You are on page 1of 26

020105131188

TAJUK : KAJIAN TENTANG POLA PERBEZAAN SUHU MENGIKUT STESEN


CERAPAN BERDASARKAN GUNA TANAH YANG BERBEZA DI SMK
MARUDI,BARAM.

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN 1

PENGHARGAAN 2

1.0 PENGENALAN 3-4

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 5

3.0 LOKASI KAWASAN KAJIAN 6-8

4.0 KAEDAH KAJIAN 9-11

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 12-23

6.0 KESIMPULAN 24-25

7.0 SENARAI RUJUKAN 26

8.0 LAMPIRAN 27

Page | 1
020105131188

PENGHARGAAN

Sebagai permulaan, pengkaji ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah

karunia dan keizinan-Nya pengkaji dan rakan-rakan dapat melaksanakan kajian dengan jayanya.

Seterusnya, pengkaji juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Pengetua SMK Marudi,

Puan Maria Jau dan Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Marudi, Encik Ami bin Jeli kerana telah

memberi kebenaran kepada pelajar tingkatan enam untuk menjalankan kajian. Hasil daripada

perbincangan Puan Pengetua dan Penolong Kanan Tingkatan Enam, pengkaji dan rakan-rakan

dibenarkan dan diberi peluang untuk menggunakan gajet-gajet untuk melengkapkan kajian.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini,saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada Cikgu Mary Kulabid mata pelajaran Geogarfi pengkaji. Beliau telah meluangkan masa dalam

memberi tunjuk ajar dan membimbing pengkaji untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Dan beliau

sentiasa menegur kesilapan yang dilakukan oleh pengkaji. Seterusnya, saya juga berterima kasih

ibubapa pengkaji kerana telah banyak memberi bantuan kewangan dan sokongan dalam menjalankan

kajian ini.

Akhir sekali, pengkaji juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan pengkaji kerana

telah banyak membantu pengkaji dalam menyiapkan kerja kursus. Selain itu, sentiasa membantu

pengkaji apabila mengalami masalah dalam menyiapkan kerja kursus. Dalam melaksanakan kajian

rakan-rakan pengkaji telah memberikan kerjasama yang baik kepada pengkaji terutamanya di pada

Page | 2
020105131188

bahagian pemerolehan data bagi kajian. Setiap rakan telah memberi kerjasama baik yang

memudahkan pelaksanaan kajian.

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat, suhu adalah kuantiti fizikal yang

menunjukkan tenaga dalaman badan, objek atau persekitaran secara umum yang diukur dengan

termometer. Selain itu, maksud guna tanah didefinisikan sebagai kepelbagaian aktiviti yang dijalankan

oleh manusia untuk mengubah landskap ruang tanah tersebut termasuklah aktiviti pertanian dan

pembangunan. Dalam kajian, pengkaji memilih SMK Marudi sebagai lokasi kajian kerana terdapat

banyak guna tanah di dalam kawasan SMK Marudi. Namun begitu, pengkaji telah mengenal pasti

kawasan yang mempunyai guna tanah yang berbeza di 4 stesen cerapan iaitu padang berumput,

bangunan konkrit, badan air dan kawasan hijau.

Sejak akhir-akhir ini sangat popular di media sosial tentang isu pemanasan global dan

perubahan ilkim menyebabkan paras air laut semakin naik. Ini berpunca daripada aktiviti peningkatan

tahap gas yang memerangkap haba di atmosfera dan menyebabkan pemanasan global. Faktor lain

kenaikan aras laut ialah perubahan iklim, termasuk pencairan glasier dan ais di kutub, pencairan ais di

Greenland dan Antartika. Jika kenaikan paras air melebihi paras bahaya, maka ia akan menjejaskan

kehidupan penduduk dan kawasan berhampiran. Hal ini kerana, 30 peratus daripada penduduk

