You are on page 1of 142

PANDUAN PELAKSANAAN

MODUL USRAH SUMUR

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
CYBERJAYA
2017

0
PANDUAN PELAKSANAAN MODUL USRAH SUMUR
KELUARAN PERTAMA 2017
© Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

Diterbitkan oleh :
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia

1
KANDUNGAN

Jawatankuasa Penerbitan 3
Panel Pembina Modul Usrah SUMUR 4
Kata-Kata Aluan Pengarah BPI KPM 6
Pendahuluan : Objektif Usrah SUMUR 7
Pengisian Usrah SUMUR 9
Adab-Adab Usrah SUMUR 10
Modul Berbudi Bahasa 11
Modul Jati Diri 71
Modul Penampilan Diri 99
Modul Cara Hidup Islam (Mutadayyin) 122
Penghargaan 141

2
JAWATANKUASA PENERBITAN

Penasihat :
Tn Hj Wan Ramdzan b Wan Mamat
Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam KPM

Pengerusi :
Pn Hjh Kamariah bt Isa
Timbalan Pengarah
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI KPM

Timbalan Pengerusi I :
Pn Farhana bt Abd Rashid
Ketua Sektor
Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI KPM

Timbalan Pengerusi II :
Tn Hj Arifuddin b Abd Hamid
Ketua Sektor
Sektor Dakwah dan Kepimpinan
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI KPM

3
PANEL PEMBINA MODUL USRAH SUMUR
Ketua :
Ust Mohd Zamri bin Mohamed Noor
Ketua Unit, Unit Akhlak dan Nilai Murni
Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI KPM

Pembantu :
Ust Muhd Zulhilmi bin Haron
Penolong Pengarah, Unit Akhlak dan Nilai Murni
Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI KPM

Ahli Panel :
Ust Wan Zayuhisham bin Wan Yusoff
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Ust Ismail bin bin Husain


Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu
Negeri Sembilan

Ust Mohd Khusairi bin Che Ismail


SMK Bahau 2 (MAHSAN), Bahau, Negeri Sembilan

Ust Mohd Fazli bin Abdul Manaf


SK Sungai Melut (A), Sepang, Selangor

Ust Mohd Afandie bin Yahaya


SK Kg. Baharu Lanjut, Sepang, Selangor

Ust Khairul Azwar bin Ab Razak


SK Puchong Utama, Puchong, Selangor

4
Ustazah Suraya bt Md Saad
SMK Puchong Perdana, Puchong, Selangor

Ustazah Fa’izah bt Md Khamis


SMK Pandan Jaya, Hulu Langat, Selangor

Ustazah Azarina bt Karim


SAM Hulu Langat, Kajang, Selangor

Ustazah Rabiatun Adawiah bt Che Ramly


SMK Bukit Tinggi, Klang, Selangor

Ustazah Rodziah bt Idris


SMK Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Pembaca Proof :
Ustazah Maryati bt Mohd Amin
SMK Convent (M) Kajang, Hulu Langat, Selangor

Ustazah Fatimah bt Bunyamin


SK Desa Jasmin, Hulu Langat, Selangor

5
KATA –KATA ALUAN

Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmat serta keizinan-
Nya telah memungkinkan usaha untuk menerbitkan Panduan Pelaksanaan
Modul Usrah bagi Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) yang akan
digunapakai di sekolah-sekolah KPM seluruh negara.

Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersungguh-
sungguh dalam usaha menjayakan penghasilan panduan pelaksanaan modul
ini. Semoga segala usaha tersebut diberi ganjaran sebaik-baiknya di sisi Allah
SWT.

Besarlah harapan saya agar semua guru dan murid dapat menjalankan aktiviti
usrah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan melaksanakannya hanya
kerana Allah SWT.

Akhirnya, marilah sama-sama kita berdoa agar segala usaha kita ini akan
mendapat keredhaan Allah SWT.

Sekian, terima kasih

Tn Hj Wan Ramdzan bin Wan Mamat


Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
6
PENDAHULUAN : OBJEKTIF USRAH SUMUR

1. Al-Ta’aruf (berkenalan)

Berkenalan antara satu sama lain merupakan objektif utama dalam


pelaksanaan aktiviti usrah. Setiap ahli hendaklah mengenali antara satu sama
lain serta berkasih sayang dalam erti kata mereka perlu menyedari dan
memahami pengertian persahabatan sejati sesama saudara. Ahli juga
digalakkan berusaha bersungguh-sungguh supaya tiada sebarang perkara
yang boleh mengeruhkan hubungan tersebut.

2. Al-Tafahum (persefahaman)

Objektif kedua aktiviti usrah ialah tafahum atau persefahaman. Kita


dituntut sepanjang masa untuk berpegang teguh kepada kebenaran. Setelah
memeriksa diri sendiri, maka hendaklah saling nasihat menasihati antara satu
sama lain apabila ada kekurangan pada saudara yang lain.

Dalam memberi nasihat, yang diberi nasihat hendaklah bersedia


menerima nasihat daripada saudaranya dan berterima kasih atas nasihat
tersebut. Manakala pemberi nasihat pula, janganlah berburuk sangka terhadap
saudaranya yang tersilap tadi walaupun perubahan hati itu sekadar jarak
sehelai rambut sekalipun.

Nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik dan tidak memandang
rendah terhadap saudara yang dinasihati. Pemberi nasihat janganlah
menganggap dirinya lebih mulia bahkan hendaklah memberi nasihat dengan
cara tidak melahirkan secara terang kesilapan saudaranya itu dan tidak
menceritakan kecacatan yang telah diperhatikannya kepada orang lain. Ia
hendaklah menceritakan hal itu kepada ketua usrah jika merasa tidak berdaya
untuk memperbaikinya.

7
Dalam apa jua keadaan sekalipun, janganlah sekali-kali kita merasa
tawar hati terhadap saudara yang bersalah tadi, malah hendaklah memberikan
kasih sayang kepadanya sehinggalah berlaku apa-apa perubahan yang
dikehendaki. Saudara yang diberi nasihat pula janganlah menunjukkan
kedegilan dan sikap keras kepalanya kepada pemberi nasihat.

3. Al-Takaful (bantu-membantu / perseimbangan)

Al-Takaful (At-Ta’awun) atau bantu-membantu adalah memelihara nasib


sesama sendiri hingga tiada yang terbiar dan terdampar. Objektif al-takaful ini
hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk bersama-sama
memikul bebanan dan tanggungjawab secara bersama. Untuk mencapai
objektif al-takaful ini kita hendaklah sentiasa bertanya khabar berita, saling
menziarahi dan saling memberi pertolongan sedaya mungkin.

Kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli usrah untuk


mencapai objektif usrah ini dengan sebaik mungkin. Kita mesti saling percaya
mempercayai dan menjaga kerahsiaan sesama ahli usrah. Oleh yang
demikian, laksanakanlah amanah dan tugas ini dengan penuh keikhlasan,
istiqamah dengan perjuangan yang benar dan berusaha ke arah mewujudkan
suasana persahabatan sejati di kalangan anggota usrah. Mudah-mudahan
hidup kita akan diberkati khususnya untuk membentuk negara Malaysia yang
aman damai dan makmur berteraskan kepada perpaduan pelbagai kaum yang
ada di seluruh negara.

8
PENGISIAN USRAH SUMUR

1. Membentangkan permasalahan dan kesalahan


Setiap ahli usrah hendaklah membentangkan permasalahan dan kesulitan
yang dihadapi, kemudian ahli yang lain dalam kumpulan usrah turut
mengambil berat untuk menolong anggota mengatasi masalah tersebut.

2. Bermuzakarah
Kita digalakkan bermuzakarah iaitu bertukar-tukar pendapat berkaitan semua
perkara dalam kehidupan seharian. Hendaklah menatap risalah-risalah dan
taklimat yang diedarkan. Dalam setiap pertemuan usrah, janganlah ada
sebarang pertengkaran dan pertikaman lidah. Muzakarah hendaklah
merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar tatatertib dan
dengan cara menghargai pendapat yang datang daripada semua pihak.

3. Kajian buku
Kita juga digalakkan mengadakan kajian yang berfaedah mengenai sesebuah
kitab yang bermutu. Apabila sesuatu kajian berjaya dilakukan, maka hendaklah
beralih untuk membincangkan isi kandungannya secara bersama dalam
menjayakan erti ukhuwwah yang sebenar.

4. Program tambahan
Dalam usaha mengukuhkan ikatan persaudaraan di kalangan ahli usrah, maka
perkara berikut perlu diambil berat :

 Mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan sebagainya.


 Mengadakan perkelahan riadhah pada setiap hari.
 Memupuk nilai saling ziarah menziarahi antara ahli dalam kumpulan usrah.
 Mewujudkan nilai simpati dan empati dalam diri setiap ahli usrah.
 Saling bekerjasama dan memupuk nilai kekitaan di kalangan ahli usrah.

9
ADAB-ADAB USRAH SUMUR

1. Mengikhlaskan niat.

2. Datang ke tempat usrah tepat pada waktu yang ditetapkan.

3. Meminta izin untuk masuk dan keluar usrah serta memberi salam/ucap
selamat sebelum masuk usrah.

4. Datang ke majlis usrah dalam keadaan bersih tubuh badan dan pakaian.

5. Datang ke majlis usrah dengan persiapan dan membawa keperluan yang


diperlukan contohnya buku catatan.

6. Hadir aktiviti usrah dengan hasrat untuk mengukuhkan persaudaraan dan


berazam untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

7. Jangan mengangkat suara yang tinggi melebihi keperluan, tidak banyak


ketawa dan tidak banyak bergurau serta tidak banyak bertengkar.

8. Sentiasa berusaha untuk merapatkan persaudaraan di kalangan ahli usrah.

9. Berada dalam keadaan sopan santun dan berbincang dengan baik dalam
segala perkara yang dibangkitkan.

10. Bersalaman dan bermaafan selepas selesai sesi usrah.

10
MODUL
BERBUDI
BAHASA

11
MODUL : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Hormat Menghormati

CIRI-CIRI : Memberi salam/bertegur sapa ketika bersua

AKTIVITI : Simulasi Salam

MASA : 30 minit

BAHAN : Nyanyian lagu yang mengandungi perkataan


“Assalamualaikum”.
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :

 Menyatakan konsep salam menurut Islam.


 Melafazkan ucapan salam dengan sempurna.

LANGKAH :
 Ahli diminta menyanyikan lagu komersial yang
mengandungi perkataan “Assalamualaikum”di corong-
corong radio.
 Ahli memberi sumbang saran galakan memberi salam
dan menjawab salam.
 Naqib merumuskan aktiviti dengan sebuah kisah
tentang Rasulullah s.a.w. berkaitan salam.

REFLEKSI : Mendahulukan memberi salam dan mengamalkannya


dalam kehidupan seharian.

12
LAMPIRAN:

Adab pertama
 Urutan salam yang disabdakan Rasulullah s.a.w dalam
hadis riwayat Bukhari adalah sebagai berikut:
o Orang berkenderaan memberi salam kepada
yang berjalan.
o Orang yang berjalan memberi salam kepada
orang yang duduk
o Rombongan yang sedikit memberi salam kepada
rombongan yang lebih banyak
o Yang kecil (muda) memberi salam kepada yang
besar (tua)
Adab Kedua
 Adab mendahulukan salam. Rasulullah SAW
mengajar kita untuk memberi salam lebih awal
daripada orang lain. Orang yang memulakan salam
ialah orang yang paling mulia.
 Hadis: sabda Rasulullah SAW :
”Seutama-utama manusia bagi Allah adalah yang
mendahulukan salam” (riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Adab Ketiga
 Adab menjawab salam setara atau lebih. Apabila ada
seseorang yang memberi salam kepada kita, maka
sebaik-bainya kita memberikan jawapan yang sama
(setara). Contohnya ucapan “Assalamualaikum”
dijawab dengan “Waalaikumussalam”
Adab Keempat
 Adab berjabat tangan. Selain mengucapkan salam,
akhlak yang indah bagi seorang muslim ketika bertemu
dengan saudaranya adalah berjabat tangan dengan
erat.
 Hadis: Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW,:
“Wahai Rasulullah, jika seseorang dari kami bertemu
dengan saudaranya apakah harus menunduk-
nunduk?.” Rasulullah SAW menjawab, ”Tidak!”.
Tanyanya sekali lagi, “Apakah merangkul kemudian
menciumnya?” Jawab Rasulullah SAW,”Tidak!”.
Tanyanya sekali lagi, “Apakah meraih tangannya
kemudian menjabatnya?” Jawab Rasulullah SAW,
“Ya!”. (riwayat Muslim)
13
 Selain memiliki nilai ukhuwah, berjabat tangan juga
menghapus dosa antara dua orang muslim yang
melakukannya. Hendaklah berjabat tangan sesama
mahram atau sesama jantina.
 Hadis: Rasulullah SAW bersabda:
”Tidaklah dua orang muslim yang bertemu kemudian
berjabat tangan kecuali Allah akan mengampuni dosa
keduanya sampai mereka melepaskan jabatan
tangannya”. (riwayat Abu Daud)
Adab kelima
 Berwajah manis iaitu memberi senyuman dan
penampilan yang menyenangkan.
 Tidak memalingkan muka iaitu berusaha untuk
menatap orang ketika berjabat tangan.
 Hadis: Sabda Rasulullah SAW:
“Jangan kalian meremehkan kebaikan sedikit pun,
meskipun hanya wajah yang manis saat bertemu
dengan saudaramu”. (riwayat Bukhari)

14
MODUL : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Hormat Menghormati

CIRI-CIRI : Mengutamakan orang dewasa dalam kebanyakan hal

AKTIVITI : Say… “Hello!”

MASA : 30 minit

BAHAN : Gambar atau kad imbasan dengan kata sapaan.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :

 Mengenal pasti cara sapaan yang sesuai kepada


orang dewasa dari aspek panggilan.

LANGKAH :  Ahli usrah menyebut contoh sapaan semasa di


rumah bersama ahli keluarga masing-masing.
 Ahli usrah menyebut mengenai sebab sapaan
tersebut digunakan.
Contoh-contoh panggilan kepada orang dewasa
seperti “Tuan”, “Puan”, “Encik”, “Cik”, “Pak Long” dan
sebagainya.
 Naqib menjelaskan kesesuaian sapaan mengikut
protokol.

REFLEKSI : Hormat menghormati ialah amalan Rasulullah SAW.

15
LAMPIRAN

Kata Ganti Dan Sapaan dalam Masyarakat

Hubungan Umur Kata Ganti Diri


Erat Lebih tua daripada Pak, pak cik, mak, mak cik
penutur/
Separuh umur
Lebih Erat Lebih tua daripada Pak cik + nama
penutur/ Pak + nama
Separuh umur Contoh : Pak cik Man
Pak Abu
Mak cik + nama
Mak + nama
Contoh : Mak cik Limah
Mak Bedah
Kurang Jauh lebih tua daripada Tok + nama
Rapat penutur Contoh : Tok Munah
Rapat Jauh lebih tua daripada Pangkat dalam keluarga
penutur Contoh : Tok Cik
Nek + gelaran pangkat
dalam keluarga
Contoh : Nek Ngah
Rapat Lebih tua daripada Abang + nama
penutur Contoh: Abang Zaki

Kak + nama
Contoh : Kak Tijah
Rapat Lebih muda daripada Nama sahaja (jika diketahui
penutur namanya)
Kalau tidak tahu digunakan
panggilan adik sahaja.
Rapat Sebaya Nama sahaja
Kurang rapat Sebaya Saudara (lelaki)
Saudari (perempuan)

16
MODUL : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Hormat Menghormati

CIRI-CIRI : Berdiri Ketika Bercakap Dengan Orang Lebih Dewasa

AKTIVITI : Cer Respek Sikit

MASA : 30 minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :

 Menyenaraikan cara menghormati guru.


 Menunjukkan simulasi menghormati guru.

LANGKAH :
 Naqib meminta ahli usrah menyebut cara-cara
menghormati guru.
 Tunjuk cara menghormati guru seperti berdiri,
tunduk hormat, ucapan dengan nada sopan,
senyum dan sebagainya.
 Naqib membuat rumusan tentang perbuatan tunjuk
hormat yang betul apabila bercakap dengan orang
yang lebih dewasa.

REFLEKSI : Hormat menghormati ialah amalan sunnah Rasulullah


SAW.

17
MODUL : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Hormat Menghormati

CIRI-CIRI : Berlapang Dada Dengan Perbezaan Pendapat

AKTIVITI : Telur @ Ayam?

MASA : 30 minit

BAHAN : Gambar ayam dan gambar telur.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :

 Menyatakan maksud perbezaan pandangan dalam


sesuatu perkara.
 Mengetahui adab-adab perbezaan pandangan
dalam sesuatu perkara.

LANGKAH :
 Perbincangan tentang teka teki tentang kewujudan
ayam atau telur.
 Setiap ahli berpeluang memberi pandangan
masing-masing.
 Naqib merumuskan bahawa setiap
hujah/pandangan mestilah berdasarkan al-Quran
dan al-Sunnah.

REFLEKSI :  Menghormati pandangan orang lain.


 Perbezaan pendapat ialah satu rahmat.

