You are on page 1of 16

PERUBAHAN SOSIAL YANG BERLAKU DALAM ADAT PERKAHWINAN

MASYARAKAT INDIA MALAYSIA

PENGENALAN

Perkahwinan adalah satu institusi sosial yang penting dalam sesebuah masyarakat. Ia

merupakan satu ikatan rasmi yang sah diantara suami dan isteri. Perkahwinan berperanan

untuk menyambung keturunan, melahir dan membentuk generasi yang bakal menyertai

anggota masyarakat dan negara pada masa akan datang.1

Perkahwinan adalah satu institusi yang sangat penting untuk melahirkan generasi masa

depan yang berdaya saing dan berpendirian utuh bagi mempertahankan agama, bangsa, adat

dan budaya yang mereka warisi. Melalui perkahwinan terbentuklah satu institusi keluarga

yang seterusnya melahirkan sebuah masyarakat dan negara.

Perkahwinan merupakan satu proses yang perlu dilakukan mengikut dan budaya

supaya ia direstui oleh setiap ahli keluarga. Pengamalan adat perkahwinan dalam masayrakat

India di Malaysia diwarisi dari generasi ke generasi. Oleh yang demikian, ia masih lagi

diamalkan sehingga hari ini. Adapun begitu, adat perkahwinan masyarakat India Malaysia

tetap mengalami perubahan sosial disebabkan beberapa faktor yang tertentu yang akan

dihuraikan secara lanjut dalam tugasan ini.

1
Rozumah Baharuddin,(2003) Perkahwinan Campur di Malaysia, Serdang: Universiti Putra Malaysia.1
KONSEP PERKAHWINAN

Perbincangan berkaitan konsep perkahwinan adalah penting untuk memehami konsep

perkahwian secara terperinci dan jelas.

PERKAHWINAN MENURUT MASYARAKAT INDIA

Perkahwinan secara am menurut Atlee Stroup ialah satu pertukaran yang berterusan antara

pasangan suami dan isteriyang sebenarnya wujud dalam bentuk hubungan sandar-menyandar

yang berpanjangan bagi memenugi keperluan fizikal, material dan emosi masing.Beliau turut

berpandangan bahawa perkahwinan merupakan satu ikatan yang lebih rasmi dan diakui sah di

sisi masyarakat2

Menurut masyarakat India pula perkahwinan atau dalam bahasa tamilnya thirumanam.

Thirumanam berasal daripada dua perkataan iaitu thiru yang bermaksud kesucian,kecantikan,

kekayaan, kesuburan dan keistimewaan manakala, manam pula membawa maksud wangi atau

keharuman. Kesimpulannya, thirumanam ialah satu majlis istimewa yang dilansungkan oeh

ahli keluarga untuk menyatukan pasangan hidup itu secara rasmi dalam sebuah majlis

perkahwinan supaya mereka dapat mengharungi hidup secara bersama hingga ke akhir hayat

mereka.3 Perkahwinan dalam masayarakat india mengutama kan perkahwin jenis endogomi

yang melibatkan kawin diantara sepupu sebelah ayah atau ibu bagi mengekalkan tradisi.4

Perkahwian mempunyai tujuan dan mat lamat yang tersendiri. Menurut Linda L.

Lindsey dan Stephen Beach perkahwinan dimeterai denga tujuan-tujuan berikut5:

1. Mengesahkan hubungan suami isteri.


2
Anandai Subramaniam,(2010) Institusi Perkahwinan, Keluarga Dan Pendidikan Dalam Masyarakat Tamil :
Satu Pembicaraan Berdasarkan Perspektif Pepatah Tamil,Kuala Lumpur: Universiti Malaya.51
3
Arumuga Mutaliyar,(2000) Tamilkkovas 2000 STPM Kertas 1 dan 2, Kuala Lumpur: Printers Sdn Bhd.14
4
Maya Khemlani David,(2012) Malaysian India : sociocultural assimilation towards the Malay majority,
Tanjung Malim, Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.39
5
Linda L. Lindsey, Stephen Beach, (2000) Sociology – Social Life And Social Issue, Upper Saddle: Prentice
Hall. 378

1
2. Memperoleh kebenaran untuk tinggal dibawah satu bumbung yang sama.

