You are on page 1of 3

ORGANISASI KANDUNGAN KURIKULUM DALAM DSKP BAHASA MELAYU

SEKOLAH RENDAH

1.0 STANDARD KURIKULUM

Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan fokus utama
terhadap Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu murid tahu dan
kuasai. Standard ini berlandaskan Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa yang
disokong oleh asas Pengisisan Kurikulum. Standard ini juga dipersembahkan dalam
bentuk modular yang mengandungi aspek pengetahuan, kemahiran, nilai murni,
kreativiti dan inovasi yang perlu dikuasai oleh murid.

1.1 STANDARD KANDUNGAN

Pernyataan berkenaan bidang ilmu yang perlu diketahui dan dikuasai oleh murid
sepanjang tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
juga nilai.

1.2 STANDARD PEMBELAJARAN

Pernyataan berkenaan tetapan kriteria bagi menjamin kualiti pembelajaran dan


pencapaian murid bagi setiap standard kandungan yang telah digubal.

2.0 KEMAHIRAN BAHASA

Kemahiran bahasa merangkumi aspek seperti kemahiran mendengar, kemahiran


bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kesemua kemahiran tersebut
merupakan teras kepada pembentukan Standard Kurikulum Bahasa Melayu.

3.0 PENDEKATAN MODULAR

Standard Kurikulum Bahasa Melayu telah disusun dan dipersembah melalui


pendekatan secara modular bagi memastikan kecekapan berbahasa dapat dikuasai
dengan lebih baik. Pendekatan modular ini terbahagi kepada lima bahagian
berlandaskan kemahiran asas dalam Bahasa Melayu.

3.1 MODUL KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Modul ini lebih bertumpu kepada keupayaan murid untuk mendengar dengan
teliti, memahami dan menghayati perkara yang didengar secara lisan dalam
pelbagai situasi pengucapan di samping mendidik murid untuk memberikan
respons. Manakala kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid untuk
menyampaikan maklumat, perasaan, dan pendapat dengan sopan dan
bertatasusila.

3.2 MODUL KEMAHIRAN MEMBACA

Modul ini menumpukan kemahiran murid dalam aspek sebutan, intonasi, jeda
serta kelancaran yang betul. Aspek pemahaman dan penaakulan juga
diterapkan dalam usaha membentuk murid yang dapat menghayati teks yang
dibaca.

3.3 MODUL KEMAHIRAN MENULIS

Modul ini menumpukan kemahiran menulis setiap perkataan dan melahirkan


idea dan menzahirkannya melalui pelbagai bentuk penulisan berdasarkan
pengalaman peribadi. Aspek yang diberi penekanan ialah penggunaan ayat
yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul. Penguasaan kemahiran ini
diperoleh daripada pelbagai bahan prosa, puisi dan juga grafik.

3.4 MODUL TATABAHASA

Modul ini menumpukan aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu yang
perlu murid kuasai bagi memastikan murid menggunakan tatabahasa yang
tepat dalam konteks lisan dan bertulis.

4.0 SISTEM BAHASA

Sistem Bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa
kata peribahasa.

4.1 TATABAHASA

Kandungan ini terbahagi kepada aspek morfologi dan sintaksis. Morfologi


merujuk kepada bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
golongan kata. Sintaksis pula merujuk kepada bidang ilmu bahasa yang
mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat. Selain itu, bidang ini juga
menekankan kajian terhadap rumus tatabahasa dalam kaedah penggabungan
dan penyusunan perkataan bagi membentuk ayat.

4.2 SISTEM EJAAN

Perkara yang menjadi fokus utama dalam aspek ini ialah aspek pola
keselarasan huruf vokal, ejaan kata pinjaman, ejaan kata dasar dan kata
terbitan.
4.3 SEBUTAN DAN INTONASI

Antara perkara utama yang diberi penekanan dalam aspek ini ialah sebutan
yang menuntut murid supaya dapat menyebut setiap perkataan dalam Bahasa
Melayu dengan sebutan baku. Intonasi pula mendidik murid supaya dapat
membaca setiap ayat seperti ayat perintah, ayat tanya dan ayat seruan dengan
intonasi yang betul.

4.4 KOSA KATA DAN PERIBAHASA

Kosa kata secara umumnya terdiri daripada kata umum dan istilah.
Penguasaan kosa kata akan meningkat seiring dengan penambahan ilmu
baharu di sekolah. Peribahasa pula merangkumi aspek simpulan bahasa,
perumpamaan, pepatah, perbilangan dan kata-kata hikmat yang perlu diajar
kepada murid.

5.0 PENGISIAN KURIKULUM

Pengisian kurikulum merangkumi aspek seperti ilmu yang merujuk kepada bidang ilmu
dan disiplin seperti bidang sains dan matematik dapat dimanfaatkan dalam
meningkatkan kemahiran berbahasa. Aspek kemahiran pula menuntut penguasaan
kemahiran asas dalam bahasa seperti bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran
menggunakan teknologi maklumat juga diberi perhatian dalam aspek kemahiran
merentas kurikulum. Selain itu, terdapat juga aspek lain seperti aspek nilai murni,
aspek patriotism, peraturan sosiobudaya, sains dan teknologi dan kreativiti serta
inovasi.

6.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam aspek ini, prinsip 5P diberi perhatian khusus. Prinsip tersebut merujuk kepada
aspek penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan, dan pengayaan selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

You might also like

  • Tutorial 1
    Tutorial 1
    Document5 pages
    Tutorial 1
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Panduan Mengajar Kawad Kaki
    Panduan Mengajar Kawad Kaki
    Document20 pages
    Panduan Mengajar Kawad Kaki
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Perkembangan Kerajaan Johor Lama
    Perkembangan Kerajaan Johor Lama
    Document11 pages
    Perkembangan Kerajaan Johor Lama
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Kajian Kesdocx PDF Free
    Kajian Kesdocx PDF Free
    Document14 pages
    Kajian Kesdocx PDF Free
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • T1 BMM3041
    T1 BMM3041
    Document7 pages
    T1 BMM3041
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Syarat Pertandingan Puisi
    Syarat Pertandingan Puisi
    Document3 pages
    Syarat Pertandingan Puisi
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Langkah Mengatasi Darurat
    Langkah Mengatasi Darurat
    Document2 pages
    Langkah Mengatasi Darurat
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Tuto Minggu 4
    Tuto Minggu 4
    Document1 page
    Tuto Minggu 4
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Isu Lebanon
    Isu Lebanon
    Document3 pages
    Isu Lebanon
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Artikulasi Dan Artikulator
    Artikulasi Dan Artikulator
    Document11 pages
    Artikulasi Dan Artikulator
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Cabang Dalam Falsafah
    Cabang Dalam Falsafah
    Document10 pages
    Cabang Dalam Falsafah
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet