You are on page 1of 310

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA

PARLIMEN KELIMA BELAS


2023

HARI ISNIN : 12 JUN 2023


JAWAPAN-JAWAPAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN JAWAB

LISAN YANG TIDAK DIJAWAB DI DALAM DEWAN

( SOALAN NO. 5, 12 HINGGA NO. 145 )

[SOALAN NO. 9 DIJAWAB BERSEKALI DENGAN SOALAN NO. 23]


[SOALAN NO 2 DIJAWAB BERSEKALI DENGAN SOALAN NO 18,32
DAN 48]

NOTA: [RUJUK PENYATA RASMI HARIAN (HANSARD)]


SOALAN NO : 05

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL


[ BANDAR TUN RAZAK ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATO' SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL [ BANDAR TUN RAZAK ]
minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh mana langkah-langkah
yang telah diambil bagi menangani isu buli khususnya di kalangan pelajar
sekolah menengah yang menunjukkan peningkatan kes setiap tahun dan
keberkesanan langkah-langkah tersebut.
SOALAN NO : 05

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memandang


serius isu buli yang melibatkan murid sekolah bawah KPM. Antara langkah-
langkah yang telah dan sedang diambil bagi memastikan gejala ini
ditangani adalah seperti yang berikut:
i. melancarkan 7 Teras Nadi Keunggulan KPM yang memfokuskan
kepada pembentukan adab, akhlak, integriti bagi menghalang
gejala negatif dalam kalangan murid. Menerusi teras dua, KPM
akan memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah
melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti bagi melahirkan
anak yang baik lagi cerdik dengan mewujudkan suasana harmoni
yang dapat menghindari gejala negatif seperti gangguan seksual,
buli, ekstremisme, gengsterisme dan vandalisme;
ii. melancarkan Program Sekolah Selamat untuk semua sekolah di
seluruh negara. Program ini bertujuan mewujudkan persekitaran
sekolah yang selamat agar warga sekolah dapat menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta kegiatan
kokurikulum tanpa gangguan daripada mana-mana pihak,
termasuk perbuatan gengsterisme, dadah dan buli dalam
kalangan murid. Antara tindakan yang dilaksanakan dalam
program ini adalah menubuhkan Jawatankuasa Khas Sekolah
Selamat di peringkat jabatan pendidikan negeri dan pejabat
pendidikan daerah serta bekerjasama dengan agensi kerajaan
dan bukan kerajaan untuk membantu mempertingkatkan
keselamatan di sekolah. Pihak sekolah akan membuat penilaian
kendiri keselamatan sekolah melalui Sistem Penarafan
Keselamatan Sekolah untuk menentukan taraf keselamatan
sekolah;
iii. memantau dan mengambil langkah proaktif untuk menangani
gejala sosial dalam kalangan murid sekolah oleh semua pengetua
dan guru besar. KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas
Bilangan 6 Tahun 2000: Menangani Masalah Keselamatan, Dadah
dan Gengster. Antara tindakan yang perlu diambil oleh pihak
sekolah adalah mengadakan peti aduan di sekolah dan asrama,
SOALAN NO : 05

mengukuhkan Jawatankuasa Disiplin Sekolah dan Asrama serta


mengambil tindakan dan menghukum murid yang melakukan
perbuatan buli di sekolah atau asrama. Jawatankuasa anti buli
telah diwujudkan di setiap JPN melalui Jawatankuasa Menangani
Gejala Disiplin Negeri. KPM juga menerima cadangan daripada
Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambah Baik Prosedur
Pengendalian Kes Gangguan Seksual dan Buli di Institusi
Pendidikan untuk menghasilkan buku panduan pengurusan
gangguan seksual dan buli di sekolah. Jawatankuasa ini telah
meneliti dan menyediakan draf serta penulisan bagi tujuan
tersebut;
iv. mengeratkan hubungan antara guru dan murid melalui
pelaksanaan Amalan Guru Penyayang di sekolah. Program ini
bertujuan untuk menerapkan budaya penyayang dalam kalangan
warga sekolah, meningkatkan hubungan murid dan guru serta
mengeratkan hubungan sesama murid. Usaha ini dapat
mengurangkan risiko berlakunya gejala sosial di sekolah;
v. mengadakan kerjasama erat dengan pihak Polis Diraja Malaysia
melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Setiap sekolah
menengah dan sekolah rendah mempunyai seorang PPS yang
sentiasa mendampingi dan bekerjasama dengan pihak sekolah,
termasuklah mengadakan program untuk mencegah buli;
vi. menyediakan saluran pelaporan bagi membolehkan pihak sekolah
melaporkan kes buli kepada KPM. Pada masa kini KPM telah
menyediakan portal aduan buli yang membolehkan warga sekolah
termasuk murid dan ibu bapa serta orang awam membuat aduan
terus kepada pihak Kementerian dan maklumat yang diterima
akan dilindungi. Terdapat empat saluran utama Portal Aduan Buli
iaitu melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KPM, e-
mel, talian telefon dan aplikasi WhatsApp. Portal ini boleh dilayari
melalui https://www.moe.gov.my/aduanbuli; dan
vii. menyediakan khidmat kaunseling kepada murid-murid yang
didapati cenderung untuk melakukan perbuatan salah laku
terhadap murid lain.
SOALAN NO : 05

KPM sentiasa komited untuk meningkatkan lagi kesedaran murid


bagi mencegah gejala buli di sekolah. KPM juga amat menghargai peranan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
dan komuniti setempat yang sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah
bagi menangani gejala buli dalam kalangan murid di sekolah.

Sekian, terima kasih.

RJM72
SOALAN NO : 11

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN


[ SELAYANG ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ] minta MENTERI


PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan
memandangkan Seksyen 7A(5) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan
Perlesenan) 1966 (Akta 118), wang dalam Akaun Pemaju Perumahan
bukan hak syarikat pemaju tergulung, apakah tindakan yang diambil oleh
Kerajaan terhadap pelikuidasi swasta yang enggan meneruskan projek
perumahaan terbengkalai; dan pelikuidasi swasta mencaj fi melebihi kadar
nilai harga pasaran untuk menandatangani borang pemindahan.
SOALAN NO : 11

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan


Kerajaan Tempatan (KPKT) sangat prihatin dan memberikan komitmen
sepenuhnya dalam membantu rakyat mencari penyelesaian terhadap
projek-projek bermasalah termasuklah projek perumahan swasta yang
telah diisytiharkan terbengkalai.

Berdasarkan statistik sehingga 30 April 2023, sebanyak 112 projek


perumahan swasta telah diisytiharkan terbengkalai dan daripada jumlah
tersebut, sebanyak 50 projek telah diambil alih oleh pelikuidasi, satu (1)
projek di bawah Receiver & Manager, manakala selebihnya masih di
bawah pemaju yang asal. Mana-mana projek perumahan swasta yang
diambil alih oleh pelikuidasi adalah dilantik oleh pihak mahkamah dan
tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016 bagi pengurusan hal ehwal syarikat
pemaju perumahan digulung dan pelikuidasi tersebut mempunyai kuasa
sebagai penyelesai. Seksyen 7A (5) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan
dan Perlesenan) 1966 [Akta 118] menyatakan wang dalam Akaun Pemaju
Perumahan (Housing Development Account – HDA) bukan hak syarikat
pemaju tergulung.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, wang dalam akaun HDA
adalah hak pegawai penerima dan pemegang amanah dalam
kebankrapan atau pelikuidasi. Wang dalam akaun ini digunakan oleh
pelikuidasi untuk menguruskan obligasi pemaju terhadap pemajuan
perumahan yang dibina oleh pemaju berkenaan dan bakinya digunakan
mengikut undang-undang berhubung kebankrapan dan penggulungan
syarikat. Wang yang telah dimasukkan ke dalam akaun HDA hanya dapat
dikeluarkan oleh pelikuidasi apabila pemajuan yang dipulihkan itu siap dan
menerima Sijil Penyiapan dan Pematuhan (Certificate Of Completion And
Compliance - CCC). Bagi situasi pelikuidasi yang enggan menyelesaikan
projek terbengkalai, tiada tindakan yang boleh diambil kepada pelikuidasi
tersebut melalui Akta 118, tambahan lagi pelikuidasi menerima hak serta
kuasa untuk menguruskan hal ehwal sesebuah pemajuan daripada
mahkamah.
SOALAN NO : 11

Pelikuidasi boleh mengenakan caj perkhidmatan berdasarkan


Companies Winding-up Rules 1972 bagi perkhidmatan yang diberikan dan
kadar caj ini tertakluk kepada kerumitan peranan pelikuidasi dalam
mengurus hal ehwal projek perumahan tersebut. Kementerian akur
terdapat pertikaian oleh pembeli berkaitan kadar fi ini. Oleh itu, KPKT
sedang mengadakan sesi libat urus bersama agensi-agensi dan badan
yang bertanggungjawab [Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), Jabatan
Akauntan Negara Malaysia (JANM), Persatuan Pengamal Insolvensi
Malaysia (iPAM)] bagi tujuan mendapatkan pandangan dan mekanisma
terbaik dalam penyelesaian projek perumahan swasta terbengkalai yang
berkaitan pelikuidasi termasuk kadar caj bayaran dan fi pelikuidasi yang
seragam. Agensi-agensi tersebut berperanan dalam mengawal selia serta
menentukan kadar caj dan fi pelikuidasi dan mencari solusi dan kaedah
yang terbaik bagi mengatasi perkara ini.

KPKT juga sedang dalam usaha menambah baik Akta 118 bagi
memastikan pelikuidasi yang dilantik memainkan peranan sebagai pemaju
perumahan bagi menyelesaikan isu pemulihan projek demi menjaga
kepentingan pembeli yang teraniaya.

Sekian, terima kasih.


NO. SOALAN: 12
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : KAPTEN AZAHARI BIN HASAN


[PADANG RENGAS]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

KAPTEN AZAHARI BIN HASAN [PADANG RENGAS] minta MENTERI


KESIHATAN menyatakan samada Kerajaan berhasrat untuk menubuhkan
sebuah agensi keselamatan kesihatan bersepadu yang bersifat multidisiplin
bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta langkah pencegahan dalam
menghadapi ancaman pandemik atau endemik pada masa akan datang.
NO. SOALAN: 12
JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sebelum pandemik COVID-19 lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia


(KKM) telah mengambil langkah mengukuhkan kapasiti Malaysia untuk
kesiapsiagaan dan respons terhadap kecemasan kesihatan awam,
termasuk wabak dan bencana. Pelaksanaan Malaysia Strategy for Emerging
Diseases and Public Health Emergencies (MySED II) yang berasaskan The
Asia Pacific Strategy for Emerging Diseases and Public Health Emergencies
(APSED III) di rantau Asia Pasifik telah mengukuhkan struktur penjagaan
kesihatan negara untuk pencegahan, persediaan, dan tindak balas pantas
terhadap kecemasan kesihatan awam.

2. Malaysia pernah diuji dengan wabak penyakit dan bencana seperti


wabak jangkitan virus Nipah (1999), Sindrom Pernafasan Akut Teruk
(SARS) (2003), pandemik influenza H1N1 (2009), insiden pencerobohan
Lahad Datu (2013), kehilangan pesawat MH370 dan kemalangan MH17,
serta kes Sindrom Pernafasan Virus Corona Timur Tengah (MERS-CoV)
(2014). Ini menjadikan kesiapsagaan dan respon untuk kejadian wabak dan
bencana yang lain dapat dijalankan dengan cepat dan jayanya melalui garis
panduan KKM dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang sentiasa
ditambah baik dan dikemas kini.

3. Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis atau Crisis Preparedness


and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, Kementerian Kesihatan
Malaysia merupakan pusat untuk merancang, menganalisa maklumat, dan
menyelaraskan tindak balas sektor kesihatan dalam menangani sebarang
kecemasan kesihatan awam. Secara tidak langsung, ia berfungsi seperti
agensi keselamatan kesihatan bersepadu yang bersifat multidisiplin bagi
memperkukuh kesiapsiagaan serta langkah pencegahan dalam
menghadapi ancaman pandemik atau endemik pada masa akan datang.

4. CPRC bertindak untuk memantau semua kejadian wabak penyakit


berjangkit dan penyakit tidak berjangkit serta kejadian bencana berkaitan
kesihatan untuk mengesan dan memberi amaran awal, di samping
NO. SOALAN: 12
menyelaraskan mobilisasi anggota KKM ke tempat-tempat yang
memerlukan di seluruh negara.

5. Fungsi-fungsi CPRC termasuklah;

i. Meningkatkan tahap kesiapsagaan (preparedness) kesihatan


awam.

ii. Membangunkan strategi untuk menangani isu kesihatan awam dan


pemulihan sekiranya berlaku bencana.

iii. Menyelaras semua aktiviti berkaitan kesihatan untuk memastikan


tindak balas yang berkesan dan segera.

iv. Mengurangkan morbiditi dan kematian sebelum, semasa, dan


selepas kejadian melalui penggunaan pendekatan antara sektor.

v. Meningkatkan kerjasama dan perkongsian maklumat dengan


kementerian-kementerian lain atau agensi-agensi lain yang
berkaitan seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi
Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

6. KKM juga berperanan untuk meningkatkan kapasiti dan kemahiran


anggota melalui latihan siasatan dan pengurusan wabak serta latihan
simulasi wabak berskala besar. Pada masa ini, KKM mempunyai kapasiti
untuk bertindak balas terhadap wabak dan bencana berkaitan kesihatan di
semua peringkat sama ada di peringkat daerah (Bilik Gerakan), negeri
(CPRC Negeri), dan kebangsaan (CPRC Kebangsaan). CPRC juga
mengkoordinasikan tindakan-tindakan kawalan dan pencegahan yang
melibatkan bahagian-bahagian lain dalam KKM seperti Bahagian
Perkembangan Perubatan, Bahagian Latihan, Program Perkhidmatan
Farmasi, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, dan lain-lain.

7. CPRC juga menjalankan dan menyelaraskan latihan-latihan berkaitan


kesiapsagaan dan respon terhadap kecemasan kesihatan awam di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Latihan-latihan yang dijalankan di
NO. SOALAN: 12
peringkat kebangsaan mendapat kerjasama dari semua pihak termasuk
pihak universiti, pihak swasta, dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Latihan-
latihan di peringkat antarabangsa pula termasuklah melalui Jaringan Pusat
Operasi Kecemasan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN
EOC Network) yang melibatkan hubungan dua hala dengan negara-negara
jiran seperti Singapura, Thailand, Myanmar, Indonesia, Filipina, Brunei,
Republik Demokratik Rakyat Lao, Vietnam, dan Kemboja.

8. Walau bagaimanapun, kesiapsiaagaan untuk menguruskan sesuatu


pandemik atau kecemasan kesihatan awam yang lain memerlukan
pendekatan whole of government dan whole of society approach, tidak
terhad kepada KKM dan agensi berkaitan sektor kesihatan sahaja. Maka, ini
memerlukan pelaburan dalam sistem kesihatan dan warga kerja kesihatan
supaya sentiasa bersedia menghadapi sebarang pandemik atau kecemasan
kesihatan awam.

9. NADMA merupakan Agensi Peneraju Utama untuk menjalankan apa-


apa kewajipan yang termaktub bagi memastikan pengurusan Bencana dan
Pengurangan Risiko Bencana, dikendalikan secara bersepadu oleh semua
agensi di setiap Peringkat dengan lebih efisien dan efektif berdasarkan
Arahan No. 20 MKN. Kejadian penularan Pandemik adalah tertakluk di
bawah Arahan ini di mana KKM bertanggungjawab sebagai Agensi Peneraju
dalam pengurusan kejadian wabak berkaitan manusia.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO. : 13

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KELIMA
BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' SRI DR. WEE JECK SENG


(TANJUNG PIAI)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB DATO' SRI DR. WEE JECK SENG (TANJUNG PIAI) minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan;

(a) status kajian selama 15 bulan yang ditugaskan oleh Kementerian


kepada Universiti Malaya (UM) pada tahun 2019 mengenai
kandungan, pendekatan dan skop bagi mewujudkan satu akta
khusus untuk warga emas di Malaysia supaya melindungi mereka
daripada pengabaian dan penderaan; dan

(b) bilakah Kementerian akan mendedahkan hasil kajian tersebut dan


memulakan rundingan dan perbincangan untuk melaksanakan
perlindungan sosial terhadap warga emas.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman, pada masa ini, Malaysia telah mempunyai dasar,


pelan dan program untuk membantu rakyat Malaysia dalam menghadapi
waktu penuaan.

2. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


(KPWKM) telah selesai menjalankan satu Kajian Kandungan,

1
SOALAN NO. : 13

Pendekatan dan Skop bagi Pewujudan Satu Akta Khusus untuk Warga
Emas di Malaysia pada Oktober 2021. Hasil kajian tersebut menjelaskan
terdapat keperluan untuk menggubal suatu undang-undang khusus bagi
warga emas yang boleh melindungi golongan tersebut secara holistik.

3. Dalam hal ini, KPWKM telah menubuhkan satu Pasukan Projek


Khas Rang Undang-Undang Warga Emas yang terdiri daripada wakil
daripada pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan, badan profesional,
ahli akademik dan individu yang berpengetahuan dan berpengalaman
berkenaan isu-isu warga emas. Pasukan Projek Khas ini berperanan
untuk memastikan Rang Undang-Undang Warga Emas digubal secara
komprehensif. Antara fokus utama skop RUU tersebut ialah:

i. melindungi kebajikan warga emas;


ii. melindungi hak asasi warga emas;
iii. memperkasa warga emas;
iv. memperkasakan ahli keluarga dan komuniti; serta
v. mewujudkan sistem sokongan yang kukuh untuk warga emas
dan juga penjaga mereka.

4. Penggubalan akta khusus untuk warga emas adalah selaras


dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang menggariskan
penjanaan semula ekonomi, pengukuhan keselamatan, kesejahteraan
dan inklusiviti, serta lonjakan kemampanan. Usaha pewujudan satu akta
warga emas ini merupakan salah satu langkah persediaan negara dalam
menangani isu penuaan penduduk dan ke arah mencapai status Negara
Tua pada tahun 2030. Persediaan ini memerlukan perhatian kerajaan dan
semua pihak untuk mewujudkan struktur sokongan yang diperlukan untuk
warga emas.

Sekian, terima kasih.

2
NO. SOALAN: 14

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DR. HAJAH HALIMAH ALI [ KAPAR ]
TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

Dr. Hajah Halimah Ali [ Kapar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN


menyatakan bilakah pihak Kementerian akan memulakan kemudahan
pengangkutan seperti bas mini yang efektif dan efisien di pinggiran
kawasan bandar seperti Kapar.
NO. SOALAN: 14

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Pengangkutan melalui Agensi Pengangkutan Awam


Darat (APAD) sememangnya mengambil maklum keperluan kemudahan
pengangkutan seperti bas mini di pinggiran kawasan bandar. Untuk
makluman, APAD sentiasa menasihatkan pengendali bas untuk
menggunakan kenderaan yang bersaiz kecil bukan sahaja di laluan-
laluan pinggiran bandar seperti Kapar, namun di mana sahaja supaya bas
bersaiz kecil tersebut dapat menangani isu first mile dan last mile. Di
samping itu juga, pengendali dapat menjimatkan kos operasi
perkhidmatan mereka apabila menggunakan bas bersaiz kecil.

2. Selain itu, APAD telah membuka permohonan kepada semua


pengendali perkhidmatan pengangkutan awam darat yang berminat untuk
membuat perkhidmatan Bus On Demand (BOD) melalui proof of concept
(POC) bermula pada 1 September 2022. Tempoh POC ini adalah selama
dua (2) tahun sehingga 31 Ogos 2024.

3. BOD merupakan satu perkhidmatan membawa penumpang


menggunakan kenderaan bersaiz kecil seperti bas mini, coaster atau van
di mana tempahan dibuat secara atas talian melalui aplikasi syarikat BOD
masing-masing serta beroperasi di hentian-hentian di dalam zon yang
diluluskan APAD.

4. Pihak yang berminat perlu mengemukakan kertas cadangan


berkenaan permohonan BOD kepada Unit Bas, Ibu Pejabat APAD. Kertas
cadangan tersebut perlu menyatakan kaedah pengoperasian dan kaedah
pengiraan tambang yang akan dikenakan kepada penumpang dengan
mengambil kira kos yang ditanggung.

5. Sebarang maklumat lanjut berkaitan syarat dan kriteria


pelaksanaan, sila layari portal rasmi APAD iaitu www.apad.gov.my atau
emel kepada bod@apad.gov.my.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 15

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN CHIEW CHOON MAN (MIRI)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN CHIEW CHOON MAN [MIRI] minta MENTERI KERJA RAYA


menyatakan sama ada dapat meluluskan permohonan peruntukan oleh
Kementerian Kerja Raya bagi menjalankan projek menaik taraf Bulatan
Pujut 3 (GK Supermarket) Miri yang dinanti-nantikan rakyat Miri supaya
dapat menyelesaikan kesesakan lalu lintas yang paling utama di Miri.
SOALAN NO : 15

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian ini telah mengangkat


cadangan projek menaik taraf Bulatan Pujut 3 (GK Supermarket) pada
Rolling Plan 3 (RP3), Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) untuk
pertimbangan Agensi Pusat, namun cadangan projek tersebut tidak
mendapat kelulusan daripada Agensi Pusat.

Kementerian ini telah mengangkat semula permohonan projek tersebut


pada RP4, RMKe-12. Walau bagaimanapun kelulusan bagi cadangan
projek tersebut tertakluk kepada pertimbangan Agensi Pusat berdasarkan
keutamaan dan kedudukan kewangan Kerajaan.

Sekian, terima kasih.


NO. SOALAN: 16

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK CHE MOHAMAD ZULKIFLY


BIN JUSOH [BESUT]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATUK CHE MOHAMAD ZULKIFLY BIN JUSOH [BESUT] minta


MENTERI KESIHATAN menyatakan status terkini mengenai penubuhan
Pasukan Petugas Khas untuk menangani projek-projek sakit terutama
pembinaan hospital dan klinik kesihatan yang merupakan bukan satu
bangunan biasa tetapi melibatkan pemasangan kemudahan kesihatan
seperti mempunyai ruang yang cukup, praktikal dan boleh digunakan
untuk semua orang.

1
NO. SOALAN: 16

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembinaan fasilti kesihatan


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti hospital dan klinik
kesihatan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, JKR
Sabah dan JKR Sarawak. Agensi-agensi pelaksana ini menguruskan
sepenuhnya semua proses bermula daripada peringkat rekabentuk,
kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan, urusan perolehan, penyeliaan
pembinaan dan memperakukan penyiapan sesuatu projek.

2. Urusan pentadbiran kontrak seperti pelantikan perunding dan


kontraktor, kelulusan lanjutan masa (EOT) dan penamatan kontrak
diputuskan sepenuhnya oleh JKR. Oleh itu, KKM mempunyai ruang yang
terhad untuk mengambil tindakan terhadap projek yang bermasalah dan
hanya dapat memberikan pandangan dan gesaan kepada JKR untuk
menyelesaikan isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaan sesuatu projek.

3. Namun begitu, dalam menangani isu-isu berkaitan projek-projek


sakit, KKM turut memainkan peranan dengan menubuhkan Task Force
bagi Menangani Projek Sakit Pembinaan Fasiliti Kesihatan KKM yang
daripada dua (2) jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Teknikal dan
Jawatankuasa Pemandu. Jawatankuasa Teknikal yang ditugaskan untuk
menilai setiap projek sakit secara terperinci dan mengesyorkan kaedah
penyelesaian dengan pihak kontraktor supaya projek tersebut dapat
dipulihkan dan dilaksanakan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

4. Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh KSU KKM


bersama Ketua Pengarah Kerja Raya dan turut dianggotai oleh MOF,
Kementerian Ekonomi dan ICU JPM pula akan meneliti laporan dan syor
daripada Jawatankuasa Teknikal seterusnya memutuskan langkah-
langkah intervensi yang bersesuaian bagi memulihkan projek-projek sakit
tersebut. Sekiranya projek-projek tersebut tidak berjaya dipulihkan,
keputusan untuk menamatkan kontrak terletak sepenuhnya di bawah
pertimbangan dan keputusan JKR.

2
NO. SOALAN: 16

5. Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak tiga (3) projek sakit


telah berjaya dipulihkan iaitu:

(i) Multi Storey Block Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang;


(ii) Naik Taraf Hospital Kajang, Selangor, dan
(iii) Naiktaraf Bangunan Hemodialisis, Hospital Raub Pahang

6. Prestasi pelaksanaan semua projek KKM dipantau sendiri oleh saya


melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian yang
diadakan setiap tiga (3) bulan. Selain itu, Mesyuarat Jawatankuasa
Tindakan Pembangunan Kementerian dan Mesyuarat Penyelarasan
Projek Pembangunan KKM diadakan setiap bulan bagi memantau
prestasi projek dengan lebih rapi.

Sekian, terima kasih.

3
NO. SOALAN: 17

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' VERDON BIN BAHANDA


[ KUDAT ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATO' VERDON BIN BAHANDA [ KUDAT ] minta MENTERI


PENGANGKUTAN menyatakan perancangan Kementerian untuk
mengawal harga tiket penerbangan khususnya di musim perayaan bagi
laluan dari Semenanjung Malaysia ke wilayah Sabah dan Sarawak.
JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

1. Sebagai sebuah Kerajaan yang berteraskan Malaysia Madani,


Kementerian Pengangkutan memandang serius akan keluhan dan
rungutan rakyat mengenai harga tambang tiket penerbangan yang tinggi
serta di luar kemampuan terutamanya semasa musim perayaan.

2. Untuk makluman Yang Berhormat, harga tiket umumnya akan


meningkat pada musim cuti dan perayaan disebabkan permintaan yang
tinggi untuk tempoh perjalanan yang sama. Hal ini adalah kerana syarikat-
syarikat penerbangan menggunakan mekanisme dynamic pricing dan
menjual tiket berdasarkan Reservation Booking Designator (RBD) di
mana tiket dijual mengikut bakul harga (“price buckets”) yang ditetapkan.
Melalui mekanisme dynamic pricing, tiket dalam bakul harga yang murah
NO. SOALAN: 17

akan dijual terlebih dahulu dan harga tiket akan semakin meningkat
apabila tiket dalam sesuatu bakul harga itu habis dijual.

3. Bagi menangani masalah harga tiket penerbangan yang tinggi,


Kementerian Pengangkutan telah mengadakan perbincangan dengan
MAVCOM dan syarikat-syarikat penerbangan domestik bagi memastikan
harga tiket penerbangan yang ditawarkan adalah kompetitif. Hasil
perbincangan tersebut, syarikat-syarikat penerbangan telah bersetuju
untuk menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa
bergantung kepada permintaan.

4. Selain itu, Jemaah Menteri pada 17 Mei 2023 telah bersetuju untuk
melaksanakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan sehala bagi
laluan-laluan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah/Sarawak/Labuan
sempena perayaan Pesta Kaamatan disambut pada 30 Mei 2023 dan Hari
Gawai pada 1 Jun 2023. Ini melibatkan inisiatif Kerajaan membeli semua
baki tiket penerbangan sehala dari Semenanjung Malaysia ke Sabah,n
Sarawak dan Labuan semasa tempoh tiga hari perjalanan sebelum tarikh
sambutan kedua-dua perayaan tersebut. Kementerian Pengangkutan
dengan kerjasama Batik Air juga menyediakan perkhidmatan
penerbangan sewa khas (charter) bagi laluan Johor Bahru-Sibu
memandangkan tiket penerbangan untuk laluan tersebut telah habis
dijual.

5. Harga tiket penerbangan sehala bagi setiap penumpang bagi


laluan-laluan domestik yang menghubungkan Semenanjung Malaysia
dengan Sabah/Sarawak/Labuan ditetapkan sebanyak maksimum RM300
atau mengikut harga sebenar tambang sekiranya harga tiket tersebut
kurang daripada RM300. Harga ini tidak termasuk cukai dan fi. Pemberian
bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak dan
Labuan sempena musim perayaan ini diharapkan dapat mengurangkan
beban kewangan pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman
untuk tempoh perayaan Pesta Kaamatan/Hari Gawai 2023.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 18

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' HAJI ABDUL KHALIB BIN ABDULLAH


[ ROMPIN ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATO' HAJI ABDUL KHALIB BIN ABDULLAH [ ROMPIN ] minta


MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam
menangani permasalahan sistem atas talian melibatkan KPM yang
sentiasa mengalami gangguan capaian dan kerap berlaku.
SOALAN NO : 18

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM) menyedari bahawa terdapat gangguan capaian pada
Sistem Pengurusan Identiti (idMe) dan Sistem Bersepadu KPM (MOEIS).
KPM mengesan gangguan mula berlaku pada 19 Januari 2023 disebabkan
isu teknikal dan isu penggunaan sistem. Isu tersebut telah diselesaikan
secara berperingkat dan prestasi sistem juga terus dipantau bagi
memastikan sistem tersebut sentiasa beroperasi dengan baik bagi
meminimumkan gangguan capaian.

KPM telah mengenal pasti punca masalah kepada keseluruhan


sistem ini dengan mengambil kira operasi pengurusan sistem secara
keseluruhan serta kompetensi personel bagi memantapkan lagi
pelaksanaan sistem tersebut. Susulan itu, KPM telah mendapatkan
khidmat nasihat audit teknikal dalaman daripada Unit Pemodenan Tadbiran
dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi pelaksanaan
penambahbaikan teknikal pada idMe dan MOEIS. Selain itu, KPM juga
telah merancakkan usaha meningkatkan user-education dengan
mengadakan sesi berkelompok dengan pengguna terlibat, edaran soalan
lazim atau frequently asked questions (FAQ) serta hebahan video tutorial
supaya penggunaan sistem lebih lancar.

Melangkah ke hadapan, KPM akan memberi tempoh masa yang


mencukupi kepada semua pihak terlibat untuk menyemak dan menambah
baik aktiviti pengujian teknikal sistem serta aktiviti pengurusan perubahan
pengguna termasuk pendekatan pelaksanaan secara rintis dalam usaha
untuk memastikan kelancaran penggunaan semua sistem terlibat.

KPM sentiasa komited dalam memastikan penyampaian


perkhidmatan digital kepada pengguna yang terlibat terutamanya ibu bapa
dan guru sentiasa dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 18

RJM73
SOALAN NO : 19

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' MOHD ISAM BIN MOHD ISA [TAMPIN]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATO' MOHD ISAM BIN MOHD ISA [TAMPIN] minta MENTERI BELIA
DAN SUKAN menyatakan pelan untuk mendekati golongan belia luar
bandar menerusi pelbagai aturcara program dan aktiviti yang bersesuaian
dengan konsep Malaysia MADANI supaya golongan berkenaan turut
mengambil bahagian serta tidak ketinggalan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan


Sukan (KBS) sedang melaksanakan inisiatif penting yang akan
memberikan manfaat besar kepada belia luar bandar di negara ini. Inisiatif
ini dilaksanakan melalui pelaksanaan Nafas Baharu Program Rakan Muda.
Bagi tujuan ini, Kementerian bakal memperkenalkan 10 gaya hidup baharu
Rakan Muda seperti berikut:

i. Rakan Aktif;
ii. Rakan Bumi;
iii. Rakan Demokrasi;
1
SOALAN NO : 19

iv. Rakan Digital;


v. Rakan Ekspresi;
vi. Rakan Litar;
vii. Rakan Mahir;
viii. Rakan Muzik;
ix. Rakan Niaga; dan
x. Rakan Prihatin.

Melalui inisiatif ini, KBS mensasarkan penyertaan 300 ribu orang


belia melalui pelaksanaan 30 program merangkumi 250 aktiviti di pelbagai
peringkat termasuk daerah, negeri dan kebangsaan. Sebagai contoh
program Liga Sukan Komuniti di bawah Rakan Aktif akan melibatkan
penyertaan 80 ribu belia dan Rakan Prihatin melalui program Mobilisasi
Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) akan melibat 20 ribu belia.

Bagi merapatkan penglibatan belia luar bandar dalam aktiviti sukan


dan kecergasan, KBS telah menganjurkan program Aktif@Sukan Luar
Bandar. Sepanjang tahun 2023, program ini telah dilaksanakan di Sepitang
Sabah pada April, Kota Bharu, Kelantan pada Mei dan di Baling, Kedah
pada Jun 2023. Pelaksanaan program di tiga negeri ini telah melibatkan
penyertaan lebih 1,500 belia. Program ini bermatlamat untuk meningkatkan
kesedaran mengenai gaya hidup sihat serta berkeupayaan mencungkil
bakat baharu melibatkan pertandingan acara futsal, bola jaring, bola sepak,
bola tampar dan sukan rakyat.

Selain itu sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2023 turut


dilaksanakan di 187 daerah/bahagian menerusi aktiviti ambang HBN pada
1 hingga 15 Mei. Manakala sambutan HBN negeri diadakan pada bulan
Jun dan Julai 2023 melibatkan 13 negeri dan dua Wilayah Persekutuan
dengan sasaran penyertaan dua juta belia seluruh negara. Sambutan
besar-besaran ini merupakan cerminan penghargaan kerajaan kepada
usaha gigih golongan belia, termasuk yang berada di luar bandar.

2
SOALAN NO : 19

Selain itu, KBS turut melaksanakan program Jelajah Genta Belia


yang merupakan inisiatif baharu Kementerian bagi memperkasa agenda
ekonomi belia khususnya yang berada di luar bandar. Program ini
dilaksanakan melalui kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta.
Sehingga Jun 2023, seramai 700 belia telah menyertai program dan lebih
50 peluang pekerjaan telah ditawarkan menerusi portal myfuturejob.

Di samping itu, KBS pada tahun turut memberikan fokus kepada


Program Pendidikan Demokrasi bagi meningkatkan kefahaman dan
pengetahuan golongan belia terhadap sistem demokrasi yang diamalkan di
Malaysia. Hal ini adalah selaras dengan penglibatan formal golongan belia
dalam sistem demokrasi, khususnya dengan penurunan had umur
pengundi kepada 18 tahun. Program ini dilaksanakan sebagai program
jangka panjang melibatkan pelbagai tahap penyampaian berpandukan
kepada kumpulan sasaran ditetapkan. Sehingga kini, Kementerian ini telah
melaksanakan 27 program pada bulan Mei dan Jun 2023 melibatkan
penyertaan 6,241 belia dari pelbagai peringkat. Malah bagi memastikan
pengisian program ini terus diperkukuh, Kementerian telah melaksanakan
sesi libat urus melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk ahli
akademik, badan bukan kerajaan dan parti-parti politik.

Sekian, terima kasih.

3
NO. SOALAN: 20

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' DR. ALIAS BIN RAZAK


[KUALA NERUS]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATO' DR. ALIAS BIN RAZAK [KUALA NERUS] minta MENTERI


KESIHATAN menyatakan perincian mengenai pelaburan langsung asing
(FDI) dalam penyelidikan klinikal negara khususnya bidang kardiologi,
onkologi, reumatologi, kesuburan dan penyakit genetik, dan berapakah
bilangan pakar kesihatan tempatan dalam bidang-bidang berkenaan.
NO. SOALAN: 20

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sejak tahun 2012, sebanyak lebih daripada 2,000 penyelidikan


klinikal telah dijalankan di Malaysia iaitu melibatkan bidang terapeutik
onkologi, kardiologi dan penyakit berjangkit. Daripada bilangan ini,
sejumlah RM 1.025 billion telah dijana melalui aktiviti penyelidikan klinikal
negara.

2. Hasil pendapatan ini dikumpul melalui perjanjian penyelidikan


klinikal yang dimeterai antara pihak penaja penyelidikan klinikal yang
terdiri daripada syarikat-syarikat farmaseutikal dan bioteknologi
antarabangsa dengan tapak-tapak kajian, iaitu antaranya hospital dan
klinik kesihatan awam serta universiti hospital dan hospital swasta.

3. Melalui penyelidikan klinikal yang dijalankan dalam negara, banyak


peluang pekerjaan baru telah dihasilkan, dengan lebih daripada 2,600
pekerjaan berkemahiran tinggi diwujudkan dalam industri penyelidikan
klinikal dalam negara.

4. Berhubung dengan bilangan pakar kesihatan tempatan dalam


bidang-bidang yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, berdasarkan rekod
Majlis Perubatan Malaysia sehingga Mei 2023 terdapat:

a. 382 orang pakar berdaftar dalam bidang Kardiologi;


b. 145 orang pakar berdaftar dalam bidang Onkologi;
c. 100 orang pakar berdaftar dalam bidang Rheumatologi;
d. 50 orang pakar berdaftar dalam bidang Kesuburan; dan
e. 1 orang pakar berdaftar dalam bidang Patologi Genetik.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 21

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN LEE CHEAN CHUNG


[ PETALING JAYA ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB TUAN LEE CHEAN CHUNG [ PETALING JAYA ] minta MENTERI


PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah terdapat
kerjasama strategik Kementerian dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
untuk melaksanakan pelan induk bandar mesra pejalan kaki bagi
mempertingkat kesalinghubungan di antara kawasan transit pengangkutan
awam dan kawasan perumahan agar kebergantungan menggunakan
kenderaan dapat dikurangkan.
SOALAN NO : 21

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan


Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan
Desa (PLANMalaysia) telah menyediakan Garis Panduan Perancangan
Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) dan Garis Panduan
Pelaksanaan Bandar Sihat Mesra Pejalan Kaki (Healthy Walkable City)
dan Panduan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau –
Penyediaan Laluan Pejalan Kaki sebagai panduan dalam merancang
infrastruktur yang dapat mewujudkan persekitaran mesra pejalan kaki
serta menyokong amalan hidup sihat.

Kedua-dua garis panduan ini telah menggariskan prinsip


perancangan yang perlu diterapkan iaitu ketersambungan (connectivity),
mesra pengguna (user friendly), selesa (comfort), selamat (safe) dan
mampan (sustainable). Pada tahun 2015-2016, sebanyak dua (2) projek
perintis Healthy Walkable City telah dilaksanakan dengan kerjasama Majlis
Bandaraya Kuala Terengganu dan Majlis Perbandaran Kluang bagi
menambah baik infrastruktur dan kemudahan laluan pejalan kaki di
kawasan pusat bandar masing-masing.

Selain daripada itu, projek showcase laluan pejalan kaki dan


placemaking di kawasan pembangunan berorientasikan transit di sekitar
Stesen LRT Cempaka, Ampang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya juga
telah dilaksanakan pada tahun 2017. Kesemua usaha ini adalah ke arah
memandu PBT menyediakan infrastruktur serta kemudahan yang
menggalakkan budaya berjalan kaki dalam kalangan penduduk Malaysia
serta mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan bermotor dalam
jangka masa panjang.

Justeru, Kementerian sentiasa menyokong usaha dan inisiatif Pihak


Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melaksanakan pelan induk bandar mesra
pejalan kaki bagi mempertingkat kesalinghubungan di antara kawasan
transit pengangkutan awam dan kawasan perumahan agar
kebergantungan menggunakan kenderaan dapat dikurangkan.

Sekian, terima kasih.


NO. SOALAN: 22

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN HAJI KAMAL BIN ASHAARI


[KUALA KRAU]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN HAJI KAMAL BIN ASHAARI [KUALA KRAU] minta MENTERI


KESIHATAN menyatakan sejauh mana penguatkuasaan larangan
merokok di premis awam seperti kedai makan bagi meningkatkan
kesedaran tentang bahaya merokok.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih meneruskan aktiviti


penguatkuasaan larangan merokok di premis awam termasuk kedai
makan secara aktif sebagaimana Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan
Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018.

2. Aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan melalui penguatkuasaan


bersepadu melibatkan seluruh negeri di Malaysia dengan kerjasama
agensi-agensi penguat kuasa yang lain seperti pihak Polis DiRaja
Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos
Sara Hidup (KPDN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Di samping itu,
aktiviti penguatkuasaan secara rutin dilaksanakan sepanjang tahun.

3. Bagi tahun 2022, sebanyak 201,265 premis telah dilawati dan


sejumlah 67,123 notis kesalahan merokok di bawah Peraturan 11(1),
PPKHT 2004 dikeluarkan dengan nilai kompaun sebanyak RM 16.78 juta.
NO. SOALAN: 22

4. Manakala bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 30 April 2023,


sebanyak 78,920 premis dilawati dan sejumlah 32,473 notis kesalahan
merokok di bawah Peraturan 11(1), PPKHT 2004 telah dikeluarkan
dengan nilai kompaun sebanyak RM 8.1 juta

5. Khusus bagi aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di tempat


makan iaitu Peraturan 11(1)(d) pula, pada tahun 2022, sebanyak 30,648
notis kesalahan merokok dikeluarkan dibawah Peraturan 11(1)(d) dengan
nilai kompaun berjumlah RM7.6 juta. Bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga
30 April 2023 pula, sejumlah 14,872 notis kesalahan merokok telah
dikeluarkan dengan nilai kompaun berjumlah RM3.7 juta.

6. Selain itu, KKM juga telah mewujudkan hotline aduan merokok


melalui aplikasi whatsapp di talian 010-860 8949. Talian ini membolehkan
orang awam membuat aduan secara terus kepada KKM mengenai aktiviti
merokok di tempat larangan. Aduan yang diterima melalui talian hotline
akan dikumpulkan dan dipanjangkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri
masing-masing bagi tindakan seterusnya.

7. Berdasarkan jumlah aduan yang diterima, pihak Jabatan Kesihatan


Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah akan merancang lokaliti hotspot
dan menjalankan pemeriksaan di premis-premis yang berkaitan.
Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus mempergiatkan aktiviti
penguatkuasaan larangan merokok di tempat-tempat larangan merokok
terutama kedai makan.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 23

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN HAJI AHMAD JOHNIE BIN ZAWAWI


[ IGAN ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN HAJI AHMAD JOHNIE BIN ZAWAWI [ IGAN ] minta MENTERI


PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah masalah kekurangan guru di
Sarawak telah diatasi. Nyatakan jumlah kekosongan terkini dan apakah
langkah-langkah yang diambil Kementerian untuk mengatasinya.
SOALAN NO : 23

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memberi perhatian


terhadap pengisian guru di sekolah rendah dan menengah seluruh negara
bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat
dilaksanakan dengan berkesan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 April 2023,


jumlah perjawatan bagi sekolah di Sarawak adalah sebanyak 42,987 dan
pengisian adalah sebanyak 39,926 orang guru. Jumlah kekosongan
perjawatan guru di Sarawak adalah sebanyak 3,061.

