You are on page 1of 53

51 Contoh Karangan

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Sekolah saya

Saya belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Krokop. Sekolah saya

terletak di Miri.

Sekolah saya mempunyai 37 buah bilik darjah , sebuah dewan besar , sebuah

bilik guru besar , dan sebuah bilik guru. Selain itu , sekolah saya juga mempunyai

sebuah makmal sains dan makmal komputer.

Sekolah saya mempunyai 63 orang guru dan 1700 orang murid. Semua murid

belajar dalam sesi pagi.

Kawasan sekolah saya sangat besar. Taman-taman di sekolah saya ditanam

dengan bunga-bungaan yang cantik. Terdapat juga pondok, tasik dan pancutan air

di dalam Taman Bestari.

Murid-murid sekolah saya sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain.

Kami selalu bekerjasama membersihkan kawasan sekolah. Oleh itu, kami dapat

belajar dalam keadaan yang bersih dan selesa.

Saya berbesar hati kerana dapat belajar di sekolah ini.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Kelas Saya

Saya belajar dalam Tahun Enam Merah. Kelas saya terletak di tingkat tiga

Blok D.

Murid-murid kelas saya berjumlah empat puluh enam orang. Dua puluh enam

orang ialah murid lelaki dan dua puluh orang ialah murid perempuan. Kami selalu

tolong-menolong antara satu sama lain.

Setiap hari, kami membersihkan kelas. Kami menyapu lantai, mengelap

tingkap dan menyusun meja. Oleh itu, kelas selalu kelihatan bersih dan selesa.

Saya amat gembira dapat belajar dalam kelas yang bersih dan selesa.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Kantin sekolah saya

Di sekolah saya mempunyai sebuah kantin. Kantin sekolah saya terletak di

sebelah dewan sekolah.

Kantin sekolah saya bersih. Terdapat roti, mi goreng. nasi lemak, air sirap

dan sebagainya dijual di gerai-gerai kantin sekolah saya. Harga makanan yang

dijual di kantin sekolah berpatutan .

Pada waktu rehat, murid-murid pergi ke kantin untuk membeli makanan dan

minuman. Kemudian, mereka akan menikmati makanan yang dibeli di tempat yang

disediakan .Kami makan sambil berbual-bual dengan gembira. Suasana di kantin

sangat bising.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Setiap murid dinasihatkan agar menjaga kebersihan kantin sekolah. Kami

akan membuang bungkusan makanan ke dalam tong sampah selepas makan . Oleh

itu, kantin sekolah saya selalu kelihatan bersih dan indah.

Saya amat gembira kerana sekolah saya mempunyai sebuah kantin yang

bersih dan indah.

Perpustakaan sekolah saya

Sekolah saya ada sebuah perpustakaan yang besar. Perpustakaan sekolah

saya besar dan cantik. Murid-murid suka membaca buku-buku cerita di dalam

perpustakaan sekolah.

Di dalam perpustakaan sekolah saya ada rak-rak buku, kipas , meja dan

kerusi. Terdapat kira-kira enam ribu buah buku di perpustakaan itu. Selain

bukubuku cerita, perpustakaan sekolah saya juga ada banyak majalah dan surat

khabar. Buku-buku, majalah serta surat kahabar itu disusun dengan kemas.

Perpustakaan sekolah saya dibuka setiap hari persekolahan. Masanya dibuka dari

pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.00 petang. Setiap kali dibuka ada empat orang

pustakawan bertugas di dalamnya. Mereka bertugas mengikut giliran yang

ditetapkan oleh guru perpustakaan.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Semasa di perpustakaan, murid-murid tidak boleh berbuat bising. Selain itu,

murid-murid juga dinasihati agar menjaga kebersihan perpustakaan sekolah.

Binatang Kesayangan Saya / Binatang Peliharaan Saya

Saya mempunyai binatang kesayangan. Binatang kesayangan saya seekor

anjing.

Bulu anjing saya berwarna hitam. Badan anjing saya montel kerana anjing

saya kuat makan.

Nama anjing saya Bobbi. Bobbi seekor anjing jantan yang comel.Ayah saya

telah membeli Bobbi dari sebuah kedai. Pada waktu itu harganya RM150.00.

Ayah menghadiahkan Bobbi kepada saya sempena hari jadi saya.

Bobbi suka makan daging dan minum susu. Bobbi tinggal di dalam sebuah

rumah kecil. Kadang-kala, saya memandikan Bobbi.

Pada masa lapang, saya selalu bermain dengan Bobbi. Bobbi pandai melompat.

Selain itu, Bobbi juga kuat berlari.

Saya sangat gembira kerana mempunyai seekor anjing. Saya akan menyayangi

Bobbi selama-lamanya.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Guru darjah saya / Guru kelas saya

Setiap bilik darjah ada gurunya. Begitu juga dengan bilik darjah saya . Guru

darjah saya bernama Cikgu Chin Ai Ling .

Wajah Cikgu Chin garang tetapi baik hati. Beliau berbadan ramping,

berambut panjang dan berkaca mata . Beliau seorang guru wanita yang cantik .

Umur guru darjah saya 36 tahun. Beliau berasal dari Kuching. Beliau gemar

bermain badminton dan memasak. Cikgu Chin juga seorang jurulatih bandminton

yang handal .

Cikgu Chin mengajar kami Bahasa Cina dan Matematik. Beliau juga bertugas

menguruskan bilik darjah kami. Beliau sentiasa menasihati kami agar rajin

belajar. Beliau mahu kami semua berjaya dalam pelajaran .

Cikgu Chin seorang guru yang sangat mementingkan disiplin . Beliau juga

seorang guru yang rajin. Saya amat menghormati beliau. Beliau guru contoh di

sekolah saya.

Saya amat kagum akan sikapnya. Kami sangat gembira kerana mempunyai

seorang guru darjah yang baik sepertinya.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Ketua darjah saya / Ketua kelas saya

Setiap bilik darjah ada ketuanya. Begitu juga dengan kelas saya. Ketua

darjah saya bernama Yek Yu .

Wajahnya sangat cantik. Ketua darjah saya berbadan kecil tetapi berjiwa

besar. Dia seorang ketua darjah yang bertanggungjawab, tegas, dan ringan

tulang. Dia selalau membantu kawan-kawan sekelas yang bermasalah.

Umur ketua darjah saya dua belas tahun. Kegemarannya suka membaca buku.

