You are on page 1of 13

Lampiran 5

30 M

PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN UMUM


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJONG MALIM, PERAK

BMW3032 WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU

TAJUK PENULISAN ESEI

IMPAK POSITIF DAN NEGATIF PANDEMIK COVID-19 TERHADAP ALAM


SEKITAR DI MALAYSIA

NAMA PELAJAR NO. MATRIK

JOHSEPH A/L RAMESH D20201094976

KUMPULAN KUMPULAN 7 (AR)


KULIAH

NAMA PENGAJAR ENCIK MUHAMMAD FAWIZ BIN BAKRI

PENERANGAN MARKAH
KERANGKA 10
FORMAT 5
BAHASA 5
KUTIPAN 3
RUJUKAN 3
PENYUNTINGAN 4
JUMLAH KESELURUHAN 30m
1

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 2-3

2.0 Impak positif dan negatif pandemik Covid-19 Terhadap 3

Alam Sekitar di Malaysia

2.1 Penurunan Tahap Pencemaran Udara (Impak Positif) 3-4

2.2 Sungai Dan Pantai Yang Bersih (Impak Positif) 4-5

2.3 Pengurangan Kitar Semula (Impak Negatif) 5-6

2.4 Peningkatan Sisa Buangan (Impak Negatif) 6

3.0 Kesimpulan 7

4.0 Rujukan 8

5.0 Lampiran (Penyuntingan) 9-12


2

1.0 PENGENALAN

Alam sekitar ialah faktor-faktor yang disekeliling manusia seperti tanah, air, iklim,

bunyi dan sebagainya (Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974). Alam sekitar merupakan salah satu

penciptaan Tuhan yang Maha Esa. Alam sekitar ini telah memberi banyak manfaat kepada

dunia dan manusia. Namun, sikap manusia yang tidak menghargai alam sekitar telah membawa

pelbagai kesan buruk terhadapnya. Pada masa kini, seluruh dunia sedang bekerjasama untuk

memerangi Covid-19, selain menjalankan ujian saringan berskala besar – besaran berserta

dengan amalan penjarakan sosial (social distancing) yang telah ditetapkan. Ancaman penularan

wabak Covid-19 telah mendesak seluruh dunia untuk melaksanakan perintah berkurung

(lockdown) atau dikenali sebagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memutuskan

rantaian wabak ini. Kehadiran pandemik Koronavirus ini telah mengubah segala-galanya sejak

ia dikesan pada Disember 2019 di Wuhan, China.

Selain itu, kehadiran Koronavirus telah mencetuskan tabiat baru dalam budaya

kehidupan seharian manusia dari segi pelbagai aspek termasuk di Malaysia. Pada masa yang

sama, Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran wabak Covid-19 turut

menyumbang kepada kebaikan alam sekitar. Apatah lagi memberi nafas baru terhadap planet

bumi apabila aktiviti manusia yang merangkumi pengangkutan, pelancongan dan perindustrian

telah digantung sementara. Perkara ini juga akan menyumbang kepada penurunan kadar

pencemaran udara dan pelepasan gas rumah kaca (GHG), meningkatkan tahap kualiti sungai

yang baik dan mengurangkan tahap kebisingan persekitaran, terutamanya di kawasan bandar

dan perindustrian.

Oleh itu, pelaksanaan perintah kawalan pergerakan ekoran wabak Covid-19 turut

menyumbang pelbagai kebaikan terhadap alam sekitar dan secara tidak langsung pandemik
3

Covid-19 juga menyumbang impak yang negatif terhadap alam sekitar terutama di negara-

negara maju seperti China, USA dan sebagainya.

2.0 IMPAK POSITIF DAN NEGATIF COVID – 19 TERHADAP ALAM SEKITAR.

Terdapat pelbagai impak positif dan negatif yang melanda Alam Sekitar sewaktu Pandemik

Covid -19 di Malaysia. (Justifikasi)

2.1 PENURUNAN TAHAP PENCEMARAN UDARA.

Antara impak positif pandemik Covid – 19 terhadap Alam Sekitar di Malaysia ialah

penurunan tahap pencemaran udara. Penularan wabak Covid – 19 telah memainkan peranan

yang penting dalam mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke udara dan juga

mengurangkan pembebasan gas rumah hijau yang pada awalnya berada pada tahap

membimbangkan (berbahaya). Terdapat pelbagai aktiviti manusia yang memudaratkan kualiti

alam sekitar: Sebagai contohnya, pelepasan asap yang kotor secara terus ke udara (atmosfera)

melalui cerobong kilang, pelepasan asap rokok, kegiatan pembakaran secara terbuka,

pembebasan asap dari letusan gunung berapi dan asap dari kenderaan bermotor. Menurut

Haliza Abdul Rahman (2014). “Alam sekitar merupakan segala elemen yang berada di

sekeliling kita. Manusia dan alam sekitar sangat berhubungan kerana keduaduanya saling

mempengaruhi antara satu sama lain’’. (para.1)

