh JKR.
Walau bagaimanapun, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pulau Pinang telah membuat
permohonan dalam RMK-11rolling plan ke-4 dan tertakluk kepada kelulusan dalam
Bajet 2019 oleh Kementerian Kerja Raya.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Berapa rumah kos rendah dan sederhana telah dibina dalam kawasan Bukit Tengah dari
2008 - 2018, dan berapa unit rumah kos rendah dan sederhana dirancangkan akan dibina
di Bukit Tengah dalam jangka masa 5 tahun ke depan dengan butiran perincian?
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Sejak tahun 2008 hingga kini, terdapat sebanyak lima (5) projek Perumahan Kos Rendah
atau kini dikenali sebagai Rumah Mampu Milik (RMM) 'A' telah siap dibina di Kawasan
Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bukit Tengah melibatkan penyediaan 726 unit
kediaman. Buat masa ini tiada projek Rumah Kos Sederhana Rendah atau RMM 'B' yang
telah dibina di kawasan tersebut. Senarai projek RMM 'A' yang dibina di Bukit Tengah
adalah seperti berikut:
(i) Taman Bukit Juru sebanyak 95 unit oleh pemaju Juru Height Sdn. Bhd.;
(ii) Taman Bayu Mutiara sebanyak 77 unit oleh pemaju Mayang Zaman Sdn. Bhd.;
(iii) Taman Seri Delima sebanyak 260 unit oleh pemaju TPPT Sdn. Bhd.;
(iv) Taman Bukit Juru 120 unit oleh Juru Height Sdn. Bhd.; dan
(v) Parkview Residence sebanyak 174 unit oleh pemaju Serai Mas Sdn. Bhd.
Selanjutnya Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
bercadang membina satu lagi projek di Juru, KADUN Bukit Tengah yang akan
menyediakan sebanyak 800 unit RMM 'A' dan 800 unit RMM 'B'. Projek ini masih di
peringkat perancangan awal dan tarikh pelaksanaan belum ditetapkan.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Apakah status terkini mengenai pertimbangan Kerajaan Negeri terhadap cadangan
untuk menaik taraf MPSP daripada status perbandaran ke status bandaraya?
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Mengikut Seksyen 4(2) AKT 1976, Pihak Berkuasa Negeri dengan berunding dengan
Menteri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), boleh, melalui pemberitahuan dalam
warta menukar taraf sesuatu kawasan PBT.
Bagi permohonan untuk menukar taraf Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)
kepada status Majlis Bandar Raya, berikut adalah tatacara proses permohonan menukar
taraf PBT mengikut Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT) Bilangan 4/2008:
(i) Mendapatkan persetujuan Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan
Negeri (MMK);
(ii) Kerajaan Negeri mengemukakan cadangan kertas permohonan kepada KPKT;
(iii) KPKT memproses cadangan kertas permohonan dan kemudian
mengemukakannya untuk ulasan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit

387
Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU) dan Kementerian
Kewangan;
(iv) Cadangan kertas permohonan akan dibentangkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Pemandu Saiz Perkhidmatan Awam (JPSPA);
(v) Sekiranya dipersetujui oleh Mesyuarat JPSPA, cadangan kertas permohonan
seterusnya diangkat kepada Mesyuarat Jemaah Menteri; dan
(vi) Setelah mendapat persetujuan Jemaah Menteri, perisytiharan status bandar
raya akan diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Majlis Penuh MPSP Ke-524 pada 22 Februari 2018 telah meluluskan permohonan menaik
taraf status MPSP kepada bandar raya. MPSP didapati telah memenuhi kriteria-kriteria
sebagai bandar raya seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan
Tempatan (MNKT) ke-60 pada 3 Jun 2018. Kriteria-kriteria kelayakan bagi sesuatu PBT
untuk dinaik taraf ke status bandar raya adalah seperti berikut:
(i) PBT harus meliputi kawasan pusat pentadbiran sesebuah negeri;
(ii) Jumlah penduduk tidak kurang daripada 500,000 orang;
(iii) Pendapatan dari sumber kewangan yang mapan tidak kurang dari RM100 juta
setahun;
(iv) Perkhidmatan pada tahap yang tinggi;
(v) Pembangunan bandar yang menekan kepada pembangunan mampan;
(vi) Pembentukan imej bandar ataupun identiti yang bersesuaian;
(vii) Pusat perindustrian, institusi kewangan dan kemudahan menjalankan
perniagaan dan perdagangan;
(viii) Institusi pendidikan dan perubatan;
(ix) Pusat kebudayaan, sukan dan riadah serta konvensyen;
(x) Kemudahan infrastruktur, utiliti dan taman-taman awam; dan
(xi) Pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sejajar dengan taraf
sebagai sebuah bandaraya.
Berdasarkan kelulusan Majlis Penuh tersebut, pihak MPSP telah mengemukakan
permohonan untuk menukar taraf bagi pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa
Negeri (PBN). Permohonan MPSP untuk menukar taraf kepada status bandar raya telah
diluluskan oleh PBN pada 7 November 2018.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mempromosikan
Bukit Juru dan kawasan persekitaran semula jadinya sebagai destinasi eko pelancongan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mempromosikan Bukit
Juru dan kawasan persekitaran semula jadinya sebagai destinasi eko pelancongan
adalah seperti berikut:
(i) Membuat kajian keperluan kawasan rekreasi daripada penduduk setempat dan
orang awam untuk mendapatkan pandangan berhubung untuk menjadikan
kawasan tersebut sebagai hutan lipur;
(ii) Menyediakan cadangan rancangan pengurusan hutan lipur bagi membangunkan
kawasan tersebut sebagai hutan lipur;
(iii) Meningkatkan program Forest Bathing sepertimana yang telah dilancarkan oleh
YAB Ketua Menteri pada 23 September 2017; dan

388
(iv) Menyediakan dokumentari pelancongan yang mempamerkan keindahan alam
semula jadi untuk hebahan dan tarikan pelancong.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Adakah Kerajaan Negeri akan berhenti membenarkan kegiatan kuari dijalankan di Sg.
Sembilang, Bukit Juru memandangkan kawasan tersebut berada dalam hutan simpan,
dengan menyatakan alasan-alasan untuk keputusan kerajaan tersebut.
Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Kegiatan kuari yang dijalankan di Sungai Sembilang, Bukit Juru, Seberang Perai
Tengah tidak berada dan melibatkan kawasan hutan simpan. Oleh itu, kelulusan telah
diberi oleh Kerajaan Negeri untuk meneruskan aktiviti pengeluaran bahan batuan
(Permit 4C) dengan menetapkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam operasi kuari
berkenaan. Tindakan terhadap pengusaha berkenaan akan diambil sekiranya terdapat
kegagalan dalam mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
20. Apakah kos dan skop kerja terperinci yang akan dilaksanakan oleh kerajaan berkenaan
dengan tiga rancangan tebatan banjir, iaitu RTB Sungai Junjung, RTB Lembangan Sungai
Juru, dan RTB Lembangan Sungai Jawi, dan bilakah projek-projek tersebut dijangka
akan bermula dan disiapkan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
20. (a) Kos projek di bawah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sg. Junjung dianggarkan
sebanyak RM60 juta.
Skop kerja yang terlibat di bawah projek RTB. Sg. Junjung adalah seperti
berikut:
(i) Pelantikan perunding kejuruteraan bagi reka bentuk terperinci;
(ii) Pengambilan balik tanah;
(iii) Pembinaan ban dan tembok penahan tebing di Sg Machang Bubuk/Sg
Junjung;
(iv) Pembinaan struktur saliran ke Sg Machang Bubuk/Sg Junjung/Sg Tasek
Junjung;
(v) Pembinaan ban dan tembok penahan di Sg Tasek Junjung; dan
(vi) Kerja-kerja komponen kejuruteraan dan mekanikal (M&E).
(b) Kos projek di bawah RTB Sg. Juru @ Sg. Kilang Ubi dianggarkan sebanyak RM40
juta.
Skop kerja yang terlibat adalah seperti berikut:
(i) Pelantikan perunding kejuruteraan;
(ii) Pengambilan balik tanah;
(iii) Pembinaan ban dan tembok penahan banjir;
(iv) Pembinaan Rumah Pam bersama sistem pam dan komponen M&E; dan
(v) Pembinaan struktur saliran ke Sg. Juru;
(c) Kos projek di bawah RTB Sg. Jawi dianggarkan sebanyak RM100 juta.
Skop kerja yang perlu dijalankan adalah seperti berikut:
(i) Pelantikan perunding kejuruteraan;
(ii) Pengambilan balik tanah;
(iii) Pembinaan ban dan tembok penahan banjir; dan
389
(iv) Pembinaan struktur saliran ke Sg. Jawi
Reka bentuk terperinci bagi ketiga-tiga RTB ini dijangka akan mula dilaksanakan pada
tahun 2019. Seterusnya pelaksanaan fizikal bergantung kepada kelulusan peruntukan di
peringkat persekutuan.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
21. Adakah Kerajaan Negeri akan mengambil langkah untuk mendesak Kerajaan
Persekutuan untuk memindahkan kem tahanan Juru pendatang tanpa izin, dan jika ya,
bilakah ia akan dilakukan.
Y.A.B. Ketua Menteri:
21. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa mengambil perhatian mengenai keadaan depot
tahanan Imigresen di Juru yang tidak sesuai digunakan, penuh dan melebihi kapasiti.
Depot Tahanan Imigresen Juru ini telah beroperasi sejak 14 April 1991 di mana kapasiti
sedia ada depot ini adalah seramai 550 orang iaitu 450 lelaki dan 100 wanita.
Sehubungan itu, selepas beberapa siri perbincangan dan susulan bersama pihak
Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengenal pasti
tapak yang sesuai untuk pembinaan depot tahanan yang baru ini iaitu di Lot 7370, Mukim
7, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Lokasi tapak depot baru yang dicadangkan
adalah bersesuaian dan jauh dari kediaman penduduk awam serta bersebelahan dengan
Penjara Seberang Perai Selatan, Hospital Sungai Bakap dan Ibu Pejabat Polis Daerah
Seberang Perai Selatan.
Buat masa ini, Jabatan Imigresen sedang dalam proses tender bagi projek pembinaan
depot tahanan baru tersebut dan satu lawatan tapak dan taklimat tender projek telah
diadakan pada 4 Oktober 2018 (Khamis) dan telah dihadiri oleh pihak kontraktor dan
jadual tender adalah seperti berikut:
(i) Iklan tender : 24/09/2018
(ii) Tarikh mula dijual : 24/10/2018
(iii) Tarikh akhir dijual :07/11/2018
(iv) Tarikh tutup : 14/11/2018 (sebelum 12:00 tengah hari)
(v) Jangkaan tempoh pembinaan adalah selama 3 tahun
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Nyatakan bagaimana secara terperinci Kerajaan Negeri akan berusaha untuk
menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar sifar karbon 'zero-carbon city'
Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Kerajaan Negeri Pulau Pinang selaras dengan dasar Cleaner, Greener, Safer & Healthier
Penang berhasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang bersih,
mempunyai alam sekitar yang hijau dan mampan, selamat untuk didiami dan
mempunyai masyarakat serta persekitaran yang sihat. Berteraskan kepada dasar ini,
rancangan dan rangka kerja Kerajaan Negeri dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai
bandar sifar karbon (zero-carbon city) adalah dengan memulakan proses pembangunan
Agenda Hijau Pulau Pinang (Penang Green Agenda) yang akan berperanan
sebagai roadmap untuk tempoh 10 tahun bagi memacu Negeri Pulau Pinang ke arah
negeri hijau dan lestari (green and sustainable state) dari 2020 hingga 2030.
Fokus Penang Green Agenda adalah untuk memformulasikan kaedah bagi:-
(a) menangani isu-isu sensitif alam sekitar berpaksikan kepada pemeliharaan,
pemuliharaan dan kawalan pencemaran ke arah kelestarian;
(b) mengenalpasti sasaran jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang
untuk meningkatkan kelestarian alam sekitar; dan