Apabila dewasa kelak , dia hendak menjadi seorang doktor pakar. Tugas

ketua darjah saya membantu guru darjah. Dia membantu guru mengawasi

disiplin murid-murid semasa ketiadaan guru. Selain itu, dia juga membantu

guru mengumpul dan menghantar buku latihan murid-murid di dalam bilik

darjah.

Saya sangat menghormatinya. Saya sangat gembira kerana mendapat

seorang ketua darjah yang baik.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Keluarga saya

Setiap orang pasti mempunyai keluarga masing-masing. Begitu juga dengan

saya .

Keluarga saya terdiri daripada lima orang, iaitu bapa, emak, saya dan dua

orang adik lelaki. Hubungan kami sekeluarga sangat rapat.

Ayah saya bernama Joshua Siaw. Ayah saya seorang guru yang mengajar di

SMK Lutong. Beliau seorang guru yang tegas tetapi baik hati.

Emak saya seorang suri rumah tangga. Beliau menguruskan rumah tangga

serta keperluan kami sekeluarga. Emak saya seorang yang sangat rajin dan

pandai memasak.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Saya anak sulung. Saya belajar di SJK Chung Hua Krokop. Saya belajar

dalam tahun enam. Saya mempunyai sepasang adik lelaki berkembar yang

bernama Joseph dan Jason. Adik-adik saya comel dan manja.

Saya sayang akan keluarga saya. Saya berasa bangga kerana mempunyai

sebuah keluarga yang bahagia. Saya berharap keluarga saya akan kekal bahagia

selama-lamanya.

Jiran Saya

Jiran merupakan orang yang tinggal berdekatan dengan kita. Saya percaya

setiap keluarga pasti mempunyai jiran-jiran. Begitu juga dengan keluarga saya.

Jiran saya bernama Encik Lim. Saya berjiran dengan Encik Lim sejak lapan tahun

yang lalu.

Keluarga Encik Lim sederhana besarnya. Encik Lim seorang doctor yang

bertanggungjawab. Dia seorang yang peramah. Isterinya, Puan Lily seorang

jururawat yang baik. Puan Lily selalu menolong jiran-jirannya yang dalam

kesusahan.

Encik Lim mempunyai dua orang anak lelaki. Anak-anaknya masih belajar.

Anak sulung Encik Lim bernama Joseph manakala anak bongsunya bernama

Jason.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Pada masa lapang, saya selalu bermain dengan Joseph dan Jason. Kami suka

bermain bola keranjang. Kami selalu bermain di halaman rumah Encik Lim. Selain

itu, kami selalu mengulang kaji pelajaran bersama-sama pada waktu petang.

Hubungan keluarga saya dengan keluarga Encik Lim sangat rapat. Kami saling

membantu antara satu sama lain.

Saya amat bertuah kerana mempunyai seorang jiran yang baik seperti Encik

Lim.

Buah-buahan yang paling saya sukai/ gemari / minati

Di negara kita terdapat pelbagai jenis buah-buahan. Antaranya ialah pisang,

durian, rambutan, langsat, nanas dan sebagainya.

Buah-buahan yang paling saya gemari ialah buah durian. Buah durian ialah

sejenis buah yang bermusim. Buah durian banyak dijual di tepi jalan pada

musimnya.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Kulit buah durian berwarna hijau dan berduri. Apabila masak, buah durian

akan mengeluarkan bau yang harum. Isi buah durian berwarna kuning dan rasanya

manis. Buah durian banyak mengandungi zat dan vitamin.

Durian biasanya dimakan terus. Durian segar juga boleh dimakan dengan

santan serta pulut. Selain itu, buah durian boleh dijadikan aiskrim, kek, dan

dodol durian .

Saya sangat suka makan buah durian kerana rasanya sangat enak.

Bapa saya /orang yang paling saya hormati /sayangi / sanjungi

Saya yakin setiap orang pasti mempunyai seorang bapa . Begitu juga dengan

saya .

Bapa saya bernama John Lim. Wajah bapa saya sangat kacak. Beliau

berbadan tinggi lampai .

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Umur bapa saya 40 tahun. Bapa saya seorang guru yang bertanggungjawab.

Setiap hari beliau pergi ke sekolah dengan memandu kereta .

Bapa saya seorang yang penyayang tetapi bersikap tegas. Dia selalu

mengajar saya membaca buku dan menulis karangan. Beliau juga selalu

menasihati saya supaya rajin belajar.

Beliau mahu saya berjaya dalam pelajaran.

Saya amat gembira kerana mempunyai seorang bapa yang baik. Semoga bapa

sihat selalu dan dipanjangkan umur.

Mata pelajaran yang paling saya minati / sukai / gemari

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Di sekolah, saya belajar banyak mata pelajaran. Antaranya termasuk Bahasa

Malaysia, Sains, Matematik dan sebagainya.

Mata pelajaran yang paling saya minati ialah Matematik. Saya sangat

berminat dalam mata pelajaran ini kerana Matematik sangat menarik.

Masalahmasalah Matematik membuat saya berfikir dengan cepat dan tepat.

Guru Matematik saya sangat bijak dalam mengajar Matematik. beliau selalu

memberi galakan kepada saya.

Saya mempelajari Matematik dengan bersungguh-sungguh. Setiap hari, saya

membuat latihan Matematik. Saya selalu mendapat markah yang tinggi dalam

mata pelajaran ini.

Saya berharap saya akan mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik

dalam peperiksaan UPSR nanti.

Guru kesukaan saya /Guru yang paling saya sayangi/ hormati / sukai

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Terdapat beberapa orang guru yang mengajar saya di sekolah. Guru

kesukaan saya ialah guru Bahasa Malaysia. Nama beliau Cikgu Su

Cikgu Su ialah seorang guru yang sangat peramah. Beliau juga seorang yang

penyabar.

Semasa mengajar, Cikgu Su akan memastikan bahawa murid-muridnya faham.

Dia akan membantu sesiapa sahaja yang ada masalah dalam pelajaran.

Sebelum peperiksaan, Cikgu Su akan memberi kami kelas tambahan tanpa

mengenakan bayaran. Beliau hendak melihat murid-muridnya berjaya dalam

pelajaran.

Saya berasa besar hati kerana mempunyai seorang guru yang baik seperti

Cikgu Su.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Emak saya / Ibu saya / Orang yang paling saya sayangi/Hormati

Semua orang mempunyai emak. Begitu juga dengan saya. Emak saya bernama

Jolin.

Wajah emak saya ayu. Emak saya berbadan kecil. Emak saya seorang yang

lemah-lembut dan bersifat penyayang.