Pandemik Covid – 19 telah membawa pelbagai kesan positif terhadap alam sekitar dan

telah meningkatkan nilai (Ph) udara pada tahap yang baik, pada awalnya berada di tahap yang

mebimbangkan. Selain itu, Malaysia mencatatkan kadar pencemaran udara yang agak rendah

ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh kawasan termasuk di

bandar – bandar utama dan tahap Indeks Pencemar Udara (IPU) juga direkodkan sebagai

“INDEKS BERSIH”. Hal ini berlaku demikian kerana, pelaksanaan (PKP) telah

mengurangkan atau mengehadkan aktiviti – aktiviti harian manusia seperti aktiviti pembakaran
4

terbuka, aktiviti pembuangan sisa industri, aktiviti perkilangan dan sebagainya. Oleh itu,

jelaslah bahawa pandemik covid – 19 telah membawa impak yang positif terhadap alam sekitar

di Malaysia, namun setiap Masyarakat haruslah memainkan peranan yang penting dalam

membendung pencemaran udara ini.

2.2 SUNGAI DAN PANTAI YANG BERSIH.

Seterusnya, impak positif yang terdapat akibat daripada pandemik Covid – 19 terhadap

Alam Sekitar di Malaysia ialah sungai dan pantai yang bersih. Penularan pandemik Covid – 19

bukan sahaja mengurangkan pencemaran udara malah ia juga mengurangkan kadar

pencemaran sungai di Malaysia. Sumber air merupakan keperluan serta kepentingan harian

manusia malah kebersihan air di sungai juga menjamin kehidupan akuatik. Kebelakangan ini

iaitu sebelum pandemik Covid – 19 melanda, kebersihan air di sungai dan pantai berada pada

tahap yang agak membimbangkan di Malaysia. Hal ini demikian kerana, sistem pembuangan

yang tidak teratur dan pembuangan yang tidak mengikut peraturan atau undang – undang Alam

Sekitar telah menyebabkan pencemaran sungai sering berlaku. Antara aktiviti manusia yang

mencemarkan air di sungai, pantai ialah aktiviti pertanian, aktiviti perindutrian, aktiviti

pembangunan dan sebagainya.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat daripada pandemik Covid –

19 telah menghentikan kebanyakan aktiviti seperti aktiviti perkilangan, aktiviti pertanian,

aktiviti pembangunan dan sebagainya. Kesemua aktiviti ini merupakan punca kepada

berlakunya pencemaran di sungai dan pantai terutamanya aktiviti perindustrian yang

membebaskan sisa – sisa toksik secara giat ke dalam sungai di Malaysia. Kualiti alam sekitar

khususnya udara dan air sungai bertambah baik sepanjang perintah kawalan (PKP) ini diadakan

terutamanya di sungai lembah klang yang padat dengan aktiviti perindustrian (Datuk Tuan

Ibrahim Tuan Man, 2020). Oleh itu jelaslah bahawa penularan pandemik Covid -19 bukan
5

sahaja mengurangkan pencemaran udara malah ia juga membantu untuk mengurangkan

pencemaran air di sungai, pantai, selain itu kerajaan juga haruslah memainkan peranan yang

amat penting dalam menangani isu pencemaran air demi menjamin kualiti air yang baik pada

masa akan datang.

2.3 PENGURANGAN KITAR SEMULA.

Antara impak negatif yang melanda Alam Sekitar akibat daripada penularan wabak

Covid – 19 ialah pengurangan Kitar Semula. Pandemik Covid – 19 bukan sahaja mendatangkan

impak yang positif malah ia juga mendatangkan impak yang negatif terutamanya terhadap

sektor perindustrian dan aktiviti seharian manusia. Hal ini demikian kerana, sektor

perindustrian merupakan sektor yang menyumbang kepada peningkatan kes wabak Covid – 19

di Malaysia. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mendesak sektor – sektor perkilangan

tergendala seketika dan mendatangkan kesan yang buruk terhadap tahap penggunaan bahan –

bahan plastik dalam aktiviti seharian manusia. Tambahan pula, penutupan perindustrian telah

mendatangkan kesan buruk terutamanya terhadap kempen “Bebas Plastik” di seluruh Malaysia.

Menurut Nurul Anis Izmir. (2020) menyatakan bahawa “Pandemik Covid – 19 telah

merencatkan langkah – langkah perlindungan Alam Sekitar serta industri – industri kitar

semula Negara. Tambahan pula, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan

bertan – tan sisa buangan (bahan plastik) yang pada kebiasaanya dibawa ke pusat perindustrian

kitar semula namun kini dibiarkan sahaja di tapak pengumpulan sampah.” Justeru itu, secara

tidak langsung perintah berkurung telah meningkatkan tahap penggunaan plastik dalam

kalangan Masyarakat di Malaysia terutama dalam pembungkusan makanan (foodpanda) dan

sebagainya. Penutupan sektor perindustrian telah meningkatkan permintaan penggunaan

plastik dalam kalangan Masyarakat dan secara tidak langsung ia membawa impak negatif

terhadap Alam Sekitar. Oleh itu, kerajaan Malaysia haruslah memainkan peranan yang penting
6

dalam menangani isu ini dan kerajaan juga harus menggalakkan Masyarakat untuk

menggurangkan penggunaan bahan plastik dalam aktiviti seharian mereka.

