You are on page 1of 10

PELAN PENGAJARAN

TEACHING PLAN

1. PENERANGAN KURSUS / COURSE INFORMATION


Kod Kursus / Course Code JUR101
Nama Kursus / Course Name Etika Profesional
Unit / Hours 2
Semester 1
Penilaian / Assessment KERJA KURSUS (50%) PEPERIKSAAN AKHIR (50%)
Tahun / Year 2020/2021
Masa Syarahan @ Tutorial/ RUJUK JADUAL WEBEX
Lecture @ Tutorial
Time
Lokasi / Venue Secara WEBEX
Email siti.soraya.lin@gmail.com

2. PENSYARAH / LECTURER
Beban Pengajajaran /
Bil. Pensyarahan / Lecturer Tanggungjawab / Roles
Teaching Load
Dr. Siti Soraya Lin binti Abdullah Pengurus Kursus 2 unit
1
Kamal ( 1 sidang akademik)
2. PENS
3. SINOPSIS KURSUS / COURSE SYNOPSIS

3. SINOPSIS KURSUS/ COURSE SYNOPSIS

Perkataan etika boleh dikaitkan dengan kepercayaan, rasional, moral dan akhlak. Etika juga boleh didefinisikan
sebagai prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen. Prinsip tersebut merupakan nilai yang
diterima dan dipersetujui oleh masyarakat dan jka dihayati, ianya dapat menggerakkan individu untuk mengambil
keputusan dan tindakan yang bijaksana. Dalam konteks profesional, etika profesional perlu digunakan sebagai garis
panduan untuk menerangkan peranan profesion dan tingkah laku yang harus diamalkan oleh golongan profesional
ini supaya tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dapat ditingkatkan. Ini kerana, golongan
profesional mempunyai status yang tinggi dalam masyarakat disebabkan peranan mereka yang signifikan dalam
membangun dan mempertingkatkan kesejahteraan hidup orang ramai. Dalam menggalas tangungjawab tersebut,
golongan profesional ini ada kalanya berhadapan dengan dilema etika yang perlu ditangani dengan kesedaran etika
yang tinggi. Jika tidak, perbuatan tidak beretika seperti pecah amanah, mengambil rasuah, melakukan penipuan,
mementingkan diri dan sebagainya akan berlaku.

1
4. HASIL PEMBELAJARAN/ COURSE OUTCOMES

HASIL PEMBELAJARAN / PENILAIAN /


No. PO LT
Course Outcomes (CO) Assessment
1. Kenalpasti konsep-konsep asas dan teori-teori etika PO1 C1 Peperiksaan berterusan
profesional.

2. Membincangkan nilai seorang profesional dan faktor PO3 A2 Tugasan


yang mempengaruhinya.

3. Kenalpasti tanggungjawab, obligasi dan hak seorang PO1 C1 Peperiksaan akhir


profesional.

4. Kenalpasti peranan profesional dan pemantauan PO1 C1 Peperiksaan akhir


tingkah laku profesional.

2
5. RANGKA KURSUS / COURSE OUTLINES
Bil Topik / Topics CO PO LT ASSESSMENT
Konsep asas etika profesional CO1 PO1 C1 Peperiksaan berterusan
1

2. Teori-teori etika CO1 PO1 C1 Peperiksaan berterusan

3 Nilai dalam etika profesional dan CO2 PO3 A2


tanggungjawab semasa bertugas. Tugasan
4 Tanggungjawab memberikan CO2 PO3 A2
perkhidmatan Tugasan

5 Obligasi dan hak golongan profesional CO3 PO1 C1 Peperiksaan akhir

6 Peranan profesional dan pemantauan CO4 PO1 C1


tingkah laku profesional Peperiksaan akhir

C1

3
6. PENILAIAN KURSUS (100%)/ COURSE ASSESMENT (100%)