Umur emak saya 40 tahun. Emak saya suri rumah tangga. Pada masa lapang,

emak saya gemar menjahit pakaian dan membuat kek. Beliau bercita-cita untuk

memiliki sebuah kedai jahit sendiri.

Emak menjaga dan mendidik kami dengan baik. Setiap hari emak

menguruskan rumah dan memasak makanan yang lazat untuk kami. Saya sangat

menghormatinya. Bagi saya, emak sayalah emak yang paling baik di dunia ini.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Saya begitu bangga kerana mempunyai emak yang penyayang dan mengambil

berat tentang saya dan keluarga saya.

Sambutan Hari Guru sekolah saya

Pada 16 Mei, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru di dewan

sekolah.

Pada hari itu, dewan sekolah dihias dengan cantik. Bunga-bunga yang cantik

disusun dengan kemas di atas pentas. Belon-belon dan reben-reben yang

berwarna-warni digantung di sekeliling dewan.

Pada pukul 8.00 pagi, para guru dan murid-murid berkumpul di dewan sekolah.

Majlis dimulakan dengan nyanyian “ Negaraku” dan lagu sekolah.

Selepas itu, guru besar memberikan ucapan. Persembahan juga diadakan

untuk menghiburkan para guru.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Acara majlis yang seterusnya ialah sukaneka. Guru-guru dijemput bermain

permainan bersama murid. Para guru terhibur dengan permainan yang dijalankan.

Selepas sukaneka, guru-guru dijemput menikmati jamuan ringan yang

disediakan. Murid-murid memberikan hadiah kepada guru-guru. Guru-guru amat

gembira apabila menerima hadiah.

Majlis sambutan Hari Guru sekolah saya tamat pada pukul 11.30 pagi.

Muridmurid pulang ke rumah dengan gembira.

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah sekolah saya

Pada hari Isnin yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Majlis Penyampaian

Sijil dan Hadiad di dewan sekolah.

Pada hari itu, dewan sekolah dihias dengan cantik. Hadiah-hadiah disusun

dengan kemas di atas pentas.

Pada pukul 8.00 pagi, murid-murid dan ibu-ibu bapa berkumpul di dewan

sekolah. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu “ Negaraku” dan lagu sekolah.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Selepas itu, guru besar memberikan ucapan. persembahan juga diadakan

untuk menghiburkan para penonton.

Upacara kemuncak ialah penyampaian hadiah. Guru besar menyampaikan

hadiah kepada murid-murid yang berjaya.

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah sekolah saya telah tamat pada pukul

11.30 pagi. Murid-murid pulang ke rumah dengan gembira.

Hari Sukan / Temasya sukan / Sukan Tahunan sekolah saya

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Hari Sukan di

Stadium Miri.

Stadium dihias dengan panji-panji yang berwarna-warni. Berbagai-bagai

acara telah dipertandingkan seperti lumba lari, lompat tinggi, lompat jauh, lontar

peluru, lari berpagar dan sebagainya.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Awal-awal pagi, para peserta rumah sukan telah berkumpul di khemah

masimh-masing. Para ibu bapa berpusu-pusu datang. Mereka duduk di tepi

padang.

Hari Sukan

Guru besar telah merasmikan Hari Sukan sekolah saya. Selepas itu, acara sukan

bermula. Semua peserta bertanding dengan bersungguh-sungguh. Para penonton

bersorak-sorai untuk memberikan sokongan kepada para peserta.

Pada pukul 12.00 tengah hari, murid-murid berehat dan menjamu selera.

Sejam kemudian, acara sukan diteruskan semula.

Akhirnya, Pasukan Singa berjaya mendapat johan. Guru besar menyampaikan

pingat-pingat dan piala kepada para pemenang. Joshua Dan Jenny dipilih sebagai

olahragawan dan olahragawati sekolah tahun 2010.

Hari Sukan sekolah saya tamat pada pukul 5.00 petang. Murid-murid pulang

ke rumah dengan gembira.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Rumah impianku

Rumah impianku besar dan cantik. Rumah impianku dilengkapi dengan pelbagai

kemudahan. Rumah impianku terletak di atas bukit.

Rumah impianku diperbuat daripada bahan binaan bermutu. Rumah impianku

berpagar. Pokok bunga ditanam di tanah lapang hadapan rumah impianku. Pokok

buah-buahan pula ditanam di belakang rumah impianku.

Ruang tamu rumah impianku akan dilengkapi dengan perabot mewah dan alat

elektronik. Ruang dapur pula dilengkapi dengan peralatan memasak yang maden.

Ruang makan selesa kerana dilengkapi dengan pendingin hawa. Bilik tidur juga

dilengkapi dengan pendingin hawa dan peralatan baharu. Rumah impianku juga

mempunyai bilik mandi yang besar.

Aku beragan-agan tinggi dan yakin rumah impianku akan menjadi kenyataan

pada suatu hari nanti. Oleh itu, saya akan rajin berusaha agar mempunyai rumah

seperti itu .

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Majlis hari jadi saya 我的生日宴会

Saya telah menyambut 庆祝 hari jadi saya yang ke-12 pada 25 Jun yang lalu.

Ibu telah menyediakan 准备 pelbagai jenis 各种各样 makanan yang sedap.

Bapa pula telah menghias 装饰 ruang tamu 客厅 dengan belon-belon dan reben-

reben 彩带 yang berwarna-warni 五颜绿色. Pada pukul 6.00 petang, kawan-kawan

saya sudah sampai 到达. Mereka membawa 带 buah tangan 礼物 yang dibalut 包

dengan cantik. Mereka mengucapkan 祝我 “ Selamat Hari Jadi” 生日快乐 kepada

saya.

Apabila 当 majlis 宴会 bermula 开始, kawan saya menyanyikan 唱 lagu Selamat

Hari Jadi. Saya meniup 吹 lilin 蜡烛 pada kek dan memotong kek. Kemudian, kami

makan dan bermain permainan 玩游戏.

Majlis hari jadi saya tamat 结束 pada pukul 10.00 malam. Kawan-kawan saya

pulang dengan gembira. Saya membuka hadiah satu demi satu. Saya amat

gembira kerana mendapat 得到 banyak hadiah.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Sambutan Hari Kebangsaan

Pada 31 Ogos yang lalu, bapa telah membawa saya ke Dataran Merdeka

untuk melihat perarakan Hari Kebangsaan.