3. Menyambung keturunan dan zuriat bagi meneruskan legasi.

4. Menekankan keperluan untuk mendapatkan kasih sayang dan teman hidup.

5. Menjamin keselamatan dari segi emosi dan fizikal terutamanya bagi kaum wanita.

KLASIFIKASI PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA MALAYSIA6

Upacara perkahwinan masyarakat India melambangkan perbezaan golongan etnik, subetnik

serta sistem kasta. Contohnya, perkahwinan diantar brahmin adalah berbeza dengan kasta

bukan brahmin. Disebabkan perbezaan ini adat yang perkahwinan masyarakat India dalam

perkahwin sukar untuk terangkan secara menyeluruh.

Perkahwinan orang India di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada 3 jenis utama

iaitu:

1. Vaitiikat Thirumanam ia adalah perkahwinan yang dijalankan menurut peraturan-

peraturan saastram, teks-teks hindu. Perkahwinan mesti dijalankan oleh seorang

pedanda yang bertauliah Ia dilakukan mengikut golongan etnik(Tamil,

Malayalam, Telegu), subetnik(Chetti,Mutaliyar, Velaalar, Teevar dan sebagainya)

serta sistem kasta(Brahmin Gurukkal, Gurukkal, Pandaaram dan sebagainya).

2. Tamil Thirumanam (perkahwinan Tamil) dan Suyamariyaatait Thirumanam

(perkahwinan kehormatan diri) merupakan jenis perkahwinan yang berbeza

daripada Vaitiikat Thirumanam kerana ianya digolongkan dalam Siirtiruttal

Thirumanam yang bermaksud perkahwinan reformasi.

6
Rajantheran M, Manimaran Subramaniam,(1994) Adat dan Pantang Larang Orang India, Kuala Lumpur:Fajar
Bakti Sdn Bhd.73-77

2
3. Eliyat Thirumanam adalah sejenis perkahwinan yang sangat berbeza dengan

Vaitiikat Thirumanam dan Siirtiruttal Thirumanam. Ia merupakan satu bentuk

perkahwinan ringkas atau sederhana. Perkahwinan jenis ini dijalankan

berdasarkan dua faktor utama iaitu restu dari kedua kerabat pengantin dan status

ekonomi. Pasangan yang menjalankan perkahwinan mengikut Eliyat Thirumanam

akan mendaftarkan perkahwinan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara dengan

bayaran sebanyak RM30 (RM10.00 bagi bayaran Perakuan Perkahwinan dan

RM20.00 bagi bayaran Daftar Perkahwinan)7

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA MALAYSIA

Setiap masyarakat mempunyai adat yang tersendiri dalam upacara perkahwinan. Berikut

adalah adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyrakat India Malaysia berdasarkan jenis

perkahwinan Vaitiikat Thirumanam :

Merisik8

Dalam peringkat merisik terdapat beberapa aspek yang amat dititik beratkan oleh masyarakat

India. Antara aspek yang ditekankan dalam proses merisik termasuklah etnik, subetnik,

kastadan agama. Terdapat juga aspek lain yang telah menjadi keutamaan pada hari ini,

contohnya, aspek ekonomi, pekerjaan, tahap pendidikan.

Kebiasaanya maklumat-maklumat di atas diperolehi daripada saudara mara/sahabat

kepada bakal pengantin.Satu ketika dahulu khidmat tharagar atau orang tengah dalam tempoh

merisik ini amat diperlukan untuk membantu kerja-kerja merisik. Adapun begitu perubahan

zaman telah mengantikan fungsi tharagar dalam adat merisik masayarkat India.

7
Jabatan Pendaftaran Negara, dicapai pada 8 Disember 2017 http://www.jpn.gov.my/maklumat-perkahwinan
/pendaftaran-perkahwinan-bagi-pemohon-bukan-beragama-islam/#1458532762536-af7e1140-c73f
8
Rajantheran M, Manimaran Subramaniam,(1994) Adat dan Pantang Larang Orang India, Kuala Lumpur:Fajar
Bakti Sdn Bhd,77-78.