KPM menerusi pengumumun yang dibuat semasa sambutan Hari


Guru 2023, telah menyatakan komitmen untuk terus memperkasa kaedah
yang lebih strategik dalam urusan pengambilan guru baharu. Ini
termasuklah mempertingkat sinergi dan kerjasama strategik dengan Pihak
Berkuasa Melantik iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) serta
agensi pusat yang berkaitan termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam dan
Kementerian Kewangan.

Menerusi pengumuman tersebut juga, beberapa kaedah dan


pendekatan strategik telah dipersetujui dan akan dilaksanakan termasuk
peluasan kluster mata pelajaran bagi membolehkan lebih ramai calon
berpotensi dilantik sebagai guru.

Pengambilan guru juga diperluaskan kepada graduan-graduan


berpotensi tinggi dari universiti swasta dan universiti luar negara bagi mata
pelajaran - mata pelajaran kritikal dan sukar mendapat calon dari Universiti
Awam seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Rekabentuk dan
Teknologi dan Pendidikan Islam.
SOALAN NO : 23

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sekiranya pelbagai kaedah


strategik yang dilaksanakan masih gagal memenuhi kekosongan maka
pelantikan guru secara Contract of Service (CoS) dalam kalangan graduan
yang tidak mempunyai ikhtisas pendidikan juga akan dilaksanakan. Guru-
guru lantikan CoS ini akan dipersiapkan dengan ilmu, kemahiran dan sikap
yang sesuai melalui Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
selama setahun sebelum dilantik tetap oleh SPP.

Selain itu, KPM juga menubuhkan Jawatankuasa Pengambilan dan


Penempatan Guru KPM yang berperanan mengenal pasti perubahan yang
berlaku dalam dasar, kurikulum, program dan enrolmen yang memberi
implikasi kepada keperluan guru, seterusnya memastikan keseimbangan
dalam pengambilan serta penempatan guru sekolah KPM.

KPM komited untuk terus memastikan keperluan guru di seluruh


negara dipenuhi bagi memastikan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Sekian, terima kasih.

RJM71
SOALAN NO : 24

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN HAJI MUHAMMAD ISLAHUDDIN BIN


ABAS [MERSING]

SOALAN

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta MENTERI


BELIA DAN SUKAN menyatakan sejauh mana persiapan terkini atlet-
atlet negara dalam misi memburu pingat emas pertama Malaysia pada
temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan


Sukan (KBS) sentiasa komited dalam memastikan pembangunan sukan
berprestasi tinggi berada di tahap terbaik bagi memenuhi aspirasi rakyat
Malaysia untuk mencapai sasaran pingat emas pertama negara di Sukan
Olimpik. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan melalui kerjasama dengan
pelbagai pihak berkepentingan seperti Majlis Olimpik Malaysia (MOM),
persatuan sukan kebangsaan, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut
Sukan Negara (ISN) bagi memastikan gerak kerja menyeluruh untuk
sasaran ini dapat direalisasikan. Pihak Kementerian telah mengumumkan
pembentukan Jawatankuasa Road to Gold (RTG) dengan objektif untuk
menyelaras usaha negara bagi meraih pingat emas pertama di pentas
Sukan Olimpik. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Menteri Belia dan
Sukan bersama-sama Presiden MOM.

Jawatankuasa ini akan bekerjasama dengan Program Podium yang


sedia ada dengan memberi tumpuan kepada program persediaan atlet
elit. Tumpuan akan diberikan kepada aspek sokongan tambahan (top-
pup) meliputi latihan harian, latihan luar negara, pendedahan kejohanan
SOALAN NO : 24

dalam dan luar negara, khidmat sokongan, peralatan, perubatan dan


sains sukan serta sokongan teknologi. Pemilihan atlet-atlet adalah
berdasarkan kepada kriteria ketat seperti berikut:

(i) Pemenang pingat di Temasya Sukan Olimpik 2020; dan


(ii) Ranking 10 Dunia.

Sehingga kini, seramai 15 atlet daripada tiga jenis sukan iaitu


badminton, berbasikal dan akuatik-terjun telah berjaya melayakkan diri ke
program ini. Dijangka lebih ramai atlet negara akan layak memandangkan
proses kelayakan masih berlangsung.

Bagi memastikan persiapan atlet dikendalikan dengan teliti, pihak


Jawatankuasa RTG telah mengadakan beberapa siri perbincangan untuk
mendapatkan maklumat berkenaan keperluan atlet, di samping mengenal
pasti jarak prestasi (performance gap) dan halangan (roadblocks) sedia
ada bagi mencari penyelesaian tuntas untuk memastikan prestasi semua
atlet terlibat berada pada tahap terbaik dan berada di landasan tepat
untuk menyumbang pingat buat negara.

Dalam pada itu, selain daripada memberi tumpuan kepada


Temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris, RTG juga bertindak untuk
memastikan program persediaan atlet ke arah Temasya Sukan Olimpik
2028 di Los Angeles berjalan lancar dan memberikan impak yang lebih
baik. Pihak RTG masih dalam kajian bagi mengenal pasti kaedah terbaik
untuk menguruskan program persediaan atlet ke arah Temasya Sukan
Olimpik 2028. Sehingga kini, pihak RTG masih memberi tumpuan
persediaan atlet ke arah 2024 dan proses untuk persiapan ke arah
temasya sukan Olimpik 2028 akan bermula selepas sahaja selesai
program Paris 2024.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 25

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK SERI HAJI JALALUDDIN BIN HAJI ALIAS


(JELEBU)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATUK SERI HAJI JALALUDDIN BIN HAJI ALIAS (JELEBU) minta


MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH menyatakan apakah
program-program terkini yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian
khusus untuk membantu meningkatkan tahap ekonomi masyarakat
Orang Asli.
SOALAN NO : 25

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, bagi memastikan sosioekonomi


masyarakat Orang Asli terus dilestarikan, JAKOA masih menerapkan
Fokus 4 Pelan Strategik terdahulu iaitu Ekonomi Mampan untuk
meningkatkan pendapatan masyarakat Orang Asli.

Sebanyak 3 program ditekankan untuk sektor pertanian antaranya


Program Hands Holding, Program Perladangan dan Bantuan Input
Pertanian seperti baja, racun, anak pokok, bantuan pembelian
jentera/mesin kecil dan lain-lain akan disalurkan bertujuan untuk
meningkatkan produktiviti selain mengurangkan kos penyelengaraan
tanaman. JAKOA juga akan memperluaskan pelaksanaan projek-projek
pertanian, penternakan dan perikanan melalui kerjasama rakan sinergi
seperti MARDI, Jabatan Pertanian Malaysia, Lembaga Koko Malaysia
dan lain-lain yang berkenaan. Bagi semua program di atas,
pembangunan tanah untuk tanaman getah, sawit dan koko secara
komersial akan terus dilaksanakan dengan penumpuan terhadap
kawasan penempatan yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.
Selain mendapat dividen, Orang Asli juga akan dapat pendapatan
tambahan melalui pekerjaan yang ditawarkan oleh agensi tersebut.

Selain itu, sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan untuk membantu


usahawan dan koperasi Orang Asli yang diberikan dalam bentuk geran,
kursus, latihan serta program. Pemberian geran bantuan bimbingan
usahawan Orang Asli maksimum berjumlah RM55,000.00 dalam bentuk
peralatan dan pembinaan premis perniagaan kepada usahawan.
Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB)
juga ada menyediakan geran berjumlah RM5,000.00 kepada seorang
usahawan Orang Asli yang disediakan dalam bentuk bantuan premis,
peralatan dan modal pusingan. Manakala, pemberian bantuan geran
kepada koperasi Orang Asli berjumlah sehingga maksimum
RM300,000.00 adalah dalam bentuk peralatan dan pembinaan premis.
SOALAN NO : 25

JAKOA dengan kerjasama agensi-agensi penyedia latihan yang


bertauliah komited dalam menyediakan latihan dan kursus kepada
usahawan dan koperasi Orang Asli dalam usaha untuk melengkapkan
ilmu pengetahuan serta kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam
pengurusan perniagaan serta penambahbaikan produk. JAKOA juga
berperanan dalam membantu mempromosikan dan membuat jualan
secara berkelompok antaranya melalui Program Karnival Usahawan
Orang Asli (KUOA) yang diadakan secara tahunan melibatkan
usahawan dan koperasi Orang Asli yang terpilih daripada seluruh
Semenanjung Malaysia.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO.: 26

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS, TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' HAJAH SITI ZAILAH BINTI


MOHD YUSOFF
(RANTAU PANJANG)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB DATO' HAJAH SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF (RANTAU


PANJANG) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA
DAN MASYARAKAT

menyatakan apakah langkah integrasi antara agensi di dalam


Kementerian dalam usaha membantu lebih 560,000 penerima bantuan
bulanan JKM.

1
SOALAN NO.: 26

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


(KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan
bantuan kewangan kebajikan untuk meringankan beban kumpulan sasar
buat sementara waktu sehingga kumpulan sasar ini mampu untuk keluar
dari putaran kemiskinan ke arah hidup berdikari. Bantuan kebajikan yang
diberikan bukan untuk menampung kos sara hidup sepenuhnya
sebaliknya ia adalah untuk membantu kelangsungan hidup kumpulan
sasar yang layak dan memerlukan.

2. Berdasarkan statistik JKM, sejumlah RM2.4bilion meliputi pelbagai


kategori bantuan kebajikan telah disalurkan pada tahun 2022 yang
memberi manfaat kepada 513,167 penerima. Bagi memastikan penerima
bantuan dapat terus dibantu, pelbagai langkah integrasi antara agensi di
dalam Kementerian dan dengan agensi-agensi telah dilaksanakan.
Antaranya ialah:

(i) Integrasi Sistem eBantuanJKM, iaitu sistem yang menyimpan


rekod penerima untuk memenuhi keperluan pengurusan
bantuan JKM dari urusan permohonan bantuan, siasatan,
kelulusan, proses bayaran bantuan, pemantauan sehinggalah
kepada proses pengumpulan statistik. Sistem ini telah pun
diintegrasikan secara system-to-system dengan beberapa
agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan
Akauntan Negara dan Bendahari Negeri di mana Sistem
eBantuanJKM memberi/menerima data dan maklumat secara
terus kepada sistem-sistem ini.

(ii) Dalam masa yang sama sistem eBantuanJKM juga


membekalkan data secara manual kepada Majlis Perlindungan
Sosial Malaysia (MySPC) dan eKasih, ICU dalam usaha
pengintegrasian data bersama Agensi Kerajaan yang lain;

2
SOALAN NO.: 26

(iii) Integrasi Program Berkaitan Bencana JKM dan Agensi


Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam memastikan
kebajikan mangsa bencana terjaga;

(iv) Kolaborasi dan integrasi dengan pelbagai agensi dalam


menjayakan Program 2 Years Exit Program (2YEP), iaitu
program pembangunan kapasiti bagi meningkatkan
pendapatan klien JKM yang produktif melalui bidang
keusahawanan. Peserta program 2YEP diberi bimbingan,
latihan berkaitan perniagaan dan diberi geran modal
perniagaan. Antara agensi kerajaan dan swasta yang terlibat
termasuklah Maybank Foundation, Kolej Komuniti,
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Lembaga Pertubuhan
Peladang, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Tekun
Nasional, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan PERKESO untuk
perkongsian sumber dan kepakaran seperti maklumat, latihan,
khidmat nasihat, pemasaran dan suntikan modal perniagaan
kepada peserta 2YEP.

(v) Melaksanakan kerjasama strategik antara JKM dengan


Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara
(LPPKN) dalam Program Pemerkasaan Dan Transformasi
Minda Penerima Bantuan (PT-Minda JKM) untuk
memperkasakan dan membuat transformasi minda khusus
kepada penerima bantuan JKM. Objektif utama pelaksanaan
program ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran berkaitan keibubapaan serta pengurusan kewangan
peribadi untuk membantu dan memberi sokongan kepada
penerima bantuan untuk bangkit keluar daripada kepompong
kemiskinan.

Sekian, terima kasih.

3
SOALAN NO.: 27

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS, TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN MOHD NAZRI BIN ABU


HASSAN (MERBOK)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB TUAN MOHD NAZRI BIN ABU HASSAN (MERBOK) minta


MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN
MASYARAKAT

menyatakan langkah Kementerian dalam mewujudkan pelbagai program


peluang pekerjaan khususnya dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU)
yang hilang pekerjaan akibat pandemik yang lalu dan nyatakan peratusan
yang berjaya kembali bekerja masa kini dan bagaimanakah pihak
Kementerian mengukur keberkesanan program ini.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


(KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa prihatin
berhubung dengan isu berkaitan peluang pekerjaan kepada Orang
Kurang Upaya (OKU). Walaupun KPWKM bukanlah agensi yang
menyediakan peluang pekerjaan kepada OKU, namun pelbagai inisiatif
telah diambil oleh KPWKM dalam membantu golongan OKU untuk
kembali mendapatkan pekerjaan akibat setelah berhadapan cabaran
sukar akibat pandemik COVID-19 yang mula melanda pada tahun 2020.

1
SOALAN NO.: 27

2. Antara usaha yang dilaksanakan oleh KPWKM termasuklah:

i. membuat padanan pekerjaan dengan jawatan kosong yang


ditawarkan oleh majikan melalui Modul Padanan Pekerjaan
OKU dalam Sistem Pengurusan Maklumat OKU (SMOKU)
milik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);

ii. mengumpul maklumat pencari kerja OKU dan memanjangkan


senarai pencari kerja OKU kepada pihak PERKESO untuk
diintegrasikan dalam portal MyFutureJobs milik mereka;

iii. berkolaborasi dengan Agensi/ Badan Korporat/ Syarikat


swasta dalam menganjurkan Karnival Khas OKU di seluruh
Malaysia khusus untuk golongan OKU mendapatkan
pekerjaan dan mempromosi faedah menggajikan OKU yang
ditawarkan oleh Kerajaan kepada majikan; dan
iv. memberi perkhidmatan sokongan kepada OKU bekerja
melalui Program Perkhidmatan Job Coach (PPJC) untuk
menggalakkan pekerjaan kekal kepada OKU di pasaran
pekerjaan terbuka.

3. Kementerian melalui JKM turut menyediakan bantuan kebajikan


“Elaun Pekerja OKU” bagi OKU yang bekerja tetapi berpendapatan
RM1,500 sebulan dan ke bawah. Sehingga Mac 2023, lebih 97,000 OKU
telah mendapat manfaat bantuan ini. Jumlah ini adalah lebih tinggi
berbanding jumlah penerima pada tahun 2020.

4. KPWKM akan terus membantu golongan OKU yang layak untuk


menikmati kemudahan berkaitan sokongan pekerjaan dan akan terus
memberi sokongan terhadap segala usaha yang diterajui oleh
Kementerian Sumber Manusia dalam menyediakan peluang pekerjaan
kepada rakyat secara amnya dan golongan OKU khususnya.

Sekian, terima kasih.

2
SOALAN NO : 28

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : PUAN ISNARAISSAH MUNIRAH MAJILIS


[ KOTA BELUD ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB PUAN ISNARAISSAH MUNIRAH MAJILIS [ KOTA BELUD ] minta


MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan
usaha dan langkah Kementerian bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan,
pengurusan projek dan penjanaan/ pengurusan kewangan oleh Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh daerah di Sabah memandangkan
pencapaian dan kedudukan mereka adalah antara yang terendah
berbanding PBT lain di seluruh negara.
SOALAN NO : 28

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan


Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyediakan peruntukan sebanyak
RM52 juta untuk perancangan pembangunan projek BP.1 negeri Sabah
bagi tahun 2023. Sehingga bulan Mei 2023, projek yang telah diluluskan
adalah sebanyak RM33.8 juta.

Dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan, KPKT telah


melaksanakan penilaian penyampaian perkhidmatan ke atas semua 26
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Sabah pada tahun 2022
menerusi penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan
(SPB-PBT). Secara umumnya, pencapaian bagi 26 PBT di negeri Sabah
pada kali ini didapati lebih baik berbanding prestasi yang dicapai pada
tahun 2019 berdasarkan peningkatan bilangan PBT yang memperolehi
taraf 5 bintang. Hasil penilaian yang dilaksanakan akan dimanfaatkan
untuk mewujudkan kerjasama strategik antara KPKT dengan Pihak
Berkuasa Negeri (PBN) dalam merancang strategi dan pelan tindakan
yang inklusif dan bersesuaian dengan agenda setempat PBT.
Berdasarkan pencapaian SPB-PBT Tahun 2022, KPKT telah mengadakan
sesi libat urus bersama-sama Kementerian Kerajaan Tempatan dan
Perumahan (KKTP) Negeri Sabah pada tahun 2023 untuk membantu PBT
di negeri Sabah yang mencapai penarafan 3 Bintang dan ke bawah.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 30

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN TAN HONG PIN [ BAKRI ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB TUAN TAN HONG PIN [ BAKRI ] minta MENTERI PEMBANGUNAN


KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kementerian berniat
memulihkan inisiatif Skim Rumah Pertamaku untuk membantu anak muda
membeli rumah pertama.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Belanjawan 2011 telah


mengumumkan Skim Rumah Pertamaku (SRP) sebagai satu inisiatif untuk
membantu golongan muda yang berpendapatan tidak lebih daripada
RM5,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama. Cagamas SRP Berhad
(Cagamas) selaku pengurus skim ini telah menyediakan jaminan supaya
pembeli rumah pertama dapat diluluskan pinjaman yang lebih tinggi daripada
institusi kewangan. Yuran jaminan oleh Cagamas dibayar oleh Kerajaan di
sepanjang pelaksanaan SRP bergantung kepada tempoh pembiayaan,
amaun pembiayaan dan debt service ratio setiap peminjam.
SOALAN NO : 30

Bagi mengurangkan implikasi kewangan kepada Kerajaan, program


SRP ditamatkan pada 31 Mac 2023.Walaupun program SRP ini tidak lagi
diteruskan, Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pembiayaan di
bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). SJKP merupakan salah
satu produk pembiayaan yang disenaraikan di bawah Inisiatif Pembiayaan
Perumahan Malaysia (i-Biaya). I-Biaya telah dilancarkan oleh Kementerian
Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Kementerian
Kewangan pada tahun 2022. SJKP menawarkan pembiayaan perumahan
tanpa perlu membayar wang pendahuluan kepada golongan yang tidak
mempunyai pendapatan tetap atau kumpulan gig ekonomi. Sehingga 30
April 2023, sebanyak 19,281 pinjaman pembiayaan telah diluluskan di
bawah skim ini. 66.25% (12,773) pemohon yang berjaya terdiri dalam julat
umur 35 tahun ke bawah. Nilai keseluruhan pembiayaan yang telah
diluluskan oleh SJKP sejak mula dilancarkan adalah sebanyak RM2.9 bilion.

Di bawah Belanjawan Madani 2023, Kerajaan bersetuju untuk


menyediakan jaminan pembiayaan melalui SJKP sehingga RM5 bilion nilai
pinjaman yang akan memberikan manfaat kepada 20 ribu peminjam yang
memerlukan. Bakal pembeli rumah termasuk golongan anak muda yang
layak, boleh mendapatkan pembiayaan SJKP melalui institusi kewangan
yang mengambil bahagian. Pada masa yang sama, KPKT giat menjalankan
sesi libat urus bersama institusi kewangan bagi mengenal pasti produk-
produk pembiayaan yang dapat membantu rakyat bagi memiliki rumah
pertama.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 31

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : PUAN HAJAH SALAMIAH BINTI MOHD NOR


[TEMERLOH]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

PUAN HAJAH SALAMIAH BINTI MOHD NOR [TEMERLOH] minta


MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perancangan untuk
menaiktaraf: -

a) gelanggang skateboard di Taman Tasik Temerloh; dan

b) litar motor di Taman Industri Mentakab untuk dimanfaatkan oleh


golongan belia.
SOALAN NO : 31

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang berhormat, pada masa ini Kementerian


Belia dan Sukan (KBS) tidak mempunyai perancangan untuk menaiktaraf
gelanggang skateboard di Taman Tasik Temerloh dan litar motor di Taman
Industri Mentakab berikutan kedua-dua kemudahan sukan tersebut bukan
aset di bawah seliaan KBS dan urusan penyelenggaraan sepatutnya
diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Temerloh.

Walau bagaimanapun, Ahli Yang Berhormat boleh mengangkat


permohonan untuk menaiktaraf kedua-dua kemudahan sukan tersebut
kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang untuk diperhalusi oleh
pihak Kementerian.

Untuk makluman juga, Kementerian melalui Jabatan Belia dan


Sukan Negara akan melaksanakan program pembangunan sukan
permotoran melalui MalaysiaActive@Motorsports yang akan diadakan
diseluruh negara pada tahun ini. Program berbentuk perlumbaan, bengkel
sukan permotoran dan Kelas Latihan Asas Sukan (KLASS) sukan
permotoran meliputi disiplin sukan drag, go-kart, drift, rally, motorcross,
MiniGP, Cub Prix dan Pacuan Empat Roda.

Program MalaysiaActive@Motorsports bertujuan mencungkil bakat baharu


dalam sukan permotoran dua dan empat roda. Sebanyak 70 siri program
yang mensasarkan penyertaan seramai 5,000 orang melibatkan
peruntukkan keseluruhan sebanyak RM2,000,000.00. Program ini
dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Sukan Bermotor Malaysia,
Persatuan Sukan Bermotor Negeri dan kelab – kelab sukan permotoran.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 32

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : PUAN SYERLEENA BINTI ABDUL RASHID


[ BUKIT BENDERA ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

PUAN SYERLEENA BINTI ABDUL RASHID [ BUKIT BENDERA ] minta


MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa jumlah "Guru Sandaran"
yang sedang berkhidmat dan keperluan semasa penjawatan ini serta
manfaat yang dinikmati oleh mereka. Nyatakan keperluan penjawatan ini
mengikut negeri dan bidang/kepakaran.
SOALAN NO : 32

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Sehingga 10 Mei 2023, masih terdapat 17 orang guru sandaran di


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pecahan guru sandaran ini
adalah seperti berikut:

NEGERI BIL. GURU


Johor 1
Kedah 1
Kelantan 1
Pahang 1
Perak 2
Sabah 8
Sarawak 1
Selangor 2
JUMLAH 17

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, guru sandaran ini belum


dilantik secara tetap kerana belum memenuhi syarat lantikan bagi Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan DG41. Walaubagaimanapun, guru sandaran ini
tetap menerima elaun dan kemudahan seperti Imbuhan Tetap Khidmat
Awam, Bantuan Sara Hidup, Elaun Perumahan Wilayah, Rawatan
Perubatan, Cuti Rehat Khas dan lain-lain kemudahan seperti yang telah
ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, mulai tahun 2020


kaedah lantikan guru baharu di KPM adalah secara lantikan tetap dan
Contract of Service (CoS) sahaja.

Sekian, terima kasih.

RJM75
SOALAN NO : 33

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' SRI DR. HAJI ISMAIL BIN HAJI ABD.


MUTTALIB [ MARAN ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB DATO' SRI DR. HAJI ISMAIL BIN HAJI ABD. MUTTALIB [ MARAN ]
minta MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN
menyatakan:-

(a) adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan satu senarai


daftar isi rumah yang diintegrasi mengikut keperluan perumahan untuk
golongan miskin bandar bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan
penyampaian berdasarkan kajian Program Perumahan Rakyat (PPR):
Kesejahteraan Kediaman Golongan Miskin Bandar oleh KRI; dan

(b) sejauh manakah tahap kecekapan dan kesalinghubungan di antara


pengangkutan awam dan PPR.
SOALAN NO : 33

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, melalui kajian bertajuk


Program Perumahan Rakyat (PPR): Kesejahteraan Kediaman Golongan
Miskin Bandar, Khazanah Research Institute (KRI) telah mencadangkan
pendekatan holistik baharu dalam pengurusan isi rumah PPR iaitu
mewujudkan senarai daftar isi rumah berdasarkan keperluan perumahan
dengan kriteria kelayakan yang melangkaui tahap pendapatan seperti saiz
isi rumah, kurang upaya usia tua dan kecacatan fizikal.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PPR disediakan untuk


golongan B40 yang juga merupakan golongan miskin bandar.
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengesyorkan
agar kerajaan negeri melaksanakan digitalisasi permohonan PPR ini
menerusi penggunaan sistem agar data permohonan dan pengisian
daripada setiap negeri ini disimpan secara digital dapat diintegrasi dan
disimpan dalam repositori data Analitis Data Raya (BDA) Perumahan yang
akan dibangunkan. Dengan pendigitalan ini, Kerajaan dapat memastikan
pemilihan yang lebih telus untuk golongan yang benar-benar layak serta
proses kerja menjadi lebih efisien.

(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sistem pengangkutan awam


yang cekap dan berkesan amat penting sebagai alternatif masyarakat
bandar khususnya yang tinggal di kawasan PPR bagi mengurangkan
kesesakan lalu lintas dan pada masa yang sama dapat membantu
mengurangkan kos perbelanjaan isi rumah di kawasan bandar.

Survei Perbelanjaan Isi Rumah, 2019 oleh Jabatan Perangkaan


Malaysia mendapati, isi rumah di Malaysia banyak berbelanja bagi tiga (3)
kumpulan utama barang keperluan asas iaitu perumahan (23.6%),
makanan dan minuman (17.3%), dan pengangkutan (13.5%) merupakan
antara yang tertinggi. Ini jelas menunjukkan bahawa pengangkutan
SOALAN NO : 33

merupakan salah satu penyumbang kepada kos perbelanjaan


penggunaan isi rumah di negara ini.

Dalam hal ini, Rancangan Fizikal Negara Ke-4 (RFN4) amat


menggalakkan pembangunan bercampur (mixed-use development) dan
pembangunan pelbagai kegunaan serta menggalakkan pembangunan
berorientasikan transit (TOD) khususnya di pusat-pusat pertumbuhan. Ini
termasuklah dengan mengintegrasikan pembangunan PPR di kawasan
bandar dengan pengangkutan awam bagi memastikan pembangunan
PPR disokong dengan penyediaan kemudahan pengangkutan awam.
Sebagai contoh PPR Taman Mulia di Bandar Tun Razak telah
dibangunkan kemudahan Stesen LRT Bandar Tun Razak bagi
membolehkan penduduk PPR dan penduduk yang tinggal berdekatan
memanfaatkan kemudahan LRT yang disediakan. Ini merupakan usaha
kerajaan untuk meningkatkan tahap kecekapan dan kesalinghubungan di
antara pengangkutan awam dan PPR. Tapak yang mempunyai nilai
tambah seperti elemen mudah dihubungi dengan pengangkutan awam
akan diberi keutamaan dalam penilaian tapak.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 34

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN TAN HONG PIN [ BAKRI ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB TUAN TAN HONG PIN [ BAKRI ] minta MENTERI PEMBANGUNAN


KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status terkini dan kos bagi projek
pembinaan insinerator atau selalunya dijenamakan semula sebagai loji
rawatan termal (WTE) di Bukit Payong, Johor. Bilakah kemudahan
pengurusan sisa pepejal di Bukit Payong boleh mula beroperasi.
SOALAN NO : 34

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, loji Waste to Energy (WtE)


merupakan salah satu kaedah merawat sisa pepejal dan pada masa yang
sama menjana tenaga boleh baharu. Loji insinerator pula adalah kaedah
rawatan sisa pepejal menggunakan haba tanpa menjana sebarang
tenaga boleh baharu. Dalam hal ini, loji WtE boleh menggunakan
teknologi-teknologi lain seperti Anaerobic Digestor (AD), Mechanical and
Biological Treatment (MBT) dan sebagainya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek loji WtE Bukit Payong
adalah di peringkat rundingan terma dan syarat utama perjanjian konsesi
bersama pembida berjaya oleh pihak Unit Kerjasama Awam Swasta
(UKAS), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Kementerian ini menjangkakan
perjanjian konsesi tersebut akan dimuktamadkan dan ditandatangani
pada penghujung tahun 2023. Setelah itu, pihak syarikat perlu memenuhi
syarat duluan (condition precedent - CP) dalam tempoh satu (1) tahun
sebelum perjanjian konsesi boleh berkuatkuasa. Seterusnya, setelah
syarat duluan tersebut telah dipenuhi, proses pembinaan loji akan
dilaksanakan dan dijangkakan akan mengambil masa selama dua (2)
hingga tiga (3) tahun. Justeru, Kementerian ini menjangkakan loji ini akan
mula beroperasi pada tahun 2027.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, loji WtE Bukit Payong


dilaksanakan secara Private Financial Inisiative (PFI) di mana kos
pembinaan loji yang dianggarkan berjumlah RM491 juta akan ditanggung
sepenuhnya oleh pembida berjaya. Pihak kerajaan hanya akan
membayar yuran tipping sebanyak RM72.00 per tan kepada pembida
berjaya apabila loji ini mula beroperasi kelak.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 35

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DR. ABD GHANI BIN AHMAD (JERLUN)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DR. ABD GHANI BIN AHMAD [JERLUN] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan berapakah jumlah projek siap seperti menaik taraf jalan-jalan
Persekutuan, membaik pulih dan pembinaan bangunan-bangunan baharu
di Negeri Kedah sejak RMK-12 hingga sekarang.
SOALAN NO : 35

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan semakan oleh


Kementerian ini sehingga 2 Mei 2023 dapati jumlah projek siap bagi
Negeri Kedah di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi
tempoh tahun 2021 - 2023 adalah seperti berikut:

i) sejumlah 203 projek bagi Kerja-Kerja Berkala Pavemen (Membaik Pulih


Jalan) melibatkan kos bernilai RM126,820,879.00

ii) peruntukan penyenggaraan mengikut tahun bagi Bangunan Gunasama


Persekutuan (BGP) adalah sebanyak RM71,619,749.00

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah Bangunan Gunasama


Persekutuan (BGP) di Negeri Kedah adalah sebanyak 3 buah iaitu
Bangunan Persekutuan Alor Setar, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan Bandar Muadzam Shah, Alor Setar dan Wisma Persekutuan
Alor Star, Kedah. Berdasarkan rekod Kementerian juga semenjak
RMKe12 sehingga sekarang, tiada pembinaan baharu dilaksanakan untuk
Bangunan Gunasama Persekutuan di Negeri Kedah.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 37

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DR. SITI MASTURA BINTI MUHAMMAD


[ KEPALA BATAS ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DR. SITI MASTURA BINTI MUHAMMAD [ KEPALA BATAS ] minta


MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah guru yang telah bersara awal dan faedah ex-
gratia atau pencen yang ditawarkan oleh Kementerian; dan
(b) berapa jumlah penambahan guru bagi menampung guru yang
bersara awal dan tamat perkhidmatan di setiap negeri.
SOALAN NO : 37

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan rekod Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), secara


purata, guru yang bersara pilihan dari tahun 2017 hingga 2022 adalah
sekitar satu peratus setiap tahun berbanding jumlah keseluruhan pengisian
guru.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pegawai perkhidmatan awam


termasuk pegawai perkhidamatan pendidikan (guru) yang diluluskan
bersara pilihan akan menerima ganjaran perkhidmatan dan wang tunai
Gantian Cuti Rehat (GCR) pada tarikh persaraan pilihan pegawai secara
sekaligus. Manakala, pencen perkhidmatan secara bulanan akan dibayar
pada umur layak menerimanya mengikut peraturan pencen yang berkuat
kuasa. Faedah ex gratia pula akan diterima oleh waris apabila pegawai
meninggal dunia dalam perkhidmatan sebagai tambahan kepada faedah
persaraan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Bagi menampung kekosongan guru yang bersara, KPM menerusi


pengumumun yang dibuat semasa sambutan Hari Guru 2023, telah
menyatakan komitmen untuk terus memperkasa kaedah yang lebih
strategik dalam urusan pengambilan guru baharu. Ini termasuklah
mempertingkat sinergi dan kerjasama strategik dengan Pihak Berkuasa
Melantik iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) serta agensi
pusat yang berkaitan termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam dan
Kementerian Kewangan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, urusan pengambilan ini akan


berterusan bagi tahun 2023 bagi mengisi kekosongan di sekolah bawah
KPM. SPP telah mengeluarkan iklan pengambilan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) Gred DG41 Tahun 2023 pada 7 April 2023 sehingga 21
April 2023. Pengambilan PPP kali ini terbuka kepada graduan pendidikan
(lantikan tetap) dan graduan tanpa ikhtisas pendidikan (lantikan secara
Contract of Service). Bagi urusan pengambilan lantikan tetap, pemetaan
calon dengan Kluster Mata Pelajaran telah selesai dilaksanakan. Bagi
urusan pengambilan lantikan CoS pula, calon tanpa ikhtisas pendidikan
SOALAN NO : 37

telah menduduki e-UKCG pada 15 hingga 24 Mei 2023.


Dalam konteks pembangunan kerjaya, KPM menyediakan peluang
pembangunan profesionalisme kepada guru bagi memastikan guru
sentiasa bersedia serta bermotivasi dalam menjalankan tugas dan
berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan masing-masing. Ini termasuk
memberi pendedahan tentang deskripsi tugas guru akademik di sekolah
serta latihan dan bimbingan yang berterusan kepada guru dalam
mendukung pelaksanaan dasar pendidikan semasa, termasuk
melengkapkan guru dengan kemahiran dalam aspek pendigitalan
pendidikan bagi mendepani sistem pendidikan abad ke-21.

Di samping itu, KPM juga menyediakan latihan dalam meningkatkan


kesejahteraan psikologi untuk memberikan kemahiran pengurusan emosi,
kawalan diri dan amalan harian yang positif berdasarkan tahap
kesejahteraan psikologi yang dinilai melalui Inventori Kesejahteraan
Psikologi (IKPsi).

KPM komited untuk terus memastikan keperluan guru di seluruh


negara dipenuhi bagi memastikan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Sekian, terima kasih.

RJM76
SOALAN NO : 38

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD


[ PARIT SULONG ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD [ PARIT SULONG ] minta


MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan
adakah Kementerian boleh meletakkan harga syiling bagi yuran
penyelenggaraan projek-projek perumahan rakyat agar ia kekal
berpatutan.
SOALAN NO : 38

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jemaah Menteri pada 13


Mei 2006 telah bersetuju untuk menetapkan kadar sewa Program
Perumahan Rakyat (PPR) Disewa adalah sebanyak RM124 sebulan.
Melalui perkadaran ini, kos sewaan dan penyelenggaraan telah diambil
kira bagi PPR bersaiz 700kps. Kadar sewa ini telah digunakan sejak tahun
1998 dan masih dikekalkan sehingga kini.

Seterusnya pada 13 April 2022, Jemaah Menteri telah meluluskan


PPR baharu dengan saiz 750kps dan kadar sewaan dinaikkan kepada
RM200 bagi PPR bertanah dan RM250 bagi PPR berstrata. Kadar sewaan
ini adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan nilai kos pembangunan
PPR yang ditanggung oleh Kerajaan. Untuk makluman Ahli Yang
Berhormat, kadar ini juga meliputi penyelenggaraan PPR setiap bulan dan
ianya jauh lebih murah berbanding kadar sewaan dalam pasaran semasa
disebabkan Kerajaan menanggung kos subsidi ke atas penyelenggaraan
tersebut. Kadar ini adalah berpatutan untuk dibayar oleh penyewa yang
mendiami PPR pada masa ini.

Sekian, terima kasih.


NO. SOALAN: 40

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : PUAN WONG SHU QI [ KLUANG ]
TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

PUAN WONG SHU QI [ KLUANG ] minta MENTERI PENGANGKUTAN


menyatakan sama ada Kerajaan akan mengizinkan lebih banyak syarikat
bersaing dalam perkhidmatan penumpang rel supaya penumpang
mempunyai lebih banyak pilihan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Pengangkutan amat prihatin terhadap kualiti


perkhidmatan rel oleh semua operator rel di negara ini. Pelbagai usaha
telah dan sedang dijalankan bagi memastikan keselesaan pengguna agar
mod rel menjadi pilihan utama. Aspek kemampanan operasi dan
penambahbaikan ekosistem dalam pengurusan keretapi (railway
management) sentiasa diteliti agar operator dapat terus berdaya saing
untuk memberi perkhidmatan yang terbaik.

2. Kementerian Pengangkutan melihat terdapat peluang untuk


menambahbaik ekosistem pengurusan keretapi bagi sektor jajaran utama
(mainline/intercity line) yang kini dioperasikan oleh KTMB. Untuk
makluman, pada masa ini Kementerian Pengangkutan sedang
melaksanakan satu kajian kebolehlaksanaan untuk memperkasakan
industri kereta api di jajaran utama yang lebih menjurus kepada
penambahbaikan tadbir urus dan kerangka model keretapi sedia ada
NO. SOALAN: 40

termasuk dalam aspek kewangan, ekonomi, operasi, sosial, kawal selia,


perundangan dan sebagainya.

3. Kajian tersebut, antara lain, merangkumi perkara-perkara seperti


yang berikut:

i. pengukuhan dan penambahbaikan kerangka institusi sedia


ada termasuk dari aspek polisi, ekonomi, keselamatan, kawal
selia, perundangan dan sebagainya;

ii. pengukuhan tadbir urus; dan

iii. pengukuhan pemain utama industri keretapi jajaran utama


iaitu KTMB dan RAC serta keperluan mewujudkan entiti
baharu bagi menyokong keseluruhan ekosistem yang
mampan dan kompetitif.

4. Tertakluk kepada hasil kajian tersebut, Kerajaan akan menetapkan


hala tuju selanjutnya berkenaan pelbagai pengendali perkhidmatan rel
atau Multiple Rail Operator supaya penumpang mempunyai lebih banyak
pilihan.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 41

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DR. RADZI JIDIN [ PUTRAJAYA ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DR. RADZI JIDIN [ PUTRAJAYA ] minta MENTERI PENDIDIKAN


menyatakan :-
(a) status terkini dan garis masa bagi pengambilan 19,000 guru
baharu tahun 2023; dan
(b) perincian pengambilan guru mengikut opsyen mata pelajaran bagi
tahun 2018 hingga tahun 2023 serta unjuran pengambilan guru
bagi tahun 2023 hingga 2027 mengikut negeri, termasuk Putrajaya.
SOALAN NO : 41

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan pengisian


guru dari kalangan graduan pendidikan lepasan Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM), Universiti Awam, Universiti Swasta dan Universiti luar
negara tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata
pelajaran. Urusan pengambilan dilaksanakan melalui Pihak Berkuasa
Melantik iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang
dijalankan sepanjang tahun.

Bagi tahun 2021 hingga Januari 2023, KPM telah melaksanakan


pengambilan seramai 22,327 guru melalui kaedah one-off dan kluster mata
pelajaran sebagai strategi untuk memastikan isu kekurangan guru dapat
diatasi. Beberapa bidang pengkhususan diberi perhatian antaranya adalah
Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Matematik dan
Sejarah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, urusan pengambilan ini akan


berterusan bagi tahun 2023 bagi mengisi kekosongan di sekolah bawah
KPM. SPP telah mengeluarkan iklan pengambilan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) Gred DG41 Tahun 2023 pada 7 April 2023 sehingga 21
April 2023. Pengambilan PPP kali ini terbuka kepada graduan pendidikan
(lantikan tetap) dan graduan tanpa ikhtisas pendidikan (lantikan secara
Contract of Service). Bagi urusan pengambilan lantikan tetap, pemetaan
calon dengan Kluster Mata Pelajaran telah selesai dilaksanakan. Bagi
urusan pengambilan lantikan CoS pula, calon tanpa ikhtisas pendidikan
telah menduduki e-UKCG pada 15 hingga 24 Mei 2023.

KPM menerusi pengumumun yang dibuat semasa sambutan Hari


Guru 2023, telah menyatakan komitmen untuk terus memperkasa kaedah
yang lebih strategik dalam memastikan kekosongan guru ditangani
khususnya dalam melantik guru baharu. Ini termasuklah mempertingkatkan
SOALAN NO : 41

sinergi dan kerjasama strategik dengan Pihak Berkuasa Melantik


(Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) serta agensi pusat yang berkaitan
termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, unjuran keperluan guru


disediakan pada setiap tahun untuk memastikan keperluan guru baharu di
sekolah KPM sentiasa dipenuhi berdasarkan keperluan sebenar di sekolah
KPM. Keperluan guru baharu diunjurkan berdasarkan kekosongan
perjawatan guru di sekolah KPM yang disebabkan oleh guru keluar sistem
seperti guru yang bersara, berpindah ke bahagian dalam KPM, jabatan
pendidikan negeri, meninggal dunia, meletak jawatan dan sebagainya.
KPM turut sentiasa menyemak data unjuran dari semasa ke semasa
berdasarkan keperluan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, keperluan guru di


sekolah KPM termasuklah di WP Putrajaya pada tahun 2023 hingga 2027
adalah dianggarkan antara 7,000 hingga 10,000 orang guru. Walau
bagaimanapun, data unjuran keperluan guru akan disemak dari semasa ke
semasa pada setiap tahun dengan mengambil kira semua faktor yang
berkaitan termasuklah sebarang perubahan dalam dasar awam ataupun
dasar/program pendidikan serta kedudukan semasa kewangan kerajaan.

Sekian, terima kasih.

RJM78
SOALAN NO : 42

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN ROY ANGAU ANAK GINGKOI


[ LUBOK ANTU ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN ROY ANGAU ANAK GINGKOI [ LUBOK ANTU ] minta MENTERI


PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk
menubuhkan sebuah Sekolah Pendidikan Khas di pekan Engkilili
memandangkan ibu bapa di sekitar kawasan ini terpaksa menghantar
anak-anak mereka ke Sekolah Pendidikan Khas yang terletak jauh di
pekan dan bandar lain.
SOALAN NO : 42

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited untuk


menyediakan prasarana yang optimum dan lengkap termasuk kemudahan
mesra orang kurang upaya (OKU) kepada semua murid berkeperluan
pendidikan khas (MBPK).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SK Lubok Antu dan SMK


Lubok Antu merupakan sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI) di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) Lubok Antu. Ibu bapa atau penjaga MBPK yang tinggal di sekitar
pekan Engkilili boleh menghantar anak atau anak jagaan mereka mengikuti
sesi persekolahan di dua buah sekolah tersebut. Buat masa ini, kedua-dua
sekolah masih boleh menampung keperluan MBPK sekitar kawasan
tersebut. Selain itu, MBPK peringkat rendah yang tinggal di sekitar pekan
Engkilili dan Lubok Antu boleh mengikuti sesi persekolahan di Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas Kota Samarahan atau Sekolah Kebangsaan
Pendidikan Khas Kuching yang dilengkapi dengan kemudahan asrama.