Malaysia tinggal di kawasan zon pantai iaitu 5 kilometer dari zon pasang surut. Selain itu, ia juga

dapat menjejaskan tempat tinggal, kerosakkan harta benda dan aktiviti ekonomi.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, kawasan kajian pengkaji iaitu di kawasan SMK Marudi tidak

mengalami fenomena pemanasan global tetapi mengalami peningkatan suhu yang amat ketara. Hal ini
Page | 3
020105131188

disebabkan kawasan SMK Marudi terdapat banyak aktiviti yang melibatkan pengubahsuaian ciri fizikal

kepada ciri budaya seperti binaan bangunan, kolam buatan, dan termasuklah kawasan lapang. Namun

begitu, terdapat juga kawasan-kawasan hutan yang belum diterokai. Hal ini menyebabkan suhu di

beberapa buah kawasan dapat dikawal dengan adanya peranan hutan untuk mengawal suhu persekitaran.

Justeru itu, kawasan hutan ini perlu dipelihara agar dapat mengawal peningkatan suhu di kawasan kajian

Page | 4
020105131188

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objekif kajian adalah :


2.1 Melakar peta lokasi kajian dan menghuraikan teknik pengukuran suhu dan jarak di 4

stesen cerapan yang dipilih.

2.2 Menunjukkkan hasil pengukuran suhu mengikut stesen cerapan dan guna tanah dalam

bentuk jadual.

2.3 Mempersembahkan hasil kajian dalam graf yang sesuai.

2.4 Menjelaskan pengaruh guna tanah terhadap perbezaan suhu di SMK Marudi.

2.5 Mengenal pasti empat pengaruh guna tanah terhadap perbezaan suhu di SMK Marudi.

2.6 Mencadangkan empat langkah mengelakkan berlakunya peningkatan suhu di SMK

Marudi.

Page | 5
020105131188

3.0 LOKASI KAWASAN KAJIAN


Marudi merupakan salah satu pekan yang tertua di Sarawak, Malaysia. Kedudukan yang

strategik di kawasan yang kaya dengan sumber alam semula jadi terutamanya bagi industri kayu

balak dan penanaman kelapa sawit telah banyak mengubah kepentingan Marudi sebagai kawasan

pembangunan di kawasan Baram. Sekolah Menengah Kebangsaan Marudi atau nama ringkasnya

SMK Marudi merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Marudi. Lokasi

kajian ini terletak di kawasan luar bandar iaitu jaraknya kira-kira 70 km dan mengambil masa

kira-kira 2 jam dari Bandaraya Miri dengan hanya menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati terdapat beberapa ciri fizikal

di dalam kawasan SMK Marudi. Antarnya ialah segi bentuk muka bumi termasuklah kawasan

lapang, tanah pamah, kawasan berbukit, beralun, dan terdapat juga kawasan hutan dengan

pokok-pokok tebal. Kawasan tanah pamah sesuai untuk binaan bangunan dan petempatan serta

tanah beralun pula sesuai untuk tanaman-tanaman seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-

lain. Di dalam kawasan SMK Marudi ini mempunyai tumbuhan yang jarang kerana persekitaran

yang dikeliling dengan banyak bangunan konkrit. Namun begitu, terdapat juga kawasan hutan

belum diterokai yang masih terdapat tumbuhan-tumbuhan semula jadi dan lantai hutan yang

padat. Selain itu, di dalam kawasan SMK Marudi tidak mempunyai badan air yang banyak. Hal

ini telah menyebabkan kawasan sekeliling menjadi panas dan suhu meningkat di sebahagian

lokasi.