Banyak orang telah berada di sana semasa kami tiba. Acara perarakan

bermula tepat pada pukul 8.00 pagi.

Acara yang paling menarik ialah perarakan kereta berhias. Selain itu,

terdapat pertunjukan seni silat dan bunga api pada waktu malam.

Saya berasa amat bertuah kerana dapat menyambut Hari Kebangsaan

bersama-sama rakyat Malaysia yang lain.

Guru besar sekolah saya

Saya yakin setiap sekolah pasti mempunyai seorang guru besar. Begitu juga

dengan saya.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Guru besar sekolah saya bernama Cikgu Chieng Swee Yen. Guru besar saya

berbadan tinggi lampai , berambut pendek dan berkaca mata. Beliau seorang

guru besar yang cantik.

Guru besar saya berumur 50 tahun. Beliau seorang guru besar yang

bertanggungjawab. Setiap pagi beliau pergi ke sekolah dengan menaiki kereta

dan samapi di sekolah pada pukul enam pagi. Apabila sampai di sekolah, beliau

akan melihat senarai tugasnya di atas meja.

Guru Besar saya juga seorang yang penyayang tetapi bersikap tegas. Beliau

selalu menasihati kami supaya rajin belajar dan menjaga kebersihan sekolah.

Beliau mahu kami semua berjaya dalam pelajaran.

Selain itu, guru besar saya juga mengajar murid tahun enam mata pelajaran

Pendidikan Moral. Beliau selalu sibuk dengan urusan rasminya dan dibantu oleh

tiga orang guru penolong kanan . Tugas guru besar saya amat berat. Walau

bagaimanapun, beliau akan berusaha untuk melakukan kerjanya dengan baik.

Saya sangat menghormati guru besar saya. Saya amat gembira kerana

mempunyai seorang guru besar yang baik.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Aku sebuah kamus

Aku sebuah kamus. Nama aku Kamus Bahasa. Aku dilahirkan di Jepun. Aku

berwarna biru.

Setelah badan aku lengkap, pekerja kilang memasukkan aku ke dalam kotak

yang besar. Kemudian, mereka menghantar aku ke Miri dengan menaiki kapal.

Dalam perjalanan, aku berasa amat bimbang kerana belum pasti lagi aku akan

hidup senang atau susah.

Setelah tiba di kedai, aku dipamerkan. Di situ, aku telah berkenalan ramai

kawan yang berjenama lain.

Selepas beberapa hari, datang seorang pemuda ke kedai. Pemuda itu membeli

aku dengan harga RM50.00 .

Nama pemuda itu Ali. Ali menggunakan aku dengan berhati-hati. Ali juga

menjaga aku dengan baik. Aku sayang akan Ali.

Aku berasa amat gembira kerana mendapat seorang tuan yang baik.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Aku seekor rama-rama

Aku seekor rama-rama. Aku tinggal di taman bunga.

Aku ada sepasang sayap yang berwarna-warni. Pada kepala saya ada sepasang

sesungut. Aku juga ada enam kaki. Aku dapat terbang.

Aku membiak dengan cara berteluk. Aku menghisap madu bunga. Aku suka

bermain di taman bunga. Aku bebas terbang ke sana sini.

Kadang-kadang, kawan-kawan saya ditangkap oleh manusia. Mereka dijadikan

barang perhiasan. Oleh itu, saya selalu berhati-hati semasa terbang mencari

makan dan bermain-main.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Aku berasa amat gembira kerana menjadi seekor rama-rama yang cantik.
Aku sebuah sekolah

Nama aku Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Krokop Miri. Aku sudah

berusia 50 tahun.

Aku besar dan cantik. Aku dapat menampung seramai 2000 orang murid.

Banyak pokok bunga telah ditanam di sekeliling badan aku.

Aku terdiri daripada empat buah bangunan utama. Selain itu, aku uga lengkap

dengan kemudahan seperti dewan, perpustakaan, pusat sumber dan kantin.

Setiap hari persekolahan, banyak murid datang untuk menimba ilmu.

Muridmurid belajar dan bermain dengan gembira di sini.

Murid-murid dinasihati agar menjaga kebersihan badan aku. Oleh itu, aku

sentiasa bersih dan cantik.

Aku berasa bangga kerana dapat berkhidmat kepada masyarakat.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Aku sebatang pokok kelapa

Aku sebatang pokok kelapa. Aku berumur 50 tahun.

Badan aku kurus dan tinggi lampai. Aku dilahirkan dan dibesarkan di dalam

semak. Pada kepala aku terdapat banyak buah. Aku sangat berguna kepada

manusia.

Air aku dapat dijadikan minuman. Isi aku pula dapat dibuat santan atau

dimakan begitu sahaja. Batang aku dapat dijadikan titi. Lidi aku dapat dijadikan

penyapu setelah diraut. Selain itu, daun aku pula dapat dijadikan sarung ketupat.

Tuan aku ialah pekebun sayur. Tuan aku sering meraut lidi aku untuk dibuat

lidi. Isterinya pula selalu mengait buah aku dan memarut isi aku untuk

mendapatkan santan. Aku selalu memberi sumbangan kepada tuan aku

sekeluarga.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Sekarang, aku sudah tua dan tidak dapat berbuah lagi. Aku berasa amat sedih

kerana tidak berguna lagi. Tuan aku akan menebang aku tidak lama lagi.

Kehidupan seorang pekebun / Pak Mat seorang pekebun

Pak Mat seorang pekebun sayur yang rajin. Dia menanam pelbagai jenis sayur

seperti sawi, kubis, cili dan sebagainya.

Pak Mat bangun awal setiap pagi. Selepas bersarapan, dia akan turun ke kebun

sayurnya. Mula-mula, Pak Mat menggemburkan tanah dan membuat batas.

kemudian, dia menaburkan benih-benih sayur di atas batas.

Dia menyiram pokok-pokok sayurnya dua kali sehari. Dia juga membubuh baja

dan menyembur racun serangga.

Apabila sayur-sayurnya sudah besar, Pak Mat memetik sayur-sayuran itu

untuk dijual di pasar. Ramai orang suka membeli sayur-sayurnya kerana segar

dan murah harganya.

Wang hasil jualan sayur-sayuran itu akan digunakan untuk menyara hidup

keluarganya, Dia juga akan menyimpan sebahagian wang hasilnya di bank.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Walaupun kehidupan Pak Mat miskin tetapi dia hidup bahagia bersama

keluarganya.