Selain PPKI, MBPK boleh mengikuti Program Pendidikan Inklusif


(PPI) yang dilaksanakan di semua sekolah bawah KPM selaras dengan
Pelan Tindakan “Menganjak kepada Pendidikan Inklusif” seperti dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, buat masa ini KPM tiada
perancangan untuk membina sekolah pendidikan khas di pekan Engkilili.
Walaubagaimanapun, bagi MBPK peringkat menengah, projek pembinaan
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Padawan, Sarawak
sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada tahun 2025.
SOALAN NO : 42

KPM yakin pembangunan sekolah yang lengkap dengan kemudahan


asrama dapat menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada
MBPK di samping menyelesaikan isu keciciran MBPK yang berada di
kawasan luar bandar.

Sekian, terima kasih.

RJM77
NO. SOALAN: 43

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' HAJAH SITI ZAILAH BINTI


MOHD YUSOFF [RANTAU PANJANG]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATO' HAJAH SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF [RANTAU


PANJANG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan usaha bagi
mengurangkan kelewatan dan kesesakan pesakit luar dan kecemasan.
NO. SOALAN: 43

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Isu kesesakan pesakit luar dan kecemasan sememangnya


dipandang serius oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pelbagai
inisiatif diambil oleh KKM dalam usaha mengurangkan kesesakan di
hospital dan masa menunggu di kalangan pesakit dalam mendapatkan
rawatan di Jabatan Kecemasan dan pesakit luar. Antara inisiatif yang
dilaksanakan adalah:

i. Mengaplikasikan Iniasiatif Lean Healthcare


Mengaplikasikan Lean Healthcare yang melihat kepada
keseluruhan proses kerja bagi mengurangkan aktiviti yang
tiada nilai tambah demi meningkatkan efisiensi. Proses yang
berulang dan menyebabkan ketidaklancaran pergerakan
pesakit dikurangkan atau dihapuskan sama sekali bagi
memastikan aliran pesakit tidak terganggu. Ini membantu
memendekkan masa menunggu sekaligus mengurangkan
kesesakan di Jabatan Kecemasan dan klinik-klinik pakar.

Aktiviti penambahbaikan yang dilakukan menerusi inisiatif


Lean Healthcare mensasarkan pengurangan waktu
menunggu untuk berjumpa doktor, bermula dari kaunter
pendaftaran sehinggalah pesakit mengambil ubat di farmasi,
dan juga masa menunggu katil untuk pesakit yang perlu
dimasukkan ke wad dari Jabatan Kecemasan. Antara contoh
pelaksanaan adalah di Jabatan Kecemasan Hospital Tengku
Ampuan Rahimah yang dapat mengurangkan masa
menunggu pesakit dari 192 minit kepada 88 minit (secara
purata) manakala di Wad Perubatan pula dapat
mengurangkan masa menunggu pesakit untuk di discaj dari
360 minit kepada 180 minit;
NO. SOALAN: 43

ii. Memantau Indikator Waktu Menunggu Katil

Indikator waktu menunggu katil bagi pesakit yang perlu


dimasukkan ke semua wad daripada Jabatan Kecemasan
juga dipantau. Menerusi aplikasi Lean metodologi serta
keupayaan perkongsian sumber dan step down pesakit yang
lebih lancar melalui inisiatif Hospital Kluster, sebanyak 129
buah hospital mampu mencapai masa menunggu katil kurang
daripada 240 minit.

Proses step down pesakit yang telah stabil dari hospital besar
ke hospital yang kurang sibuk dilihat amat membantu dalam
membolehkan pesakit baru yang lebih kritikal mendapatkan
katil dengan cepat, seterusnya mengurangkan kesesakan di
Jabatan Kecemasan. Inisiatif Hospital Kluster bukan sahaja
memudahcara proses step down, malah memastikan
kesinambungan pelan rawatan pesakit yang terlibat tidak
terjejas, termasuklah untuk terus dipantau oleh doktor pakar
sepanjang berada di hospital;

iii. Pelaksanaan Bed Management Unit Secara Berpusat

Pelaksanaan Bed Management Unit secara berpusat di


peringkat hospital. Unit ini bertanggungjawab untuk
pengurusan katil dan aliran pesakit secara berpusat (sama
ada pesakit kecemasan dan elektif) daripada proses
kemasukan, discaj, transfer intra dan interfasiliti. Pengurusan
katil yang cekap dan efektif ini dapat mengurangkan masa
menunggu pesakit di Jabatan Kecemasan untuk
mendapatkan katil, seterusnya mengurangkan kesesakan di
di Jabatan Kecemasan;

iv. Pelaksanaan Projek Short Stay Unit (SSU)

Projek Short Stay Unit (SSU) yang memfokuskan kepada


pesakit stabil yang memerlukan rawatan kurang dari 72 jam.
Pesakit-pesakit yang dikenal pasti akan dimasukkan ke SSU
NO. SOALAN: 43

untuk rawatan yang berfokus dan optimum. Ini dapat


mengurangkan waktu menunggu untuk mendapatkan katil
bagi pesakit kes-kes ringan yang memerlukan pemantauan
jangka pendek di hospital, seterusnya melegakan kesesakan
di Jabatan Kecemasan dan mengurangkan Length of Stay
(LOS) pesakit di hospital;

v. Pelaksanaan Projek Rintis Melanjutkan Waktu Operasi


Klinik Kesihatan Bagi Mengurangkan Kesesakan Pesakit
di Hospital Kerajaan

Projek Rintis Kluster Hospital Tengku Ampuan Rahimah


(HTAR) dengan Klinik Kesihatan (KK) Bandar Botanik, Klang
telah dipersetujui oleh Pasukan Petugas Khas Reformasi
Sektor Awam (STAR) yang diketuai Ketua Setiausaha Negara
dan telah bermula pada 25 Mac 2023. Melalui inisiatif ini, KK
Botanik, Klang menerima pesakit Zon Hijau (kes bergejala
ringan dan bukan kecemasan) dari Jabatan Kecemasan dan
Trauma HTAR. Waktu operasi KK Botanik, Klang juga telah
dipanjangkan bagi membolehkan perawatan pesakit bergejala
ringan dan bukan kecemasan. Ini adalah bagi menangani
kesesakan dan waktu menunggu lama pesakit di Jabatan
Kecemasan hospital tersebut;

vi. Penyuraian pesakit ke Klinik Kesihatan memandangkan 70%


kehadiran pesakit pada tahun 2019 adalah ke zon hijau (zon
kecemasan bukan kritikal); dan

vii. Melaksanakan pengauditan dalaman dan meneliti semula


keberkesanan inisiatif sedia ada dalam KKM bagi mencari
penyelesaian terbaik (melalui lawatan mengejut dan program
turun padang).

Tuan Yang di-Pertua,

2. KKM telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi mengatasi


masalah kelewatan dan kesesakan perkhidmatan pesakit luar di klinik
NO. SOALAN: 43

kesihatan. Antaranya adalah dengan menyediakan sistem janji temu


melalui aplikasi MySejahtera, Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya dan
melaksanakan klinik selepas waktu pejabat (extended hours).

3. Sehingga Mac 2023, sejumlah 883 klinik kesihatan mempunyai


kebolehan mengatur janji temu pesakit menerusi aplikasi MySejahtera. Ia
dapat mengelak terlalu ramai pesakit pada satu-satu masa dan
mengelakkan kesesakan.

4. Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya yang di bawah strategi


Pendigitalan Kesihatan telah dilaksanakan di 376 buah klinik kesihatan
untuk membantu pesakit mendapatkan konsultasi dan rawatan tanpa
perlu hadir ke klinik. Selain dalam mengurangkan kesesakan di klinik, ia
juga dapat mengatasi masalah kos dan isu pengangkutan yang dihadapi
pesakit.

5. Selain itu, pesakit yang memerlukan rawatan prosedur ringan juga


disalurkan ke 228 Klinik Komuniti supaya dapat menyuraikan kesesakan
di klinik kesihatan.

6. Klinik selepas waktu pejabat (extended hours) turut dijalankan di


klinik kesihatan bagi menangani masalah kesesakan di Jabatan
Kecemasan hospital. Perkhidmatan ini telah dilaksanakan sejak tahun
2008. Kini, terdapat 52 klinik kesihatan yang melanjutkan operasi hingga
9.30 malam pada Hari Bekerja Biasa dan juga beroperasi pada Hari Sabtu
dari 9 pagi hingga 1 tengahari.

7. Bermula dari 25 Mac 2023, enam (6) klinik kesihatan turut


melaksanakan Pelanjutan Waktu Operasi di bawah projek rintis Pasukan
Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) selama tiga (3) bulan.
Waktu operasi di klinik kesihatan terlibat kini dipanjangkan kepada 9.30
malam selama 7 hari seminggu, termasuk pada Hari Sabtu, Ahad dan Cuti
Umum.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 45

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN ZULKIFLI BIN ISMAIL [ JASIN ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN ZULKIFLI BIN ISMAIL [ JASIN ] minta MENTERI PENDIDIKAN


menyatakan statistik permohonan bersara pilihan dalam kalangan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan secara perbandingan mengikut bidang
kepakaran (opsyen) daripada tahun 2021 hingga 2023.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan rekod Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),


bilangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah memohon
persaraan pilihan berdasarkan enam opsyen utama tertinggi dari tahun
2021 hingga 2022 adalah seperti berikut:
i. Bahasa Melayu - 2,862;
ii. Bahasa Inggeris - 1,146;
iii. Matematik - 1,015;
iv. Pendidikan Islam - 755;
v. Sains - 629; dan
vi. Sejarah 483.

Bagi tahun 2023, kelulusan permohonan bersara pilihan masih dalam


pertimbangan pihak agensi pusat.

Sekian, terima kasih.

RJM79
SOALAN NO : 46

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' SRI DORIS SOPHIA ANAK BRODI


[ SRI AMAN ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB DATO' SRI DORIS SOPHIA ANAK BRODI [ SRI AMAN ] minta


MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan trend
harga rumah yang semakin melonjak terutamanya di bandar-bandar
sekaligus wujudnya lambakan rumah yang tidak terjual namun tidak dapat
dimanfaatkan oleh golongan pembeli yang benar-benar memerlukan
memandangkan harganya yang di luar kemampuan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan memandang serius


akan isu rumah siap dibina tidak terjual. Dalam prinsip ekonomi yang sihat,
produk yang dibekalkan ke pasaran seharusnya berdasarkan penawaran
dan permintaan (supply and demand). Antara faktor yang menyebabkan
keadaan tidak sepadan (mismatch) adalah disebabkan oleh harga yang
tidak berpadanan dengan kemampuan pembeli berdasarkan lokaliti, jenis
rumah yang tidak diminati dan lokasi yang kurang strategik seperti jauh dari
pusat ekonomi serta ketiadaan pengangkutan awam yang sesuai.
SOALAN NO : 46

Berdasarkan data awalan suku ketiga tahun 2022 (Q3P 2023) yang
dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (National Property
Information Centre, NAPIC), bilangan unit rumah siap dibina tidak terjual
adalah berjumlah 29,534 unit dengan nilai RM19.95 bilion berbanding
bilangan unit rumah yang dilancar sebanyak 148,426 unit. Data awalan suku
keempat (Q4P, 2022) pula menunjukkan bilangan unit rumah siap dibina
tidak terjual adalah berjumlah 27,746 unit dengan nilai RM18.45 bilion
berbanding bilangan unit rumah yang dilancar iaitu sebanyak 153,227 unit.

Bagi meningkatkan pemilikan perumahan, Kerajaan telah bersetuju


untuk meneruskan pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan
(SJKP). SJKP merupakan salah satu produk pembiayaan yang disenaraikan
di bawah Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya). I-Biaya telah
dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)
dengan kerjasama Kementerian Kewangan pada tahun 2022. SJKP
menawarkan pembiayaan perumahan tanpa perlu membayar wang
pendahuluan kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap
atau kumpulan gig ekonomi. Sehingga 30 April 2023, sebanyak 19,281
pinjaman pembiayaan telah diluluskan di bawah skim ini. Sebanyak 66.25%
(12,773) pemohon yang berjaya terdiri dalam julat umur 35 tahun ke bawah.
Nilai keseluruhan pembiayaan yang telah diluluskan oleh SJKP sejak mula
dilancarkan adalah sebanyak RM2.9 bilion.
Di bawah Belanjawan Madani 2023, Kerajaan bersetuju untuk
menyediakan jaminan pembiayaan melalui SJKP sehingga RM5 bilion nilai
pinjaman yang akan memberi manfaat kepada 20 ribu peminjam yang
memerlukan. Bakal pembeli rumah boleh mendapatkan pembiayaan SJKP
melalui institusi kewangan yang mengambil bahagian. Pada masa yang
sama, KPKT juga giat menjalankan sesi libat urus bersama institusi
kewangan bagi mengenal pasti produk-produk pembiayaan yang dapat
membantu rakyat bagi memiliki rumah pertama.

Sekian, terima kasih.


NO. SOALAN: 47

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN HASSAN BIN SAAD [BALING]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN HASSAN BIN SAAD [BALING] minta MENTERI KESIHATAN


menyatakan usaha Kementerian untuk menaik taraf klinik-klinik kesihatan
secara holistik di kawasan luar bandar terutamanya di daerah Baling.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Kesihatan sentiasa berusaha untuk menambah baik


fasiliti klinik kesihatan di kawasan luar bandar, termasuk daerah Baling.
Bagi memastikan pendekatan perancangan adalah holistik, Kementerian
ini turut memberikan perhatian kepada penambahbaikan klinik yang daif
termasuk menaik taraf infrastruktur dan penggantian sistem kejuruteraan
yang sudah tidak selamat, di samping mengambil kira pertambahan klinik
kesihatan yang baharu.

2. Untuk makluman, terdapat beberapa faktor yang akan


dipertimbangkan sebelum sebarang inisiatif penaiktarafan fasiliti di luar
bandar dapat dilaksanakan iaitu:

(i) Pertama, pertambahan beban kerja;


(ii) Kedua, keperluan perluasan perkhidmatan;
(iii) Ketiga, akses kepada perkhidmatan kesihatan di fasiliti lain yang
terdekat; dan
(iv) Keempat, ketersediaan tapak yang sesuai.
NO. SOALAN: 47

3. Untuk makluman, terdapat dua (2) buah projek naik taraf klinik
kesihatan luar bandar di daerah Baling yang telah selesai sepanjang
tahun 2022 iaitu:

(i) Pertama, kerja-kerja naik taraf di Klinik Kesihatan Malau; dan

(ii) Kedua, kerja-kerja pembaikan bumbung di Klinik Kesihatan Parit


Panjang.

4. Selain itu, terdapat dua (2) buah lagi projek yang sedang dalam
pelaksanaan sekarang iaitu:

(i) Projek Naik Taraf Jabatan Pesakit Luar di Klinik Kesihatan


Kupang; dan

(ii) Projek Naik Taraf Bangunan, Sistem Kejuruteraan dan


Infrastruktur Klinik Desa Kuala Merah. Klinik ini merupakan
sebuah klinik daif di Baling yang kini sedang diperbaiki.

5. Dalam usaha untuk menyediakan sebuah klinik kesihatan baharu


yang komprehensif sebagai fasiliti tambahan, Kementerian ini sedang
mengenal pasti tapak yang bersesuaian. Projek hanya dapat dipohon
setelah proses perolehan tanah selesai kelak.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 48

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN ONN BIN ABU BAKAR [ BATU PAHAT ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN ONN BIN ABU BAKAR [ BATU PAHAT ] minta MENTERI


PENDIDIKAN menyatakan buat masa ini masih ada sekolah yang
melaksanakan pembelajaran 2 sesi, seperti darjah 1, 2 dan 3 sesi pagi dan
4, 5 dan 6 sesi petang. Keadaan begini sebenarnya menyulitkan ibu bapa
yang bekerja khususnya di kawasan-kawasan bandar. Apakah langkah
Kementerian untuk penyelesaian masalah ini.
SOALAN NO : 48

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam memastikan


murid boleh belajar dengan selesa, kondusif dan dapat memberi fokus
kepada pembelajaran dengan baik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah merangka


beberapa strategi bagi memastikan sekolah dua sesi dapat beroperasi
secara satu sesi seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Antara langkah dan usaha yang
diambil oleh KPM adalah mengawal pendaftaran murid di sesebuah
sekolah, menambah bilangan bilik darjah di sekolah sedia ada berdasarkan
keperluan dan kesesuaian tapak atau pembinaan sekolah baharu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, strategi yang telah


dilaksanakan ini menunjukkan perkembangan positif. Berdasarkan data
KPM, bilangan sekolah yang menjalankan persekolahan dua sesi pada
tahun 2022 ialah sebanyak 1,217 buah sekolah. Bilangan ini dilihat
menurun berbanding tahun sebelumnya iaitu dari tahun 2018 hingga tahun
2020. Bilangan sekolah yang menjalankan persekolahan dua sesi pada
tahun 2018 adalah sebanyak 1,282 buah, tahun 2019 adalah sebanyak
1,260 buah sekolah dan tahun 2020 adalah sebanyak 1,243 buah sekolah.

Sekian, terima kasih.

RJM80
SOALAN NO : 49

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN SABRI BIN AZIT [ JERAI ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN SABRI BIN AZIT [ JERAI ] minta MENTERI PENDIDIKAN


menyatakan pendekatan mengurangkan jurang perpaduan yang wujud
akibat pengasingan latar belakang terutama pendidikan yang berbeza dari
orientasi sekolah vernakular dan sekolah kebangsaan yang lain.
SOALAN NO : 49

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memastikan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
menjadi teras dalam perancangan pendidikan yang lebih komprehensif dan
holistik. Hal ini adalah untuk memastikan sistem pendidikan kebangsaan
selaras dengan aspirasi mengukuhkan perpaduan, membina identiti
nasional serta membangunkan modal insan bagi memenuhi keperluan
negara pada masa hadapan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, melalui teras kedua dalam 7


Teras Nadi Keunggulan KPM, penekanan diberikan kepada pembentukan
adab, akhlak dan integriti bagi melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik. Ini
dapat memastikan generasi waris masa depan mempunyai jati diri yang
kukuh untuk menghadapi cabaran masa mendatang. Di samping itu,
pendekatan teras ini adalah untuk mewujudkan suasana harmoni yang
dapat menghindari gejala negatif menerusi aspek karamah insaniah
terutamanya dalam kalangan murid di sekolah. Penekanan dalam aspek
karamah insaniah ini bukan sahaja diterap dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah, malah turut diterapkan dalam pembelajaran di
luar bilik darjah iaitu semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.

Bagi mengukuhkan semangat perpaduan dan integrasi kaum murid,


KPM melaksana aktiviti perpaduan sepanjang tahun melalui aktiviti sukan,
kokurikulum, kesenian, ko-akademik dan khidmat masyarakat pada
peringkat sekolah. Melalui aktiviti ini, murid dari pelbagai kaum, latar
belakang, sosioekonomi, agama serta etnik berpeluang mengukuhkan
pemahaman mengenai kepentingan mengekalkan perpaduan menerusi
pelbagai aktiviti bagi menggalakkan integrasi nasional dan perpaduan.
SOALAN NO : 49

Selain itu, KPM juga sentiasa bekerjasama dengan Kementerian


Perpaduan Negara (KPN) melalui penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN)
di sekolah. Kelab ini ditubuhkan sebagai satu strategi utama ke arah
pengukuhan semangat perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum.
KPM yakin semua usaha yang dilaksanakan ini dapat merapatkan jurang
perpaduan yang wujud.

Sekian, terima kasih.

RJM81
SOALAN NO : 50

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN WAN RAZALI BIN WAN NOR


[ KUANTAN ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB TUAN WAN RAZALI BIN WAN NOR [ KUANTAN ] minta MENTERI


PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah kawalan
daripada pihak Kementerian bagi menetapkan had bilangan pemilikan
rumah kos rendah dan sederhana rendah kepada seseorang individu
warganegara.
SOALAN NO : 50

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah


memperkenalkan kaedah permohonan Program Perumahan Rakyat
(PPR) secara atas talian yang bertujuan untuk mengawal bilangan
pemilikan perumahan sosial. Permohonan secara atas talian ini boleh
dibuat melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) atau
Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
Perumahan Negeri. Secara amnya, proses pengisian PPR dilaksanakan
oleh kerajaan negeri tertakluk kepada prosedur, kelayakan dan proses
yang ditetapkan oleh kerajaan negeri yang terlibat.

Bagi pengisian PPR di bawah seliaan Kementerian Pembangunan


Kerajaan Tempatan (KPKT) pula, Jabatan Perumahan Negara (JPN)
melakukan semakan silang untuk menapis kelayakan permohonan masuk
program PPR iaitu:

i. semakan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)


berhubung maklumat penyeteman perjanjian perumahan atau
Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement; SPA) atau
yang setara;

ii. semakan dengan Pejabat Tanah bagi pemilikan harta pusaka;


dan

iii. semakan silang antara negeri akan dilaksanakan apabila


sistem Analitis Data Raya (BDA) Perumahan selesai
dibangunkan sebagai sumber rujukan berpusat bagi data
perumahan.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 51

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN KALAM BIN SALAN [ SABAK BERNAM ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN KALAM BIN SALAN [ SABAK BERNAM ] minta MENTERI


PENDIDIKAN menyatakan menempatkan kerani untuk semua sekolah
kurang murid (SKM) untuk mengurangkan beban tugas guru yang terpaksa
menjalankan tugas sebagai pentadbir, pengajar dan perkeranian yang
boleh mengurangkan tumpuan kepada murid.
SOALAN NO : 51

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM) telah memperuntukkan satu perjawatan Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi) Gred N19 di semua Sekolah Kurang Murid (SKM),
yang berenrolmen 150 orang murid ke bawah. Tugas Pembantu Tadbir ini
merangkumi aspek pentadbiran, perkhidmatan, pengurusan kewangan,
pengurusan aset dan pengurusan stor di sekolah.

Selain daripada Pembantu Tadibir, KPM juga telah diperuntukkan


beberapa skim perkhidmatan bagi membantu guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran seperti Pembantu Makmal, Pembantu
Pengurusan Murid Prasekolah, Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan
Khas dan Pembantu Pengurusan Murid Asrama.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM melalui Jawatankuasa


Mengkaji Beban Guru akan terus meneliti inisiatif yang boleh membantu
meringankan beban tugas guru melalui perbincangan berterusan dengan
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan Malaysia (NUTP), Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM)
dan Majlis Guru Besar (MGB).

KPM akan terus komited meneliti cadangan dalam menangani isu


beban guru bagi memastikan kesejahteraan guru terjamin dan fokus utama
mereka kepada pengajaran dan pembelajaran dapat dioptimumkan.

Sekian, terima kasih.

RJM82
SOALAN NO: 52

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL [ AMPANG ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL [ AMPANG ] minta MENTERI


PENDIDIKAN menyatakan persediaan untuk mempelbagaikan asas
pendidikan supaya tidak hanya tertumpu kepada aspek akademik
sebaliknya menyediakan peluang dan ruang secukupnya buat pendidikan
berorientasikan bakat dan kemahiran seperti pendekatan pengajaran dan
pembelajaran berteraskan amali untuk mengembangkan kemahiran dan
kepakaran para pelajar.
SOALAN NO: 52

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memastikan


pendidikan yang disediakan untuk murid adalah bersifat menyeluruh.
Kurikulum kebangsaan dan sistem pentaksiran iaitu Pentaksiran
Berasaskan Sekolah menumpukan kepada perkembangan murid secara
holistik dalam memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Ini juga
merupakan proses ansur maju yang dapat menyediakan murid dari bukan
sahaja dari segi akademik tetapi turut mengembangkan bakat dan
kemahiran mereka.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bakat dan kemahiran murid


dibangunkan dan dipupuk melalui kurikulum mata pelajaran seperti
Bahasa, Pendidikan Jasmani, Sains Sukan, Pendikan Seni Visual,
Pendidikan Muzik serta Kurikulum Kesenian yang ditawarkan di Sekolah
Seni Malaysia.

Di samping itu, bakat murid dalam bidang Sains, Teknologi,


Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menerusi mata pelajaran seperti
Sains, Sains Tambahan, Matematik, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik
Tambahan. Bagi mengembang dan memperkasa bakat murid dalam
bidang ini, pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berteraskan
amali seperti pembelajaran berasaskan projek sentiasa diperkasa.

Selain itu, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) turut


dilaksanakan secara merentas kurikulum. Kurikulum mata pelajaran yang
tersebut di atas direka bentuk dengan menerapkan elemen Revolusi
Perindustrian 4.0 (4IR) seperti pemikiran komputasional dan pemikiran
mereka bentuk selain menggunakan alat teknologi seperti komputer dan
perisian dinamik.
SOALAN NO: 52

Bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) di sekolah rendah,


mereka didedahkan kemahiran asas seperti pengurusan diri, pengurusan
kehidupan dan komunikasi. Pendedahan ini perlu bagi persediaan ke
sekolah menengah. Pengubalan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
Pendidikan Khas (KSSMPK) menyediakan dan mengukuhkan
pengetahuan dan kemahiran asas serta meningkatkan kemahiran
vokasional sebagai persediaan MBPK untuk berdikari menempuh alam
dewasa dan alam pekerjaan selepas menamatkan alam persekolahan.
MBPK berkefungsian sederhana diberi peluang untuk menguasai
kemahiran vokasional yang melayakkan mereka memperolehi persijilan
kemahiran dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap murid diwajibkan untuk


mengikuti kegiatan kokurikulum yang meliputi tiga aktiviti utama iaitu
pasukan badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan
permainan. Penyertaan murid dalam ketiga-tiga aktiviti ini merupakan
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di
sekolah seperti yang termaktub dalam Kurikulum Kebangsaan.
Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan aktiviti kurikulum dalam bilik
darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada
PdP murid serta pembentukan murid secara menyeluruh yang meliputi
aspek kognitif, efektif dan psikomotor.

Bagi menggalakkan penyertaan murid yang aktif dalam aktiviti


kokurikulum, KPM menekankan kepada kaedah pembelajaran secara
pendidikan formal atau tidak formal serta berunsurkan inkuiri, edutainment
dan juga fun learning. Kaedah pembelajaran ini adalah lebih
menyeronokkan dan bersifat interaktif serta memberi peluang kepada
murid menerokai bidang yang diminati.

KPM turut bekerjasama dengan agensi kerajaan dan agensi bukan


kerajaan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam
membantu meningkatkan kualiti pendidikan melalui aktiviti kokurikulum.
KPM sentiasa melibatkan ahli akademik daripada institusi pendidikan tinggi
awam dan institusi pendidikan tinggi swasta terutamanya dalam program
ko-akademik bagi memupuk dan menerapkan minat murid dalam pelbagai
SOALAN NO: 52

bidang. Selain itu, KPM juga mengamalkan konsep pengantarabangsaan


dalam aktiviti kokurikulum dengan menyediakan platform bagi murid untuk
memperolehi pendedahan dalam bidang yang diceburi pada peringkat
antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

RJM83
SOALAN NO : 53

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' SERI AMINUDDIN BIN HARUN


(PORT DICKSON)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATO' SERI AMINUDDIN BIN HARUN [PORT DICKSON] minta


MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah perancangan daripada
Kerajaan untuk membina jalan bypass Gemas bagi menggalakkan sektor
perindustrian berat, memandangkan laluan yang menghubungkan
kawasan perindustrian Kuala Gemas merupakan jalan kampung dan
membahayakan penduduk.
SOALAN NO : 53

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian ini mengambil


maklum akan cadangan untuk pembinaan jalan pintas Gemas di Laluan
Persekutuan 1 (FT001).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek pernah diluluskan di dalam


Rolling Plan Kedua (RP2) RMKe-10 di bawah butiran peruntukan kerja-
kerja awalan sehingga peringkat penyediaan rekabentuk sahaja. Makmal
Pengurusan Nilai telah diadakan pada tahun 2012 dan siap proses
rekabentuk oleh Cawangan Jalan JKR Malaysia pada tahun 2014.

Kementerian ini pernah mengangkat cadangan projek Membina Jalan


Pintas Gemas (Gemas By-Pass) dan Jalan Baru Dari Pekan Gemas Ke
Jalan Pintas Gemas, Daerah Tampin di dalam Rolling Plan Pertama
(RP1), Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) untuk pertimbangan
Agensi Pusat namun tidak mendapat kelulusan dalam tempoh berkenaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, prosedur bagi permohonan


projek membina jalan baharu atau menaiktaraf Jalan Persekutuan sedia
ada adalah melalui Kerajaan Negeri berdasarkan senarai keutamaan
negeri yang dikemukakan kepada Kementerian ini melalui penyelarasan
antara Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Jabatan Kerja Raya Negeri.
Sehubungan itu, disyorkan supaya Ahli Yang Berhormat mengemukakan
permohonan ini semula kepada pihak Kerajaan Negeri melalui Unit
Perancang Ekonomi Negeri Sembilan atau JKR Negeri Sembilan untuk
dimasukkan dalam senarai keutamaan Negeri dalam Rolling Plan (RP)
yang akan datang.

Kementerian ini akan meneliti semula projek-projek ini apabila dimohon


oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk Rolling Plan RMKe-12 yang akan
datang dan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya untuk diangkat
SOALAN NO : 53

kepada Agensi Pusat jika memenuhi keperluan teknikal untuk


dilaksanakan, tertakluk kepada keutamaan negeri dan agihan peruntukan
pembangunan kepada Kementerian ini.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 54

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : KAPTEN DATO' DR. ZULKAFPERI BIN HANAPI


(BERSARA) [ TANJONG KARANG ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

KAPTEN DATO' DR. ZULKAFPERI BIN HANAPI (BERSARA) [


TANJONG KARANG ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan data
lengkap serta kajian berkaitan silibus pelajaran bagi pelajar di sekolah.
Adakah KPM telah membuat kajian yang menyeluruh kepada para pelajar
/ibu bapa tentang silibus yang digunakan waktu ini, adakah ia memberikan
impak yang besar kepada prestasi pembangunan dan kemahiran para
pelajar. Jika ya, apakah keputusan dan tindakan serta pembetulan yang
telah diambil bagi mengatasi perkara berkenaan.
SOALAN NO : 54
JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk


menambah baik kurikulum bagi memastikan kurikulum yang digubal
relevan dengan keperluan semasa.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penghasilan sesuatu


kurikulum persekolahan memerlukan suatu tempoh masa yang mencukupi
dan dilaksanakan dengan mematuhi prinsip dan prosedur yang telah
ditetapkan. Prinsip pembangunan kurikulum yang diguna pakai oleh KPM
bercorak kitaran yang mengandungi enam proses iaitu analisis keperluan,
perancangan, pembangunan dan pengembangan, uji rintis/pelaksanaan
terhad, penyebaran dan pelaksanaan, pengesanan dan penilaian.

KPM telah melaksanakan analisis keperluan sepanjang tahun 2022


untuk mendapatkan pandangan dan cadangan umum daripada pihak
berkepentingan dalam pendidikan untuk dijadikan input dalam proses
penyemakan dan penilaian kurikulum.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa kini, KPM sedang
melaksanakan semakan semula kurikulum selepas kitaran kurikulum
lengkap pusingannya. Semakan kurikulum ini dilaksanakan dengan
mengambil kira semua input dan pandangan dari pelbagai pihak yang
berkepentingan. Dalam masa yang sama, bagi memastikan kurikulum
sedia ada kekal relevan dan selari dengan keperluan semasa, KPM
melaksanakan pemugaran kurikulum. Melalui pemugaran kurikulum, KPM
melatih guru menyusun semula kandungan kurikulum dan mencadangkan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang bersesuaian untuk
dilaksanakan di bilik darjah. Sebagai bahan sokongan, Modul Bimbingan
(MOBIM) disediakan bagi membantu guru merancang PdP dengan lebih
berstruktur melalui integrasi beberapa standard pembelajaran yang sesuai.
Justeru, kandungan kurikulum lebih mudah dioperasikan dan guru mampu
menyelesaikannya dalam tempoh yang ditetapkan.
SOALAN NO : 54
KPM komited dalam memastikan semakan semula kurikulum yang
dilaksanakan adalah bersesuaian dengan keperluan murid masa kini dan
masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

RJM84
SOALAN NO : 55

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DR. RICHARD RAPU @ AMAN ANAK BEGRI


[ BETONG ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DR. RICHARD RAPU @ AMAN ANAK BEGRI [ BETONG ] minta


MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) apakah status terkini pembinaan sekolah daif di Sarawak dan
mohon diperincikan jumlah yang sudah siap, dalam pelaksanaan
dan projek kategori lewat jadual dan sakit; dan
(b) berapakah jumlah kuarters guru kategori daif yang telah
dikenalpasti dan akan dibina atau dibaikpulih dibawah peruntukan
tahun ini di Sarawak.
SOALAN NO : 55

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha


menyediakan kemudahan pendidikan yang sempurna dan kondusif bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan berkesan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam tempoh 2016 sehingga


tahun 2023, KPM telah diluluskan sebanyak 380 projek pembangunan
semula bangunan daif di sekolah di negeri Sarawak dengan kos
keseluruhan berjumlah RM2.588 bilion. Sehingga 12 Mei 2023, status
terkini pelaksanaan projek adalah 221 projek telah siap, 55 projek pada
peringkat pembinaan dan 104 projek pada peringkat prabina. Bagi projek
yang berada pada peringkat pembinaan, bilangan yang dikategorikan
sebagai projek lewat jadual dan lewat jadual (sakit) adalah sebanyak 22
projek.

Bagi pembinaan semula kuarters guru yang daif, skop projek ini telah
dimasukkan di bawah pelaksanaan projek pembangunan semula
bangunan daif di sekolah yang diluluskan. Selaras dengan itu, di bawah
Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan 3 tahun 2023, terdapat 42 projek
sedang dilaksanakan yang melibatkan skop penggantian kuarters guru
tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah kuarters guru KPM di


negeri Sarawak ialah sebanyak 9,878 unit. Sebanyak 8,357 unit kuarters
sedang diduduki manakala 1,521 unit kuarters tidak diduduki termasuk
yang telah dikenal pasti sebagai kuarters dalam kategori daif. Sehubungan
dengan itu, KPM telah memperuntukkan sebanyak RM2.89 juta untuk
menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters guru di negeri Sarawak
bagi tahun 2023.

Sekian, terima kasih.

RJM85
SOALAN NO : 56

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN


(SIK)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN (SIK) minta MENTERI


KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH menyatakan status pembinaan
MRSM Sik yang belum bermula sedangkan pemilihan tapak pembinaan
MRSM itu telah dimuktamadkan.
SOALAN NO : 56

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua, Kementerian sedang membuat penilaian serta


mengkaji semula keutamaan projek-projek pembangunan mengikut
keutamaan bagi memastikan perancangan projek yang dilaksanakan
akan memberi impak menyeluruh kepada pembangunan ekonomi
Negara.

Pembinaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sik, Kedah termasuk


beberapa MRSM lain dalam status pra pelaksanaan sedang dikaji
semula memandangkan terdapat peningkatan dalam kos pembinaan.
Bagi MRSM Sik, kos pembinaan asal berdasarkan Makmal Pengurusan
Nilai yang dilaksanakan adalah sebanyak RM99.47 juta. Namun
terdapat peningkatan kos pembinaan yang ketara berjumlah RM21.56
juta, berdasarkan Preliminary Detailed Abstract (PDA) terkini,
menjadikan kos keseluruhan pembinaan adalah sebanyak RM121.04
juta.

Atas justifikasi tersebut, Kementerian melalui MARA akan memberi


keutamaan perancangan pelaksanaan projek-projek baharu MRSM
termasuk MRSM Sik secara berfasa mengikut keperluan semasa.
Penumpuan perancangan Kementerian buat masa ini adalah untuk
menangani isu-isu kritikal bagi pengoperasian MRSM baharu yang telah
beroperasi, seperti pengukuhan perjawatan di MRSM baharu yang
hanya mendapat Contract of Service, dan permohonan peruntukan
operasi kepada Kerajaan bagi menampung kos pengoperasian di
MRSM baharu yang telah beroperasi.

Di samping itu, Kementerian juga komited memberi tumpuan kepada


isu-isu berkaitan penambahbaikan infrastruktur/kemudahan fasiliti di
MRSM-MRSM yang berusia melebihi 15 tahun ke atas, termasuk juga
Institusi Pendidikan MARA sedia ada di seluruh negara bagi
memastikan kemudahan yang disediakan adalah kondusif dan selamat
serta memenuhi standard keselamatan yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 57

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' SERI DR. WAN AZIZAH BINTI WAN


ISMAIL (BANDAR TUN RAZAK)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATO' SERI DR. WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL [BANDAR TUN
RAZAK] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan maklumat berkaitan
isu tuntutan gantirugi akibat kelewatan Projek Lebuh Raya SUKE (Sungai
Besi – Ulu Kelang Elevated Expressway) di beberapa bahagian premis
yang telah mengakibatkan kerugian kepada pemilik premis dan
pengusaha di kawasan terbabit.
SOALAN NO : 57

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak syarikat konsesi Lebuhraya


SUKE telah mengadakan perbincangan bersama-sama dengan wakil
pemilik-pemilik kedai di kawasan Jalan Alam Damai sebelum cadangan
penutupan jalan-jalan yang terlibat dengan pembinaan lebuh raya ini.
Melalui perbincangan ini, pihak SUKE telah memaklumkan cadangan
jalan-jalan alternatif serta lencongan untuk orang ramai ke premis kedai
yang terlibat yang mana ianya masih boleh beroperasi seperti biasa.

Cadangan penutupan jalan sedia ada dengan penyediaan jalan alternatif


serta lencongan ini amat diperlukan bagi menjamin keselamatan orang
ramai daripada melalui kawasan di bawah pembinaan struktur lebuh raya
yang berisiko tinggi. Cadangan ini telah mendapat kelulusan daripada
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan dengan kerjasama pihak
komuniti setempat termasuk melaksanakan hebahan awal melalui media
sosial dan sebagainya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, tuntutan gantirugi akibat


kelewatan penyiapan projek lebuh raya ini telah dibincangkan bersama di
antara wakil pemilik kedai dengan pihak SUKE namun tiada sebarang
tuntutan secara bertulis dikemukakan kepada pihak syarikat konsesi
Lebuhraya SUKE.

Berdasarkan kepada kemajuan semasa pembinaan, Jalan Alam Damai


yang terlibat dengan penutupan ini dijangka akan dibuka semula kepada
orang ramai pada suku ketiga tahun 2023 selepas penyiapan kerja-kerja
pembinaan struktur lebuh raya dan pembaikan semula jalan sediada ini.

Sekian, terima kasih.


NO. SOALAN: 58

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN ZAHIR BIN HASSAN


[ WANGSA MAJU ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

Tuan Zahir Bin Hassan [ Wangsa Maju ] minta MENTERI


PENGANGKUTAN menyatakan apakah status terkini pembaikpulihan
struktur landasan tiang LRT berhampiran stesen LRT Bandaraya dan
apakah garis masa bagi kerja-kerja pembaikpulihan ini yang telah
melibatkan pemberhentian perkhidmatan di 6 buah stesen semenjak 2
April 2023 dan menjejaskan ribuan pengguna setiap hari.

1
NO. SOALAN: 58

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Prasarana Malaysia Berhad


(Prasarana) telah melantik Trans Resources Corporation Sdn. Bhd.
(TRC) sebagai kontraktor reka dan bina untuk menjalankan kerja-kerja
pembaikan struktur konkrit di Pier No. P163, P164 dan P165 serta kerja-
kerja berkaitan bermula pada 17 Mac 2023. Kerja-kerja pembaikan ini
dibahagikan kepada 2 peringkat:

a. Peringkat Pertama

Dalam peringkat ini, kerja-kerja “Temporary Prop” dijalankan bagi


membolehkan 5 buah tren yang pada ketika itu tidak boleh
beroperasi dan berada di Stesen Sentul Timur supaya dapat pulang
ke Depot di Ampang bagi menjalani kerja-kerja penyelenggaraan
tren sebelum dapat beroperasi semula.

b. Peringkat Kedua

Dalam peringkat ini, kerja-kerja pembaikan kekal dijalankan bagi


membolehkan tren-tren melalui kawasan trek tersebut dengan
selamat dan perkhidmatan tren di laluan Ampang kembali kepada
keadaan normal.

2. Dalam peringkat ini, kerja-kerja pembaikan kekal dijalankan bagi


membolehkan tren-tren melalui kawasan trek tersebut dengan selamat
dan perkhidmatan tren di laluan Ampang kembali kepada keadaan
‘normal’.

3. Mengikut jadual perancangan, Peringkat Pertama pada asalnya


dijadualkan siap pada 15 Mei 2023. Namun begitu, dengan kerjasama
yang diterima daripada semua pihak dan agensi, Peringkat Pertama ini
telah siap pada 10 Mei 2023.

4. Lanjutan itu, perkhidmatan operasi tren di enam stesen LRT yang


melibatkan Stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul
dan Sentul Timur telah dibuka semula kepada pengguna bermula 12 Mei
2023.

2
NO. SOALAN: 58

5. Sebagai latar belakang, operasi perkhidmatan LRT di enam stesen


yang dinyatakan ini telah diberhentikan sejak 2 April 2023. Ini adalah
kerana tren-tren yang beroperasi tidak dapat lagi memenuhi kriteria
pengoperasian dan terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan atas
faktor keselamatan. Ini adalah disebabkan oleh tren-tren tersebut tidak
dapat kembali ke depoh bagi menjalani kerja-kerja penyelenggaraan
sejak 27 Januari 2023 apabila berlakunya insiden kerosakan struktur
jejambat di antara Stesen Bandaraya dan Stesen Masjid Jamek.

6. Kerja-kerja pembaikan menyeluruh (fasa kedua) struktur landasan


dijangka akan siap sepenuhnya pada pertengahan November 2023 dan
seterusnya operasi perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling akan
kembali beroperasi secara normal. Jangkaan ini bergantung kepada
penilaian dan kelulusan daripada pihak berkuasa yang terlibat.

7. Bagi melancarkan perjalanan penumpang, Rapid Rail telah


mengaktifkan perkhidmatan bas perantara percuma (Bas LRT 10) yang
menghubungkan Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandaraya
akibat daripada gangguan perkhidmatan di antara kedua-dua stesen
berkenaan. Perkhidmatan bas perantara ini akan beroperasi
menggunakan 10 buah bas dengan kekerapan setiap 10 minit.

8. Para penumpang juga mempunyai pilihan untuk menggunakan


laluan rel alternatif yang mana penumpang yang ingin menuju ke Hang
Tuah, boleh menaiki Laluan Monorel KL melalui Stesen Titiwangsa.
Manakala penumpang yang ingin menuju ke Chan Sow Lin boleh menaiki
MRT Laluan Putrajaya melalui Stesen Titiwangsa.