Page | 6
020105131188

Melalui pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji, terdapat juga ciri budaya yang terdapat

di lokasi kajian. Antara ciri budaya yang terdapat di SMK Marudi antaranya ialah bangunan

konkrit. Bangunan yang terdapat di lokasi kajian termasuklah bangunan sekolah, blok

pentadbiran, dewan, makmal, dan asrama. Selain daripada itu, ciri budaya yang lain yang

terdapat di lokasi kajian termasuklah tanaman-tanaman seperti pokok-pokok bunga berfungsi

untuk menceriakan lagi kawasan sekolah. Terdapat juga kawasan-kawasan perumahan dan

sekolah lain yang berhampiran dengan kawasan sekolah SMK Marudi iaitu Sekolah Rendah

Jenis Kebangsaan Sungai Jaong. Kegiatan ekonomi turut dijalankan di SMK Marudi

termasuklah guru, kerani, pembantu makmal, dan pengawal keselamatan.

Page | 7
020105131188

3.1 PETA DAERAH BARAM

Skala: 1:100000 Sumber : Google maps

LOKASI KAJIAN :
LOKAI KAJIAN :
SMK
SMK MARUDI,BARAM.
MARUDI,BARAM

Page | 8
020105131188

Peta 1 : Daerah Baram


3.2 PETA LOKASI KAJIAN

Sumber : Kajian lapangan 19 November 2021


Peta 2 : Peta Lakaran kawasan di SMK Marudi, Baram.

Page | 9
020105131188

4.0 KAEDAH KAJIAN


Kaedah kajian merupakan cara pengkaji mendapatkan maklumat daripada kajian atau cara

pengkaji melaksanakan kajian. Oleh sebab itu, kaedah kajian merupakan salah satu elemen yang

terpenting dalam melaksanakan kajian. Semasa menjalankan kajian di kawasan SMK Marudi,

pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah kajian. Antaranya ialah kaedah pemerhatian,

kaedah pengukuran suhu, kaedah pengukuran jarak, kaedah perpustakaan dan kaedah rujukan.

4.1 Kaedah pemerhatian

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian di

kawasan lokasi kajian untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian.

Pengkaji juga mencatat ciri fizikal yang terdapat di lokasi kajian seperti keadaan geografi

yang strategik, bentuk muka bumi tanah pamah, kewujudan hutan, sungai dan tumbuh-

tumbuhan hijau. Selain itu, pengkaji juga mencatat beberapa ciri budaya yang terdapat di

lokasi kajian yang merupakan ciri kemanusiaan seperti aktiviti ekonomi, dewan makan,

bangunan blok-blok sekolah, bilik guru , kawasan hutan dan badan air. Pengkaji juga

melakukan pemerhatian di lokasi kajian untuk melukis pelan kedudukan SMK Marudi.

Lakaran dibuat berdasarkan arah utara yang ditunjukkan oleh jarum kompas.

4.2 Kaedah pengukuran suhu

Dalam menggunakan kaedah pengukuran suhu, pengkaji telah menentukan dan

menandakan lokasi yang telah dipilih pada jam 8 pagi dengan menggunakan kayu pacak

untuk menggantungkan termometer. Pengkaji juga telah menggunakan termometer untuk

Page | 10
020105131188

mengukur suhu di setiap 4 stesen cerapan iaitu padang berumput, bangunan konkrit,

badan air dan kawasan hijau. Kemudian, pengkaji juga mencatat bacaan suhu pada jam

1.30 petang kerana ia merupakan waktu yang paling sesuai untuk membezakan suhu

mengikut stesen cerapan yang berbeza.

4.3 Kaedah pengukuran jarak

Dalam kaedah pengukuran jarak pula, pengkaji telah menggunakan pita ukur sebagai

alat untuk mengukur jarak bagi setiap stesen cerapan yang dipilih oleh pengkaji bersama

dengan ahli kumpulan masing- masing. Dalam kaedah ini, terdapat pelbagai bahan yang

digunakan dalam kajian ini. Antaranya, pita ukur kayu pacak, dan parang. Seterusnya,

pengkaji juga mengukur jarak setiap stesen bermula dari stesen 1 sehingga stesen 4.

Pengkaji juga merekodkan jarak dalam meter dalam bentuk jadual bagi setiap stesen.