Kehidupan seorang nelayan / Pak Mat seorang nelayan

Pak Mat seorang nelayan yang rajin. Dia tinggal di Pulau Pangkor.

Pago-pagi lagi, Pak Mat sudah bersampan ke laut untuk menangkap ikan. Dia

membawa bersama-samanya bekalan makanan untuk makan tengah hari. Di laut,

Pak Mat menebar jalanya. Selepas itu, dia pun mengangkat jalanya yang penuh

dengan pelbagai jenis ikan. Apabila waktu senja tiba, dia pun pulang ke pantai.

Apabila tiba di tepi pantai, Pak Mat mengasing-asingkan hasil tangkapannya

mengikut jenis masing-masing. Peraih ikan yang sedia menunggu di jeti membeli

semua hasil tangkapan Pak Mat. Kadang-kala, dia membaiki sampannya yang rosak

dan menjahit jalanya yang koyak.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Walaupun kehidupan Pak Mat miskin tetapi dia hidup bahagia bersama

keluarganya.

Kehidupan seorang penoreh getah / Pak Mat seorang penoreh getah

Pak Mat seorang penoreh getah yang rajin. Dia tinggal di Kampung Setia.

Pagi-pagi lagi, Pak Mat bangun untuk menyediakan makanan dan minuman.

Kemudian, dia pergi ke ladang getah dengan menunggang basikal. Dia membawa

alat-alat seperti pisau toreh, tong besi dan lampu suluh.

Setibanya di ladang getah, Pak Mat pun mula menoreh getah. Susu getah akan

mengalir ke dalam mangkuk kecil. Pada pukul 8.00 pagi, semua pokok getah telah

habis ditorehnya. Selepas itu, Pak Mat berehat sambil memakan bekalan yang

dibawa.

Sejam kemudian, Pak Mat mengumpul susu getah lalu memasukkannya ke

dalam tong besi. Setelah itu, dia membawa susu getah ke kilang memproses

getah.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Pada waktu petang, Pak Mat akan bercucuk tanam di belakang rumahnya untuk

menambahkan pendapatannya. Sebahagian hasil pendapatannya akan disimpan di

dalam bank untuk kegunaan masa depan.

Walaupun kehidupan Pak Mat miskin tetapi dia hidup bahagia bersama

keluarganya.

Bercuti di kampung

Pada cuti sekolah yang lalu, bapa telah membawa kami sekeluarga bercuti di

kampung.

Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki kereta bapa. Dalam

perjalanan, kami bergurau-senda. Tepat pukul 11.00 pagi, kami pun tiba di

destinasi.

Setibanya di kampung, saya dapat melihat sawah padi yang terbentang luas.

Suasana di kampung sunyi dan udaranya sungguh segar.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Datuk telah membawa saya ke dusun buah-buahannya. Saya menolong datuk

mengait buah rambutan yang masak. Saya juga mengutip buah durian yang gugur.

Di samping itu, saya juga mengikut sepupu saya mandi di sungai. Kami turut

memancing ikan.

Pada hari yang ketiga, kami pulang ke rumah. Bapa berjanji akan membawa

kami bercuti di kampung lagi pada masa hadapan.

Persatuan Bahasa Malaysia sekolah anda telah mengadakan lawatan ke sebuah kilang membuat minuman ringan.

Selaku setiausaha persatuan, tulis laporan tentang lawatan itu.

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG MINUMAN RINGAN

Pada 30 Januari 2010, Persatuan Bahasa Malaysia telah mengadakan lawatan ke Kilang Minuman F&N. Lawatan

tersebut bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman ahli-ahli persatuan.

Seramai 40 orang murid telah menyertai lawatan ini. Kami diketuai oleh lima orang guru. Kami bertolak dari

sekolah pada pukul 7.30 pagi dengan menaiki bas sekolah. Tepat pukul 8.30 pagi, kami tiba di destinasi.

Kami disambut mesra oleh pengurus kilang, Encik Joshua Ting. Kemudian, Encik Ting memberi penerangan

tentang operasi kilang itu. Setelah itu, kami dibawa melawat sekitar kilang. Kami berpeluang menyaksikan

caracara memproses minuman ringan. Semua kerja di situ dibuat oleh mesin-mesin yang canggih untuk

menjimatkan masa. Di samping itu , semua pekerja juga kelihatan sangat rajin bekerja .

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Pada waktu tengah hari , kami menjamu selera di kantin. Sebelum pulang, pengurus kilang telah menghadiahi

kami setiap orang dua tin air koka-kola .Cikgu Lim juga menyampaikan cenderahati kepada Encik Ting sebagai

tanda terima kasih .

Kami berasa amat seronok kerana dapat melawat kilang itu. Kami telah mendapat banyak pengalaman yang

berguna. Kami tiba di sekolah pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh, 3 FEBRUARI 2010

____________

( JOHN LIM )

Setiausaha,

Persatuan Bahasa Malaysia,

SJK Chung Hua Krokop,Miri

Tulis sebuah catatan yang bertajuk “ Sehari dalam hidup saya “

Selasa, 3 Mei 2010

5.30 pagi : Saya bangun awal. Selepas menggosok gigi dan mandi, saya pun makan sarapan

bersama ibu bapa saya.

5.45 pagi : Selepas bersenam, saya pun pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah.

6.00 pagi : Saya membersihkan kelas saya. Selepas itu, saya berbual-bual dengan rakan-

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

rakan saya.

6.50 pagi : Loceng berbunyi. Kelas bermula. Guru Bahasa Malaysia kami mengajar kami

Menulis sebuah karangan yang bertajuk “ Aku sebatang pen “.

9.50 pagi : Saya pergi ke kantin untuk membeli makanan. Selepas makan, saya bermain bola

Sepak di padang.

12.40 tengah hari : Loceng tamat sekolah berbunyi. Saya menunggu bas sekolah untuk

pulang ke rumah di perhentian bas.

1.20 petang : Saya tiba di rumah saya. Selepas mandi dan makan, saya menyiapkan kerja

sekolah saya.

2.00 petang : Saya pergi ke kelas tuisyen. Kelas tuisyen saya tamat pada pukul 4.00 petang.

5.30 petang : Saya berjoging di taman bersama bapa saya.

7.00 malam : Makan malam. Selepas makan, saya berehat sambil menonton televisyen

bersama keluarga saya.

8.00 malam : Saya mengulang kaji pelajaran saya di dalam bilik.

9.00 malam : Saya pun tidur dengan nyenyak.