18
19
MODUL : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Hormat-menghormati

CIRI-CIRI : Menerima Kekurangan Dan Kelebihan Tanpa Syarat

AKTIVITI : Sebutan Pantas

MASA : 30 minit.

BAHAN : Gambar lori merah dan kuning, jari tangan.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :

 Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan dimiliki


oleh setiap orang.

LANGKAH :  Ahli diminta menyebut frasa ‘Red Lorry Yellow


Lorry’ secara bergilir-gilir.
 Ahli diminta menyebut frasa ‘Red Lorry Yellow
Lorry’ secara berulang-ulang.
 Naqib membuat penilaian ke atas setiap ahli
seterusnya membuat rumusan ; ahli yang lancar
menunjukkan ‘kelebihan’ dan ahli yang tergagap
adalah sebaliknya.
 Naqib meminta ahli melihat jari masing-masing
dan membuat refleksi.
 Naqib mengaitkan aktiviti menyebut frasa di atas
dengan fungsi jari.

REFLEKSI : Setiap manusia mempunyai kelebihan dan


kelemahan umpama lima jari; jempol (ibu jari) yang
selalu berkata baik; telunjuk yang suka memerintah;
jari hantu yang sombong, paling panjang dan
menghasut jari telunjuk; jari manis menjadi teladan
baik dan sabar sehingga diberi hadiah cincin dan
kelingking yang lemah tetapi menurut perintah.
Namun, mereka tetap bersatu dan saling melengkapi.

20
21
MODUL : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Tolong-menolong

CIRI-CIRI : Memberi Pertolongan Tanpa Dipinta

AKTIVITI : Pro-aktiflah Sikit

MASA : 30 minit

BAHAN : Pen, wang

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :

 Menerangkan konsep tolong-menolong dalam


kehidupan.
 Menyenaraikan bentuk-bentuk pertolongan yang
boleh dihulurkan.

LANGKAH :  Naqib membawa banyak barang (buku, beg dan


sebagainya)
 Naqib menilai tindakan/reaksi daripada ahli sama
ada menghulurkan bantuan atau sebaliknya
 Naqib membuat rumusan tentang reaksi tersebut.

REFLEKSI : Bersikap pro-aktif dalam menghulurkan pertolongan.

22
MODUL : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Tolong-menolong

CIRI-CIRI : Ikhlas Memberi Pertolongan

AKTIVITI : Hitam Itu Menawan

MASA : 30 minit

BAHAN : Kertas berwarna hitam saiz A4.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :

 Menyatakan pengertian bantu-membantu.


 Menyatakan ciri-ciri ikhlas dalam bantu-membantu.

LANGKAH :  Naqib meminta pandangan ahli tentang bencana


alam yang berlaku sejak akhir-akhir ini yang
memerlukan perhatian dan bantuan contohnya
banjir di Malaysia.
 Naqib menerangkan bahawa setiap bantuan perlu
ikhlas.
 Naqib menuliskan sesuatu di atas kertas tersebut
menggunakan pensil tanpa dilihat oleh semua ahli.
 Naqib meminta ahli meneliti kertas hitam dan
meminta mereka menyatakan gambar yang terdapat
pada kertas tersebut.
 Naqib merumuskan dengan mengaitkan antara
bantuan dan sifat ikhlas berdasarkan perumpaan
kertas hitam dan aktiviti tadi.

REFLEKSI : Kertas hitam sama seperti keikhlasan dalam beramal


seumpama seekor semut yang hitam, berada di atas
batu yang hitam, di malam yang gelap gelita.

23
MODUL : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Tolong-menolong

CIRI-CIRI : Mengambil berat terhadap orang di sekeliling

AKTIVITI : Sharing Is Caring, Caring Is Loving

MASA : 30 minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :

 Menyatakan kepentingan bekerjasama dalam


pasukan
 Menyenaraikan kesan buruk jika tidak bekerjasama
dalam pasukan.
 Menerangkan langkah-langkah mengukuhkan
kerjasama secara konsisten.

LANGKAH :  Naqib melukiskan lambang ‘love’ lalu bertanya


kepada ahli usrah tentang cinta kepada Allah
dengan cinta sesama manusia
 Naqib meminta maklum balas ahli usrah tentang
keutamaan dalam cinta.
 Naqib menceritakan kisah pengorbanan Hanzalah
r.a. dalam perang Uhud.
 Naqib membuat rumusan pengajaran kisah
Hanzalah r.a. yang mengutamakan cinta kepada
agama Islam yang dapat menyelamatkan seluruh
umat manusia .

REFLEKSI : Tolong-menolong dalam perkara kebaikan.

24
LAMPIRAN :

Kisah Hanzalah RA yang baru dinikahkan pada malam sebelum


esoknya terjadi perang Uhud. Kisah yang meruntun jiwa apabila seorang
sahabat nabi yang rela meninggalkan isteri demi menyahut panggilan
jihad. Sementara Hanzalah RA tidak pasti sama ada malam itu adalah
malam pertama bersama isteri tercinta atau malam perpisahan dia
bersama dengan isteri yang dicintainya itu.

Keesokannya, Hanzalah RA terjaga daripada tidurnya apabila terdengar


gendang perang yang dibunyikan. Ini kerana tentera islam mendapat
tentangan yang hebat dalam suasana yang genting itu. Hanzalah RA
dengan gagah menyiapkan diri untuk pergi bertempur tanpa memikirkan
urusan dunia demi menegakkan agama Allah SWT.

Perang yang berlaku pada mulanya dimenangi oleh pasukan Islam


tetapi mengalami kekalahan apabila pasukan memanah yang
ditugaskan berkawal di atas Bukit Uhud turun merebut harta rampasan
perang. Ketika inilah pasukan tentera Musyrikin menyerang balas, akan
tetapi beberapa tentera tetap teguh bertahan bersama Rasullulah SAW
termasuklah Hanzalah RA. Dia terus bertahan demi membuktikan
kecintaan kepada Rasullulah SAW. Dia maju menghadap Abu Sufian bin
Harb dan menebas kaki kuda Abu Sufian dari belakang sehingga Abu
Sufian terjatuh daripada kudanya. Pada saat itulah Syaddad bin Aswad
membantu Abu Sufian melawan Hanzalah RA dengan melempar
lembing daripada belakang yang mana menebusi dada Hanzalah RA.
Maka Hanzalah RA gugur syahid.

Apabila perang Uhud berakhir, para sahabat mengumpulkan jasad para


syahid yang gugur di medan Uhud. Melihat jasad Hanzalah RA yang
berlumuran darah, mereka kagum adanya rintik-rintik air mengalir dari
dahinya seperti butiran mutiara yang jatuh daripada sela rambutnya.
Perkara ini menjadi misteri dalam kalangan sahabat.

Rasullulah SAW bersabda :


"Sesungguhnya aku melihat malaikat memandikan Hanzalah bin Amir
RA di antara langit dan bumi dengan air awan dari bejana yang
diperbuat daripada perak."

25
Para sahabat tercengang-cengang mendengar berita ini. Salah seorang
dari mereka, Abu Said Saidi pergi melihat mayat Hanzalah RA.
Wajahnya sungguh tenang dan dari rambutnya kelihatan titisan air
berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah RA mendapat layanan
istimewa dari malaikat malahan wafatnya sebagai syuhada
menjadikannya sebagai penghuni syurga yang tanpa dihisab.

"Barangsiapa yang menafkahkan dua barang di jalan Allah SWT maka


dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga, wahai hamba Allah ini adalah
kebaikan. Barangsiapa yang termasuk ahli solat maka dia akan
dipanggil dari pintu solat, siapa yang termasuk ahli jihad maka dia akan
dipanggil dari pintu jihad, siapa yang ahli puasa maka ia akan dipanggil
dari pintu Rayyan dan siapa yang ahli sedekah maka ia akan dipanggil
dari pintu sedekah. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Sesungguhnya di dalam syurga ada seratus tingkatan yang telah Allah


SWT sediakan untuk para mujahid di jalan-Nya, setiap dua tingkatan
jarak antara keduanya laksana antara langit dan bumi, jika kalian
memohon kepada Allah SWT maka mintalah syurga Firdaus ,
Sesungguhnya letaknya di tengah tingkatan tertinggi dari syurga dan di
atasnya ‘Arasy Allah SWT yang Maha Luas Rahmat-Nya, daripadanya
terpancar sungai-sungai syurga. (Hadis Riwayat Bukhari)

26
MODUL : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Tolong-menolong

CIRI-CIRI : Kebolehan Memahami dan Merasai Penderitaan


Sebenar Orang lain (Empati)

AKTIVITI : Sehati Sejiwa

MASA : 30 minit

BAHAN : Panadol /paracetamol/ubat yang pahit.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :

 Menyatakan penderitaan ialah satu ujian Allah


kepada manusia.
 Menyenaraikan kepentingan sifat empati terhadap
orang lain.

LANGKAH :  Naqib menunjukkan Panadol kepada ahli usrah lalu


bertanya tentang pengalaman mereka memakan
ubat yang pahit.
 Naqib mengaitkan rasa pahit ubat yang menjadi
penawar kepada sakit dengan pengalaman pahit
dalam hidup yang menjadi pendorong kejayaan.
 Naqib meminta beberapa orang ahli usrah
menceritakan peristiwa pahit/sedih yang pernah
dialami.
 Ahli usrah menceritakan pengalaman masing-
masing
 Ahli yang mendengar dibenarkan memberi
pandangan
 Naqib menilai reaksi daripada ahli usrah.
 Naqib membuat rumusan tentang reaksi tersebut.

REFLEKSI : Menyelami penderitaan orang lain memberi keinsafan


dan melahirkan rasa syukur.

27
LAMPIRAN :

Empati Simpati

Maksudnya melakukan sesuatu Pengertian simpati adalah


kepada orang lain Jadi dengan melakukan sesuatu kepada orang
kata lain empati adalah lain dengan menggunakan cara
kemampuan kita dalam memberi yang baik dan menyenangkan
maklumbalas terhadap keinginan menurut pandangan kita.
orang lain yang tidak terucap
secara lisan. Kemampuan memberi
maklumbalas seperti ini dapat
meningkatkan hubungan yang erat
dengan orang lain.

Empati adalah suatu perasaan Simpati adalah suatu perasaan


hiba yang muncul saat kita melihat hiba yang muncul saat kita melihat
seseorang dalam kesusahan dan seseorang dalam kesusahan tetapi
terus bertindak seperti terus tidak membuat apa-apa tindakan.
menghulur bantuan dan
menyelesaikan masalahnya.

28
MODUL : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Tolong-menolong

CIRI-CIRI : Bersungguh-sungguh Memberikan Bantuan dan


Pertolongan
AKTIVITI : The Power Of Sadaqah

MASA : 30 minit

BAHAN : Kertas A4, pen.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :

 Menyatakan tiga bentuk bantuan kepada yang


memerlukan.
 Menyenaraikan tiga langkah untuk memupuk sikap
tolong-menolong.

LANGKAH :  Ahli diminta melukiskan gambar sebatang pokok


yang bercabang tujuh.
 Ahli bebas melukis bilangan buah yang mereka
kehendaki pada setiap cabang pokok.
 Ahli usrah menilai dan memberi pandangan
terhadap lukisan ahli-ahli yang lain.
 Naqib membuat kaitan sedekah seumpama sebiji
benih yang akan tumbuh menjadi sebatang pokok
yang mana setiap dahannya mengeluarkan buah
yang banyak.
 Naqib membuat rumusan tentang reaksi tersebut.

REFLEKSI : Bersifat ringan tulang, suka bersedekah, suka


menolong dan sebagainya meningkatkan rezeki pada
masa hadapan

29
LAMPIRAN :

LIMA KELEBIHAN SEDEKAH :

1. Allah mengampunkan dosa. Setiap kali bersedekah ucapkanlah


“Dengan nama-Mu Ya Allah, aku memberi sedekah ini ya Allah.
Ampunkan dosa-dosaku ya Allah.”

2. Allah menambahkan rezeki. Setelah Allah mengampunkan dosa,


maka rezeki yang tidak disangka-sangka akan dikurniakan melimpah-
ruah.

3. Allah menyembuhkan penyakit. Penyakit jasmani yang memerlukan


perbelanjaan yang besar dan penyakit rohani yang penuh dengan sifat
mazmumah seperti sombong dan bongkak akan dapat disembuhkan
menerusi pemberian sedekah.

4. Allah menolakkan bala yang bakal datang. Ada kemungkinan bala


yang bakal datang akan menyukarkan urusan kita. Allah akan
memudahkan urusan kita jka kita memudahkan urusan orang lain yang
memerlukan sedekah daripada kita.

5. Allah memanjangkan umur. Hadis: Dari Amru bin Auf r.a. katanya
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam
itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan
teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap
sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).
(Riwayat Bukhari)

30
MODUL : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Mengenang Budi / Menghargai

CIRI-CIRI : Mengucapkan Terima Kasih Atas Sesuatu Pemberian


Dan Pertolongan.

AKTIVITI : Syukur Selalu

MASA : 30 minit

BAHAN : Gula-gula

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :

 Menyebut ucapan terima kasih sebagai tanda


penghargaan atas pemberian yang diterima.
 Menyenaraikan tiga sebab perlu berterima kasih.

LANGKAH :  Naqib mengedarkan gula-gula kepada setiap ahli.


 Naqib mengenalpasti ahli yang mengucapkan terima
kasih
 Naqib membuat rumusan dengan menyebut ucapan
terima kasih dalam pelbagai bahasa.
 Naqib meminta ahli menyenaraikan sebab-sebab
perlu berterima kasih.

REFLEKSI : Menzahirkan kesyukuran melalui ucapan terima kasih


dan menunjukkan cara memberi penghargaan kepada
seseorang contohnya memberi hadiah.

Terima Kasih

Syukran

Nandre

Sey sey

Arigato Haik

31
32
MODUL : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Mengenang Budi / Menghargai

CIRI-CIRI : Memberikan Tanda Ingatan Sempena Peristiwa


Bermakna Kepada individu

AKTIVITI : Dariku Untukmu

MASA : 30 minit

BAHAN : Kertas A4 dan pen.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :

 Menyatakan keperluan memberi penghargaan


sempena peristiwa yang bermakna kepada individu.
 Menjelaskan perasaan masing-masing setelah
menerima penghargaan.

LANGKAH :  Ahli diminta menulis nama dan tarikh lahir masing-


masing dalam sehelai kertas.
 Naqib mengumpulkan dan mengedarkannya semula
kepada orang yang berbeza.
 Ahli membuka kertas tersebut dan mengenalpasti
pemilik kertas tersebut dan memberi ucapan selamat
hari lahir kepada individu yang lahir pada tiga bulan
yang hampir.
 Naqib membuat rumusan tentang reaksi tersebut.

REFLEKSI :
َ َ‫ع َذا ِبى ل‬
‫شدِيد‬ َ ‫َواِ ْذ تَأَذَّ َّن َربُّ ُك ْم لَئِ ْن‬
َ ‫ش َك ْرت ُ ْم ََل َ ِزي َدنَّ ُك ْم َولَئِن َكفَ ْرت ُ ْم ا َِّن‬
Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya
jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu,
dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu
amat pedih.”

Surah Ibrahim : 7

33
MODUL : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Mengenang Budi / Menghargai

CIRI-CIRI : Menzahirkan Penghormatan Dalam Perlakuan

AKTIVITI : Super Spontan

MASA : 30 minit

BAHAN : Koleksi gambar tingkah laku hormat/kad imbasan bertulis


arahan.
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :

 Menunjukkan cara memberi penghormatan ketika


bertemu.
 Menyenaraikan tiga tingkah laku sopan secara spontan
dalam kehidupan.

LANGKAH :  Ahli melakonkan aksi spontan berdasarkan arahan


dalam kad imbasan/koleksi gambar tingkah laku
contohnya perkataan ‘bertemu’. Ahli akan melakonkan
aksi berjabat tangan.

Contoh koleksi gambar situasi/tulisan pada kad


- situasi pertemuan (berjabat tangan)
- berjalan di hadapan orang tua ( tundukkan badan)
- orang tua melintas jalan (dipimpin)
 Naqib menilai tindakan/reaksi daripada ahli.
 Naqib membuat rumusan tentang reaksi tersebut.

REFLEKSI : Membudayakan amalan mulia dalam kehidupan seharian.

34
LAMPIRAN :

35
MODUL : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Mendengar nasihat dan mematuhi sebarang arahan


yang ditetapkan
CIRI-CIRI : Mengenang Budi / Menghargai Budi

AKTIVITI : Radio Rosak

MASA : 30 Minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :

 Bersedia menerima nasihat dan arahan yang


diberikan
 Memberi perhatian dan fokus semasa arahan
diterima

LANGKAH :  Naqib menerangkan cara permainan dikendalikan.


 Peserta diminta berada dalam satu barisan yang
lurus dalam jarak sedepa antara satu sama lain
 Naqib memberi arahan kepada seorang ketua
kumpulan secara rahsia (Berbisik)
 Ketua kumpulan akan menyampaikan arahan yang
diterima kepada peserta kedua secara rahsia
(berbisik), arahan tersebut akan diteruskan sehingga
peserta yang terakhir.
 Ahli usrah yang terakhir diminta tampil ke hadapan
dan menyebut semula arahan yang telah diterimanya.

REFLEKSI : Sentiasa bersedia untuk menerima dan menjalankan


arahan dengan tepat.

