You are on page 1of 5

PT3 Form 2 历史 BAB 3

BAB 3: Sosiobudaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu


3.1 Bahasa dan Tulisan
Bahasa Funan  Bahasa Sanskrit merupakan bahasa utama
dan  Buktinya ialah penumuan batu bersurat Funan bertarikh abad ke-2
Tulisan  Tulisannya berasaskan tulisan orang Hu yang menggunakan tulisan orang india
 Menggunakan calendar Saka yang berasal dari India
Champa  Menuturkan bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu Champa
 Buktinya ialah penemuan batu bersurat dalam kedua-dua bahasa
 Masyarakatnya menggunakan tulisan Palava dan Champa Kuno
 Bukti penggunaan tulisan Palava ialah penemuan inskripsi tulisan Raja
Sambhuvarman bertarik abad ke-6
 Sejak abad ke-8, agama Islam tersebar di Champa menyebabkan bahasa Melayu
menjadi bahasa utama seiring dengan perkembangan tulisan Jawi
Srivijaya  Bahasa Melayu merupakan bahasa utama dalam urusan pentadbiran dan harian
 Bahasa Melayu menerima pengaruh bahasa Sanskrit
 Buktinya ialah penemuan batu-batu bersurat, iaitu Kota Kapur, Kedukan Bukit,
Telaga Batu dan Talang Tuwo bertarikh abad ke-7 di Sumatera
 Ditulis dalam bahasa Melayu dengan pengaruh bahasa Sanskrit menggunakan
tulisan Palava
Angkor  Menggunakan bahasa Sanskrit dan Khmer
 Buktinya ialah penemuan inskripsi pada dinding candi
 Tulisan dinding candi menggunakan tulisan Palava dan tulisan Khmer
Majapahit  Bahasa utamanya ialah Jawa Kuno
 Menggunakan tulisan Kawi yang dibuktikan dengan penemuan inskripsi dan
persuratan bertarikh abad ke-14
 Mula menggunakan huruf-huruf Arab dalam tulisan selepas tersebarnya agama
Islam
 Tulisan yang menggunakan huruf Arab bagi menulis bahasa Jawa dikenali sebagai
tulisan Pegon
Kedah Tua  Menggunakan bahasa Sanskrit dan tulisan Palava
 Dibuktikan dengan penemuan batu bersurat yang bertarikh abad kelima di Sungai
Mas dan Cherok Tok Kun (Pulau Pinang)

TEOH CHE KOK|Bachelor of Engineering (Hons.) Electronics majoring in Robotics & Automation|016-7913690 1
PT3 Form 2 历史 BAB 3

3.2 Persuratan
 Alam Melayu terkenal dengan tradisi Lisan berdasarkan alam sekeliling
 Tema utamanya ialah asal-usul, binatang, nasihat, seloka, teladan dan adat
 Kegiatan persuratan dalam bentuk batu bersurat ialah bukti keintelektualan masyarakat Alam Melayu

Persuratan Funan  Dibuktikan dengan penemuan batu bersurat terawal di Alam Melayu bertarikh
abad ke-2
Champa  Dibuktikan dengan penemuan batu bersurat tertua di Kauthara bertarikh 192 M
 Sebanyak 206 buah batu bersurat ditemui di Champa
 Bukti persuratan lain ialah manuskrip sejak abad ke-13
 Karya yang terkenal ialah Akayet Inra Patra dan Akayet Deva Mano
Srivijaya  Dibuktikan dengan penemuan beberapa batu bersurat
 Contoh batu bersurat ialah Karang Brahi dan Palas Pasemah bertarikh abad ke-7
 Memerihalkan pengukuhan kerajaan terutama kepentingan taat setia terhadap raja
Angkor  Dibuktikan dengan penemuan batu bersurat Sdok Kok Thom di barat laut
Kemboja
 Mengisahkan pemerintahan Jayavarman II
 Inskripsi yang dipahat pada dinding candi memerihalkan aspek pemerintahan dan
keagamaan
Majapahit  Dibuktikan dengan penemuan batu bersurat Trowulan bertarikh 1358
 Batu ini ditulis dalam bahasa Jawa Kuno bertulisan kawi
 Terdapat juga bukti persuratan dalam bentuk manuskrip
 Karya terkenal ialah Nagarakertagama yang ditulis oleh Prapanca pada tahun 1365
 Karya lain termasuklah Tantu Panggelaran dan Pararaton
Kedah Tua  Dibuktikan dengan penemuan batu bersurat di Bukit Choras dan Bukit Meriam
bertarikh abad ke-5
 Terdapat juga penemuan inskripsi yang ditulis di atas kepingan perak, kepingan
emas dan pinggan tanah liat
 Sebahagian besar inskripsi menyentuh doa dan amalan dalam agama Buddha

TEOH CHE KOK|Bachelor of Engineering (Hons.) Electronics majoring in Robotics & Automation|016-7913690 2
PT3 Form 2 历史 BAB 3
Pengaruh Terhadap Persuratan Alam Melayu

Persuratan Alam Melayu


Sebelum Kedatangan Islam Selepas Kedatangan Islam
 Mendapat pengaruh epic dan sastera India seperti  Dipengaruhi oleh sastera Islam seperti syair,
Ramayana, Mahabhrata, Purana dan Jataka gurindam, cerita hikayat dan nazam
 Karya-karya tersebut disadurkan ke dalam bahasa  Kisah kehidupan nabi-nabi seperti Nabi Sulaiman
tempatan dan Nabi Muhammad SAW diterjemah ke dalam
bahasa Melayu
 Antara karya terkenal ialah Hikayat Nabi Bercukur,
Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Yusof dan
Hikayat Nabi Wafat
 Banyak karya epic mengisahkan perjuangan
pahlawan Islam diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu seperti Hikayat Muhammad Ali Hanafiah,
Hikayat Iskandar Zulkarnain dan Hikayat Amir
Hamzah

