You are on page 1of 3

SMK SERI BALIK PULAU,

JALAN SUNGAI NIPAH, 11020 BALIK PULAU,


PULAU PINANG

MINIT MESYUARAT PANITIA PERNIAGAAN/GKT/EKONOMI/ASK/PVMA/PRINSIP AKAUN


BIL. 1/2021

Tarikh : 02/02/2021

Masa : 3.15 Ptg

Tempat : Kediaman masing-masing melalui google meet

Guru Yang Hadir

1. Pn Sufieza bt Sukiman Guru Kanan Tekn & Vokasional

2. Pn Zety Zarena bt Mohamad Nor Ketua Panitia

3. Pn. Siti Hafsah bt Jusof Khadidi Guru Ekonomi

4. Pn Suzana bt Amizam Guru P. Akaun

5. Cik Nur Hidayah bt Abdul Wahab Guru PVMA

6. Pn Normayzura bt Hashim Guru PVMA

7. Pn Juriati bt Zainol Guru ASK

8. Cik Fadzilah bt Saad Guru GKT

Guru Tidak Yang Hadir : En Mohd Hafiz bin Suaid

AGENDA 1 : PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan ucapan terima kasih kepada semua guru yang
sudi hadir pada mesyuarat kali ini.

1.2 Pengerusi melantik Pn. Siti Hafsah sebagai pencatat bagi mesyuarat kali ini.

TINDAKAN : PENGERUSI

AGENDA 2 : PERKARA-PERKARA BERBANGKIT TAHUN 2020

2.1 Pn Zety memaklumkan bahawa kerja kursus perniagaan yang tidak selesai lagi akan
diselesaikan sebelum 10 Februari 2021. Bagi mata pelajaran GKT pula, tiada lagi keputusan
berkenaan kerja kursus dimaklumkan oleh Pn Fadzilah Saad. Manakala untuk matapelajaran prinsip
akaun, Puan Suzana memaklumkan tiada masalah yang timbul untuk kerja kursus.
AGENDA 3 : PENYEDIAAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN PPT, PERCUBAAN SPM DAN
PAT 2021

3.2 Penyedia kertas soalan ujian dan peperiksaan tahun 2021

Ujian / Peperiksaan Tingkatan Penyedia kertas soalan

4 Pn. Zety Zarena Bt. Mohamad Nor


Perniagaan
5 Pn. Zety Zarena Bt. Mohamad Nor

4 En. Rushidi Bin Roosli


Prinsip akaun Pn Suzana Bt Amizam((termasuk
5
soalan percubaan SPM)

4 En. Mohd Hafiz Bin Suaid


Ekonomi
5 Pn. Siti Hafsah Bt Jusof Khadidi

4 Pn. Normayzura Bt Hashim

PVMA 5 Cik Nur Hidayah Bt. Abdul Wahab

GKT 4,5 Cik Fadzilah Bt Saad

ASK 1,2,3 Pn. Juriati Bt Zainol

TINDAKAN : SEMUA GURU

AGENDA 4 : BAJET PANITIA DAN ANGGARAN 2021

4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa setakat ini, peruntukan masih belum turun. Guru-guru boleh
membuat anggaran perbelanjaan. bagi mata pelajaran perniagaan anggaran perbelanjaan adalah
RM300 sama seperti matapelajaran ekonomi RM300. Bagi matapelajaran prinsip akaun , Pn Suzana
memaklumkan bahawa kemungkinan ada pertambahan dalam wang PCG. Manakala untuk mata
pelajaran GKT, tidak dapat diputuskan memandangkan bilangan pelajar masih tidak dapat.

Bagi matapelajaran PVMA, dianggarkan RM25600 (RM800 x 19 pelajar tingkatan 5 dan


RM800 x 13 orang pelajar tingkatan 4).

Bagi matapelajaran ASK, dianggarkan peruntukan sebanyak RM700 .

4.2 Pn. Sufiza memaklumkan bahawa, setiap wakil matapelajaran perlu menghantar anggaran
perbelanjaan sebelum perayaan Tahun Baru Cina.

AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN

4.1 Pengerusi menjelaskan setiap RPT perlu mempunyai perkara-perkara seperti tarikh ujian,
tarikh peperiksaan, tarikh cuti perayaan atau cuti umum serta cuti penggal mengikut takwim
persekolahan. Setiap guru mata pelajaran bertanggungjawab untuk membuat RPT masing-
masing.

4.2 Pengerusi turut memaklumkan bahawa mereka perlu menyediakan carta organisasi untuk
menguruskan aktiviti panitia seperti PLC, dialog prestasi, program intervensi, LDP serta untuk
data peperiksaan.
4.3 Pn Sufiza memaklumkan RPT perlu dibuat dan mana-mana guru yang masih tidak menghabiskan
silibus tahun lepas, perli sisipkankan dalam RPT terkini. Selain itu, bagi PDP untuk mata pelajaran
elektif, rancangan pengajaran harian tidak perlu dibuat. Manakala untuk pentaksiran, boleh
dilaksana dan isi dalam buku ATM.

TINDAKAN : SEMUA GURU

PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh,
.................................

(SITI HAFSAH BINTI JUSOF KHADIDI)

Guru Geogarafi

You might also like