Katak ketip kuku kakinya.

Kawan baik katak, kodok bertanya,


“kenapa katak ketip kuku kakinya?”

Kata Katak, “kuku kakinya memang


kena ketip”.

Kodok kata,36“ Kutip kuku lepas ketip”.


MODUL : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Sentiasa menziarahi keluarga, rakan dan individu tertentu

CIRI-CIRI : Mengenang budi/ menghargai

AKTIVITI : Syoknya Raya

MASA : 30 Minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyatakan sebahagian adab berziarah
 Menyebut kelebihan berziarah

LANGKAH :  Naqib memberi gambaran situasi pada hari perayaan


 Ahli usrah diminta menceritakan pengalaman masing-
masing ketika menyambut hari raya bersama keluarga
 Naqib menyebut tentang amalan ziarah yang
merupakan aktiviti utama semasa perayaan
 Naqib membuat rumusan adab berziarah dan kelebihan
daripada aktiviti berziarah

REFLEKSI : Setiap Muslim adalah bersaudara. Oleh itu, adalah wajar


amalan ziarah-menziarahi dibudayakan dalam kehidupan
seharian. Ziarah dapat menghubungkan dan merapatkan
ikatan persaudaraan

37
MODUL : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Laras Bahasa

CIRI-CIRI : Penggunaan Intonasi Suara dan Bahasa Badan sesuai

AKTIVITI : KUL1M (Kuliah Satu Minit)

MASA : 30 Minit

BAHAN : Sampul surat berisi teks ucapan

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menggunakan intonasi suara yang sesuai dengan
bahasa badan
 Menggunakan intonasi yang sesuai dan menarik
perhatian seseorang
LANGKAH :
 Naqib mengedarkan sampul surat berisi arahan
tugasan secara rawak
 Setiap ahli yang menerima tugasan diminta untuk
membacakan teks mengikut intonasi yang sesuai
 Setiap ahli usrah diberikan peluang untuk memberi
komentar daripada ucapan tersebut
 Naqib membuat rumusan tentang teknik pengucapan
yang betul

REFLEKSI : Intonasi suara dan bahasa badan yang sesuai dapat


mempengaruhi pendengar dalam menyebarkan dakwah.

38
LAMPIRAN :

ADAB MENYAMPAIKAN UCAPAN :

 Berselawat sebelum menyampaikan ucapan


 Mewujudkan suasana mesra dengan khalayak
 Jangan tergesa-gesa menyampaikan ucapan
 Memulakan dengan bercerita pendek berkenaan tajuk ceramah
 Sentiasa memuji khalayak dan selalu senyum
 Bercakap dengan sopan dan tertib
 Berdiri dengan yakin
 Memandang khalayak di hadapan
 Jangan menghentam khalayak atau mengutuk
 Layan pertanyaan dengan adil
 Tegaskan idea utama sebelum berhenti
 Mohon kemaafan sebelum berhenti

PETUA KOMUNIKASI BERKESAN :

 ACCURATE (TEPAT) Maklumat yang disampaikan mesti betul,


tepat dan boleh dipercayai
 BRIEF(RINGKAS) Maklumat disampaikan secara padat dan
mudah difahami
 CLEAR (JELAS) Jelas dari segi suara, alat bantu, penjelasan dan
ayat
 DIRECT (LANGSUNG) Berterus-terang dan tidak berbelit
 EASY (MUDAH) Penyampaian maklumat secara mudah dan tidak
mengelirukan
 FAST (LANCAR) Penyampaian maklumat mesti lancar, tiada
sebarang gangguan
 GOOD TASTE (SEDAP DENGAR) Menggunakan bahasa yang
bagus, sopan, ada jenaka dan memuji

39
CARA MENINGKATKAN KREDIBILITI SEMASA MENYAMPAIKAN
UCAPAN / CERAMAH :

 Bersifat dinamik, bertenaga, aktif dan bersungguh-sungguh (minat)


 Konsisten sepanjang sesi ucapan / ceramah
 Keramahan seperti bersifat mesra dengan khalayak, anggap
khalayak lebih tahu, mohon kerjasama
 Kejujuran dan bercakap benar
 Keikhlasan dalam menyampaikan maklumat
 Memberi penekanan terhadap mesej utama / penting
 Menjawab soalan-soalan khalayak sebaik mungkin
 Prihatin terhadap khalayak
 Kepakaran dalam bidang diperkatakan
 Punya daya tarikan peribadi seperti cara bercakap, berpakaian,
kepetahan berhujah dsb.

40
Contoh Teks Ucapan :

TEKS UCAPAN

KETUA PENGAWAS

SEMPENA

SAMBUTAN HARI GURU SMKCJ

PADA

29 MEI 2016

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih saudara pengerusi majlis.

Yang berusaha,
Puan Rozita Binti Ahmad - Pengetua SMKCJ
Puan Sofia Nor Binti Molhit - Penolong Kanan
Encik Othman Bin Omar - PK HEM
Puan Anita Mazlina Bt Azman Arash - PK Kokurikulum
Encik Termizi Bin Mohd Tahir - PK Petang

Yang dihormati,
Ketua-ketua bidang,
Guru-guru Cemerlang,
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG
Guru-guru,
Kakitangan sekolah,
Dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.

41
Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan terima kasih kerana diberi
peluang mengungkapkan kata-kata dan menyusun bicara pada hari
yang penuh bersejarah ini. Sebaris kata P.Ramlee, tiada kata secantik
bahasa, tiada gambar secantik lukisan, untuk dicurahkan perasaan.
Sebagai mewakili lebih daripada 2000 orang pelajar SMKCJ di sini, ingin
saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru”
kepada seluruh warga pendidik yang pernah mengajar kami, walaupun
di mana jua berada.

Gurulah yang menjadi arkitek untuk pembinaan tamadun sesuatu


bangsa. Sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara ini
dimulakan oleh para guru. Merekalah yang meniup api kebencian
terhadap penjajah sehingga bangkitlah semangat nasionalisme yang
kental dalam kalangan rakyat. Usaha membangunkan rakyat melalui
Dasar Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Negara juga
diletakkan di pundak para guru. Lahirnya pemimpin ternama, pakar
bedah, peguam terkenal, usahawan terulung, jurutera, angkasawan,
dan sesiapa sahaja yang membangunkan negara ini juga bermula
daripada jasa guru. Jelaslah bahawa guru berperanan untuk membina
Negara bangsa.

Guru-guru dan rakan seperjuangan sekalian,


Ingin saya ungkapkan betapa syukurnya dan bertuahnya kerana
berpeluang menerima didikan di SMK Cheras Jaya ini. Para gurunya
amat berdedikasi dan komited dalam menjalankan tanggungjawab. Para
guru juga sanggup berkorban masa dan tenaga demi kejayaan anak-
anak didikannya. Istilah jemu dan keluhan tidak pernah menerpa ke
kuping telinga kami. Oleh itu, saya menyeru rakan-rakan dan adik-adik
sekalian untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru. Usahlahlah

42
dihimpunkan segala kesumat di dada walau sekelumit sekali pun.
Marilah kita sama-sama mengucapkan ungkapan keramat ‘Selamat Hari
Guru’.

Akhirul kalam, selaku Ketua Pelajar ingin memohon maaf kerana


sambutan hari guru di sekolah ini tidaklah semeriah mana, namun begitu
kepada kami, kecil atau besar sesuatu majlis itu bukanlah kayu
pengukur kepada penghargaan seorang ahli usrah kepada gurunya.
Sesungguhnya insan yang bergelar guru ialah insan yang paling mulia di
sisi-Nya.

Sekian, terima kasih.

43
MODUL : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Laras Bahasa

CIRI-CIRI : Penggunaan bahasa yang sopan dan lembut

AKTIVITI : 5S5T (5 Situasi + 5 Tempat Berbeza)

MASA : 30 Minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Bercakap menggunakan bahasa yang sopan dan
lembut
 Menyatakan kelebihan bercakap dengan bahasa
yang betul dan sopan

LANGKAH :  Ahli usrah diberi tugasan melafazkan gaya


percakapan di lima tempat berdasarkan situasi yang
berbeza:
a. Kaunter bank (meminta bantuan untuk mengisi
borang)
b. Klinik kerajaan (bertanya lokasi bilik rawatan)
c. Padang bola (meminta bantuan untuk
mendapatkan peralatan)
d. Stesen bas ( mendapatkan kepastian platform bas
yang akan
dinaiki)
e. Restoran (cara memanggil pelayan restoran)
 Setiap ahli usrah dibahagikan tugas untuk membawa
watak percakapan situasi di atas
 Naqib membuat rumusan perbincangan berdasarkan
hadis riwayat Imam Muslim

REFLEKSI :
َ ‫س ِل َم ْال ُم ْس ِل ُمونَ ِمن ِل‬
‫سانِ ِه َويَ ِد ِه‬ َ ‫ا َ ْل ُم ْس ِل ُم َمن‬

“Orang Islam ialah orang yang menjaga kesejahteraan


orang Islam yang lain dengan lidahnya dan tangannya”.
(Riwayat Imam Muslim)

44
MODUL : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Bercakap perkara bermanfaat dalam topik berkaitan

CIRI-CIRI : Laras Bahasa

AKTIVITI : Huraian Ayat Al-Quran, Hadis & Kata-kata Hukama’

Al-Quran, al-Ahzab : 70

َ ‫هللا َوقُولُواْ قُوال‬


‫شدِيدا‬ َ ْ‫يَايُّ َها ال ِذِّينَ ا َ َمنُواْ اتَّقُّوا‬
“Wahai Orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada
Allah dan katakanlah perkataan yang tepat”

Kata-kata hukama’:

ُ ‫ع ِن يُ ْغنِي اَالَ َد‬


‫اب‬ َ ‫ب‬ َ ‫ا َ ْل ِح‬
ِ ‫سا‬
“Kesantunan mencukupkan kita dari kedudukan
(kehormatan)”

MASA : 30 Minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Bercakap menggunakan bahasa yang sopan dan
lembut
 Menyatakan kelebihan bercakap dengan bahasa
yang betul dan sopan.

LANGKAH :  Naqib membacakan sepotong ayat al-Quran, Hadis


dan kata-kata hukama’
 Sumbang saran dalil yang dibaca di atas
 Naqib membuat rumusan

REFLEKSI : Islam sangat menekankan aspek adab dalam


percakapan

45
LAMPIRAN :

46
MODUL : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Penggunaan Kata-kata penghormatan yang tetap

CIRI-CIRI : Laras Bahasa

AKTIVITI : Salutasi Majlis

MASA : 30 Minit

BAHAN : Kertas A4, Pen & Lampiran Salutasi

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyebut sapaan yang sesuai dengan kedudukan
seseorang semasa dalam majlis
 Menyenaraikan kelebihan sapaan yang betul dalam
majlis

LANGKAH :  Ahli usrah membuat cabutan nombor giliran sebagai


Pengacara Majlis :
o Kejohanan Sukan Sekolah
o Majlis Khatam Al-Quran
o Majlis Mesyuarat Agung PIBG
o Majlis Anugerah Kecemerlangan
o Majlis Pelancaran Minggu 3K

 Ahli usrah berkolaboratif untuk mengacara majlis

REFLEKSI : Budi Bahasa Budaya Kita

47
LAMPIRAN :

Contoh Teks Pengacara Majlis :

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN


FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-10 TAHUN 2014

DIRASMIKAN OLEH:
YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI ABDULLAH BIN MUHAMMAD DIN
PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA

TARIKH:
23 JUN 2014 (ISNIN)

TEMPAT:
PUSAT DAKWAH ISLAMIAH NEGERI SEMBILAN

MASA TENTATIF TEKS UCAPAN EMCEE


8.00 Kontinjen
pagi Mengambil Tempat
9.00 Ketibaan Tetamu
pagi Jemputan
9.20 Ketibaan Wakil
pagi Pengarah
Pendidikan JPNS
9.30 Ketibaan Pengarah Ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji
pagi Bahagian Abdullah Bin Muhammad Din,
Pendidikan Islam Pengarah Bahagian Pendidikan
KPM Islam, Kementerian Pendidikan
Malaysia
diiringi barisan tetamu-tetamu
kehormat, hadirin mohon berdiri.

48
Nyanyian Lagu Hadirin warga dewan yang budiman,
Negaraku
Majlis dimulakan dengan nyanyian
lagu Negaraku dan alunan Asma Ul-
Husna.
Asma Ul-Husna
(Hadirin dipersilakan berdiri/bersedia)

Hadirin dipersilakan duduk.
Salutasi Protokol Bismillahirrahmanirrahim.
Dan Ucapan Assalamualaikum wbt, Salam
Pembukaan Emcee Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
**Salutasi (Rujuk lampiran)
**Alhamdulillah (pujian dan selawat)
Alhamdulillah, bersyukur kita ke
hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya jua, maka hari ini, waktu
ini, berhimpun erat kita di sini,
tersemat di lipatan nurani, kita hadir
dengan hati yang tulus suci, kami
sambut dengan kejernihan hati.
Selamat datang, selamat bertandang
ke Dewan Besar Pusat Dakwah
Islamiah Negeri Sembilan untuk
sama-sama kita menjayakan Majlis
Perasmian Penutupan Festival
Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia Peringkat
Kebangsaan Kali Ke-10 Tahun 2014.

49
Bacaan Doa Al-Quran mukjizat bahasa tersusun,
Indah alunan tersemat di hati,
Majlis dimula doa dipohon,
Semoga rahmat berkat menanti.
Hadirin warga dewan yang dikasihi,
Mudah-mudahan majlis memperoleh
keberkatan dan kerahmatan,
muslimin muslimat, marilah kita
bersama-sama, menadah tangan
merafak rasa syukur ke hadrat Allah
SWT, dengan itu majlis dengan
sukacitanya mempersilakan al-Fadhil
Tuan Haji Amir Rahman Bin Abas
untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
Amin, amin, amin ya rabbal ‘alamin.
Terima kasih al-Fadhil Tuan Haji Amir
Rahman Bin Abas atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.
(Sedikit pengenalan pembaca doa,
jika perlu)
Hadirin, warga dewan, pemangkin
kegemilangan negara,
Terlebih dahulu, majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada:
Yang Berbahagia Tuan Haji Abdullah
Bin Muhammad Din,
Pengarah Bahagian Pendidikan

50
Islam, Kementerian Pendidikan
Malaysia,

Yang Berusaha Tuan Pakharuddin


Bin Haji Ghazali, Ketua Sektor
Jaminan Kualiti, mewakili Yang
Berbahagia Dato’ Pengarah
Pendidikan, Jabatan Pendidikan
Negeri, Negeri Sembilan, tetamu-
tetamu jemputan dan hadirin, atas
kesudian hadir menjayakan Majlis
Perasmian Penutupan Festival
Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia Peringkat
Kebangsaan Kali Ke-10 Tahun 2014,
bertemakan al-Quran Menjana
Transformasi Ummah Wasatiah.

Sesungguhnya, kehadiran tuan-tuan


dan puan-puan menambah lagi seri
majlis kita pada hari ini, dan bersama
kita jayakan dengan semangat
bermuafakat, mudah-mudahan
bermuafakatnya kita akan membawa
keberkatan, ibarat langkah sederap,
selenggan seayun, tetap sehati,
ibarat pohon dicabut, layu dianjak
mati.

51
Persembahan Hadirin warga dewan yang budiman,
Multimedia
Membuka tirai majlis kita pada pagi
ini, marilah kita bersama-sama
menyaksikan persembahan tayangan
multimedia sempena Festival Nasyid
Sekolah-Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia Peringkat
Kebangsaan Kali Ke-10 Tahun 2014.
Sama-sama kita saksikan.

Begitulah tadi persembahan
tayangan multimedia yang cukup
hebat dan mempesonakan yang telah
disediakan oleh Pejabat Pendidikan
Daerah Rembau, Negeri Sembilan.
Diucapkan tahniah dan terima kasih!

Ucapan Alu-Aluan Tidak meriah majlis jika tiada paluan


Pengarah kompang,
Pendidikan JPNS Tidak berseri majlis jika tiada tetamu
yang datang,
Tidak lengkap acara jika tamu
kehormat tidak berbicara.

Hadirin warga dewan penjana


transformasi pendidikan negara,

52
Majlis dengan sukacitanya
menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha Tuan Pkharuddin Bin Haji
Ghazali, Ketua Sektor Jaminan
Kualiti, mewakili Yang Berbahagia
Dato’ Pengarah Pendidikan, Jabatan
Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan,
untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Terima kasih Yang Berusaha Tuan


Pkharuddin Bin Haji Ghazali, Ketua
Sektor Jaminan Kualiti Jabatan
Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan
atas ucapan alu-aluan itu tadi. Wajah
nan molek, penyegar mata, ungkapan
terlakar, tertanam di jiwa.