9. Anggota operasi rel dan Polis Bantuan Prasarana akan ditempatkan


di stesen-stesen terlibat bagi membantu dan mengawal pergerakan
penumpang.

Sekian, terima kasih.

3
SOALAN NO : 59

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN JAMALUDIN BIN YAHYA


[ PASIR SALAK ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB TUAN JAMALUDIN BIN YAHYA [ PASIR SALAK ] minta MENTERI


PEMBANGUNAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan statistik
kawasan perumahan yang menghadapi masalah tekanan air rendah
akibat Majlis Daerah/Majlis Perbandaran tidak mewajibkan pemaju
perumahan membina tangki air atau ada kaedah untuk menukarkan paip
air utama yang lebih besar.
SOALAN NO : 59

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pihak Berkuasa Air Negeri


(PBAN) adalah agensi yang bertanggungjawab untuk menyelia
perkhidmatan bekalan air termasuk keperluan penyediaan infrastruktur air
seperti tangki air dan paip air utama berdasarkan peruntukan Akta
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) iaitu Akta Industri
Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655].

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Garis Panduan Teknikal


Seragam Retikulasi Air dan Pemasangan Paip (UTG) menyatakan
bahawa pemegang lesen pengagihan air hendaklah menetapkan kriteria
yang sesuai untuk menentukan sama ada takungan perkhidmatan perlu
dibina dalam kawasan pembangunan. Maklumat ini perlu disediakan
supaya pemaju boleh merancang untuk memperuntukkan rizab yang
sesuai untuk menampung takungan, tangki sedutan dan stesen pam
dalam pelan guna tanah pembangunan yang dikemukakan kepada Pihak
Berkuasa Tempatan untuk permohonan Kebenaran Merancang (KM).

Sekian, terima kasih.


NO. SOALAN: 60

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD.


KADIR [SETIU]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR [SETIU] minta MENTERI


KESIHATAN menyatakan statistik notis kesalahan merokok di premis
yang telah dikeluarkan di seluruh negara mengikut negeri dan umur serta
langkah-langkah yang diambil hasil daripada aduan yang diterima.
NO. SOALAN: 60

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Aktiviti penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil


Tembakau (PPKHT) 2004 dijalankan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) secara berkala bagi memastikan kepatuhan terhadap
peraturan yang ditetapkan termasuk larangan merokok di kawasan
larangan.

2. Selain itu, KKM juga melaksanakan aktiviti penguatkuasaan secara


bersepadu melibatkan seluruh negeri di Malaysia dengan kerjasama
agensi-agensi penguatkuasa yang lain seperti pihak Polis DiRaja
Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos
Sara Hidup (KPDN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

3. Secara keseluruhan, sebanyak 12,773 bilangan operasi


penguatkuasaan telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022, manakala
bagi tahun 2023 sehingga April, bilangan operasi adalah sebanyak 5,028.

4. Sebanyak 67,123 notis kesalahan merokok di tempat larangan


telah dikeluarkan pada tahun 2022 dan sebanyak 32,473 notis dengan
kesalahan yang sama telah dikeluarkan sehingga April pada tahun 2023.
Majoriti notis kesalahan yang dikeluarkan merupakan kesalahan merokok
di tempat makan iaitu di bawah Per.11(1)(d) PPKHT 2004 dengan jumlah
30,648 notis pada 2022 dan 14,872 sehingga April pada tahun 2023.

5. Lima (5) negeri dengan bilangan notis kesalahan tertinggi bagi


kesalahan merokok di premis adalah Selangor (5,462), Pahang (5,178),
Johor (3,230), Perak (3,064) dan Kedah (2,294) daripada keseluruhan
notis kesalahan yang telah dikeluarkan sehingga April 2023.

6. Bagi kesalahan dibawah Peraturan 13 PPKHT 2004 iaitu kesalahan


merokok oleh orang belum dewasa iaitu mereka yang berumur 18 tahun
dan ke bawah, sebanyak 4,727 notis kesalahan telah dikeluarkan pada
tahun 2022 dan 1,833 notis kesalahan dikeluarkan sehingga April 2023.
NO. SOALAN: 60

7. Selain itu, KKM juga telah mewujudkan hotline aduan merokok


melalui aplikasi whatsapp di talian 010-860 8949. Talian ini membolehkan
orang awam membuat aduan secara terus kepada KKM mengenai aktiviti
merokok di tempat larangan. Aduan yang diterima melalui talian hotline
akan dikumpulkan dan dipanjangkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri
masing-masing bagi tindakan seterusnya.

8. Pada tahun 2022, sebanyak 7,291 aduan merokok telah diterima


dan sehingga April 2023 pula, sebanyak 3,591 aduan telah direkodkan.
Lima (5) negeri yang mencatatkan aduan tertinggi sehingga April 2023
adalah Selangor (1,252), WP Kuala Lumpur (540), Johor (432), Pulau
Pinang (297) dan Sarawak (259).

9. Berdasarkan jumlah aduan yang diterima, pihak Jabatan Kesihatan


Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah akan merancang lokaliti hotspot
dan menjalankan pemeriksaan di premis-premis yang berkaitan.
Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus mempergiatkan aktiviti
penguatkuasaan larangan merokok di tempat-tempat larangan merokok
terutama kedai makan.

10. Selain itu, KKM juga turut mengadakan aktiviti-aktiviti promosi dan
advokasi untuk memastikan pematuhan kepada larangan merokok
melalui aktiviti-aktiviti di lapangan bersama sukarelawan Rakan Nasihat
Komuniti daripada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM).

11. Beberapa siri perbincangan turut diadakan dengan wakil daripada


persatuan-persatuan peniaga bagi mendapatkan kerjasama mereka
dalam memastikan tempat makan bebas daripada amalan merokok.

12. Menjalankan aktiviti advokasi bagi meningkatkan pematuhan orang


ramai melalui hebahan berterusan aktiviti penguatkuasaan yang
dilaksanakan menerusi pelbagai platform media KKM seperti Twitter,
Facebook, Instagram dan sebagainya.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO. 61

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN WONG KAH WOH [ TAIPING ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN WONG KAH WOH minta MENTERI KESIHATAN menyatakan


status terkini kontrak pembangunan dan penggunaan aplikasi
MySejahtera setakat kini. Sejauh manakah Kementerian telah
melaksanakan syor-syor berikutan Laporan PAC yang dibentangkan ke
dalam Dewan pada tahun 2022 berkenaan isu yang sama.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Perjanjian Pengurusan Aplikasi MySejahtera masih dalam proses


semakan Jabatan Peguam Negara dan akan ditandatangan oleh YB
Menteri Kesihatan setelah mendapat persetujuan daripada pihak Jabatan
Peguam Negara (AGC).

2. Kementerian Kesihatan telah melaksanakan tindakan sewajarnya


terhadap Laporan Pembangunan dan Perolehan Aplikasi MySejahtera di
Bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Kewangan
Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri yang telah dibentangkan oleh
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen di Dewan Rakyat
pada 4 Oktober 2022.

3. Kementerian Kesihatan antara lain telah melaksanakan tindakan


seperti berikut:

1
SOALAN NO. 61

(i) melaksanakan penelitian wajar atau due diligence dengan


merujuk perkara ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi
mendapatkan pandangan undang-undang. Langkah ini
bertujuan memastikan kesahan pihak yang akan berkontrak
dengan Kerajaan dan menentukan status pemilikan aplikasi
MySejahtera termasuk kod sumber dan harta intelek;

(ii) memastikan kepentingan Kerajaan terpelihara dengan


pelaksanaan perkara-perkara berikut:

(a) kesemua modul dalam aplikasi MySejahtera adalah


milik Kerajaan;

(b) hak milik aplikasi dan data MySejahtera meliputi hak


harta intelek, kod sumber bagi modul-modul yang telah
dibangunkan serta data, jenama dan logo
’MySejahtera’ adalah milik Kerajaan;

(c) Kerajaan mempunyai hak penuh ke atas penggunaan


platform MySejahtera melalui Lesen Platform Kekal
(Perpetual License) tanpa sebarang kos walaupun
kontrak tidak dilanjutkan atau sekiranya Kerajaan
membuat keputusan melantik pihak lain untuk
menguruskan aplikasi MySejahtera; dan

(d) Kerajaan meneruskan pembinaan modul-modul


tambahan dengan menggunakan lesen ini bagi
sebarang keperluan pendigitalan kesihatan awam
tanpa sebarang sekatan.

(iii) memperoleh sijil hak cipta MyIPO untuk MySejahtera pada 2


Ogos 2022 yang memberi jaminan bahawa kesemua data
peribadi pengguna yang berdaftar dalam aplikasi MySejahtera
adalah milik Kerajaan sepenuhnya, selamat dan terpelihara di
bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988 [Akta 342].
Tuan Yang di-Pertua,

2
SOALAN NO. 61

4. Selaras dengan syor PAC Parlimen supaya aplikasi MySejahtera


sebagai alat pengurusan kesihatan awam negara selaras dengan pelan
pendigitalan perkhidmatan kesihatan, Kementerian Kesihatan telah
memperluaskan melalui fungsi berikut:

(i) survelan penyakit berjangkit seperti tibi, denggi, demam


campak, penyakit anjing gila dan penyakit tangan, kaki dan
mulut;

(ii) rekod vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kebangsaan


Malaysia;

(iii) rekod saringan penyakit tidak berjangkit bagi individu berumur


40 tahun dan ke atas di bawah Inisiatif Saringan Kesihatan
Kebangsaan;

(iv) pendaftaran ikrar derma organ;

(v) rekod pendermaan darah; dan

(vi) tempahan janji temu untuk saringan kesihatan dan Klinik


Berhenti Merokok.

Sekian, terima kasih.

3
SOALAN NO : 62

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN HAJI AHMAD JOHNIE BIN ZAWAWI


[ IGAN ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN HAJI AHMAD JOHNIE BIN ZAWAWI [ IGAN ] minta MENTERI


PENDIDIKAN menyatakan berapa jumlah pelajar yang tidak mempunyai
status kewarganegaraan yang sah belajar di sekolah-sekolah di Sarawak
termasuk di kawasan Parlimen P.207 Igan. Nyatakan apakah tindakan
yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan pelajar ini mendapat
status kewarganegaraan yang sah.
SOALAN NO : 62

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mengambil berat


terhadap akses pendidikan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai
taraf kewarganegaraan yang sah belajar di sekolah kerajaan dan sekolah
bantuan kerajaan bawah KPM.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah pelajar yang tidak


mempunyai status kewarganegaraan yang sah belajar di sekolah bawah
KPM di Sarawak adalah seramai 666 orang dan khusus di Parlimen Igan
terdapat seramai 102 orang murid.

Bagi urusan permohonan kewarganegaraan murid, pihak KPM juga


sentiasa memantau serta mendapatkan status terkini permohonan
kewarganegaraan murid terlibat melalui JPN dan PPD pada setiap awal
tahun persekolahan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM juga sedang meneliti


semula garis panduan dan prosedur kemasukan kanak-kanak
warganegara tanpa dokumen ke sekolah kerajaan dan sekolah bantuan
kerajaan bawah KPM. Ini termasuk mengadakan perbincangan dengan
pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta agensi pusat yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.

RJM86
SOALAN NO : 63

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK SERI PANGLIMA BUNG MOKTAR


BIN RADEN (KINABATANGAN - SABAH)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

Minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan bilakah rancangan


kerajaan untuk membina sebuah kompleks sukan di daerah Kinabatangan.
SOALAN NO : 63

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembinaan sebuah kompleks


sukan di Kinabatangan telah ditangguhkan pelaksanaannya pada tahun
2023 kerana tanah untuk dijadikan sebagai tapak pembinaan kompleks
tersebut tidak didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
(PTP), seperti yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Bagi Cadangan
Penyediaan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan Tahun 2023 dan Garis
Panduan Penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) 2021
– 2025.

Kementerian Belia dan Sukan hanya akan mempertimbangkan


sebarang permohonan pembinaan kemudahan sukan baharu jika ia
menepati syarat ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi iaitu memastikan
tapak/tanah perlu didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
(PTP) dengan memperoleh pengesahan pihak Jabatan Ketua Pengarah
Tanah dan Galian (JKPTG) bahawa tapak adalah bebas bebanan dan
sedia untuk dimasuki serta tiada isu tapak/tanah projek seperti setinggan,
bantahan penduduk dan lokasi tidak sesuai apabila membuat permohonan
projek fizikal binaan baharu.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 64

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK JONATHAN YASIN


(RANAU)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATUK JONATHAN YASIN (RANAU) minta MENTERI KEMAJUAN


DESA DAN WILAYAH menyatakan apakah inisiatif dan program/projek
yang telah dilaksanakan oleh Kementerian untuk memperbaiki sistem
Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar
(BALB) di daerah Ranau dalam tempoh 5 tahun yang lepas dan apakah
perancangan pembangunan di dalam memperbaiki BELB serta BALB di
daerah sama untuk tempoh 5 tahun yang akan datang.
SOALAN NO : 64

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Program Bekalan Air Luar Bandar


(BALB) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)
adalah bertujuan untuk membantu mempercepat liputan dan
merapatkan jurang bekalan air bersih dan terawat ke kawasan luar
bandar melalui penyambungan paip retikulasi dari paip utama ke rumah-
rumah atau akaun baharu di kawasan luar bandar yang masih belum
mendapat bekalan air.

Kementerian sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah


khususnya Pihak Berkuasa Air Negeri (PBAN) dalam menyediakan
infrastruktur bekalan air di Negeri Sabah.

Kerajaan telah meluluskan sebanyak tiga (3) projek di bawah Program


BALB di Parlimen Ranau dengan kos berjumlah RM214 juta. Dua (2)
projek sedang dalam peringkat reka bentuk terperinci dan dijangka
dapat ditender menjelang penghujung tahun 2023 manakala satu (1)
projek lagi dalam peringkat reka bentuk konsep oleh Perunding Utama
yang dilantik.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian sedang menjalankan


Projek Talian Penghantaran 132kV Dari Kota Belud Ke Ranau di Bawah
Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dengan kos sebanyak
RM211,712,961.03.

Walau bagaimanapun, projek ini mengalami kelewatan kerana isu


kegagalan cerun di tapak Pencawang Masuk Utama (PMU) Ranau dan
atas pertimbangan faktor keselamatan di tapak PMU dan syor daripada
pakar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), JKR Cawangan Cerun dan
juga dari Jabatan Mineral dan Geosains, tapak PMU Ranau telah diubah
ke tapak baharu iaitu di tapak Stesen Janakuasa Ranau.
SOALAN NO : 64

Mengambil kira perubahan skop dan tapak tersebut, projek ini dijangka
akan siap pada 20 September 2025. Sehingga 27 Mac 2023, projek ini
telah mancapai 70% pelaksanaan.

Apabila projek ini siap kelak, seluruh Daerah Ranau akan mendapat
bekalan elektrik yang stabil melalui sistem talian grid sedia ada dan tidak
perlu bergantung kepada sistem janakuasa diesel lagi. Pada masa akan
datang, Kementerian akan meneruskan projek pembekalan elektrik
kepada perkampungan atau rumah baru yang masih belum mendapat
bekalan elektrik melalui penyambungan talian grid. Pelaksanaan projek
ini juga adalah tertakluk kepada permohonan oleh Unit Perancang
Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah kelak.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 65

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [ SIK ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [ SIK ] minta MENTERI


PENDIDIKAN menyatakan perancangan pemilihan murid secara adil bagi
penempatan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) khususnya kepada rakyat
di pinggir bandar.
SOALAN NO : 65

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan satu


pentaksiran standard iaitu Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus
(PKSK) yang dilaksanakan secara berpusat untuk kemasukan ke sekolah
khusus. Sekolah Khusus ini termasuk sekolah berasrama penuh (SBP),
sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), sekolah menengah teknik
(SMT) dan kolej vokasional (KV) bawah pengurusan KPM serta Maktab
Tentera Diraja (MTD) bawah pengurusan Kementerian Pertahanan
Malaysia.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selain daripada mencapai


aras toleransi PKSK yang ditetapkan, pemilihan kemasukan ke SBP juga
mengambil kira murid yang berpotensi dalam akademik dan aktif dalam
kegiatan kokurikulum. Penawaran kemasukan murid ke SBP memberi
keutamaan sebanyak 60 peratus kepada murid dalam kalangan keluarga
B40.

KPM komited dalam usaha memastikan pendidikan yang terbaik


diberikan kepada semua golongan murid di Malaysia tanpa mengira lokasi.

Sekian, terima kasih.

RJM87
NO. SOALAN : 66

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI


[KUALA LANGAT]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATO' DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI [KUALA LANGAT] minta


MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) apa status terkini Klinik 1Malaysia; dan

(b) apa status atau nasib kumpulan sokongan pembantu perubatan


kontrak yang bukan di bawah tajaan Kerajaan.
NO. SOALAN : 66

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman YB Kuala Langat, Kementerian telah


melaksanakan pelan transformasi perkhidmatan Klinik 1Malaysia kepada
Klinik Komuniti pada 2019. Melalui inisiatif ini, perkhidmatan telah
ditambah baik melalui perkhidmatan rawatan pesakit luar berfokuskan
rawatan penyakit tidak berjangkit. Pelan transformasi ini telah meletakkan
halatuju Klinik 1Malaysia seperti berikut:

i) Naik taraf kepada Klinik Kesihatan untuk fasiliti yang sesuai, iaitu
fasiliti yang sedang menyediakan perkhidmatan melebihi skop
rawatan pesakit luar, berkedatangan tinggi (>100 klien sehari) dan
mempunyai ruang yang sesuai;

ii) Penjenamaan semula kepada Klinik Komuniti dengan


perkhidmatan rawatan pesakit luar berfokus NCD. ini melibatkan
penempatan Pegawai Perubatan dan penyediaan Perkhidmatan
Farmasi di Klinik Komuniti; dan

iii) Penutupan Klinik Komuniti yang tidak kos efektif disebabkan


kedatangan pesakit yang rendah (<30 sehari); berbanding kos
operasi yang meliputi sewaan, utiliti dan penyelenggaraan.

2. Sehingga kini, terdapat 228 Klinik Komuniti seluruh negara dan dari
jumlah tersebut, 125 buah fasiliti telah ditempatkan Pegawai Perubatan
secara tetap; manakala Pegawai Farmasi telah ditempatkan di 32 buah
fasiliti. Kelewatan ini berikutan berlakunya pandemik COVID-19 pada
2020 yang menyebabkan keutamaan penempatan anggota adalah bagi
aktiviti kawalan wabak dan rawatan COVID-19.

3. Kementerian komited dalam memastikan penyampaian


perkhidmatan Klinik Komuniti dilaksana mengikut perancangan; oleh itu
Kementerian akan melengkapkan fasiliti ini dengan Pegawai Perubatan,
Pegawai Farmasi atau Penolong Pegawai Farmasi secara berperingkat.
NO. SOALAN : 66

4. Pada masa yang sama, bagi memastikan sumber Kementerian


digunakan secara optima, pemantauan berterusan kedatangan pesakit ke
Klinik Komuniti dilakukan secara berterusan bagi mengenal pasti fasiliti
yang sesuai untuk penutupan dan perpindahan perkhidmatan ke klinik
induk atau fasiliti lain yang berhampiran.

Tuan Yang di-Pertua,

5. Kementerian Kesihatan mengambil perhatian berkenaan isu


pengambilan kakitangan seperti dimaklumkan oleh Yang Berhormat.
Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan perlu mematuhi dasar-
dasar semasa berkaitan perjawatan iaitu Dasar Pengoptimuman Sumber
Manusia dalam Perkhidmatan Awam dan Dasar Kawalan Saiz
Perkhidmatan Awam.

6. Kerajaan telah memberikan keutamaan kepada sektor kesihatan


dalam pemberian jawatan pelbagai skim perkhidmatan di Kementerian
Kesihatan bagi fasiliti baharu dan naik taraf. Kementerian Kesihatan telah
menerima peningkatan perjawatan dan bilangan anggota yang turut
disokong oleh anggota lantikan kontrak pelbagai skim di Kementerian
Kesihatan.

7. Setakat 31 Mac 2023, seramai 158,016 anggota paramedik dan


auksiliari yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan yang terdiri daripada
149,143 anggota lantikan tetap dan 8,873 anggota lantikan kontrak.
Daripada jumlah tersebut seramai 19,322 merupakan Penolong Pegawai
Perubatan yang terdiri daripada 15,364 lantikan tetap dan 3,958 anggota
lantikan kontrak.

8. Kementerian Kesihatan melaksanakan pelantikan tetap dari


semasa ke semasa berdasarkan kekosongan jawatan tetap dan
keupayaan kewangan semasa Kerajaan. Setakat 31 Disember 2022,
Kementerian Kesihatan telah melantik secara tetap seramai 7,071
anggota kumpulan sokongan yang terdiri daripada pelbagai skim
perkhidmatan termasuk 3,087 Jururawat, 85 Jurupulih Perubatan
Fisioterapi dan 90 Jurupulih Perubatan Carakerja, 501 Pembantu
Pembedahan Pergigian, 86 Juruteknologi Pergigian, 3,087 Jururawat dan
NO. SOALAN : 66

135 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.

9. Kementerian Kesihatan juga sedang melaksanakan urusan


pelantikan tetap secara berfasa bagi 2,336 Jururawat kontrak lantikan
swasta iaitu graduan kejururawatan keluaran institusi latihan selain Institut
Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang mula berkhidmat
di Kementerian Kesihatan sepanjang tempoh pandemik COVID-19. Bagi
fasa pertama, seramai 620 orang telah dilantik untuk mengisi jawatan
tetap dan selebihnya akan dilaksanakan secara berfasa sehingga
Disember 2023. Kementerian Kesihatan juga akan melaksanakan urusan
lantikan tetap bagi Juruteknologi Makmal Perubatan, Juruterapi
Pergigian, Juru X-ray Diagnostik, Pembantu Kesihatan Awam dan
Penolong Pegawai Farmasi pada tahun 2023.

Sekian terima kasih.


SOALAN NO : 67

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK SERI PANGLIMA MADIUS TANGAU


[ TUARAN ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATUK SERI PANGLIMA MADIUS TANGAU [ TUARAN ] minta


MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa School Improvement
Partners yang telah dilantik di setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
sejak diperkenalkan pada tahun 2013 dan berapa jumlah gaji dan elaun
yang telah dibayar dari tahun 2013 hingga sekarang.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah perjawatan bagi School


Improvement Partners+ (SIPartners+) semasa adalah sebanyak 375
jawatan. Syarat pengisian jawatan ini adalah dalam kalangan Pengetua
Cemerlang dan pengetua berprestasi cemerlang. Sehingga 30 April 2023,
pengisian bagi SIPartners+ adalah berjumlah 301 orang yang terdiri
daripada pengetua di gred DG52 (Hakiki) dan DG54 (Khas Untuk
Penyandang). Pegawai yang menjawat jawatan SIPartners+ menerima gaji
dan elaun berdasarkan kelayakan dan gred penyandang terkini.

Sekian, terima kasih.

RJM88
SOALAN NO : 68

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO ANYI NGAU


(BARAM)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATO ANYI NGAU (BARAM) minta MENTERI KEMAJUAN DESA DAN


WILAYAH menyatakan status pelaksanaan serta jadual pelaksanaan
Jambatan Sungai Sepidik Tinjar serta status pelaksanaan Fasa 4 projek
menaik taraf jalan balak Baram setakat ini.
SOALAN NO : 68

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Naiktaraf Jalan-Jalan Balak di


Negeri Sarawak (Fasa 4) di kawasan Parlimen Baram adalah melibatkan
naiktaraf di dua (2) kawasan bekas jalan balak iaitu di kawasan Rumah
Panjang Long Tungan sepanjang 8.6km dan Ba Muboi sepanjang 6.1km.
Skop projek adalah menaiktaraf jalan dengan spesifikasi JKR R1 konkrit
sepanjang 14.7km dengan kos RM70.8 juta. Agensi pelaksana bagi
projek ini adalah JKR Sarawak.

Projek ini adalah dalam peringkat penyediaan rekabentuk dan dokumen


tender serta projek ini dijangka akan ditender pada suku keempat tahun
2023.

Manakala, bagi projek membina Jambatan Sungai Sepidik Tinjar,


semakan Kementerian mendapati bahawa projek ini tiada dalam senarai
kelulusan projek di bawah Kementerian ini dan tidak juga tersenarai di
bawah senarai keutamaan Kerajaan Sarawak untuk dimohon dalam
Rolling Plan Keempat (RP-4).

Sehubungan itu, sekiranya terdapat keperluan mendesak bagi


pembinaan jambatan tersebut, kerjasama Yang Berhormat adalah
dimohon untuk mengemukakan permohonan tersebut kepada Unit
Perancang Ekonomi Sarawak supaya dimasukkan ke dalam Senarai
Keutamaan Negeri kepada Kementerian ini sebelum diangkat kepada
Kementerian Ekonomi bagi kelulusan di bawah RP yang akan datang.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 69

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN ONN BIN ABU BAKAR [ BATU PAHAT ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN ONN BIN ABU BAKAR [ BATU PAHAT ] minta MENTERI


PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk
melaksanakan pembelajaran “tatanegara” sebagaimana yang telah
dilaksanakan pada tahun 1970an dulu.
SOALAN NO : 69

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM) telah melaksanakan kurikulum persekolahan yang
mengandungi perkara berkaitan tatanegara menerusi mata pelajaran
Sejarah bermula tahun 2014 di sekolah rendah dan 2017 di sekolah
menengah. Ini adalah bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran dalam
kalangan murid-murid di negara ini dari segi ketatanegaraan.

Bermula dari sekolah rendah, murid diajar mengenai ketatanegaraan,


Perlembagaan Persekutuan dan tanggungjawab rakyat kepada negara
iaitu tentang latar belakang pengetahuan asas sejarah negara melalui tema
“Sejarah Awal Negara, Kedaulatan Negara dan Kemakmuran Negara Kita”
untuk membentuk karakter murid sebagai warganegara yang
bertanggungjawab dan cinta akan negara.

Pada peringkat sekolah menengah pula, selaras dengan kematangan


usia, pengetahuan murid berkaitan ketatanegaraan, Perlembagaan
Persekutuan dan tanggungjawab rakyat kepada negara diperkukuhkan lagi
dengan pengetahuan dan pemahaman yang lebih mendalam melalui tema
“Sejarah Kita dan Dunia, Warisan Bangsa, Kedatangan Kuasa Asing,
Pembinaan Negara serta Malaysia dan Masa Hadapan”. Ini adalah
bertujuan supaya murid memahami kepentingan peranan mereka sebagai
warganegara yang bertanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian
dan kestabilan pemerintahan negara dalam mempertahankan kedaulatan
negara

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, murid mempelajari mengenai


proses pembinaan sesebuah kerajaan dan negara, perlembagaan, pilihan
raya dan prosesnya, konsep kedaulatan negara serta mempertahankan
kedaulatan negara. KPM berpandangan melalui pelaksanaan kurikulum
persekolahan, murid akan memperoleh pengetahuan, Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif, kemahiran
menaakul dan strategi berfikir) serta nilai tentang ketatanegaraan,
Perlembagaan Persekutuan dan tanggungjawab rakyat kepada negara
SOALAN NO : 69

yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian.

Bagi mengukuhkan semangat perpaduan dan integrasi kaum murid,


KPM melaksana aktiviti perpaduan sepanjang tahun melalui aktiviti sukan,
kokurikulum, kesenian, ko-akademik dan khidmat masyarakat pada
peringkat sekolah. Melalui aktiviti ini, murid pelbagai kaum, latar belakang,
sosioekonomi, agama serta etnik berpeluang mengukuhkan pemahaman
mengenai kepentingan mengekalkan perpaduan menerusi pelbagai aktiviti
bagi menggalakkan integrasi nasional dan perpaduan.

Selain itu, KPM juga sentiasa bekerjasama dengan Kementerian


Perpaduan Negara (KPN) melalui penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN)
di sekolah. Kelab ini ditubuhkan sebagai satu strategi utama ke arah
pengukuhan semangat perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum.

KPM yakin melalui pengetahuan, pemahaman serta penghayatan


yang mantap mengenai ketatanegaraan, Perlembagaan Persekutuan dan
tanggungjawab rakyat kepada negara, murid mampu menghayati,
mengaplikasi kemahiran menyelesaikan masalah serta membuat
keputusan tentang hak dan tanggungjawab mereka terhadap negara.

Sekian, terima kasih.

RJM89
SOALAN NO : 70

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN MOHAMAD SHAFIZAN HAJI KEPLI


[ BATANG LUPAR ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN MOHAMAD SHAFIZAN HAJI KEPLI [ BATANG LUPAR ] minta


MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang
untuk mengkaji semula dan menambah nilai peruntukan bagi makanan pra-
sekolah memandangkan nilai semasa yang diperuntukkan adalah amat
rendah sedangkan harga bahan makanan semakin meningkat.
SOALAN NO : 70

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam memastikan


kualiti dan kesamarataan akses pendidikan prasekolah kepada semua
kanak-kanak di Malaysia yang berumur 4+ hingga 5+ tahun.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, YAB Perdana Menteri dalam


pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023 telah
mengumumkan kenaikan kadar Bantuan Makanan Prasekolah (BMP)
sebanyak RM108 juta. Ini menjadikan kadar BMP baharu bagi setiap murid
prasekolah KPM di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM 3.00
manakala kadar baharu bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan
Labuan adalah sebanyak RM 3.25. Kadar baharu ini telah berkuat kuasa
mulai 1 Mei 2023.

KPM menyambut baik kenaikan kadar baharu sebanyak RM1.00


untuk setiap murid prasekolah yang layak. Langkah meningkatkan kadar
ini dapat memastikan isu malnutrisi dalam kalangan murid prasekolah
dapat ditangani dan seterusnya membantu perkembangan murid
prasekolah di negara ini.

Sekian, terima kasih.

RJM90
SOALAN NO. : 71

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS, TAHUN 2023

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK JONATHAN YASIN


(RANAU)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB DATUK JONATHAN YASIN (RANAU) minta MENTERI


PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak


Kementerian untuk memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup wanita
dan masyarakat daerah Ranau dalam 5 tahun ke belakang dan untuk
rancangan 5 tahun ke hadapan untuk golongan yang sama dalam daerah
ini.

1
SOALAN NO. : 71

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


(KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sentiasa giat
melaksana serta menyusun atur pelbagai program pemerkasaan wanita
di seluruh negara dalam membantu dan memastikan kebajikan mereka
sentiasa terjamin. Pelbagai inisiatif berbentuk program latihan atau
sokongan telah dilaksanakan oleh KPWKM bagi golongan tersebut.

2. Antaranya ialah Program Pembangunan Kapasiti dan latihan


keusahawanan yang merangkumi program-program Advokasi Penjanaan
Pendapatan, Ekonomi dan Kemahiran serta Literasi Kewangan. Program
ini telah membantu membangunkan kapasiti wanita melalui pelaksanaan
kursus dan latihan, memberi bimbingan mengenai pengurusan kewangan
serta menggalakkan wanita menceburi bidang keusahawanan.

3. KPWKM juga menerusi JPW sentiasa bekerjasama erat dengan


Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) dalam pelaksanaan program
pembangunan kapasiti dan pemerkasaan wanita di Sabah. Pada tahun
2022 sahaja, JPW telah mengadakan lebih 60 program di Sabah dan
dua daripadanya diadakan di Ranau. Program yang diadakan ini
melibatkan program sukarelawan Skuad Waja. Pada tahun 2023, JHEWA
telah mengadakan program pembangunan wanita serta program literasi
perundangan melibatkan wanita B40 dan ibu tunggal di daerah Ranau.

2
SOALAN NO. : 71

4. Selain itu, menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), KPWKM


juga menyediakan bantuan kewangan kebajikan untuk meringankan
beban kumpulan sasar, sama ada lelaki mahupun wanita, buat sementara
waktu sehingga kumpulan sasar ini mampu untuk keluar dari putaran
kemiskinan ke arah hidup berdikari. Pada tahun 2022 sahaja, sejumlah
RM6.9 juta bantuan kewangan kebajikan ini telah disalurkan kepada
1,458 penerima di daerah Ranau.

5. Selain itu, JKM melalui Pertubuhan Pemulihan dalam Komuniti


(PPDK) Daerah Ranau juga turut telah mengadakan pelbagai program
Pemantapan Pengurusan Program Pemulihan dalam Komuniti kepada
Orang Kurang Upaya (OKU), yang turut membabitkan OKU Wanita.
Program-program ini akan diteruskan pada masa akan datang dan
KPWKM sentiasa komited dalam usaha menyampaikan perkhidmatan
yang terbaik kepada masyarakat.

6. Sementara itu, pada tahun 2020, di bawah Pelan Jana Semula


Ekonomi Negara (PENJANA), Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) telah
turut diberikan secara one-off sebanyak RM300 kepada 150,000 ibu
tunggal yang layak seluruh negara bagi meringankan beban mereka
sewaktu penularan wabak COVID-19 di negara ini berada di tahap
kemuncaknya.

Sekian, terima kasih.

3
SOALAN NO : 72

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN HASSAN BIN SAAD (BALING)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN HASSAN BIN SAAD [BALING] minta MENTERI KERJA RAYA


menyatakan perancangan Kementerian untuk membaik pulih Jalan
Tawar-Kuala Ketil dan Jalan Kg Pisang-Gerik.
SOALAN NO : 72

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi Parlimen Baling Jalan


Persekutuan yang terlibat adalah laluan FT004 Jalan Grik-Kupang-
Lunas, FT067 Jalan Sungai Petani-Baling, FT076 Jalan Baling-
Pengkalan Hulu, FT136 Jalan Bandar Baharu-Kuala Ketil, FT1055
Jalan FELDA Teloi Kanan dan FT1056 Jalan FELDA Teloi Timur
sepanjang 105 km yang disenggara oleh syarikat konsesi
penyenggaraan Jalan Persekutuan. Bagi jalan yang dimaksudkan iaitu
Jalan Tawar – Kuala Ketil laluan Persekutuan FT067 Seksyen 18.8 hingga
37.0 dan Jalan Kampung Pisang – Gerik laluan Persekutuan FT04
Seksyen 64.5 hingga 83.4, jalan ini adalah antara Jalan Persekutuan yang
terletak di kawasan Parlimen Baling.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2021 hingga


2022 Kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM
35,215,634.24 di bawah program penyenggaraan rutin dan
penyenggaraan berkala (pavemen dan berkala bukan pavemen) yang
dilaksanakan oleh syarikat konsesi di laluan Persekutuan Parlimen
Baling. Kerja-kerja penyenggaraan tersebut melibatkan 39 bilangan kerja
berkala pavemen dan 19 bilangan kerja berkala bukan pavemen.

Bagi kelulusan peruntukan penyenggaran Berkala Fasa 1 tahun 2023,


laluan ini telah menerima peruntukan kerja pembaikan
sebanyak RM11,590,000.00.

Bagi lokasi aduan seperti mana yang dinyatakan oleh Ahli Yang
Berhormat iaitu Jalan Tawar – Kuala Ketil dan Jalan Kg. Pisang –
Gerik; beberapa tindakan segera telah diambil oleh pihak konsesi Jalan
Persekutuan sebagai langkah penyelesaian jangka masa pendek dalam
menangani masalah jalan berlubang sepanjang Jalan Persekutuan di
Bagan Serai dengan melaksanakan penampalan lubang (pothole
SOALAN NO : 72

patching) di bawah program kerja-kerja Penyenggaraan Rutin. Kuantiti


kerja tampalan potholes bagi tempoh Januari hingga Disember 2022 yang
telah dilaksanakan di laluan tersebut adalah sebanyak 126 bilangan.

Bagi perancangan pembaikan jalan di laluan tersebut, Kementerian ini


telah mengenal pasti kerosakan di laluan lokasi yang dinyatakan dan telah
menyediakan Anggaran Penyenggaraan Jalan (APJ) sebanyak 34
bilangan kerja berkala pavemen yang bernilai RM 30,306,000.00 dan
11 bilangan kerja berkala bukan pavemen bernilai
RM2,575,000.00. Pelaksanaan kerja yang telah dirancang ini tertakluk
kepada nilai kelulusan keseluruhan peruntukan dari Kementerian
Kewangan serta senarai keutamaan yang telah disediakan oleh Jabatan
Kerja Raya berdasarkan penilaian tahap kritikal kerosakan jalan bagi
keseluruhan jaringan Jalan Persekutuan di bawah seliaan Kementerian
ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya melalui


Jabatan Kerja Raya sentiasa komited dalam memastikan jalan sentiasa
dalam keadaan yang selamat dan selesa dengan menjalankan kerja-kerja
penyenggaraan rutin sepanjang tahun.

Sekian, terima kasih.


NO. SOALAN: 73

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DR. KELVIN YII LEE WUEN [BANDAR


KUCHING]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DR. KELVIN YII LEE WUEN [BANDAR KUCHING] minta MENTERI


KESIHATAN menyatakan tentang justifikasi dan sebab-sebab yang telah
dipertimbangkan dalam keputusan Kementerian untuk melanjutkan
perjanjian konsesi dengan Pharmaniaga Bhd.
NO. SOALAN: 73

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Syarikat Pharmaniaga Logistics Sdn. Bhd. (PLSB) mempunyai


pengalaman dalam perkhidmatan pembekalan dan logistik produk
perubatan yang setanding dengan syarikat logistik antarabangsa yang
terkenal seperti DKSH dan Zuellig Pharma. Syarikat telah berjaya
membina jaringan logistik terdiri daripada pengusaha Bumiputera dan
tempatan di seluruh Malaysia dengan kapasiti logistik produk rantaian
sejuk (cold chain).

2. PLSB telah menunjukkan prestasi cemerlang dan telah memenuhi


obligasi-obligasi yang telah ditetapkan dalam perjanjian konsesi dengan
Kerajaan antaranya mengekalkan prestasi melebihi 98 peratus bagi Key
Performance Indicator (KPI) memenuhi pesanan dalam tempoh 7 hari
bekerja di Semenanjung Malaysia atau 10 hari bekerja di Sabah dan
Sarawak.

3. Berdasarkan kepada prestasi PLSB, Kerajaan telah bersetuju


dengan cadangan konsesi baharu iaitu Konsesi Perkhidmatan Logistik
Bekalan Perubatan untuk 10 tahun bagi menguruskan rantaian bekalan
dan logistik produk-produk perubatan ke fasiliti Kementerian Kesihatan.
Pengalaman dan kepakaran merupakan crucial element untuk
memastikan kelancaran pembekalan produk perubatan kepada fasiliti-
fasiliti Kementerian Kesihatan.

4. Melalui pelaksanaan konsesi Penswastaan Makmal dan Stor


Kementerian Kesihatan oleh PLSB, fasiliti Kementerian Kesihatan tidak
perlu menyimpan bekalan stok yang terlalu banyak di stor masing-masing.
Ini kerana fasiliti Kementerian Kesihatan boleh membuat pesanan tanpa
minimum order quantity dan pembekalan boleh diperolehi dalam tempoh
7 ke 10 hari bekerja. Ini memerlukan kedudukan kewangan yang kukuh
dan mencukupi oleh pemegang konsesi bagi memastikan tiada gangguan
rantaian bekalan.

Sekian, terima kasih.


NO. SOALAN: 74

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN RIDUAN BIN RUBIN [TENOM]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN RIDUAN BIN RUBIN [TENOM] minta MENTERI KESIHATAN


menyatakan adakah pihak Kementerian akan mempertimbangkan
cadangan untuk mewujudkan bangunan unit kecemasan di Klinik
Kemabong kerana ianya merupakan suatu keperluan yang kritikal
memandangkan bilik unit kecemasan sedia tidak relevan untuk digunakan
kerana ruangan yang sempit dan kurang kondusif bagi menjalankan kes
kecemasan secara serentak.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Klinik Kesihatan Kemabong mempunyai purata kedatangan harian


pesakit sebanyak 120 orang sehari. Bangunan klinik ini merupakan
binaan kayu sejak tahun 1993 dan telah dikategorikan sebagai klinik daif.
Pada tahun ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima
peruntukan pembangunan untuk menaiktaraf Klinik Daif di seluruh
Malaysia termasuk Klinik Kesihatan Kemabong. Peruntukan berjumlah
RM600,000.00 telah diturunkan untuk menaiktaraf bangunan Klinik
Kesihatan Kemabong termasuk Unit Kecemasan, Unit Primer, Unit
Kesihatan Ibu dan Anak, Unit Makmal dan lain-lain lagi. Projek ini akan
dilaksanakan di bawah Jabatan Teknikal Negeri iaitu Jabatan Kerja Raya
Sabah selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri setiap projek
di bawah 50 juta akan dilaksanakan oleh Jabatan Teknikal wilayah Sabah
dan Sarawak. Sekian, terima kasih.
SOALAN NO. 75

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' ROSOL BIN WAHID


(HULU TERENGGANU)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATO' ROSOL BIN WAHID (HULU TERENGGANU) minta MENTERI


KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH menyatakan apakah perancangan
Kementerian untuk memajukan kawasan luar bandar di Terengganu
khususnya di dalam kawasan yang diwartakan di bawah seliaan Lembaga
Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bagi memakmurkan lagi
pembangunan ekonomi penduduk setempat khususnya dalam sektor
pelancongan.
SOALAN NO. 75

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, KETENGAH sedang melaksanakan


pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam dalam Wilayahnya bagi
memberi keselesaan dan meningkatkan tahap keselamatan pelancong
termasuk aktiviti peningkatan ekonomi kepada pengusaha pelancongan dan
penduduk setempat. Antara projek pembangunan yang telah dan sedang
dilaksanakan ialah :
i. Menaiktaraf Jaringan Jalanraya di Pengkalan Gawi dan
Pengkalan Utama;
ii. Pencahayaan di Kawasan Tarikan Tasik Kenyir;
iii. Pembangunan Pertapakan Bandar Baru Gawi;

Kemudahan pelancongan yang dinaiktaraf adalah melibatkan beberapa


lokasi dalam Wilayah KETENGAH merangkumi kawasan :
a. Tasik Puteri, Bukit Besi
b. Air Terjun Chemerong
c. Kawasan Pemuliharaan Tuntung, Kampung Pasir Gajah
d. Kawasan ‘Palmstay’ Kelip-Kelip, Sungai Yak Yah
e. Kawasan Kubu Mat Kilau, Kampung Pasir Raja
f. Kawasan tarikan pelancong Sungai Kelemin, Lubuk Kain, Kuala
Jengai dan Kampung Delong

Acara/aktiviti pelancongan yang diadakan merangkumi kawasan


pelancongan dalam Wilayah KETENGAH adalah seperti :
i. Kenyir Snakehead Battle
ii. Bukit Besi 4X4 Monsoon Challenge
iii. Visit Beautiful Terengganu Golf Tournament
iv. Ekspedisi Berkayak Wilayah KETENGAH
v. Bukit Besi 4X4 Monsoon Challenge
vi. Laluan Emas Mat Kilau
vii. Tasik Kenyir Jet Ski Challenge.
SOALAN NO. 75

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah memperuntukkan


berjumlah RM3,600,000.00 kepada KETENGAH bagi pelaksanaan projek
Pembangunan Pelancongan Luar Bandar (PPLB) bagi tahun 2021 hingga
2023. Bagi tahun 2023, beberapa program/projek pembangunan fizikal
baharu akan dilaksanakan adalah :

i. Membina kemudahan Tambatan Rumah Bot, Pengukuhan


Tebing, Gerai di Pengkalan Utama;
ii. Membina Infrastruktur Komersial Zon Bebas Cukai di
Pengkalan Gawi;

Pada tahun ini juga, KETENGAH akan melaksanakan program


sebagaimana berikut :

i. Program Youth Entrepreneur Tourism (YET)


Fokus kepada penglibatan golongan belia dalam industri
pelancongan yang dianggarkan akan melahirkan seramai 10
orang belia berkemahiran dalam bidang pelancongan dengan
memperoleh Lesen Pemandu Pelancong Bandar (City Guide)
dan Lesen Pemandu Pelancong Alam Sekitar (Nature Guide).

ii. Festival Kenyir 2023


Program ini mensasarkan seramai 50,000 orang pengunjung
sepanjang program ini diadakan selama empat (4) hari yang
dijangka pada bulan Ogos 2023 nanti.