390
(c) merangka strategi dan pelan tindakan untuk mencapai sasaran kelestarian alam
sekitar yang telah dikenal pasti berdasarkanSustainable Development
Goals (SDGs).
Proses pembangunan Penang Green Agenda dimulakan pada tahun 2017 dan dijangka
siap sepenuhnya pada penghujung 2019. Proses ini dilaksanakan dalam tiga (3) fasa
seperti berikut:
(a) Fasa Pertama: mengenalpasti skop, halatuju, rangka kerja, tindakan, tugas serta
tanggungjawab pihak berkepentingan;
(b) Fasa Kedua: mengenalpasti sasaran serta indikator yang perlu dicapai dan
membentuk strategi serta pelan tindakan untuk mencapai sasaran yang dikenal
pasti; dan
(c) Fasa Ketiga: pelancaran dan pelaksanaan pelan tindakan secara bersepadu.
Pada masa ini, pembangunan Penang Green Agenda berada pada peringkat Fasa Kedua.
Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah mengerakkan
inisiatif Low Carbon City Framework (LCCF)dengan kerjasama Kementerian Tenaga,
Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). Rangka kerja ini akan
membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan merangka dan merancang pembangunan
berasaskan strategi dan langkah-langkah ke arah pembangunan rendah karbon.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
23. Apakah matlamat dan objektif MOU yang ditandatangani antara Kerajaan Negeri dan
UN-Habitat pada 6.10.2018 dan bagaimanakah ia akan mempromosikan dan
mempercepat pelaksanaan visi Pulau Pinang 2030?
Y.A.B. Ketua Menteri:
23. Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui
Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dan United Nations Human Settlements Programme
(UN-Habitat) yang dimeterai pada 6 Oktober 2018 merupakan yang pertama
dilaksanakan di Malaysia. MoU ini adalah bertujuan untuk mewujudkan jalinan
kerjasama lebih erat antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan UN Habitat ke arah
memastikan pembangunan mampan dan seimbang di Pulau Pinang. Y.A.B. Perdana
Menteri juga dalam ucapan beliau semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini turut menyatakan komitmen Kerajaan Malaysia Baru
untuk mengaplikasi dan melaksanakan Matlamat 11, Sustainable Development
Goals (SDG) di bawah UN Habitat . MoU ini jelas menunjukkan sokongan padu Kerajaan
Negeri terhadap hasrat Y.A.B. Perdana Menteri dan selaras dengan komitmen yang
diutarakan di peringkat antarabangsa.
UN Habitat merupakan satu agensi yang ditubuhkan di bawah PBB dan berperanan
sebagai agensi penyelaras bagi PBB untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan
manusia sejagat berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan - Sustainable
Development Goals (SDG) dan Agenda Perbandaran Baharu - New Urban Agenda (NUA).
Secara spesifik UN Habitat memfokuskan kepada Matlamat 11 SDG iaitu "Mewujudkan
bandar dan penempatan manusia yang inklusif, selamat, berdaya tahan dan lestari”.
Sehubungan dengan itu, jalinan kerjasama melalui MoU ini akan membantu Kerajaan
Negeri dalam mencapai objektif seperti berikut:
(a) Penyediaan framework untuk memantau projek-projek yang sedang
dilaksanakan di Pulau Pinang untuk membantu dari segi berikut:
(i) Mengenal pasti setiap projek yang sedang dilaksanakan berpandukan
kepada dimensi SDG dan NUA secara spesifik;
(ii) Mengenal pasti jurang (gaps) di antara penunjuk aras sedia ada dengan
penunjuk aras yang ditetapkan di bawah SDG dan NUA;

391
(iii) Merakyatkan (localize) NUA dan SDG; dan
(iv) Memastikan projek dilaksanakan berasaskan impak dan result-based.
(b) Pelaksanaan baseline study berdasarkan framework pemantauan yang sama
bagi penyediaan pangkalan data untuk memantau dan menilai status kemajuan
projek di Pulau Pinang menggunakan indikator SDG dan NUA serta mewujudkan
sasaran tempatan.
(c) Pembangunan dan pelaksanaan projek-projek dengan mengambil kira
pandangan komuniti setempat dan kemudahan infrastruktur sedia ada, urban
resilience, regenerasi bandar, kemudahan mobiliti dan kesalinghubungan antara
bandar.
(d) Mewujudkan jalinan kerjasama untuk mempromosikan dan menerapkan
pelaksanaan Agenda Perbandaran Baharu selaras dengan NUA dan SDG;dan
(e) Memanfaatkan kepakaran dan keupayaan setiap pihak untuk mencapai objektif
bersama.
MOU ini juga merupakan langkah progresif dan tepat ke arah merealisasikan Visi Pulau
Pinang 2030. Ini adalah kerana ianya selaras dengan hasrat Visi Pulau Pinang 2030 yang
menyasarkan Pulau Pinang akan menjadi national leader ke arah pembangunan yang
memfokuskan kepada hijau, pintar dan keluarga. Visi ini adalah sejajar dengan kriteria
di bawah SDG yang diperkenalkan oleh UN Habitat di mana ia dapat membantu
pembangunan negeri ini ke arah lebih mampan, dengan mengambil kira cabaran
perubahan iklim dan ketahanan ekonomi. SDG juga merupakan salah satu set sasaran
yang boleh dijadikan asas baru untuk perancangan, pelaksanaan dan pemantauan
kemajuan negara berdasarkan piawaian global.
Jalinan kerjasama ini juga ia dapat membantu mempromosi dan mempercepatkan
pelaksanaan Visi Pulau Pinang 2030 melalui:
(i) Perundingan, konsultansi dan perbincangan secara berkala antara UN-Habitat
dan Kerajaan Negeri;
(ii) Pelaksanaan projek, program dan aktiviti berdasarkan instrumen undang-undang
yang spesifik; dan
(iii) Pertukaran pengetahuan dan maklumat secara berterusan antara kedua-dua
pihak.
Sebagai langkah awal ke arah pengwujudan bandaraya yang berdaya saing dan bertaraf
antarabangsa, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan UN Habitat dalam meneliti
semula Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang supaya ianya selaras dengan SDG.
Selain itu, Kerajaan Negeri melalui anak syarikat CMI iaitu George Town Conservation
& Development Corporation (GTCDC) akan memastikan hampir kesemua projek di
bawah seliaan GTCDC mematuhi Matlamat 11 SDG. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan
Negeri untuk memastikan pembangunan lebih sistematik di Pulau Pinang di samping
mendapat pengiktirafan antarabangsa. GTCDC juga bersedia untuk menjadi agensi bagi
pihak Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dan membantu jabatan dan agensi Kerajaan
Negeri dalam memastikan pelaksanaan projek pembangunan lain ke arah bertaraf
antarabangsa dan mampan.
Kerajaan Negeri berharap agar MOU yang ditandatangani untuk tempoh lima (5) tahun
ini akan memberi manfaat kepada pembangunan mampan di Pulau Pinang dan jalinan
kerjasama bersama pihak UN Habitat dapat diteruskan di masa akan datang.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
24. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk menjadikan dan mempromosikan
Pulau Pinang sebagai hab pendidikan di Malaysia dan di rantau ini, dan sekiranya ada,
nyatakan butir-butir terperinci rancangan tersebut.

392
Y.A.B. Ketua Menteri:
24. Sejajar dengan aspirasi Kerajaan Negeri menjadikan Pulau Pinang sebagai hub
pendidikan bertaraf antarabangsa, Kerajaan Negeri amat komited dalam usaha untuk
menarik lebih banyak pusat pengajian tinggi untuk mendirikan kampus di Pulau Pinang.
Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah berjaya
menarik minat KDU University Collegedan sebuah universiti swasta yang berusaha sama
dengan PKT Logistics Group Sdn Bhd untuk mendirikan kampus di Bandar Cassia, Batu
Kawan. PDC kini sedang berusaha untuk menarik minat sekolah antarabangsa, sekolah
swasta dan beberapa pusat pendidikan lagi ke kawasan tersebut.
Kerajaan Negeri juga telah menerima cadangan pembangunan sekolah antarabangsa
Stonyhurst Penang dengan kerjasama Stonyhurst College dari United Kingdom di atas
tanah milik Perbadanan Ketua Menteri (CMI) Lot 705 (Lot baharu 100008), Seksyen 1,
Bandar Tanjung Pinang, Daerah Timur Laut yang meliputi kawasan seluas 4.33 ekar
(17,546 mp). Stonyhurst merupakan kolej berusia 425 tahun dan akan menggunakan
silibus akademik dan kokurikulum dari United Kingdom bagi pelajar seawal umur empat
(4) tahun sehingga lapan belas (18) tahun dengan persijilan "O Level ", "A Level" dan
"International Baccalaureate" (IB) Level. Projek ini kini dalam peringkat perancangan
dan pelan telah dikemukakan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Pembangunan projek ini akan mengambil masa 24 bulan selepas mendapatkan kelulusan
semua pelan berkaitan.
Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menggalakkan pelajar antarabangsa untuk
datang belajar di Pulau Pinang. Pulau Pinang kini menjadi tumpuan pelajar dari
beberapa negara terutamanya dari Indonesia, Iran, Palestin, Jordan dan Arab Saudi.
Sehubungan dengan itu, StudyPenang (sebelum ini dikenali sebagai Penang Centre of
Education Tourism) telah ditubuhkan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai hub
pendidikan bertaraf dunia bagi pendidikan dan tempat untuk hidup, belajar dan
berkembang. StudyPenang berfungsi untuk mempromosi dan memasarkan Pulau Pinang
sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
25. Adakah Kerajaan Negeri akan merundingkan semula dengan Kerajaan Persekutuan,
syarat-syarat dan undang-undang sedia ada untuk menjadikan pembiayaan dan geran
persekutuan tahunan kepada Pulau Pinang lebih adil memandangkan negeri kita adalah
salah satu penyumbang cukai terbesar kepada negara.
Y.A.B. Ketua Menteri:
25. Kerajaan Negeri akan berunding dengan Kerajaan Persekutuan mengenai syarat-syarat
dan undang-undang sedia ada supaya Kerajaan Persekutuan meningkatkan pembiayaan
dan geran tahunan persekutuan kepada Pulau Pinang.
Pada masa ini, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan kepada Kerajaan
Negeri melalui beberapa pemberian iaitu Pemberian Mengikut Bilangan Kepala,
Pemberian Bayaran Perkhidmatan 10%, Pemberian Pertambahan Hasil, Pemberian
Membiayai Perbelanjaan Mengurus di Bawah Senarai Bersama, Pemberian Berdasarkan
Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup dan Pemberian
Kepada Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS).
Jumlah Pemberian Kerajaan Persekutuan Kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dari
2009 Sehingga Oktober 2018 adalah seperti di Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
26. Adakah Kerajaan Negeri akan merancang membina lebih banyak ruang gerai dan niaga
di kawasan Taman Pelangi Prai yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan
penduduk yang ramai di rumah-rumah pangsa di sana?

