You are on page 1of 2

TOKOH HARAPAN KOKURIKULUM LELAKI

Tokoh harapan kategori lelaki pada tahun ini mempunyai sikap yang positif dan
berketrampilan menarik. Beliau dilahirkan di Hospital Kemaman, Terengganu dan
merupakan anak ke 6 daripada 7 orang adik-beradik.Memasang impian untuk bergelar guru
pada masa akan datang dengan memegang prinsip buat sesuatu perkara supaya di senangi
semua dan mendapat redha ibubapa, guru dan Allah SWT.

Tokoh harapan ini juga menunjukkan potensi dan pencapaian yang memberangsangkan
dalam bidang kokurikulum dan ko akademik. Beliau telah memenangi tempat pertama
dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu peringkat negeri Terengganu 2020 dan
mewakili negeri Terengganu ke peringkat Kebangsaan dalam Karnival Bahasa Melayu
kategori Bercerita Tahap 2 yang berlangsung di Melaka. Beliau juga muncul sebagai Johan
bagi kategori Like Terbanyak pada Karnival tersebut.

Di samping itu, murid ini juga telah menyertai Kejohanan Pingpong MSSM peringkat
Kebangsaan dan juga Kejohanan Pingpong Tunas Harapan.

Siri kecemerlangan tokoh ini diteruskan pada tahun 2021 dengan memenangi pertandingan
di peringkat negeri dan penyertaan di peringkat kebangsaan. Diperingkat negeri beliau telah
muncul naib johan Kejohanan Pingpong MSS Terengganu, Naib Johan Pertandingan Daie
Cilik, tempat ke 6 Pertandingan Dikir Barat Pencarian Tukang Karut Terbaik, pemenang
tempat ke 3 Pertandingan Bahas Ala Parlimen, menyertai pertandingan deklamasi sajak dan
juga pertandingan fotografi.

Diperingkat kebangsaan pula tokoh ini telah menyertai Kejohanan Pingpong MSSM,
pemenang tempat ke 6 Pidato Piala Belia, menyertai perkampungan Bahasa dan Sastera dan
juga Majalah Didik

Ketokohan dan kecemerlangan dengan siri-siri kejayaan yang diperolehi beliau merupakan
faktor utama murid ini dipilih selaku Tokoh Harapan Kokurikulum Lelaki pada tahun 2021 .
Tokoh Harapan Kokurikulum Lelaki yang dimaksudkan ialah adik Mohamad Naufal bin
Mazlan.

Syabas dan tahniah diucapkan

Teruskan kecemerlangan anda


TOKOH HARAPAN KOKURIKULUM PEREMPUAN

Tokoh harapan KOKURIKULUM perempuan pada tahun ini merupakan seorang murid yang
sangat berketrampilan dan berdedikasi. Dibesarkan dan dididik dalam sebuah keluarga yang
penuh kasih sayang. Beliau dilahirkan pada 8 0g0s 2011 di Hospital Tengku Ampuan Afzan,
Kuantan Pahang. Merupakan anak kedua daripada 2 orang adik-beradik. Dan juga menjadi
harapan kepada keluarganya.

Tokoh harapan KOKURIKULUM perempuan ini telah memenangi tempat pertama


Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu peringkat negeri Terengganu 2020 dan mewakili
negeri Terengganu ke peringkat Kebangsaan dalam Karnival Bahasa Melayu kategori
Bercerita yang berlangsung di Melaka. Beliau juga muncul sebagai Johan bagi kategori Like
Terbanyak pada Karnival tersebut. Pada tahun yang sama juga, murid ini telah menyertai
Pertandingan Bakat Terbuka Negeri Pahang yang berlangsung di Cherating, Pahang.

Di samping itu, murid ini juga telah menyertai Kem Didik peringkat Kebangsaan bagi tahun
2021. Dalam kem didik ini murid ini telah dipilih membuat persembahan bercerita dan
mendapat pujian daripada pihak penganjur.

Selain itu murid ini merupakan Johan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2 dalam Karnival
Bahasa Melayu peringkat daerah Kemaman 2021 dan telah terpilih mewakili daerah ke
peringkat negeri. Selain itu, beliau juga telah menyertai pertandingan Bahas Ala Parlimen
Peringkat Negeri Terengganu dan telah mendapat tempat ke 3. Murid ini juga telah
mengambil bahagian dalam Pertandingan Kuiz Atas Talian anjuran Persekutuan Pengakap
Malaysia, Terengganu dan telah memenangi Anugerah Emas

Berikut juga adalah antara siri penyertaan di peringkat kebangsaan dan negeri yang telah
disertai oleh Tokoh Harapan Kokurikulum kategori Perempuan ini.

1. Pertandingan Bercerita Kanak – kanak sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
anjuran Jabatan Penerangan Malaysia
2. Karnival Sains Sabah anjuran Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi dengan
kerjasama JPN Sabah
3. Kuiz Kerjaya anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah KP
4. Kuiz Hari Tanpa Tembakau anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan
5. Pertandingan Fotografi anjuran JPN Negeri Terengganu

Ketokohan dan kewibawaan murid ini serta kecemerlangan yang ditunjukkan memberi
impak yang sangat besar untuk ditabalkan sebagai Tokoh Murid Harapan Kokurikulum bagi
kategori perempuan tahun 2021. Murid yang dimaksudkan ialah adik NURIN MIA IMANINA
IRDINA BINTI ROZMI

Syabas dan tahniah diucapkan

Teruskan kecemerlangan anda

You might also like