KETENGAH turut melaksanakan beberapa projek pelancongan di bawah


peruntukan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
(MOTAC). Pada tahun ini, projek yang telah diluluskan oleh MOTAC adalah
Projek Membina Jeti Pelancongan di Kawasan Tarikan Tasik Kenyir .

KETENGAH juga merancang untuk melaksanakan beberapa program


sebagaimana berikut :
i. Menaiktaraf produk pelancongan/kawasan tarikan sedia ada;
ii. Mewujudkan produk pelancongan/kawasan tarikan pelancong
SOALAN NO. 75

yang baru;
iii. Mengadakan promosi dan publisiti produk
pelancongan/kawasan tarikan seperti :
MAHA, MATTA Fair, Karnival Beautiful Terengganu, Jelajah
Beautiful Terengganu, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan
Negeri Terengganu, promosi di stesen televisyen dan radio
serta sosial media.
iv. Melaksanakan program pemantapan pelancongan seperti
Jelajah Ilmu Ride to Kenyir, Kursus CTRE Pemandu Pelancong
dan Kursus Pelancongan bagi pengusaha homestay dan
kawasan tarikan.

Selain melaksanakan program-program bersifat fizikal, KETENGAH juga


sentiasa mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri, agensi-agensi
kerajaan dan swasta serta orang awam bagi mendapatkan input dengan
tujuan menambahbaik mutu perkhidmatan dan seterusnya meningkatkan
kedatangan pelancong ke kawasan-kawasan tarikan yang dibangunkan.

Sekian, terima kasih.


NO. SOALAN: 76

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN GOBIND SINGH DEO


[ DAMANSARA ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

Tuan Gobind Singh Deo [ Damansara ] minta MENTERI


PENGANGKUTAN menyatakan sama ada wujud cadangan untuk
menaiktaraf bangunan dan fasiliti di Terminal Domestik dan
Antarabangsa KLIA dan apakah tempoh masa yang diperlukan untuk
tujuan tersebut.
NO. SOALAN: 76

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2019, Malaysia


Airport Holdings Berhad (MAHB) telah melantik jururunding untuk
membangunkan Kajian Pelan Induk untuk tempoh 30 tahun (2050) bagi
Lapangan Terbang Antabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Kajian Pelan Induk
tersebut merupakan kajian menyeluruh merangkumi keperluan
pembangunan yang melibatkan 2 fasa pembangunan bagi menampung
keperluan peningkatan penumpang sehingga 140 juta penumpang
(million passengers per anum - mppa) dan keperluan kargo sehingga 2.5
juta tan setahun.

2. Terminal 1 KLIA telah direkabentuk untuk menampung sehingga 30


mppa, manakala Terminal 2 KLIA pula sebanyak 45 juta mppa. Pada
tahun 2019, Terminal 1 telah merekodkan sebanyak 29.2 mppa manakala
Terminal 2 merekodkan 33 mppa.

3. Walau bagaimanapun, berikutan wabak COVID-19 yang melanda


dunia pada tahun 2020, pergerakan penumpang di KLIA turut terjejas dan
mengalami penurunan yang amat drastik sehingga 90% pada tahun 2021
di Terminal 1 dan 96% di Terminal 2 bersamaan dengan 2.1 mppa di
Terminal 1 dan 1.8 mppa di Terminal 2. Berdasarkan unjuran pergerakan
penumpang oleh MAHB, kapasiti di Terminal 1 akan dicapai pada tahun
2030 manakala Terminal 2 pula menjangkau melebihi tahun 2030.
Sehubungan itu, buat masa ini rancangan untuk menaiktaraf bangunan di
KLIA dijangka hanya akan bermula pada tahun 2026 atau apabila kapasiti
terminal telah mencecah 90%.

4. Bagi maksud menaiktaraf fasiliti pengendalian penumpang


domestik dan antarabangsa di KLIA, pihak MAHB sedang menaiktaraf
Track Transit System (TTS) dan Baggage Handling System (BHS).
Kedua-dua projek ini sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada
penghujung tahun 2025.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 77

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' SRI TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN


[ KUBANG KERIAN ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB DATO' SRI TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN [ KUBANG KERIAN ]


minta MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN
menyatakan:-
(a) jumlah anggota dan balai bomba sukarela di Malaysia mengikut
pecahan negeri-negeri; dan
(b) apakah Kementerian bercadang untuk menyemak semula
insentif dan keistimewaan yang diberikan kepada para anggota.
SOALAN NO : 77

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa kini terdapat 354
Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang aktif di seluruh Malaysia
merangkumi 7,900 orang anggota yang bergiat secara aktif. Jumlah
pasukan dan anggota bomba sukarela adalah seperti berikut:

JUMLAH
JUMLAH
BIL NEGERI ANGGOTA
PASUKAN
(ORANG)

1 PERLIS 9 213
2 KEDAH 43 868
3 PULAU PINANG 38 897
4 PERAK 41 1178
5 SELANGOR 34 706
6 WP KUALA LUMPUR 9 162
7 NEGERI SEMBILAN 6 116
8 MELAKA 5 100
9 JOHOR 29 532
10 PAHANG 30 702
11 KELANTAN 15 286
12 TERENGGANU 11 236
13 SARAWAK 35 665
14 SABAH 44 1155
15 WP LABUAN 5 84
JUMLAH 354 7,900
SOALAN NO : 77

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada


dasarnya sentiasa berusaha mempertingkatkan insentif keistimewaan dan
kebajikan PBS dari semasa ke semasa. Pelbagai usaha telah
dilaksanakan untuk memperkasa PBS, antaranya seperti berikut:

a) Pemberian Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA).


Pada tahun 2023, Kerajaan telah mengumumkan pemberian khas
secara one-off iaitu Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada semua
sukarelawan uniform yang terlibat termasuklah PBS. Bayaran yang
pertama kali diberikan ini adalah sebanyak RM300 seorang
melibatkan peruntukan berjumlah RM2.97 juta.

b) Pemberian peruntukan geran bantuan kewangan tahunan.


Setiap tahun PBS yang aktif akan diberikan geran bantuan
kewangan sebanyak RM3,000 bagi setiap pasukan untuk
pengurusan dan pengoperasian balai serta penyelenggaraan
peralatan operasi. Peruntukkan yang diberikan ini adalah diperlukan
bagi pengurusan penyelenggaraan jentera seperti kenderaan,
bahan api dan penyelenggaraan balai serta peralatan operasi.

c) Caruman perlindungan insurans kelompok kepada anggota.


Jabatan juga telah memperuntukkan caruman insurans secara
percuma kepada anggota PBS yang terlibat secara aktif dengan
memberi perlindungan sepanjang tahun melibatkan kecederaan
atau kematian. Perlindungan caruman ini melibatkan jumlah
peruntukan tahunan sebanyak RM600,000 setahun.

d) Pembekalan peralatan Personal Protective Equipment (PPE)


PBS yang ditubuhkan akan dibekalkan dengan kelengkapan PPE,
iaitu set pakaian pemadaman lengkap dengan helmet, gloves dan
boots bagi membolehkan setiap PBS menghadiri sebarang operasi
kecemasan terutama melibatkan kebakaran. Peralatan-peralatan
lain yang dibekalkan adalah pam, hose, hard suction, hydrant key
and bar dan lain-lain. Pembekalan PPE ini adalah mengikut agihan
keutamaan dan keperluan semasa kepada PBS yang aktif.
SOALAN NO : 77

e) Pembekalan jentera bomba sukarela atau Volunteer Fire


Response Vehicle (VFRV).
JBPM juga berusaha menyediakan pembekalan VFRV kepada PBS
yang diagihkan kepada pasukan yang terlibat secara aktif. Agihan ini
melibatkan VFRV yang digunakan seperti Proton Arena dan
Mitshubihi Triton Lite dan juga jentera pelbagai jenama dari Jepun.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 78

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN MOHAMAD SHAFIZAN HAJI KEPLI


[ BATANG LUPAR ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB TUAN MOHAMAD SHAFIZAN HAJI KEPLI [ BATANG LUPAR ]


minta MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN
menyatakan langkah jangka panjang Kementerian bagi meningkatkan
keselamatan penduduk di kawasan luar bandar Sarawak daripada
ancaman kebakaran yang sering berlaku di kampung-kampung
pedalaman serta rumah-rumah panjang.
SOALAN NO : 78

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan


Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia (JBPM) sentiasa komited dalam memperluaskan aspek
perlindungan kebakaran bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan
sentiasa terjamin serta mampu memenuhi ekspektasi rakyat. Pelbagai
usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian bersama JBPM dalam
memastikan komuniti setempat di kawasan yang berada di luar capaian
response time mampu berhadapan dan bertindak sebagai first responder
sekiranya berlaku sebarang insiden kebakaran atau kemalangan.

Pemerkasaan komuniti setempat merupakan inisiatif yang terbaik


dalam menerapkan amalan pembudayaan keselamatan kebakaran dalam
usaha mengurangkan insiden-insiden yang tidak diingini. Penerapan
Community Based Disaster Management (CBDM) yang menekankan
aspek kesedaran berkaitan pengurusan bencana, pencegahan
kebakaran dan penyelamatan akan terus diperluaskan agar dapat
menjadi panduan serta amalan dalam kehidupan seharian.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kementerian telah


melaksanakan pelbagai program dan pendekatan dalam memastikan
komuniti setempat menjadi sebahagian daripada pasukan bertindak
kecemasan. Antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti
berikut:

i. meningkatkan penubuhan Pasukan Bomba Sukarela (PBS).


Sehingga kini terdapat sebanyak 357 pasukan telah ditubuhkan di
seluruh negara dengan keahlian seramai 12,118 orang. Di negeri
Sarawak, terdapat 35 pasukan telah ditubuhkan dengan 1,603
orang ahli;

ii. memperkasakan penubuhan Bomba Komuniti yang kini terdapat


sebanyak 491 pasukan dengan keahlian seramai 5,195 orang di
negeri Sarawak. Ahli-ahli Bomba Komuniti ini akan diberikan
kefahaman tentang pencegahan kebakaran, latihan kebombaan
SOALAN NO : 78

dan penyediaan peralatan asas kawalan awal kebakaran seperti


alat pemadam api;

iii. melaksanakan dan mempertingkatkan kempen kesedaran


keselamatan kebakaran termasuk Program 1 Rumah 1 Alat
Pemadam Api (1RAPI) yang kini telah mencatatkan penyertaan
seramai 650 orang melalui pelaksanaan 25 program. Program
Sedia Urus Isi Rumah (SURI) pula merekodkan penubuhan
sebanyak 51 pasukan dengan penglibatan komuniti di negeri
Sarawak seramai 485 orang; dan

iv. menubuh serta memperkasakan pasukan Community Emergency


Response Team (CERT) di negeri Sarawak yang mana ahli-ahlinya
terdiri daripada penduduk rumah panjang dan pedalaman. JBPM
memainkan peranan penting dalam memberi pendedahan serta
latihan bagi mengendalikan sebarang insiden kecemasan
termasuklah kebakaran dan penyelamatan. Sehingga kini, terdapat
sebanyak 54 pasukan CERT telah ditubuhkan dengan keahlian
seramai 9,707 orang.

Selain itu, pihak Kementerian juga sentiasa peka terhadap


keperluan penyediaan fasiliti kebombaan melibatkan kawasan-kawasan
di luar bandar dan pedalaman. Pada tahun ini, Kementerian melalui
JBPM telah mengangkat sebanyak lapan (8) permohonan kepada agensi
pusat melibatkan perolehan tapak dan pembinaan balai bomba baharu
serta kuarters di negeri Sarawak dalam Rolling Plan Keempat (RP4)
tahun 2024, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

Walau bagaimanapun, pelaksanaan bagi pembinaan balai bomba


tersebut adalah bergantung kepada ketersediaan tapak tanah berkenaan
dan juga kos yang terlibat. Mulai tahun 2023, KPKT juga akan memberi
keutamaan projek pembinaan balai bomba bagi tapak tanah yang
disediakan secara percuma atau dengan kadar premium nominal oleh
kerajaan negeri atau pemaju perumahan. Faktor ini akan diambil kira
selain dari skor kajian fire cover yang dilaksanakan oleh JBPM.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 79

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN MOHD NAZRI BIN ABU HASSAN


(MERBOK)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN MOHD NAZRI BIN ABU HASSAN (MERBOK) minta MENTERI


KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH menyatakan status dan di peringkat
manakah kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Tupah yang telah
diperuntukkan sebanyak RM35juta daripada Kementerian disalurkan
untuk menyedia akses bekalan air bersih dan terawat kepada penduduk-
penduduk di dalam kawasan tanggungjawab loji tersebut.
SOALAN NO : 79

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, kerja menaik taraf Loji Rawatan Air
Tupah telah diluluskan di bawah RP1 RMKe12 dengan kos keseluruhan
berjumlah RM35juta melalui butiran Projek Bekalan Air Luar Bandar
(BALB) di Tupah, Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman. Projek ini
melibatkan skop menaik taraf Loji Rawatan Air Tupah, pembinaan
tangki/jajaran paip dan kerja berkaitan yang dijangka memberi manfaat
langsung kepada 450 buah rumah atau 2,250 penduduk serta secara
tidak langsung kepada penduduk kampung di kawasan sekitar.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, projek ini adalah dalam proses
memuktamadkan penyata kehendak kerajaan sebelum perolehan projek
dapat dilaksanakan. Lawatan tapak, kerja ukur dan kajian tapak awalan
telah dilaksanakan dengan bantuan Syarikat Air Darul Aman (SADA)
Sdn. Bhd. pada tahun 2022 dan projek dijangka dapat ditender secara
Reka dan Bina selewat-lewatnya pada suku ke-3 tahun 2023.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 80

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN FATHUL HUZIR BIN AYOB [ GERIK ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN FATHUL HUZIR BIN AYOB [ GERIK ] minta MENTERI


PENDIDIKAN menyatakan usaha bagi mengelakkan keciciran pelajaran
kanak-kanak luar bandar termasuk kawasan Orang Asli. Ada terdapat
perancangan Kerajaan untuk memperbanyakkan Asrama Desa di sekolah
rendah terbabit.
SOALAN NO : 80

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memberikan


perhatian yang serius kepada isu keciciran pendidikan dalam kalangan
anak-anak masyarakat Orang Asli yang berpunca daripada kekurangan
infrastruktur pendidikan dan kemudahan logistik yang sempurna.

Antara pendekatan yang diambil oleh pihak KPM dalam menangani


isu keciciran murid Orang Asli adalah dengan mengadakan sesi libat urus
dan Program Ziarah Kasih bersama-sama komuniti Orang Asli di
perkampungan masyarakat Orang Asli. KPM bekerjasama dengan pihak
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) dalam mengesan keberadaan kanak-kanak Orang Asli yang
sepatutnya berada dalam sistem pendidikan tetapi tidak bersekolah.
Program turun padang ini melibatkan pegawai KPM, jabatan pendidikan
negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD), sekolah, JAKOA dan
NGO. Program ini bermatlamat untuk menjelaskan kepentingan
pendidikan dan meyakinkan kepada komuniti Orang Asli bahawa anak-
anak mereka berpotensi dalam bidang akademik dan kokurikulum
sekiranya menghadiri persekolahan. Pihak JAKOA pula akan membantu
menyediakan kemudahan asas persekolahan, bantuan wang saku dan
pengangkutan murid ke sekolah terdekat.

Selain itu, KPM juga telah melaksanakan Program Jom Belajar, iaitu
Program Khas Murid Orang Asli (ProKhas) dan Chup Badui Sikulah (CBS)
khusus untuk memberi akses pendidikan asas kepada kanak-kanak Orang
Asli di pedalaman dan tidak pernah bersekolah. Sehingga Mei 2023,
sejumlah 374 orang kanak-kanak Orang Asli telah berjaya dipujuk dan
mula bersekolah di 14 buah sekolah di seluruh negara.
SOALAN NO : 80

Peluasan Program Sekolah Komprehensif 9 (K9) juga merupakan


strategi KPM dalam usaha menangani isu kehadiran murid Orang Asli yang
tinggal di pedalaman. Peluasan Sekolah K9 mampu mengurangkan kadar
keciciran transisi murid dari Tahun 6 ke Tingkatan 1. Sehingga Mei 2023,
terdapat lapan buah sekolah Orang Asli yang melaksanakan Program
Sekolah K9. Selain itu, KPM juga memperluaskan konsep K9 kepada
sekolah komprehensif 11 (K11). Ini merupakan satu inisiatif dalam
memberikan akses pendidikan yang lebih menyeluruh dari peringkat
rendah hingga menengah selama 11 tahun, iaitu daripada Tahun 1 hingga
Tingkatan 5. Konsep K11 ini juga dijangka mampu mengurangkan kadar
keciciran transisi murid dari Tingkatan 3 ke Tingkatan 4 atau transisi
peringkat pengajian menengah rendah ke menengah atas. Sekolah K11
juga menjadi inisiatif yang akan menyokong usaha KPM ke arah
memastikan murid di kawasan yang dikenal pasti dapat menamatkan
pendidikan 11 tahun. Sebagai permulaan, KPM telah memulakan program
rintis K11 di SK RPS Betau, Kuala Lipis, Pahang yang sekarang dikenali
sebagai SMK RPS Betau khas bagi murid Orang Asli di kawasan tersebut.

Berhubung pertanyaan Ahli Yang Berhormat tentang asrama desa,


sehingga 1 Mei 2023, terdapat seramai 13,911 orang murid menghuni di
262 buah asrama desa. KPM akan terus meneliti cadangan peluasan
asrama desa berdasarkan analisis keperluan serta permintaan masyarakat
setempat.

KPM sentiasa komited dalam usaha menangani isu keciciran


pendidikan dalam kalangan anak-anak masyarakat Orang Asli dan
memastikan hak setiap kanak-kanak di negara ini untuk mendapat akses
pendidikan yang berkualiti diberi keutamaan.

Sekian, terima kasih.

RJM91
SOALAN NO : 81

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN LEE CHUAN HOW [ IPOH TIMOR ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB TUAN LEE CHUAN HOW [ IPOH TIMOR ] minta MENTERI


PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapa
bilangan keseluruhan unit hartanah (perumahan) di seluruh Malaysia
pada tahun 2023 mengikut perincian harta tanah dan strata.
SOALAN NO : 81

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan Laporan Banci


Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, terdapat sebanyak 9.6 juta unit
kediaman di Malaysia. Ini adalah menunjukkan peningkatan berbanding
7.3 juta unit kediaman seperti dilaporkan dalam Banci Penduduk Dan
Perumahan Malaysia 2010. Di samping itu, berdasarkan laporan yang
dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (National Property
Information Centre, NAPIC), bagi suku pertama tahun 2023 (Q1/2023),
bilangan unit rumah baharu dilancar (launch) adalah berjumlah 4,661 unit.

Daripada jumlah tersebut, 3,985 unit atau 85.5% adalah rumah jenis
bertanah (landed) dan 676 unit atau 14.5% adalah rumah jenis bertingkat
(high rise). Tiga (3) negeri dengan jumlah unit rumah baharu dilancar
tertinggi pada Q1/2023 adalah Johor, Selangor dan Pahang iaitu masing-
masing 2,077 unit, 791 unit dan 700 unit rumah. Lingkungan harga rumah
baharu yang dilancar bagi Q1/2023 adalah seperti berikut:

i. bawah RM300,000: 1,193 unit (25.6%);


ii. RM300,001 hingga RM500,000: 1,482 unit (31.8%);
iii. RM500,001 hingga RM1 juta: 1,663 unit (35.7%); dan
iv. atas RM1 juta: 323 unit (6.9%).

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 82

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK WETROM BIN BAHANDA


[ KOTA MARUDU ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB DATUK WETROM BIN BAHANDA [ KOTA MARUDU ] minta


MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan
apakah pihak Kementerian mempunyai perancangan menaik taraf fasiliti
dan kemudahan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu yang kurang
diselenggara seperti pintu shutter balai yang tidak berfungsi dan bilik
menunggu anggota bomba bagi keselesaan anggota semasa menunggu
panggilan kecemasan.
SOALAN NO : 82

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian


Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia (JBPM) ingin menzahirkan ucapan terima kasih
di atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat berhubung isu menaik taraf
fasiliti dan kemudahan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota
Marudu. Kementerian ini bersetuju dan tidak menafikan bahawa faktor
keselamatan, keselesaan dan kemudahan yang baik serta lengkap
dapat memberi suntikan moral kepada anggota bomba dalam
meningkatkan penyampaian perkhidmatan kebombaan kepada
masyarakat.

Kementerian sentiasa mengambil maklum berhubung keadaan


semasa dan keperluan bagi kerja-kerja menaik taraf fasiliti dan
kemudahan bangunan BBP Kota Marudu yang kini telah menjangkau
usia hampir 25 tahun. Dalam memastikan BBP Kota Marudu dapat
beroperasi dan memberi respon kepada masyarakat setempat,
Kementerian melalui JBPM sedang dalam proses untuk melaksanakan
kerja-kerja naik taraf seperti pembaikan tandas, bahagian dalaman,
papan tanda, bumbung serta mengecat kuarters yang melibatkan
peruntukan sebanyak RM280,000.00. Pada masa yang sama, KPKT
melalui JBPM akan terus memantau dan memberi perhatian kepada
permasalahan yang lain agar dapat mewujudkan satu ruang kerja yang
kondusif kepada anggota-anggota bomba sekali gus dapat
meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 83

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KE LIMA BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : IR. TS. HAJI KHAIRIL NIZAM BIN KHIRUDIN


[ JERANTUT ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [ Jerantut ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) apakah langkah Kementerian dalam memastikan silibus sekolah
swasta serta vernakular kekal relevan terutamanya berkaitan dengan
sejarah Malaysia; dan
(b) bagaimana sekolah vernakular boleh menjadi pemangkin kepada
perpaduan kaum.
SOALAN NO : 83

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kurikulum kebangsaan


dilaksanakan di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Di
samping itu, kurikulum kebangsaan turut diajar di sekolah swasta yang
berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sejarah merupakan mata pelajaran yang diajar menggunakan


kurikulum kebangsaan. Mata pelajaran Sejarah diperkenalkan secara
holistik menggunakan pendekatan kronologi dan tematik bermula dari
Tahap II di sekolah rendah sehingga Tingkatan Lima sekolah menengah. Ia
bertujuan untuk memastikan murid mengenal dan memahami gambaran
menyeluruh tentang sejarah negara dan sejarah dunia yang selari dengan
peristiwa sejarah negara untuk menghayati perasan dan semangat cinta
akan negara.

Di peringkat sekolah rendah, mata pelajaran Sejarah diajar kepada


murid dengan tujuan untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas
Kemahiran Pemikiran Sejarah di samping penerapan semangat patriotik
melalui pengetahuan sejarah. Pemahaman asas pengetahuan sejarah
negara dapat meningkatkan pengetahuan sejarah tanah air di samping
memupuk semangat cinta dan bangga kepada negara.

Pada peringkat sekolah menengah pula pelaksanaan kurikulum mata


pelajaran Sejarah yang bermula pada tahun 2017 memasukkan sejarah
budaya, sosial, sukan, sejarah perkembangan politik negara dan
penekanan kepada elemen patriotisme. Selain itu, skop sejarah dunia
diperluaskan dengan memasukkan isu-isu antarabangsa yang selari
dengan sejarah negara.

KPM sentiasa memastikan kandungan mata pelajaran Sejarah


sentiasa relevan serta tepat. Ini dilaksanakan melalui pelantikan Panel
Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah yang melibatkan
tokoh akademik daripada pelbagai kepakaran dalam bidang ilmu sejarah
SOALAN NO : 83

sama ada Sejarah negara mahupun Sejarah negara luar. Pembentukan


panel ini bertujuan memastikan penggubalan kurikulum baru dan
penerbitan buku teks Sejarah akan dapat memberi impak kepada
pemahaman dan penghayatan Sejarah tanah air di samping
membangunkan kurikulum Sejarah yang holistik.

Selain itu, penubuhan Jawatankuasa Kerja Penambahbaikan Mata


Pelajaran Sejarah dan Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku
Teks Sejarah bagi mengkaji kesesuaian dan pelaksanaan cadangan
Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sekolah
Menengah. Tumpuan diberikan kepada usaha-usaha penambahbaikan
mata pelajaran Sejarah dalam jangka pendek dan jangka panjang yang
berkaitan dengan kurikulum, buku teks, data guru opsyen, bahan dan
program sokongan, pemantauan pembelajaran dan pengajaran mata
pelajaran Sejarah, pengurusan panitia Sejarah, kursus latihan guru pra
perkhidmatan dan dalam perkhidmatan serta program bimbingan/intervensi
peningkatan prestasi akademik mata pelajaran Sejarah.

KPM juga bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Muzium


Negara dan Arkib Negara Malaysia dalam memastikan sokongan kepada
kandungan kurikulum yang diajar adalah seiring dengan matlamat
keperluan pembelajaran sejarah Malaysia.

Tuan Yang Di Pertua,

KPM komited dalam memupuk perpaduan secara menyeluruh dalam


kalangan warga pendidikan. Oleh hal yang sedemikian, sistem pendidikan
menerusi kurikulum kebangsaan digubal berasaskan dan bertunjangkan
kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. KPM memasukkan elemen
patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap agama, bangsa dan
negara dalam kurikulum kebangsaan melalui Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah,
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral serta melalui pendekatan merentas
kurikulum dalam mata pelajaran yang lain.
SOALAN NO : 83

Bagi memperkukuhkan konsep perpaduan secara holistik di sekolah


termasuk sekolah jenis kebangsaan, Program Transformasi Sekolah 2025
(TS25) dilaksanakan bermula tahun 2015. Pelaksanaan TS25 adalah
bermatlamat ke arah kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti
dengan berfokuskan kepada aspek kepemimpinan, guru yang kompeten
dan sokongan padu komuniti. Program ini selari dengan hasrat yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 yang memberi penekanan kepada aspek perpaduan melalui
penerapan nilai, etika dan rasa tanggungjawab sebagai warganegara.

KPM juga melaksanakan satu Kajian Pengukuran Indeks Perpaduan


untuk mengenal pasti tahap perpaduan dalam kalangan guru dan murid
sekolah rendah dan menengah. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua,
dapatan kajian ini telah digunakan untuk menambah baik aktiviti kurikulum
atau kokurikulum di sekolah khususnya dalam aspek untuk meningkatkan
semangat perpaduan dalam kalangan warga sekolah.

Di samping itu, pendekatan Malaysia MADANI yang bertunjangkan


sikap saling hormat menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi
medan dialog peradaban menjadi sokongan ke arah memperkasakan
konsep perpaduan di sekolah. Konsep Malaysia MADANI juga mengangkat
pendidikan sebagai salah satu daripada enam elemen utama yang mana
antara perkara yang ditekankan adalah pemikiran kritis dan kreatif,
pendidikan pembangunan sahsiah dan karakter, mengukuhkan perpaduan
dan mengurangkan jurang dalam pendidikan.

Konsep Malaysia MADANI adalah seiring dengan Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM) yang sedang
dilaksanakan KPM yang telah menggariskan 5 Aspirasi Sistem yang
merangkumi Akses, Kualiti, Ekuiti, Perpaduan dan Kecekapan. Tujuan
utama transformasi pendidikan adalah untuk memastikan semua kanak-
kanak yang berumur persekolahan tanpa mengira lokasi, status ekonomi
dan jantina mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti dan
saksama bagi melahirkan warga Malaysia yang mempunyai nilai,
keterampilan dan kesejahteraan seperti yang digariskan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Pada masa yang sama, KPM juga telah
membangunkan 7 Teras Nadi Keunggulan KPM bagi memastikan murid
SOALAN NO : 83

ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.

Selain itu, KPM juga memperkasa pembelajaran luar bilik darjah


melalui aktiviti ko-kurikulum sebagai satu usaha menerapkan nilai dan
semangat perpaduan dalam kalangan murid di sekolah kebangsaan.
Pelibatan murid dari pelbagai bangsa dalam aktiviti ko-kurikulum melalui
aktiviti unit beruniform, kelab dan persatuan, serta sukan dan permainan
juga menjadi medium utama KPM dalam memupuk perpaduan dalam
kalangan murid di sekolah.

KPM sentiasa komited dalam memastikan Dasar Pendidikan


Kebangsaan dapat memupuk perpaduan nasional dalam kalangan murid
dari pelbagai sekolah bagi memastikan mereka bersedia menjadi
warganegara yang bersatu padu dan berupaya menyumbang kepada
kemakmuran dan keharmonian negara.

Sekian. Terima kasih.

RJM92
NO. SOALAN: 84

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN OSCAR LING CHAI YEW


[SIBU]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN OSCAR LING CHAI YEW [SIBU] minta MENTERI KESIHATAN


menyatakan status Arcturus yang menjejaskan kesihatan rakyat. Apakah
cara yang boleh diambil supaya pandemik tersebut dapat dikawal.
Jelaskan dan nyatakan ancaman yang akan dibawa oleh varian ini.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sejak 22 Mac 2023 sehingga 13 Mei 2023, sebanyak 25 kes


XBB.1.16 atau Arcturus telah dilaporkan ke Crisis, Preparedness and
Response Centre (CPRC) Kebangsaan, KKM. XBB.1.16 adalah
sublineage XBB yang terbentuk hasil rekombinan sublineage BA.2.10.1
dan BA.2.75, iaitu sublineage ini masih tergolong dalam famili varian
Omicron.

2. Penilaian risiko peringkat global melaporkan risiko jangkitan dan


keterukan kes yang disebabkan oleh XBB.1.16 adalah lebih rendah
berbanding sublineage lain yang telah dilaporkan sebelum ini. Sedikit
peningkatan yang dilaporkan adalah disebabkan oleh kadar
kebolehjangkitan yang lebih tinggi dan kerintangan imun dalam kalangan
komuniti yang berkurangan.

3. Walaupun Malaysia telah mengenal pasti sublineage XBB.1.16


NO. SOALAN: 84

sejak bulan Mac 2023, keadaan jangkitan COVID-19 masih lagi terkawal
dan tidak membebankan kapasiti kesihatan di klinik dan hospital.
Perkhidmatan kesihatan di klinik kesihatan dan hospital masih beroperasi
seperti biasa.

4. Sebagai langkah untuk mengawal penularan jangkitan COVID-19,


KKM mengingatkan orang ramai untuk terus mengamalkan TRIIS (TEST,
REPORT, INFORM, ISOLATE & SEEK) bagi yang bergejala, sekiranya
positif COVID-19, lakukan pengasingan kendiri dengan segera untuk
tempoh yang ditetapkan. Mereka yang berisiko tinggi seperti warga emas
dan kanak-kanak adalah digalakkan memakai pelitup muka apabila
berada di kawasan sesak, sempit dan ramai orang. Orang ramai juga
disarankan sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan mencuci
tangan menggunakan sabun atau cecair pensanitasi tangan.

5. KKM juga sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang


peningkatan kes COVID-19 dan di antara langkah-langkah kawalan dan
pencegahan yang telah dan sedang diambil oleh Kerajaan adalah seperti
berikut:

(i) Meningkatkan peratusan individu yang layak menerima


vaksin dos penggalak bagi mengurangkan penularan
jangkitan, jangkitan serius serta kematian;

(ii) Mengukuhkan pengurusan COVID-19 melalui pendigitalan


pengurusan kesihatan. Perkara ini dilaksanakan melalui
pendekatan FTTIS (Find, Test, Trace, Isolate and Support)
yang diautomasikan;

(iii) Memastikan semua klinik kesihatan dan hospital bersedia


menerima kedatangan yang tinggi bagi membuat penilaian
terhadap pesakit yang disahkan positif jangkitan COVID-
19;

(iv) Pemberian ubat antiviral Paxlovid® kepada kumpulan


pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi di klinik kesihatan,
hospital kerajaan, dan fasiliti kesihatan swasta yang
NO. SOALAN: 84

dikenal pasti, bagi memastikan akses yang lebih baik


kepada pesakit;

(v) Melaksanakan aktiviti survelan melibatkan lokasi sentinel


influenza-like illness (ILI) dan severe acute respiratory
infection (SARI) serta persampelan air kumbahan dari
lokasi yang dikenal pasti di seluruh negara. Ia turut
disokong dengan aktiviti penjujukan genom penuh (Whole
Genome Sequencing, WGS) bagi mengesan varian baharu
COVID-19;

(vi) Menggerakkan pasukan kesihatan mental dan sokongan


psikososial (MHPSS) di peringkat negeri dan daerah bagi
memberikan perkhidmatan sokongan kesihatan mental
dan emosi kepada individu serta anggota keluarga serta
petugas kesihatan yang terkesan akibat pandemik COVID-
19; dan

(vii) Menggerakkan inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat


(ANMS) di semua peringkat. MyCHAMPION atau
Malaysian Health Community Agent merupakan satu
platform kolaborasi merentasi pelbagai kementerian,
organisasi sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan
kerajaan sebagai rakan strategik. Ia berperanan
membantu KKM dalam advokasi aktiviti kesihatan di
peringkat komuniti.

6. KKM akan terus memantau situasi COVID-19 dan varian SARS-


CoV-2 di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan
perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optima bagi
memastikan kesejahteraan rakyat untuk hidup bersama virus COVID-19
dengan selamat.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 85

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD


[ BAGAN SERAI ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATUK HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD [ BAGAN SERAI ] minta


MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh mana kerjasama yang
dilakukan bersama dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
dalam usaha untuk melaksanakan cadangan bagi memasukkan silibus
pendidikan Islam secara lebih komprehensif dan praktikal di dalam sistem
Tabika KEMAS.
SOALAN NO : 85

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dilaksanakan oleh semua


prasekolah agensi awam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) serta tadika yang berdaftar di
bawah KPM. Perkara ini adalah selaras dengan Perkara 22 (1) Akta
Pendidikan 1996 (Pindaan Seksyen 22) iaitu Menteri hendaklah
menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan yang hendaklah diguna oleh semua tadika dalam sistem
pendidikan kebangsaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa bekerjasama


dengan semua agensi pelaksana dalam hal berkaitan kurikulum seperti
proses pembangunan kurikulum, mesyuarat penyelarasan dan penataran
pelaksanaan kurikulum serta memberi khidmat nasihat bagi memastikan
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dilaksana seperti yang dihasratkan.

Pada tahun 2023, KPM telah dilibatkan dalam Bengkel Libat Urus
Kesediaan Pelaksanaan Modul Penghayatan Pendidikan Islam (PPI)
Tabika KEMAS untuk memberi khidmat nasihat berkaitan kandungan
kurikulum Pendidikan Islam. Di samping itu, KPM juga telah mengadakan
mesyuarat bagi membincangkan cadangan pihak KEMAS untuk
memperkukuhkan pelaksanaan Pendidikan Islam di Tabika KEMAS melalui
penggunaan Modul Silibus Hafazan. Modul yang dibangunkan oleh
Yayasan Pahang ini menggunakan konsep Ulul Albab merangkumi tiga
bidang iaitu quranik, ijtihadik dan encylopedic.

KPM terus komited dalam memastikan kerjasama dengan agensi


pelaksana pendidikan prasekolah diperkasakan agar semua kanak-kanak
di Malaysia mendapat pendidikan prasekolah yang terbaik dan berkualiti.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 85

RJM93
SOALAN NO : 87

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN MUHAMMAD FAWWAZ BIN MOHAMAD


JAN [ PERMATANG PAUH ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN MUHAMMAD FAWWAZ BIN MOHAMAD JAN [ PERMATANG


PAUH ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan senarai SJKT dan
SJKC di seluruh negara pada 2022 dan adakah sekolah jenis kebangsaan
ini melanggar Perlembagaan negara seperti yang didakwa beberapa pihak
serta nyatakan kaedah baru untuk menyatukan perpaduan di kalangan
pelajar-pelajar berbilang bangsa kerana telah terbukti sekolah pelbagai
aliran ini memecahkan perpaduan di kalangan rakyat.
SOALAN NO : 87

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited dalam


memastikan sistem pendidikan kebangsaan dapat memenuhi aspirasi
negara Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang
berpaksikan kepada usaha berterusan ke arah memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu menjadi teraju utama
dalam mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Keseimbangan insan yang dihasratkan adalah
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Hasrat dan matlamat FPK ini adalah seiring dengan konsep Malaysia
Madani yang berteraskan kepada enam tonggak dasar iaitu M
(keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAt), N
(keyakiNan) dan I (Ihsan). Pada masa yang sama, KPM juga telah
membangunkan 7 Teras Nadi Keunggulan KPM bagi memastikan murid
ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM masih mengekalkan


dasar sedia ada yang menyediakan pendidikan melalui sekolah aliran
perdana (sekolah kebangsaan) serta sekolah jenis kebangsaan Cina dan
Tamil (SJKC dan SJKT). Dasar ini adalah selaras dengan peruntukan Akta
Pendidikan 1996 [Akta 550] di bawah seksyen 27. Berdasarkan data KPM
sehingga 30 Mei 2023, bilangan SJKC di seluruh negara adalah sebanyak
1,302, manakala bilangan SJKT di seluruh negara adalah sebanyak 529.
Jumlah ini meliputi SJKC dan SJKT yang berstatus sekolah kerajaan dan
sekolah bantuan kerajaan.

Dalam memastikan agenda perpaduan dapat diterap dan digarap


dalam jiwa anak Malaysia sejak awal persekolahan, KPM mengutamakan
sekolah kebangsaan sebagai sekolah aliran perdana bagi memenuhi
keperluan murid dan ibu bapa pelbagai kaum.
SOALAN NO : 87

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengoperasian SJKC dan


SJKT adalah berlandaskan peraturan dan syarat-syarat sedia ada bagi
memenuhi permintaan ibu bapa yang berhasrat agar anak mereka dapat
belajar dalam bahasa ibunda masing-masing. Walaupun SJKC dan SJKT
menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar, aspek
perpaduan di sekolah tersebut masih diutamakan melalui:
i. penggunaan Kurikulum Kebangsaan di semua sekolah dalam
sistem pendidikan kebangsaan;
ii. mewajibkan Bahasa Kebangsaan diajar di institusi yang bahasa
pengantar utama bukan Bahasa Kebangsaan;
iii. memperkenalkan mata pelajaran Sejarah dari peringkat sekolah
rendah lagi; dan
iv. memperkukuhkan pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, KPM turut menerapkan


elemen patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap agama, bangsa
dan negara dalam kurikulum kebangsaan melalui Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah,
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral serta melalui pendekatan merentas
kurikulum dalam mata pelajaran lain.

Sekian, terima kasih.

RJM94
SOALAN NO : 89

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' AHMAD BIN SAAD @ YAHAYA


(POKOK SENA)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATO' AHMAD BIN SAAD @ YAHAYA (POKOK SENA) minta


MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH menyatakan pelan
strategik bagi meningkatkan transparensi urus tadbir Majlis Amanah
Rakyat (MARA) serta anak syarikatnya.
SOALAN NO : 89

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian akan sentiasa


memastikan tatakelola dan amalan tadbir urus korporat yang baik
dilaksanakan oleh Kementerian melalui kesemua agensi di bawah
seliaan KKDW tidak terkecuali untuk MARA serta semua anak syarikat.
Pada tahun 2020, MARA telahpun melancarkan Pelan Strategik MARA
2021-2025 (PSM 2021-2025) yang menggariskan 18 Strategi serta 24
keberhasilan yang meliputi keseluruhan aspek sasaran operasi MARA.

Melalui Pelan Strategik tersebut, secara khususnya telah ditekankan di


bawah strategi 14, ‘Memperkasa Profesionalisme Dan Integriti Modal
Insan’ serta strategi 17, ‘Memantapkan Tadbir Urus Organisasi’.
Beberapa insiatif telahpun dirangka dan dilaksanakan melalui kerangka
kawal selia seperti berikut:

1) Pelaksanaan Sesi Pengauditan Pematuhan & Pemantauan di


seluruh MARA dan pusat-pusat MARA
2) Memperoleh Sijil Bersih bagi Audit Penyata Kewangan setiap
tahun (berdasarkan Laporan Jabatan Audit Negara)
3) Membangunkan Manual Anti Bribery Management System MARA
4) Pelaksanaan, pemantauan dan penilaian Sistem Pengurusan
Antirasuah MARA (Manual ABMS) di semua Bahagian/ Unit Ibu
Pejabat MARA
5) Menambah baik Shareholder’s Reserved Matters dalam
Perlembagaan syarikat bagi memastikan kepentingan MARA
sebagai pemegang saham terpelihara;
6) Mewujudkan Piagam dan Kod Etika Ahli Lembaga Pengarah serta
Had Kuasa (Limit of Authority);
7) Memastikan Penyata Kewangan Beraudit syarikat dikemukakan
kepada MARA mengikut tempoh yang ditetapkan.
8) Menubuhkan Unit Audit Dalam serta Unit Integriti dan Governans
(IGU) di peringkat syarikat;
9) Pelan Antirasuah Organisasi atau Organisational Anti-corruption
Plan (OACP) telah diwujudkan di peringkat syarikat;
SOALAN NO : 89

10) Mewajibkan semua syarikat memperoleh Pensijilan ISO 37001:


Anti-bribery Management System (ABMS) pada tahun 2023;
11) Menekankan setiap aktiviti mempunyai Standard Operation
Procedure (SOP) termasuk menggalakkan pensijilan MARA
Ecosystem Quality Standard (MQS); dan
12) Menganjurkan kursus berkaitan integriti dan kepimpinan kepada
Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat.