393
Y.A.B. Ketua Menteri:
26. Pada ketika ini, kawasan Taman Pelangi Prai telah mempunyai dua (2) buah kompleks
makanan kekal dan dua (2) buah kompleks makanan sementara. Pihak MPSP
menyediakan dua (2) buah kompleks makanan sementara bagi menempatkan penjaja-
penjaja tanpa lesen di sekitar kawasan tersebut. Kompleks-kompleks makanan tersebut
masih belum diisi sepenuhnya.
Bagi memastikan kebajikan peniaga di kawasan tersebut, Kerajaan Negeri juga telah
memutuskan supaya sebuah kompleks makanan kekal tambahan dibina oleh pihak PDC
untuk menempatkan penjaja di dua (2) buah kompleks makanan sementara sedia ada.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
27. Dengan peruntukan Kerajaan Negeri yang disalurkan kepada PWDC, apakah impak yang
dapat dilihat untuk meningkatkan kualiti kehidupan ibu tunggal di sekitar Pulau Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
27. Penang Women’s Development Corporation (PWDC) telah memperkenalkan Projek
Transformasi Ekonomi Komuniti (CET) di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Wanita
(WEE). Ia merupakan sebuah projek yang direka khusus untuk membantu penduduk,
termasuk ibu tunggal untuk menjana pendapatan. Sebagai projek perintis, PWDC telah
mengadakan dialog untuk memperkenalkan program ini kepada penduduk PPR Desa
Wawasan pada bulan Februari 2018 dan seterusnya mengedarkan soal selidik untuk
mendapat maklumat terperinci yang mana akan membantu PWDC membuat analisis
keperluan penduduk PPR Desa Wawasan. Hasil analisis soal selidik menunjukkan 37.4%
responden memilih kraftangan sebagai aktiviti CET. Satu siri bengkel membuat kraf
kertas dan kraf plastik telah dikendalikan untuk penduduk yang berminat. Kini, hasil
kraftangan telah mula mendapat tempahan dan menghasilkan pendapatan kepada
penduduk. Sehingga September 2018, sebanyak 700 produk kraftangan telah dihasilkan
dan dijual.
Selain program CET, PWDC juga telah bekerjasama dengan KDU Penang University
College dalam menjalankan Projek Wonder Mama, khas untuk ibu tunggal. Projek ini
meliputi bengkel kemahiran membuat kuih, pastri dan roti, bengkel memulakan
perniagaan dan bengkel menggunakan media sosial dalam mempromosikan perniagaan.
Sehingga kini, 16 ibu tunggal telah dilatih dan akan diberi bimbingan seterusnya untuk
menjadi usahawan.
Di samping itu, PWDC juga telah menganjurkan Persidangan Wanita dalam Ekonomi –
Memikirkan Semula Keusahawanan untuk Wanita Masa Kini pada 24 dan 25 September
2018, di mana usahawan-usahawan daripada komunti ibu tunggal juga telah dijemput
untuk mempelajari dan berkongsi pengalaman menceburi bidang keusahawanan dan
mempromosikan produk-produk keluaran mereka. Lebih kurang 400 peserta wanita dari
pelbagai latar belakang telah menghadiri persidangan tersebut. Satu
perjumpaan‘networking’ akan diadakan hasil persidangan ini untuk memberi peluang
kepada usahawan-usahawan memasarkan produk mereka secara online yang disediakan
oleh sebuah pasar raya besar.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
28. Susulan daripada jawapan kepada soalan saya no.9 pada sesi DUN yang lalu, bilakah
kajian untuk mewartakan Bukit Juru sebagai hutan lipur di bawah Akta Perhutanan
Negara 1984 akan jangka disiapkan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
28. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) sedang
berusaha untuk mewartakan 12 pengelasan fungsi hutan sebagaimana diperuntukkan di
bawah seksyen 10, Akta Perhutanan Negara 1984. Di bawah seksyen ini, setiap Hutan
Simpanan Kekal (HSK) perlu dikelaskan satu atau lebih fungsi hutan seperti berikut:-

394
(a) Hutan pengeluaran kayu di bawah perolehan berkekalan;
(b) Hutan perlindungan tanah;
(c) Hutan tebus guna tanah;
(d) Hutan kawalan banjir;
(e) Hutan tadahan air;
(f) Hutan perlindungan hidupan liar;
(g) Hutan simpanan hutan dara;
(h) Hutan lipur;
(i) Hutan pelajaran;
(j) Hutan penyelidikan;
(k) Hutan bagi maksud-maksud persekutuan; dan
(l) Hutan taman negeri.
JPNPP melalui proses pemetaan dan sesi konsultasi bersama jabatan berkepentingan
dan badan bukan kerajaan (NGO) telah menentukan kawasan yang bersesuaian untuk
pengelasan fungsi hutan ke atas semua 16 HSK di Negeri Pulau Pinang bagi tujuan
pewartaan termasuk Hutan Simpan Bukit Juru di Seberang Perai Tengah yang dikelaskan
sebagai hutan lipur.
Pihak JPNPP sedang menyediakan pelan warta pengelasan hutan ke atas semua 16 HSK
bagi pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri untuk diwartakan di bawah sub seksyen 10(3),
Akta Perhutanan Negara 1984 dan dijangka dapat diselesaikan pada akhir tahun 2019.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:
29. Apakah sasaran dan program-program Briged Wanita sejak pertubuhannya 5 tahun lalu,
dan adakah matlamat dan sasaran Briged Wanita telah dicapaikan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
29. Briged Wanita Pulau Pinang adalah sebuah badan sukarela yang ditubuhkan di bawah
Kerajaan Negeri untuk memudahkan akses wanita kepada bantuan-bantuan yang telah
ditawarkan oleh Kerajaan Negeri. Sasaran briged wanita adalah seperti berikut:
(a) Mendaftarkan ibu tunggal dan ibu emas bagi Program Bantuan Ibu Tunggal dan
Program Bantuan Ibu Emas;
(b) Mendaftarkan wanita yang berumur 35 tahun ke atas untuk perkhidmatan
mammogram percuma yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.; dan
(c) Mendaftarkan wanita yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk
menerima pinjaman mikrokredit kerajaan negeri di bawah Skim Pinjaman
Harapan (SPH) yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat
(PTSR).
Pencapaian Briged Wanita dapat dilihat dari segi jumlah penerima bantuan seperti
berikut:

Jumlah Penerima Bantuan Mengikut Tahun


Jenis
Bantuan
2013 2014 2015 2016 2017 2018

Dimulakan pada tahun 53,370 (sehingga


Ibu Emas 38,770 51,253 55,563 58,682
2014 Okt)

12,250 (sehingga
Ibu Tunggal 10,341 12,308 13,078 13,165 12,967
Okt)

Mammo
Dimulakan pada tahun 2015 2,584 4,146 4,702 402 (sehingga Mei)
Penang

SPH 465 229 69 202 203 156 (sehingga Okt)

395
Sasaran Briged Wanita telah dicapai berdasarkan kepada jumlah penerima bantuan yang
meningkat setiap tahun. Walau bagaimanapun, terdapat pengurangan bagi jumlah
penerima bantuan Mammo Penang. Ini adalah kerana kontrak dengan syarikat yang
dilantik sebelum ini sebagai pengendali Mammo Penang telah tamat pada 31 Mei 2018
dan Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan kaedah baru pelaksanaan program
pemeriksaan mammogram yang lebih efektif dengan akses yang lebih meluas.
Program-program yang dilaksanakan oleh Briged Wanita di selaraskan oleh ADUN
masing-masing melalui peruntukan yang disalurkan terus kepada ADUN.
XXV. Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
1. Mengutamakan kesihatan adalah salah satu tanggungjawab kerajaan kerana ia
merupakan tulang belakang sesebuah negara. Di Malaysia, sektor perubatan dan
kesihatan kerajaan meliputi lokasi yang luas, tetapi di Pulau Pinang, kemudahan seperti
ini hampir tidak wujud.
(a) Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk menubuhkan Klinik
Kesihatan Kerajaan di setiap KADUN?
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Bidang kuasa kesihatan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Namun
begitu, Kerajaan Negeri tidak berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk
menubuhkan Klinik Kesihatan di setiap KADUN. Ini adalah kerana Kerajaan Negeri
mendapati taburan klinik-klinik kesihatan sedia ada di Pulau Pinang adalah
komprehensif dan mudah dicapai oleh semua penduduk Negeri Pulau Pinang. Sebagai
makluman, taburan klinik-klinik kerajaan di daerah-daerah di Negeri Pulau Pinang
adalah seperti berikut :

Klinik Klinik Ibu dan Klinik


Daerah Klinik Desa Jumlah
Kesihatan Anak Komuniti

SPU 7 - 20 7 34

SPT 7 1 12 5 25

Klinik Klinik Ibu dan Klinik


Daerah Klinik Desa Jumlah
Kesihatan Anak Komuniti

SPS 4 1 11 5 21

TL 9 3 4 4 20

BD 3 1 12 3 19

Jumlah 30 6 59 24 119

Polisi / kriteria yang perlu untuk pembinaan klinik


Perancangan pembinaan sesebuah klinik perlu bersesuaian dan mudah diakses oleh
masyarakat setempat. Oleh itu adalah lebih sesuai jika kemudahan kesihatan dibina
berdekatan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
Walaubagaimanapun dalam keadaan tertentu seperti kawasan pendalaman, jarak di
antara fasiliti kesihatan akan diambilkira.

396
Pada dasarnya klinik kesihatan dirancang berdasarkan kepada anggaran kedatangan
pesakit dalam sehari:
1 Klinik Kesihatan Jenis I Kedatangan 800-1000 pesakit sehari
2 Klinik Kesihatan Jenis II Kedatangan 500- 800 pesakit sehari
3 Klinik Kesihatan Jenis III Kedatangan 300-500 pesakit sehari
4 Klinik Kesihatan Jenis IV Kedatangan 150-300 pesakit sehari
5 Klinik Kesihatan Jenis V Kedatangan 50-150 pesakit sehari
6 Klinik Kesihatan Jenis V1 Kedatangan kurangdari 50 pesakit sehari
Perkhidmatan asas yang disalurkan disemua klinik kesihatan merangkumi promosi
kesihatan, rawatan kuratif, pencegahan dan pemulihan.
Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
2. Pulau Pinang terkenal sebagai hab seni dan muzik. 'Penang House of Music' merupakan
tempat yang unik dan membuktikan kegemilangan industri muzik dan seni tempatan.
(a) Apakah cadangan Kerajaan Negeri untuk mempromosikan 'Penang house of
Music' sebagai satu produk pelancongan dan warisan negeri?
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. (a) Antara cadangan dan tindakan Kerajaan Negeri untuk mempromosikan ‘Penang
House of Music’ sebagai satu produk pelancongan dan warisan negeri adalah seperti
berikut:
(i) Membuat edaran risalah di lokasi strategik kunjungan pelancong seperti hotel,
lapangan terbang, pusat membeli-belah dan tempat-tempat tarikan
pelancong;
(ii) Promosi dalam laman web pelancongan Pulau Pinang mypenang.gov.my,
risalah Penang Here and Now, peta pelancong Pulau Pinang dan trade
booklet yang diedarkan di lokasi pameran pelancongan; dan
(iii) Penang House of Music telah dimasukkan sebagai salah satu acara dalam
program Last Friday, Saturday and Sunday of the month (LFSS) yang
menjadi panduan kepada pelancong untuk menyertai program-program
pelancongan yang diadakan pada hujung minggu terakhir setiap bulan.
(iv) Lembaga Muzium Negeri juga telah menerima permintaan daripada Penang
House of Music untuk "parked" sebagai salah satu komponen kepada Muzium
Negeri. Lembaga Muzium akan mengkaji cadangan tersebut.
Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
3. Setakat ini, ada 2 buah 'skate park', di Taman Belia MBPP dan KBS Batu Uban, tetapi
kedua-dua fasiliti ini berada dalam keadaan yang tidak memuaskan dari segi
penyelenggaraan dan keselamatan.
(a) Apakah cadangan untuk menambahbaikkan 'skate park' ini supaya dapat
memartabatkan sukan 'skateboarding', 'in-line skating' dan 'BMX'?
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Skate Park di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban adalah di bawah seliaan Jabatan
Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Skate Park ini telah dibina pada tahun 2012.
Binaannya bersifat ‘Outdoor Court’ yang tidak berbumbung dan Rampdiperbuat
daripada kayu dan plywood. Keadaan Skate Park ini telah mengalami kerosakan
pada ramp, pagar keselamatan di sekeliling park dan fasiliti di kawasan skate
park kelihatan lusuh.