Tulis catatan kamu mengenai aktiviti pada hari Ahad / hari cuti sekolah .

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

3 Jun 2010, Hari Ahad

6.30 pagi - Saya bangun daripada tidur. Kemudian, mengemas bilik tidur serta mandi dan memakai pakaian

yang bersih.

7.00 pagi - Saya menolong emak menyediakan sarapan. Hari ini emak menanak nasi lemak

dan karipap. Selepas itu, saya bersarapan bersama keluarga.

8.30 pagi - Saya mengikut bapa dan emak pergi ke pasar. Kami membeli sayur-

sayuran, buah-buahan, ayam dan ikan.Setelah membeli semua barang, kami

pun pulang ke rumah.

10.00 pagi - Saya menolong emak memasak di dapur. Saya belajar satu lagi resipi baru daripada ibu.

1.00 petang - Saya makan tengah hari bersama keluarga.

2.00 petang - Kami sekeluarga berehat sambil menonton televisyen.

3.00 petang - Saya menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru dan mengulang kaji

pelajaran.

5.00 petang - Saya bermain bola bersama-sama kawan-kawan di padang permainan.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

6.30 petang - Saya pulang ke rumah dan mandi. Kemudian, saya menolong emak

menyiapkan makan malam. Selepas bersiap, kami sekeluarga makan malam

bersama-sama.

8.00 malam - Saya menonton televisyen sambil berbual-bual dengan keluarga saya.

9.00 malam - Mengulang kaji pelajaran saya di dalam bilik saya.

10.00 malam - Tidur.

Tulis sepucuk surat kepada guru darjah kamu untuk memohon cuti sakit selama dua hari.

Lot 123, Taman Seri,

Jalan Pisang 8, 98000

Miri.

Cikgu Chin,

SJK Chung Hua Krokop,

98000 Miri. 3 MAC 2010.

Cikgu,

Memohon Cuti Sakit

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Merujuk perkara di atas, saya Ling Ming Hui, murid Tahun Enam E, ingin memohon cuti sakit selama dua hari,

iaitu pada 3 Mac dan 4 Mac.

2. Saya terpaksa memohon cuti ini kerana telah dijangkiti deman panas. Saya telah menerima rawatan dan

dinasihati oleh doctor supaya berehat selama dua hari. Saya akan kembali belajar di sekolah setelah

sembuh.

3. Bersama-sama dengan surat ini saya sertakan surat akuan daripada doktor untuk makluman pihak cikgu.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_______________

( LING MING HUI )

Persatuan Bahasa Malaysia bercadang hendak mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang memproses susu.
selaku setiausaha persatuan, anda dikehendaki menulis sepucuk surat kepada pengurus kilang untuk memohon
kebenaran.

Persatuan Bahasa Malaysia,


Sekolah Jenis Kebangsaan,
Chung Hua Krokop, 98000
Miri.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Pengurus Kilang,
Kilang Susu Sedap,
Jalan Piasau 8,
98000 Miri. 10 MEI 2010

Tuan,

Memohon Kebenaran Melawat Kilang

Merujuk perkara di atas, Persatuan Bahasa Malaysia ingin memohon kebenaran mengadakan lawatan ke kilang
tuan.

2. Lawatan tersebut bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman baharu ahli-ahli
persatuan.

3. Lawatan ini akan diadakan pada 10 Jun 2010. Lawatan ini akan disertai oleh 40 orang ahli serta lima orang
guru penasihat.

4. Kami berjanji akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dan menjaga nama baik sekolah semasa
mengikuti lawatan ini.

5. Saya amat berharap tuan dapat meluluskan permohonan ini dengan secepat mungkin bagi memudahkan
kami untuk membuat segala persiapan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_______________
( BONG KOK WEI )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Tulis sepucuk surat kepada sahabat pena anda di luar Negara untuk menceritakan tempat-tempat yang menarik

di Malaysia.

123, Taman Seri ,

Jalan Pisang 9 ,

98000 Miri .

5 Julai 2010 .

Menemui sahabatku, saudara John yang kini berada di Jepun dengan selamatnya.

Saudara,

Apa khabar saudara di sana? Saya kini sihat-sihat sahaja. Semoga saudara begitu juga.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan tempat-tempat menarik di Malaysia. Malaysia

mempunyai tempat-tempat yang sejuk seperti Cameron Highlands dan Gunung Kinabalu. Suasana di situ amat

segar dan udaranya pula nyaman.

Jika saudara suka mandi-manda, saudara boleh pergi ke tepi pantai atau air terjun. Pantai Port Dickson dan

Air Terjun Lala Iskandar amat terkenal di kalangan pelancong. Air terjun yang sejuk amat sesuai untuk saudara

mandi-manda.

Sekian sahaja coretan saya pada kali ini. Semoga bertemu lagi .

Yang benar ,

Jack

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Cita-cita saya

Saya yakin setiap orang pasti mempunyai cita-cita. Begitu juga dengan saya.

Saya bercita-cita menjadi seorang doktor. Saya berasa kasihan melihat pesakit

setiap kali saya pergi ke hospital. Keadaan ini telah mendorong saya untuk

menjadi seorang doktor.

Tugas seorang doktor sangat berat. Jika saya seorang doktor , saya akan

merawat pesakit dengan baik. Saya tidak akan memilih kasih dan berharap

mereka akan cepat sembuh. Selain itu, saya akan memberi nasihat kepada

mereka.

Saya akan membuka sebuah klinik sendiri di kampung. Saya akan merawat

pesakit-pesakit yang miskin dengan percuma.

Mulai hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapi cita-cita

saya.

Kehidupan seorang posman / Encik Hassan seorang posman

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Encik Hassan seorang posman yang rajin dan bertanggungjawab. Dia bekerja

di Pejabat Pos Miri .

Encik Hassan mula bekerja pada pukul 8.00 pagi . Dia menghantar surat

dengan menunggang motosikal .

Encik Hassan bekerja tanpa menghiraukan hari panas atau hujan.

Kadangkadang , dia dikejar oleh anjing yang garang .

Encik Hassan berasa bangga menjadi seorang posman .

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Bermain layang-layang

Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah bercuti di kampung datuk saya selama

seminggu. Semasa berada di kampung , saya berpeluang bermain layang-layang

bersama kawan-kawan lama saya .

Kami bermain layang-layang di padang yang luas dan lapang. Kami bermain

layang-layang pada waktu petang .