Kementerian melalui MARA komited dalam memastikan tatakelola serta


amalan tadbir urus MARA dan anak syarikat sentiasa terjaga dari
semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.


NO. SOALAN: 90

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' HAJI ADNAN BIN HAJI ABU


HASSAN [ KUALA PILAH ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

Dato' Haji Adnan Bin Haji Abu Hassan [ Kuala Pilah ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan perancangan Kementerian untuk menaik
taraf sistem pembelian tiket di stesen KTMB seluruh negara dan berapa
peruntukan yang dikeluarkan bagi menaik taraf infrastruktur KTMB bagi
memperkukuh perkhidmatan pengangkutan awam berasaskan rel di
Malaysia.

1
NO. SOALAN: 90

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KTMB telah menaiktaraf


sistem pembelian tiketnya yang dinamakan KTMB Integrated Ticketing
System (KITS) untuk perkhidmatan ETS, Antarabandar serta KTM Komuter
Utara pada tahun 2020. Program menaiktaraf sistem tiket KTMB
kemudiannya diperluaskan kepada Perkhidmatan KTM Komuter Lembah
Klang dan akan siap pada suku ketiga tahun 2023.

2. Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan telah membelanjakan


sejumlah RM18.3 bilion bagi tempoh 10 tahun yang lepas untuk menaiktaraf
infrastruktur keretapi bagi memperkukuh perkhidmatan pengangkutan rel
kendalian KTMB. Perbelanjaan ini dibuat menerusi projek-projek di bawah
RMK-11 dan RMK-12 seperti menaiktaraf Landasan Berkembar Lembah
Klang (KVDT), Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru,
Projek Landasan Berkembar Berelektrik Ipoh-Padang Besar dan lain-lain.

Sekian, terima kasih.

2
SOALAN NO : 91

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR


[ SETIU ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR [ SETIU ] minta


MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan
sejauh mana teknologi sistem berindustri (IBS) berasaskan kenaf
digunakan dalam membangunkan projek perumahan.
SOALAN NO : 91

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Sistem Binaan Bangunan


Berindustri (IBS) merupakan teknik pembinaan pasang siap atau kaedah
pembinaan bangunan yang mana komponennya dihasilkan dalam
keadaan terkawal (di kilang atau di tapak bina), dibawa dan dipasang di
tempat kerja pembinaan bangunan dengan penggunaan pekerja yang
minimum.

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa


memastikan projek-projek perumahan yang dilaksanakan mematuhi
semua Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan Pelaksanaan
Kaedah IBS. Walau bagaimanapun sehingga kini, tiada peraturan khusus
pekeliling penggunaan teknologi IBS berasas kenaf. Oleh yang demikian,
pelaksanaan teknologi IBS kenaf masih belum digunakan dalam projek-
projek perumahan KPKT.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 92

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN HAJI YUSUF BIN ABD. WAHAB


[ TANJONG MANIS ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN HAJI YUSUF BIN ABD. WAHAB [ TANJONG MANIS ] minta


MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian menggunakan
Indusrialized Building System (IBS) dalam pembinaan bangunan sekolah
baharu di Sarawak. Berapa buah sekolah sudah dibina menggunakan
sistem IBS ini.
SOALAN NO : 92

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam


menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif untuk
kegunaan murid dan warga sekolah di seluruh negara termasuk di negeri
Sarawak.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan sistem binaan


berindustri (Indusrialized Building System-IBS) merupakan kaedah
pembinaan pasang siap atau kaedah pembinaan bangunan yang
melibatkan komponen dihasilkan secara terkawal sama ada di kilang atau
di tapak bina. Menerusi kaedah ini, komponen tersebut akan dibawa serta
dipasang di tempat kerja pembinaan bangunan dengan penggunaan
tenaga kerja yang minimum.

Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK1.10


Pelaksanaan Sistem Binaan Berindustri (IBS), kerajaan telah bersetuju
menetapkan penggunaan kaedah IBS bagi projek kerajaan yang bernilai
RM10 juta dan ke atas dengan kadar minimum 70 peratus nilai skor IBS. Di
samping itu juga, telah ditetapkan koordinasi modular untuk dijadikan
sebagai piawaian dalam reka bentuk bangunan.

Khusus di Sarawak, terdapat 140 projek pembinaan sekolah yang


memenuhi kriteria pekeliling terbabit bagi mematuhi keperluan penggunaan
IBS pada kadar minimum 70 peratus nilai skor.

Sekian, terima kasih.


RJM95
SOALAN NO : 93

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN HAJI WAN HASSAN BIN MOHD RAMLI


[ DUNGUN ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN HAJI WAN HASSAN BIN MOHD RAMLI [ DUNGUN ] minta


MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh
Kementerian untuk membantu golongan pelajar di negara ini yang bergelut
dengan masalah kesihatan mental bagi meneruskan pembelajaran ke
peringkat seterusnya.
SOALAN NO : 93

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa prihatin dan peka


terhadap kesihatan mental dan kebajikan murid supaya murid sentiasa
seronok dan ceria untuk meneruskan pembelajaran di sekolah selari
dengan pembentukan karamah insaniah dengan pembentukan adab,
akhlak dan integriti murid.

KPM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


telah melaksanakan Program Minda Sihat di sekolah bagi memperkasa
psikososial, menyokong kesejahteraan sosioemosi murid dan
melaksanakan intervensi dalam menguruskan emosi dan kesihatan mental
dengan baik. Melalui program ini, Saringan Minda Sihat dilaksanakan
sebagai pengesanan awal untuk mengenal pasti murid yang mempunyai
isu berkaitan emosi.

Murid sekolah rendah yang dikenal pasti berisiko diberikan intervensi


khusus melalui aktiviti teknik relaksasi, mindfulness, sesi bimbingan dan
kaunseling serta konsultasi ibu bapa dan penjaga bagi meningkatkan
kemahiran gaya daya tindak (coping skill) murid berkenaan. Hal ini kerana
murid didapati kurang kemahiran mengurus emosi dengan baik apabila
menghadapi situasi mencabar. Manakala, murid yang dikenal pasti berada
dalam kategori tidak berisiko diberikan intervensi umum seperti panduan
amalan gaya hidup sihat.

Di peringkat sekolah menengah pula, murid yang dikenal pasti


mempunyai tanda awal kebimbangan dan kemurungan perlu menjalani
intervensi menggunakan Modul Minda Sihat KPM dan Modul Kesihatan
Mental Remaja KKM. Intervensi ini bertujuan untuk meningkatkan
kemahiran menangani stres, kemahiran menyelesaikan masalah dan
menguruskan emosi dengan baik bagi membantu murid berada dalam
persekitaran yang selamat.
SOALAN NO : 93

Di samping itu, sokongan daripada ibu bapa, guru serta rakan


diberikan secara berterusan bagi meningkatkan kemahiran gaya daya
tindak (coping skill), manakala murid yang menunjukkan tanda kecelaruan
emosi seperti kemurungan dan kebimbangan yang sangat teruk akan
dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan dengan kebenaran ibu
bapa dan penjaga murid berkenaan.

KPM sentiasa cakna dan komited dalam membantu golongan murid


di negara ini yang bergelut dengan masalah kesihatan mental.

Sekian, terima kasih.

RJM96
SOALAN NO : 95

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' AZMAN BIN NASRUDIN


[ PADANG SERAI ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATO' AZMAN BIN NASRUDIN [ PADANG SERAI ] minta MENTERI


PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan Kementerian dalam
menangani isu kuarters guru yang terbiar di seluruh negara (terutama di
kawasan Parlimen Padang Serai).
SOALAN NO : 95

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited dalam


usaha menyediakan prasarana pendidikan termasuk kuarters guru yang
selamat dan kondusif untuk diduduki.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah melantik


perunding hartanah bagi menjalankan kajian mengoptimumkan
penggunaan kuarters guru tidak berpenghuni milik KPM di seluruh negara
termasuk kuarters guru di Parlimen Padang Serai. Perunding yang dilantik
telahpun mengemukakan draf laporan akhir kajian kepada KPM pada akhir
April 2023. Antara dapatan awal kajian yang menyumbang kepada
bilangan kuarters yang tidak berpenghuni adalah seperti berikut:
i. keadaan fizikal kuarters yang tidak kondusif;
ii. kos penyelenggaraan yang tinggi;
iii. lokasi kuarters yang tidak strategik;
iv. kos sewa rumah kediaman di sekitar kuarters lebih rendah; dan
v. kawasan kuarters yang tidak selamat kerana menjadi sasaran
pencuri dan vandalisme.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dapatan awal kajian serta


cadangan penyelesaian oleh perunding akan diteliti oleh KPM sebelum
sebarang keputusan diambil termasuk kuarters guru di Parlimen Padang
Serai. Cadangan penyelesaian daripada perunding masih berada dalam
proses semakan akhir KPM. Laporan ini dijangka akan dimuktamadkan
pada penghujung bulan Jun 2023.

Sekian, terima kasih.

RJM97
SOALAN NO : 96

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : PUAN ISNARAISSAH MUNIRAH MAJILIS


(KOTA BELUD)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

PUAN ISNARAISSAH MUNIRAH MAJILIS (KOTA BELUD) minta


MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH menyatakan secara
terperinci rancangan FELCRA berhad bagi membangunkan estet padi
berskala besar di Parlimen Kota Belud dan Kota Marudu dengan
keluasan sekitar 15,000 hingga 20,000 hektar.
SOALAN NO : 96

Jawapan:

Tuan Yang Dipertua, dimaklumkan bahawa pada 20 Mac 2023,


Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengumumkan akan
membangunkan estet padi berskala besar di Sabah dan Sarawak dalam
usaha menjamin keselamatan makanan negara dan membawa
golongan petani keluar dari status miskin tegar.

Di dalam konteks ini, FELCRA Berhad dipertanggungjawabkan untuk


mengurus estet padi ini yang dianggarkan seluas 15,000 – 20,000
hektar tanpa menghilangkan hak milikan tanah individu ataupun
kerajaan negeri.

FELCRA Berhad telah membuat pemeriksaan awal untuk mengenalpasti


kawasan-kawasan berpotensi untuk tujuan ini dan didapati kawasan
yang berpotensi untuk pembangunan estet padi adalah:
i) Kota Belud, Kota Marudu dan Beluran (Terusan Sapi) di Sabah.
ii) Kawasan Jelapang Padi Kawasan Pembangunan Pertanian
Bersepadu (IADA) Batang Lupar di Sarawak.

Jangkaan luas projek di Sabah adalah 1,600 hektar dan di Sarawak


adalah 400 hektar.

Dimaklumkan juga bahawa FELCRA Berhad telah mengadakan


pertemuan dan perbincangan mengenai pembangunan estet padi di
kedua-dua negeri berkenaan yang merangkumi aspek-aspek cadangan
kaedah operasi estet dan penetapan kawasan yang berpotensi tinggi
untuk tujuan ini.

Bagi Negeri Sarawak FELCRA Berhad telah menemui Setiausaha Tetap


Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah
Sarawak pada 8 Mei 2023. Manakala bagi Negeri Sabah FELCRA
Berhad telah berbincang dengan Setiausaha Tetap Kementerian
Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri Sabah pada 12 Mei
2023.
SOALAN NO : 96

Berdasarkan pencapaian FELCRA Berhad melaksanakan


Pembangunan estet padi di Seberang Perak, adalah dijangkakan
pencapaian yang sama boleh dicapai demi manfaat kepada Kerajaan
Negeri dan rakyat melalui:
i) Pembangunan tanah yang berpotensi melalui nilai tambah
pembangunan estet padi dan penggunaan tanah secara optimum;
ii) Peningkatan pengeluaran beras negeri;
iii) Peluang pekerjaan kepada penduduk setempat;
iv) Peningkatan taraf hidup penduduk setempat;

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 98

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN LO SU FUI (TAWAU)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN LO SU FUI [TAWAU] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan


adakah pihak Kementerian berhasrat meningkatkan penyaluran kos untuk
kerja-kerja penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat di Jalan
Persekutuan terutama di daerah Tawau.
SOALAN NO : 98

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli yang Berhormat, Kementerian Kerja


Raya mengambil maklum setiap isu yang dibangkitkan oleh Ahli yang
Berhormat Tawau.

Kementerian ini telah pun menerima senarai permohonan penyenggaraan


lampu isyarat bagi Laluan R13 yang melibatkan Jalan Sandakan – Lahad
Datu – Tawau dengan anggaran sebanyak RM250,000.

Permohonan bagi lampu jalan pula adalah sebanyak RM500,000 yang


melibatkan lampu jalan di jalan persekutuan daerah Tawau, Sabah.
Senarai baik pulih ini akan dilaksanakan melalui peruntukan Bajet Fasa 2
yang telah pun diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan
disalurkan pada 6 Jun 2023. Dianggarkan sebanyak RM3.07 juta daripada
peruntukan khas di bawah kod P10 iaitu Membaik pulih Lampu Jalan dan
Pemasangan Lampu Jalan di Jalan Gelap akan dimanfaatkan untuk
membaik pulih lampu jalan sedia ada yang rosak di Jalan Persekutuan
Negeri Sabah.

Selain itu, sebanyak RM700,000 daripada kelulusan peruntukan Fasa 2 di


bawah kod B27 juga telah diluluskan untuk membaik pulih lampu isyarat
dan lampu jalan di Jalan Persekutuan Sabah. Agihan peruntukan ke
daerah-daerah di Sabah akan ditentukan oleh JKR Sabah bergantung
kepada senarai keutamaan yang disusun.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 99

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : DR. SITI MASTURA BINTI MUHAMMAD


[KEPALA BATAS]

SOALAN

Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta MENTERI


BELIA DAN SUKAN menyatakan:-

(a) apakah pihak kementerian bercadang untuk menambah baik


Pusat Pembangunan Bola Sepak Akademi Mokhtar Dahari (AMD);
dan

(b) jumlah dan kriteria akademi bola sepak yang didaftarkan di


bawah Kementerian Belia dan Sukan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara


(MSN) sentiasa komited terhadap usaha untuk mengukuhkan Program
Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN). Akademi Mokhtar Dahari
(AMD) menjadi tunjang kepada pelaksanaan PPBN untuk melahirkan
jaguh baharu bola sepak negara.

1
SOALAN NO : 99

Dalam aspek penambahbaikan kemudahan di AMD, Pada ketika ini,


MSN sedang dalam perancangan untuk melaksanakan kerja-kerja naik
taraf sebuah padang di AMD dengan menukar rumput baharu. Selain itu,
MSN turut memberi tumpuan terhadap keselesaan dan sedang dalam
tindakan untuk menukar katil, almari dan tilam pelatih serta merancang
pembinaan surau di Akademi ini. Bagi memastikan aspek sains sukan
diberikan keutamaan, MSN juga bakal menaik taraf kemudahan
perubatan yang lebih berkualiti.

(b)

Selain itu, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga KBS melalui
MSN telah menetapkan kriteria bagi penubuhan pusat latihan atau
akademi bola sepak seperti berikut :

(a) keperluan padang latihan yang boleh digunakan sebanyak


empat kali seminggu serta boleh memuatkan sekurang-
sekurangnya 100 pelatih dalam satu-satu masa;

(b) MSN bersama-sama Kementerian Pendidikan serta pihak


berkepentingan di peringkat negeri akan menilai kesesuaian
tempat berkenaan dengan mengambil kira faktor geografi,
kepadatan penduduk dan jarak daripada pusat PPBN yang
berhampiran; dan

(c) Unit Teknikal PPBN bersama-sama pihak Persatuan Bola


Sepak Malaysia (FAM) akan mengenal pasti calon jurulatih
yang sesuai dan berkelayakan bagi mengendalikan pusat
berkenaan serta menjalankan sesi pemilihan dan latihan
harian.

2
SOALAN NO : 99

Sehingga kini terdapat sebanyak 159 buah akademi bolasepak


yang beroperasi di bawah KBS. Jumlah ini melibatkan 79 buah Akademi
Tunas, 63 buah Pusat Latihan Daerah, 14 buah Sekolah Sukan Negeri,
dua (2) buah Akademi Peringkat Zon dan sebuah (1) Akademi Mokhtar
Dahari.

Selain itu, terdapat akademi bola sepak swasta yang beroperasi di


bawah Persatuan Bola Sepak Negeri, Persatuan Bola Sepak Daerah.
Pihak Kementerian tidak mempunyai jumlah akademi bola sepak yang
beroperasi di bawah persatuan atau kelab sukan. Ini kerana akademi
tidak termasuk di bawah tafsiran “badan sukan” yang perlu berdaftar di
bawah peruntukan Seksyen 2 Akta Pembangunan Sukan [Akta 576].

Sekian, terima kasih.

3
SOALAN NO : 100

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN CHIEW CHOON MAN [ MIRI ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN CHIEW CHOON MAN [ MIRI ] minta MENTERI PENDIDIKAN


menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk menangani kekurangan
pensyarah serta anggota kumpulan pelaksana dan keadaan infrastruktur
yang amat memerlukan penaiktarafan dan penyelenggaran di Institut
Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri bagi meningkatkan kualiti latihan
program keguruan.
SOALAN NO : 100

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Mei 2023 sebanyak


112 daripada 116 perjawatan yang merangkumi jawatan pensyarah dan
anggota kumpulan pelaksana telah diisi di Institut Pendidikan Guru
Kampus (IPGK) Sarawak.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memastikan


keperluan sumber manusia di semua kampus IPG dipenuhi dengan
mengambil langkah seperti berikut:
i. menambah baik proses pengambilan pensyarah dan anggota
kumpulan pelaksana dengan memberi mandat kepada semua
kampus IPG untuk membuat pengambilan;
ii. kaedah pengambilan diadakan secara berkala yang
dilaksanakan dua kali setahun; dan
iii. menawarkan permohonan jawatan pensyarah dan pegawai
pengurusan kepada guru sekolah yang berdekatan dengan
kampus.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa mengambil


berat dengan keperluan pembinaan infrastruktur, naik taraf serta
penyelenggaraan bangunan di IPGK tersebut. Sebanyak RM7 juta telah
diperuntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 bagi tujuan
penyelenggaraan kuarters. Manakala, dari tahun 2019 hingga 11 Mei 2023,
sejumlah RM326,954.04 telah disalurkan bagi tujuan penyelenggaraan
aset di IPGK Sarawak, Miri.

Sekian, terima kasih.

RJM98
NO. SOALAN: 101

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN NURUL AMIN BIN HAMID


[ PADANG TERAP ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

Tuan Nurul Amin Bin Hamid [ Padang Terap ] minta MENTERI


PENGANGKUTAN menyatakan apakah sebab harga tiket penerbangan
meningkat sehingga lima kali ganda setiap kali musim perayaan dan
bagaimana inisiatif kerajaan untuk mengatasi masalah ini.
NO. SOALAN: 101

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

1. Sebagai sebuah Kerajaan yang berteraskan Malaysia Madani,


Kementerian Pengangkutan memandang serius akan keluhan dan
rungutan rakyat mengenai harga tambang tiket penerbangan yang tinggi
serta di luar kemampuan terutamanya semasa musim perayaan.

2. Untuk makluman Yang Berhormat, harga tiket umumnya akan


meningkat pada musim cuti dan perayaan disebabkan permintaan yang
tinggi untuk tempoh perjalanan yang sama. Hal ini adalah kerana syarikat-
syarikat penerbangan menggunakan mekanisme dynamic pricing dan
menjual tiket berdasarkan Reservation Booking Designator (RBD) di
mana tiket dijual mengikut bakul harga (“price buckets”) yang ditetapkan.
Melalui mekanisme dynamic pricing, tiket dalam bakul harga yang murah
akan dijual terlebih dahulu dan harga tiket akan semakin meningkat
apabila tiket dalam sesuatu bakul harga itu habis dijual.

3. Bagi menangani masalah harga tiket penerbangan yang tinggi,


Kementerian Pengangkutan telah mengadakan perbincangan dengan
MAVCOM dan syarikat-syarikat penerbangan domestik bagi memastikan
harga tiket penerbangan yang ditawarkan adalah kompetitif. Hasil
perbincangan tersebut, syarikat-syarikat penerbangan telah bersetuju
untuk menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa
bergantung kepada permintaan.

4. Selain itu, Jemaah Menteri pada 17 Mei 2023 telah bersetuju untuk
melaksanakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan sehala bagi
laluan-laluan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah/Sarawak/Labuan
sempena perayaan Pesta Kaamatan yang akan disambut pada 30 Mei
2023 dan Hari Gawai pada 1 Jun 2023. Ini melibatkan inisiatif Kerajaan
membeli semua baki tiket penerbangan sehala dari Semenanjung
Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan semasa tempoh tiga hari
perjalanan sebelum tarikh sambutan kedua-dua perayaan tersebut.
Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama Batik Air juga
menyediakan perkhidmatan penerbangan sewa khas (charter) bagi laluan
NO. SOALAN: 101

Johor Bahru-Sibu memandangkan tiket penerbangan untuk laluan


tersebut telah habis dijual.

5. Harga tiket penerbangan sehala bagi setiap penumpang bagi


laluan-laluan domestik yang menghubungkan Semenanjung Malaysia
dengan Sabah/Sarawak/Labuan ] ditetapkan sebanyak maksimum
RM300 atau mengikut harga sebenar tambang sekiranya harga tiket
tersebut kurang daripada RM300. Harga ini tidak termasuk cukai dan fi.
Pemberian bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan ke Sabah,
Sarawak dan Labuan sempena musim perayaan ini diharapkan dapat
mengurangkan beban kewangan pengguna yang ingin pulang ke
kampung halaman untuk tempoh perayaan Pesta Kaamatan/Hari Gawai
2023.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO.: 102

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KELIMA
BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN ROSLAN BIN HASHIM


(KULIM BANDAR BAHARU)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB TUAN ROSLAN BIN HASHIM (KULIM BANDAR BAHARU) minta


MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN
MASYARAKAT

menyatakan berapa ramai gelandangan khususnya di Lembah Klang


ketika ini dan apakah usaha Kementerian untuk mengatasi isu lambakan
makanan dan bantuan kepada gelandangan yang dilihat sekadar
melepas batuk ditangga.

1
SOALAN NO.: 102

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Isu gelandangan adalah satu isu yang kompleks kerana puncanya


dipengaruhi dan didorong faktor yang pelbagai serta tiada ketentuannya.
Isu ini bukan sahaja berlaku di Lembah Klang tetapi juga di bandar-
bandar besar yang lain.

2. Sebagai menyokong salah salah satu insiatif Kerajaan bagi


membantu mereka yang terjerumus dalam isu ini, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui
Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKN) telah menubuhkan pusat
sehenti intervensi yang dikenali sebagai Anjung Singgah di lima (5) lokasi
membabitkan bandar-bandar besar dalam negara yang menjadi tempat
tumpuan gelandangan.

3. Anjung Singgah menyediakan tempat penginapan sementara,


makanan, khidmat kaunseling dan bantuan kebajikan yang diperlukan
kepada gelandangan sebelum ia dirujuk kepada agensi berkaitan dengan
kerjasama agensi-agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) yang berkaitan.

4. Berdasarkan statistik oleh YKN, sehingga April 2023, seramai 9,002


orang gelandangan telah mendaftar masuk dan mendapatkan
perkhidmatan di lima (5) lokasi Anjung Singgah di Malaysia iaitu Kuala
Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Sarawak dan Perak. Manakala jumlah
gelandangan yang telah direkodkan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan
dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Operasi
Menyelamat Gelandangan di Kuala Lumpur dari tahun 2021 hingga
Januari 2023 pula adalah seramai 749 orang.

5. Isu lambakan makanan dan pengurusan bantuan yang tidak


sistematik kepada gelandangan juga berlaku di bandar-bandar besar lain
dan tidak hanya tertumpu di Lembah Klang. Isu ini perlu ditangani secara
bersama melibatkan pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT), NGO dan orang awam. Penyaluran bantuan makanan kepada

2
SOALAN NO.: 102

golongan gelandangan di ibu kota wajar diberikan mengikut saluran yang


betul sepertimana yang telah ditetapkan oleh PBT.

6. KPWKM menyambut baik usaha Jabatan Wilayah Persekutuan,


Jabatan Perdana Menteri (JWP,JPM) dan Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) yang telah menetapkan agar pemberian bantuan
makanan dan keperluan asas di bandaraya Kuala Lumpur hendaklah
dibuat di pusat-pusat agihan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa
sahaja seperti yang berikut :

(a) Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku


(b) Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit
(c) Pusat Transit Gelandangan Anjung Kembara
(d) Anjung Singgah Kuala Lumpur

7. Ada juga PBT yang mengambil inisiatif untuk menempatkan


gelandangan dan pengemis serta menyelaras pelbagai bantuan kepada
gelandangan dengan mewujudkan pusat-pusat transit seperti di Jalan
Pahang dan Medan Tuanku di Kuala Lumpur, Jalan C.Y Choy di George
Town, Pulau Pinang dan di Sibu, Sarawak.

8. Tiada halangan atau sekatan untuk mana-mana NGO atau individu


yang berhasrat untuk memberi sumbangan makanan kepada golongan
gelandangan di ibu kota atau di mana jua sekalipun. Namun, bagi
mengelakkan pembaziran makanan berlaku, semua NGO hendaklah
berhubung dengan Pihak Berkuasa Tempatan bagi tujuan penyelarasan.

9. KPWKM berharap agar Pihak Berkuasa Tempatan dapat


mengambil langkah yang lebih holistik agar penyaluran bantuan makanan
yang disumbangkan oleh pelbagai pihak khusus kepada gelandangan
dapat diuruskan secara sistematik bagi mengelakkan pembaziran
makanan.

Sekian, terima kasih.

3
SOALAN NO : 104

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DR. RICHARD RAPU @ AMAN ANAK BEGRI


[ BETONG ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DR. RICHARD RAPU @ AMAN ANAK BEGRI [ BETONG ] minta


MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) apakah langkah-langkah segera dan usaha Kementerian dalam
mengurangkan kadar pelajar ponteng sekolah di luar bandar
khususnya di Sarawak; dan
(b) sejauh manakah Kementerian melaksanakan pemantauan
terhadap perkara ini bagi mempastikan mutu Pendidikan pelajar
luar bandar di tahap yang tinggi.
SOALAN NO : 104

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memberi perhatian


terhadap kehadiran murid ke sekolah. Ini adalah penting bagi
membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara
bersemuka dengan lebih berkesan.

Antara pendekatan yang dilaksanakan oleh sekolah ialah guru kelas


mengenal pasti punca ketidakhadiran murid ke sekolah pada setiap hari
dan seterusnya akan menghubungi ibu bapa atau penjaga. Jika ada murid
yang dikenal pasti berisiko cicir, guru kelas akan merujuk kepada guru
bimbingan dan kaunseling untuk proses intervensi secara berfokus.
Tindakan susulan yang bersesuaian diambil oleh pihak sekolah bagi
memastikan murid dapat hadir dan mengikuti pembelajaran di sekolah.

KPM juga melaksanakan Program Ziarah Cakna bagi menyantuni


murid dan ibu bapa dalam membantu menangani masalah ponteng
sekolah. Melalui program ini, konsep penyayang diperluas dan
diperkukuhkan ke arah meningkatkan disiplin dan pembangunan diri murid.
Usaha ini digiatkan lagi bagi mengenal pasti punca ketidakhadiran murid di
sekolah dan mengesan murid di rumah bagi memastikan intervensi
bersesuaian dapat diambil. Program ini masih diteruskan dan disesuaikan
dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuat
kuasa.

Perjumpaan dan taklimat kepada ibu bapa serta ketua komuniti juga
dilaksanakan di peringkat sekolah, pejabat pendidikan daerah (PPD) dan
jabatan pendidikan negeri (JPN) supaya kesedaran tentang kepentingan
pendidikan kepada murid sekolah dapat disampaikan dengan berkesan.

KPM turut mempromosikan kemasukan ke asrama kepada beberapa


kategori murid seperti murid yang tinggal jauh dari sekolah, murid daripada
keluarga B40 dan murid yang menghadapi masalah pengangkutan ke
sekolah. Secara tidak langsung, perkara ini dapat mengurangkan kadar
ponteng sekolah dalam kalangan murid.
SOALAN NO : 104

KPM juga sentiasa memastikan JPN dan PPD sentiasa memantau


kehadiran murid melalui pengisian kehadiran dalam Aplikasi Pangkalan
Data Murid (APDM) secara bulanan. Melalui pendekatan ini, pihak JPN dan
PPD dapat mengenal pasti sekolah yang mempunyai isu ponteng sekolah.
Seterusnya tindak susul dapat diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

Data kehadiran murid akan dibentangkan dalam sesi dialog prestasi


di peringkat KPM, JPN dan PPD supaya cadangan penyelesaian dapat
dibincangkan bersama demi kemenjadian murid. Melalui dialog prestasi ini,
KPM dapat mengenal pasti kelemahan yang ada dan seterusnya dapat
mengambil tindakan pembetulan yang berterusan.

Sekian, terima kasih.

RJM99
NO. SOALAN: 105

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN AFNAN HAMIMI BIN TAIB


AZAMUDDEN [ ALOR SETAR ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

Tuan Afnan Hamimi Bin Taib Azamudden [ Alor Setar ] minta


MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status kajian Pelan Strategik
Lapangan Terbang Negara (NASP) untuk projek Kedah Aerotropolis di
Kedah dan jika ianya belum siap, bilakah jangkaan ianya dapat disiapkan.
NO. SOALAN: 105

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

1. Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memulakan kajian


National Airports Strategic Plan (NASP) pada Mac 2022 dan dijangka siap
pada akhir tahun ini. Kajian ini antara lainnya bertujuan untuk menentukan
hala tuju pembangunan lapangan-lapangan terbang di Malaysia dari segi
pembangunan infrastruktur fizikal, keperluan ruang udara (airspace
requirement), kajian ekonomi dan strategik agar pembangunan sesebuah
lapangan terbang itu dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan
sebenar bersandarkan kepada data yang sahih dan tepat.

2. Hasil kajian ini selanjutnya kelak akan menjadi rujukan kepada


pihak Kerajaan untuk menentukan halatuju pembangunan jangka panjang
semua lapangan terbang dan padang terbang (STOLPort) di Malaysia
agar selari dengan keperluan jaringan kesalinghubungan sistem
pengangkutan negara. Pada masa yang sama, kajian ini akan turut
meneliti beberapa cadangan pembinaan lapangan terbang baharu
termasuk Lapangan Terbang Kulim (KXP) bagi menentukan
kebolehlaksanaan dan kemampanan sesebuah projek tersebut secara
holistik.

3. Berhubung dengan cadangan pembinaan Lapangan Terbang Kulim


(KXP), pihak KXP Airportcity Holdings Sdn. Bhd selaku syarikat yang
dilantik oleh Kerajaan Negeri Kedah telah mengemukakan hasil kajian
kebolehlaksanaan KXP untuk penelitian MOT yang meliputi dua (2)
laporan iaitu Laporan Teknikal dan Komersial.

4. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini kedua-dua


laporan ini sedang diteliti oleh pihak konsultan yang telah dilantik untuk
menjalankan Kajian NASP. Hasil penelitian ini akan dimaklumkan kelak
setelah Kajian NASP selesai.

Sekian, terima kasih.


NO. SOALAN: 106

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK SERI PANGLIMA BUNG MOKTAR


BIN RADIN [ KINABATANGAN ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

Datuk Seri Panglima Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta


MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) peningkatan harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak
terutamanya pada waktu perayaan; dan
(b) kekurangan bilangan penerbangan domestik di negeri Sabah
terutamanya melibatkan Kota Kinabalu ke Sandakan.
NO. SOALAN: 106

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

1. Sebagai sebuah Kerajaan yang berteraskan Malaysia Madani,


Kementerian Pengangkutan memandang serius akan keluhan dan
rungutan rakyat mengenai harga tambang tiket penerbangan yang tinggi
serta di luar kemampuan terutamanya semasa musim perayaan.

2. Untuk makluman Yang Berhormat, harga tiket umumnya akan


meningkat pada musim cuti dan perayaan disebabkan permintaan yang
tinggi untuk tempoh perjalanan yang sama. Hal ini adalah kerana syarikat-
syarikat penerbangan menggunakan mekanisme dynamic pricing dan
menjual tiket berdasarkan Reservation Booking Designator (RBD) di
mana tiket dijual mengikut bakul harga (“price buckets”) yang ditetapkan.
Melalui mekanisme dynamic pricing, tiket dalam bakul harga yang murah
akan dijual terlebih dahulu dan harga tiket akan semakin meningkat
apabila tiket dalam sesuatu bakul harga itu habis dijual.

3. Bagi menangani masalah harga tiket penerbangan yang tinggi,


Kementerian Pengangkutan telah mengadakan perbincangan dengan
MAVCOM dan syarikat-syarikat penerbangan domestik bagi memastikan
harga tiket penerbangan yang ditawarkan adalah kompetitif. Hasil
perbincangan tersebut, syarikat-syarikat penerbangan telah bersetuju
untuk menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa
bergantung kepada permintaan.

4. Selain itu, Jemaah Menteri pada 17 Mei 2023 telah bersetuju untuk
melaksanakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan sehala bagi
laluan-laluan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah/Sarawak/Labuan
sempena perayaan Pesta Kaamatan yang disambut pada 30 Mei 2023
dan Hari Gawai pada 1 Jun 2023. Ini melibatkan inisiatif Kerajaan
membeli semua baki tiket penerbangan sehala dari Semenanjung
Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan semasa tempoh tiga hari
perjalanan sebelum tarikh sambutan kedua-dua perayaan tersebut.
Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama Batik Air juga
menyediakan perkhidmatan penerbangan sewa khas (charter) bagi laluan
NO. SOALAN: 106

Johor Bahru-Sibu memandangkan tiket penerbangan untuk laluan


tersebut telah habis dijual.

5. Harga tiket penerbangan sehala bagi setiap penumpang bagi


laluan-laluan domestik yang menghubungkan Semenanjung Malaysia
dengan Sabah/Sarawak/Labuan ditetapkan sebanyak maksimum RM300
atau mengikut harga sebenar tambang sekiranya harga tiket tersebut
kurang daripada RM300. Harga ini tidak termasuk cukai dan fi. Pemberian
bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak dan
Labuan sempena musim perayaan ini diharapkan dapat mengurangkan
beban kewangan pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman
untuk tempoh perayaan Pesta Kaamatan/Hari Gawai 2023.

6. Berkaitan kekurangan bilangan penerbangan domestik di negeri


Sabah terutamanya melibatkan Kota Kinabalu ke Sandakan. Kementerian
Pengangkutan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat penerbangan
negara untuk meningkatkan kapasiti penerbangan khususnya di laluan-
laluan yang mempunyai permintaan yang tinggi., Keputusan untuk
meningkatkan kekerapan bagi laluan tersebut adalah berasaskan kepada
daya maju komersial (commercial viability) laluan.

7. Buat masa ini, Malaysia Airlines Berhad, Firefly, dan AirAsia Berhad
menyediakan perkhidmatan penerbangan berjadual bagi laluan Kota
Kinabalu–Sandakan. dengan jumlah kekerapan sebanyak 64
penerbangan seminggu.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 107

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN LEE CHUAN HOW [ IPOH TIMOR ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB TUAN LEE CHUAN HOW [ IPOH TIMOR ] minta MENTERI


PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapa jumlah
hartanah di seluruh Malaysia yang mempunyai insurans bencana,
daripada Januari 2022 sehingga Disember 2022.
SOALAN NO : 107

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan


Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak mempunyai data langganan insurans
bencana untuk hartanah di Negara ini.

Walau bagaimanapun, sebagai Kerajaan yang prihatin terhadap


kesan bencana berdasarkan semakan silang dengan Agensi Pengurusan
Bencana Negara (NADMA), didapati bahawa sehingga Januari 2023,
jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat Monsun Timur Laut
(MTL) 2021-2022 adalah 236,664 dan jumlah keseluruhan mangsa
termasuk bukan warganegara adalah 818,130 orang dengan 57 kematian
direkodkan. Data dari NADMA juga mencatatkan kesemua mangsa
warganegara telah menerima pelbagai jenis bantuan seperti Bantuan
Wang Ihsan dan Bantuan Barangan Keperluan Asas. Bagi bantuan
perumahan dalam bentuk pembaikan atau bina baharu rumah pula,
sebanyak 28,563 KIR warganegara Malaysia telah menerima bantuan ini.

Di peringkat KPKT pula, KPKT telah melaksanakan inisiatif kerja-


kerja membina baharu dan kerja-kerja baik pulih rumah-rumah yang
terkesan akibat banjir dilaksanakan melalui Syarikat Perumahan Negara
Berhad (SPNB) dan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA). Sehingga
28 April 2023, sebanyak 2,203 unit rumah berjaya disiapkan yang
merangkumi 68 bina baharu dan 2,135 baik pulih rumah.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 108

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' KHLIR BIN MOHD NOR [ KETEREH ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB DATO' KHLIR BIN MOHD NOR [ KETEREH ] minta MENTERI


PEMBANGUNAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sekiranya
Kementerian mempunyai peruntukan untuk mendirikan dewan-dewan
orang ramai di kawasan perumahan yang baru dibina. Jika ada,
bagaimanakah peruntukan ini disalurkan.
SOALAN NO : 108

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian


Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan
Tempatan (JKT) menyalurkan peruntukan kepada Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) di seluruh negara untuk melaksanakan projek-projek
berskala kecil BP.1 meliputi skop projek infrastruktur, kemudahan awam,
sosio-ekonomi dan keselamatan.

Salah satu projek di bawah skop infrastruktur termasuklah projek


menaik taraf kemudahan asas rakyat seperti dewan serbaguna, pondok
bas dan tandas awam. Sebagai contoh, bagi tahun 2022, KPKT telah
meluluskan beberapa projek menaik taraf dewan di negeri Kelantan iaitu:

i. Dewan Taman Harmoni, MD Tanah Merah;


ii. Dewan Serbaguna Sri Krai, MD Kuala Krai; dan
iii. Dewan Serbaguna Taman Sri Guchil, MD Kuala Krai.

Sehubungan itu, PBT boleh membuat perancangan keperluan


projek yang sesuai dan mengemukakan permohonan peruntukan bagi
pelaksanaan projek-projek tersebut untuk pertimbangan Kementerian ini
selanjutnya. Pertimbangan KPKT adalah tertakluk kepada projek yang
dibenarkan dan peruntukan sedia ada.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 109

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN RIDUAN BIN RUBIN [ TENOM ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN RIDUAN BIN RUBIN [ TENOM ] minta MENTERI PENDIDIKAN


menyatakan apakah langkah intervensi yang dirangka oleh pihak
Kementerian bagi mengelakkan berlakunya kes strok haba melibatkan para
pelajar ketika sesi persekolahan bagi memastikan tahap keselamatan
pelajar terus diberikan keutamaan.
SOALAN NO : 109

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mengutamakan


kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid termasuk semasa
menghadapi keadaan cuaca panas berpanjangan ketika ini. Berdasarkan
Surat Siaran KPM Bilangan 5 Tahun 2016: Persediaan Sekolah Berhubung
Penjagaan Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Murid Semasa
Menghadapi Cuaca Panas dan Kering Yang Berpanjangan bertarikh 26
April 2016, KPM mengingatkan semua jabatan pendidikan negeri (JPN),
pejabat pendidikan daerah (PPD) dan institusi pendidikan agar
melaksanakan langkah pencegahan yang sewajarnya semasa menghadapi
fenomena cuaca panas dan kering berpanjangan atau sebarang keadaan
cuaca diluar jangkaan.

Langkah tersebut termasuklah menangguhkan aktiviti luar bilik darjah


jika cuaca menjadi terlalu panas, memastikan bekalan air minuman bersih
mencukupi di institusi pendidikan dan menggalakkan pengambilan air
dalam kalangan murid mengikut kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu
badan. JPN, PPD dan institusi pendidikan juga diingatkan agar sentiasa
berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan
sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas.

KPM juga telah memperingatkan sekali lagi berkenaan langkah


pencegahan ini melalui Surat Peringatan Berkaitan Persediaan Sekolah
Berhubung Penjagaan Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Murid
Semasa Menghadapi Cuaca Panas dan Jerebu bertarikh 26 April 2023.

Selain itu, KPM telah memberi kebenaran khas kepada warga


sekolah memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca
panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan kesan
fenomena cuaca panas melalui surat pemakluman bertarikh 3 Mei 2023.
SOALAN NO : 109

KPM turut menyediakan Garis Panduan Penutupan Institusi


Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Semasa Cuaca
Panas yang dikeluarkan menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan
Malaysia Bilangan 1 Tahun 2023 bertarikh 28 April 2023 sebagai panduan
kepada JPN, PPD dan institusi pendidikan agar dapat mengambil langkah
sewajarnya khususnya penutupan institusi pendidikan sekiranya situasi
fenomena cuaca panas mencecah tahap gelombang haba.

Terkini, KPM telah menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti


Luar Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
Semasa Cuaca Panas yang dikeluarkan menerusi Surat Siaran
Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2023 bertarikh 6 Jun
2023 sebagai panduan kepada semua institusi pendidikan bawah KPM
agar dapat mengambil langkah-langkah dan tindakan sewajarnya semasa
melaksanakan aktiviti luar bilik darjah bagi mengurangkan komplikasi
akibat cuaca panas. Dengan berkuat kuasa surat siaran ini maka surat
KPM berkaitan Penangguhan Aktiviti Luar Semasa Menghadapi Cuaca
Panas bertarikh 5 Mei 2023 adalah terbatal.

KPM mengambil berat kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan


seluruh warganya.

Sekian, terima kasih.