397
Bagi Skate Park di Taman Belia Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pula, MBPP telah
menjalankan penyelenggaraan secara berkala sejak ia mula diguna pakai pada tahun
2003. Walaupun skate park ini bersifat outdoor, tetapi strukturnya diperbuat daripada
simen konkrit, maka keadaannya masih baik dan banyak aktiviti dapat dijalankan serta
kadar penggunaan oleh orang awam adalah tinggi.
Antara cadangan penambahbaikan supaya dapat memartabatkan sukan skateboarding,
in-line skating dan Bike Motocross(BMX) adalah melalui:
(i) Menaik taraf fasiliti skate park mengikut keperluan spesifikasi sukan dan
perlawanan. Ia termasuklah menggantikan rampyang telah rosak, membaiki
pagar keselamatan (safety barrier) antara pemain dan penonton, membaiki
permukaan lantaiskate park yang tidak rata yang menyebabkan takungan air
semasa hujan, penambahan pencahayaan di skate park serta cadangan untuk
membina bumbung agar ia dapat diguna pakai dalam semua keadaan dan mampu
mengurangkan kerosakan dan kos membaik pulih fasiliti. Jabatan Belia dan
Sukan akan memohon peruntukan untuk tujuan tersebut daripada pihak
Kementerian.
(ii) Bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) / Persatuan bagi
memartabatkan tiga (3) jenis sukan ini. MBPP juga sering mengadakan
mesyuarat berkala dengan persatuan dan NGO rekreasi di Taman Bandaraya
dalam merancang penggunaan kawasan, penyelenggaran dan pengurusan Taman
Bandaraya. Contoh program yang telah dilaksanakan diskate park Taman Belia
MBPP bagi menggalakkan aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
Bil Butiran Tarikh Lokasi Catatan
1. Kejohanan Mini X- 20 Mei 2017 Taman Bandaraya 50 peserta dari dalam dan
Games Taman [Youth Park] luar negara.
Bandaraya Klinik amatur untuk
[BMX Flatland, BMX BMX, Rollerblade &
Park, Skateboard Park]. Skateboard diadakan.
2. Kejohanan Skateboard 10 Mac 2018 Jalan Padang 80 peserta
Miyasaka Edition Kota Lama Kerjasama MBPP dan
Persatuan Ekstrim Pulau
Pinang [PEGA]
3. ‘Game Of Skate dan 25 & 26 Ogos Jalan Padang 250 peserta
Old School BMX 2018 Kota Lama Kerjasama MBPP dan
Gathering & Persatuan Ekstrim Pulau
Competition’ Pinang [PEGA], OSBMX Utara
dan BMX Malaysia.
4. ‘SkateRock Gathering & 8 Disember Taman Bandaraya Kerjasama NGO di Taman
Competition 2018’ 2018 [Youth Park] Bandaraya
XXVI. Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B.
Ketua Menteri:
1. Gerai MBPP di Taman Desa Genting Balik Pulau Nampak terbiar.
(a) Kenapa peniaga tidak menggunakannya?
(b) Adakah ia memerlukan kerja-0kerja menaik taraf?
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. (a) Gerai makanan di Kompleks Makanan Taman Desa Genting, Balik Pulau adalah
berjumlah 9 buah gerai dan 8 buah daripadanya masih beroperasi seperti biasa.
Kompleks makanan ini tidak beroperasi pada sebelah pagi kerana didapati tiada
pengunjung pada waktu tersebut. Berdasarkan kepada pemantauan yang
dijalankan oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), terdapat dua (2)
orang peniaga menjalankan perniagaan dari jam 1 petang hingga 6 petang

398
manakala, enam (6) orang peniaga menjalankan perniagaan dari jam 4 petang
hingga 12.00 tengah malam.
(b) Untuk makluman, pada ketika ini, Kompleks Makanan Taman Desa Genting masih
dalam keadaan baik. Kerja naik taraf kompleks berkenaan telah dilaksanakan
pada tahun 2013 dan disiapkan pada tahun 2014. Tiada rancangan untuk menaik
taraf bangunan tersebut sehingga tahun 2025.
Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
2. Apakah peranckaan belia yang tiada pekerjaan?
(a) Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi permasalahan ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. Berdasarkan Dasar Pembangunan Belia Negara 1997, takrifan umur belia adalah dari 15
hingga 40 tahun. Statistik belia yang tidak mempunyai pekerjaan di negeri Pulau Pinang
pada tahun 2017 adalah 15,800 orang seperti perincian di jadual berikut:-
Kumpulan Umur Bilangan Penganggur
15-24 9,100
25-34 4,900
35-44 1,800
Sumber data: Jabatan Perangkaan Malaysia
(a) Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu anak muda
tempatan mendapat peluang pekerjaan adalah seperti berikut:
(i) Meningkatkan Pelaburan
Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan
kemasukan pelaburan baharu dan pelaburan semula di Pulau Pinang yang
akan mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor. Pada tahun
2017, Pulau Pinang mencatatkan rekod pelaburan asing (FDI) tertinggi
dalam bidang pembuatan antara negeri-negeri di Malaysia, dengan nilai
FDI RM8.5 bilion. Bagi jumlah pelaburan (pelaburan asing dan pelaburan
domestik) pula, Pulau Pinang mencatatkan rekod sebagai negeri dengan
jumlah pelaburan kedua tertinggi dalam bidang pembuatan, dengan nilai
RM10.8 bilion. Jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan sejak 2017
hingga Mac 2018 adalah sebanyak 14,549. Kadar pengangguran di Pulau
Pinang kekal stabil pada 2.1%, kedua terendah antara negeri-negeri di
Malaysia.
(ii) Mempelbagaikan Jenis Pekerjaan
Di samping meningkatkan jumlah pelaburan, langkah-langkah strategik
juga diambil untuk mempelbagaikan jenis pekerjaan, terutamanya
pekerjaan bernilai tinggi (high value jobs) seperti advanced
manufacturing dalam sektor pembuatan, reka bentuk dan pembangunan.
Dari segi perniagaan, sektor Perkhidmatan Perniagaan Global (Global
Business Services) seperti kewangan, perkhidmatan penyumberan luar,
teknologi maklumat dan sumber manusia merupakan sektor baharu yang
diperkenalkan.
(iii) Memperkenalkan Program Penang @CAT
Satu program baharu dinamakan “Penang Accelerator for Creative,
Analytics & Technology (@CAT)” telah dilancarkan bagi golongan yang
ingin menceburi bidang perniagaan sebagai perintis pemula niaga
(entreprenuer). Program ini bertujuan untuk membantu usahawan kecil

399
yang terlibat di dalam bidang animasi kreatif, analisis dan teknologi
ataupun yang terlibat di dalam sektor “Internet of Things” (IOT).
(iv) Menawarkan kursus kemahiran
Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Penang Skills Development Center
(PSDC) dan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk
meningkatkan tahap pembangunan sumber manusia berteraskan latihan
kemahiran mengikut keperluan pasaran di Pulau Pinang. Semua pelajar
(100%) yang mengikuti kursus kemahiran Technical and Vocational
Education and Training (TVET) di PSDC mendapat pekerjaan selepas
menamatkan program masing-masing. Dianggarkan 60% daripada pelajar-
pelajar tersebut mendapat pekerjaan di syarikat tempatan (Local Large
Company dan SME) manakala baki 40% telah mendapat pekerjaan di MNC.
Kerajaan Negeri turut melaksanakan program-program bantuan bagi
mengalakkan keusahawanan dalam kalangan rakyat Pulau Pinang khususnya bagi
golongan muda dan belia. Antara program-program yang dilaksanakan adalah
seperti berikut:
(i) Skim Pinjaman Harapan (SPH)
Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang yang dahulunya
dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau
Pinang. Program ini merupakan program mikrokredit yang memberikan
pinjaman tanpa sebarang cagaran dan penjamin kepada peniaga-peniaga
kecil untuk menggalakkan usahawan tempatan, penganggur dan golongan
rakyat berpendapatan rendah untuk menceburi bidang perniagaan.
Peruntukan dana sebanyak RM11 juta telah disediakan bagi tujuan ini.
Jumlah pinjaman adalah di antara RM2,000.00 hingga maksima
RM25,000.00 dan tempoh bayaran balik adalah di antara 2 hingga 3
tahun. Sehingga bulan Oktober 2018, sebanyak RM15.15 juta telah
diagihkan kepada seramai 3,060 orang usahawan.
(ii) Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT)
Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan
Tani Muda (TUTM) yang memberi bantuan kepada golongan belia
termasuk para graduan untuk menjadikan sektor industri asas tani
sebagai kerjaya yang berpotensi menjana pendapatan yang lumayan.
Peruntukan sebanyak RM750,000.00 telah disediakan di mana sehingga
September 2018, sebanyak RM658,000.00 telah diagihkan kepada 122
orang untuk menikmati kemudahan kredit ini.
Kerajaan Negeri melalui Pusat CAT (Penang Career Assistance and Talent
Centre) juga menjalankan pemadanan jawatan kepada semua golongan pencari
kerja dengan yang ditawarkan oleh industri. Sejak penubuhan Pusat CAT pada
Mac 2009 sehingga Oktober 2018, seramai 10,551 orang telah berdaftar sebagai
pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,445 pemadanan jawatan telah
dijalankan untuk 289 buah syarikat.
Dalam membantu anak muda tempatan mendapat peluang pekerjaan, Kerajaan
Negeri melalui Penang Skills Development Centre (PSDC) telah
memperkenalkan Program Meister Malaysia bagi meningkatkan bakat dalam
bidang teknikal dan vokasional selari dengan perkembangan Industri 4.0.
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM6 juta untuk Program Meister
Malaysia. Peserta yang terpilih akan menjalani latihan peningkatan kemahiran
dan pada masa yang sama bekerja di kilang untuk memperoleh kemahiran
pekerjaan yang sebenar. Para peserta program ini tidak perlu membayar yuran

400
pengajian kerana telah dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan pada masa yang sama
menerima gaji daripada syarikat tersebut.
Di samping itu, Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah
mewujudkan Kemahiran Asas VSEP (Vocational Skills Employment Programme)
yang bertujuan untuk melibatkan golongan muda yang terlepas peluang dan
minat serta kemampuan diri terhadap bidang akademik. PYDC telah
bekerjasama dengan Fourier TVET Center Sdn. Bhd. dan Program Agenda
Ekonomi Saksama (AES) Pulau Pinang.
Tambahan lagi, PYDC juga mengadakan Bengkel "Jom Cari Kerja" dengan
kerjasama Jobstreet.com. dengan tujuan membantu anak muda tempatan
memahami cara menyediakan resume, menguasai teknik temu duga dan
memberi peluang untuk anak muda memahami kehendak pasaran kerja semasa.
Melalui bengkel tersebut, pihak penganjur dapat memberi gambaran trend
pasaran kerja sekarang dan keperluan asas untuk memasuki pasaran kerja bagi
golongan muda. Penceramah juga berkongsi pengetahuan mereka tentang
kepentingan perancangan kerjaya, tips penulisan resume efektif dan sesuai
dengan kehendak industri semasa, teknik dan tips untuk menghadapi temuduga.
Penceramah dari Jobstreet.com juga mengadakan Klinik Resume untuk peserta
supaya peserta dapat menyemak semula penulisan resume mereka.
Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
3. Kesesakan jalan di pekan Balik Pulau berhadapan deretan kedai selepas ‘roundabout’ di Balik
Pulau amat ketara. Keadaan ini terjadi semakin teruk apabila ada yang parkir di hadapan kedai.
Parkir hanya boleh di tengah jalan.
(a) Apakah langkah penyelesaian yang boleh diambil dengan kadar segera?
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan terus melaksanakan
tindakan-tindakan berikut untuk mengurangkan kesesakan jalan di kawasan tersebut:
(i) Menjalankan penguatkuasaan secara berjadual terhadap aktiviti perniagaan
yang mendatangkan halangan kepada lalu lintas;
(ii) Menjalankan penguatkuasaan ke atas kenderaan yang parkir di bahu jalan dan
yang menjadi halangan kepada lalu lintas; dan
(iii) Menggalakkan pengguna untuk menggunakan tempat letak kenderaan di bekas
tapak Pasar Lama Balik Pulau
XXVII. Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
1. Dalam ucapan pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-11, YAB
Perdana Menteri membayangkan beberapa kuasa negeri yang dahulunya 'dirampas'
melalui pemusatan kuasa, akan dikembalikan kepada Kerajaan Negeri, selaras dengan
semangat "Federalisme".
(a) Apakah harapan Kerajaan Negeri dalam proses disentralisasi yang dibayangkan
oleh Y.A.B. Perdana Menteri ini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
1. Ucapan ini merujuk kepada Pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia
ke-11 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad,
Tonggak 1: Mereformasi Tadbir Urus ke Arah Meningkatkan Ketelusan dan Kecekapan
Perkhidmatan Awam, Keutamaan Pertama : Menambah Baik Tadbir Urus pada Semua
Peringkat, Perenggan 23.