Ucapan Perasmian Di sini ada putera puteri yang


Pengarah Bahagian mendaulatkan bangsa,
Pendidikan Islam, Di sini ada pendidik yang tiada putus
KPM asa,
Di sini ada pejuang agama yang amat
berjasa,
Di sini ada pemimpin yang berjiwa
mulia,

53
Hadirin, warga dewan pemangkin
kegemilangan negara,

Seterusnya, majlis dengan penuh


hormat dan takzim menjemput dan
mempersilakan Yang Berbahagia
Tuan Haji Abdullah Bin Muhammad
Din, Pengarah Bahagian Pendidikan
Islam, Kementerian Pendidikan
Malaysia, untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis Perasmian Penutupan Festival
Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia Peringkat
Kebangsaan Kali Ke-10 Tahun 2014.
Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Terima kasih Yang Berbahagia Tuan


Haji Abdullah Bin Muhammad Din,
Pengarah Bahagian Pendidikan
Islam, Kementerian Pendidikan
Malaysia, atas ucapan perasmian
penutupan itu tadi.

54
Ucapan Pengerusi Keputusan pertandingan telah berada
Jemaah Hakim Dan di tangan,
Pengumuman Apa yang dinanti, apa lagi ditunggu,
Keputusan ayuh mari kita saksikan.

Hadirin, muslimin muslimat yang


dikasihi,

Sekarang tibalah masanya yang


ditunggu-tunggu, dengan itu majlis
mempersilakan En. Mohamad Sayuti
Bin Omar, Ketua Jemaah Hakim
untuk membuat rumusan dan
mengumumkan keputusan
pertandingan. Dipersilakan.

Terima kasih En. Mohamad Sayuti


Bin Omar, Ketua Jemaah Hakim atas
rumusan dan pengumuman itu tadi.

Sekalung penghargaan dan tahniah


diucapkan kepada semua kontinjen
yang telah berjaya!

Sesungguhnya, adat pertandingan,


ada yang kalah, ada yang menang.
Inilah hakikat kehidupan. Dari Perlis
hingga ke Sabah, alunan nasyid

55
bergema dipalu indah. Menang atau
kalah, tetap teguh berdiri, eratkan
ukhwah, semaikan bakti, gigih
berusaha, menyampaikan dakwah.
Kerana kita semua adalah pemenang,
pejuang yang tidak pernah kenal erti
kekalahan, ayuh, kita berikan
tepukan gemuruh kepada semua
peserta!
Perjalanan kontinjen-kontinjen ke
pentas kebangsaan, bukanlah satu
perjalanan yang mudah.
Sememangnya memerlukan
pengorbanan yang tinggi, semangat
juang yang tiada tara, kerjasama
berpasukan yang tiada tandingan dan
sokongan padu yang tidak pernah
luntur.

Inilah yang kita impikan, kita


harapkan dan kita doakan, semoga
usaha murni ini akan terus
berkekalan dan berpanjangan serta
memperoleh keberkatan dari Allah.
Teruskan berdakwah di mana jua kita
berada, menyemai perpaduan,
mengikat kasih dan mengakar
ketakwaan kepada Yang Maha Esa.

56
Persembahan Bersarang merbah di Kuala Langat,
Johan Festival Manisnya madu pabila dimakan,
Nasyid 2014 Suasana meriah bertambah hangat,
Johan festival nasyid, kami
tampilkan.

Terimalah persembahan daripada


Johan Festival Nasyid Sekolah-
Sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali
Ke-10 Tahun 2014, dipersilakan
kumpulan
………………………………………………
Sama-sama kita saksikan.
Begitulah tadi persembahan yang
hebat, mantOp dan mempesonakan.
Tahniah dan terima kasih diucapkan.
Penyampaian Orang berbudi kita berbahasa, orang
Hadiah Dan memberi kita merasa,
Cenderamata
Hadirin yang dikasihi,
Majlis menjemput dan mempersilakan
Yang Berusaha Tuan Pkharuddin Bin
Haji Ghazali, Ketua Sektor Jaminan
Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri,
Negeri Sembilan dan Yang Berusaha
Puan Hajah Kamariah Binti Isa,
Timbalan Pengarah Pengurusan

57
Dakwah Dan Syiar Islam, Bahagian
Pendidikan Islam mengiringi Yang
Berbahagia Tuan Haji Abdullah Bin
Muhammad Din, Pengarah Bahagian
Pendidikan Islam, Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk
menyampaikan hadiah dan
cenderamata. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Ketua Kontinjen

Majlis penyampaian hadiah dan


cenderamata, dimulakan dengan
penyampaian hadiah kepada ketua-
ketua kontinjen negeri. Dipersilakan:
(Rujuk Lampiran)

Hakim

Seterusnya, penyampaian hadiah


kepada barisan jemaah hakim.
Dipersilakan:
(Rujuk lampiran)

58
Kategori Sekolah Rendah
(Rujuk lampiran)
Seterusnya, penyampaian hadiah
festival nasyid kategori sekolah
rendah,
1) Johan:
2) Tempat kedua:
3) Tempat ketiga:

4) Penciptaan lagu tema terbaik:

5) Penciptaan lirik tema terbaik:

6) Penciptaan lirik sukatan pelajaran


pendidikan Islam terbaik:

7) Anugerah solo terbaik:

8) Sagu hati:
(Rujuk lampiran)
Kategori Sekolah Menengah
(Rujuk lampiran)
Seterusnya, penyampaian hadiah
festival nasyid kategori sekolah
menengah,
1) Johan:
2) Tempat kedua:
3) Tempat ketiga:

59
4) Penciptaan lagu tema terbaik:

5) Penciptaan lirik tema terbaik:

6) Penciptaan lirik sukatan pelajaran


pendidikan Islam terbaik:

7) Anugerah solo terbaik:

8) Sagu hati:
(Rujuk lampiran)

Johan Keseluruhan
Seterusnya johan keseluruhan
Festival Nasyid Sekolah-Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
Peringkat Kebangsaan Kali Ke-10
Tahun 2014, dipersilakan
………………………………………………

Penyampaian Cenderamata Pengarah


BPI

Sebagai tanda kenang-kenangan,


majlis menjemput dan
mempersilakan Yang Berbahagia
Tuan Haji Abdullah Bin Muhammad
Din, Pengarah Bahagian Pendidikan
Islam, Kementerian Pendidikan

60
Malaysia untuk menyampaikan sijil
penghargaan kepada tetamu-tetamu
kehormat. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

1) Dipersilakan:
Pusat Dakwah

2) Dipersilakan:
Yang Berusaha Tuan Pkharuddin Bin
Haji Ghazali, Ketua Sektor Jaminan
Kualiti, mewakili Yang Berbahagia
Dato’ Pengarah Pendidikan, Jabatan
Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan,

Dan, sebagai pihak tuan rumah,


majlis mempersilakan Yang Berusaha
Tuan Pkharuddin Bin Haji Ghazali,
Ketua Sektor Jaminan Kualiti,
mewakili Yang Berbahagia Dato’
Pengarah Pendidikan, Jabatan
Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan
untuk menyampaikan cenderamata
kepada Yang Berbahagia Tuan Haji
Abdullah Bin Muhammad Din,
Pengarah Bahagian Pendidikan
Islam, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Dipersilakan.

61
Terima kasih diucapkan kepada Yang
Berbahagia Tuan Haji Abdullah Bin
Md Din Yang Berusaha Tuan
Pkharuddin Bin Haji Ghazali dan
Yang Berusaha Puan Hajah Kamariah
Binti Isa atas kesudian
menyampaikan hadiah dan
cenderamata itu tadi.

Jamuan Ibarat jika berkayuh telah sampai ke


hulu,
Jika belayar telah sampai ke
pelabuhan,
Jika berjalan telah sampai ke
destinasi,
Jika berjuang tiada noktah terhenti.

Tuan-tuan dan puan-puan, warga


dewan yang dikasihi,
Kita telah pun berada di penghujung
acara,
Sebelum mengakhiri majlis, daripada
kami dan jawatankuasa,
Kalau kami tersalah adap, kalau kami
tersalah anggap,
Yang patut tak dipatutkan, yang
dahulu dikemudiankan,

62
Kok tutur bicara menyentuh hati, kok
tingkah laku nampak tak sudah,
Umpama jauh menjunjung duli,
sudah dekat mengangkat sembah.

Sesungguhnya, segala jasa dan


pengorbanan
Khidmat bakti tuan-tuan dan puan-
puan,
Dalam memastikan visi dan misi
kementerian dapat dilaksanakan,
Tidaklah dapat kami ucapkan dengan
kata-kata,
Tidak dapat kami rungkaikan dengan
perbuatan,
Dan tidak mungkin terbalas dengan
gunungan intan,
terutamanya..
Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Barisan Jemaah Hakim yang arif lagi
dedikasi,
Pihak tuan rumah Jabatan
Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan,
Pusat Dakwah Islamiah Negeri
Sembilan,
Ketua-Ketua Sektor Jabatan
Pendidikan Negeri dan wakil,

63
Pengetua-pengetua, guru besar-guru
besar,
Kontinjen-kontinjen negeri, guru-guru
pengiring, peserta-peserta dan
semua yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam
menjayakan Festival Nasyid Sekolah-
Sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali
Ke-10 Tahun 2014.

Hanya Allah S.W.T yang bisa


membalas jasa dan budi kalian
semua. Semoga kejayaan dan
kecemerlangan akan terus menjadi
milik kita bersama, insya-Allah.

Sidang hadirin dipohon untuk terus


berada di dewan ini.
Dan, majlis menjemput dan
mempersilakan Yang Berbahagia
Tuan Haji Abdullah Bin Muhammad
Din, Pengarah Bahagian Pendidikan
Islam, Kementerian Pendidikan
Malaysia diiringi tetamu-tetamu
kehormat ke bilik jamuan yang telah
disediakan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

64
Majlis Bersurai Wabillahi taufiq wal hidayah,
wassalamualaikum wbt.
Majlis disudahi dengan surah al-Asr
dan tasbih kaffarah. Wallahu taala
a’lam.

*Emcee mengendalikan sesi bergambar di pentas*


Mohd Kushairi Bin Che Ismail

65
Sapaan Hormat
Pergaulan tak sengaja (formal)

Kata ganti diri Orang yang ditujukan


Tuan Orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi
daripada penutur (dari segi status pekerjaan)
Dirujuk kepada orang yang menjadi Pengerusi Majlis
Contoh : Tuan Penngerusi Majlis

Digunakan bersama nama / jenis jawatan


Contoh : Tuan Pengetua

Orang yang menjawat jawatan kadi, imam, hakim,


doctor.
Contoh : Tuan Hakim

Digunakan sebagai rujukan hormat kepada hadirin


lelaki dalam sesuatu upacara rasmi.
Contoh : Tuan-tuan sekalian

Pemilik harta
Contoh : Tuan rumah, Tuan tanah, Tuan kedai

Orang yang bergelar seperti Haji, Profesor


Contoh : Tuan Haji Shukor, Tuan Profesor

Encik Orang lelaki yang mempunyai status yang lebih


tinggi daripada penutur

Orang lelaki yang baru dikenali dan difikirkan


mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada
penutur
Puan Orang perempuan yang sudah berkahwin
Orang perempuan yang memegang jawatan
Contoh : Puan Pengetua

Rujukan hormat kepada hadirin wanita dalam


sesuatu upacara rasmi
Contoh : Puan-puan sekalian.
Cik Orang perempuan yang belum kahwin
Orang perempuan yang berjawatan lebih tinggi
daripada penutur.

66
Saudara (lelaki) / Orang yang baru dikenali
Saudari
(perempuan) Kaki tangan bawahan atau setaraf dengan penutur

Sebagai rujukan kepada hadirin dalam sesuatu


majlis

Digunakan dalam mesyuarat dan majlis perdebatan

b. Gelaran warisan

Gelaran Bahasa Sapaan


Tun Gelaran ini tidak perlu diberi rujukan Tuan,Puan,
Toh Puan Encik atau Cik kecuali mempunyai gelran lain seperti
Tan Sri Doktor, Profesor , Tengku atau Haji.
Puan Sri
Datin Paduka Contoh : Tun Dr. Ismail
Tan Sri Tengku Ahmad

c. Gelaran Kurniaan Ikhtisas

Gelaran Bahasa Sapaan


Profesor Bentuk panggilan serupa dengan gelaran ikhtisas
Doktor yang ada pada mereka.
Cikgu Contoh : seseorang guru agama dipanggil Ustaz
Ustaz
Kata sapaan Tuan / Puan boleh diletakkan sebelum
gelaran Profesor dan Doktor.
Contoh : Tuan Doktor, Puan Profesor

d. Gelaran Keagamaan

Gelaran Bahasa Sapaan


Haji Tuan Haji / Pak Haji Osman

Hajah Puan Hajah / Mak hajah Esah /


Cik Haji (bagi lelaki / perempuan)

Imam Tuan Imam

Lebai Pak Lebai

67
Protokol

Protokol Panggilan Hormat

Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar, Yang memerintah


 Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan
Agong.
 Duli Yang Maha Mulia Tuanku……..(nama)
 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku……(nama)
 Duli Yang Maha Mulia Sultan………(nama)
 Duli Yang Maha Mulia Almutawakkil Alallah……(nama)
 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan …….(nama)
Yang Dipertua Negeri / Perwakilan Negara-negara Asing /
Duta Besar / Duta / Pesuruhjaya Tinggi
 Tuan Yang Terutama

Raja Muda / Tengku Mahkota / Raja Di-Hilir Perak


 Duli Yang Teramat Mulia Tuanku……(nama)
 Duli Yang Amat Mulia Tuanku…….(nama)
 Yang Amat Mulia Undang……..(nama)
 Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku……(nama)

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri / Menteri Besar / Ketua


Menteri /
Menteri-menteri / Timbalan Menteri / Pegawai Tinggi Kerajaan
Negeri / Pegawai /
Kaki Tangan Kerajaan

 Yang Amat Berhormat


 Yang Amat Berhormat Mulia
 Yang Berhormat
 Yang Berhormat Mulia
 Tuan Yang Dipertua
 Yang Mulia Tuan Yang Dipertua
 Yang Berhormat Senator
 Yang Berhormat Mulia Senator

68
Tun / Toh Puan / Kerabat Diraja / Syed / Syarifah
 Yang Amat Berbahagia
 Yang Amat Mulia
 Yang Mulia

Ketua Hakim Negara / Hakim Besar / Hakim


 Yang Amat arif Tuan Ketua Hakim Negara
 Yang Amat Arif Tengku….
 Yang Arif Tuan Hakim Besar / Tuan Hakim

Tan Sri / Puan Sri / Datuk Seri / Datin Seri / Datuk Patinggi /
Datin Patinggi / Datuk / Datuk Amar / Datin / Datin Paduka
 Yang Berbahagia
 Yang Mulia (untuk kerabat diraja)

Mufti / Kadi / Haji / Hajah


 Yang Berbahagia Tuan Mufti
 Sahibussamahah tan Sri/ Datuk Mufti…..(nama)
 Yang Mulia ( kerabat diraja)
 Yang Mulia Tuan Haji
 Yang Mulia Puan Hajah

Ketua Pengarah / Pengarah / Setiausah / Setiausaha Agung /


Pengurus Besar / Pengurus

 Yang Berbahagia

Residen / Pegawai Daerah / Penghulu /


Orang Kaya-raya/ Sidang

 Yang Berbahagia

Ustaz / Ustazah / Imam / Pengetua / Guru Besar / Pemangku Ketua

 Yang Berbahagia

69
Syed / Syarifah / Profesor / Profesor Madya / Drs / Dra / Encik / Nik /
Wan / Abang / Megat / Meor / Ahmad / Cik / Puteri / Pengerusi Majlis

 Yang Mulia Tuan Syed


 Yang Berbahagia Tuan…
 Yang Mulia Cik…
 Yang Mulia Tuan / Puan Pengerusi

70
MODUL
JATI DIRI

71
MODUL
: Jati Diri
KRITERIA
: Kepercayaan Kepada Tuhan
CIRI-CIRI
: Keyakinan wujudnya Tuhan
AKTIVITI : Sorok Ayam

MASA :
30 minit
BAHAN
: Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
 Menyatakan sekurang-kurangnya dua sifat Allah SWT.

LANGKAH :  Naqib menggunakan teknik penceritaan. (lampiran


cerita)
 Naqib bersoal-jawab dengan ahli usrah tentang cerita
yang disampaikan.
Soalan:-
1. Apa pengajaran yang kamu dapat melalui cerita ini?
2. Kenapa ahli usrah tersebut dipuji oleh gurunya?
3. Apakah nilai yang sepatutnya diterapkan dalam diri
anda sebagai
seorang pelajar?
 Naqib membuat rumusan terhadap maklum balas ahli
usrah.

REFLEKSI :  Allah SWT Maha Mengetahui semua perkara yang


berlaku walau di mana sahaja kita berada.

“Terdapat sepuluh orang ahli usrah akan menamatkan ilmu pengajiannya,


lalu mereka pun menghadap tuan gurunya. Sebelum pulang ke kampung
masing-masing, setiap orang ahli usrah tersebut telah diberikan seekor
ayam oleh tuan gurunya. Guru itu mengarahkan setiap orang ahli usrah
menyembunyikan ayam tersebut daripada pandangan orang lain. Masing-
masing menyembunyikan ayam tersebut. Setelah selesai, mereka
berkumpul semula. Semua ahli usrah dapat menyembunyikan ayam
kecuali seorang. Lalu gurunya bertanya “Mengapa kamu tidak mengikut
arahan saya untuk menyembunyikan ayam tersebut?” Jawab ahli usrah
itu, “Bagaimana saya ingin menyembunyikannya sedangkan Allah SWT
mengetahui di mana sahaja saya sembunyikan ayam ini.” Tindakan beliau
telah dipuji oleh gurunya.
72
MODUL :
Jati Diri
KRITERIA :
Kepercayaan Kepada Tuhan
CIRI-CIRI :
Mematuhi segala ajaran
AKTIVITI :
“Your Responsibility”
MASA :
30 minit
BAHAN : Kertas Mahjung dan marker pen

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyatakan tanggungjawab masing-masing mengikut
bahagian yang diberi.