RJM100
SOALAN NO : 111

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN OSCAR LING CHAI YEW [ SIBU ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN OSCAR LING CHAI YEW [ SIBU ] minta MENTERI PENDIDIKAN


menyatakan adakah keperluan untuk menangguhkan kelas kerana suhu
tinggi melebihi 37 darjah celcius selama tiga hari berturut-turut. Apakah
kesan positif atau kesan negatif jika menangguhkan kelas.
SOALAN NO : 111

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa menitikberatkan


kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid termasuklah semasa
menghadapi keadaan cuaca panas dan kering berpanjangan ataupun
sebarang keadaan cuaca yang di luar jangkaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah menyediakan


Garis Panduan Penutupan Institusi Pendidikan Bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia Semasa Cuaca Panas yang dikeluarkan menerusi
Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2023
bertarikh 28 April 2023 sebagai panduan kepada jabatan pendidikan
negeri, pejabat pendidikan daerah dan institusi pendidikan agar dapat
mengambil langkah sewajarnya khususnya penutupan institusi pendidikan
sekiranya situasi fenomena cuaca panas mencecah tahap gelombang
haba.

Berdasarkan garis panduan ini, jika institusi pendidikan ditutup,


pengetua dan guru besar perlu memaklumkan kepada Pengarah
Pendidikan Negeri selaku Pendaftar Institusi Pendidikan tarikh yang
ditetapkan bagi menggantikan hari institusi pendidikan yang ditutup. KPM
juga telah menyediakan Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan
Pembelajaran Akibat Bencana melalui Surat Siaran KPM Bilangan 8 tahun
2016 bertarikh 21 Julai 2016 untuk rujukan dan tindakan.

Terkini, KPM telah menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti


Luar Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
Semasa Cuaca Panas yang dikeluarkan menerusi Surat Siaran
Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2023 bertarikh 6 Jun
2023 sebagai panduan kepada semua institusi pendidikan bawah KPM
agar dapat mengambil langkah-langkah dan tindakan sewajarnya semasa
melaksanakan aktiviti luar bilik darjah bagi mengurangkan komplikasi
akibat cuaca panas. Dengan berkuat kuasa surat siaran ini maka surat
KPM berkaitan Penangguhan Aktiviti Luar Semasa Menghadapi Cuaca
Panas bertarikh 5 Mei 2023 adalah terbatal.
SOALAN NO : 111

KPM mengambil berat kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan


seluruh warganya.

Sekian, terima kasih.

RJM101
SOALAN NO : 113

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN HAJI KAMAL BIN ASHAARI


[ KUALA KRAU ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN HAJI KAMAL BIN ASHAARI [ KUALA KRAU ] minta MENTERI


PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) bilakah Dasar Pendidikan Digital yang telah dimuktamadkan oleh
KPM pada tahun 2022 akan mula dilaksanakan; dan
(b) status pelaksanaan jaringan internet berkelajuan tinggi di sekolah-
sekolah seluruh negara yang telah dirangka di bawah inisiatif
KPM.Net.
SOALAN NO : 113

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memberikan


tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mengupayakan
teknologi selaras dengan Anjakan 7: Memanfaatkan ICT Bagi
Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pemerkasaan penggunaan
teknologi dalam PdP dengan memberi tumpuan kepada peningkatan
keupayaan pendidikan digital di sekolah turut menjadi salah satu fokus
dalam 7 Teras Utama Nadi Keunggulan KPM.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah memuktamadkan


Dasar Pendidikan Digital (DPD) berdasarkan pandangan ahli Majlis
Penasihat Pendidikan Kebangsaan dan ulasan daripada kementerian-
kementerian yang berkaitan. Seterusnya, KPM telah membentang kertas
memorandum DPD dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Mei 2023.
Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju dengan memorandum DPD
yang akan dilaksanakan mulai tahun 2023. DPD menggariskan pelan
tindakan jangka pendek dan jangka Panjang yang bertujuan untuk
memastikan ekosistem pendidikan kekal relevan dengan keperluan dan
perkembangan teknologi semasa. Di samping itu, DPD dibangunkan
secara bersepadu serta menyeluruh meliputi aspek pendidik dan pemimpin
pendidikan, penyediaan infostruktur dan infrastruktur, kandungan yang
berkualiti, serta penyertaan aktif rakan strategik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, KPM sedang merancang


untuk menaik taraf capaian internet yang mengutamakan teknologi fiber
dengan kelajuan minimum 100Mbps sehingga 1,500Mbps bergantung
kepada saiz dan populasi premis institusi pendidikan serta institusi lain
bawah KPM. Selain itu, KPM juga bercadang untuk menaik taraf
infrastruktur rangkaian dalaman yang membolehkan internet dicapai dari
semua lokasi dalam kawasan premis institusi bawah KPM.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 113

RJM102
NO. SOALAN: 115

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' AHMAD BIN SAAD @


YAHAYA [ POKOK SENA ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

Dato' Ahmad Bin Saad @ Yahaya [ Pokok Sena ] minta MENTERI


PENGANGKUTAN menyatakan perkembangan terkini kajian
kebolehlaksanaan Kedah Aerotropolis oleh Pelan Strategik Lapangan
Terbang Negara (NASP).
NO. SOALAN: 115

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

1. Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memulakan kajian


National Airports Strategic Plan (NASP) pada Mac 2022 dan dijangka siap
pada akhir tahun ini. Kajian ini antara lainnya bertujuan untuk menentukan
hala tuju pembangunan lapangan-lapangan terbang di Malaysia dari segi
pembangunan infrastruktur fizikal, keperluan ruang udara (airspace
requirement), kajian ekonomi dan strategik agar pembangunan sesebuah
lapangan terbang itu dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan
sebenar bersandarkan kepada data yang sahih dan tepat.

2. Hasil kajian ini selanjutnya kelak akan menjadi rujukan kepada


pihak Kerajaan untuk menentukan halatuju pembangunan jangka panjang
semua lapangan terbang dan padang terbang (STOLPort) di Malaysia
agar selari dengan keperluan jaringan kesalinghubungan sistem
pengangkutan negara. Pada masa yang sama, kajian ini akan turut
meneliti beberapa cadangan pembinaan lapangan terbang baharu
termasuk Lapangan Terbang Kulim (KXP) bagi menentukan
kebolehlaksanaan dan kemampanan sesebuah projek tersebut secara
holistik.

3. Berhubung dengan cadangan pembinaan Lapangan Terbang Kulim


(KXP), pihak KXP Airportcity Holdings Sdn. Bhd selaku syarikat yang
dilantik oleh Kerajaan Negeri Kedah telah mengemukakan hasil kajian
kebolehlaksanaan KXP untuk penelitian MOT yang meliputi dua (2)
laporan iaitu Laporan Teknikal dan Komersial.

4. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini kedua-dua


laporan ini sedang diteliti oleh pihak konsultan yang telah dilantik untuk
menjalankan Kajian NASP. Hasil penelitian ini akan dimaklumkan kelak
setelah Kajian NASP selesai.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 116

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' HAJI MOHD SUHAIMI BIN ABDULLAH


[LANGKAWI]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATO' HAJI MOHD SUHAIMI BIN ABDULLAH [LANGKAWI] minta


MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah pelan dan strategi
khusus oleh Kementerian apabila YAB Timbalan Perdana Menteri berjanji
bahawa apabila Kerajaan Madani mengambil alih negeri Kedah, maka
perkhidmatan feri ke Langkawi akan ditambah sehingga 15 kali sehari
selain daripada mendalamkan laut.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkhidmatan feri


penumpang di Pulau Langkawi beroperasi dari Terminal Feri Penumpang
Kuala Kedah dan Terminal Penumpang Feri Kuala Perlis ke Terminal Feri
Penumpang Kuah, Langkawi Bandaraya Pelancongan. Pada masa ini,
hanya terdapat lima (5) trip sehala sahaja setiap hari.

2. Operator feri Langkawi mempunyai keupayaan menyediakan


perkhidmatan sebanyak 12 feri pelbagai kapasiti yang beroperasi
bergantung kepada permintaan penumpang. Operator feri boleh
memohon trip perjalanan tambahan sehingga maksimum 12 trip sehala
sekiranya terdapat permintaan penumpang seperti pada musim perayaan,
SOALAN NO: 116

cuti persekolahan atau semasa penganjuran program-program tertentu.

3. Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Laut Malaysia (JLM)


tiada halangan dalam memberi kebenaran untuk perjalanan trip tambahan
bagi merancakkan lagi ekonomi sektor pelancongan Kuala Kedah-Pulau
Langkawi. Sebagai tambahan, Kementerian Pengangkutan juga sedia
mempertimbangkan penambahan kapasiti dan penambahbaikan mutu
perkhidmatan melalui pemberian lesen kepada pengendali baharu yang
berkelayakan.

4. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sejak tahun 2003


hingga 2022, sebanyak RM78 juta telah diperuntukkan bagi kerja-kerja
pengerukan di muara Kuala Kedah manakala RM135.9 juta telah
diperuntukkan bagi kerja-kerja pengerukan di muara Kuala Perlis. Kerja-
kerja pengerukan di muara Kuala Kedah telah siap sepenuhnya pada 26
Disember 2022 manakala kerja-kerja pengerukan di muara Kuala Perlis
telah siap pada 15 Mei 2023.

5. Dalam hubungan ini, Kerajaan sentiasa mengutamakan


keselamatan perkhidmatan untuk para penumpang. Pada masa sama
Kerajaan berusaha memastikan agar pengusaha feri dapat menyediakan
perkhidmatan yang selamat kerana ia merupakan salah satu medium
pengangkutan penting untuk masyarakat tempatan dan para pelancong.

6. Di samping itu, Kementerian Pengangkutan pada 6 Jun 2023 telah


mengeluarkan tawaran tender untuk menaik taraf terminal penumpang,
kargo dan RORO Kuala Kedah untuk menambahbaik kecekapan
pengoperasian termasuk perkhidmatan feri dan kemudahan yang
disediakan termasuk parkir bertingkat.

Sekian, terima kasih.

2
NO. SOALAN: 118

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN


DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN LEE CHEAN CHUNG [PETALING JAYA]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN LEE CHEAN CHUNG [PETALING JAYA] minta MENTERI


PERPADUAN NEGARA menyatakan apakah Kementerian bercadang
untuk mewujudkan Akta Keharmonian Negara bagi memastikan terdapat
keseimbangan untuk memupuk keharmonian merentasi pelbagai budaya
dan agama, di samping mengawal selia pihak yang tidak
bertanggungjawab menyalahgunakan kebebasan bersuara dan
menjejaskan suasana harmoni dan sensitiviti perkauman dalam negara.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa


semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak untuk
mendapat perlindungan yang sama rata dan adil. Kecuali sebagaimana
yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan Persekutuan,
diskriminasi terhadap warganegara tidak boleh diamalkan semata-
mata atas alasan agama, ras, keturunan, warna kulit, tempat lahir atau
jantina.
2. Pada masa ini, undang-undang sedia ada sudah memadai dalam

1
NO. SOALAN: 118

memastikan hubungan antara kaum terpelihara. Sesiapa yang dengan


sengaja melakukan apa-apa perbuatan, mencetuskan atau
mengeluarkan sebarang kenyataan yang menggugat perpaduan kaum
dan agama boleh disiasat dan didakwa, antara lain, di bawah akta-akta
yang berikut:

i. Subseksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 [Akta 15] iaitu kesalahan


menghasut;

ii. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta


588] iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan
rangkaian atau perkhidmatan rangkaian;

iii. Seksyen 295 Kanun Keseksaan [Akta 574] iaitu kesalahan


membencana atau mencemarkan tempat sembahyang
dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana
golongan;

iv. Seksyen 296 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menganggu


perhimpunan yang menjalankan sembahyang;

v. Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyebut


perkataan-perkataan atau melakukan perbuatan-perbuatan
lain dengan niat sengaja hendak melukakan perasaan agama
seseorang;

vi. Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan


menyebabkan, atas alasan-alasan agama, suasana tidak
harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan, benci-
membenci atau niat jahat, atau memudaratkan pemeliharaan
keadaan harmoni atau perpaduan;

vii. Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan


sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan
pecah keamanan;

2
NO. SOALAN: 118

viii. Seksyen 505 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan


mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan
khianat awam; dan

ix. Seksyen 506 Kanun Keseksaan [Akta 574] iaitu kesalahan


menakutkan secara jenayah.

3. Justeru, Kementerian ini berpendapat tiada keperluan untuk


menggubal atau memperkenalkan suatu undang-undang baharu
seperti Akta Keharmonian Negara pada masa ini, dan memadai dengan
meningkatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada. Walau
bagaimanapun kalau keadaan mendesak dan Kerajaan memikirkan
bahawa undang-undang sedia ada perlu dibuat semakan semula untuk
pindaan bagi mengekang sesetengah percakapan (hate speech) atau
perbuatan provokasi yang boleh memecahbelahkan masyarakat
dengan sentimen perkauman, maka Kementerian akan menyokong
penuh hasrat tersebut.

4. Dalam masa yang sama Kementerian Perpaduan Negara telah dan


akan mengadakan pelbagai program dan usaha bagi menyatupadukan
dan memupuk kehamornian dikalangan rakyat yang berbilang kaum,
bangsa dan agama.

Sekian, terima kasih.

3
SOALAN NO : 119

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' AZMAN BIN NASRUDIN


[ PADANG SERAI ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATO' AZMAN BIN NASRUDIN [ PADANG SERAI ] minta MENTERI


PENDIDIKAN menyatakan adakah terdapat perancangan terperinci
terhadap inisiatif penambahbaikan sistem persekolahan, memandangkan
kajian menunjukkan wujud peningkatan interaksi silang antara etnik di
Sekolah Wawasan.
SOALAN NO : 119

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam memupuk


perpaduan secara menyeluruh dalam kalangan warga pendidikan. Oleh hal
yang sedemikian, sistem pendidikan menerusi kurikulum kebangsaan
digubal berasaskan dan bertunjangkan kepada prinsip-prinsip Rukun
Negara. KPM memasukkan elemen patriotisme, perpaduan dan kecintaan
terhadap agama, bangsa dan negara dalam kurikulum kebangsaan melalui
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah
Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran
Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral serta melalui pendekatan
merentas kurikulum dalam mata pelajaran yang lain.

Bagi memperkukuhkan konsep perpaduan secara holistik di sekolah,


Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dilaksanakan bermula tahun
2015. Pelaksanaan TS25 adalah bermatlamat ke arah kemenjadian murid
dan sekolah yang berkualiti dengan berfokuskan kepada aspek
kepemimpinan, guru yang kompeten dan sokongan padu komuniti.
Program ini selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang memberi
penekanan kepada aspek perpaduan melalui penerapan nilai, etika dan
rasa tanggungjawab sebagai warganegara.

Selain itu, KPM juga memperkasa pembelajaran luar bilik darjah


melalui aktiviti ko-kurikulum sebagai satu usaha menerapkan nilai dan
semangat perpaduan dalam kalangan murid di sekolah kebangsaan.
Pelibatan murid dari pelbagai bangsa dalam aktiviti ko-kurikulum melalui
aktiviti unit beruniform, kelab dan persatuan, serta sukan dan permainan
juga menjadi medium utama KPM dalam memupuk perpaduan dalam
kalangan murid di sekolah kebangsaan.

KPM juga melaksanakan satu Kajian Pengukuran Indeks Perpaduan


untuk mengenal pasti tahap perpaduan dalam kalangan guru dan murid
sekolah rendah dan menengah. Dapatan kajian ini telah digunakan untuk
menambah baik aktiviti kurikulum atau kokurikulum di sekolah khususnya
SOALAN NO : 119

dalam aspek untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan


warga sekolah.

Di samping itu, pendekatan Malaysia MADANI yang bertunjangkan


sikap saling hormat menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi
medan dialog peradaban menjadi sokongan ke arah memperkasakan
konsep perpaduan di sekolah. Sehubungan dengan itu, KPM menyambut
baik perancangan hala tuju Malaysia MADANI dengan menggariskan Tujuh
Teras Utama Nadi Keunggulan KPM. Penekanan terhadap perpaduan
secara menyeluruh menjadi keutamaan KPM agar ianya selari dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan kepada
keseimbangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

KPM yakin langkah yang diambil mampu memperkasakan perpaduan


di sekolah kebangsaan.

Sekian, terima kasih.

RJM103
SOALAN NO : 120

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN


HUSSEIN [ SEMBRONG ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB DATO' SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN [ SEMBRONG ]


minta MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan
apakah perkembangan status langkah Kementerian mengadakan
perkongsian daripada Pakar Perumahan Singapura.
SOALAN NO : 120

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sesi libat urus antara


Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan agensi-
agensi perumahan Kerajaan Persekutuan dengan Lembaga Perumahan
dan Pembangunan (HDB), Singapura pada 29 Mac 2023 merupakan
salah satu daripada sesi perkongsian ilmu dengan badan atau agensi
perumahan luar negara yang menunjukkan prestasi baik serta mendapat
pengiktirafan antarabangsa dalam menguruskan perumahan di negara
mereka. Sesi bersama HDB ini turut disertai oleh pelbagai agensi
berkaitan perumahan di peringkat persekutuan dan negeri bagi memberi
ruang dan peluang untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik
bersama pihak HDB. Antara perkara yang dibincangkan adalah:

i. polisi dan perundangan bagi perumahan;


ii. perancangan dan reka bentuk perumahan;
iii. pembiayaan perumahan;
iv. pembangunan komuniti;
v. pengurusan sewaan; dan
vi. pembangunan semula kawasan perumahan.

KPKT akan meneruskan kolaborasi strategik dengan agensi-


agensi lain pada masa akan datang bagi mempelajari dan meningkatkan
kefahaman ekosistem industri perumahan terutamanya dalam aspek
penggunaan teknologi pembinaan, kepelbagaian kaedah pembiayaan,
perundangan dan sebagainya. Adalah diharapkan melalui pendekatan
ini, KPKT akan dapat mempertingkat sinergi dengan pemegang taruh
dalam industri perumahan supaya lebih mampan.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 121

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN ZULKIFLI BIN ISMAIL [ JASIN ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN ZULKIFLI BIN ISMAIL [ JASIN ] minta MENTERI PENDIDIKAN


menyatakan perkembangan terkini dan perancangan jangka masa pendek
dan panjang untuk Murid-murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).
SOALAN NO : 121

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk memastikan


semua institusi pendidikan menyediakan akses kepada murid berkeperluan
pendidikan khas (MBPK). KPM menyediakan program komprehensif bagi
memenuhi keperluan MBPK menerusi tiga pilihan persekolahan iaitu
sekolah pendidikan khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
atau Program Pendidikan Inklusif (PPI).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sedang menyediakan


satu pelan perancangan menyeluruh dengan memfokuskan kepada
keberhasilan MBPK dalam aspek berikut:
i. peningkatan MBPK berdaftar dalam sistem KPM;
ii. peningkatan MBPK dalam Program Pendidikan Inklusif (PPI);
iii. peningkatan bilangan klien memperoleh khidmat sokongan dan
intervensi;
iv. peningkatan bilangan MBPK yang memperoleh Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM); dan
v. peningkatan peratus kebolehpasaran MBPK.

Melalui pelan tersebut, KPM akan memberi tumpuan terhadap


perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi
memastikan petunjuk prestasi tersebut dicapai. Antara perancangan jangka
pendek yang dirangka ialah:
i. menempatkan MBPK yang telah mencapai umur wajib sama ada
di Sekolah Pendidikan Khas; atau di Program Pendidikan Khas
Integrasi; atau di Program Pendidikan Inklusif;
ii. menghasilkan Instrumen Standard Kompetensi Pendidikan Khas
bagi pemimpin sekolah, guru pendidikan khas dan guru arus
perdana; dan
iii. meningkatkan pengetahuan pemimpin sekolah, guru dan
anggota kumpulan pelaksana yang terlibat dengan MBPK
tentang pendidikan khas.
SOALAN NO : 121

Selain itu, KPM turut menggariskan perancangan jangka panjang


termasuk:
i. menyediakan sokongan kepada MBPK yang mengikuti Program
Pendidikan Inklusif (PPI);
ii. memastikan kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU)
disediakan di sekolah bawah KPM terutama yang mempunyai
MBPK; dan
iii. meneliti cadangan pewujudan Sekolah Menengah Pendidikan
Khas Vokasional di negeri Sabah.

KPM yakin perancangan yang dibuat dapat memastikan setiap MBPK


menerima pendidikan yang berkualiti.

Sekian, terima kasih.

RJM104
NO. SOALAN: 123

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' SERI DR. SHAHIDAN BIN KASIM


[ ARAU ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI


PENGANGKUTAN menyatakan mekanisme pihak Kerajaan untuk
menangani isu tiket penerbangan mahal ke Sabah dan Sarawak yang
ketara semasa musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini.
JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

1. Sebagai sebuah Kerajaan yang berteraskan Malaysia Madani,


Kementerian Pengangkutan memandang serius akan keluhan dan
rungutan rakyat mengenai harga tambang tiket penerbangan yang tinggi
serta di luar kemampuan terutamanya semasa musim perayaan.

2. Untuk makluman Yang Berhormat, harga tiket umumnya akan


meningkat pada musim cuti dan perayaan disebabkan permintaan yang
tinggi untuk tempoh perjalanan yang sama. Hal ini adalah kerana syarikat-
syarikat penerbangan menggunakan mekanisme dynamic pricing dan
menjual tiket berdasarkan Reservation Booking Designator (RBD) di
mana tiket dijual mengikut bakul harga (“price buckets”) yang ditetapkan.
Melalui mekanisme dynamic pricing, tiket dalam bakul harga yang murah
akan dijual terlebih dahulu dan harga tiket akan semakin meningkat
apabila tiket dalam sesuatu bakul harga itu habis dijual.
NO. SOALAN: 123

3. Bagi menangani masalah harga tiket penerbangan yang tinggi,


Kementerian Pengangkutan telah mengadakan perbincangan dengan
MAVCOM dan syarikat-syarikat penerbangan domestik bagi memastikan
harga tiket penerbangan yang ditawarkan adalah kompetitif. Hasil
perbincangan tersebut, syarikat-syarikat penerbangan telah bersetuju
untuk menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa
bergantung kepada permintaan.

4. Selain itu, Jemaah Menteri pada 17 Mei 2023 telah bersetuju untuk
melaksanakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan sehala bagi
laluan-laluan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah/Sarawak/Labuan
sempena perayaan Pesta Kaamatan yang disambut pada 30 Mei 2023
dan Hari Gawai pada 1 Jun 2023. Ini melibatkan inisiatif Kerajaan
membeli semua baki tiket penerbangan sehala dari Semenanjung
Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan semasa tempoh tiga hari
perjalanan sebelum tarikh sambutan kedua-dua perayaan tersebut.
Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama Batik Air juga
menyediakan perkhidmatan penerbangan sewa khas (charter) bagi laluan
Johor Bahru-Sibu memandangkan tiket penerbangan untuk laluan
tersebut telah habis dijual.

5. Harga tiket penerbangan sehala bagi setiap penumpang bagi


laluan-laluan domestik yang menghubungkan Semenanjung Malaysia
dengan Sabah/Sarawak/Labuan ditetapkan sebanyak maksimum RM300
atau mengikut harga sebenar tambang sekiranya harga tiket tersebut
kurang daripada RM300. Harga ini tidak termasuk cukai dan fi. Pemberian
bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak dan
Labuan sempena musim perayaan ini diharapkan dapat mengurangkan
beban kewangan pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman
untuk tempoh perayaan Pesta Kaamatan/Hari Gawai 2023.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 124

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KELIMA
BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN LEE CHUAN HOW


(IPOH TIMOR)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN 131

YB TUAN LEE CHUAN HOW (IPOH TIMOR) minta MENTERI


PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan jumlah perbelanjaan mengurus warga emas, termasuk
peruntukan kepada NGO untuk tahun 2020, 2021, 2022 dan unjuran bagi
tahun 2023.

1
SOALAN NO : 124

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kerajaan telah menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada warga


emas melalui pelbagai Kementerian dan agensi. Menerusi Kementerian
Pembangunan Wanita Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM), pelbagai
kemudahan dari aspek penjagaan, rawatan dan perlindungan kepada
warga emas telah disediakan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat
menyediakan

2. ‘Rumah Seri Kenangan’ ditubuhkan untuk memberi jagaan dan


perlindungan kepada warga emas yang daif demi menjamin
kesejahteraan dan kualiti hidup mereka. Sementara itu, ‘Rumah Ehsan’
pula ditubuhkan untuk memberi jagaan, rawatan dan perlindungan
kepada warga emas yang uzur, daif dan tidak berwaris agar dapat terus
hidup dalam suasana yang selesa dan tenteram. Jumlah perbelanjaan
mengurus kedua-dua buah institusi warga emas ini pada tahun 2020
hingga 2022 adalah masing-masing RM63.78 juta, RM60.23 juta dan
RM62.37 juta.

3. KPWKM juga telah menyediakan kemudahan seperti Pusat Aktiviti


Warga Emas (PAWE), iaitu tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti
harian dalam komuniti. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak
pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental)
kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara KPWKM
dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan
(NGO). Perbelanjaan yang telah disalurkan untuk membantu
pengoperasian PAWE dari tahun 2020 hingga 2022 adalah masing-
masing sebanyak RM4.39 juta, RM7.15 juta dan RM7.65 juta.

4. Di samping itu, Kerajaan turut menyediakan Bantuan Warga Emas


(BWE) sebanyak RM500 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada
warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam
komuniti. Untuk bantuan ini, sejumlah RM575.14 juta telah disalurkan

2
SOALAN NO : 124

pada tahun 2020, RM831.56 juta pada tahun 2021 dan RM831.41 juta
pada tahun 2022.

5. Selain itu, bantuan kewangan turut disediakan kepada Pertubuhan


Sukarela Kebajikan (PSK) yang memberikan perkhidmatan penjagaan,
perlindungan dan pemulihan kepada Warga Emas. Bantuan ini adalah
untuk membantu menampung sebahagian kos yang ditanggung oleh
PSK dalam menyediakan perkhidmatan kepada kumpulan sasar JKM.
Bagi tujuan ini, RM1.68 juta telah disalurkan masing-masing pada tahun
2020 dan 2021 serta RM1.53juta telah disalurkan pada tahun 2022.

6. Kementerian akan terus memberikan komitmen dalam membantu


meningkatkan kualiti hidup warga emas di negara ini melalui pelbagai
inisiatif berbentuk khidmat sokongan sosial, bantuan kebajikan,
keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan warga emas terpelihara.

Sekian, terima kasih.

3
SOALAN NO : 125

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN JAMALUDIN BIN YAHYA


[ PASIR SALAK ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN JAMALUDIN BIN YAHYA [ PASIR SALAK ] minta MENTERI


PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil untuk
mewujudkan perjawatan tetap warden daripada kalangan bukan guru.
SOALAN NO : 125

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa prihatin terhadap


beban tugas guru terutama yang dilantik menjadi warden dan sentiasa
mencari kaedah terbaik bagi mengatasi perkara ini di sekolah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah bersetuju


untuk melaksanakan penambahbaikan kepada portfolio warden asrama di
1,874 buah sekolah berasrama bawah KPM bermula Ogos 2022.

Berdasarkan penambahbaikan ini, bilangan warden asrama ditambah


seramai 3,813 orang daripada 6,055 orang kepada 9,868 orang.
Pertambahan bilangan ini melibatkan peningkatan sebanyak 63 peratus.
Pertambahan bilangan ini juga membolehkan penggiliran bertugas warden
asrama dapat dilaksanakan dengan lebih kerap di semua sekolah
berasrama.

Selain daripada itu, kadar Elaun Warden Asrama (EWA) dinaikkan


sebanyak 25 peratus. Kadar baharu EWA adalah seperti berikut:
i. RM350 sebulan bagi Ketua Warden Asrama; dan
ii. RM300 sebulan bagi Warden Asrama.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan untuk mewujudkan


jawatan tetap warden asrama perlu mendapat pertimbangan agensi pusat
memandangkan ia melibatkan pertambahan bilangan jawatan serta
implikasi kewangan yang tinggi kepada kerajaan.

KPM komited untuk melaksanakan penambahbaikan berterusan


kepada portfolio warden asrama di sekolah KPM.

Sekian, terima kasih.

RJM105
SOALAN NO : 126

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK SERI HAJI JALALUDDIN BIN HAJI


ALIAS [ JELEBU ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATUK SERI HAJI JALALUDDIN BIN HAJI ALIAS [ JELEBU ] minta


MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah sekolah yang berstatus
sekolah daif di Negeri Sembilan dan apakah perancangan yang dibuat bagi
membantu sekolah yang berkenaan.
SOALAN NO : 126

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa proaktif dan


memberi keutamaan dalam usaha menangani sekolah yang mempunyai
bangunan daif di seluruh negara termasuk di Negeri Sembilan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan data KPM


sehingga Mac 2023, jumlah sekolah yang mempunyai bangunan daif di
Negeri Sembilan adalah sebanyak 17 buah sekolah yang terdiri daripada
14 buah sekolah berskala 6 dan tiga buah sekolah berskala 7. Daripada
jumlah tersebut, lima buah sekolah telah diluluskan projek naik taraf dan
pembinaan bangunan gantian dalam Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling
Plan 1 (RP1) hingga RP3.

Manakala, permohonan projek pembangunan semula (gantian) atau


menaik taraf bangunan yang daif berskala 6 dan skala 7 yang belum
mendapat kelulusan akan dikemukakan secara berfasa kepada pihak
agensi pusat untuk dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Lima
Tahun (RMLT). Walau bagaimanapun kelulusan dan pelaksanaan projek
ini adalah tertakluk kepada keutamaan dan kedudukan kewangan semasa
kerajaan.

Sekian, terima kasih.

RJM106
SOALAN NO : 127

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN MOHD AZIZI BIN ABU NAIM


(GUA MUSANG)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN MOHD AZIZI BIN ABU NAIM (GUA MUSANG) minta MENTERI
KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH menyatakan sejauh manakah
status kajian terhadap pindaan Akta Orang Asli 1954 yang telah
dijalankan sehingga kini bagi memastikan supaya hak dan kebajikan
Orang Asli sentiasa terbela.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan sedang dalam proses


melantik perunding bagi melaksanakan kerja-kerja berkaitan pindaan
Akta 134 ini. Perkara ini perlu dilaksanakan memandangkan Jabatan
Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dari segi perjawatan dan sumber
manusia adalah terhad bagi melaksanakan pindaan akta ini. Tambahan
pula tiada tenaga yang mahir dan pakar berkaitan hal ehwal undang-
undang di JAKOA. Proses pelantikan perundingan secara terbuka ini
bertujuan untuk mendapatkan sumber, nasihat serta kepakaran yang
sesuai agar cadangan pindaan akta yang akan dilaksanakan nanti
adalah bersifat menyeluruh, komprehensif serta sesuai dengan cabaran
serta perubahan-perubahan yang berlaku.

Sekian, terima kasih.


NO. SOALAN: 128

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DATO’ HAJI ADNAN BIN HAJI ABU HASSAN
[KUALA PILAH]
TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

Dato' Haji Adnan Bin Haji Abu Hassan [ Kuala Pilah ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan punca utama kepada isu kemalangan
maut yang semakin mejadi-jadi dan perancangan jangka pendek,
sederhana dan panjang dalam menyelesaikan isu ini.

1
NO. SOALAN: 128

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli yang Berhormat, kajian yang telah dijalankan


oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
merumuskan bahawa punca utama berlakunya kemalangan atau nahas
jalan raya sehingga menyebabkan kematian adalah berpunca daripada
sikap manusia, diikuti dengan keadaan rekaan, kondisi atau binaan
infrastruktur jalan (lingkungan 13% punca kemalangan) dan akhirnya
hanya dalam lingkungan 7% adalah berpunca daripada keadaan road-
worthiness atau aspek teknikal kenderaan motor yang digunakan.

2. Tahun 2021 merekodkan sejumlah 370,286 kemalangan dengan


4,539 kematian (1.23%). Susulan penamatan Perintah Kawalan
Pergerakan COVID-19, jumlah kemalangan pada 2022 adalah 545,588
dengan 6,080 kematian (1.11%). Kementerian Pengangkutan melalui
MIROS and Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa menjalankan
kempen dan tindakan penguatkuasaan untuk memupuk sikap memandu
yang berhemah dan selamat.

3. Kementerian Pengangkutan juga telah membangunkan Pelan


Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2022-2030 (PKJRM 2022-2030)
dalam menangani isu kemalangan jalan raya demi keselamatan rakyat.
Ianya telah dilancarkan pada 27 Januari 2022 dengan mensasarkan
pengurangan jumlah kematian akibat nahas jalan raya sekurang-
kurangnya pada kadar 50% menjelang 2030. Hala tuju ini juga adalah
selaras dengan seruan dan sasaran resolusi 74/299, Persatuan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB), yang mengisytiharkan tahun 2021-2030, sebagai
dekad tindakan keselamatan yang kedua sejurus tamatnya dekad yang
pertama pada tahun 2020 yang lalu. Di bawah PKJRM 2022-2030,
pelbagai program dan strategi telah disusun untuk menangani isu
keselamatan jalan raya ini, dengan penglibatan semua pemegang taruh
berkaitan termasuk di peringkat komuniti dan pihak swasta.

2
NO. SOALAN: 128

4. Memandangkan jumlah kematian akibat nahas jalan raya


melibatkan motosikal adalah yang tertinggi, MOT telah merangka
beberapa inisiatif di bawah Bidang Keutamaan 3 (BK3), PKJRM yang
memfokuskan kepada penunggangan motosikal yang selamat. Pelbagai
program telah dan sedang dilaksanakan oleh MOT melalui JPJ dengan
kerjasama PDRM dan JKR selaras dengan rangka strategi pelaksanaan
BK3 dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan penunggang dan
pembonceng motosikal di jalan raya. Sebagai contoh, mengemaskini dan
menambahbaik sistem/ kaedah pengujian calon penunggang bagi
meningkatkan kompetensi penunggangan; aktiviti penguatkuasaan
berterusan serta mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam usaha
meningkatkan tahap keberkesanan teknologi keselamatan motosikal.

5. Aspek kenderaan juga adalah penting dalam mengelak dari


berlakunya kemalangan maut. Bidang Keutamaan 8 iaitu penggunaan
kenderaan yang lebih selamat telah diwujudkan bagi memastikan
kenderaan yang digunakan oleh pengguna mencapai tahap piawaian
yang telah ditetapkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Strategi pelaksanaan untuk BK ini salah satunya adalah meningkatkan
tahap keselamatan kenderaaan dari segi keselamatan aktif dan
keselamatan pasif iaitu dengan mewujudkan pusat kecemerlangan bagi
penyelidikan dan pengujian keselamatan kenderaan, menambahbaik
standard dan mekanisme penilaian keselamatan kenderaan berasaskan
isu tempatan dan meningkatkan kesahihan pematuhan dan
penguakuasaan peraturan dan piawaian yang berkaitan dengan sistem
keselamatan aktif dan pasif bagi semua jenis kenderaan.

Sekian, terima kasih.

3
SOALAN NO : 129

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' SYED ABU HUSSIN BIN HAFIZ


SYED ABDUL FASAL (BUKIT GANTANG)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATO' SYED ABU HUSSIN BIN HAFIZ SYED ABDUL FASAL [BUKIT
GANTANG] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah
perancangan dan langkah-langkah penambahbaikan Jalan Persekutuan di
kawasan Parlimen Bukit Gantang seperti Jalan Persekutuan FT060
Changkat Jering – Batu Hampar, FT001 Butterworth – Ipoh dan FT3146
susur keluar Plaza Tol Kamunting sehingga ke bulatan Kamunting yang
rosak teruk akibat kenderaan berat dan tampalan jalan jangka pendek
yang membahayakan akibat merekah dan terhakis kerana hujan lebat.
SOALAN NO : 129

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi Parlimen Bukit Gantang,


Jalan Persekutuan yang terlibat adalah laluan FT001, Jalan Ipoh –
Butterworth, FT060 Jalan Changkat Jering – Batu Hampar, FT074 Jalan
Taiping - Kuala Sepetang, Jalan Masuk ke Stesen VHF Bukit Naga dan
FT3146 Jalan Masuk Ke Kawasan Perindustrian Kamunting Taiping
sepanjang 81.04 km yang disenggara oleh syarikat konsesi
penyenggaraan Jalan Persekutuan.

Merujuk kepada laluan yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat iaitu
FT001 Jalan Ipoh – Butterworth, laluan FT060 Jalan Changkat Jering
– Batu Hampar dan FT3146 Jalan Masuk ke Kawasan Perindustrian
Kamunting, Taiping merangkumi jalan raya sepanjang 63.0 km adalah
termasuk di dalam kerja penyenggaraan yang tertakluk kepada skop kerja
rutin dan berkala seperti yang telah ditetapkan dalam perjanjian kontrak
konsesi.

Kementerian ini telah mengambil tindakan segera di jalan Persekutuan


yang dimaksudkan dengan menjalankan kerja-kerja penyenggaraan rutin
yang dibuat secara bulanan melalui syarikat konsesi yang telah
dilantik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah keseluruhan
peruntukan yang telah disalurkan bagi kerja-kerja
penyenggaraan berkala di Jalan Persekutuan Parlimen Bukit
Gantang adalah berjumlah RM5.6 juta untuk tahun 2021 dan RM8.8
juta untuk tahun 2022. Manakala sehingga Mei 2023, Kementerian ini
telah meluluskan peruntukan sebanyak RM750,000.00 bagi
melaksanakan kerja-kerja Berkala Pavemen di laluan FT060 dan
sebanyak RM800,000.00 bagi kerja Berkala Bukan Pavemen di laluan
FT001 dan kerja-kerja ini dijangka siap sepenuhnya pada akhir bulan Mei
2023.
SOALAN NO : 129

Bagi pelaksanaan pembaikan jangka masa panjang, pembaikan


permukaan jalan dan struktur yang rosak teruk akibat kenderaan berat
dan seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat melibatkan kerja-
kerja pembaikan struktur dan penurapan semula lapisan pavemen
jalan. Kementerian Kerja Raya telah mengenal pasti kerosakan yang
berlaku dan telah menyediakan Anggaran Penyenggaraan Jalan (APJ)
tahun 2023 berjumlah RM61.73 juta untuk menjalankan kerja-kerja
pembaikan jalan berkala pavemen dan berkala bukan pavemen di
kawasan Parlimen Bukit Gantang. Perlaksanaan kerja ini tertakluk kepada
nilai kelulusan peruntukan dari Kementerian Kewangan serta senarai
keutamaan yang telah disediakan oleh Jabatan Kerja Raya berdasarkan
penilaian tahap kritikal kerosakan jalan bagi keseluruhan jaringan Jalan
Persekutuan di bawah seliaan Kementerian ini.

Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya sentiasa komited


dalam memastikan jalan sentiasa dalam keadaan yang selamat dan
selesa dengan menjalankan kerja-kerja penyenggaraan rutin sepanjang
tahun.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 130

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN


[ HULU LANGAT ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN [ HULU LANGAT ] minta MENTERI


PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan Kementerian bagi
memperkasa pembelajaran secara digital sebagai persiapan menghadapi
ledakan ilmu pengetahuan secara maya yang dapat dipimpin supaya
manafaat maksimum dapat dicapai.
SOALAN NO : 130

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa menyokong


pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang memanfaatkan penggunaan
teknologi secara berterusan bagi meningkatkan kualiti pendidikan serta
membangunkan bakat dan modal insan yang memenuhi keperluan negara
dan perkembangan global.

KPM juga terus memperkasakan pengintegrasian teknologi dalam


PdP dengan memberi tumpuan kepada peningkatan keupayaan pendidikan
digital di sekolah yang merupakan satu daripada Tujuh Teras Nadi
Keunggulan KPM dalam menerajui sistem pendidikan negara.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM menyediakan pelantar


Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) yang dinaik taraf
secara berterusan dengan fitur baharu bagi meningkatkan pengalaman
pengguna, kebolehan analitik data serta kandungan dan pembelajaran
diperibadikan. Selain itu, DELIMa juga memperluas peluang murid belajar
secara aktif dan kolaboratif bersama-sama murid lain. Berdasarkan data
penggunaan DELIMa pada 6 Mei 2023, seramai 445,887 guru, pensyarah,
pegawai pendidikan serta guru pelatih dan 4.4 juta murid menggunakan
pelantar DELIMa.

KPM juga memastikan lebih banyak kandungan dan sumber


pendidikan dimuat naik dalam pelantar DELIMa. Sehingga kini, KPM telah
memuat naik 761 buku teks digital serta menyediakan sebanyak 3,568
video kurikulum, 263 video pedagogi, 170 bahan radio pendidikan
berbentuk podcast dan 4,796 video DidikTV KPM. KPM turut
menggalakkan perkongsian video amalan terbaik PdP, hasil daya usaha
dan kreativiti guru melalui portal Ruang Ilmu yang dikongsi dalam DELIMa.
SOALAN NO : 130

Selain itu, KPM melaksanakan program pemerkasaan pendidikan


digital melalui aktiviti pengintegrasian teknologi pendidikan kepada guru
secara berterusan. Program ini dilaksanakan melalui perkongsian video,
webinar dan tutorial untuk membantu meningkatkan kualiti PdP. Bagi
meningkatkan kemahiran dan mengiktiraf guru yang aktif dalam
pengintegrasian teknologi pendidikan, baucar percuma diberikan untuk
mereka mengikuti kursus-kursus pensijilan lanjutan.

Program pemerkasaan pendidikan digital juga meliputi aktiviti literasi


digital kepada murid. Murid-murid akan dibimbing dan seterusnya
mengaplikasikan kemahiran digital mereka dalam aktiviti yang akan
disertai. KPM juga menekankan penggunaan teknologi secara beretika
kepada murid melalui program kesedaran keselamatan siber. Di samping
itu, murid yang berbakat dalam aktiviti pendidikan digital diiktiraf sebagai
ikon bagi kategori robotik, pembangunan perisian dan rekabentuk
kejuteraaan dalam Anugerah Digital Utilisation and Technology Award
(DUTA) yang diadakan setiap tahun.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah memuktamadkan


Dasar Pendidikan Digital (DPD) berdasarkan pandangan ahli Majlis
Penasihat Pendidikan Kebangsaan dan ulasan daripada kementerian-
kementerian yang berkaitan. Seterusnya, KPM telah membentang kertas
memorandum DPD dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Mei 2023.
Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju dengan memorandum DPD
yang akan dilaksanakan mulai tahun 2023. DPD menggariskan pelan
tindakan jangka pendek dan jangka Panjang yang bertujuan untuk
memastikan ekosistem pendidikan kekal relevan dengan keperluan dan
perkembangan teknologi semasa. Di samping itu, DPD dibangunkan
secara bersepadu serta menyeluruh meliputi aspek pendidik dan pemimpin
pendidikan, penyediaan infostruktur dan infrastruktur, kandungan yang
berkualiti, serta penyertaan aktif rakan strategik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, KPM sedang merancang


untuk menaik taraf capaian internet yang mengutamakan teknologi fiber
dengan kelajuan minimum 100Mbps sehingga 1,500Mbps bergantung
kepada saiz dan populasi premis institusi pendidikan serta institusi lain
bawah KPM. Selain itu, KPM juga bercadang untuk menaik taraf
SOALAN NO : 130

infrastruktur rangkaian dalaman yang membolehkan internet dicapai dari


semua lokasi dalam kawasan premis institusi bawah KPM.