401
Y.A.B. Perdana Menteri telah menyatakan bahawa, hubungan antara Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan akan ditambah baik dengan
mengembalikan semula semangat federalisme. Kerajaan Negeri akan diperkasa melalui
proses pengagihan kuasa pusat bagi beberapa fungsi termasuk pengangkutan awam,
perkhidmatan sosial dan perlindungan alam sekitar.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan proses pengagihan kuasa pusat ini seperti
yang dimaklumkan oleh YAB. Perdana Menteri terutamanya perkara berkaitan
pengangkutan awam, bersama dengan peruntukan kewangan dari Kerajaan Pusat, untuk
memastikan beberapa fungsi yang diturunkan kepada Kerajaan Negeri ini dapat
dibangunkan dan dijalankan dengan lancar.
Kerajaan Negeri juga mengharapkan agar Kerajaan Pusat dapat mengagihkan fungsi
perumahan awam kepada kerajaan negeri supaya dapat memenuhi permintaan dan
keperluan masyarakat untuk memiliki kediaman sendiri.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
2. Tokong "Meriam Timbul" di kawasan pantai di sebelah terminal feri Butterworth,
merupakan satu kawasan yang penuh bersejarah.
(a) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk membangunkannya
sebagai kawasan pelancong?
(b) Bolehkah Kerajaan Negeri menambah baik kawasan meriam timbul ini sebagai
kawasan tumpuan pelancong dengan bantuan para nelayan yang bertapak di
situ?
Y.A.B. Ketua Menteri:
2. (a) Kerajaan Negeri telah mengenal pasti ‘Meriam Timbul’ di kawasan pantai
sebelah terminal feri Butterworth sebagai salah satu tempat bersejarah di
Seberang Perai. Pada masa ini, Kerajaan Negeri merancang untuk
mempromosikan kawasan tersebut bagi menarik kehadiran lebih ramai
pelancong. Rancangan pembangunan akan disusuli setelah kawasan tersebut
mendapat sambutan. Bagi tujuan ini, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)
telah menyediakan satu dokumentari pendek mengenai kawasan ‘Meriam
Timbul’ yang akan diterbitkan pada hujung tahun 2018.
(b) Oleh kerana kawasan ‘Meriam Timbul’ terletak berdekatan dengan hab
pengangkutan bas dan feri, akses ke kawasan tersebut adalah lebih mudah.
Antara cadangan yang diterima adalah pelancongan pantai di mana para nelayan
membawa pelancong menaiki bot. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri masih
perlu membuat kajian ke atas cadangan program tersebut. Kerajaan Negeri
mengalu-alukan apa-apa cadangan pelancongan dengan bantuan para nelayan.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
3. Kawasan bakau sepanjang persisiran Penaga - Teluk Ayer Tawar - Kuala Muda
dikenalpasti sebagai 'Important Bird and Biodiversity Area' (IBA) oleh badan
antarabangsa 'Birdlife International'. Selaras dengan dasar Kerajaan Negeri yang
mementingkan alam sekitar, adakah projek ZIA yang dilihat mengugat habitat alam
sekitar tersebut akan dikaji semula dan dibatalkan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
3. Projek Zon Industri Akuakultur (ZIA) yang dimaksudkan merujuk kepada tanah Kerajaan
Negeri di sepanjang pesisir Pantai Pasir Gebu, Mukim 1 hingga Kuala Bekah, Mukim 4
Daerah SPU seluas 1,938,945 meter persegi atau 479.13 ekar yang telah diberi milik
kepada Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) pada 1 November 2013. Kawasan
paya bakau ini telah digazetkan oleh Kerajaan Negeri sebagai Zon Industri Akuakultur

402
bagi menampung keperluan sumber makanan (food security) rakyat di Pulau Pinang.
Permohonan perlingkungan semula kawasan tersebut daripada Zon Hutan (Paya Bakau)
kepada Zon Pertanian (Akuakultur) telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang
Negeri dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.6/2014 yang diadakan pada
30 April 2014 dan disahkan pada 26 Mei 2014.
Kerajaan Negeri sememangnya maklum dengan pengiktirafan persisiran Penaga - Teluk
Air Tawar - Kuala Muda sebagai kawasan 'Important Bird and Biodiversity Area'
(IBA) oleh badan antarabangsa Birdlife International. Justeru itu, Kerajaan Negeri
telah menetapkan bahawa pelaksanaan projek perlu mengikut Garis Panduan
Akuakultur Negeri Pulau Pinang yang telah disediakan dengan kerjasama pelbagai
jabatan teknikal. Garis panduan ini berperanan untuk memastikan setiap projek
akuakultur di Negeri Pulau Pinang dilaksanakan berdasarkan konsep amalan
terbaik (best practices) dan tidak memberi kesan signifikan kepada alam sekeliling.
Kerajaan Negeri juga akan memastikan bahawa pelaksanaan Projek Zon Industri
Akuakultur berkenaan masih mengekalkan sebahagian kawasan hutan paya bakau di
kawasan tersebut yang akan dipantau oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang.
Selain itu, bagi memastikan pelaksanaan Projek Zon Industri Akuakultur ini tidak
memberi kesan buruk kepada penduduk setempat dan alam sekitar, Jawatankuasa
Perancang Negeri telah mensyaratkan keperluan kepada pelaksana projek untuk
menyediakan Laporan Environmental Impact Assessment (EIA), Jadual 2. Penyediaan
Laporan EIA ini disyaratkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri sebagai salah satu
syarat yang perlu dipatuhi bagi cadangan pembangunan Projek Zon Industri Akuakultur.
Sebarang aktiviti tanah atau aktiviti berkaitan pembangunan di kawasan tersebut hanya
boleh dilaksanakan selepas mendapat kelulusan EIA.
Pihak CMI telah mengadakan sesi Pra Pembentangan Bagi Penyediaan Laporan EIA pada
2 Mei 2018 dan 17 Mei 2018 bersama Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar dan Ibu Pejabat
Jabatan Perikanan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perincian perkara-
perkara yang perlu diketengahkan dalam penyediaan Laporan EIA penuh kelak. Susulan
itu, Mesyuarat MMK pada 31 Oktober 2018, telah memutuskan bahawa Kerajaan Negeri
melalui CMI akan mengambil alih dan membiayai penyediaan Laporan EIA tersebut yang
berjumlah RM848,000.00. Kos bagi membiayai penyediaan laporan tersebut akan
dikenakan dalam bayaran pajakan pengusaha kelak. Kerajaan Negeri hanya akan
mempertimbangkan semula kesesuaian projek ini berdasarkan Laporan EIA tersebut.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
4. Laporan IUCN menyatakan bahawa paya bakau dilihat sebagai salah satu cara yang
paling berkesan untuk menghadapi ancaman pemanasan global, kerana keupayaannya
untuk menyimpan karbon yang lebih.
(a) Adakah Kerajaan Negeri komited untuk melawan pemanasan global dengan
mengekalkan hutan paya bakau, dengan membatalkan semua projek yang
dirancang di atas kawasan payabakau?
Y.A.B. Ketua Menteri:
4. Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk membatalkan projek-projek pembangunan
yang telah diluluskan di kawasan hutan paya laut yang berstatus tanah milik.
Namun begitu, Kerajaan Negeri sememangnya komited dalam usaha menangani isu
perubahan iklim dan pemanasan global. Komitmen ini telah dilaksanakan melalui
pelbagai program-program hijau Kerajaan Negeri termasuk tindakan pemeliharaan
kawasan hutan paya bakau sedia ada.
Pada masa ini, terdapat dua (2) Hutan Simpanan Kekal (HSK) jenis hutan paya laut di
Negeri Pulau Pinang yang terletak di kawasan pantai dengan jumlah keluasan 381.04
hektar iaitu Hutan Simpan Balik Pulau, Daerah Barat Daya (166.38 hektar) dan Hutan
Simpan Byram, Seberang Perai Selatan (214.66 hektar).
403
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) komited
untuk mengekalkan dan seterusnya meningkatkan keluasan HSK jenis hutan paya laut
di Negeri Pulau Pinang dari semasa ke semasa sebagai usaha melawan pemanasan global
dan memelihara sumber biodiversiti. Sehubungan itu, JPNPP telah mengenal pasti
kawasan hutan paya bakau seluas 664 hektar dalam tanah Kerajaan di Negeri Pulau
Pinang untuk diwartakan sebagai HSK. Pada peringkat ini, JPNPP bersama jabatan-
jabatan berkepentingan sedang mengemaskini dan melaksanakan pemurnian pelan
warta kawasan tersebut untuk diwartakan sebagai HSK di bawah Akta Perhutanan
Negara 1984.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
5. Adakah Kerajaan Negeri sedia untuk menyediakan sebidang tanah untuk pembinaan
Sekolah Rendah Tamil baru di kawasan Bagan Dalam seperti yang pernah diutarakan
sebelum ini, kerana permintaan untuk satu Sekolah Rendah Tamil baru di kawasan
Butterworth sedang diutarakan oleh penduduk tempatan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
5. Kerajaan Negeri buat masa ini belum ada perancangan untuk menyediakan tanah bagi
pembinaan Sekolah Rendah Tamil baharu di kawasan Bagan Dalam. Kerajaan Negeri
perlu membuat penelitian lanjut berhubung dengan cadangan tersebut dengan
mengambil kira keperluan sebenar seperti bilangan murid dan pihak yang akan
menanggung kos pembinaan sekolah.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri buat masa ini telah menyediakan sebidang tanah
di kawasan Bagan Dalam untuk pembinaan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan
Tamil yang pertama di Malaysia di mana ia merupakan salah satu manifesto Kerajaan
Pakatan Harapan. Buat masa ini, satu jawatankuasa khas dengan keahlian seramai lapan
(8) orang yang terdiri daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
keturunan India dari Pakatan Harapan telah ditubuhkan bagi merealisasikan janji-janji
Pakatan Harapan untuk masyarakat India seperti yang digariskan dalam manifesto.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan menganjurkan Persidangan Kebangsaan
Pendidikan Tamil di Malaysia pada 26 dan 27 November 2018 di Light Hotel, Seberang
Jaya. Persidangan ini bertujuan untuk menambah baik serta memudahkan
pembelajaran dan pengajaran dalam bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
dan turut akan membincangkan berkenaan pembinaan sebuah Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan Tamil yang pertama dalam negara dan masa depan sekolah jenis
kebangsaan Tamil.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
6. Senaraikan projek-projek yang sedang dilaksanakan ataupun dalam perancangan oleh
Chief Minister Incorporated (CMI).
Y.A.B. Ketua Menteri:
6. Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) merupakan salah satu agensi Kerajaan
Negeri yang bertanggungjawab ke atas aktiviti pelaburan dan pembangunan yang
berpotensi bagi menjana ekonomi Negeri Pulau Pinang melalui 'Public Private
Partnership'. CMI juga menguruskan cadangan pembangunan di atas tanah-tanah
Kerajaan Negeri yang telah diberimilik kepada CMI bagi memastikan pembangunan dan
kemajuan negeri dicapai melalui sistem tadbir urus yang cekap, akauntabiliti dan telus.
CMI sedang melaksanakan 26 projek manakala 42 projek masih dalam peringkat
perancangan.
Perincian projek adalah seperti di Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.

