You are on page 1of 10

MAJLIS

SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH
NEGERI SEMBILAN
( Negeri Sembilan Schools Sport Council )
JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN
SUKAN DAN PERMAINAN

2021
SEPAK TAKRAW

PERATURAN PERTANDINGAN

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW


MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH
NEGERI SEMBILAN
SECARA DALAM TALIAN
TAHUN 2021
1
PERATURAN PERTANDINGAN

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
1.1. Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang PSM (Persatuan Sepak
takraw Malaysia) yang dikuatkuasakan pada masa ini dan peraturan Am Majlis
Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).
1.2. Kejohanan ini dinamakan :

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH


NEGERI SEMBILAN SECARA DALAM TALIAN 2021
1.3. Kejohanan ini dianjurkan oleh :

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEREMBAN 1 DAN


MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEREMBAN 2
1.4. Urusan pengelolaan kejohanan dikelolakan oleh :

SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN 2A DAN SEKOLAH KEBANGSAAN


TAMAN SERI PAGI
dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah :

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN


1.5 Tarikh kejohanan:
5 hingga 20 Julai 2021

2. JENIS PERTANDINGAN
2.1. Pertandingan dijalankan secara atas talian di mana setiap penyertaan
MENGHANTAR RAKAMAN VIDEO tanpa edit melakukan TIGA aktiviti
kemahiran sepak takraw.
2.2. Setiap penyertaan melakukan TIGA kemahiran sepak takraw:
2.2.1. Kawalan Sepak Sila secara berselang seli – kiri & kanan @ kanan kiri
2.2.2. Kawalan Sepak Sila gabungan beberapa kemahiran
2.2.3. Melakukan salah satu dari tiga kemahiran di bawah
i. Tekong - Lakuan servis Kuda atau servis Spin
ii. Perejam - Lakuan rejaman secara Gunting & Gulung
iii. Pengumpan - Lakuan menghantar bola kesasaran

3. KATEGORI DAN HAD HAD UMUR PESERTA


3.1. Pertandingan ini dijalankan dalam 4 kategori ;
3.1.1. Bawah 12 Tahun
3.1.2. Bawah 15 Tahun
3.1.3. Bawah 18 Tahun
3.1.4. Bawah 18 Tahun (Bukan Melayu)

2
3.2. Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun semasa pertandingan.
3.3. Pengiraan umur berdasarkan pada 1.1.2021
3.3.1. Bawah 12 tahun dan ke bawah ( lahir pada / selepas 1.1.2009 )
3.3.2. Bawah 15 tahun dan ke bawah ( lahir pada / selepas 1.1.2006 )
3.3.3. Bawah 18 tahun dan ke bawah ( lahir pada / selepas 1.1.2003 )
3.4 Bagi kategori Bawah 18 Tahun - Bukan Melayu (lahir pada / selepas 1.1.2003)

4. PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN

4.1. Setiap penyertaan peringkat umur 12, 15, dan 18 tahun ke bawah lelaki, terdiri
daripada 5 penyertaan berdaftar bagi setiap kategori umur.

4.3. Pendaftaran melalui Guru Pengiring / Guru Penasihat

4.5. Hanya pemain yang didaftarkan dan diakui sah layak mengambil bahagian.

4.6. Taraf kelayakan peserta adalah tertakluk kepada Peraturan 3 [KELAYAKAN]


dalam Peraturan Am MSSM.

4.7. Pertukaran pemain yang telah didaftarkan itu boleh dibuat semasa Mesyuarat
Pengurus-Pengurus Pasukan yang akan diadakan sebelum kejohanan bermula.

5. PERLAKSANAAN PERTANDINGAN

5.1. Aktiviti kemahiran dilakukan di kediaman rumah masing-masing dengan


sokongan ibu bapa dan penjaga dengan mengikut SOP yang ditetapkan.
5.2. Peserta akan melakukan aktiviti kemahiran dan menghasilkan video mengikut
syarat-syarat pertandingan.
5.3. Semua bahan-bahan / video yang lengkap dikumpulkan dan di hantar kepada
urus setia kejohanan.