4.4 Kaedah pengukuran arah utara

Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah pengukuran arah utara

untuk membina peta lakar bagi peta lokasi kajian. Pengkaji menggunakan kompas untuk

menentukan arah utara tersebut dengan tepat. Pengkaji turut mengambil gambar semasa

menentukan arah utara. Semasa melakukan pengukuran kompas diletakkan di kawasan

terbuka tanpa pengaruh magnet kerana ia akan mengganggu pengukuran arah utara.

Kemudian, pengkaji juga dapat melukis lakaran lokasi kajian dengan tepat mengikut arah

yang betul.

Page | 11
020105131188

4.5 Kaedah Perpustakaan

Dalam melaksanakan kajian juga, pengkaji menggunakan kaedah perpustakaan untuk

mencari maklumat yang berkaitan dengan kajian. Dalam kaedah ini, pengkaji telah

membaca buku Geografi untuk mencari maklumat contoh-contoh tentang ciri fizikal dan

ciri budaya.

Page | 12
020105131188

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Pola Perbezaan Suhu Mengikut Stesen Cerapan Berdasarkan Guna Tanah yang berbeza di
SMK Marudi.
5.1.1 Melakar Peta Lokasi Stesen Cerapan

PETA LAKARAN SMK MARUDI

Page | 13
020105131188

5.1.2 Teknik Pengukuran

Dalam proses menjalankan kajian tentang pola perbezaan suhu di SMK Marudi ini,

pengkaji terlebih dahulu menentukan empat plotan stesen cerapan yang ingin dikaji oleh

bersama guru. Plotana stesen cerapan yang pertama ditentukan oleh pengkaji iaitu terletak di

bahagian barat daya peta lokasi kajian SMK Marudi. Kawasan plotn pertama ini

berhampiran dengan kedudukan asrama lelaki SMK Marudi. Seterusnya, untuk plotan yang

kedua pula iaitu terletak gelanggang bola tampar yang berada diantara bangunan-bangunan

konkrit yang terdapat di SMK Marudi. Pengkaji juga menentukan pilihan plotan ini

bersesuaian dengan tujuan kajian pengkaji. Selain itu, plotan ketiga pula terletak berdekatan

dengan kolam buatan SMK Marudi. Kemudian, plotan yang terakhir telah ditentukan di

kawasan hutan SMK Marudi iaitu kawasan hijau.

Setelah menentukan lokasi plotan kajian, pengkaji juga mengukur jarak lokasi bagi

setiap stesen cerapan yang telah dipilih untuk menentukan setiap jarak stesen adalah sama.

Jarak antara stesen cerapan yang telah diukur oleh pengkaji ialah 369 meter. Pengkaji

membuat ukuran dengan menggunakan pita pengukur sebagai alat untuk mengukur jarak yang

tepat dalam meter. Setelah selesai mengukur jarak antara stesen cerapan, pengkaji pula akan

meletakkan termometer di setiap stesen dengan mengikatnya di sebatang kayu yang kukuh.

Tepat pada pukul 1.30 tengah hari, pengkaji mula mencatatkan suhu di setiap stesen cerapan.

Kemudian, data tersebut akan dicatat dalam bentuk jadual.

Page | 14
020105131188

Foto 1 : Pengkaji dan ahli kumpulan menjalankan proses untuk mengukur jarak antara setiap stesen
menggunakan pita pengukur.

Foto 2 : Pengkaji bersama ahli kumpulan menentukan arah mata angin yang betul menggunakan
kompas.

Page | 15
020105131188

Foto 3 : Ahli kumpulan mengikat termometer pada ranting kayu pacak di stesen 3 iaitu badan air.