No Kaedah Penilaian / Assessment Method Markah / Marks


1 Peperiksaan berterusan
25%
2 Tugasan (berkumpulan)
25%

3 Peperiksaan akhir
50%
JUMLAH 100%

7. GRED / GRADE
Gred A A- B+ B B C+ C C- D+ D D- F
-
Nilai 4.00 3.67 3.33 3.00 2.67 2.33 2.00 1.67 1.33 1.00 0.67 0.00

Markah 80-100 70-79 64-69 58-63 52-57 46-51 40-45 36-39 32-35 28-31 25-27 0-24

8. ARAHAN DAN TATACARA PERLAKSANAAN KERJA KURSUS

No AKTIVITI/TUGASAN MARKAH TARIKH SERAHAN

i. TUGASAN KUMPULAN – NILAI SEORANG PROFESIONAL 25% Sebelum atau pada 31


DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA
Januari 2022
kumpulan (5-6 orang ahli)
a. Kemukakan dua contoh profession bergaji atau
perunding.
b. Huraikan contoh-contoh perlakuan beretika
dalam memenuhi tuntutan kerjaya , melalui
tindakan, perlakuan atau keputusan yang
diambil oleh professional terbabit.
c. Huraikan contoh- contoh perlakuan tidak
beretika yang boleh berlaku atau dilakuan oleh
ahli profesional tersebut
d. Berikan kesan perlakuan tidak bertika yang
dilakukan professional tersebut kepada dirinya
dan orang lin.
e. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi
perlakuan etika atau tidak beretika ahli –ahli
profesional tersebut
f. Gunakan hujah dalam nota WEBEX sebagai
contoh untuk menghuraikan faktor-faktor
tersebut. (ciri-ciri individu, pembolehubah
struktur, budaya organisasi, isu kritikal).
g. Tugasan yang baik perlu disokong oleh rujukan
nota kuliah/ WEBEX dan rujukan luar seperti
contoh buku, jurnal atau akhbar4dan majalah.
h. Tugasan ini perlu ditaip dengan menggunakan
FONT 12 Times News Roman dengan Spacing
1.5.
i. Panjang tugasan mestilah lebih kurang 10
muka surat.
j. Gunakan/ muat turun muka hadapan tugasan
daripada laman web e-Tugasan PPPJJ.
k. Tugasan perlu dicetak dan dihantar ke
pejabat PPPJJ (samaada melalui pos atau
serahan tangan) sebelum atau pada 31
Januari 2022.
ii. PEPERIKSAAN BERTERUSAN – individu 25% Akan diadakan semasa
Kursus Intensif yang
iii. Soalan berbentuk objektif
dijadualkan pada
iv. Tarikh peperiksaan berterusan akan dimaklumkan kemudian. 7/3/2022 hingga
27/3/2022
Skop peperiksaan berterusan merangkumi Konsep asas etika
profesional dan Teori-teori etika. Anda perlu mengikuti Webex
dan membaca nota dan bahan-bahan yang akan dimuatnaik ke
dalam portal.

v. PEPERIKSAAN AKHIR – individu 50% Akan diadakan semasa


minggu peperiksaan
Soalan berbentuk objektif
yang dijadualkan pada
Tarikh peperiksaan berterusan akan dimaklumkan kemudian. 25/7/2022 hingga
Skop peperiksaan akhir merangkumi topik Obligasi dan hak 14/8/202
golongan profesional dan Peranan profesional dan
pemantauan tingkah laku profesional. Anda perlu mengikuti
Webex dan membaca nota dan bahan-bahan yang akan
dimuatnaik ke dalam portal.