Layang-layang kami terbang dengan tinggi apabila angin bertiup dengan

kencang. Kami sangat gembira apabila melihat layang-layang terbang tinggi di

udara. Kami juga sering bertanding untuk melihat layang-layang siapa yang

terbang paling tinggi.

Pada waktu senja, barulah kami pulang ke rumah masing-masing .

Memancing ikan.

Pada cuti sekolah yang lalu, bapa telah membawa saya pergi memancing ikan

di tepi sungai. Sebelum bertolak , Kami telah menyediakan joran, umpan, baldi

dan sebagainya.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Kami berbasikal ke sana. Dalam perjalanan , kami bergurau-senda. Tidak lama

kemudian, kami pun tiba di destinasi.

Apabila tiba di tepi sungai, bapa mencari suatu tempat yang sesuai. Kami

duduk di bawah sebatang pokok yang rendang. Bapa mengajar saya memasang

umpan pada joran. Selepas itu, kami mula memancing.

Suasana di situ amat tenang. Udaranya juga nyaman. Kami memancing sambil

membaca buku. Kami tidak bercakap semasa memancing kerana takut akan ikan

tidak datang memakan umpan kami.

Tiba-tiba, joran saya bergerak dengan kuat. Bapa menolong saya menarik

joran itu. Saya amat gembira kerana terpancing seekor ikan yang besar. Pada

petang itu, kami mendapat lapan ekor ikan.

Pada waktu senja, kami berkemas lalu pulang ke rumah. Saya amat gembira

kerana dapat pergi memancing ikan bersama bapa.

Melawat ke Zoo Negara / melawat suatu tempat yang menarik

Pada minggu yang lalu, kelas kami telah mengadakan lawatan ke Zoo Negara.

Semua murid kelas saya menyertai rombongan ini.

Kami diketuai oleh Cikgu Su dan Cikgu Lim. Kami bertolak ke Zoo Negara

pada pukul 9.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa. Dalam perjalanan, kami

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

bergurau-senda . Kira-kira tiga jam kemudian, kami pun tiba di Zoo Negara.

Setelah membeli tiket, kami terus masuk ke dalam zoo. Di dalam Zoo Negara,

terdapat berbagai-bagai jenis binatang seperti harimau , singa, beruang,

zirafah, kuda belang dan sebagainya. Kami gembira melihat telatah monyet di

situ. Burung kakak tua juga memberikan kami salam “ Selamat Datang

“.

Apabila penat berjalan, kami berehat sebentar. Selepas itu, kami bergambar

beramai-ramai.

Kami bertolak pulang pada pukul 4.30 petang. Kami semua berasa amat

gembira pada hari itu.

Mimpi ngeri / mimpi yang menakutkan

Pada suatu malam, saya berjalan kaki pulang dari rumah kawan saya.

Keadaan di sekeliling sangat gelap.

Apabila tiba di bawah sepohon pokok yang besar, saya terdengar suara orang

memanggil saya. Saya segera menoleh ke belakang. Saya ternampak suatu

lembaga yang sangat hoboh terbang ke arah saya .

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Saya berasa terkejut dan takut. Saya terus berlari sekuat-kuat hati sambil

menjerit meminta tolong. Lembaga itu mengejar saya.

Tiba-tiba, saya terasa bahu saya ditepuk. Saya terus membuka mata.

Ruparupanya saya bermimpi.

pameran / pesta buku

Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan Johan bersama-sama pergi ke

pameran buku. Pameran buku itu diadakan di dewan sekolah saya selama

seminggu.

Kami ke sana dengan menaiki bas pada pukul 8.00 pagi. Tidak lama

kemudian, kami pun tiba di destinasi.

Setibanya di situ, ramai orang telah berada di tempat pameran. Dewan

sekolah telah dihias dengan cantik. Pelbagai jenis buku disusun kemas di atas

meja. Suasana di situ riuh-rendah.

Selain itu, alat tulis turut dijual. Semua buku di situ dijual dengan harga

yang murah. Di samping itu, semua buku juga diberikan potongan sehingga 40%.

Saya telah membeli dua buah buku cerita Bahasa Malaysia. Johan pula membeli

sebuah kamus Bahasa Cina.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Selepas membayar wang di kaunter, kami pulang ke rumah dengan gembira.


berkelah di tepi pantai

Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga pergi berkelah di Pantai

Damai.

Emak saya menyediakan makanan, minuman, baju renang dan sebagainya.

Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki kereta bapa. Tidak lama

kemudian, kami pun tiba di tepi pantai.

Kami meletakkan barang-barang di bawah pokok . Saya, kakak dan abang

terus menukar baju renang. Kami bermain air di dalam laut. Kami bermain

dengan gembira . Bapa membaca buku cerita manakala emak mendengar radio di

bawah pokok.

Selepas puas berenang, kami berehat dan menikmati makanan yang

disediakan oleh emak. Selepas makan, kami bersiar-siar di tepi pantai. Saya juga

mengutip kuli siput yang cantik. Kakak dan abang pula membina istana pasir. Bapa

mengambil gambar untuk kami.

Pada waktu senja, kami pun pulang ke rumah dengan hati yang gembira.

Kamu akan menyambut hari lahir/ jadi yang ke-11. Kamu bercadang untuk menjemput sahabat kamu untuk
menghadiri majlis hari lahir kamu. Tulis sepucuk surat kepada sahabat kamu itu.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

123, Taman Seri ,

Jalan Nanas 9 ,

98000 Miri.

18 Mei 2008

Menemui sahabatku, saudara Johan yang kini berada di Marudi dengan selamatnya.

Saudara,

Apa khabar ? Saya kini sihat-sihat sahaja. Semoga saudara begitu juga.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menjemput saudara menghadiri majlis hari lahir saya yang ke –

11. Hari jadi saya jatuh pada 18 Jun 2008 , hari Sabtu. Majlis hari jadi saya akan diadakan pada pukul 6.00

petang di rumah saya.

Saya telah menjemput kawan-kawan yang saudara kenal untuk datang menghadiri majlis ini. Saya

berharap saudara dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis hari jadi saya ini . Di samping itu, saudara juga

boleh bersembang dengan kawan-kawan yang lama. Jika saudara ada masalah tempat tinggal , jangan bimbang ,

saudara boleh bermalam di rumah saya.

Sekian sahaja coretan saya pada kali ini. Semoga bertemu lagi.

Yang benar,

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Adam

Peristiwa yang tidak dapat saya lupakan

Peristiwa yang tidak dapat saya lupakan berlaku pada hari pertama saya

belajar dalam tahun satu.