KPM sentiasa komited untuk menambah baik sistem pendidikan yang


memenuhi keperluan negara secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

RJM107
SOALAN NO : 131

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN ZAHARI BIN KECHIK


(JELI)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN ZAHARI BIN KECHIK (JELI) minta MENTERI KEMAJUAN


DESA DAN WILAYAH menyatakan sehingga suku pertama bagi tahun
2023 berapa peruntukan yang telah disalurkan kepada KESEDAR
mengikut pecahan berikut:-
(a) pembinaan dan menaik taraf jalan-jalan kampung, pembinaan
rumah baru PPRT dan baik pulih rumah; dan
(b) pembangunan keusahawanan.
SOALAN NO : 131

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, berkenaan pembinaan dan menaik


taraf jalan-jalan kampung, pembinaan rumah baru PPRT dan baik pulih
rumah, peruntukan yang telah disalurkan sehingga suku pertama bagi
tahun 2023 adalah sebagaimana berikut:
i. Sebanyak RM2 juta untuk melaksanakan 30 projek pembinaan
dan menaik taraf jalan-jalan kampung.
ii. Sebanyak RM2 juta untuk pelaksanaan bina baru 31 buah rumah
PPRT.
iii. Sebanyak RM1.935 juta untuk pelaksanaan baik pulih 129 buah
rumah PPRT.

Manakala untuk pembangunan keusahawanan, peruntukan yang telah


disalurkan sehingga suku pertama bagi tahun 2023 adalah sebanyak
RM700 ribu melibatkan empat (4) projek pembangunan keusahawanan
iaitu Integpreneur Belia Wilayah KESEDAR, Program Peningkatan
Kualiti Produk, Projek Industri Kotej Bersepadu dan Program Kelestarian
Usahawan KESEDAR dengan sasaran usahawan seramai 120 orang.

Sekian, terima kasih.


NO. SOALAN: 132

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM


[SERIAN]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [Serian] minta MENTERI


PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan Madani berhasrat
untuk memperkenalkan semula Program Feri Malaysia sebagai cara
alternatif pengembaraan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
NO. SOALAN: 132

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Feri Malaysia ialah jenama


sebuah kapal penumpang yang pernah wujud di Malaysia pada era
1980an. Nama rasmi kapal tersebut yang didaftarkan di Pelabuhan Klang,
Selangor pada tahun 1982 ialah Cruise Muhibah. Matlamatnya ialah
supaya wujud satu khidmat pengangkutan alternatif bagi merapatkan
hubungan antara penduduk Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak
berdasarkan kepada kejayaan perkhidmatan feri di negara-negara
Scandinavia antara Finland, Norway dan Denmark.

2. Pelayaran pertama Feri Malaysia secara rasminya pada 31 Ogos


1986 dari Pelabuhan Kuantan, Pahang ke Kuching, Sarawak dan
seterusnya ke Kota Kinabalu, Sabah yang mengambil masa 2 hari.

3. Pada 18 Oktober 1987, perkhidmatan Feri Malaysia mengalami


kebakaran pada ruang enjin utamanya semasa berada kira-kira 5
kilometer dari Pulau Tioman, Pahang.

4. Feri Malaysia terdampar seketika di lautan Pahang setelah


kebakaran tersebut dapat dipadamkan sepenuhnya. Perkhidmatan Feri
Malaysia ini akhirnya melabuhkan tirainya pada tahun 1989 kerana kos
operasinya terlalu tinggi.

5. Pada masa kini, Kementerian Pengangkutan tiada perancangan


untuk mewujudkan semula perkhidmatan Feri Malaysia. Walau
bagaimanapun, Kerajaan bersedia mempertimbangkan sekiranya
terdapat sebarang cadangan daripada pihak swasta yang berminat untuk
mengoperasikan perkhidmatan kapal penumpang dari Semenanjung ke
Sabah dan Sarawak.

Sekian, terima kasih.

2
SOALAN NO : 133

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN EDWIN ANAK BANTA [ SELANGAU ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN EDWIN ANAK BANTA [ SELANGAU ] minta MENTERI


PENDIDIKAN menyatakan apakah status pelaksanaan dan inisiatif
Kementerian berkaitan program ”Smart Learning” di sekolah-sekolah di
Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar yang kebanyakannya
menghadapi masalah capaian internet di mana pembekalan peralatan dan
peranti yang diperlukan sehingga kini masih berkurangan.
SOALAN NO : 133

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua

Kementerian Pendidikan (KPM) secara berterusan menambah baik


pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang memanfaatkan penggunaan
teknologi secara berterusan bagi meningkatkan kualiti pendidikan serta
membangunkan bakat dan modal insan yang memenuhi keperluan negara
dan perkembangan global.

KPM juga terus memperkasakan pengintegrasian teknologi dalam


PdP dengan memberi tumpuan kepada peningkatan keupayaan pendidikan
digital di sekolah yang merupakan satu daripada Tujuh Teras Nadi
Keunggulan KPM dalam menerajui sistem pendidikan negara.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM menyediakan pelantar


Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) yang dinaik taraf
secara berterusan dengan fitur baharu bagi meningkatkan pengalaman
pengguna, kebolehan analitik data serta kandungan dan pembelajaran
diperibadikan. Selain itu, DELIMa juga memperluas peluang murid belajar
secara aktif dan kolaboratif bersama-sama murid lain. Berdasarkan data
penggunaan DELIMa pada 6 Mei 2023, seramai 445,887 guru, pensyarah,
pegawai pendidikan serta guru pelatih dan 4.4 juta murid menggunakan
pelantar DELIMa.

KPM juga memastikan lebih banyak kandungan dan sumber


pendidikan dimuat naik dalam pelantar DELIMa. Sehingga kini, KPM telah
memuat naik 761 buku teks digital serta menyediakan sebanyak 5,192
video kurikulum, 263 video pedagogi, 170 bahan radio pendidikan
berbentuk podcast dan 4,796 video DidikTV KPM. KPM turut
menggalakkan perkongsian video amalan terbaik PdP, hasil daya usaha
dan kreativiti guru melalui portal Ruang Ilmu yang dikongsi dalam DELIMa.
SOALAN NO : 133

Selain itu, KPM melaksanakan program pemerkasaan pendidikan


digital melalui aktiviti pengintegrasian teknologi pendidikan kepada guru
secara berterusan. Program ini dilaksanakan melalui perkongsian video,
webinar dan tutorial untuk membantu meningkatkan kualiti PdP. Bagi
meningkatkan kemahiran dan mengiktiraf guru yang aktif dalam
pengintegrasian teknologi pendidikan, baucar percuma diberikan untuk
mereka mengikuti kursus-kursus pensijilan lanjutan.

Program pemerkasaan pendidikan digital juga meliputi aktiviti literasi


digital kepada murid. Murid akan dibimbing dan seterusnya
mengaplikasikan kemahiran digital mereka dalam aktiviti yang akan
disertai. KPM juga menekankan penggunaan teknologi secara beretika
kepada murid melalui program kesedaran keselamatan siber. Di samping
itu, murid yang berbakat dalam aktiviti pendidikan digital diiktiraf sebagai
ikon bagi kategori robotik, pembangunan perisian dan rekabentuk
kejuteraaan dalam Anugerah Digital Utilisation and Technology Award
(DUTA) yang diadakan setiap tahun.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah memuktamadkan


Dasar Pendidikan Digital (DPD) berdasarkan pandangan ahli Majlis
Penasihat Pendidikan Kebangsaan dan ulasan daripada kementerian-
kementerian yang berkaitan. Seterusnya, KPM telah membentang kertas
memorandum DPD dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Mei 2023.
Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju dengan memorandum DPD
yang akan dilaksanakan mulai tahun 2023. DPD menggariskan pelan
tindakan jangka pendek dan jangka Panjang yang bertujuan untuk
memastikan ekosistem pendidikan kekal relevan dengan keperluan dan
perkembangan teknologi semasa. Di samping itu, DPD dibangunkan
secara bersepadu serta menyeluruh meliputi aspek pendidik dan pemimpin
pendidikan, penyediaan infostruktur dan infrastruktur, kandungan yang
berkualiti, serta penyertaan aktif rakan strategik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, KPM sedang merancang


untuk menaik taraf capaian internet yang mengutamakan teknologi fiber
dengan kelajuan minimum 100Mbps sehingga 1,500Mbps bergantung
kepada saiz dan populasi premis institusi pendidikan serta institusi lain
bawah KPM. Selain itu, KPM juga bercadang untuk menaik taraf
SOALAN NO : 133

infrastruktur rangkaian dalaman yang membolehkan internet dicapai dari


semua lokasi dalam kawasan premis institusi bawah KPM.

KPM juga telah menyediakan peralatan teknologi maklumat dan


komunikasi (ICT) Fasa 1 bagi tujuan PdP yang melibatkan 3,910 sekolah
meliputi 75,354 unit komputer riba, 3,804 unit pencetak, 3,800 unit
projektor dan 3,228 unit charging cart untuk keperluan PdP di makmal
komputer sekolah termasuk bagi menggantikan peralatan ICT yang telah
usang. Peralatan ICT ini telah diedarkan ke sekolah terlibat bermula bulan
Mac 2022 dan telah siap sepenuhnya pada Disember 2022. Inisiatif ini
diteruskan dengan pembekalan Fasa 2 dengan jangkaan perkakasan siap
dibekal dan dipasang pada Mei 2023. Ianya melibatkan 3,455 sekolah
meliputi 68,056 unit komputer riba, 3,511 unit pencetak, 3,506 unit
projektor dan 2,834 unit charging cart. Selanjutnya, pembekalan Fasa 3
diteruskan meliputi 3,915 sekolah melibatkan 70,206 komputer riba, 3,419
pencetak, 3,808 projektor dan 3,327 charging cart. Pembekalan Fasa 3
dijangka akan siap pada awal tahun 2024.

KPM sentiasa komited untuk menambah baik sistem pendidikan yang


memenuhi keperluan negara secara berterusan.

Sekian, terima kasih.


RJM108
SOALAN NO : 134

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PENDIDIKAN


menyatakan peratusan kanak-kanak yang mula menerima pendidikan awal
dari umur 3, 4, 5 dan 6 tahun dan langkah-langkah yang diambil untuk
menutup jurang perbezaan terhadap akses kepada pendidikan awal yang
berkualiti untuk mereka dari keluarga berpendapatan rendah dan tinggi.
SOALAN NO : 134

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan data pada tahun


2022, seramai 447,645 orang iaitu 88.81 peratus murid yang belajar di
prasekolah mengikut umur 5+. Sementara bagi murid berumur 4+ yang
belajar di prasekolah adalah seramai 360,994 orang iaitu 71.54%.

KPM sentiasa komited untuk menambah bilangan kelas prasekolah


bagi memastikan setiap kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan
awal kanak-kanak. Dalam mencapai hasrat untuk meningkatkan enrolmen
prasekolah, KPM sentiasa memastikan peluasan kelas dilaksanakan
terutama di kawasan yang mempunyai keperluan dan permintaan yang
tinggi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan kelas prasekolah


baharu yang dibuka pada tahun 2022 adalah sebanyak 75 buah. Bagi
tahun 2023 pula, KPM telah melaksanakan peluasan sebanyak 118 buah
kelas prasekolah yang telah mula beroperasi mulai 20 Mac 2023 di
pelbagai jenis sekolah bawah KPM. Peluasan ini telah menjadikan jumlah
kelas prasekolah secara keseluruhan adalah sebanyak 9,908 buah.
Pelaksanaan peluasan ini akan diteruskan setiap tahun kerana ia memberi
lebih peluang kepada kanak-kanak untuk mengikuti pendidikan prasekolah
bawah KPM.

Kempen bagi menggalakkan kemasukan ke prasekolah KPM menjadi


antara agenda utama di KPM, jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat
pendidikan daerah (PPD) bagi menyokong Inisiatif Peningkatan Enrolmen
Prasekolah di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Kempen-kempen tersebut secara tidak langsung dapat
meningkatkan kesedaran ibu bapa dan masyarakat tentang pendidikan
awal kanak-kanak. Antara aktiviti yang dilaksanakan dengan kerjasama
JPN, PPD dan sekolah serta masyarakat adalah:
i. hebahan kemasukan ke prasekolah KPM melalui portal KPM
serta media sosial KPM dan membuat hebahan melalui banting
dan risalah;
SOALAN NO : 134

ii. melaksanakan Kempen Prasekolah Selamat, Bersih, Ceria dan


Kreatif;
iii. jerayawara oleh JPN untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa
tentang pendidikan prasekolah;
iv. Program Hari Bertemu Pelanggan;
v. Kempen Jom masuk Prasekolah;
vi. Program Lawatan Cakna (Program turun padang ke rumah-
rumah berdekatan sekolah yang didapati tidak menghantar anak
ke prasekolah); dan
vii. Hari Terbuka Pendaftaran Prasekolah di peringkat
sekolah/daerah.

Selain itu, KPM telah menyediakan bantuan yuran persekolahan


prasekolah swasta sebanyak RM1.079 juta pada tahun 2022 dan sebanyak
RM1.1 juta pada tahun 2023. Tujuan bantuan yuran persekolahan
prasekolah adalah memberi peluang kanak-kanak berusia 4+ dan 5+ untuk
menerima akses pendidikan prasekolah di prasekolah swasta khususnya
bagi kawasan yang mana perkhidmatan pendidikan prasekolah oleh KPM
atau agensi kerajaan tidak mencukupi bagi kanak-kanak daripada keluarga
B40.

Sekian, terima kasih.

RJM109
SOALAN NO : 135

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK WILLIE ANAK MONGIN


(PUNCAK BORNEO)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATUK WILLIE ANAK MONGIN (PUNCAK BORNEO) minta MENTERI


KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH apakah status Projek Bekalan
Elektrik Luar Bandar (BELB) yang telah dipohon dan daripada tahun
2018 ke tahun 2023 berapa jumlah projek BELB yang telah
dilaksanakan dan sedang dilaksanakan mengikut lokasi.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2023 sebanyak


RM155,780,000.00 telah diperuntukkan bagi pelaksanaan projek
Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sarawak. Di bawah RMK-11 (2016
hingga 2020) dan RMK-12 (2021 hingga kini), sebanyak 26 projek BELB
alternatif (14) dan BELB talian grid (12) yang telah siap, dalam
pelaksanaan dan pra pelaksanaan melibatkan 65,765 buah rumah.

Bagi projek BELB alternatif, lima (5) projek telah siap. Empat (4) dalam
pelaksanaan dan lima (5) dalam proses pra pelaksanaan. Manakala
bagi projek BELB talian grid, empat (4) siap, dua (2) dalam
pelaksanaan, tiga (3) pra pelaksanaan dan tiga (3) permohonan baharu
RP4 RMK-12.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 136

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK MUSLIMIN BIN YAHAYA


(SUNGAI BESAR)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

DATUK MUSLIMIN BIN YAHAYA (SUNGAI BESAR) minta MENTERI


KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH menyatakan apakah inisiatif khas
atau kursus kemahiran bagi memberdayakan ekonomi warga desa
khususnya usahawan muda, dan sejauh manakah program dan bantuan
khusus ditawarkan dalam aspek pendigitalan perniagaan termasuk
program pendigitalan Usahawan Desa.
SOALAN NO : 136

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah KKDW terdapat 191 buah


Pusat Komuniti Desa (PKD) di seluruh negara yang melaksanakan
pelbagai kursus kemahiran dan keusahawanan seperti menjahit,
masakan, urutan tradisional, pembuatan sabun, gubahan, membuat baja
dan sebagainya. Pada tahun 2022 sahaja, sebanyak 2,327 kursus
kemahiran telah diadakan melibatkan 27,378 peserta.

Dari segi program pendigitalan pula, Kementerian ini telah


memperkenalkan Program Pendigitalan Usahawan (PPU) Desa sejak
2022 bagi memberi kursus atau latihan secara praktikal untuk
membolehkan usahawan desa mendigitalkan pengurusan dan operasi
perniagaan mereka. Program ini bertujuan membantu
memperkembangkan perusahaan yang dilaksanakan oleh usahawan-
usahawan desa dengan mengadaptasi pendigitalan melalui pemasaran
produk secara atas talian selain penyediaan kunci kira-kira, pengurusan
stok, penggunaan gerbang pembayaran dan lain-lain secara digital.
Sebanyak 4 siri PPU telah dilaksanakan melibatkan 892 usahawan
dengan kerjasama rakan-rakan strategik seperti Bank Islam, BSN,
Mesinkira, Fasspay, Boost, MaybankQR & Sama-sama Lokal, Lazada,
CelcomDigi, Maxis, FoodPanda, Rural Capital Berhad dan Halal
Development Corporation. Program ini terbuka kepada semua peringkat
umur usahawan desa dan dari segi data purata 30% yang menyertai
adalah dari kalangan usahawan muda.

Selain itu, melalui Bahagian Pembangunan Usahawan Desa KKDW


telah pun mula melaksanakan program-program keusahawanan yang
telah dirancang dengan kerjasama 10 agensi di bawah KKDW termasuk
kursus kemahiran bagi memberdayakan ekonomi warga desa
khususnya usahawan muda antaranya:
i. Program Pembangunan Usahawan Start Right (PSR): Program ini
menyediakan pakej bantuan yang merangkumi Latihan Asas
Keusahawanan, dan set peralatan dan modal permulaan sehingga
RM10 ribu kepada usahawan berkemahiran lepasan TVET. Pada
SOALAN NO : 136

tahun 2023, sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukkan untuk program


ini dengan mensasarkan sehingga 120 penerima manfaat; dan

ii. Rural Business Challenge 2.0: Program pengembangan perniagaan


menerusi pertandingan penyediaan rancangan perniagaan dalam
kalangan usahawan belia luar bandar seluruh Malaysia (berumur 18-
40 tahun) yang akan melalui 5 peringkat penilaian. Bagi tahun 2023,
KKDW mensasarkan sehingga 20 orang usahawan belia luar bandar
sebagai pemenang bagi memajukan perniagaan masing-masing
dengan jumlah peruntukan sebanyak RM10.5 Juta.

Pihak Kementerian melalui MARA juga sentiasa komited dalam


memainkan peranan yang signifikan untuk membangunkan usahawan
baru bumiputera yang holistik dengan memberikan kursus-kursus
berteraskan kemahiran yang dilaksanakan di bawah program Latihan
Keusahawanan, seperti kursus Sketchup 3D Home Modelling, kursus
Aplikasi Microsoft Project Dalam Pembinaan, kursus Civil 3D Roadworks
and Earthwork, kursus 3D Laser Scanning.

Selain itu, bagi melengkapkan usahawan tersebut, mereka turut


diberikan latihan yang menyentuh aspek pendigitalan seperti contoh
Latihan Perniagaan Pendigitalan dan Latihan Pemasaran e-Commerce
serta Program Peningkatan Personal Development dan Product
Branding melalui platform pemasaran dan jualan (Biznetwork). Seramai
2,306 usahawan telah mengikuti program ini yang melibatkan
perbelanjaan sebanyak RM2.9 juta setakat April 2023.

Tambahan itu, Program Pendigitalan Perniagaan turut diperkenalkan


kepada usahawan yang berpotensi yang mana ianya merupakan satu
program yang bertujuan bagi membantu para usahawan untuk
mengembangkan perniagaan yang melibatkan pembangunan produk
domestik dan antarabangsa secara digital. Setakat April 2023, seramai
123 usahawan telah mengikuti program ini yang melibatkan
perbelanjaan sebanyak RM1.3 juta.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 137
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ]

TARIKH : 08 JUN 2023 (KHAMIS)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PENDIDIKAN


menyatakan jumlah Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang
ditawarkan oleh kolej-kolej vokasional di seluruh negara yang belum
mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
ataupun Malaysian Board of Technologist (MBOT).

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat sebanyak 606


penawaran program diploma di 81 buah kolej vokasional (KV) Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Daripada jumlah tersebut, sebanyak 243
program diploma telah mendapat pengiktirafan akreditasi penuh oleh
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), manakala 363 program diploma telah
mendapat akreditasi penuh dari Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Ini
menjadikan kesemua program diploma di KV KPM mendapat akreditasi
penuh.

KPM komited untuk memastikan pemantauan berterusan


dilaksanakan bagi menjamin kualiti program mematuhi standard badan
akreditasi.

Sekian, terima kasih.

RJM70
SOALAN NO : 138

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN HAJI AHMAD FADHLI BIN SHAARI


(PASIR MAS)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN HAJI AHMAD FADHLI BIN SHAARI [PASIR MAS] minta


MENTERI KERJA RAYA menyatakan komitmen Kerajaan Pusat dalam
mengambil alih konsesi lebuh raya dan beransur-ansur mengurangkan
kadar tol di seluruh negara bagi meringankan beban dipikul rakyat selama
ini.
SOALAN NO : 138

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sentiasa komited dan


fokus terhadap sebarang usaha untuk menangani kenaikan harga barang
serta mengurangkan kos sara hidup yang ditanggung rakyat. Namun
begitu, Kerajaan pada masa ini tidak bercadang untuk mengambil alih
mana-mana lebuh raya yang sedang beroperasi kerana memerlukan
implikasi kewangan yang sangat tinggi. Kerajaan bersedia untuk
mempertimbangkan semula cadangan ini sekiranya keadaan kewangan
dan fiskal negara mengizinkan kelak.

Sekian, terima kasih.


NO. SOALAN: 140

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK JONATHAN YASIN [ RANAU ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

Datuk Jonathan Yasin [ Ranau ] minta MENTERI PENGANGKUTAN


menyatakan apakah Kerajaan bersedia untuk membenarkan mana-mana
penyiasat bebas untuk menyiasat semula tragedi kejatuhan kapal terbang
yang berlaku pada 6.6.1976 yang membawa maut mantan YAB Ketua
Menteri Sabah pada ketika itu dan beberapa pemimpin Sabah yang lain
memandangkan laporan yang diberi diselubungi dengan pandangan-
pandangan pakar yang jelas mempunyai kepentingan tersendiri dalam
membuat laporan itu.
NO. SOALAN: 140

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perhubungan iaitu


kementerian yang bertanggungjawab terhadap siasatan kemalangan
udara pada ketika itu, telah menubuhkan satu pasukan penyiasat yang
diketuai oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dibantu oleh pegawai-pegawai
daripada Australian Department of Transport bagi menjalankan siasatan
terhadap kemalangan udara tersebut.

2. Di samping itu, dua orang wakil Government Aircraft Factories


(GAF) selaku pembuat pesawat (aircraft manufacturer) turut menyertai
siasatan yang dijalankan tetapi tidak menjadi sebahagian daripada ahli
pasukan siasatan.

3. Tujuan utama penyiasatan dilaksanakan adalah untuk menentukan


fakta-fakta, kedudukan dan hal keadaan berkaitan kemalangan udara
tersebut bagi maksud mengenalpasti punca kemalangan supaya
tindakan-tindakan yang sewajarnya boleh diambil bagi mengelakkan
berlaku kemalangan yang sama di masa hadapan.

4. Siasatan teknikal telah dilaksanakan berlandaskan Annex 13 –


Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation
Organisation (ICAO Annex 13). Pasukan penyiasat telah melakukan
siasatan rapi kepada semua segmen yang terdapat daripada pesawat
yang musnah tersebut termasuk bagasi yang dijumpai, pakaian dan
barangan peribadi semua penumpang dan juruterbang yang terlibat.

5. Siasatan juga dibuat bagi mengenalpasti perihal selamat dan


airworthiness yang melibatkan maklumat teknikal pesawat, pemuatan
pesawat (aircraft loading) juruterbang, keadaan cuaca, alat bantuan
navigasi, komunikasi, aerodrome and ground facilities, bangkai pesawat,
medical and pathological information, kebakaran dan survival aspects.
NO. SOALAN: 140

6. Di samping itu, pasukan penyiasat turut menganalisa ciri-ciri


aerodynamic pesawat tersebut dan kesan-kesan beberapa cara
pemuatan dilaksanakan, teknik-teknik penerbangan serta lain-lain faktor
yang berkaitan telah diselidiki dengan mendalam.

7. Oleh yang demikian, Kerajaan tiada perancangan untuk menyiasat


semula tragedi kemalangan udara pesawat Sabah Air Model GAF N-22B
NOMAD (No. Pendaftaran: 9M-ATZ) yang terhempas di perairan Laut
Sembulan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu,
Sabah pada 6 Jun 1976.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 141

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN HAJAH RODZIAH BINTI ISMAIL


(AMPANG)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

PUAN HAJAH RODZIAH BINTI ISMAIL [AMPANG] minta MENTERI


KERJA RAYA menyatakan dasar komprehensif pengurusan dan
pengawalan pembangunan di cerun termasuk pemetaan, penilaian,
penyelenggaraan, pemantauan dan pengukuhan/penstabilan cerun
ekoran tanah runtuh di sekitar bangunan Akademi Pencegahan Rasuah
Malaysia baru-baru ini dan krisis iklim global termasuk aspek sumber
seperti tenaga kerja dan dana.
SOALAN NO : 141

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Kementerian Kerja Raya sentiasa komited dalam menangani bencana dari


cerun runtuh. Sememangnya bencana akibat dari cerun runtuh ini akan
memberikan kesan yang besar dari segi ekonomi dan sosial, malah
kehilangan nyawa akibat dari bencana ini adalah tidak ternilai dengan
wang ringgit.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengurusan dan pengawalan


pembangunan di cerun atau pun tanah tinggi bukanlah di bawah bidang
kuasa Kementerian Kerja Raya tetapi di bawah seliaan Pihak Berkuasa
Tempatan melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan
Tempatan. Walau bagaimanapun, Kementerian ini melalui Cawangan
Kejuruteraan Cerun di bawah Jabatan Kerja Raya Malaysia akan sentiasa
bekerjasama dalam memberikan khidmat nasihat teknikal dengan
pelbagai agensi untuk memastikan dasar yang dirangka dan diguna pakai
adalah komprehensif dan sentiasa ditambah baik bagi pengurusan
serta pengawalan pembangunan di cerun termasuk pemetaan, penilaian,
penyelenggaraan, pemantauan serta pengukuhan cerun.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2009 terhasilnya satu
Pelan Induk Cerun Negara (PICN). Melalui PICN ini, telah pun diwujudkan
Jawatankuasa Antara Agensi Kerajaan Mengenai Pengurusan Cerun
(Inter-governmental Committee on Slope Management – ICSM) yang
berperanan untuk membincang dan menyelesaikan isu-isu merentas
kementerian berkenaan pengurusan cerun di Malaysia. Antara ahli
jawatankuasa yang terlibat dalam ICSM adalah KKR, KPKT, KKM, JKR,
LLM, JKT, NADMA, JMG, MET Malaysia, JPS, Plan Malaysia, MacGDI,
MySA, JUPEM, JAS, JPSM, JAKOA, JKM, APM, Bomba, Polis, UPEN
Negeri dan beberapa pihak berkuasa tempatan yang banyak terlibat
dengan cerun seperti MPAJ, MBPP dan DBKL.
SOALAN NO : 141

Dalam Jawatankuasa ini terdapat lima kumpulan kerja telah ditubuhkan


bagi melaksanakan pengurusan cerun selaras dengan Rangkakerja
Sendai (Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030) yang
merupakan dokumen diperingkat antarabangsa yang telah diterima pakai.
Lima kumpulan kerja yang diterajui oleh JKR sebagai pengurus adalah
seperti berikut:

1. Kumpulan Kerja Pemetaan Bahaya dan Risiko Cerun


2. Kumpulan Kerja Pendidikan & Kesedaran Awam
3. Kumpulan Kerja Dasar dan Perundangan
4. Kumpulan Kerja Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Tanah Runtuh
5. Kumpulan Kerja Kajian dan Penyelidikan

Antara pencapaian sejak tertubuhnya PICN ini bagi komponen Dasar dan
Rangka Kerja Institusi adalah pindaan kepada Akta 133 - Jalan, Parit &
Bangunan 1974 (Pindaan 2019, A1588) iaitu tambahan kepada Seksyen
85A yang mengambil kira keselamatan dan pemeriksaan cerun perlu
dilaksanakan secara berkala.

Sekian, terima kasih.


SOALAN NO : 142

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DR. MOHAMMED TAUFIQ BIN JOHARI


[ SUNGAI PETANI ]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

YB DR. MOHAMMED TAUFIQ BIN JOHARI [ SUNGAI PETANI ] minta


MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan
langkah-langkah penyelesaian masalah banjir kilat di bandar-bandar dan
pekan-pekan seluruh negara terutamanya yang diakibatkan masalah
penyelenggaraan sistem perparitan dan saliran.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada 17 Jun 2021,


Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mewujudkan
Jawatankuasa Pasukan Bertugas (Task Force) bagi Mengatasi Masalah
Banjir Kilat yang diketuai oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan
dianggotai oleh agensi-agensi teknikal iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran
(JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri.
Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi membincangkan dan mengenal pasti
kaedah penyelesaian untuk mengatasi masalah banjir kilat di kawasan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Jawatankuasa ini juga mengambil kira
masalah-masalah punca banjir kilat seperti sistem perparitan yang telah
uzur, rosak dan tidak sistematik. Pelan strategik tindakan bagi mengatasi
masalah banjir di kawasan PBT bagi tempoh lima (5) tahun, 2021-2025
untuk pelaksanaan oleh JKT, JPS, JKR, SUK Negeri dan PBT adalah
seperti berikut:
SOALAN NO : 142

i) menaik taraf sistem saliran lama/ tidak sistematik berdasarkan


senarai hotspot banjir kilat dengan kaedah yang lebih mesra alam;

ii) mengemas kini dan menyelaras inventori sistem saliran yang


merangkumi hak milik, tanggungjawab menyenggara, lokasi dan
butiran terperinci yang berkaitan bagi memudahkan kerja
penyenggaraan di kawasan PBT;

iii) cadangan mengguna pakai Pelan Induk Saliran Mesra Alam


(PISMA) bagi bandar-bandar yang telah mempunyai PISMA untuk
penyediaan infrastruktur sistem perparitan yang baharu atau naik
taraf; dan

iv) melaksanakan hebahan kempen kesedaran awam menerusi


media massa/sosial bagi meningkatkan tahap kesedaran awam.

Di samping itu, Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan


one-off kepada KPKT bagi pelaksanaan Penyelenggaraan Perparitan dan
Longkang di bawah PBT melalui Inisiatif Bajet Tahun 2023. KPKT telah
mempertimbangkan peruntukan sebanyak RM599,770 bagi pelaksanaan
dua (2) projek yang berkaitan kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, KPKT turut menetapkan
keutamaan penyaluran peruntukan BP.1 untuk menaik taraf sistem
perparitan sedia ada bagi kawasan berisiko tinggi untuk banjir. KPKT
mengalu-alukan permohonan daripada PBT yang terjejas untuk
pelaksanaan projek ini dalam tahun semasa.

Sekian, terima kasih.


NO. SOALAN: 143

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO’ HAJI ABDUL KHALIB BIN ABDULLAH


[ROMPIN]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah [ Rompin ] minta MENTERI


PENGANGKUTAN menyatakan status Jeti Kargo di Pulau Tioman yang
telah siap dibina hampir 15 tahun tetapi masih belum boleh digunakan
NO. SOALAN: 143

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, Jeti Kargo Pulau Tioman telah


siap dibina pada tahun 2006 bertujuan menjadikan tempat utama bagi
memunggah barangan asas kegunaan harian penduduk Pulau Tioman.

2. Jeti Kargo Pulau Tioman adalah sepanjang 85 meter dan


mempunyai kepala jeti berukuran 15 meter panjang dan 30 meter lebar.
Jeti ini berupaya untuk menerima bot atau kapal yang berukuran 180
meter panjang, draft sedalam 3.5 meter dengan kapasiti sebesar 500 ton.

3. Ketinggian paras air dengan lantai jeti yang terlampau besar


menyebabkan kekangan kepada bot-bot kecil untuk merapat. Keadaan ini
menyebabkan bot-bot kecil tidak dapat menjalankan kerja-kerja
pemunggahan kargo dan keadaan menjadi semakin teruk semasa air
surut. Tangga jeti yang digunakan untuk memunggah kargo akan
tergantung semasa air surut terendah. Jeti hanya boleh digunakan secara
optimum semasa air pasang untuk bot-bot besar.

4. Kementerian Pengangkutan telah mengangkat cadangan untuk


menaiktaraf Jeti Kargo Pulau Tioman melalui Rancangan Malaysia Ke 12
memandangkan beberapa kemudahan dan komponen di Jeti Kargo telah
usang dan rosak serta dikhuatiri menjejaskan keselesaan para penduduk.
Naik taraf ini juga mengambil kira saiz bot dan pasang surut bagi
memastikan jeti boleh digunakan oleh semua saiz bot atau barge pada
setiap masa.

Sekian, terima kasih.

2
SOALAN NO : 144

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN ROY ANGAU ANAK GINGKOI


(LUBOK ANTU)

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN ROY ANGAU ANAK GINGKOI (LUBOK ANTU) minta MENTERI


KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH menyatakan bantuan dan
kemudahan pinjaman yang disediakan di bawah Kementerian untuk
memperkasa usahawan dan peniaga kecil di luar bandar serta inisiatif
oleh Kementerian serta agensi berkaitan bagi membantu mereka dalam
mendapatkan bantuan dan kemudahan pinjaman tersebut.
SOALAN NO : 144

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, di dalam memperkasakan usahawan


dan peniaga kecil di luar bandar, Kementerian melalui Bahagian
Pembangunan Usahawan Desa ada menyediakan bantuan serta
kemudahan pinjaman seperti berikut:

i. Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar


(SPKLB): Program ini merupakan bantuan pembiayaan
berbentuk geran penuh sehingga RM10 ribu sebagai sokongan
kepada usahawan luar bandar bagi tujuan mengukuh dan
mengembangkan perniagaan. Bagi tahun 2023, sebanyak RM4
juta telah diperuntukkan bagi membantu sehingga 600
usahawan luar bandar untuk mengukuhkan dan
mengembangkan perniagaan sedia ada bagi tujuan pemasaran
yang lebih meluas.

ii. Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED): Program


pembiayaan patuh Syariah kepada usahawan Bumiputera Luar
Bandar berjumlah RM20 ribu sehingga RM250 ribu dalam
sektor pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan pelancongan
desa bagi tujuan pengembangan perniagaan. Istimewa
program SPED ini adalah pemberian geran 30% atau Muqasah
kepada peminjam yang mempunyai rekod pembayaran yang
baik selaras dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Bagi membantu mereka dalam mendapatkan bantuan dan kemudahan


pinjaman tersebut, Bahagian Pembangunan Usahawan Desa KKDW
telah pun mula melaksanakan program-program keusahawanan yang
telah dirancang dengan kerjasama jabatan dan agensi di bawah KKDW
seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan
Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), FELCRA Berhad, Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Kemajuan Orang Asli
(JAKOA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah di negeri-negeri. Selain itu,
program-program ini juga mendapat sokongan dari segi pelaksanaan
SOALAN NO : 144

oleh agensi-agensi rangkaian KKDW seperti Perbadanan Kemajuan


Pertanian Negeri Pahang (PKPP), Perbadanan Pembangunan Pertanian
Negeri Perak (PPPNP), Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri
Selangor (PKPS), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Sarawak
Land Consolidation and Rehabilitation Authority (SALCRA) dan lain-lain
lagi.

Pelaksanaan program-program keusahawanan oleh agensi dan agensi


rangkaian dengan pejabat cawangan yang ada hampir di setiap negeri
dan daerah di seluruh Malaysia ini akan memastikan program-program
yang dilaksanakan dapat dimanfaatkan secara terus oleh usahawan-
usahawan luar bandar.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, KKDW melalui MARA telah


menyediakan bantuan dan kemudahan pembiayaan untuk
memperkasakan usahawan dan peniaga kecil di luar bandar melalui
Skim Pembiayaan Ekonomi Desa Nano (SPED Nano). SPED Nano
merupakan skim pembiayaan mudah tanpa penjamin yang ditawarkan
kepada usahawan luar bandar dengan nilai pembiayaan maksimum
sehingga RM10,000.00 bagi memulakan dan mengembangkan
perniagaan. Setakat April 2023, seramai 2,354 usahawan telah
diberikan pembiayaan dengan nilai keseluruhan pembiayaan berjumlah
RM19.22 juta.

Selain SPED Nano, MARA turut menawarkan kemudahan pembiayaan


untuk semua golongan usahawan bumiputera termasuk usahawan belia
dan wanita, usahawan teknikal dan profesional serta kontraktor
bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan perniagaan
serta menggalakkan penyertaan di dalam pelbagai industri melalui skim
pembiayaan perniagaan seperti berikut:
i. Skim Pembiayaan Belia (PUTRA);
ii. Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM)
iii. Skim Pembiayaan Khas Wanita (DanaNITA);
iv. Skim Pembiayaan Usahawan Profesional (Profesional);
v. Program Usahawan Teknikal (PUTEK); dan
vi. Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE).
SOALAN NO : 144

Tambahan daripada itu, bagi memudahkan para usahawan untuk


mendapatkan bantuan serta maklumat terperinci berkenaan kemudahan
yang bersesuaian dengan keperluan mereka, usahawan boleh
mendapatkan khidmat nasihat melalui pegawai daerah di setiap negeri,
atau melalui perkhidmatan atas talian melalui platform MyUsahawan,
MyPremis dan MyBiaya di portal MARA.

Sekian, terima kasih.


NO. SOALAN: 145

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN GANABATIRAU A/L VERAMAN


[KLANG]

TARIKH : 12 JUN 2023 (ISNIN)

SOALAN

TUAN GANABATIRAU A/L VERAMAN [ KLANG ] minta MENTERI


PENGANGKUTAN menyatakan sesetengah syarikat perkapalan
tempatan yang lebih mengutamakan warga asing berbanding pekerja
tempatan. Apakah langkah-langkah Kerajaan bagi memastikan
pengambilan pelaut warga tempatan diutamakan dan tidak sepatutnya
mengambil sikap “lepas tangan” dengan mengambil pelaut warga asing
sedangkan Malaysia mempunyai tenaga kerja mahir yang mencukupi
serta langkah Kerajaan bagi melatih lebih ramai pekerja tempatan.
NO. SOALAN: 145

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan


sentiasa memberikan keutamaan terhadap usaha meningkatkan
pengambilan pelaut warga tempatan untuk bekerja dalam syarikat
perkapalan tempatan mahupun antarabangsa.

2. Berhubung perkara ini, beberapa langkah telah dilaksanakan pihak


Kerajaan antaranya adalah kawalan penuh secara sah bagi ketetapan
kuantiti warganegara anak kapal dari segi perundangan melalui Lesen
Perkapalan Domestik (Domestic Shipping License) yang dilaksanakan
oleh Kementerian Pengangkutan. Dalam hal ini, untuk menggalakkan
penggunaan pelaut tempatan, syarikat perkapalan tempatan yang
mengambil Anak Kapal Warganegara Malaysia iaitu sekurang-
kurangnya 75% anak kapal bagi kategori rating akan diberikan Lesen
Tanpa Syarat bagi tempoh 2 tahun (bagi usia kapal tidak melebihi 8 tahun)
dan 1 tahun (bagi usia kapal melebihi 8 tahun).

3. Bagi Kapal Daftaran Malaysia yang tidak memenuhi mana-mana


satu syarat yang ditetapkan pada kriteria Lesen Tanpa Syarat atau Kapal
yang memenuhi semua kriteria Lesen Tanpa Syarat tetapi usia kapal
melebihi 20 tahun akan diberikan lesen bersyarat bagi tempoh 1 tahun.
Kapal Daftaran Malaysia yang tidak mempunyai anak kapal warganegara
Malaysia akan diberikan lesen bersyarat bagi tempoh 6 bulan. Walau
bagaimanapun, lesen ini hanya terhad kepada tiga (3) kali permohonan
sahaja. Sekiranya pemohon gagal untuk mengambil warganegara
Malaysia sebagai anak kapal pada kali keempat permohonan, sistem
eDSL tidak akan membenarkan pemohon untuk menghantar permohonan
secara automatik.

4. Kementerian Pengangkutan melalui JLM juga melaksanakan


langkah-langkah lain termasuk yang melibatkan kursus, ujian dan
saringan yang berkaitan kepada pelaut warganegara asing dan juga
latihan meningkatkan kompetensi dan kemahiran pelaut warganegara
Malaysia. Antaranya adalah seperti berikut:

2
NO. SOALAN: 145

4.1 Edu-COR (Education for Certificate of Recognition) iaitu


kursus dalam talian dan ujian pengetahuan pelaut
Warganegara Asing;

4.2 Mate Domestic Open (MDO), Mate Domestic Restricted


(MDR), Watchkeeping Engineers Domestic (EO/WKE-D)
dan COC Near Coastal iaitu pelaksanaan kursus-kursus
perakuan kekompetenan (COR) berpelayaran domestik dan
near-coastal; dan

4.3 Safe Manning Document (SMD) iaitu dokumen keanggotaan


selamat yang dikeluarkan kepada semua kapal yang melebihi
500GT.

5. Selain itu, terdapat mekanisme kawalan lain berhubung dengan


pelaut warganegara asing bagi kapal asing luar pesisir yang terlibat dalam
projek berkaitan dasar laut di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) di Malaysia.
Majlis Keselamatan Negara melalui Jawatankuasa Zon Ekonomi Eksklusif
telah menetapkan kriteria tambahan iaitu 30% anak kapal mestilah terdiri
daripada warganegara tempatan melalui pengesahan JLM sebelum
permohonan syarikat perkapalan dikemukakan bagi mendapatkan
kelulusan melaksanakan projek yang berkaitan dasar laut di ZEE
Malaysia.

6. Dalam hubungan ini, Kerajaan telah mempunyai mekanisme yang


bersesuaian dan mengambil langkah yang sewajarnya bagi meningkatkan
kekompetenan pelaut warganegara Malaysia dan mengurangkan
kebergantungan kepada pelaut warganegara asing. Kementerian
Pengangkutan juga sentiasa memastikan usaha dan langkah berterusan
diambil dalam memastikan pelaut-pelaut Malaysia diberikan keutamaan di
dalam aktiviti perkapalan di perairan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

You might also like