404
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
7. Kenapakah lesen perniagaan besi buruk / barangan lusuh (kelas pertama) diletakkan di
bawah bidang kuasa Polis, apabila kuasa pelesenan adalah kuasa negeri, melalui pihak
berkuasa tempatan, menurut Perlembagaan Persekutuan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
7. Pihak polis merupakan Pegawai Lesen dibawah Seksyen 3, AKTA PENIAGA SEKENDHEND
1946 (Akta 189) dan oleh itu lesen perniagaan besi buruk/ barangan lusuh adalah
diletakkan dibawah bidang kuasa pihak PDRM Ketua Pegawai Polis Negeri selaku
pegawai pelesen boleh mewakilkan kuasanya berkenaan bagi sesuatu daerah dalam
Negeri itu kepada mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada
Inspektor.
Manakala di bawah Seksyen 4, AKTA PENIAGA SEKENDHEND 1946 (Akta 189) pula
memperuntukkan bahawa Seseorang pegawai pelesen boleh, menurut budi bicaranya,
mengeluarkan lesen di bawah Akta ini kepada orang yang diluluskan olehnya setelah
dibayar bayaran yang ditetapkan dan apa-apa bayaran lain yang ditetapkan. Walau
bagaimanapun, salah satu syarat untuk Lesen Sekendhend dikeluarkan pemohon perlu
dapatkan kelulusan/ sokongan mendirikan premis dari Pihak Berkuasa Tempatan.
Pembatalan lesen pula adalah di bawah Seksyen 11, AKTA PENIAGA SEKENDHEND 1946
(Akta 189) iaitu dalam mana-mana Negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri, mengikut
mana yang berkenaan, dan dalam Wilayah Persekutuan, Menteri boleh, menurut budi
bicaranya, pada bila-bila masa membatalkan sesuatu lesen yang dikeluarkan atau apa-
apa pengecualian yang dibuat di bawah Akta ini.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
8. Kenapakah Penang Global Tourism hanya menumpukan promosi pelancongan Pulau
Pinang kepada negara-negara Asia Timur sahaja dan telah mengabaikan pasaran
pelancong Asia Selatan, khusunya pasaran pelancong India, yang begitu besar
potensinya?
Y.A.B. Ketua Menteri:
8. Bagi promosi pelancongan Pulau Pinang, keutamaan adalah diberikan kepada pasaran
negara yang mempunyai penerbangan terus ke Pulau Pinang dan juga pasaran yang
mempunyai bilangan kedatangan yang tinggi. Pada masa ini, tiada laluan penerbangan
terus dari negara-negara Asia Selatan ke Pulau Pinang. Bagi menerokai pasaran Asia
Selatan khususnya India,Penang Global Tourism (PGT) telah memperbaharui inisiatif
promosi pelancongannya. Antara tindakan promosi pelancongan kepada negara-negara
Asia Selatan khususnya pasaran India adalah seperti berikut:
(i) Pada September 2017, PGT telah mengadakan program Familiarization
Trip yang berlangsung selama tujuh (7) hari untuk ejen-ejen pelancongan dari
Mumbai dan New Delhi. Ejen-ejen tersebut daripada agensi pelancongan GTA
Travel merupakan perintis yang berpengalaman dalam produk dan
perkhidmatan pelancongan di India;
(ii) PGT telah menyertai India Roadshow dari 17 hingga 24 Januari 2018 untuk
mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan di Kolkata, New
Delhi, Mumbai dan Bengaluru;
(iii) Pada Mac 2018, PGT dengan kerjasama Tourism Malaysia New Delhi telah
mengadakan program Familiarization Trip untuk Gauhar Khan (pelakon
wanita Bollywood dan model yang terkenal di India) dan Yatra.com (sebuah
syarikat pelancongan yang terkemuka di India yang telah memenangi pelbagai
anugerah daripada Kementerian Pelancongan, India) untuk menghasilkan video
promosi di Pulau Pinang;
405
(iv) PGT juga kerap menyertai South Asia’s Leading Travel Show (SATTE) yang
diadakan di India bagi mempromosi pelancongan Pulau Pinang kepada pasaran
Asia Selatan;
(v) PGT berkerjasama dengan Tourism Malaysia dalam mengaturkan dua chef pakar
masakan Malaysia dari Pulau Pinang untuk menyertai Malaysian Food
Promotion di India. Program ini telah memperkenalkan Pulau Pinang kepada
pasaran India; dan
(vi) PGT telah mengedarkan risalah-risalah dan bahan promosi kepada Pejabat
Tourism Malaysia yang terletak di bandar-bandar utama India untuk
mempromosikan destinasi pelancongan Pulau Pinang.
Oleh yang demikian, PGT sememangnya tidak mengabaikan pasaran pelancong Asia
Selatan, khususnya pasaran India dengan inisiatif promosi pelancongan yang berterusan.
Selain itu, usaha-usaha untuk menarik pasaran pelancong Asia Selatan, khususnya
pasaran India turut dilaksanakan oleh Penang Convention and Exhibition
Bureau (PCEB). Pada Januari 2018, Kerajaan Negeri melalui PCEB telah
menjalankan roadshowpromosi pelancongan di India bersama-sama dengan 17 agensi
pelancongan. Pasukan roadshow ini telah menjelajah empat (4) bandar di India bagi
mempromosi Pulau Pinang sebagai destinasi utama pelancongan dalam bidang Business
Events danMeetings, Incentives, Conventions, Exhibitions (MICE), percutian,
perkahwinan dan penggambaran. Dalam Penang International Travel Exchange
(PITE) yang diadakan pada September 2018 di Setia SPICE Convention Centre, PCEB
telah menghimpunkan 113 ejen-ejen pelancongan dari Global Panorama Showcase,
sebuah syarikat rangkaian pelancongan utama dari India. ProgramBusiness-to-
Business (B2B) bagi pasaran India ini merupakan yang terbesar diadakan di Malaysia.
Melalui program ini, sebanyak 5,763 pakej berkaitan sektor pelancongan Pulau Pinang
telah berjaya dijual. PCEB juga telah menghasilkan video promosi pelancongan bagi
pasaran India. Bagi tahun 2019, PCEB akan menggandakan usaha bagi mempromosi
pelancongan Pulau Pinang ke pasaran India dengan sasaran pelancong dari bandar
Chennai, Ahmedabad, Mumbai dan New Delhi.
Baru-baru ini semasa lawatan Chief Executive Officer (CEO) Air Asia ke Pulau Pinang,
Yang Berhormat (YB.) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Pelancongan telah
menyatakan hasrat untuk mengadakan penerbangan terus antara Pulau Pinang dan
India.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
9. Sila nyatakan tanah-tanah perkuburan Hindu di seluruh Negeri Pulau Pinang dan status
pemilikan tanah-tanah perkuburan Hindu tersebut.
Y.A.B. Ketua Menteri:
9. Senarai tanah-tanah perkuburan Hindu di Negeri Pulau Pinang dan status pemilikan tanah-
tanah perkuburan tersebut mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
10. Apakah kriteria pemilihan ahli jawatankuasa OSC dalam PBT di Pulau Pinang?
(a) Adakah mereka yang dipilih sebagai ahli OSC ini mempunyai sensitiviti sosial
seperti pemahaman budaya, agama dan penduduk tempatan?
(b) Kenapakah ada keputusan OSC di MPSP tidak sensitif sosial, seperti meletakkan
tapak RIBI di tepi tong sampah dan IWK?

406
Y.A.B. Ketua Menteri:
10. Keahlian Jawatankuasa Unit Pusat Setempat (OSC) di Pihak Berkuasa Tempatan adalah
berdasarkan Pekeliling Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT) Bilangan 6 Tahun 2008 iaitu terdiri daripada seorang Pengerusi,
seorang Setiausaha, empat (4) Ahli Majlis, dua (2) Ahli Majlis Pemerhati dan Jabatan-
Jabatan Teknikal Dalaman Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Teknikal
Luaran tetap yang bertanggungjawab memberikan ulasan teknikal bagi setiap
permohonan pelan pemajuan. Walau bagaimanapun, pekeliling tersebut tidak
menyatakan secara terperinci kriteria pemilihan Ahli Jawatankuasa OSC. Namun,
Kerajaan Negeri membuat pemilihan Ahli Jawatankuasa OSC dengan mengambilkira
perkara-perkara seperti berikut:
(i) Penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Kebangsaan;
(ii) Memiliki pengalaman kerja dalam bidang yang tertentu yang boleh memberi
manfaat kepada jawatankuasa berkenaan;
(iii) Mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam sesuatu bidang disesuaikan
dalam keanggotaan jawatankuasa tersebut; dan
(iv) Mempunyai latar belakang pendidikan yang bersesuaian seperti
Sijil/Diploma/Ijazah.
(a) Ahli Jawatankuasa OSC yang dilantik oleh Kerajaan Negeri adalah dipilih
berdasarkan kepada kegiatan dan sumbangan aktif masing-masing kepada
masyarakat di Negeri Pulau Pinang. Ahli-Ahli Jawatankuasa OSC yang dilantik
adalah dikalangan individu yang mempunyai sensitiviti sosial selain mempunyai
latar belakang, pengalaman dan pemahaman yang luas berkaitan budaya, agama
dan penduduk setempat.
(b) Isu ini berlaku disebabkan pemaju ingin menyediakan tapak tersebut secara
fizikal sedangkan tapak pemajuan adalah terhad dan kecil. Selain itu,
kesesuaian tapak cadangan yang dicadangkan oleh pemaju kurang diberi
penekanan semasa kelulusan diberikan. Dalam menangani masalah ini, MPSP
telah menyediakan satu dasar di mana bagi pembangunan yang mempunyai
tapak yang kecil dan terhad, pemaju dibenarkan menggantikan tapak RIBI
tersebut dengan sumbangan kewangan. MPSP juga telah memastikan penekanan
diberikan terhadap penentuan lokasi yang disediakan oleh pemaju semasa
kelulusan di berikan.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
11. Apakah rancangan/tindakan yang diambil untuk mengawal kesesakan lalu lintas di Jalan
Heng Choon Thian, persimpangan masuk keluar ke Jalan Bagan Luar-BORR yang
disebabkan oleh lori-lori kontena?
(a) Apakah tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh PDRM, JPJ & SPAD
terhadap lori-lori kontena yang mengganggu lalu lintas di kawasan berkenaan
pada waktu puncak?
Y.A.B. Ketua Menteri:
11. Tindakan serta perancangan Kerajaan Negeri bagi mengawal kesesakan lalu lintas di
Jalan Heng Choon Thian dan persimpangan keluar masuk Jalan Bagan Luar BORR yang
disebabkan oleh lori-lori kontena adalah seperti berikut:
(i) Menugaskan anggota trafik PDRM bagi mengawal dan menyuraikan kesesakan
lalu lintas;
(ii) Menjalankan tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan saman terhadap
kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan;

407
(iii) Menjalankan advokasi kepada pemandu-pemandu lori kontena; dan
(iv) Mengadakan perbincangan berterusan dengan semua pihak yang terlibat
bersama dengan pihak pengurusan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang bagi
mengatasi masalah ini.
Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan bersama pihak Persatuan Wakil-wakil
Penghantaran Pulau Pinang (Penang Freight Forwarders Association - PFFA) pada 29
Oktober 2018. Pihak PFFA telah menyuarakan beberapa isu antaranya berkaitan dengan
isu lori kontena yang menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama di sepanjang jalan
menuju ke depot. Pihak Kerajaan Negeri akan meneliti isu ini bersama dengan pihak
Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk tindakan lanjut.
(a) Tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh agensi penguatkuasaan
(PDRM, JPJ dan SPAD) terhadap lori-lori kontena yang mengganggu lalu lintas
adalah seperti berikut:
(i) Mengeluarkan saman sekiranya pemandu-pemandu lori kontena melanggar
peraturan Akta Pengangkutan Jalan; dan
(ii) Mengarahkan lori kontena untuk beredar dengan segera ke kawasan lain
sekiranya mengganggu lalu lintas di kawasan tersebut.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
12. Apakah fungsi Penang Youth Development Corporation (PYDC)?
(a) Sila senaraikan program-program yang dikendalikan oleh PYDC sepanjang tahun
2016, 2017 & 2018?
(b) Berapakah peruntukkan yang telah disalurkan untuk pembangunan belia di Pulau
Pinang melalui PYDC?
Y.A.B. Ketua Menteri:
12. Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Penang Youth
Development Corporation (PYDC) telah ditubuhkan pada tahun 2012 bertujuan untuk
memperkasa dan melengkapkan golongan belia di Negeri Pulau Pinang dengan pelbagai
ilmu dan kemahiran dalam menghadapi cabaran masa depan.
Buat masa ini, PYDC memfokuskan tiga (3) sektor utama dalam pembangunan belia,
iaitu:
(i) Pendidikan dan Kerjaya;
(ii) Pembangunan Bakat dan Kepimpinan; dan
(iii) Kesedaran Sivik dan Demokrasi.
(a) Senarai program yang dikendalikan oleh PYDC bagi tempoh tahun 2016 hingga
2018 adalah seperti di Lampiran A.
(b) Sejumlah RM3,198,236.00 telah diperuntukkan kepada PYDC sejak tahun 2016
bagi pembangunan belia serta kos operasi PYDC. Perincian adalah seperti
berikut:
(i) Tahun 2016 – RM610,511.00
(ii) Tahun 2017 – RM767,725.00
(iii) Tahun 2018 – RM1,820,000.00
Daripada jumlah tersebut, RM1 juta telah diperuntukkan khusus untuk pembangunan
inisiatif e-Sports di Negeri Pulau Pinang pada tahun 2018.
RUJUK LAMPIRAN A.