Pada hari itu, nenek telah menghantar saya ke sekolah. Guru kelas saya

sangat garang.

Semasa berada di dalam kelas, saya terasa hendak ke tandas. Saya tidak

berani memberitahu guru saya. Tanpa disedari, saya telah terkencing di dalam

kelas.

Guru saya telah memarahi saya. Saya berasa sangat malu pada hari itu.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Pengalaman pergi ke pasar

Pada hari Ahad yang lalu, saya telah mengikut emak pergi ke pasar. Kami

berjalan kaki ke sana.

Setiba di sana, saya dapat melihat ramai orang dan banyak gerai. Ada gerai

sayur, ikan, daging, buah-buahan, kuih-muih dan sebagainya. Pada mulanya, saya

dan emak berjalan menuju ke gerai menjual ikan. Emak telah membeli dua ekor

ikan bawal hitam. Selepas itu, emak membeli beberapa jenis sayur, kuih-muih

dan buah-buahan.

Banyak orang sedang membeli-belah di pasar. Keadaan di situ sibuk dan riuh

dengan jeritan penjual. Para penjual menjerit-jerit untuk menarik perhatian

pembeli. Para pembeli pula tawar-menawar dengan penjual untuk mendapatkan

harga yang murah.

Setelah emak selesai membeli barang-barang, kami pun pulang ke rumah.

Saya amat gembira kerana dapat mengikut emak pergi ke pasar.

Pengalaman pergi ke pasar malam

Pada setiap hari Jumaat, pasar malam diadakan di tempat saya.

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Pada hari Jumaat yang lalu, setelah makan malam, saya dan abang mengikut

ibu bapa pergi ke pasar malam. Kami berjalan kaki ke sana.

Setiba di sana, saya dapat melihat pelbagai kerenah manusia dan banyak

gerai. Ada gerai buah-buahan , kuih-muih , barang-barang perhiasan dan

sebagainya. Harga barang-barang di pasar malam sangat murah.

Banyak orang sedang membeli-belah di pasar malam. Keadaan di situ sibuk

dan riuh dengan jeritan penjual. Para penjual menjerit-jerit untuk menarik

perhatian para pembeli. Para pembeli pula tawar-menawar dengan penjual untuk

mjendapatkan harga yang murah.

Emak telah membeli beberapa jenis kuih di sebuah gerai kuih-muih. Bapa

pula membeli beberapa ekor ikan emas untuk saya dan abang.

Kemudian, kami pun pulang ke rumah. Saya amat gembira kerana dapat

mengikut ibu bapa pergi ke pasar malam.

Pasukan pakaian seragam yang kamu sertai telah mengadakan perkhemahan.

Tuliskan sebuah berita tentang perkhemahan tersebut

AKTIVITI PERKHEMAHAN

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

MIRI , 15 November – Persatuan Pengakap Kanak-Kanak Sekolah Jenis

Kebangsaan Chung Hua Krokop telah mengadakan aktiviti perkhemahan di Taman

Negara Lambir. Seramai 100 orang ahli menyertai perkhemahan yang diadakan

julung kalinya .

Aktiviti perkhemahan selama dua hari itu bertujuan untuk melatih ahli-ahli

supaya hidup berdikari.

Lima orang guru ditugaskan untuk membimbing dan membantu para ahli.

Pelbagai aktiviti seperti memasang khemah , pertandingan memasak , mencari

harta karun dan sebagainya telah dilakukan .

Setelah tamat aktiviti perkhemahan , para perserta diberi sijil penyertaan .

Semangat bekerjasama dapat dilihat semasa aktiviti-aktiviti dijalankan .

Persatuan Pengakap Kanak-Kanak sekolah tersebut akan mengadakan aktiviti

perkhemahan seumpama itu pada tahun hadapan .

Tuliskan berita tentang perasmian pusat sumber sekolah kamu .

PERASMIAN PUSAT SUMBER

MIRI , 2 Mei – Pusat sumber Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Krokop telah

dirasmikan Pegawai Pelajaran Daerah , Puan

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Dalam ucapan perasmian , beliau mengucapkan syabas atas kejayaan

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG ) kerana berjaya mengumpul wang dan

seterusnya membina pusat sumber dalam masa yang singkat .

Beliau berharap pusat sumber di sekolah tersebut akan memudahkan

pembelajaran murid-murid. Mereka juga dinasihatkan agar menjaga kebersihan

dan harta benda di dalam pusat sumber tersebut .

Terdapat pelbagai jenis buku dan majalah serta empat buah computer .

Justeru itu, murid-murid akan memperoleh pengetahuan terkini di samping

berpeluang menambahkan pengetahuan dengan cara yang lebih menyeronokkan .

Majlis perasmian ini dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian dan nyanyian

koir oleh murid-murid sekolah. Selepas itu, jamuan minuman petang diadakan .

Majlis berakhir pada pukul 5.30 petang .

Andaikan bahawa kamu ialah setiausaha Persatuan Seni sekolah kamu. Tulis sebuah laporan tahunan bagi

persatuan tersebut.

LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN SENI

Penasihat : Cikgu Kho Min Hui

Pengerusi : Lim Lin Loi

Setiausaha : Wong Ai Ling

Bendahari : Voon Hok Seng

https://www.facebook.com/ShareBM/
51 Contoh Karangan
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Ahli Jawatankuasa : Chew Kok Meng

Kong Kok Kee

Peggy Ng

Sepanjang sesi persekolah tahun ini , Persatuan Seni SJK Chung Hua Krokop telah bergerak giat dengan

mengadakan pelbagai jenis aktiviti seperti pertunjukan kebudayaan , pertandingan melukis dan kelas bimbingan

kerja tangan .

Selain itu, persatuan juga telah menerima sebanyak 52 orang ahli baharu yang terdiri daripada murid-murid

Tahun Empat , Lima dan Enam.

Pada bulan November, persatuan ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Negara Lambir .

Semoga persatuan ini akan terus maju pada sesi persekolahan yang akan datang. Akhir sekali , Semua AJK dan

ahli-ahli persatuan Seni merakamkan ribuan terima kasih kepada guru penasihat atas kerjasama dan bimbingan

yang diberikan sepanjang tahun ini .

Disediakan oleh , 15 NOVEMBER 2012

( WONG AI LING )

Setiausaha ,

Persatuan Seni ,

Sekolah Jenis Kebangsaan , Chung

Hua Krokop .

https://www.facebook.com/ShareBM/

You might also like