Foto 4 : Pengkaji dan ahli kumpulan mencatat suhu pada pukul 1. 30 tengah hari

5.1.3 HASIL PENGUKURAN SUHU MENGIKUT GUNA TANAH DALAM BENTUK


JADUAL

Page | 16
020105131188

STESEN SUHU PADA JAM 01.30 JARAK (METER)

STESEN 1 :
KAWASAN LAPANG 40 148 M
(RUMPUT)

STESEN 2 :
BINAAN BANGUNAN 42 167 M
(KONKRIT)

STESEN 3 :
BADAN AIR (KOLAM 33 54 M
IKAN)

STESEN 4 :
KAWASAN HIJAU 32 369 M
(HUTAN)

Page | 17
020105131188

5.1.4 Mempersembahkan Data Dalam Bentuk Graf Yang Sesuai

Page | 18
020105131188

5.1.5 Perbezaan Suhu Antara Stesen Suhu Mengikut Stesen Cerapan Berdasarkan Guna Tanah

Pengkaji telah menjalankan pengukuran suhu di 4 stesen berbeza iaitu kawasan lapang,

binaan bangunan, badan air, dan kawasan hijau. Pengukuran suhu bagi kawasan lapang telah

mencatatkan 40℃. Selain itu, binaan bangunan mencatatkan 42℃. Badan air pula telah

mencatatkan 33℃ manakala stesen terakhir ialah kawasan hijau telah mencatatkan 32℃.

Pengukuran suhu ini telah diambil tepat pada pukul 1.30 tengah hari. Melalui pemerhatian

pengkaji, mendapati bahawa binaan bangunan telah mencatat suhu yang paling tinggi kerana ia

terletak di kawasan yang sangat terdedah pada cahaya matahari dan tiada tumbuhan hijau

disekitarnya. Manakala ukuran suhu di kawasan hijau telah mencatat suhu paling rendah kerana

terdapat banyak tumbuhan dan pokok yang dapat mengawal suhu di kawasan tersebut.

Melalui pengukuran suhu di setiap stesen cerapan menunjukkan pola suhu yang tidak

konsisten. Hal ini kerana, di stesen 1 telah mencatatkan 40℃, di stesen 2 pula mencatatkan 42℃

manakala di stesen 3 telah mencatatkan 33℃ dan di stesen 4 pula mencatatkan 32℃. Oleh yang

demikian, menyebabkan berlakunya peningkatan dan penurunan dalam pengukuran suhu dan

menyebabkan bacaan suhu tidak konsisten.

Hasil daripada pengukuran suhu yang telah dilakukan, terdapat dua stesen yang mengalami

suhu yang tinggi iaitu di stesen kawasan lapang (40℃ ) dan stesen binaan bangunan (42 ℃). Hal

ini kerana, terdapat banyak bangunan konkrit yang memantul banyak haba. Di samping itu,

terdapat dua stesen cerapan yang mencatat suhu yang rendah iaitu kawasan badan air (33℃) dan

Page | 19
020105131188

kawasan hijau (32℃). Hal ini demikian, kerana terdapat litupan tumbuhan yang menyerap haba

dan mengawal peningkatan suhu.

5.2 Pengaruh guna tanah terhadap perbezaan suhu di SMK Marudi

Kawasan badan air merupakan kawasan cerapan yang mengalami suhu yang rendah di

kawasan kajian. Hal ini demikian, kerana kawasan ini diliputi oleh tumbuhan hijau seperti

pokok-pokok dan kolam. Tumbuhan hijau yang terdapat di kawasan badan air berperanan

sebagai pelindung daripada cahaya matahari memantul ke permukaan bumi. Tumbuhan-

tumbuhan juga berperanan untuk menyerap karbon dioksida daripada udara dan

menyederhanakan suhu setempat kerana karbon dioksida bersifat panas. Tambahan lagi, proses

transpirasi amat penting yang akan mengawal suhu di kawasan kajian.

Kawasan binaan bangunan merupakan kawasan yang mengalami suhu yang paling tinggi.

Hal ini kerana, kawasan binaan bangunan memounyai banyak bangunan konkrit dan

memantulkan haba. Contohnya, bangunan sekolah, bangunan-bangunan pentadbiran dan

bangunan asrama. Bangunan konkrit bersifat memantul baha daripada sinaran matahri yang

menyebabkan kawasan binaan bangunan menjadi panas terutamanya pada waktu siang. Oleh itu,

bangunan konkrit menjadi punca utama peningkatan suhu di kawasan kajian.