5
LAMPIRAN l : Contoh Format Tugasan Kumpulan

NILAI SEORANG PROFESIONAL DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA

Cadangan Isu Kandungan:

i- Pendahuluan
- Definisi profesion, profesion bergaji dan perunding.
- Contoh-contoh profesion bergaji dan perunding di Malaysia.

ii- Etika profesional


- Diskripsi berkenaan profesion yang dipilih (bidang-bidang tugas, tempat bertugas dan lain-lain maklumat
yang berkaitan).
- Definisi etika profesional.
- Kepentingan mengamalkan etika profesional dalam bidang kerjaya yang dipilih di atas (Gunakan rujukan
nota slaid pembentangan/ WEBEX).

iii- Contoh perlakuan beretika


- Contoh-contoh sikap, cara fikir, tindakan atau keputusan yang dikenal pasti sebagai perlakuan beretika
beserta huraian.
- Kejayaan profesional dalam melaksanakan tanggungjawab kepada pihak klien dan pihak ketiga pada
bidang profesion yang dipilih berdasarkan kes di Malaysia dan luar negeri.

iv- Contoh-contoh perlakuan tidak beretika


- Contoh-contoh sikap, cara fikir, tindakan atau keputusan yang dikenal pasti sebagai perlakuan tidak beretika
beserta huraian.
- Kegagalan profesional dalam melaksanakan tanggungjawab kepada pihak klien dan pihak ketiga pada
bidang profesion yang dipilih berdasarkan kes di Malaysia dan luar negeri.

v- Kesan-kesan perlakuan tidak beretika


- kepada individu/ masyarakat/negara/ alam sekitar dan sebagainya.

vi- Faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya perlakuan tidak beretika tersebut


- ciri-ciri individu, pembolehubah struktur, budaya organisasi, isu kritikal.

6
vii- Penutup
- Penegasan kepentingan etika professional dan kesan-kesan buruk sekiranya etika professional tidak
diamalkan.
- Refleksi diri dan kumpulan apa yang dipelajari daripada penghasilan tugasan kumpulan ini.
- Pengajaran
 berkaitan topik
 berkaitan pelaksanaan tugasan berkumpulan
- Pengalaman
 kaedah pengumpulan maklumat
 kerja berkumpulan/ komunikasi sesama ahli/ pembahagian tugasan

viii- Senarai rujukan luar yang digunakan (selain Nota slaid pembentangan/WEBEX) dilampirkan di akhir
muka surat tugasan menggunakan format APA.

7
9.0 RUBRIK

1. PEPERIKSAAN BERTERUSAN Skema jawapan

2. PEPERIKSAAN AKHIR Skema jawapan

3. TUGASAN KUMPULAN ( NILAI SEORANG PROFESIONAL DAN FAKTOR-FAKTOR YANG


MEMPENGARUHINYA)
Gred Skala 100 Markah Deskriptor
 Mempamerkan kefahaman yang jelas, jitu dan
tepat terhadap isu-isu etika profesional.
 Perbincangan yang sangat mendalam dan kritis
mengenai isu-isu etika profesional.
Cemerlang 90-100  Banyak menggunakan hujah bersama contoh dan
fakta untuk menyokong kesimpulan.
 Hujah-hujah dipersembahkan dengan sangat baik
dan tersusun serta dsokong dengan bukti-bukti
yang relevan.
 Pengolahan idea amat jelas, logikal dan koheren.

 Mempamerkan satu kefahaman yang tepat dan


baik terhadap isu-isu etika profesional.
 Perbincangan yang mendalam mengenai isu-isu
etika profesional.
Baik 75-89  Menggunakan beberapa hujah bersama contoh
dan fakta untuk menyokong kesimpulan.
 Hujah-hujah dipersembahkan dengan baik dan
tersusun serta disokong dengan bukti-bukti yang
relevan.
 Pengolahan idea jelas, logikal dan koheren.