5.4. AKTIVITI 1 - Kawalan Sepak Sila secara berselang seli – kiri & kanan @ kanan
kiri
i. Video lakuan kemahiran asas sepak takraw – sepak sila menggunakan
kaki kanan dan kaki kiri secara berselang
ii. Kawalan adalah bebas tetapi kiraan mata dikira gabungan kawalan sepak
sila kanan dan kiri atau kiri dan kanan sahaja.
• Kiri & Kanan ( 1 mata )
• Kanan & kiri ( 1 mata )
iii. Ketinggian bola semasa aktiviti kawalan adalah bebas
iv. Masa video berdurasi 1 minit dengan 1 jatuhan tanpa diedit.
v. Jika bola terjatuh semasa kawalan, peserta boleh menyambung cubaan
kedua jika masa yang ditetapkan 1 minit belum tamat.

3
vi. Jumlah mata dalam 1 minit akan direkodkan.

5.5. AKTIVITI 2 - Kawalan Sepak Sila gabungan beberapa kemahiran


i. Video lakuan kemahiran asas sepak takraw - gabungan kemahiran
kawalan sepak sila dan satu gabungan kemahiran asas yang lain.
ii. Kawalan bola adalah bebas tetapi kiraan mata dikira gabungan dua
kemahiran asas sepak takraw yang mesti dimulakan dengan kawalan sila
dan satu gabungan kemahiran asas yang lain.
Kawalan sila + peha ( 2 mata )
Kawalan sila + kepala ( 2 mata )
Kawalan sila + badik sisi ( 3 mata )
Kawalan sila + badik silang ( 5 mata )
iii. Ketinggian bola semasa aktiviti adalah bebas.
iv. Masa video berdurasi 1 minit dengan 1 jatuhan tanpa diedit.
v. Jika bola terjatuh semasa kawalan kali pertama, peserta boleh
menyambung cubaan kedua jika masa yang ditetapkan belum tamat.
vi. Jumlah mata dalam 1 minit akan direkodkan

5.6. AKTIVITI 3 – Melakukan salah satu Lakuan Kemahiran Asas mengikut Posisi
i. Melakukan salah satu dari tiga kemahiran di bawah :
a. Tekong - Lakuan servis Kuda atau servis Spin
b. Perejam - Lakuan rejaman secara Kilas/Gunting atau Gulung
c. Pengumpan - Lakuan menghantar bola kesasaran
ii. Setiap peserta melakukan aktiviti split terlebih dahulu dalam tempoh
masa 20 saat sebelum melakukankan aktiviti. Hasil lakuan split adalah
salah satu aspek penilaian dalam pemberian mata aktiviti 3.
iii. Masa video berdurasi 1 minit tanpa diedit.
iv. Jumlah mata dalam 1 minit akan direkodkan

5.6.1. Tekong - Lakuan servis Kuda atau servis Spin


i. Peserta memilih untuk melakukan aktiviti perlakuan posisi
Tekong dan menunjukkan ansur maju kemahiran dengan
menyepak bola yang digantung dengan servis sepak kuda atau
servis sepakan spin.
ii. Perlaksanaan Aktiviti & Teknikal :–
 Bola hendaklah digantung dengan menggunakan tali yang
tahan lasak dan tidak mudah putus.
 Tiada had ketinggian pada bola yang digantung tetapi
hendaklah melepasi ketinggian kepala peserta.
 Tiada bulatan sepakmula (servis) – Berada dalam posisi
bersedia tekong dan kedudukan kaki sokongan (yang tidak
melakukan servis) adalah bebas.