Kawasan hijau atau hutan pula merupakan kawasan yang mempunyai banyak tumbuhan

hijau. Hal ini telah menyebabkab kawasan hijau mempunyai suhu yang rendah walapun pada

waktu siang kerana tumbuhan bersifat menyerap haba. Tumbuhan-tumbuhan hijau juga

berperanan sebagai penapis cahaya dan menghalang baha memaluinya. Hal ini juga

Page | 20
020105131188

menunjukkan bahawa tumbuhan hijau amat penting untuk memastikan suhu di kawasan hijau

sentiasa rendah.

Foto 5 : Bangunan blok F

Foto 6 : kawasan hutan SMK Marudi

5.3 Cadangan mengurangkan peningkatan suhu di SMK Marudi


Page | 21
020105131188

5.3.1 Membina taman tema


Membina taman tema oleh guru dan pelajar di kawasan lapang SMK Marudi. Taman
tema ini akan ditanam dengan tumbuh-tumbuhan hijau dan bunga-bungaan.Pembinaan
taman tema ini sangat sesuai di stesen cerapan 1 iaitu kawasan lapang kerana bagi
mengurangkan suhu di kawasan tersebut. Taman tema ini juga amat sesuai untuk
menyederhanakan suhu persekitaran. Tambahan pula, kawasan tersebut sangat luas dan
sesuai untuk menanam tumbuhan dan bunga yang pelbagai. Taman tema ini bukan sahaja
dapat menguramngkan peningkatan suhu dan dapat mencantikkan serta menceriakan
kawasan sekolah.

5.3.2 Membina kolam air pancut

Pengkaji juga memberi cadangan kepada pihak sekolah untuk membina kolam air
pancut di kawasan sekolah SMK Marudi kerana bagi melembapkan suhu persekitaran.
Kolam air pancut ini bukan sahaja dapat mengurangkan peningkatan suhu malah dapat
memastikan suhu lembap, suhu lebih rendah dan memperbaiki alam sekitar.

5.3.3 Penanaman semula pokok-pokok

Penanaman semula pokok-pokok dilakukan di SMK Marudi kerana telah ditebang


untuk membina bangunan asrama IBS yang terletak di kawasan lapang berumput. Dengan
penanaman semula pokok-pokok dapat mengurangkan peningkatan suhu menjadi lebih
rendah. Hal ini kerana, terdapat kanopi tumbuhan yang menapis sinaran matahari menebus
terus ke permukaan bumi malah dapat membantu menyerap karbon dioksida di udara.
Penanaman semula pokok-pokok ini perlulah dilakukan secara teratur dan berperingkat
supaya dapat memastikan kawasan sekolah ini terlindung daripada pemanasan global.

5.3.4 Mengadakan Kempen 1 Murid 1 Bunga

Page | 22
020105131188

Kempen 1 Murid 1 Bunga ini boleh dilaksanakan di sekolah yang memberi peluang
dan pengalaman kepada semua pelajar untk menanam bunga. Bunga adalah tumbuhan
yang sangat sesuai untuk ditanam di kawasan sekolah kerana ia dapat menceriakan dan
mencantikkan kawasan persekitaran. Bunga-bunga ini juga akan diletakkan di sebuah
pasu sederhana besar supaya kelihatan lebih cantik. Bunga akan ditanam di kawasan
bangunan konkrit iaitu dewan terbuka SMK Marudi. Kempen ini boleh dilaksanakan
selama seminggu sekali dalam sebulan.