408
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
13. Adakah Kerajaan Negeri bersedia dan mempunyai apa rancangan untuk membangunkan
Institusi Pendidikan milik Kerajaan Negeri seperti UNISEL di Selangor, dengan kerjasama
dengan mana-mana universiti antarabangsa?
Y.A.B. Ketua Menteri:
13. Setakat ini Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk membina sebuah universiti seperti
UNISEL di negeri Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sememangnya
berhasrat dan mempunyai perancangan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai hab
pendidikan antarabangsa. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau
Pinang (PDC) telah berjaya menarik minat KDU University College dan sebuah universiti
swasta yang berusaha sama dengan PKT Logistics Group Sdn Bhd untuk mendirikan
kampus di Bandar Cassia, Batu Kawan. PDC kini sedang berusaha untuk menarik minat
sekolah antarabangsa, sekolah swasta dan beberapa pusat pendidikan lagi ke kawasan
tersebut.
Kerajaan Negeri juga telah menerima cadangan pembangunan sekolah antarabangsa
Stonyhurst Penang dengan kerjasama Stonyhurst College dari United Kingdom di atas
tanah milik Perbadanan Ketua Menteri (CMI) Lot 705 (Lot baharu 100008), Seksyen 1,
Bandar Tanjung Pinang, Daerah Timur Laut yang meliputi kawasan seluas 4.33 ekar
(17,546 mp). Stonyhurst merupakan kolej berusia 425 tahun dan akan menggunakan
silibus akademik dan kokurikulum dari United Kingdom bagi pelajar seawal umur empat
(4) tahun sehingga lapan belas (18) tahun dengan persijilan O Level, A
Level dan International Baccalaureate(IB) Level. Projek ini kini dalam peringkat
perancangan dan pelan telah dikemukakan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Pembangunan projek ini akan mengambil masa 24 bulan selepas mendapatkan kelulusan
semua pelan berkaitan.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
14. Tender terbuka di PBT, khususnya di MPSP, seringkali dilihat dimonopoli beberapa
syarikat terpilih sahaja.
(a) Adakah keadaan ini wujud disebabkan oleh jabatan dalaman PBT diberi ruang
untuk mengulas sokong atau tidak sesuatu syarikat tersebut?
(b) Adakah keadaan ini disebabkan oleh pengalaman kerja diberi keutamaan oleh
agensi-agensi berkenaan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
14. (a) Proses tender terbuka oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diuruskan oleh
Jabatan mengikut skop kerja masing-masing. Berikut adalah tatacara penilaian
bagi tender terbuka yang dijalankan oleh PBT:
(i) Dokumen tender akan dinilai berdasarkan garis panduan penilaian tender
yang mengikut kriteria berikut:
 Analisa Kesempurnaan Tender;
 Analisa Kecukupan Dokumen Wajib;
 Analisa Kecukupan Modal; dan
 Analisa Pengalaman Kerja.
(ii) Seterusnya, dokumen tender yang telah dinilai akan diperhalusi oleh
Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Harga berdasarkan garis panduan
yang ditetapkan seperti di Lampiran A.
(iii) Kemudiannya Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Harga akan membuat
syor untuk diperakukan oleh Ketua Jabatan sebelum diangkat bagi
pertimbangan dan kelulusan Lembaga Perolehan.
409
Penilaian tender terbuka oleh PBT adalah mengikut Arahan Perbendaharaan,
Surat Pekeliling Perolehan Kerajaan, Surat Pekeliling Perolehan PBT dan
tatacara yang disebutkan di atas. Sehubungan dengan itu, dakwaan yang
mengatakan bahawa tender terbuka di PBT dimonopoli oleh beberapa syarikat
terpilih adalah tidak benar.
(b) Terdapat empat (4) kriteria yang diambil kira oleh Lembaga Perolehan PBT
semasa mempertimbangkan kontraktor yang berjaya iaitu:
(i) Pengalaman kerja dan prestasi projek-projek yang telah dilaksanakan;
(ii) Kemampuan kewangan yang kukuh;
(iii) Projek semasa di tangan; dan
(iv) Kemampuan teknikal.
Berasaskan kriteria di atas, Lembaga Perolehan akan memutuskan
tawaran terbaik dan ada kemungkinan terdapat kontraktor yang
ditawarkan lebih dari satu kerja. Namun ianya tidak bermakna
kontraktor tersebut memonopoli kerja-kerja yang ditawarkan.
RUJUK LAMPIRAN A.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
15. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memacu pembangunan negeri dalam ekonomi
yang bersifat lebih lestari?
(a) Sila nyatakan projek Kerajaan Negeri yang dilihat sebagai projek yang mampu
memacu ekonomi lestari?
(b) Sila nyatakan projek yang dilihat sebagai projek yang tidak mampan atau lestari
dalam pertimbangan semula ataupun dibatalkan oleh Kerajaan Negeri.
Y.A.B. Ketua Menteri:
15. Pembangunan lestari adalah keseimbangan antara keperluan pertumbuhan ekonomi,
pembangunan kemajuan sosial, kestabilan politik, pemuliharaan alam sekitar dan lain-
lain. Oleh yang demikian, dasarCleaner, Greener, Safer dan Healthier Penang digubal
dalam hasrat menjadikan Pulau Pinang bukan sahaja negeri yang bersih malah
mempunyai alam sekitar yang hijau dan mampan serta selamat untuk didiami dan
mempunyai masyarakat serta persekitaran yang sihat.
Sehubungan itu, bagi menjayakan dasar ini perancangan pembangunan negeri juga
menjurus ke arah pembangunan yang seimbang dan lestari. Antara usaha Kerajaan
Negeri adalah dalam aspek perancangan guna tanah yang baik dengan mengambil kira
alam sekitar agar dapat mengurangkan konflik guna tanah, memelihara kawasan sensitif
alam sekitar dan menjaga liputan kawasan hijau.
Dalam masa yang sama, Agenda Hijau Pulau Pinang (Penang Green Agenda) yang sedang
disediakan oleh Kerajaan Negeri sebagai roadmap untuk tempoh 10 tahun akan datang
(2020 hingga 2030) akan menjadi formula utama dalam mana-mana perancangan
pembangunan negeri ke arah menuju bandar sifar karbon (zero carbon city). Selain itu,
Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga telah menggerakkan
inisiatif Low Carbon City Framework (LCCF) dengan kerjasama Kementerian Tenaga,
Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) bagi merangka dan
merancang pembangunan berasaskan strategi dan langkah-langkah ke arah
pembangunan rendah karbon.
(a) Antara projek utama yang dirancang untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri
yang dilihat mampu memacu ekonomi lestari adalah Projek di bawah Pelan Induk
Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP), Projek Pembinaan Tapak Pelupusan Sampah
di Pulau Burung, Projek perintis Dasar Pengasingan Sisa Di Punca, Projek High
410
Impact Tebatan Banjir, Projek Perpustakaan Digital Pulau Pinang, Projek Taman
Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), dan projek pemuliharaan dan pembangunan
warisan seperti Projek Pesisir Pantai Utara George Town. Semua projek yang
dirancang ini dilihat mampu memacu ekonomi lestari yang menjana ekonomi
negeri, menjaga kelestarian alam sekitar dan pembangunan sosial.
(b) Sehingga kini, tiada projek Kerajaan Negeri yang dibatalkan atau dibuat
pertimbangan semula kerana tidak lestari atau mampan.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
16. Dilaporkan bahawa Mantan Ketua Menteri telah menyatakan bahawa kawasan paya
bakau di sepanjang persisiran Penaga - Teluk Air Tawar berpotensi untuk dimajukan
sebagai kawasan eko-pelancongan dalam satu forum eko-pelancongan pada tahun 2015.
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk merealisasikan
kenyataan tersebut?
Y.A.B. Ketua Menteri:
16. Kerajaan Negeri telah mengenal pasti pesisiran Teluk Air Tawar - Kuala Muda sebagai
aset eko-pelancongan. Bagi memajukan kawasan tersebut sebagai kawasan eko-
pelancongan, Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan seperti berikut:
(i) Persisiran Teluk Air Tawar - Kuala Muda telah dimasukkan dalam Rancangan
Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 sebagai Kawasan Pemuliharaan Paya Bakau.
Sebahagian Pesisiran Penaga - Teluk Air Tawar merupakan sebahagian daripada
rancangan tersebut;
(ii) Dalam proses pewartaan kawasan tersebut sebagai hutan simpanan kekal di
bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Pewartaan kawasan sepanjang pantai dan
sebahagian hutan bakau sebagai hutan simpan kekal adalah amat penting bagi
melindungi kawasan hutan paya laut dan hutan nipah daripada mengalami
kemusnahan dan dapat mengoptimakan sumbangan kepada kestabilan alam
sekitar;
(iii) Mempromosikan kawasan tersebut dalam persidangan antarabangsa. Melalui
program Seberang Perai International Conference on Ecotourism and
Conservation Efforts (SPICEC 2018) yang telah diadakan pada 8 hingga 9 Oktober
2018, lokasi tersebut telah dijadikan sebagai tempat untuk lawatan teknikal bagi
peserta seminar; dan
(iv) Kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada aktiviti birdwatching di lokasi
persinggahan burung-burung hijrah dan juga burung spesis tempatan.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
17. Apakah rancangan dan tindakan Kerajaan Negeri untuk menarik pelabur-pelabur asing
dari Asia Selatan, khususnya India untuk melabur di Pulau Pinang, memandangkan Pulau
Pinang mampu membuka peluang kepada mereka untuk menembusi pasaran ASEAN?
Y.A.B. Ketua Menteri:
17. Antara rancangan dan tindakan Kerajaan Negeri untuk menarik pelabur – pelabur asing
dari Asia Selatan khususnya India ke Pulau Pinang adalah seperti berikut:
(a) Mempertingkatkan kerjasama dengan komuniti bisnes Negara India untuk
mempromosikan peluang dan potensi pelaburan yang sedia ada di Pulau Pinang.
Syarikat teknologi maklumat (IT) di India mempunyai kemahiran dan kepakaran
terutamanya dalam industri “Global Business Services”, Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D) serta Pembangunan Perisian Perkomputeran (Software
Development) yang dapat mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi. Pada