4
 Jarak kaki yang tidak melakukan servis (kaki penyokong)
dan bola yang digantung adalah bebas.
 Selepas melakukan aktiviti peserta hendaklah menghentikan
bola yang telah di sepak dan kembali ke posisi semula untuk
meneruskan ulangan lakuan sehingga tempoh 1 minit tamat.
iii. Mata akan diberikan oleh panel dan juri berdasarkan perlakuan
ansur maju dan fasa lakuan yang lancar dan sempurna.
iv. Semakin lancar ansur maju yang dapat ditunjukkan semakin
tinggi mata yang akan diperolehi.
v. Mata Tambahan akan diberikan jika pelajar berupaya membuat
sepakmula dengan kedua-dua kaedah dengan berkesan.
vi. Masa video berdurasi 1 minit tanpa diedit.
vii. Jumlah mata dalam 1 minit akan direkodkan

5.6.2. Perejam - Lakuan rejaman secara Gunting/Kilas (backstrok) atau


Gulung (rollspike)
i. Peserta yang memilih untuk melakukan aktiviti perlakuan posisi
perejam perlu menunjukkan ansur maju kemahiran dengan
melakukan rejaman bola yang digantung dengan kaedah
rejaman gunting/kilas atau rejaman gulung.
ii. Perlaksanaan Aktiviti & Teknikal :–
 Bola hendaklah digantung dengan menggunakan tali yang
tahan tahan lasak dan tidak mudah putus.
 Tiada had ketinggian pada bola yang digantung tetapi
hendaklah melepasi ketinggian kepala peserta.
 Jarak peserta dan bola yang digantung adalah bebas
mengikut kesesuaian.
 Selepas melakukan aktiviti peserta hendaklah menghentikan
bola yang telah di rejam dan kembali ke posisi semula untuk
meneruskan ulangan lakuan sehingga tempoh 1 minit tamat.
iii. Mata akan diberikan oleh panel dan juri berdasarkan perlakuan
ansur maju dan fasa lakuan yang lancar dan sempurna.
iv. Semakin lancar ansur maju yang dapat ditunjukkan semakin
tinggi mata yang akan diperolehi.
v. Mata Tambahan akan diberikan jika pelajar berupaya membuat
rejaman dengan kedua-dua kaedah dengan berkesan.

5.6.3. Pengumpan - Lakuan mengumpan / menghantar bola ke sasaran.


i. Peserta yang memilih untuk melakukan aktiviti perlakuan posisi
Apit Kiri menunjukkan ansur maju kemahiran dengan melakukan
mengumpan / hantaran bola ke sasaran yang ditetapkan.
ii. Merakam ansur maju kemahiran megumpan / menghantar bola
ke sasaran yang ditetapkan samada ke dalam baldi atau apa
sahaja peralatan yang sesuai. (Saiz diameter baldi - maksima
14 inci / 34 cm)

5
iii. Perlaksanaan Aktiviti & Teknikal :–
 Hanya satu bola sahaja yang dibenarkan sepanjang aktiviti.
 Jarak peserta dan sasaran (bekas diameter bulatan) adalah
sekurang-kurangnya 2 meter mengikut kesesuaian.
 Jarak sekurang-kurangnya 2 meter antara pelaku dan
sasaran hendaklah ditandakan dan dilihat jelas dalam
rakaman.
 Mengawal sila dan mengumpan / menghantar ke sasaran
yang disediakan.
 Selepas melakukan aktiviti peserta hendaklah mengambil
semula bola dan kembali ke posisi semula untuk
meneruskan ulangan lakuan sehingga tempoh 1 minit tamat.
iv. Mata akan diberikan oleh panel dan juri berdasarkan ketinggian
dan ketepatan bola ke sasaran.
v. Semakin lancar ansur maju yang dapat ditunjukkan semakin
tinggi mata yang akan diperolehi.
vi. Jumlah mata dalam 1 minit akan direkodkan

