You are on page 1of 20

Kimia Konsumer dan Industri

5.2 BAHAN PENCUCI


- Sabun = Garam natrium atau kalium bagi asid lemak.
- Dihasilkan daripada tindak balas peneutralan antara
asid lemak dan alkali
- Asid lemak = asid karboksilik berantai panjang.
- Sumber asid lemak dapat diperoleh daripada ester
semula jadi dalam lemak haiwan atau minyak
Apakah sabun? sayuran.
- Formula am bagi sabun = RCOO⁻Na⁺ atau RCOO⁻K⁺.
- R = Kumpulan alkil yang mengandungi sekurang-
kurangnya 8 atom karbon.
- Kebiasaannya kumpulan alkil mengandungi 12
hingga 20 atom karbon.
- R = Hidrokarbon tepu dan hidrokarbon tak tepu.
Contoh-contoh sabun
FORMULA
NO. SABUN KIMIA ASID LEMAK SUMBER

1. Natrium Laurat CH₃(CH₂)₁₀COONa CH₃(CH₂)₁₀COOH Minyak Kelapa


Asid Laurik
2. Natrium Palmitat CH₃(CH₂)₁₄COONa CH₃(CH₂)₁₄COOH Minyak Sawit
Asid Palmitik
- Detergen = Bahan pencuci yang bukan
sabun, iaitu garam natrium bagi asid sulfonik.
- Penghasilan detergen bermula semasa
perang dunia kedua hasil daripada
kekurangan lemak haiwan dan minyak

Apakah detergen? sayuran.


- 2 jenis asid sulfonik yang digunakan untuk
membuat detergen ;
1. Asid alkil sulfonik
2. Asid alkilbenzana sulfonik
- Detergen biasanya dibuat daripada pecahan
petroleum.
- Sabun boleh disediakan daripada sumber semula jadi melalui
hidrolisis minyak atau lemak.
- Nama tindak balas : Saponifikasi (proses hidrolisis minyak atau
lemak oleh alkali.

PROSES - Minyak atau lemak bertindak balas dengan alkali pekat untuk
menghasilkan gliserol dan garam-garam asid lemak (sabun).
- Persamaan am bagi tindak balas saponifikasi ;
PENYEDIAAN
Minyak/Lemak + Alkali pekat -> Sabun + Gliserol
SABUN - Minyak dan lemak = Ester semula jadi (trigliserida).
- Hidrolisis beralkali ke atas trigliserida akan menghasilkan
gliserol dan sabun (garam asid lemak) seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 5.6.
- R₁,R₂, dan R₃ ialah hidrokarbon rantai panjang. R₁, R₂, dan R₃ mungkin sama atau berbeza.

TAHUKAH ANDA?
Tahukah anda natrium hidroksida juga dikenali sebagai lye?
- Detergen biasanya dibuat daripada pecahan
petroleum dan asid sulfurik (H₂SO₄)
PENYEDIAAN - Detergen dapat dihasilkan melalui dua
proses, iaitu ;
DETERGEN 1. Pensulfonan atau pensulfatan
2. Peneutralan
(a) Penyediaan Natrium Alkilbenzena Sulfonat

(i) Pensulfonan alkilbenzena : Alkilbenzena


bertindak balas dengan asid sulfurik pekat
(H₂SO₄) untuk membentuk asid alkilbenzena
sulforik.

(ii) Peneutralan : Asid alkilbenzena sulfonik


dineutralkan oleh larutan natrium hidroksida,
NaOH untuk menghasilkan garam alkilbenzena
sulfonat (detergen).
(b) Penyediaan Natrium Alkil Sulfat

(i) Pensulfonan alkohol : Alkohol rantai


panjang bertindakbalas dengan asid sulfurik
pekat, H₂SO₄ untuk membentuk alkil
hidrogen sulfat.

(ii) Peneutralan : Alkil hidrogen sulfat


dineutralkan oleh larutan natrium hidroksida,
NaOH untuk menghasilkan garam natrium alkil
sulfat (detergen).
Tindakan Pencucian
Sabun dan Detergen

- Tindakan pencucian sabun dan detergen adalah sama.


- Sabun dan detergen bertindak sebagai agen pengemulsi.
- Molekul sabun dan detergen dapat larut di dalam minyak atau gris
dan juga air.
- Molekul sabun/detergen dalam sabun/detergen akan bercerai apabila
dilarutkan di dalam air dan membentuk ;
1. Ion Natrium, Na⁺ atau Ion Kalium, K⁺.
2. Anion sabun atau anion detergen.
- Contoh persamaan am bagi pengionan sabun dan detergen :

Rajah 5.8 Struktur ringkas anion sabun atau anion detergen

- Merujuk kepada Rajah 5.8 dan 5.9, struktur anion sabun dan anion detergen
terdiri daripada dua bahagian, iaitu ;
(i) Bahagian hidrofilik yang larut di dalam air.
(ii) Bahagian hidrofobik yang larut di dalam minyak atau gris.
- Penambahan sabun atau detergen ke dalam
air akan mengurangkan ketegangan
permukaan air.
- Ini menambahkan kebolehan air untuk
membasahi permukaan kain.