LANGKAH :  Ahli usrah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan


dibekalkan dengan kertas mahjung dan marker pen.
 Setiap kumpulan diminta membuat Peta i-Think tentang
tanggungjawab sebagai anak, pelajar dan pemimpin.
 Naqib meminta setiap kumpulan membentangkan hasil
kerja mereka.
 Naqib merumuskan hasil pembentangan setiap
kumpulan.

REFLEKSI :  Setiap manusia mempunyai tanggungjawab dan setiap


tanggungjawab akan dipersoalkan kelak.

*Peta I-Think sebagai lampiran.

73
MODUL :
Jati Diri
KRITERIA :
Kepercayaan Kepada Tuhan
CIRI-CIRI :
Bersyukur atas nikmat yang dikurniakan
AKTIVITI : Mari Jadi Komposer

MASA :
30 minit
BAHAN : Kertas A4 dan pen

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima nikmat yang
dikurniakan oleh Allah SWT

LANGKAH :  Ahli usrah dibahagikan kepada tiga kumpulan.


 Naqib meminta setiap kumpulan memilih sebuah lagu
dan mengubah lirik tersebut bertemakan syukur.
 Setiap kumpulan dikehendaki menyanyikan lagu
tersebut di hadapan.
 Naqib meminta setiap kumpulan memberikan ulasan
terhadap lirik lagu kumpulan mereka.
 Naqib membuat rumusan tentang aktiviti tersebut.

REFLEKSI :  Bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT


sama ada di darat, di langit dan di lautan.

74
MODUL :
Jati Diri
KRITERIA :
Berkeyakinan
CIRI-CIRI :
Tidak Mudah Terpengaruh
AKTIVITI :
Plus Minus
MASA :
30 minit
BAHAN :
Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
 Ahli usrah dapat menyatakan kepentingan memberi
tumpuan ketika dalam proses pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas.
 Ahli usrah menjelaskan kepentingan fokus dalam
melakukan setiap aktiviti.

LANGKAH :  Ahli usrah diarahkan mencari pasangan masing-masing.


 Naqib menamakan ahli usrah A dan B.
 Naqib meminta ahli usrah menyebut perkataan yang baik
manakala ahli usrah B menyebut perkataan yang
berlawanan.
Contohnya : Lulus lawannya gagal.
 Naqib meminta ahli usrah bertukar menggunakan idea
yang sama antara ahli usrah B dan A.
 Naqib meminta setiap ahli usrah memastikan pasangan
memberikan perkataan berlawanan yang betul.
 Sesiapa yang memberikan perkataan berlawanan yang
salah dikira kalah.
 Beberapa orang ahli usrah diminta memberikan pendapat
mereka tentang aktiviti yang mereka buat.
 Naqib membuat rumusan tentang aktiviti yang telah
dijalankan.

REFLEKSI : Yakin dengan diri sendiri dan tidak mudah terpengaruh


dengan faktor persekitaran adalah salah satu amalan
yang baik.

75
MODUL : Jati Diri

KRITERIA : Berkeyakinan

CIRI-CIRI : Berwawasan / Berpandangan jauh

AKTIVITI : Vision Board

MASA : 30 minit

BAHAN : Kertas dan pen

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyatakan impian yang ingin mereka kecapi.
 Menyatakan tiga tindakan yang perlu diambil untuk
mencapai impian itu

LANGKAH :  Naqib memberikan sehelai kertas kepada setiap individu


dan meminta supaya mereka melipat kertas tersebut
kepada tiga bahagian.
 Naqib meminta ahli usrah untuk menulis impian mereka
pada setiap lipatan.
 Ahli usrah diminta berkongsi impian masing-masing.
 Pada akhir aktiviti, naqib merumuskan bahawa setiap
impian sepatutnya dibahagikan dalam tiga fasa
kehidupan akan datang iaitu lima tahun, sepuluh tahun
dan 20 tahun supaya ahli usrah dapat meletakkan sasaran
impian yang mampu mereka capai.

REFLEKSI : 1. Setiap manusia mempunyai impian dalam kehidupan.


2. Setiap impian mesti diterjemahkan dalam tindakan.
3. Setiap impian mesti ada sasaran untuk menjadikan impian
itu satu kenyataan.

76
MODUL : Jati Diri

KRITERIA : Berkeyakinan

CIRI-CIRI : Beridea Kritis

AKTIVITI : Ma Hiya?

MASA : 30 minit

BAHAN : Benda Maujud (contoh: pen, jam dan kasut)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyatakan idea masing-masing dengan tujuan melatih
ahli usrah berfikir dengan kritis.
 Menyatakan kepentingan setiap ciptaan Allah SWT.

LANGKAH :  Ahli usrah diminta menunjukkan benda maujud (benda


yang ada) yang ada di sekitar mereka.
 Mereka diminta menceritakan andai kehidupan mereka
seperti benda maujud yang mereka pegang bermula
dengan ayat :
“Jika saya sebatang pen………….” (contoh)
 Selepas beberapa ahli usrah berkongsi idea mereka, ahli
usrah membuat kesimpulan.
 Naqib membuat kesimpulan bahawa setiap benda
mempunyai peranan masing-masing yang berbeza.
Contohnya setiap jari kita mempunyai tugas yang
berbeza-beza.

REFLEKSI : 1. Setiap sesuatu yang Allah SWT ciptakan ada peranan


masing-masing.
2. Setiap kelebihan tersebut hendaklah digunakan untuk
tujuan
kebaikan.

77
MODUL : Jati Diri

KRITERIA : Berkeyakinan

CIRI-CIRI : Sentiasa Menunaikan Kewajipan

AKTIVITI : Tiru Macam Saya

MASA : 30 minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Mengikut arahan yang betul dengan teliti.
 Ahli usrah perlu mengutamakan kewajipan .

LANGKAH :  Naqib memberi arahan: “Sentuh anggota badan yang


saya sebut bukan anggota badan yang saya sentuh.”
Contoh: Naqib menyebut, “Hidung.” Sedangkan naqib
memegang telinga.
 Ahli usrah sepatutnya memegang hidung bukan
memegang telinga.
 Ahli usrah perlu mengikut kata-kata naqib bukannya
pergerakan.
 Ahli usrah diminta memberi pandangan tentang aktiviti
yang baru sahaja dijalankan.
 Naqib membuat kesimpulan dari aktiviti tersebut.

REFLEKSI :  Mendengar dan mematuhi arahan merupakan perkara


yang penting untuk menjadi insan yang cemerlang.

78
MODUL : Jati Diri

KRITERIA : Berkeyakinan

CIRI-CIRI : Kesungguhan Yang Tinggi

AKTIVITI : Menara Impian

MASA : 30 minit

BAHAN : Kertas A4 dan klip kertas

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Mengaitkan atau menceritakan aktiviti yang dijalankan
dengan perjalanan mengejar cita-cita dan impian dalam
kehidupan.

LANGKAH :  Ahli usrah dibahagikan kepada tiga kumpulan.


 Naqib meminta supaya setiap kumpulan membina menara
menggunakan kertas dan klip kertas setinggi mana yang
mereka mampu.
 Ahli usrah mempersembahkan hasil ciptaan bangunan
mereka di hadapan ahli usrah lain dan mengaitkannya
dengan perjalanan mengejar cita-cita dan impian dalam
kehidupan.
 Ahli usrah diminta memberi pandangan tentang aktiviti
yang baru sahaja dijalankan.
 Naqib membuat kesimpulan dari aktiviti tersebut.

REFLEKSI : 1.Perancangan yang rapi sebelum melakukan sesuatu amat


penting untuk mencapai kejayaan.
2.Kerjasama dalam kumpulan dan kesungguhan amat
penting bagi
menghasilkan gerak kerja yang sempurna.

79
MODUL : Jati Diri

KRITERIA : Sabar dan Tabah

CIRI-CIRI : Mudah menerima nasihat

AKTIVITI : Telefon Buruk

MASA : 30 minit

BAHAN : Pen dan Kertas

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyatakan kepentingan mendengar sesuatu dengan teliti
sebelum menyampaikannya kepada orang lain.

LANGKAH :  Naqib meminta ahli usrah membuat satu barisan.


 Naqib memberikan keratan kertas yang mengandungi ayat
kepada orang pertama dan memberi masa sebanyak satu
minit untuk membaca ayat tersebut.
 Naqib mengambil semula keratan kertas tersebut dan
dalam masa yang ditetapkan ketua berbisik kepada ahli di
belakang dan seterusnya sehingga ahli usrah terakhir.
 Ahli usrah terakhir menulis ayat yang disampaikan
kepadanya dan membacakannya di hadapan ahli usrah
lain dan menyatakan ayat yang mereka dapat.
 Ayat cadangan.
 ”KUMBANG HINGGAP DI KEMBANG. KEMBANG
DATANG KUMBANG TERBANG”
 Ahli usrah diminta memberi pandangan tentang aktiviti
yang baru sahaja dijalankan.
 Naqib membuat kesimpulan.

REFLEKSI : 1. Mendengar dengan teliti sebelum menyampaikan sesuatu


berita yang diterima supaya tidak menjadi fitnah.
2. Memastikan setiap berita itu benar dan tepat sebelum
disampaikan
kepada orang lain.

80
MODUL : Jati Diri

KRITERIA : Sabar dan Tabah

CIRI-CIRI : Bertolak Ansur

AKTIVITI : Sporting and Understanding

MASA : 30 minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Ahli usrah menyatakan mendengar arahan dan
memberikan kerjasama dalam kumpulan dan masyarakat
memainkan peranan penting dalam kehidupan.

LANGKAH :  Ahli usrah diberi arahan supaya berdiri dalam bulatan.


 Naqib berdiri disuatu sudut diluar bulatan.
 Ahli usrah bergerak seorang demi seorang menghampiri
naqib.
 Naqib membisikan perkataan “Ayam” kepada ahli usrah
pertama, perkataan “Itik” kepada ahli usrah kedua dan
perkataan “Kucing” kepada ahli usrah ketiga.
 Langkah di atas diulang kepada ahli usrah keempat dan
seterusnya.
 Naqib meminta ahli usrah mencari rakan-rakan
berdasarkan bunyi dan gaya binatang yang sama.
 Ahli usrah membunyikan dan menggayakan binatang
yang dibisikkan kepada mereka.
 Ahli usrah mencari rakan dan berkumpul mengikut
kumpulan binatang yang sama.
 Ahli usrah diminta memberi pandangan tentang aktiviti
yang baru sahaja dijalankan.
 Naqib membuat kesimpulan.

REFLEKSI : Mendengar arahan dan memberikan kerjasama dalam


kumpulan serta masyarakat memainkan peranan penting
dalam kehidupan.

81
MODUL : Jati Diri

KRITERIA : Sabar dan Tabah

CIRI-CIRI : Respon dalam semua majlis

AKTIVITI : Ma Haza?

MASA : 30 minit

BAHAN : Sebarang objek (pen, batu, kertas, daun dan lain-lain)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyatakan tindak balas dan maklum balas terhadap apa
jua yang berlaku di persekitaran kita.

LANGKAH :  Naqib menunjukkan satu objek.


 Ahli usrah diminta untuk menyatakan sesuatu tentang
objek tersebut dan dilarang mengulang penyataan yang
sama.
 Ahli usrah diminta memberi pandangan tentang aktiviti
yang baru sahaja dijalankan.
 Naqib membuat kesimpulan.

REFLEKSI : Setiap orang berhak menyatakan pandangan dan bertindak


pantas dalam merebut peluang.

82
MODUL : Jati Diri

KRITERIA : Sabar dan Tabah

CIRI-CIRI : Tabah dan Tidak Putus Asa

AKTIVITI : Kisah dan Teladan

MASA : 30 minit

BAHAN : Lampiran Kisah Nabi Muhammad SAW

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyatakan kesabaran dan ketabahan Rasulullah SAW.
 Menyebut sifat-sifat yang boleh dicontohi melalui
Rasulullah SAW

LANGKAH :  Naqib mengedarkan lampiran kisah Rasulullah SAW


kepada ahli usrah.
 Ahli usrah dikehendaki membaca dan memahami kisah
tersebut dalam masa lima minit.
 Naqib meminta ahli usrah menceritakan semula kisah
tersebut beserta pengajarannya.
 Naqib membuat rumusan dan mengajak ahli usrah
mencontohi sikap Rasullullah SAW dan berterima kasih
kepada Rasullullah SAW.

REFLEKSI : Tabah dan tidak berputus asa ialah sifat Rasulullah SAW
yang wajib dicontohi oleh setiap umat Islam.

83
LAMPIRAN :

(Tabah dan tidak mudah putus asa)


Permulaan Tahun Dukacita Nabi SAW

Tahun ke-10 selepas kerasulan Nabi Muhammad SAW banyak


mencatatkan peristiwa bersejarah selepas berakhirnya tempoh sekatan
ekonomi terhadap umat Islam. Ini kerana sedikit sebanyak sekatan
yang menyebabkan penderitaan umat Islam itu turut memberi kesan
terutamanya kepada mereka yang berusia lanjut, seperti bapa saudara
kesayangan nabi, Abu Talib. Bapa saudara baginda menghembuskan
nafas terakhirnya pada tahun tersebut, iaitu pada bulan Rejab, enam
bulan selepas berakhirnya episod memboikot umat Islam itu.

Di samping usianya yang begitu lanjut, iaitu, dikatakan 80 tahun, Abu


Talib bukan sahaja lemah kerana ditelan usia, tetapi pelbagai tekanan
dan ujian yang beliau tanggung kerana selama ini, iaitu selama 42
tahun, beliau begitu melindungi anak saudaranya itu. Taraf kesihatan
Abu Talib yang semakin membimbangkan itu sampai ke pengetahuan
orang ramai. Golongan pembesar Quraisy yang masih kafir terus
bertanggapan bahawa saat keuzuran Abu Talib inilah peluang terakhir
mereka bagi menyekat kegiatan dakwah Islam yang diterajui oleh anak
saudara Abu Talib itu.

Sekali lagi mereka mengunjungi Abu Talib untuk mengajaknya


berunding mengenai Nabi Muhammad di hadapan Abu Talib supaya
menyerahkan sahaja Baginda kepada mereka."Demi Allah, kita tidak
akan selamat jika mereka terlepas daripada kita. Kita bimbang kalau
orang tua itu mati, lalu terjadi sesuatu kepada Muhammad maka akan
semakin tercemarlah nama baik kita dalam kalangan orang Arab," kata
para pembesar Quraisy itu. Lalu, para pembesar yang terkenal seperti
Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, Abu Jahal bin Hisham,
Ummayyah bin Khalaf dan Abu Sufyan bin Harb pun beramai-ramai
menemui Abu Talib yang sedang sakit itu.

Mereka berkata: "Hai Abu Talib, kedudukan kamu di kalangan kami


adalah seperti yang kamu tahu tetapi sekarang kamu dalam keadaan
sakit.” "Kami amat bimbangkan kamu dan engkau sendiri tahu
persoalan antara kami dengan anak saudaramu. Oleh itu, tinggalkanlah
dia. Ambillah apa-apa daripada kami untuknya dan ambillah apa-apa

84
daripadanya untuk kami agar dia berhenti mengancam kami dan kami
juga berhenti mengancamnya. Biarlah kami dengan agama kami".

Setelah mendengar permintaan itu, Abu Talib hanya mampu


menyerahkan segala keputusan kepada anak saudaranya sendiri bagi
menentukannya.Lalu, Nabi Muhammad pun dipanggil dan diberitahu
akan segala niat para pembesar Quraisy itu. Setelah memahami
tawaran pihak Quraisy itu, tiba giliran Baginda pula membuat tawaran
terhadap mereka.

"Apakah pandangan kamu jika aku berikan kepada kamu satu kalimah
untuk kamu ucapkan? Iaitu apabila kamu mengucapkan kalimah itu
kamu akan menguasai semua orang Arab dan semua orang Ajam akan
tunduk dan membayar jizyah kepada kamu?" Kata Baginda. Mereka
yang hadir terus terdiam dan kebingungan dengan kata-kata tawaran
Nabi SAW itu kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak menolak
satu kalimah yang manfaat atau faedahnya begitu menarik dan lumayan
sekali. Abu Jahal pun bertanya: "Apakah kalimah itu? Demi bapamu,
kami sanggup memberikan kepadamu sepuluh kali ganda
seumpamanya". Lantas baginda terus menjawab: "Katakan bahawa
tiada tuhan selain Allah dan tinggalkan sembahan yang kamu sembah
selain dari Allah".