411
masa kini, pelaburan dari segi reka bentuk/pembangunan perisian dan IT dari
Negara India kian meningkat di Pulau Pinang;
(b) Bekerjasama dengan agensi kerajaan pusat seperti MITI dan MIDA terutamanya
dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan penawaran insentif negara
kepada pelabur yang kompentitif berasaskan ‘benchmark’ antarabangsa khusus
kepada negara-negara Asia Selatan. Ini juga merangkumi kemudahan membawa
masuk kepakaran luar untuk melatih tenaga kerja tempatan;
(c) Penambahbaikan infrastruktur dilaksanakan secara berterusan bagi taman-
taman perindustrian dan teknologi yang bertaraf antarabangsa termasuk
perkhidmatan jalur lebar dan menaik taraf utiliti termasuk elektrik dan air.
(d) Menyediakan fasilitasi kepada pelabur supaya membantu dalam “ease of doing
business” dan juga bekerjasama dengan semua “stakeholder” supaya kos untuk
menjalankan perniagaan (“cost of doing business”) di negeri ini kekal
kompetitif; dan
(e) Bekerjasama dengan agensi-agensi dan pihak-pihak berkepentingan seperti
pusat pengajian tinggi dan kolej-kolej teknikal dalam memastikan Pulau Pinang
mempunyai bakat yang mencukupi untuk memenuhi kehendak para pelabur.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
18. Apakah komitmen Kerajaan Negeri dalam melawan pemanasan global dan kesannya?
(a) Adakah hutan paya bakau kita akan dilindungi sepenuhnya daripada ancaman
pembangunan?
(b) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk mewartakan hutan-hutan
paya bakau di Pulau Pinang sebagai Hutan Simpanan Kekal?
Y.A.B. Ketua Menteri:
18. Kerajaan Negeri Pulau Pinang selaras dengan dasar Cleaner, Greener, Safer & Healthier
Penang berhasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang bersih,
mempunyai alam sekitar yang hijau dan mampan, selamat untuk didiami dan
mempunyai masyarakat serta persekitaran yang sihat. Berteraskan kepada dasar ini,
rancangan dan komitmen Kerajaan Negeri dalam menangani isu pemanasan
global (global warming) adalah dengan memulakan proses pembangunan Agenda Hijau
Pulau Pinang (Penang Green Agenda) yang akan berperanan sebagai roadmap untuk
tempoh 10 tahun bagi memacu Negeri Pulau Pinang ke arah negeri hijau dan
lestari (green and sustainable state) dari tahun 2020 hingga tahun 2030. Fokus Penang
Green Agenda adalah untuk memformulasikan kaedah bagi:
(i) menangani isu-isu sensitif alam sekitar berpaksikan kepada pemeliharaan,
pemuliharaan dan kawalan pencemaran ke arah kelestarian;
(ii) mengenal pasti sasaran jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang
untuk meningkatkan kelestarian alam sekitar; dan
(iii) merangka strategi dan pelan tindakan untuk mencapai sasaran kelestarian alam
sekitar yang telah dikenal pasti berdasarkanSustainable Development Goals.
Proses pembangunan Penang Green Agenda dimulakan pada tahun 2017 dan dijangka
siap sepenuhnya pada penghujung 2019. Proses ini dilaksanakan dalam tiga (3) fasa
seperti berikut:
(i) Fasa Pertama: mengenal pasti skop, halatuju, rangka kerja, tindakan, tugas
serta tanggungjawab pihak berkepentingan;
(ii) Fasa Kedua: mengenal pasti sasaran serta indikator yang perlu dicapai dan
membentuk strategi serta pelan tindakan untuk mencapai sasaran yang dikenal
pasti; dan
412
(iii) Fasa Ketiga: pelancaran dan pelaksanaan pelan tindakan secara bersepadu.
Pada masa ini, pembangunan Penang Green Agenda berada pada peringkat Fasa Kedua.
Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah mengerakkan
inisiatif Low Carbon City Framework (LCCF)dengan kerjasama Kementerian Tenaga,
Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). Rangka kerja ini akan
membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan merangka dan merancang pembangunan
berasaskan strategi dan langkah-langkah ke arah pembangunan rendah karbon dan
secara langsung menangani isu pemanasan global.
(a) Terdapat dua (2) Hutan Simpan Kekal (HSK) jenis hutan paya laut dengan jumlah
keluasan 381.04 hektar di Negeri Pulau Pinang iaitu Hutan Simpan Balik Pulau,
Daerah Barat Daya dan Hutan Simpan Byram, Seberang Perai Selatan. Kawasan
hutan paya laut yang telah diwartakan sebagai HSK di bawah Akta Perhutanan
Negara 1984 adalah dilindungi sepenuhnya daripada sebarang pencerobohan
atau penukaran kepada guna tanah yang lain. Kawasan yang telah diwartakan
ini akan terus kekal terpelihara dan terjamin sumbangannya dari aspek alam
sekitar dan sosio ekonomi kepada rakyat. Selain itu, pihak Jabatan Perhutanan
Negeri Pulau Pinang (JPNPP) akan menguatkuasakan Akta Perhutanan Negeri
1984 ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan sebarang penebangan
pokok bakau di dalam mana-mana HSK dan Tanah Kerajaan dan boleh disabitkan
di bawah seksyen 15, Akta Perhutanan Negara 1984. Akta ini memperuntukkan
larangan mengambil hasil hutan dari mana-mana HSK atau tanah Kerajaan yang
boleh didenda sehingga RM500,000.00 dan penjara selama satu (1) hingga dua
puluh (20) tahun.
(b) Kerajaan Negeri melalui JPNPP komited untuk mengekalkan dan seterusnya
meningkatkan keluasan pewartaan HSK jenis hutan paya laut di Negeri Pulau
Pinang dari semasa ke semasa sebagai usaha melawan pemanasan global dan
memelihara sumber biodiversiti. Sehubungan itu, JPNPP telah mengenal pasti
kawasan hutan paya bakau seluas 664 hektar dalam tanah kerajaan di Negeri
Pulau Pinang untuk diwartakan sebagai HSK di lapan (8) kawasan berikut:-
(i) Penaga (200 hektar) tidak termasuk kawasan ZIA Penaga;
(ii) Air Hitam Dalam (10 hektar);
(iii) Sungai Perai (100 hektar);
(iv) Sungai Juru/Sungai Jawi (150 hektar);
(v) Sungai Kerian / Sungai Chenaam / Sungai Udang (100 hektar);
(vi) Pantai Acheh (60 hektar);
(vii) Balik Pulau (40 hektar); dan
(viii) Batu Maung (4 hektar).
Pada peringkat ini, JPNPP bersama jabatan-jabatan berkepentingan sedang
mengemaskini dan melaksanakan pemurnian pelan warta kawasan tersebut untuk
diwartakan sebagai HSK di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
19. Bilakah perkhidmatan "Water Taxi" di antara Butterworth dan Georgetown akan
dilaksanakan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
19. Rancangan untuk mewujudkan perkhidmatan water taxi merupakan salah satu
cadangan yang terkandung dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).
Namun begitu, beberapa kajian terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi
mengenal pasti keperluan serta permintaan terhadap perkhidmatan ini sebelum ianya
dapat dilaksanakan.

413
Kerajaan Negeri juga perlu mendapatkan kelulusan bagi permohonan
pengoperasian water taxi ini daripada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan
Bahagian Maritim di bawah Kementerian Pengangkutan. Antara syarat-syarat yang perlu
dipenuhi dalam permohanan adalah:
(a) Syarikat perlu mendapatkan kebenaran dan hak berlabuh (berthing right) di
terminal secara bertulis daripada pihak berkuasa negeri iaitu Suruhanjaya
Pelabuhan Pulau Pinang.
(b) Syarikat hanya boleh memohon untuk mendapatkan Lesen Perkapalan Dalam
Negeri setelah mendapat kebenaran dan hak berlabuh (berthing right) di
terminal yang berkaitan secara bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri.
(c) Syarikat bertanggungjawab untuk mendapatkan kelulusan berhubung slot
pelayaran dan frekuensi perkhidmatan feri daripada Jabatan Laut Malaysia dan
Pihak Berkuasa Negeri;
(d) Syarikat feri perlu menggunakan feri daftaran Malaysia sahaja bagi maksud
mengendalikan perkhidmatan feri di laluan tempatan; dan
(e) Sebarang kelulusan adalah tertakluk kepada syarat-syarat teknikal, operasi,
keselamatan dan sekuriti serta lain-lain syarat yang akan ditetapkan oleh
Jabatan Laut Malaysia dan Kementerian Pengangkutan dari semasa ke semasa.
Perkhidmatan Water Taxi dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2025 berdasarkan
kajian Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang dilaksanakan oleh Halcrow.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
20. Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan tahun 2013, dinyatakan bahawa Hutan Paya Laut
di atas tanah kerajaan seluas 100 hektar di Sungai Perai dicadangkan untuk dijadikan
Hutan Simpanan Kekal Hutan Paya Laut.
(a) Sila nyatakan lokasi spesifik 100 hektar tersebut.
(b) Berapa hektar hutan paya laut tersebut telah diwartakan sehingga kini?
Y.A.B. Ketua Menteri:
20. (a) Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah mengenalpasti kawasan hutan
paya laut seluas 664 hektar di sepanjang pesisiran pantai di Negeri Pulau Pinang
untuk diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK) termasuk hutan paya laut
di atas tanah Kerajaan seluas 100 hektar di Sungai Perai, Seberang Perai Tengah.
Kawasan ini terletak di tanah Kerajaan sepanjang pesisiran pantai antara Sungai
Perai, Seberang Perai Tengah dan Sungai Juru, Seberang Perai Tengah.
(b) Pada peringkat ini, kawasan hutan paya laut di Sungai Perai, Seberang Perai
Tengah masih dalam proses pewartaan. Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang
bersama jabatan-jabatan berkepentingan sedang mengemaskini dan
melaksanakan pemurnian pelan warta kawasan tersebut sebelum ianya
diwartakan sebagai HSK di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
21. Kerja-kerja mendalamkan dan mengorek keluar sedimen di Sungai Perai, khususnya di
muara Sungai Perai dijangka akan mengurangkan risiko banjir kilat di kawasan Bagan
Dalam dan Perai.
(a) Bilakah kerja-kerja fizikal tersebut akan dimulakan?
(b) Apakah model kewangan untuk projek tersebut?

414
Y.A.B. Ketua Menteri:
21. Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang (JPSPP) tidak mempunyai perancangan
dalam masa terdekat untuk menjalankan kerja-kerja mendalamkan dan mengorek
muara Sungai Perai. Kajian Intergrated River Basin Management (IRBM) bagi
Lembangan Sungai Perai kini sedang dilaksanakan oleh JPSPP untuk menyokong
permohonan peruntukan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Perai yang
telah dimohon di bawah peruntukan persekutuan.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
22. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk membangunkan satu kawasan
pelancongan "birdwatching" yang mampu menarik pelancong dari luar seperti Bukit
Timah Nature Reserve di Singapura?
Y.A.B. Ketua Menteri:
22. Pulau Pinang merupakan antara destinasi pelancong untuk melihat kepelbagaian
spesies-spesies burung tempatan ataupun burung hijrah. Antara tempat yang menjadi
tumpuan bagi birdwatching adalah Hutan Paya Bakau Sungai Burung yang terletak di
Balik Pulau, Taman Negara Pulau Pinang, Taman Botani, Penang Hill, Hutan Pelajaran
Air Hitam Dalam, Hutan Simpan Bukit Juru, Pulau Burung di Byram, Taman Negeri Bukit
Panchor, Taman Eko Rimba Bukit Mertajam dan Pesisiran Pantai Teluk Ayer Tawar di
Butterworth.
Antara kawasan yang tersenarai, Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam adalah kawasan yang
paling sesuai untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan birdwatching di Pulau
Pinang. Kawasan yang berkeluasan lebih kurang 10 hektar ini mempunyai lebih daripada
150 spesies burung. Tempoh bulan Oktober hingga Jun merupakan musim memerhati
burung hijrah di kawasan hutan pelajaran ini.
Bagi membangunkan Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam sebagai kawasan
pelancongan birdwatching, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Kursus Pengenalan
Aktiviti Birdwatching yang bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada pegawai
dan kakitangan agensi kerajaan, pengurus homestay dan masyarakat setempat dalam
mengenal spesies-spesies burung yang terdapat di kawasan Hutan Pelajaran Air Hitam
Dalam. Kerajaan Negeri juga telah bekerjasama dengan penggiat aktiviti
birdwatching dalam menerbitkan risalah pelancongan Birdwatching in Penang.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada Y.A.B. Ketua
Menteri:
23. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menarik minat birdwatchers dari benua
Eropah dan Amerika Utara?
Y.A.B. Ketua Menteri:
23. Rancangan Kerajaan Negeri untuk menarik minat birdwatchers dari benua Eropah dan
Amerika Utara adalah seperti berikut:
(i) Menerbitkan risalah Birdwatching in Penang bagi mempromosikan aktiviti
pelancongan pemerhati burung di Pulau Pinang. Bagi memudahkan capaian
risalah ini kepada umum, risalah ini telah dimuat naik ke laman web
pelancongan Pulau Pinang, mypenang.gov.my.
(ii) Mempromosikan birdwatching dalam tradeshow, roadshow, sales
mission serta familiarization trip yang disertai atau dianjurkan oleh Kerajaan
Negeri. Antaranya, aktiviti birdwatching di Pulau Pinang telah dipromosikan
kepada ejen-ejen pelancongan semasa World Travel Mart di London bagi
pasaran Eropah dan Amerika Utara.

415
(iii) Menyediakan kemudahan yang seimbang antara keperluan para pencinta burung
dengan mengekalkan alam semulajadi sebagai habitat yang kondusif kepada
burung hijrah dan burung tempatan. Antara kemudahan yang disediakan adalah
laluan pejalan kaki, menara pandang, jambatan gantung dan juga program
penanaman pokok-pokok nadir. Kemudahan-kemudahan ini akan membantu
menambahkan keselesaan pelancong.
(iv) Mengenal pasti burung yang terancam dan hampir pupus yang berada dalam
senarai International Union for Conservation of Nature’s Red List of Threatened
Species (ICUN Red List) yang tidak terdapat di kawasan Eropah dan Amerika
Utara untuk dipromosi bagi menarik minat para pelancong. Antara burung hijrah
yang dikenal pasti adalah Spoon-billed Sandpiper (Eurynorhynchus pymaes) di
mana ianya telah dikategorikan sebagai hampir pupus atau ‘critically
endangered’ dan Chinese Egret (Egretta eulophotes) yang telah dikategorikan
sebagai terancam atau ‘vulnerable’. Spesies-spesies yang sukar ditemui di
tempat lain amat berpotensi untuk dijadikan tarikan
peminat birdwatchers antarabangsa terutamanya dari benua Eropah dan
Amerika Utara.

416

You might also like