- Sabun atau detergen mengion dalam air dan


menghasilkan anion sabun atau anion detergen
yang bergerak bebas.

- Bahagian hidrofilik anion sabun atau anion


detergen larut di dalam air.
- Bahagian hidrofobik larut di dalam gris.
- Pergerakan air semasa gosokan dan pengocakan
menyebabkan gris tertanggal daripada permukaan kain.

- Bahagian hidrofilik anion sabun atau anion detergen


mengelilingi gris.
- Gris terapung di permukaan air.

- Gris berpecah kepada titisan kecil.


- Titisan kecil tersebut tidak bergabung semula pada permukaan kain
kerana tolakan sesama cas negatif pada permukaan kain kerana tolakan
sesama cas negatif pada bahagian hidrofilik di permukaan gris.
- Titisan itu terampai di dalam air dan membentuk emulsi.
- Apabila dibilas dengan air, permukaan kain menjadi bersih kerana
titisan gris itu tertinggal di dalam air.
- Air yang mengandungi ion kalsium, Ca dan ion
magnesium, Mg disebut air liat.
- Anion sabun bergabung dengan kation-kation
Perbandingan tersebut untuk membentuk garam yang tidak
larut di dalam air, iaitu kekat.
tindakan pencucian
2CH₃(CH₂)₁₆ COO⁻(ak) + Ca²⁺(ak) -> [CH₃(CH₂)₁₆ COO]₂ Ca(p)

sabun Ion stearat Ion kalsium Kalsium stearat (kekat)

2CH₃(CH₂)₁₆ COO⁻(ak) + Mg²⁺(ak) -> [CH₃(CH₂)₁₆ COO]₂Mg(p)


Ion stearat Ion magnesium Magnesium stearat (kekat)
- Anion detergen pula bergabung dengan
kation-kation tersebut untuk membentuk
garam yang larut di dalam air. Oleh itu,
keberkesanan tindakan pencucian
Perbandingan detergen tidak dipengaruhi oleh air liat.
tindakan pencucian 2ROSO₃⁻(ak) + Ca²⁺(ak) -> (ROSO₃)₂Ca(ak)

detergen
Anion Ion kalsium Garam kalsium
detergen

2ROSO₃⁻(ak) + Mg²⁺(ak) -> (ROSO₃)₂Mg(ak)


Anion Ion Garam magnesium
detergen magnesium
- Kebanyakan agen pencuci kini merupakan
detergen.
- Terdapat pelbagai jenis detergen di pasaran
dengan kualiti pencucian yang berbeza-beza
Bahan Tambah (kebanyakan mengikut harga).

dalam Detergen - Jenama-jenama berbeza memasukkan


bahan tambah berbeza-beza yang
memberikan sifat istimewa kepada sesuatu
detergen.
- Contoh ;
Bahan tambah Fungsi Contoh

Enzim biologi Menanggalkan kotoran berprotein seperti darah, susu dan gula. Amilase, Protease, Selulase & Lipase.

Agen pemutih Menukar kotoran kepada bahan tanpa warna. Natrium perborat dan Natrium hipoklorit.

Pemutih optik Menjadikan kain lebih putih dan lebih cerah. Pewarna pendafluor.

Pelembut air dan pembina Meningkatkan keberkesanan detergen dengan melembutkan air. Natrium tripolifosfat.

Agen pengawal buih Untuk mengawal pembuihan di dalam detergen. Alkil monoetanolamida.

Agen antienapan Menghalang kotoran yang dikeluarkan oleh detergen daripada Natrium
melekat semula. karboksilmetilselulosa.
Bahan pewangi Menambahkan kewangian detergen dan fabrik. Melur dan Lavender.

Agen pengering Memastikan serbuk detergen sentiasa kering di dalam bekas. Natrium sulfat dan Natrium silikat.
SOALAN!
Soalan 1
Apakah yang dimaksudkan
dengan sabun?
Soalan 2
Apakah yang dimaksudkan
dengan detergen?

Soalan 3
Jawab
Namakan proses penyediaan
or
sabun.
Soalan 4
Nyatakan dua peringkat dalam
proses penyediaan detergen.
Thats all, thank you!
ada apa ii soalan, part mana kurang jelas? cakap or
drop it dekat chatbox :)

You might also like