6. PENGURUSAN MASA
6.1. Perserta dikehendaki merakamkan 1 klip video untuk setiap aktiviti.
6.2. Semua peserta kategori Bawah 12 , 15 dan 18 tahun dikehendaki
merakamkan Aktiviti 1, Aktiviti 2 dan Aktiviti 3 mengikut turutan secara
berasingan . Ini bermaksud setiap peserta merakam 3 klip video.
6.2. Masa rakaman bermula dari sesi pengenalan profil peserta selama 30 saat.
▪ Perkara yang perlu disebut semasa sesi pengenalan profil peserta ;
1. Nama penuh
2. Sekolah
3. Daerah / Negeri
4. Kategori yang disertai
▪ Selepas sesi memperkenalkan diri dalam tempoh 30 saat peserta
meneruskan rakaman Aktiviti 1 selama 1 minit.
▪ Urutan Klip video rakaman :-
1. Klip video 1 Sesi Pengenalan diri - 30 saat
Aktiviti 1 - 1 minit
2. Klip video 2 Aktiviti 2 - 1 minit
3. Klip video 3 Lakuan Split - 30 saat
Aktiviti 3 - 1 minit
6.3. Mata akan diberikan dalam tempoh 1 minit yang ditetapkan bagi ketiga-tiga
aktiviti sahaja. Mata tidak akan diberikan untuk aktiviti yang melebihi dari masa
yang ditetapkan.

6
7. SISTEM PENJURIAN DAN PEMARKAHAN
7.1. Semua rakaman video penyertaan setiap kategori yang pertandingan akan
dinilai oleh Juri dan Urusetia Pertandingan yang dilantik oleh Jawatankuasa
Teknik & Pertandingan Sepak Takraw MSSNS.
7.2. Jumlah mata keseluruhan individu adalah menjadi penilaian utama penjurian
selain profil peserta.

BIL AKTIVITI PERKARA MATA


Sesi Pengenalan diri (30 saat)
Aktiviti 1
1. Kawalan Sepak Sila secara berselang seli
(1 video)
(1 minit)

Aktiviti 2 Kawalan Sepak Sila gabungan beberapa


2.
(1 video) kemahiran (1 minit)

Lakuan Split (30 saat)


Aktiviti 3
3. Melakukan salah satu Lakuan Kemahiran
(1 video)
Asas mengikut Posisi (1 minit)

JUMLAH KESELURUHAN MATA

7.3. Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Teknik Kejohanan
adalah muktamad.
7.4. Sebarang perlanggaran peraturan yang telah ditetapkan boleh menjejaskan
penyertaan pemain.
7.5. Semua video/rakaman penyertaan akan menjadi hak milik MSSNS

8. MENENTUKAN KEPUTUSAN
8.1. Pemenang semua kategori pertandingan akan ditentukan oleh Juri dan Urusetia
Pertandingan.
8.2. Jika terdapat dua peserta atau lebih yang memperolehi keseluruhan mata yang
sama banyak. Pihak panel pengadil mempunyai kuasa mutlak untuk
menentukan peserta mana yang menang berdasarkan elemen kemahiran yang
dipersembahkan. Keputusan Juri adalah muktamad.

9. HADIAH DAN SIJIL


9.1. Hadiah yang akan diberi bagi setiap pemenang kategori iaitu ;
a. Johan.
b. Naib Johan.
c. Tempat Ketiga.
d. Tempat Keempat.

7
e. Tempat Kelima.

BIL HADIAH B12 B15 B18 B18(BM) JUM


1 JOHAN 1 1 1 1 4
2 NAIB JOHAN 1 1 1 1 4
3 KETIGA 1 1 1 1 4
4
5
JUMLAH 3 3 3 3 12

9.2. Sijil Pemenang akan diberi bagi setiap pemenang kategori iaitu ;
SIJIL
BIL B12 B15 B18 B18(BM) JUM
PEMENANG
1 JOHAN 1 1 1 1 4
2 NAIB JOHAN 1 1 1 1 4
3 KETIGA 1 1 1 1 4
4 KEEMPAT 1 1 1 1 4
5 KELIMA 1 1 1 1 4
JUMLAH 5 5 5 5 20

9.3. Sijil Penyertaan akan diberi bagi setiap peserta yang mengambil bahagian.
Jumlah sijil adalah seperti berikut;
BIL PERKARA B12 B15 B18 B18(BM) JUM
SIJIL
1 35 35 35 35 140
PENYERTAAN

10. PAKAIAN
10.1. Semua pemain yang beragama Islam dikehendaki memakai pakaian menutup
aurat (seluar pendek adalah digalakkan menggunakan 'tight' di bahagian dalam
paras lutut dan ke bawah).

