You are on page 1of 3

NOTA 8: M.

CURAI IAB-MBM

INSTITUT AMINUDDIN BAKI


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

LAPORAN
MESYUARAT/SEMINAR/ BENGKEL DAN LAIN-LAIN

A. Butiran Laporan

1. Tajuk Minit Curai

2. Mesyuarat/Seminar/Bengkel Mesyuarat Memartabatkan Bahasa Malaysia


(MBM)

3. Pengerusi YBhg. Dr. Haili bin Dolhan


(TKPPM Sektor Dasar Pembangunan
Pendidikan)
4. Tarikh 19 November 2009

5. Masa 9.00 pagi – 12.00 tengah hari

6. Tempat Bilik Mesyuarat Seri Duta, Blok E9, Putrajaya


7. Anjuran Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK)
8. Nama Pegawai Pelapor XXXXXXXXXXXXXX

9. Pegawai IAB Lain yang Hadir Tiada

B. Perkara yang Dibincangkan

Bil. Perkara

1. Tujuan Mesyuarat
Mesyuarat pertama ini diadakan untuk pembentukan Jawatankuasa
Memartabatkan Bahasa Malaysia (JMBM) di bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM).

Penamaan Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu (JMBM)


2.
Pandangan daripada pakar-pakar bahasa yang diundang, ahli mesyuarat
bersetuju dengan penamaan Jawatankuasa Memperkasa Bahasa Melayu, kerana
ia termaktub dalam Akta 152. Majlis memutuskan YBhg. Prof. Emeretus Dr.
Abdullah Hassan akan menyediakan kertas konsep berhubung justifikasi

UNTUK TUJUAN LATIH AMAL 1


NOTA 8: M. CURAI IAB-MBM

Bil. Perkara
penggunaan istilah Bahasa Melayu dan bukannya Bahasa Malaysia untuk tujuan
tersebut. Walaupun begitu terpulang kepada pengurusan tertinggi KPM untuk
memutuskan penggunaan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia untuk tujuan
tersebut.

Tujuan Penubuhan Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Malaysia (JMBM)


Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk:
3.
i. memberi cadangan serta strategi memartabatkan Bahasa Malaysia
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu;
ii. memberi nasihat kepada KPM berkaitan dengan strategi/akitiviti
perkembangan Bahasa Malaysia dalam pendidikan seiring dengan
usaha MBM di institusi pendidikan;
iii. mewujudkan jalinan antara Bahagian di KPM serta agensi dan orang
perseorangan yang terlibat dalam bidang bahasa dan sastera; dan
iv. mewujudkan ruang dan peluang bagi pembangunan penyelidikan dan
inovasi Bahasa Malaysia.

Keanggotaan Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Malaysia (JMBM)


Pengerusi: TKPPM Sektor Dasar Pembangunan Pendidikan, KPM
4.
Ahli: Pengarah-pengarah Bahagian, KPM
Setiausaha Bahagian Pengurusan, KPM
Setiausaha Kewangan, KPM
Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Korporat, KPM
Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu
Ketua Eksekutif MPM
Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara
Pengarah Majlis Buku Malaysia
Pengarah Perpustakaan Malaysia
Majlis Dekan Fakulti Pendidikan, IPTA
Pakar-pakar Bahasa dan Sastera
Urus setia: Bahagian Perkembangan Kurikulum, KPM

Bidang Kuasa Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Malaysia (JMBM)

UNTUK TUJUAN LATIH AMAL 2


NOTA 8: M. CURAI IAB-MBM

Bil. Perkara
5. Jawatankuasa ini dibentuk akan memantau, melapor, menasihati dan memberi
cadangan tentang pelaksanaan pendidikan dan penggunaan Bahasa Malaysia
kepada Jawatankuasa Tertinggi MBMMBI, KPM.

C. Tindakan yang perlu diambil oleh Institut Aminuddin Baki (IAB):

1. Bidang tugas Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Malaysia (JMBM) akan


diperinci oleh Urus Setia JMBM, KPM. Pengarah IAB merupakan ahli JMBM.
Oleh itu setiap mesyuarat JMBM akan dihadiri oleh ahli atau wakil.

D. Tarikh Mesyuarat yang Akan Datang:

Akan dimaklumkan kelak.

E. Tandatangan Pegawai Pelapor:


(XXXXXXXXXXXXXXXXXX)

F. Tarikh laporan disediakan: 20 November 2009

Fail X/DAN/mcurai MBM.09

UNTUK TUJUAN LATIH AMAL 3

You might also like