 Mempamerkan satu kefahaman yang tepat


berkaitan isu-isu etika profesional.
 Perbincangan yang sederhana mendalam
mengenai isu-isu etika profesional.
Sederhana 60-74
 Menggunakan sebilangan kecil hujah bersama
beberapa contoh dan fakta untuk menyokong
kesimpulan.
 Hujah-hujah dipersembahkan dengan sederhana
disokong dengan bukti-bukti yang relevan.
 Pengolahan idea agak jelas dan logikal.
 Mempamerkan satu kefahaman yang minimum
berkaitan isu-isu etika profssional.
 Perbincangan yang minimum mengenai isu-isu
Lulus 50-59 etika profesional.
 Menggunakan hanya sebilangan kecil hujah
bersama sedikit contoh dan fakta untuk
menyokong kesimpulan.
 Hujah-hujah dipersembahkan secara minimum
serta disokong oleh sedikit bukti-bukti yang
relevan.
8
 Pengolahan idea agak jelas.
 Tidak mempamerkan kefahaman yang jelas
berkenaan isu-isu etika profesional.
Lemah <50  Perbincangan yang tidak menjurus kepada isu-isu
berkenaan etika profesional.
 Hujah tidak disokong dengan contoh atau data
untuk menyokong dan kesimpulan.
 Hujah-hujah yang dipersembahkan tidak relevan
dan tidak disokong dengan fakta yang relevan.
 Pengolahan idea kurang jelas dan logikal.

10. RUJUKAN/REFERENCES

1. Archer, D, Grainger, K. & Jagodzinski, P. (2020). Politeness in professional contexts: John Benjamins Publishing Company.
2. Hashi, A.A. (2019). Professional Ethics Its foundations and practices. IIUM Press.
3. Hussin, H. & Abbas, R. (2020). Etika Profesionalisme. Oxford Fajar.
4. Quinn, M.J. (2017). Ethics for the information age (7th ed.): Pearson.
5. Johari, M.J. (2013). Etika Profesional. UTM Press: Malaysia.
6. Naagarazan, R.S. (2006). A textbook on professional ethics and human values: New Age International.
7. Nota kuliah semasa sesi WEBEX oleh pensyarah

9
10. POLISI KURSUS / COURSE POLICY

1- Pelajar wajib hadir dalam semua sesi WEBEX seperti yang telah dijadualkan dan perlu
mengesahkan kehadiran melalui portal pembelajaran PPPJJ semasa WEBEX berlangsung.

2- Sekiranya pelajar tidak dapat menghadiri WEBEX atas sebab yang tidak dapat dielakkan, pelajar
mestilah menonton rakaman WEBEX yang akan dimuatnaik dalam portal pembelajaran PPPJJ.

3- Pengumuman penting, bahan-bahan pembelajaran tambahan, perbincangan forum dan perkara-


perkara seumpamanya akan dimuatnaik dalam portal pembelajaran PPPJJ. Sila layari portal ini dari
semasa ke semasa.

4- Pelajar digalakkan untuk menggunakan forum yang disediakan dalam portal pembelajaran PPPJJ
untuk sebarang perbincangan dan pertanyaan.

5- Keputusan peperiksaan berterusan dan senarai nama pelajar yang tidak menghantar tugasan akan
dimuatnaik ke dalam portal pembelajaran PPPJJ. Sekiranya nama anda tidak tertera untuk
pemberian markah, sila hubungi pensyarah dengan segera mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

6- Semua penghantaran projek dan tugasan perlu dicetak dan diserahkan secara pos atau serahan
tangan sahaja. Tiada penyerahan melalui email.

7- Peperiksaan berterusan dan peperiksaan akhir perlu diduduki pada masa yang ditetapkan. Peluang
untuk mengambil peperiksaan di luar waktu yang ditetapkan akan diberikan hanya kepada kes-kes
tertentu bersama bukti yang kukuh.

11. PENGESAHAN / VALIDATION

Disediakan oleh
Disahkan oleh Pengerusi Rancangan:
Pensyarah Kursus:
Approved by Programme Chairperson:
Prepared by Course Lecturer:

(DR. SITI SORAYA LIN BINTI ABDULLAH KAMAL)

Tarikh / Date: 7/10/2021 Tarikh / Date: 7/10/2021

10

You might also like