3.3 Seni Bina


Kerajaan Funan
 Membina kapal besar yang boleh memuatkan sehingga 700 orang dan 1000 tan kargo barangan serta perahu
panjang yang mampu menampung 100 orang penumpang
 Pembinaan sistem pengairan untuk mengawal limpahan air dan mengalirkan air masin keluar dari tanah
pertanian
 Pembinaan candi sebagai rumah ibadat, pusat pendidikan dan pertemuan masyarakat
 Contoh tinggalan candi ialah Candi Go Gay Thi di Oc Eo

Kerajaan Angkor
 Seni bina Berkait rapat dengan kegiatan pertanian seperti baray
 Baray berukuran 2x8 kilometer dan dapat menampung 30 juta meter padu air yang akan disalurkan ke
sawah-sawah padi di sekitarnya
 Angkor Wat dan Angkor Thom merupakan seni bina yang masyhur
 Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman II pada abad ke-12 dengan keluasan 208 hektar
 Binaan menara utama di tengah-tengah candi ialah setinggi 65 meter
 Turut membina kapal untuk kegunaan perdagangan dan peperangan

Kerajaan Champa
 Dapat dilihat melalui binaan candi
 Antara yang terkenal ialah kompleks candi di Lembah Mi Son, Po Nagar dan Dong Duong

Kerajaan Srivijaya
 Membina candi yang masyhur seperti Candi Muara Takus dan Candi Muara Jambi di Sumatera
 Pusat binaan kapal ialah di ibu kota Srivijaya\
 Rekod kerajaan China, pusat binaan kapal-kapal Melayu (Kun-lun-po) yang besar ialah Palembang
 Kapal-kapal besar tersebut boleh belayar hingga ke pelabuhan Tonkin dan tenggara China

Kerajaan Majapahit
TEOH CHE KOK|Bachelor of Engineering (Hons.) Electronics majoring in Robotics & Automation|016-7913690 3
PT3 Form 2 历史 BAB 3

 Banyak candi dibina semasa era kegemilangannya


 Antara candi tersebut termasuklah Candi Tikus (Jawa Timur) dan Candi Cetho (Jawa Tengah)
 Turut membina pintu gerbang seperti Gapura Wringin Lawang (pintu gerbang laluan raja) dan Gapura
Bajang Ratu (pintu masuk ke dalam sebuah bangunan suci di Jawa Timur)

Kerajaan Kedah Tua


 Banyak tertumpu kepada binaan candi bagi agama Hindu dan Buddha di Lembang Bujang
 Tinggalan candi Buddha yang terkenal adalah di Bukit Choras, Bukit Meriam dan Bukit Pendiat
 Candi Hindu di Bukit Batu Pahat dan Bendang Dalam mendapat pengaruh seni bina kerajaan Chola, India.
 Turut ditemui di lokasi tersebut ialah seni bina arca Hindu dan Buddha

Kerajaan Gangga Nagara


 Buktinya ialah penemuan patung Buddha yang diperbuat daripada gangsa setinggi 18 meter di Tanjung
Rambutan
 Terdapat juga beberapa binaan patung Buddha lain di Pangkalan dan Sungai Siput
 Seni bina arca ini menerima pengaruh daripada kerajaan Gupta, India

3.4 Struktur Sosial


1. Masyarakat kerajaan Alam Melayu terikat dengan struktur social yang hamper sama.
2. Asas struktur ini terbahagi kepada
i) kelas atasan: Golongan pemerintah
- Golongan diraja menduduki status tertinggi
- Bangsawan mendukung sistem pentadbiran kerajaan
ii) kelas bawahan: Golongan diperintah
- Rakyat merdeka mengukuhkan sistem beraja melalui konsep taat setia dan menjana ekonomi
kerajaan
- Hamba berkhidmat dalam sector sosioekonomi dan meningkatkan status pemiliknya

Golongan Pemerintah Golongan Diperintah


Diraja Bangsawan Rakyat Merdeka Hamba
Tugas: Memerintah Tugas: Melancarkan Tugas: Mengukuhkan Tugas: Berkhidmat
sistem pentadbiran system beraja melalui dalam sektor
kerajaan konsep taat setia sosioekonomi dan
meningkatkan status
tuannya
Raja dan kerabat diraja  Pembesar  Pekerja istana  Tawanan perang
 Permaisuri  Ilmuwan  Askar  Hamba berhutang
 Putera-puteri  Golongan agama  Petani  Rela menjadi hamba
 Adik-beradik  Pujangga  Penternak
 Ibu bapa dan ahli  Pendeta istana  Pedagang
keluarga  Nelayan
 Artisan

3. Struktur social masyarakat kerajaan Alam Melayu yang tersusun memperkukuh sistem politik dan
kedudukan pemerintahan.

TEOH CHE KOK|Bachelor of Engineering (Hons.) Electronics majoring in Robotics & Automation|016-7913690 4
PT3 Form 2 历史 BAB 3

TEOH CHE KOK|Bachelor of Engineering (Hons.) Electronics majoring in Robotics & Automation|016-7913690 5

You might also like