You are on page 1of 1

PROLOG

KAWAI MARU

Kawai Maru merupakan sebuah kapal kepunyaan Tuan Kawai.  Dia telah bekerja sebagai nelayan selama
15 tahun. Walaupun dia mampu memperoleh kekayaan dan hidup di Bandar namun Tuan Kawai lebih suka
menghambakan dirinya bersama Kawai Maru di lautan. Tuan Kawai sangat mahir tentang ikan di lautan dan amat
pandai tentang hidupan laut. Kawai Maru merupakan sebuah kapal yang lengkap dengan segala keperluan untuk
memperoleh pelbagai jenis ikan. Sebahagian besar hasil tangkapan dijual terus di perairan antarabangsa.
Kepulauan Ogonshoto ditemui oleh pelayar Jepun pada pemulaan zaman Edo. Merekalah yang menamakan
Ogonshoto. Ogonshoto merupakan sebuah pulau yang sangat cantik. Tuan Kawai sering berulang alik ke
Ogonshoto kerana pearairannya merupakan lubuk ikan yang luar biasa dan berkualiti tinggi. Di dalam Kawai Maru
mereka banyak bercerita tentang Ogonshoto.

You might also like