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, melalui kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, pengkaji telah berjaya

melakar peta lokasi kajian di SMK Marudi. Pengkaji juga berjaya menghuraikan teknik

pengukuran yang digunakan sepanjang kajian. Misalnya, mengukur jarak dalam meter bagi 4
Page | 23
020105131188

stesen cerapan di SMK Marudi. Pengkaji juga dapat mengenalpasti stesen cerapan yang paling

tinggi dan paling rendah suhu berdasarkan guna tanah yang berbeza. Contohnya, stesen cerapan 2

iaitu bangunan konkrit merupakan suhu paling tinggi daripada stesen cerapan yang lain. Pengkaji

juga berjaya mempersembahkan hasil kajian dalam bentuk foto dan lakaran serta menjelaskan

hasil kajian mengikut kawasan kajian. Pengkaji juga berjaya mencatat data bagi setiap suhu bagi

4 stesen cerapan yang berbeza dalam bentuk jadual dan mempersembahkan dalam bentuk graf

yang sesuai bagi menggambarkan data yang lebih jelas dan tepat. Selain itu, pengkaji juga dapat

mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan suhu di kawasan SMK Marudi supaya

dapat menyederhanakan suhu persekitaran.

Selain itu, sepanjang menjalankan kajian pengkaji juga berjaya mempelajari pelbagai nilai

murni. Nilai-nilai ini diperolehi melalui pengalaman pengkaji dalam menjalankan kajian.

Antaranya, nilai kerjasama. Pengkaji mendapati dalam melaksanakan kajian, kerjasama dalam

kumpulan adalah amat penting bagi memastikan kajian yang dilaksanakan berjaya. Sebagai

contoh, pengkaji dan ahli kumpulan bekerjasama dalam melakukan pengukuran suhu dan jarak

dan merekodkan data. Seterusnya, pengkaji juga mempelajari nilai disiplin dalam melaksanakan

kajian. Pengkaji mendapati bahawa nilai disiplin diri amat penting dalam melaksanakan kajian

terutama sekali dalam ketepatan masa. Hal ini demikian, kerana dengan menepati masa kita dapat

menjalankan kajian dan menyiapkan kajian dalam masa yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, melalui kajian yang telah dijalankan, pengkaji juga telah mempelajari perasaan

cinta akan alam sekitar. Perasaan ini timbul semasa pengkaji memerhatikan keadaan sekeliling di

kawasan SMK Marudi. Keindahan dan kehijauan alam sekitar yang terdapat dalam kawasan

SMK Marudi telah menyentuh hati pengkaji untuk menghargai dan mencintai alam sekitar

Page | 24
020105131188

dengan lebih dalam. Pengkaji juga sedar bahawa hutan dan tumbuh-tumbuhan di dalamnya amat

penting kerana ia merupakan pembekal oksigen yang merupakan komponen penting untuk sistem

pernafasaan manusia. Selain itu, hutan juga penting kerana hutan berfungsi sebagai khazanah

negara yang paling berharga.

7.0 SENARAI RUJUKAN

BUKU

Hj. Rusly Musa dan Hjh Nur ashikin Abdullah. Teks Pra-U STPM Geografi Penggal 3. Petaling

Jaya: SASBADI SND.BHD

Haji Rusly Bin Musa. Teks Rujukan Geografi STPM. Bandar Jengkang: Local Publication

AKHBAR

Berita Harian Online.‘‘Pemanasan global : Aras laut naik 1.3 meter pada 2100”.Berita Harian

Online.9 Mei 2020.

https://www.bharian.com.my/amp/dunia/lain-lain/2020/05/686854/pemanasan-global-aras-laut-

naik-13-meter-pada-2100

INTERNET

Google Maps.Peta Daerah Marudi. http://maps.google.com.my/. (4 disember 2021)

TERBITAN RASMI KERAJAAN/PETA

Jabatan Ukuran dan Pemetaan Malaysia. 2008. Siri MY91001R, EDISI 1-PPNM MIRI

8.0 LAMPIRAN

Page | 25
020105131188

Foto 7 : Pelajar Geografi 2020

Foto 8 : Pelajar Geografi 2020

Page | 26

You might also like