You are on page 1of 2

Komander Pengacara Majjlis

ATUR CARA PERHIMPUNAN RASMI BULANAN KOKURIKULUM

Baris… Senang Diri! / Rehatkan Diri! / Awas.. / Baris! / Baris… Sedia!

Mengumumkan ketibaan Barisan Pentadbir masuk ke dewan.

(KOMANDER Tabik Hormat kepada VIP, Melapor Barisan)

”ASSALAMUALAIKUM  TUAN.
PASUKAN UNIT BERUNIFORM, 
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 2,
SIAP SEDIA MEMULAKAN MAJLIS PERHIMPUNAN TUAN.
TERIMA KASIH TUAN.”

(Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku)

Bacaan Doa. UP! (Selepas habis doa Komander beri arahan UP!)

Lafaz Ikrar. UP! (Selepas habis ikrar Komander beri arahan UP!)

(Pemeriksaan Barisan)

Baris… Buka Barisan… Gerak!

(Selepas Pemeriksaan Barisan)

Baris… Tutup Barisan… Gerak!

Baris… Senang… Diri! , Rehatkan… Diri! , Duduk!

(Para Hadirin Dipersilakan Duduk)

Dewan… Duduk… Sedia! , Duduk… Senang!

Yang Berusaha, Leftenan Kenel, Puan Hamidah Binti Ali, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2.

Yang Dihormati, Mejar Encik Marzuki Bin Md Johari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Dihormati, Mejar Puan Roina Binti Abdullah, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Dihormati, Mejar Puan Norayzamzurina Binti Md Ayob, GPK Kokurikulum,

Yang Dihormati, Mejar Encik Mohammad Shakef Bin Hirman, GPK Pendidikan Khas,

Barisan Pemimpin pasukan unit beruniform, guru-guru penasihat kelab dan persatuan,
Barisan Unit Beruniform, Barisan pengawas dan ahli-ahli unit beruniform yang saya kasihi
sekalian... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan Salam Sejahtera.

Makluman hadirin sekalian, Bacaan Doa dan Lafaz Ikrar sebentar tadi telah dipimpin oleh
_____________________________ dan _________________________ unit bertugas pada
minggu ini.
1
Majlis diteruskan dengan menjemput guru yang bertugas pada minggu lepas untuk
menyampaikan laporan bertugas minggu lepas. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

---Penyampaian hadiah (Jika ada)---


Seterusnya, dipersilakan mana-mana guru yang ingin membuat pengumuman atau
penyampaian hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
---Ucapan Pentadbir---
Kini tibalah kita ke acara kemuncak iaitu ucapan dari pihak pentadbir. Majlis menjemput dan
mempersilakan _________________________ untuk menyampaikan ucapan beliau. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih Tuan atas ucapan sebentar tadi. Semoga apa yang disampaikan tadi memberi
manfaat dan ingatan kepada kita semua.

Sebelum perhimpunan ditamatkan, bersedia untuk menyanyikan lagu Sekolah.


Dipersilakan para hadirin untuk berdiri.

Dewan… Duduk… Sedia! , Bangun!

Awas… Baris! , Baris… Sedia!

(Nyanyian Lagu Sekolah)

Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.

Untuk mengakhiri majlis, dengan hormatnya majlis mempersilakan Leftenan Kenel Puan
Hamidah Binti Ali, untuk menerima tabik hormat dan mohon kebenaran menjalankan tugas-
tugas lain daripada ketua perbarisan..Dipersilakan.

Baris… Senang Diri! / Rehatkan Diri! / Awas… / Baris! / Baris… Sedia!

“ASSALAMUALAIKUM  TUAN.
MOHON KEBENARAN MENJALANKAN TUGAS-TUGAS LAIN TUAN .
TERIMA KASIH TUAN.”

Dengan berakhirnya upacara tabik hormat sebentar tadi maka berakhirlah majlis kita pada
hari ini. Segala yang baik datang dari Allah swt, segala yang buruk datang dari kelemahan
saya sendiri. Kita sudahi majlis kita pada hari ini dengan bacaan tasbih kifarah dan surah al-
asr.

Bacaan Doa. UP! (Selepas habis doa Komander beri arahan UP!)

Saya serahkan majlis kepada guru bertugas. Sekian, terima kasih.

You might also like