Mendengarkan itu mereka terus berteriak marah dan bertepuk tangan


serta berkata: "Hai Muhammad, apakah kamu hendak menjadikan
tuhan-tuhan yang banyak itu menjadi satu tuhan sahaja?
Sesungguhnya urusan tawaran kamu ini menghairankan".Mereka
kemudiannya berkata sesama sendiri, iaitu: "Demi Allah lelaki ini
(Muhammad) ini tidak akan memberi apa-apa kepada kamu seperti
yang kamu mahu. Ayuhlah beredar dan teruslah kekal dengan agama
nenek moyang kamu sehingga Allah menjatuhkan keputusan antara kita
dan dia". Mereka kemudiannya beredar meninggalkan Muhammad dan
bapa saudaranya, Abu Talib yang semakin lemah itu.

Sehubungan perkara inilah Allah kemudiannya menurunkan ayat al-


Quran iaitu dari surah al-Sad, ayat 1-7. yang bermaksud: Sadd: demi al-
Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan
pengajaran. (Orang yang mengingkari kerasulanmu - Wahai
Muhammad - tidak berdasarkan kebenaran) bahkan mereka yang kafir
itu bersifat sombong, angkuh dan suka menentang kebenaran.
(Tidakkan mereka menyedari) berapa banyak umat-umat (yang engkar)
yang terdahulu dari mereka kami binasakan? Namun Rasulullah kini

85
mempunyai usaha yang lebih mencabar untuk dilaksanakan. Tidak
sahaja berada di sisi bapa saudara di saat-saat akhir riwayatnya tetapi
yang lebih penting lagi, agar Abu Talib turut bersamanya untuk
mengimani Allah sepenuhnya dengan Islam sebagai agama yang mesti
dianuti.

Namun saat-saat Abu Talib semakin nazak, berita keadaannya itu


sampai kepada Abu Jahal, cepat-cepat orang yang paling kuat
menentang Islam itu datang melihat Abu Talib yang ketika itu Nabi SAW
berada di sisi bapa saudaranya yang sedang bertarung dengan
maut. Tanpa mempedulikan kehadiran Abu Jahal, Nabi Muhammad pun
berkata: "Wahai bapa saudaraku, ucapkanlah Tiada Tuhan Melainkan
Allah! Perkataan yang membolehkan aku membela kamu pada hari
akhirat kelak".

Namun jahatnya Abu Jahal, beliau cuba menghalang Abu Talib dari
mengucap dua kalimah syahadah dengan diracunnya bapa saudara
Nabi itu dengan kata-kata: "Hai Abu Talib, adakah kamu tidak suka
dengan agama (menyembah berhala) Abdul Mutalib, bapa kamu
sendiri?"Begitulah setiap kali Nabi Muhammad cuba mengajarkan Abu
Talib yang nazak untuk mengucap, tiap kali itu jugalah Abu Jahal
menganggu. Kata Abu Jahal lagi kepada Abu Talib: "Demi Allah wahai
Abu Talib, kalau kamu melafazkan kalimah itu kami akan memalukan
kamu selama-lamanya!"

Lalu akhirnya yang terjadi seperti menjadi pertikaian oleh ramai pihak
namun dikatakan Abu Talib akhirnya meninggal dunia tanpa sempat
beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Walaupun dalam banyak peristiwa
dan perkataan sebelum ini mengenai kepercayaan tinggi yang
ditunjukkan oleh Abu Talib terhadap Allah dan lebih-lebih lagi
pembelaannya terhadap Nabi Muhammad, dengan sentiasa
membenarkan kata-kata baginda itu.Ini dikatakan apabila Abu Talib
berkata sebelum menutup mata buat selama-lamanya: "Aku takut nanti
bangsa Arab memalukan aku dengan hal ini lalu aku memilih di atas
agama Abdul Mutalib!"Jadi benarlah Abu Talib akhirnya meninggal
tanpa sempat beriman atau dengan perkataan lain, meninggal dalam
keadaan kafir.
Itulah permulaan kisah 'Tahun Dukacita' yang Rasulullah alami, kerana
yang berlaku tiga hari kemudian selepas bapa saudara kesayangan
baginda meninggal itu, adalah lebih menyedihkan.

86
MODUL : Jati Diri

KRITERIA : Sabar dan Tabah

CIRI-CIRI : Penglibatan dalam aktiviti kerohanian

AKTIVITI : Solat Sunat Dhuha

MASA : 30 minit

BAHAN : Lampiran doa Dhuha

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyatakan cara menunaikan solat sunat Dhuha.
 Mengalunkan doa dhuha.
 Menyebut dua kelebihan solat sunat dhuha.

LANGKAH :  Ahli usrah diminta mengambil wuduk dan berkumpul di


surau atau dewan.
 Naqib menerangkan cara menunaikan solat sunat dhuha
serta kelebihannya serta mengedarkan lampiran doa
dhuha.
 Ahli usrah menunaikan solat sunat dhuha secara
berjemaah.

REFLEKSI : Menjadikan Solat Sunat Dhuha sebagai suatu kebiasaan dan


rutin harian.

87
MODUL : Jati Diri

KRITERIA : Tetap Pendirian

CIRI-CIRI : Memberikan hujah dengan idea yang bernas

AKTIVITI : Debat

MASA : 30 minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Mempertahankan hujah tentang tajuk yang diberi.

LANGKAH :  Naqib membahagikan ahli usrah kepada dua kumpulan.


 Setiap kumpulan menghantar tiga orang wakil untuk
aktiviti debat.
 Naqib memberikan tajuk dan membahagikan ahli usrah
kepada satu kumpulan pembangkang dan satu kumpulan
pencadang.
 Ahli usrah memberikan hujah masing-masing dengan
bimbingan naqib.
 Ahli usrah diminta memberi pandangan daripada aktiviti
tersebut.
 Naqib membuat rumusan :
1. Berani kerana benar.
2. Bercakap benar walaupun pahit.
3. Melatih ahli usrah memberi idea yang positif dan
bernas.

REFLEKSI : Berani menegakkan kebenaran.

88
MODUL : Jati Diri

KRITERIA : Tetap Pendirian

CIRI-CIRI : Tegas Mempertahankan Keputusan

AKTIVITI : Yang Mana Satu?

MASA : 30 minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ahli usrah dapat :


 Menyatakan dua kepentingan mempertahankan
keputusan.
.

LANGKAH :  Naqib melontarkan pertanyaan, “Antara telur dan ayam,


yang mana wujud dahulu?”
 Ahli usrah diarahkan supaya memikirkan hujah masing-
masing.
 Bicara spontan dimulakan dengan membuat cabutan
giliran yang diambil di dalam kotak beracun yang
mengandungi nama ahli usrah.
 Ahli usrah yang mendapat giliran pertama dikehendaki
memulakan bicara dan diikuti giliran yang seterusnya.
 Ahli usrah menyatakan pendapat masing-masing tentang
kewujudan telur dan ayam, mana yang dahulu wujud di
dunia ini secara spontan.
 Naqib membuat rumusan bahawa kedua-dua jawapan
betul. Namun, cara kita mempertahankan sesuatu hujah
itulah yang menentukan sama ada kita berhujah secara
ilmiah atau sekadar hujah kosong.

REFLEKSI : Tegas dalam menyatakan keputusan.

89
MODUL : Jati Diri

KRITERIA : Tetap Pendirian

CIRI-CIRI : Bertanggungjawab atas keputusan

AKTIVITI : The Power Of Love

MASA : 30 Minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ahli usrah dapat :


 Bertanggungjawab atas setiap keputusan yang dibuat.

LANGKAH :  Naqib meminta ahli usrah menyenaraikan lima orang yang


paling disayangi. Contohnya ahli keluarga, kawan atau
saudara mara.
 Seterusnya ahli usrah diminta memadamkan satu demi
satu nama tersebut sehingga tinggal satu nama sahaja.
 Naqib meminta ahli usrah menerangkan sebab empat
nama lain dipadamkan dan hanya satu nama yang dipilih.
 Naqib membuat ulasan. Kadang-kala kita perlu membuat
keputusan yang sukar dalam hidup. Namun, keputusan
mesti dibuat dan setiap orang mesti bertanggungjawab
atas keputusan yang dibuat.

REFLEKSI : Kita mestilah bijak dalam membuat keputusan dan


bertanggungjawab
atas keputusan tersebut.

90
MODUL : Jati Diri

KRITERIA : Tetap Pendirian

CIRI-CIRI : Bijak membuat keputusan

AKTIVITI : Titanic

MASA : 30 Minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyatakan ketegasan ahli usrah terhadap keputusan
yang dipilih.

LANGKAH :  Naqib memberikan situasi di dalam sebuah kapal yang


akan karam. Di dalamnya terdapat tukang masak,
perempuan tua, kanak-kanak, pakar ICT, peguam dan
beberapa orang awam.
 Untuk mengelakkan kapal tersebut daripada karam,
semua orang perlu dikeluarkan kecuali dua orang.
 Naqib meminta ahli usrah menyatakan dua orang yang
perlu kekal berada di dalam kapal tersebut.
 Ahli usrah diminta memberikan rasional dua orang
tersebut perlu selamat di dalam kapal tersebut.

REFLEKSI : Berani menyatakan sesuatu penegasan.

91
MODUL : Jati Diri

KRITERIA : Tetap Pendirian

CIRI-CIRI : Sanggup berkorban

AKTIVITI : Apa Sahaja Untukmu

MASA : 30 minit

BAHAN : Apa yang ada pada ahli usrah pada ketika itu.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyatakan kepentingan membantu antara satu sama
lain.

LANGKAH :  Naqib menyatakan situasi tentang seorang pelajar di


sekolah yang menghidap penyakit kritikal dan memerlukan
dana untuk membiayai perubatan di hospital.
 Naqib meminta semua ahli usrah meletakkan wang yang
ada di hadapan mereka sebagai sumbangan.
 Naqib melahirkan rasa terharu dan berbesar hati atas
kesudian dan keikhlasan ahli usrah atas sumbangan dan
menyatakan situasi tersebut hanya untuk menduga
keikhlasan ahli usrah.
 Sebelum usrah tamat, naqib meminta ahli usrah
mengambil semula wang masing-masing.

REFLEKSI : Tolong-menolong amalan yang mulia.

92
MODUL : Jati Diri

KRITERIA : Semangat Juang

CIRI-CIRI : Aktif dalam setiap aktiviti

AKTIVITI : Brain Game

MASA : 30 minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyatakan fokus adalah perkara penting untuk mencapai
kejayaan.

LANGKAH :  Naqib membahagikan ahli usrah kepada dua kumpulan.


 Naqib menyebutkan satu ayat kepada ahli usrah:
“PAK BUSU TANAM BUNGA DALAM PASU”
 Naqib memberi penerangan:
- Apabila naqib menyebut “Pak …”, kumpulan yang
ditunjuknya mesti menyebut “Busu”.
- Apabila naqib menyebut “…tanam bunga dalam …”
kumpulan yang ditunjuknya mesti menyebut “pasu”.
 Seterusnya Naqib akan menyebut dengan cepat dan
menunjukkan ke arah mana-mana kumpulan yang
dikehendaki dengan pantas.
 Di sini tumpuan setiap ahli usrah sangat penting kerana
perlu peka terhadap sebutan naqib.
 Pada akhir permainan, naqib akan menyebut “lembu
minum?...” Ahli usrah sepatutnya menyebut “susu”.
 Melalui jawapan akhir ahli usrah, naqib membuat rumusan
tentang kepentingan fokus dalam kehidupan.

REFLEKSI : Fokus dalam melakukan sesuatu perkara amat penting untuk


mencapai kejayaan yang cemerlang.

93
MODUL : Jati Diri

KRITERIA : Tetap Pendirian

CIRI-CIRI : Tekun sewaktu menjalankan tugas

AKTIVITI : Menara Kasut

MASA : 30 minit

BAHAN : Kasut

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Membina binaan yang tinggi dengan menggunakan kasut.

LANGKAH :  Naqib membahagikan ahli usrah kepada dua kumpulan.


 Naqib meminta ahli usrah mengumpulkan kasut masing-
masing dalam kumpulan.
 Ahli usrah diminta membina menara yang tinggi dan
kukuh dengan menggunakan kasut ahli kumpulan sahaja.
 Naqib meminta pandangan ahli usrah dan naqib membuat
rumusan.

REFLEKSI : Perancangan dan kerjasama penting untuk menjayakan


sesuatu perkara.

94
MODUL : Jati Diri

KRITERIA : Tetap Pendirian

CIRI-CIRI : Bersungguh-sungguh melaksanakan tugasan

AKTIVITI : Jurutera Kapal Pencen

MASA : 30 minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyatakan perlunya menjalankan tugas dengan
bersungguh-sungguh dalam apa jua keadaan.

LANGKAH :  Naqib mengedarkan lampiran.


 Ahli usrah diminta membaca cerita tersebut secara
senyap dalam masa tiga minit.
 Naqib bersoal jawab dengan ahli usrah tentang cerita
tersebut dan meminta ahli usrah menyatakan pandangan
masing-masing.
 Naqib membuat rumusan.

REFLEKSI : 1. Bersungguh-sungguh asas kejayaan.


2. Istiqamah / konsisten dalam pekerjaan.

Seorang jurutera kapal yang sangat hebat ingin bersara daripada


kerjayanya. Majikannya meminta jurutera kapal tersebut untuk
membina sebuah kapal yang terakhir sebelum beliau bersara. Jurutera
tersebut mengambil jalan mudah dengan membina sebuah kapal
tanpa mempertimbangkankan ciri- ciri keselamatan dan seni bina yang
menarik kerana pada pendapatnya, ‘Untuk apa aku bersusah- payah
membina kapal yang indah dan canggih sedangkan kapal ini bukan
untukku.’

Apabila kapal tersebut siap dibina, majikannya memberitahu bahawa


beliau menghadiahkan kapal tersebut kepada jurutera itu atas
perkhidmatan dan jasa baktinya selama ini.

95
MODUL : Jati Diri

KRITERIA : Tetap Pendirian

CIRI-CIRI : Bersaing mencapai kecemerlangan

AKTIVITI : Karipap

MASA : 30 minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyatakan dua kebaikan bersaing dalam mencapai
kecemerlangan.

LANGKAH :  Naqib menyatakan tentang permainan “Karipap”.


 Naqib meminta ahli usrah menadah tangan kanan dan
menghulurkannya ke sebelah kanan.
Hujung jari telunjuk tangan kiri diletakkan di atas tapak
tangan kanan kawan di sebelah kiri. (rujuk gambar di
bawah).

 Naqib memberitahu, beliau akan menyampaikan sebuah


cerita, sekiranya beliau menyebut perkataan “Karipap”,
ahli usrah yang menadah tangan hendaklah cuba
menangkap jari telunjuk yang berada di atas tapak
tangannya. Dalam masa yang sama, ahli usrah mesti
mengelakkan jari tangan kirinya daripada ditangkap.

96
 Teks cerita :

Pada suatu hari, ayah meminta ibu untuk membuat kari. Ibu
meminta kakak pergi ke kedai untuk membeli bahan membuat
kari. Kakak menyangka ibu hendak membuat karipap. Kakak
membeli tepung gandum, kentang, rempah kari, dan udang
kering. Setelah pulang dari kedai kakak membantu ibu membuat
kerja. Karipap ibu saya sangat sedap. Ayah saya juga memuji
keenakan karipap ibu saya.

 Naqib bersoal jawab dengan ahli usrah tentang


kepentingan fokus mendengar dan bertindak.

REFLEKSI : Deria mendengar dan pantas bertindak penting dalam


kehidupan seharian

97
MODUL : Jati Diri

KRITERIA : Tetap Pendirian

CIRI-CIRI : Berani

AKTIVITI : Akronim perkataan “BERANI”

MASA : 30 minit

: Kertas dan pen


BAHAN

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyatakan keberanian dalam menegakkan suatu
kebenaran.

LANGKAH :  Naqib mengedarkan kertas A4 kepada setiap ahli usrah.


 Naqib memberi penerangan kepada ahli usrah supaya
membuat akronim daripada perkataan BERANI.
 Selepas masa diberi tamat, ahli usrah dikehendaki
menyebut di hadapan semua ahli usrah lain.
CONTOH :
B – best
E – excellent
R – respect
A – action
N – network
I – inspire
 Naqib merumuskan semua ahli usrah begitu berani
menyatakan idea masing-masing.
 Semua jawapan ahli usrah adalah tepat berdasarkan
hujah masing-masing.
 Naqib mengucapkan tahniah kepada semua ahli usrah.

REFLEKSI : 1. Berani kerana benar.


2. Sentiasa berani kerana Allah SWT.

98
MODUL
PENAMPILAN
DIRI

99
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Pemakaian
CIRI-CIRI : Menutup aurat / Bersih dan rapi / Kemas dan lengkap /
Sesuai mengikut tempat , keadaan dan majlis / tidak terlalu
ketat
AKTIVITI : Hiasi diri
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
 Menyatakan batasan aurat.
 Menyatakan ciri-ciri berpakaian yang mematuhi syarak.

LANGKAH :  Naqib memilih dua orang ahli kumpulan yang menepati


syarak untuk dijadikan model (model pakaian, rambut dan
seumpama dengannya).
 Model yang dipilih diminta berdiri di hadapan ahli usrah.
 Naqib meminta ahli usrah menyatakan ciri-ciri pemakaian
yang mematuhi syarak.
 Peneguhan daripada naqib berdasarkan perbincangan
dalam kalangan ahli usrah.

