You are on page 1of 5

DUA6022-KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

DRAF E-FOLIO
TAJUK : PENYEBARAN FITNAH (E-MAJALAH)

NAMA AHLI KUMPULAN NO.PENDAFTARAN


MOHD SAIFUL BIN SAFARI 20DKM18F2035
WONG CHUNG SIONG 20DKM18F2036
CHUNG CHEANG PING 20DKM18F2032
ADI SAFWAN BIN JACKURNAIN 20DKM18F2010
MARCEL EMMANUEL 20DKM18F2011
NAMA PENSYARAH KURSUS PUAN DAYANGKU FARAH AZEILA BINTI
AWG MOHAMMAT
PROGRAM DKM 5A
SESI SESI DISEMBER 2020
JANGKA MASA E-FOLIO BERDASARKAN MINGGU PEKULIAHAN

MINGGU 1 -Pemilihan ahli kumpulan


-Pemilihan tajuk untuk E-Folio
(penyebaran fitnah)
MONGGU 2 -pencarian maklumat berkaitan tajuk
yang telah diberikan.
MINGGU 3 Pembuatan E-Folio dalam bentuk E-
majalah dengan menggunakan
website/aplikasi Flipsnack, Anyflip, Flip-
Flop, Flipping book atau Flip PDF
Professional.
MINGGU 4 -melakukan penyiapan (Finising) untuk
E-Folio (E-Majalah)
-penambahan isi-isi penting di dalam E-
Folio .
MINGGU 5 -melakukan suntingan (Editing) terhadap
E-Folio tersebut.
-memastikan supaya tidak berlaku ralat
(Error) dalam menggunakan sistem E-
Flipping book.
MINGGU 6 -melakukan penambahan isi-isi penting di
dalam E-Folio tersebut.
MINGGU 7 -pra pembentangan E-Folio kepada
pensyarah
-membuat pembetulan/penambahan untuk
idea/isi-isi penting di dalam E-Folio.
MINGGU 8 (AKHIR) -pembentangan E-Folio
-penilaian terhadap E-Folio
CONTOH ISI UNTUK E-FOLIO (SEBAHAGIAN DARI E-FOLIO)

DEFINISI FITNAH

 Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi yang dilakukan secara percakapan atau
penulisan yang bertujuan untuk memberikan kesan negatif atas sesuatu peristiwa
yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu atau tidak sahih
yang dipengaruhi oleh sifat buruk sangka, obses atau menjatuhkan nilai reputasi
seseorang atau sesuatu pihak.

 Terdapat banyak medium yang digunakan bagi menabur khabar palsu ataupun
fitnah kepada sesuatu pihak. Ia boleh dilakukan secara pertuturan atau berbisik
antara seseorang dengan seseorang yang lain. Antaranya ialah seperti Facebook,
Twitter, Instagram dan sebagainya boleh dijadikan sebagai medium untuk
menyebar fitnah.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PENYEBARAN FITNAH

 Didorong oleh sifat tamak, iri hati dan mementingkan diri sendiri.

 kewujudan pelbagai bentuk kemudahan dalam alam siber, seperti e-mail, mesej
yang dihantar secara berkelompok, papan buletin atau berkomunikasi melalui
forum.

 kurangnya kesedaran mengenai akibat menyebarkan fitnah atau berbaur hasutan


khususnya kepada golongan yang tidak berfikir secara matang dan rasional serta
kewarasan akal untuk bertindak.

 Di dalam kehidupan seharian, seseorang itu lebih mengutamakan kedudukan dan


keduniaan (harta benda) melebihi kepentingan agama.

 Mengikut hawa nafsu dan niat yang tidak baik.

 Terlalu cuai dan melampau.

 Tidak meletakkan agama sebagai teras di dalam kehidupan seharian.


KESAN-KESAN PENYEBARAN FITNAH

 TERHADAP INDIVIDU.

Orang yang melakukan fitnah biasanya hanya mementingkan kepuasan diri sendiri
tanpa memikirkan keburukan yang akan memberi kesan kepada orang lain.

 TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN.

Perbuatan fitnah juga akan menyebabkan sesebuah keluarga sukar untuk saling
memahami antara satu sama lain kerana berlakunya salah faham.

 TERHADAP MASYARAKAT.

Fitnah ialah satu perkara besar yang boleh merosakkan persaudaraan dan perpaduan.
Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah
menyebabkan permusuhan, pertelagahan serta hilangnya perasaan kasih sayang,
hormat dan kepercayaan dalam kalangan masyarakat.

 TERHADAP NEGARA.

Fitnah juga mampu menngancam keselamatan negara apabila nama baik negara
terjejas. Anasir-anasir fitnah yang berleluasa mampu menyebabkan keseimbangan dan
keselamatan negara tergugat lantas mencetuskan pergolakan.

 TERHADAP AGAMA.

Penganut agama Islam akan rasa takut dengan balasan dosa dan azab seperti yang
telah dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI PENYEBARAN FITNAH

 Kita hendaklah memeriksa terlebih dahulu berkenaan cerita yang telah disebarkan
supaya cerita yang disebarkan itu tidak menjadi suatu fitnah.

 pihak kerajaan hendaklah mewujudkan sebuah badan khas yang akan


menyelenggera atau menapis segala paparan di media sosial. Hal ini kerana,
media sosial telah menjadi medium utama pada masa kini untuk menyebarkan
fitnah kerana sifatnya yang terbuka, bebas dan pantas berbanding media cetak.

 pihak kerajaan wajiblah menguatkuasakan undang-undang yang lebih berkesan.


Undang-undang tersebut bukan sekadar menyediakan hukuman berat kepada
pengfitnah malahan mampu menakutkan semua orang agar tidak sewenang-
wenangnya berkata, menulis atau menyiarkan sesuatu yang tidak sahih
memandangkan impaknya amatlah besar kepada pelbagai pihak bak kata pepatah,
“kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”.

KESIMPULAN

 Kesimpulannya, fitnah merupakan penyakit hati yang sangat berbahaya kerana


kesan yang ditimbulkan sentiasa negatif dan tidak akan pernah positif. Fitnah
boleh merosakkan hubungan silaturahim, memporak-perandakan sesebuah
keluarga dan masyarakat, dan ia juga boleh menghancurkan sesebuah agama dan
kaum.

 Fitnah menurut islam adalah satu dosa yang sangat besar. Malah dosa fitnah itu
lebih besar daripada dosa membunuh.

 Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud,

“mereka bertanya kepadamu tentang perang bulan Haram. Katakanlah : “Berperang


dalam bulan itu adalah dosa besar ; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah,
Kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir
penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) disisi Allah. Dan berbuat fitnah
lebih besar (dosanya) daripada membunuh….”

You might also like