3
Adat Mengunjungi Rumah Bakal Pengantin9

Setelah merisik dan dirasakan sesuai maka adat berkunjung ke rumah bakal pengantin atau

lebih dikenali sebagai upacara pen paarttal mula dilansungkan. Pihak bakal pengantin lelaki

akan ke rumah pengantin perempuan dengan membawa barang seperti kelapa, sirih, pinang,

cendana, bunga, buah-buahan, serta serbuk kum-kum sebagai tanda buah tangan. Barang-

barang ini di katakan memebawa tuah dan kebaikan.

Sekiranya pihak bakal pengantin perempuan menerima buah tangan tersebut, ia adalah

petanda baik kearah perbincangan berkaitan perkahwinan diantara kedua belah pihak. Hal

sebaliknya berlaku jika pihak pengantin perempuan menolak pemberian buah tangan yang

disediakan oleh pihak pengantin lelaki. Pen paarttal adalah penting untuk kedua-dua pihak

pengantin mengenali latar belakang keluarga masing-masing.

Adat Mengkaji Kecocokan Bakal Pengantin10

Upacara mengkaji kecocokan bakal pengantin (Poruttam Paarttal) diadakan. Kecocokan

bakal pasangan pengantin dibuatberdasarkan kepada jaatakam atau penilikan masa hadapan

seseorang berdasarkan kiraan pancaangam almanak Hindu masing-masing. Kemudian kedua

jaatakam digandingkan untuk menguji keserasian pasangan bakal pengantin.

Pada asalnya terdapat dua puluh satu aspek yang dicadangkan untuk diteliti semasa

proses ini. Namun, hanya sepuluh aspek asas dan utama sahaja dianggap penting dalam proses

ini. Kecocokan pasangan dikatakan mampu untuk manjamin kerukunan dan kedamaian dalam

rumah tangga yang bakal dibina. Adapun ketidakcocokan membawa kepada salah paham dan

dalam keluarga.

Ikat Janji (Niccayam)11


9
Ibid, 78-79
10
Ibid,79-83
11
Ibid,83-85

4
Sebaik sahaja selesai upacara Poruttam Paarttal sekiranya sesuai dan kedua pihak bersetuju

untuk menjalankan upacara Ikat Janji (Niccayam). Dalam upacara ini keluaraga akan

mengumumkan tarikh upacara perkahwinan bakal pengantin. Sebagai tanda ikatan, kedua-

dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan “Taambuulan Marrutal”.

Adat/ Pemberian Hadiah (Parisam12)

Adat parisam pula terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa

adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala

udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi

sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah

majlis pertunangan. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam

jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan

mereka dipanggil cumanggali. Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan

dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam

yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin

perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada

tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum

dengan lebih dekat lagi.

Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin

keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara

boleh mengalungkan kalungan bunga kepada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai

orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua

pihak pengantin.13

12
Ibid,85-87
13
Perkahwinan Masyarakat India, dicapai pada10 Disember 2017 http://pmr.penerangan.gov.my/
index.php/budaya/3244-perkahwinan-masyarakat-india-.html

5
Adat Menyediakan Kad Jemputan14

Sebelum majlis/upacara perkahwinan berlangsung, adat menyediakan kad jemputan

memainkan peranan yang penting bagi perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini

dibuat berdasarkan almanak Hindu. Proses ini dilakukan secara teliti kerana sekiranya berlaku

kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar kerana kesilapan

membawa kepada keburukan. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit

cair sebagai lambang keharmonian.

Adat Penyedian Thaali15

Thaali atau Tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada

leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan

kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath

thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di

kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari

sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih

pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali

mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali

akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali.

Adat Mendirikan Mukuurutta Kaal16

Adat mendirikan Mukuurutta Kaal dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan

dilangsungkan. Adat Mukuurtta Kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat

masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan

lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau
14
Rajantheran M, Manimaran Subramaniam,(1994) Adat dan Pantang Larang Orang India, Kuala Lumpur:Fajar
Bakti Sdn Bhd,87-88
15
Ibid,88-90
16
Ibid,90-92

6
tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Majlis perkahwinan

pula dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian

dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil

sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan.

Adat Nalanggu17

Sebaik saja adat mendirikan Mukuurutta Kaal selesai, adat Nalanggu pula diadakan. Ia

bertujuan untuk membuang sial serta angakara pengkhianatan orang (Kanneeru Kalittal).

Upacara ini diadakan di halaman rumah. Perbelanjaan bagi upacara ini ditanggungoleh

ibubapa untuk hari pertama upacara dan hari-hari seterusnya ditanggung oleh saudara mara

terdekat.

Muzik Gendang Dan Tiupan (Ketti Meelam Dan Naatasawaram)18

Meelam dan Naatasawaram merupakan alat muzik bagi masayarakat India yang

kebiasaannya dimainkan upacara keagamaan yang dijalankan di kuil atau rumah. Bagi upacar

perkahwinan pemain bagi kedua alat muzik akan dijemput untuk memeriahkan lagi upacara

majlis perkahwinan. Bagi yang kurang berkemampuan untuk menjemput pemain muzik

Meelam dan Naatasawaram mereka akan memainkan rakaman muzik tersebut. Hal ini

kerana, Ketti Melam merupakan salah satu perkara yang wajib dilakukan dalam perkahwinan

masayarakat India.

Upacara Perkahwinan19

Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia

hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung

cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang
17
Ibid,92-95
18
Ibid,97-106
19
Ibid,

7
disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin

perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua

dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah

menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke

dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi

hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin

akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu

bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi

telah menjadi suami isteri.

FAKTOR PERUBAHAN SOSIAL DALAM ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT

INDIA MALAYSIA.

Berikut merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan sosial dalam pengamalan

adat perkahwinan Masyarakat India Malaysia

Silang budaya

Silang budaya ialah perbandingan atau pertembungan di antara dua atau lebih budaya yang

berlainan dalam satu masa. Silang budaya memberi kesan terhadap adat perkahwinan

masyarakat India.

Globalisasi/pengaruh budaya barat

Globalisasi ialah proses yang menyatukan penduduk dunia menjadi satu masyarakat dunia

yang tunggal. Idea ini dibawa oleh barat atas kepentingan-kepentingan tertentu. Ia juga

memberi kesan kepada perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat India Malaysia.

8
9
Kepelbagaian agama dan budaya di Malaysia

Malaysia terkenal dengan masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

Kepelbagaian ini memberikan kesan terhadap beberapa adat perkahwinan masyarakat India

Malaysia

Pewarisan adat atau budaya

Adat dan budaya diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.Pewarisan adat dan budaya

yang berkaitan perkahwinan dalam masyarakat India yang mengalami masalah menjadi

punca/faktor kepada perubahan sosial dalam adat perkahwinan masyarakat India.

Pendidikan

Capaian kepada pendidikan menyebabkan corak fikiran masyarakat berubah. Oleh yang

demikian, berlaku lah perubahan sosial dalam adat perkahwinan masyarakat India.

Gaya hidup

Gaya hidup dipengaruhi oleh perubahan zaman dan teknologi. Kesibukan hidup menyebabkan

masyarakat lupa untuk mempelajari adat resam dan budaya sendiri, maka berlakulah

perubahan sosial dalam adat perkahwinan masyarakat India.

Urbanisasi

Proses urbanisasi mengubah corak hidup masyarakatdan seterusnya secara tidak langsung

mengubah adat perkahwinan masyarakat India Malaysia.

10
ELEMEN PERUBAHAN SOSIAL DALAM ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT

INDIA MALAYSIA

Perubahan sosial adalah perubahan yang terjadi dalam sesebuah masyarakat mengenai nilai-

nilai sosial, norma, dan berbagai pola dalam kehidupan manusia. 20 Ia berubah dalam pelbagai

keadaan dan dipengaruhi oleh beberapa faktor. Dalam perbahsan berkaitan elemen perubahan

sosial yang berlaku dalam adat perkahwinan masyrakat India malaysia penulis menyenaraikan

enam perubahan yang berlaku. Berikut adalah perubahan yang berlaku dalam adat

perkahwinan masayarakat India:

JENIS PERKAHWINAN

Jenis perkahwinan masyarat India Malaysia terdiri daripada Vaitiikat Tirumanam, Siirtiruttal

Thirumanam (Tamil Thirumanam dan Suyamariyaatait Thirumanam) dan Eliyat Tirumanam.

Jenis perkahwinan Vaitiikat Tirumanam adalah jenis perkahwinan utama dan popular dalam

kalangan masyarakat India. Disebabkan faktor urbanisasi masyarakat India tidak lagi tinggal

secara kelompok seperti di ladang pada satu ketika dahulu.Ini telah memberi kesan kepada

jenis perkahwinan yang berubah daripada Vaitiikat Tirumanam kepada Siirtiruttal

Thirumanam (Tamil Thirumanam dan Suyamariyaatait Thirumanam) dan seterusnya Eliyat

Tirumanam.

Selain faktor urbanisasi, pendidikan dan gaya hidup turut memberi kesan terhadap

pemilihan jenis perkahwinan dalam masyarakat India Malaysia pada masa kini.

STATUS KASTA

Kasta adalah golongan yang berdasarkan tingkatan kedudukan dalam masyarakat India.

Masyarakat india sangat menitikberatkan kasta dalam perkahwinan (soal pemilihan


20
Pengertian Perubahan Sosial, dicapai pada 10 Disember 2017 http://umum-pengertian.blogspot.my/2016/01/
pengertian-perubahan-sosial-secara-umum.html

11
pasangan). Dalam perkahwinan, masyarakat India menggalakkan untuk anak-anak mereka

untuk berkahwin dengan golongan kasta yang sama atau lebih tinggi.

Namun, pada masa kini amalan pemilihan kasta sudah mula berkurangan dalam

kalangan Masyarakat India Malaysia kerana didapati sukar untuk mengenalpasti kasta kerana

berlakunya perkahwinan campur diantara campur antara etnik dan sub etnik yang memiliki

sistem kasta yang berbeza.

CARA PEMILIHAN PASANGAN

Pada satu ketika dahulu penggunaan khidmat orang tengah atau lebih dikenali sebagai

tharagar digunakan untuk mencari jodoh yang bagi anak perempuan atau anak lelaki mereka

dalam keluarga.Pada masa kini khidmat tharagar tidak lagi diperlukan. Ini kerana, peranan

tharagar telah digantikan dengan budaya mencari jodoh sendiri dikalangan masyarakat India

Malaysia. Pencarian jodoh melalui perkenalan di alam nyata dan alam maya(internet) mula

mendapat tempat dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Diantara contoh laman web

mencari jodoh yang popular dalam kalangan masyarakat ialah https://www.shaadi.com/

registration/user/login dan https://www.bharatmatrimony.com/ .21

Ini berlaku disebabkan oleh faktor globalisasi/pengaruh budaya barat di mana dunia

tanpa sempadan dicapai secara maya yakni atas talian. Faktor pendidikan, kepelbagaian

agama dan budaya, gaya hidup, urbanisasi dan silang budaya juga memepengaruhi perubahan

ini.

MAS KAHWIN (DOWRY)

Mas kahwin, ataupun hantaran yang dipanggil Dowry diminta oleh hampir setiap keluarga

pihak pengantin lelaki, daripada pihak keluarga pengantin perempuan. Tujuan mas
21
Maya Khemlani David,(2012) Malaysian India : sociocultural assimilation towards the Malay majority,
Tanjung Malim, Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.38-39

12
perkahwinan tersebut dihantar adalah kerana bakal pengantin perempuan yang akan hidup

bersama keluarga pengantin lelaki sehingga ke akhir hayat, ia tidak harus membebankan

mereka dari segi kewangan dan sebagainya.

Budaya ini telah berubah dimana pihak keluarga pengantin lelaki pada masa kini tidak

lagi meminta dowry. sebaliknya, mereka mahu pengantin perempuan seorang yang berkerja

untuk membantu menambahkan punca pendapatan keluarga selepas berkahwin. Perkara ini

berubah disebabkan oleh, faktor gaya hidup dan urbanisasi.