REFLEKSI : Islam meraikan fesyen yang menepati syarak.


Islam mementingkan cara berpakaian yang menutup aurat,
kemas dan sopan.

100
LAMPIRAN :

101
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Adab sopan
CIRI-CIRI : Bercakap dengan lemah lembut ( rendah suara )
AKTIVITI : Ayat sama, intonasi berbeza
MASA : 30 minit
BAHAN : Kertas tertulis perkataan “Jangan Pandang Belakang”.
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
 Mengaplikasikan intonasi yang betul dalam percakapan.
 Berkomunikasi secara lemah lembut.

LANGKAH :  Naqib memberi perkataan “jangan pandang belakang”.


 Naqib meminta ahli usrah melafazkan tiga intonasi yang
berbeza berdasarkan ayat tersebut.
contoh : 1) Bercakap dengan nada yang lembut
2) Bercakap dengan nada marah
3) Bercakap dengan nada berbisik
 Naqib meminta pandangan ahli usrah tentang aktiviti
tersebut.
 Naqib membuat ulasan.

REFLEKSI : Islam menyarankan umatnya bercakap dengan nada yang


lembut dan sopan kerana ia melambangkan personaliti
mukmin sejati.

102
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Adab sopan
CIRI-CIRI : Menumpukan perhatian terhadap ajaran guru
AKTIVITI : Perbincangan
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
 Menyenaraikan kesan positif sekiranya memberikan
tumpuan terhadap pengajaran guru.
 Menyenaraikan kesan negatif sekiranya tidak memberikan
tumpuan terhadap pengajaran guru.

LANGKAH :  Naqib membahagikan ahli usrah kepada dua kumpulan


(Kumpulan A dan Kumpulan B)
 Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan dan
melakonkan situasi di dalam kelas yang menunjukkan
bahawa terdapat ahli usrah yang memberi tumpuan juga
sebaliknya terhadap pengajaran guru.
 Naqib meminta ahli Kumpulan A memberi komen terhadap
lakonan Kumpulan B dan sebaliknya.
 Ulasan dari Naqib.

REFLEKSI : Kita hendaklah memberikan tumpuan semasa guru sedang


mengajar kerana perbuatan tersebut merupakan salah satu
adab terhadap guru.

103
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Adab sopan
CIRI-CIRI : Mengutamakan yang lebih berusia / yang lebih tua
AKTIVITI : Huraian hadis
MASA : 30 minit
BAHAN : Lampiran matan hadis
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
 Menyatakan contoh situasi yang mengutamakan orang
yang lebih tua.

LANGKAH :  Naqib membaca matan dan terjemahan hadis untuk


diperbincangkan.
 Beberapa orang ahli usrah diminta memberi satu contoh
situasi mengutamakan orang yang lebih tua yang biasa
berlaku dalam masyarakat.
 Ulasan daripada naqib berdasarkan contoh situasi yang
diberikan oleh ahli usrah.

REFLEKSI : Mengutamakan dan menghormati orang yang lebih tua


dituntut dalam Islam.

LAMPIRAN :

َ ِ‫يرنَا َو َال ي َُوقِِّر َكب‬


‫يرنَا‬ َ ‫ص ِغ‬
َ ‫لم يَر َحم‬ َ َ‫ل‬
َ ‫يس ِمنَّا َمن‬

Mafhum Hadis :

(Bukan dari kalanganku orang yang tidak mengasihi

anak-anak kecil kami dan tidakmenghormati orang tua kami)

104
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Adab sopan
CIRI-CIRI : Menyayangi yang lebih muda
AKTIVITI : Hari Lahirku
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
 Menyebut dan mengingati tarikh lahir sekurang-kurangnya
tiga orang ahli usrah.
 Memberi gelaran terhadap ahli usrah mengikut turutan
usia

LANGKAH :  Naqib meminta ahli usrah menyatakan tarikh lahir masing-


masing.
 Naqib menyusun kedudukan ahli usrah mengikut tarikh
lahir.
 Ahli usrah bergerak dan menyusun turutan mengikut
haribulan dan bulan dari bulan Januari hingga Disember
bermula dari kanan ke kiri.
 Naqib meminta setiap ahli usrah untuk menentukan
panggilan seperti di dalam sebuah keluarga seperti along,
angah, ucu dan lain-lain lagi.

REFLEKSI : Islam mementingkan persaudaraan bagaikan hubungan


dalam sebuah keluarga yang bahagia.

105
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Adab sopan
CIRI-CIRI : Sentiasa membataskan pandangan dan pergaulan
AKTIVITI : Ikhtilat
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Membezakan pergaulan yang harus dan yang haram.
 Menceritakan tentang adab pergaulan yang positif.

LANGKAH :  Naqib menerangkan maksud Ikhtilat ( rujuk lampiran ).


 Naqib membuka ruang perbincangan berkaitan pergaulan
yang berlaku dalam masyarakat dan persekitaran sekolah.
 Naqib mengemukakan soalan tentang isu yang berlaku
mengenai usaha dan peranan yang mereka boleh lakukan
bagi memantapkan sahsiah diri .
 Naqib meminta ahli usrah memberi pandangan.
 Naqib memberi ulasan mengenai batas pergaulan yang
diharuskan agar syariat terpelihara.

REFLEKSI : Batasan / adab dalam pergaulan


Setiap individu mesti menjaga pergaulan bagi memelihara
agama.

106
LAMPIRAN :

107
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Kepimpinan
CIRI-CIRI : Bijak membuat keputusan
AKTIVITI : Pesawat Terhempas
MASA : 30 minit
BAHAN : Lampiran gambar kapal terbang / replika kapal terbang
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
 Memberi hujah yang baik mengikut situasi.
 Memilih seorang yang perlu dikorbankan dalam situasi
tersebut.

LANGKAH :  Naqib menceritakan tentang sebuah pesawat yang akan


terhempas.
 Naqib memberikan 10 watak yang terdapat dalam
pesawat tersebut kepada ahli usrah :
 Juruterbang
 Ibu yang sarat mengandung
 Doktor
 Pemimpin negara
 Pramugari
 Imam muda
 Kanak-kanak
 Orang tua
 Guru
 Diri sendiri
 Ahli usrah diminta memilih dan memberikan pandangan
siapa yang patut dikorbankan kerana payung terjun yang
ada hanya sembilan.

108
 Naqib menghentikan perbincangan dan mengulas bahawa
perlunya ada hujah / sebab dalam membuat keputusan.

REFLEKSI :  Melatih diri bijak membuat keputusan dalam sesuatu


masalah yang dihadapi.

LAMPIRAN :

109
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Kepimpinan
CIRI-CIRI : Tegas mempertahan keputusan bersama
AKTIVITI : Debat WhatsApp dan Telegram
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
 Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua kebaikan.
 Membentuk sifat berani.

LANGKAH :  Naqib membahagikan ahli usrah kepada dua kumpulan.


 Satu kumpulan diberi nama WhatsApp dan satu kumpulan
lagi Telegram.
 Setiap kumpulan dikehendaki memberi hujah akan
kelebihan aplikasi masing-masing.
 Naqib akan bertindak sebagai moderator dan memberi
ulasan.

REFLEKSI : Tegas mempertahankan keputusan bersama.


Berani menegakkan kebenaran dan menyuarakan pendirian
sebagai ciri pemimpin alaf baru.

110
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Kepimpinan
CIRI-CIRI : Mampu berkomunikasi dengan baik
AKTIVITI : KUL1M ( Kuliah 1 minit )
MASA : 30 minit
BAHAN : Bekas kecil ( dimasukkan tajuk-tajuk –rujuk lampiran )
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
 Menggunakan bahasa komunikasi yang baik dalam
penyampaian.
 Menghilangkan perasaan gemuruh semasa bercakap di
hadapan khalayak.

LANGKAH :  Naqib menulis tajuk-tajuk yang diberi di atas kertas kecil


dan meletakkannya di dalam bekas kecil.
 Ahli usrah dikehendaki mencabut satu tajuk.
 Ahli usrah dikehendaki memberi kuliah selama satu minit
berpandukan tajuk yang dicabut.
 Naqib memberi ulasan.

REFLEKSI : Mampu berkomunikasi dengan baik dalam masa yang


singkat.

LAMPIRAN :

Contoh cadangan tajuk :

1. Amanah Terhadap Diri 6. Berbuat Baik


Kepada Guru

111
2. Ikhlas Dalam Beribadah 7. Berbuat Baik
Dengan Sahabat

3. Sabar Itu Indah 8. Kelebihan


Berselawat Ke Atas Nabi

4. Adab Menuntut Ilmu 9. Disiplin Asas


Kecemerlangan

5. Berbuat Baik Dengan Ibu Bapa 10. Solat Tiang


Agama

112
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Kepimpinan
CIRI-CIRI : Berwibawa dan disegani
AKTIVITI : Pemimpinku Idolaku…
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
 Memilih seorang pemimpin yang mereka segani dan
kagumi.
 Menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang berwibawa.

LANGKAH :  Naqib meminta ahli usrah memilih seorang pemimpin


yang dikaguminya beserta sebabnya.
 Setiap ahli diberi masa selama dua minit untuk
memikirkan ulasan mereka.
 Naqib meminta ahli usrah memberitahu nama pemimpin
pilihan mereka beserta alasannya dan
membincangkanciri-ciri kepimpinan yang perlu ada pada
setiap pemimpin mengikut lunas-lunas Islam.
 Naqib memberi ulasan.

REFLEKSI : Setiap manusia merupakan khalifah di atas muka bumi ini.

113
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Kepimpinan
CIRI-CIRI : Menjadi role-model ( dicontohi )
AKTIVITI : KAU ILHAMKU
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
 Mempamerkan gaya ucapan pemimpin pilihan mereka.
 Menyenaraikan sifat positif pemimpin pilihan mereka.

LANGKAH :  Naqib membahagikan ahli kepada tiga kumpulan.


 Naqib meminta setiap kumpulan menggayakan ucapan
pemimpin pilihan mereka dalam masa satu minit.
 Setiap wakil kumpulan memberikan sebab pemimpin
tersebut menjadi pilihan mereka.
 Naqib membuat ulasan.

REFLEKSI : Rasulullah merupakan suri teladan terbaik sebagai seorang


pemimpin.

114
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Sikap positif dan proaktif
CIRI-CIRI : Aktif di dalam dan di luar kelas
AKTIVITI : Binaan Surat Khabar
MASA : 30 minit
BAHAN : Surat khabar lama
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
 Mempamerkan binaan sebarang jenis replika masing-
masing.
 Membentangkan hasil binaan mereka.

LANGKAH :  Ahli usrah dipecahkan kepada tiga kumpulan.


 Setiap kumpulan diminta membina replika daripada surat
khabar yang dibekalkan dalam masa lima hingga sepuluh
minit.
 Pembentangan ahli kumpulan selama satu minit bagi
setiap kumpulan.
 Naqib membuat ulasan tentang perlunya kerjasama dari
semua ahli kumpulan.

REFLEKSI : Kebersamaan dalam semua aktiviti menghasilkan keputusan


yang terbaik.

115
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Sikap positif dan proaktif
CIRI-CIRI : Menyelesaikan tugas menepati masa yang ditentukan
AKTIVITI : C.O.L.G.A.T.E.
MASA : 30 minit
BAHAN : Kertas mahjung
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
 Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima perkataan
daripada huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan
COLGATE ( BM / BI ).

LANGKAH :  Ahli usrah diminta memilih pasangan masing-masing.


 Naqib mengedarkan kertas kepada setiap pasangan.
 Berpandukan perkataan COLGATE, naqib meminta setiap
pasangan membina sebanyak mungkin perkataan
daripada huruf COLGATE.
 Ahli usrah diberi masa lima minit sahaja.
 Pasangan yang terbanyak membina perkataan akan
diminta menyebutkan perkataan tersebut dan dinobatkan
sebagai juara.
 Naqib membuat ulasan.

REFLEKSI : Mampu menyelesaikan tugas sebaik yang mungkin

116
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Sikap positif dan proaktif
CIRI-CIRI : Suka membantu semua orang yang memerlukan bantuan
AKTIVITI : Kutip Sampah
MASA : 30 minit
BAHAN : Plastik sampah
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
 Bersegera dalam memberi bantuan.

LANGKAH :  Naqib memohon pertolongan ahli usrah untuk mengutip


sampah
( tempat ditentukan ).
 Naqib membuat penilaian berdasarkan pemerhatian ahli
usrah yang bertindak cepat atau lambat.
 Kemungkinan besar ada ahli usrah yang cepat
bertindakbalas membantu dan ada yang lambat.
 Naqib membuat ulasan bahawa sikap cepat membantu
disukai oleh masyarakat.

REFLEKSI : ‫َمن َكانَ ِفي َحا َج ِة أ َ ِخي ِه َكانَ هللاُ ِفي َحا َجا ِت ِه‬
Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah
akan menunaikan hajatnya – (mafhum hadis)

117
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Sikap positif dan proaktif
CIRI-CIRI : Mampu menyumbang idea yang kritis dan bernas
AKTIVITI : Brain storming
MASA : 30 minit
BAHAN : Kertas A4
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
 Menyenaraikan punca serta penyelesaian bagi setiap
masalah.

LANGKAH :  Ahli usrah dipecahkan kepada tiga kumpulan.


 Setiap kumpulan diberi tugasan selama tiga minit.
Kumpulan satu : Masalah buku teks yang sering rosak
(punca dan penyelesaian).
Kumpulan dua : Masalah ahli usrah tidak solat (punca dan
penyelesaian).
Kumpulan tiga : Masalah ahli usrah bercakap menggunakan
perkataan yang tidak baik (punca dan penyelesaian).
 Setiap kumpulan diberikan masa dua minit untuk sesi
pembentangan.
 Naqib membuat ulasan.

REFLEKSI : Segala masalah dapat diselesaikan secara berkumpulan/


bersama.

118
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Sikap positif dan proaktif
CIRI-CIRI : Sentiasa terkehadapan dalam memberi idea dan
melaksanakan tugas dengan baik
AKTIVITI : Saya Seorang Pengetua
MASA : 30 minit
BAHAN : tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
 Sentiasa terkehadapan dalam memberikan idea.
 Dapat melaksanakan tugas dengan baik.

LANGKAH :  Naqib memberikan satu situasi masalah di sekolah seperti


masalah ponteng, gaduh, vandalisme dan lain-lain.
 Ahli usrah diminta membayangkan diri mereka sebagai
pengetua dan dikehendaki memberi ucapan berkaitan
situasi yang diberikan selama dua minit seorang.
 Naqib memilih (secara undian) beberapa orang ahli usrah
untuk memberikan ucapan.
 Naqib memberi ulasan bagi aktiviti di atas.

REFLEKSI : Sentiasa terkehadapan dalam memberi idea untuk


menangani masalah.

119
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Sikap positif dan proaktif
CIRI-CIRI : Mengamalkan gaya hidup sihat
AKTIVITI : Aku Sihat
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
 Menyenaraikan dua amalan gaya hidup sihat dalam aspek
pemakanan dan aktiviti seharian.

LANGKAH :  Naqib meminta setiap ahli usrah membincangkan amalan


gaya hidup sihat.
 Naqib berbincang dengan ahli usrah tentang kepentingan
amalan gaya hidup sihat.
 Naqib memberi ulasan.

REFLEKSI : Memiliki tubuh badan yang sihat menjamin kualiti ibadah.

120
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Sikap positif dan proaktif
CIRI-CIRI : Berintergriti dalam berilmu
AKTIVITI : SPRM
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
 Memberikan pendapat berdasarkan kisah yang
diutarakan.

LANGKAH :  Naqib memberi satu situasi : Seorang pelajar telah ditahan


oleh pengawas kerana kesalahan datang lewat ke
sekolah. Dia meminta ihsan pengawas itu supaya
melepaskannya. Namun pengawas tersebut telah
meletakkan syarat supaya diberi ganjaran.
 Naqib meminta ahli usrah memberikan pendapat dan
mengaitkannya dengan integriti.

REFLEKSI : Sifat amanah, telus dan ikhlas dalam kehidupan seharian


pemangkin integriti.

121
MODUL
CARA HIDUP
ISLAM
(MUTADAYYIN)

122
MODUL : Mutadayyin

KRITERIA : Solat Berkualiti

CIRI-CIRI : Solat pada awal waktu

AKTIVITI : Be On Time

MASA : 30 minit

BAHAN : Petikan Hadis

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyebut keutamaan menunaikan solat pada awal waktu.

LANGKAH :  Naqib membacakan matan dan maksud hadis berkaitan


solat pada awal waktu.
 Naqib bertanya ahli usrah faedah jika mereka datang awal
ke sekolah dan akibat jika mereka datang lewat.
 Penerangan / perbincangan dikaitkan dengan realiti hidup
sebagai seorang muslim / ahli usrah.