2.4 PENINGKATAN SISA BUANGAN.

Selain itu, impak negatif pandemik Covid – 19 terhadap Alam Sekitar ialah peningkatan

sisa buangan. Penularan wabak Covid – 19 telah menimbulkan kesan yang negatif apabila sisa

buangan sampah domestik atau harian oleh manusia meningkat secara mendadak. Walaupun,

pandemik Covid – 19 telah menggurangkan tahap pencemaran udara dan sungai, namun isu

pertambahan pembuangan sampah atau sisa – sisa domestik oleh manusia secara tidak teratur

telah menggundang kepada pencemaran alam sekitar berlaku. Pembelian makanan atau

keperluan lain yang berlebihan seperti hand sanitizer, topeng muka dan lain-lain berada di

pasaran dan dalam talian melonjak tinggi. Malah, ditambah dengan situasi pembelian panik

oleh rakyat Malaysia telah mengundang pencemaran alam sekitar apabila terdapat sisa pepejal

atau makanan serta plastik meningkat secara tiba-tiba di semua tapak pelupusan sampah negara

berbanding industri yang lain.

Mohd Yusof Abdullah, dan Normah Mustaffa (2010), menerangkan bahawa

pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air di sungai, pencemaran bau

dan sebagainya tidak berlaku secara semulajadi malah disebaliknya aktiviti-aktiviti yang

dilakukan oleh manusia menjadi punca kepada pencemaran alam sekitar. Di Malaysia juga,

pelupusan sisa klinikal telah meningkat sebanyak 27 peratus pada Mac berikutan penularan

Covid-19 berbanding bulan sebelumnya yang hanya 17 peratus. Oleh itu jelaslah bahawa,

pandemik Covid – 19 telah membawa kesan yang buruk terhadap alam sekitar dan pihak

kerajaan serta agensi agensi NGO haruslah berganding bahu dalam membanteras isu ini supaya

tidak berlaku.
7

3.0 KESIMPULAN.

Secara kesimpulannya, dunia hari ini menyedari bahawa penularan wabak coronavirus

bukan sahaja memberi kesan positif malah negative secara tidak langsung kepada persekitaran

semula jadi. Antara kebaikan penularan Covid-19 ialah tahap pencemaran udara dan sungai

yang menurun secara mendadak sepanjang dunia, terutamanya negara yang paling terjejas.

Kini, Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan disebabkan oleh pandemik Covid-

19, ia telah menjadi kayu pengukur yang mampu manusia bernafas udara yang bersih jika

semua aktiviti yang menyumbang kepada pencemaran dapat dikawal. Pada masa yang sama,

kesan positif Covid-19 terhadap alam sekitar adalah sangat penting dalam memelihara dengan

mengamalkan tabiat baru, terutamanya dalam industri yang menyumbang kepada tahap

pencemaran alam sekitar setiap tahun. Dengan ini, dapat menjadikan seseorang manusia lebih

menghargai alam alam sekitar dan melakukan transformasi ke arah budaya dan pemikiran yang

memelihara alam sekitarnya.


8

4.0 RUJUKAN.

Haliza Abdul Rahman, R. H. (2014). Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar di

Malaysia Gelugor: Penerbit USM.

Haliza, A. (2009). Penglibatan Masyarakat Awam di Malaysia Dalam Isu Berkaitan

Persekitaran. Jurnal Sarjana Jilid 24, Bilangan 2, 1-2.

Hasnah Ali, Dody Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim & Sarifah Yaacob. (2012).

Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian komuniti: Kes isi

rumah wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia, Journal of Society and Space 8 issue 5

(64 - 75). http://journalarticle.ukm.my/5515/1/artikel6.pdf

Jeffery Lawrence D’Silva, Haliza Abdul Rahman & Dzuhailmi Dahalan. (2021). Analisis

Status Alam Sekitar semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat Pandemik

Covid- 19 di Malaysia [Sarjana]. Universiti Kebangsaan Malaysia.

http://www.ukm.my/jsm/pdf_files/SM-PDF-50-3-2021/27.pdf

Mohamad Ridhauddin bin Mohd Salleh. (2021). COVID-19: Sejarah dan Iktibar. Jilid 1.

Zul’Azmi Bin Yaakob. (2014). Menangani Krisis Alam Sekitar : Pendekatan Falsafah

Seyyed Hossein Nasr [Ijazah Doktor Falsafah]. Universiti Sains Malaysia.

https://core.ac.uk/download/pdf/32600095.pdf
9

5.0 LAMPIRAN
10
11
12

You might also like