You are on page 1of 2

Kertas kerja Jawatankuasa Gimik Pelancaran

Pengenalan

Pesta Kaamatan merupakan acara tahunan yang disambut oleh masyarakat KDMR bagi merayakan
kesyukuran terhadap hasil tani yang diperolehi. Setiap tahun, masyarakat akan merayakan pesta ini
dengan meriah serta pelbagai acara. salah satu aspek yang menjadi tumpuan utama dalam perayaan
ini ialah gimik pelancaran yang akan disempurnakan oleh tetamu kehormat yang akan merasmikan
majlis pembukaan pesta kaamatan peringkat negeri pada tahun ini. Sempena dengan acara
pembukaan pesta kaamatan peringkat negeri pada tahun ini , pihak ahli jawatankuasa memilih
konsep aktiviti di sawah padi sebagai gimik pelancaran pesta kaamatan peringkat negeri pada tahun
ini. Konsep ini menampilkan beberapa segmen seperti, magapon do sada, yang bermaksud
memancing ikan di sawah, mongomot yang bermaksud menuai padi dan diikuti dengan paluan Gong
sebanyak 7 kali.

Matlamat

Matlamat utama gimik pelancaran ini adalah untuk menjadikan acara pembukaan pesta kaamatan
tahun ini sebagai acara yang bermakna dan memberi impak kepada keseluruhan majlis.

Objektif

1. Menjadikan segmen Gimik pelancaran sebagai nadi majlis .


2. Menampilkan kelainan dan keunikan dalam segmen perasmian majlis.

Konsep

Aktiviti di sawah padi

Tarikh : 01.05. 2022

Ahli Jawatankuasa

Pengerusi : En Ahmadi

Pusat Khidmat Rakyat

Pelaksanaan : En Tommy Elyias

KDCA Keningau

Ahli

1. janson
2. alis
3. Justinah
4. Laila

Tentatif Pelaksanaan

Tarikh Perkara Tindakan catatan


30.04.2022 Penyediaan bahan ,alatan Semua AJK
Rehearsal penuh
01.05.2022 Perlaksanaan mengikut segmen Semua AJK
Anggaran Perbelanjaan

Bahan/kerja/peralatan Sumber bahan Anggaran diperlukan Jumlah


keseluruhan
Peralatan tradisional Kedai/Peniaga 10 set
/pembuat kraf
Ikan sungai Penduduk kampung 30 ekor pelbagai jenis RM550.00
Gong dan palu Majlis daerah sebiji
Pancing AJK 10 Set
Padi Jabatan Pertanian 20 pasu

Ringgit Malaysia : Lima ratus lima puluh sahaja.

Sumber Kewangan

Keseluruhan kos yang dinyatakan dalam anggaran perbelanjaan jadual diatas adalah diperolehi /
dipohon daripada Pejabat Daerah Keningau.

Penutup

Sebagai kesimpulan, kejayaan dan kemeriahan perayaan pembukaan pesta kaamatan peringkat
negeri pada tahun ini sememangnya amat diyakini dengan adanya Kerjasama daripada semua pihak.

“KAAMATAN MENJIWAI ALAM SEMULAJADI”

Disediakan Oleh

Ajk Pelaksana

You might also like