REFLEKSI : Apabila kita mengutamakan Allah SWT, Allah SWT akan


mengutamakan kita.
‫ قَا َل ث ُ َّم‬, ‫ قَا َل ِب ُّر ْال َوا ِل َدي ِْن‬, ‫ي‬
ُّ َ ‫ قَا َل ث ُ َّم أ‬,‫لى َو ْق ِت َها‬
َ ‫ع‬َ ُ ‫صالَة‬
َّ ‫ ال‬: ‫ِلى هللاِ قَا َل‬ ُّ َ ‫" أ‬
َ ‫ي ال َع َم ِل أ َحبُّ ا‬
"..... ِ‫سبِ ْي ِل هللا‬ َ ِ ‫الج َها ُد في‬ ِ ‫ قَا َل‬, ‫ي‬ ُّ َ ‫أ‬
Maksud Hadis :
“Amalan apakah yang paling dicintai Allah SWT?”
Baginda bersabda,“Solat tepat pada waktunya.”
Dia bertanya lagi,“Kemudian apa?”
Baginda menjawab, “Berbakti kepada orang tua.”
Dia bertanya, “kemudian apa lagi?”
Baginda menjawab, “Berjuang di jalan Allah.”
(Sahih Bukhari)

Hadis kedua :

ِّ ‫ع ْف ُو‬
‫ّللاِ } رواه الترمذي والدارقطني‬ ِ ‫آخ ُر ْال َو ْق‬
َ ‫ت‬ ِ ‫ّللاِ َو‬
ِّ ‫ض اوان‬ ِ ‫ص اَلة أ َ َّو ُل ْال َو ْق‬
ْ ‫ت ِر‬ َّ ‫{ ال‬
) 89 1 / 1 ( ‫والحديث أخرجه الحاكم‬

Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi :


“Solat pada awal waktu, dari awalnya mendapat keredaan
Allah dan di akhirnya mendapat keampunan Allah SWT”.

123
MODUL : Mutadayyin

KRITERIA : Solat Berkualiti

CIRI-CIRI : Sentiasa berjemaah

AKTIVITI : “Landing Point”

MASA : 30 minit

BAHAN : Surat khabar lama

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyatakan kepentingan solat berjemaah.
 Menjelaskan kelebihan solat berjemaah.

LANGKAH :  Naqib menyediakan dua helai surat khabar lama.


 Seorang ahli usrah berdiri di atas surat khabar yang
pertama.
 Ahli usrah yang selebihnya dikehendaki berdiri beramai-
ramai dan memeluk antara satu sama lain di atas surat
khabar kedua untuk satu tempoh tertentu. (30 saat / 1
minit)
 Naqib akan cuba menggoyangkan ahli usrah yang berdiri
sendirian dan ahli usrah yang berdiri beramai-ramai.
 Ahli usrah membuat refleksi.
 Naqib membuat ulasan tentang yang mana lebih kuat
antara jemaah atau individu.

REFLEKSI : Mempunyai kesedaran / kekuatan untuk menunaikan solat


secara berjemaah setiap waktu solat.

124
MODUL : Mutadayyin

KRITERIA : Solat Berkualiti

CIRI-CIRI : Menyempurnakan perkara-perkara sunat dalam solat

AKTIVITI : Kasutku

MASA : 30 minit

BAHAN : Kasut sekolah

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyatakan perkara-perkara sunat yang terdapat dalam
solat.
 Menjelaskan kepentingan perkara sunat dalam solat.

LANGKAH :  Naqib akan meminta ahli usrah membuka tali atau pelekat
daripada kasut sedia ada.
 Beberapa orang ahli usrah dikehendaki memakai kasut
sekolah tanpa tali atau tanpa pelekat dan berjalan
beberapa langkah ke hadapan.
 Setiap ahli usrah ditanya tentang keadaan orang yang
berjalan tanpa tali kasut atau dalam keadaan kasut yang
tidak berpelekat.
 Ahli usrah dikehendaki mengaitkan keadaan kepincangan
orang yang berjalan tanpa tali kasut dengan solat yang
tiada / tidak sempurna perkara sunatnya.
 Naqib membuat kesimpulan.

REFLEKSI : Mencapai kesempurnaan solat melalui semua aspek rukun


dan sunat.

125
MODUL : Mutadayyin

KRITERIA : Solat Berkualiti

CIRI-CIRI : Berpakaian bersih dan sesuai

AKTIVITI : “Nak Pakai Baju Apa?”

MASA : 30 minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyebut aspek kebersihan dan menutup aurat sebagai
syarat solat yang berkualiti.

LANGKAH :  Naqib menyebut beberapa tempat yang hendak dituju.


Contohnya : sekolah, pasar raya, masjid, padang
permainan atau rumah saudara mara.
 Ahli usrah diminta memberikan jenis pakaian yang hendak
dipakai berdasarkan tempat yang hendak dituju.
- Sekolah : uniform yang bersih
- Pasar raya : kasual yang sopan
- Masjid : baju Melayu/ jubah
- Padang : pakaian sukan

 Naqib dan ahli usrah berbincang tentang kesesuaian


pakaian itu berdasarkan tempat-tempat tersebut.
 Naqib menjelaskan kepentingan berpakaian yang
menepati syariat mengikut kesesuaian tempat dan majlis.

REFLEKSI : Pakaian melambangkan peribadi seseorang.

126
MODUL : Mutadayyin

KRITERIA : Solat Berkualiti

CIRI-CIRI : Memelihara ketertiban

AKTIVITI : Kawad Kaki

MASA : 30 minit

BAHAN : Gambar kawad kaki (Lampiran)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyenaraikan keutamaan tertib dalam solat.

LANGKAH :  Naqib bertanya kepada ahli usrah tentang pertandingan


kawad kaki. Contoh soalan : Apakah kriteria utama
sesebuah pasukan kawad untuk memenangi pertandingan
kawad kaki?
 Naqib akan mengaitkan jawapan yang diberikan oleh ahli
usrah dengan konsep ketertiban dan kesantunan dalam
solat contohnya tamakninah dalam setiap rukun.

REFLEKSI : Melaksanakan solat dengan tertib.

127
LAMPIRAN :

128
MODUL : Mutadayyin

KRITERIA : Tilawah / Tadarus Al-Quran

CIRI-CIRI : Membaca Al-Quran setiap hari

AKTIVITI : Facebook / WhatsApp

MASA : 30 minit

BAHAN : Simbol WhatsApp, Facebook, Instagram dan Twitter

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menjelaskan keperluan membaca al-Quran setiap hari.

LANGKAH :  Naqib bertanya kepada ahli usrah mengenai simbol yang


dipamerkan.
 Naqib bertanya kepada ahli usrah tentang kekerapan
menggunakan aplikasi tersebut.
 Ahli usrah diminta menyatakan perasaan jika tidak dapat
menggunakannya dalam sehari.
 Naqib akan mengaitkan jawapan ahli usrah dengan
keadaan manusia yang langsung tidak membaca al-Quran
dalam sehari.
 Naqib juga membuat perbandingan dengan sikap kita
yang tidak mengendahkan al-Quran.

REFLEKSI : Al-Quran dekat di jari, lekat di hati.

129
LAMPIRAN :

130
MODUL : Mutadayyin

KRITERIA : Tilawah / Tadarus Al-Quran

CIRI-CIRI : Menghafaz ayat-ayat lazim

AKTIVITI : Tilawah Surah-Surah Lazim

MASA : 30 minit

BAHAN : Senaskhah Mashaf al-Quran (untuk Naqib)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menghafaz surah lazim dengan lancar.

LANGKAH :  Setiap ahli usrah diminta memilih satu surah lazim yang
paling panjang ayatnya yang telah dihafaz.
 Ahli usrah diminta memperdengarkan bacaan surah lazim
tersebut secara hafazan seorang demi seorang.
 Ahli usrah yang mampu memperdengarkan satu surah
lazim yang paling panjang ayatnya akan dinobatkan
sebagai ‘Hafiz / Hafizah Millenium’ dalam usrah.
 Naqib membuat rumusan.

REFLEKSI : Menambah amal soleh melalui hafazan ayat-ayat lazim.

131
MODUL : Mutadayyin

KRITERIA : Tilawah / Tadarus Al-Quran

CIRI-CIRI : Memelihara hukum tajwid

AKTIVITI : Tahsin Surah Al-Fatihah

MASA : 30 minit

BAHAN : Kertas undian, senaskhah Mashaf Al-Quran

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Membaca surah Al-Fatihah mengikut hukum tajwid yang
betul.

LANGKAH :  Beberapa orang ahli usrah memperdengarkan bacaan


surah Al-Fatihah secara cabutan undi.
 Ahli usrah yang lain memberi pandangan tentang bacaan
rakannya.
 Naqib menyatakan kepentingan mempelajari hukum
tajwid, makhraj dan fasohah dalam bacaan Al-Quran.

REFLEKSI : Surah Al-Fatihah adalah rukun solat.

132
MODUL : Mutadayyin

KRITERIA : Tilawah / Tadarus Al-Quran

CIRI-CIRI : Meneliti tafsiran ayat yang dibaca

AKTIVITI : Tadabbur Surah Al-Ikhlas

MASA : 30 minit

BAHAN : Terjemahan Al-Quran

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyatakan dua makna yang boleh dipetik dari Surah Al-
Ikhlas.

LANGKAH :  Seorang ahli usrah diminta memperdengarkan bacaan


surah Al-Ikhlas secara sukarela atau undian.
 Seorang ahli usrah yang lain akan membaca terjemahan
ayat demi ayat.
 Naqib akan berbincang dengan ahli usrah tentang
terjemahan setiap ayat dari surah tersebut.

REFLEKSI : Penghayatan diri melalui kefahaman dari ayat Al-Quran.

133
MODUL : Mutadayyin

KRITERIA : Tilawah / Tadarus Al-Quran

CIRI-CIRI : Tadabbur dengan makna yang difahami

AKTIVITI : Tadabbur Surah Al-Ikhlas

MASA : 30 minit

BAHAN : Terjemahan Al-Quran

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ahli usrah dapat :


 Menyebut dua kefahaman yang boleh dipetik dari Surah
Al-Ikhlas.

LANGKAH :  Seorang ahli usrah diminta memperdengarkan bacaan


surah Al-Ikhlas secara sukarela.
 Ahli usrah yang lain ditanya perkara yang mereka faham
tentang isi kandungan ayat mengikut pengetahuan yang
sedia ada.
 Naqib meminta ahli usrah untuk berbincang hubung kait
surah Al-Ikhlas dengan kehidupan seharian.
 Naqib akan menjelaskan maksud setiap ayat dalam surah
tersebut beserta asbab al-nuzul (sebab penurunan)
surah tersebut.

REFLEKSI : Penghayatan diri melalui kefahaman dari ayat Al-Quran.

134
MODUL : Mutadayyin

KRITERIA : Amalan Zikir dan Doa Berterusan

CIRI-CIRI : Membaca wirid selepas solat

AKTIVITI : Membaca Wirid

MASA : 30 minit

BAHAN : Lampiran Wirid

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Membaca wirid selepas solat.

LANGKAH :  Naqib memimpin bacaan wirid selepas solat. Contoh zikir :


( ‫( سبحان هللا والحمد هلل وال اله اال هللا وهللا أكبر‬
 Ahli usrah bersama-sama mengikuti bacaan wirid Naqib.
 Naqib memberitahu ahli usrah maksud zikir tersebut.
 Naqib berbincang dengan ahli usrah tentang kebaikan
zikir untuk ketenangan hati dan minda.

REFLEKSI : Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.

135
LAMPIRAN :

136
MODUL : Mutadayyin

KRITERIA : Amalan Zikir Dan Doa Berterusan

CIRI-CIRI : Berdoa setiap kali selepas solat

AKTIVITI : Kotak Beracun

MASA : 30 minit

BAHAN : Sebuah kotak, lima keping kertas yang bertulis ‘1’ dan dan
lima keping kertas yang bertulis ‘0’.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Melafazkan satu doa yang boleh dibaca setiap kali
selepas solat.
 Menambah pengetahuan dalam bacaan doa-doa yang
lain.

LANGKAH :  Naqib menyediakan kotak.


 Naqib menyediakan kertas yang bernombor ‘1’ sebanyak
lima keping dan kertas bernombor ‘0’ sebanyak lima
keping.
 Kotak beracun diedarkan dan ahli usrah akan mencabut
satu kertas undi.
 Jika ahli usrah mendapat nombor ‘0’, maka dia tidak perlu
untuk membaca apa-apa doa. Jika ahli mendapat nombor
‘1’, dia perlu membaca satu doa selepas solat yang
diingatinya.
 Ahli usrah berkongsi ilmu, bacaan doa yang tidak
diketahui ahli-ahli yang lain.
 Naqib membuat rumusan tentang perlunya membaca doa
setiap kali selepas solat.

REFLEKSI : Berdoa dan bergantung harap kepada Allah SWT.

137
MODUL : Mutadayyin

KRITERIA : Amalan Zikir Dan Doa Berterusan

CIRI-CIRI : Membaca doa dalam setiap amalan harian

AKTIVITI : Kotak Beracun

MASA : 30 minit

BAHAN : Sebuah kotak, lima keping kertas yang bertulis ‘1’ dan ‘0’.

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti ahli usrah dapat :


 Melafazkan satu doa harian yang diketahui.
 Menambah pengetahuan dalam bacaan doa-doa yang
lain.

LANGKAH :  Naqib menyediakan kotak.


 Naqib menyediakan kertas yang bernombor ‘1’ sebanyak
lima keping dan yang kertas bernombor ‘0’ sebanyak lima
keping.
 Kotak beracun diedarkan dan ahli usrah akan mencabut
satu kertas undi.
 Jika ahli usrah mendapat nombor ‘0’, maka dia tidak perlu
untuk membaca apa-apa doa. Jika ahli mendapat nombor
‘1’, dia perlu membaca satu doa yang mana-mana diingati.
 Ahli usrah berkongsi ilmu, doa yang tidak diketahui ahli-
ahli yang lain.
 Naqib membuat rumusan tentang kepentingan membaca
doa sebagai amalan harian dalam setiap pekerjaan yang
dilakukan.

REFLEKSI : Melengkapi hidup dengan amalan berdoa.

138
MODUL : Mutadayyin

KRITERIA : Amalan Zikir Dan Doa Berterusan

CIRI-CIRI : Memahami kandungan doa

AKTIVITI : Doa Untuk Ibu Bapa

MASA : 30 minit

BAHAN : Lampiran

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :


 Menyatakan maksud doa yang dibaca.

LANGKAH :  Naqib membacakan doa untuk ibu bapa berserta


terjemahannya.
 Ahli usrah akan membaca doa tersebut secara
berpasangan pula. Seorang membaca doa dalam
bahasa Arab, sementara seorang lagi membaca
terjemahan/maksud doa itu. Selepas itu pasangan
akan bertukar peranan membaca doa dan
terjemahan.
 Naqib membuat ulasan bahawa doa yang difahami
maksudnya ketika dibaca akan menyentuh hati dan
lebih dihayati.

REFLEKSI : Berdoalah dari hati.

139
MODUL : Mutadayyin

KRITERIA : Amalan Zikir Dan Doa Berterusan

CIRI-CIRI : Mengamalkan adab-adab berdoa dan berzikir

AKTIVITI : Kotak ‘Meminta’

MASA : 30 minit

BAHAN : Kotak kecil, kertas arahan.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ahli usrah dapat :


 Menyenaraikan tiga adab yang baik (merangkumi puji-
pujian, rendah diri dan kesopanan) semasa
berdoa/berzikir selepas solat.

LANGKAH :  Naqib menyediakan sebuah kotak.


 Naqib menyediakan kertas arahan yang bertulis :
- Minta sesuatu daripada ayah/ ibu.
- Minta sesuatu daripada rakan.
- Minta sesuatu daripada adik.
Perkataan ‘ayah’ boleh dipelbagaikan kepada ibu, guru,
rakan, adik, penjual, juruwang dan sebagainya.
 Naqib mengedarkan kotak tersebut dan setiap ahli akan
mencabut satu kertas arahan untuk diri masing-masing.
 Ahli usrah akan membuat simulasi dialog untuk meminta
sesuatu berdasarkan kertas arahan yang mereka dapat.
 Naqib berbincang dan merumuskan tentang adab / cara
yang betul semasa berdoa.

REFLEKSI : Sebagai hamba kepada Yang Maha Esa, berdoalah dengan


penuh rendah diri dan tawaduk.

140
PENGHARGAAN

Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia


mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada :

Ust Mohd Zamri bin Mohamed Noor - BPI KPM

Ust Muhd Zulhilmi bin Haron - BPI KPM

Ust Wan Zayuhisham bin Wan Yusoff - SPI JPN Selangor

Ust Ismail bin bin Husain - PPD Jempol & Jelebu

Ust Mohd Khusairi bin Che Ismail - SMK Bahau 2 (MAHSAN)

Ust Mohd Fazli bin Abdul Manaf - SK Sungai Melut (A)

Ust Mohd Afandie bin Yahaya - SK Kg. Baharu Lanjut

Ust Khairul Azwar bin Ab Razak - SK Puchong Utama

Ustazah Suraya bt Md Saad - SMK Puchong Perdana

Ustazah Fa’izah bt Md Khamis - SMK Pandan Jaya

Ustazah Azarina bt Karim - SAM Hulu Langat

Ustazah Rabiatun Adawiah bt Che Ramly - SMK Bukit Tinggi

Ustazah Rodziah bt Idris - SMK Seksyen 7

Ustazah Maryati bt Mohd Amin - SMK Convent (M) Kajang

Ustazah Fatimah bt Bunyamin - SK Desa Jasmin

141

You might also like