11. BOLA / ALATAN


11.1. Bola yang akan digunakan dalam kejohanan ini adalah seperfti berikut ;
11.1.1. Bawah 12 tahun : Gajah Emas 311
11.1.2. Bawah 15 tahun : Gajah Emas 511
11.1.3. Bawah 18 tahun : Gajah Emas 511
11.1.4. Bukan Melayu : Gajah Emas 311/511
11.2. Spesifikasi peralatan untuk pertandingan bawah umur 12 tahun diputuskan
oleh Jawatankuasa Teknikal Sepaktakraw MSSNS.

12. PENYERTAAN KE PERINGKAT DAERAH, NEGERI DAN MSSM


8
12.1. DAERAH
12.1.1. Tiada had penyertaan ditetapkan pada peringkat sekolah di setiap
daerah
12.1.2. Lima ( 5 ) pemenang di peringkat Daerah bagi setiap kategori umur
akan terpilih untuk mewakilli daerah masing-masing ke peringkat
Negeri.
BIL KATEGORI UMUR BILANGAN PENYERTAAN
1. BAWAH 12 TAHUN 5
2. BAWAH 15 TAHUN 5
3. BAWAH 18 TAHUN 5
BAWAH 18 TAHUN
4. 5*
(BUKAN MELAYU)*
JUMLAH 20
12.1.3. Penyertaan Bawah 18 Tahun (Bukan Melayu) tiada had umur.
12.1.4. Penyertaan Bawah 18 Tahun (Bukan Melayu) adalah mengikut
penyertaan di daerah masing-masing mengikut kesesuaian.
12.1.5. Jumlah penyertaan yang telah ditetapkan bagi setiap kategori umur
kecuali Bawah 18 Tahun (Bukan Melayu) adalah wajib.

12.2 NEGERI
12.2.2. Lima ( 5 ) pemenang di peringkat daerah bagi setiap kategori dan
peringkat umur sahaja yang akan mewakilli daerah masing-masing ke
peringkat Negeri.
12.2.2. Wakil dari setiap daerah dikehendaki terdiri sekurang-kurangnya
seorang peserta bagi setiap posisi untuk setiap kategori.

12.3 KEBANGSAAN
12.3.1. Lima ( 5 ) pemenang bagi setiap kategori di peringkat Negeri akan
dipilih untuk dipertandingkan di peringkat kebangsaan
12.3.2. Wakil dari setiap negeri dikehendaki terdiri sekurang-kurangnya
seorang peserta bagi setiap posisi untuk setiap kategori.

13. MAKLUMAT TAMBAHAN


13.1. Pelaksanaan semua aktiviti haruslah mematuhi SOP Covid-19 yang sedang
berkuatkuasa.
13.2. Aktiviti dilaksanakan tanpa menggangu PdPR yang sedang berjalan.
13.3. Penyertaan perlulah mendapat kebenaran ibu bapa & penjaga.
13.4. Tiada sebarang paksaan di dalam setiap penyertaan.

14. PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA


14.1. Semua peraturan-peraturan yang dinyatakan di atas mesti dipatuhi, Jika ada
dinyatakan perkara-perkara lain dalam undang-undang permainan maka ia
juga wajib dipatuhi.
9
14.2 Selain daripada peraturan yang terkandung, PERATURAN TERTAKLUK
KEPADA PENGUBAHSUAIAN Jawatankuasa Teknik Pertandingan Sekiranya
terdapat sebarang situasi yang tidak dinyatakan.
14.3. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan ini akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan. Semua keputusan
yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola adalah MUKTAMAD.

DISEDIAKAN OLEH;
JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN SEPAK TAKRAW
MAJLIS SUKAN SEKOLAH – SEKOLAH NEGERI SEMBILAN ( MSSNS) 2021

10

You might also like