PENERAPAN NILAI MURNI DALAM ADAT PERKAHWINAN

Nilai murni ialah sifat baik seperti hormat-menghormati dan beradab mulia sesama manusia.

Dalam upacara perkahwinan masyarakat India Malaysia pelbagai nilai murni boleh diterapkan

kepada masyarakat antaranya ialah kerjasama,tolong-menolong (amalan gotong-royong),

hormat-menghormati, kesetiaan , dan kekeluargaan.

Namun, disebabkan oleh perubahan sosial ada beberapa nilai murni telah berubah

mengikut peredaran zaman. Contohnya , nilai tolong menolong dan berkerjasama untuk

menjayakan majlis perkahwinan telah berkurangan pada hari ini kerana ia telah diuruskan

oleh perancang perkahwinan.

PENGAMALAN ADAT PERKAHWINAN

Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin( pen paarthal),adat ikatjanji

(niccayam), dan pemberian hadiah(parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh

masyarakat India. Namun begitu, ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara

tersebut atas beberapa faktor tertentu. Adat-adat berikut dilakukan secara ringkas pada satu

tempoh masa supaya urusan perkahwinan berjalan lancar.

13
Bermula hanya sebagai istiadat yang diwarisi dari zaman-berzaman, majlis

perkahwinan seolah-olah mengalami perubahan sehingga berkembang menjadi satu

perniagaan dan industri yang menguntungkan. Perkahwinan pada masa kini dapat

dilangsungkan dengan mudah dengan adanya penganjuran pameran dan ekspo perkahwinan

yang mempamerkan pelbagai tawaran dan keperluan sehenti pengantin.

KESIMPULAN

Kesimpulanya,walaupun terdapat segelintir masyarakat India Malaysia yang terkesan

diakibatkan oleh perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat tetapi, masih ada

sebilangan masyarakat India Malaysia yang cuba dan berusaha mengekalkan adat

perkahwinan tradisional mereka hingga ke hari ini. Ini membuktikan masyarakat India

Malaysia masih mengekalkan adat, budaya dan tradisi mereka supaya ianya tidak hilang

ditelan zaman. Penerusan adat perkahwinan masyarakat India Malaysia ini perlu dikekalkan

melalui pewarisan ilmu supaya mereka tidak kehilangan identiti dan jati diri walaupun,

Malaysia mempunyai masyarakat berbilang bangsa,agama dan budaya.

Sebagai seorang warganegara Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang

kaum kita perlulah saling hormat-menghormati diantara satu sama lain terutamaya dalam

perkara yang berkaitan dengan agama, kepercayaan,adat dan budaya. Hal ini penting bagi

menjaga kestabilan dan keharmonian negara.

14
RUJUKAN

Anandai Subramaniam,(2010) Institusi Perkahwinan, Keluarga Dan Pendidikan Dalam

Masyarakat Tamil : Satu Pembicaraan Berdasarkan Perspektif Pepatah Tamil,Kuala

Lumpur: Universiti Malaya.

Arumuga Mutaliyar,(2000) Tamilkkovas 2000 STPM Kertas 1 dan 2, Kuala Lumpur: Printers

Sdn Bhd.

Jabatan Pendaftaran Negara, dicapai pada 8 Disember 2017 http://www.jpn.gov.my/

maklumat-perkahwinan/pendaftaran-perkahwinan-bagi-pemohon-bukan-beragama-

islam/#1458532762536-af7e1140-c73f

Linda L. Lindsey, Stephen Beach(2000) Sociology – Social Life And Social Issue, Upper

Saddle: Prentice Hall.

Maya Khemlani David,(2012) Malaysian India : sociocultural assimilation towards the

Malay majority, Tanjung Malim, Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pengertian Perubahan Sosial, dicapai pada10 Disember 2017 http://umum-

pengertian.blogspot.my/2016/01/pengertian-perubahan-sosial-secara-umum.html

Rajantheran M, Manimaran Subramaniam,(1994) Adat dan Pantang Larang Orang India,

Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn Bhd.

Rozumah Baharuddin,(2003) Perkahwinan Campur di Malaysia, Serdang: Universiti Putra

Malaysia.

15

You might also like